TUHAN-TUHAN MANUSIA
Firman Allah : al-Anbia 24
Apakah mereka memilih Tuhan-tuhan yang selain daripada Allah? Katakanlah : Bawalah dalil-dalil kamu. Kitab ini menyebut cerita orang-orang yang semasa denganku di samping menyebut cerita para Rasul sebelumku. Malah kebanyakan mereka tidak mengetahui Aqidah yang benar, maka kerana itu mereka berpaling daripada-Nya.
Firman Allah : asy-Syu’arak 70, 71
Tetkala ia berkata kepada bapanya dan kaumnya, “Siapakah yang kamu sembah ?”Mereka menjawab, “ Kami menyembah berhala-berhala dan kami tekun dan kekal menyembahnya.
SIAPAKAH Tuhan kita, siapakah Tuhan yang
berkuasa dan berdaulat ke atas kita, siapakah Tuhan yang mengabdikan kita
kepada kuasanya, siapakah Tuhan yang membuat segala peraturan dan undang-undang
untuk kita dan siapakah Tuhan yang kita sembah dalam kehidupan kita hari-hari? Inilah persoalan-persoalan yang amat
“crucial” dan utama dalam kehidupan kita hari-hari kerana ianya adalah
persoalan-persoalan yang menentukan kesempurnaan atau kerosakan pegangan dan
amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan kesempurnaan atau kerosakan
keimanan kita kepada Allah swt. Inilah persoalan-persoalan yang menentukan
samada kita ini sudah bertukar menjadi orang-orang kafir atau kita masih kekal
sebagai orang-orang Islam.
Pada
hari ini Tuhan kita bukanlah lagi Allah swt, tetapi Tuhan-tuhan kita adalah
para PEMIMPIN kita yang BERKUASA, BERDAULAT dan MEMERINTAH ke atas kita,
Tuhan-tuhan kita adalah para pemimpin kita yang MENGABDIKAN kita kepada KEKUASAAN
mereka, dan Tuhan-tuhan yang kita SEMBAH pada setiap hari adalah para pemimpin
kita. Siapakah yang dimaksudkan sebagai para pemimpin kita yang kini menjadi
Tuhan-tuhan kita ini? Tuhan-tuhan kita adalah terdiri daripada ahli-ahli
Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu (Constitutiuonal Monarch) kita kerana
mereka kesemuanya ini memiliki KUASA dan DAULAT untuk memerintah ke atas kita,
mereka kesemuanya memiliki KUASA dan DAULAT untuk membuat peraturan dan
undang-undang untuk dikuat kuasakan ke atas kita, mereka memiliki KUASA dan
DAULAT untuk menghamba abdikan kita kepada kekuasaan mereka dan mereka memiliki
KUASA dan DAULAT untuk disembah oleh
kita dengan cara kita mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang
manusia ini.
Ahli-ahli
Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita ini adalah “arbaban musyarri’ “ , iaitu Tuhan-tuhan Manusia yang
berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas kita, dan Tuhan-tuhan yang membuat
segala peraturan dan undang-undang; dan mereka ini adalah juga “alihah
musyarri’ “,
iaitu Tuhan-tuhan Manusia yang kita sembah. Mereka ini adalah “Syurakaa
Musyarriin,” iaitu mereka ini telah melakukan
SYIRIK dalam peraturan dan undang-undang yang mengeluarkan mereka ini daripada
agama Allah. Kita telah melantik mereka ini kesemuanya sebagai Tuhan-tuhan kita
di samping itu kita masih mengaku Allah sebagai Tuhan kita yang Maha Esa. Kita
kini sedang mengimani, menganuti dan mengamalkan agama demokrasi yang syirik
dan kufur di samping itu kita masih tetap juga mengimani, menganuti dan
mengamalkan agama Allah. Kita kini mempunyai ramai Tuhan dan kita sebenarnya
sedang mengimani, menganuti dan mengamalkan dua agama yang berlainan pada masa
yang sama. Para pemimpin kita kini adalah
orang-orang yang kafir, zalim dan fasik di sisi Allah swt kerana mereka kini telah
terlibat dengan Syurakka Musyarriin, iaitu syirik kerana mereka membuat segala peraturan
dan undang-undang manusia dan syirik kerana segala peraturtan dan undang-undang
yang dibuat oleh mereka itu adalah ditaati dan dipatuhi oleh seluruh umat manusia!
Kerajaan demokrasi Malaysia kita ini adalah
kerajaan yang syirik dan kufur kerana ia MELANTIK MANUSIA sebagai TUHAN-TUHAN
yang selain daripada Allah dan justeru ia menafikan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Dalam sistem politik demokrasi Malaysia, fasal 44
Perlembagaan Negara memperuntukkan bahawa segala peraturan dan undang-undang
itu adalah dibuat oleh manusia dan dikuatkuasakan ke atas manusia, kemudian
peraturan dan undang-undang itu pula ditaati dan dipatuhi manusia. Kesemuanya
ini bererti Perlembagaan Negara dan sistem pemerintahan negara kita ini telah
MENGIFRADKAN sifat-sifat ULUHIYAH dan RUBUBIYAH kepada manusia, khususnya
kepada para pemimpin kita yang dipilih sebagai ahli-ahli PARLIMEN dan DUN serta
RAJA-RAJA MELAYU kita yang kesemuanya itu telah dinaikkan pangkat-pangkat
mereka masing-masing itu daripada manusia-manusia biasa kepada TUHAN-TUHAN yang
BERKUASA dan BERDAULAT ke atas manusia, TUHAN-TUHAN yang membuat peraturan dan
undang-undang untuk manusia, TUHAN-TUHAN
yang MENGHAMBA ABDIKAN manusia kepada kekuasaan manusia serta TUHAN-TUHAN yang
DISEMBAH oleh manusia.
Peraturan dan
undang-undang adalah AGAMA dan sesiapa sahaja yang membuat peraturan dan
undang-undang untuk kita, dia adalah Tuhan atau Tuhan-tuhan kita. Allah adalah
Tuhan kita kerana Dia membuat peraturan dan undang-undang untuk kita, iaitu
Allah adalah Tuhan yang mencipta dan membuat AGAMA untuk kita. Bagi negara
Malaysia kita ini, para pemimpin kita yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen
dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita ini mempunyai hak-hak dan kuasa-kuasa untuk
membuat peraturan dan undang-undang untuk kita yang bererti bahawa mereka telah
mencipta dan membuat AGAMA untuk kita, iaitu agama manusia yang selain daripada
agama Allah, dan itu juga bererti bahawa mereka telah melantik diri mereka
sebagai Tuhan-tuhan kita.
Rububiyah Manusia :
1. Para pemerintah
itu adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA kerana mereka itu adalah orang-orang yang BERHAK,
BERKUASA, BERDAULAT dan MEMERINTAH ke atas manusia;
2. Para pemerintah
itu adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA kerana mereka itu adalah orang-orang yang berhak
dan berkuasa untuk MEMBUAT PERATURAN dan UNDANG-UNDANG untuk manusia ;
3. Para pemerintah
itu adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA yang berhak, berkuasa dan berdaulat untuk menjalan
dan menguat kuasakan peraturan dan undang-undang manusia ke atas umat manusia
yang bererti mereka telah MENGABDIKAN MANUSIA kepada KEKUASAAN MANUSIA.
Uluhiyah Manusia :
1. Para pemerintah
itu adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA yang DISEMBAH oleh manusia kerana segala
peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh mereka itu adalah DITAATI dan
DIPATUHI manusia.
Kita langsung
tidak mengetahui bahawa para pemimpin kita, termasuklah mereka yang beragama
Islam sendiri, yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja
Melayu, adalah disifatkan Allah sebagai TUHAN-TUHAN yang selain daripada Allah
kerana mereka itu kesemuanya memiliki sifat-sifat ULUHIYAH dan RUBUBIYAH. Kita
langsung tidak mengetahui bahawa para pemimpin kita dan Raja-Raja Melayu kita ini
adalah Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat ke atas kita, bahawa mereka ini
adalah Tuhan-tuhan yang mengabdikan kita kepada kekuasaan mereka, bahawa mereka
ini adalah Tuhan-tuhan yang kita sembah, dan kita juga langsung tidak mengetahui
bahawasanya kitalah sebenarnya orang-orang yang melantik mereka ini sebagai
Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat ke atas kita serta Tuhan-tuhan yang
disembah oleh kita sendiri. Kita langsung tidak menyedari bahawa kita telah dan
sedang mengalami kerosakan dalam pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ kerana kita dengan
segala keredhaan hati kita telah melantik mereka itu sebagai Tuhan-tuhan kita yang
selain daripada Allah, begitu juga para pemimpin kita dan Raja-Raja Melayu kita
ini adalah orang-orang yang mengalami kerosakan pegangan dan amalan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ kerana mereka telah bersetuju dan
redha untuk menjadikan diri mereka ini sebagai Tuhan-tuhan yang selain daripada
Allah! Inilah realiti yang benar-benar wujud dan berlaku kepada umat Islam kita
di dalam negara Malaysia kita ini malah di kalangan seluruh umat Islam di dunia!
Isu-isu mengenai
politik, kerajaan, pemerintahan, negara dan peraturan dan undang-undang adalah
isu-isu yang berhubung kait secara langsung dengan TUHAN dan AGAMA. Dalam
politik Allah, Tuhan kita adalah Allah dan agama kita adalah Agama Allah,
manakala dalam politik demokrasi ini TUHAN-TUHAN kita adalah MANUSIA dan AGAMA
kita adalah juga AGAMA MANUSIA, iaitu AGAMA DEMOKRASI yang syirik dan kufur.
Hal ini menggambarkan betapa menyeleweng dan rosaknya AQIDAH kita serta betapa
jauhnya kita kini sedang berada dalam kesesatan dan kekufuran!
Rububiyah Manusia bererti manusia itu adalah
TUHAN-TUHAN kerana mereka itu adalah para pemimpin yang BERKUASA dan BERDAULAT
ke atas manusia, para pemimpin yang mempunyai KUASA dan HAK untuk membuat
PERATURAN dan UNDANG-UNDANG yang DIKUATKUASAKAN ke atas manusia dan dengan itu
juga ianya bererti mereka telah MENGABDIKAN MANUSIA kepada KEKUASAAN MANUSIA.
Rububiyah Manusia wujud dan beroperasi dalam sistem politik demokrasi kita ini
yang bererti TUHAN-TUHAN MANUSIA ini sememangnya wujud, berkuasa, memerintah dan
beroperasi dengan aktif dalam sistem politik demokrasi Malaysia kita ini.
Sistem politik demokrasi yang terdiri daripada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia
berserta dengan Tuhan-Tuhan Manusia ini adalah satu penafian, penolakan,
pengingkaran dan penentangan yang aktif dan total terhadap Uluhiyah dan
Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkannya (sistem politik demokrasi) daripada
agama Allah.
Al-Quran membicarakan mengenai sifat dan peranan Allah
sebagai Raja dan Pemerintah di bumi yang BERKUASA, BERDAULAT dan MEMERINTAH ke
atas seluruh umat manusia di bumi :
Firman Allah: al-Imran 26,
Katakanlah (Wahai Muhammad): Wahai Allah yang mempunyai kedaulatan! Engkau memberi kedaulatan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau mencabut kedaulatan dari sesiapa yang Engkau kehendaki
Firma Allah : al-Mukminun 116
Maha Suci Allah Raja yang sebenar .Tiada Tuhan melainkan Dia yang memiliki Arasy yang mulia.
Firman Allah: al-A’raf 54
Kepunyaan Allahlah segala kejadian, kepunyaan Allahlah segala pemerintahan.
Allah adalah RAJA dan PEMERINTAH
yang BERKUASA, BERDAULAT dan MEMERINTAH ke atas seluruh umat manusia di bumi.
Sebaliknya, dalam Aqidah dan Pemikiran Islam,
manusia tidak mempunyai hak dan kuasa untuk memerintah ke atas manusia
dan tidak mempunyai hak dan kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang
untuk manusia, justeru orang-orang yang memerintah manusia bagi pihak dirinya,
golongannya, kaumnya, atau golongan majoriti daripada manusia, dan mereka tidak
memerintah bagi pihak Allah, di atas nama Allah dan untuk Allah, mengikut
pengertian kalimah
ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ mereka itu adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA. Para pemerintah manusia yang
berkuasa, berdaulat dan memerintah manusia dengan menjalankan segala peraturan
dan undang-undang manusia, iaitu peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh
manusia, dan yang tidak dibuat oleh Allah, mereka itu disifatkan Allah sebagai
telah mengambil alih kuasa dan hak Allah untuk memerintah manusia, mereka itu
disifatkan Allah sebagai TUHAN-TUHAN
yang berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas manusia.
Isu yang paling fundamental dan
utama dalam kehidupan kita ialah PERATURAN dan UNDANG-UNDANG kerana ianya
adalah AQIDAH – sesiapa sahaja yang berhak dan berkuasa untuk membuat PERATURAN
dan UNDANG-UNDANG untuk manusia, dia adalah TUHAN bagi manusia, dan dialah yang
memiliki sifat RUBUBIYAH, iaitu dia adalah TUHAN yang BERKUASA dan BERDAULAT ke
atas manusia. Dalam kalimah
ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ Allah adalah Tuhan kita kerana Dialah yang berhak dan berkuasa untuk
membuat peraturan dan undang-undang untuk manusia, dan oleh itu Dialah yang
memiliki sifat Rububiyah, manakala dalam sistem politik demokrasi kita ini,
para pemimpin kita yang terdiri daripada ahli-ahli PARLIMEN dan DUN serta
RAJA-RAJA MELAYU kita adalah TUHAN-TUHAN kita kerana merekalah orang-orang yang
BERHAK dan BERKUASA untuk membuat PERATURAN dan UNDANG-UNDANG untuk manusia,
dan oleh itu merekalah yang memiliki sifat RUBUBIYAH.
Al-Quran membicarakan mengenai TUHAN-TUHAN MANUSIA
yang BERKUASA, BERDAULAT dan MEMERINTAH ke atas manusia ini dengan panjang
lebar untuk pengamatan dan perhatian kita :
Firman Allah : al-Qasas 38
Dan berkatalah Firauan : Wahai sekelian pembesar! Aku tidak mengetahui bahawa kamu mempunyai Tuhan yang lain daripada aku. Oleh itu wahai Haman! Bakarlah untukku tanah liat kemudian binakan untukku satu bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku fikir dia itu daripada golongan para pendusta.
Firman Allah : an-Naziat 23, 24
Lalu ia mengumpulkan (ahli-ahli sihir) dan berseru.
Lalu berkata : Akulah Tuhan kamu yang maha tinggi.
Firaun mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan yang
maha tinggi yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia. Dia mengaku bahawa dia
adalah Tuhan, bukan Tuhan yang sebenar yang mencipta beliau dan manusia serta
sekelian alam semesta, dan Tuhan yang memberi rezeki kepada segala hidupan,
tetapi dia mengaku sebagai Tuhan hanya setakat dia memiliki sifat RUBUBIYAH,
iaitu Tuhan yang BERKUASA, BERDAULAT dan MEMERINTAH ke atas umat manusia, Tuhan
yang mempunyai HAK dan KUASA untuk membuat PERATURAN dan UNDANG-UNDANG untuk DITAATI
dan DIPATUHI manusia, dan Tuhan yang BERHAK dan BERKUASA untuk MENGABDIKAN
MANUSIA kepada KUASA beliau. Firaun adalah Tuhan, iaitu beliau adalah rab
musyarri’ (Tuhan manusia yang membuat peraturan dan
undang-undang ) kerana dia memiliki sifat RUBUBIYAH, begitulah juga para
pemimpin di dunia ini yang memiliki sifat RUBUBIYAH, iaitu para pemimpin yang BERKUASA,
BERDAULAT dan MEMERINTAH ke atas manusia, yang BERHAK dan BERKUASA untuk
membuat PERATURAN dan UNDANG-UNDANG dan yang BERHAK dan BERKUASA untuk MENGABDIKAN
MANUSIA kepada KEKUASAAN MANUSIA, mereka itu adalah para pemimpin yang
disifatkan Allah sebagai TUHAN-TUHAN MANUSIA
yang membuat peraturan dan undang-undang, iaitu arbaban
musyarri’ daripada kalangan manusia yang selain daripada Allah.
Pemimpin-pemimpin di Malaysia kita kini yang
terdiri daripada ahli-ahli PARLIMEN dan DUN serta RAJA-RAJA MELAYU kita adalah
TUHAN-TUHAN kerana mereka BERHAK, BERKUASA dan BERDAULAT untuk membuat
PERATURAN dan UNDANG-UNDANG untuk manusia dan mereka itu adalah TUHAN-TUHAN kerana
mereka BERHAK, BERKUASA dan BERDAULAT untuk MENGABDIKAN MANUSIA kepada KUASA
mereka. Mereka ini adalah Tuhan-tuhan Manusia, iaitu mereka ini adalah arbaban
musyarri’ (Tuhan-tuhan yang membuat peraturan dan
undang-undang manusia) yang memiliki sifat RUBUBIYAH, khususnya RUBUBIYAH
MANUSIA. Status ketuhanan pemimpin-pemimpin kita ini adalah sama dengan
ketuhanan Firaun, kekufuran mereka ini adalah sama dengan kekufuran Firaun,
kezaliman mereka ini adalah sama dengan kezaliman Firaun kerana kesemua mereka
ini, iaitu pemimpin-pemimpin kita dan Firaun ini, adalah Tuhan-tuhan manusia
yang membuat peraturan dan undang-undang manusia, iaitu arbaban
musyarri’ yang
sama-sama BERKUASA dan BERDAULAT ke atas manusia, Tuhan-tuhan yang sama-sama
BERKUASA dan BERDAULAT untuk membuat PERATURAN dan UNDANG-UNDANG, iaitu
peraturan dan undang-undang ciptaan manusia, Tuhan-tuhan yang sama-sama
BERKUASA dan BERDAULAT untuk MENGABDIKAN MANUSIA kepada KUASA mereka, dan oleh
itu mereka itulah yang sama-sama memiliki sifat RUBUBIYAH, iaitu RUBUBIYAH MANUSIA
yang syirik dan kufur di sisi kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Firman Allah: al-Maidah 44, 45, 47
Barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah, mereka itu adalah orang-orang kafir ... zalim...dan fasik.
Orang-orang yang tidak menghukum dengan
undang-undang Allah yang dimaksudkan dalam ayat di atas ini adalah juga terdiri
daripada para pemimpin kita, khususnya ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja
Melayu kita. Para pemimpin kita ini adalah orang-orang kafir, zalim dan fasik seperti
mana yang dimaksudkan oleh ayat-ayat di atas ini kerana mereka itu telah
menyerahkan sifat RUBUBIYAH kepada diri mereka sendiri yang menjadikan mereka
itu sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas
manusia, yang menjadikan mereka itu sebagai Tuhan-tuhan yang berhak dan
berkuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang untuk manusia, yang
menjadikan mereka itu sebagai Tuhan-tuhan yang berhak dan berkuasa untuk menguat
kuasakan peraturan dan undang-undang mereka ke atas manusia yang bererti mereka
itu adalah Tuhan-tuhan yang mengabdikan manusia kepada kekuasaan mereka.
Justeru ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita ini adalah
Tuhan-tuhan kita yang disifatkan Allah sebagai kafir, zalim dan fasik kerana
mereka membuat peraturan dan undang-undang yang justeru mereka itu memiliki
sifat Rububiyah.
Firman Allah: an-Nisa 60
Tidakkah engkau perhatikan bahawa orang-orang yang mendakwakan bahawa mereka beriman kepada yang diturunkan kepada engkau dan yang diturunkan sebelum daripada engkau, mereka hendak meminta hukum kepada taghut, sedangkan mereka disuruh supaya kufurkan terhadap taghut. Syaitan menghendaki supaya ia menyesatkan mereka dengan kesesatan yang jauh.
Ayat di atas ini menghuraikan bahawa
umat Islam kita yang ingin dan setuju kepada peraturan dan undang-undang
manusia adalah disifatkan Allah sebagai orang-orang yang kafir, iaitu mereka
itu adalah para ‘PENDAKWA MUSLIM’ dan bukan Muslim yang sebenar. Mereka itu
adalah orang-orang kafir kerana; pertama, mereka ingin dan setuju kepada
peraturan dan undang-undang manusia; kedua, mereka ingin dan setuju untuk menyerahkan
peraturan dan undang-undang kepada manusia; ketiga, mereka ingin dan setuju
untuk melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat ke atas
manusia. Kesemuanya ini tanpa ragu-ragu lagi mengikut pengertian ayat al-Quran
seperti di atas ini telah mengakibatkan kekufuran kepada umat Islam di Malaysia
dan di seluruh dunia kita ini.
Firman Allah : asy-Syura 21
Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan – mana-mana bahagian daripada agama mereka – sebarang undang-undang yang tidak diizinkan Allah?
Saiyyid Qutb
(Fizilalil Quran) :
“Tiada
seorangpun daripada makhluk yang berhak mensyariatkan peraturan-peraturan agama
yang berlainan daripada peraturan-peraturan yang telah disyariatkan Allah SWT
dan diizinkan oleh-Nya biarpun siapa sahaja. Hanya Allah SWT sahaja yang berhak
untuk mensyariatkan peraturan-peraturan agama kepada hamba-hamba-Nya, kerana
Dialah Pencipta seluruh alam buana ini dan Dialah yang mentadbirkannya dengan
undang-undang agung-Nya yang dipilih untuk alam ini, sedangkan kehidupan
manusia hanya merupakan seolah-olah sebiji piring yang kecil diroda alam yang
besar. Oleh kerana itu kehidupan manusia pastilah ditadbirkan dengan satu
peraturan yang sesuai dengan undang-undang alam yang agung itu, hal ini tidak
mungkin terlaksana melainkan apabila peraturan-peraturan itu disyariatkan oleh
Allah SWT yang mengetahui selok belok undang-undang yang agung itu. Seluruh
mereka yang lain daripada Allah SWT tidak syak lagi mempunyai pengetahuan yang
terbatas belaka dan tidak boleh diamanah untuk mengaturkan syariat bagi
mentadbirkan kehidupan manusia.”
Seluruh
ayat-ayat al-Quran seperti yang dipetikan di atas ini membicarakan mengenai
kewujudan Tuhan-tuhan Manusia yang memiliki sifat RUBUBIYAH dan justeru yang
berkuasa dan berdaulat ke atas umat manusia. Para pemimpin di Malaysia kita ini
yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita, adalah
para pemimpin yang berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas manusia, para pemimpin
yang berkuasa dan berdaulat untuk membuat peraturan dan undang-undang untuk
manusia dan para pemimpin yang berkuasa dan berdaulat untuk mengabdikan manusia
kepada kekuasaan manusia – mereka inilah para pemimpin yang memiliki sifat
RUBUBIYAH dan mereka ini adalah para pemimpin yang disifatkan Allah sebagai TUHAN-TUHAN
MANUSIA, iaitu arbaban musyarri’ (Tuhan-tuhan
manusia yang membuat peraturan dan undang-0undang) yang selain daripada Allah. Di sisi kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, para pemimpin kita yang yang
terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita ini adalah
arbaban musyarri’ iaitu Tuhan-tuhan Manusia yang kafir
kerana mereka membuat segala peraturan dan undang-undang manusia untuk manusia!
Firman Allah : al-Anbia 24
Apakah mereka memilih Tuhan-tuhan selain Allah? Katakanlah : Bawalah dalil-dalil kamu. Kitab ini menyebut cerita orang-orang yang semasa denganku di samping menyebut cerita para Rasul sebelumku. Malah kebanyakan mereka tidak mengetahui Aqidah yang benar, maka kerana itu mereka berpaling daripada-Nya.
Umat Islam di Malaysia kita kini telah memilih dan
melantik para pemimpin kita, iaitu ahli-ahli PARLIMEN dan DUN kita serta RAJA-RAJA
MELAYU kita, sebagai TUHAN-TUHAN kita kerana kita tidak lagi memahami dan
mengetahui dengan jelas dan terang mengenai pengertian kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang sebenar sama seperti umat manusia pada zaman Rasulullah saw dan
para Rasul yang terdahulu yang memilih dan melantik Tuhan-tuhan yang selain daripada
Allah sebagai Tuhan-tuhan mereka.
Firman Allah : al-A’raf 146
“Orang-orang yang berlagak angkuh di bumi tanpa alasan yang benar.”
Saiyyid Qutb
(Fizilalil Quran):
Orang-orang
yang bernama hamba Allah tidak akan berlagak angkuh dan sombong, kerana sifat
kebesaran dan keagungan itu hanya milik Allah sahaja dan Allah tidak akan
menerima sifat itu dikongsikan oleh yang lain daripada-Nya. Apabila seorang
insan menunjukkan sifat angkuhnya di bumi Allah bererti ia menunjukkan sifat
angkuh tanpa sesuatu yang benar. Sifat angkuh yang paling jahat ialah sifat
angkuh yang bererti mendakwa mempunyai kuasa Rububiyah di bumi Allah yang
berhak menguasai manusia. Dan menggunakan kuasa ini dalam bentuk menggubal
undang-undang dan peraturan-peraturan yang lain daripada undang-undang dan
peraturan yang diturunkan Allah dan mewajibkan manusia tunduk kepada
undang-undang dan peraturan ciptaannya yang tidak sah. Keangkuhan dalam bentuk
ini melahirkan berbagai-bagai jenis keangkuhan yang lain. Ia merupakan asas
bagi seluruh kejahatan kerana daripadanya tercetus segala kejahatan. Oleh sebab
itu ayat yang berikut menjelaskan ciir-ciri selanjutnya :
Firman Allah : al-A’raf 146
Dan jika mereka melihat segala jalan hidayat sekalipun, mereka tidak akan mengambilnya sebagai jalan yang diikuti dan (sebaliknya) jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka akan mengambilnya sebagai jalan yang diikuti.
Itulah tabiat
menyeleweng daripada jalan yang benar apabila dilihat olehnya, dan tabiat
cenderung mengikut jalan yang sesat apabila terluang kepadanya. Seolah-olah
tabiat itu berjalan dengan kuasa automatik yang tidak pernah mungkir. Inilah
sifat yang dilukislkan oleh al-Quran sebagai ciri model insan yang angkuh,
iaitu insan yang telah ditetapkan kehendak Allah untuk mengenakan balasan ke
atasnya kerana sikapnya yang telah mendustakan ayat-ayat Allah dan tidak
menghiraukannya, dan balasan itu adalah dalam bentuk memalingkan mereka
daripada ayat-ayat Allah buat selama-lamanya.
Seseorang akan
bersua dengan jenis insan yang mempunyai sifat-sifat dan perwatakan ini. Dia
akan melihat insan ini seolah-olah sentiasa cenderung menjauhi keimanan dan
mengikut kesesatan tanpa berusaha dan tanpa berfikir panjang. Dia tidak nampak
jalan keimanan dan sentiasa menjauhkan diri daripadanya. Dia sentiasa senang
dengan jalan yang sesat dan mengikutinya dengan selesa. Dan dalam waktu yang
sama dia dipalingkan daripada ayat-ayat Allah, iaitu dia tidak pernah memikir
dan menelitinya. Hati dan fikirannya tidak pernah menangkap dan menerima
saranan-saranan dan nada-nada daripada ayat-ayat itu.
Subhanallah!
Daripada coretan-coretan pantas dalam pengungkapan al-Quran yang menarik ini
dan gambaran model insan yang angkuh itu tiba-tiba menjelma dengan terang di
hadapan mata dan membuat pembaca tiba-tiba menjerit-jerit :Ya, ya saya kenal
orang ini.............namanya si anu dialah orang yang disifatkan Allah dengan
kata-kata ini!
Firman Allah : al-A’raf 146
“Dan jika mereka melihat segala jalan hidayat sekalipun, mereka tidak akan mengambilnya sebagai jalan yang diikuti mereka dan (sebaliknya) jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka akan mengambilnya sebagai jalan yang diikuti mereka.”
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran -
al-A’raf) :
Orang-orang yang membanggakan diri
mereka sebagai orang-orang Islam yang sebenar, sedangkan mereka tunduk kepada
undang-undang ciptaan manusia – yakni tunduk kepada Rububiyah yang lain
daripada Rububiyah Allah - adalah salah dan meleset jika mereka fikirkan mereka
sebagai kaum Muslimin yang tulen! Sebenarnya mereka tidak berada dalam agama
Allah yang sebenar, kerana pemerintah mereka bukannya Allah dan undang-undang
yang dijunjung mereka bukannya syariat Allah. Malah mereka berada dalam agama
pemerintah mereka, malah mereka berada di dalam agama pemerintah itu bukan
dalam agama Allah yang benar.
Sifat angkuh
dan sombong yang dimaksudkan kepada para pemimpin Muslim dan Raja-Raja Melayu
kita di Malaysia kita pada hari ini adalah kerana mereka mengifradkan sifat
RUBUBIYAH yang sepatutnya hanya dimiliki Allah sahaja kepada diri mereka
sendiri yang justeru mereka mengambil alih peranan Allah untuk berkuasa,
berdaulat dan memerintah ke atas manusia, mereka mengambil alih peranan Allah
untuk membuat peraturan dan undang-undang untuk manusia dan mereka mengambil
alih peranan Allah untuk mengabdikan manusia kepada kekuasaan manusia, justeru
para pemimpin kita dan Raja-Raja Melayu kita ini adalah pemimpin-pemimpin yang
disifatkan Allah sebagai Tuhan-tuhan yang ANGKUH dan SOMBONG, iaitu ANGKUH dan
SOMBONG yang PALING JAHAT sekali di sisi Allah swt kerana mereka menzalimi, menindas,
menyesat dan merosakkan umat manusia yang sedang berada dan bernaung di bawah
peraturan dan undang-undang manusia ciptaan mereka. Para pemimpin dan Raja-Raja
Melayu kita ini adalah disifatkan Allah sebagai ANGKUH, SOMBONG dan JAHAT kerana
mereka menghamba abdikan manusia kepada peraturan dan undang-undang yang dibuat
oleh mereka yang disifatkan Allah sebagai kezaliman, penindasan, pencerobohan,
ancaman, kejahatan dan kerosakan di sisi Allah swt.
Manakala
seluruh rakyat Islam kita kini adalah juga tidak terlepas daripada sifat-sifat
kufur yang sama, iaitu kita ini adalah juga tergolong sebagai umat manusia yang
ANGKUH, SOMBONG dan JAHAT di sisi Allah swt kerana kita telah melantik para
pemimpin dan Raja-Raja Melayu kita sebagai Tuhan-tuhan kita serta kita
bersetuju dan meredhai mereka. Allah menyifatkan kita sebagai umat yang ANGKUH,
SOMBONG dan JAHAT kerana kita bersetuju dan meredhai peraturan dan
undang-undang yang syirik dan kufur yang dibuat oleh para pemimpin kita dan
oleh yang demikian kita adalah disifatkan Allah sebagai orang-orang yang telah
melakukan kezaliman, penindasan, pencerobohan, ancaman, kejahatan dan kerosakan
terhadap umat manusia kerana kita telah bersetuju untuk meletakkan seluruh umat
manusia di bawah peraturan dan undang-undang manusia, iaitu peraturan dan
undang-undang manusia yang disifatkan Allah sebagai kezaliman, penindasan,
pencerobohan, ancaman, kejahatan dan kerosakan – ini sekali gus bererti bahawa
kita telah melakukan penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang aktif terhadap Allah sebagai Tuhan kita
Yang Maha Esa.
Ini adalah
kerana umat Islam di Malaysia kita ini berada jauh daripada Islam, kita
menjauhkan diri kita daripada al-Quran, kita meremeh-remehkan segala petunjuk
al-Quran, kita suka untuk mengambil jalan yang salah dan bengkok kerana kita
sangkakannya sebagai jalan yang benar dan lurus, sebaliknya kita tidak suka
untuk mengambil jalan yang benar dan lurus kerana kita sangkakannya sebagai
jalan yang salah dan bengkok. Kita mempunyai fitrah yang songsang dan sistem
penilaian kita yang songsang, hati kita adalah tertutup kepada kebenaran, kita
adalah umat Islam yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin dan seluruh rakyat
yang disifatkan sebagai bodoh, sombong dan buta di sisi Allah swt, dan kita
kesemuanya sentiasa berada dalam kesesatan, kerosakan dan kejahatan. Inilah
sifat-sifat seluruh umat Islam kita yang terdiri daripada para pemimpin kita, Raja-Raja
Melayu kita dan seluruh rakyat jelata sekelian yang sedang berada di dalam negara
kita ini yang disifatkan Allah sebagai negara yang kafir, zalim dan fasik!
Firman Allah : al-Fatihah 5
Akan Dikaulah sahaja yang kami sembah dan akan Dikaulah kami meminta pertolongan .
Inilah ikrar kita, janji kita dan segala
komitmen kita kepada Allah, iaitu ikrar, janji dan komitmen kita untuk hanya
menyembah Allah sahaja dan sekali-kali tidak akan menyembah Tuhan atau
Tuhan-tuhan yang selain daripada-Nya. Namun, kehidupan kita kini di bawah
sistem politik demokrasi kita ini dengan gejala ketaatan dan kepatuhan kita
kepada kerajaan demokrasi dan kepada segala peraturan dan undang-undang
demokrasi kita ciptaan manusia ini merupakan satu kontradiksi yang total
terhadap ikrar, janji dan komitmen kita ini yang membatalkan syahadah kita dan
yang mengeluarkan kita daripada agama Allah kerana KETAATAN dan KEPATUHAN kita
ini mempunyai pengertian MENYEMBAH MANUSIA dan tidak menyembah Allah. Kita
telah mencabut sifat Uluhiyah daripada Allah dan kita telah mengifradkan sifat
Uluhiyah ini kerpada manusia yang membatalkan segala pegangan, pengakuan dan
ikrar kita untuk berpegang teguh kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ .
Uluhiyah Manusia bererti seseorang
pemimpin atau pemimpin-pemimpin itu adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA yang DISEMBAH oleh
manusia kerana segala peraturan dan undang-undang yang dibuat dan diluluskan
oleh mereka itu adalah DITAATI DAN DIPATUHI manusia.
Firman Allah: at-Taubah 31
Mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadikan pendita-pendita dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain daripada Allah dan (juga mereka memperTuhankan) al-Masih anak Maryam, padahal mereka tidak diperintah melainkan untuk menyembah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya) melainkan Ia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.
Ayat ini dijelaskan di dalam
Hadith (Tarmidzi dari ‘Adi bin Hatim):
Pada suatu ketika apabila
Rasulullah s.a.w sedang membaca ayat di atas ini, ‘Adi bin Hatim berkata: “Ya
Rasulullah, mereka (Yahudi dan Nasrani) tidak menyembah mereka (pendita-pendita
dan rahib-rahib).” Rasullullah s.a.w menjawab, “Memang benar mereka berbuat
demikian. Mereka (pendita-pendita dan rahib-rahib) membenarkan perkara-perkara
yang tidak benar, dan mereka (Yahudi dan Nasrani) mematuhi mereka; dan dengan
berbuat demikian mereka sebenarnya telah menyembah mereka (pendita-pendita dan
rahib-rahib).”
Ujar al-Alusi di dalam tafsirnya:
“Kebanyakan mufassirin berpendapat
: yang dimaksudkan dengan Tuhan-Tuhan yang layak disembah di dalam ayat ini
bukannya mereka mempercayai ulama-ulama dan rahib-rahib mereka itu sebagai Tuhan-Tuhan
alam ini, malahan maksudnya mereka patuh menjunjung suruhan-suruhan dan
larangan-larangan mereka.”
Mentaati dan mematuhi peraturan dan undang-undang demokrasi
yang dibuat oleh ahli-ahli Parlimen dan Dun, serta Raja-Raja Melayu kita mengikut
hukum al-Quran, bermakna MENYEMBAH ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja
Melayu kita yang membuat undang-undang itu. Mereka ini adalah alihah musyarri’, iaitu Tuhan-tuhan Manusia yang
membuat peraturan dan undang-undang untuk manusia dan segala peraturan dan
undang-undang ini adalah ditaati dan dipatuhi manusia.
Saiyyid Qutb (Milestone)
menjelaskan:
“Sedangkan orang-orang Yahudi dan
Nasrani tidak beriktiqad dan menganggap para pendita dan rahib mereka itu
sebagai Tuhan-tuhan yang mereka sembah, juga tidak melakukan ibadat kepada para
pendita dan rahib itu, mereka hanya sekadar mengaku bahawa pendita-pendita dan
rahib-rahib itu mempunyai hak dan kuasa dalam soal pemerintahan dan kekuasaan
negara, dan mereka patuh sahaja menerima apa yang diputuskan oleh para pendita
dan rahib itu, walaupun dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah sama
sekali, oleh sebab itulah mereka itu layak disifatkan sebagai syirik dan
kufur.”
“Maka sebagaimana Allah s.w.t.
telah menyifatkan orang Yahudi dan Nasrani tadi dengan sifat syirik dan kufur,
serta terpesong juga tersasul daripada pengabdian diri kepada Allah, kerana
menjadikan paderi-paderi, pendita-pendita dan rahib-rahib mereka, sebagai Tuhan
selain daripada Allah, maka demikian jugalah halnya dengan orang-orang yang menamakan
diri mereka sebagai orang-orang Islam kepada pengikut-pengikut mereka.”
Umat Islam kita yang bersetuju, mengaku dan mengiktiraf bahawa
parlimen kita mempunyai hak dan kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang
(artikel 44 Perlembagaan Malaysia) serta mereka taat dan patuh kepada peraturan
dan undang-undang itu, mereka itu kesemuanya adalah para penyembah Tuhan-tuhan
manusia seperti mana yang dihuraikan oleh Saiyyid Qutb mengenai ayat al-Quran
(9:31) dan Hadis (Termizi daripada A’di bin Hatim) yang dibicarakan di sini.
Mengikut huraian ini serta disepakati oleh seluruh para pentafsir yang
muktabar, ‘MENTAATI’ dan
‘MEMATUHI’ di dalam ayat ini, bererti ‘MENYEMBAH’.
Orang-orang yang ‘MENTAATI’ dan MEMATUHI undang-undang yang
dibuat oleh para paderi, pendita, dan rahib, bererti ‘MENYEMBAH’ mereka.
Justeru, umat Islam yang mengamalkan demokrasi yang merangkumi dan melibatkan
perbuatan ‘MENTAATI’ dan ‘MEMATUHI’ kerajaan, kedaulatan dan undang-undang
demokrasi ianya bererti mereka ‘MENYEMBAH’ Tuhan-tuhan demokrasi, iaitu mereka ‘MENYEMBAH’
manusia yang mengkufur ingkarkan Allah s.w.t. Mereka menjadikan para pemimpin
kita dan Raja-Raja Melayu kita yang disembah oleh mereka ini sebagai
Tuhan-tuhan mereka (alihah musyarri’) yang layak disembah.
(BERSAMBUNG)
No comments:
Post a Comment