METOD ISLAM :
al-QURAN, SUNNAH dan SIRAH
(siri 3)
GERAKAN
DAKWAH
Firman Allah: Al-Maidah 67
Wahai Nabi! Isytiharkanlah apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu. Sekiranya kamu tidak melakukannya, kamu tidak menyampaikan risalah.
SETIAP dakwah semestinya bertujuan untuk membawa kepada
kebangkitan Islam. Dakwah yang menyeru manusia supaya hanya menyembah Allah
sahaja dan dakwah yang melarang manusia daripada menyembah Tuhan-tuhan yang
selain daripada-Nya, iaitu dakwah yang bertujuan untuk mengembalikan PENGABDIAN
MANUSIA KEPADA ALLAH sahaja dan dakwah yang bertujuan untuk menghapuskan
PENGABDIAN MANUSIA KEPADA SESAMA MANUSIA sudah mencukupi dan memadai untuk merangsangkan
KEBANGKITAN. Itulah dakwah untuk menegakkan kekuasaan dan kerajaan Allah di
bumi agar manusia mengabdikan diri mereka kepada Allah sahaja dan itulah dakwah
yang bertujuan untuk menghapuskan kekuasaan dan kerajaan manusia agar
terhapusnya sistem PENGABDIAN MANUSIA KEPADA KEKUASAAN MANUSIA, iaitu sistem
pemerintahan yang syirik dan kufur, sistem pemerintahan yang zalim, menindas
dan jahat. Inilah ertinya dakwah ke jalan Allah. Sedangkan dakwah yang tidak
menyeru manusia untuk menghapuskan sistem PENGABDIAN MANUSIA KEPADA KEKUASAAN MANUSIA
dan dakwah yang tidak menyeru manusia supaya menegakkan sistem pemerintahan
yang MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA ALLAH
sahaja, ianya bukanlah dakwah ke jalan Allah.
Firman Allah : al-Baqarah 208
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam semua sekali dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan-syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang amat nyata.
Allah menyeru kita agar kita sekali lagi memasukkan diri
kita ke dalam agama Islam kita yang asal, sebenar dan sempurna daripada Allah
seperti mana agama kita yang mula-mula diturunkan kepada junjungan besar kita
Rasulullah saw, dan Allah menyeru kita agar kita mengambil tindakan yang tegas
untuk mengeluarkan diri kita daripada agama Islam kita yang sedang kita imani,
anuti dan amalkan sekarang ini kerana ianya adalah agama yang sesat, rosak dan
menyimpang jauh daripada jalan yang benar. Allah menyeru kita sedemikian kerana
kita kini sememangnya dianggapkan Allah sebagai “orang-orang Islam” yang sedang
berada di luar daripada agama Allah apabila kita mengeluarkan segala peraturan
dan undang Allah daripada sistem kehidupan kita dan apabila kita kini sedang
mengimani, menganuti dan mengamalkan segala peraturan dan undang-undang
demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah dalam kehidupan kita
hari-hari.
Apabila umat
Islam kita memasuki kembali ke dalam agama Islam yang asal, sempurna dan
sebenar, itu adalah tanda permulaan kebangkitan Islam yang radikal dan
revolusyeneri dan itu adalah permulaan perjuangan dalam bentuk Jihad, Perang
dan Revolusi ke arah perjuangan Islam yang akan meruntuh dan menghapuskan
kerajaan demokrasi Malaysia yang syirik dan kufur ini untuk digantikan dengan
sebuah kerajaan Allah di bumi kita ini.
Sistem pemerintahan dan kerajaan yang MENGABDIKAN MANUSIA
KEPADA ALLAH adalah keadilan, kebebasan, keamanan, ketinggian, kemuliaan,
kehormatan dan kesempurnaan, sedangkan sistem pemerintahan yang MENGABDIKAN
MANUSIA KEPADA KEKUASAAN MANUSIA adalah penindasan, kezaliman, kejahatan,
ancaman, pencerobohan dan kerosakan mengikut neraca-neraca pertimbangan
daripada Allah. Dakwah
ke jalan Allah, iaitu dakwah yang bertujuan untuk menegakkan keadilan,
kebebasan, keamanan, ketinggian, kemuliaan, kehormatan dan kesempurnaan, dan
dakwah yang bertujuan untuk menghapuskan penindasan, kezaliman, kejahatan,
ancaman, pencerobohan dan kerosakan mempunyai tenaga dan daya kekuatannya yang
tersendiri yang berkemampuan untuk beroperasi dalam membentukkan satu
Pergerakan Islam yang radikal dan revolusyeneri yang akan mengaktif dan
menggerakkan massa umat Islam ke arah tindakan, kebangkitan dan revolusi.
Dakwah, Pergerakan dan Metod Islam dalam sesuatu perjuangan Islam beroperasi
dengan bersepadu untuk membawa kepada tindakan, kebangkitan dan revolusi.
Dakwah
Islam yang sebenar dan tulen sememangnya dan secara semula jadinya MENCABAR,
MENGANCAM dan MENGGANGGU kufur dan kekuasaan kufur. Sejak se awal mungkin lagi
seluruh jentera dan aparatus kerajaan kufur akan menumpukan seluruh tenaga dan
kekuatannya untuk memerangi, memusuhi dan membenteraskan dakwah Islam yang
sebenar dan tulen yang berbentuk radikal dan revolusyeneri ini. Konflik yang
serius dan kental di antara dakwah Islam dengan Jahiliyah bermula sejak gerakan
dakwah mengorak langkah yang pertama lagi dalam perjuangannya. Dakwah Islam
akan ditindas dan dizalimi dengan amat ketara dan berleluasa sekali dalam
berbagai-bagai bentuk yang akan berterusan dengan kadar yang semakin ketara di
sepanjang perjuangannya itu. Inilah sifat dan ciri-ciri dakwah Islam yang
sebenar.
Sesuatu
dakwah Islam yang bergerak tanpa mewujudkan permusuhan dan konflik dengan
kekuasaan Jahiliyah, tanpa penindasan dan kezaliman yang tidak kunjung padam
daripada kekuasaan Jahiliyah, ianya bukanlah dakwah Islam yang sebenar, dan
pergerakan itu bukanlah Pergerakan Islam yang sebenar. Kewujudan penindasan dan
kezaliman inilah yang beperanan sebagai petanda yang memisahkan di antara
dakwah Islam yang sebenar dan tulen dengan dakwah yang palsu. Dakwah yang
sememangnya tidak bertujuan untuk membawa kepada kebangkitan Islam dan dakwah
yang tidak berkemampuan untuk menghasilkan kebangkitan Islam, ianya bukanlah
dakwah Islam. Ini adalah kerana dakwah seperti ini tidak berjuang untuk
menentang dan menghapuskan pengabdian manusia kepada kekuasaan manusia, dakwah
seperti ini tidak berjuang untuk menegakkan kerajaan Allah yang mengabdikan
manusia kepada Allah sahaja, dakwah seperti ini tidak berjuang untuk mencabar
dan mengancam kufur dan kekuasaan kufur,
dan inilah sebenarnya erti dakwah yang songsang!
Dakwah
Islam berbentuk universal dan eternal.
Firman Allah : al-Qalam 52
Sedangkan al-Quran itu tidak yang lain melainkan peringatan bagi seluruh umat manusia .
Firman Allah : an-Nahl 36
Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul yang menyeru : Sembahlah Allah dan jauhilah Taghut .
Firman Allah : al-Anbiya 25
Dan tiada seorang Rasul pun yang Kami utuskan sebelum-mu melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa sesungguhnya tiada Tuhan selain Aku sahaja.. Oleh itu abdikanlah diri kamu kepada Ku.
Firman Allah : an-Nisa 36
Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya walaupun sedikit .
Dakwah
Islam adalah untuk seluruh manusia yang UNIVERSAL di dunia yang terdiri
daripada berbagai-bagai bangsa dan agama dan dakwah Islam adalah dakwah yang
berbentuk ETERNAL untuk sepanjang zaman. Ia menyeru manusia supaya MENYEMBAH
ALLAH sahaja dan supaya TIDAK MENYEMBAH yang selain daripada-Nya. Orang-orang
kafir didakwah dan diseru supaya tidak menyembah Berhala-berhala batu dan kayu,
orang-orang Kristian didakwah dan diseru supaya tidak menyembah Nabi Isa as
sebagai Tuhan, sebaliknya mereka ini kesemuanya didakwah supaya hanya menyembah
Allah sahaja. Begitulah juga dakwah yang universal dan eternal ini menyeru
seluruh umat Islam kita di Malaysia kita ini supaya kita tidak menyembah Tuhan-tuhan
demokrasi yang sedang wujud dan berkuasa dalam sistem politik demokrasi kita ini
dan supaya kita kembali menyembah Allah sahaja dengan cara kita tidak
mengamalkan sistem politik demokrasi ini, dengan cara kita menjauhkan diri kita
daripadanya, dengan cara kita memisah dan mengasingkan diri kita daripadanya,
dan dengan cara kita menafi, menolak, mengingkari dan menentangnya dengan terbuka,
aktif dan total terhadapnya serta dengan perasaan hati kita yang terpisah
daripadanya dan dengan cara kita yang memusuhi dan membencinya. Inilah cara
berdakwah untuk mengembalikan Uluhiyah dan Rububiyah kepada Allah sahaja agar
kita kembali sekali lagi untuk memasuki ke dalam agama Allah yang sebenar
dengan sekali gus kita mengeluarkan diri kita daripada agama Islam yang sedang
kita imani, anuti dan amalkan kini.
Dakwah
Islam dalam bentuk yang universal dan eternal menyeru kita supaya kita menafi,
menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap
demokrasi dan sistem politik demokrasi ini sehingga ianya mengalami kehancuran
yang total untuk digantikan dengan Islam dan kerajaan Islam. Inilah aspek-aspek
yang paling utama dan terpenting yang semestinya disampaikan di dalam setiap
gerakan dakwah ke arah pencapaian matlamat untuk menyempurnakan pegangan dan
amalan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Tanpanya bererti langsung tidak berdakwah, malah para
pendakwah seperti ini sebenarnya sewajarnya disifatkan sebagai orang-orang yang
tidak berpegang dan beriman kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ!
Dakwah yang menyeru kita supaya kita kuat bertaqwa
kepada Allah dan bersifat sangat lebai dan warak, dakwah yang menyeru supaya
kita taat dan patuh dalam melakukan solat dan puasa, serta seluruh syiar ibadat
ritual kepada Allah, dakwah yang menyeru supaya kita mengamalkan konsep amar
makruf nahi al-mungkar, tetapi kesemua dakwah itu tidak menyeru kita untuk
mengeluarkan diri kita daripada agama demokrasi dan sistem politik demokrasi
yang syirik dan kufur ini, kesemua dakwah itu tidak menyeru kita supaya kita
menafi, menolak, mengingkari dan menentangnya dengan terbuka, aktif dan total, kesemua
dakwah itu tidak menyeru kita supaya kita mencabar, mengancam dan mengganggu
demokrasi dan kerajaan demokrasi kita ini, dan kesemua dakwah itu membiarkan
kita untuk kekal mengamal dan mempraktikkan agama demokrasi yang syirik dan kufur
ini dengan aman dan damai dan justeru kesemuanya itu adalah dakwah yang
membiarkan kita untuk terus kekal menyembah manusia dan tidak menyembah Allah
lantaran daripada amalan sistem politik demokrasi ini - dakwah seperti ini bukanlah dakwah Islam yang sebenar,
malah ianya adalah dakwah yang membawa kita ke arah kesesatan dan kerosakan.
Inilah bentuk dan cara berdakwah yang sedang berlaku dengan amat lumrah dan
berleluasa sekali di dalam negara kita Malaysia pada masa ini!
Dakwah
Islam beroperasi mengikut metod Al-Quran, Sunnah dan Sirah. Al-Quran diturunkan
peringkat demi peringkat dengan mengambil masa dua dekad ialah untuk memberi
masa untuk beroperasinya proses kebangkitan satu Pergerakan Islam. Allah s.w.t.
mempunyai pilihan untuk menurunkan Al-Quran sekaligus yang kemudiannya umat
Islam akan menghafal, mempelajari dan mengkaji segala apa yang terkandung di
dalamnya. Tetapi metod ini tidak mewujudkan peluang-peluang dan ruang-ruang
yang mencukupi kepada massa ummah untuk memainkan peranan dalam setiap
peringkat dalam pembentukan dan pertumbuhan satu Pergerakan Islam dan dalam
proses kebangkitan daripada awal hingga ke akhirnya. Metod ini akan
mengasingkan massa ummah daripada segala proses pertumbuhan dan perkembangan
Deen Allah, dan mereka tidak akan berpeluang untuk mengamal dan menghayati
Islam dengan mencapai kemajuan selangkah demi selangkah dalam mengharungi
pergolakan Islam di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. dan dengan tuntunan wahyu
daripada Allah - ummah akan muncul sebagai ummah tanpa komitmen, yang
non-muttaqi dan non-revolusyeneri. Ummah tidak akan mengalami kebangkitan
Islam.
Firman Allah: al-Isra 106
Quran ini kami turunkan beransur-ansur supaya engkau bacakan kepada manusia berperingkat dan kami turunkan dia sedikit demi sedikit.
Mengenai
nas ini Saiyyid Qutb (Milestone) membuat kesimpulan bahawa:-
1. Agama
mengubah kepercayaan;
2. Agama
menunjukkan metod untuk melaksanakan perubahan ini. Metod perjuangan Islam
adalah daripada Al-Quran, Sunnah dan Sirah;
3. Agama
membentuk kepercayaan bersama-sama dengan kebangkitan ummah yang muttaqi,
radikal dan revolusyeneri;
4. Agama
membentuk satu sistem penilaian: penegakan dan pengabdian kepada kedaulatan
Allah, otoriti Allah dan perundangan Allah, di samping itu menumpu dan
memperjuangkan aspek-aspek praktis - ibadat, politik, ekonomi, tarbiah,
tindakan, Jihad dan perang.
Kesimpulan-kesimpulan
ini turut menjelaskan bahawa metod penurunan Al-Quran berperingkat-peringkat
itu adalah untuk menghasilkan kebangkitan satu PERGERAKAN ISLAM bersama-sama
dengan pembentukan AQIDAH, PEMIKIRAN dan IDEOLOGI ISLAM di kalangan massa umat Islam.
Penurunan Al-Quran peringkat demi peringkat itu memanglah perancangan Allah,
dan segala ajaran, pemikiran dan ideologi Islam itu ditarbiahkan kepada manusia
peringkat demi peringkat. Di samping itu, umat Islam terpaksa bertindak terhadap penentangan
orang-orang kafir ke atas Islam dan ke atas mereka sebagai hasil daripada
reaksi dan tindak balas kaum kafir terhadap ajaran-ajaran Islam itu. Oleh itu TARBIAH
berjalan serentak dengan PERGERAKAN dan TINDAKAN di sekitar penurunan al-Quran
peringkat demi peringkat itu yang akhirnya membawa kepada kebangkitan satu PERGERAKAN
ISLAM. Kepercayaan, ajaran, pemikiran dan ideologi Islam dikembangkan melalui TARBIAH,
manakala kekuasaan dan kekuatan kufur itu dihadapi melalui PERGERAKAN dan TINDAKAN
– justeru TARBIAH, PERGERAKAN dan TINDAKAN
berjalan serentak dan bergandingan sebagai satu proses yang bersepadu ke arah
kebangkitan satu PERGERAKAN ISLAM.
Perjuangan
Islam bukanlah terdiri daripada dua peringkat seperti mana yang lazim difahami
oleh kebanyakan orang; pertama, tarbiah demi tarbiah dan semata-mata tarbiah;
kedua, setelah tamat tarbiah barulah dioperasikan pergerakan dan tindakan. Ini
adalah satu salah fahaman yang besar mengenai Metod Islam. Perjuangan Islam itu
terdiri daripada tarbiah, pergerakan dan tindakan yang dijalankan serentak dan
sekaligus. Regim sekular demokrasi terdiri daripada; pertama, ideologi dan
pemikiran; kedua, institusi-institusi kufur yang mempertahankan ideologi dan pemikiran
itu. Ideologi dan pemikiran demokrasi yang kufur berkemungkinan dihadapi
melalui tarbiah, tetapi institusi-institusi kufur yang terdiri daripada
ekonomi, undang-undang, birokrasi, ketenteraan, kepolisan dan tradisi yang
mempertahankan pemikiran dan ideologi demokrasi itu hendaklah dihadapi dengan pergerakan
dan tindakan.
Hanya kombinasi tarbiah, pergerakan dan tindakan sahaja yang
berkemampuan untuk mengatasi kekuatan regim sekular demokrasi dan
institusi-institusi kufurnya. Tanpa disertai oleh pergerakan dan tindakan,
tarbiah tidak dapat menembusi dan mengatasi halangan-halangan dalam bentuk
kekuatan ekonomi, ketenteraan, birokrasi, perundangan, struktur-struktur
politik dan tradisi. Tindakan-tindakan yang gigih dan bersepadu hendaklah
dilancarkan untuk melemah dan menggugatkan institusi-institusi kufur yang
mempertahankan pemikiran dan ideologi kufur itu, dan setelah
institusi-institusi itu berjaya dilemahkan dan halangan-halangan itu dapat
ditembusi dan diatasi, tarbiah akan disusuli untuk menyampaikan risalah Islam
di kalangan rakyat. Sebagai mana yang telah diperbincangkan di bahagian yang
terdahulu, pergerakan dan tindakan atau Pergerakan Islam (Islamic movement) yang
diperkatakan di sini adalah ‘revolusi-revolusi
kecil’ atau ‘revolusi-revolusi separuhan’
(a series of partial revolutions) yang terdiri daripada tindakan-tindakan
radikal dan militen, termasuklah gerakan persenjataan terhadap musuh-musuh
Islam.
Seperti mana
yang telah diperkatakan, kebangkitan Islam akan beroperasi di dalam situasi dan
suasana yang dinamik. Sesuatu Pergerakan Islam itu akan menghadapi dua cabaran
yang beroperasi serentak; pertama, masalah penyebaran Aqidah dan Pemikiran
Islam dan gerakan untuk merangsangkan kebangkitan di kalangan massa umat Islam;
kedua, reaksi penentangan dan penindasan daripada kerajaan-kerajaan kufur dan
musuh-musuh Islam terhadapnya (Pergerakan Islam). Oleh yang demikian,
kebangkitan Islam di dalam situasi yang dinamik ini hendaklah dioperasikan
dalam bentuk ‘TARBIYAH’ , PERGERAKAN dan ‘TINDAKAN’ yang berjalan dengan
serentak dan sekali gus. Tarbiyah adalah dimaksudkan kepada penyampaian segala
idea Islam yang radikal dan revolusyeneri yang berdasarkan kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ kepada massa umat Islam, sementara pergerakan dan tindakan
adalah dimaksudkan kepada segala tindak balas yang radikal dan revolusyeneri,
termasuk kekerasan, demonstrasi, agitasi, oleh massa umat Islam (Pergerakan
Islam) terhadap kerajaan demokrasi yang
terlebih dahulu menzalimi dan menindas kebangkitan Islam itu.
Segala
pergerakan, tindakan dan aktiviti agitasi dan kekerasan yang saling
berbalas-balas di antara kedua-dua pihak yang sedang bermusuh-musuhan –
kerajaan kufur dengan pejuang-pejuang Islam – merupakan satu proses yang aktif
dan berkesan dalam menyebarkan segala idea Islam di kalangan massa umat Islam
ke arah kesedaran dan kebangkitan, dan untuk menggerakkan mereka (massa umat
Islam) kepada keterlibatan-keterlibatan dan tindakan-tindakan yang aktif dalam
perjuangan dan revolusi Islam. Tarbiyah demi tarbiyah tanpa agitasi, pergerakan
dan tindakan kekerasan, tidak akan berkesan. Penindasan dan kezaliman oleh
kerajaan kufur demokrasi terhadap pejuang-pejuang Islam hendaklah dibalas
dengan tidakan-tindakan kekerasan yang sama. Hanya metod ini sahaja yang akan
berkeupayaan untuk merangsangkan kebangkitan. Ini adalah Metod Islam yang
didasarkan kepada al-Quran, Sunnah dan Sirah. Metod sabar terus sabar, tunggu
demi tunggu tanpa sebarang agitasi, pergerakan dan tindakan kekerasan tidak
akan membawa kepada kebangkitan. Malah ia akan mengakibatkan gejala kelembapan
dan kelesuan kepada kebangkitan Islam itu.
Kebangkitan tidak mungkin akan berlaku hanya dengan
tarbiyah demi tarbiyah, tetapi ianya hanya boleh dicapai melalui satu proses
dan gerakan yang terancang dan aktif yang terdiri daripada TARBIYAH, PERGERAKAN
dan TINDAKAN, iaitu tarbiyah mengenai segala idea Islam yang radikal dan
revolusyeneri serta pergerakan dan tindakan yang radikal dan revolusyeneri
terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini. Para
pejuang Islam amat memerlukan kepada bimbingan dan asuhan yang rapi daripada
para aktivis Islam yang berperanan sebagai pelupur dan perintis kepada
kebangkitan Islam itu.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran - ar-Raad) :
Walau bagaimanapun, namun tugas menyampaikan dakwah
tetap merupakan dasar amalan Rasulullah saw dan dasar amalan para pendakwah
kepada agama ini selepas beliau, kerana usaha menyampaikan dakwah merupakan
langkah pertama daripada langkah-langkah Berjihad. Apabila langkah penyampaian
dakwah itu betul dan menjurus ke arah menyampaikan hakikat-hakikat asasi agama
sebelum disampaikan hakikat –hakikat far’iyah yang lain, yakni apabila langkah
penyampaian dakwah itu menjurus daripada langkah yang pertama ke arah
menjelaskan bahawa ciri-ciri Uluhiyah, Rububiyah dan Hakimiyah adalah kepunyaan
Allah yang Maha Esa sahaja, di samping menjurus ke arah menjadikan seluruh
manusia itu hamba kepada Allah sahaja, di mana mereka membuat ketaatan dan
kepatuhan kepada-Nya sahaja serta mencabut ketaatan dan kepatuhan kepada yang
lain daripada-Nya, maka sudah tentu Jahiliyah akan bangkit menentang para
pendakwah yang menyampaikan dakwah yang sebenar itu. Mereka akan menolak dan
mencabar para pendakwah yang seterusnya akan bertindak menindas dan
menghapuskan mereka. Di sini barulah tiba peringkat Berjihad pada waktunya yang
tepat sebagai hasil yang tabii daripada penyampaian dakwah yang sebenar.
Saiyyid Qutb (Fizilali Quran –al-Anfal) :
Usaha menegakkan kerajaan Allah dan menghapuskan
segala kerajaan manusia, usaha mencabut kuasa daripada tangan-tangan manusia
yang telah merampaskannya dan memulangkan semula kepada Allah yang Maha Esa
sahaja, usaha menegakkan kedaulatan syariat Allah sahaja dan menghapuskan
undang-undang manusia – semuanya tidak direalisasikan dengan tabligh dan
penerangan semata-mata kerana pihak-pihak yang berkuasa yang menguasai orang
ramai dan merampas kuasa Allah di bumi tidak akan menyerah kuasa mereka dengan
tabligh dan penerangan semata-mata. Jika tidak begitu, alangkah mudahnya kerja
seseorang Rasul untuk menegakkan agama Allah di bumi. Ini adalah bertentangan
dengan apa yang diketahui oleh sejarah
para Rasul Salawatullahi Wasalamuhu Alaihim dan sejarah agama Islam di
sepanjang zaman.
Jika tabligh dan penerangan berperanan untuk
menghadapi ideologi-ideologi dan kefahaman-kefahaman, maka “pergerakan”
berperanan untuk menghadapi halangan-halangan material yang lain terutama
halangan kuasa politik yang ditegakkan di atas faktor-faktor ideologi dan
kefahaman-kefahaman, faktor perkauman dan kelas, faktor sosio-ekonomi yang
canggih dan rumit. Kedua-dua program ini – program penerangan dan program
pergerakan – harus bertindak seiring sejalan untuk menghadap “realiti manusia” secara
keseluruhannya dengan menggunakan sarana-sarana yang sesuai dengan
kehendak-kehendaknya. Kedua-duanya pasti diwujudkan untuk melancarkan gerakan
untuk membebaskan keseluruh manusia di seluruh dunia itu. Inilah satu hakikat
yang amat penting yang harus dijelaskan sekali lagi.
Tentulah satu kebodohan jika ada orang berfikir
bahawa dakwah yang mengisytiharkan matlamat perjuangannya untuk membebaskan
seluruh manusia di seluruh dunia ini boleh berjuang menghadapi
halangan-halangan tadi dengan hanya menggunakan kekuatan lisan dan penerangan
sahaja! Yang sebenarnya dakwah itu boleh diperjuangkan dengan hanya menggunakan
kekuatan lisan dan penerangan sahaja jika orang ramai telah diberi kebebasan
memilih dan dakwah ini dapat dibicarakan dengan mereka dalam suasana bebas
daripada segala pengaruh. Hanya dalam suasana begini sahaja prinsip ‘tiada
paksaan dalam agama’ dapat diamalkan, tetapi jika di sana terdapat
halangan-halangan dan pengaruh-pengaruh kebendaan, maka langkah pertama dakwah
ini ialah bertindak menghapuskan halangan-halangan itu dengan kekuatan Jihad
supaya ia dapat berbicara dengan hati manusia dan akalnya dalam suasana bebas
daripada segala belenggu.
Saiyyid
Qutb menghuraikan bahawa dakwah yang menyebarkan perjuangan untuk menegakkan
Uluhiyah dan Rububiyah Allah di bumi dan dakwah yang bertujuan untuk
menghapuskan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang sedang tegak berdiri dengan
angkuh dan sombong di bumi kita ini akhirnya akan hanya membawa kepada satu
kesudahan sahaja, iaitu pelancaran Jihad, Perang dan Revolusi terhadap
kekuasaan dan kekuatan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia ini. Para pendukung
dakwah untuk menghapus Uluhiyah dan Rububiyah Manusia akan menerima takanan, kezaliman
dan penindasan daripada para penguasa dan pemerintah yang berdiri di atas
kekuasaan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang angkuh dan sombong di bumi kita
ini yang secara semula jadinya akan menimbulkan KONFLIK di antara kebangkitan
Islam dengan pemerintah yang kafir, zalim dan fasik serta yang zalim dan
menindas ini. Dakwah Islam yang radikal dan revolusyeneri ini seterusnya akan
mengembang dan melebarkan KONFLIK di antara yang hak dengan yang batil ini
untuk melibatkan seluruh massa umat Islam sekelian yang akan mengelami
kebangkitan yang radikal dan revolusyeneri yang akhirnya akan membawa kepada
Jihad, Perang dan Revolusi. Dakwah yang mencabar dan mengancam kekuasaan dan
kekuatan Jahiliyah seperti ini adalah dakwah Islam yang sebenar ke jalan Allah
manakala dakwah yang hambar yang tidak mengutamakan cabaran dan ancaman terhadap
pemikiran Jahiliyah dan kekuasaan Jahiliyah, ianya bukanlah dakwah ke jalan
Allah. Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa Metod Islam ialah DAKWAH dan PERANG,
bukan terhad kepada dakwah demi dakwah sahaja tanpa pergerakan, tindakan,
revolusi dan perang!
Firman Allah: al-Hajj 39, 40
Diizinkan berperang bagi orang-orang yang diperangi (oleh golongan penceroboh) kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka. Dan sekiranya Allah tidak melindungi sebahagian manusia daripada sebahagiannya, nescaya dirobohkan kuil-kuil, gereja-gereja, sinagog-sinagog dan masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah.
Firman Allah: al-Baqarah 251
Dan sekiranya Allah tidak menjatuhkan sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, nescaya rosak bumi ini.
Allah
membenarkan kita untuk mempertahankan diri kita daripada kezaliman dan
penindasan dalam bentuk fizikal daripada kerajaan demokrasi dengan
tindakan-tindakan kekerasan yang setimpal, dan Allah swt juga membenarkan kita
untuk mengambil sebarang tindakan kekerasan dan perang terhadap demokrasi dan
kerajaan demokrasi yang terdiri daripada ideologi, sistem dan undang-undang
yang dianggap oleh Islam sebagai kufur, zalim dan fasik serta penidasan dan
kerosakan itu dengan tidak memberi pertimbangan sama ada kerajaan demokrasi ini
terlebih dahulu bertindak dalam mencabar, menzalimi dan menyerang secara
fizikal ataupun tidak ke atas kita. Rasulullah s.a.w. dan para Rasul yang
terdahulu, Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s., kesemuanya
mencabar dan bertindak untuk menghancurkan aqidah kufur yang masing-masing itu
dianuti oleh kaum Quraisy, Raja Namrud, Firaun dan kerajaan Rom sedangkan
mereka itu masih berada dalam posisi yang jauh lebih lemah daripada kuasa-kuasa
kufur di zaman masing-masing itu. Pergerakan Islam hendaklah melancarkan
tarbiah dan tindakan serentak dalam menghadapi kuasa Jahiliyah.
Saiyyid Qutb (Milestone – Bab 3 ) menjelaskan:
"Apabila Jahiliyah mengambil bentuk, tidak
sebagai teori, tetapi sebagai satu pergerakan yang aktif, sesuatu usaha untuk
menghapuskan Jahiliyah dan untuk mengembalikan manusia kepada Allah dengan
memunculkan Islam hanya sebagai satu teori sahaja tidak mempunyai faedah.
Jahiliyah menguasai dunia yang praktis, dan dalam mempertahankannya, wujud satu
organisasi yang hidup dan aktif. Dalam situasi begini, usaha-usaha yang
berbentuk teori untuk memeranginya tidak dapat menyamai, apatah lagi untuk
mengatasinya. Apabila matlamat itu adalah untuk menghapuskan sistem yang wujud
dan untuk menggantikan dengan satu sistem baru di mana ciri-ciri,
prinsip-prinsip dan segala aspek umum dan khususnya itu adalah berbeza daripada
sistem Jahiliyah yang sedang berkuasa, sewajarnya sistem yang baharu ini
hendaklah muncul ke dalam medan perjuangan sebagai satu pergerakan yang
tersusun dan ampuh. Ia hendaklah bangkit ke medan perjuangan dengan penuh
keyakinan dan keazaman bahawa strateginya, organisasi sosialnya, dan pertalian
di antara individu-individunya adalah lebih teguh dan lebih kuat daripada
sistem Jahiliyah yang sedang berkuasa."
Tarbiah
adalah untuk mengatasi ideologi demokrasi yang kufur, sementara tindakan dan
Pergerakan Islam adalah untuk mengatasi
Jahiliyah yang berbentuk pergerakan yang hidup dan aktif.
Tarbiah,
pergerakan dan tindakan yang dilancarkan serentak dalam menggempurkan pemikiran
dan ideologi kufur dan institusi-institusi kufur diharapkan untuk mencapai dua
sasaran perjuangan yang penting: pertama, ianya adalah satu proses interaksi,
integrasi dan penggabungan yang harmoni di antara PEMIKIRAN ISLAM dengan MASSA
UMMAH yang merintis jalan ke arah kebangkitan satu Pergerakan Islam; kedua,
ianya adalah satu proses untuk melemahkan politik kufur dan institusi-institusi
kufur termasuk ekonomi, ketenteraan, dan moral di pihak kufur.
Tarbiah
tanpa pergerakan dan tindakan adalah satu pengasingan massa ummah daripada
perjuangan Islam, mereka akan bersikap sepi, tanpa komitmen dan tanpa ikatan
jiwa terhadap Islam serta tanpa perasaan tanggungjawab terhadap isu-isu
perjuangan Islam dan mereka akan selesa untuk bertindak sebagai
penonton-penonton sahaja terhadap segala gerakan dan kegiatan Islam yang
berlaku di sekeliling mereka. Perjuangan yang semata-mata dalam bentuk tarbiah,
tarbiah dan terus tarbiah itu tidak mempunyai keupayaan untuk membangkitkan
massa ummah ke arah keterlibatan yang positif dan aktif ke dalam satu
Pergerakan Islam.
Pembentukan
Pergerakan Islam pimpinan Rasulullah s.a.w. adalah melalui kombinasi tarbiah,
pergerakan dan tindakan yang merebak dan mengembang kepada konfrantasi terbuka
di antara Pergerakan Islam dengan kaum kafir Quraisy dan akhir sekali dengan
seluruh dunia kufur di bumi Arab. Kekuatan iman dan komitmen yang mendalam
terhadap perjuangan Islam di kalangan massa ummah pimpinan Rasulullah s.a.w.
tidak dicapai melalui tarbiah sahaja, tetapi ianya dicapai melalui kombinasi
tarbiah, pergerakan dan tindakan.
Tarbiah, pergerakan dan tindakan di bawah pimpinan
Rasulullah s.a.w. yang membawa kepada fenomena beriman dan beramal soleh di
kalangan umat Islam akan beberapa konsep Islam yang dinamik yang terdiri
daripada: kebaktian hanya untuk Allah, amar makruf nahi mungkar, syahada, moral
yang tinggi, keakhiratan, kedaulatan Allah, universalisme Islam, kebertindakan
Islam, pengabdian hanya untuk Allah, merupakan amalan-amalan yang melatih,
memprogram, memproses, membentuk dan membangkitkan massa ummah kepada bentuk
yang muttaqi, aktif, radikal, disiplin, sabar, berkorban, istiqamah, tanpa
kompromi, bertanggung jawab dan revolusyeneri. Inilah metod Islam.
Gerakan
tarbiah, pergerakan dan tindakan yang mencabar kuasa kufur itu akan pasti
memunculkan reaksi dalam bentuk tindakan-tindakan yang jauh lebih keras dan
ketara daripada kuasa kufur itu dalam bentuk kezaliman dan penindasan dan
operasi segala aparatus penekanannya - bagi kita di Malaysia ialah tindakan
ISA. Kejadian saling cabar-mencabar dan saling bertindak-tindakan di antara
satu dengan yang lain ini akan mengembang dan membesar kepada konfrantasi
terbuka di antara Pergerakan Islam dengan negara kufur demokrasi.
Konfrantasi
terbuka ini akan berlarutan, mungkin generasi demi generasi sehingga membawa
kepada kehancuran sama ada kepada kerajaan kufur demokrasi atau kepada
pergerakan Islam itu sendiri. Revolusi Islam bukanlah satu ledakan dan bukanlah
satu detik peristiwa, tetapi ianya adalah satu kemuncak (culmination)
perjuangan Islam yang dioperasikan peringkat demi peringkat secara evolusi yang
telah lama dilancarkan dan berkesinambungan generasi demi generasi. Latihan dan
disiplin di kalangan pejuang-pejuang Islam hendaklah mantap dan mencukupi dalam
menghadapi, mengoperasi dan bertindak berterusan dalam pelancaran konfrantasi
terbuka yang berpanjangan yang memerlukan kepada semangat syahada, kekuatan
fizikal dan rohani, pengorbanan, kesabaran dan disiplin yang tinggi dan
ketaqwaan yang mendalam.
Metod
tarbiah, pergerakan dan tindakan yang membawa kepada konfrantasi terbuka di
antara Islam dengan kufur ini merupakan satu proses radikalisasi, kebangkitan
dan keterlibatan massa ummah yang aktif dan berkesan dalam pembentukan
Pergerakan Islam yang muttaqi, komited, radikal dan revolusyeneri. Massa ummah
yang suasana dan persekitaran kehidupan hariannya sentiasa diselubungi,
dicerobohi dan dikelilingi oleh perjuangan Islam yang radikal, dan tanpa
kompromi dalam bentuk tarbiah, pergerakan dan tindakan itu, akan mengalami
kesukaran untuk mengelakkan diri mereka daripada dipengaruhi dan dirangsangi
untuk mengalami satu proses kebangkitan Islam dan revolusi dalam diri mereka
sendiri dan untuk diserapkan ke dalam satu Pergerakan Islam dalam menghancurkan
kufur dan menegakkan Deen Allah - massa ummah tidak lagi mampu untuk terus
menjadi penonton-penonton sahaja lantaran kejutan-kejutan aktif dan radikal di
tengah-tengah kalangan mereka sendiri.
Firman Allah : ar-Raad 6
Dan mereka telah meminta kepada mu supaya dipercepatkan azab sebelum mereka (meminta) rahmat, sedangkan sebelum mereka telah pun berlaku berbagai-bagai contoh teladan, dan sesungguhnya Tuhanmu itu sentiasa memberi keampunan kepada manusia walaupun mereka zalim, dan sesungguhnya Tuhanmu itu amat berat balasan –Nya.
Firman Allah : ar-Raad 7
Dan berkatalah Orang-orang yang kafir : Mengapakah tidak diturunkan kepadanya suatu bukti (mukjizat) dari Tuhannya? Sesungguhnya engkau hanya seorang Rasul yang memberi amaran dan setiap kaum mempunyai Rasul yang memberi hidayat.
Firman Allah : ar- Raad 14
Doa yang sebenar itu ialah kepada Allah, sedangkan Tuhan-tuhan palsu yang mereka berdoa kepadanya selain Allah tidak dapat memperkenankan sedikit pun doa mereka melainkan seperti seorang yang menghulurkan kedua telapak tangannya kedalam air supaya air samapi ke mulutnya dan tentulah ia tidak akan sampai ke mulutnya. Dan tiada doa orang-orang yang kafir itu melainkan semuanya berada dalam kesia-siaan belaka.
Firman Allah : ar-Raad 17
Dialah yang telah menurunkan hujan dari langit lalu mengalir di wadi-wadi menurut kadar yang ditentukan –Nya, kemudian banjir membawa buih-buih yang kembang, dan dari logam-logam yang mereka leburkannya di dalam api untuk membuat perhiasan dan perkakas itu juga terdapat buih-buih yang sama dengannya. Demikianlah Allah membuat pembandingan di antara kebenaran dan kebatilan. Adapun buih, maka ia akan lenyap terbuang, dan adapun yang berguna kepada manusia, maka ia akan tetap di bumi. Demikian Allah membuat pembandingan-pembandingan.
Firman Allah : ar- Raad 19
Apakah orang yang mengetahui bahawa apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu adalah benar sama dengan orang yang buta? Hanya orang yang berakal sahaja yang dapat mengambil pengajaran.
Firman Allah : agar- Raad 28
Iaitu orang-orang yang beriman di hati mereka tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah! Hanya dengan mengingati akan hati akan menjadi tenang dan tenteram.
Firman Allah : ar-Raad 1
Alif Laam Miim Raa. Itu lah ayat-ayat kitab (al-Quran). Dan apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.
Firman Allah : ar- Raad 30
Demikianlah Kami telah mengutuskan engkau di kalangan satu umat yang telah berlalu sebelumnya beberapa umat yang lain supaya engkau membaca kepada mereka (al-Quran) yang telah Kami wahyukan kepadamu, sedangkan mereka mengingkari Allah yang Maha Penyayang. Katakanlah: Dialah Tuhanku dan tiada tuhan yag lain melainkan hanya Dia, kepada –Nya aku bertawakal dan kepada –Nya aku bertaubat.
Firman Allah : ar- Raad 36
Dan orang-orang yang telah Kami kurniakan kitab kepada mereka adalah bergembira dengan wahyu yang telah diturunkan kepadamu (Muhammad) dari tuhanmu, dan diantara golongan-golongan (ahlil kitab dan musyrikin) ada yangt mengingkari sebahagian. Katakanlah : sesungguhnya aku diperintah menyembah Allah dan jangan mempersekutukan-Nya. Kepada Allah aku berseru dan kepada-Nya aku kembali.
Firman Allah : ar- Raad 37
Dan demikianlah Kami turunkan al-Quran sebagai hukum-hukum (Allah) di dalam bahasa Arab, dan jika engkau (Muhammad) mengikut kehendak hawa nafsu mereka setelah datng kepadamu pengetahuan yang benar (dari Allah), maka tiada lagi penolong dan pelindung (yang dapat enyelamatkan engkau) dari azab Allah.
Firman Allah : ar- Raad 40
Sama ada Kami memperlihatkan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian dari azab yang Kami janjikan untuk mereka (orang kafir) atau Kami wafatkanmu sebelum melihatnya, (maka itu bukan urusanmu), kerana sesungguhnya tugasmu ialah menyampaikan dakwah dan tugas Kami ialah menjalankan hisab.
Firman Allah : ar-Raad 43
Dan orang-orang kafir itu berkata :Engkau bukanlah seorang Rasul. Katakanlah (kepada mereka) : Cukuplah Allah sendiri menjadi saksi diantaraku dengan kamu, juga dengan mereka yang mempunyai ilmu al-Kitab.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Demikianlah kita dapat mengetahu dari kumpulan ayat-ayat
yang telah kami sebutkan tadi bentuk penentangan yang telah digunakan oleh kaum
musyrikin untuk mencabar Rasulullah saw dan mencabar al-Quran. Kemudian makna
cabaran ini dan makna arahan Rabbani untuk menghadapi cabaran itu telah
menggambarkan pula tabiat dan keadaan masa diturunkan surah ini di zaman
Makkiyyah.
Di antara anjuran yang jelas yang terkandung di
dalam arahan Rabbani kepada Rasulullah saw dalam menghadapi penolakan,
pendustaan, cabaran, kelambatan mendapat sambutan dan kesulitan dalam
perjuangan ialah menyuruh beliau supaya mengemukakan konsep yang benar yang
diperjuangkan dengan sempurna dan terus terang iaitu konsep tiada Tuhan yang
disembah melainkan Allah, dan tiada Tuhan yang mentadbir melainkan Allah, tiada
Tuhan yang disembah melainkan-Nya dan kondep Allah Maha Esa dan Maha Gagah
Perkasa, dan konsep seluruh manusia akan dipulangkan kepada Allah sama ada ke
Syurga atau ke Neraka. Itulah sekumpulan hakikat-hakikat yang ditolak dan
dicabar oleg kaum musyrikin. Beliau juga disuruh supaya jangan mengikut
kehendak hawa nafsu mereka dengan bertindak mengampu-ngampu dan mengambil hati
mereka dengan menyembunyikan sebahagian daripada hakikat-hakikat yang benar ini
atau menangguhkan pengumumannya, di samping itu beliau juga diancam dengan
tindakan dari Allah jika beliau cuba mengikut kehendak hawa nafsu mereka di
dalam mana-mana perkara ini setelah beliau mendapat ilmu yang diyakini benarnya
dari Allah.
Anjuran yang jelas ini mendedahkan kepada para
pendakwah ke jalan Allah tabiat methodologi dakwah Islamiyah ini yang tidak
membolehkan mereka menggunakan ijtihad mereka sendiri, malah mereka harus
tampil mengemukakan hakikat-hakikat asasi agama ini dengan terus terang dan
tanpa menyembunyi dan menannguhkan pengumuman sesuatu apapun darinya terutama
hakikat-hakikat mengenai konsep tiada Uluhiyah dan Rububiyah melainkan bagi
Allah. Antara itu tiada ketaatan dan kepatuhan melainkan bagi Allah. Inilah
hakikat asasi yang pasti diisytiharkan walau apa saja tentangan dan cabaran dan walau apa sahaj penolakkan
daripada pendusta. Ia pasti diisytihar biarpun bagaiman sulit dan sukar jalan
perjuangannya. Bukanlah dari ciri khidmat dan pengajaran yang baik menyembunyi
atau menangguhkan pengumuman sebahagian dari hakikat-hakikat ini dengan
alasan-alasan kerana para Taghut ini tidak sukakannya atau menindas orang-orang
yang menisytiharkannya atau yang menolak agama ini dengan sebab pengisytiharaan
itu atau merancangkan tipu daya dan langkah-langkah jahat terhadap agama ini
dan terhadap para pendakwahnya. Semunya ini tidak harus mendorong para penkwah
agama ini bertindak menyembunyikan sesuatu ini dari hakikat-hakikat asasinya
atau menangguhkan pengumumannya, atau dengan memulakannya dengan hanya
mengemukakan perkara-perkara syi’ar agama, akhlak, tingkah laku dan asuhan
rohani sahaja untuk menjauhi kemurkaan para Taguht di bumi apabila mereka
bermula dengan mengumumkan konsep tauhid Uluhiyah dan Rububiyah, dan dari
sinilah munculnya konsep tauhid ketaatan dan kepatuhan kepada Yang Maha Esa
sahaja.
Inilah methodologi haraki untuk menjuangkan agama
Islam yang sebagaimana yang dikehendaki Allah dan inilah methodologi kepada
Allah sebagaimana yang telah dijalani oleh penghulu kita Nabi Muhammad saw.
Setiap pendakwah kepada Allah tidak seharusnya menyeleweng dari methodology ini
atau mengikuti metodologi yang lain. Selain dari itu Allah lah penjamin agama
ini dan para pendakwahnya. Cukuplah Allah menjadi Penjamin dan Pelindung mereka
dari kejahatan para Taghut itu.
Methodology dakwah al-quran ialah mencantumkan di
antara penerangan kitab Allah yang dibaca iaitu al-Quranul Karim dengan
saranan-saranan kitab alam buana yang terbuka. Ia menjadikan seluruh alam buana
ini sebagai sumber inspirasi kepada manusia kerana ia mengandungi dalil-dalil
dan bukti-bukti yang jelas yang menggambarkan kekuasaan, perencanan dan
pentadbiran Allah yang Maha Halus. Methodology ini juga mencantumkan kepada dua
kitab ini catatan –catatan sejarah manusia yang merakamkan bukti-bukti yang
jelas yang juga menggambarkan kekuasaan, perencanaan dan pentadbiran Allah yang
rapi. Dengan seluruh dalil-dalil dan bukti-bukti inilah al-Quran menghadapi
entity manusia dan mengepungi mereka dari segenap penjuru, di mana ia berbicara
dengan pancaindera mereka, dengan hati mereka dan dengan akal mereka.
Firman Allah : al-Muddaththir 50,51
Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,Melarikan diri (dalam ketakutan) daripada singa!
Saiyyid Qutb (Maalim fil Toriq) :
“Kita jangan hanya cukup dengan usaha mendakwahkan
Islam kepada umat manusia dengan cara berbisik-bisik sahaja dan jangan bersikap
simpang siur dalam menghentam ideologi dan konsep mereka yang menyeleweng itu.
Kita mesti berterus terang memberi tahu mereka dan mengatakan, “dasar Jahiliyah
yang tuan-tuan sedang hayati ini adalah najis dan Allah hendak mensucikan
tuan-tuan. Realiti hidup tuan-tuan adalah kotor maka Allah mahu
membersihkannya. Mutu hidup tuan-tuan sangat rendah oleh sebab itu Allah hendak
mengangkatnya. Tuan-tuan sekarang sedang hidup dalam penderitaan, kepicikan dan
kesempitan, maka Allah mahu meringankan beban itu dan Islam akan mengubah
konsep hidup tuan-tuan, realiti dan nilai tuan-tuan dan akan mengangkat darjat
hidup tuan-tuan ke suatu taraf yang tuan-tuan tidak mungkin tercapai melalui
realiti hidup Jahiliyah ini. Seandainya tuan-tuan tidak dapat mengerti tentang
konsep ini kerana disekat oleh musuh-musuh Islam yang bekerja tidak
berhenti-hentinya membanting tulang, menghalang daripada usaha untuk mewujudkan
hidup cara Islam itu, maka biarlah Islam menunjuk kepada tuan-tuan; dan syukur
alhamdulllah, gambaran kehidupan Islam terpahat indah melalui al-Quran kami dan
melalui sejarah dan konsep kami bagi menempuh zaman depan yang gemilang, yang
tidak kami ragui sedikitpun.
Begitulah hendaknya kita katakan kepada umat
manusia pada ketika kita mengemukakan Islam kepada mereka; kerana ini adalah
suatu hakikat dan kerana inilah bentuk percakapan yang Islam mula-mula
kemukakan kepada manusia dahulu, baik di Semenanjung Tanah Arab, di Farsi atau
di Rom ! Dan di mana-mana sahaja Islam menyampai dakwahnya.
Islam mengemukakan konsep yang jelas kepada mereka,
sebab tiada apa rahsiapun yang hendak disembunyikan oleh Islam terhadap semua
peringkat umat manusia. Ia selalu bersikap terbuka dan berterus terang. Ia
berhadapan dengan umat manusia dengan menggunakan bahasa yang penuh cinta dan
rasa kasih mesra; kerana bahasa itu adalah secebis daripada hakikat yang tidak
dapat dipisahkan daripada tabiat Islam. Islam akan memberi tahu mereka bahawa
tiada apapun yang rahsia dan sulit (confidential) dalam ajaran Islam, kerana
memang begitulah sifat-sifat Islam ini. Islam tidak mengatakan kepada mereka
bahawa ia akan melakukan perubahan kecil sahaja dalam kehidupan manusia itu,
ataupun bahawa ia adalah sama dan serupa sahaja dengan sistem yang telah
menjadi kebiasaan mereka, sepertimana yang banyak terdapat pada zaman sekarang
di kalangan sesetengah orang-orang yang tertentu yang telah berkata demikian
dalam menjalankan dakwah mereka kepada umat manusia. Ada orang yang tidak
segan-segan menyebut dan bercakap-cakap tentang Demokrasi Islam, Sosialisme
Islam dan ada pula yang tergamak mengatakan bahawa realiti ekonomi dan tata cara
perundangan yang ada sekarang dalam masyarakat Jahiliyah itu tidak akan
diapa-apakan oleh Islam, kalau ada perubahanpun hanya sebahagian yang kecil
sahaja, dan berbagai-bagai cara pemalsuan dan pengeliruan terhadap hakikat
Islam, yang dibuat secara berbisik-bisk dan berpandukan kepada hawa nafsu.
Bukan demikian halnya, sebab peralihan daripada
suasana Jahiliyah yang sedang mempengaruhi dunia sekarang kepada suasana Islam
itu adalah suatu bentuk peralihan dan perpindahan yang sangat jauh jaraknya.
Konsep hidup Islam adalah berlainan sama sekali dengan konsep hidup Jahiliyah,
baik dahulu mahupun sekarang, bahkan untuk selama-lamanya. Penderitaan yang
dialami oleh umat manusia di bawah belenggu sistem Jahiliyah sekarang ini tidak
dapat diubati dan diatasai dengan hanya mengadakan perubahan kecil sahaja. Umat
manusia tidak akan dapat diselamatkan daripada bahana penderitaan itu kecuali
melalui satu proses pembedahan yang menyeluruh : semasa melalui suatu peralihan
yang jauh jaraknya daripada realiti cara Jahiliytah; iaitu peralihan daripada
mematuhi konsep dan perundangan ciptaan makhluk yang lemah dan hina kepada
konsep dan perundangan ciptaan Khaliq yang Gagah Perkasa.
Ini adalah satu hakikat; satu hakikat yang mesti
dicanangkan kepada seluruh umat manusia dengan terbuka, lantang dan nyaring,
supaya umat manusia tidak terbiar menderita kesengsaraan terus menerus.
Pada peringkat awalnya, manusia mungkin tidak
senang hati dengan cara tarbiyah seperti ini, mungkin mereka akan lari daripada
tarbiyah ini, dan mungkin mereka akan takut kepadanya. Mereka tidak
menyenanginya, membencinya dan merasa terguris hati apabila Rasulullah saw
mengkritik konsep mereka, menyeranah Tuhan-tuhan mereka, menolak cara hidup,
peradaban dan adat resam mereka, dan Baginda berserta kaum Muslimin yang kecil
itu mengamalkan cara hidup, peradaban dan adat resam mereka yang tersendiri
yang sama sekali berbeza dan bertentangan dengan mereka.
Selepas itu apa yang terjadi? Mereka menyukai dan
menyenangi kebenaran yang sama yang dikemukan pada mula-mula dahulu itu yang
pada ketika itu kelihatan begitu asing bagi mereka, yang mereka lari
daripadanya, “seperti keldai-keldai dalam kejutan yang lari bertempiaran
daripada se ekor singa” ((74:50, 51), dan yang mereka menentang dan
memeranginya dengan segala kekuatan yang ada pada mereka, dan mereka telah
menzalimi orang-orang Islam yang lemah di Mekah dan selepas itu mereka
berperang dengan orang-orang Islam semasa di Medinah.
Keadaan dan persekitaran yang wujud di zaman
permulaan di Mekah adalah hampir sama dengan keadaan dan persekitaran kita
sekarang ini. Islam adalah satu agama yang tidak dikenali, dan ditolak oleh
Jahiliyah; ia hanya terbatas kepada daerah di lembah Mekah sahaja, yang
ditindas dan ditekan oleh golongan yang berkuasa dan berpengaruh; dan Islam
pada masa itu adalah satu agama yang sama sekali asing kepada mata kaca dunia.
Islam dikelilingi oleh empayar-empayar yang agung dan sombong yang kuat
menentang Islam. Di sebalik situasi yang buruk itu, dakwah Islam adalah sesuatu
yang bertenaga dan kuat, dakwah Islam terus bertenaga dan kuat buat hari ini,
dan ia akan tetap bertenaga dan kuat pada masa-masa akan datang. Sumber tenaga
dan kekuatannya berada terselubung dalam dasar-dasar Aqidahnya; itulah sebabnya
dakwah Islam boleh beroperasi dalam situasi yang paling negatif dan buruk
sekali dan dakwah Islam itu berupaya untuk menghadapi penentangan yang paling
sengit sekali. Tenaga dan kekuatan Islam bersumber dan bersandarkan kepada
kebenaran Islam yang jelas dan nyata yang ia perjuangkan. Ajaran-ajarannya yang
seimbang adalah selari dan bersesuaian dengan naluri-naluri manusia –
naluri-naluri yang tidak boleh bertahan lama dalam menentang kebenaran – dan
Islam mempunyai kekuatan untuk memimpin umat manusia untuk menuju kepada
kemajuan dan kesejahteraan walaupun ketika manusia itu sedang berada dalam
situasi yang sangat mundur dari segi ekonomi, sosial, teknologi dan intelektual
mereka.
Satu lagi rahsia tentang sumber tenaga dan kekuatan
Islam ialah bahawa ia mencabar dan menentang Jahiliyah tanpa sedikitpun
berkompromi dengan Jahiliyah dan tanpa kesediaan sedikitpun untuk bersetuju
bagi mengubah mana-mana bahagian sedikitpun daripada dasar-dasar Aqidahnya dan
Metod perjuangannya. Islam mendeklarasikan kebenaran dengan amat lantang dan
berani supaya manusia itu memahami bahawa Islam itu bagus, dan ia adalah satu
rahmat dan kasihan belas daripada Allah swt.
Rahsia kekuatan dan kejayaan tarbiyah juga berpunca
daripada sikap berterus terang dalam menghadapi Jahiliyah yang lengkap dengan
segala kekuatan dan persenjataan. Tiada yang disembunyikannya walaupun setengah
perkataan daripada konsep dan aqidahnya. Ia tidak menghadapi Jahiliyah dengan
sikap orang yang minta dikasihani, ia tidak pernah mendodoi Jahiliyah supaya ia
terlena lalu memukulnya secara curi. Malah ia tetap menyuarakan kebenaran
dengan lantang dan nyaring disamping memberi kesedaran kepada manusia bahawa ia
membawa kebajikan, rahmat dan berkat.
Allah yang mencipta manusia Maha Mengetahui tentang
tabiat pertumbuhan mereka dan isi hati mereka dan bagai mana pula hati itu
mudah terbuka bila diketuk dengan suara kebenaran, apabila diajak dengan terus
terang.
Sesungguhnya jiwa manusia itu memang mempunyai
cukup persediaan untuk beralih daripada satu keadaan kepada satu keadaan,
daripada memegang satu konsep kepada satu konsep yang lain; bahkan
kadang-kadang lebih mudah ia beralih secara menyeluruh daripada beralih secara
sedikit-sedikti, seperti juga sesetengah jenis jentera itu lebih mudah
di”overhaul” terus daripada hanya membetulkan skru-skru kecil sahaja. Memang
ganjil sekali kalau perpindahan itu tidak dilakukan sekali gus, sebab tidak
akan dapat membuat perubahan apa-apa; mungkin lebih baik bertahan atas sistem
yang ada sahaja, yang sekurang-kurangnya sudah dikatahui selok-belokya.”
Firman Allah : Yusuf 110
Sehingga apabila para Rasul tidak mempunyai harapan dan yakin bahawa mereka terus didustakan maka datanglah pertolongan Kami kepada mereka , lalu diselamatkan mereka yang Kami kehendaki dan azab Kami tidak sekali-kali dapat ditolakkan daripada golongan orang-orang yang berdosa .
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – Yusuf) :
Itulah gambaran yang mengharukan, yang melukiskan
saat-saat yang genting, susah dan cemas dalam hidup para Rasul semasa berjuang
melawan kekufuran, kesesatan, kedegilan dan keingkaran. Masa berlalu dan mereka
terus berdakwah, tetapi tiada yang menyambut dakwah mereka melainkan segelintir
manusia sahaja. Tahun-tahun berlalu lagi, tetapi kebatilan terus kuat dan
mendapat pengikut-pengikut yang ramai, sedangkan golongan mukminin terus berada
dalam bilangan yang sedikit dan mempunyai kekuatan yang lemah.
Itulah saat-saat genting, di mana kebatilan terus
bermaharajalela, bertindak ganas, menyerang dan mengkhianat, sedangkan para
Rasul menunggu janji Allah yang belum lagi menjadi kenyataan di bumi ini dan
mereka diharui berbagai-bagai perasaan. Tidakkah engkau melihat mereka telah
dibohongi oleh kaum mereka. Tidakkah engkau melihat mereka telah dikecewakan
hati mereka semasa mengharapkan pertolongan Allah dalam hidup di dunia ini.
Pendirian seorang Rasulullah saw tidak sampai ke
tahap ini melainkan apabila ia mengalami kesusahan , penderitaan dan kesempitan
di luar kemampuan manusia. Apabila anda membaca ayat ini dan ayat yang berikut
:
Apakah kamu mengira dapat memasuki Syurga, sedangkan kamu
belum lagi mengalami ujian seperti ujian yang telah dialami oleh orang-orang
sebelum kamu ? Mereka telah ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, mereka telah
digoncangkan hati mereka sehingga Rasulullah saw dan pengikut-pengikut yang
berada bersamanya berkata : Bilakah datangnya pertolongan Allah ? Sesungguhnya
pertolongan Allah itu amat dekat . (al-Baqarah 214)
anda akan merasa betapa terharunya perasaan anda
apabila menggambarkan penderitaan yang amat berat yang dialami oleh Rasul,
iaitu penderitaan yang tersembunyi di dalam perasaan beliau, perasaan yang
menggoncangkan hati beliau, juga menggambarkan keadaan jiwa beliau yang berat
di saat-saat itu dan menggambarkan penderitaan batinnya yang tidak tertanggung
itu .
Di saat-saat memuncaknya penderitaan dan kesusahan
hati para Rasulullah saw, di mana tiada lagi tenaga simpanan mereka yang dapat
digunakan, maka tepat pada saat inilah datangnya pertolongan Allah yang
sempurna dan muktamad :
Maka datanglah pertolongan Kami kepada mereka, lalu diselamatkan mereka yang Kami kehendaki, dan azab Kami tidak sekali-kali dapat ditolakkan daripada golongan orang-orang yang berdosa .
Itulah Sunnatullah dalam perjuangan dakwah.
Perjuangan itu pastilah menempuh kesusahan dan penderitaan sehingga kehabisan segala
usaha dan tenaga, dan selepas itu barulah datang pertolongan daripada Allah,
iaitu setelah punca yang lahir yang menjadi tempat pergantungan manusia itu
tidak dapat diharapkan lagi. Pertolongan itu datang daripada Allah
menyelamatkan orang-orang yang wajar diselamatkan daripada kebinasaan yang
menimpa para pendusta. Mereka terselamat daripada penindasan-penindasan manusia
yang zalim dan sewenang-wenang. Azab Allah yang ditimpa ke atas orang-orang
yang berdosa itu telah membinasa dan menghancurkan mereka. Mereka tidak berdaya
lagi menolak azab itu dan tiada siapa yang sanggup yang menjadi penolong dan
pelindung untuk menghalang azab itu daripada mereka .
Demikianlah hakikat perjuangan dakwah supaya
kemenangan dakwah itu tidak merupakan satu kemenangan yang murah hingga
perjuangan dakwah merupakan perjuangan mainan-mainan sahaja. Seandainya
kemenangan itu begitu mudah tentulah setiap hari akan muncul pejuang-pejuang
yang mendakwa memperjuangkan dakwah tanpa menanggung apa-apa beban atau
menanggung sedikit beban sahaja. Perjuangan dakwah yang sebenar tidak
seharusnya menjadikan perjuangan cuma-cumaan dan mainan-minan sahaja kerana
perjuangan dakwah ialah perjuangan menegakkan dasar-dasar dan sistem hidup
manusia. Oleh itu perjuangan ini pasti dijaga dan dpeliharakan daripada
pejuang-pejuang palsu, kerana mereka tidak sanggup memikul beban dakwah.
Justeru itulah mereka takut mendakwa diri mereka sebagai pejuang dakwah yang
sebenar dan mereka berani mendakwa, mereka tidak akan sanggup memikul bebannya
dan akan terus membuangnya. Perbezaan di antara kebenaran dan kebatilan akan
ketara apabila diuji dengan batu-batu uji kesusahan dan penderitaan yang tidak
sanggup dipikul melainkan oleh pejuang-pejuang yang benar yang tidak
meninggalkan dakwah Allah walaupun mereka yakin bahawa mereka tidak mungkin
mencapai kemenangan dalam hidup di dunia ini.
Pejuang dakwah kepada Allah bukannya perniagaan
jangka pendek, iaitu sama ada mendapat keuntungan yang terbatas di dunia ini
atau tinggalkan sahaja perjuangan itu dan pilihlah satu perniagaan yang lain
yang lebih cepat mendatangkan hasil keuntungan. Pejuang dakwah kepada Allah di
dalam masyarakat-masyarakat Jahiliyah iaitu masyarakat masyarakat yang memberi
ketaatan dan kepatuhan kepada yang lain daripada Allah di mana-mana zaman atau
tempat hendaklah meyakinkan hatinya bahawa dia bukannya sedang berada di dalam
satu perjalanan yang senang dan rehat dan bukannya menjalankan perniagaan
barangan-barangan jangka pendek, malah dia harus yakin bahawa dia akan
menghadapi Tuhan-tuhan palsu (Taghut) yang memiliki kekuatan dan kekayaan dan
mempunyai kuasa memperbodohkan orang ramai sehingga mereka memandang yang hitam
itu putih dan yang putih itu hitam dan seterusnya mereka mempunyai kuasa
menggembelingkan orang ramai untuk menentang pejuang-pejuang dakwah kepada
Allah dengan usaha merangsangkan nafsu keinginan mereka dan mengancam mereka
bahawa tujuan pejuang-pejuang dakwah itu ialah untuk mengharamkan mereka
daripada nafsu keinginan mereka. Para pejuang dakwah pastilah yakin bahawa perjuangan
dakwah kepada Allah itu meminta pengorbanan yang amat banyak dan penglibatan
diri dalam perjuangan menentang Jahiliyah juga meminta pengorbanan yang banyak.
Justeru itulah dalam peringkat awal perjuangan dakwah, orang ramai yang lemah
tidak ikut melibatkan diri dalam perjuangan itu, malah golongan yang sanggup
melibatkan diri ialah golongan pilihan daripada generasi itu, golongan yang
mementingkan hakikat kebenaran agama ini daripada kerehatan dan keselamatan
diri daripada seluruh kenikmatan hidup di dunia ini, namun begitu bilangan
mereka selalunya amat kecil, tetapi Allah menyelesaikan pertikaian di antara
mereka dengan kaum mereka dengan penyelesaian yang benar setelah mereka
melancarkan Jihad sama ada dalam masa yang panjang atau pendek, dan di waktu
inilah sahaja orang ramai akan datang berduyun-duyun masuk ke dalam agama
Allah.
(bersambung)
No comments:
Post a Comment