METOD ISLAM :
al-QURAN, SUNNAH dan SIRAH
(siri 2)
PERGERAKAN
ISLAM
Firman Allah: ar-Raad 11
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah di dalam diri mereka sendiri.
PERJUANGAN Islam ke arah matlamat penubuhan Negara Islam
hendaklah dioperasikan melalui satu Pergerakan Islam. Tanpa satu Pergerakan
Islam yang muttaqi, radikal dan revolusyeneri, tidak ada kemungkinan untuk
diwujudkan satu kebangkitan Islam yang diasaskan kepada Aqidah dan Pemikiran
Islam. Pergerakan Islam hendaklah terdiri daripada ummah yang muttaqi, yang
universal dan berkesinambungan, generasi demi generasi. Pergerakan Islam tidak
terhad kepada dimensi masa, geografi, negara dan bangsa. Pergerakan Islam adalah
terdiri daripada ummah yang aktif, radikal dan revolusyeneri yang menyeru
kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran serta menentang segala bentuk
penindasan, kezaliman dan kekufuran. Penghayatan Islam dan perlaksanaan konsep
amar makruf nahi mungkar tidak akan sempurna tanpa satu kuasa yang boleh
menguat kuasakan segala suruhan dan larangan Allah.
Firman Allah: Isra' 80
Dan adakanlah untukku dari sisiMu kekuasaan yang
menolongku.
Kekuasaan
daripada Allah yang dimaksudkan di sini ialah sebuah Negara Islam. Kesempurnaan
Islam itu hanya boleh dicapai dengan terbentuknya satu Pergerakan Islam yang
berjuang ke arah pembentukan sebuah Negara Islam. Tanpa Negara Islam,
penghayatan Islam tidak akan mencapai kesempurnaan. Allah s.w.t.
mengisytiharkan kesempurnaan Islam setelah terbentuknya Negara Islam di Madinah
(Maidah:3). Ini adalah satu implikasi bahawa kesempurnaan penghayatan Islam itu
hanya akan wujud di bawah sebuah Negara Islam. Penghayatan Islam di Malaysia
sudah semestinya jauh daripada sempurna kerana tidak ada kuasa Islam untuk
menguatkuasakan suruhan dan larangan Allah. Perjuangan ke arah pembentukan
sebuah Negara Islam melalui satu Pergerakan Islam adalah satu kemestian bagi
setiap umat Islam yang bertaqwa.
Pembentukan
Negara Islam melalui perjuangan Islam adalah satu kemestian. Negara Islam dan
Pergerakan Islam adalah unsur-unsur yang dinamik, radikal dan revolusyeneri
untuk membawa perubahan. Sebelum terbentuknya Negara Islam, Pergerakan Islam
hendaklah terlebih dahulu dibangkitkan. Pergerakan Islam berteraskan kepada ummah
yang muttaqi - selagi wujud ummah yang muttaqi, radikal dan revolusyeneri,
selama itulah kebangkitan Pergerakan Islam dapat terus dipertahan dan
dikekalkan dengan segala sifat dinamik, gigih, aktif, radikal dan
revolusyenerinya. Negara Islam mungkin menempuh berbagai pergolakan -
kebangkitan dan kehancuran, tetapi Pergerakan Islam yang didirikan di atas asas
ummah yang muttaqi dengan segala nilai kekuatannya akan bertindak ke arah
kemantapan dan kestabilan Negara Islam itu dan akan terus berjuang, sama ada
untuk menghapuskan penyelewengan, ketidak adilan, manipulasi, oportunisme dan
kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran Negara Islam itu, atau untuk membangunkan
kembali Negara Islam yang telah mengalami keruntuhan. Keutuhan dan kestabilan
Negara Islam itu berdiri di atas kebangkitan satu Pergerakan Islam yang utuh,
kuat, stabil, muttaqi, radikal dan bertanggung jawab; sebaliknya, kelemahan
Pergerakan Islam akan membawa kepada keruntuhan Negara Islam.
Suatu
situasi yang ideal di mana integrasi sepenuhnya di antara Negara Islam dan
Pergerakan Islam akan wujud - Pergerakan Islam itu adalah Negara Islam dan
Negara Islam itu adalah Pergerakan Islam. Dalam situasi yang ideal ini, Negara
Islam itu adalah sangat ampuh dan stabil - kemungkinan penyelewengan adalah di
tahap yang paling minimum, kekuatan dalamannya berupaya untuk menghadapi
ancaman dalaman daripada agen-agen kafir, tidak ada manipulasi dan eksploitasi
oleh satu golongan terhadap yang lain dan segala tindakan adalah untuk mencapai
keredhaan Allah.
MANUSIA "MOTOR" PERUBAHAN
Dalam
Islam, manusia seperti mana yang disebut sebagai An-Nas di dalam Al-Quran ialah
faktor pemboleh ubah dan motor terpenting dalam proses perubahan masyarakat.
Mengikut fahaman Barat yang moden dan progresif, proses perubahan masyarakat
berada di luar daripada faktor manusia, ataupun manusia mempunyai peranan yang
paling minimum sahaja, sedangkan faktor pemboleh ubah yang penting terdiri
daripada beberapa falsafah sebagai hasil daripada pemikiran ahli-ahli fikir
yang pintar dan agung; di antara falsafah-falsafah ini ialah "dialectical materialism",
"accidentalism" (berkebetulan), "fatalism" (takdir),
determinisme sejarah, personaliti karismatik dan lain-lain.
Kesemua
falsafah ini mempunyai satu ciri - manusia bukanlah faktor pemboleh ubah atau
motor dalam proses perubahan masyarakat. Islam dengan tegas menolak falsafah
ini dan meletakkan faktor MANUSIA dengan keizinan Allah sebagai motor yang
tunggal dalam proses perubahan masyarakat bersesuaian dengan konsep Islam yang
murni bahawa manusia sebagai khalifah Allah itu bertanggung jawab kepada Allah
sepenuhnya di atas segala amalan, tindakan dan perilakunya di dunia ini.
Firman Allah: ar-Raad 11
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah di dalam diri mereka sendiri.
Allah
tidak mengubah keadaan kita melainkan kita sendirilah yang BERTINDAK dan
BERJUANG untuk mengubah keadaan diri kita sendiri. Agama Allah bukan
semata-mata kefahaman Iktiqad dan Syariat tetapi perjuangan memimpin manusia
dengan kefahaman dan syariat itu. Ayat di atas ini adalah satu penegasan bahawa
manusia itu adalah MOTOR PERUBAHAN yang terpenting dan aktif dalam proses
perubahan masyarakat. Manusia Islam ialah manusia yang peka, aktif, bertindak,
bertanggungjawab, dinamik, radikal dan revolusyeneri yang mempunyai kekuatan
dalaman (iman dan akhlak) dan juga luaran, dengan daya pemikiran dan kreativiti
yang tinggi, aspirasi dan dinamisme yang boleh menentukan maju dan mundurnya
sesuatu masyarakat, dan berkemampuan untuk merancang, mengatur dan melancarkan
gerakan revolusi Islam. Perjuangan An-Nas ke arah revolusi Islam adalah melalui
satu Pergerakan Islam. Perjuangan Islam adalah bebas daripada sebarang
ketergantungan kepada faktor-faktor masa, sejarah, lokaliti, persekitaran,
sistem, ideologi dan suasana ekonomi dan politik; ia bertindak bebas mengikut
naluri-naluri dan realiti-realiti Islam daripada Allah dan Rasul-Nya dan oleh
itu ia berupaya untuk bertindak dan bergerak dengan aktif, tegas dan positif
dalam mengubah nilai-nilai dan persekitaran manusia pada bila-bila masa sahaja
serta di dalam kesemuanya keadaan dan situasi supaya terbentuk suatu sistem
kehidupan manusia di bumi ini yang sesuai, selaras dan serasi dengan Aqidah dan
Pemikiran Islam.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Maidah) :
Di antara kewajipan-kewajipan beriman kepada Allah
ialah setiap orang yang beriman harus bangkit berjuang untuk menyokong agama
yang diimaninya, untuk menegakkannya di bumi ini dan untuk merealisasikannya di
dalam kehidupan manusia, kerana agama Allah bukannya semata-mata kefahaman
iktiqad dan bukan pula semata-mata syiar-syiar ibadat, malah ia adalah satu
sistem hidup yang realistik dan satu peraturan yang mempunyai garis-garis
panduan yang jelas untuk mengendalikan urusan-urusan kehidupan. Setiap sistem
hidup dan peraturan memerlukan bantuan dan sokongan, iaitu memerlukan usaha dan
perjuangan untuk merealisasikannya dan untuk melindunginya selepas
direalisasikannya jika tidak, maka orang yang beriman kepadanya dikira tidak
menyempurnakan perjanjian .
Saiyyid
Qutb (Fizilalil Quran – al-Anaam) :
Ia
berjuang menentang kejahatan, keruntuhan akhlak dan kezaliman dan sanggup
menghadapi penindasan dan berkorban hingga gugur syahid dengan kesedaran bahawa
usaha-usaha itu merupakan amalan-amalan bekal yang disediakan untuk dirinya di
hari akhirat nanti. Dia mengetahui daripada ajaran agamanya bahawa dunia ini
adalah sawah bendang untuk Akhirat dan seterusnya dia mengetahui bahawa di sana
tidak ada jalan ke Akhirat yang tidak melalui jalan dunia dan bahawa dunia ini
adalah kecil dan sedikit, namun demikian ia adalah daripada nikmat Allah yang
menjadikan jambatan untuk menyeberang menuju nikmat Allah yang amat besar di
Akhirat. Setiap bahagian peraturan Islam memberi perhatian kepada hakikat hidup
di akhirat dan kepada natijah-natijahnya yang melahirkan kefahaman yang luas,
indah dan luhur, melahirkan akhlak yang tinggi, bersih, toleran, berpegang
teguh dengan kebenaran, segan melakukan dosa dan betaqwa kepada Allah dan
seterusnya melahirkan tindakan yang betul, yakin dan penuh tekad di dalam
kegiatan insaniyah.
Firman Allah : al-Imran 165
Apakah patut ketika kamu ditimpa kekalahan di dalam peperangan Uhud sedangkan kamu telah menimpakan dua kali ganda kekalahan (ke atas musuh kamu dalam peperangan Badar) kamu berkata : Mengapa dan daripada mana kekalahan ini? Katakanla : kekalahan ini adalah daripada diri kamu sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa di atas segala sesuatu.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Tetapi Allah – sebagai mana telah kamu huraikan
ketika mentafsirkan ayat-ayat – tidak meninggalkan orang-orang Islam pada titik
ini, malah Dia menghubungkan mereka dengan takdir-takdir Allah di sebalik
sebab-sebab dan natijah-natijah itu dan menerangkan kepada mereka bahawa Dia
menghendaki kebaikan untuk mereka di sebalik ujian itu, iaitu ujian yang telah
berlaku dengan sebab-sebabnya yang jelas daripada tindakan-tindakan yang telah
dilakukan mereka.
Membiarkan sistem hidup Ilahi itu bertindak dan
terlaksana menjadi kenyataan menerusi usaha perjuangan manusia atau
membiarkannya terpengaruh dengan tindak tanduk manusia terhadapnya pada umumnya
adalah amat baik, kerana ia boleh membetulkan kehidupan manusia bukannya
merosak atau melumpuhkannya, ia boleh membetulkan fitrah manusia,
menyedarkannya dan mengembalikannya ke jalan yang betul. Ini ialah kerana
hakikat keimanan itu tidak berkembang dengan sempurna di dalam hati seseorang
sehingga ia berjuang menghadapi manusia mengenai urusan keimanan ini, iaitu
berjuang dengan lidah untuk menyampaikan dakwah dan penerangan kepada mereka
dan berjuang dengan tangan untuk menentang dan menghapuskan mereka daripada
jalan dakwah apabila mereka menghalanginya dengan menggunakan kekuatan yang
zalim. Dan sehingga di dalam perjuangan ini mereka terpaksa menghadapi ujian
dan kesabaran menanggung kesusahan dan penindasan, kesabaran menerima
kekekalahan, juga kesabaran mencapai kemenangan, kerana kesabaran mencapai
kemenangan lebih sikar daripada menerima kekkalahan. Dan sehingga hati para
Muslimin itu bersih, barisan mereka juga bersih daripada unsur munafiqin dan
pejalanan mereka tegak dan jujur di atas jalan yang lurus dan dapat meneruskan
perjalanan itu dengan betul dan meningkat maju serta bertawakkal kepada Allah .
Hakikat keimanan itu tidak dapat direalisasikan
dengan sempurnanya di dalam hati seseorang sehingga ia berjuang menghadapi
manusia mengenai urusan keimanan ini, iaitu mula-mula dia harus berjuang
menghadapi dirinya sendiri semasa ia berjuang menghadapi manusia. Dalam
perjuangan itu keimanan akan membukanya kepada ufuk-ufuk yang baru yang tidak
pernah terbuka sebelum ini ketika ia duduk aman damai, keimanan akan membuka
kepadanya berbagai-bagai hakikat mengenai manusia dan kehidupan yang tidak
pernah terbuka kepadanya dengan wasilah-wasilah yang lain. Keimanan tidak akan
menyampaikan dirinya, perasaannya, fikirannya, kefahamannya, adat kebiasaannya,
emosinya dan reaksi-reaksinya ke tahap yang tidak pernah ia sampai sebelum ini
tanpa melalui ujian yang sulit dan amat pahit ini.
Hakikat keimanan itu tidak dapat direalisasikan
dengan sempurnanya dalam satu kelompok manusia sehingga mereka menghadapi ujian
dan dugaan dan sehingga setiap individu daripada mereka mengenali hakikat
tenaga kemempuan masing-masing dan mengenal hakikat matlamatnya di samping
mengemal setiap keping bata atau anggota yang membentuk itu dan sejauh mana
ketahanannya dan seterusnya mengenal sejauh kekuatan batu-batu bata itu di saat
pertempuran.
Orang-orang yang sebenar-benarnya beriman kepada
Allah sahaja yang akan tergerak dan terangsang untuk bangkit berjuang menentang
kekufuran, penindasan dan kezaliman yang sedang bermaharajalela ke atas mereka
dan di persekitaran mereka sehingga terhapusnya segala kekufuran, kezaliman dan
penindasan itu untuk digantikan dengan kekuasaan dan kerajaan Islam. Mereka
berjuang dengan kekuatan iman yang berkobar-kobar dan pengorbanan yang besar
semata-mata kerana menempah keredhaan Allah. Mereka jelmakan perjanjian dan
ikrar mereka dengan Allah dalam bentuk tindakan-tindakan dan gerakan-gerakan
yang nyata di bumi. Para pejuang inilah yang sebenarnya bercita-cita,
menghendaki dan mengingini kepada Perjuangan, Jihad, Perang dabn Revolusi.
Mereka sentiasa bercita-cita, menghendaki dan mengingininya bukan kerana
ganjaran, upahan, pujian dan pangkat kebesaran, tetapi hanya semata-mata kerana
iman dan takwa kepada Allah. Inilah asas kekuatan Jihad dalam Islam. Para pejuang ini sendirilah yang akan
benar-benar merasai dan mengecapi segala rahsia kemanisan iman kerana mereka
menghadapi dan menempuh segala penekanan, penindasan dan kezaliman daripada
kekuasaan dan kekuatan kufur. Merekalah orang-orang yang akan mencapai tingkat
keimanan yang tinggi dan istimewa sebagai anugerah daripada Allah kepada
golongan yang istimewa ini dan hanya merekalah yang merasai dan mengecapi segala
rahsia kemanisan keimanan ini ketika masih berada di dunia ini lagi.
Kecemerlangan dan keindahan hidup di bumi ini yang
hanya boleh dicapai di bawah peraturan dan undang-undang Allah serta mengikut
neraca-neraca Allah tidak akan berlaku dan terwujud dengan sendirinya sahaja
tanpa tindakan, perjuangan dan pengorbanan yang besar daripada para pejuang
Islam. Inilah fitrah, hukum dan peraturan Allah untuk manusia di dunia ini.
Segala usaha dan pengorbanan para pejuang inilah yang mencipta kecemerlangan dan
keindahan hidup untuk dinikmati oleh seluruh umat manusia di bumi. Para pejuang
inilah orang-orang yang sebenar-benarnya beriman kepada Allah dan berpegang
teguh kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Sebaliknya orang-orang yang
tidak berjuang, yang memandang enteng serta tanpa bertindak terhadap segala
kekufuran dan kezaliman yang sedang berleluasa dan berkeliaran di persekitaran
mereka, tidak berpeluang untuk merasai dan menikmati rahsia-rahsia ini dan
mereka bukanlah orang-orang yang sebenar-benarnya beriman kepada Allah serta
mereka tidak menyumbangkan kepada kemajuan dan kemakmuran di bumi ini.
Peranan Pergerakan Islam
Fasa Pertama :
1. Mengembang
dan membentukkan Pergerakan Islam ke seluruh tanah air;
2.Menyebarkan
Aqidah dan Pemikiran Islam serta Metod Islam di kalangan massa umat Islam;
3.Menggerak
dan mengaktifkan massa umat Islam ke arah Kebangkitan, Jihad, Perang dan Revolusi.
Fasa Kedua :
1. Mengoperasikan
pelancaran Jihad, Perang dan Revolusi;
2. Mempastikan
semangat perjuangan terus berkobar dan membara;
3. Menghancurkan
kufur dan kekuasaan kufur;
4. Menegakkan
kerajaan Islam.
Fasa Ketiga :
1. Memerangi
dan membenteras saki-baki musuh-musuh Islam dan segala penentangan terhadap
revolusi dan oleh itu mengukuh dan menstabilkan kerajaan Islam yang baru lahir
itu;
2. Sekiranya
Negara Islam itu mengalami kehancuran dan keruntuhan, Pergerakan Islam akan
berjuang untuk membangunkannya kembali.
Ciri-ciri Utama Pergerakan Islam
Dalam
memahami Metod Islam, kefahaman yang jelas mengenai sifat-sifat dan
bentuk-bentuk Pergerakan Islam adalah sesuatu yang amat wajar - di sini
disusunkan ciri-ciri utama mengenai Pergerakan Islam.
1.Pergerakan
Islam mempunyai kesatuan matlamat dan kesatuan pemikiran (Wahdatul Fikri) yang
terdiri daripada:
i. Matlamat hidup kita ialah untuk mencapai keredhaan
Allah - dalam konteks politik sekular yang kufur di Malaysia, perjuangan dalam
menentang dan menghancurkan kufur melalui metod Islam ialah untuk mencapai
keredhaan Allah;
ii. Pergerakan
Islam adalah perjuangan untuk menegak dan mempertahankan konsep pengabdian
manusia kepada Allah sahaja dengan sekali gus menentang dan memerangi sebarang
kerajaan dan kekuasaan yang mengabdikan
manusia kepada sesama manusia;
iii. Demokrasi
adalah satu ideologi kufur - selagi ideologi kufur itu berkuasa dan memerintah,
selama itulah Pergerakan Islam berkewajipan untuk melancarkan Jihad untuk
menghancurkan kekuasaan demokrasi dan untuk menegakkan kekuasaan Islam (2:193);
iv. Tanpa
menentang demokrasi bererti aktif menentang Allah (2:208, 12:40);
v.Perjuangan
Islam hendaklah melalui Metod Islam, metod demokrasi mendurhakai dan
mengkufurkan Allah - matlamat tidak menghalalkan metod (18:9; 6:153);
vi. Penentangan
terhadap kuasa demokrasi hendaklah melalui Jihad yang dilancarkan dalam dua
fasa:
a. Jihad
Awal (Proses Revolusi) yang terdiri daripada sikap dan tindakan-tindakan yang
berikut:-
·
Pembentukan Pergerakan Islam
·
Deklarasi
·
Penolakan total
·
Tanpa kompromi
·
Konfrantasi terbuka
b. Jihad
Qital (Revolusi)
- melancarkan perang sama ada perang gerila atau peperangan terbuka;
vii.Jihad
, Perang dan Revolusi ini adalah
dicita-cita, dikehendaki dan diingingini oleh Pergerakan Islam itu sendiri;
2. Pergerakan
Islam adalah dari Islam, oleh Islam dan untuk Islam - Pergerakan Islam adalah
perjuangan umat Islam melalui Metod Islam untuk menegakkan kuasa Islam dalam
mencapai matlamat keredhaan Allah.
3. Dalam
proses kebangkitan dan pembentukan Pergerakan Islam, massa rakyat Islam
hendaklah terlebih dahulu mengalami revolusi di dalam diri masing-masing -
revolusi dalaman ini adalah di capai melalui proses tarbiah dan tindakan yang
digabungkan dengan sunnah, sirah dan konsep-konsep Al-Quran;
4. Pergerakan
Islam beroperasi mengikut konsepsi dan pemikiran di bawah paradigma Islam, di
mana permasalahan umat Islam ialah kehancuran ideologi Islam, keruntuhan iman
dan akhlak, dan ancaman daripada pemikiran dan kuasa kufur, manakala
solusi-solusinya pula ialah kebangkitan ummah dan penegakan Pemikiran Islam dan
kuasa Islam melalui Jihad;
5. Pergerakan
Islam ialah satu kebangkitan dan pergerakan rakyat Islam yang global dan
universal - serangan kufur terhadap ummah di sesuatu kawasan akan digantikan
dengan kemunculan dan kebangkitan Pergerakan Islam di kawasan yang lain
(49:10,13);
6. Pergerakan
Islam tidak terbatas kepada dimensi geografi, bangsa, masa dan "relativity" (umpamanya
perbezaan di antara zaman teknologi kuno dengan zaman teknologi moden), ianya
adalah berkesinambungan - generasi demi generasi, Pergerakan Islam di
zaman-zaman Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. dan lain-lain,
adalah Pergerakan Islam yang sama yang terdapat di zaman kita ini - kehancuran
Pergerakan Islam di suatu masa dahulu akan digantikan dengan kebangkitan dan
kemunculan Pergerakan Islam di suatu masa dan lokaliti yang lain;
7. Pergerakan
Islam adalah pergerakan yang menentang penindasan yang universal yang berpunca
daripada ideologi, pemikiran dan kuasa kufur seperti kapitalisme, sosialisme,
komunisme, demokrasi dan lain-lain, ianya mempunyai komitmen dan tanggungjawab
untuk menghapuskan penindasan dan kezaliman sama ada dalam bentuk ideologi
ataupun fizikal, dan untuk membebaskan manusia daripada ditindas dan diabdikan
- Pergerakan Islam adalah satu pergerakan yang dinamik dan bertindak (4:75,
2:193);
8. Pergerakan
Islam didasarkan kepada Pemikiran Islam dan oleh itu tidak boleh berkompromi
dan menyesuaikan diri dengan lain-lain ideologi termasuk demokrasi yang asing
daripada Islam;
9. Pergerakan
Islam adalah pergerakan massa rakyat Islam, yang popular, yang meliputi seluruh
rakyat Islam, yang muttaqi, radikal dan revolusyeneri;
10.Pergerakan
Islam adalah satu pergerakan yang berbentuk positif, iaitu yang mempunyai daya
kekuatan dan ketahanannya yang tersendiri - kejayaan sesuatu Pergerakan Islam
dalam mengatasi sesuatu kuasa kufur, bukanlah kerana kelemahan kuasa kufur itu,
tetapi kerana kekuatan yang bersumberkan daripada dalam Pergerakan Islam itu
sendiri yang positif dan mempunyai potensi-potensi kekuatannya yang tersendiri;
11.Pergerakan
Islam adalah didasarkan kepada ideologi yang revolusyeneri dan ketamadunan,
kebudayaan, perundangan dan sistem nilai yang tinggi yang berkemampuan untuk
mengatasi segala tekanan dalam pergolakan sesuatu revolusi dan berupaya untuk
mencapai kejayaan dalam era selepas revolusi dengan mengalami masalah yang
minimum;
12.Sebagai
satu pergerakan ummah yang universal, Pergerakan Islam menghadapi tentangan dan
permusuhan, bukan sahaja daripada tempatan dan dalam lingkungan perbatasan
negara, tetapi permusuhan yang berbentuk global dan universal - kapitalisme,
komunisme, zionisme, feodalisme, materialisme, nasionalisme;
13.Pergerakan
Islam menentang dan memerangi kesemua bentuk kufur kerana KUFUR ITU HANYALAH
SATU : "AL-KUFRO UMMATUN WAHIDA"
(8:73, 3:118), kaum kafir ialah umat yang satu (8:73, 3:118) sedangkan Islam
ialah umat yang satu (21:92) - konflik Islam-kufur adalah sesuatu yang semula jadi;
14.Pergerakan
Islam yang universal mencabar kesemua pakatan dan komplot internasional
anti-Islam - Barat dan sistem imperialisme kapitalis dan komunis;
15.Pergerakan
Islam akan mendapat pertolongan daripada Allah apabila ia memenuhi janjinya
dengan Allah, iaitu perjanjian agar perjuangan dan kewujudannya itu adalah
berbeza dan terpisah daripada masyarakat Jahiliyah yang berada di
sekelilingnya, ia berbeza dan terpisah daripada masyarakat umat Islam sendiri
yang masih berpegang kepada konsep-konsep Jahiliyah dan kepimpinan Jahiliyah
dan ia berada di bawah kepimpinan yang baru yang berbeza dan terpisah daripada
kepimpinan Jahiliyah yang sedang wujud dan berdaulat ke atas masyarakat di
sekelilingnya;
16.Kesatuan
Pergerakan Islam yang universal dan ideologi Islam yang revolusyeneri adalah
semula jadi mencabar kesemua bentuk imperialisme (pemikiran, ekonomi dan
militen) yang bersatu dalam penindasan global (Rum 60, Araf 172);
17. Pergerakan
Islam adalah terdiri daripada ummah yang tertindas, iaitu ditindas oleh kuasa
imperialisme Barat (ideologi, Politik, ekonomi, sosial) dan agen-agen
tempatannya yang wujud dalam bentuk golongan-golongan pemerintah sekular (yang
terdiri daripda orang-orang Islam sendiri) di bumi kaum Muslimin sendiri
(4:75).
Hanya
Pergerakan Islam pimpinan Ibrahim Libya di Memali sahaja yang memenuhi segala
kecirian sesuatu pergerakan seperti yang digariskan di atas ini dan hanya
Pergerakan Islam itu sahaja yang layak dan sewajarnya disifatkan sebagai satu
Pergerakan Islam yang sebenar dan tulen di sisi Allah swt. Ibrahim Libya dan
para pengikutnya yang kerdil itu kesemuanya sudah pergi meninggalkan kita buat
selama-lamanya kerana mereka itu dibunuh oleh musuh-musuh Allah, namun
Pergerakan Islam itu kini masih hidup aktif di bumi Malaysia kita ini, dan ia
masih dan sedang aktif mencabar, mengancam dan mengganggu kufur dan seluruh
kekuatan kufur, serta ia sentiasa menyeru kita supaya bangkit menentang kufur
dan seluruh kekuatan kufur baik di Malaysia mahupun di dunia ini seluruhnya.
Ibrahim Libya sedang bersemadi sunyi sepi di dalam kuburnya, namun
perjuangannya dan semangatnya itu kini masih dan sedang aktif, sibuk dan gamat
sekali menentang kufur dan seluruh kekuatan kufur di alam yang nyata.
Perjuangan beliau kini semakin menjelma, menonjol, berpanjangan dan berterusan
di kalangan kita yang masih hidup kini di bumi ini. Dari dalam kubur-kubur di
Memali itu, para syuhada itu merangsang dan memimpin kita kepada Jihad di jalan
Allah. Peristiwa Memali itu adalah satu bukti bahawa mati itu hanyalah merupakan
permulaan bagi sesuatu perjuangan, sekali-kali ianya tidak berakhir dengan
penindasan dan peristiwa mati dahulu itu. Pergerakan Islam pimpinan Ibrahim
Libya yang masih hidup segar dan aktif ini hendaklah sentiasa disemarakkan, dan
kita hendaklah menyedari bahawa peristiwa Memali itu bukanlah sesuatu yang
tragis, malah ianya adalah Jihad dan kemenangan yang Maha Agung yang semestinya
dipentaskan kembali seberapa kerap yang mungkin!
Peranan Allah, Rasul dan Ummah
Dalam
Pergerakan Islam terdapat TIGA PEMAIN yang aktif - Allah, Rasul dan Ummah.
Firman Allah: al-Munafiqun 8
Bagi Allahlah segala kemuliaan dan kekuatan dan bagi
Rasul dan orang-orang mukmin.
1. Massa
ummah yang muttaqi, aktif, radikal dan yang sentiasa bertindak dan bergerak
cergas dalam menghayati prinsip amar makruf nahi mungkar - (menegakkan Deen
Allah dan sekaligus menghancurkan deen kufur) mempunyai kesediaan untuk
mengorbankan jiwa dan raga semata-mata kerana inginkan keredhaan Allah. Kebangkitan Islam yang radikal dan militan yang akan
membawa kepada Jihad, Perang dan Revolusi, samada di Malaysia atau di mana-mana
sahaja di bumi ini, adalah fungsi dua faktor yang amat penting dan utama :
· Penyebaran dan kefahaman meluas di
kalangan massa umat Islam
mengenai Aqidah dan
Pemikiran Islam serta Metod Perjuangan Islam;
· Taqwa dan pegangan teguh kepada Aqidah
dan Pemikiran Islam.
2. Sunnah
Rasul adalah pemain abadi dalam Pergerakan Islam di mana setiap pemikiran,
perancangan dan tindakan didasar dan dikaitkan dengan model perjuangan
Rasulullah s.a.w.
3. Peranan
Allah dalam Pergerakan Islam dapat dilihat dalam dua dimensi:
· Allah menghadirkan diri-Nya dengan terus menerus dalam
minda dan kesedaran setiap umat Islam supaya ia sentiasa taat dan patuh kepada
perintah Allah untuk menentang dan menghapuskan kekufuran dan untuk menegakkan
Negara Islam yang didasarkan kepada Aqidah dan Pemikiran Islam. Perjuangan
Islam ini akan dioperasikan oleh setiap ummah
melalui Metod al-Quran, Sunnah dan Sirah.
· Allah s.w.t. menjelma dan mengambil bahagian yang
langsung dalam perjuangan massa ummah yang tinggi taraf ketaqwaan mereka
(Taubah:26, Mukmin:51): Allah telah menurunkan Malaikat-Malaikat untuk turut
berperang dalam peperangan Badar (al-Anfal :9,10), ribut pasir dalam peperangan
Khandak, menyelamatkan Nabi Ibrahim a.s. daripada dibakar dengan api oleh
Namrud, menyelamatkan Nabi Musa a.s. daripada Firaun dengan membelah laut,
menghancurkan tentera Abrahah yang menyerang Kaabah, dan lain-lain.
PROSES PEMBENTUKAN PERGERAKAN ISLAM
Pergerakan
Islam hendaklah dibentuk dan diwujudkan oleh segolongan aktivis teras yang
memahami tentang Aqidah dan Pemikiran Islam dan Metod Islam, serta yang telah
mempunyai ketaqwaan dan komitmen yang amat mendalam terhadap perjuangan Islam.
Kebangkitan massa umat Islam hanya boleh dicapai dan diwujudkan melalui
kegiatan dan perjuangan oleh satu Pergerakan Islam. Penyebaran meluas Aqidah
dan Pemikiran Islam dan Metod Islam di kalangan massa umat Islam tanpa satu
Pergerakan Islam tidak boleh menghasilkan satu kebangkitan. Pergerakan Islam
tidak boleh diharapkan untuk menjelma dan wujud dengan sendirinya tanpa
dirancang, distrategi dan dioperasikan dengan tersusun dan teratur. Dalam
lain-lain perkataan, Pergerakan Islam itu hendaklah diperjuang, dicipta dan
diwujudkan dengan perancangan dan tindakan yang sedar dan teratur dengan hanya
berbekalkan ketaqwaan dan komitmen kepada Allah s.w.t. Pembentukan Pergerakan
Islam hendaklah melalui dua fasa: pertama, Pergerakan Janin (embryonic
movement); dan, kedua, Interaksi dan Perjuangan Terbuka.
i. Aktivis-Aktivis Teras
Dalam
mengoperasikan kebangkitan Islam dan revolusi di peringkat awal, keutamaan dan
penekanan hendaklah diberi kepada usaha-usaha untuk mewujudkan golongan kecil
aktivis-aktivis teras yang akan berperanan untuk menggerak dan membangkitkan
massa rakyat Islam untuk menghidupkan revolusi. Aktivis-aktivis Teras yang
memainkan peranan yang paling penting dalam proses kebangkitan ini diharapkan
untuk dibentuk dan diwujudkan dengan pemilihan personaliti dengan rapi dan
dengan menjalankan tarbiah-tarbiah dengan terperinci dalam kumpulan-kumpulan
yang kecil, mungkin buat permulaan ini memadai dalam bentuk tarbiah-tarbiah
daripada individu kepada individu atau kepada kumpulan-kumpulan kecil. Semasa
dalam fasa pertumbuhan awal, atau "incubation
period", para aktivis teras ini memerlukan kepada asuhan dan didikan
yang halus dan rapi supaya ia benar-benar menghayati dan mengimani Aqidah dan
Pemikiran Islam dengan penuh kesempurnaan, dan supaya ia memahami tentang
segala konsep perjuangan Islam berserta dengan Metod Islam dengan mendalam dan
sesempurna mungkin, dan dengan demikian itu, untuk menerapkan ketaqwaan dan
komitmen yang tinggi dan mantap semata-mata kerana keredhaan Allah s.w.t.
Siapakah
yang akan menjadi aktivis-aktivis teras ini, siapakah yang bersedia untuk
menjadikan Jihad, Perang dan Revolusi ini sebagai kerjaya mereka, siapakah yang
sanggup untuk ditindas dan dizalimi semata-mata kerana ketaatan kepada perintah
Allah dan hanya inginkan kepada keredhaan Allah? Setidak-tidaknya seseorang
pejuang Islam itu hendaklah memiliki ciri-ciri perwatakan seperti berikut :
1. Ikhlas kepada Allah dan ketaqwaan yang amat mendalam;
2.Meletakkan nilai yang amat tinggi kepada Aqidah Islam
yang tidak boleh dikompromi dan dijual beli;
3.Mempertahankan Aqidah dengan jiwa, harta dan keluarga;
4.Personaliti yang sentiasa aktif dan bertindak, serta
mempunyai semangat perjuangan yang berkobar-kobar;
5. Takut hanya kepada Allah dan sedikitpun tidak takut
kepada manusia;
6. Kesanggupan dan keredhaan untuk ditindas dan dizalimi;
7. Menolak dunia dan hanya inginkan keredhaan Allah;
8. Tidak bersedia untuk berkompromi dan sentiasa keras dan
tegas terhadap musuh-musuh Allah;
9. Kesabaran dan ketahanan yang sukar ditandingi yang akan
terus berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir;
10.
Bertawakal dan bulat-bulat menyerah diri kepada Allah
dan hanya mengharapkan pertolongan daripada Allah sahaja dan tidak kepada yang
selain daripada-Nya.
Kekuatan
dan keupayaan gerakan-gerakan dan aktiviti-aktiviti para aktivis teras ini bergantung
kuat kepada kefahaman yang asas mengenai Aqidah dan Pemikiran Islam dan TAQWA,
KOMITMEN dan ILTIZAM terhadap perjuangan Islam yang tinggi, dan setelah dua
aspek ini diperolehi, barulah ianya berkeupayaan untuk menggerak dan
membangkitkan massa rakyat Islam kepada revolusi dengan berkemampuan untuk
menghadapi berbagai rintangan, penentangan dan penindasan yang ketara daripada
musuh-musuh Islam. Tanpa kefahaman, taqwa dan komitmen, para aktivis teras ini
tidak mempunyai daya ketahanan dan ia akan menjadi lesu dan lumpuh tidak lama
kemudian. Sebaliknya, apabila daya ketahanan berada ditahap yang tinggi kerana taqwa,
kefahaman dan komitmen, para aktivis itu akan berupaya untuk menghidup dan
menggerakkan kembali massa rakyat Islam yang telah mengalami kelumpuhan itu.
Kefahaman
yang asas yang dimaksudkan di sini bukanlah kefahaman mengenai ilmu agama
Islam, cabang-cabang agama dengan segala detailnya, tetapi setakat memahami bahawa
demokrasi itu adalah satu agama yang syirik dan kufur, kerajaan demokrasi dan
metod perjuangan melalui proses demokrasi adalah juga syirik dan kufur yang
diperintahkan ke atas kita untuk dinafi, ditolak, diingkari dan ditentang dengan
terbuka, aktif dan total sehingga ianya mengalami kehancuran yang total, dan
bahawa meminjam metod demokrasi untuk memperjuangkan Islam itu adalah juga
kesyirikan, kekufuran dan mempertuhankan sesama manusia, dan bahawa alternatif
kepada kita hanyalah Metod Islam daripada Allah dan Rasul-Nya sahaja. Kefahaman
yang diperkatakan dalam konteks perbincangan kita di sini hanyalah terhad
kepada isu-isu yang berhubung kait dengan persoalan-persoalan mengenai kerajaan
Islam dan kerajaan demokrasi, Metod Islam dan metod demokrasi, dan segala fakta
yang berhubung kait dengan isu-isu yang “fundamental”
di dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ sahaja.
Ada
ketikanya seseorang itu mempunyai kefahaman tentang kerajaan Islam dan kerajaan
demokrasi, Metod Islam dan metod demokrasi di tahap yang paling minimum sahaja,
tetapi ia mempunyai komitmen terhadap perjuangan Islam dalam bentuk yang
radikal dan revolusyeneri itu di tahap yang amat mendalam semata-mata kerana
hati nuraninya yang telah yakin dan ikhlas kepada Allah s.w.t. dengan kadar
yang amat sempurna dan sepenuhnya. Sebaliknya, ilmu dan kefahaman semata-mata
tidak selalunya menjamin komitmen yang mendalam. Ada ketikanya seseorang yang
luas dan mendalam ilmu dan kefahamannya tentang agama Islam serta metod
perjuangannya itu mempamerkan sikap yang tidak mempunyai komitmen yang
setimpal, malah ada yang bertindak dan berperanan sebagai petualang dan
penghalang kepada perjuangan Islam melalui metod perjuangan yang benar dan
tulen daripada Allah dan Rasul-Nya (Metod Islam) ini, di mana ia mengekal,
menghalal, mengamal dan mempertahankan kerajaan demokrasi dan metod demokrasi.
Faktor
yang “crucial” di sini ialah TAQWA di
kalangan para pejuang Islam dan kesediaan mereka untuk menerima HIDAYAT daripada
Allah s.w.t. yang memasuk dan meletakkan keyakinan dan keikhlasan ke dalam hati
nurani seseorang insan yang membawa kepada KOMITMEN yang amat mendalam kepada
perjuangan Islam. Kita boleh bersetuju bahawa peranan ilmu dan kefahaman dalam
perjuangan Islam itu tidak boleh diketepi dan diperkecilkan, tetapi faktor TAQWA
dan HATI NURANI yang ditentukan oleh Allah s.w.t. adalah sesuatu yang hakiki
dalam persoalan komitmen dan kebangkitan.
Firman Allah: al-Anaam 125
Barang siapa yang dikehendaki Allah untuk memberi petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk Islam.
Firman Allah: asy-Syura 52
Kami jadikan al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya (kepada) siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami.
Firman Allah: an-Nur 35
Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki.
Perjuangan
Islam ialah perjuangan HATI NURANI. Apabila seseorang itu yakin dan ikhlas dalam
mengimani kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ sehingga memenuhi segenap penjuru dan ruang di dalam lubuk hati
nuraninya, tanpa lengah-lengah lagi ia akan terus sahaja menerima agama Allah
dalam bentuknya yang total berserta dengan segala apa yang datang daripada
Allah - kerajaan Allah dan metod perjuangan daripada Allah, dan dengan serta
merta juga ia akan menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka,
aktif dan total terhadap agama, kerajaan dan metod perjuangan yang selain
daripada Allah s.w.t. seperti agama demokrasi, kerajaan demokrasi dan metod
demokrasi yang kesemuanya itu adalah syirik dan kufur di sisi ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Dan ia
bertindak sedemikian rupa tanpa terlebih dahulu perlu dihurai, diperjelas dan
diyakini tentang kelebihan Kerajaan Allah dan metod perjuangan daripada Allah
serta kepincangan kerajaan demokrasi dan metod demokrasi, tetapi semata-mata
kerana keyakinan dan keikhlasannya dalam mengimani kalimah Laailaahailallah
yang sudahpun bertakkhta di dalam lubuk hati nuraninya.
Sistem
kehidupan Allah tidak berlaku dan wujud dengan sendirinya sahaja tanpa
perjuangan dan usaha gigih daripada para pejuangnya, ianya adalah satu perjuangan
yang dilancarkan dengan sedar dan terancang oleh orang-orang yang beriman yang
berjuang kerana Allah dengan mengikuti metod daripada Allah dan yang sepenuhnya
komited kepada Allah :
Saiyyid
Qutb (Fizilalil Quran – al-Imran) :
Malah
sistem itu hanya ditegakkan apabila ia didokong dan diperjuangkan oleh kumpulan
manusia yang benar–benar beriman dengannya dan berdiri teguh dan jujur
mengamalkannya dengan segala daya kemampuan mereka, juga apabila ia dijadikan
tugas hidup mereka dan matlamat cita-cita mereka dan apabila mereka berusaha
menegakkannya di dalam hati orang-orang yang lain dan di dalam kehidupan amali
mereka. Ia dapat ditegakkan apabila mereka berjuang bersungguh-sungguh ke arah
matlamat ini dengan mengorbankan segala usaha dan tenaga, iaitu berjuang
menghidup kelemahan manusia, hawa nafsu manusia dan kejahilan manusia terhadap
diri sendiri dan orang lain, berjuang menentang manusi–manusia yang menentang
sistem hidup Ilahi ini kerana didorong oleh kelemahan , hawa nafsu dan
kejahilan . Dan selepas itu semua mereka akan sampai selepas berjaya menegakkan
sistem Ilahi ini ketahap yang disanggupi oleh fitrah manusia.
Tetapi
sebelum itu segala sesuatu, iaitu sebelum segala usaha dan segala cara , di
sana ada satu unsur yang amat penting, iaitu sejauh mana keikhlasan kumpulan
ini kepada matlamat perjuangan ini dan sejauh mana mereka mencerminkan hakikat
sistem Ilahi itu pada tindakan tanduk diri mereka sendiri dan sejauh mana
hubungan mereka dengan Allah Tuan Punya sistem hidup ini, sejauh mana mereka
yakin kepada-Nya dan sejauh mana mereka bertawakkal kepada-Nya.
Saiyyid Qutb menghuraikan
bahawa perjuangan untuk merealisasikan sistem kehidupan Allah itu adalah
bergantung kepada KEIMANAN dan KOMITMEN yang mendalam seseorang pejuang itu
kepada Allah swt
Firman Allah: al-Hujurat 15
Sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi dan berjihad dengan harta benda mereka dan jiwa raga mereka demi jalan Allah.Merekalah orang-orang yang sebenar beriman.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
“Keimanan itu ialah tasdik hati terhadap Allah dan
Rasul-Nya, iaitu tasdik yang tidak dilanda oleh sebarang syak dan keraguan,
tasdik yang yakin, teguh dan mantap yang tidak bergoncang dan tidak bergoyang,
tidak diganggu was-was, tasdik hati dan perasaan yang tidak teragak-agak,
tasdik yang melahirkan kesanggupan berkorban dengan harta benda dan jiwa raga
kerana sabilillah. Apabila hati mengecapi kemanisan iman dan yakin kepadanya
nescaya ia akan bertindak melahirkan hakikatnya di luar hati iaitu di alam
kenyataan, alam kehidupan manusia. Ia mahu menyelaraskan di antara hakikat iman
di dalam hatinya dengan hakikat iman di alam kenyataan dan kehidupan yang
melingkungi dirinya. Ia tidak dapat bersabar melihat perbezaan di antara
gambaran iman di dalam hatinya dengan gambaran iman dalam kenyataan di
sekelilingnya, kerana perbezaan itu menyakit dan menyedihkan pada setiap waktu.
Dari sini timbullah keinginan berjihad kerana sabilillah dengan harta benda dan
jiwa raga iaitu keinginan sepontan daripada jiwa orang yang beriman untuk
mewujudkan satu gambaran yang gemilang di dalam hatinya supaya terjelma dalam
kehidupan manusia. Perseteruan di antara orang yang mukmin dengan kehidupan
Jahiliyah di sekelilingnya adalah satu perseteruan yang spontan yang terbit
daripada ketidak mampuannya untuk hidup dengan dua wajah yang berlainan di
antara kefahaman keimanannya dengan kenyataan hidup amalinya, juga terbit
daripada ketidak mampuannya untuk menyerah kefahaman keimanan yang sempurna,
indah dan lurus itu kepada kenyataan hidup amalinya yang cacat dan menyeleweng.
Oleh itu peperangan di antaranya dengan Jahiliyah yang ada di sekelilingnya
terpaksa dicetuskan sehingga Jahiliyah ini tunduk kepada konsep keimanan dan
kepada kehidupan keimanan.
Yaani, merekalah orang-orang yang benar-benar kukuh
dalam Aqidah mereka dan merekalah orang-orang yang benar apabila mereka berkata
bahawa mereka adalah orang-orang mukmin. Apabila kesedaran keimanan itu tidak
wujud di dalam hati dan kesannya juga tidak wujud di alam kenyataan kehidupan,
maka ini bererti bahawa ketulenan iman itu tidak wujud dan dakwaan beriman itu
tidak berasas.
Sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya ialah
orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak
ragu-ragu (Hujurat 15).
Kenyataan yang akhir ini bukan kenyataan kosong,
malah satu kenyataan yang menyentuh pengalaman yang benar-benar berlaku dan
melayani kedaan yang timbul di dalam hati seseorang walaupun setelah ia beriman
kenyataan himat ini sama dengan kenyataan himat yang terdapat di dalam ayat :
“sesungguhnya orang-orang yang berkata : Tuhan kami itu
Allah – kemudian mereka berlaku jujur” (Fussilat 30).
Kenyataan himat “kemudian mereka tidak ragu-ragu”
dan “kemudian mereka berlaku jujur” yang ditambah ke atas perkataan “Tuhan kami
ialah Allah” menunjukkan kepada perubahan yang dialami oleh hati orang-orang
yang beriman setelah ditekan oleh pengelaman-pengelaman yang teruk dan
ujian-ujian yang dahsyat, iaitu perubahan yang menimbulkan keraguan dan
kegoyahan. Hati orang-orang sebenar beriman akan menempuh berbagai-bagai bala
bencana yang boleh menggoncangkan keimanan dalam hidup mereka, tetapi mereka
tetap teguh tidak bergoyang, tetap yakin tidak ragu-ragu dan tetap terus jujur,
maka dialah yang sebenarnya orang yang wajar menerima darjat as sadikun ini di
sisi Allah.
Kenyataan himat yang sedemikian rupa mengingatkan
orang-orang yang beriman kepada bahaya-bahaya ketergelinciran di tengah
perjalanan supaya mereka membetul dan mengukuhkan pendirian mereka dan berlaku
jujur dan tidak ragu-ragu ketika menghadapi keadaan cuaca yang buruk atau
ketika dipukul angin ribut yang kencang.”
Bagi
seseorang yang yakin dan ikhlas kepada Allah s.w.t., ia akan terus berjuang dan
berjihad ke jalan Allah dengan seberapa segera yang mungkin dalam menentang
demokrasi dan kerajaan demokrasi sebaik sahaja ia memahami dan menyedari bahawa
ianya (demokrasi dan kerajaan demokrasi) adalah kesyirkan dan kekufuran. Jiwa
dan hatinya sentiasa bergelora dan bergelojak serta tidak mungkin akan tenang
dan tenteram selama mana ia melihat demokrasi dan kerajaan demokrasi yang
syirik dan kufur itu masih tegak berdiri dalam memerintah dan berkuasa ke atas
manusia yang bererti pengabdian manusia kepada sesama manusia yang menindas dan
menzalimi manusia. Ia bersedia dan berkesanggupan untuk mengorbankan jiwa dan
raganya, serta harta bendanya untuk melancarkan penentangan dan revolusi terhadap
kerajaan demokrasi yang zalim dan menindas itu untuk digantikan dengan sebuah
Negara Islam. Ia akan terus berjuang dengan penuh tekad dan semangat yang
berkobar-kobar dari permulaan sehingga ke akhirnya walaupun terpaksa menghadapi
seribu halangan. Ia tidak pernah terfikir untuk memilih metod demokrasi sebagai
metod perjuangannya dan tidak pernah ragu-ragu untuk hanya dan terus sahaja
berjuang melalui Metod Islam daripada Allah dan Rasul-Nya kerana jawapan yang
jelas dan nyata telah dan sentiasa tersedia wujud di dalam lubuk hatinya –
mengambil jalan Allah dengan sekali gus menolak jalan yang selain daripada-Nya.
Dan ia tidak perlu kepada apa-apa huraian, penjelasan dan pujukan sedikit pun,
tetapi ia memilih untuk berjihad dan berjuang dalam menghancurkan kerajaan
demokrasi yang syirik dan kufur ini serta untuk menegakkan kerajaan Allah di
bumi melalui Metod daripada Allah kerana kesemuanya itu adalah di atas dasar
keimanan dan ketaqwaan yang kuat kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan jelmaan
keimanan dan ketaqwaan itu dalam bentuk tindakan dan perjuangan di alam yang
nyata. Orang-orang yang seperti ini, seperti mana yang disampaikan kepada kita
oleh Allah swt sendiri, adalah orang-orang yang mempunyai hati yang hidup
kepada keimanan dengan sebenar-benar keimanan.
Di
satu pihak yang lain pula, kita dapati segolongan umat Islam kita yang sanggup
melihat kerajaan demokrasi yang berdiri tersergam di hadapan mereka dengan
perasaan dan hati mereka yang tenang dan tenteram sahaja, tanpa sebarang
perasaan yang terkilan dan terharu atau yang negatif terhadapnya, dan mereka
membiarkannya untuk terus sahaja wujud dan berkuasa, padahal mereka memahami
dan menyedari bahawa dari segi ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ianya adalah
kesyirikan dan kekufuran, serta yang menzalimi dan menindas manusia, mereka ini
kesemuanya bukanlah orang-orang yang beriman dengan hati yang tulus ikhlas
kepada Allah swt. Mereka sanggup melihat kerajaan dermokrasi ini dengan hati
mereka yang tenang dan tenteram sahaja, tanpa sedikitpun terguris, kerana hati
mereka adalah hati yang mati kepada keimanan yang menyebabkan mereka tidak
melihatnya sebagai sesuatu yang syirik dan kufur serta hati mereka tidak
merasai bahawa mereka sedang tunduk dan mengalah kepada kesyirikan dan
kekufuran, justeru mereka tidak merasai kehinaan lantaran ketundukan mereka
kepada kekufuran itu, dan hati mereka tidak menyedari bahawa mereka sedang
menderhakai dan memberontak terhadap Allah swt. Hati seseorang yang seperti
ini, hati yang penuh dengan keraguan, hati yang masih mempersoalkan tentang
kesyirikan dan kekufuran demokrasi dan kerajaan demokrasi, padahal akal fikiran
mereka sudahpun menerima hakikatnya yang sebenar, adalah hati yang menolak
kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Awas! Kita mungkin kelihatan sebagai seorang Islam yang lebai
dan warak daripada luarannya sahaja hanya kerana kita mengucap dua kalimah
syahadah serta taat dan tekun dalam menunaikan amal ibadat ritualnya, tetapi
kita kufur ingkarkan Allah swt dari segi hati kita kerana ianya sentiasa berada
dalam keraguan dalam mengimani kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ khususnya
keraguan dalam meyakini kesyirikan dan kekufuran demokrasi.
Begitu
juga bagi mereka yang tidak mengambil sebarang tindakan, yang berdiam diri
sahaja, yang tidak berjuang dan berjihad dalam menentang demokrasi dan kerajaan
demokrasi yang diketahui dan diyakini oleh mereka sebagai syirik dan kufur,
kerana takut kepada penindasan dan kezaliman daripada kerajaan demokrasi ini,
atau kerana menjaga kepentingan-kepentingan material, kerjaya, kekeluargaan dan
persahabatan, bererti mereka tidak beriman kepada Allah dengan
sebenar-benarnya. Juga mereka yang tidak berjuang melalui Metod Islam kerana
mereka meragui bahawa kita diprintahkan untuk berjuang melalui Metod Islam
sahaja yang didasarkan kepada al-Quran, Sunnah dan Sirah, dan ada pula yang
meragui akan kesempurnaan Metod Islam itu, mempunyai pengertian bahawa mereka
meragui terhadap perintah Allah dan meragui akan sifat kesempurnaan Allah
s.w.t. sendiri yang kedua-duanya itu adalah merosakkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan
mengeluarkan diri mereka itu daripada Islam.
Firman Allah: an-Nahl 108
Mereka itulah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah hati mereka dan pendengaran mereka serta penglihatan mereka, dan merekalah orang-orang yang lalai.
Firman Allah: ar-Rum 59
Demikianlah Allah meteraikan hati orang-orang yang tidak mahu menerima jalan mengetahui (kebenaran).
Seseorang yang meskipun telah memahami dan menyedari tentang
kesyirikan dan kekufuran agama demokrasi, kerajaan demokrasi dan metod
demokrasi, ia masih terus sahaja lagi berjuang melalui metod demokrasi yang
selain daripada Allah, kerana ia tidak yakin kepada apa yang difahaminya. Hal
ini sebenarnya menggambarkan masalah yang lebih inti dan mendasar di dalam diri
individu itu sendiri – ia masih belum yakin dan ikhlas dalam mengimani kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ di
dalam lubuk hati nuraninya sendiri kerana hatinya itu ditutup dan dimetrikan
oleh Allah swt!
ii. Sifat
Berbeza Dan Terpisah Daripada Kufur
Sesuatu
Pergerakan Islam yang baru terbentuk di dalam sesebuah masyarakat itu hendaklah
berbeza dan memisahkan dirinya dengan total, jelas dan tegas daripada aqidah
kufur, kerajaan kufur, undang-undang kufur, sistem kufur dan seluruh masyarakat
kufur yang berada di sekelilingnya ini. Pergerakan Islam itu juga hendaklah
memisah dan membezakan dirinya daripada masyarakat Islam yang masih mengekalkan
diri mereka untuk berada di bawah sistem kehidupan Jahiliyah. Ia wujud
bersendirian dengan Aqidah Islam dan sistem nilai Islam di bawah satu
kepimpinan Islam yang baru yang jelas berbeza dan terpisah daripada kepimpinan
Jahiliyah yang sedang wujud dan berkuat kuasa ke atasnya. Pergerakan baru ini
dipimpin oleh Allah dan Rasul-Nya melalui bimbingan al-Quran, Sunnah dan Sirah.
Ia menolak dengan aktif dan tegas akan kepimpinan Jahiliyah, kerajaan
Jahiliyah, sistem Jahiliyah, institusi-institusi Jahiliyah dan aqidah Jahiliyah
yang sedang menguasai, mendominasi dan menyelubungi ke atasnya. Pembezaan dan
pemisahan ini hendaklah berlaku sejak awal-awal lagi, iaitu semasa pembentukannya.
Pergerakan
Islam ini tidak boleh mengambil bahagaian dalam sistem politik Jahiliyah yang
sedang wujud dan beroperasi dipersekitarannya dan ia tidak boleh menjadikannya
sebagai wasilah untuk mencapai matlamat Islamnya yang suci murni ini.
Menjadikan sistem politik Jahiliyah sebagai wasilah untuk mencapai matlamat
Islam adalah bertentangan dengan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang boleh
mengeluarkan seseorang itu daripada Islam.
Para
pejuang perintis Islam yang kerdil ini hendaklah bertindak dan bergerak dengan
aktif untuk membentuk beberapa kelompok masyarakat Islam yang baru yang jauh
berbeza dan terpisah daripada masyarakat UMAT ISLAM mereka sendiri yang
pro-Jahiliyah demokrasi serta yang mengamal dan meredhai sistem politik
Jahiliyah demokrasi. Selain daripada itu kelompok-kelompok masyarakat Islam
yang baru ini wujud dengan berbeza dan terpisah daripada pemikiran demokrasi
dan kerajaan Jahiliyah demokrasi, berbeza dan terpisah dengan masyarakat
orang-orang kafir serta juga berbeza dan terpisah dengan seluruh Jemaah Islam
yang lain; iaitu seluruh Jemaah Islam yang ikhlas berjuang kerana Allah dan di
atas nama Allah untuk menuju ke arah pembentukan sebuah Negara Islam hanyalah
kerana mereka itu kesemuanya tidak membeza dan memisahkan diri mereka daripada
Jahiliyah dan sistem kehidupan Jahiliyah yang tersedia wujud dan beroperasi di
dalam masyarakat Jahiliyah ini.
Perbezaan
yang asas di antara kedua-dua golongan Islam ini adalah dari segi bahawa
Pergerakan Islam yang baru ini menumpukan ketaatan dan pengabdian yang total
kepada Allah dan sistem hidup daripada Allah sahaja dengan memisahkan dirinya
dengan total daripada gejala ketaatan kepada sesama manusia, sedangkan
masyarakat Islam yang sedia ada ini, yang terdiri daripada majoriti daripada
umat Islam kita, tidak menumpukan ketaatan yang total kepada Allah serta mereka
tidak mengamalkan sistem kehidupan daripada Allah, malah mereka hanya mengucap
dua kalimah syahadah dengan mentaati Allah dalam syiar-syiar ibadat sahaja
tanpa mentaati Allah dalam politik, ekonomi, sosial dan akhlak. Mereka
menganuti dan mengamal sistem kehidupan Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis
yang selain daripada Allah yang bererti bahawa mereka menganuti dan mengamal
sistem kehidupan Taghut, iaitu sistem yang mengabdikan manusia kepada sesama
manusia dan yang menolak pengabdian manusia yang total kepada Allah sahaja, dan
mereka mentaati kepimpinan Taghut, mereka tidak membeza dan memisahkan diri
mereka daripada Taghut dan masyarakat Taghut, mereka mengabdikan diri mereka
kepada sesama manusia yang kesemuanya ini mempunyai pengertian untuk menafi dan
mengingkari Uluhiyah dan Rububiyah Allah yang mengeluarkan diri mereka daripada
ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Inilah perbezaan yang asas di antara kedua-dua golongan ini
yang menyebabkan satu daripadanya berada dalam Islam manakala yang satu lagi
berada di luar daripada Islam.
Sikap
berbeza dan terpisah ini hendaklah wujud di dalam hati setiap pejuang Islam
serta ianya hendaklah dijelmakan dalam bentuk kehidupan praktis yang jelas,
aktif dan tegas. Tanpa sikap dan amalan sistem kehidupan yang berbeza dan
terpisah daripada masyarakat kufur, kepimpinan kufur dan segala bentuk
kekufuran ini, sesuatu pergerakan itu tidak berbentuk Islam, tidak mempunyai
kekuatan dan kemantapan iman dan semangat perjuangan serta ia tidak
berkemampuan untuk mencabar dan mengancam pengaruh dan kekuatan kufur yang
berada di sekelilingnya, malah terlebih penting sekali ialah janji Allah untuk
memberi pertolongan kepadanya tidak akan berlaku! Pemisahan dan pembezaan ini
adalah di atas kehendak dan perintah Allah.
(BERSAMBUNG)
No comments:
Post a Comment