SYARIAT
DEMOKRASI
Firman Allah: al-Maidah 44, 45, 47
Barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah mereka itu adalah orang-orang yang kafir….zalim……fasik.
KAFIR, zalim dan fasiklah orang-orang yang menjalankan syariat
demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah kerana ianya bererti
menegak dan mengamalkan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia. Keislaman atau kekufuran
sesuatu syariat itu adalah ditentukan oleh konsep-konsep ULUHIYAH dan RUBUBIYAH.
Syariat demokrasi adalah syariat yang syirik dan kufur kerana ianya adalah
syariat yang dibuat oleh manusia – setiap syariat yang dibuat oleh manusia
adalah syariat yang didasarkan kepada ULUHIYAH dan RUBUBIYAH MANUSIA yang
menafi, menolak, mengingkari dan menentang Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan
kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Syariat demokrasi
adalah agama demokrasi – dalam agama demokrasi, manusia itu dilantik sebagai
TUHAN-TUHAN yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia kerana manusia
mempunyai KUASA dan HAK untuk membuat peraturan dan undang-undang, dan manusia
adalah TUHAN-TUHAN yang disembah oleh manusia kerana segala peraturan dan
undang-undang manusia itu DITAATI dan DIPATUHI oleh manusia.
Seluruh undang-undang yang sedang beroperasi dan berkuat kuasa di dalam
negara kita Malaysia ini adalah terdiri daripada undang-undang demokrasi
ciptaan manusia yang selain daripada Allah (fasal-fasal 43, 44 dan 161
Perlembagaan Negara). Ini bererti bahawa seluruh sistem kehidupan yang wujud,
beroperasi dan berkuat kuasa ke atas seluruh umat manusia di dalam negara kita
Malaysia ini adalah didominasi dan dikuasai oleh AGAMA DEMOKRASI yang meliputi
bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa.
Persoalan SYARIAT adalah sesuatu yang amat serius dalam Islam kerana ianya adalah
persoalan mengenai TUHAN dan AGAMA, iaitu siapakah yang menjadi TUHAN kita, dan
apakah AGAMA yang kita imani dan anuti. Di bawah syariat demokrasi, Tuhan-tuhan
kita adalah manusia, iaitu para pemerintah yang terdiri daripada ahli-ahli
PARLIMEN dan DUN serta RAJA-RAJA MELAYU
kita yang berkuasa, berdaulat dan berhak untuk membuat segala peraturan
dan undang-undang demokrasi itu, manakala Agama kita ialah Agama Demokrasi yang
syirik dan kufur.
PERBANDINGAN DI
ANTARA TUJUAN-TUJUAN SYARIAT ISLAM DENGAN TUJUAN-TUJUAN SYARIAT DEMOKRASI :
TUJUAN-TUJUAN SYARIAT
ISLAM ADALAH UNTUK MEMELIHARA, MEMPROMOSI DAN MEMPERTAHANKAN :
|
TUJUAN-TUJUAN SYARIAT DEMOKRASI ADALAH
UNTUK MEMELIHARA, MEMPROMOSI DAN MEMPERTAHANKAN :
|
1. Kebebasan beragama dan
beribadat yang tidak hanya terhad kepada solat dan segala syiar ibadat kepada
Allah sahaja, malah ianya meliputi ketaatan dan kepatuhan kepada peraturan
dan undang-undang Allah dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak
dan perhubungan antarabangsa;
|
1. Kebebasan
beragama dan beribadat yang sepenuh dan seluas-luasnya kepada seluruh
penganut agama demokrasi untuk menganuti, mengimani dan mengamalkan agama
demokrasi dalam seluruh bidang kehidupan manusia yang meliputi politik,
ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa;
|
2. Kebebasan berfikir dan
bertindak di kalangan seluruh umat manusia mengikut batas-batas yang
digariskan oleh Allah;
|
2. Kebebasan berfikir dan bertindak di kalangan
seluruh umat manusia mengikut batas-batas yang digariskan oleh manusia;
|
3. Hak kepada harta yang dikuat
kuasakan oleh peraturan dan undang-undang Allah;
|
3. Hak kepada harta yang dikuat kuasakan di bawah
peraturan dan undang-undang manusia;
|
4. Kemanusiaan di kalangan umat
manusia yang wujud dan berada di bawah peraturan dan undang-undang Allah
serta kekuasaan Allah, iaitu di bawah Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan
Laailaahaillallah,
|
4. Kemanusiaan di kalangan umat manusia yang wujud
dan berada di bawah peraturan dan undang-undang manusia serta kekuasaan
manusia, iaitu di bawah Uluhiyah dan Rububiyah Manusia,
|
5. Keturunan yang bertakwa yang
wujud dan hidup di bawah peraturan dan undang-undang Allah, nilai-nilai dan
neraca-neraca Allah, dan di dalam masyarakat Islam, persekitaran Islam dan
kebudayaan Islam .
|
5. Keturunan yang bertakwa kepada Jahiliyah yang
wujud dan hidup di bawah peraturan dan undang-undang manusia, nilai-nilai dan
neraca-neraca manusia, masyarakat ciptaan manusia, persekitaran ciptaan
manusia dan kebudayaan manusia.
|
Penelitian
terhadap tujuan-tujuan syariat demokrasi seperti dalam “table” di atas ini
membolehkan kita untuk membuat satu kesimpulan bahawa ianya memelihara,
mempromosi, memperkasa dan mempertahankan agama Jahiliyah, pemikiran Jahiliyah,
peraturan dan undang-undang Jahiliyah, masyarakat Jahiliyah, kerajaan
Jahiliyah, keadilan Jahiliyah, seluruh sistem kehidupan Jahiliyah. Syariat
Demokrasi memelihara dan mempertahankan sesuatu masyarakat demokrasi seperti
masyarakat umat Islam di Malaysia kita ini daripada dicerobohi, dipengaruhi dan
diresapi oleh sebarang unsur Islam dan ia mengekal, memperkasa dan memantapkan
lagi kewujudan sistem kehidupan Jahiliyah demokrasi agar seluruh umat manusia
yang wujud dan hidup di bawah kekuasaannya sentiasa dan selama-lamanya
berpegang teguh kepada fahaman Taghut dan sistem kehidupan Taghut. Syariat
demokrasi yang berkuat kuasa ke atas kita kini MEMISAH, MENDINDING dan
MENJAUHKAN kita daripada sistem kehidupan Islam.
Di dalam negara Malaysia kita ini tidak
wujud peraturan dan undang-undang Islam dalam bidang-bidang politik, ekonomi,
sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa, yang wujud di dalam masyarakat
kita di Malaysia kini hanyalah peraturan dan undang-undang Islam dalam
bidang-bidang solat, puasa, zakat, haji, nikah kahwin, penjagaan anak dan hal
ehwal kekeluargaan sahaja sebagai mana yang termaktub dalam jadual ke 9, senarai
ke 2 (9th schedule list ii) dalam Perlembagaan Negara kita. Masyarakat kita
seperti ini bukanlah masyarakat Islam tetapi ianya adalah masyarakat Jahiliyah
yang dikuat kuasa dan dipertahankan oleh syariat demokrasi di bawah kuatkuasa
Perlembagaan Negara kita.
Sebelum kita pergi lebih jauh lagi dalam
membicarakan mengenai kesyirikan dan kekufuran undang-undang demokrasi ciptaan
manusia serta segala implikasinya yang buruk dan negatif, adalah wajar bagi
kita untuk terlebih dahulu memberi sedikit komentar mengenai
pandangan-pandangan yang diutarakan oleh sesetengah daripada para ulama dan intelek
Islam kita yang menyatakan bahawa undang-undang yang dibuat oleh manusia dalam
sistem politik demokrasi kita ini adalah Islam atau serasi dengan Islam. Kesemua
undang-undang ciptaan manusia ini adalah difatwakan oleh mereka sebagai undang-undang
Islam kerana ianya adalah undang-undang yang bertujuan untuk mencapai
matlamat-matlamat yang tergolong ke dalam golongan Maqasid asy-Syariat dalam
Islam serta ianya adalah undang-undang
yang memberi faedah dan manfaat kepada manusia dan juga kerana segala
undang-undang ini membolehkan sesebuah kerajaan itu untuk menjalan tugas-tugas
pemerintahannya dengan berkesan dan sempurna.
Mereka berkata
bahawa :
“Tanpa
undang-undang lalu lintas, akan berlaku kemalangan dan mala petaka yang besar
serta kehilangan nyawa dan harta. Tanpa undang-undang tanah, para penduduk
tidak mempunyai pemilikan yang sah yang menyebabkan mereka tidak boleh bercucuk
tanam, mereka tidak boleh mendirikan rumah-rumah kediaman mereka, perbandaran
tidak boleh diatur dan disusun dengan sistematik dan sempurna, mereka tidak
boleh membeli tanah-tanah yang baru, juga mereka tidak boleh menjual tanah-tanah
mereka, cukai-cukai tanah tidak boleh dikutip. Tanpa undang-undang cukai,
sesebuah negara itu tidak mempunyai sumber kewangan dan sudah tentu ia tidak
boleh berfungsi dengan baik. Tanpa undang-undang perdagangan, rakyat tidak
boleh berjual beli sesama mereka, mereka tidak boleh berdagang dengan
orang-orang daripada luar negara, kita tidak boleh mendapati barangan-barangan
yang berkualiti dan murah - negara kita tidak boleh maju. Tanpa undang-undang
kewangan, kita tidak akan memperolehi wang seperti yang kita dapati kini,
kerajaan tidak boleh bayar gaji, kita tidak boleh membeli belah, kita tidak
boleh menyimpan dan melabur harta kita, kita tidak tahu berapa jumlah harta
yang kita miliki, kita tidak boleh kawal kemasukan mata wang asing. Tanpa
Perlembagaan Negara kita, kita langsung tidak boleh memerintah dan mentadbir negara
kita.
Seluruh
undang-undang ciptaan manusia seperti ini adalah undang-undang yang membolehkan
kita untuk menjalani kehidupan harian kita, undang-undang yang menyelamatkan
kita, undang-undang yang memberi faedah dan manfaat kepada kita dan undang-undang yang membolehkan kita untuk mentadbirkan negara
kita supaya ianya menjadi sebuah negara yang aman dan maju. Ini kesemuanya adalah
undang-undang yang bersesuaian dan menepati ciri-ciri Maqasid asy-Syariat dan
justeru ianya adalah undang-undang Islam yang datang daripada Allah dan
Rasul-Nya ”
Ini adalah hujjah-hujjah yang sesat dan batil! Kesemua hujjah yang
dikemukakan di sini bukanlah kriteria-kriteria yang boleh menentukan bahawa
seluruh undang-undang kita ini adalah Islam, kerana undang-undang Islam adalah undang-undang
yang bersumberkan daripada Allah dan Rasul-Nya, dan daripada Qiyas dan Ijmak
yang bersumberkan daripada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh undang-undang yang sedang
berkuat kuasa ke atas kita di dalam Negara Malaysia kita kini adalah kesemuanya
undang-undang ciptaan Yahudi yang bersumberkan daripada pemikiran
Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis ciptaan manusia yang kafir yang
berkontradiksi secara total dengan pemikiran daripada Allah dan Rasul-Nya,
serta seluruh undang-undang ini adalah berbentuk ZALIM dan MENINDAS mengikut
neraca-neraca pertimbangan yang ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Ianya adalah
ZALIM dan MENINDAS di sisi Allah swt kerana undang-undang lalu lintas,
undang-undang tanah, undang-undang cukai, undang-undang perdagangan,
undang-undang kewangan dan undang–undang Perlembagan Negara kita kesemuanya adalah
undang-undang yang mewujudkan sistem-sistem RIBA’, SPEKULASI, MANIPULASI dan
EKSPLOITASI oleh kaum pemodal ke atas orang-orang biasa. Para ulama kita telah mengIslamkan
undang-undang demokrasi dalam bidang ekonomi ciptaan Yahudi kita yang syirik
dan kafir ini kerana mereka langsung adalah jahil atau tidak arif mengenai ilmu
ekonomi dalam sistem ekonomi kapitalis.
Para ulama dan intelek Islam kita menghukumkan
bahawa Perlembagaan Negara kita ini adalah Perlembagaan Islam hanyalah
semata-mata di atas faktor bahawa ianya adalah sebuah perlembagaan yang membolehkan
kita untuk memerintah dan mentadbirkan negara kita sahaja, padahal mereka gagal
untuk menonjolkan ciri-ciri kesyirikan dan kekufurannya yang lahir daripada
fasal-fasal 43, 44 dan 121 yang termaktub di dalamnya – ini adalah amat jelas sekali menggambarkan
bahawa fatwa mereka ini adalah satu fatwa yang sesat dan batil.
Demikianlah komentar dan coretan yang serba
ringkas mengenai pandangan-pandangan yang sesat dan batil yang diutarakan oleh para
ulama dan intelek Islam kita yang memfatwakan bahawa undang-undang demokrasi
kita ini adalah Islam atau bersesuaian dengan Islam.
Kebebasan beragama kepada umat Islam di
bawah sistem politik demokrasi hanyalah terhad kepada amalan ibadat kepada
Allah dalam syiar-syiar ibadat seperti solat, puasa, zakat, hajj, nikah kahwin
dan hal ehwal keluarga sahaja sedangkan TIDAK ADA KEBEBASAN bagi umat Islam
untuk beribadat kepada Allah dalam seluruh bidang kehidupan yang lain yang
merangkumi bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan
antarabangsa. Ini bererti umat Islam kita tidak boleh wujud dan hidup sebagai
seorang Islam dengan mengamalkan sistem kehidupan Islam, malah kita kini wujud
dan hidup di bawah sistem kehidupan Jahiliyah dengan melakukan amal ibadat
kepada Tuhan-tuhan Manusia dalam sistem politik demokrasi dalam bidang-bidang
politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa. Kita kini tidak
menyembah Allah sahaja, malah kita turut juga menyembah manusia sebagai
Tuhan-tuhan kita. Kita terlibat dalam mempertuhankan manusia dan menolak Allah
sebagai Tuhan kita kerana kita mengamalkan sistem politik demokrasi ini dan
kerana kita mentaati dan mematuhi seluruh peraturan dan undang-undang demokrasi
yang syirik dan kufur ini (9:31).
Kafir, zalim dan fasiklah kerajaan
demokrasi Malaysia ini kerana ia menghukum dengan peraturan dan undang-undang
demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah! Kafir, zalim dan fasiklah
kerajaan demokrasi Malaysia kita ini kerana ia menafi dan mengingkari Tauhid
Rububiyah, Tauhid Uluhiyah dan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ apabila ia memerintah dengan sistem perundangan demokrasi
ciptaan manusia yang selain daripada Allah! Dan justeru kafir, zalim dan
fasiklah pemimpin-pemimpin Muslim kita ini yang terdiri daripada ahli-ahli
Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita kerana mereka menafi, menolak,
mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap Tauhid Rububiyah,
Tauhid Uluhiyah dan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ apabila mereka
memerintah dengan sistem perundangan demokrasi ciptaan manusia yang selain
daripada Allah.
Gejala
seperti ini berlaku kerana kejahilan yang total dan ketara di pihak umat Islam
kita ini sendiri mengenai kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Kita tidak memahami
bahawa sikap BERSETUJU dan POSITIF terhadap agama demokrasi, kerajaan demokrasi
serta segala peraturan dan undang-undang demokrasi itu adalah KEROSAKAN kepada
pegangan dan amalan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang MENGELUARKAN kita daripada
agama Allah :
1. Kita
tidak memahami bahawa sikap dan tindakan-tindakan BERKECUALI, NEUTRAL dan
BERDIAM DIRI terhadap agama demokrasi, kerajaan demokrasi serta segala
peraturan dan undang-undang demokrasi itu adalah KEROSAKAN kepada pegangan dan
amalan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang MENGELUARKAN kita daripada agama Allah;
2. Kita
tidak memahami bahawa sikap dan tindakan-tindakan PENAFIAN, PENOLAKAN,
PENGINGKARAN DAN PENENTANGAN yang terbuka, aktif dan total terhadap agama
demokrasi, kerajaan demokrasi serta segala peraturan dan undang-undang
demokrasi itu adalah KESEMPURNAAN kepada pegangan dan amalan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengekalkan kita untuk berada dalam keimanan yang
teguh kepada Allah, tanpanya bererti KEROSAKAN kepada pegangan dan amalan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang MENGELUARKAN kita daripada
agama Allah;
3. Kita
tidak memahami bahawa sikap dan tindakan-tindakan KONFORMIS (bersetuju) terhadap
agama demokrasi, kerajaan demokrasi serta segala peraturan dan undang-undang
demokrasi itu adalah KEROSAKAN kepada pegangan dan amalan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, manakala
sikap dan tindakan-tindakan NON-KONFORMIS (tidak bersetuju) itu adalah KESEMPURNAAN
kepada pegangan dan amalan kita kepadanya;
4. Kita
menyangka bahawa kita sudah memahami dan mengerti dengan jelas dan mencukupi
mengenai pengertian-pengertian AGAMA, AQIDAH dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, padahal kita masih jahil mengenai kesemuanya ini – kita jahil mengenai apakah yang dikatakan
sebagai agama Islam dan kita jahil mengenai apakah pula yang dikatakan sebagai
agama yang syirik dan kufur, kita langsung tidak mengerti tentang apakah
tuntutan-tuntutan dan perintah-perintah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ke atas kita.
Isu
yang terpenting dan utama dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ialah PERATURAN dan UNDANG-UNDANG –
peraturan dan undang-undang Allah adalah agama Allah manakala peraturan dan
undang-undang demokrasi adalah agama demokrasi yang syirik dan kufur. Tanpa
peraturan dan undang-undang Allah di Malaysia kita ini ianya bererti tidak
wujud agama Allah dalam sistem kehidupan kita ini, sebaliknya yang wujud dan
beroperasi dalam kehidupan kita kini ialah peraturan dan undang-undang
demokrasi. Pelaksanaan dan penguat kuasaan peraturan dan undang-undang
demokrasi dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan
antarabangsa di dalam negara Malaysia kita ini mempunyai pengertian bahawa
seluruh umat Islam kita kini sedang mengimani, menganuti dan mengamalkan agama
demokrasi yang syirik dan kufur yang mengeluarkan seluruh kita ini daripada
agama Allah .
Peraturan
dan undang-undang demokrasi yang syirik dan kufur ini mewujudkan Tuhan-tuhan
Manusia dalam sistem politik demokrasi kita ini, iaitu Tuhan-tuhan Manusia yang
terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita. Di
satu pihak yang lain pula, peraturan dan undang-undang demokrasi kita yang
syirik dan kufur ini juga mewujudkan golongan umat Islam kita yang menjadi para
HAMBA kepada Tuhan-tuhan Manusia dan para PENYEMBAH terhadap Tuhan-tuhan
Manusia ini.
Para
pemimpin kita yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja
Melayu kita adalah Tuhan-tuhan Manusia yang kafir kerana :
1. Mereka itu adalah orang-orang yang berkuasa dan
berdaulat untuk membuat segala peraturan dan undang-undang untuk manusia.
2. Mereka itu adalah orang-orang yang berkuasa dan
berdaulat untuk menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang mereka itu ke
atas manusia yang bererti mereka mengabdikan manusia kepada kuasa mereka.
3. Segala peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh
mereka itu ditaati dan dipatuhi manusia yang bererti mereka itu disembah oleh
seluruh umat manusia sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah.
Ahli-ahli
Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita ini adalah Tuhan-tuhan Manusia
yang kafir yang menafikan hak-hak Allah yang “exclusive” untuk membuat segala peraturan
dan undang-undang untuk manusia, yang menafikan hak-hak Allah yang “exclusive untuk
mengabdikan manusia kepada kuasa Allah dan yang menafikan hak-hak Allah yang
“exclusive untuk disembah oleh manusia.
Seluruh
umat Islam di Malaysia kita kini sedang berada dalam kesyirikan dan kekufuran
kerana :
1.
Kita menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat segala peraturan
dan undang-undang kepada manusia yang bererti kita telah melantik manusia,
iaitu ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita, sebagai
Tuhan-tuhan kita yang kafir;
2.
Kita berada di bawah kuat kuasaan peraturan dan
undang-undang manusia yang bererti kita telah menjadi para hamba kepada
Tuhan-tuhan Manusia ini yang mewujudkan sistem pengabdian manusia kepada kuasa
manusia yang syirik dan kufur;
3.
Kita mentaati dan mematuhi segala peraturan dan
undang-undang yang dibuat oleh Tuhan-tuhan Manusia yang bererti kita telah
menyembah Tuhan-tuhan manusia ini sebagai Tuhan-tuhan kita yang layak disembah,
padahal kita tidak menyembah Allah.
Seluruh
umat Islam kita kini adalah orang-orang kafir kerana kita mengamalkan peraturan
dan undang-undang demokrasi yang syirik dan kufur serta kita menyetujui dan
meredhainya. Kita menjadi kafir kerana kita mengamalkan agama demokrasi yang
syirik dan kufur . Kita menjadi kafir kerana kitalah orang-orang yang melantik
ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita ini sebagai Tuhan-tuhan
kita. Kita menjadi kafir kerana kita adalah para hamba kepada manusia dan tidak
menjadi para hamba kepada Allah, dan kita menjadi kafir kerana kita menyembah
manusia dan tidak menyembah Allah! Namun kita sedikitpun tidak merasai dan
menyedari bahawa kita ini adalah orang-orang kafir di sisi kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ kerana kita
sudah begitu biasa dengan keadaan kita yang selesa dalam kejahilan seperti ini
dengan tetap yakin bahawa kita adalah orang-orang Islam. Faktor yang menjadi
sumber kepada kejahilan kita ini adalah ketidak fahaman kita yang total mengenai
pengertian-pengertian Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan juga
Uluhiyah dan Rububiyah Manusia dan Taghut .
Firman Allah: al-Maidah 44
Barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah mereka itu adalah orang-orang yang kafir.
Saiyyid Qutb (Fizlalil Quran) :
Dengan kenyataan yang sedemikian tegas dan pasti
dan penjelasan yang sedemikian umum dan menyeluruh yang terkandung dalam
kata-kata “Barang Siapa’’ dan jawapannya, maka keumuman ini adalah melangkaui
batas-batas keadaan, zaman dan tempat dan membentuk satu hukum yang menyeluruh
yang mencakup setiap mereka yang tidak menghukum dengan peraturan yang telah
diturunkan Allah SWT dalam mana-mana kaum sekalipun.
Sebabnya ialah seperti yang telah
kami jelaskan sebelum ini, iaitu orang–orang yang tidak mahu menghukum dengan
syari’at yang telah diturunkan Allah SWT adalah bererti menolak Uluhiyah Allah
SWT , kerana di antara ciri-ciri dan kehendak-kehendak Uluhiyah itu ialah ciri
al-Hakimiah iaitu ciri yang memiliki kuasa menetapkan undang-undang dan
peraturan. Oleh sebab itu sesiapa yang menghukum dengan undang-undang dan
peraturan yang lain daripada syari’at yang telah diturunkan Allah SWT , maka
bererti ia menolak Uluhiyah Allah SWT dan ciri-cirinya dari satu segi dan
mendakwa dirinya mempunyal hak Uluhiyah dan ciri-cirinya dari satu segi yang
lain. Dan apakah lagi yang membawa kepada kekufuran jika tidak kedua-dua bentuk
penolakan ini? Apakah nilai pengakuan beriman atau memeluk Islam dengan lisan
sahaja, sedangkan amalan – iaitu pengungkapan yang lebih kuat dari percakapan –
melafazkan kekufuran yang lebih jelas dari kekufuran.
Firman Allah: al-Maidah 45
“Dan barang siapa yang tidak menghukum dengan peraturan yang telah diturunkan Allah SWT, maka mereka adalah orang-orang yang zalim.’’
Saiyyid Qutb (Fizilzlil Quran) :
Pengungkapan ini adalah satu pengungkapan am yang
menyeluruh dan di sana tiada sesuatu yang mengkhususkan, tetapi di dalam ayat
ini disebut satu sifat yang baru iaitu “orang-orang yang zalim’’.
Sifat yang baru ini tidak memberi erti bahawa kes
ini berlainan dari kes yang silam yang disifatkan dengan sifat “kafir’’ itu,
malah ia menambahkan satu sifat yang lain lagi kepada mereka yang tidak
menghukum dengan peraturan-peraturan yang telah diturunkan Allah SWT . Oleh itu
mereka disifatkan sebagai ‘Orang – Orang Kafir’’ kerana mereka dikira menolak
Uluhiyah Allah SWT dan ikhtisas-Nya yang menetapkan undang-undang dan peraturan
bagi para hamba-Nya dan dikira mendakwa mempunyai hak Uluhiyah apabila mereka
mendakwa mempunyai hak menentukan undang-undang dan peraturan bagi manusia,
mereka juga disifatkan sebagai “Orang-orang yang Zalim’’ kerana mereka memaksa
manusia mematuhi undang-undang dan peraturan yang bukan dari syari’at Allah SWT
yang baik dan membaikkan keadaan hidup mereka di samping mereka menzalimi diri
mereka sendiri dan membawa diri mereka ke jalan kebinasaan dan seterusnya
mendedahkan diri sendiri kepada balasan kekufuran dan mendedahkan kehidupan manusia
bersama kehidupan mereka kepada kerosakan.
Firman Allah: al-Maidah 47
“Dan barang siapa yang tidak menghukum dengan peraturan yang telah diturunkan Allah SWT, maka mereka adalah orang-orang yang fasik.’’
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Nas ini juga berbentuk am dan menyeluruh. Sifat
fasik ditokok kepada dua sifat yang silam, iaitu sifat kafir dan sikap zalim.
Ia bukannya mengertikan satu kes yang baru dan tidak pula mengertikan satu kes
yang baru yang berasingan dari kes yang pertama, malah sifat fasik itu adalah
satu sifat yang ditambah kepada dua sifat sebelumnya yang disalutkan kepada
mereka yang tidak menghukum dengan peraturan-peraturan yang diturunkan Allah
SWT dari mana-mana generasi dan kaum.
Kekufuran itu disebabkan kerana menolak Uluhiyah Allah
SWT yang dijelmakan dalam tindakan menolak syariat-Nya dan kezaliman itu
disebabkan kerana memaksa manusia mengikut undang-undang dan peraturan yang
lain dari syariat Allah SWT dan menimbulkan kerosakan dan kekacauan dalam
kehidupan mereka dan kefasikan itu disebabkan kerana keluar dari sistem hidup
Ilahi dan mengikut sistem yang lain darinya. Semua sifat-sifat ini terangkul
dalam perbuatan pertama (iaitu perbuatan tidak menghukum dengan
peraturan-peraturan Allah SWT) dan ia mencakup sekalian yang melakukannya tanpa
sebarang perbezaan.
Kafir, zalim dan fasiklah para pemimpin dan
Raja-Raja Melayu kita yang membuat, melulus dan menjalankan syariat demokrasi
yang selain daripada Allah kerana ianya bererti bahawa mereka menyerahkan Uluhiyah
dan Rububiyah milik Allah kepada diri mereka sendiri yang merosakkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Kafir, zalim dan fasiklah para
pemimpin dan Raja-Raja Melayu kita yang memerintah negara kita dengan HAWA
NAFSU, iaitu dengan peraturan dan undang-undang manusia, serta mereka menjadikan
HAWA NAFSU mereka ini sebagai Tuhan-tuhan yang DISEMBAH oleh manusia apabila
mereka (manusia) MENTAATI dan MEMATUHI segala peraturan dan undang-undang demokrasi
ciptaan mereka (para pemimpin dan Raja-Raja Melayu kita) yang selain daripada
Allah.
Firman Allah: al-Maidah 48, 49
Maka jalankanlah hukum di antara mereka itu dengan apa yang telah diturunkan Allah, dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) daripada apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran.Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka.
Saiyyid Qutb
(Fizilalil Quran) :
Demikianlah jelasnya
perintah ini iaitu sama ada mengikut syariat Allah atau mengikut hawa nafsu
orang-orang yang tidak mengetahui. Tidak ada andaian yang ketiga dan tidak ada
jalan tengah di antara syariat yang lurus dan hawa nafsu yang berubah-ubah.
Setiap orang yang meninggalkan agama Allah bererti berhakim kepada hawa nafsu,
kerana selain daripada peraturan syariat ialah peraturan hawa nafsu yang amat
digemari orang-orang yang tidak mengetahui.
Allah swt
mengingatkan Rasul-Nya supaya jangan mengikut hawa nafsu orang-orang yang tidak
mengetahui, kerana mereka tidak memberi faedah sedikitpun kepada-Nya untuk
menyelamatkan diri daripada azab Allah. Mereka saling melindungi satu sama
lain, tetapi mereka tidak dapat memudharatkannya walaupun sedikit kerana Allah
menjadi Pelindungnya.
Inilah satu-satunya
syariat yang layak dengan sifat ini dan selain daripada syariat adalah hawa
nafsu belaka yang berpunca daripada kejahilan. Oleh itu hendaklah Rasul yang
memegang teraju dakwah ini mengikut dan mematuhi peraturan-peraturan syariat
sahaja dan meninggalkan segala peraturan hawa nafsu. Hendaklah dia jangan
sedikitpun menyeleweng daripada peraturan syariat kepada mana peraturan hawa
nafsu, kerana pemimpin-pemimpin peraturan hawa nafsu ini terlalu lemah untuk
mempertahankan dirinya daripada azab Allah yang menciptakan syariat itu. Mereka
bersatu dan bekerjasama dalam menentang Rasul, oleh itu Rasul tidak seharusnya
menaruh harapan kepada sesetengah mereka untuk membantunya atau mengharapkan
mereka menjauhi hawa nafsu yang terikat kuat dengan mereka. Tetapi mereka
terlalu lemah untuk menindas Rasul kerana Allah adalah Pelindung para Muttaqin.
Firman Allah : al-Jaathiyah 23
Pernahkah engkau melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah telah menyesatkannya berdasarkan ilmu-Nya. Dan Allah telah menutupkan pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan di atas penglihatannya. Oleh itu siapakah lagi yang akan memberi hidayat kepadanya setelah disesatkan Allah. Mengapa kamu tidak mengambil perhatian?
Saiyyid Qutb
(Fizilialil Quran) :
Ungkapan
al-Quran yang indah ini melukiskan satu gambaran jiwa manusia yang amat menarik
ketika ia meninggalkan dasar kebenaran yang teguh itu dan mengikut hawa
nafsunya yang berubah-ubah, iaitu ketika ia menyembah dan patuh kepada hawa
nafsunya, dan menjadikan saranannya sebagai sumber pemikiran, pertimbangan,
perasaan dan tindak-tanduknya, ketika ia jadikan hawa nafsunya selaku Tuhan
yang menguasainya dan yang ditaati dan diterima segala titah perintahnya.
Dalam ayat-ayat
di atas ini Allah menyifatkan Hukum Manusia yang selain daripada Allah itu
sebagai HAWA NAFSU yang syirik dan kufur. Segala peraturan dan undang-undang
demokrasi, kerajaan demokrasi dan seluruh sistem kehidupan demokrasi yang
kesemuanya itu adalah ciptaan manusia yang selain daripada Allah adalah HAWA
NAFSU di sisi Allah swt, dan justeru orang-orang yang mentaati dan mematuhinya
bererti mereka menyembah HAWA NAFSU dan tidak menyembah Allah yang mengeluarkan
mereka itu daripada agama Allah. Ketaatan dan kepatuhan kepada
peraturan dan undang-undang demokrasi bererti menyembah HAWA NAFSU yang
mengeluarkan seseorang itu daripada agama Allah. Oleh yang demikian, para
pemerintah yang menjalan dan menguatkuasakan segala peraturan dan undang-undang
demokrasi dan rakyat yang mentaati dan mematuhi segala peraturan dan
undang-undang demokrasi adalah kesemuanya disifatkan Allah sebagai orang-orang
yang kafir, zalim dan fasik.
Kerajaan demokrasi Malaysia kita ini yang tidak
menjalankan peraturan dan undang Allah adalah sebuah kerajaan yang syirik dan
kufur kerana :
1. Kerajaan
demokrasi Malaysia telah melantik para pemerintah dan Raja-Raja Melayu kita ini
sebagai TUHAN-TUHAN kerana mereka berkuasa dan berhak untuk membuat peraturan
dan undang (artikel 44 Perlembagaan Malaysia);
2. Kerajaan
demokrasi Malaysia telah melantik para
pemerintah dan Raja-Raja Melayu kita ini sebagai TUHAN-TUHAN kerana mereka
berkuasa untuk menjalan dan menguat kuasakan undang-undang manusia ke atas
manusia yang bererti mengabdikan manusia kepada kuasa manusia (artikel 43
Perlembagaan Malaysia) ;
3. Kerajaan
demokrasi Malaysia telah melantik para pemerintah dan Raja-Raja Melayu kita ini sebagai TUHAN-TUHAN kerana mereka menghukum manusia
dengan undang-undang manusia (artikel 121 Perlembagaan Malaysia);
4. Kerajaan
demokrasi Malaysia telah melantik para pemerintah dan Raja-Raja Melayu kita ini sebagai TUHAN-TUHAN kerana undang-undang yang dibuat
oleh mereka itu ditaati dan dipatuhi oleh manusia yang mewujudkan sistem
manusia menyembah manusia (artikel-artikel 43, 121);
5. Kerajaan
demokrasi telah telah melantik para pemerintah dan Raja-Raja
Melayu kita ini
sebagai TUHAN-TUHAN kerana mereka adalah berkuasa dan berhak untuk memerintah
ke atas manusia yang menafikan kuasa dan hak Allah untuk memerintah ke atas
manusia (artikel-artikel 43, 44 121);
6. Kerajaan
demokrasi Malaysia telah mengifradkan hak-hak Uluhiyah dan Rububiyah kepada
manusia yang menafikan Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan Laailaahaillalla
(artikel-artikel 43, 44 121);
7. Oleh
kerana undang-undang itu adalah agama, kerajaan demokrasi Malaysia yang membuat
dan menjalan dan menguat kuaasak serta menghukum manusia dengan undang-undang
demokrasi bererti mereka telah mengimani, menganuti dan mengamalkan agama
demokrasi ciptaan manusia iaitu agama Taghut yang menolak dan mengingkari agama
Allah (artikel-artikel 43, 44 121);.
Allah memperingati kita bahawa
persoalan pelaksanaan SYARIAT adalah persoalan AGAMA, iaitu persoalan Islam
atau kufur :
Firman Allah: al-Maidah 44, 45, 47, 50
Barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah, mereka itu ialah orang-orang kafir ... zalim... fasik. Apakah hukuman Jahiliyah yang mereka kehendaki dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin!
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Maidah) :
Allah swt telah menegaskan bahawa masalah
pelaksanaan syariat Allah adalah masalah keimanan atau kekufuran, Islam atau
Jahiliyah, undang-undang atau hawa nafsu. Tidak ada jalan tengah, tidak ada
gencatan senjata dan tidak ada perdamaian dalam masalah ini. Oleh itu
orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang menghukum dengan
peraturan-peraturan yang telah diturunkan Allah tanpa memotong sehuruf pun
daripadanya dan tanpa menukarkannya sedikitpun. Sementara orang-orang yang
kafir, zalim dan fasik adalah orang-orang yang tidak menghukum dengan
peraturan-peraturan yang tidak diturunkan Allah.
Pemerintah-pemerintah itu
menjalankan syariat Allah dengan sempurna, maka mereka berada dalam lingkungan
iman atau mereka mengamalkan peraturan dan undang-undang yang lain yang tidak
diredhai Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir, zalim dan fasik.
Orang ramai pula sama ada mereka menerima – daripada pemerintah-pemerintah dan
hakim-hakim – hukum Allah dan pengadilan-Nya di dalam urusan kehidupan mereka,
maka mereka adalah orang-orang yang beriman. Jika tidak, maka mereka bukanlah
daripada orang-orang yang beriman. Tidak ada jalan tengah di antara jalan
beriman dengan jalan yang tidak beriman . Di sini tidak diterima sebarang
alasan keuzuran dan tidak diterima alasan kerana kepentingan, kerana Allah
Tuhan yang memelihara manusia mengetahui sesuatu yang sesuai dengan kepentingan
mereka dan Allah telah mengatur undang-undang dan peraturan-Nya untuk
merealisasikan kepentingan-kepentingan manusia yang sebenar. Tidak ada sistem
kehakiman yang lebih baik daripada sistem kehakiman dan syariat Allah. Dan
tiada siapa daripada hamba-Nya boleh berkata : “saya menolak syariat Allah atau
saya lebih arif dengan kepentingan-kepentingan manusia berbanding dengan Allah”
dan andainya ia melafazkan perkataan ini dengan lidahnya atau dengan
perbuatannya, maka dia adalah terkeluar daripada lingkungan iman.
Syariat
demokrasi ini adalah kafir, zalim dan fasik kerana ianya adalah didasarkan
kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang menafi dan mengingkari Uluhiyah dan Rububiyah
Allah dan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Seseorang pengamal syariat demokrasi dan
dia meredhai syariat demokrasi itu, dia adalah seseorang yang mengimani,
menganuti dan mengamalkan agama demokrasi yang bererti ia menyerahkan Uluhiyah
dan Rububiyah kepada manusia yang sekali gus bererti ia telah menafi dan
mengingkari ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ - ini bermakna ia telah mengeluarkan dirinya daripada agama
Allah dan kufur ingkarkan Allah swt. Ia menjadi kafir kerana ia menafi,
menolak, mengingkari dan menentang Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, ia menjadi kafir kerana ia meredhai konsep pengabdian
manusia kepada sesama manusia yang wujud dan berlaku dalam sistem politik
demokrasi. Ia menjadi kafir kerana perbuatan dan amalannya, bukan terhad kerana
iktikad dan ucapan sahaja. Ia menjadi kafir seperti mana kaum Ahlil Kitab itu
menjadi kafir kerana mereka mentaati dan mematuhi segala perintah para pemimpin
agama mereka (9:31). Kaum Ahlil Kitab yang diperkatakan oleh al-Quran di sini menjadi
kafir hanyalah kerana amalan dan perbuatan mereka sahaja, iaitu KUFUR AMALIYAH bukan
kerana iktikad dan kepercayaan di dalam hati dan bukan kerana ucapan di bibir.
Firman Allah: al-Maidah 44, 45, 47
Barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah, mereka itu ialah orang-orang kafir ... zalim... fasik.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran –
al-Maidah) :
Tujuan agama yang datang daripada
Allah ialah untuk menjadi satu sistem hidup, iaitu satu sistem hidup yang
realistik.Tujuan kedatangan agama Allah ialah untuk memegang teraju kepimpinan
hidup manusia, untuk mengatur, membimbing, dan memeliharanya. Tidak ada agama
yang datang daripada Allah untuk semata-mata dijadikan Aqidah hati nurani
sahaja dan tidak pula dijadikan semata-mata syiar ibadat yang dikerjakan
dirumah-rumah ibadat dan mihrab-mihrab. Walaupun kedua-duanya perlu bagi
kehidupan manusia dan penting dalam mentarbiyahkan hati nurani manusia, tetapi
kedua-duanya tidak cukup untuk memimpin kehidupan dan untuk mengatur,
membimbing dan memeliharanya jika di atas asas kedua-duanya tidak ditegakkan satu
sistem, satu peraturan dan satu syariat yang diamalkan dalam kehidupan manusia,
di mana mereka boleh dihukum dengan undang-undang dan kuasanya, iaitu mereka
boleh dikenakan hukuman-hukuman apabila mereka melanggar dan menyalahinya.
Kehidupan manusia tidak mungkin jadi
betul dan kukuh melainkan mereka menerima Aqidah, syiar-syiar ibadat,
undang-undang dan peraturan daripada satu sumber yang sama yang berkuasa di
dhamir dan hati manusia di samping berkuasa di atas harakat dan perilaku
mereka, iaitu kuasa yanag menentukan ganjaran dan balasan di dunia mengikut
undang-undang dan peraturannya di samping menentukan ganjaran dan balasan dalam
kehidupan akhirat mengikut hisabnya.
Tetapi apabila kuasa itu berbelah bagi
dan sumber penerimaan juga berbelah bagi, iaitu kuasa di dalam hati dan
syiar-syiar ibadat diberikan kepada Allah sedangkan kuasa di dalam bidang
undang-undang dan peraturan diberikan kepada yang lain daripada Allah, atau
kuasa menentukan balasan dan ganjaran di akhirat diberkan kepada Allah semenatara
kuasa dalam menentukan hukuman dan balasan di dunia diberkan kepada yang lain
daripada Allah. Di waktu ini jiwa manusia akan terkoyak dan tercaing di antara
dua kuasa yang berlainan, di antara dua arah tujuan yang berlainan dan di
antara dua sistem yang berlainan dan di waktu ini jiwa manusia akan dilanda
kerosakan, iaitu kerosakan yang diisyaratkan oleh al-Quran di berbagai-bagai
tempat:
Firman Allah: an-Nisa 60
Tidakkah engkau perhatikan bahawa orang-orang yang mendakwakan bahawa mereka beriman kepada yang diturunkan kepada engkau dan yang diturunkan sebelum daripada engkau, mereka hendak meminta hukum kepada taghut, sedangkan mereka disuruh supaya kufurkan terhadap taghut. Syaitan menghendaki supaya ia menyesatkan mereka dengan kesesatan yang jauh.
Sayyid Qutb (Fizilalil Quran- an-Nisa 60) :
Yakni tidakkah engkau melihat sesuatu yang sungguh menghairankan, iaitu
ada sekumpulan, manusia yang mendakwa beriman, tetapi pada waktu yang sama mereka
telah meruntuhkan dakwaan itu. Mereka mendakwa beriman kepada wahyu yang
diturunkan kepadamu dan wahyu yang telah diturunkan sebelum daripadamu.
Kemudian mereka tidak mahu berhakimkan kepada wahyu yang diturunkan kepadamu
dan kepada wahyu yang diturunkan sebelum
daripadamu. Malah mereka mahu berhakimkan kepada sesuatu yang lain, kepada
peraturan yang lain dan hukum-hukum yang lain. Mereka mahu berhakimkan kepada
peraturan Taghut yang tidak mengambil daripada wahyu yang diturunkan kepadamu
dan daripada wahyu yang diturunkan sebelummu, iaitu peraturan yang tidak dikawal
dan ditimbang dengan neraca wahyu yang diturunkan kepadamu dan wahyu yang
diturunkan sebelummu. Oleh sebab itulah peraturan ini dikatakan Taghut yang
zalim dan keterlaluan kerana ia mendakwa memiliki salah satu daripada ciri-ciri
Uluhiyah dan kerana ia tidak tunduk kepada neraca Uluhiyah yang betul.
Mereka
berbuat begitu bukan kerana jahil dan bukan pula berdasarkan sangkaan-sangkaan
malah mereka memang mengetahuinya dengan sepenuhnya dan dengan pengetahuan yang
cukup bahawa perbuatan berhakimkan Taghut adalah satu perbuatan yang diharamkan
Allah.
“Meskipun mereka diperintah supaya mengingkarinya”.
Oleh kerana itu perbuatan mereka dalam perkara ini bukan kerana kejahilan
dan tidak pula kerana sangkaan malah mereka lakukannya dengan sengaja, dengan
qasad dan niat. Oleh sebab itu dakwaan mereka yang mengaku beriman kepada wahyu
yang diturunkan kepadamu dan kepada wahyu yang diturunkan sebelummu adalah satu
dakwaan yang tidak betul dan jujur, malah yang sebenarnya syaitan mahu membawa
mereka ke dalam kesesatan yang tidak ada harapan lagi untuk mereka kembali ke
pangkal jalan.
Saiyyid Qutb
(Fizilalil Quran – an-Nisa 60) :
Pengumuman
konsep Rububiyah Allah yang merangkumi semesta alam itu tidak boleh berkumpul
dengan amalan seorang yang tunduk kepada yang lain daripada Allah dan tidak
pula boleh berkumpul dengan kuasa Hakimiyah seorang yang mengamalkan
undang-undang ciptaannya sendiri. Orang-orang yang membanggakan diri mereka
sebagai orang-orang Islam yang sebenar, sedangkan mereka tunduk kepada
undang-undang ciptaan manusia – yakni tunduk kepada Rububiyah yang lain
daripada Rububiyah Allah – adalah salah dan meleset jika mereka fikirkan diri
mereka sebagai kaum Muslimin yang tulen! Sebenarnya mereka tidak berada di
dalam agama Allah yang sebenar, kerana pemerintah mereka bukannya Allah dan
undang-undang yang dijunjung mereka bukannya syariat Allah. Malah mereka berada
dalam agama pemerintah itu bukan dalam agama Allah yang sebenar.
Agama ialah peraturan yang ditetapkan
Allah bagi kehidupan manusia seluruhnya. Agama ialah sistem yang mengatur
seluruh kegiatan hidup dan hanya Allah sahaja yang berhak mengadakan peraturan
dan sistem ini tanpa disekutui sesiapapun. Agama ialah ketaatan dan kepatuhan
kepada kepimpinan Rabbani, iaitu satu–satunya kepimpinan yang berhak ditaati
dan dipatuhi, dan satu-satunya sumber untuk menerima perintah dan arahan dan
satu-satunya kepimpinan untuk diserahkan diri. Oleh itu masyarakat Islam ialah
masyarakat yang mempunyai kepimpinan yang khusus di samping mempunyai Aqidah
dan tanggapan yang khusus, iaitu kepimpinan Rabbani yang dilambangkan oleh
kepimpinan Rasulullah saw dan segala peraturan dan undang-undang yang telah
disampaikan oleh beliau dan kekal selepas kewafatannya. Kepimpinan masyarakat
Islam kepada kepimpinan Rabbani inilah yang memberikan sifat Islam kepadanya
dan melayakkannya untuk digelarkan “masyarakat Islam”. Tanpa kepatuhan yang
mutlak ini ia tidak mungkin menjadi masyarakat Islam yang sebenar, kerana
syarat kepatuhan itu ialah kesanggupan berhakimkan kepada Allah dan Rasul-Nya,
memulangkan segala urusan kepada Allah dan redha terhadap keputusan dan
pelaksanaan Rasul-Nya dan menerimanya dengan penyerahan yang bulat
kepada-Nya.
Untuk menjelaskan hakikat dan dasar
utama ini ayat-ayat surah ini telah mengemukakan penerangan-penerangan yang
amat tegas dan tidak boleh dipertikai, dikeliru, disadur dan dipalsukan lagi,
kerana penerangan-penerangan itu begitu kuat, jelas dan tegas dan sama sekali
tidak memberi ruang untuk menerima sebarang pertikaian.
Saiyyid Qutb (at-Tasawur al-Islami wa Muqumat dalam Fizilalil Quran) :
Kita berhadapan dengan sekelompok manusia di dalam masyarakat Islam di
Negara Islam yang “mendakwa” bahawa mereka telah beriman kepada perintah yang
telah diturunkan kepada Nabi saw dan kepada perintah yang telah diturunkan
Allah sebelumnya iaitu mereka berkata : Kami mengaku tiada Tuhan melainkan
Allah dan Muhammad itu Rasulullah saw dan segala kerasulan adalah benar belaka
dan segala syariat yang dibawa oleh kerasulan-kerasulan itu adalah benar, dan
seterusnya mengaku bahawa malaikat itu benar, akhirat itu benar, qadha dan
qadar yang baik dan yang buruk adalah benar. Inilah makna beriman kepada apa
yang diturunkan Allah kepada Rasulullah saw dan Paradigma Agung yang diturunkan
Allah sebelumnya dan mereka mendakwa telah beriman dengan perkara-perkara ini
semua.
Tetapi Allah tidak menerima dakwaan mereka ini dan tidak menganggapkan
dakwaan ini sebagai keimanan, malah Allah melahirkan kehairanan terhadap sikap
dan dakwaan mereka yang seperti ini!
Mengapa ? Mengapa Allah tidak menerima dan mengambil kira dakwaan dan
pengakuan ini daripada mereka ?
Sebab mereka membuat pengakuan dan dakwaan itu, “sedangkan mereka masih
ingin berhakimkan Taghut” bukannya berhakimkan syariat Allah dan mereka tidak
merujukkan perkara-perkara yang dipertikaikan mereka kepada Allah dan
Rasul-Nya. Kata-kata Taghut mengikut tafsiran al-imam ibn Jarir at-Tabari ialah
setiap yang menentang Allah dan disembah selain daripada Allah sama ada dengan
paksaan daripadanya atau dengan ketaatan sukarela daripada orang yang
menyembahnya sama ada yang disembah itu manusia atau syaitan atau berhala atau
patung atau sesuatu kejadian yang lain mereka mahu berhakimkan kepada mana-mana
peraturan daripada syariat Taghut ini dan tidak mahu berhakimkan kepada syariat
Allah. Justeru itu Allah sifatkan mereka sebagai orang-orang yang berkata
bahawa mereka telah beriman kepada wahyu yang diturunkan kepada nabi dan kepada
wahyu yang diturunkan sebelumnya menunjukkan secara pasti bahawa pengakuan
dengan lidah : aku mengaku tiada Tuhan yang lain mln Allah dan Muhammad itu
Rasulullah, malaikat itu benar , dan akhirat itu benar dan mengaku seluruh
kerasulan itu benar dan mengaku bahawa qadha dan qadar Allah yang baik dan yang
buruk itu benar tidak diterima oleh Allah dan tidak dikirakan-Nya sebagai
syahadat yang memasukkan orang-orang yang mengucapkannya ke dalam Islam dan
memberikan kepadanya sifat Muslimin dan hak terpelihara darah dan harta mereka
apabila syahadat itu disertai keinginan dan kemahuan berhakimkan syariat yang
lain daripada syariat Allah dan tidak ingin merujuk perkara-perkara yang
dipertikaikan mereka dalam mana-mana urusan kehidupan insaniyah kepada Allah .
Dan selepas Allah memutuskan bahawa mereka berdusta di dalam dakwaan
mereka yang mengatakan bahawa mereka telah beriman kepada wahyu yang diturunkan
kepada Rasulullah saw dan wahyu yang diturunkan kepada Rasul-Rasul yang
sebelumnya dengan dalil mereka masih ingin berhakimkan Taghut sedangkan mereka
telah diperintahkan supaya mengingkarkannya, maka kemahuan dan kecenderungan
mereka yang sedemikian rupa itulah yang telah membohongi pengakuan lisan mereka
dan menghapuskan nilainya dan selepas itu Allah menyifatkan mereka sebagai
orang yang bermuka dua.
Penjelasan akhir dalam konteks ini merupakan nas yang jelas (soreh) yang
menetapkan satu-satunya syarat iman yang diungkap dalam salah satu bentuk
penegasan yang amat kuat :
Firman Allah : al-Maidah 50
Apakah mereka mahukan hukum jahiliyah? Siapakah yang lebih baik daripada Allah dari segi mengatur peraturan bagi orang-orang yang yakin?
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
“Makna Jahiliyah telahpun digariskan dengan jelas
oleh nas ini. Oleh itu undang-undang Jahilyah – sebagai mana disifatkan oleh
Allah dan digariskan oleh al-Quran-Nya – ialah undang-undang daripada manusia
untuk manusia, kerana undang-undang Jahiliyah ialah undang-undang Ubudiyah
manusia untuk manusia, undang-undang yang mengeluarkan manusia daripada
Ubudiyah kepada Allah dan menolak Uluhiyah Allah dan sebagai gantinya ialah
memberi pengiktirafan kepada Uluhiyah sesetengah manusia dan pengiktirafan
Ubudiyah kepada manusia selain daripada Allah. Jahiliyah – berdasarkan nas ini – bukanlah suatu
jangka zaman yang tertentu, malah Jahiliyah ialah satu keadaan yang tertentu
dan keadaan ini boleh didapati di masa dahulu, di masa kini dan di masa-masa
hadapan. Semuanya mempunyai sifat Jahiliyah yang bertentangan dengan Islam. Manusia – di mana zaman dan di mana-mana tempat –
sama ada mereka menghukum dengan syariat Allah – tanpa menolak sesuatu bahagian
pun daripadanya – dan menerimanya dengan penerimaan yang bulat, maka mereka
adalah orang-orang yang benar berada dalam agama Allah atau mereka menghukum
dengan undang-undang ciptaan manusia dalam apa-apa bentuk sekalipun dan mereka
menerimanya, maka mereka adalah orang-orang yang berada dalam budaya Jahiliyah
dan mereka sama sekali tidak berada dalam agama Allah. Orang-orang yang tidak
mahukan undang-undang Allah bererti mereka mahukan undang-undang Jahiliyah dan
orang-orang yang menolak syariat Allah bererti menerima undang-undang Jahiliyah
dan hidup dalam budaya Jahiliyah. Ya siapakah yang lebih baik daripada Allah?
Siapakah yang berani mendakwa bahawa dia berhak
mengatur undang-undang dan peraturan kepada manusia dan menghukum mereka
dengannya sebagai undang-undang yang lebih baik daripada undang-undang yang
diaturkan oleh Allah dan melaksanakannya ke atas mereka ?
Apakah alasan yang dapat dikemukakan terhadap
dakwaan yang amat besar ini? Apakah dia dapat mengatakan bahawa dia lebih
mengetahui tentang manusia daripada Allah SWT sendiri yang telah menciptakan
manusia? Apakah dia dapat mengatakan bahawa dia lebih mengetahui tentang
kepentingan-kepentingan manusia daripada Allah SWT Tuhan manusia ? Apakah dia
boleh mengatakan bahawa Allah SWT - ketika menyusun syariat-Nya yang terakhir,
ketika mengutuskan Rasul-Nya yang terakhir , ketika melantik Rasul-Nya (Nabi
Muhammad saw) selaku penamat segala anbia dan ketika menjadikan risalah beliau
sebagai panamat risalah-risalah dan ketika menjadikan syariat-Nya selaku
syariat untuk seluruh abad – tidak mengetahui keadaan yang akan timbul, tidak
mengetahui keperluan-keperluan baru yang akan muncul dan tidak mengetahui
hubungan-hubungan baru yang akan berlaku. Oleh sebab itu Allah tidak membuat
peruntukan-peruntukan dalam undang-undang dan peraturan-peraturan-Nya kerana
perkara-perkara itu terlindung daripada pengetahuan-Nya sehingga perkara itu
terdedah kepada manusia di akhir zaman? Apakah yang dapat dikatakan oleh mereka yang
memisahkan syariat Allah daripada mengendalikan kehidupan manusia dengan
menukarkannya dengan undang-undang Jahiliyah, iaitu mereka mejadikan
kehendak-kehendak nafsu mereka sebagai undang-undang atau menjadikan
kehendak-kehendak nafsu rakyat jelata atau kehendak-kehendak nafsu sesuatu
generasi manusia mengatasi hukum dan syariat Allah? Apakah yang dapat dikatakan oleh mereka terutama
jika mereka mengaku diri mereka daripada golongan orang-orang Islam? Apakah kerana faktor suasana dan keadaan? Apakah
kerana faktor-faktor hubungan-hubungan? Apakah kerana orang ramai tidak
sukakannya? Apakah kerana takut kepada musuh-musuh? Bukankah kesemuanya sudah
sedia berada dalam ilmu Allah ketika Dia memerintah kaum Muslimin supaya
menegakkan syariat-Nya di kalangan mereka, supaya berjalan mengikut sistem hidup
yang digariskan-Nya dan supaya mereka jangan diselewengkan daripada sesetengah
peraturan yang telah diturunkan oleh Allah SWT? Adakah kerana kelemahan syariat Allah daripada
merangkumi segala keperluan yang baru timbul ? Apakah kerana kedudukan-kedudukan
yang baru berkembang? Apakah kerana keadaan-keadaan yang memaksa? Bukankah
semuanya ini telah tersedia ada dalam ilmu Allah ketika Dia mengeluarkan
perintah dan amaran yang keras ini? Orang-orang bukan Islam boleh berkata apa yang
mereka suka, tetapi bagi seseorang Islam atau mereka yang mengaku Islam apakah
yang mendorongkan mereka berkata begitu kemudian mengaku bahawa mereka masih
kekal berpegang dengan agama Islam atau mengaku bahawa satu daripada ciri Islam
masih ada pada mereka ? Sebenarnya inilah persimpangan jalan yang pasti
ditentu pilihan dan di sini tidak ada gunanya bertengkar dan berdebat. Sama ada memilih Islam atau Jahiliyah, sama ada
memilih keimanan atau kekufuran, sama ada memilih hukum Allah atau
undang-undang Jahiliyah. Orang-orang yang tidak menghukum dengan
peraturan-peraturan yang telah diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang
KAFIR, orang-orang yang ZALIM dan orang-orang yang FASIK. Dan orang-orang yang
dihukum sebagai tidak menerima hukum Allah, maka mereka bukanlah orang-orang
yang beriman. Persoalan (wajib menghukum dengan syariat Allah)
ini pastilah jelas dan tegas di dalam hati seseorang Muslim dan pastilah ia
tidak bersikap ragu-ragu untuk menjalankannya dalam realiti hidup manusia di
zamannya dan menerima kehendak hakikat ini dan natijah pelaksanaanya ke atas
lawan dan kawan. Selama hati seseorang Muslim belum tegas dalam
persoalan ini, maka dia tidak akan mempunyai neraca pertimbangan yang betul,
dia tidak akan mempunyai jalan hidup yang jelas, dia tidak akan dapat membezakan
di dalam hatinya di antara kebenaran dengan kebatilan dan dia tidak akan dapat
melangkah setapakpun di jalan yang betul.”
Huraian-huraian
Saiyyid Qutb mengenai ayat-ayat al-Quran seperti mana yang dibicarakan di sini
membolehkan kita untuk merumuskan bahawa syariat demokrasi seperti mana yang
sedang kita amal dan praktikkan di dalam negara Malaysia kita kini adalah syariat
yang syirik dan kufur dan justeru kerajaan Malaysia kita ini adalah kerajaan
manusia yang syirik dan kufur.
Umat Islam kita yang mengamalkan sistem politik
demokrasi serta kita menyetujui dan meredhainya adalah orang-orang yang dengan
sengaja dan sedar melibatkan diri kita dengan kesyirikan dan kekufuran yang
sudah semestinya mengeluarkan kita daripada agama Allah.
Allah
mengemukakan persoalan kepada kita – apakah kita masih terus berkehendakkan
undang-undang yang sudah jelas dan nyata tentang kesyirikan dan kekufurannya
dengan meninggalkan undang-undang Allah? Allah menyoal kita seperti ini
sebenarnya ianya berbentuk dan merupakan kecaman dan kutukan daripada Allah
terhadap orang-orang yang menjalankan syariat manusia kerana kesyirikan dan
kekufurannya itu (syariat manusia) dan kerana orang-orang yang menjalankannya
itu adalah orang-orang yang kafir, zalim dan fasik. Dalam menghuraikan ayat di
atas ini (5: 50), Sayyid Qutb, Ibn Kathir, dan beberapa mufassirin yang lain,
bersepakat bahawa orang-orang yang mengkehendaki undang-undang Jahiliyah,
seperti undang-undang demokasi ini dengan meninggalkan undang-undang Allah
seperti mana yang sedang beroperasi dan diamalkan di bawah kerajaan demokrasi
Malaysia kini, di atas apa-apa sebab sekalipun, adalah dihukumkan sebagai kafir
dan terkeluar daripada Islam.
Firman Allah: Yunus 32
Bukankah sesudah kebenaran, tidak ada yang lain, melainkan kesesatan?
Syariat
Islam sahaja yang benar sedangkan syariat-syariat yang lain ciptaan manusia
termasuk syariat demokrasi adalah kesesatan dan kebatilan.
Jabatan
agama Islam Pahang (JAIP) mengedarkan satu poster yang menyenaraikan dua puluh
perkara yang membatalkan syahadah; di antaranya ialah :
1. Menggubal
undang-undang mengikut kehendak manusia (demokrasi) dan bukannya mengikut
ketentuan Allah;
2. Melaksanakan
hukum yang lain daripada hukum Allah (demokrasi) atau tidak merujuk kepada
Allah dalam semua perkara;
3. Menghina
agama Islam, undang-undang dan para ulama dan intelek Islam ;
4. Mengkafirkan
orang-orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah dan tidak mengkafirkan orang-orang
yang mengingkari syahadatain dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.
Kandungan
poster ini mempunyai tiga implikasi yang penting:
1. Kerajaan
Demokrasi Malaysia yang menggubal, membuat dan menjalankan undang-undang yang
selain daripada Allah itu adalah sebuah kerajaan yang terdiri daripada ideologi
dan sistem hidup yang membatalkan syahadah;
2. Kerajaan
Demokrasi Malaysia yang membatalkan syahadah itu hendaklah diisytiharkan
sebagai kufur, kegagalan untuk mengisytiharkan kekufurannya itu boleh
membatalkan syahadah seseorang Islam;
3. Kerajaan
Demokrasi Malaysia yang syirik dan kufur ini hendaklah diingkari, ditolak,
ditentang dan diperangi - orang-orang yang menyatakan bahawa demokrasi ini
tidak wajib diperangi atau lebih-lebih lagi yang menyatakan bahawa ianya tidak
boleh diperangi, membatalkan syahadahnya.
Kandungan
poster ini merupakan satu perisytiharan rasmi JAIP mengenai kekufuran kerajaan
demokrasi Malaysia, termasuklah kerajaan Negeri Pahang sendiri. Tanpa penafian
rasmi terhadap poster ini, secara tidak langsung ianya bererti bahawa Kerajaan
Negeri Pahang mengakui kekufuran kerajaan demokrasi Malaysia dan kekufurannya
sendiri. Dalam usaha untuk menyelamatkan rakyat daripada terjerumus ke dalam
kesyirikan dan kekufuran, kandungan poster ini sewajarnya dihurai dan
diperjelaskan kepada orang ramai melalui forum-forum dan seminar-seminar yang
dianjurkan oleh kerajaan atau mana-mana agensi kerajaan.
Semoga
Allah merahmati JAIP dan pegawai-pegawai yang telus, jujur dan berani dalam
memperkatakan kebenaran.
Jihad yang paling besar sekali ialah untuk menyatakan kebenaran di hadapan sesebuah kerajaan yang menyimpang daripada jalan yang benar.Abu Daud, Termizi, Ibn Majah daripada Abu Said al-Khudri
Pegawai-pegawai
JAIP yang terlibat dalam menerbit dan mengedarkan poster ini adalah mereka yang
dirahmati dengan taraf Jihad yang paling besar di sisi Allah swt. Allahu Akbar!
Mudah-mudahan, dedikasi dan contoh yang amat gemilang ini akan merangsangkan ke
arah kebangkitan Islam di kalangan massa umat Islam di Malaysia – Insyaa Allah!
Berlumba-lumbalah kita ke arah kebaikan dan Jihad yang paling besar supaya kita
dianugerahkan dengan kejayaan yang besar di akhirat nanti. Oleh itu,
sebarkanlah mengenai segala titah perintah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, sebarkanlah mengenai kekufuran kerajaan demokrasi, dan
sebarkanlah mengenai perintah Allah untuk menyempurnakan pegangan dan amalan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dengan tindakan-tindakan yang tegas dan
berani dalam menafi, menolak, mengingkari, dan menentang dengan terbuka, aktif
dan total terhadap kerajaan demokrasi kita ini sehingga ianya mengalami
kehancuran yang total untuk digantikan dengan sebuah Kerajan Islam. Ikutilah
contoh dan tauladan yang makruf dan bertakwa daripada JAIP dan
pegawai-pegawainya. Hidupkanlah semangat perjuangan dan keberanian mereka ini
sehingga tanpa memikirkan tentang kerjaya dan kepentingan diri mereka sendiri
di dunia ini.
Orang-orang
kafir yang mempersendakan agama Allah di Malaysia dan di dunia seluruhnya
adalah sesuatu yang lumrah berlaku kerana kedudukan agama Islam dan umat Islam
kini yang tidak berkuasa, berpengaruh dan sentiasa dizalimi dan
dipermain-mainkan, dan sikap serta perbuatan mereka ini telah banyak dibincang
dan diperkatakan. Namun umat Islam sendiri baik di Malaysia mahupun di dunia
seluruhnya turut terlibat dengan gejala mempersenda dan mempermain-mainkan
agama Allah, dan mereka itu sudah terkeluar daripada agama Allah tanpa
menyedarinya.
Firman Allah :al-Anaam 68, 70
Apabila engkau melihat orang-orang yang membincangkan ayat-ayat Kami (secara bersenda-senda), maka hendaklah engkau berpaling daripada mereka sehingga mereka membincangkan perkara yang lain dan jika dilupakan syaitan (terhadap larangan itu ), maka janganlah sekali-kali engkau duduk bersama orang-orang yang zalim itu setelah engkau teringat kembali (kepada larangan itu ).Dan tinggalkanlah mereka yang telah menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan. Mereka telah dipesonakan oleh kehidupan dunia . Dan hendaklah engkau mengingatkan mereka dengan al-Quran agar setiap orang itu dipertanggungjawab dengan perbuatan yang telah dilakukannya . (Di sana) dia tidak mendapat pelindung dan penolong selain daripada Allah dan jika ia menebuskan dosanya dengan segala macam tebusan nescaya tidak akan diterima daripadanya. Merekalah orang-orang yang dipertanggungjawabkan dengan perbuatan yang dilakukan mereka , untuk mek disediakan minuman dari air yang mendidih dan azab yang amat pedih kerana kekafiran yang dilakukan mereka .
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Orang-orang yang mengingkarkan kuasa Hakimiyah Allah yang
mutlak dalam kehidupan manusia yang waqii dalam bidang-bidang politik, sosial,
ekonomi dan perundangan dan mengatakan bahawa manusia boleh mengaturkan
bidang-bidang ini tanpa terikat dengan syariat Allah , mereka semua adalah
tergolong dalam kumpulan orang-orang yang disifatkan oleh ayat ini sebagai
orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai bahan sendaan dan permainan.
Pemimpin-pemimpin Islam yang tidak menjalankan
undang-undang Allah dan rakyat Islam yang meredhai dan menyokong kerajaan mereka
itu adalah orang-orang yang mengingkari Kuasa Hakimiyah Allah, mereka ini
adalah orang-orang yang MEMPERSENDAKAN agama Allah dan terkeluar daripada agama
Allah .
Syariat demokrasi adalah agama demokrasi yang syirik dan
kufur. Ini adalah sesuatu yang amat serius kerana para pengamal sistem politik
demokrasi kita ini adalah orang-orang yang turut terlibat sama dalam mengimani,
menganuti dan mengamalkan agama demokrasi yang mengeluarkan mereka daripada
agama Allah, padahal mereka sedikitpun tidak menyedarinya. Umat Islam kita sewajarnya
diberi kesedaran mengenai kesyirikan dan kekufuran kerana amalan sistem politik
demokrasi kita ini, dan seterusnya mereka sewajarnya diberi kesedaran bahawa jalan
keselamatan untuk mereka hanyalah dengan mengeluarkan diri mereka daripadanya
dan dengan mengamalkan sikap dan tindakan-tindakan penolakan dan penentangan
yang aktif dan total terhadapnya sehinggalah akhirnya ianya mengalami
keruntuhan dan kehancuran yang total untuk kemudiannya digantikan dengan sistem
pemerintahan Islam.
No comments:
Post a Comment