(SAMBUNGAN)
Firman Allah : al-Maidah 54
Wahai orang-orang yang beriman ! Barang siapa di antara kamu yang murtad daripada agamanya, maka Allah akan mendatangkan sekumpulan manusia yang dicintainya dan mereka juga menyintai-Nya, mereka lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan gagah perkasa terhadap orang-orang kafir , mereka berjihad kerana sabilullah. Dan mereka tidak gentar kepada celaan mana-mana pencela. Itulah limpah kurnia Allah yang dikurniakan kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) dan Maha Mengetahui.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Ancaman kepada mana-mana orang
Islam yang terkeluar daripada agamanya dalam bentuk kecaman yang sehebat ini
dan dimakam yang seperti ini pada dasarnya adalah dituju kepada pertalian yang
wujud di antara perbuatan mengadakan hubungan setia kawan dengan orang-orang Yahudi
dan Nasara dengan hukum irtidad (terkeluar daripada Islam ) terutama setelah
dijelaskan oleh al-Quran bahawa mana-mana orang yang menjadikan orang-orang
Yahudi dan Nasara selaku rakan dan penolong setianya, maka dia adalah dianggap
termasuk di dalam golongan mereka, iaitu terkeluar daripada kelompok Muslimin
dan tercantum di dalam kumpulan mereka :
Dan barang siapa dari kalangan kamu menjadikan mereka
sebagai penolong setia, maka dia adalah daripada golongan mereka .
Berdasarkan pertimbangan ini maka
seruan yang kedua di dalam ayat ini adalah untuk menguatkan seruan yang
pertama. Dan seruian yang ketiga – selepas seruan ini - juga mempunyai tujuan yang sama , iaitu
menekankan larangan daripada mengadakan hubungan setia kawan dengan kaum Ahlil
Kitab dan orang-orang kafir yang digabungkan sebegitu rupa untuk menunjukkan
bahawa hubungan setia kawan dengan orang-orang Yahudi dan Nasara adalah sama
dengan hubungan setia kawan dengan orang-orang kafir, dan soal Islam memberi
layanan yang berbeza di antara kaum Ahlil Kitab dengan orang-orang kafir adalah
satu perkara yang tidak ada kaitan dengan persoalan setia kawan, malah ia
adalah daripada urusan-urusan lain yang tidak ada kena mengena dengan hubungan
setia kawan.
Firman Allah : an -Nisa 138, 139
Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang munafikin bahawa mereka akan memperolehi azab yang amat pedih. Iaitu orang-orang yang memilih orang-orang kafir sebagai sahabat-sahabat setia mereka bukannya memilih orang-orang yang beriman. Apakah mereka mahu mencari kekuatan pada orang-orang kafir? Sesungguhnya kekuatan itu adalah semuanya milik Allah belaka.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Orang-orang kafir yang disebut di sini – mengikut pendapat
yang lebih rajih – ialah orang-orang Yahudi yang menjadi tempat perlindungan
kaum munafiqin. Di sanalah mereka berkumpul dan berbincang secara rahsia dan
merancang bersama mereka berbagai-bagai komplot dan tipu daya terhadap kelompok
Muslimin.
Allah swt bertanya mereka dengan pertanyaan mengejek dan
mengecam mengapa mereka bersahabat setia dengan orang-orang kafir, sedangkan
mereka mendakwa beriman? Mengapa mereka meletakkan diri di tempat (yang begitu
rendah) ? Dan mengapa mereka mengambil sikap (yang keji) ini? Apakah mereka
mencari kemuliaan dan kekuatan pada orang-orang kafir? Sebenarnya kemuliaan dan
kekuatan itu adalah diiliki Allah. Oleh itu kemuliaan dan kekuatan tidak
mungkin didapati melainkan oleh mereka yang dilindungi Allah dan oleh mereka
yang mencarinya di sisi Allah dan oleh mereka yang berlindung di bawah naungan
Allah.
Demikianlah sentuhan pertama ayat ini mendedah tabiat kaum
Munafiqin dan sifat mereka yang utama, iaitu bersahabat setia atau bersetia
kawan dengan orang-orang kafir bukannya dengan orang-orang yang beriman di
samping mendedahkan kefahaman mereka yang salah terhadap kekuatan dan
kekosongan orang-orang kafir daripada segala kemuliaan dan kekuatan yang
sebenar yang dicari oleh kaum munafiqin pada mereka. Dan ayat ini menjelaskan
dengan tegas bahawa kemuliaan dan kekuatan itu hanyalah milik Allah Yang Maha
Esa sahaja dan oleh itu kemuliaan dan kekuatan pastilah dicari di sisi Allah
sahaja , jika tidak , akan tiada kemuliaan dan kekuatan di sisi orang-orang
yang lain.
Sesungguhnya di sana hanya ada satu sahaja sandaran bagi jiwa
manusia (iaitu Allah) dan pada sandaran inilah ia mendapat kekuatan dan
kemuliaan. Oleh itu apabila ia berpegang kepada sandaran ini ia dapat mengatasi
orang-orang yang lain. Dan sesungguhnya di sana hanya ada satu Ubudiyah sahaja
yang dapat mengangkat jiwa manusia dan membebaskannya, iaitu Ubudiyah kepada
Allah . Dan seandainya jiwa seseorang itu tidak terpaut tenang dengan Ubudiyah
kepada Allah, maka ia akan diperhambakan oleh berbagai-bagai nilai manusia,
berbagai-bagai tokoh manusia, berbagai-bagai pertimbangan dan berbagai-bagai
ketakutan, dan tiada satu pun Ubudiyah kepada manusia, kepada segala sesuatu
dan kepada segala perhitungan dapat menyelamatkannya.
Pilihan hanya di antara dua, sama ada Ubudiyah kepada Allah
Yang Maha Esa yang membawa keunggulan, kemuliaan dan kebebasan atau Ubudiyah
kepada hamba-hamba Allah yang membawa kepada kehinaan dan belenggu-belenggu.
Seseorang itu boleh membuat pilihan apa sahaja yang ia suka.
Seorang mukmin yang tulen tidak akan mencari kemuliaan dan
kekuatan pada yang lain daripada Allah, ia tidak akan mencari kemuliaan,
pertolongan dan kekuatan pada musuh-musuh Allah selama ia beriman kepada Allah.
Alangkah perlunya orang yang mendakwakan
diri mereka sebagai penganut-penganut Islam dan menamakan diri mereka dengan
nama-nama Islam, sedangkan mereka mencari pertolongan pada musuh-musuh Allah
yang paling ketat di bumi .Alangkah perlunya mereka memerhati dan meneliti ayat
al-Quran ini jika mereka benar-benar ingin menjadi orang-orang Islam yang
sejati dan jika tidak, maka Allah Maha Kaya dari semesta alam.
Firman Allah : an-Nisa 144
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memilih orang-orang kafir sebagai sahabat–sahabat setia selain daripada orang-orang yang beriman. Apakah kamu ingat memberi kepada Allah suatu alasan yang amat terang terhadap kesalahan kamu ?
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Sampai di sini penjelasan
ayat-ayat ini membangkitkan perasaan jijik dan memandang hina dan lemah yang
begitu besar di dalam hati orang-orang yang beriman. Oleh itu dalam ayat-ayat
yang berikut al-Quran terus berbicara dengan orang-orang yang beriman. Ia
memberi amaran dan peringatan kepada mereka supaya jangan mengikut jalan kaum
munafiqin, dan yang dimaksudkan dengan jalan yang diikuti kaum munafiqin itu -
sebagai mana yang telah disebut sebelum ini ialah bersahabat setia dengan
orang-orang kafir bukannya dengan orang-orang yang beriman, juga mengingatkan
mereka kepada azab dan kemurkaan Allah di samping menggambarkan untung nasib
kaum munafiqin di akhirat yang amat menakut dan hina dina.
Ayat ini kembali sekali lagi
menyeru orang-orang yang beriman dengan menggunakan sifat mereka yang memisah
dan membezakan mereka daripada kelompok-kelompok manusia lain yang ada di
sekeliling mereka dan dengan sifat inilah berbezanya cara hidup, perilaku dan realiti
mereka . Dengan sifat ini juga mereka menyahut seruan Allah dan mematuhi
arahan-arahan-Nya.
Mereka diseru dengan sifat ini
supaya menjauhi perbuatan mengikut jalan kaum munafiqin dan mereka diberi
amaran supaya jangan mengadakan hubungan setia kawan melainkan dengan
orang-orang yang beriman. Di sana pastilah ada suatu keperluan yang menghendaki
seruan ini dilakukan di dalam masyarakat Islam di masa itu, di mana
hubungan–hubungan yang baik masih wujud di antara setengah –setengah orang
Islam dan orang-orang Yahudi di Medinah dengan setengah-setengah orang-orang
Islam dan kaum kerabat mereka dalam masyarakat Quraisy (di Mekah) – walaupun
hubungan itu merupakan hubungan jiwa sahaja – kami hanya mengatakan
setengah-setengah orang-orang Islam sahaja kerana di sana ada setengah-setengah
orang-orang Islam yang lain yang telah memutuskan terus segala hubungan mereka
dengan masyarakat Jahiliyah sehingga dengan ibu bapa dan anak-anak mereka
sendiri dan mereka menjadikan agama yang dianuti mereka itu sebagai satu-satunya
ikatan perhubungan dan perpaduan dan satu-satunya tali hubungan rahim seperti
yang diajarkan Allah kepada mereka.
Kepada setengah-setengah
orang-orang Islam (yang kami katakan) itulah perlu diperingatkan bahawa jalan
yang sedang dilalui mereka adalah jalan nifaq dan kaum munafiqin. Peringatan
itu dibuat setelah digambarkan nifaq dan kaum munafiqin dengan gambaran yang
buruk , keji dan dibenci. Begitu juga mereka perlu diperingatkan supaya mereka
jangan mendedahkan diri kepada kemurkaan dan azab Allah.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) menghuraikan bahawa Allah
melarang kita daripada bergabung, bersatu dan bersetia kawan dengan orang-orang
kafir dengan tujuan untuk mencari KEKUATAN dalam politik, ekonomi, sosial dan
ketenteraan. Allah menghukumkan orang-orang Islam yang bergabung dan bersetia
kawan dengan orang-orang kafir sebagai orang-orang MURTAD dan terkeluar
daripada agama Allah.
PAS yang bergabung dan
bersetia kawan dengan orang-orang kafir serta yang mencari kekuatan politik
daripada orang-orang kafir adalah disifatkan Allah sebagai orang-orang yang
kafir dan murtad! Selain daripada ini, PAS yang bergabung dan bersetia kawan
dengan orang-orang kafir mempunyai pengertian bahawa mereka mengiktiraf,
menyetujui dan meredhai terhadap segala matlamat perjuangan orang-orang kafir
sedangkan seluruh matlamat perjuangan mereka (orang-orang kafir) ini berada di
luar daripada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan
malah ianya adalah yang aktif berkonflik dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
PAS tidak menafi, menolak, mengingkari dan menentang terhadap segala matlamat
perjuangan orang-orang kafir DAP yang syirik dan kufur ini serta mereka tidak
memusuhi dan membenci terhadap segala matlamat perjuangan orang-orang kafir
ini. Kesemua sikap, amalan dan perbuatan PAS seperti ini adalah kerosakan
kepada Aqidah mereka yang telah mengeluarkan seluruh mereka ini daripada agama
Allah.
Allah melarang kita dengan sekeras-kerasnya daripada
MENYETUJUI dan MEREDHAI akan sebarang matlamat perjuangan yang selain daripada
matlamat ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ sahaja kerana itu adalah kesyirikan
dan kekufuran! Dalam pada itu, PAS telah mengisytiharkan bahawa matlamat
pembentukan Negara Islam itu bukanlah lagi menjadi isu yang utama dalam
perjuangan mereka pada hari ini – matlamat Negara Islam telah digantikan dengan
matlamat pembentukan Negara Kebajikan untuk seluruh umat manusia di bumi!
Firman Allah : an-Nisa 76
Orang-orang beriman berperang pada jalan Allah manakala orang-orang kafir berperang pada jalan Taghut.
Umat Islam kita adalah daripada Hizbullah, iaitu golongan
Allah manakala orang-orang kafir daripada DAP adalah daripada Hizbu Taghut,
matlamat kita ialah kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ
sedangkan matlamat mereka adalah Taghut. Bagai manakah kedua-dua golongan yang
berkonflik seperti ini boleh bertemu di dalam satu pasukan politik?
Firman Allah : al-Qosas 86
Janganlah engkau menolong orang-orang kafir.
Firman Allah : al-Maidah 2
Janganlah kamu tolong menolong dalam melakukan dosa dan pencerobohan.
Allah melarang kita daripada MENOLONG orang-orang kafir di
atas KEKUFURAN mereka dan bagi sesiapa yang melakukannya, mereka itu adalah
orang-orang kafir. DAP adalah sebuah parti politik kafir yang menolak Islam dan
sistem politik Islam, mereka menolak dan menentang pelaksanaan peraturan dan
undang-undang Allah dan pembentukan kerajaan Allah secara jelas, terang dan
rasmi tanpa sebarang keraguan lagi. Mereka itu adalah musuh-musuh Allah dan
musuh-musuh kita yang dilarang oleh Allah daripada memberi sebarang pertolongan
dan kerja sama kepada mereka. Menyertai Pakatan Rakyat mempunyai pengertian
bahawa PAS menolong orang-orang kafir di atas kekufuran mereka yang
mengakibatkan kesyirikan dan kekufuran kepada PAS dan yang mengeluarkan PAS
daripada agama Allah. Allah melarang PAS dan seluruh umat Islam sekelian
daripada menyertai Pakatan Rakyat dan daripada mengamalkan sistem politik
demokrasi yang syirik dan kufur.
Firman Allah : al-A’raf 12
Allah berfirman : Apakah yang telah menghalangkan engkau daripada sujud (kepada Adam) sewaktu Aku perintahkan engkau ? Iblis : Aku lebih baik daripada dia ( Adam) kerana engkau menciptakan aku daripada api dan menciptankannya daripada tanah.
Iblis menjadi kafir kerana dia IKUT PANDANGANNYA sendiri
dengan mengingkari perintah Allah yang jelas dan terang, begitulah juga PAS
menjadi kafir kerana mereka ikut pandangan mereka sendiri dengan mengingkari
hukum Allah yang bererti mereka ikut jejak langkah Iblis! Janganlah kita
menjadikan diri kita ini sebagai orang-orang kafir kerana kita mengamalkan
sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur, kita mentaati dan mematuhi
segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang syirik dan kufur serta kita
menyetujui dan meredhainya, ikutlah Allah dan Rasul-Nya sahaja dan janganlah
kita ikut para pemimpin kita secara taksub dan membuta tuli sahaja.
DEMOKRASI BUKAN JALAN
ALLAH
Firman Allah : Yusuf 108
“Katakanlah : Inilah jalan perjuanganku, di mana aku dan orang-orang yang mengikutku mengajak kamu kepada agama Allah dengan bukti yang jelas . Maha Suci Allah dan aku bukannya daripada golongan musyrikin .
Firman Allah : al-Israa’ 9
Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang betul.
Firman Allah : al-Ankabut 69
Dan bagi mereka yang berjihad ke jalan Kami , Kami tunjuk jalan-jalannya.
Tanggungjawab dan kewajipan Pas ialah untuk melancarkan
perjuangan Islam mengikuti jalan al-Quran, Sunnah dan Sirah dengan meninggalkan
METOD DEMOKRASI ciptaan manusia yang selain daripada Allah dan yang menentang
Allah. Malangnya PAS memilih jalan Jahiliyah dengan meninggalkan jalan Allah.
Jalan Jahiliyah adalah Jahiliyah yang memasukkan PAS ke dalam agama Jahiliyah dan
yang mengeluarkannya daripada agama Allah.
Saiyyid Qutb (Milestones) :
“Para pendakwah dan pejuang Islam hendaklah memahami dengan
sejelas-jelasnya bahawa agama ini adalah agama yang diwahyukan dan bahawa
Metodnya, yang sesuai dan harmoni dengan sifat-sifat agamanya, adalah juga
didasarkan kepada panduan wahyu. Adalah sesuatu yang mustahil untuk mendiri dan
menegakkan satu tatanan hidup agama ini tanpa mengikuti Metodnya yang
tersendiri.
Seseorang itu hendaklah memahami bahawa agama ini telah
datang bukan sahaja untuk mengubah aqidah-aqidah dan amalan-amalan manusia
tetapi juga Metod untuk melaksanakan perubahan-perubahan dalam aqidah-aqidah
dan amalan-amalan itu. Agama ini membentukkan Aqidah bersama-sama dengan
pembentukan sesuatu komuniti itu, ia juga membentuk sistem pemikirannya di
samping ia menumpukan tenaganya dalam melaksanakan aspek-aspek praktikalnya.
Oleh yang demikian, pembentukan sistem pemikirannya, Aqidahnya, dan cara
hidupnya yang tersendiri itu, tidak memerlukan kepada metod yang lain, tetapi
ianya terlaksana secara serentak.
Daripada huraian di atas, kita sedar bahawa agama ini
mempunyai Metod bertindaknya yang tersendiri. Justeru, kita perlu sedar bahawa
Metod ini adalah sesuatu yang kekal abadi. Ia tidak terikat kepada sesuatu
peringkat, atau sesuatu keadaan dan persekitaran yang tertentu, seumpamanya
kepada zaman generasi Islam yang pertama. Sesungguhnya tatanan hidup agama ini
tidak akan dapat didiri dan dibangunkan - pada bila-bila masa - melainkan
melalui Metod ini sahaja.
Peranan Islam ialah untuk mengubah Aqidah-aqidah dan amalan-amalan
manusia, bersama-sama dengan sikap, pandangan dan cara berfikir mereka.
Metodnya adalah diturunkan melalui wahyu dan ianya adalah sama sekali berbeza
dengan kesemua metod yang tidak bernilai daripada manusia yang berfikiran
cetek.
Kita tidak akan berkemampuan untuk menerima panduan Ilahi
atau untuk menjalani kehidupan yang berpandukan kepadanya melainkan kita
mengamalkan Metod yang diturunkan daripada Allah swt, iaitu Metod yang
sememangnya disediakan oleh Allah untuk mengubah pemikiran dan amalan manusia.
Apabila kita mencuba untuk menghadkan Islam ke tahap ‘teori’
untuk dikaji, bererti kita telah mengubahkan Metod daripada Allah ini daripada
sifat-sifatnya yang semula jadi, dan kita telah merendahkannya ke tahap metod
ciptaan manusia, seolah-olah Metod Allah ini adalah lebih rendah daripada metod
manusia, dan seolah-olah kita hendak meningkatkannya kepada tingkat dan status
yang sama tinggi dengan metod ciptaan para hamba-Nya!
Pandangan seperti ini adalah amat merbahaya dan mentaliti
menyerah kalah ini adalah kerosakan yang besar.
Peranan Metod daripada Allah yang dianugerahkan kepada kita -
kita yang menjadi pejuang-pejuang Islam ini – adalah untuk membentukkan satu
sistem pemikiran yang suci dan bersih daripada segala unsur dan sistem
pemikiran Jahiliyah yang sedang berleluasa kini di dunia dan yang telah
meracuni kebudayaan kita dengan merosakkan sistem pemikiran kita. Sekiranya
kita cuba untuk mengubah agama ini dengan cara mengamalkan metod yang lain
daripada ciri-ciri dan sifat-sifatnya dan metod yang dipinjam daripada
Jahiliyah yang sangat berpengaruh kini, bermakna kita telah merosakkan peranan
Islam dalam membebaskan kemanusiaan, dan kita akan kehilangan peluang untuk
menghapuskan bebanan cara Jahiliyah yang sedang berleluasa kini, dan yang sedang
menguasai seluruh sistem pemikiran kita.
Situasi ini adalah penuh dengan bahaya, dan kerugian yang
akan kita alami akibat daripadanya, adalah satu malapetaka yang amat besar.
Metod bagi pembentukan sesuatu tatanan hidup Islam, adalah
tidak kurang pentingnya atau tidak kurang perlunya daripada Aqidah Islam dan
sistem kehidupannya itu sendiri, Metod dan Aqidah tidak pernah terpisah di
antara satu dengan yang lainnya. Walaupun kita mungkin tertarik untuk
mencanangkan tentang keindahan Aqidah Islam serta sistem Islam, kita jangan
melupai bahawa Islam tidak akan terbentuk sebagai satu sistem hidup yang
praktikal atau satu pergerakan yang dinamis melalui cara ini (mencanang
keindahan Islam).
Oleh yang demikian, saya mengulangi bahawa Aqidah Islam
hendaklah dijelmakan kepada bentuk satu pergerakan yang praktikal, dan sebaik
sahaja ianya telah terbentuk sedemikan rupa, pergerakan Islam itu hendaklah
berbentuk satu pancaran dan cermin yang menggambarkan wajahnya yang sebenar.
Aqidah dan Metod adalah sama-sama penting; tidak ada
perbezaan di antara kedua-duanya. Metod yang selain daripadanya, walaupun
kelihatan menarik sekalipun, tidak akan berkemampuan untuk membentuk satu
tatanan hidup Islam di bawah kekuasaan Islam. Metod-metod yang lain hanya
berkemampuan untuk membentuk tatanan-tatanan hidup daripada sistem-sistem
pemikiran yang lain ciptaan manusia, tetapi kesemuanya tidak berkemampuan untuk
membentuk sistem kita. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kita untuk mengikuti
Metod daripada Allah ini sahaja sepertimana kewajipan kita untuk mentaati
cara-cara hidupnya dan kewajipan untuk mempercayai Rukun Iman.”
Huraian Saiyyid Qutb merumuskan satu prinsip Islam yang
“fundamental” – bahawa METOD perjuangan Islam untuk mengubah AQIDAH MANUSIA
daripada AQIDAH KUFUR kepada AQIDAH ISLAM serta untuk mengubah kerajaan
demokrasi yang syirik dan kufur ini kepada kerajaan Islam adalah metod al-
QURAN, SUNNAH dan SIRAH dengan meninggalkan METOD DEMOKRASI yang selain
daripada Islam. Metod Islam adalah gandingan WAHYU dan PERJUANGAN RASULULLAH
SAW.
Aqidah dan Pemikiran Islam serta kerajaan Islam itu adalah
didasarkan kepada al-Quran, Sunnah dan Sirah, oleh itu sesuatu perjuangan untuk
menegakkan sesebuah kerajaan Islam yang didasarkan kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ
hendaklah hanya melalui Metod ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, iaitu Metod
al-Quran, Sunnah dan Sirah sahaja. Metod demokrasi atau mana-mana metod yang
selain daripada Allah adalah kesyirikan dan kekufuran. Metod untuk menegakkan
sesuatu kerajaan Islam adalah sama penting dengan kerajaan Islam serta dengan
Aqidah dan Pemikiran Islam itu sendiri. Aqidah Islam dan Metod Islam mempunyai
pertalian yang tidak boleh dipisah-pisahkan di antara satu dengan yang lain
kerana kedua-duanya itu adalah sama-sama didasarkan kepada al-Quran, Sunnah dan
Sirah. Allah swt tidak memberi kebebasan kepada kita untuk memilih mana-mana
metod perjuangan yang dianggap sebagai paling sesuai, bijak, sempurna dan
berkesan yang dikonsepsikan mengikut logis dan rasionaliti pemikiran kita,
kerana metod Islam itu hanyalah metod yang satu yang datang daripada Allah dan
Rasul-Nya sahaja, lebih-lebih lagi metod-metod yang lain itu termasuklah metod
demokrasi ini kesemuanya bercanggah dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Firman Allah : Yusuf 108
“Katakanlah : Inilah jalan perjuanganku, di mana aku dan orang-orang yang mengikutku mengajak kamu kepada agama Allah dengan bukti yang jelas . Maha Suci Allah dan aku bukannya daripada golongan musyrikin .
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Yakni kami sekelian berada di dalam hidayat dan
cahaya petunjuk daripada Allah . Kami mengetahui jalan kami dengan jelas dan
kami berjalan mengikutinya dengan pandangan, kefahaman dan makrifat yang jelas
, kami tidak meraba-raba dan menagak-agak. Itulah keyakinannya yang terang lagi
bersuluh. Maha Suci Allah daripada segala sifat yang tidak layak dengan
Uluhiyah -Nya. Dan kami sekelian terasing dan berbeza daripada golongan
musyrikin .
“Dan aku bukannya daripada golongan musyrikin.”
Inilah
jalan aku. Oleh itu sesiapa yang suka dia boleh ikut, dan sesiapa yang tidak
suka, maka aku tetap berjalan terus mengikut jalan yang lurus ini .
Para pendakwah kepada Allah pastilah melakukan
perbezaan ini. Mereka pasti mengumumkan bahawa mereka merupakan satu umat yang
bersendirian dan terpisah daripada orang-orang yang tidak berpegang dengan
aqidah mereka, iaitu tidak menjadi pak turut mereka, tidak mengikut kepimpinan
mereka, mereka mengambil haluan yang bersendirian dan tidak bercampur aduk
dengan mereka. Para pendakwah agama ini tidak cukup dengan menyeru manusia
kepada agama Allah, sedangkan mereka bergelumang di dalam masyarakat Jahiliyah
kerana dakwah yang seperti ini tidak membawa kepada sesuatu hasil yang benilai,
malah sejak hari yang pertama lagi mereka harus mengumumkan bahawa golongan
mereka adalah berlainan daripada golongan Jahiliyah. Mereka membezakan diri
mereka dalam bentuk satu kelompok tersendiri di mana tali ikatannya ialah
aqidah yang berbeza dan nama
kepimpinannya ialah kepimpinan Islam. Mereka harus membezakan diri
mereka daripada masyarakat Jahiliyah dan seterusnya membezakan kepimpinan
mereka daripada kepimpinan Jahiliyah .
Kedudukan para pendakwah yang bergelumang dan
hanyut dalam masyarakat Jahiliyah dan kekal bernaung di bawah naungan
kepimpinan Jahiliyah akan menghapuskan pengaruh yang dibawa oleh aqidah mereka,
menghalangkan keberkesanan yang dapat diwujudkan oleh dakwah mereka dan
seterusnya menghalangkan segala penarik yang mungkin wujud pada dakwah yang
baru itu .
Hakikat ini bukan hanya terserlah dalam bidang
dakwah para nabi di dalam masyarakat-masyarakat musyrikin sahaja, malah
terserlah dalam bidang dakwah umumnya, iaitu setiap kali munculnya Jahiliyah
menguasai kehidupan manusia. Nilai-nilai dan ciri-ciri semula jadi Jahiliyah
abad dua puluh ini juga tidak berbeza daripada nilai-nilai dan ciri-ciri semua
Jahiliyah yang lain yang dihadapi oleh dakwah Islam di sepanjang sejarah .
Para pendakwah yang menyangka bahawa mereka boleh
mencapai sesuatu hasil yang baik menerusi tindakan turut bergelumang dan hanyut
di dalam masyarakat Jahiliyah dan establishment-establishment Jahiliyah dan
menerusi penyusupan secara halus ke dalam masyarakat dan
establishment-establishment Jahiliyah untuk berdakwah kepada Islam, maka mereka
adalah orang-orang yang tidak memahami tabiat agama ini dan caranya mengetuk
pintu hati manusia. Jika pejuang-pejuang mazhan-mazhab ilhadiyah (yang tidak
percaya kepada Tuhan ) secara terbuka sanggup mendedahkan tanda mereka, barisan
hadapan mereka dan arah mereka, garis perjuangan mereka, maka apakah
pejuang-pejuang dakwah Islamiyah tidak sanggup mengumumkan tanda istimewa
mereka dan cara perjuangan mereka yang secara total berbeza daripada perjuangan
Jahiliyah itu?
Saiyyid
Qutb menghuraikan bahawa perjuangan melalui proses politik demokrasi adalah
METOD JAHILIYAH, iaitu metod yang syirik dan kufur yang akan hanya menghasilkan
Jahiliyah dan yang tidak mungkin akan tercapai matlamat Islam. Islam mempunyai
jalannya dan kepimpinannya yang tersendiri yang terpisah dan berbeza sama
sekali daripada jalan dan kepimpinan demokrasi. Islam hendaklah mempamirkan
kepada orang ramai mengenai metod dan jalannya yang istimewa dan berbeza ini
berbanding dengan jalan Jahiliyah seperti jalan demokrasi ini.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran –
az-Zariat) :
Apabila seseorang itu dapat
meningkatkan dirinya ke kemuncak konsep pengabdian diri kepada Allah ini atau
ke kemuncak konsep Ubudiyah yang luhur ini, maka tentulah jiwanya tidak akan
tergamak menggunakan wasilah yang keji untuk mendapatkan tujuan yang luhur
walaupun tujuan itu adalah untuk mencapai kemenangan dakwah dan meninggikan
kalimah Allah, kerana wasilah yang keji itu dalam satu aspek menghancurkan
konsep pengabdian diri kepada Allah yang bersih dan luhur, dan daripada satu
aspek yang lain ia tidak berhasrat untuk mencapai matlamat-matlamat yang lain
selain daripada matlamat menunaikan kewajipan-kewajipannya untuk merealisasikan
konsep pengabdian diri kepada Allah yang tersirat dalam penunaian itu, kerana
pencapaian matlamat adalah terserah kepada Allah. Dialah yang akan
menentukannya mengikut ketetapan takdir-Nya dan kehendak iradat-Nya. Oleh itu
seseorang tidak perlu menggunakan wasilah-wasilah dan cara-cara yang
sembarangan untuk mencapai sesuatu matlamat yang urusannya terpulang kepada
keputusan Allah dan tidak pula termasuk dalam perkiraan seorang mukmin yang
menghambakan dirinya kepada Allah.
Kemudian seseorang yang
menghambakan dirinya kepada Allah itu akan menikmati kerehatan dhamir,
ketenteraman jiwa, kebaikan hati dalam segala keadaan sama ada dia melihat
hasil perjuangannya itu berhasil atau tidak berhasil, sama ada usaha
perjuangannya terlaksana menurut sebagai mana yang dirancangkannya atau
sebaliknya, kerana dia telahpun menyelesaikan usaha perjuangannya dan terjamin
mendapat balasannya setelah direalisasikan konsep pengabdian diri kepada Allah dalam
usaha perjuangannya itu dan kerana inilah hatinya tenang dan beristirehat. Dan
segala apa yang berlaku selepas itu adalah di luar batas tugasnya. Kini dia
sedar bahawa dirinya adalah seorang hamba kerana itu perasaan dan tuntutannya
tidak melebihi batas seorang hamba. Dia juga sedar bahawa Allah itu Tuhan dan
kerana itu dia tidak akan menceroboh dalam perkara-perkara yang berada dalam
bidang urusan Allah. Di sinilah sahaja batas perasaannya. Dia redha terhadap
balasan Allah dan Allah redha terhadap usaha perjuangannya.
Wasilah yang keji yang disebutkan oleh Saiyyid Qutb itu boleh
dimaksudkan kepada metod perjuangan melalui sistem dan proses politik
demokrasi. Dalam perjuangan Islam, Saiyyid Qutb menegaskan bahawa kita tidak
sepatutnya menggunakan metod perjuangan yang selain daripada metod Allah dan
Rasul-Nya kerana metod yang lain itu adalah metod yang merosakkan Aqidah Islam
kita. Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa isu yang terpenting yang sewajarnya
menjadi pertimbangan kita ialah PERJUANGAN dan METOD PERJUANGAN, inilah sahaja
IBADAT kita kepada Allah. Kita tidak perlu membicarakan mengenai pencapaian dan
hasil perjuangan itu, khususnya kita tidak perlu bertanya sama ada sesebuah
Negara Islam itu berjaya atau gagal didirikan, kerana isu seperti ini adalah
KERJA ALLAH yang semestinya kita tinggalkan bersendirian begitu sahaja supaya
berlakunya iradat dan takdir Allah ke atasnya. Apa sahaja iradat dan takdir
Allah kita terima sahaja dengan hati yang redha dan terbuka.
Kejayaan atau kegagalan untuk mendirikan sesebuah Negara
Islam itu tidak sepatutnya kita campur tangan, dan kita hanya sepatutnya
menumpukan sepenuh perhatian kita kepada IBADAT kita kepada Allah sahaja, iaitu
untuk melancarkan dengan penuh kesungguhan akan perjuangan demi perjuangan dan
Jihad demi Jihad ke jalan Allah – dan setakat itulah sahaja - ke arah mencapai
pembentukan sesebuah Negara Islam. Sama ada sesebuah Negara Islam itu
benar-benar berjaya didirikan atau sebaliknya, bukanlah kerja kita. Itu adalah
KERJA ALLAH mengikut iradat dan takdir Allah. Kerja kita hanyalah untuk
melancarkan perjuangan demi perjuangan dan Jihad demi Jihad sahaja dengan penuh
kesungguhan tanpa memperdulikan tentang kejayaan atau kegagalan pembentukan
sesebuah Negara Islam itu.
Apabila kita mencampuri hal-hal yang berada di dalam
batas-batas yang menjadi hak dan kerja Allah, kadang kala kita akan terlibat
dengan berbagai-bagai kederhakaan dan pengingkaran terhadap Allah seperti mana
keterlibatan kita dalam proses politik demokrasi dalam memperjuangkan Islam ke
arah pembentukan sesebuah Negara Islam. Oleh kerana kita terlalu ingin untuk
mendiri dan merealisaikan pembentukan sesebuah Negara Islam, kadang kala kita
mengambil jalan pintas, iaitu kita berjuang dan berjihad melalui proses politik
demokrasi dengan meninggalkan METOD DARIPADA ALLAH – justeru kita melibatkan
diri kita dengan kesyirikan dan kekufuran kerana inginkan sebuah Negara Islam.
Selepas sesebuah Negara Islam itu berjaya kita dirikan, kita tetap akan
menanggung dosa kesyirikan dan kekufuran yang kita lakukan ketika mengamalkan
sistem dan proses politik demokrasi itu, dan bahawa segala jasa dan pengorbanan
kita dalam membentukkan sesebuah Negara Islam itu tadi tidak dapat menghapuskan
segala dosa kesyirikan dan kekufuran kita, sedangkan kita sedia maklum bahawa
segala dosa yang syirik dan kufur itu tidak akan diampuni Allah!
Persoalan-persoalan seperti ini tidak pernah terfikir oleh majoriti daripada
massa umat Islam kita.
Firman Allah : Fussilat 17
Adapun kaum Thamud, Kami beri petunjuk kepada mereka, lalu mereka utamakan kesesatan daripada hidayat.
Apabila
diberi petunjuk kepada jalan yang benar kepada PAS supaya mereka berjuang
melalui jalan Allah, iaitu jalan al-Quran, Sunnah dan Sirah, mereka menolaknya,
sebaliknya mereka memilih jalan demokrasi yang syirik dan kufur. Keadaan mereka
ini adalah sama dengan keadaan kaum Thamud seperti mana yang diperingati kepada
kita di dalam al-Quran oleh Allah swt sendiri, iaitu mereka utamakan kesesatan
dan membelakangkan hidayat!
Sesebuah
parti politik seperti PAS dan juga seseorang individu yang wujud dan menjalani
kehidupan di bawah sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur ini akan
hanya dapat memelihara dan mempertahankan kesempurnaan pegangan dan amalan
kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dengan
cara mengamalkan segala sikap, tindakan dan amalan seperti mana yang
dikenalpastikan di sini :
1. Memahami,
menyedari dan meyakini mengenai kesyirikan dan kekufuran demokrasi;
2.Mengisytiharkan
kekufuran kerajaan demokrasi dan perintah Allah untuk menghancurkannya untuk
kemudiannya digantikan dengan sebuah Negara Islam;
3 Tidak
mengambil bahagian dan mengamalkan agama demokrasi;
4.Memisah,
memencil dan mengasingkan diri daripada demokrasi, kerajaan demokrasi dan
segala proses politik demokrasi;
5.Tidak
meredhai dan menyetujui demokrasi dan kerajaan demokrasi serta membencinya;
6. Tidak
menghalal dan membolehkan amalan demokrasi dan sistem politik demokrasi;
7.Menafi,
menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap
demokrasi dan kerajaan demokrasi ;
8. Mengamalkan
sikap tanpa kompromi dan berkonfrantasi dengan kerajaan demokrasi yang membawa
kepada Jihad, Perang dan Revolusi sehingga ia mengalami kehancuran;
9. Tidak
bersikap “neutral” dan berkecuali terhadap kerajaan demokrasi;
10.Membentuk
dan menyertai satu Pergerakan Islam untuk menentang dan menjatuhkan kerajaan
demokrasi dan untuk memperjuangkan Islam melalui Metod Islam supaya ia muncul
sebagai satu agama yang berkuasa dan memerintah dengan menguatkuasakan segala
undang-undang dan sistem hidup daripada Allah.
Inilah jalan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ
dan inilah sahaja
jalan dan cara bagi PAS untuk menyelamatkan diri mereka dan para pengikut
mereka daripada terlibat secara langsung dengan kesyirikan dan kekufuran.
Perjuangan cara PAS melalui amalan agama demokrasi ini,
daripada perspektif kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, adalah cara dan
jalan yang syirik dan kufur yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah.
PAS
tidak bertindak tegas dalam mengeluarkan sistem politik agama demokrasi ini daripada kehidupan
mereka serta mereka tidak mengambil sikap dan tindakan-tindakan penafian,
penolakan, pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif dan total
terhadapnya dan justeru PAS dan orang-orang PAS tidak dapat membersihkan diri
mereka daripada segala unsur kesyirikan dan kekufuran dalam kehidupan mereka.
PAS kini sedang berada di dalam agama Islam dengan sekali gus mereka juga
mengamal dan mempraktikkan ciri-ciri kehidupan kufur yang menjadikan mereka ini
sebagai orang-orang Islam dan sekali gus juga sebagai orang-orang kafir –
inilah yang dikatakan bahawa mereka ini adalah orang-orang yang berada dalam
keadaan yang terumbang ambing di antara Islam dengan kufur. PAS yang kini
sedang berada dalam keadaan terumbang ambing di antara Islam dengan kafir
seperti mana yang disebut di dalam ayat al-Quran ini adalah orang-orang yang
sebenarnya telah terjatuh kepada status kafir yang disesatkan Allah, dan
sesiapa yang kafir kerana disesatkan Allah ia tidak mungkin akan kembali kepada
keimanan dan kebenaran. PAS dan para pengikut PAS adalah orang-orang Islam yang
dikutuk dan dilaknati Allah.
Oleh kerana PAS tidak
berjuang melalui jalan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, ianya tidak menerima
sebarang TEKANAN, KEZALIMAN dan PENINDASAN daripada kekuasaan Jahiliyah
demokrasi ini, malah mereka diberi kebebasan dan galakan oleh kerajaan Jahiliyah
Malaysia kita ini sendiri untuk terus wujud dan aktif beroperasi melalui jalan
Jahiliyah. Inilah di antara sifat-sifat dan petanda-petanda yang khusus bagi
sesuatu pergerakan yang sesat dan menyeleweng, seperti PAS, daripada jalan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, yang dikutuk dan
dilaknati Allah dan yang akan menerima kesudahan yang buruk di akhirat nanti,
sedangkan di dunia ini perjuangannya itu adalah perjuangan yang sia-sia sahaja
yang hanya telah dan akan terus membawa kepada kerugian dan kehampaan kepada
Islam dan kepada seluruh massa umat Islam baik di Malaysia mahupun di dunia ini
seluruhny
No comments:
Post a Comment