NEGARA ISLAM
Firman Allah : al-Baqarah 30
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: ”Sesungguhnya Aku akan jadikan seorang khalifah di bumi”.
APAKAH yang dikatakan sebagai sebuah Negara Islam itu dan
bagaimanakah cara-caranya yang ianya boleh diwujud dan dibentukkan? Apakah
benar Malaysia kita ini adalah sebuah Negara Islam?
Negara Islam adalah
negara yang didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ kerana ia melaksana
dan menjalankan segala peraturan dan undang-undang Allah dalam seluruh bidang
kehidupan manusia yang meliputi bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak
dan perhubungan antarabangsa serta seluruh peribadatan ritual kepada Allah
seperti solat, puasa, zakat, haji, doa dan zikir.
Sesebuah Negara
Islam itu hanya boleh diwujud dan dibentukkan setelah sesebuah negara demokrasi
atau mana-mana negara manusia yang syirik dan kufur yang sedang berkuasa dan berdaulat
itu terlebih dahulu dijatuh dan hancurkan. Sesebuah Negara Islam itu tidak
boleh diwujud dan dibentukkan di dalam mana-mana negara demokrasi atau mana-mana
negara manusia yang lain. Secara teorinya sesebuah Negara Islam itu boleh
diwujud dan dibentukkan samada melalui dakwah dan dakwah sahaja atau melalui
Jihad, Perang dan Revolusi, namun secara praktisnya, sesebuah kerajaan
demokrasi atau mana-mana kerajaan manusia yang sedang berkuasa dan berdaulat
itu tidak akan menyerahkan kuasanya dengan percuma sahaja kepada sesuatu perjuangan
Islam, selalunya ia akan memusuhi, menentang dan menindas sesuatu perjuangan
Islam yang serius untuk membentuk sesebuah Negara Islam itu sejak se awal
mungkin lagi dalam perjuangannya itu. Tidak ada pilihan yang lain melainkan sesebuah
Negara Islam itu hanya boleh diwujud dan dibentukkan melalui Jihad, Perang dan
Revolusi sahaja mengikut konsep-konsep dan metod-metodnya yang digaris dan yang
terkandung di dalam al-Quran, Sunnah dan Sirah, ianya tidak mungkin boleh
diwujud dan dibentukkan melalui dakwah dan dakwah semata-mata.
Setiap orang yang berpegang kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ
adalah DIPERINTAH dan DIWAJIBKAN Allah untuk berjuang ke arah pembentukan
sebuah Negara Islam melalui Metod Islam, iaitu metod al-Quran, Sunnah dan
Sirah. Matlamat Negara Islam adalah untuk mewujud, melaksana, mengawasi dan
menyempurnakan SISTEM KEHIDUPAN yang diasaskan kepada kalimah Laailaahillallah di
kalangan seluruh umat manusia yang universal - Islam mahupun bukan Islam. Pembentukan Negara
Islam adalah satu perintah Allah dan Sunnah Rasulullah saw. Laailaahaillalah
bererti bahawa kerajaan dan pemerintahan itu adalah hak Allah dan bahawa
penafian, penolakakan, pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif dan
total itu adalah terhadap kerajaan dan pemerintahan yang selain daripada Allah.
Kesempurnaan pegangan dan amalan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ hanyalah dengan
mendiri dan membentukkan sebuah Negara Islam. Allah mengisytiharkan
kesempurnaan Agama Islam setelah selesainya proses memperundangkan sistem
kehidupan Islam di bawah Negara Islam yang dipimpin oleh Rasulullah saw dengan
tuntunan wahyu (5:3). Negara Islam adalah negara WAHYU. Seseorang Islam yang
tidak berjuang untuk menegakkan sebuah Negara Islam dan ia juga tidak berniat
untuk berbuat demikian, dia bukanlah daripada Islam dan dia bukan seorang Islam
kerana itu bererti dia tidak beriman dengan Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ!
Firman Allah: al-Maidah 44, 45, 47, 50
Barang siapa yang tidak menghukum mengikut apa yang diturunkan Allah, mereka itu ialah orang-orang kafir...zalim...fasik. Apakah mereka mahukan hukum jahiliyah padahal bukankah tidak ada sesiapa yang hukumannya lebih baik daripada Allah bagi orang yang berkeyakinan?
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran –
al-Maidah) :
Sesungguhnya agama Islam ini
adalah agama yang serius. Ia datang untuk memerintah dan mengendalikan
kehidupan manusia. Ia datang untuk menjadikan seluruh manusia untuk mengabdikan
diri kepada Allah Yang Maha Esa sahaja dan mencabut kuasa memerintah ini
daripada manusia yang telah merampas kuasa Allah itu dan mengembalikan seluruh
urusan kepada syariat Allah bukannya kepada undang-undang dan peraturan
seseorang yang selain daripada –Nya. Kedatangan syariat Islam ialah untuk
memerintah dan mengendalikan seluruh kehidupan, iaitu ia datang membawa
hukum-hukum Allah untuk menghadapi keperluan-keperluan hidup manusia dengan
segala permasalahannya yang wujud di dalam realiti. Ia datang untuk
menghulurkan hukum-hukum Allah dalam sesuatu kejadian yang telah berlaku
mengikut saiz, rupa bentuk dan latar belakang kejadian itu .
Islam datang membawa konsep Tauhid
untuk mentauhid kuasa yang ditaati manusia agar dengan konsep ini ia dapat
membebaskan manusia daripada Ubudiyah kepada sesama manusia dan daripada
Ubudiyah kepada berbagai-bagai Tuhan. Islam datang untuk membebaskan hati
nurani manusia daripada kepercayaan paganisme yang karut-marut dengan segala
belenggu-belenggunya dan memulangkan semula kepada akal manusia kehormatan dan
kemuliaannya serta membebaskannya daripada belenggu Tuhan-tuhan dan
upacara-upacara. Oleh sebab itulah Islam
memerangi paganisme dalam segala rupa bentuknya dan memburunya di segala
jalan dan liku-likunya sama ada di pendalaman hati nurani atau di dalam
syiar-syiar ibadat atau di dalam peraturan-peraturan hidup atau di dalam
undang-undang pemerintahan dan sistem kehidupan .
Saiyyid Qutb
(Fizilalil Quran – al-Maidah) :
Tujuan agama yang
datang daripada Allah ialah untuk menjadi satu sistem hidup, iaitu satu sistem
hidup yang realistik.Tujuan kedatangan agama Allah ialah untuk memegang teraju
kepimpinan hidup manusia, untuk mengatur, membimbing, dan memeliharanya. Tidak
ada agama yang datang daripada Allah untuk semata-mata dijadikan Aqidah hati
nurani sahaja dan tidak pula dijadikan semata-mata syiar ibadat yang dikerjakan
dirumah-rumah ibadat dan mihrab-mihrab. Walaupun kedua-duanya perlu bagi
kehidupan manusia dan penting dalam mentarbiyahkan hati nurani manusia, tetapi
kedua-duanya tidak cukup untuk memimpin kehidupan dan untuk mengatur,
membimbing dan memeliharanya jika di atas asas kedua-duanya tidak ditegakkan
satu sistem, satu peraturan dan satu syariat yang diamalkan dalam kehidupan
manusia, di mana mereka boleh dihukum dengan undang-undang dan kuasanya, iaitu
mereka boleh dikenakan hukuman-hukuman apabila mereka melanggar dan
menyalahinya.
Kehidupan
manusia tidak mungkin jadi betul dan kukuh melainkan mereka menerima Aqidah,
syiar-syiar ibadat, undang-undang dan peraturan daripada satu sumber yang sama
yang berkuasa di dhamir dan hati manusia di samping berkuasa di atas harakat
dan perilaku mereka, iaitu kuasa yang menentukan ganjaran dan balasan di dunia
mengikut undang-undang dan peraturannya di samping menentukan ganjaran dan
balasan dalam kehidupan akhirat mengikut hisabnya.
Tetapi apabila
kuasa itu berbelah bagi dan sumber penerimaan juga berbelah bagi, iaitu kuasa
di dalam hati dan syiar-syiar ibadat diberikan kepada Allah sedangkan kuasa di
dalam bidang undang-undang dan peraturan diberikan kepada yang lain daripada
Allah, atau kuasa menentukan balasan dan ganjaran di akhirat diberkan kepada
Allah semenatara kuasa dalam menentukan hukuman dan balasan di dunia diberkan
kepada yang lain daripada Allah. Di waktu ini jiwa manusia akan terkoyak dan
tercaing di antara dua kuasa yang berlainan, di antara dua arah tujuan yang
berlainan dan di antara dua sistem yang berlainan dan di waktu ini jiwa manusia
akan dilanda kerosakan, iaitu kerosakan yang diisyaratkan oleh al-Quran di
berbagai-bagai tempat:
Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa kedatangan Islam adalah untuk mewujudkan
sistem kehidupan daripada Allah untuk manusia di bumi, iaitu sistem kehidupan
yang terdiri daripada peraturan dan undang-undang daripada Allah serta segala
pemikiran, konsep dan prinsip daripada Allah yang dimaksudkan untuk dikuatkuasa
dan dilaksanakan di bawah satu kerajaan Allah di bumi. Agama Islam itu bukanlah
terhad setakat syiar-syiar ibadat seperti solat, puasa, zakat, haji dan nikah
kahwin sahaja, malah Islam itu adalah agama yang syumul yang meliputi seluruh
bidang kehidupan yang terdiri daripada syiar-syiar ibadat dan juga
bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa.
Sesebuah Negara Islam itu mewujudkan sistem pengabdian manusia kepada
Allah sahaja dan ianya juga mewujudkan sistem manusia menyembah Allah, iaitu ia
mewujudkan kerajaan dan sistem kehidupan yang didasarkan kepada Uluhiyah dan
Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ di dalam negaranya itu. Apabila
sesebuah Negara Islam itu menjalan dan menguatkuasakan segala peraturan dan
undang-undang Allah, itu bererti Negara Islam itu telah mewujudkan konsep
pengabdian manusia kepada Allah yang bererti ia mewujudkan konsep Rububiyah
Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ di dalam negaranya itu; dan
apabila peraturan dan undang-undang Allah itu ditaati dan dipatuhi oleh seluruh
umat manusia sekelian, itu bererti Negara Islam itu telah mewujudkan sistem
manusia menyembah Allah yang mewujudkan konsep Uluhiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ di dalam negaranya itu.
Firman Allah : Hajj 41
Iaitu mereka (umat Islam ) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi, nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada kemungkaran, dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
“Kekuasaan memerintah” yang disebut di
dalam ayat di atas ini adalah dimaksudkan kepada sebuah Negara Islam yang
menjalan dan menguat kuasakan segala undang-undang Islam. Negara Islam untuk
menguat kuasakan segala suruhan dan larangan Allah s.w.t. dalam melaksanakan
segala dasar dan prinsip Islam. Tanpa Negara Islam, segala suruhan dan larangan
Allah, segala dasar dan prinsip Islam, tidak dapat dilaksana dan dipraktikkan.
Islam tidak akan sempurna tanpa sebuah Negara Islam. Nyata sekali pembentukan
sebuah Negara Islam itu adalah satu perintah Allah s.w.t. dalam mencapai Misi
Islam Yang Maha Agung dan Maha Tinggi, dan bukan sesuatu yang terbentuk secara
kebetulan sahaja atau kerana kemunculan sesuatu keadaan dan situasi atau
persekitaran yang mematut dan memerlukan kepada pembentukan satu Negara Islam.
Firman Allah : al-Baqarah 30
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: ”Sesungguhnya Aku akan jadikan seorang khalifah di bumi”.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Nyatalah daripada ayat ini bahawa tugas mengendalikan
urusan Khilafah di bumi merupakan kerja yang dituntut daripada makhluk manusia.
Dan kerja mengendalikan urusan Khilafah ini memerlukan kepada berbagai-bagai
kegiatan penting untuk memakmur dan memajukan bumi, iaitu mengenalpasti segala
kekuatan dan tenaga yang wujud di bumi dan segala isi perbendaharaan dan
kandungannya, serta mempastikan terlaksananya kehendak Allah dalam usaha-usaha
mengguna dan mengembang tenaga-tenaga dan memajukan kehidupan di bumi. Tugas
mengendalikan Khilafah juga memerlukan kepada usaha menegakkan syariat Allah di
bumi untuk mewujudkan sistem hidup Ilahi yang sesuai dengan undang-undang am
alam buana.
Dari itu ternyatalah bahawa pengertian ibadat yang
menjadi matlamat kewujudan insan dan tugas utamanya adalah lebih luas daripada
semata-mata menunaikan upacara-upacara ibadat yang tertentu sahaja. Juga
ternyata bahawa tugas mengendalikan urusan Khilafah itu pastilah termasuk di
dalam pengertian ibadat. Jadi hakikat itu adalah terjelma dalam dua unsur yang
pokok :
1. Menanamkan di dalam jiwa seseorang pengertian Ubudiyah
kepada Allah, iaitu menanamkan kesedaran adanya hamba dan Tuhan, adanya hamba
yang menyembah dan Tuhan yang disembah. Inilah sahaja kedudukan dan
pertimbangan yang wujud. Tiada di alam buana ini melainkan ‘abid dan Ma’bud,
melainkan Allah Yang Tunggal dan segala yang lain adalah hamba-Nya belaka.
2. Bertawajjuh kepada Allah dengan setiap harakat hati
nurani, dengan setiap harakat anggota jasmani dan dengan setiap harakat
kehidupan, atau bertawajjuh dengan keseluruhan harakat kepada Allah semata-mata
dengan mengosongkan jiwa daripada segala perasaan yang lain dan daripada segala
pengertian yang lain selain daripada pengertian beribadat kepada Allah
semata-mata.
Dengan kedua-dua unsur ini terserlah pengertian ibadat
dan seluruh kegiatan hidup menyamai upacara ibadat dan upacara-upacara ibadat menyamai
kegiatan memakmurkan bumi dan kerja memakmurkan bumi menyamai ibadat berjihad
fi Sabilillah, dan ibadat berjihad fi Sabilillah sama dengan kesabaran
menanggung kesusahan dan sama dengan keredhaan terhadap takdir Allah. Semunnya
merupakan kegiatan-kegiatan ibadat belaka. Semunnya merupakan usaha-usaha melaksanakan tugas
utama yang menjadi matlamat diciptakan jin dan manusia. Semunnya merupakan
usaha mematuhi undang-undang am alam buana, di mana segala sesuatu melahirkan
Ubudiyahnya kepada Allah Yang Tunggal sahaja, tiada yang lain daripada-Nya.
Hanya di dalam sesebuah Negara Islam itu sahaja manusia mengabdkan
diri mereka kepada Allah, mereka beribadat dan menyembah Allah dan beriman
kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ
sedangkan di luar daripadanya manusia terpaksa mengabdkan diri mereka
kepada manusia, mereka beribadat dan menyembah manusia dan mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Seluruh umat
manusia hendaklah dikembalikan supaya mengabdkan diri mereka kepada Allah dan
supaya mereka beribadat dan menyembah Allah dengan memasukkan mereka itu ke
dalam sebuah Negara Islam. Ini dengan sendirinya bererti pembentukan sesebuah
Negara Islam itu adalah satu perintah Allah ke atas setiap orang yang beriman
kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Allah menghapuskan melalui Kerajaan
Islam sesuatu yang Dia tidak boleh hapuskan melalui al-Quran.
Hadith Riwayat al-Khatib daripada Umar
al-Khattab ra
Hadith ini membicarakan tentang perintah dan kewajipan
pembentukan sebuah Kerajaan Islam untuk MENGUAT KUASAKAN segala suruhan dan
larangan Allah s.w.t. di muka bumi ini sebagai mana Rasulullah s.a.w. dan para
Khualafa ar-Rasyidun memegang kekuasaan politik di Semenanjung Tanah Arab
dahulu itu. Suruhan dan larangan Allah tidak akan dapat disempurnakan melainkan
dengan mewujudkan satu KUASA POLITIK di bumi, justeru tanggungjawab untuk
mendirikan sebuah Negara Islam itu adalah satu perintah daripada Allah s.w.t
dan juga satu sunnah Rasulullah s.a.w yang diwajibkan ke atas setiap orang yang
mengimani kalimah
ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Firman Allah : al-Imran 104
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh kepada kebaikan dan melarang segala kemungkaran. Dan orang-orang yang bersifat demikian adalah orang-orang yang berjaya .
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quranz – al-Imran) :
Oleh itu pastilah wujud satu kumpulan yang menyeru kepada
kebaikan , menyuruh membuat kemakrufan dan melarang melakukan kemungkaran.
Pastilah ada satu kuasa di bumi ini yang menyeru kepada kebaikan , menyuruh
membuat kemakrufan dan melarang melakukan kemungkaran. Yang menjelaskan
kepastian adanya satu kuasa seperti itu ialah maksud Nas al-Quran itu sendiri.
Di sana pasti diadakan “seruan” kepada kebaikan , dan di sana juga pasti
diwujudkan “perintah” menyuruh orang membuat kemakrufan dan diadakan “larangan”
daripada melakukan kemungkaran. Jika kerja dakwah itu boleh dilakukan oleh
orang-orang yang tidak mempunyai kuasa, maka kerja-kerja menyuruh dan melarang
tidak boleh dilakukan kecuali oleh orang-orang yang mempunyai kuasa .
Inilah kefahaman dan pandangan Islam terhadap masalah
ini , iaitu di sana pasti wujud satu kuasa yang menyuruh dan melarang, satu
kuasa yang menjalankan dakwah ke arah kebaikan dan melarang daripada kemungkaran, satu kuasa yang semua
unitnya terikat dengan tali Allah dan tali persaudaraan kerana Allah , satu
kuasa yang ditegakkan di atas dua tiang yang berpadu ini untuk mewujud sistem
hidup Allah di dalam kehidupan manusia . pengwujudan sistem ini memerlukan
kepada dakwah kepada kebaikan dan daripada dakwah inilah orang ramai dapat
memahami hakikat sistem ini . Ia memerlukan kuasa yang menyuruh berbuat
kemakrufan dan melarang melakukan kemungkaran dan perintahnya ditaati.
Puak yang menyeru kepada
kebajikan, menyuruh kepada kebaikan serta melarang kemungkaran yang dimaksudkan
di sini, mengikut tafsir Fizilalil Quran, ialah pemimpin-pemimpin yang berkuasa
dan memerintah dalam sesebuah Negara Islam. Peranan untuk melaksanakan AMAR
MAKRUF NAHI MUNGKAR ini adalah peranan dan tanggungjawab yang berat yang
memerlukan kepada suatu KUASA POLITIK yang berdaulat dan memerintah ke atas
seluruh umat manusia di dalam sesebuah negara itu. Seseorang individu atau
sekumpulan umat Islam yang tidak mempunyai kuasa di dalam sesuatu pemerintahan
negara tidak akan dapat menjalankan tugas dan peranan yang berat ini atau
mereka akan hanya berkemampuan untuk menjalankannya dengan kadar yang amat
terhad sahaja. Ayat ini adalah ayat yang memerintahkan kita supaya menegakkan
sebuah Negara Islam untuk menguatkuasakan tugas AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR ini
dengan berkesan dan sempurna .
Firman Allah : an-Nisa 64
Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan supaya ditaati dengan izin Allah dan andainya mereka – ketika menzalimi diri mereka – datang menemui engkau dan memohon keampunan kepada Allah kemudian Rasul memohon keampunan untuk mereka nescdaya mereka dapati Allah Maha Menerima taubat dan Maha Pengasih.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Hakikat ini mempunyai makna yang penting, iaitu Rasul
itu bukanlah semata-mata “pemberi-pemberi nasihat” yang hanya bertugas
menghamburkan pengajaran-pengajarannya kemudian berlalu dari situ membiarkan
kalimah-kalimah pengajaran-pengajarannya hilang begitu sahaja ditelan gelombang
udara tanpa mempunyai apa-apa kuasa seperti yang dikatakan oleh tukang-tukang
pesong yang mahu memesongkan tabiat agama Allah dan tabiat Rasul at seperti
yang difahamkan oleh orang-orang yang tidak memahami pengertian ad-deen yang
sebenar.
Pengertian ad-Deen yang sebenar ialah sebuah sistem
hidup yang realistik, lengkap dengan segala bentuk organisasi-organisasinya,
perancangan-perancangannya dan penyusunan programnya, nilai-nilai,
undang-undang, peraturan-peraturan, akhlak dan adab bicaranya, ibadat-ibadatnya
dan syiar-syiarnya.
Semua ini menunjukkan bahawa kerasulan itu memerlukan
kuasa untuk menghakikatkan sistem hidup ini dan kuasa untuk menundukkan orang
ramai supaya taat merealisasikan perintahnya. ( Kini jelaslah ) Bahawa Allah
telah mengutuskan para Rasul-Nya supaya mereka ditaati dengan keizinannya
mengikut batas-batas , undang-undang dan peraturan nya untuk merealisasikan
sistem hidup agama Allah , iaitu sistem yang telah dikehendaki Allah supaya
mengurus dan mengendalikan kehidupan manusia .
Tiada seorang Rasul pun yang telah diutuskan Allah
melainkan semuanya supaya mereka ditaati oleh manusia dengan keizinan Allah. Oleh
itu ketaatan kepada Rasul bererti
ketaatan kepada Allah . Dia tidak pernah mengutus Rasul-Rasul semata-mata untuk
menggerakkan kesedaran hati nurani dan melaksanakan syiar-syiar ibadat. Ini
adalah suatu tanggapan yang salah di dalam memahami ad-Deen dan satu tanggapan yang
tidak selaras dengan hikmat Allah mengutuskan para Rasul , iaitu untuk
menegakkan satu sistem hidup yang tertentu di dalam realiti hidup manusia. Jika
tidak, maka alangkah kerdil dan kecilnya hidup di dunia ini, di mana seluruh
tugas seorang Rasul hanya berdiri memberi nasihat dan mengeluarkan kata-kata
pengajarannya kemudian berlalu begitu sahaja dari situ membiarkan
nasihat-nasihat itu dipermain-mainkan oleh manusia –manusia yang
sewenang-wenang dan biadab.
Dari sinilah sejarah Islam telah terbentuk sebegitu
rupa sebagai satu dakwah dan tabligh, sebagai satu sistem hidup, dan seterusnya
sebagai satu bentuk pemerintahan Khilafah selepas kewafatan Rasulullah saw yang
ditegakkan dengan kekuatan syariat dan peraturan untuk melaksanakan syariat dan
peraturan demi merealisasikan ketaatan yang berkekalan kepada Rasulullah saw di
samping merealisasikan tujuan Allah
mengutuskan Rasul kepada manusia. Di sana tidak ada satu bentuk yang lain yang
boleh diistiilahkan sebagai ‘Islam’ atau ‘agama’ kecuali bentuk ketaatan kepada
Rasul yang direalisasikan dalam setiap undang-undang dan peraturan. Kemudian
bentuk undang-undang dan peraturan itu berubah-ubah, tetapi dasar dan
hakikatnya tetap tidak berubah, iaitu berserah bulat kepada sistem Allah dan
merealisasikan peraturan Rasulullah saw dan berhakimkan kepada syariat Allah
dan mentaati Rasulullah saw dalam segala perkara yang disampaikannya daripada
Allah, mengkhususkan Allah dengan sifat Uluhiyah yang dilambangkan dalam
syahadat ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ,
kemudian mengkhususkan ciri hakimiyah kepada Allah Yang Maha Esa sahaja, iaitu
menjadikan kuasa mengadakan undang-undang dan peraturan itu sebagai hak Allah
semata-mata tanpa disyarikati oleh sesiapapun dan tanpa berhakimkan kepada
Taghut samada banyak atau sedikit dan kembali kepada Allah dan Rasul dalam
semua persoalan dan masalah baru yang tidak mempunyai Nas apabila berlaku
perselisihan pendapat.
Rasulullah saw dan para Rasul yang terdahulu
diutuskan ke bumi kepada manusia bukanlah sekadar untuk mengajak kita supaya
kita melakukan ibadat-ibadat solat, puasa, zakat, haji dan sedekah sahaja dan
bukanlah sekadar untuk menyampaikan nasihat-nasihat sahaja, malah Baginda
mempunyai TUGAS dan MISI yang lebih besar dan agung daripada seluruh syiar ibadat
ritual seperti ini, Rasulullah saw dan para Rasul adalah ditugaskan untuk
memimpin seluruh umat manusia ke arah kebangkitan Islam untuk menuju kepada
Jihad, Perang dan Revolusi yang akan menghapuskan Uluhiyah dan Rububiyah
Manusia yang wujud dan tegak berdiri dengan angkuh dan sombong di dalam seluruh
kerajaan manusia di bumi, Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang wujud dan tegak
berdiri di dalam kerajaan demokrasi Malaysia kita ini dan di dalam seluruh
kerajaan manusia di bumi. Baginda dan para Rasul diutuskan untuk menghapuskan
segala peraturan dan undang-undang manusia yang berkuat kuasa di dalam seluruh
kerajaan manusia dan untuk menghapuskan seluruh kerajaan manusia ini
termasuklah kerajaan demokrasi Malaysia kita ini.
Setelah mencapai kejayaan dalam menghapuskan segala peraturan dan undang-undang
manusia, kerajaan-kerajaan manusia dan seluruh sistem kehidupan Jahiliyah di
bumi, Allah memerintahkan Rasulullah saw dan para Rasul untuk mewujudkan sistem
kehidupan daripada Allah dengan menjalankan segala peraturan dan undang-undang
Allah di bawah kerajaan Allah. Tugas Rasulullah saw dan para Rasul adalah untuk
menghapuskan kerajaan manusia dengan segala peraturan dan undang-undang manusia
yang sedang berkuat kuasa di dalamnya, dan kemudiannya untuk menegakkan
kerajaan Allah yang akan menjalankan segala peraturan dan undang-undang Allah
yang akan mewujudkan sistem kehidupan daripada Allah.
Rasulullah saw dan para Rasul diutuskan ke bumi
supaya mereka ditaati dan dipatuhi, iaitu supaya seluruh sistem hidup daripada
Allah dengan segala peraturan dan undang-undang daripada Allah dikuat kuasakan
ke atas manusia untuk ditaati dan dipatuhi oleh seluruh umat manusia di bumi.
Rasulullah saw dan para Rasul tidak boleh ditaati dan dipatuhi manusia
melainkan setelah seluruh kerajaan manusia di bumi ini terlebih dahulu
dihapuskan untuk kemudiannya digantikan dengan kerajaan Allah. Ini adalah MISI
ISLAM Yang Maha Agung di bumi, ini adalah tugas yang amat berat yang dipenuhi
dengan segala cabaran yang pahit dan getir, ini adalah tugas yang memerlukan
kepada perjuangan yang amat serius dan pengorbanan yang amat besar, perjuangan
yang memerlukan kepada taqwa, kesabaran, kesungguhan dan keazaman yang kuat dan
padu.
Tugas para pendakwah di Malaysia kita ini pada hari
ini adalah untuk mengajak dan menyeru seluruh umat manusia di dalam negara kita
ini kepada taqwa dengan bersolat, berpuasa, berdoa dan berzikir agar kita dapat
mencapai kekuatan dan kemantapan iman untuk menuju kepada perjuangan Islam yang
bertujuan untuk menghapuskan kerajaan demokrasi Malaysia kita ini melalui
Jihad, Perang dan Revolusi untuk kemudiannya digantikan dengan kerajaan Allah
yang akan menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang Allah ke arah
mewujudkan sistem kehidupan daripada Allah yang menyempurnakan pegangan dan
amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Firman Allah : an-Nisa 59
Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah kepada Allah dan taatilah kepada Rasul dan pemerintah-pemerintah daripada golongan kamu. Kemudian jika kamu bertentangan pendapat mengenai sesuatu persoalan, maka rujukkanlah kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat. Tindakan itu adalah lebih baik untuk kamu dan lebih elok akibatnya.
Sayyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Di dalam ayat yang pendek ini
Allah swt menjelaskan syarat keimanan dan takrif keIslaman dalam masa ia
menjelaskan dasar sistem asasi kelompok Muslimin, dasar kehakiman dan sumber
kekuasaan dan semuanya itu adalah bermula dan berakhir pada titik dasar
menerima segala undang-undang dan peraturan daripada Allah yang Maha Esa sahaja
dan merujukkan kepada sunnah segala perkara yang tidak ada nas, iaitu
perkara-perkara perincian kehidupan yang timbul dalam kehidupan manusia di
sepanjang generasi yang silih berganti dan mengakibatkan pertentangan
fikiran-fikiran, pendapat-pendapat dan pemahaman-pemahaman supaya di sana ada
satu neraca yang tetap yang dapat dirujukkan fikiran-fikiran, pendapat-pendapat
dan pemahaman-pemahaman yang bercanggah itu.
Hak hakimiyah, iaitu hak dan kuasa
memerintah dan menetapkan undang-undang dan peraturan-peraturan dalam urusan
kehidupan manusia sama ada kecil atau besar adalah dimiliki oleh Allah swt
sahaja dan Allah telah mengaturkan syariat-Nya dan memuatkan di dalam kitab
suci-Nya al-Quran dan Dia telah mengutuskan seseorang Rasul membawa syariat itu
supaya beliau menjelaskannya kepada umat manusia. Oleh sebab itu apa yang
dijelaskan oleh beliau bukanlah hasil daripada pemikiran hawa nafsunya kerana
itu sunnah Rasulullah saw merupakan sebahagian daripada syariat Allah.
Allah swt itu wajib ditaati dan di
antara ciri-ciri Uluhiyah ialah hak dan kuasa mengaturkan syariat. Oleh sebab
itu syariat Allah wajib diamalkan dan dilaksanakan dan adalah menjadi kewajipan
orang-orang beriman mentaati kepada Allah – pertama-tamanya – dan mentaati
kepada Rasul-Nya kerana sifatnya sebagai utusan daripada Allah. Oleh itu
jelaslah bahawa ketaatan kepada Rasul itu adalah tergolong daripada ketaatan
kepada Allah yang telah mengutus beliau membawa syariat-Nya supaya beliau
menjelaskannya kepada umat manusia di dalam sunnahnya. Berdasarkan hakikat ini
maka sunnah Rasulullah saw dan keimanan seseorang itu tertakluk – ada dan
tiadanya – kepada ketaatannya dan perlaksanaannya terhadap syariat itu mengikut
nas al-Quran yang berikut :
“Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.”Mengenai “ulil-amri” atau pemerintah-pemerintah, maka ayat-ayat berikut menentukan siapakah mereka :“Dan pemerintah-pemerintah daripada golongan kamu.”
Yakni mereka daripada golongan
orang-orang beriman yang terdapat pada mereka syarat keimanan dan batas
keIslaman yang diterangkan di dalam ayat yang mewajibkan taat kepada Allah dan
taat kepada Rasul dan mengkhususkan hak memerintah dan hak mengadakan
undang-undang dan peraturan bagi manusia kepada Allah swt sahaja, juga
mengkhususkan kewajipan menerima undang-undang dan peraturan-peraturan daripada
Allah sahaja dalam perkara-perkara yang ada nas dan merujukkan kepadanya
perkara-perkara yang tidak ada nas yang menimbulkan pertentangan
fikiran-fikiran, pemahaman-pemahaman dan pendapat-pendapat supaya perkara-
perkara itu dapat ditatbitkan dan dipadankan dengan dasar-dasar umum di dalam
nas-nas yang ada.
Ayat ini menjadikan ketaatan
kepada Allah sesuatu ketaatan dasar dan menjadikan ketaatan kepada Rasul-Nya
juga suatu ketaatan dasar, kerana beliau diutuskan oleh Allah. Kemudian ia
menjadikan ketaatan kepada pemerintah-pemerintah daripada golongan mukminin itu
sebagai ketaatan yang mengikut ketaatan kepada Allah dan ketaatan kepada
Rasul-Nya. Oleh sebab itulah al-Quran tidak mengulangi kata-kata “taat” ketika
menyebut “pemerintah-pemerintah” sebagaimana ia mengulangi ketika menyebut
Rasulullah saw. Ini untuk menjelaskan bahawa kataatan kepada
pemerintah-pemerintah itu adalah diambil daripada ketaatan kepada Allah dan
ketaatan kepada Rasul-Nya setelah al-Quran menjelaskan bahawa
pemerintah-pemerintah itu hendaklah daripada golongan orang-orang yang beriman
dan mengikut syarat-syaratnya.
Sesungguhnya ketaatan itu hanya dalam perkara-perkara yang baik sahaja.
Bukhari, Muslim daripada al-A’masy
Patuh dan taat itu diwajibkan ke atas orang-orang Islam (pemerintah) sama ada dalam perkara yang disukai atau dibencikannya selama ia tidak diperintahkan untuk melakukan perbuatan maksiat dan apabila ia diperintahkan untuk melakukan perbuatan maksiat, maka tiada sebarang kepatuhan dan ketaatan.
Bukhari, Muslim daripada Yahya al-Qattan
Walau yang memerintah kamu itu seorang abdi yang memimpin kamu dengan kitab Allah……patuhlah kepadanya dan taatlah.
Muslim daripada Ummul Husayn
Dengan dasar ketaatan ini Islam
menjadikan setiap orang Islam sebagai pengawal setia syariat Allah dan sunnah
Rasul-Nya, pengawal setia keimanannya dan agamanya, pengawal setia dirinya dan
akalnya dan pengawal setia kepada nasib kesudahannya di dunia dan akhirat.
Islam tidak menjadikan seseorang Islam seperti seekor binatang dalam
kumpulannya, di mana ia akan patuh dan taat apabila diherdik di sana sini.
Sistem Ilahi cukup jelas dan batas-batas ketaatan juga cukup jelas. Syariat
yang ditaati dan sunnah yang diikuti hanya satu sahaja. Ia tidak
berbilang-bilang, tidak pula terpisah dan tidak menyebabkan seseorang
teraba-raba di dalamnya di celah-celah berbagai-bagai andaian dan sangkaan.
Semuanya itu adalah dalam
perkara-perkara yang ada nas yang terang. Adapun perkara-perkara yang tidak ada
nas, iaitu perkara-perkara kemusykilan dan persoalan-persoalan baru yang timbul
di sepanjang zaman atau timbul kerana perkembangan keperluan-keperluan manusia
atau kerana perbezaan alam sekitar, sedangkan di sana tidak ada nas yang qat’i
mengenainya atau tidak ada apa-apa nas langsung mengenainya hingga
mengakibatkan berlakunya perselisihan fikiran, pendapat dan pemahaman ketika
membuat penilaian terhadapnya, maka Islam tidak meninggalkan perkara-perkara
ini dalam keadaan yang tidak menentu begitu, iaitu ia tidak meninggalkannya
tanpa neraca dan tanpa kaedah perundangan dan kaedah mengeluarkan hukum-hukum
cabangan, malah dalam sambungan ayat pendek yang berikut, Islam telah
meletakkan kaedah ijtihad yang lengkap dan menentukan batas-batasnya serta
menegakkan “dasar” yang menguasai kaedah ijtihad itu.
Jika kamu bertentangan pendapat mengenai sesuatu persoalan, maka rujukkanlah kepada Allah dan Rasul”.
Yakni rujukkanlah kepada nas-nas
yang boleh dipadan atau disesuaikan dengannya secara tidak langsung dan
andainya didapati nas-nas seperti itu, maka rujukkanlah kepada dasar-dasar
kulli/semesta yang umum dalam agama Allah dan syariatnya dan ini bukan
dasar-dasar yang terapung dan kacau bilau dan bukan pula dasar-dasar yang
samar, yang tidak diketahui dan menyesatkan akal manusia. Seperti mana yang
pernah dikatakan oleh setengah-setengah tukang pesong. Sebenarnya dalam Islam
terdapat dasar-dasar asasi yang amat jelas yang merangkumi segla aspek
kehidupan yang asasi. Dasar-dasar ini memagar segala aspek hidup itu dengan
pagar yang boleh dilihat oleh setiap hati nurani Muslim yang dikawal dengan
neraca agama ini.
“Jika kamu benar beriman kepada Alah dan kepada hari akhirat”.
Ketaatan kepada Allah dan ketaatan
kepada Rasul dan kepada pemerintah-pemerintah yang mukmin yang melaksanakan
syariat Allah dan sunnah Rasulullah saw dan kewajipan merujukkan segala
persoalan yang dipertikaikan itu kepada Allah dan Rasul-Nya adalah semuanya
menjadi syarat keimanan kepada Allah dan kepada hari akhirat di samping merupakan
kehendak diri daripada keimanan kepada Allah dan kepada hari akhirat. Oleh itu
keimanan tidak wujud daripada awal-awal lagi jika syarat itu tidak wujud dan
keimanan juga tidak wujud jika kesannya yang teguh tidak wujud.
Setelah al-Quran mengungkapkan nas
persoalan ini dalam benuk pengungkapan yang bersyarat, maka sekali lagi ia
mengemukakannya dalam bentuk “pengajaran”, galakan dan pemberangsangan seperti
yang telah dilakukan dalam perintah menunaikan amanah-amanah dan melaksanakan
penghakiman yang adil kemudian dikemukakan galakan dan pemberangsangan.
“Tindakan itu adalah lebih baik untuk kamu dan lebih elok akibatnya”.
Yakini tindakan itu lebih membawa
kebaikan kepada kamu dan lebih bagus kesudahannya, iaitu kebaikan di dunia dan
kebaikan di akhirat. Elok kesudahannya di dunia dan elok kesudahannya di
akhirat. Oleh itu mematuhi sistem hidup Ilahi bukan sahaja membawa kepada
keredhaan Allah dan menghasilkan pahala di akhirat – Selaku keutamaan yang
paling besar – tetapi ia juga menghasilkan kebaikan di dunia dan menghakikatkan
kesudahan yang baik bagi individu dan kelompok dalam kehidupan di dunia ini.
Sistem hidup Ilahi ini bertujuan
supaya “manusia” dapat menikmati keleihan-kelebihan satu sisitem yang
diciptakan untuk mereka oleh Allah Pencipta yang Maha Bijaksana, Maha
Mengetahui, Maha Melihat dan Maha Mendalam ilmu-Nya, satu sistem yang selamat
daripada kejahatan dan hawa nafsu manusia, daripada kelemahan dan keinginan,
satu sistem yang tidak memilih kasih terhadap seseorang atau terhadap sesuatu golongan
atau terhadap sesuatu kaum atau terhadap sesuatu bangsa atau sesuatu generasi
manusia, kerana Allah adalah Tuhan kepada semua dan Maha Sucilah Allah daripada
dipengaruhi keinginan pilih kasih terhadap seseorang atau sesuatu golongan atau
sesuatu kaum atau sesuatu bangsa atau sesuatu generasi.
Di antara kelebihan sistem hidup
Ilahi, Penciptanya adalah Pencipta manusia itu sendiri yang mengetahui hakikat
fitrahnya dan keperluan-keperluan yang sebenar bagi fitrahnya. Dia mengetahui
segala liku dan jalan jiwa manusia dan mengetahui pula cara-cara yang sesuai
untuk berbicara dengannya dan untuk mengislahkannya. Dia – Maha Sucilah Dia
–tidak meraba-raba di padang gurun ujian dan percubaan kerana menjadinya satu
sistem yang sesuai dan tidak membebankan manusia menanggung
perbelanjaan-perbelanjaan percubaan yang berat apabila merka teraba-raba dalam
percubaan di padang gurun tanpa pemandu. Bagi manusia cukuplah mereka membuat
percubaan- percubaan dalam bidang penciptaan kebendaan apa sahaja yang disukai
mereka, kerana bidang ini adalah bidang yang amat meluas untuk diterokai oleh
akal manusia. Begitu juga cukuplah bagi mereka berusaha dengan akal mereka
untuk mempraktikkan sistem hidup Ilahi ini dan untuk memahami tempat-tempat
qias dan ijtihad dalam perkara-perkara yang menimbulkan perselisihan
pendapat-pendapat dan fikiran-fikiran.
Di antara kelebihan sistem hidup
Ilahi ini ialah Penciptanya adalah Pencipta alam ini sendiri yang menjadi
pentas hidup manusia. Pencipta alam ini telah mengurniakan kepada manusia satu
sistem yang menjamin bahawa seluruh dasarnya adalah sesuai dengan undang-undang
alam buana, yakni sistem ini tidak akan bertarung dengan undang-undang alam
buana, malah akan berkenalan dan bersahabat baik dengannya serta mengmbil
manfaat daripadanya. Sistem hidup Ilahi ini akan memandu manusia ke arah ini
dan melindungi mereka.
Di antara kelebihan sistem hidup
Ilahi – di samping ia memandu dan melindungi manusia - ia memulia dan menghormati mereka dan
memberi mereka tempat yang wajar kepada akalnya untuk bekerja dalam sistem ini,
iaitu tempat untuk berjihad bagi memahami nas-nas yang datang daripada Allah
dan Rasul-Nya kemudian berijihad untuk merujukkan masalah-masalah mereka yang
tidak ada nas kepada nas-nas yang ada atau kepada dasar-dasar umum agama dan
seterusnya kepada bidang yang tulen yang dapat dikendalikan oleh akal manusia
dan dapat dikuasai sepenuhnya, iaitu bidang kajian ilmiah mengenai alam buana
dan penciptaan- penciptaan kebendaan.
Hak hakimiyah, iaitu hak memerintah dan menggubal undang-undang
serta menguat kuasakannya ke atas manusia, hanyalah hak Allah sahaja, manusia
tidak ada hak dalam hal hakimiyah. Dalam istilah moden, hak hakimiyah boleh
diertikan sebagai hak POLITIK, KERAJAAN, PEMERINTAHAN dan KENEGARAAN. Dalam
huraian Sayyid Qutb mengenai ayat di atas ini, hak politik, kerajaaan,
pemerintahan dan kenegaraan itu hanyalah hak Allah sahaja. Manusia tidak ada
sebarang hak ke atas politik, kerajaan, pemerintahan dan kenegaraan. Tugas
manusia hanyalah untuk memerintah bagi pihak Allah dengan menegakkan kedaulatan
Allah serta dengan menjalankan undang-undang Allah. Menyerahkan hak hakimiyah
kepada Allah bererti menyempurnakan Laailaahaaillallah, manakala menyerahkan
hak hakimiyah kepada manusia, seperti keadaan kita di bawah pemerintahan
demokrasi ini di Malaysia, bererti kerosakan kepada Laailaahaaillallah.
Firman Allah: al-Israk 23-39
Tuhanmu memerintahkan supaya janganlah kamu sembah kecuali Dia dan berbuat baik kepada ibu bapa. Jika seseorang di antara keduanya telah tua atau kedua-duanya, janganlah engkau kata "uh!", kepada keduanya dan jangan pula engkau herdik keduanya dan ucapkan kepada keduanya perkataan yang mulia (Lemah Lembut).Rendahkanlah kepada mereka sayap kerendahan dengan belas kasihan, dan katakanlah: Oh Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka menjagaku semasa aku masih kecil.Tuhanmu lebih mengetahui apa-apa yang di dalam hatimu. Jika kamu orang-orang baik, sesungguhnya Dia Pengampun terhadap orang-orang yang taubat.Berikanlah kepada kaum kerabat haknya masing-masing dan kepada orang miskin dan musafir dan jangan engkau membazir dengan sewenang-wenangnya.Sesungguhnya orang-orang membazir itu ialah saudara syaitan dan syaitan itu amat ingkar akan Tuhannya.Jika engkau berpaling dari mereka itu (tidak sanggup memberinya) kerana engkau mencari rezeki Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka perkataan yang lemah lembut.Jangan engkau jadikan tangan engkau terbelenggu ke tengkuk engkau dan jangan pula engkau lepaskan selepas-lepasnya, nanti engkau duduk tercela dan menyesal (bakhil dan boros).Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki buat engkau yang dikehendaki-Nya dan Dia pula membataskannya (mengurangkan). Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Maha Melihat hamba-Nya.Janganlah kamu bunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami memberi rezeki mereka dan rezeki mu. Sesungguhnya membunuh mereka itu suatu dosa yang besar.Janganlah kamu hampiri zina sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat.Janganlah kamu bunuh manusia yang diharamkan Allah, kecuali dengan kebenaran. Barang siapa terbunuh dengan aniaya, sesungguhnya kami beri kuasa kepada walinya (untuk menuntut bela) sebab itu janganlah ia berlebih-lebihan dalam pembunuhan. Sesungguhnya ia mendapat pertolongan.Janganlah kamu hampiri harta anak yatim, melainkan dengan (jalan) yang sebaik-baiknya, hingga ia sampai dewasa; dan tepatilah janji, sesungguhnya janji itu akan diperiksa.Kamu sempurnakanlah sukatan, bila kamu menyukat dan timbanglah (sesuatu) dengan timbangan yang betul. Demikian itu lebih baik dan paling baik akibatnya.Janganlah engkau turut apa-apa yang engkau tidak ada pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, masing-masingnya akan diperiksa.Janganlah engkau berjalan di mukabumi dengan sombong, sesungguhnya engkau tiada dapat menembusi bumi dan tidak akan sampai engkau setinggi gunung. Segala yang tersebut ialah kejahatan yang amat dibenci di sisi Tuhanmu.Demikianlah sebahagian yang diwahyukan Tuhan kepadamu, di antara hikmah. Janganlah engkau adakan Tuhan yang lain serta Allah, nanti engkau dilemparkan ke dalam neraka serta tercela dan terusir.
Kumpulan ayat-ayat di atas ini merumuskan peranan-peranan dan
tujuan-tujuan sesebuah Negara Islam:
1. Untuk mewujudkan sistem kehidupan
Tauhid (ketamadunan) dan untuk menolak sistem kehidupan ciptaan manusia
(Jahiliyah);
2. Untuk menjadikan agama Islam sebagai
agama yang memerintah, berkuasa dan yang tertinggi untuk menguasai agama-agama
dan ideologi-ideologi yang lain;
3. Untuk menguat kuasakan sistem
kehidupan yang mentaati dan mempraktikkan segala suruhan dan larangan Allah swt
dan prinsip menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran;
4. Untuk menegakkan keadilan, kebebasan,
keamanan, persamaan hak dan musyawwarah, dalam kehidupan politik, ekonomi,
sosial dan akhlak melalui pelaksanaan pemikiran dan nilai-nilai Islam yang
bersumberkan al-Quran dan Hadith;
5. Untuk membentuk, mengawal dan memupuk
sifat-sifat yang baik, nilai-nilai keperibadian dan akhlak yang tinggi dan
mulia serta ketaqwaan yang mendalam di kalangan
masyarakatnya.
Peranan-peranan yang dimainkan oleh sesebuah Negara Islam
akan membentuk satu komuniti umat Islam muttaqi yang akan dipimpin oleh
pemimpin-pemimpin muttaqi yang akhirnya akan mewujudkan keadilan, kebebasan dan
keamanan yang boleh dinikmati oleh semua rakyatnya. Sebaik sahaja sesebuah
Negara Islam ini mencapai kekuatan ekonomi dan militeri, ia akan mengembangkan
pengaruhnya dengan menyerang dan memerangi negara-negara jiran supaya
kesemuanya itu mengalah dan tunduk kepada kekuasaan Islam yang oleh itu
mempastikan pengabdian manusia yang total kepada Allah sahaja. Inilah MISI
ISLAM yang agung yang diperintahkan ke atas kita oleh Allah swt. Bolehkah
peranan-peranan dan tujuan-tujuan seperti yang dilunaskan dengan terperinci di
dalam ayat-ayat di atas ini dilaksanakan dengan berkesan dan sempurna tanpa
sebuah Negara Islam? Sama sekali mustahil! Inilah satu dalil yang kuat dan
jelas bahawa penegakan Negara Islam itu adalah satu perintah Allah s.w.t.
KRITERIA NEGARA
ISLAM
Negara Islam adalah didasarkan kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ Muhammad
ar-Rasulullah – pemerintah yang berkuasa dan berdaulat hanyalah Allah swt
sahaja, manusia bukanlah pemerintah dan tidak ada hak untuk memerintah.
Sementara orang-orang yang diserahkan kuasa untuk memerintah, iaitu ULIL AMRI,
hanya memerintah bagi pihak dan di atas nama Allah sahaja. Seseorang pemerintah
Islam tidak ada kuasa untuk memerintah bagi pihak dirinya atau golongan
tertentu, tetapi ia menjalankan undang-undang Allah dan menguat kuasakan
keadilan Allah bagi pihak Allah dan yang bertanggungjawab kepada Allah sahaja.
Sebagai sebuah negara ideologi, Negara Islam itu terdiri daripada tiga konsep
yang penting:
1.
Kedaulatan Allah
2.
Peraturan dan undang-undang Allah
3.
Kerasulan nabi Muhammad s.a.w.;
4.
Khilafah (vicegerency).
Negara Islam adalah negara yang didasarkan kepada Uluhiyah
dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, dan negara yang
diperintah oleh umat Islam bagi pihak dan di atas nama Allah serta yang
mengikut contoh dan tauladan kerajaan Islam di Medinah pimpinan Rasulullah saw
dan para khulafa ar-Rasyidin. Kewujudan atau ketiadaan konsep-konsep atau
kriteria-kriteria seperti yang disenaraikan di atas ini, menjadi faktor pemisah
di antara sebuah Negara Islam dengan sebuah negara kufur. Kerajaan demokrasi
Malaysia, walaupun ianya dipimpin dan dianggotai oleh golongan Islam sendiri
dan dipilih dengan kehendak majoriti rakyat Islam, bukanlah sebuah kerajaan
Islam kerana ianya adalah didasarkan kepada rububiyah manusia dan uluhiyah
manusia serta yang menolak dan mengingkari Rububiyah Allah dan Uluhiyah Allah.
Demikianlah juga Arab Saudi, Jordan, Iraq, Kuwait, Turki, Mesir, Maghribi,
Pakistan dan lain-lain negara Sekular Muslim di dunia, kesemuanya kufur di sisi
kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Uluhiyah dan
Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ
Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ
bererti Kedaulatan, Otoriti dan Undang-undang Hak Allah. Di dalam ayat-ayat
berikut ini, al-Quran dengan tegas mendasarkan bahawa kedaulatan, otoriti dan
undang-undang bagi sesebuah negara itu adalah hak Allah sahaja. Inilah konsep
yang paling mendasar dalam menentukan bahawa sesebuah negara itu adalah Islam
atau sebaliknya.
Di dalam ayat-ayat berikut ini, al-Quran dengan tegas mendasarkan
bahawa kedaulatan, otoriti dan undang-undang bagi sesebuah negara itu adalah
hak Allah sahaja. Inilah konsep yang paling mendasar dalam menentukan bahawa
sesebuah negara itu adalah Islam atau sebaliknya.
Kedaulatan
(Sovereignty) itu hak Allah s.w.t.:
Firman Allah: al-Imran 26, 189
Katakanlah (Wahai Muhammad): Wahai Allah yang mempunyai kedaulatan! Engkau memberi kedaulatan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau mencabut kedaulatan dari sesiapa yang Engkau kehendaki .
Sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Bagi Allah jualah kedaulatan di langit dan di bumi, dan Allah amat berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.
Firman Allah: al-Furqan 2
Tuhan yang mempunyai kedaulatan di langit dan di bumi ... serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam kedaulatanNya.
Otoriti itu hanya HAK Allah swt:
Firman Allah: al-A'raf 54
Kepunyaan Allahlah segala kejadian, kepunyaan Allahlah segala otoriti.
Firman Allah: al-Mukminun 88
Tanyakanlah: "Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu?
Undang-Undang
itu HAK Allah swt sahaja:
Firman Allah: Yusof 40
Undang-Undang itu HAK Allah.
Di antara dasar-dasar utama yang menentukan keIslaman atau
kekufuran sesebuah negara itu adalah kedaulatan, otoriti dan undang-undang.
Sesebuah negara yang tidak didasarkan kepada kedaulatan, otoriti dan
undang-undang Allah, seperti Malaysia, adalah negara yang syirik dan kufur.
Sifat-sifat kesempurnaan, kekuatan dan kekuasaan ke atas tiap
sesuatu yang dimiliki oleh Allah sahaja yang layak ke atas kedaulatan, otoriti
dan undang-undang. Manusia dengan segala kekurangannya tidak layak ke atas
kedaulatan, otoriti dan undang-undang. Justeru, di dalam sesebuah Negara Islam,
kedaulatan, otoriti dan undang-undang itu adalah hak Allah sahaja.
Siapakah yang boleh melakukan sesuatu mengikut sesuka
hatinya? Jawabnya Allah:
Firman Allah: Yunus 107
Dan jika Allah mengenakan sesuatu yang membahayakan, maka tiada siapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika ia menghendaki engkau beroleh kebaikan, maka tiada sesiapa pun yang dapat menghalangi limpah kurnia-Nya. Allah melimpahkan kurnia-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya demi hamba-hamba-Nya, dan Dialah amat Pengampun lagi Penyayang
Firman Allah: al-Anbia 23
Ia tidak boleh ditanya tentang apa yang ia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya nanti.
Allah adalah sumber dan asas kepada segala kedaulatan,
otoriti dan undang-undang yang tiada sesiapa pun yang boleh menghad dan
membatasinya:
Firman Allah: al-Mukminun 88
Tanyakanlah lagi, "Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap sesuatu, serta Ia dapat melindungi tiap-tiap sesuatu dan tidak ada sesuatu pun yang dapat diperlindungi daripada kekuasaan-Nya? Jawablah jika kamu mengetahui."
Allah berada di luar segala kesilapan dan Dialah Pencipta
yang sempurna:
Firman Allah: al-Hasyr 23, 24
Dialah Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia; Yang menguasai (sekelian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat (dari segala kekurangan); Yang melimpahkan keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat; Yang Melengkapi segala kekuasaan-Nya; Maha Suci Allah daripada segala mereka sekutukan denganNya.
Dialah Allah, yang menciptakan segala makhluk; Yang mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang membentuk rupa (makhluk-makhluk mengikut kehendak-Nya); bagi-Nya nama-nama yang sebaik-baik dan semulia-mulia; bertasbih kepada-Nya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dialah yang tidak ada tolak bandingnya, lagi Amat Bijaksana.
Kedaulatan, otoriti dan undang-undang itu hanyalah layak
untuk Allah sahaja, sedangkan manusia sebagai ciptaan Allah sahaja tidak
berkemampuan untuk mencipta undang-undang dan sistem hidup yang sempurna untuk
manusia dan oleh itu tidak layak untuk diserahkan kedaulatan, otoriti dan
undang-undang kepadanya. Demokrasi dan segala sistem hidup ciptaan manusia
adalah satu kepincangan yang membawa kepada penindasan dan anarki di kalangan
manusia.
Kerasulan Nabi
Muhammad saw
Negara Islam itu didasarkan kepada konsep kerasulan Nabi,
iaitu segala dasar pemerintahan, pelaksanaan undang-undang dan dasar-dasarnya,
dan pentadbiran yang detailnya hendaklah diasaskan kepada Model Negara Islam Madinah
pimpinan Rasulullah s.a.w. Perlembagaan Negara Islam ialah al-Quran dan Hadith
serta Qiyas dan Ijma' - kehidupan Rasulullah s.a.w. adalah satu tauladan yang
benar-benar wujud mengenai perlaksanaan dan perjalanan Perlembagaan Islam dan
pemerintahan Negara Islam.
Firman Allah: al-Hasyr 7
Apa-apa yang diberikan Rasul kepadamu, hendaklah kamu ambil dan apa-apa yang dilarangnya hendaklah kamu hentikan.
Firman Allah : an-Nisa 64, 80
Tiadalah kami utus seorang Rasul melainkan untuk ditaati dengan izin Allah.
Barang siapa mentaati Rasul, sesungguhnya ia mentaati Allah.
Rasulullah s.a.w. ialah ikutan kita. Negara Islam di Madinah
ialah model untuk kita.
Khilafah
(Vicegerency)
Manusia dilantik sebagai Khalifah Allah (Vicegerent of Allah)
untuk memerintah bumi d atas nama dan bagi pihak Allah; oleh itu Negara Islam
ialah satu Khilafah (vicegerency) di mana kedaulatan, otoriti dan undang-undang
itu adalah Hak Allah dan manusia menerima mandat daripada Allah dan
bertanggungjawab hanya kepada Allah sahaja dalam pemerintahan negara.
Firman Allah: an-Nur 55
Allah telah menjanjikan bagi orang-orang yang beriman di antaramu dan mengerjakan yang baik-baik bahawa Allah akan mengangkat mereka sebagai Khalifah di bumi.
Di dalam sesebuah Khilafah, manusia tidak mentaati dan
bertanggungjawab kepada manusia, walaupun dalam kaedah dan di atas prinsip
‘majoriti’, tetapi kepada Allah sahaja. Pemerintahan Islam tidak memerintah
bagi pihak dan di atas nama rakyat, golongan, keluarga atau individu, tetapi
bagi pihak dan di atas nama Allah s.w.t sahaja. Ia tidak mempunyai kuasa untuk
membuat undang-undang sesuka hatinya, tetapi hanya menjalankan undang-undang
Allah sahaja.
Berdasarkan kepada asas bahawa Negara Islam itu adalah satu
Khilafah yang popular, kita dapat mencungkilkan lima prinsip yang utama yang
wujud dan beroperasi di dalam sesebuah Khilafah :
1. Ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya
itu adalah ketaatan yang mutlak, sedangkan ketaatan kepada ulil amr (pemerintah)
adalah ketaatan yang bersyarat - rakyat diperintahkan untuk mentaati ulil amri selagi
ulil amri itu mentaati Allah dan Rasul-Nya;
2. Pemerintahan didasarkan kepada
permesyuaratan dan kesepakatan (3:159, 42:38) yang mempunyai implikasi ianya
menolak pemerintahan diktator, sama ada diktator, militeri, golongan, individu,
monarki atau parti;
3. Rakyatnya yang berperanan sebagai
Khalifah-Khalifah Allah mempunyai kebebasan bersuara termasuk untuk mengkritik
pemerintah, dan kebebasan beraksi dan bertindak dalam bidang-bidang politik,
ekonomi dan sosial yang berupaya untuk mempengaruhi pihak pemerintah dalam
merangka dan merancang dasar-dasar kerajaan dan masa hadapan ummah;
4. Persamaan status dan hak di kalangan
rakyatnya tanpa mengira faktor-faktor keturunan, bangsa, kedudukan ekonomi,
tetapi semata-mata didasarkan kepada kepercayaan dan ketaqwaan;
5. Persamaan hak untuk mendapat
kemanfaatan dalam merebut segala peluang untuk bergiat dan berusaha ke arah
pencapaian kemajuan dalam bidang-bidang ekonomi, pendidikan, kemahiran,
teknologi dan sosial.
Unsur-unsur demokrasi daripada perspektif hak suara rakyat,
suara majoriti, kebebasan mengkritik dan bantahan, memang wujud di dalam
sesebuah khilafah yang menyebabkan ramai daripada kita, termasuk para intelek
Islam dan ulama kita, terbawa-bawa untuk merumuskan bahawa kerajaan demokrasi ini
adalah Islam; sedangkan kedua-duanya mempunyai perbezaan yang sangat mendasar -
demokrasi adalah didasarkan kepada ideologi dan pemikiran rakyat, manakala
khilafah didasarkan kepada ideologi dan pemikiran daripada Allah. Kerajaan
Islam dan kerajaan demokrasi adalah satu dikotomi (dichotomy) yang berkontradiksi secara diametrikal di antara satu
dengan yang lain.
Model Negara Islam
Soalan yang paling popular dimajukan ialah, "manakah model Negara Islam yang
ideal?" Negara Islam itu adalah sesuatu yang praktis, “viable” dan tiada tolak bandingnya
kerana ia datang daripada Allah yang Maha Sempurna. Model Negara Islam ialah
Negara Islam pimpinan Rasulullah s.a.w. di Madinah dan pemerintahan Khulafa
ar-Rasyidin. Lebih "simple" lagi, Negara Islam itu adalah mana-mana
kerajaan yang didasarkan kepada kedaulatan, otoriti dan undang-undang Allah
yang mengikuti Model Rasulullah s.a.w. yang berbentuk satu Khilafah (vicegerency) dengan tidak mengira bagai
manakah struktur, sistem dan prosidur pemerintahannya. Tentang struktur, sistem
dan prosidurnya tidak dijelaskan dengan terperinci kerana ini adalah
aspek-aspek yang boleh berubah daripada semasa ke semasa dalam konsep
kenegaraan dalam Islam, yang dipentingkan ialah prinsip-prinsip yang mendasar -
kedaulatan Allah, Otoriti Allah, Undang-undang Allah, kerasulan Nabi dan konsep
Khilafah (vicegerence). Sesebuah
Negara Islam itu boleh beroperasi dalam apa-apa bentuk dan struktur dengan
memakai apa-apa sistem dan prosidur yang mampu diwujudkan dengan menggunakan
daya pemikiran dan kreativiti manusia itu sendiri dengan syarat,
prinsip-prinsip yang mendasar dan "fundamental"
itu semestinya wujud dan beroperasi.
Kita hanya boleh memikirkan untuk memilih mana-mana model
yang difikirkan sesuai dan yang terbaik hanyalah setelah kita terlebih dahulu
menjatuh dan menghancurkan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini dan
setelah wujudnya sekumpulan manusia atau pemerintah yang baru berkuasa itu yang
menghendaki dan mengingini sebuah Negara Islam. Kita tidak boleh berfikir untuk
memilih mana-mana model sekalipun sedangkan kita tidak berkuasa dan memerintah
dan masih kekal di bawah kerajaan demokrasi yang tidak inginkan kepada sebuah
Negara Islam, malah yang kuat menentang dan memusuhinya. Pelaksanaan dan
penguatkuasaan segala peraturan dan undang-undang Allah itu hanya boleh dilakukan
dalam fasa yang keduanya nanti, iaitu setelah kerajaan demokrasi itu terlebih
dahulu dijatuh dan dihancurkan dan setelah kerajaan Islam itu diwujud dan
dibentukkan melalui Jihad, Perang dan Revolusi.
Sekiranya sistem dan prosidur dalam sesuatu pemerintahan itu
adalah didasarkan kepada prinsip-prinsip yang mendasar dan fundamental seperti
yang tersebut tadi, sesebuah Negara Islam itu boleh mengambil mana-mana bentuk
dan struktur, termasuk model pemerintahan Amerika Syarikat (USA), atau
lain-lain negara Barat seperti Britain, Perancis, Itali dan hatta mengikut
pemerintahan Malaysia atau Indonesia. Struktur kerajaan USA serta segala sistem
dan prosidurnya, boleh dijadikan model sebuah Negara Islam yang paling ideal
dengan syarat parlimen itu tidak berperanan untuk membuat undang-undang,
mencukupi sekadar untuk mendengar suara rakyat sahaja dan sebagai satu forum
untuk perundingan dan kesepakatan dan dengan mempraktikkan segala prinsip yang
mendasar yang terdiri daripada Kedaulatan hak Allah, Otoriti hak Allah dan
Undang-undang hak Allah, kerasulan Nabi dan Khilafah. Kalau kesemua ini berlaku
dan wujud, maka struktur, sistem dan prosedur kerajaan USA yang berdiri sekarang
ini layak disifatkan, di sisi kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, sebagai sebuah
Negara Islam. Kita tidak perlu lagi merujuk kepada model-model sistem dan
institusi khalifah atau Imam atau Amir seperti di masa-masa yang silam. Tentang
model yang mana satu itu bukanlah satu isu dalam pembentukan sesebuah Negara
Islam, isunya ialah pelaksanaan segala prinsip yang mendasar bagi sesuatu
Negara Islam - Kedaulatan Allah, Otoriti Allah, Undang-undang Allah, Kerasulan
Nabi dan Konsep Khilafah – itulah sahaja!
Bagai manakah sesebuah Negara Islam itu boleh diperjuang dan dibentukkan
di dalam negara Malaysia kita ini? Caranya adalah melalui metod al-Quran,
Sunnah dan Sirah, iaitu melalui Jihad, Perang dan Revolusi, sekali-kali tidak
melalui pilihanraya dalam sistem politik demokrasi. Cara pilihanraya dan
demokrasi yang syirik dan kufur walaupun untuk mencapai matlamat yang suci dan
luhur semata-mata kerana Allah, tetap tidak dibenarkan dalam Islam, dan
larangan ini adalah didasarkan kepada dalil Nas yang soreh, muhkam dan qot’ie seperti
berikut :
Firman Allah : Fatir 10
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah naiknya segala madah yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkat-Nya naik ( sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). dan sebaliknya; orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesanpun) akan rosak binasa.
Allah swt melarang kita daripada memperjuangkan
pembentukan sesebuah Negara Islam melalui jalan dan metod yang syirik dan kufur
seperti perjuangan Islam melalui amalan sistem politik demokrasi kita yang
syirik dan kufur ini kerana itu adalah disifatkan Allah sebagai merancang untuk
melakukan kejahatan, dan bagi orang-orang yang melakukannya, mereka itu akan
diseksa dengan keseksaan yang amat pedih di akhirat nanti. Matlamat yang suci
murni kerana Allah adalah diperintahkan Allah supaya diperjuangkan melalui
jalan dan metod yang suci murni daripada Allah dan Rasul-Nya sahaja dan tidak
yang selain daripadanya.
No comments:
Post a Comment