JIHAD DAN PERANG
NOMBOR SATU DI BUMI!
Rasulullah saw telah ditanya mengenai seorang lelaki yang berperang kerana menunjukkan keberanian, dan seorang lagi riak. Manakah di antara peperangan-peperangan itu yang dikatakan berperang kerana sabilullah? Jawab beliau, “barangsiapa yang berperang supaya agama Allah menjadi tinggi, maka dialah berperang kerana sabilullah.”
Daripada Abu Musa ra
Dikeluarkan oleh Malik dan SyaikhanSesiapa yang berperang supaya agama Allah menjadi agama yang tertinggi maka dialah yang berperang kerana Sabilullah
ALLAH SWT menghendaki supaya
kita menjadi umat NOMBOR SATU di dunia yang mengatasi dan menundukkan seluruh
kekuatan dan kekuasaan umat manusia yang kafir melalui pelancaran Jihad, Perang
dan Revolusi. Rasulullah saw dan para Rasul yang terdahulu diutuskan ke bumi
yang paling utamanya ialah untuk memimpin seluruh umat manusia ke arah mencapai
MISI ISLAM yang Maha Agung, iaitu untuk mewujudkan kekuatan dan kekuasaan Islam
agar ianya muncul sebagai agama yang NOMBOR SATU di dunia, yang terkuat dan
paling berkuasa, yang mengatasi dan menundukkan seluruh agama yang kafir, yang
mengatasi dan menundukkan seluruh kekuatan dan kekuasaan orang-orang kafir dan
seluruh sistem kehidupan manusia yang kafir di bumi ini. Mewujud dan menegakkan
kekuatan dan kekuasaan Allah dan kerajaan Allah sehingga agama Allah menjadi
agama NOMBOR SATU di bumi baik dalam politik, ekonomi dan militeri mahupun
dalam bidang-bidang ilmu dan teknologi adalah kehendak dan perintah yang amat
Tinggi, Mulia dan Maha Agung di sisi Allah swt.
Firman Allah: al-Taubah 33
Dia yang mengutus Rasul-Nya dengan petunjuk dan agama yang benar, supaya dimenangkan-Nya agama itu ke atas sekalian agama, sekalipun benci orang-orang musyrik.
Allah menghendaki supaya agama Islam menjadi “TUAN
BESAR” yang paling berkuasa dan terkuat di bumi yang tidak boleh ditandingi
oleh sesiapapun, Allah menghendaki supaya Islam wujud sebagai agama yang
tunggal yang BERKUASA dan BERDAULAT ke atas seluruh umat manusia di bumi, agama
yang DIMULIA dan DIHORMATI oleh seluruh bangsa, agama dan manusia di dunia,
Allah menghendaki supaya kita mewujud dan membentuk sebuah Negara Islam yang
maju dan kuat dari segi politik, ekonomi, teknologi dan militeri yang DI TAKUTI
dan DIGERUNI oleh seluruh umat manusia di bumi teristimewa sekali musuh-musuh
Islam. Allah menghendaki supaya kita sentiasa mempunyai aspirasi dan cita-cita
yang kuat, serta kita berjuang dengan sepenuh hati, sepenuh tenaga dan kekuatan
kita supaya kita muncul sebagai umat yang NOMBOR SATU di dunia. Allah
menghendaki supaya kita wujud sebagai umat yang aktif, bertindak, bergerak dan berjuang untuk sentiasa berada di barisan
hadapan untuk memimpin seluruh umat manusia di dunia.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran –
al-Maidah) :
Sesungguhnya agama Islam ini
adalah agama yang serius. Ia datang untuk memerintah dan mengendalikan
kehidupan manusia. Ia datang untuk menjadikan seluruh manusia untuk mengabdikan
diri kepada Allah Yang Maha Esa sahaja dan mencabut kuasa memerintah ini
daripada manusia yang telah merampas kuasa Allah itu dan mengembalikan seluruh
urusan kepada syariat Allah bukannya kepada undang-undang dan peraturan seseorang
yang selain daripada –Nya. Kedatangan syariat Islam ialah untuk memerintah dan
mengendalikan seluruh kehidupan, iaitu ia datang membawa hukum-hukum Allah
untuk menghadapi keperluan-keperluan hidup manusia dengan segala
permasalahannya yang wujud di dalam realiti. Ia datang untuk menghulurkan
hukum-hukum Allah dalam sesuatu kejadian yang telah berlaku mengikut saiz, rupa
bentuk dan latar belakang kejadian itu .
Islam datang membawa konsep Tauhid
untuk mentauhid kuasa yang ditaati manusia agar dengan konsep ini ia dapat
membebaskan manusia daripada Ubudiyah kepada sesama manusia dan daripada
Ubudiyah kepada berbagai-bagai Tuhan. Islam datang untuk membebaskan hati
nurani manusia daripada kepercayaan paganisme yang karut-marut dengan segala
belenggu-belenggunya dan memulangkan semula kepada akal manusia kehormatan dan
kemuliaannya serta membebaskannya daripada belenggu Tuhan-tuhan dan
upacara-upacara. Oleh sebab itulah Islam
memerangi paganisme dalam segala rupa bentuknya dan memburunya di segala
jalan dan liku-likunya sama ada di pendalaman hati nurani atau di dalam
syiar-syiar ibadat atau di dalam peraturan-peraturan hidup atau di dalam
undang-undang pemerintahan dan sistem kehidupan .
Firman Allah: al-Taubah 33
Dia yang mengutus Rasul-Nya dengan petunjuk dan agama yang benar, supaya dimenangkan-Nya agama itu ke atas sekalian agama, sekalipun benci orang-orang musyrik.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran -
Taubah) :
Agama yang benar – sebagai mana
yang telah kami jelaskan sebelum ini – ialah kepatuhan dan ketaatan kepada
Allah Yang Maha Esa sahaja dalam bidang-bidang iktikad, ibadat, dan perundangan
yang terangkum semua sekali. Agama yang benar ini dapat dilihat pada setiap
agama samawi yang dibawa oleh para Rasul sebelum ini. Ia sudah tentu tidak
termasuk agama-agama yang menyeleweng, sesat, dan bercampur aduk dengan
kepercayaan-kepercayaan karut paganism sebagai mana yang dipegangan oleh kaum
Yahudi dan kaum Kristian pada hari ini . Begitu juga ia tidak termasuk sistem
hidup ciptaan manusia dan establishment-establishment yang menggunakan label
agama dan mewujudkan di bumi ini Tuhan-tuhan yang lain daripada Allah dalam
bentuk mengikut dan menjunjung undang-undang dan peraturan yang tidak
diturunkan Allah.
Allah swt telah menegaskan bahawa
Dia telah mengutuskan Rasul-Nya membawa hidayat dan agama yang benar untuk
ditonjolkannya sebagai satu-satunya agama yang mengatasi segala agama yang
lain, dan justeru itu kita harus memahami “agama“ dengan pengertian yang luas
yang telah kami jelaskan sebelum ini supaya kita memahami dimensi-dimensi janji
Allah ini .
Agama ialah “ketaatan dan
kepatuhan” dan dalam takrif ini termasuk setiap sistem hidup, setiap aliran
pemikiran dan peraturan yang diikuti dan dipatuhi manusia .
Allah swt telah mengumumkan
keputusan-Nya untuk menonjolkan agama yang benar yang dibawa oleh Rasul-Nya
mengatasi seluruh agama yang lain dengan pengertiannya yang syumul dan umum
ini.
Ketaatan dan kepatuhan hanya
tertentu kepada Allah Yang Maha Esa sahaja dan penonjolan (yang dijanjikan
Allah itu ) hanya untuk sistem hidup yang memusatkan kepatuhan dan ketaatan
kepada Allah Yang Maha Esa sahaja .
Penonjolan dan dominasi agama yang
benar ini telah direalisasikan ditangan Rasulullah saw, para khalifahnya dan
tokoh-tokoh yang datang selepas mereka dalam masa yang begitu lama, di mana
agama yang benar mempunyai kedudukan yang lebih menonjol dan dominan, sedangkan
agama-agama yang lain yang tidak menumpukan ketaatan dan kepatuhan kepada Allah
berada dalam keadaan ketakutan dan goyah.
Firman Allah: as-Saff 9
Dia yang mengutus Rasul-Nya dengan petunjuk dan agama yang benar, supaya dimenangkan-Nya agama itu ke atas sekalian agama, sekalipun benci orang-orang musyrik.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran –
as-Saff) :
Adapun pelaksanaan janji Allah di
alam kenyataan, maka Allah telahpun menepati janji-Nya sekali. Agama ini
telahpun muncul sebagai satu kekuatan, sebagai satu hakikat dan sebagai satu
sistem pemerintahan yang menguasai seluruh agama yang lain. Sebahagian terbesar
daripada negeri–negeri di dunia ini telah tunduk kepada pemerintahannya dalam
masa satu abad sahaja kemudian secara damai ia mara ke tengah benua-benua Asia
dan Afrika hingga begitu ramai telah memeluk agama ini dengan semata-mata
dakwah, iaitu lima kali ganda lebih ramai daripada jumlah manusia yang memeluk
agama ini dalam masa gerakan-gerakan Jihad yang pertama. Sehingga kini Islam
masih terus mengembang dengan sendiri tanpa dibantu oleh sebuah kerajaan pun
sejak Pergerakan Zionis Antarabangsa dan Pergerakan Salib Antarabangsa berjaya
menghapuskan sistem khalifah yang terakhir di tangan pahlawan yang diwujudkan
mereka. Agama ini terus berkembang walaupun ditentang dan ditindas di
berbagai-bagai negeri di dunia dan walaupun harakat– harakat Islamiyah yang bangkit di setiap negeri Islam
itu dihancurkan oleh pahlawan-pahlawan yang diwujudkan oleh Pergerakan Zionis
Antarabangsa dan Pergerakan Salib Antarabangsa.
Agama ini masih terus mempunyai
peranan-peranan di dalam sejarah manusia dan dengan izin Allah ia akan muncul
mengatasi segala agama yang lain tepat seperti yang dijanjikan itu, iaitu satu
janji yang tidak mungkin dihalangi oleh tenaga usaha manusia–manusia abdi yang
kerdil biarpun bagai mana hebat kekuatan, tipu daya dan pengeliruan mereka.
Semua ayat ini memberi perangsang
kepada para mukminin yang ditujukan ayat-ayat ini kepada mereka supaya memikul amanah Allah setelah
mereka dipilih Allah untuk tugas itu dan setelah amanah itu dikhianati oleh
kaum Yahudi dan Kristian. Ayat-ayat ini juga dituju untuk meyakinkan hati
mereka dalam usaha perjuangan melaksanakan takdir Allah untuk menegakkan
agama-Nya sebagai mana yang dikehendaki oleh-Nya. Mereka hanya tidak lebih
daripada alat belaka. Dan ayat-ayat ini akan terus memberangsang dan meyakinkan
hati para mukminin yang percaya kepada janji Allah, dan akan terus mencetuskan
perasaan-perasaan yang seperti itu di dalam kalangan generasi–generasi akan
datang, sehingga janji Allah terlaksana sekali lagi dengan izin-NYA di alam
kenyataan.
Islam mestilah sentiasa berada dalam posisi yang MENANG dan
BERKUASA ke atas kafir dan orang-orang kafir, manakala orang-orang kafir pula mestilah
sentiasa sahaja berada dalam posisi yang KALAH, AKUR dan TUNDUK kepada Islam
dan orang-orang Islam. Ini adalah konsep yang terkandung dalam kalimah ﻵﻟﻪﺍﻷﺍﷲ
Yang Maha Tinggi dan inilah perintah Allah yang dikehendaki untuk diwujud dan dilaksanakan
di bumi kita ini melalui Jihad, Perang dan Revolusi . Para Rasul dan seluruh
umat Islam kita ini semuanya diutuskan Allah ke bumi ini tidak hanya sekadar
untuk mendirikan solat dan puasa serta seluruh syiar ibadat yang lain sahaja,
tidak sekadar hanya untuk mendirikan masjid-masjid, surau-surau dan rumah-rumah
ibadat sahaja, malah Rasulullah saw, para Rasul dan kita kesemuanya diutuskan Allah
untuk tujuan yang lebih besar, mulia dan agung, iaitu untuk meng”establish”kan
sistem kehidupan Islam daripada Allah, dengan nilai-nilai Islam yang mulia dan
luhur daripada Allah, dengan neraca-neraca pengukuran yang benar dan adil
daripada Allah dan dengan peraturan dan undang-undang daripada Allah yang adil
dan sempurna yang kesemuanya itu beroperasi untuk bersama-sama mewujudkan
kebajikan dan kenikmatan yang boleh dikecapi dan dimanfaati oleh seluruh umat
manusia yang sedang berada di bawah kekuasaannya. Hanya sistem kehidupan Islam
daripada Allah sahaja yang mengandungi segala kebajikan dan kenikmatan untuk
dimanfaati manusia sedangkan sistem kehidupan demokrasi dan seluruh sistem
kehidupan manusia yang lain tidak wujud sebarang kebajikan dan kenikmatan di
dalamnya kerana kesemua sistem kehidupan manusia yang berbagai-bagai itu
hanyalah tiada yang lain melainkan kezaliman, kerosakan dan kejahatan sahaja di
sisi Allah swt yang langsung tidak wujud sebarang kebajikan dan kenikmatan di
dalamnya.
Allah menghendaki supaya Islam menjadi agama yang berkuasa
dan memerintah ke atas seluruh umat manusia di bumi yang akan memerintah
manusia dengan peraturan dan undang-undang Allah. Kuasa pemerintahan yang
sedang dikuasai oleh orang-orang yang tidak menjalankan peraturan dan undang-undang
Allah itu diperintahkan Allah supaya ‘dirampas’ kembali daripada tangan-tangan
‘para perampas’ itu untuk dipulangkan kuasa itu kepada Allah dengan JIHAD,
PERANG dan REVOLUSI. Umat Islam diperintahkan supaya melancarkan Jihad, Perang
dan Revolusi untuk menentang dan meruntuhkan seluruh kekuatan dan kekuasaan
kufur dan orang-orang kafir untuk diganti dan ditegakkan kerajaan Islam dan
kekuatan Islam di bumi. Allah s.w.t. mengutuskan Rasul-Nya untuk mengembangkan
agama yang benar supaya ia mengatasi, menunduk dan menguasai ke atas semua
agama dan falsafah hidup, termasuklah sistem hidup
Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis yang sedang kita amalkan sekarang ini bukan
hanya terhad setakat dakwah demi dakwah sahaja, tetapi melalui Jihad, Perang
dan Revolusi.
Apabila Islam menjadi teragung, berkuasa dan memerintah,
hanya undang-undang Islam sahaja yang berkuat kuasa ke atas manusia dalam
segala bidang kehidupan manusia dengan mengenepikan segala undang-undang
Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis dan seluruh undang-undang manusia yang
lain. Kuasa politik menjadi hak dan monopoli kaum Muslimin sahaja sedangkan
orang-orang kafir tidak berhak ke atas kuasa politik, mereka tidak boleh
menjadi pemimpin-pemimpin dan tidak boleh berkongsi kuasa dalam politik negara.
Segala dasar hanya diputus dan disusunkan oleh kaum Muslim sahaja - orang-orang
kafir hanya menerima kepimpinan kaum Muslim dengan mentaati dan tunduk kepada
segala dasar dan detail pentadbiran yang dirancang, dikonsepsi dan dijalankan hanya
oleh kita (kaum Muslim) sahaja. Inilah yang dikehendaki Allah s.w.t.
Isu yang paling utama dalam pembentukan sesuatu masyarakat
ialah isu KEPIMPINAN – kepimpinan Allah atau kepimpinan para Taghut! Siapakah
yang berkuasa dan memimpin dalam sistem politik negara dan siapakah yang
berkuasa dan memimpin ke atas masyarakat dan manusia? Apabila Islam berkuasa
dan memimpin, itu bererti ketaatan dan kepatuhan manusia itu hanyalah kepada
ideologi, pemikiran, perundangan dan sistem hidup daripada Allah sahaja dengan sekali
gus menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total
terhadap segala ideologi, pemikiran, perundangan dan sistem hidup manusia. Isu
kepimpinan adalah ISU ISLAM yang “fundamental” dalam kehidupan umat manusia.
Inilah isu kalimah ﻵﻟﻪﺍﻷﺍﷲ
dan inilah tanggungjawab yang dibebankan ke atas setiap orang yang berpegang teguh
dan beriman kepada kalimah ﻵﻟﻪﺍﻷﺍﷲ!
Firman Allah : al-Baqarah 257
Allah itulah pemimpin bagi orang-orang yang beriman yang mengeluarkan mereka daripada kegelapan-kegelapan kepada nur, sedangkan orang-orang kafir pemimpin mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka daripada nur kepada kegelapan. Mereka itulah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya,
Masalah masyarakat manusia ialah masalah KEPIMPINAN – iaitu kepemimpinan
Allah atau Taghut. Allah sahaja yang memimpin manusia kepada kebaikan,
kebajikan, keselamatan, keadilan, keamanan, kebebasan dan kesempurnaan,
sedangkan Taghut memimpin manusia kepada penindasan, kezaliman, kejahatan,
ancaman, pencerobohan, kejahatan dan kerosakan. Kewajipan kita ialah untuk
MEMERANGI kepemimpinan Taghut untuk digantikan dengan kepemimpinan Allah. Umat
Islam di Malaysia sekarang sedang berada di bawah kepemimpinan Taghut yang
disifatkan Allah sebagai zalim, menindas dan buta, dan kita adalah berkewajipan
untuk memerangi dan menghancurkan kepemimpinan Taghut ini untuk diganti dengan
kepemimpinan Allah.
Tidak ada alternatif yang lain dalam mempastikan ketaatan dan
kepatuhan seluruh umat manusia kepada sistem hidup daripada Allah dan kepada
agama yang benar, melainkan dengan mewujudkan kekuasaan Allah di bawah satu
Negara Islam melalui Metod Allah yang berdasarkan kepada al-Quran, Sunnah dan
Sirah.
Firman Allah : al-Imran 101, 110
Dan bagai mana kamu sanggup menjadi kafir , sedangkan kamu dibaca ayat-ayat Allah kepada kamu dan Rasul-Nya berada di tengah-tengah kamu ? Siapa yang berpegang teguh kepada Allah maka bererti dia telah diberi hidayat kepada jalan yang lurus .
Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk memimpin manusia. Kamu menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaranr serta kamu beriman kepada Allah.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Umat Muslimin telah diwujudkan
untuk memimpin umat manusia. Oleh itu bagai mana mereka mungkin bertemu dengan
Jahiliyah, sedangkan tujuan kedatangan mereka ialah untuk mengubahkan Jahiliyah
dan menghubungkan umat manusia dengan Allah? Apabila umat Muslimin meninggalkan
tugas kepimpinan ini, maka apakah erti kewujudan mereka? Bukankah dalam keadaan
ini kewujudan mereka tidak mempunyai apa-apa matlamat lagi?
Umat Islam telah dilahir untuk
memegang teraju kepimpinan, iaitu kepimpinan ke arah kefahaman dan pandangan
yang betul, kepercayaan dan perasaan yang betul, ke arah akhlak dan peraturan
yang betul dan ke arah penyusunan masyarakat yang betul. Di bawah bayangan
kedudukan-kedudukan yang betul ini dapatlah akal itu berkembang subur, dapat
berkenalan dengan alam buana, dapat mengetahui rahsia-rahsianya dan menggunakan
kekuatan-kekuatan dan tebaga-tenaganya yang tersimpan itu, tetapi kepimpinan
asasi yang membenar dan menguasai semua kekuatan dan tenaga ini, yang mengarah
penggunaan kekuatan dan tenaga alam ini untuk kebajikan manusia bukan untuk
mengancam mereka dengan kemusnahan dan kebinasaan dan bukan untuk digunakannya bagi
memenuhi keinginan-keinginan nafsu kepimpinan, seharusnya itu untuk menegakkan
keimanan dan di atas kepimpinan inilah seharusnya kelompok Muslimin itu berdiri
teguh dengan berpedomankan kepada arahan Allah bukannya arahan mana-mana hamba
Allah yang lain.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran –
al-Imran)
Inilah hakikat yang harus difahami
oleh seluruh umat Muslimin supaya mereka mengenal hakikat diri mereka dan
menyedari bahawa mereka adalah dilahirkan Allah untuk menjadi angkatan barisan
hadapan yang memegang teraju kepimpinan (umat manusia) dengan sebab mereka
merupakan sebaik-baik umat, sedangkan Allah pula mahu kepimpinan di bumi ini
dipegang oleh kebaikan bukan kejahatan. Oleh sebab itulah umat Muslimin tidak
seharusnya menerima kepimpinan umat-umat Jahiliyah yang lain, malah yang
seharusnya bagi mereka buat selama-lamanya ialah memberi kepada umat-umat ini
sumbangan-sumbangan yang ada pada mereka dan seharusnya mereka sentiasa
mempunyai sumbangan-sumbangan untuk diberikan kepada umat-umat itu dalam bentuk
kepercayaan yang betul, kefahaman yang betul, sistem hidup yang betul, akhlak
yang betul, pengetahuan yang betul dan sains yang betul. Inilah kewajipan umat
Muslimin yang diwajibkan oleh kedudukan dan matlamat kewujudan mereka.
Kewajipan mereka ialah berada selama-lamanya di barisan hadapan dan
selama-lamanya memegang teraju kepimpinan. Kedudukan ini mempunyai
tanggungjawab-tanggungjawabnya. Oleh itu kedudukan ini tidak diambil dengan
semata-mata dakwaan, ia tidak diserahkan kepada mereka melainkan kerana mereka
layak memikulnya. Dengan kefahaman kepercayaan mereka dan dengan sistem
kemasyarakatan mereka, mereka adalah layak memikul tugas kepimpinan itu. Dan
yang masih tinggal dan harus diusahakan mereka ialah supaya mereka juga layak
memikul tugas kepimpinan itu dengan kemajuan mereka di bidang keilmuan dan
pembangunan-pembangunan di bumi sebagai menyempurnakan tugas khalifah mereka.
Dari sini nyatalah bahawa sistem hidup umat Muslimin ini menuntut mereka
melaksanakan banyak perkara dan mendorong mereka supaya mendahului (umat-umat
ysng lain) di dalam segala bidang jika mereka benar-benar mengikut dan mematuhi
sistem hidup Ilahi itu dan memahami kehendak-kehandak dan tugas-tugasnya.
Keperluan pertama daripada
keperluan-keperluan dan kedudukan kepimpinan ini ialah mereka harus memelihara
kehidupan manusia daripada kejahatan dan kerosakan dan mereka harus mempunyai
kekuatan yang membolehkan mereka menyuruh manusia melakukan kemakrufan dan
melarang mereka melakukan kemungkaran, kerana merekalah sebaik-baik umat yang
dilahirkan untuk memimpin umat manusia. Mereka dipilih Allah bukan kerana
mengambil hati atau pilih kasih, dan bukan pula secara kebetulan atau
sembarangan – Maha Suci Allah daripada segala perbuatan ini – dan bukan kerana
tujuan mengagih-agihkan iktisas dan penghormatan sebagai mana yang pernah
didakwa oleh ahlil kitab :
“Kami adalah anak-anak Allah dan para
kekasih-Nya.”
Tidak! Sekali-kali tidak! Malah
mereka dipilih untuk melaksanakan tindakan-tindakan positif bagi memelihara
kehidupan manusia daripada kemungkaran dan menegakkannya di atas dasar
kemakrufan serta keimanan yang menggariskan kemakrufan dan kemungkaran itu.
Abul a’la al-Maududi (Asas akhlak
dan pergerakan Islamiyah) :
“Setiap orang yang mempunyai
wawasan yang minima tentang masalah-masalah hidup umat manusia tentu menyedari
bahawa masalah yang menjadi asas kepada isu baik atau buruk urusan hidup
manusia ialah masalah kepimpinan urusan hidup manusia dan siapakah yang
memegang kepimpinan itu. Persoalan ini sama dengan yang kita lihat pada
perjalanan kereta api, iaitu ia tidak berjalan melainkan ke arah yang dipandu
oleh pemandunya dan para penumpang mahu tidak mahu terpaksa menenruskan
perjalanan mereka ke arah itu. Begitulah juga kereta api ketamadunan manusia
terpaksa berjalan ke arah yang ditujukan oleh mereka yang memegang kemudi
tamadun itu. Satu hakikat yang amat jelas ialah keseluruhnya umat manusia sama
sekali tidak beruapaya untuk tidak ikut berjalan di atas rel yang telah diatur
oleh para pemimpin memegang seluruh sarana dan sumber kuasa di bumi ini,
meneraju seluruh urusan-urusan, memegang kuasa mutlak dalam pentadbiran urusan
manusia, di mana orang ramai meletakkan keselamatan jiwa dan harapan-harapan
mereka kepada para pemimpin ini. Mereka juga menguasai alat-alat pembentukan fikiran-fikiran
dan teori-teori dan meletakkannya dalam acuan-acuan yang dikehendaki mereka. Di
tangan merekalah terletak urusan membentuk tabiat individu, membentuk sistem
masyarakat dan menentukan nilai-nilai akhlak. Oleh sebab itu jika para pemimpin
itu terdiri daripada tokoh-tokoh yang beriman kepada Allah dan memperhitungkan
hisab Allah, maka tidak syak lagi seluruh sistem hidup akan berjalan di jalan
yang baik dan betul dan golongan orang-orang yang berakhlak buruk dan jahat
dapat kembali kepada ajaran-ajaran agama dan dapat membetulkan diri mereka,
begitu juga kebaikan-kebaikan akan tumbuh dan bertambah subur. Di waktu itu
keberkesanan masyarakat setidak-tidaknya dapat mengawal pertumbuhan kejahatan
jika ia tidak dapat menghapus dan mengikiskan kesan-kesan kejahatan itu. Tetapi
jika teraju dan kuasa kepimpinan itu berada dalam tangan pemimpin-pemimpin yang
menyeleweng daripada ajaran-ajaran Allah dan Rasul-Nya, yang menjadi pendorong
hawa nafsu terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang jahat dan zalim, maka tidak
syak lagi seluruh sistem hidup masyarakat itu akan berjalan di jalan yang
zalim, keji dan keterlaluan, dan bibit-bibit kerosakan dan kucar kacir akan
menjalar ke dalam fikiran-fikiran, teoti-teori, ilmu pengetahuan,
kesusasteraan, politik, kemajuan, kebudayaan, tamadun, akhlak, urusan niaga,
keadilan dan seluruh undang-undang dan peraturan. Pertumbuhan kejahatan akan
terus subur dan bertambah buruk.”
Saiyyid Qutb dan Maududi menghuraikan bahawa umat Islam
adalah umat yang termulia dan teragung yang dilahirkan Allah untuk MEMIMPIN
seluruh umat manusia, Islam mahupun bukan Islam seluruhnya di dunia. Kita
adalah diamanah dan diperintahkan Allah untuk MEMIMPIN seluruh orang-orang
Kristian, Yahudi, dan ‘orang-orang putih’ di mana sahaja mereka berada di Amerika atau di Eropah, serta untuk
memimpin seluruh orang-orang Cina di dunia - di Cina, di Singapura atau di
Malaysia. Mereka ini kesemuanya tidak boleh memimpin kita, kita tidak boleh
berada di bawah telunjuk mereka, Allah menghendaki supaya merekalah yang
semestinya berada di bawah telunjuk kita. Allah memerintahkan kita supaya
MEMAKSA mereka agar mereka itu kesemuanya tunduk, mengalah dan taat kepada kita
dengan Jihad, Perang dan Revolusi.
Firman Allah: ali-Imran 28, 118, 149
Janganlah orang-orang Mukmin mengambil orang-orang kafir sebagai pemimpin melebihi daripada orang-orang mukmin.
Wahai orang-orang beriman, jangan kamu ambil sebagai "confidant" selain daripadamu.
Wahai orang-orang beriman, jika kamu ikut orang-orang kafir nescaya mereka mengembalikan kamu kafir.
Firman Allah: al-Maidah 51
Wahai orang-orang beriman, jangan engkau angkat Yahudi dan Nasrani menjadi wali. Sebahagian mereka menjadi wali kepada yang lain. Barang siapa mengangkat mereka di antara kamu, sesungguhnya ia termasuk golongan mereka. Allah tiada menunjuki kaum yang zalim.
Firman Allah : al-Ahzab 1
Wahai Nabi ! Tetaplah bertaqwa kepada Allah, dan janganlah engkau patuh orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.
Firman Allah: an-Nisa 144
Wahai orang-orang beriman, jangan engkau mengangkat orang-orang kafir menjadi pemimpin.
Firman Allah :al-A’raf 3
Ikutilah segala apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu dan janganlah kamu ikuti pimpinan-pimpinan yang lain daripada Allah , sedikit sekali kaum mengambil peringatan.
Allah tidak membenarkan kita untuk dipimpin oleh orang-orang
kafir. Kita tidak boleh membiarkan diri kita untuk berada di bawah telunjuk
orang-orang kafir. Allah memerintah kita supaya kita menjadi pemimpin-pemimpin
kepada mereka. Allah juga tidak membenarkan kita untuk berkongsi kuasa dengan
mereka. Mereka tidak boleh jadi pemimpin-pemimpin dalam sesebuah Negara Islam
walaupun sekadar pemimpin-pemimpin kecil sahaja pun. Kuasa politik dalam
sesebuah negara itu hanyalah hak, monopoli dan eksklusif untuk umat Islam
sahaja, orang-orang kafir hendaklah menerima, taat dan patuh kepada kepimpinan
kaum Muslimin dengan redha atau terpaksa. Kita tidak boleh menganggotai
pertubuhan-petubuhan antarabangsa dunia yang dipimpin oleh orang-orang kafir
seperti PBB, atau pertubuhan-pertubuhan Islam yang menjadi boneka kepada
kuasa-kuasa kafir dunia seperti OIC, kerana kesemuanya ini bererti tunduk dan
dikuasai oleh orang-orang kafir dan pemikiran-pemikiran kufur .
Ayat-ayat ini juga bermaksud bahawa pemimpin-pemimpin Muslim
tidak dibenarkan untuk memimpin umat Islam dan seluruh umat manusia dengan
undang-undang, peraturan-peraturan, sistem-sistem, pemikiran-pemikiran dan
ideologi-ideologi yang selain daripada Allah kerana ini juga bermakna menerima
kepimpinan orang-orang kafir. Para pemimpin yang beragama Islam yang sedang
berkuasa dan memerintah di dalam negara Malaysia kita ini adalah para pemimpin
dan pemerintah yang disifatkan Allah sebagai zalim dan menindas serta sesat dan
buta dan justeru mereka ini disifatkan Allah sebagai telah dan sedang melakukan
penindasan, kezaliman, pencerobohan, ancaman, kejahatan dan kerosakan ke atas
seluruh umat manusia di bumi kerana mereka memerintah negara kita ini dengan
peraturan dan undang-undang manusia dan dengan pemikiran dan ideologi
Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis yang kesemuanya ini adalah syirik dan
kufur ciptaan manusia daripada Barat.
Bagai manakah cara-caranya yang membolehkan kita untuk
meletakkan diri kita sebagai pemimpin-pemimpin mereka sedangkan kita sedia
maklum bahawa mereka sekali-kali tidak akan menjemput kita untuk memimpin
mereka? Malah mereka sentiasa menyimpan cita-cita yang kuat untuk mengatasi dan
memimpin kita mengikut hawa nafsu mereka. Allah memerintahkan kita dengan
tegas, jelas dan nyata sekali supaya kita BERJIHAD dan BERPERANG untuk
menghapuskan kepemimpinan orang-orang kafir. Kita diperintahkan Allah untuk
BERJIHAD dan BERPERANG agar kita menjadi umat yang paling kuat dan berkuasa
dalam politik dan pemerintahan negara. Kita diperintahkan Allah untuk BERJIHAD
dan BERPERANG supaya kita dapat mengatasi dan menundukkan mereka kepada
kekuatan dan kekuasaan kita yang membolehkan kita untuk memimpin dan membimbing
mereka kepada keadilan, kebebasan dan keamanan mengikut pengukuran-pengukuran
dan neraca-neraca pertimbangan daripada Allah. Ini adalah konsep Islam dan
peraturan Islam yang berbentuk praktikal, sempurna dan bijaksana daripada Allah
dan Rasul-Nya.
Apabila kita berada di bawah kepemimpinan orang-orang kafir
atau di bawah kepimpinan orang-orang Islam yang menjalankan ideologi,
undang-undang, peraturan-peraturan dan sistem-sistem yang syirik dan kufur,
kesemuanya ini bermakna kita berada dalam ‘kesesatan dan ‘kebutaan’ serta ‘penindasan’
dan ‘kerosakan’ yang
besar kerana kepemimpinan mereka itu disifatkan Allah sebagai kesesatan,
kebutaan, penindasan, kezaliman,
ancaman, pencerobohan, kejahatan dan kerosakan. Allah memerintahkan kita supaya
kita melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi ke atas kekuatan dan kekuasaan
orang-orang kafir dan juga ke atas kerajan-kerajaan umat Islam yang dipimpin
oleh orang-orang Islam sendiri yang tidak menjalankan peraturan dan
undang-undang Allah yang menjadikan kerajaan itu sebagai kerajaan yang syirik
dan kufur supaya terhapusnya ‘kesesatan’ dan ‘kebutaan’ serta ‘penindasan’
dan ‘kerosakan’ itu sehinggalah seluruh kekuatan dan kekuasaan itu
hanyalah menjadi hak dan milik Allah sahaja di bumi.
Firman Allah : ar-Raad 19
Apakah orang yang mengetahui bahawa apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmua itu adalah benar sama dengan orang yang buta? Hanya orang yang berakal sahaja dapat mengambil pengajaran.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Di dalam surah ini juga terdapat ayat-ayat yang
seperti ini juga yang menerangkan hakikat kekufuran. Ayat-ayat ini menjelaskan
bahawa kekufuran itu suatu kebutaan dan kematian mata hati. Sementara hidayat
menandakan diri manusia itu terselamat daripada kebutaan, juga menandakan
daya-daya pemikirannya berada dalam keadaan selamat. Ayat-ayat itu juga
menerangkan bahawa di dalam lembaran alam buana ini terdapat bukti-bukti yang
menunjukkan kebenaran kepada mereka yang berfikir dan menggunakan akal.
Andainya orang-orang yang tidak beriman kepada
ajaran yang benar ini disifatkan sebagai orang-orang buta dengan pengakuan
daripada Allah, maka tentulah tidak seharusnya bagi seseorang Muslim, yang
mendakwa beriman kepada Rasulullah saw dan beriman bahawa al-Quran ini wahyu
daripada Allah, menerima sesuatu peraturan dalam mana-mana urusan hidupnya
daripada manusia yang buta itu terutama dalam urusan yang ada hubungan dengan
peraturan-peraturan yang mengendali dan mentadbirkan kehidupan manusia atau
dengan nilai-nilai dan ukuran-ukuran yang menjadi asas hidup mereka atau
mempunyai hubungan dengan adab resam, tingkah laku dan adab sopan yang
menguasai masyarakat mereka.
Perbuatan mengakui kesahihan sesuatu sistem atau
sesuatu undang-undang atau sistem pemerintahan yang diciptakan oleh yang lain
daripada Allah adalah terkeluar daripada lingkungan Islam kerana Allah,
lantaran Islam kerana Allah, ialah menumpukan ketaatan dan kepatuhan kepada
Allah Yang Maha Esa sahaja.
Pengakuan ini selain bertentangan secara pasti
dengan konsep Islam yang asasi, maka dalam waktu yang sama juga bererti
menyerahkan teraju Khilafah di bumi ini kepada orang-orang yang buta, iaitu
orang-orang yang membatalkan perjanjian Allah yang telah dimeteraikannya dan
memutuskan apa yang telah diperintahkan Allah supaya disambungkannya dan
melakukan kerosakan di bumi. Oleh kerana itu kerosakan di bumi mempunyai
pertalian yang amat rapat dengan kepimpinan orang-orang buta!
Umat manusia telah menderita di sepanjang
sejarahnya kerana mereka terumbang ambaing dan meraba-raba di antara
berbagai-bagai sistem peraturan dan undang-undang yang dipimpin oleh
orang-orang yang buta, iaitu orang yang memakai baju ahli falsafah, ahli fikir,
ahli undang-undang dan ahli-ahli politik di sepanjang abad. Manusia tidak
pernah bahagia dan insaniyah mereka tidak pernah meningkat, mereka tidak pernah
mencapai tahap sebagai Khalifah Allah di muka bumi melainkan di bawah naungan
sistem Rabbani di dalam beberapa waktu ketika mereka kembali kepada sistem yang
lurus itu.
Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa Allah menyifatkan para
pemimpin kita yang tidak menjalankan peraturan dan undang-undang Allah sebagai
orang-orang buta! Para pemimpin kita dan Raja-Raja Melayu kita yang tidak
menjalankan peraturan dan undang-undang Allah dan yang menjalankan peraturan
dan undang-undang manusia serta seluruh umat Islam kita yang berada di bawah
pemerintahan mereka ini yang menyetujui dan meredhai segala peraturan dan
undang-undang manusia ini adalah
kesemuanya disifatkan Allah sebagai orang-orang buta, orang-orang yang tidak
mendapat hidayat dan orang-orang yang sesat daripada jalan yang benar. Seluruh
umat Islam di Malaysia kita ini adalah orang-orang buta di sisi Allah swt
kerana kita ini kesemuanya adalah dipimpin oleh para pemimpin kita yang buta.
Ini adalah satu situasi yang amat malang dan tragis sekali yang wujud dan
berlaku di dalam negara Malaysia kita ini kini kerana ianya adalah satu situasi
si buta adalah dipimpin oleh si buta yang lain. Kalaulah sudah begini keadaan
kita, sudah tentu kita tidak boleh berharap untuk menjadi umat nombor satu di
bumi kita ini!
Firman Allah : at-Taubah 33
Allah mengutuskan Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar supaya dimenangkannya ke atas seluruh agama yang lain walaupun orang-orang musyrikin tidak menyetujuinya.
Bagaimanakah Allah MEMENANGKAN agama kita ke atas orang-orang
kafir? Janji Allah untuk MEMENANGKAN kita untuk mengatasi orang-orang kafir
tidak akan berlaku selagi kita kekal dalam keadaan kita yang bingung dan hina
ini yang terus menerus berlumba-lumba untuk bertuankan kepada peraturan dan
undang-undang ciptaan orang-orang kafir. Janji Allah untuk MEMENANGKAN kita ke
atas mereka akan hanyalah berlaku setelah kita membebas dan melepaskan diri
kita daripada belenggu kekuasaan dan pemerintahan ciptaan orang-orang kafir,
setelah kita membebaskan diri kita daripada pengabdian kita kepada kuasa
mereka, setelah kita tidak lagi mengalah, akur dan tunduk kepada kekuatan dan
kekuasaan mereka dan kepada ideologi dan pemikiran mereka, setelah kita memisah
dan mengasingkan diri kita daripada kumpulan mereka dan daripada kepimpinan
mereka, setelah kita berada di dalam komuniti atau kumpulan orang-orang yang
beriman yang baru, setelah kita bernaung di bawah kepimpinan muttaqi yang baru
dan setelah kita menafi, menolak, mengingkari dan menentang kekuasaan dan
kekuatan kufur ini dengan aktif dan total. Janji Allah untuk MEMENANGKAN kita
dalam mengatasi mereka akan hanya berlaku dengan kesedaran, perjuangan dan tindakan
dalam bentuk Jihad, Perang dan Revolusi!
Firman Allah: at-Taubah 40
Dan Allah menjadikan perkataan orang-orang kafir terkebawah dan perkataan Allah tertinggi. Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.
Allah s.w.t. menghendaki supaya perkataan Allah atau hukum
Allah itu mengatasi dan menundukkan hukum-hukum yang selain daripada Allah.
Islam dimaksudkan oleh Allah s.w.t. untuk wujud hanya dalam keadaan dan status
yang melambangkan "superiority"
sahaja di sepanjang kewujudannya itu di bahagian dan di daerah mana sekalipun
di dunia ini, dan dalam situasi dan iklim sosio-politik yang sebagaimana sulit
dan menekan sekalipun. Bagi kita di Malaysia ini, kita dapati suatu situasi di
mana undang-undang sekular ciptaan manusia dengan ketaranya sedang mengatasi
dan menundukkan undang-undang Islam dalam hal ehwal keluarga, nikah kahwin dan
pusaka, manakala dalam hal-hal politik, ekonomi, sosial, moral dan perhubungan
antarabangsa, tidak pernah wujud langsung undang-undang Islam di bawah
mana-mana akta dan enakmen sekalipun – ini bererti perkataan Allah dan agama
Allah sentiasa sahaja dikalah, diperlekeh dan ditundukkan dengan total di
sepanjang masa oleh perkataan manusia dan agama manusia dalam sistem
pemerintahan demokrasi di dalam negara Malaysia kita ini. Agama Allah bukanlah
agama yang berkuasa dan berdaulat, dan agama Allah bukanlah agama yang agung
dan tertinggi di dalam negara Malaysia kita ini, sebaliknya agama manusialah
yang berkuasa dan berdaulat, agama manusialah yang tertinggi dan teragung yang
mengatasi dan menundukkan agama Allah. Ini adalah satu kesyirikan dan kekufuran
terhadap Allah s.w.t.!
Firman Allah: at-Taubah 29, 33
Perangilah orang-orang yang tidak beriman, mereka tiada mengharamkan apa yang diharamkan Allah dan Rasul-Nya dan tiada pula beragama dengan agama yang benar, (iaitu) diantara ahli-ahli kitab, kecuali jika mereka membayar jizyah dengan tangannya sendiri sedang mereka orang yang tunduk.
Dia yang mengutus Rasul-Nya dengan petunjuk dan agama yang benar, supaya ditinggikanNya agama itu di atas segala agama, sekali pun benci orang-orang musyrik.
Rasulullah saw telah ditanya mengenai seorang lelaki yang berperang kerana menunjukkan keberanian, dan seorang lagi riak. Manakah di antara peperangan-peperangan itu yang dikatakan berperang kerana sabilullah? Jawab beliau, “barangsiapa yang berperang supaya agama Allah menjadi tinggi, maka dialah berperang kerana sabilullah.”
Daripada Abu Musa ra
Sesiapa yang berperang supaya agama Allah menjadi agama yang tertinggi maka dialah yang berperang kerana Sabilullah
Dikeluarkan oleh Malik dan Syaikhan
(BERSAMBUNG)
No comments:
Post a Comment