METOD ISLAM :
al-QURAN, SUNNAH dan SIRAH
PROSES REVOLUSI
Firman Allah : al-A’raf 195
Katakanlah : (Wahai Muhammad!) Panggillah sekutu-sekutu kamu kemudian lakukanlah angkara tipu daya terhadapku (dengan segera) dan janganlah kamu memberi sebarang tangguhan kepadaku.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran):
Beliau melontar cabaran ke muka kaum musyrikin dan
ke muka Tuhan - tuhan mereka yang palsu . Beliau menegaskan kepada mereka
supaya berusaha habis-habisan melakukan segala ankara tipu daya terhadap
dirinya tanpa menangguh dan menempuh , dan seterusnya berkata kepada mereka
dengan nada seseorang yang begitu yakin kepada tempat sandaran dan tempat
perlindungannya yang berkuasa melindunginya daripada ankara tipu daya mereka .
Firman Allah : Hud 54, 55
Jawab Hud : Sesungguhnya aku mempersaksikan Allah dan kamu sekelian hendaklah turut menjadi saksi bahawa aku tidak ada kena mengena dengan perbuatan kamu yang mempersekutukan Allah .
Dengan yang lain daripada-Nya. Oleh sebab itu, Aturkanlah segala tipu daya kamu sekelian terhadap diriku kemudian (bertindaklah) tanpa memberi sebarang tempuh kepadaku.
Firman Allah : al-A’raf 110, 127
Dia mahu mengeluarkan kamu daripada negeri kamu. Oleh itu apakah bicara kamu?
Dan berkatalah para pembesar daripada kaum Firaun , “apakah Tuanku akan membiarkan Musa dan kaumnya melakukan kerosakan di bumi serta meninggalkan Tuanku dan Tuhan-tuhan Tuanku!” Jawab Firaun, “kita akan membunuh (sekali lagi) anak-anak lelaki mereka dan membiarkan anak-anak perempuan mereka sahaja yang hidup dan kita tetap menguasai mereka .”
AYAT-AYAT di atas ini
menjelaskan kepada kita mengenai kewujudan konsep KONFRANTASI TERBUKA yang
dilancarkan oleh seluruh Pergerakan Islam di sepanjang zaman dalam sejarah
perjuangan Islam terhadap kekuasaan kufur dengan segala kekuatannya sebagai
Metod Islam dalam perjuangan Islam yang merintis jalan kepada meletusnya Jihad,
Perang dan Revolusi. Konfrantasi Terbuka inilah metod perjuangan Rasulullah saw
dan para Rasul yang terdahulu yang dipimpin oleh Allah swt sendiri melalui
wahyu. Metod Islam adalah wahyu daripada
Allah dan inilah sahaja Metod Islam dalam perjuangan Islam dan tidak yang selain
daripadanya. Allah sekali-kali tidak membenarkan Metod Islam ini untuk direka
cipta oleh pemikiran dan pengalaman manusia yang selain daripada Allah!
Metod Islam adalah terdiri daripada PROSES REVOLUSI yang merintis jalan ke
arah meletusnya Jihad, Perang dan Revolusi untuk menghapuskan kerajaan manusia
yang syirik dan kufur. Proses Revolusi ini adalah bersumberkan al-Quran, Sunnah
dan Sirah, iaitu :
·
DEKLARASI,
·
PENOLAKAN
TOTAL,
·
TANPA
KOMPROMI,
·
KONFRANTASI
TERBUKA;
Inilah konsep-konsep revolusi yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya.
Inilah konsep-konsep yang diamalkan oleh Rasulullah saw dan Pergerakan Islam di
bawah kepimpinan Baginda semasa di era Mekah dahulu itu . Inilah ajaran Allah
kepada kita dalam menghadapi kekuasaan dan kekuatan kufur yang sedang berdaulat
dan memerintah ke atas kita.
METOD PERJUANGAN RASULULLAH SAW
SEMASA DI ZAMAN MEKAH
|
METOD PERJUANGAN UMAT ISLAM MALAYSIA
|
1. Mengisytiharkan
kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ
untuk menegakkan kekuasaan Islam dan sistem kehidupan Islam, serta matlamat
untuk menghapuskan kekuasaan Jahiliyah.
|
1. Tidak mengisytiharkan matlamat ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ
untuk menghapuskan Jahiliyah demokrasi .
|
2. Mengisytiharkan
agama jahiliyah Mekah sebagai agama yang syirik dan kufur.
|
2.Tidak mengisytiharkan agama Jahiliyah demokrasi sebagai agama yang
syirik dan kufur.
|
3. Tidak mengamal, mengimani dan
menganuti agama Jahiliyah.
|
3. Mengamal agama demokrasi yang bererti menganuti dan mengimani agama
Jahiliyah.
|
4. Tidak membolehkan amalan agama
Jahiliyah bagi tujuan perjuangan Islam.
|
4. Membolehkan dan menghalalkan amalan agama demokrasi bagi tujuan
perjuangan Islam.
|
5. Tidak mengiktiraf dan bersetuju
terhadap agama Jahiliyah.
|
5.Mengiktiraf, bersetuju dan
meredhai agama demokrasi.
|
6. Tidak bersetuju
untuk menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang
kepada manusia.
|
6.Bersetuju dan redha untuk menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat
undang-undang kepada manusia.
|
7. Tidak mentaati
peraturan dan undang-undang manusia.
|
7.Mentaati dan mematuhi peraturan dan undang-undang demojkrasi ciptaan
manusia.
|
8. Menafi, menolak,
mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap agama
Jahiliyah.
|
8.Tidak menafi, menolak, mengingkari
dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap agama Jahiliyah
demokrasi.
|
9. Memisahkan diri
daripada kepimpinan kufur dan kekuasaan kufur serta untuk memusuhi dan
membencinya.
|
9. Tidak memisahkan diri daripada
kepimpinan kufur dan kekuasaan kufur serta tidak memusuhi dan membencinya.
|
10. Mengamalkan sikap
tidak berkompromi dan non-konformis terhadap agama Jahiliyah.
|
10.Tidak mengamalkan sikap tidak
berkompromi dan non-konformis terhadap agama Jahiliyah.
|
11. Mencabar dan
mengancam agama Jahiliyah yang sedang berkuasa dan berdaulat.
|
11. Tidak mencabar dan
mengancam agama Jahiliyah yang sedang berkuasa dan berdaulat.
|
12. Bersedia dan
sanggup untuk dizalimi dan ditindas oleh kekuasaan Jahiliyah dengan ketara
dan berpajangan.
|
12. Tidak akan dizalimi
dan ditindas oleh kekuasaan Jahiliyah kerana cara berdakwah yang tidak
mencabar dan mengancam kekuatan dan kekuasaan Jahiliyah.
|
13. Setelah memperolehi
kekuatan, Islam akan melancarkan Jihad dan Perang terhadap Jahiliyah untuk
menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia dan untuk
mengembalikan pengabdian seluruh umat manusia kepada Allah sahaja.
|
13. Tidak bersedia
untuk melancarkan Jihad dan Perang terhadap Jahiliyah dan kekuasaan jahiliah
serta tidak bercadang untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada
kuasa manusia.
|
Sikap dan tindakan-tindakan Rasulullah saw dan kelompok Muslimin di zaman
Mekah terhadap kaum musyrikin, kepimpinan musyrikin dan agama kaum musyrikin
adalah terdiri daripada :
1. Mengisytiharkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ untuk menegakkan kekuasaan Islam dan sistem kehidupan Islam,
serta matlamat untuk menghapuskan kekuasaan Jahiliyah.
2. Mengisytiharkan
agama jahiliyah Mekah sebagai agama yang syirik dan kufur.
3. Tidak
mengamal, mengimani dan menganuti agama Jahiliyah.
4. Tidak
membolehkan amalan agama Jahiliyah bagi tujuan perjuangan Islam.
5.Tidak
mengiktiraf dan bersetuju terhadap agama Jahiliyah.
6.Tidak
bersetuju untuk menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat peraturan dan
undang-undang kepada manusia.
7. Tidak
mentaati peraturan dan undang-undang manusia.
8.Menafi,
menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap
agama Jahiliyah.
9.Memisah
dan mengasingkan diri daripada kepimpinan kufur dan kekuasaan kufur serta untuk
memusuhi dan membencinya.
10.Mengamalkan
sikap tidak berkompromi dan non-konformis terhadap agama Jahiliyah.
11.Mencabar
dan mengancam agama Jahiliyah yang sedang berkuasa dan berdaulat.
12.Bersedia
dan sanggup untuk dizalimi dan ditindas oleh kekuasaan Jahiliyah dengan ketara
dan berpajangan.
13.Setelah
memperolehi kekuatan, Islam akan melancarkan Jihad dan Perang terhadap
Jahiliyah untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia dan
untuk mengembalikan pengabdian seluruh umat manusia kepada Allah sahaja.
Inilah konsep-konsep REVOLUSI yang dipraktikkan oleh Rasulullah saw dan
para pengikutnya yang kerdil semasa dalam era Jahiliyah Mekah, malah inilah
amalan dan sistem kehidupan para Rasul yang terdahulu. Inilah Metod Islam
daripada Allah dan Rasul-Nya. Segala konsep revolusi yang wujud dan diamalkan
oleh Rasulullah saw di zaman Mekah, membantu kita untuk memahami dan mengenal
pastikan konsep-konsep revolusi yang sewajarnya kita praktikkan dalam PROSES
REVOLUSI bagi perjuangan kita pada zaman kita kini :
1. Proses Revolusi adalah satu fasa
perjuangan yang wujud dalam bentuk konflik secara total dan terbuka di antara
Pergerakan Islam dengan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur yang akhirnya
akan membawa kepada Jihad, Perang dan Revolusi;
2. Proses Revolusi ini akan memakan masa
yang agak lama, mungkin generasi demi generasi, yang kemudianya akan membawa
kepada kebangkitan massa ummah yang akan membesar dan mengembang kepada Jihad,
Perang dan Revolusi;
3. Proses Revolusi ini adalah satu fasa
perjuangan yang membolehkan sesuatu Pergerakan Islam itu untuk mengumpul,
membina dan menjana KEKUATANNYA daripada segala sumber daripada dalam
Pergerakan Islam itu sendiri dan juga segala sumber daripada persekitarannya;
4. Ia bermula daripada satu Pergerakan
Islam yang kecil sehingga ia membesar dengan mendapat sokongan dan penglibatan
daripada seluruh massa umat Islam di persekitarannya;
5. Pergerakan Islam amat memerlukan
kepada segala KEKUATAN untuk mengatasi musuh-musuhnya, iaitu kekuatan iman dan
ketaqwaan, kekuatan jiwa dan rohani, kekuatan tekad dan keazaman, kekuatan
semangat dan komitmen yang amat mendalam kepada perjuangan, kekuatan perpaduan
sesama para pejuang Islam, kekuatan dalam bentuk kefahaman yang mendalam
mengenai Aqidah Islam dan juga Metod Islam, serta kekuatan fizikal dalam bentuk
material, persenjataan dan latihan – segala kekuatan ini adalah amat diperlukan
kerana ianya adalah untuk tujuan merampas kuasa politik negara yang kufur itu
dengan Jihad, Perang dan Revolusi;
6. Kebangkitan Islam dimulakan dengan
pembentukan sebuah Pergerakan Islam yang MENDEKLARASIKAN matlamat perjuangannya
secara terbuka untuk menghapuskan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini
untuk kemudianya digantikan dengan sebuah kerajaan Allah melalui Jihad, Perang
dan Revolusi.
7. Pergerakan Islam mengamalkan sikap dan
tindakan-tindakan PENENTANGAN TOTAL dan TANPA KOMPROMI terhadap kerajaan
demokrasi yang syirik dan kufur ini;
8. Pergerakan Islam mengelakkan diri
mereka daripada mengamalkan sistem politik demokrasi, mereka memisah dan
mengasingkan diri mereka daripadanya, mereka menolak kepimpinan yang sedia ada
dan mereka berhimpun di bawah satu kepimpinan yang baru;
9. Pergerakan Islam mengoperasikan proses
penyebaran Aqidah dan Pemikiran Islam dalam bentuk TARBIYAH, TINDAKAN dan
PERGERAKAN, dan bukan hanya tarbiyah demi tarbiyah sahaja tanpa tindakan dan
pergerakan;
10. Pergerakan Islam sentiasa bertindak
aktif, agresif dan militen dalam MENCABAR, MENGGANGGU dan MENGANCAM kerajaan
demokrasi yang syirik dan kufur ini;
11. Sesebuah kerajaan demokrasi itu tidak
diberi pilihan yang lain melainkan hanya untuk bertindak balas dalam bentuk
MENINDAS dan MENZALIMI sesebuah Pergerakan Islam yang berbentuk agresif,
militen, radikal dan revolusyeneri ini;
12.Tindak balas yang zalim dan menindas
sesebuah kerajaan demokrasi terhadap Pergerakan Islam ini hanyalah sekadar
untuk menyelamatkan kerajaan mereka daripada mengalami kehancuran, mengelakkan
pengusiran mereka daripada takhta pemerintahan mereka dan mengelakkan
kehilangan segala harta dan kepentingan mereka - ia bertindak untuk mempertahan
dan mengekalkan status quo;
13.“ACTIONS” dalam bentuk segala agitasi
dan desakan yang aktif, agresif dan militen daripada Pergerakan Islam akan menimbulkan
“REACTIONS” daripada kerajaan demokrasi, iaitu “reactions” daripada pihak
kerajaan dalam bentuk tindakan-tindakan yang tegas dan keras dalam
membenteraskan kebangkitan Islam ini, kemudian “REACTIONS’ ini pula akan menimbulkan
“COUNTER-REACTIONS” daripada Pergerakan Islam yang bertindak semakin agresif
dan militen terhadap kerajaan;
14. Segala “ACTIONS’, “REACTIONS” dan “COUNTER-REACTIONS”
dalam bentuk segala tindakan dan serangan yang aktif, agresif dan militen yang saling
berbalas-balas di antara kedua-dua pihak yang berkonflik ini akan merebak, menyemarak
dan memuncak kepada satu situasi KONFRANTASI TERBUKA yang bersifat semakin
hangat, getir dan sengit dari masa ke masa – situasi inilah yang menghidup,
merangsang, menyegar dan mengkesinambungkan segala aktiviti Jihad, Perang dan
Revolusi di kalangan para pejuang Islam;
15.Suasana kehangatan konflik dalam bentuk
segala tindakan yang saling berbalas-balas di antara kedua-dua pihak yang
berkonflik itu akan menyumbangkan kepada kekesanan gerakan TARBIYAH yang
dijalankan oleh Pergerakan Islam di kalangan massa umat Islam dan sekali gus
ianya juga membantu untuk mencapai peningkatan tahap KETAQWAAN di kalangan
mereka (massa umat Islam) yang diharapkan agar mereka itu akan akhirnya
terserap ke dalam perjuangan dan Pergerakan Islam;
16.Konflik ini adalah konflik hanya
kerana AQIDAH semata-mata yang berbentuk AGAMA menentang AGAMA, dan ianya
bukanlah konflik kerana bangsa, negara dan tanah air, atau kerana ekonomi,
teknologi dan sebarang faktor yang lain daripada AQIDAH;
17. Konflik ini adalah sesuatu yang DIPAKSAKAN
ke atas kekuasaan demokrasi yang syirik dan kufur ini, iaitu sesuatu yang
dicipta dan diwujudkan dengan sengaja, sedar dan terancang oleh Pergerakan
Islam yang bersifat dan berbentuk agresif, militen, radikal dan revolusyeneri;
18.Tanpa konflik seperti ini, umat Islam
tidak akan mengalami kebangkitan, dan hal ini akan hanya mengakibatkan kelesuan,
kelembapan dan akhirnya kelenyapan yang total kepada perjuangan Islam;
19.Pergerakan Islam sedar bahawa mereka
sebenarnya menanggung risiko yang amat besar, iaitu setelah melalui jalan-jalan
yang berliku-liku dan mengalami segala pahit getir, yang memakan masa generasi
demi generasi, mereka menghadapi dua kemungkinan – samada perjuangan mereka
akan berakhir dengan menempa kejayaan atau mereka akan tumpas di bumi, namun
mereka tetap dijamin untuk mencatat kejayaan dan kemenangan yang amat gemilang
di sisi Allah swt di akhirat nanti!
20.Pergerakan Islam tidak mengharapkan
orang lain atau pihak yang lain untuk membantu mereka dalam mengatasi
musuh-musuh mereka – mereka mengalah, mengatasi dan merampas kekuasaan politik
itu dengan kekuatan yang ada pada mereka sendiri yang terkumpul, terjana dan
terbina semasa dalam perjalanannya melalui proses TARBIYAH, TINDAKAN dan
PERGERAKAN.
Inilah PROSES REVOLUSI yang berperanan sebagai satu proses radikalisasi
dan aktivasi massa umat Islam yang akan membawa kepada KEBANGKITAN, PERANG dan REVOLUSI
dalam fasa yang kemudiannya nanti. Hanya melalui amalan KONSEP-KONSEP REVOLUSI ini
sahaja yang berkeupayaan untuk membawa sesuatu perjuangan Islam itu kepada JIHAD,
PERANG dan REVOLUSI.
Kebangkitan Islam hanya boleh bermula apabila
seseorang Islam itu mengeluarkan dirinya daripada agama Islam kita ini kerana
ianya adalah agama yang sesat, rosak dan pincang yang diciptakan oleh kaum
Yahudi dan dia sekali lagi hendaklah memasuki ke dalam agama Islam yang asal,
sempurna dan sebenar yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya. Sekiranya wujud
satu kumpulan umat Islam yang kecil di dalam negara kita yang mengeluarkan diri
mereka daripada agama Islam kita ini dan mereka telah memasuki kembali ke dalam
agama Islam yang sebenar yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya, dan mereka
memahami dan menyedari mengenai Aqidah dan Pemikiran Islam serta juga Metod
Islam, dan mereka itu wujud dengan mengimani, mengamal dan mempraktikkan
konsep-konsep REVOLUSI seperti di atas ini, di antaranya mereka menafi,
menolak, mengingkari dan menentang agama demokrasi dan kerajaan demokrasi yang
syirik dan kufur ini serta mereka memusuhi dan membencinya, itulah tandanya
KEBANGKITAN dan PROSES REVOLUSI telahpun bermula!
Jalan-jalan yang lain daripada amalan konsep-konsep revolusi ini adalah
salah dan sesat yang bukan sahaja akan gagal untuk membawa kepada revolusi
tetapi ianya juga adalah jalan-jalan yang syirik dan kufur. Konsep-konsep
revolusi ini hendaklah diamal dan dipraktikkan daripada awal perjuangan
sehingga ke akhirnya tanpa sedikitpun mencampurinya dengan konsep-konsep yang
lain. Revolusi Islam tidak boleh dimulai
dengan konsep-konsep, jalan-jalan dan cara-cara yang lain untuk kemudiannya
disambung sewaktu dipertengahan jalannya dengan konsep-konsep revolusi daripada
al-Quran, Sunnah dan Sirah.
1.DEKLARASI
Konsep-konsep dalam proses revolusi
yang terdiri daripada DEKLARASI, PENOLAKAN TOTAL, TANPA KOMPROMI dan
KONFRANTASI TERBUKA ini adalah bersumberkan al-Quran dan Sunnah Rasul; ianya
adalah perintah Allah s.w.t. yang diimplementasikan oleh junjungan besar kita
Rasulullah s.a.w. Tugas kita ialah untuk mentaati dan melaksanakan segala
konsep ini dengan kesungguhan semata-mata kerana menuntut keredhaan Allah
s.w.t. Metod yang selain daripada mentaati dan melaksanakan segala konsep ini
adalah satu penyelewengan yang mendasar daripada Aqidah Islam dan kederhakaan
terhadap Allah s.w.t.; disamping itu metod itu sekali-kali tidak akan membawa
kepada kebangkitan di kalangan massa ummah.
Dalam wahyu-Nya yang pertama, Allah s.w.t., memerintahkan
Rasulullah s.a.w. supaya mengisytihar dan menyebarkan Agama Tauhid dengan
seruan: Iqra! yang dimaksudkan supaya mengisytiharkan tentang wujudnya Ar-Rabb
yang Maha Esa dan yang Maha Mencipta. Pada pertama kali ini Allah s.w.t telah
memilih untuk memperkenal dan mengisytiharkan diri-Nya kepada manusia sebagai
Ar-Rabb, iaitu Allah yang memiliki kedaulatan, otoriti dan perundangan. Di
dalam ayat pertama surah Al-Fatihah, sekali lagi Allah s.w.t. memilih untuk memperingati
kita tentang diri-Nya sebagai Ar-Rabb yang memiliki kedaulatan ke atas alam
semesta. Di dalam ayat yang lain Allah menyeru lagi:
Firman Allah: Al-Anbia 92
Akulah Rabbmu, sembahlah Aku!
Allah mendeklarasikan dengan jelas, terang dan lantang bahawa
Dia adalah Rabb manusia yang memiliki kedaulatan, otoriti dan perundangan.
Allah menyeru: "Sembahlah Aku!"
- dalam konteks isu kenegaraan, seruan itu dimaksudkan untuk mentaati, mengabdi
dan menyembah kedaulatan, otoriti dan perundangan Allah dengan sekali gus untuk
menolak dan menentang kedaulatan, otoriti dan perundangan rakyat. Untuk
menyembah Allah dengan sepenuh dan sempurna, kita hendaklah mendirikan Negara
Islam dengan terlebih dahulu menghancurkan negara demokrasi.
Firman Allah: al-Alaq 1,3
Isytiharkanlah! Dengan nama Ar-Rabbmu yang mencipta. Isytiharkanlah dan Tuhanmu amat Pemurah.
Firman Allah: al-Muddaththir 1,2
Hai orang yang berselimut, bangunlah, lalu berilah peringatan.
Firman Allah: al-Hijr 94
Isytiharkanlah secara terbuka apa yang telah diperintahkan kamu dan jauhi orang-orang musyrik.
Firman Allah: Asy-Syuara' 214
Dan peringatilah keluargamu yang hampir.
Firman Allah: Al-Maidah 67
Wahai Nabi! Isytiharkanlah apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu. Sekiranya kamu tidak melakukannya, kamu tidak menyampaikan risalah.
Kita dikehendaki untuk mendeklarasikan segala apa yang
diturunkan Allah, terutama sekali Aqidah dan Pemikiran Islam dan untuk
mendeklarasikan penentangan total terhadap aqidah dan pemikiran demokrasi dan
terhadap segala strategi dan metod pembangunan di bawah pemikiran demokrasi
seperti Pelembagaan Negara, Rukun Negara, Keranamu Malaysia, Dasar Pembangunan
Nasional, Wawasan 2020 dan Satu Malaysia. Oleh kerana Islam itu adalah satu
cabaran terhadap kesemua ideologi dan otoriti yang selain daripada Islam,
perisytiharan terbuka ini adalah bertujuan untuk mencabar dan mengancam ideologi
dan otoriti kufur yang sedang berdaulat dan berkuasa. Inilah Metod Islam.
Firman Allah: Al-Baqarah 42
Dan janganlah kamu campurkan yang benar dengan yang batil dan jangan kamu sembunyikan yang benar, sedangkan kamu mengetahui.
Allah s.w.t. memerintahkan kita supaya jangan keliru dan
campurkan kebenaran Islam dengan kekufuran demokrasi, dan tanpa deklarasi
kekufuran demokrasi menyebabkan majoriti daripada kita menganggap demokrasi itu
sebagai Islam atau bersesuaian dengan Islam, dan mereka akan terus mengamal dan
mempertahankan demokrasi tanpa menyedari bahawa perbuatan itu boleh membawa
kepada kesyirikan dan kekufuran. Inilah bahaya kepada Aqidah Islam kita kesan
daripada tanpa mendeklarasikan kekufuran demokrasi. Kita telahpun memutuskan
bahawa kekufuran demokrasi itu adalah satu hakikat dan sesuatu yang benar-benar
wujud dan berlaku di sisi ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, Allah s.w.t. memerintahkan kita supaya
jangan menyembunyikan tentang hakikat kekufuran demokrasi ini; sekiranya kita
tidak mengisytiharkan kekufuran demokrasi, sedangkan kita mengetahuinya sebagai
kufur, kita telah menderhakai Allah s.w.t. Tidak ada rumusan yang lebih logik
melainkan hanyalah untuk mengisytiharkan kekufuran demokrasi.
Firman Allah: Al-Baqarah 174
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan mana-mana ayat kitab suci yang diturunkan Allah dan membeli dengannya faedah (dunia) yang sedikit, mereka sebenarnya tidaklah memakan apa yang di dalam perut mereka kecuali api neraka dan Allah tidak akan bercakap dengan mereka pada hari Qiamat dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa) dan mereka akan mendapat keseksaan yang amat pedih.
Firman Allah: Al-Imran 71
Wahai ahli kitab, mengapakah kamu mengelirukan kebenaran dengan kebatilan dan menyembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahui?
Sikap dan tindakan orang-orang yang tidak menyampai dan
menyebarkan kebenaran ayat-ayat Allah seperti menyembunyikan realiti kekufuran
demokrasi berserta dengan perintah Allah yang jelas dan tegas untuk menolak dan
menentangnya serta untuk mencabarnya dengan aktif dan radikal sedangkan mereka
itu memahami dan mengetahuinya, merupakan satu sikap dan tindakan yang
menderhakai Allah s.w.t., dan Allah s.w.t. menganggap segala wang gajian dan
keuntungan perniagaan yang mereka perolehi itu seumpama mereka memakan dan
memasukkan api neraka ke dalam perut mereka, dan bahawasanya Allah s.w.t. tidak
mengampuni dosa-dosa mereka itu.
Di antara faktor-faktor keengganan mereka untuk menyampaikan
kebenaran itu ialah; pertama sekali, anutan dan amalan pemikiran dan fahaman
yang liberal dan apologis yang sentiasa mencari-cari jalan-jalan pintas dan
mudah asalkan yang selain daripada jalan-jalan yang terus sahaja bertindak
dalam mentaati perintah-perintah Allah (dalam menyebarkan kekufuran demokrasi
dan perintah untuk menentangnya) yang mana jalan-jalan pintas ini di antara
lainnya, termasuklah untuk menghalal dan mengamalkan demokrasi yang syirik dan
kufur; kedua, berhubung kait serta berasaskan kepada sifat-sifat liberal dan
apologis ini, mereka juga berat didorongkan oleh motif untuk mempromosikan
kepentingan-kepentingan mereka dalam bentuk memelihara jawatan-jawatan mereka
dalam kerajaan, pekerjaan-pekerjaan dan "career-career"
mereka, dan dalam bentuk kemudahan-kemudahan dan peluang-peluang dalam
kehidupan dan perniagaan yang mereka perolehi atau berharap untuk diperolehi
dengan ihsan daripada kerajaan demokrasi; ketiga, sifat penakut dan tidak
sanggup untuk menghadapi segala tindakan penindasan dan untuk menanggung segala
risiko; keempat, semata-mata keinginan kepada keburukan dan kebutaan berbanding
dengan kebaikan dan hidayah (41:17).
Firman Allah: An-Nahl 36
Sesungguhnya telah Kami utuskan bagi tiap-tiap umat seorang Rasul yang mengisytiharkan: "Sembahlah Allah dan jauhilah taghut".
Di sepanjang sejarah perjuangan Islam, daripada Pergerakan
Islam pimpinan para Rasul yang terdahulu sehingga kepada Pergerakan Islam
pimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dan seterusnya sehingga ke era kini, Deklarasi
Agung hanyalah satu sahaja - untuk menentang dan menghancurkan aqidah dan
pemikiran kufur dan untuk menegakkan Aqidah dan Pemikiran Islam. Kita
diperintahkan untuk mendeklarasikan MISI ISLAM untuk menghancurkan kedaulatan
rakyat yang wujud di bawah demokrasi dan untuk menegakkan kedaulatan Allah.
Jihad yang paling besar sekali ialah untuk menyatakan kebenaran dihadapan sesebuah kerajaan yang menyimpang daripada jalan yang benar.Abu Daud, Termizi, Ibn Majah daripada Abu Said al-Khudri
Jihad yang paling besar bagi kita yang sedang berada di bawah
kekuasaan kufur demokrasi ialah untuk mengisytiharkan KEKUFURAN KERAJAAN
DEMOKRASI dan mengisytiharkan perintah Allah untuk menghancurkannya melalui JIHAD,
PERANG dan REVOLUSI, dan untuk menggantikannya dengan sebuah kerajaan Islam;
dan untuk mengisytiharkan bahawa perjuangan melalui METOD DEMOKRASI adalah satu
KEKUFURAN, dan mengisytiharkan bahawa orang-orang yang mengekal dan
mempertahankan kerajaan demokrasi serta menghalalkan amalannya bererti mengekal
dan mempertahankan kekufuran serta menghalalkan amalan sesuatu yang syirik dan
kufur yang kesemuanya ini mengakibatkan kerosakan kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Sebaliknya sekiranya kita
mengisytiharkan kesemuanya ini, bererti kita telah melakukan Jihad yang paling
besar di sisi Allah swt.
Sebaliknya, UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO mempunyai
komitmen dan tanggungjawab untuk mendeklarasikan sikap dan dasar mereka untuk
mempertahankan demokrasi dan kekuasaan politik UMNO di bawah sistem politik demokrasi
yang sama sekali bertentangan dengan deklarasi dan Misi Islam. Deklarasi UMNO
adalah deklarasi kufur.
Peringkat awal kebangkitan Islam:
1.
Penyampaian risalah dalam bentuk
bisikan (sirriyyah).
2.
Dalam bisikan itu hendaklah
disampaikan:
· Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah
serta Nafi dan Isbat;
· Kekufuran demokrasi dan kerajaan
demokrasi ;
· Tidak boleh mengamalkan demokrasi;
· Matlamat perjuangan untuk
menghancurkan demokrasi;
· Menegakkan ad-Deen (kekuasaan Islam)
melalui Jihad, Perang dan Revolusi.
Dalam perjuangan peringkat awal pembentukan Pergerakan Islam,
tarbiah hendaklah dalam bentuk sirriyyah (rahsia) yang terhad kepada kalangan
kumpulan-kumpulan kecil dan daripada individu kepada individu sahaja. Ini
adalah satu usaha untuk mengelakkan daripada berlakunya kehancuran total kepada
Pergerakan Islam Janin dalam fasa awal pertumbuhan dan perkaderan itu. Namun,
kandungan dan isu tarbiah sirriyyah itu hendaklah terdiri daripada deklarasi
untuk menegakkan kedaulatan Allah dan untuk menghancurkan kedaulatan rakyat
(demokrasi) dan jauh sama sekali daripada mengambil bahagian dalam proses
demokrasi. Perjuangan Rasulullah s.a.w. di Mekah dalam masa tiga tahun yang
pertama adalah dalam bentuk sirriyyah, tetapi tarbiah sirriyyah itu tetap
mengandungi deklarasi, di kalangan kumpulan-kumpulan kecil itu, untuk
menegakkan Aqidah dan Pemikiran Islam dan sekaligus untuk menentang dan
menghancurkan aqidah dan pemikiran Jahiliyah; sama ada tarbiah terbuka atau
tarbiah sirriyyah, deklarasi Islam bagi setiap era dan situasi yang sebagai
mana sulit dan genting sekalipun tetap dalam bentuk untuk menegakkan Aqidah dan
Pemikiran Islam dan untuk menentang dan menghancurkan aqidah dan pemikiran
kufur dan sekali-kali tidak untuk mengamalkan sistem kufur di atas nama dan
tujuan Islam walau sesaat pun.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran –
al-Maidah) :
Tektik berlembut-lembut dalam
usaha menyeru manusia kepada Allah itu hendaklah dilakukan dalam bidang
cara-cara penyampaian dakwah, tetapi tidak boleh dilakukan dalam bidang
menjelaskan hakikat aqidah yang hendak disampaikan kepada mereka, kerana
hakikat aqidah wajib disampaikan kepada mereka dengan sempurna, tetapi cara dan
uslub penyampaian itu bolehlah dilakukan mengikut kehendak-kehendak situasi
yang wujud dengan berlandaskan dasar hikmat dan pengajaran yang baik.
Penyampaian dan penyebaran meluas mengenai Aqidah dan
Pemikiran Islam berserta dengan Metod Islam dikehendaki untuk disampaikan
secara total dan kesemua sekali, tidak boleh disembunyi atau dikemudian dan
ditangguhkan buat sementara waktu mengenai mana-mana bahagian sekalipun. Ini
adalah satu aspek yang amat penting yang semestinya diberi parhatian yang
serius dalam menggembelingkan kebangkitan Islam di kalangan massa umat Islam.
Penyampaian dalam bentuk separuhan tidak akan dapat merangsangkan kebangkitan
dan hanya merupakan satu usaha yang membuang masa sahaja. Ianya adalah satu
kesilapan yang lazimnya dilakukan oleh para pejuang Islam yang kurang
berpengelaman. Hanya penyampaian mengenai Aqidah dan Pemikiran Islam berserta
Metod Islam dalam bentuk kesemua sekali dan seluruhnya sahaja, walaupun pahit
dan amat sukar untuk diterima pada permulaannya, yang berkemampuan untuk
menyinarkan cahaya hati nurani seseorang Islam dan yang akhirnya akan berjaya
untuk menarik dan merangsangkannya ke arah kebangkitan dan revolusi. Apa yang
diperlukan ialah kesabaran, ketahanan dan kesungguhan di kalangan para pejuang
Islam untuk menyampaikan kepada massa umat Islam seluruh Aqidah dan Pemikiran
Islam berserta dengan seluruh Metod Islam daripada Allah dan Rasul-Nya.
2. PENOLAKAN TOTAL
Ketaatan yang total kepada Allah bererti PENOLAKAN TOTAL
terhadap kerajaan dan undang-undang demokrasi yang syirik dan kufur. Perintah
Allah untuk menyerah kepada Islam semua sekali hanya mempunyai satu implikasi
- menafi, menolak, mengingkari dan
menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap kufur, agama kufur, kerajaan
dan peraturan dan undang-undang kufur. Sikap dan tindakan Islam terhadap
demokrasi yang kufur itu ialah penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan
yang terbuka, aktif dan total - terhadap ideologinya, undang-undangnya,
institusi-institusinya, sistem dan prosidurnya dan akhlak yang ditimbulkan
dalam proses kehidupannya. Penolakan Total adalah satu konsep yang radikal dan
revolusyeneri dalam Metod Islam. Pegangan dan amalan konsep ini akan membawa
kepada kebangkitan dan revolusi. Penolakan Total terhadap kerajaan dan
undang-undang demokrasi yang syirik dan kufur adalah satu perintah Allah serta
yang telah diamal dan dipraktikkan oleh Rasulullah saw di sepanjang tempuh dan
hayat perjuangan Baginda.
Firman Allah: Al-Baqarah 208
Hai orang-orang yang beriman! Menyerahlah kamu kepada Allah semua sekali, dan janganlah turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuhmu yang nyata.
Menyerah kepada Allah semua sekali bermakna menolak dan
menentang yang selain daripada Allah semua sekali. Sekiranya yang selain
daripada Allah s.w.t. itu tidak ditolak dan ditentang dengan aktif dan semua
sekali bererti tidak ada penyerahan yang total kepada Allah s.w.t., dan ini
adalah satu kecacatan dan kerosakan kepada Aqidah Islam. Penyerahan dan
pengabdian kepada Allah s.w.t. semua sekali dalam aspek-aspek ibadat, politik,
ekonomi, sosial dan akhlak hanya berlaku dan sempurna apabila kedaulatan rakyat,
undang-undang rakyat dan institusi-institusi demokrasi (parlimen) yang wujud
dalam bentuk "de facto" itu
ditolak dan ditentang dengan aktif dan kesemua sekali.
Ibn Qayyim al-Jawziya menyatakan bahawa Islam dan Jahiliyah
adalah 'saling terkhusus' (mutually
exclusive): apabila Islam wujud, Jahiliyah dilenyapkan, apabila Jahiliyah
wujud, Islam dilenyapkan. Kesemula jadian Islam adalah untuk menghancurkan
Jahiliyah, dan kesemula jadian Jahiliyah adalah untuk menghancurkan Islam -
tidak ada kewujudan bersama secara aman (peaceful
co-existence) di antara Islam dengan Jahiliyah. Kemunculan Rasulullah
s.a.w. adalah untuk menegakkan Islam dengan terlebih dahulu melenyapkan
Jahiliyah;
Firman Allah: an-Nisa 60
Tidak engkau ketahui orang-orang yang mendakwakan bahawa mereka beriman kepada (Quran) yang diturunkan kepada engkau dan kitab-kitab yang diturunkan sebelum daripada engkau, mereka hendak meminta hukum kepada taghut (berhala) sedangkan mereka disuruh supaya kufurkan taghut. Syaitan menghendaki supaya ia menyesatkan manusia dengan kesesatan yang jauh.
Demokrasi adalah agama yang kufur yang mempunyai Tuhan atau
Tuhan-tuhannya yang tersendiri. Di dalam ayat di atas ini Allah memerintahkan
kita supaya mengkufur ingkarkan demokrasi dan kerajaan demokrasi dengan aktif
dan seluruhnya kerana ianya adalah agama yang syirik dan kufur yang mempunyai
Tuhan-tuhannya yang tersendiri.
Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ mengandungi konsep Nafi dan Isbat yang
dimaksudkan bahawa segala Tuhan yang lain dan segala apa yang datang daripada
yang selain daripada Allah itu hendaklah dinafikan, iaitu untuk dinafi,
ditolak, diingkari dan ditentang dengan terbuka, aktif dan total, dan untuk
hanya menyembah Allah dengan mentaati dan mengamalkan segala apa yang datang
daripada Allah - politik, ekonomi, sosial dan akhlak daripada Allah s.w.t.
Konsep nafi mempunyai faktor ‘manfi’,
iaitu sasaran atau objek sesuatu penafian itu –bahawa Allah itu adalah Maha Esa
bererti 'manfi'nya ialah Tuhan yang
selain daripada-Nya; bahawa kedaulatan, otoriti dan perundangan itu adalah hak
Allah bererti 'manfi'nya ialah
kedaulatan rakyat, otoriti rakyat dan undang-undang rakyat; bahawa pengabdian itu
hanya kepada Aqidah dan Pemikiran Allah bererti manfinya ialah ideologi, pemikiran dan sistem hidup demokrasi.
ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ
menghendaki supaya segala manfi ini
dinafi, diingkari, ditolak dan ditentang dengan terbuka, aktif dan kesemua
sekali agar dapat merombak segala keterikatan dan pengabdian kepada yang selain
daripada Allah s.w.t. dan dengan itu menyempurnakan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Mengamalkan Islam tanpa meningkari,
menolak dan menentang dengan aktif dan total terhadap segala manfi ini mempunyai erti keterikatan dan
pengabdian kepada Allah dalam amal ibadat ritual yang disertai dengan
keterikatan dan pengabdian kepada pemikiran dan sistem kehidupan manusia dalam
politik, ekonomi dan sosial. Ini adalah satu kesyirikan dan kekufuran di sisi ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Firman Allah: Fussilat 14
Janganlah kamu sembah melainkan Allah
Firman Allah: asy-Syu’ara’ 151, 152
Dan janganlah kamu mentaati perintah orang-orang yang melewati batas, iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan.
Demokrasi dan kerajaan demokrasi
adalah agama dan kerajaan yang syirik dan kufur, justeru larangan Allah supaya
tidak mentaati dan menyembah yang selain daripada Allah bererti penafian,
penolakan, pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif dan total terhadap
demokrasi dan kerajaan demokrasi.
Firman Allah : al-A’raf 3
Ikutlah apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu , dan janganlah kamu mengikut pemimpin-pemimpin yang lain daripada Allah , amat sedikit kamu mengambil peringatan.
Firman Allah : al-Anaam 106
Ikutlah apa yang telah diwahyukan kepada kamu daripada Tuhan kamu , tiada Tuhan melainkan Dia, dan berpalinglah daripada orang-orang musyrik.
Taatlah kepada Allah, kerajaan Allah dan undang-undang
Allah sahaja, sebaliknya amalkanlah sikap dan tindakan penafian, penolakan,
pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif dan total terhadap demokrasi,
kerajaan demokrasi dan undang-undang demokrasi Malaysia kerana ianya adalah
agama, kerajaan dan undang-undang yang syirik dan kufur. Ini adalah perintah
Allah yang jelas dan nyata.
Firman Allah : al-An’aam 159
Sesungguhnya orang-orang yang memecah belahkan agama mereka dan membentuk berbagai-bagai puak, maka engkau sedikitpun tidak bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka. Sesungguhnya urusan mereka terserah kepada Allah. Kemudian Dialah yang akan memberi tahu kepada mereka segala perbuatan yang dilakukan mereka.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Sikap pertama seorang Muslim terhadap mana-mana aqidah
yang non-Islamic ialah sikap berpisah dan menolak daripada detik pertama lagi,
begitu juga sikapnya terhadap mana-mana undang-undang dan peraturan yang tidak
mengiktiraf kuasa Hakimiyah atau kuasa Uluhiyah
dan Rububiyah Allah Yang Maha Esa sahaja ialah sikap menolak dan
membersihkan diri daripada detik pertama lagi, sebelum memasuki percubaan untuk
mencari titik-titik pertemuan atau pertentangan yang wujud dalam undang-undang
Islam.
Agama
demokrasi dan kerajaan demokrasi yang didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah
Manusia adalah satu PUAK yang lain daripada puak Islam, iaitu PUAK yang syirik
dan kufur. Saiyyid Qutb menyatakan bahawa sikap Islam terhadap Aqidah dan
Pemikiran demokrasi yang syirik dan kufur hanyalah PEMISAHAN, PENOLAKAN dan
PENENTANGAN yang aktif dan total sahaja. Keimanan ialah tindakan menolak dan
perasaan terpisah yang aktif dan total daripada kekufuran.
Perasaan Terpisah daripada demokrasi dan kerajaan
demokrasi bererti KEIMANAN kepada Allah, sebaliknya tanpa Perasaan Terpisah di
dalam hati nuraninya, bererti seorang itu TIDAK BERIMAN kepada Allah dalam erti
kata yang sebenarnya.
Firman Allah : al-Kahfi 14, 15, 16
Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata : “Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain daripada-Nya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran.”
(Mereka berkata pula sesama mereka sendiri) : “Kaum kita itu, menyembah beberapa Tuhan yang lain daripada Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu ? (Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian);maka tidak yang lebih zalim daripada orang-orang yang berdusta terhadap Allah.
Dan apabila kamu memisahkan diri daripada mereka dan daripada apa yang mereka sembah yang selain daripada Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu supaya Tuhanmu mencurahkan rahmat-Nya kepada kamu, dan akan menyelesaikan urusan kamu untuk kemudahan dan kesenangan.
Allah swt
membangkitkan cerita pemuda-pemuda ‘as haabul kahfi’ di dalam al-Quran
supaya ianya menjadi pengajaran dan petunjuk kepada kita tentang bagai manakah
cara-caranya bagi kita untuk menjalani kehidupan di bawah kekuasaan dan
pemerintahan sesuatu kerajaan yang syirik dan kufur seperti kerajaan demokrasi
kita ini. Allah swt mengajar kita melalui cerita ini dan juga melalui
percakapan pemuda-pemuda ‘as haabul
kahfi’ itu supaya kita bertindak terhadap kerajaan demokrasi yang syirik
dan kufur ini seperti berikut :
1. Menafi,
menolak, mengingkari, dan menentang dengan
terbuka, aktif dan total terhadapnya;
2. Tidak mengambil
bahagian dalam proses politiknya;
3. Tidak
bersikap “neutral” dan berdiam diri
sahaja terhadapnya;
4. Memisahkan
diri kita daripadanya;
5. Memusuhi
dan membencinya.
Sikap dan
tindakan-tindakan seperti ini sahaja yang boleh menyempurnakan pegangan dan
amalan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Perasaan
terpisah adalah satu syarat yang halus dan “private” yang hanya diketahui oleh
Allah dan seseorang individu itu sendiri. Seseorang yang beriman kepada Allah
semestinya sudah terpahat di dalam hatinya perasaan terpisah daripada demokrasi dan kerajaan
demokrasi sejak daripada awal-awal lagi kerana kesyirikan dan kekufurannya itu.
Mereka yang tidak mempunyai perasaan terpisah daripada agama demokrasi dan
kerajaan demokrasi adalah orang-orang yang tidak beriman kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Tidak ada ketaatan kepada makhluk yang
menderhakai Penciptanya.
Ahmad
Tidak ada ketaatan kepada sesiapa yang
menderhakai Allah.
Ahmad
Tidak ada ketaatan kepada sesiapa yang
tidak mentaati Allah.
Ahmad
Rasulullah
saw melarang kita daripada mentaati dan mematuhi sesiapa sahaja yang
menderhakai Allah, dan larangan ini bererti penafian, penolakan, pengingkaran,dan
penentangan yang terbuka, aktif dan total terhadap agama demokrasi dan kerajaan
demokrasi kerana ia menderhakai Allah lantaran kesyirikan dan kekufurannya itu.
Firman Allah: ali-Imran 28, 118, 149
Janganlah orang-orang Mukmin mengambil orang-orang kafir sebagai pemimpin melebihi daripada orang-orang mukmin.
Wahai orang-orang beriman, jangan kamu ambil sebagai "confidant" selain daripadamu.
Wahai orang-orang beriman, jika kamu ikut orang-orang kafir nescaya mereka mengembalikan kamu kafir.
Firman Allah: al-Maidah 51
Wahai orang-orang beriman, jangan engkau angkat Yahudi dan Nasrani menjadi wali. Sebahagian mereka menjadi wali kepada yang lain. Barang siapa mengangkat mereka di antara kamu, sesungguhnya ia termasuk golongan mereka. Allah tiada menunjuki kaum yang zalim.Firman Allah: an-Nisa 144
Wahai orang-orang beriman, jangan engkau mengangkat orang-orang kafir menjadi pemimpin.
Perintah
Allah supaya kita jangan mentaati kaum Ahlil Kitab, jangan mentaati orang-orang kafir, perintah Allah supaya kita
mengkufur ingkarkan Taghut, supaya kita jangan mempersekutukan-Nya, supaya kita
jangan menyembah Tuhan-tuhan yang selain daripada-Nya, supaya kita jangan
memperTuhankan sesama manusia, adalah kesemuanya perintah yang AKTIF, bukan
pasif, iaitu ianya bukan sahaja dimaksudkan supaya kita semata-mata tidak
mentaati sahaja akan segala bentuk kesyirikan dan kekufuran, malah ianya
mempunyai pengertian supaya kita melancarkan sikap dan tindakan-tindakan
penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang TERBUKA, AKTIF dan TOTAL
terhadap segala bentuk kesyirikan dan kekufuran itu termasuklah terhadap
demokrasi, kerajaan demokrasi dan undang-undang demokrasi.
Sayyid Qutb (Fizilalil Quran - Anfal) :
Para pembesar Quraisy memang mengetahui tabiat dakwah
Islamiyah ini sejak mereka memahami pengertian-pengertian bahasa mereka yang
betul. Mereka mengerti bahawa syahadat atau pengakuan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ Muhammad Rasulullah merupakan pengumuman MEMBERONTAK terhadap
kuasa manusia seluruhnya, juga pengumuman keluar daripada kuasa Hakimiyah
manusia seluruhnya dan lari kepada Uluhiyah dan kuasa Hakimiyah Allah yang Maha
Esa sahaja. Dalam menjalani Ubudiyah kepada Allah, maka yang menjadi sumber
penerimaan perintah ialah Muhammad Rasulullah saw sahaja bukannya orang-orang
yang bercakap atas nama Tuhan-tuhan atau dengan nama Allah. Para pembesar
Quraisy itu melihat orang-orang yang berikrar dengan syahadat ini terus keluar
daripada kuasa Quraisy, kepimpinan dan kuasa Hakimiyah Quraisy dan bergabung
dalam satu kumpulan yang bergerak di bawah kepimpinan Muhammad saw dan tunduk
kepada bimbingan dan kuasanya. Mereka mencabut kesetiaan mereka kepada keluarga,
suku, ketua suku dan kepada kepimpinan Jahiliyah. Mereka menumpukan seluruh
kesetiaan mereka kepada kepimpinan yang baru dan kepada kelompok Muslimin yang
menjadi tapak yang baru.
Semuanya ini merupakan pengertian daripada syahadat ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan Muhammad Rasulullah, dan ini adalah realiti yang dilihat
oleh para pembesar Quraisy yang dianggap mereka sebagai bahaya yang mengancam
kedudukan mereka di samping mengancam peraturan sosial, politik, ekonomi dan
kepercayaan yang menjadi asas kedudukan mereka.
Pengertian syahadat ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan Muhammad Rasulullah ini bukanlah satu pengertian yang
kabur, kosong dan lemah seperti yang dimaksudkan oleh orang-orang yang mengaku
diri mereka sebagai Muslim pada hari ini dengan semata-mata mengikrarkan
syahadat ini dengan lidah mereka dan dengan hanya menunaikan sesetengah syiar
ibadat sahaja, sedangkan Uluhiyah Allah di bumi dan dalam kehidupan manusia
tidak wujud dan tidak ada bayangnya, sementara kepimpinan Jahiliyah dan
undang-undang Jahiliyah pula terus menguasai masyarakat dan mengendalikan
urusan pentadbirannya.
Sayyid Qutb (Fizilalil Quran - Taubat) :
Pergerakan Islam lahir di Mekah di atas batu uji yang
amat sulit. Sebaik sahaja Jahiliyah – yang di wakili oleh kaum Quraisy –
menyedari bahaya yang sebenar yang diancam oleh dakwah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ Muhammad Rasulullah yang melahirkan PEMBERONTAKAN terhadap
setiap kuasa dunia yang tidak diambil daripada kuasa Allah dan penentangan
terhadap setiap taghut yang wujud di muka bumi serta mendorong manusia
melarikan diri daripada kuasa itu kepada kuasa Allah……sebaik sahaja Jahiliyah
menyedari bahaya yang serius daripada kelompok pergerakan organik yang baru,
yang dicetuskan oleh dakwah TAUHID di bawah kepimpinan Rasulullah saw, iaitu
kelompok pergerakan yang menumpukan ketaatan dan kepatuhannya kepada Allah dan
Rasul-Nya sejak hari pertama lagi dan menentang kepimpinan Jahiliyah yang
diwakili kaum Quraisy, di samping menentang undang-undang dan peraturan yang
wujud dalam Jahiliyah ini……sebaik sahaja Jahiliyah yang diwakili pada mulanya
oleh kaum Quraisy itu menyedari bahaya tersebut, ia terus melancarkan
penentangan yang membabi buta terhadap dakwah kelompok dan kepimpinan yang baru
ini. Segala senjata yang dimilikinya dalam bentuk mengadakan gangguan, tipu
daya, fitnah, penindasan, helah dan muslihat, telah ditimpukan kepada dakwah
Islamiyah itu.
Masyarakat Jahiliyah secara mendadak bangkit
mempertahankan diri daripada bahaya yang mengancam kewujudannya. Ia menggunakan
segala alat yang digunakan oleh segala makhluk yang hidup untuk menyelamatkan
diri daripada maut. Ini adalah satu realiti biasa yang tidak dapat dielakkan
setiap kali munculnya dakwah yang memperjuangkan konsep Ubudiyah Allah yang
menguasai semesta alam dalam sebuah masyarakat Jahiliyah yang berlandaskan
prinsip Rububiyah kepada sesama manusia atau setiap kali munculnya dakwah baru
dalam kelompok pergerakan yang baru, yang bergerak di bawah kepimpinan yang
baru dan menentang kelompok Jahiliyah yang lama dengan penentangan yang sama
handal.
Sebaik
sahaja kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ diisytiharkan oleh
Rasulullah saw di kalangan kaum Quraisy Mekah, mereka memahami dan menyedari
sejak daripada awal-awal lagi bahawa ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ hanya mempunyai satu pengertian sahaja – REVOLUSI dan
PEMBERONTAKAN terhadap kerajaan dan kekuasaan mereka serta satu RAMPASAN KUASA
terhadap kekuasan politik dan pemerintahan yang sedang dikuasai dan dimiliki
mereka untuk dipulangkan kekuasaan politik itu kepada Allah swt. Begitu juga
apabila Nabi Musa as mengisytiharkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ di kalangan manusia di Mesir, Firaun dan para pembesarnya
memahami dan menyedari bahawa ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ hanya mempunyai pengertian REVOLUSI dan PEMBERONTAKAN terhadap
mereka untuk melenyap dan menghapuskan segala kekuasaan politik mereka berserta
segala kepentingan dan keistimewaan mereka – mereka langsung tidak ada tempat
di bawah kekuasaan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ itu nanti. Sikap dan
tindakan-tindakan yang spontan dan logis daripada kaum Quraisy Mekah dan Firaun
terhadap kebangkitan-kebangkitan Islam itu semestinya hanyalah dalam bentuk
permusuhan-permusuhan, kezaliman-kezaliman dan penindasan-penindasan yang
kental dan ketara.
Apabila
kita mendeklarasi dan menghuraikan dengan jelas, lantang dan terbuka mengenai
pengertian-pengertian ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan slogan-slogannya
yang sebenar dan tulen seperti yang diwahyukan oleh Allah swt, kerajaan
demokrasi Malaysia dan massa umat Islam sekelian akan mempunyai kefahaman dan
tanggapan yang satu dan sama, bahawa ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ hanya mempunyai satu pengertian sahaja – REVOLUSI,
PEMBERONTAKAN dan RAMPASAN KUASA untuk dipulang dan dikembalikan kuasa
pemerintahan tersebut kepada Allah swt. Kerajaan demokrasi kita menyedari
bahawa ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ adalah satu CABARAN dan ANCAMAN yang serius dan
membahayakan kekuasaan politiknya yang akhirnya akan pasti melenyapkannya
dengan total daripada muka bumi ini, dan bahawa ia (kerajaan demokrasi)
langsung tidak ada tempat dalam sistem politik dan kehidupan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Reaksi yang spontan, logis dan semula jadi daripada Kerajaan
demokrasi kita terhadap ancaman ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ini, tiada yang lain, hanyalah permusuhan dan tindakan-tindakan
yang serius, tegas dan keras dalam membenteraskan kebangkitan Islam ini sejak
daripada awal-awal lagi. Inilah dasar dan fitrah agama demokrasi terhadap
sesuatu pergerakan dan kebangkitan yang didasarkan kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, dan di satu pihak yang lain pula, inilah juga dasar dan fitrah
ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ terhadap agama
demokrasi dan terhadap seluruh agama yang syirik dan kufur di dunia ini.
3.TANPA KOMPROMI
Deklarasi agung “Kamu
dengan agama kamu, aku dengan agamaku” adalah perancangan dan keputusan
Allah supaya kita menghadapi ideologi kufur dan kuasa kufur dengan sikap dan
tindakan yang sama sekali Tanpa Kompromi.
Deklarasi kekufuran demokrasi dan penentangan total terhadap
ideologi dan kuasa demokrasi, tidak ada yang lain melainkan membawa kepada satu
implikasi sahaja dalam perjuangan melalui Metod Islam - sikap dan tindakan
Tanpa Kompromi terhadap demokrasi dan segala prosesnya. Metod tanpa kompromi
inilah aspek yang paling radikal, dinamik dan revolusyeneri dalam perjuangan
Islam.
Sikap Islam ialah tidak ada
kompromi sedikitpun terhadap segala kekuatan dan kekuasaan agama Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis
yang sedang berkausa, berdaulat dan memerintah ke atas seluruh umat manusia di
Malaysia kita ini. Sikap Islam ialah penafian, penolakan, pengingkaran dan
penentangan yang terbuka, aktif dan total terhadap kekufuran dan segala bentuk
kekufuran termasuklah kekufuran agama Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis
ini.
Perjuangan Rasulullah s.a.w. adalah
satu model perjuangan yang paling tegas dalam melancarkan perjuangan tanpa
kompromi terhadap kufur dari segi ketiga-tiga aspek yang dikenal pastikan di
atas ini sejak dari zaman Mekah hinggalah ke zaman Madinah. Begitulah
keadaannya dalam perjuangan Islam pimpinan Ibrahim Libya di Malaysia. Sikap
keras, tegas dan tanpa kompromi bukan sahaja melemahkan musuh, tetapi
lebih-lebih lagi ialah untuk memainkan peranan yang penting dalam proses
RADIKALISASI dan KEBANGKITAN UMAT ISLAM untuk perjuangan Islam dalam
penentangan terhadap kuasa kufur. Ada ketikanya di sepanjang perjuangan Islam
itu di mana HANYA tanpa kompromi sahaja yang merupakan senjata yang paling
berkesan dalam menghadapi musuh-musuh Islam.
Firman Allah: Maryam 48
Aku menghindarkan diriku daripadamu dan daripada apa yang kamu sembah selain daripada Allah.Firman Allah: al-Tahrim 10, 11
Allah memberikan contoh bagi orang-orang kafir, (iaitu) isteri Nuh dan isteri Luth. Kedua-duanya di bawah (penjagaan) dua hamba yang soleh di antara hamba-hamba kami, lalu kedua-duanya berkhianat kepada suaminya, maka suami kedua-duanya tidak dapat mempertahankan kedua-duanya daripada (siksa) Allah sedikit pun, dan dikatakan (kepada mereka): masuklah kamu ke dalam neraka bersama-sama orang-orang yang masuk. Dan Allah memberi contoh bagi orang-orang yang beriman (iaitu) isteri Firaun, ketika ia berkata: Ya Tuhanku, bangunkanlah rumah untukku di sisi Engkau dalam syurga dan lepaskanlah aku dari Firaun dan perbuatannya, dan lepaskan aku dari kaum yang aniaya.Firman Allah: Hud 45, 46
Ya Tuhanku sesungguhnya anakku dari keluargaku . Hai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu, kerana ia mengerjakan pekerjaan yang tidak baik.
Firman Allah: al-Mumtahanah 4
Kami berlepas diri daripadamu dan daripada apa yang kamu sembah selain daripada Allah. Kami mengingkari kamu dan telah terang permusuhan dan kebencian antara kami dan kamu selama-lamanya ...
Firman Allah: al-Kahfi 14
Tuhan kami ialah Tuhan langit dan bumi, kami tiada akan menyembah Tuhan selain daripada-Nya.
Firman Allah: al-Mujadalah 22
Engkau tiada memperolehi kaum yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, bahawa mereka mengasihi orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, meskipun mereka itu bapa, anak, saudara atau kaum keluarga mereka.
Sikap Islam terhadap kufur hanyalah dan semata-mata tanpa
kompromi, walaupun untuk sementara waktu dan dalam apa-apa bentuk dan situasi
yang sebagaimana sulit sekalipun, Islam tetap tidak boleh berkompromi dengan
kufur. Kewajipan kita yang utama ialah untuk menghancurkan deen kufur dan untuk
menegakkan Deen Allah; ke arah mencapai matlamat ini, Saiyyid Qutb (Milestones)
menganalisiskan bahawa umat Islam yang sedang berada di bawah pemerintahan
kufur, seperti kita di Malaysia, hendaklah bertindak mengikut garis-garis
berikut :
1. Kita tidak boleh melibatkan diri dalam
sistem kufur (proses demokrasi) walaupun dikatakan untuk langkah yang pertama
dalam perjuangan jangka panjang yang berbentuk revolusi;
2. Kita tidak boleh lari daripada
kenyataan dan mengambil langkah untuk memisah dan mengasingkan diri kita daripada
situasi dan suasana kufur dan kekuasaan kufur yang menyelubungi kita;
3. Kita hendaklah menghadapi demokrasi,
deen kufur, dengan mengamalkan dasar tanpa kompromi, diplomasi, perundingan dan
dengan konfrantasi terbuka, mengikut metod Islam.
Sikap dan tindakan kita terhadap kerajaan demokrasi Malaysia,
mengikut analisis Saiyyid Qutb, hanyalah tindakan-tindakan aktif dan
revolusyeneri dalam bentuk penolakan total, tanpa kompromi dan konfrantasi
terbuka - tidak ada tempat bagi sikap berkecuali dan pasif, jauh sama sekali
daripada menyokong dan melibatkan diri dalam proses demokrasi.
Model Perjuangan Rasullullah saw -
Tanpa Kompromi
Kebangkitan Islam dan sikap tanpa kompromi perjuangan
Rasulullah s.a.w. mengancam dan mencemaskan kaum Quraisy yang kufur. Segala
bentuk penentangan, kezaliman dan penindasan terhadap masyarakat Islam yang
kecil dan lemah itu telah dihadapi dengan ketabahan, ketekunan dan keazaman
oleh masyarakat Islam itu, dan Islam di bawah pimpinan Rasulullah terus berkembang
maju dengan mencabar kufur secara terbuka. Dalam usaha untuk menyekat kemaraan
Islam yang mencabar itu, kaum Quraisy telah mengambil sikap untuk berdamai dan
berkompromi dengan Rasulullah; dalam sirah Ibnu Ishak:
“Utba bin Rabia seorang pemuka
Quraisy, bagi pihak kafir Quraisy, telah menemui Rasulullah ketika Baginda
berada dalam masjid bersendirian: Utba pergi mendapatkan Rasulullah dan
berkata: "Wahai Muhammad anak saudaraku, engkau adalah salah seorang
daripada kami sebagai mana yang engkau ketahui, daripada keluarga yang termulia
dan mempunyai kedudukan yang tinggi dari segi keturunan. Engkau telah
mendatangi kami dengan hal yang amat penting, memecah belahkan kaum mereka;
merendah-rendahkan adat istiadat mereka, dan mencerca Tuhan-Tuhan mereka dan agama
mereka, dan mendeklarasikan bahawa nenek-moyang mereka sebagai orang kafir,
oleh itu dengarlah nasihatku dan aku akan membuat beberapa tawaran, mungkin
engkau dapat menerima satu daripadanya. Rasulullah bersetuju dan ia meneruskan.
"Sekiranya apa yang engkau kehendaki ialah kehormatan, kami akan melantik
engkau sebagai ketua kami sehingga tiada sesiapapun yang boleh membuat apa-apa
keputusan tanpa engkau, sekiranya engkau kehendaki kuasa, kami akan jadikan
engkau raja."
Firman Allah :al-Anaam 14
Apakah wajar bagiku mengambil Pelindung yang lain daripada Allah yang mencipta langit dan bumi, sedangkan Dialah (Tuhan) yang memberi makan dan tidak (berkehendak) diberi makan. Katakalah : Sesungguhnya aku diperintah supaya aku menjadi orang yang pertama kali menyerahkan diri kepada Allah dan janganlah sekali-kali engkau termasuk ke dalam golongan musyrikin.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Rasulullah saw telah diperintah supaya
mengumumkan bantahan ini kepada kaum musyrikin yang memujuk beliau bertolak
ansur dan berkompromi agar beliau bersetuju memberi tempat kepada Tuhan-tuhan
mereka di dalam agama Islam sebagai syarat untuk mereka memeluk agama ini, juga
agar beliau bersetuju mengekalkan setengah-setengah ciri Uluhiyah yang
diamalkan mereka dan mempertahankan kedudukan, kebesaran dan
kepentingan–kepentingan mereka terutama tradisi mengaharam dan menghalalkan
sesuatu sebagai syarat untuk mereka berhenti menentang beliau dan untuk mereka
melantikkan beliau sebagai ketua mereka juga untuk mereka mengumpulkan harta
kekayaan mereka untuk beliau dan seterusnya untuk mereka kahwinkan beliau
dengan anak perempuan mereka yang paling cantik!
Tawaran-tawaran itu kesemuanya ditolak oleh Rasulullah saw
dengan total. Orang-orang kafir Quraisy telah menghantar satu lagi rombongan
untuk berunding dengan Rasulullah yang diketuai oleh pemuka-pemuka Quraisy, di
antaranya Abu Jahal dan Al-Walid, yang mengemuka dan menawarkan
cadangan-cadangan yang sama seperti yang dibuat oleh Utba bin Rabia dalam
perundingan yang pertama itu. Tawaran-tawaran yang kedua kali itu pun telah
ditolak dengan tegas oleh Rasulullah kesemua sekali yang berpegang kepada sikap
tanpa berkompromi dengan kufur dalam perjuangan Islam.
Seandainya Rasulullah s.a.w. bersikap lembut dan bersedia
untuk menerima tawaran-tawaran orang-orang kafir Quraisy itu, yang mana di
antaranya ialah untuk melantik Baginda menjadi Raja dengan memperolehi harta
kekayaannya sekali, kemungkinan besar strategi itu akan berkemampuan untuk
membawa kejayaan yang cemerlang kepada perjuangan Rasulullah s.a.w dalam jangka
masa yang lebih singkat tanpa menempuh berbagai penderitaan, penyiksaan,
penindasan dan kezaliman yang ketara daripada orang-orang kafir dan tanpa
memerlukan kepada pengorbanan-pengorbanan yang besar seperti mana yang dialami
dan dilalui oleh Rasulullah s.a.w. berserta kaum muslimin sekalian.
Rasulullah s.a.w. telah menolak kesemua tawaran itu yang
sekaligus mengenepikan perjuangan dalam bentuk strategi tetapi terus sahaja
dengan sikap tanpa komprominya dan berpandukan kepada konsep taat dan patuh
kepada perintah-perintah Alah swt sahaja dalam perjuangan Islamnya. Pergerakan
Islam pimpinan Rasulullah s.a.w. di Mekah terus berkembang pesat. Cabaran
terbuka umat Islam terhadap orang-orang kafir semakin nyata dan mengancam. Ketegangan
semakin memuncak. Dalam situasi permusuhan yang membara, ketabahan, ketahanan,
ketegasan dan sikap tanpa kompromi Pergerakan Islam berperanan sebagai
punca-punca yang utama dalam meletakkan orang-orang kafir dalam keadaan yang
amat cemas, resah, tertekan dan "desperate";
mereka terpaksa tunduk kepada kekuatan jiwa Islam, dan dengan penuh kekesalan
mereka terpaksa beberapa kali menghulurkan tawaran berkompromi kepada kaum
Muslimin yang kesemuanya ditolak oleh Rasulullah s.a.w.
Firman Allah: Al-Qalam 8,9
Oleh itu janganlah engkau tunduk kepada pendusta-pendusta. Mereka suka jika engkau bersikap lunak, supaya mereka juga bersikap lunak.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran):
“Itulah tawar-menawar dan
pertemuan dipertengahan jalan yang dikehendaki mereka sebagaimana biasa mereka
lakukannya dalam urusan perdagangan, sedangkan perbezaan di antara urusan
aqidah dengan urusan perdagangan amatlah besar. Pejuang aqidah tidak akan
meninggalkan aqidah itu barang sedikit pun, kerana sesuatu yang kecil dalam
aqidah sama seperti sesuatu yang besar, malah dalam aqidah tidak ada yang kecil
dan yang besar. Aqidah merupakan satu hakikat yang mempunyai bahagian-bahagian
yang sepadu yang tidak dapat ditinggalkan sedikit pun oleh pejuang-pejuangnya.
Islam tidak mungkin bertemu dengan
Jahiliyah dipertengahan jalan dan tidak mungkin pula bertemu dimana-mana jalan
yang lain. Itulah sikap Islam terhadap Jahiliyah di setiap zaman dan tempat
sama ada Jahiliyah dahulu atau Jahiliyah hari ini atau Jahiliyah akan datang.
Semuanya itu sama sahaja. Jurang yang memisahkan di antara Jahiliyah dan Islam
tidak mungkin dilintasi, tidak mungkin didirikan jambatan dan tidak mungkin
dihubungkan. Ia merupakan satu pertarungan yang mutlak yang mustahil
didamaikan.
Di sana terdapat berbagai-bagai
riwayat yang mengisahkan usaha-usaha perlunakan dilakukan oleh kaum musyrikin
untuk memujuk Nabi s.a.w. supaya beliau melunak pendiriannya terhadap mereka
dan supaya beliau menghindari perbuatan mencela tuhan-tuhan sembahan mereka dan
membodoh-bodohkan cara-cara ibadat mereka, atau supaya beliau mengikut sesuatu
dari amalan agama mereka agar mereka dapat mengikut agama yang dibawa oleh
beliau dengan tujuan untuk memelihara
air muka mereka di hadapan orang ramai Arab mengikut kebiasaan orang
yang tawar-menawar dan orang yang mencari penyelesaian separuh-separuhan,
tetapi Rasulullah s.a.w. tetap cekal dan tegas dalam pendiriannya mengenai
urusan agama. Beliau tidak pernah lunak dan lembut, sedangkan beliau dalam
urusan-urusan yang lain dari urusan agama merupakan manusia yang paling lembut
dan lunak, paling baik layanannya dan paling suka memilih yang mudah dan
memberi kemudahan. Tetapi agama tetap agama. Beliau tetap mematuhi arahan
Allah.”
No comments:
Post a Comment