KERAJAAN ISLAM DAN KERAJAAN KUFUR
Firman Allah : an-Nisa 76
Orang-orang yang beriman berperang pada jalan Allah, dan orang-orang kafir berperang pada jalan taghut.
HANYA dua bentuk kerajaan sahaja yang wujud
di atas muka bumi ini – kerajaan Islam dan kerajaan kufur, tidak wujud kerajaan
yang ketiga. Ini adalah kerana di atas muka bumi ini hanya wujud dua aqidah
sahaja – Aqidah Islam dan aqidah kufur, tidak wujud aqidah yang ketiga.
Kerajaan Islam adalah
kerajaan yang didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan
Lailaahaillallah, manakala kerajaan kufur adalah didasarkan kepada Uluhiyah dan
Rububiyah Manusia. Karajaan Islam adalah satu pengabdian kepada Allah sahaja
dan mengingkari, serta menolak dengan total akan pengabdian kepada sesama manusia,
manakala kerajaan kufur adalah satu pengabdian kepada sesama manusia dan
mengingkari serta menolak pengabdian manusia kepada Allah sahaja.
Saiyyid Qutb (Milestones) :
“Islam mengenal dan mengiktiraf hanya dua bentuk masyarakat sahaja, iaitu
masyarakat Islam dan masyarakat Jahiliyah. Masyarakat Islam ialah masyarakat
yang di dalamnya dilaksanakan Islam : Aqidah, ibadah, undang-undang, moral dan
cara hidup. Manakala masyarakat Jahiliyah itu ialah masyarakat yang Islam tidak
dilaksanakan di dalamnya; masyarakat yang tidak dipandu oleh Islam, baik dari
segi Aqidah, konsep, nilai, sistem dan undang-undang, moral dan tata susila.
Masyarakat Islam bukanlah sebuah perkumpulan atau organisasi manusia yang
menamakan diri mereka “Muslim“, sedangkan syariat Islam tidak dijalankan
walaupun solat, puasa dan haji diamalkan; dan masyarakat Islam itu bukanlah
sesuatu yang direka oleh manusia selain daripada apa yang diturunkan oleh Allah
dan yang di ajar oleh Rasul-Nya, dan mereka sifatkannya sebagai ‘Islam yang progresif’.
Manakala masyarakat Jahiliyah pula lahir dalam beranika bentuk dan rupa
tapi kesemuanya Jahiliyah belaka .
Ada yang berbentuk masyarakat yang ingkar sama sekali akan wujudnya Zat
Allah swt dan sejarah manusia itu dihuraikan dalam bentuk ‘dialectical
materialism’ dan oleh itu ‘sosialisme saintifik’ menjadi sistem hidupnya.
Ada yang berbentuk masyarakat yang tidak menafikan kewujudan Allah, tetapi
pemerintahannya hanyalah terhad kepada alam kosmos sahaja, manakala
pemerintahan-Nya di bumi dinafikan.Syariah dan nilai-nilai yang kekal abadi
yang diaturkan oleh Allah tidak wujud dalam sistem kehidupan ini. Dalam
masyarakat seprti ini, manusia dibenarkan untuk beribadat di masjid-masjid,
gereja-gereja dan biara-biara, tetapi ia tidak melayani kehendak manusia untuk
menjalankan syariah Allah dalam kehidupan harian mereka. Oleh yang demikian,
masyarakat seperti ini menafikan atau menggantungkan kedaulatan Allah di bumi ,
sedangkan Allah berfirman dengan jelas dan nyata bahawa :
Firman Allah : az-Zukhruf 84
Dialah Tuhan yang mempunyai kedaulatan di langit dan kedaulatan di bumi.
Oleh kerana ciri seperti ini, masyarakat ini tidak mengikuti agama Allah
seperti mana yang takrifkan oleh-Nya :
Firman Allah : Yusuf 40
Sesungguhnya hukum adalah hak Allah. Ia memerintahkan supaya jangan menyembah selain daripada-Nya, itulah jalan yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Oleh kerana hakikat ini, masyarakat seperti ini dianggapkan sebagai masyarakat Jahiliyah, walaupun ia mengakui bahawa ia mempercayai Allah dan membenarkan manusia untuk menunaikan peribadatan ritual di dalam masjid-masjid, gereja-gereja dan biara-baiara.
Hanya masyarakat Islam sahaja, mengikut sifat semula jadinya, adalah
masyarakat yang bertamaddun, dan masyarakat Jahiliyah, dalam berbagi bentuk
itu, adalah masyarakat yang mundur dan rosak.”
Ayat-ayat ini menyatakan
bahawa di atas muka bumi ini hanya terdapat dua bentuk kerajaan sahaja –
kerajaan Islam dan kerajaan kufur. Kerajaan demokrasi adalah kufur, sudah
semestinya ia tidak berbentuk Islam atau bersesuaian dengan Islam.
Firman Allah : al-Mukminun 116
Maha Sucilah Allah Pemerintah yang sebenar. Tiada Tuhan melainkan Dia yang memiliki arasy yang amat mulia .
Firman Allah : al-Anaam 114
Apakah wajar aku mencari hakim yang lain daripada Allah, sedangkan Dialah yang telah menurunkan kitab al-Quran kepada kamu dengan penjelasan yang terperinci,
Allah adalah Raja,
Pemerintah dan Hakim yang Maha Tinggi dan Maha Bijaksana. Kerajaan Islam adalah
kerajaan yang Allah itu adalah Raja, Pemerintah dan Hakim, manakala kerajaan
yang kufur adalah kerajaan yang manusialah yang menjadi Raja, Pemerintah dan
Hakim.
Firman Allah : al-Anaam 19
Apakah kamu benar mengaku bahawa ada Tuhan-tuhan yang lain di samping Allah ? Katakanlah :Aku sekali-kali tidak mengaku. Katakanlah : sesungguhnya hanya Dia sahaja Tuhan yang Yang Maha Esa dan sesungguhnya aku berlepas diri daripada segala yang kamu persekutukan Allah dengannya .
Dalam kerajaan Islam,
Allah adalah Tuhan yang disembah oleh manusia, manakala dalam kerajaan
demokrasi yang kufur, manusia adalah Tuhan yang disembah oleh manusia sedangkan
Allah bukanlah Tuhan yang disembah oleh manusia.
Firman Allah : al-Anaam 14
Apakah wajar bagi kamu mengambil pelindung yang lain daripada Allah yang menciptakan langit dan bumi, Sedangkan Dialah (Tuhan ) yang memberi makan dan tidak (berkehendak) diberi makan. Katakanlah :sesungguhnya aku diperintah supaya aku menjadi orang yang pertama sekali menyerahkan diri kepada Allah dan janganlah sekali-kali engkau termasuk di dalam golongan musyrikin.
Firman Allah ; al-Baqarah 257
Allahlah Pelindung orang-orang beriman. Ia mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya. Dan orang-orang kafir penolong-penolong mereka adalah Taghut yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan. Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya .
Kerajaan Islam adalah
kerajaan Allah yang berlindung di bawah peraturan dan undang-undang Allah,
manakala kerajaan kufur adalah kerajaan manusia yang berlindung di bawah
peraturan dan undang-undang manusia.
Firman Allah : al-Maidah 50
Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah .
Saiyyid Qutb (Milestones) :
“Memang dua sahaja perkaranya, tiada tiga – sama ada mematuhi suruhan
Allah s.w.t dan Rasul-Nya atau mematuhi hawa nafsu. Sama ada hukum Allah atau
hukum Jahiliyyah. Sama ada melaksanakan hukum yang Allah turunkan dengan amanah
ataupun menyelewengkan peraturan yang Allah s.w.t telah tetapkan. Tiada lagi
sebarang dalih atau alasan boleh dikemukakan bagi melepaskan diri daripada
ketetapan yang begitu jelas dan pemutus daripada Allah.”
Ayat-ayat ini menegaskan
hakikat, tabii dan fitrah kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ,
bahawa di sisi kalimah
ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ hanya
wujud dua sistem kehidupan sahaja di bumi ini – sistem hidup Islam dan sistem
hidup kufur, tidak wujud sistem hidup yang ketiga. Di sisi kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ , fahaman-fahaman, pemikiran-pemikiran dan
sistem-sistem hidup itu hanya terbahagi kepada ISLAM dan KUFUR sahaja, tidak
ada bahagian yang ketiga yang berstatus berkecuali. Kalau tidak Islam ianya
kufur, kalau tidak kufur ianya Islam. Inilah pengertian kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ seperti mana yang diperjelaskan oleh ayat di
atas ini.
Firman Allah :al-Imran 83
Apakah mereka mencari agama yang lain daripada agama Allah, sedangkan seluruh penghuni langit dan bumi tunduk dan menyerah kepada -Nya baik sercara suka rela mahupun secara terpaksa dan kepada – Nya mereka sekelian dikembalikan.
Saiyyid Qutb
(Fizilalil Quran) :
Jelaslah bahawa
keislaman sekelian makhluk alam ialah keislaman yang tunduk kepada perintah,
mengikut peraturan dan mematuhi undang-undang. Di sini ternyatalah betapa
beratnya Allah swt memberi perhatian-Nya dalam menjelaskan makna Islam dan
hakikatnya dalam setiap kesempatan yang sesuai supaya jangan termasuk dalam
fikiran seseorangpun bahawa Islam itu merupakan kalimah syahadah yang diucapkan
oleh lisan atau merupakan tasdik yang hanya mantap di hati tanpa diikuti oleh
kesan-kesannya yang amali, iaitu mengikut undang-undang dan peraturan Allah dan
merealisasikan undang-undang dan peraturan itu di dalam realiti hidup mereka
Saiyyid Qutb
menghuraikan bahawa erti Islam ialah ketaatan dan kepatuhan kepada peraturan
dan undang-undang Allah yang meliputi seluruh bidang kehidupan manusia –
politik, ekonomi, sosial, akhlak dan syiar-syiar ibadat kepada Allah. Kerajaan
Islam adalah kerajaan yang mentaati dan mematuhi segala peraturan dan
undang-undang politik, ekonomi, sosial dan akhlak serta ibadat ritual kepada
Allah. Kerajaan kufur adalah kerajaan yang mentaati dan mematuhi peraturan dan
undang-undang manusia yang selain daripada Allah, dan walaupun di dalamnya
didapati ibadat-ibadat solat dan puasa, masjid-masjid dan dipenuhi dengan
ceramah-ceramah agama, kerajaan seperti ini tetap bererti sebuah kerajaan yang
kufur. Ketaatan dan kepatuan kepada peraturan dan undang-undang Allah
memisahkan di antara kerajaan Islam dengan kerajaan kufur.
Firrman Allah :al-Imran 19
Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam .
Oleh kerana agama yang benar di sisi
Allah itu hanyalah Islam, justeru kerajaan yang benar di sisi Allah hanyalah
kerajaan Islam, iaitu kerajaan yang taat dan patuh serta tunduk kepada
peraturan dan undang-undang Allah, manakala kerajaan yang taat dan patuh kepada
peraturan dan undang-undang manusia dan tidak kepada peraturan dan
undang-undang Allah adalah kerajaan yang tidak benar di sisi Allah – ianya
adalah yang kufur. Ayat ini membahagikan kerajaan-kerajaan di atas muka bumi
kepada dua bahagian – kerajaan Islam dan kerajaan kufur .
Firman Allah : an-Nahl 51
Dan Allah berfirman :”Janganlah kamu bertuhankan dua Tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.”
Tuhan
itu adalah Allah yang Satu dan tidak dua, justeru kerajaan Allah itu hanyalah
kerajaan yang Satu dan tidak dua. Kerajaan Allah adalah kerajaan yang
didasarkan kepada peraturan dan undang-undang Allah yang berbeza dengan kerajaan
yang kufur yang didasarkan kepada peraturan dan undang-undang manusia .
Firman Allah : Yunus 32
Bukankah sesudah kebenaran, tiada yang lain melainkan kesesatan?
Kerajaan
Islam sahaja yang benar, justeru kerajaan demokrasi yang selain daripada Islam
bukanlah kebenaran; sesuatu ideologi dan sistem kehidupan yang selain daripada
kebenaran seperti demokrasi, mengikut ayat di atas ini, semestinya kesesatan di
sisi kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ .
Firman Allah : al-Baqarah 208
Wahai orang-orang yang beriman ! Masuklah ke dalam kedamaian dengan keseluruhan jiwa kaum dan janganlah kamu menurut jejak syaitan-syaitan kerana sesungguhnya Syaitan musuh kamu yang amat nyata.
Masuklah ke dalam Islam kesemua sekali kalau tidak ianya bererti masuk ke
dalam kekufuran. Masuk ke dalam Islam hanya setakat syiar-syiar ibadat sahaja
sedangkan dalam ibadat politik, ekonomi, sosial dan akhirat itu kesemuanya
tidak masuk ke dalam Islam ianya bererti berada di dalam kekufuran. Dirikanlah
kerajaan Islam dan taat serta tunduklah kepadanya semua sekali supaya kita
berada dalam Islam. Ketaatan dan kepatuhan separuh kepada kerajaan Islam dan
separuh lagi kepada yang lain bererti berada dalam kekufuran.
Firman Allah : an-Nisa 76
Orang-orang yang beriman berperang pada jalan Allah, dan orang-orang kafir berperang pada jalan taghut.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
“Maksudnya orang-orang yang beriman berperang kerana sabilullah, iaitu
berperang untuk merealisasikan sistem hidupnya, menegakkan syariat–Nya dan
mendirikan keadilan di antara manusia dengan nama Allah bukanya di bawah
nama-nama yang lain sebagai pengiktirafan bahawa Allah sahaja Tuhan yang layak
disembah dan Tuhan yang memerintah.
Sementara orang-orang kafir pula berperang kerana kepentingan Taghut untuk
merealisasikan berbagai-bagai sistem
hidup yang lain daripada sistem Allah
dan menegakkan berbagai-bagai neraca ukuran yang lain daripada Allah.
Pendirian orang-orang yang beriman adalah bersandarkan kepada naungan dan
perlindungan Allah. Sementara pendirian orang-orang kafir pula adalah
bersandarkan kepada naungan syaitan. Mereka hidup dengan berbagai-bagai
panji-panji, berbagai-bagai sistem hidup, berbagai-bagai undang-undang,
berbagai-bagai cara, berbagai-bagai nilai dan berbagai-bagai neraca ukuran dan
kerana itu seluruh mereka adalah sahabat-sahabat syaitan.”
Ayat ini adalah satu
pembahagian umat manusia yang jelas dan tepat kepada dua kelompok manusia di
dunia ini - orang-orang yang berjuang dan berperang kerana Allah melalui cara
dan metod daripada Allah, adalah orang-orang yang beriman kepada Allah SWT,
manakala orang-orang yang berjuang dan berperang kerana memperjuangkan konsep
dan nilai-nilai kufur, seperti orang-orang yang mengekal dan mempertahankan
kerajaan demokrasi adalah orang-orang yang beriman kepada Taghut.
Firman Allah : an-Nisa 150, 151
Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkarkan Allah dan Rasul-Nya, dan hendak membeza-bezakan di antara Allah dan Rasul-rasul-Nya, dan berkata : “kami beriman kepada sesetengahnya dan kufur ingkarkan kepada sesetengah yang lain,” serta bertujuan untuk mengambil jalan yang lain (jalan tengah) di antara iman dengan kufur. Mereka itulah orang-orang yang kafir dengan sebenar-benarnya. Dan Kami telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang menghinakan.
Perbuatan meletakkan
kerajaan demokrasi ke dalam kategori “grey
area” - satu jalan tengah di antara Islam dengan kufur, iaitu yang
meletakkan kerajaan demokrasi ini ke dalam kategori yang dikatakan sebagai
tidak berbentuk Islam dan tidak juga kufur, adalah satu perbuatan yang
mengkufur ingkarkan Allah s.w.t yang akan diseksa di akhirat nanti. Ayat-ayat
ini menyimpulkan hakikat kalimah
ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ
, bahawa di sisinya tidak ada “grey
area” dan tidak ada bahagian yang
ketiga, yang ada hanyalah yang Islam ataupun yang kufur sahaja.
Negara Malaysia adalah
negara yang syirik dan kufur. Setiap yang syirik dan kufur sudah semestinya
tidak Islam. Peraturan dan undang-undang kerajaan Malaysia adalah peraturan dan
undang-undang yang dibuat oleh manusia (artikel 44 Perlembagaan Negara ), iaitu
peraturan dan undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh parlimen serta yang
ditaati oleh rakyatnya. Ini bererti kerajaan Malaysia mengifradkan sifat Uluhiyah
dan Rububiyah milik Allah kepada manusia yang mengkufur ingkarkan Allah swt. Justeru
Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang syirik dan kufur kerana ia mengingkari
dan menafikan kalimah
ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ
. Orang-orang yang tidak yakin bahawa Malaysia adalah negara yang syirik
dan kufur dan orang-orang yang mempercayai bahawa Malaysia adalah sebuah Negara
Islam, mereka adalah orang-orang yang merosakkan pegangan dan amalan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ
.
No comments:
Post a Comment