METOD ISLAM :
al-QURAN, SUNNAH dan SIRAH
(siri 1)
CIRI-CIRI METOD
ISLAM
Firman
Allah : al-A’raaf 3
Katakanlah
kepada mereka (Wahai Muhammad) Ikutilah
segala apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu, janganlah kamu ikut
pemimpin-pemimpin yang selain daripada-Nya, tetapi amat sedikit kamu mengambil
peringatan.
METOD perjuangan Islam adalah
bersumberkan daripada al-QURAN, SUNNAH dan SIRAH, khususnya DAKWAH, JIHAD,
PERANG dan REVOLUSI. Metod Islam sentiasa berada dan beroperasi dalam batas-batas
KETAATAN dan KEPATUHAN kepada segala PERINTAH daripada Allah dan ianya
juga adalah IBADAT kepada Allah semata-mata dan tidak yang selain daripadanya. Sesuatu
metod perjuangan yang dilancarkan tanpa beroperasi dalam batas-batas ketaatan
dan kepatuhan kepada segala perintah Allah, ianya bukanlah metod Islam dan itu
bukanlah Jihad ke jalan Allah.
Kekuasaan manusia seperti kerajaan demokrasi kita ini yang MENGABDIKAN
MANUSIA KEPADA KUASA MANUSIA adalah diperintahkan Allah untuk diruntuh dan dihancurkan
melalui METOD ISLAM, iaitu Dakwah, Jihad, Perang dan Revolusi untuk digantikan
dengan kekuasaan Islam yang MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA ALLAH sahaja.
Apabila manusia berada di bawah kerajaan manusia di bumi yang
dikuat kuasakan segala peraturan dan undang-undang manusia dalam bidang-bidang
politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa ke atas mereka
serta mereka itu pula menjunjungnya (peraturan dan undang-undang manusia) itu
bererti manusia telah menjadi HAMBA kepada manusia, iaitu kepada Tuhan-tuhan Manusia,
dan manusia itu telah MENGABDIKAN diri mereka kepada Tuhan-tuhan Manusia ini.
Apabila manusia berada di bawah kerajaan Allah dan kekuasaan
Allah di bumi yang dikuat kuasakan segala peraturan dan undang-undang Allah
dalam syiar-syiar ibadat dan dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial,
akhlak dan perhubungan antarabangsa ke atas mereka serta mereka pula
menujunjungnya (peraturan dan undang-undang Allah) itu bererti manusia telah
menjadi HAMBA kepada Allah dan mereka telah MENGABDIKAN diri mereka kepada
Allah.
Dasar Islam dalam Perhubungan Antarabangsa (Islamic Foreign
Policy) daripada Allah adalah untuk MENCABAR, MEMUSUHI dan MEMERANGI
negara-negara kufur yang MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA SESAMA MANUSIA, manakala
Metod Islam dalam perjuangan Islam adalah Jihad, Perang dan Revolusi untuk
mengalah dan menundukkan negara-negara bangsa yang syirik dan kufur ini kepada
kekuasaan Islam. Mencabar, mengancam dan mengganggu negara-negara bukan Islam
adalah dasar, hukum dan perintah daripada Allah. Negara-negara yang BUKAN ISLAM
seperti negara-negara bangsa umat Islam (Muslim Nation States) dan
negara-negara bangsa orang-orang kafir (Kuffar Nation States) hanya wujud dalam
keadaan yang sentiasa takut, gerun dan gementar kepada sesebuah Negara Islam,
mereka itu adalah negara-negara yang sentiasa tidak selamat, sentiasa terancam
dan terganggu akibat ANCAMAN-ANCAMAN dan GANGGUAN-GANGGUAN yang tiada
henti-henti daripada sesebuah Negara Islam.
Ini adalah sesuatu yang semula jadi mengikut segala prinsip,
peraturan dan undang-undang Islam. Mencabar, mengancam dan mengganggu
negara-negara jiran yang “non-Islamic” itu adalah dasar dan perbuatan yang
makruf, mulia dan terpuji, malah ianya adalah ibadat kepada Allah yang akan
diberi pahala yang besar di akhirat kelak. Inilah yang dikatakan keadilan
Allah! Apabila negara-negara bukan Islam wujud dalam keadaan yang aman, damai
dan selamat daripada sebarang gangguan, ancaman dan ugutan, ianya bererti
bahawa negara-negara umat Islam yang berada di persekitaran mereka itu bukanlah
negara-negara Islam yang sebenar, tetapi mereka itu adalah negara-negara bangsa
umat Islam sahaja yang tidak menjunjung dan mempraktikkan segala hukum, prinsip
dan dasar Islam. Negara-negara umat Islam seperti ini merupakan para penentang
dan penderhaka terhadap Allah.
Tidak wujud sebarang persahabatan dengan negara-negara kufur
di peringkat antarabangsa dan tidak ada kompromi dengan mereka. Sekiranya kita
kuat, tugas dan tanggungjawab kita hanyalah untuk menyerang dan memerangi mereka
sehingga mereka itu tunduk dan mengalah kepada kita, sekiranya kita masih lemah
dan tidak berkemampuan untuk berbuat demikian, kita hanya berdiam diri dan
menunggu buat sementara waktu. Mencabar, memusuhi dan memerangi negara-negara
kufur adalah dasar Islam yang kekal abadi, begitu juga tidak bersahabat dan
berkompromi dengan mereka itu adalah dasar antarabangsa Islam yang kekal abadi,
manakala berdiam diri dan menunggu adalah sesuatu yang berbentuk sementara.
Adapun amalan Dasar Islam untuk mencabar, memusuhi dan
memerangi sesuatu kekuatan dan kekuasaan yang mengabdikan manusia kepada sesama
manusia walaupun diperingkat antarabangsa, maka hukumnya adalah FARDHU AIN, dan
adapun amalan Jihad, Revolusi dan Perang terhadap sesuatu kekuasaan yang
mengabdikan manusia kepada sesama manusia, maka hukumnya adalah juga FARDHU AIN
– kedua-duanya ini adalah dikehendaki untuk diimani , dianuti dan dihayati
dalam kehidupan kita hari-hari sebagai mentaati perintah Allah swt. Kewujudan DASAR
dan METOD seperti ini dengan sendirinya menggambarkan hakikat sifat agama Allah
ini yang berbentuk radikal, revolusyeneri dan tanpa kompromi terhadap aqidah
dan pemikiran kufur serta terhadap setiap kuasa kufur di bumi.
Allah menghendaki supaya Islam menjadi “busy body” untuk mencampuri
dan mengganggu dalam segala urusan dan hal ehwal dalaman bagi mana-mana negara
bangsa di atas muka bumi. Agama Islam tidak mengiktiraf dan menghormati
kemerdekaan dan kedaulatan seluruh negara bangsa di dunia, Islam tidak juga
mengiktiraf piagam Bangsa-bangsa Bersatu dan sistem perundangan antarabangsa,
Islam tidak mengiktiraf hak-hak asasi manusia mengikut fahaman Suhakam, Islam
tidak mengiktiraf undang-undang antarabangsa. Islam hanya mengiktiraf,
menghormati dan mentaati segala prinsip, konsep dan sistem kehidupan daripada
Allah dan undang-undang daripada Allah sahaja baik bagi negara kita sendiri mahupun
bagi negara-negara yang lain di peringkat antarabangsa. Di sisi Islam, hanya tamadun
Islam yang datang daripada Allah sahaja yang benar dan hak, sedangkan seluruh tamadun
yang lain bukanlah tamadun, tetapi ianya adalah Jahiliyah. Sikap Islam terhadap
Jahiliyah hanyalah untuk menyerang dan memerangi mereka sehingga mereka itu
kalah dan tunduk kepada kekuatan dan kekuasaan Islam . Justeru “a CLASH OF
CIVILISATIONS” di antara yang hak dengan yang batil di dunia ini adalah sesuatu
yang semulajadi dan pasti akan terjadi serta yang tidak dapat dielakkan lagi.
Agama Islam wujud dan beroperasi di dunia ini sebagai satu CABARAN, GANGGUAN
dan ANCAMAN yang serius terhadap keselamatan dan keamanan seluruh negara,
bangsa dan agama yang selain daripada Islam. Di sinilah Islam bertembung dan
berkonflik dengan seluruh ideologi, nilai-nilai dan sistem kehidupan kufur
serta dengan seluruh kekuatan-kekuatan kufur yang universal di dunia ini. Inilah
ertinya ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Jihad, Perang dan Revolusi serta serangan dan penaklukan ke
atas negara-negara bangsa yang terlibat dengan amalan PENGABDIAN MANUSIA KEPADA
KEKUASAAN MANUSIA adalah satu proses yang “non-stop” bagi sesuatu Pergerakan
Islam atau Negara Islam. Selagi wujudnya negara-negara bangsa (nation states)
yang MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA KUASA MANUSIA, selama itulah pelancaran Jihad,
Perang dan Revolusi adalah satu gejala dan proses yang “non-stop”, iaitu
sesuatu yang berterusan untuk dilancarkan ke atas mereka (negara-negara bangsa
). Inilah dasar Islam yang Maha Tinggi, inilah keadilan Islam daripada Allah
swt, dan inilah tugas dan peranan orang-orang yang beriman dan berpegang teguh
kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
METOD ISLAM – al - QURAN, SUNNAH DAN SIRAH
Tanggungjawab dan kewajipan kita ialah untuk melancarkan
perjuangan Islam dengan mengikuti METOD dan JALAN al-Quran, Sunnah dan Sirah
dengan meninggalkan metod demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah
dan yang menentang Allah. Metod al-Quran, Sunnah dan Sirah adalah terdiri
daripada kebangkitan ummah yang bencikan kepada kerajaan Taghut dan yang
inginkan kepada kerajaan Islam, dan mereka, iaitu ummah, akan berjuang untuk
menghancurkan kerajaan Taghut dan menegakkan kerajaan Islam dengan Jihad,
Perang dan Revolusi.
Saiyyid
Qutb (Fizilalil Quran – az-Zariat ):
Apabila
seseorang itu dapat meningkatkan dirinya ke kemuncak konsep pengabdian diri
kepada Allah ini atau ke kemuncak konsep Ubudiyah yang luhur ini, maka tentulah
jiwanya tidak akan tergamak menggunakan wasilah yang keji untuk mendapatkan
tujuan yang luhur walaupun tujuan itu adalah untuk mencapai kemenangan dakwah
dan meninggikan kalimah Allah, kerana WASILAH YANG KEJI itu dalam satu aspek
menghancurkan konsep pengabdian diri kepada Allah yang bersih dan luhur, dan
daripada satu aspek yang lain ia tidak berhasrat untuk mencapai
matlamat-matlamat yang lain selain daripada matlamat menunaikan
kewajipan-kewajipannya untuk merealisasikan konsep pengabdian diri kepada Allah
yang tersirat dalam penunaian itu, kerana pencapaian matlamat adalah terserah
kepada Allah. Dialah yang akan menentukannya mengikut ketetapan takdir-Nya dan
kehendak iradat-Nya. Oleh itu seseorang tidak perlu menggunakan wasilah-wasilah
dan cara-cara yang sembarangan untuk mencapai sesuatu matlamat yang urusannya
terpulang kepada keputusan Allah dan tidak pula termasuk dalam perkiaraan
seorang mukmin yang menghambakan dirinya kepada Allah.
Kemudian
seseorang yang menghambakan dirinya kepada Allah itu akan menikmati kerehatan
dhamir, ketenteraman jiwa, kebaikan hati dalam segala keadaan sama ada dia
melihat hasil perjuangannya itu berhasil atau tidak berhasil, sama ada usaha
perjuangannya terlaksana menurut sebagai mana yang dirancangkannya atau
sebaliknya, kerana dia telahpun menyelesaikan usaha perjuangannya dan terjamin
mendapat balasannya setelah direalisasikan konsep pengabdian diri kepada Allah
dalam usaha perjuangannya itu dan kerana inilah hatinya tenang dan beristirehat.
Dan segala apa yang berlaku selepas itu adalah di luar batas tugasnya. Kini dia
sedar bahawa dirinya adalah seorang hamba kerana itu perasaan dan tuntutannya
tidak melebihi batas seorang hamba. Dia juga sedar bahawa Allah itu Tuhan dan
kerana itu dia tidak akan menceroboh dalam perkara-perkara yang berada dalam
bidang urusan Allah. Di sinilah sahaja batas perasaannya. Dia redha terhadap
balasan Allah dan Allah redha terhadap usaha perjuangannya.
Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa Metod
Demokrasi adalah metod yang keji. Matlamat tidak menghalalkan metod perjuangan
yang keji. Konsep “end justifies the means” adalah konsep Barat yang syirik dan
kufur. Kesilapan yang besar yang lazim terdapat di kalangan para pejuang Islam
yang jujur dan ikhlas ialah mereka tidak dapat membezakan di antara Metod Islam
dengan metod kufur, khususnya mereka menyangka bahawa metod demokrasi ini
adalah Metod Islam, justeru mereka mengamalkannya tanpa menyedari bahawa itu
adalah metod yang syirik dan kufur, dan mereka tidak memahami bahawa mereka
tidak boleh mengamalkan metod yang syirik dan kufur walaupun untuk
memperjuangkan sesuatu matlamat Islam yang luhur dan murni serta dengan hati
yang jujur dan ikhlas semata-mata kerana Allah swt. Metod yang syirik dan kufur
membatalkan legaliti atau kesahihan matlamat perjuangan yang agung dan yang
suci dan murni serta yang diperjuangkan dengan ikhlas semata-mata kerana Allah
swt. Ini adalah kerana, dalam Islam, ‘matlamat’ tidak menghalalkan ‘cara’.
Mereka yang menghalalkan demokrasi dan metod demokrasi sebagai metod perjuangan
Islam adalah golongan yang merosakkan pegangan dan amalan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang
mengeluarkan diri mereka daripada agama Allah.
Firman Allah : Yusuf 108
“Katakanlah : Inilah jalan perjuanganku, di mana aku dan orang-orang yang mengikutku mengajak kamu kepada agama Allah dengan bukti yang jelas . Maha Suci Allah dan aku bukannya daripada golongan musyrikin .
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Yakni kami sekelian berada di dalam hidayat dan
cahaya petunjuk daripada Allah . Kami mengetahui jalan kami dengan jelas dan
kami berjalan mengikutinya dengan pandangan, kefahaman dan makrifat yang jelas
, kami tidak meraba-raba dan menagak-agak. Itulah keyakinannya yang terang lagi
bersuluh. Maha Suci Allah daripada segala sifat yang tidak layak dengan
Uluhiyah -Nya. Dan kami sekelian terasing dan berbeza daripada golongan
musyrikin.
“Dan aku bukannya daripada golongan musyrikin. “
Inilah jalan aku. Oleh itu sesiapa yang suka
dia boleh ikut, dan sesiapa yang tidak suka, maka aku tetap berjalan terus
mengikut jalan yang lurus ini .
Para pendakwah kepada Allah pastilah melakukan
perbezaan ini. Mereka pasti mengumumkan bahawa mereka merupakan satu umat yang
bersendirian dan terpisah daripada orang-orang yang tidak berpegang dengan
aqidah mereka, iaitu tidak menjadi pak turut mereka, tidak mengikut kepimpinan
mereka, mereka mengambil haluan yang bersendirian dan tidak bercampur aduk
dengan mereka. Para pendakwah agama ini tidak cukup dengan menyeru manusia
kepada agama Allah, sedangkan mereka bergelumang di dalam masyarakat Jahiliyah
kerana dakwah yang seperti ini tidak membawa kepada sesuatu hasil yang benilai,
malah sejak hari yang pertama lagi mereka harus mengumumkan bahawa golongan
mereka adalah berlainan daripada golongan Jahiliyah. Mereka membezakan diri
mereka dalam bentuk satu kelompok tersendiri di mana tali ikatannya ialah
aqidah yang berbeza dan nama
kepimpinannya ialah kepimpinan Islam. Mereka harus membezakan diri
mereka daripada masyarakat Jahiliyah dan seterusnya membezakan kepimpinan
mereka daripada kepimpinan Jahiliyah .
Kedudukan para pendakwah yang bergelumang dan
hanyut dalam masyarakat Jahiliyah dan kekal bernaung di bawah naungan
kepimpinan Jahiliyah akan menghapuskan pengaruh yang dibawa oleh aqidah mereka,
menghalangkan keberkesanan yang dapat diwujudkan oleh dakwah mereka dan
seterusnya menghalangkan segala penarik yang mungkin wujud pada dakwah yang
baru itu .
Hakikat ini bukan hanya terserlah dalam bidang
dakwah para nabi di dalam masyarakat-masyarakat musyrikin sahaja, malah
terserlah dalam bidang dakwah umumnya, iaitu setiap kali munculnya Jahiliyah
menguasai kehidupan manusia. Nilai-nilai dan ciri-ciri semula jadi Jahiliyah
abad dua puluh ini juga tidak berbeza daripada nilai-nilai dan ciri-ciri semua
Jahiliyah yang lain yang dihadapi oleh dakwah Islam di sepanjang sejarah .
Para pendakwah yang menyangka bahawa mereka
boleh mencapai sesuatu hasil yang baik menerusi tindakan turut bergelumang dan
hanyut di dalam masyarakat Jahiliyah dan establishment-establishment Jahiliyah
dan menerusi penyusupan secara halus ke dalam masyarakat dan
establishment-establishment Jahiliyah untuk berdakwah kepada Islam, maka mereka
adalah orang-orang yang tidak memahami tabiat agama ini dan caranya mengetuk
pintu hati manusia. Jika pejuang-pejuang mazhan-mazhab ilhadiyah (yang tidak
percaya kepada Tuhan ) secara terbuka sanggup mendedahkan tanda mereka, barisan
hadapan mereka dan arah mereka, garis perjuangan mereka, maka apakah
pejuang-pejuang dakwah Islamiyah tidak sanggup mengumumkan tanda istimewa
mereka dan cara perjuangan mereka yang secara total berbeza daripada perjuangan
Jahiliyah itu?
Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa metod perjuangan Islam adalah daripada
Allah, iaitu yang bersumberkan al-Quran, Sunnah dan Sirah. Perjuangan melalui
proses demokrasi adalah metod Jahiliyah, iaitu metod yang syirik dan kufur yang
akan hanya menghasilkan Jahiliyah dan yang tidak mungkin akan tercapai matlamat
Islam. Islam mempunyai jalannya dan kepimpinannya yang tersendiri yang terpisah
dan berbeza sama sekali daripada jalan dan kepimpinan demokrasi. Islam
hendaklah mempamirkan dengan jelas dan terang kepada orang ramai mengenai metod
dan jalannya yang istimewa dan berbeza ini dengan seluruh bentuk Jahiliyah dan
khususnya dengan Jahiliyah demokrasi ini.
Firman Allah : al-Israa’ 9Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang betul.
Saiyyid Qutb (Milestones) :
“Para pendakwah dan pejuang Islam hendaklah
memahami dengan sejelas-jelasnya bahawa agama ini adalah agama yang diwahyukan
dan bahawa METODnya, yang sesuai dan harmoni dengan sifat-sifat agamanya,
adalah juga didasarkan kepada panduan wahyu. Adalah sesuatu yang mustahil untuk
mendiri dan menegakkan satu tatanan hidup agama ini tanpa mengikuti Metodnya
yang tersendiri.
Seseorang itu hendaklah memahami bahawa agama ini
telah datang bukan sahaja untuk mengubah aqidah-aqidah dan amalan-amalan
manusia tetapi juga METOD untuk melaksanakan perubahan-perubahan dalam
aqidah-aqidah dan amalan-amalan itu. Agama ini membentukkan Aqidah bersama-sama
dengan pembentukan sesuatu komuniti itu, ia juga membentuk sistem pemikirannya
di samping ia menumpukan tenaganya dalam melaksanakan aspek-aspek praktikalnya.
Oleh yang demikian, pembentukan sistem pemikirannya, Aqidahnya, dan cara
hidupnya yang tersendiri itu, tidak memerlukan kepada metod yang lain, tetapi
ianya terlaksana secara serentak.
Daripada huraian di atas, kita sedar bahawa agama
ini mempunyai METOD bertindaknya yang tersendiri. Justeru, kita perlu sedar
bahawa METOD ini adalah sesuatu yang kekal abadi. Ia tidak terikat kepada
sesuatu peringkat, atau sesuatu keadaan dan persekitaran yang tertentu,
seumpamanya kepada zaman generasi Islam yang pertama. Sesungguhnya tatanan
hidup agama ini tidak akan dapat didiri dan dibangunkan - pada bila-bila masa -
melainkan melalui METOD ini sahaja.
Peranan Islam ialah untuk mengubah Aqidah-aqidah
dan amalan-amalan manusia, bersama-sama dengan sikap, pandangan dan cara
berfikir mereka. METODnya adalah diturunkan melalui wahyu dan ianya adalah sama
sekali berbeza dengan kesemua metod yang tidak bernilai daripada manusia yang
berfikiran cetek.
Kita tidak akan berkemampuan untuk menerima panduan
Ilahi atau untuk menjalani kehidupan yang berpandukan kepadanya melainkan kita
mengamalkan METOD yang diturunkan daripada Allah swt, iaitu METOD yang
sememangnya disediakan oleh Allah untuk mengubah pemikiran dan amalan manusia.
Apabila kita mencuba untuk menghadkan Islam ke
tahap ‘teori’ untuk dikaji, bererti kita telah mengubahkan METOD daripada Allah
ini daripada sifat-sifatnya yang semula jadi, dan kita telah merendahkannya ke
tahap METOD ciptaan manusia, seolah-olah METOD Allah ini adalah lebih rendah
daripada METOD manusia, dan seolah-olah kita hendak meningkatkannya kepada
tingkat dan status yang sama tinggi dengan metod ciptaan para hamba-Nya!
Pandangan seperti ini adalah amat merbahaya dan
mentaliti menyerah kalah ini adalah kerosakan yang besar.
Peranan METOD daripada Allah yang dianugerahkan
kepada kita - kita yang menjadi pejuang-pejuang Islam ini – adalah untuk
membentukkan satu sistem pemikiran yang suci dan bersih daripada segala unsur
dan sistem pemikiran Jahiliyah yang sedang berleluasa kini di dunia dan yang
telah meracuni kebudayaan kita dengan merosakkan sistem pemikiran kita.
Sekiranya kita cuba untuk mengubah agama ini dengan cara mengamalkan METOD yang
lain daripada ciri-ciri dan sifat-sifatnya dan METOD yang dipinjam daripada
Jahiliyah yang sangat berpengaruh kini, bermakna kita telah merosakkan peranan
Islam dalam membebaskan kemanusiaan, dan kita akan kehilangan peluang untuk
menghapuskan bebanan cara Jahiliyah yang sedang berleluasa kini, dan yang
sedang menguasai seluruh sistem pemikiran kita.
Situasi ini adalah penuh dengan bahaya, dan
kerugian yang akan kita alami akibat daripadanya, adalah satu malapetaka yang
amat besar.
METOD bagi pembentukan sesuatu tatanan hidup Islam,
adalah tidak kurang pentingnya atau tIdak kurang perlunya daripada Aqidah Islam
dan sistem kehidupannya itu sendiri, METOD dan Aqidah tidak pernah terpisah di
antara satu dengan yang lainnya. Walaupun kita mungkin tertarik untuk
mencanangkan tentang keindahan Aqidah Islam serta sistem Islam, kita jangan
melupai bahawa Islam tidak akan terbentuk sebagai satu sistem hidup yang
praktikal atau satu pergerakan yang dinamis melalui cara ini (mencanang
keindahan Islam).
Oleh yang demikian, saya mengulangi bahawa Aqidah
Islam hendaklah dijelmakan kepada bentuk satu pergerakan yang praktikal, dan
sebaik sahaja ianya telah terbentuk sedemikan rupa, pergerakan Islam itu
hendaklah berbentuk satu pancaran dan cermin yang menggambarkan wajahnya yang
sebenar.
Aqidah dan METOD adalah sama-sama penting; tidak
ada perbezaan di antara kedua-duanya. METOD yang selain daripadanya, walaupun
kelihatan menarik sekalipun, tidak akan berkemampuan untuk membentuk satu
tatanan hidup Islam di bawah kekuasaan Islam. METOD–METOD yang lain hanya
berkemampuan untuk membentuk tatanan-tatanan hidup daripada sistem-sistem
pemikiran yang lain ciptaan manusia, tetapi kesemuanya tidak berkemampuan untuk
membentuk sistem kita. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kita untuk mengikuti
METOD daripada Allah ini sahaja sepertimana kewajipan kita untuk mentaati
cara-cara hidupnya dan kewajipan untuk mempercayai Rukun Iman.”
Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa perjuangan Islam
dalam menegakkan Aqidah Islam hendaklah hanya diperjuangkan melalui METOD ISLAM
sahaja yang didasarkan kepada al-Quran, Sunnah dan Sirah. Bahawa MATLAMAT yang
agung dan suci kerana Allah tidak boleh menghalalkan METOD yang bertentangan
dengan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, justeru konsep “end justifies the means” tidak
dapat diterima oleh Islam. Dalam perjuangan Islam kita tidak boleh memilih
metod kita sendiri yang selain daripada Metod Allah kerana metod kita itu
semestinya bertentangan dengan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang merosakkan perjuangan
kita dan kerana Allah telahpun menyediakan Metod Allah yang lengkap dan
sempurna untuk kita laksanakan. Pergerakan Islam adalah PERGERAKAN
FIQHIYAH.
Metod untuk menegakkan sesuatu kerajaan Islam adalah SAMA
PENTING dengan kerajaan Islam serta dengan Aqidah dan Pemikiran Islam itu
sendiri. Aqidah Islam dan Metod Islam mempunyai pertalian yang tidak dapat
dipisah-pisahkan di antara satu dengan yang lain kerana kedua-duanya itu adalah
sama-sama didasarkan kepada al-Quran, Sunnah dan Sirah. Allah swt tidak memberi
kebebasan kepada kita untuk memilih mana-mana metod perjuangan yang kita anggap
sebagai paling sesuai, bijak, sempurna dan berkesan yang mampu dikonsepsikan
mengikut logis dan rasionaliti pemikiran kita, kerana Allah yang Maha Bijaksana
dan Maha Mengetahui itu sememangnya sudahpun menyediakan Metod Perjuangan
daripada Allah sendiri yang diwahyukan kepada junjungan kita Rasulullah saw.
Demikianlah di antara analisis-analisis penting daripada saranan-saranan
Saiyyid Qutb mengenai metod perjuangan dalam Islam.
Firman Allah : Fatir 10
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah naiknya segala madah yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkat-Nya naik ( sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). dan sebaliknya; orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesanpun) akan rosak binasa.
Dalam ayat di atas ini Allah melarang kita dengan keras dan tegas
sekali agar kita tidak mengamalkan sistem politik demokrasi dan Allah melarang
kita daripada memperjuangkan Islam melalui jalan dan proses politik demokrasi
kerana ianya adalah jalan yang syirik
dan kufur. Orang-orang yang mengamalkan sistem politik demokrasi walaupun untuk
tujuan dan matlamat yang suci dan murni kerana Allah, adalah disifatkan Allah
sebagai orang-orang yang merancang untuk melakukan KEJAHATAN dan KEZALIMAN yang
akan menerima seksa yang amat pedih di Akhirat nanti. Perjuangan Islam adalah dikehendaki
Allah untuk hanya diperjuangkan melalui jalan dan metod yang diredhai Allah dan
tidak melalui sebarang jalan dan metod yang syirik dan kufur seperti amalan
sistem politik demokrasi kita yang tidak diredhai Allah. Ini adalah keputusan
yang jelas, terang dan muktamad daripada Allah yang tidak boleh dipertikaikan
lagi, dan justeru mengikut pengertian ayat ini (35:10), UMNO dan PAS serta
seluruh mereka yang memperjuangkan Islam melalui amalan sistem politik
demokrasi yang syirik dan kufur ini adalah disifatkan Allah sebagai orang-orang
yang merancang untuk melakukan kezaliman dan kejahatan yang akan dihumban ke
dalam neraka yang amat pedih!
Namun begitu, seluruh umat Islam kita kini terus sahaja
mengamalkan sistem politik demokrasi kerana kita sememangnya tidak mengetahui
bahawa mengamalkannya itu adalah dilarang dengan keras dan tegas oleh Allah melalui
berbagai-bagai ayat al-Quran yang jelas dan terang. Kita tidak mengetahui
mengenai kewujudan ayat ini dan ayat-ayat al-Quran yang lain seperti ini kerana
para ulama dan intelek Islam kita telah menyembunyikan seluruh ayat-ayat ini daripada
pengetahuan kita ataupun segala pengertian ayat-ayat ini telahpun diputar
belitkan oleh mereka sehingga kita tidak mengetahui bahawa amalan agama
demokrasi yang syirik dan kufur ini walaupun untuk tujuan yang suci dan murni
kerana Allah adalah sesuatu yang dilarang dengan keras dan tegas oleh Allah swt
serta yang diancam dengan keseksaan neraka yang amat pedih di Akhirat nanti.
Perjuangan Islam adalah terdiri daripada TIGA FASA perjuangan
:
1.
PROSES REVOLUSI;
2.
PERANG dan REVOLUSI;
3.
PASCA REVOLUSI.
Fasa PROSES REVOLUSI yang membangkitkan massa umat Islam
kepada Perang dan Revolusi adalah satu proses yang panjang, pahit dan
berliku-liku. Begitu juga PERANG dan REVOLUSI dalam fasa yang keduanya nanti yang
melibatkan tindakan-tindakan berperang, membunuh dan dibunuh itu boleh berakhir
samada dengan kemenangan ke atas para musuh atau ketumpasan di tangan para
musuh itu! Seandainya Perang dan Revolusi itu beroleh kemenangan dan sebuah
kerajaan Islam itu akhirnya berjaya dibangunkan, perjuangan Islam berpindah
kepada fasa Pasca Revolusi, iaitu perjuangan untuk mempastikan kekuatan
kerajaan Islam itu sentiasa dikawal dan dipertahankan. Sekiranya kerajaan Islam
itu mengalami keruntuhan dan kemusnahan, Pergerakan Islam memikul tanggungjawab
untuk terus berjuang untuk membangunkannya kembali. Inilah yang dikatakan
bahawa Perjuangan Islam itu adalah sesuatu yang berkesinambungan tanpa noktah!
Apakah sepatutnya kita meminjam jalan-jalan dan metod-metod
perjuangan yang selain daripada Allah dan Rasul-Nya untuk mencapai matlamat
Islam, yang walaupun ianya bercanggah, menafi dan mengorbankan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, hanyalah kerana sesuatu metod itu telahpun
tersedia wujud serta sedang beroperasi dengan aktif dalam persekitaran kita
seperti mana perjuangan Islam melalui proses demokrasi ini. Atau kerana ianya
adalah metod yang mudah dan ringkas, selamat dan tanpa risiko. Atau semata-mata
kerana kita belum lagi terdedah dan tidak tahu akan idea-idea dan
alternatif-alternatif yang lain daripada metod demokrasi. Apakah Allah s.w.t.
hanya memerintahkan kita untuk berjuang sahaja melalui apa cara jua sekalipun asalkan
matlamatnya tercapai tanpa menunjukki jalan-jalan dan metod-metod
perjuangan-Nya kepada kita? Terhadap kesemua persoalan ini, hanya terdapat satu
jawapan sahaja - Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk berjuang melalui Metod
Islam sahaja yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya, yang lengkap, sempurna,
sesuai, berkesan dan "relevant"
untuk kesemua era, di kesemua lokaliti dan untuk kesemua kaum, serta dalam
apa-apa situasi dan suasana sekalipun, hatta bagi sesuatu komuniti yang terdiri
daripada berbilang kaum dan anutan agama.
Firman Allah: al-Ankabut 69
Dan mereka yang berjihad kepada Kami, sesungguhnya Kami akan pimpin mereka kepada jalan-jalan Kami.
Metod Islam yang diredhai Allah s.w.t. telahpun siap dan
sempurna dicipta dan disediakan oleh Allah s.w.t. sendiri yang Maha Mengetahui,
Maha Bijaksana dan Maha Sempurna itu untuk ikutan dan amalan kita yang mana
ianya (Metod Islam) adalah terkandung di dalam segala doktrin dan konsep di
dalam al-Quran itu sendiri dan yang diabadikan di dalam sejarah perjuangan
Rasulullah saw dalam menentang kaum Quraisy Mekah. Metod Islam adalah juga
diabadikan di dalam model-model perjuangan para Rasul yang terdahulu - Nabi
Ibrahim a.s. dalam menghadapi Namrud, Nabi Musa a.s. dalam menghadapi Firaun
dan Nabi Isa a.s. dalam menghadapi Rom. Allah s.w.t. tidak membiarkan kita
untuk berada dalam keadaan yang teraba-raba bersendirian dalam kegelapan kerana
Dia sememangnya telahpun menyediakan Metod Islam dalam keadaannya yang lengkap
dan sempurna. Tugas kita hanyalah untuk mengenali dan mempelajarinya sahaja,
setelah itu, kita akan terus sahaja mengamalkannya.
Firman Allah: al-Ahzab 36
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata.
Firman Allah Rom : 30
Tiadalah patut ada sebarang perubahan pada agama Allah .
Firman Allah : al-Fath 23
Engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan di dalam undang-undang Allah.
Firman Allah al-Anaam 115
Dan telah sempurnalah kalimat Tuhanu dengan benar dan adil ; tiada siapa dapat mengubah sesuatu daripada kalimat-kalimat-Nya , dan Dialah yang sentiasa Maha Mendengar dan Maha Mengetahui .
Firman Allah Faatir : 43
Kerana engkau tidak sekali-sekali akan mendapati sebarang perubahan pada Sunnatullah dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan Sunnatullah itu.
Allah s.w.t. memutuskan bahawa sesuatu peraturan dan cara
yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya, termasuklah Metod Islam dalam masalah
perjuangan Islam, tidak boleh dipinda, diubah, diubah suai, ditokok tambah,
ditukar ganti, direka bentuk sendiri atau dipinjam daripada sumber yang lain
daripada Islam, sekalipun metod perjuangan yang diubah suai dan sebagainya itu
kesemuanya ternyata lebih mudah, ringkas, cepat dan tanpa risiko yang tinggi
berbanding dengan cara yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Metod Islam
tidak boleh dipinda, ditukar ganti atau direka bentuk sendiri kerana; pertama
sekali, ia ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya; kedua, ia berhubung kait secara
langsung dengan Uluhiyah dan Rububiyah Allah serta dengan al-Wala' dan al-Bara'
di dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Sebarang perubahan dan penyimpangan daripada bentuknya yang asal bererti
menolak ketetapan Allah dan Rasul-Nya serta berkontradiksi dengan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang kedua-duanya ini boleh merosakkan
Aqidah Islam seseorang pejuang Islam (35:43).
Sikap dan tindakan
Rasulullah saw terhadap agama dan kekuasaan Jahiliyah :
1. Mengisytiharkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ untuk menegakkan kekuasaan Islam dan sistem kehidupan Islam,
serta matlamat untuk menghapuskan kekuasaan Jahiliyah.
2. Mengisytiharkan
agama jahiliyah Mekah sebagai agama yang syirik dan kufur.
3. Tidak
mengamal, mengimani dan menganuti agama Jahiliyah.
4. Tidak
membolehkan amalan agama Jahiliyah bagi tujuan perjuangan Islam.
5. Tidak
mengiktiraf dan bersetuju terhadap agama Jahiliyah.
6. Tidak
bersetuju untuk menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat peraturan dan
undang-undang kepada manusia.
7.
Tidak
mentaati peraturan dan undang-undang manusia.
8. Menafi,
menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap
agama Jahiliyah.
9. Memisah
dan mengasingkan diri daripada kepimpinan kufur dan kekuasaan kufur serta untuk
memusuhi dan membencinya.
10.Mengamalkan
sikap tidak berkompromi dan non-konformis terhadap agama Jahiliyah.
11.Mencabar
dan mengancam agama Jahiliyah yang sedang berkuasa dan berdaulat.
12.Bersedia
dan sanggup untuk dizalimi dan ditindas oleh kekuasaan Jahiliyah dengan ketara
dan berpajangan.
13.Setelah
memperolehi kekuatan, Islam akan melancarkan Jihad dan Perang terhadap
Jahiliyah untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia dan
untuk mengembalikan pengabdian seluruh umat manusia kepada Allah sahaja.
Inilah jalan dan metod perjuangan Rasulullah saw semasa dalam era Mekah
yang sama sekali berbeza dan berkontradiksi dengan sistem kehidupan seluruh
umat Islam kita di Malaysia kini. Baginda memisah dan mengasingkan kumpulan
umat Islam daripada masyarakat Jahiliyah dan meletakkanya di bawah kepimpinan
yang baru yang dipimpin oleh beliau sendiri yang mencabar dan mengancam
kepimpinan Jahiliyah. Baginda mengamalkan sikap dan tindakan-tindakan penafian,
penolakan, pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif dan total terhadap
agama Jahiliyah, kepimpinan Jahiliyah dan kerajaan Jahiliyah Mekah.
Sebaliknya
jalan perjuangan umat Islam kita adalah jalan yang sama sekali berkontradiksi
dengan jalan Rasulullah saw. Seluruh
umat Islam kita mengamalkan agama demokrasi yang melibatkan mereka
itu dengan kesyirikan dan kekufuran yang mengeluarkan seluruh mereka itu
daripada agama Allah - ini adalah kerana mereka melakukan perkara-perkara
berikut :
1. Tidak
mengisytiharkan matlamatnya untuk menghapuskan agama demokrasi sebagai agama
yang syirik dan kufur;
2. Tidak
mengisytiharkan bahawa demokrasi ini adalah agama yang syirik dan kufur ;
3. Mengamal dan
menganuti agama demokrasi yang bererti mereka menganuti dan mengamalkan agama manusia yang
syirik dan kufur ;
4. Memboleh dan menghalalkan amalan agama demokrasi sebagai jalan untuk memperjuangkan
Islam;
5. Mengiktiraf,
bersetuju dan meredhai agama demokrasi;
6. Bersetuju dan redha untuk menyerahkan hak dan kuasa
untuk membuat peraturan dan undang-undang kepada manusia ;
7. Mentaati dan
mematuhi peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia;
8. Tidak menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan
aktif dan total terhadap agama demokrasi yang syirik dan kufur ;
9. Tidak
memisahkan diri daripada kepimpinan kufur dan kekuasaan kufur serta tidak
memusuhi dan membencinya;
10 Tidak
mengamalkan sikap tidak berkompromi dan non-konformis terhadap agama Jahiliyah
11. Tidak
mencabar dan mengancam agama Jahiliyah yang sedang berkuasa dan berdaulat.
12. Tidak
akan dizalimi dan ditindas oleh kekuasaan Jahiliyah kerana cara berdakwah yang
tidak mencabar dan mengancam kekuatan dan kekuasaan Jahiliyah;
13.Tidak
bersedia untuk melancarkan Jihad dan Perang terhadap Jahiliyah dan kekuasaan
jahiliah serta tidak bercadang untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia
kepada kuasa manusia.
Umat Islam kita memilih
jalan dan metod perjuangan yang syirik dan kufur. Al-Quran menyatakan dengan
jelas dan terang bahawa perjuangan yang berbeza dan berkonflik dengan jalan dan
metod daripada Allah dan Rasul-Nya adalah kesyirikan dan kekufuran :
Firman Allah : al-Imran 32Katakanlah : Taatlah kepada Allah dan Rasul, jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak kasihkan orang-orang kafir.
Kehidupan seluruh massa umat Islam di Malaysia kita ini adalah satu
kontradiksi yang total dengan kehidupan Rasulullah
saw dan para pengikut Baginda semasa di zaman Mekah itu, kehidupan kita kini juga
berbeza dan berkontradiksi dengan segala konsep dan prinsip yang terkandung
dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Kesemuanya ini bererti bahawa sistem
kehidupan seluruh massa umat Islam kita kini adalah syirik dan kufur yang
mengeluarkan seluruh umat Islam kita ini daripada agama Allah. Lebih jauh lagi,
kontradiksi ini juga menggambarkan sikap dan mentaliti kufur yang terdapat di
kalangan massa umat Islam kita yang sememangnya tidak ingin kepada sebarang kebangkitan
sedikitpun, kita tidak ingin untuk memberontak, sebaliknya pula kita ikut dan
akur secara membuta tuli sahaja dengan perasaan kita yang redha dan selesa
sahaja terhadap sistem kehidupan Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis yang
syirik dan kufur ini, kita tidak mempunyai sebarang niat sedikitpun untuk membebaskan
diri kita daripada gejala penindasan dan kezaliman yang sememangnya terbit
daripada sistem kehidupan yang syirik dan kufur ini. Kita kini wujud dan hidup
dalam kesyirikan dan kekufuran, serta dalam kerosakan dan kesesatan yang total
– kita kini sebenarnya tidak berada dalam agama Allah sedangkan kita sedikitpun
tidak menyedarinya kerana kejahilan kita yang total mengenai konsep-konsep
Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Bukan sahaja Metod Islam daripada Allah dan Rasul-Nya ini
tidak boleh diubah suai dan ditukar ganti mengikut konsepsi dan pemikiran Islam
(33:36), malah setiap tindakan dan langkah yang ditauladani Rasullullah s.a.w.
dalam setiap fasa dan peringkat perjuangan Baginda itu, hendaklah ditaati dan
dijejaki dengan keterperincian yang semaksimum mungkin yang boleh mempastikan
keterpeliharaan dua ciri utama bagi sesuatu perjuangan Islam - kesempurnaan Aqidah Islam di sepanjang hayat
perjuangan itu dan keterangsangan semangat radikalisme dan kebangkitan di
kalangan massa umat Islam.
Firman Allah: al-Imran 31
Katakanlah: Jika benar kamu mengasihi Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihimu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.
Setiap tindakan dan langkah dalam perjuangan Rasulullah s.a.w
itu hendaklah diikuti dan dijejaki dengan tepat dan terperinci supaya tercapai
kebangkitan dalam perjuangan Islam kita di samping tetap memelihara
kesempurnaan Aqidah Islam. Hanya Metod Islam dengan segala detailnya yang
datang daripada Allah dan Rasul-Nya sahaja yang berkemampuan untuk membawa
kepada radikalisme dan revolusi.
Firman Allah: an-Nisa 65
Maka demi Tuhanmu (Wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
Metod Islam hendaklah diterima dan diredhai oleh massa umat
Islam dan oleh seluruh para pejuang Islam kerana ianya adalah daripada Allah
dan Rasul-Nya. Mereka yang tidak bersetuju dan bersikap tidak positif terhadap
Metod Islam daripada Allah dan Rasul-Nya serta mereka tidak mengamalkannya
dalam perjuangan mereka adalah orang-orang yang mengkufur ingkarkan Allah
s.w.t. dan telah terkeluar daripada agama Allah. Apa jua metod perjuangan yang
lain daripada Allah dan Rasul-Nya, yang direka bentuk dan diilhamkan oleh
pemikiran kita sendiri, mungkin di atas rasionaliti "exigencies", atau kerana ianya berkeupayaan untuk
dipraktikkan dengan cara yang lebih mudah, ringkas, cepat dan tanpa risiko yang
tinggi, ianya tetap juga merupakan metod perjuangan yang tidak boleh diterima
oleh Islam kerana ianya adalah satu penyimpangan daripada apa yang ditetapkan
oleh Allah dan Rasul-Nya dan juga satu percanggahan dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ .
Firman Allah: al-Baqarah 257
Allah Pemimpin orang-orang beriman. Ia mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang kafir, pemimpin-pemimpin mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka daripada cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Metod Islam adalah metod yang dipimpin oleh Allah s.w.t.,
iaitu jalan al-Quran, Sunnah dan Sirah. Allahlah sahaja yang layak dan berhak
untuk memimpin seluruh umat manusia di bumi ke jalan yang benar sedangkan jalan
demokrasi kita ini adalah jalan yang sesat dan rosak serta yang syirik dan
kufur kerana ianya adalah dipimpin oleh Taghut. Allah memimpin kita daripada
kesesatan kepada keimanan sedangkan Taghut memimpin kita daripada keimanan
kepada kesesatan – khususnya Taghut memimpin kita agar kita terus kekal
mengamalkan sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur ini dan agar kita
terus kekal dan selesa dalam kesyirikan dan kekufuran.
PAS mengisytiharkan bahawa metod perjuangan mereka dan jalan mereka
dalam perjuangan Islam adalah tetap melalui sistem politik demokrasi daripada
awal sehingga ke akhirnya dan mereka menyeru supaya kita terus berjuang melalui
metod demokrasi ini – mereka ini adalah para pemimpin yang menyeru dan mengajak
kita ke neraka dan sahlah bahawa mereka ini adalah para Taghut yang sesat dan
menyesatkan!
No comments:
Post a Comment