(sambungan)
Huraian-huraian
Saiyyid Qutb merumuskan METOD TARBIAH dalam perjuangan Islam :
1. Aqidah Islam yang diperjuangkan dalam gerakan dakwah
itu adalah Aqidah yang berharga amat mahal;
2. Golongan para pendakwah yang membawa Aqidah Islam yang
sebenar adalah amat kecil bilangannya;
3. Golongan orang-orang yang menyambut dakwah Islam adalah
segelintir sahaja dan prosesnya itu berlaku dalam dalam jangka waktu yang lama;
4. Kebatilan itu berkuasa, kuat dan ramai;
5. Para pendakwah pastilah menempuh kesusahan dan
kesekseaan;
6. Hanya para pendakwah dan pejuang yang pilihan dan
istimewa sahaja yang sanggup berdakwah dan berjuang;
7. Pertolongan Allah akan sampai hanyalah setelah para
pendakwah itu dtekan dan diserang habis-habisan sehingga mereka kehabisan
segala usaha dan tenaga, dan segala sumber kekuatan terakhir;
8. Kemenangan dakwah adalah kemenangan yang amat mahal;
9. Penyampaian dakwah dengan menggunakan hikmah, kata-kata
yang lembut dan berkesan;
10. Tunjukkan sikap yang ikhlas dan tanpa apa-apa
kepentingan yang lain melainkan mentaati perintah Allah;
11. Sentiasa berada dalam keadaan yang bersemangat,
bersungguhan dan serius ketika menjalankan tugas - tunjukkan minat kita kepada
seseorang yang kita sedang dakwahkan itu;
12. Amalkan sifat kesabaran dan daya ketahanan yang tinggi;
13. Jangan terasa keseorangan dan mudah patah semangat -
sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama kita;
14. Sentiasa menjaga kesopanan dan tata tertib, serta
hormat menghormati walaupun kita dicemuh, dicerca dan dikeji dengan hebat
sekali - kerja kita adalah mulia kerana ianya adalah satu perjuangan ke jalan
Allah;
15. Segala idea-idea dan kebenaran Islam serta Metod Islam
hendaklah disampaikan kesemua sekali, dan penyampaian yang lemah lembut dan penuh
dengan kesopanan ini dengan sendirinya akan berbentuk satu cabaran dan serangan
yang terbuka terhadap kufur dan kekuasaan kufur;
16. Jangan menyembunyi atau mengubah sedikitpun segala
dasar dan prinsip Islam dan Metod Islam dalam memperjuangkan Islam;
17. Jangan takut dan bimbang sedikitpun kepada musuh-musuh
Allah kerana takut itu hanya kepada Allah sahaja dan tidak kepada musuh-musuh
Allah;
18. Dakwah Islam menyeru seluruh umat Islam supaya kembali
mengimani, menganuti dan mengamalkan agama Islam yang asal dan sempurna
daripada Allah dengan meninggalkan agama Islam yang sedang kita imani, anuti
dan amalkan sekarang ini, iaitu agama Islam kita yang sesat dan rosak daripada
jalan yang benar;
19. Dakwah Islam mencabar, mengancam dan mengganggu kufur
dan segala kekuatan dan kekuasaan kufur sejak daripada se awal mungkin lagi
yang membawa kepada konflik di antara yang hak dengan yang batil yang akan
seterusnya mencetuskan Jihad, Perang dan Revolusi;
20. Penyampaian yang berbentuk terus terang, direct, jelas,
tegas dan berani - nyatakan bahawa :
1. Metod
perjuangan Islam adalah dengan mengikuti cara perjuangan Rasulullah saw melalui
jalan al-Quran, Sunnah dan Sirah yang sempurna :
1. Mengisytiharkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ
untuk menegakkan kekuasaan Islam dan sistem kehidupan Islam, serta matlamat
untuk menghapuskan kekuasaan Jahiliyah.
2. Mengisytiharkan agama jahiliyah Mekah sebagai agama
yang syirik dan kufur.
3. Tidak mengamal, mengimani dan menganuti agama
Jahiliyah.
4. Tidak membolehkan amalan agama Jahiliyah bagi tujuan
perjuangan Islam.
5. Tidak mengiktiraf dan bersetuju terhadap agama
Jahiliyah.
6. Tidak bersetuju untuk menyerahkan hak dan kuasa untuk
membuat peraturan dan undang-undang kepada manusia.
7. Tidak mentaati peraturan dan undang-undang manusia.
8. Menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap agama Jahiliyah.
9. Memisahkan diri daripada kepimpinan kufur dan kekuasaan
kufur serta untuk memusuhi dan membencinya.
10.Mengamalkan sikap tidak berkompromi dan non-konformis
terhadap agama Jahiliyah.
11.Mencabar dan mengancam agama Jahiliyah yang sedang
berkuasa dan berdaulat.
12.Bersedia dan sanggup untuk dizalimi dan ditindas oleh
kekuasaan Jahiliyah dengan ketara dan berpajangan.
13.Setelah memperolehi kekuatan, Islam akan melancarkan
Jihad dan Perang terhadap Jahiliyah untuk menghapuskan sistem pengabdian
manusia kepada kuasa manusia dan untuk mengembalikan pengabdian seluruh umat
manusia kepada Allah sahaja.
2. Metod
perjuangan melalui jalan demokrasi adalah jalan yang sesat dan menyeleweng
daripada jalan Allah kerana jalan demokrasi adalah jalan yang melakukan
perkara-perkara berikut :
1. Tidak
mengisytiharkan matlamatnya untuk menghapuskan agama demokrasi sebagai agama
yang syirik dan kufur;
2. Tidak
mengisytiharkan bahawa demokrasi ini adalah agama yang syirik dan kufur ;
3. Mengamal dan
menganuti agama demokrasi yang bererti mereka menganuti dan mengamalkan agama manusia yang
syirik dan kufur ;
4. Memboleh dan menghalalkan amalan agama demokrasi sebagai jalan untuk memperjuangkan
Islam;
5. Mengiktiraf,
bersetuju dan meredhai agama demokrasi;
6. Bersetuju dan redha untuk menyerahkan hak dan kuasa
untuk membuat peraturan dan undang-undang kepada manusia ;
7. Mentaati dan
mematuhi peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia;
8. Tidak menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan
aktif dan total terhadap agama demokrasi yang syirik dan kufur ;
9. Tidak
memisahkan diri daripada kepimpinan kufur dan kekuasaan kufur serta tidak
memusuhi dan membencinya;
10. Tidak
mengamalkan sikap tidak berkompromi dan non-konformis terhadap agama Jahiliyah;
11.Tidak
mencabar dan mengancam agama Jahiliyah yang sedang berkuasa dan berdaulat.
12.Tidak
akan dizalimi dan ditindas oleh kekuasaan Jahiliyah kerana cara berdakwah yang
tidak mencabar dan mengancam kekuatan dan kekuasaan Jahiliyah;
13.Tidak
bersedia untuk melancarkan Jihad dan Perang terhadap Jahiliyah dan kekuasaan
jahiliah serta tidak bercadang untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia
kepada kuasa manusia.
3. Dalam menyampaikan dakwah Islam, nyatakan bahawa :
1. Demokrasi
adalah agama manusia yang syirik dan kufur, begitu juga kerajaan demokrasi kita
ini adalah kerajaan manusia yang syirik dan kufur;
2. Seseorang
Islam yang mengamalkan sistem politik demokrasi mempunyai pengertian bahawa ia menyembah
manusia dan tidak menyembah Allah yang mengeluarkan dirinya daripada agama
Allah;
3. Menyetujui
dan meredhai kerajaan demokrasi dan sistem politik demokrasi mempunyai
pengertian untuk mempercayai dan mengimani agama demokrasi yang mengeluarkan
seseorang itu daripada agama Allah;
4. Umat
Islam kita yang mengamalkan sistem politik demokrasi, mereka mentaati dan
mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi serta mereka menyetujui
dan meredhainya, mereka itu adalah orang-orang yang mengimani, menganuti dan
mengamalkan agama demokrasi yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah;
5. Kesempurnaan
beriman dan berpegang teguh kepada kalimah kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ adalah dengan
menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap
kerajaan demokrasi dan sistem politik demokrasi kita yang syirik dan kufur ini;
6. Allah
memerintahkan kita supaya menghapuskan kerajaan demokrasi dan sistem politik
demokrasi yang syirik dan kufur dengan Jihad, Perang dan Revolusi untuk
kemudiannya digantikan dengan sebuah kerajaan Allah;
7. Sikap
“neutral” dan berdiam diri terhadap
demokrasi adalah satu penentangan terhadap Allah swt;
8. Perjuangan
Islam hendaklah dilancarkan melalui Metod Islam – al-Quran, Sunnah dan Sirah;
9. Perjuangan
Islam melalui metod demokrasi adalah kesyirikan dan kekufuran - justeru,
perjuangan UMNO dan PAS adalah kedua-duanya syirik dan kufur;
10.Janji
Allah untuk membantu para pejuang Islam hanya terlaksana setelah mereka (para
pejuang Islam) mengeluarkan diri mereka daripada sistem politik Jahiliyah (
sistem politik demokrasi ) dan mereka memisahkan diri mereka daripadanya serta dengan perasaan
hati mereka yang terpisah daripadanya;
11. Kerajaan
demokrasi tidak akan menyerahkan kuasa memerintah kepada golongan Islam dengan
rela hatinya sendiri, sebaliknya ia akan membenteraskan sebarang cubaan untuk
menegakkan kerajaan Islam dengan kekerasan dan penindasan - ini adalah sesuatu
yang semula jadi, oleh itu Metod Islam adalah terdiri daripada Perang dan
Revolusi sebagai mentaati perintah Allah dan Sunnah Rasulullah saw;
21.Sumber tenaga dan kekuatan dakwah Islam adalah terletak
kepada segala prinsip dan dasar kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ itu sendir,
iaitu :
1. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ menyeru dan
menyuruh para penganutnya supaya mencabar dan mengancam serta menghapuskan
sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur ini untuk kemudiannya digantikan
dengan kerajaan Allah dan sistem politik daripada Allah ;
2. Sama sekali tidak bersedia untuk berkompromi dan bertoleransi
dengan Jahiliyah dan kekuasaan serta pengaruh Jahiliyah;
22. Jangan berkompromi dalam menyampaikan idea-idea Islam
dalam bentuk berterus terang, direct dan jelas :
1. Sampaikan
dakwah Islam semua sekali, iaitu seluruh aspek yang besar dan yang kecil, tanpa
sedikitpun berkompromi dengan mana-mana golongan terutama sekali golongan yang
berkuasa dan memerintah - nyatakan aspek-aspek yang paling kontroversi dan
menghiris hati kepada orang-orang yang ditarbiyahkan itu dan para pendengar
sekelian;
2. Biarlah
hati seseorang itu terguris kerana cara itu akan meninggalkan kesan yang amat
mendalam di dalam jiwanya;
3. Kita
tidak dapat mengelakkan perasaannya daripada terguris kerana idea-idea yang kita
sampaikan itu sememangnya berbentuk satu cabaran dan pukulan yang berat dan
hebat ke atas hati nuraninya yang sudah sekian lama berpegang teguh kepada
aqidah dan pemikiran kufur - ciri ini adalah sesuatu yang semula jadi;
4 Jangan
bersetuju dengan saranan-saranannya hanya kerana menjaga hatinya sedangkan
kesemua yang dihujjahkannya itu adalah bertentangan dengan dasar, metod dan
proses perjuangan Islam, nyatakan kesalahan-kesalahannya itu dengan terus
terang dan direct, tetapi halus dan sopan;
5. Jangan
cuba berselindung-selindung, jangan bersimpang siur, jangan samar-samar, jangan
sekadar kias-kias sahaja, tetapi hendaklah berdakwah dalam bentuk berterus
terang, direct, terbuka, tegas dan jelas;
23.Jangan minta simpati :
1. Kita
menyampaikan Aqidah dan Sistem Kehidupan yang tinggi dan mulia dan kita menyeru
supaya meninggalkan aqidah yang rendah dan sistem kehidupan yang rosak;
2. Kita
menyampaikan rahmat dengan sekali gus membuang keburukan daripada seseorang
yang kita tarbiyahkan itu;.
3. Tidak
perlu minta simpati;
24.Jangan
bersifat apologis dan defensif :
1 Kita
tidak perlu berdebat dengan mengatakan bahawa sistem Islam telah memerintah
dunia selama lebih daripada seribu tahun dan kita cuba untuk menjelaskan bagai
mana ianya lebih baik daripada sistem-sistem yang lain;
2. Memadai
dengan mengatakan bahawa kerajaan Islam dan sistem Islam itu adalah daripada
Allah yang sudah semestinya lebih sempurna daripada yang lain-lain, dan bahawa
sistem demokrasi ciptaan manusia itu adalah Jahiliyah yang sudah semestinya
kufur, zalim, mundur dan pincang;
3. Menegakkan
sistem Islam adalah perintah Allah dan menghancurkan sistem kufur itu adalah
juga perintah Allah - tanpa keyakinan kepada hakikat ini adalah kekufuran;
25.Anggaplah apa yang
disampaikan kepada orang yang didakwah itu sebagai satu rahmat dan kasihan
belas daripada Allah kepadanya;
26.Jangan dihiraukan sama
ada orang yang ditarbiahkan itu menerima atau menolak segala pandangan kita,
perkara yang penting ialah penyampaian yang jelas, terus terang, direct, tegas
dan berani :
1. Allah
sahaja yang membuka hati seseorang itu kepada kebenaran atau kesesatan;
2. Penerimaan
dan keyakinan bagi seseorang yang ditarbiahkan kepada idea-idea Islam yang
radikal dan revolusyeneri itu akan mengambil masa seberapa ketika dan ia akan
mengalami dan melalui prosesnya yang tersendiri;
3. Pengalaman
yang praktis akan banyak mengajar kita dalam menjalankan tarbiyah yang
berkesan.
Inilah cara berdakwah daripada Allah dan Rasul-Nya.
Inilah dakwah yang universal dan eternal. Seruan dan penyampaian dakwah seperti
ini berbentuk satu CABARAN, ANCAMAN, PENGINGKARAN dan SERANGAN YANG TERBUKA DAN
TERANG-TERANGAN terhadap kufur dan kekuasaan kufur, dan seruan serta
penyampaian seperti ini mempunyai DAYA TENAGA yang kuat untuk menarik sokongan
massa umat Islam ke arah kebangkitan dan revolusi. Mereka yang lari
bertempiaran pada kali pertama itu, akan kembali kepada seruan Islam kerana
seruan itu berbentuk terus terang, direct, jelas, tegas dan berani tanpa
sebarang simpang siur dan tanpa menyembunyikan mana-mana bahagian walaupun yang
boleh mengguris dan menghiris hati mereka. Seruan seperti ini adalah satu
seruan yang mempunyai kekuatan yang berkemampuan untuk membuka hati nurani
mereka, yang boleh menyedar dan menginsafkan mereka, yang boleh merangsangkan
jiwa mereka kepada penentangan dan revolusi terhadap kekufuran, dan yang boleh
menggerakkan mereka itu kepada tindakan dan revolusi. Beginilah cara Rasulullah
saw menjalankan dakwah Islam yang membangkitkan umat manusia kepada perjuangan
Islam untuk meninggalkan kekufuran dan untuk menghancurkannya, dan untuk
menegakkan kekuasaan Islam yang didasarkan kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Seruan yang simpang siur, yang tidak tepat, yang
samara-samar, yang cuba untuk mengelak daripada sebarang kontroversi, yang
mencuba untuk menyampaikan yang enak-enak sahaja, adalah satu seruan yang tidak
mempunyai kekuatan, dan yang tidak akan dapat membuka hati nurani mereka.
Walaupun kita berjaya untuk mengekalkan hubungan dan sangkaan yang baik
daripada mereka terhadap diri kita, mereka akan terus kekal dalam kesesatan
tanpa berpeluang untuk menuju kepada kebangkitan Islam.
Tugas Rasulullah saw ialah untuk berdakwah bagi
menyampaikan perintah dan ajaran daripada Allah. Tugas ini adalah tugas yang
amat berat kerana ianya adalah amanah daripada Allah. Pada hari ini tugas ini
telah diamanahkan oleh Allah kepada kita massa umat Islam sekelian. Dakwah
untuk membangkitkan massa umat Islam ke arah Jihad, Perang dan Revolusi adalah
tugas dan tanggungjawab yang dibebankan oleh Allah ke atas setiap umat Islam
yang beriman kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Firman Allah : al-Jin 22, 23
(Wahai Muhammad) Katakanlah : Sesungguhnya aku tiada seorang pun yang dapat melindungiku daripada azab Allah , dan aku tidak akan mendapat tempat perlindungan selain daripada Allah . ((Aku tidak berkuasa ) kecuali menyampaikan perutusan-perutusan daripada–Nya.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Inilah kata-kata yang hebat yang membuat hati
merasa betapa serius urusan kerasulan dan dakwah ini .
Rasulullah saw disuruh mengumumkan hakikat yang
agung ini : “Tiada siapapun yang dapat melindungiku daripada azab Allah dan aku
tidak akan mendapat tempat perlindungan selain daripada Allah. Oleh itu tiada
lain kewajipanku melainkan bertindak menyamapaikan dakwah dan menunaikan amanah
ini. Sesungguhnya urusan dakwah ini bukanlah urusanku. Aku tidak mempunyai
apa-apa habuan peribadi dalam urusan ini selain daripada menyampaikannya kepada
manusia . Aku tidak dapat melepaskan diri daripada tugas tabligh ini , kerana
aku dituntut melaksanakan tugas ini oleh Allah dan tiada siapa pun dapat
melindungiku daripada azab-Nya, dan tiada suatu yang dapat memberi naungan
kepada ku melainkan bertindak melaksanakan tugas tabligh dan menunaikan amanah
Allah dengan sempurna .”
Alangkah hebatnya dan alangkah seriusnya!
Tugas menyampaikan dakwah bukanlah tugas suka rela,
malah tugas itu adalah tugas yang ditaklif dan diwajibkan dengan penuh
ketegasan, tugas yang tidak ada ruang untuk melarikan diri daripada
melaksanakannya kerana Allah berada dibelakangnya.
Tugas dakwah untuk membawa hidayat dan kebaikan
kepada manusia didorong oleh motif mencari kenikmatan diri , tetapi tugas
dakwah adalah tugas yang diperintah oleh Allah yang tidak boleh diabaikan dan
tidak boleh disambut dengan teragak-agak. Tegasnya tugas dakwah merupakan suatu
taklif dan suatu kewajipan .
Demikianlah jelasnya kedudukan tugas dakwah. Ia
merupakan suatu taklif dan suatu kewajipan yang amat besar dan serius, di mana
Allah Yang Maha Besar dan Maha Tinggi berdiri di belakangnya.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran-al-Muddaththir) :
Firman Allah : al-Muddaththir 1,2
Wahai orang yang berselimut!Bangkitlah dan ssampaikan peringatan kepada manusia .
Itulah seruan Allah Yang Maha Tinggi supaya
Rasulullah saw memikul tugas dakwah yang amat besar dan amat berat itu, iaitu
tugas mengingat dan menyedarkan umat manusia dan menyelamatkan mereka daripada
malapetaka dunia dan keseksaan neraka di akhirat, serta membimbing mereka ke
jalan keselamatan sebelum luput waktunya. Tugas ini amat berat dan sukar
apabila diletakkan ke atas bahu seseorang manusia walaupun ia nabi dan Rasul,
kerana sikap manusia yang sesat, menderhaka, menentang, zalim, menyeleweng dan
menjauhi dakwah. Oleh sebab itulah tugas dakwah merupakan tugas yang paling
berat di antara tugas-tugas yang dipikul oleh seseorang manusia di dunia ini.
Firman Allah : al-Muddaththir 1,2
Wahai orang yang berselimut!Bangkitlah dan sampaikan peringatan kepada manusia .
Penyampaian peringatan merupakan unsur yang paling
nyata daripada tugas kerasulan iaitu mengingatkan daripada bahaya yang
mengancam orang-orang yang lalai dan leka di dalam kesesatan. Di sini jelas
kelihatan bagai mana limpahnya rahmat Allah terhadap para hamba-Nya. Walaupun
kesesatan manusia tidak menjejaskan apa-apa kepada kerajaan Allah dan walaupun
keimanan mereka tidak menambahkan apa-apa kepada kebesaran kerajaan–Nya, namun
dengan limpah rahmat-Nya ia memberi sepenuh perhatian kepada mereka supaya
mereka terselamat daripada azab yang pedih di negeri akhirat dan dari
malapertaka yang membinasakan mereka di dunia, dan supaya mereka disampaikan
dakwah oleh para Rasul-Nya agar dapat Dia memberi keampunan kepada mereka dan
memasukkan mereka ke dalam syurga-Nya dengan limpah kurnia-Nya.
Kemudian ayat yang berikut menyampaikan
arahan-arahan khusus untuk Rasulullah saw supaya menyediakan dirinya selepas
beliau ditugaskan memberi peringatan kepada orang lain :
Firman Allah : al-Muddaththir 3
Dan terhadap Tuhanmu hendaklah mengagung-agungkan-Nya.
Hendaklah engkau membesar dan mengagung-agungkan
Tuhanmu Yang Maha Esa, Allah mengarahkannya supaya beliau
mengagung-agungkan-Nya kerana Dialah sahaja Yang Mha Besar dan Agung dan Dialah
yang wajar diagung-agung dan dibesar-besarkan. Arahan ini merupakan sebahagian
daripada kefahaman keimanan terhadap konsep Uluhiyah dan konsep Tauhid.
Setiap orang, setiap sesuatu, setiap nilai dan
setiap hakikat adalah kecil belaka. Hanya Allah jua yang Maha Besar, dan di
bawah bayang kebesaran dan kesempurnaan Allah lenyaplah segala jirim, segala
saiz, segala kekuatan, segala nilai, segala peristiwa, segala keadaan dan
segala bentuk rupa seluruhnya lenyap di dalam kebesaran dan kesempurnaan Allah
Yang Maha Esa, Maha Agung dan Maha Tinggi.
Ia merupakan arahan kepada Rasulullah saw supaya
beliau menghadapi tugas menyampaikan peringatan kepada manusia dan menempuh
segala kesukarannya dengan kefahaman dan kesedaran yang teguh seperti itu. Oleh
itu, ia harus memandang segala tentangan, segala kekuatan dan segala halangan
sebagai kecil belaka dan merasakan bahawa Tuhannya yang menyerahkan tugas
kerasulan ini sahaja Yang Maha Besar. Kesulitan dan kesusahan-kesusahan
perjuangan dakwah memerlukan pendakwah-pendakwah itu sentiasa mengingati
kefahaman dan kesedaran ini.
Kemudian ayat yang berikut menyuruh Rasulullah saw
supaya membersihkan diri :
Firman Allah : al-Muddaththir 4
Dan terhadap pakaianmu hendaklah engkau bersihkan.
Dalam pemakaian bahasa Arab kebersihan pakaian
merupakan kiasan daripada kebersihan hati, akhlak dan perbuatan atau kebersihan
diri yang dibalut oleh pakaian. Kebersihan merupakan satu keadaan yang sesuai
untuk menerima wahyu Allah daripada al-Mala;ul-A’la, juga merupakan satu sifat
yang sebati dengan tabiat kerasulan. Malah kebersihan merupakan satu keperluan
untuk menjalankan tugas menyampaikan peringatan dan menyebarkan dakwah di
tengah-tengah berbagai-bagai gelombang dan angin ribut, di tengah-tengah
berbagai-bagai jalan dan lorong. Di sana pendakwah akan bertembung dengan
berbagai-bagai kekotoran, kecemaran dan campur aduk kerana itu dia perlukan
kebersihan yang sempurna supaya dia dapat menyelamatkan orang-orang yang kotor
tanpa terdedah kepada kekototran itu, dan dapat menghubungi manusia–manusia
yang cemar tanpa terkena kecemaran. Ayat ini merupakan suatu tarikan perhatian
yang amat halus dan mendalam kepada persekitaran-persekitaran yang perlu bagi
kerasulan dan dakwah untuk melancarkannya di dalam berbagai-bagai kalangan
manusia, berbagai-bagai masyarakat, berbagai-bagai keadaan dan bermacam-macam
hati.
Allah mengarahkan Rasul-Nya supaya menjauhi syirik
dan segala kejahatan yang akan dibalas dengan azab :
Firman Allah : al-Muddaththir 5
Dan terhadap kejahatan hendaklah engkau jauhkannya.
Rasulullah saw telah menjauhi syirik dan
perbuatan-perbuatan maksiat yang dibalas dengan azab itu sejak sebelum beliau
diangkat menjadi nabi lagi. Tabiat semula jadinya yang bersih itu telah membuat
beliau merasa jijik terhadap kepercayaan-kepercayaan Jahiliyah yang karut itu
dan terhadap tingkah laku dan budaya-budaya Jahiliyah yang kotor itu , kerana
itu beliau tidak pernah menyertai dalam mana-mana amalan Jahiliyah . Maksud
daripada arahan ini ialah supaya beliau pisahkan diri nya daripada Jahiliyah
dan mengisytiharkan pemisahan yang tidak ada titik damai, kerana jalan hidayat
dan jalan Jahiliyah merupakan dua batang jalan yang tidak mempunyai titik
pertemuan. Begitu juga arahan itu bermaksud supaya beliau menjaga diri daripada
terkena kekotoran kejahatan-kejahatan itu. Kata-kata “rujza” pada asalnya
bermakna azab kemudian dipakai dengan makna kejahatan-kejahatan yang membawa
kepada akibat yang mengazabkan seseorang. Hendaklah beliau berwaspada menjaga
kebersihan dirinya daripada noada-noda kejahatan itu.
Kemudian Allah mengarahkan Rasul-Nya supaya
melupakan kepentingan-kepentingan dirinya dan jangan membangkit-bangkitkan
segala usaha tenaga yang dikorbankannya dan mersakan pengorbanannya itu cukup
banyak dan besar :
Firman Allah : al-Muddaththir 6
Dan janganlah engkau memberi dan merasakan pemberian itu banyak.
Kerana masih banyak lagi yang harus diberi dan
dikorbankan oleh beliau, masih banyak lagi kesukaran, pengorbanan dan kepenatan
yang akan dihadapi beliau. Allah tidak mahu beliau memandang apa yang
dikorbankannya sebagai amat besar, banyak dan membangkit-bangkitkannya. Tugas
dakwah tidak menjadi betul pada pendakwah yang memperhitungkan
pengorbanan-pengorbanannya, kerana pengorbanan untuk dakwah adalah terlalu
besar dan tidak tertanggung oleh pendakwah kecuali ia melupakan terus
pengorbanan itu dan kecuali daripada asal lagi ia tidak terasa dengan
pengorbanannya itu kerana seluruh perasaannya telah tertumpu kepada Allah dan
kerana dia sedar bahawa segala apa yang dikorbankannya itu adalah daripada
limpah kurnia Allah belaka. Oleh itu, pengorbanannya merupakan satu kelebihan
yang dikurniakan Allah kepadanya. Ia telah dipilih Allah untuk mendapat
kelebihan dan penghormatan berkorban dan kerana itu dia harus bersyukur kepada
Allah bukannya membangkit-bangkitkan pengorbannanya dan bukan merasakan
pengorbanannya cukup banyak dan besar.
Pada akhirnya Allah mengarahkan Rasul-Nya supaya
bersabar :
Firman Allah : al-Muddaththir 7
Dan sabarlah dengan ikhlas kerana Tuhanmu.
Kesabaran merupakan pesanan Allah yang sentiasa
diulang-ulangkan pada setiap perintah berdakwah dan setiap pernyataan
meneguhkan perjuangan dakwah. Kesabaran merupakan bekalan yang pokok dalam
perjuangan dakwah yang amat sukar iaitu perjuangan dakwah kepada Allah. Perjuangan
dua hala menentang keinginan hati dan menentang musuh-musuh dakwah yang
dipimpin oleh syaitan-syaitan dan nafsu keinginan. Ia merupakan satu perjuangan
yang amat panjang dan amat sengit, tiada bekalan untuk perjuangan ini kecuali
kesabaran yang diniatkan dengan ikhlas kerana Allah dan kerana mencapai balasan
dan keredhaan-Nya semata-mata.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran-al-Muzammil) :
Firman Allah : al-Muzammil 10
Dan bersabarlah terhadap perkataan-perkataan mereka (yang menyakitkan hati). Dan jauhilah mereka dengan cara yang baik.
Iaitu tanpa melemparkan celaan dan menunjukkan
kemarahan, tanpa melakukan pemulauan dan pergaduhan. Inilah corak dakwah di
Mekah terutama di peringkat permulaan dakwah, iaitu dakwah dalam bentuk seruan
yang ditujukan kepada hati sahaja dan dalam bentuk penyampaian yang tenang dan
penerangan yang jelas semata-mata. Menjauhkan diri dengan cara yang baik
terhadap sindiran-sindiran yang lancang dan pembohongan-pembohongan memerlukan
kesabaran dan zikrullah. Kesabaran merupakan pesanan utama Allah yang
berulang-ulang kali dihadapkan kepada setiap Rasul-Nya dan kepada para
hamba-Nya yang beriman kepada Rasul-rasul-Nya. Tiada seorangpun yang dapat
menjalankan tugas dakwah kecuali dia jadikan kesabaran sebagai bekal, perisai
dan senjatanya, sebagai tempat naungan dan perlindungannya kerana dakwah itu
adalah Jihad dan perjuangan, iaitu Jihad di dalam jiwa sendiri untuk menentang
nafsu dan penyelewengannya, menentang kelemahan-kelemahan dan penderhakaannya,
kegepohan dan keputusan asasnya dan Jihad untuk melawan musuh-musuh dakwah dan
segala tipu daya dan penindasan mereka. Juga Jihad terhadap semua orang yang
mahu mengelak dan melarikan diri daripada tugas-tugas dakwah dan terhadap
mereka yang menyamarkan diri dengan berbagai-bagai pakaian, sedangkan pada
hakikatnya mereka menyalahi dakwah dan tidak jujur kepadanya. Tiada bekal yang
lain bagi pendakwah untuk menghadapi segala gelagat-gelagat ini melainkan sabar
dan zikrullah selaku gandingan sabar hampir disegenap tempat. Sabarlah menghadapi
perkataan-perkataan mereka yang kesat dan jauhkan diri daripada mereka dengan
cara yang seelok-eloknya, dan serahkan pendusta-pendusta itu kepada Aku, kerana
Akulah yang sanggup bertindak terhadap mereka :
Firman Allah : al-Muzammil 11
Dan biarlah Aku sahaja bertindak terhadap pendusta-pendusta yang mempunyai kemewahan hidup itu dan berilah tempoh kepada mereka sebentar.
Nabi Yunus as ditelan ikan paus kerana beliau tidak
sabar dalam menjalankan dakwah. Beliau memohon keampunan daripada Allah swt dan
sesungguhnya beliau telahpun diampun dan dimasukkan ke dalam golongan
orang-orang yang terpilih.
Firman Allah : Yunus 87
Tiada Tuhan melainkan Engkau. Maha Sucilah Engkau. Sesungguhnya aku termasuk dalam golongan orang-orang yang melakukan kezaliman.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran-Yunus) :
Kesukaran dakwah yang sebenar ialah kesukaran
bersabar menunggu keputusan Allah sehingga tiba waktu yang dijanjikan-Nya,
iaitu waktu yang dikehendaki Allah menurut hikmat kebijaksanaan-Nya. Di tengah
jalan dakwah terdapat berbagai-bagai kesukaran iaitu kesukaran-kesukaran
pendustaan dan penindasan, kesukaran-kesukaran putar belit dan kedegilan
manusia, kesukaran-kesuakaran perkembangan kebatilan dan keangkuhannya,
kesukaran-kesukaran manusia yang terpesona dengan kebatilan yang bongkak dan
yang menang pada mata kasar dan kesukaran-kesukaran menahan dan menyabarkan
diri dalam menghadapi semua kesukaran itu dengan hati yang rela, mantap dan
tenteram menunggu janji Allah yang benar, tidak ragu-ragu, tidak teragak-agak
untuk meneruskan perjalanan biarpun bagai mana banyak kesukaran di jalan itu.
Ini adalah suatu usaha yang amat besar dan sukar. Ia memerlukan keazaman,
kesabaran, pertolongan dan taufik daripada Allah. Adapun perjuangan itu
sendiri, maka Allah telah membuat keputusan-Nya bahawa Dialah yang sendiri
mengendalikannya. Di samping itu, Allah telah menetapkan bahawa Di a akan
menangguh dan menempuh, mendorong atau mengistidraj mengikut kebijaksanaan-Nya.
Demikianlah Allah memberi janji-Nya kepada Rasul-Nya yang mulia dan Allah telah
mengotakan janji-Nya tidak lama selepas itu .
Firman Allah : al-Muddaththir 1,2
Wahai orang yang berselimut!Bangkitlah dan sampaikan peringatan kepada manusia .
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran-al-Hajj)
Firman Allah : al-Hajj 52
Dan Kami tidak utuskan sebelummu seorang Rasul dan tidak pula seorang Nabi melainkan apabila dia bercita-cita (mendapat kejayaan yang cepat) maka syaitan akan mencampakkan (bisikan-bisikannya yang menyeleweng) di dalam cita-citanya itu lalu Allah hapuskan bisikan yang dicampakkan syaitan itu kemudian Allah mengukuhkan ayat-ayat –Nya dan Allah Maha Mengetahui dan Maha Bjaksana.
Apabila para Rasul itu ditugas membawa risalah
Allah kepada manusia, maka perkara yang amat disukai hati mereka ialah agar
dakwah yang disampaikan mereka mendapat sambutan daripada orang ramai dan
kebaikan yang dibawa mereka daripada Allah itu dapat difahami orang ramai dan
membuat mereka mengikut dakwah itu. Tetapi halangan dan rintangan di tengah
jalan dakwah itu amat banyak, sedangkan para Rasul adalah manusia-manusia yang
mempunyai masa yang terbatas sahaja. Hal ini memang dirasa dan diketahui
mereka. Oleh sebab itulah mereka bercita-cita agar dapat menarik orang ramai
kepada dakwah mereka dengan cara yang paling cepat. Mithalnya mereka suka jika
mereka dapat bertolak ansur dengan orang ramai dengan membiarkan mereka
mengamalkan sesetengah adat resam yang dipusakai turun temurun untuk sementara
waktu dengan harapan supaya mereka lambat laun akan kembali kepada hidayat dan
apabila mereka menerima hidayat dapatlah dijauhkan mereka daripada mengikuti
adat resam turun temurun yang menjadi kebanggaan mereka itu. Mereka juga suka
andainya mereka dapat melayani sedikit-sedikit kegemaran-kegemaran orang ramai
dengan harapan untuk menarik mereka kepada agama Allah, juga dengan harapan
agar kegemaran mereka itu dapat dihapuskan setelah mereka mendapat didikan
agama yang betul kelak.
Demikianlah para Rasul itu berangan-angan dan
bercita-cita, iaitu angan-angan dan cita-cita selaku manusia dalam usaha mereka
menyebarkan dakwah dan meninggikannya sedangkan Allah mahukan dakwah itu
dikembangkan mengikut dasar-dasarnya yang sempurna dan
pertimbangan-pertimbangan yang halus. Oleh itu siapa suka dia boleh beriman dan
siapa tidak suka dia boleh menolak. Kemenangan hakiki bagi dakwah mengikut
penilaian Ilahi yang sempurna yang tidak bercampuraduk dengan kelemahan dan
penilaian manusia ialah meneruskan dakwah itu mengikut dasar-dasar dakwah yang
sempurna dan sesuai dengan pertimbangan-pertimbangannya yang halus walaupun
gagal mendapat penganut-penganut di permulaan jalan. Sikap lurus yang halus dan
tegas mematuhi dasar-dasar dakwah dan pertimbangan-pertimbangannya sudah cukup
untuk menarik penganut-penganut itu atau orang-orang yang lebih baik daripada mereka
kepada menerima dakwah pada akhir perjuangan kelak, sedangkan keunggulan dakwah
kekal selamat tidak terjejas dan kekal lurus tidak membengkok dan membelok ke
mana-mana.
Dalam angan-angan dan cita-cita manusia seperti
itu, juga dalam setengah-setengah tindak-tanduk atau perkataan-perkataan yang
membayangkan cita-cita dan angan-angan itu syaitan mendapat peluang untuk
menggugat dakwah dan memesongkannya daripada dasar-dasarnya serta menaburkan
kekeliruan-kekeliruan di sekitar dakwah yang meragukan orang rama, tetapi
mujurlah Allah menghalangi tindak-tanduk syaitan yang menggugatkan itu dan
menjelaskan hukum yang muktamad terhadap tindak-tanduk dan perkataan-perkataan
yang terlanjur itu, serta memerintah para Rasul supaya menerangkan hukum yang
muktamad itu kepada orang ramai di samping mendedahkan kepada mereka mana-mana
kesalahan yang berlaku di dalam tindak-tanduk ijtihad mereka semasa menjalankan
dakwah sebagai mana yang telah berlaku di dalam setengah-setengah tindak-tanduk
dan kecenderungan Rasulullah saw yang telah mendapat teguran di dalam
al-Quran.
Keghairahan dan kehangatan semangat para pendakwah
– selepas para Rasul – dan keinginan mereka yang berkobar-kobar untuk melihat
persebaran dakwah dan kemenangannya, kadang-kadang mendorong mereka bertindak
menarik setengah-setengah tokoh atau setengah-setengah anasir tertentu dengan
cara mengabaikan pada peringkat awal sesuatu daripada kehendak-kehendak dakwah
yang difikirkan mereka sebagai kehendak dakwah yang tiada asasi dan dengan cara
mengikut angin tokoh-tokoh itu dalam setengah-setengah urusan mereka dengan
tujuan supaya mereka tidak liar terhadap dakwah dan tidak bangkit menentangnya.
Keghairahan itu juga kadang-kadang mendorong mereka
menggunakan sarana-sarana dan cara-cara yang tidak sesuai dengan
pertimbangan-pertimbangan dakwah yang halus dan tidak pula sesuai dengan jalan
dakwah yang lurus. Mereka berbuat begitu dengan cita-cita dan harapan agar
dakwah itu tersebar dan berjaya dengan cepat atau sebagai satu langkah ikhtiar
untuk melaksanakan kepentingan dakwah sedangkan kepentingan dakwah yang sebenar
adalah terletak kepada kejujuran dakwah mengikut jalannya yang lurus tanpa
menyeleweng sedikitpun. Sebenarnya hasil-hasil perjuangan dakwah itu merupakan
perkara ghaib yang hanya diketahui Allah sahaja. Oleh sebab itu para pejuang
dakwah tidak seharusnya membuat kira-kira hasil perjuangan ini, malah kewajipan
mereka ialah meneruskan perjuangan mereka mengikut jalan dakwah yang terang dan
menyerahkan hasil perjuangan yang jujur ini kepada Allah dan sudah tentu hasil
yang baik akan tercapai pada akhir perjuangan itu .
Lihatlah al-Quran al-Karim sendiri mengingatkan
mereka bahawa syaitan sentiasa memerhati angan-angan dan cita-cita mereka untuk
mengambil peluang menembusi jantung dakwah menerusi lubang angan-angan itu. Dan
andainya Allah swt tidak memelihara dan melindungi para anbiya dan para
Rasul-Nya (daripada tipu daya syaitan) dan menghalangkan syaitan daripada
menembusi dakwah mereka melalui lubang keinginan-keinginan mereka yang semula
jadi, maka para pendakwah yang tidak maksum lebih perlu lagi berhati-hati dan
berwaspada dalam aspek ini agar mereka tidak diserang syaitan melalui lubang
angan-angan dan cita-cita mereka untuk mencapai kemenangan dakwah dan menjaga
kepentingan dakwah. Kata-kata kepentingan dakwah mestilah dihapuskan daripada
kamus pejuang dakwah, kerana kata-kata itu boleh menggelincirkan mereka dan
menjadi pintu untuk syaitan masuk
menyerang mereka apabila ia merasa sukar menyerang mereka dari pintu
kepentingan peribadi. Kadang-kadang kepentingan dakwah bertukar menjadi
seolah-olah Berhala yang disembah para pejuang dakwah sehingga mereka lupakan
jalan dakwah yang semula jadi sedangkan kewajipan para pendakwah ialah berjuang
dengan lurus dan jujur mengikut jalan dakwah yang sebenar, dan mereka harus
mematuhi jalan ini tanpa menghiraukan apa sahaja hasil dan akibat daripada
kepatuhan itu yang mungkin dipandang mereka sebagai sesuatu yang membahayakan
dakwah dan para pejuangnya, kerana satu-satunya bahaya yang harus dijaga mereka
ialah bahaya penyelewengan daripada jalan dakwah kerana sesuatu sebab yang
tertentu, sama ada penyelewengan itu banyak atau sedikit. Allah lebih
mengetahui daripada mereka tentang kepentingan dakwah-Nya dan mereka
sememangnya tidak ditugas untuk memikirkan soal kepentingan dakwah malah
satu-satunya tugas yang diperintahkan kepada mereka ialah jangan menyeleweng
daripada jalan dakwah yang sebenar .
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran-al-Isra’) :
Firman Allah : al-Isra’ 73,74,75,76,77
Dan mereka sebenarnya hampir-hampir hendak memesongkan engkau daripada apa yang telah Kami wahyukan kepadamu supaya engkau mengadakan perkara-perkara yang dusta yang berlainan daripadanya terhadap
Kami dan jika (engkau melayani kehendak mereka) nescaya mereka akan mengambil engkau sebagai sahabat .
Dan jika tidak kerana Kami telah meneguhkan imanmu tentulah engkau akan condong sedikit kepada mereka.Jika (terjadi demikian) nescaya kami rasakan engkau keseksaan dunia yang berlipat ganda dan keseksaan akhirat yang berlipat ganda kemudian engkau tidak akan mendapat seorang penolongpun yang sanggup menentang Kami.
Dan mereka sebenarnya hampir-hampir berjaya menimbulkan kegelisahan kepadamu di bumi (Mekah) dengan tujuan untuk mengusirmu daripadanya, dan jika (engkau terusir) nescaya mereka tidak akan tinggal di sana sesudahmu melainkan hanya sebentar sahaja .
Itulah undang-undang yang berlaku kepada Rasul –Rasul yang telah Kami utuskan sebelummu dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan dalam undang-undang Kami.
Penjelasannya ayat-ayat ini menyebut
percubaan-percubaan kaum musyrikin terhadap Rasulullah saw. Percubaan pertama
ialah usaha mereka hendak memesongkan beliau daripada al-Quran yang diwahyukan
kepadanya supaya beliau mengadakan perkara-perkara dusta yang berlainan
daripada al-Quran, sedangkan beliau seorang yang sentiasa bercakap benar dan
amanah.
Percubaan ini telah dilakukan mereka dengan
berbagai-bagai bentuk, di antaranya ialah mereka tawar menawar dengan beliau,
iaitu mereka bersetuju menyembah Tuhan beliau dengan syarat beliau tidak
mencela Tuhan-tuhan mereka dan tradisi-tradisi datuk nenek mereka. Di antaranya
ialah tawar menawar setengah-setengah mereka agar beliau membenarkan mereka
menjadikan satu kawasan tempat mereka sebagai tanah haram seperti kawasan
Baitullah yang telah dijadikan Allah sebagai tanah haram itu. Di antaranya pula
ialah setengah-setengah pembesar mereka meminta beliau mengadakan satu majlis
yang berasingan daripada majlis yang dihadiri oleh golongan mukminin yang
miskin.
Ayat-ayat ini hanya menyentuh percubaan-percubaan
itu secara ringkas sahaja tanpa memperincikannya untuk menyebut limpah kurnia
Allah kepada Rasulullah saw, iaitu limpah kurnia yang meneguhkan pendirian beliau di atas kebenaran dan memelihara beliau
daripada pujuk rayu mereka yang jahat. Andainya Allah tidak meneguhkan
pendirian beliau dan memelihara beliau daripada godaan pujuk rayu itu tentulah
beliau akan condong kepada mereka dan mereka akan menjadikan beliau sahabat
mereka, dan tentulah beliau akan menerima akibat buruk kerana tindakan kepada
pujuk rayu kaum musyrikin itu, iaitu menerima azab yang berlipat ganda dunia
dan akhirat tanpa mendapat sesiapapun daripada mereka yang sanggup menjadi
penolong untuk melindungkan beliau daripada azab Allah.
Percubaan-percubaan terhadap Rasulullah saw yang
telah dipeliharakan Allah itu merupakan percubaan-percubaan yang sentiasa
berlaku di antara pemegang-pemegang kuasa dengan pemimpin-pemimpin dakwah,
iaitu percubaan yang bertujuan menggoda pendakwah-pendakwah supaya menyeleweng
– walaupun sedikit – daripada dakwah yang lurus dan kukuh itu dan supaya
berpuas hati dengan penyelesaian-penyelesaian jalan tengah yang disogokkan
kepada mereka dengan menawarkan keuntungan-keuntungan yang banyak. Di antara
pejuang-pejuang dakwah ada yang tertarik dengan tawaran ini dan terus
berkompromi dengan dakwahnya kerana ia melihat perkara ini hanya perkara kecil
sahaja. Pemegang-pemegang kuasa biasanya tidak menuntut pendakwah supaya
meninggalkan dakwah itu secara keseluruhannya, malah mereka hanya menuntut pindaan-pindaan
yang kecil dan sedikit untuk membolehkan kedua-dua pihak itu bertemu di jalan
tengah. Kadang-kadang daripada lubang inilah syaitan masuk menggoda pejuang
dakwah hingga dia menganggap bahawa dakwah yang paling baik ialah dakwah yang
berjaya memenangi hati pemegang-pemegang kuasa walaupunpun terpaksa melepaskan
sebahagian kecil daripada dakwah itu.
Tetapi penyelewengan yang sedikit dipermulaan jalan
itu boleh membawa kepada penyelewengan yang sempurna (yang total - penulis) di
penghabisan jalan. Pejuang dakwah yang sanggup menyerah atau mengabaikan
sebahagian daripada dakwah itu walaupun kecil, kerana kesediaannya untuk
menyerah itu semakin bertambah kuat setiap kali dia melangkah ke belakang.
Persoalan di sini ialah persoalan iman terhadap
keseluruhan dakwah. Oleh itu sesiapa yang sanggup menyerah atau sanggup
mendiamkan diri daripada sebahagian dakwah, walaupun kecil, maka dia tidak
boleh disifatkan sebagai orang yang beriman kepada dakwahnya dengan keimanan
yang sebenar, kerana setiap aspek dakwah pada pandangan orang yang beriman
adalah satu aspek yang benar sama dengan aspek-aspek yang lain. Tidak ada di
dalam dakwah aspek yang lebih dan aspek yang kurang. Tidak ada di dalam dakwah
aspek yang perlu dan aspek yang bersifat tambahan. Tidak ada di dalam dakwah
sesuatu aspek yang boleh ditinggalkan kerana dakwah merupakan suatu keseluruhan
yang sepadu akan hilang seluruh ciri-cirinya apabila hilang salah satu daripada
bahagian-bahagiannya sama seperti sesuatu campuran atau sebatian yang akan hilang
seluruh ciri-ciri apabila salah satu daripada unsur-unsurnya hilang.
Pemegang-pemegang kuasa menarik pejuang-pejuang
dakwah dengan cara yang halus, dan apabila pejuang boleh menyerah atau mengalah
dalam sesuatu bahagian dakwah, maka kehebatan dan ketahanan mereka akan terus
hilang, dan pemegang-pemegang kuasa dapat mengetahui andainya tawar menawar dan
kenaikan harga itu terus dilakukan, maka lambat laun seluruh dakwah akan
menyerah kalah.
Menyerah atau melepaskan sesuatu aspek dakwah
walaupun kecil dengan tujuan untuk mendapat sokongan pemegang-pemegang kuasa
merupakan satu kekalahan jiwa, kerana ia berpegang dengan mereka untuk
menjayakan dakwah, sedangkan Allah Yang Maha Esa sahaja yang seharusnya menjadi
tempat pergantungan para muminin dalam perjuangan dakwah mereka. Apabila
kekalahan bertapak di seluruh pendalaman hati, maka kekalahan itu tidak akan
berubah menjadi kemenangan.
Oleh sebab itulah Allah membangkitkan nikmat-Nya
kepada Rasulullah saw yang telah meneguhkan pendirian beliau berdasarkan apa
yang telah diwahyukan Allah kepadanya, dan memelihara beliau daripada
terpengaruh kepada pujuk rayu kaum musyrikin serta menyelamatkan beliau
daripada menunjukkan kecenderungannya kepada mereka walaupun sedikit, dan
seterusnya menyelamatkan beliau daripada akibat kecenderungan itu, iaitu azab
yang berlipat ganda di dunia dan di akhirat dan kehilangan penolong dan
pembela.
Demikianlah Saiyyid Qutb menghuraikan pengertian
ayat-ayat al-Quran yang mengajar kita mengenai dakwah, peranan dakwah,
cara-cara berdakwah, syarat-syarat untuk berdakwah, cabaran-cabaran dalam
berdakwah, larangan-larangan dalam berdakwah, perbezaan di antara dakwah yang
sebenar dan tulen berbanding dengan dakwah yang menyeleweng, mengenai kezaliman
dan penindasan para pemerintah ke atas para pendakwah, tipu daya yang halus dan
tawar menawar yang jahat para musuh terhadap para pendakwah, ganjaran yang
besar kepada para pendakwah yang tegas dan berpegang teguh kepada segala
prinsip dakwah yang sebenar dan kemurkaan Allah terhadap orang-orang yang
menyeleweng dalam berdakwah. Kesemuanya sudah dihuraikan dengan cukup jelas dan
terang yang tidak memerlukan kepada sebarang penjelasan dan penerangan lagi.
Tugas kita ialah untuk belajar dan menjalankan dakwah mengikut jalan al-Quran,
Sunnah dan Sirah, dan kita dilarang daripada berdakwah mengikut selira dan
pemikiran kita sendiri yang berbeza daripada jalan al-Quran, Sunnah dan Sirah.
Allah berfirman bahawa dakwah yang menyimpang daripada
jalan al-Quran, Sunnah dan Sirah, dakwah yang berkompromi dan berkerja sama
dengan musuh-musuh kita, dakwah dan perjuangan melalui jalan demokrasi, dakwah
yang mengambil kesempatan akan ‘ruang-ruang’ yang luas yang kononnya terdapat dalam
sistem dakwah Islam – kesemuanya ini adalah jalan penyimpangan yang jelas dan
nyata daripada jalan-jalan Allah – orang-orang yang melakukannya akan diazab oleh
Allah berlipat kali ganda di dunia dan juga di akhirat nanti (17:73,74,75) !
Firman Allah : al-A’raf 45
Iaitu orang-orang yang menghalang manusia daripada agama Allah dan mengingini agar jalan itu menjadi bengkok, dan mereka tidak percaya kepada hari Akhirat.
Kerajaan demokrasi Malaysia kita yang menzalimi,
menindas dan menjahati para pendakwah dan pejuang Islam daripada berdakwah dan
berjuang ke jalan yang benar, mereka menghalang mereka daripada menyebarkan
kebenaran di kalangan manusia, mereka menahan, menangkap dan menzalimi para
pendakwah dan pejuang ini, mereka ini adalah orang-orang yang zalim, iaitu orang-orang
yang kafir, zalim dan fasik di sisi Allah swt kerana mereka menghalangi manusia
daripada jalan yang benar dan mereka mengingini jalan yang benar dan lurus itu
menjadi bengkok. Begitulah juga para ulama dan intelek Islam yang mengatakan
bahawa demokrasi dan kerajaan demokrasi Malaysia kita ini adalah kerajaan
Islam, mereka itu adalah orang-orang yang zalim kerana mereka turut juga
menghalangi manusia daripada jalan yang lurus dan mereka mengingini agar jalan
itu menjadi bengkok.
Firman Allah : an-Nahl 125, 126
Berdakwahlah ke jalan Allah dengan hikmah kebijaksanaan dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik . Sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui tentu mereka yang sesat daripada jalan –Nya dan juga lebih mengetahui tentu orang-orang yang mendapat hidayat .Jika kamu membalas, maka hendaklah kamu membalas setimpal dengan tindakan yang telah dilakukan mereka terhadap kamu , tetapi jika kamu bersabar, maka itulah sikap yang sebaik-baiknya bagi orang-orang yang sabar .
Allah mengajar kepada kita supaya berdakwah dengan hikmah
kebijaksanaan dan dengan perdebatan dan kata-kata yang baik agar dapat
mendatangkan hasil yang terbaik. Namun sekiranya kita ditindas dan dizalimi,
serta dilakukan kekerasan secara fizikal, Allah membenarkan kita untuk membalas
dengan kekerasan yang setimpal ke atas mereka. Sekiranya kita diperangi dan
dibunuh kerana berdakwah, Allah membenarkan kita untuk memerangi dan membunuh
mereka, sekiranya mereka kenakan tindakan ISA ke atas kita serta diperlakukan
kekerasan, kezaliman dan penindasan ke atas kita, Allah membenarkan kita untuk
menangkap, menahan dan melakukan kekerasan yang sama ke atas mereka. Inilah
cara Islam untuk mempertahankan dakwah dan para pendakwah daripada kezaliman
dan penindasan para penguasa yang zalim dan sewenang-wenang terhadap kita.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Maidah) :
Tektik berlembut-lembut dalam usaha menyeru manusia
kepada Allah itu hendaklah dilakukan dalam bidang cara-cara penyampaian dakwah,
tetapi tidak boleh dilakukan dalam bidang menjelaskan hakikat aqidah yang
hendak disampaikan kepada mereka, kerana hakikat aqidah wajib disampaikan
kepada mereka dengan sempurna, tetapi cara dan uslub penyampaian itu bolehlah
dilakukan mengikut kehendak-kehendak situasi yang wujud dengan berlandaskan
dasar hikmat dan pengajaran yang baik.
Sememangnya Allah menghendaki kita supaya kita
berdakwah dengan hikmah, lembut dan dengan kata-kata yang baik, namun, itu
tidak bererti kita berhak untuk menyembunyikan kesyirikan dan kekufuran
demokrasi dan kerajaan demokrasi kita
ini, kita tidak berhak untuk menyembunyikan perintah Allah supaya kita menafi,
menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap
demokrasi dan kerajaan demokrasi kita ini, kita tidak berhak untuk
menyembunyikan perintah Allah supaya kita melancarkan Jihad dan Perang ke atas demokrasi
dan kerajaan demokrasi kita yang syirik dan kufur ini sehingga ianya mengalami
kehancuran yang total untuk digantikan dengan sebuah kerajaan Allah – kewajipan
berdakwah adalah tetap untuk menyampaikan segala kebenaran daripada Allah dan
segala perintah daripada Allah kepada kita.
Sampaikanlah dan serukanlah kepada mereka dengan hikmah
kebijaksanaan dan dengan perdebatan dan kata-kata yang baik dan lembut bahawa :
1. Seluruh
umat Islam kita di Malaysia dan di dunia kini sedang berada di luar daripada
agama Allah kerana kita sebenarnya sedang mengimani, menganuti dan mengamalkan agama
manusia yang syirik dan kufur, kita melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan kita,
kita menjadi para hamba kepada Tuhan-tuhan manusia ini dan kita menyembah
Tuhan-tuhan manusia ini, di samping itu kita juga mengisytiharkan bahawa kita masih
lagi mengimani, menganuti dan mengamalkan agama Allah;
2. Allah
memerintahkan kita supaya kita mengeluarkan diri kita daripada agama Islam
seperti mana yang sedang kita imani, anuti dan amalkannya sekarang ini dan Allah
menghendaki supaya kita sekali lagi memasuki ke dalam agama Allah yang sebenar
seperti mana yang ianya mula-mula diturunkan kepada Rasulullah saw;
3. Demokrasi
dan kerajaan demokrasi kita ini adalah satu agama dan sistem kehidupan yang
syirik dan kufur kerana ianya adalah didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah
Manusia yang menafi, menolak, mengingkari dan menentang Uluhiyah dan Rububiyah
Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ;
4. Allah
memerintahkan kita supaya kita tidak mengamalkan sistem politik demokrasi kita
ini dan supaya kita mengeluarkan diri kita daripadanya, kita diperintahkan Allah
supaya kita mencabar, mengancam dan mengganggunya, supaya kita memusuhi dan membencinya,
dan supaya kita menafi, menolak, mengingkari dan menentangnya sehingga ianya
mengelami kehancuran yang total untuk kemudiannya digantikan dengan sebuah
kerajaan Allah;
5. Allah
menghendaki supaya kita memperjuangkan Islam melalui Metod Islam - al-Quran,
Sunnah dan Sirah yang merangkumi pelancaran Jihad, Perang dan Revolusi.
Dakwah Islam yang
efektif dan berkesan, dakwah yang berjaya untuk melakukan perubahan yang besar
dan total ke atas massa umat Islam kita daripada sifat-sifat dan ciri-ciri mereka
yang pasif, berkompromi dan diam membisu kepada massa umat Islam yang bersifat aktif,
radikal dan revolusyeneri yang akan bertindak untuk membentuk satu Pergerakan
Islam yang aktif, bergerak dan bertindak, serta mereka mengingini, menghendaki
dan bercita-cita untuk berjuang kepada Kebangkitan, Jihad, Perang dan Revolusi
– dakwah seperti ini adalah dakwah yang sebenar, iaitu dakwah yang dioperasikan
tepat mengikuti segala spesifikasi dan cara-cara yang detail daripada Allah dan
Rasul-Nya.
No comments:
Post a Comment