(SAMBUNGAN)
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Anfal) :
Jihad, Perang dan Revolusi merupakan keperluan dakwah jika matlamat
perjuangannya ialah mengumumkan pembebasan manusia dengan perisytiharan yang
serius dan sanggup menghadapi realiti dengan sarana-sarana yang sesuai
dengannya dalam segala aspeknya, dan tidak hanya berpada dengan penerangan yang
bercorak falsafah dan teori yang negatif sama ada tanah air Islam atau Negara
Islam - mengikut istilah yang betul – itu aman atau terancam. Apabila Islam
berusaha ke arah perdamaian, maka perdamaian yang dikehendakinya bukanlah
perdamaian murahan iaitu sekadar menjamin keamanan kawasan kediaman
pemeluk-pemeluk Islam sahaja, malah perdamaian yang dikehendakinya ialah
perdamaian yang menjamin seluruh agama di kawasan itu ialah tertentu untuk
Allah, seluruh Ubudiyah manusia di kawasan itu adalah kepada Allah dan di sana
manusia tidak mempertahankan di antara sesama mereka. Yang diambil kira di sini
ialah peringkat akhir yang dapat dicapai oleh gerakan Jihad, Perang dan
Revolusi Islam bukannya dikira dengan masa-masa awal atau masa-masa tengah Jihad,
Perang dan Revolusi ini. Peringkat-peringkat yang telah dilalui oleh Jihad,
Perang dan Revolusi Islam berakhir dengan kedudukan seperti yang dinyatakan
oleh Ibnu Qoyyim :
“Pendeknya kedudukan orang-orang kafir selepas diturunkan
surah al-Baraah adalah terbahagi kepada tiga golongan, iaitu golongan yang
memerangi beliau, golongan yang memeterai perjanjian dengan beliau dan golongan
zimmi, kemudian golongan kafir yang mengikat perjanjian damai itu memeluk agama
Islam dan sejak itu mereka menjadi dua golongan sahaja iaitu golongan kafir
harbi yang memerangi beliau dan golongan zimmi, tetapi kafir harbi takut kepada
beliau. Jadi penghuni bumi di masa itu terbahagi kepada tiga golongan Muslim
yang beriman kepadanya, golongan kafir zimmi yang berdamai dan berada dalam
keamanan dengan beliau dan golongan harbi yang takut kepada beliau. Inilah
kedudukan-kedudukan yang logikal dengan tabiat agama ini dan
matlamat-matlamatnya, bukannya seperti yang difahami oleh penulis-penulis Islam
yang kalah dihadapan realiti masa kini dan dihadapan kaum Orientalis yang
licin! “
Allah swt telah menahan kaum Muslimin daripada berperang semasa berada di
negeri Mekah dan di masa awal hijrah ke Medinah. Allah berfirman kepada mereka
:
“Tahanlah
tangan kamu (daripada berperang ) dan dirikan solat dan tunaikan zakat (Nisa
77).”
Kemudian mereka dibenarkan berperang. Allah berfirman kepada mereka :
Firman Allah : Hajj 39, 40, 41
Telah diizinkan berperang kepada orang-orang Islam yang diperangi dengan sebab mereka telah dizalimi dan sesungguhnya Allah Maha Berkuasa menolong mereka. Iaitu orang-orang yang diusir daripada kampung halaman mereka tanpa suatu kesalahan yang benar kecuali kerana mereka berkata : “Tuhan kami ialah Allah”.
Sekiranya Allah tidak menolak pencerobohan daripada setengah dengan penentangan daripada setengah manusia yang lain, sudah robohlah biara-biara (kaum paderi Nasara), gereja-gereja, sinagog-sinagog (rumah ibadat kaum Yahudi ) dan masjid-masjid di mana banyak disebutkan nama Allah.Dan sesungguhnya Allah tetap menolong orang yang menolong agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat dan Maha Perkasa. Iaitu orang-orang yang apabila kami kurniakan kedudukan yang kukuh di bumi, nescaya mereka tetap mendirikan solat, menunaikan zakat , menyuruh orang melakukan perkara-perkara yang makruf dan melarang melakukan perkara-perkara yang mungkar. Dan Allah jua yang menguasai akibat segala perkara .
Di sini jelaslah bahawa Jihad, Perang dan Revolusi itu adalah satu gejala
yang tetap bukannya suatu gejala sementara. Adalah satu yang tetap bahawa
kebenaran tidak dapat hidup bersama kebatilan di bumi ini, dan apabila Islam tampil membetul
peristiharan untuk menegakkan Rububiyah Allah ke atas sekelian manusia dan
membebaskan manusia daripada Ubudiyah kepada sesama manusia, maka ia terus
ditentang oleh para perampas kuasa Allah di bumi dan mereka sekali-kali tidak
akan berdamai dengannya , sementara Islam pula terus bertindak menyerang mereka
untuk menyelamatkan manusia daripada kuasa mereka dan mengenyahkan kuasa mereka
daripada manusia. Keadaan pertarungan ini terus berlaku dan perjuangan
pembebasan tidak akan berhenti sehingga agama seluruhnya ditumpukan kepada
Allah.
Dalam membicarakan ayat-ayat di atas ini (Hajj 39, 40, 41), Saiyyid Qutb
menghuraikan bahawa :
1. JIHAD, PERANG dan REVOLUSI itu adalah satu perintah yang UMUM, TETAP,
FINAL dan MUKTAMAD, iaitu yang tidak berbentuk sementara serta yang tidak hanya
terhad untuk dilancar dan dioperasikan oleh sesebuah kerajaan Islam sahaja,
malah ianya adalah perintah Allah ke atas seluruh umat Islam, samada ke atas
individu Islam, keluarga, kelompok, organisasi, atau kaum dan beberapa kaum
yang beragama Islam;
2. JIHAD, PERANG dan REVOLUSI adalah dalam bentuk yang OFENSIF terhadap
musuh-musuh Islam, iaitu menyerang musuh-musuh tanpa terlebih dahulu Islam itu
diserang, dicerobohi dan dizalimi oleh mereka itu seperti mana Islam menyerang,
memerangi, mengalah dan menundukkan Farsi dalam peperangan AL-QADISYIYAH dahulu
itu.
Di atas prinsip Islam yang Maha Agung ini, Islam mempunyai HAK (legitimasi
dan justifikasi) untuk melancarkan JIHAD, PERANG DAN REVOLUSI terhadap
mana-mana kerajaan, kekuasaan dan kekuatan yang mengabdikan manusia kepada
kuasa manusia, iaitu kerajaan, kekuasaan dan kekuatan yang menjalan dan menguat
kuasakan segala peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh manusia ke atas
manusia, dan peraturan dan undang-undang itu pula ditaati dan dipatuhi oleh
manusia yang sedang di bawah pemerintahannya itu. Di atas prinsip yang sama,
Islam berhak untuk memberontak dengan pelancaran JIHAD, PERANG dan REVOLUSI terhadap
kerajaan demokrasi Malaysia, malah Islam juga berhak untuk menyerang,
memerangi, mengalah dan menakluki Amerika dan seluruh negara kufur yang lain.
Ini adalah serangan dalam bentuk yang OFENSIF, iaitu menyerang tanpa terlebih
dahulu kita ini diserang, bukan serangan dalam bentuk dan pengertian yang
difahamkan sebagai DEFENSIF, dan serangan OFENSIF ini adalah dilancarkan di
atas prinsip untuk membebaskan manusia daripada pengabdian kepada kuasa manusia
supaya akhirnya seluruh pengabdian manusia itu hanya kepada Allah sahaja.
Inilah ertinya kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan inilah MISI ISLAM yang Maha Agung di dunia ini!
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran-
al-Anfal) :
Penulis-penulis Islam yang berjiwa tewas dan berminda kalah yang menulis
tentang “Jihad, Perang dan Revolusi di dalam Islam” dengan tujuan untuk
menangkis tuduhan-tuduhan “menggunakan paksaan” dari Islam telah
mencampuradukkan di antara tata cara agama ini yang menolak penggunaan paksaan
di dalam memeluk agama dan tata cara yang berjuang untuk menghancurkan
kuasa-kuasa politik kebendaan yang menghalangkan manusia memeluk agama Allah
dan memaksa manusia mengabdikan diri kepada sesama manusia dan menyekat mereka
daripada Ubudiyah kepada Allah. Ini merupakan dua tata cara yang tidak
mempunyai apa-apa hubungan di antara keduanya dan tidak ada ruang untuk
dikelirukan. Oleh kerana kekalahan jiwa dan minda, dan oleh kerana campuraduk
dan kekeliruan ini, mereka cuba membataskan Jihad, Perang dan Revolusi di dalam
Islam di tahap peperangan yang mereka istilahkan pada hari ini sebagai
“peperangan mempertahankan diri”, sedangkan Jihad, Perang dan Revolusi di dalam
Islam adalah satu peperangan yang lain, yang tidak ada hubungan dengan
peperangan-peperangan manusia sekarang baik dari segi motifnya mahupun dari segi bentuknya. Motif Jihad, Perang dan
Revolusi dalam Islam harus dicari dalam tabiat agama Islam itu sendiri dan
peranannya di bumi ini, juga dalam matlamat-matlamatnya yang tinggi yang telah
ditetapkan Allah, dan sehubungan dengan ini Allah telah menyebut bahawa untuk
merealisasikan matlamat-matlamat ini, Dia telah mengutuskan Rasulullah saw
membawa agama ini dan menjadikan beliau sebagai khatamun-nabiyyin dan agama
Islam sebagai agama yang terakhir.
Agama Islam merupakan satu peristiharan umum untuk membebaskan “insan” di
bumi ini daripada Ubudiyah kepada sesama makhluk dan Ubudiyah kepada hawa nafsu
yang juga merupakan Ubudiyah kepada sesama makhluk. Pembebasan itu dilakukan
dengan mengisytiharkan konsep Uluhiyah Allah yang Maha Esa sahaja dan konsep
Rububiyah Allah ke atas semesta alam. Perisytiharan Rububiyah Allah yang Maha
Esa sahaja ke atas semesta alam mengertikan suatu pemberontakan yang syumul
terhadap kuasa Hakimiyah manusia dalam segala bentuk dan rupanya termasuk
segala undang-undang dan peraturannya, ia merupakan pemberontakan yang
total terhadap segala bentuk
pemerintahan manusia di merata pelusuk alam atau dengan ungkapan yang lain
pemberontakan terhadap segala bentuk Uluhiyah manusia, kerana pemerintahan yang
merujukkan urusan kepada manusia dan menjadikan manusia sebagai sumber kuasa
itulah pemerintahan yang mendewa-dewakan manusia atau memperTuhankannya. Itulah
makna manusia mempertuhankan sesama manusia selain Allah. Peristiharan ini
bermakna mencabut kuasa Allah yang
dirampaskan itu dan mengembalikannya semula kepada Allah serta mengusir para
perampas yang memerintah manusia dengan undang-undang ciptaan mereka dan
berlagak sebagai Tuhan-tuhan, sedangkan orang ramai yang menjadi pengikut-pengikut
mereka berlagak sebagai hamba-hamba. Pengisytiharan itu bererti menumbangkan
kerajaan manusia dan menegakkan kerajaan Allah di muka bumi ini atau dengan
ungkapan al-Quranul Karim :
Firman Allah : Yusuf 40
Tiada urusan pemerintahan melainkan hanya kepunyaan Allah. Dialah yang memerintah supaya kamu jangan menyembah kecuali Dia. Itulah agama yang lurus .
Firman Allah : az-Zukhruf 84
Dan Dialah Tuhan yang memerintah di langit dan Tuhan yang memerintah di bumi .
Firman Allah : al-Imran 64
Katakanlah: Wahai Ahlil Kitab ! Marilah kita berpegang dengan satu keputusan yang sama di antara kami dan kamu , bahawa kita tidak menyembah melainkan Dia dan kita tidak mempersekutukan-Nya dengan sesuatu yang lain dan kita tidak mengambil satu sama lain di antara kita sebagai Tuhan-tuhan selain Allah dan jika mereka enggan berbuat begitu , maka katakanlah kepada mereka : saksikanlah bahawa kami sekelian adalah orang-orang yang menyerahkan diri kepada Allah .
Kerajaan Allah di bumi bukanlah kerajaan yang diperintah oleh tokoh-tokoh
tertentu, iaitu tokoh-tokoh ahli agama seperti yang terdapat dalam pentadbiran
kuasa gereja dan tidak pula diperintah oleh tokoh-tokoh yang bercakap di atas
nama Allah seperti yang terdapat dalam sistem pemerintahan teokrasi atau pemerintahan
Ilahi yang suci!! Malah kerajaan Allah itulah kerajaan yang menjadikan syariat
Allah sebagai kuasa yang memerintah dan seluruh urusan pemerintahan dirujukkan
kepada Allah mengikut undang-undang yang jelas yang telah ditetapkan Allah .
Usaha menegakkan kerajaan Allah dan menghapuskan segala kerajaan manusia,
usaha mencabut kuasa daripada
tangan-tangan manusia yang telah merampaskannya dan memulangkannya semula
kepada Allah yang yang Maha Esa sahaja, usaha menegakkan kedaulatan syariat
Allah sahaja dan menghapuskan undang-undang manusia ………semuanya itu tidak dapat
direalisasikan dengan tabligh dan penerangan semata-mata kerana pihak-pihak
yang berwenang yang menguasai orang ramai dan merampas kuasa Allah di bumi
tidak akan menyerah kuasa mereka dengan tabligh dan penerangan semata-mata.
Jika tidak begitu langkah mudahnya kerja seorang Rasul untuk menegakkan agama
Allah di bumi ini. Ini adalah bertentangan dengan apa yang diketahui oleh
sejarah para Rasul salawatulaihiwassalamuhu alaihim dan sejarah agama Islam di
sepanjang zaman.
Peristiharan umum untuk membebaskan manusia di bumi daripada segala kuasa
yang lain daripada kuasa Allah dengan mengumumkan konsep Uluhiyah dan Rububiyah
Allah ke atas seluruh alam, bukannya suatu perisytiharan yang bercorak teori
dan falsafah yang negatif, malah ia merupakan peristiharan yang bercorak
pergerakan dan tindakan positif di alam kenyataan, satu peristiharan yang
bertujuan merealisasikan satu program amali untuk menegakkan satu sistem
pemerintahan yang memerintah manusia dengan syariat Allah yang mengeluarkan
mereka secara amali daripada Ubudiyah kepada sesama makhluk kepada Ubudiyah
kepada Allah yang Maha Esa sahaja tanpa sebarang sekutu. Oleh sebab itu perlu
dilancarkan tindakan amali (iaitu berperang – penulis) di samping usaha yang
bercorak tabligh dan penerangan untuk menghadapi realiti manusia daripada semua
aspeknya dengan menggunakan sarana-sarana yang sesuai dengan setiap aspeknya.
Realiti manusia yang wujud semalam, hari ini dan esok adalah menentang
agama Islam kerana ia merupakan agama yang telah membuat peristiharan untuk
membebaskan manusia di bumi daripada segala kuasa yang lain daripada kuasa
Allah ………ia menentang Islam dengan tindakan mewujudkan halangan-halangan dalam
bentuk ideologi dan kefahaman, halangan-halangan dalam bentuk kebendaan,
politik, sosial, ekonomi, perkauman dan kelas sosial, di samping
halangan-halangan dalam bentuk kepercayaan-kepercayaan dan kefahaman-kefahaman
yang batil. Halangan-halangan itu bercampuraduk dan berinteraksi di antara satu
sama lain dalam bentuk yang amat canggih.
Jika tabligh dan penerangan bertugas untuk menghadapi ideologi-ideologi
dan kefahaman-kefahaman, maka “pergerakan” bertugas untuk menghadapi
halangan-halangan kebendaan yang lain terutama halangan kuasa politik yang
ditegakkan di atas faktor-faktor ideologi dan kefahaman-kefahaman, faktor
perkauman dan kelas, faktor sosio-ekonomi yang canggih dan rumit. Kedua-dua
program ini – program penerangan dan program pergerakan – harus bertindak
seiring sejalan untuk menghadapi “realiti manusia” secara keseluruhannya dengan
menggunakan sarana-sarana yang sesuai dengan kehendak-kehendaknya. Kedua-duanya
pasti diwujudkan untuk melancarkan gerakan membebaskan seluruh manusia di
seluruh dunia itu. Inilah satu hakikat yang amat penting yang harus dijelaskan
sekali lagi .
Agama ini bukannya suatu perisytiharan untuk membebaskan manusia Arab dan
bukannya agama khusus untuk bangsa Arab. Sasaran agama ini ialah seluruh
manusia dan bidang kegiatannya ialah seluruh negara di dunia, kerana Allah swt
bukannya Tuhan untuk bangsa Arab sahaja dan bukannya Tuhan kepada mereka yang
memeluk agama Islam sahaja, malah Allah adalah Tuhan bagi seluruh manusia, dan
agama Islam adalah bertujuan untuk mengembalikan seluruh manusia kepada Tuhan mereka,
juga untuk menyelamatkan seluruh mereka daripada Ubudiyah kepada yang selain
daripada Allah. Ubudiyah yang paling besar mengikut pandangan Islam ialah
kepatuhan manusia kepada undang-undang yang dicipta oleh manusia. Kepatuhan ini
merupakan “ibadat”, sedangkan ibadat – sebagai mana dijelaskan Allah – adalah
untuk Allah sahaja dan sesiapa yang beribadat kepada yang selain daripada Allah
akan terkeluar daripada agama Allah walaupun dia mendakwa memeluk agama ini.
Rasulullah saw telah menetapkan bahawa mengikut dan mematuhi undang-undang dan
hukum itu adalah termasuk dalam istilah ibadat . Oleh kerana itulah kaum Yahudi
dan Nasara dianggap sebagai kaum musyrikin kerana mereka menyalahi konsep
ibadat yang telah diperintah kepada mereka supaya mengkhususkannya kepada Allah
swt sahaja .
At-Termizi telah mengeluarkan sebuah hadith dengan isnadnya daripada A’di
bin Hatim ra katanya : Apabila dakwah Rasulullah saw sampai kepadanya , ia pun
lari ke negeri Syam. Dia telah memeluk agama Kristian dalam masa Jahiliyah
lagi. Kemudian saudara perempuannya bersama dengan sekumpulan kaumnya telah
tertawan, lalu Rasulullah saw membebaskan saudara perempuannya dan memberi
hadiah kepadanya, lalu ia pun pulang mendapatkan saudaranya (A’di) dan
menggalakkannya supaya memeluk agama Islam dan pergi bertemu Rasulullah saw.
Kisah kedatangannya telah menjadi bahan perbualan orang ramai. Dia masuk
menemui Rasulullah saw dengan memakai salib yang diperbuat daripada perak
tergantung dilehernya dan Nabi saw membaca ayat :
“Mereka
mengambil ulama-ulama dan paderi-paderi mereka selaku Tuhan-tuhan selain Allah
.”
Kata A’di : Lantas aku pun berkata : “Tetapi mereka tidak menyembah
ulama-ulama dan paderi-paderi itu”. Jawab Nabi saw : “Itu betul, tetapi mereka
(ulama-ulama) telah mengharamkan apa yang dihalalkan kepada mereka (orang ramai
) dan menghalalkan apa yang diharamkan kepada mereka, lalu ikut dan patuh
kepada mereka . Itulah ertinya mereka menyembah mereka.”
Pentafsiran Rasulullah saw kepada Firman Allah Taala itu merupakan nas
qotii bahawa perbuatan mengikut undang-undang dan hukum ciptaan manusia itu
merupakan ibadat yang mengeluarkan seseorang daripada agama Allah , dan itulah
makna manusia mengambil sesama manusia sebagai Tuhan-tuhan, malah itulah amalan
yang hendak dihapuskan oleh agama ini dengan mengisytiharkan pembebasan manusia
di bumi daripada Ubudiyah kepada yang lain daripada Allah .
Oleh sebab itulah Islam pasti bertindak di bumi ini untuk menghapuskan
realiti yang bertentangan dengan peristiharan itu melalui program penerangan
dan program bertindak kedua-dua sekali. Ia harus menentang kuasa-kuasa politik
yang memperhambakan manusia kepada yang lain daripada Allah dan memerintah
mereka dengan undang-undang yang bukan daripada syariat Allah, kuasa-kuasa
politik yang menghalang kebebasan manusia untuk mendengar penerangan agama
Allah dan memeluk agama Allah dengan bebas tanpa diganggu gugat oleh
pemerintah. Seterusnya Islam harus bertindak untuk menegakkan satu sistem
sosio-ekonomi dan politik yang memungkinkan gerakan pembebasannya berjalan
lancar setelah dihapuskan kuasa yang mengongkong sama ada berupa kuasa politik
semata-mata atau pendokong dasar perkauman atau dasar kelas-kelas dalam satu
kaum.
Islam sama sekali tidak bertujuan untuk memaksa manusia memeluk agamanya,
tetapi Islam bukannya “kepercayaan” semata-mata, malah Islam – sebagai mana
telah kami tegaskan sebelum ini –
merupakan suatu peristiharan umum untuk membebaskan manusia daripada Ubudiyah
kepada sesama makhluk. Islam dari awal-awal berjuang untuk menghapuskan
sistem-sistem dan kerajaan-kerajaan yang ditegakkan di atas landasan Hakimiyah
manusia memerintah manusia dan Ubudiyah manusia kepada sesama manusia, kemudian
setiap individu menjadi insan-insan yang bebas untuk memilih Aqidah yang
disukai mereka setelah dihapuskan tekanan politik ke atas mereka dan setelah
diberi penerangan yang mencerahkan jiwa dan akal mereka, tetapi kebebasan ini
bukanlah bermakna mereka bebas bertuhankan hawa nafsu mereka atau bebas memilih
untuk menjadi hamba kepada sesama manusia atau bertuhankan kepada sesama
manusia. Sistem pemerintahan yang memerintah manusia di bumi ini pastilah
dilandaskan di atas prinsip Ubudiyah kepada Allah yang yang Maha Esa sahaja,
iaitu menjunjung syariat Allah sahaja. Kemudian setiap individu yang berada di
bawah sistem pemerintahan ini pastilah menganut aqidah yang dianuti oleh sistem
pemerintahan ini agar dengan ini agama seluruhnya tertentu bagi Allah, iaitu
seluruh ketaatan, kepatuhan, ikutan dan Ubudiyah adalah khusus untuk Allah
sahaja. Pengertian “agama” lebih syumul daripada pengertian “aqidah”, kerana
agama ialah tata cara atau sistem yang mengendalikan kehidupan manusia dan
agama di dalam Islam ditegakkan di atas landasan aqidah, tetapi pengertian umum
“agama “ lebih syumul daripada aqidah . Di dalam Islam berbagai-bagai kelompok
manusia boleh hidup di bawah sistemnya yang umum yang ditegakkan di atas
prinsip Ubudiyah kepada Allah yang Maha Esa walaupun setengah-setengah kelompok
ini tidak menganut Aqidah Islam.
Orang yang memahami tabiat agama ini, seperti penjelasan yang dikemukan
tadi, sudah tentu akan memahami bahawa Islam memerlukan kepada tindakan berJihad,
Perang dan Revolusi dengan mata pedang di samping berJihad, Perang dan Revolusi
dengan penerangan lisan, dan seterusnya memahami bahawa Jihad, Perang dan
Revolusi itu bukanlah peperangan untuk mempertahankan diri mengikut pengertian
sempit yang difahamkan pada hari ini daripada istilah “peperangan kerana
mempertahankan diri.” Dengan faham yang
sempit inilah penulis-penulis Islam yang berjiwa kalah yang tertekan dihadapan
realiti-realiti masa kini dan dhadapan serangan-serangan kaum Orientalis yang
licin yang cuba menggambarkan bentuk Jihad, Perang dan Revolusi dalam Islam,
sedangkan sebenarnya Jihad, Perang dan Revolusi dalam Islam merupakan tindakan
“OFENSIF” untuk membebaskan manusia di muka bumi ini dengan menggunakan
sarana-sarana yang sesuai dengan setiap aspek realiti manusia dan melalui
peringkat-peringkat tertentu dan setiap peringkat mempunyai sarana-sarananya
masing-masing.
Saiyyid Qutb menghuraikan mengenai kewujudan konsep JIHAD, PERANG dan REVOLUSI
dalam Islam dalam bentuknya yang OFENSIF, iaitu tindakan-tindakan untuk
terlebih dahulu menyerang dan memerangi musuh-musuh Islam sebelum atau tanpa
terlebih dahulu Islam dan sekumpulan umat Islam diserang dan diperangi oleh
musuh-musuh Islam itu. JIHAD, PERANG dan REVOLUSI dalam bentuknya yang OFENSIF
ini adalah perintah Allah yang bertujuan untuk meruntuh dan menghapuskan
kerajaan manusia yang MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA KUASA MANUSIA untuk
kemudiannya digantikan dengan kerajaan Allah yang akan mewujudkan sistem
pengabdian manusia kepada kuasa Allah sahaja. Kewujudan konsep JIHAD, PERANG
dan REVOLUSI dalam Islam seperti ini dengan tegas dan jelas sekali menolak
propaganda para ulama dan intelek Islam kita yang menyatakan bahawa JIHAD,
PERANG dan REVOLUSI ITU hanyalah terhad kepada serangan dan pelancaran perang dalam
bentuknya yang DEFENSIF sahaja, iaitu serangan balas setelah terlebih dahulu
kita ini diserang dan diperangi oleh musuh-musuh Islam.
Seluruh umat Islam
kita di bumi ini adalah diperintahkan Allah untuk menggunakan kekerasan dan
paksaan dalam bentuk pelancaran JIHAD, PERANG dan REVOLUSI ke atas
negara-negara “non-Islamic” atau negara-negara kafir dan orang-orang kafir yang
bertujuan untuk memerangi dan menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada
kekuasaan manusia yang wujud dan beroperasi di dalam kerajaan-kerajaan yang
“non-Islamic” itu untuk digantikan dengan kerajaan Allah yang akan mewujudkan
sistem pengabdian manusia kepada kuasa Allah sahaja.
Inilah sifat kalimah
ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ
yang sebenar daripada Allah dan inilah sifat kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang DISEMBUNYIKAN oleh musuh-musuh Islam daripada
diketahui oleh massa umat Islam kita sendiri. Menyerang, memerangi dan
menundukkan kerajaan-kerajaan kafir yang MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA KEKUASAAN
MANUSIA itu adalah MISI ISLAM yang Maha Agung di bumi ini ! Ke arah mencapai
Misi Islam yang Maha Agung ini, Islam dan seluruh umat Islam di dunia in berhak
dan memikul tanggungjawab yang besar dan mulia untuk melancarkan JIHAD, PERANG
dan REVOLUSI yang berbentuk OFENSIF ke atas mana-mana kerajaan yang
“non-Islamic” seperti kerajaan demokrasi Malaysia kita ini atau mana-mana
kerajaan orang-orang kafir seperti Singapura, Thailand, Filipina, Cina, India,
Amerika, Britain, atau mana-mana kerajaan yang syirik dan kufur sekalipun di
bumi ini di atas prinsip untuk MENGHAPUSKAN SISTEM PENGABDIAN MANUSIA KEPADA
KEKUASAAN MANUSIA tanpa terlebih dahulu kita ini diserang dan diperangi oleh
kerajaan-kerajaan kufur itu. Inilah sifat dinasmisme dan radikalisme yang
terkandung dalam kalimah
ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Inilah sifat agama Islam dalam bentuknya yang asal dan sebenar seperti mana
yang mula-mula ianya diturunkan Allah kepada kita melalui junjungan kita
Rasulullah saw.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Anfal) :
Jika tindakan berJihad, Perang dan Revolusi di dalam Islam itu mahu
dinamakan juga dengan nama “peperangan mempertahankan diri”, maka perlulah kita
mengubahkan pengertian “mempertahankan diri” itu sendiri, iaitu mengubahkannya
kepada pengertian mempertahankan diri manusia daripada segala faktor yang
mengikat kebebasan dan menghalangkan kemerdekaannya dalam bentuk
ideologi-ideologi dan aliran-aliran kefahaman, juga dalam sistem-sistem politik
yang ditegakkan di atas sekatan-sekatan ekonomi, kelas dan perkauman yang
dominan di dunia di masa kedatangan Islam, dan setengah-setengah bentuknya
masih dominan di dalam Jahiliyah masa kini.
Dengan meluaskan pengertian “mempertahankan diri” dapatlah kita berdepan
dengan hakikat motif tindakan Islam melancarkan
Jihad, Perang dan Revolusi di muka bumi ini , juga berdepan dengan
tabiat Islam itu sendiri , iaitu ia merupakan satu peristiharan umum untuk
membebaskan manusia daripada Ubudiyah kepada sesama manusia dan menegakkan
Uluhiyah yang Maha Esa dan kuasa Rububiyah ke atas sekelian manusia , di samping
menghancurkan kerajaan hawa nafsu manusia di muka bumi ini dan membangunkan
kerajaan syariat Allah di alam manusia .
Percubaan mengadakan alasan-alasan mempertahankan diri di dalam Jihad,
Perang dan Revolusi Islam dengan pengertian yang sempit mengikut konsep moden
dalam istilah “peperangan mempertahankan diri” dan percubaan mencari
sandaran-sandaran untuk membuktikan bahawa peristiwa berJihad, Perang dan
Revolusi dalam Islam itu adalah semata-mata bertujuan menghalangkan
pencerobohan daripada kuasa negara-negara yang berjiran dengan Negara Islam
iaitu Semenanjung Tanah Arab mengikut tanggapan setengah-setengah
orang………..percubaan hanya mencerminkan kekurangan kefahaman mereka mengenai
tabiat agama ini dan terhadap peranannya yang harus dimainkan di muka bumi ini
di samping mencerminkan kekalahan minda dihadapan tekanan realiti masa kini dan
dihadapan serangan kaum Orientalis yang licin terhadap Jihad, Perang dan
Revolusi di dalam Islam .
Apa pendapat anda jika Abu Bakar, umar dan Uthman ra merasa aman daripada
pencerbohan Rom dan Farsi ke atas Semenanjung Tanah Arab? Apakah mereka akan
duduk begitu sahaja tanpa berusaha meluaskan perkembangan Islam hingga ke
hujung negeri-negeri yang lain? Bagai mana mereka dapat meluaskan perkembangan
Islam, jika dakwah Islam dihalang oleh berbagai-bagai halangan kebendaan iaitu
dalam bentuk berbagai-bagai sistem politik negara, berbagai-bagai sistem
masyarakat yang bercorak perkauman dan kelas, berbagai-bagai sistem ekonomi
yang berlandaskan perkauman dan kelas yang dilindungi oleh kekuatan kebendaan
kerajaan?
Tentulah suatu kebodohoan jika ada orang berfikir bahawa dakwah yang
mengisytiharkan matlamat perjuangannya untuk membebaskan seluruh manusia di
seluruh dunia ini boleh berjuang menghadapi halangan-halangan tadi dengan hanya
menggunakan kekuatan lisan dan penerangan sahaja! Yang sebenarnya dakwah itu
berjuang dengan hanya menggunakan kekuatan lisan dan penerangan sahaja jika
orang ramai itu telah diberi kebebasan memilih dan dakwah ini dapat dibicara
dengan mereka dalam suasana bebas daripada segala pengaruh. Hanya dalam suasana
begini sahaja prinsip “tiada paksaan dalam agama” dapat diamalkan, tetapi jika
di sana terdapat halangan-halangan dan pengaruh-pengaruh kebendaan, maka
langkah pertama dakwah ini ialah bertindak menghapuskan halangan-halangan itu
dengan kekuatan Jihad, Perang dan Revolusi supaya ia dapat berbicara dengan
hati manusia dan akalnya dalam suasana bebas daripada segala belenggu.
Saiyyid Qutb menyatakan sekiranya kita bersetuju kepada
konsep bahawa perang dalam Islam hanya dilancarkan di atas dasar MEMPERTAHANKAN
DIRI atau PERTAHANAN, apa yang perlu kita lakukan ialah untuk memberi definisi
yang sesuai dengan konsep perang dalam Islam kepada pengertian PERTAHAN. Islam
berperang kerana PERTAHANAN. Isu di sini ialah tentang definisi dan pengertian
PERTAHANAN, iaitu apakah yang hendak dipertahankan, pertahanan dalam bentuk
yang sebagaimana dan mempertahankan diri daripada siapa.
Firman Allah : al-Anfaal 60, 73
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan daripada pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain daripada mereka yang kamu tidak ketahuinya; sedangkan Allah mengetahuinya .
Dan orang-orang kafir, mereka itu adalah penyokong dan pembela di antara sesama mereka. Jika kamu tidak melakukan demikian (bersatu sesama Islam dan berJihad, Perang dan Revolusi menentang kaum kafir) nescaya berlakulah penindasan di muka bumi dan kerosakan yang besar. (8:60, 73).
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran al-Anfal 60):
Islam harus mempunyai kekuatan yang membolehkannya
bertindak di bumi untuk membebaskan manusia. Dan perkara pertama yang dapat
dilaksanakan oleh kekuatan ini di bidang dakwah ialah ia dapat menjamin
keselamatan dan keamanan mereka yang memilih Islam sebagai agama mereka secara
sukarela, di mana tiada halangan yang menyekat mereka dari agama ini dan tiada
penindasan yang dilakukan ke atas mereka setelah memeluk agama ini. Perkara
kedua, ia boleh menakutkan musuh-musuh agama ini, iaitu mereka tidak berani
berfikir untuk menyerang “Darul-Islam” yang dilindungi oleh kekuatan ini.
Perkara ketiga, ketakutan yang dialami oleh musuh-musuh Islam itu membuat
mereka tidak berani berfikir untuk meyekatkan kemaraan perkembangan Islam yang
bergerak untuk membebaskan seluruh manusia diseluru pelosok muka bumi ini.
Perkara yang keempat, kekuatan ini boleh menghancurkan segala kekutan di bumi
yang mendakwa memiliki sifat Ulihiyah iaitu dalam bentuk memerintah manusia
dengan undang-undang dari ciptaannya dan dengan kuatkuasa yang ada padanya
tanpa mengakui bahawa sifat ulihiyah itu adalah tertentu kepada Allah sahaja
dan jesteru itulah kuasa hakimiyah hanya tertentu pada Allah s.w.t sahaja .
Islam bukannya satu sistem teologi yang dapat
direalisasikan sebaik sahaja ia tersemat di dalam hati sebagai akidah dan
sebaik sahaja ia ditegakkan sebagai satu peraturan syiar-syiar ibadat dan
selepas itu berakhirlah tugasnya, malah Islam adalah satu sistem hidup yang
praktikal dan realislistik yang menghadapi berbagai-berai sistem hidup yang
lain, yang ditegakkan ke atasnya berbagai-bagai kuasa yang lain dan di
belakangnya disokong oleh kekuatan-kekuatan material. Oleh sebab itu Islam
tidak mempunyai jalan keluar yang lain untuk menegakkan sistem Rabbani – dari
bertindak menghancurkan kekuatan-kekuatan material itu disamping menghancurkan
kuasa-kuasa yang melaksanakan sistem-sistem hidup itu dan menentang sistem
hidup Rabbani.
Setiap Muslim tidak seharusnya teragak-agak ketika
mengisytiharkan hakikat yang agung ini. Ia tidak seharusnya merasa malu
terhadap tabiat sistem hidup Rabbaninya. Ia seharusnya ingat apbila Islam
bergerak dan bertindak di bumi, maka ia bergerak dan bertindak untuk
mengisytiharkan pembebasan insan melalui perjuangan menegakkan uluhiyah Allah
yang Maha Esa dan menghancurkan uluhiyah manusia. Islam tidak bergerak dan
bertindak untuk memperjuangkkan sistem hidup ciptaan manusia, dan bukan pula
untuk menegakkan kekuasaan seseorang pemimpin atau kekuasaan sebuah kerajaan
atau sesuatu kekuasaan kelas atau kekuasaan sesuatu bangsa. Islam bukannya
bertindak untuk menjadikan manusia abdi-abdi tanah untuk mengerjakan
ladang-ladang kaum bangsawan seperti yang telah dilakukan oleh orang-orang
Roman, dan bukan pula untuk menguasai pasaran-pasaran dan bahan-bahan mentah
seperti yang telah dilakukan kapitalis-kapitalis, dan bukan pula untuk
memaksakan sesuatu ideologi ciptaan manusia yang jahil dan kurang seperti yang
telah dilakukan komunisme dan lain-lainnya dari ideologi-ideologi ciptaan
manusia. malah Islam bergerak dan bertindak suatu sistem hidup yang diciptakan
Allah yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Maha Pakar dan Maha Melihat dan
untuk menegakkan uluhiyah dan kekuasaan Allah yang Maha Esa demi membebaskan
umat manuasia di bumi dari perhambaan kepada sesama makhluk.
Inilah hakikat agung yang harus disedari oleh orang-orang
Islam yang berjiwa kalah dan bersikap difensif terhadap agama dan
terkumat-kumit melahirkan opologi terhadap perkembangan Islam dan Jihad, Perang
dan Revolusi Islam.
Kini eloklah kita mengetahui batas-batas tugas
menyediakan kekutan dan peralatan perang. Nas al-Quran berbunyi:
Firman Allah: Al-Anfal 60
Untuk menakutkan musuh Allah dan musuh kamu dan orang-orang yang lain dari mereka yang tidak diketahui kamu, sedangkan Allah mengetahui mereka.
Itulah
batas keupayaan yang maksima dimana kaum Muslimin tidak boleh cuai dari
meyediakan segala punca kekuatan yang mampu diadakan mereka.
Tujuannya
ialah untuk menimbulkan perasaan takut di dalam hati musuh-musuh Allah yang
sekali gus merupakan musuh-musuh kaum Muslimin di dunia ini, iaitu musuh-musuh
yang jelas yang diketahui oleh kaum muslimin dan musuh-musuh yang berada
dibelakang yang tidak diketahui mereka atau musuh-musuh yang tidak menunjukkan
perseturuan secara terang-terangan terhadap mereka, sedangkan Allah mengetahui
rahsia-rahsia dan hakikat-hakikat mereka. Kumpulan musuh-musuh ini akan merasa
gentar terhadap kekuatan Islam walaupun kekuatan itu belum lagi menghentam
mereka. Kaum muslimin diperintah supaya menjadikan kuat dan supaya mereka
mengumpulkan segala punca kekuatan yang mampu dikumpulkan mereka agar mereka
ditakuti dan digeruni di muka bumi ini, dan agar kalimatullah terletak ditempat
yang paling tinggi, dan agar seluruh ketaatan (agama) tertentu kepada Allah
sahaja.
Oleh
sebab usaha menyediakan kelengkapan perang itu memerlukan biaya yang besar dan
oleh sebab seluruh sistem hidup Islam itu ditegakkan di atas landasan takaful,
maka seruan Jihad, Perang dan Revolusi digandingkan dengan seruan mengorbankan
harta kekayaan untuk Sabilullah.
Firman Allah :Al-Anfal 60
Dan segala apa yang dibelanjakan kamu untuk Sabilullah akan dibalas dengan ganjaran yang sempurna kepada kamu dan kamu sama sekali tidak akan dianyayai.
Demikianlah
Islam membersihkan Jihad, Perang dan Revolusi dan pengorbanan fi sabilullah
dari segala tujuan kedunian dari segala kepentingan diri dan dari segala
perasaan perkaumman dan kekelasan supaya Jihad, Perang dan Revolusi dan
pengorbanan fi sabilullah itu benar-benar ikhlas kerana Allah “kerana
sabilullah” untuk menegakkan kalimatullah dan mencapai keredhaanNya.
Oleh
sebab itulah dari awal-awal lagi Islam menolak segala peperangan yang bertujuan
mengangkatkan tokoh-tokoh dan kerajaan-kerajaan, segala peperangan yang
bermatlamat eksploitasi dan mendapatkan pasaran-pasaran, segala peperangan yang
bertujuan menjajah dan menghina segala peperangan yang bertujuan mengangkatkan
negeri keatas negeri yang lain atau mengangkat sesuatu kaum keatas sesuatu kaum
yang lain atau mengangkat sesuatu kelas keatas sesuatu kelas yang lain. Hanya
satu sahaja pergerakan ketenteraan yang dihalalkan Islam, iaitu pergerakan Jihad,
Perang dan Revolusi fi sabilullah, kerana didalam peperangan Allah tidah
bertujuan mengangkat sesuatu bangsa atau sesuatu negara atau sesuatu kaum atau
sesuatu kelas atau sesuatu tokoh atau umat, malah Allah mahu mengangkat
uluhiyah dan kuasa hakimiyah, dan Allah terkaya dari semesta alam, tetapi
konsep superioriti kekuasaan Allah adalah satu-satunya konsep yang dapat
menjamin kebajikan, keberkatan, kemerdekaan dan kehormatan kepada seluruh
manusia.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran al-Anfal 73) :
Segala-galanya mengikut tabiat masing-masing sebagai mana yang telah kami
jelaskan sebelum ini. Masyarakat Jahiliyah tidak bergerak seperti
individu-individu, malah ia bergerak seperti sikap makhluk organik (yang hidup
) segala anggotanya bergerak dan bertindak mengikut tabiat kewujudannya dan
strukturnya masing-masing untuk mempertahankan diri dan kewujudannya. Mereka
bertindak selaku pelindung terhadap satu sama lain. Oleh sebab itu Islam tidak
dapat menghadapi mereka kecuali dalam bentuk sebuah masyarakat yang lain yang
mempunyai ciri-ciri yang sama, tetapi lebih mendalam, lebih kukuh dan lebih
kuat daripada ciri masyarakat Jahiliyah. Jika Islam tidak menghadapi mereka
dalam bentuk sebuah masyarakat, di mana para anggotanya bertindak selaku
pelindung terhadap satu sama lain, maka penindasan akan berlaku kepada
anggota-anggotanya daripada masyarakat Jahiliyah kerana mereka tidak mampu
menghadapi masyarakat Jahiliyah, di mana para anggotanya saling membantu
terhadap satu sama lain. Seluruh bumi ini akan ditimpa huru-hara dan kacau
bilau apabila Jahiliyah dapat mengalahkan Islam. Seluruh bumi akan dilanda
kerosakan akibat Jahiliyah bertindak berleluasa terhadap Islam, akibat
keleluasaan Uluhiyah Manusia terhadap Ulama Allah dan akibat umat manusia
sekali jatuh ke dalam kehambaan kepada sesama manusia, dan inilah kerosakan
yang paling teruk :
“Jika
kamu tidak melaksanakan dasar tolong menolong di antara sesama kamu nescaya
berlakulah huru-hara dan kerosakan yang besar di muka bumi .”
Tidak ada amaran yang
lebih besar daripada amaran ini dan tidak ada peringatan yang lebih serius
daripada peringatan ini. Kaum Muslimin yang tidak menegakkan kewujudan mereka
di atas asas kelompok organik yang bergerak, mempunyai satu kesetiaan dan satu
kepimpinan nescaya mereka akan memikul dihadapan Allah – selain daripada
menanggung keseksaan dalam kehidupan mereka – tanggungjawab huru-hara di
bumi dan tanggungjawab terhadap
kerosakan yang besar ini
Islam
berperang untuk mempertahankan kebebasan manusia daripada penjajahan dan
penindasan oleh sistem pengabdian manusia kepada kekuasaan manusia dan untuk membawa
manusia untuk berada di bawah sistem pengabdian manusia kepada Allah sahaja di
bawah sesuatu kerajaan Islam. Islam memerangi sistem pengabdian manusia kepada
kekuasaan manusia dan Islam memerangi kerajaan manusia dan segala kekuatannya
dalam segala bentuk seperti kekuatan militeri, teknologi, ekonomi dan kewangan,
politik, kebudayaan dan institusi-institusi kufur yang mempertahankan sistem
pengabdian manusia kepada kekuasaan manusia ini. Islam mengambil dayausaha
untuk terlebih dahulu menyerang dan memerangi mana-mana kekuatan dan kekuasaan
kufur yang bertujuan untuk mengeluarkan seluruh umat manusia daripada berada di
bawah sistem pengabdian manusia kepada kekuasaan manusia. Inilah matlamat dan
tujuan JIHAD, PERANG dan REVOLUSI dalam Islam.
Ayat-ayat
ini (Anfal 60 dan 73) adalah ayat-ayat yang AKTIF dan POSITIF dalam merangsang
dan menggerakkan kita ke arah JIHAD, PERANG dan REVOLUSI. Allah memerintahkan
kita supaya kita sentiasa berada dalam keadaan yang BERSIAP SEDIA untuk
BERPERANG dengan kaum kafir yang bertujuan untuk menundukkan mereka kepada
kekuasaan Islam supaya seluruh pengabdian itu akhirnya hanyalah untuk Allah
sahaja serta supaya dengan persiapan untuk peperangan itu kita akan dapat MENGGERUN
dan MENAKUT-NAKUTKAN mereka. Allah juga memerintahkan kita untuk bersatu sesama
Islam untuk melancarkan JIHAD, PERANG dan REVOLUSI terhadap orang-orang kafir supaya
kita dapat menghindari daripada berlakunya segala bentuk penindasan, kezaliman,
kejahatan, ancaman, pencerobohan dan kerosakan ke atas kita akibat daripada
penguat kuasaan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia di kalangan kita
di atas muka bumi ini. Allah memerintahkan kita supaya mencari KEKUATAN POLITIK,
EKONOMI dan MILITERI sebagai persediaan untuk berperang dengan kekuasaan-kekuasaan
dan kekuatan-kekuatan kufur baik di peringkat tempatan mahupun di peringkat
yang global dan universal di dunia kita ini.
Terimalah
hakikat bahawa AGAMA ISLAM ADALAH AGAMA PEPERANGAN sebagai mana yang terkandung
di dalam al-Quran, Sunnah dan Sirah. Era Madinah adalah era peperangan. Era
para Khulafa ar-Rasyidin juga adalah satu era yang gemilang yang dihiasi dengan
pelancaran JIHAD, PERANG dan REVOLUSI terhadap kekuasaan-kekuasaan kufur
sehingga sempadan-sempadan Empayar Islam telah meliputi Barat dan Timur yang
terdiri daripada berbagai-bagai bangsa dan keturunan. Apabila Islam menyerang
Sepanyol, Perancis, Rom, Farsi, Russia, Turki, India, Afrika - adakah
serangan-serangan itu dilakukan sebagai serangan-serangan balas terhadap
musuh-musuh Islam yang terlebih dahulu telah menyerang dan mengancam Islam,
atau tidakkah majoriti daripada serangan-serangan oleh pihak Islam itu adalah
serangan-serangan tanpa terlebih dahulu Islam diserang, diperangi dan diancam
oleh musuh-musuh Islam? Dalam sejarah Islam, Islam menyerang dan berperang
sebelum ianya diserang dan diperangi kerana memperluaskan empayar Islam, dan
Islam mempunyai justifikasi dan hak untuk berbuat begitu kerana ia bertujuan
untuk mewujud dan memperluaskankan wilayah pengabdian manusia kepada Allah sahaja
yang menyempurnakan pegangan dan amalan kalimah
ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran :
Taubah) :
Agama yang benar pasti bergerak
dan berjuang melalui jalannya dan di tengah jalan itu ia pasti akan dihalang
oleh kebatilan dan jalan yang dilaluinya pasti disekat. Agama Allah pasti
tampil bergerak untuk membebaskan manusia daripada perhambaan kepada sesama
manusia dan mengembalikan mereka kepada Ubudiyah kepada Allah yang Maha Esa
sahaja. Ia pasti dihalang oleh Tagut di tengah jalan, malah jalan yang
dilaluinya sudah pasti akan disekat, tetapi agama Allah harus bergerak di
seluruh pelusuk bumi ini untuk membebaskan manusia seluruhnya. Agama yang benar
harus bergerak terus melalui jalan perjuangannya tanpa membelok untuk memberi
jalan kepada kebatilan. Selama kekafiran dan kebatilan bersarang di bumi, dan
selama di bumi ini masih ada Ubudiyah kepada yang lain daripada Allah, yang
menjatuhkan maruah manusia, maka Jihad, Perang dan Revolusi fi Sabilullah akan
terus dilancarkan dan perjanjian setia yang terikat dileher setiap mukmin tetap
mendorongnya supaya berJihad, Perang dan Revolusi menunaikan perjanjian itu.
Dan jika tidak, maka dia bukan seorang mukmin yang tulen.
Kerajaan Demokrasi yang Taghut ini pasti akan menghalangi
perjalanan Pergerakan Islam yang sedang menuju ke arah membentuk satu tatanan
hidup Islam dalam MISI ISLAM untuk membebaskan manusia daripada sistem
pengabdian manusia kepada sesama manusia; apabila gejala seperti ini berlaku,
Pergerakan Islam itu hendaklah terus sahaja bergerak lurus di atas jalannya
dengan terpaksa bertembung dipertengahan jalan dengan kekuatan Taghut itu tadi
– di sinilah berlakunya serangan dan peperangan yang pasti di antara yang Hak
dengan yang BATIL seperti yang diperkatakan di dalam ayat di atas ini tadi.
Inilah gejala “a clash of civilisations” yang telahpun
berlaku dalam sejarah umat manusia seperti mana yang disampaikan kepada kita
melalui al-Quran dan seluruh kitab Allah dan inilah yang akan berlaku di antara
kita dengan seluruh kekuatan kufur di dunia pada masa-masa akan datang seperti
mana yang diteorikan oleh para pemikir Barat seperti Bernard Lewis dan Samuel
Huntington yang tersohor ini. Orang-orang kafir menjangkakan umat Islam akan mengelami
kebangkitan kembali dan kita akan menyerang dan memerangi mereka pada masa-masa
akan datang kerana AGAMA seperti mana kaum Muslimin di bawah kepimpinan agung
Sultan Solah Addin al-Ayyubi berbangsa Kurdi yang menyerang, memerangi dan
menundukkan seluruh kekuatan kafir di dunia hampir lapan ratus tahun yang
lampau yang kini masih segar dalam ingatan mereka dan masih amat ditakuti dan
digeruni oleh mereka.
Mereka
amat takut kepada Jihad Fi Sabilillah - dan melalui proses penjajahan dan
“neo-colonialism”, mereka kini telahpun berjaya dalam menghapuskan segala konsep
JIHAD, PERANG dan REVOLUSI daripada berada dalam sistem pemikiran kita dan
daripada berada dalam sistem kehidupan kita. Mereka melakukan kesemuanya ini
melalui segala kezaliman dan penindasan sewaktu zaman penjajahan dahulu dan mereka
melakukan kesemuanya ini pada zaman kita kini melalui proses “neo-colonialism”
ke atas kita, dan mereka melakukan kesemuanya ini juga melalui segala tipudaya
dan putar belit mereka ke atas kita di sepanjang zaman. Mereka telah melakukan
segala tipudaya dan kejahatan mereka ke atas kita sehingga kita kini hidup dalam
kebingungan dan kebodohan tanpa JIHAD, PERANG dan REVOLUSI, kita kini hidup
dalam kebingungan dan kebodohan dengan segala sifat dan keperibadian kita yang
pasif, lembik, ikut arus, dayus dan menyerah kalah kepada musuh-musuh kita.
Mereka telah melakukan segala tipudaya dan putar belit mereka ke atas kita melalui
segala kegiatan dan kempen oleh para ulama dan intelek Islam kita sendiri yang
menjadi agen-agen setia kepada mereka dan juga melalui agen-agen mereka yang
terdiri daripada para pemimpin kita yang dipilih dan dilantik oleh mereka untuk
berkuasa dan memerintah ke atas kita di dalam negara-negara kita ini sendiri.
Firman Allah : al-Anfal 8
Kerana Allah hendak menegakkan yang benar dan menghapuskan yang batil walaupun tidak disukai oleh orang-orang yang melakukan dosa.
Ayat ini adalah dimaksudkan kepada SERANGAN OFENSIF yang
dilancarkan oleh Rasulullah saw ke atas kaum kafir Quraisy yang mencetuskan
peperangan Badar di atas justifikasi untuk menegakkan KEBENARAN dan
menghapuskan KEBATILAN. Umat Islam di Malaysia kita ini berhak untuk terlebih
dahulu menyerang dan memberontak terhadap kerajaan demokrasi Malaysia tanpa
terlebih dahulu kita ini diserang, diperangi dan dizalimi oleh kerajaan
Malaysia ini di atas prinsip untuk menegakkan KEBENARAN dan melenyapkan
KEBATILAN serta untuk MEMBEBASKAN MANUSIA, Islam dan bukan Islam, daripada
sebarang PENGABDIAN KEPADA KUASA MANUSIA YANG SELAIN DARIPADA ALLAH s.w.t..
Hujah-hujah yang konkerit di sini sama sekali menyangkal fatwa para ulama dan
intelek Islam yang mengatakan bahawa Islam hanya menyerang dan berperang
setelah terlebih dahulu ianya diserang dan diperangi, dan juga menyangkal
pendapat yang menyatakan bahawa menyerang sebelum diserang itu adalah satu
kezaliman yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam yang Maha Suci. Fatwa
seperti ini adalah satu fatwa yang sesat, kufur dan jahat yang telah
mengakibatkan keruntuhan kepada kekuasaan dan keagungan Islam serta yang telah
bertanggungjawab dalam meletakkan massa umat Islam ke mertabat yang rendah dan hina.
Matlamat akhir kalimah
ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ
ialah untuk menyerang, memerangi, mengalah dan menunudukkan seluruh umat
manusia di bumi – Muslim mahupun bukan Muslim, dan seluruh kekuasaan dan
kerajaan manusia di dunia supaya kesemua mereka itu tunduk dan mengalah kepada
kekuasaan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ
dan untuk berada di bawah naungan panji-panji ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan supaya pengabdian seluruh umat manusia
di bumi kita ini hanyalah kepada Allah sahaja yang mewujudkan keadilan,
keamanan dan kebebasan yang hakiki mengikut neraca-neraca pertimbangan Allah
swt. JIHAD, PERANG dan REVOLUSI dalam Islam tidak terbatas setakat
sempadan-sempadan negara dan wilayah – ia adalah satu perjuangan tanpa
batas-batas dan sempadan-sempadan geografi, negara dan bangsa, dan oleh itu
ianya adalah berbentuk universal dan global. JIHAD, PERANG dan REVOLUSI yang
dimulakan di Malaysia bukan hanya terbatas dan selesai setakat Malaysia dan
Indonesia sahaja, malah ianya adalah berkewajipan untuk dikembangkan ke seluruh
Nusantara dan supaya meliputi ke seluruh benua yang lain di dunia sehingga
seluruh umat manusia di bumi kita ini akan berada di bawah kerajaan Allah yang
akan mentaati segala peraturan dan undang-undang Allah.
No comments:
Post a Comment