METOD ISLAM :
al-QURAN, SUNNAH dan SIRAH
PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM
Firman al-Maidah 105
Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah diri kamu masing-masing (ingatlah) mereka yang telah sesat itu tidak akan dapat memudharatkan kamu jika telah mendapat hidayat.
MASYARAKAT Islam yang kecil dan muttaqi di dalam masyarakat Jahiliyah yang besar di
bawah kekuasaan dan pengaruh kerajaan Jahiliyah hendaklah dibentuk dan
diwujudkan yang akan berperanan sebagai satu Barisan Pelupur atau “VANGUARD” untuk
memacukan Pergerakan Islam yang akan menuju ke arah kebangkitan Islam dan pelancaran
Jihad, Perang dan Revolusi untuk menghapuskan kerajaan demokrasi yang syirik
dan kufur ini untuk kemudiannya digantikan dengan sebuah kerajaan Allah di bumi
Malaysia kita ini.
Masyarakat Islam ini adalah sebuah
masyarakat yang ahli-ahlinya adalah terdiri daripada umat Islam yang muttaqi, yang
berpegang teguh kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, yang
menyembah Allah dan yang tidak menyembah yang selain daripada Allah, mereka
memisah dan mengasingkan diri mereka daripada Jahiliyah, kekuasaan dan
kepimpinan Jahiliyah serta seluruh masyarakat Jahiliyah yang wujud
dipersekitarannya, serta mereka tidak meredhainya dan mereka menolak dan
mengingkari segala peraturan dan undang-undang politik, ekonomi, sosial dan
akhlak Jahiliyah yang sedang beroperasi dan berkuat kuasa ke atas masyarakat
mereka. Masyarakat ini adalah Masyarakat Islam bukan kerana ia memakai nama
Islam dan segala simbol Islam atau kerana mereka berketurunan Islam dan
mengucap dua kalimah syahadah, bukan - tetapi masyarakat ini adalah Islam
kerana umat Islam yang berada di dalamnya tidak menyembah Tuhan yang lain
daripada Allah dengan cara mereka memisah dan mengasingkan diri mereka daripada
Jahiliyah, kerajaan dan undang-undang Jahiliyah dan terhadap segala apa yang
wujud dalam Jahiliyah, serta mereka menafi, menolak, mengingkari dan menentang
segala-galanya ini dengan terbuka, aktif dan total berpanjangan sehingga
Jahiliyah ini akhirnya mengalami kemusnahan dan kehancuran.
Rasulullah saw membentuk
sebuah masyarakat Islam yang kecil di Mekah yang diasaskan kepada prinsip
menyembah Allah sahaja dan sedikitpun tidak menyembah yang selain daripada-Nya,
dan masyarakat yang kecil dan lemah itu memisah dan mengasingkan diri mereka daripada
masyarakat Jahiliyah yang sedang berada di sekeliling mereka. Masyarakat Islam
yang baru dan kecil itu wujud dan hidup di dalam masyarakat Jahiliyah yang
besar dengan segala ciri dan sifatnya seperti berikut :
1. Mengisytiharkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ untuk menegakkan kekuasaan Islam dan sistem kehidupan Islam,
serta matlamat untuk menghapuskan kekuasaan Jahiliyah.
2. Mengisytiharkan agama
jahiliyah Mekah sebagai agama yang syirik dan kufur.
3. Tidak
mengamal, mengimani dan menganuti agama Jahiliyah dan sistem politik Jahiliyah.
4. Tidak
membolehkan amalan agama Jahiliyah dan sistem politik Jahiliyah demokrasi bagi
tujuan perjuangan Islam.
5. Tidak mengiktiraf dan
bersetuju terhadap agama Jahiliyah demokrasi yang syirik dan kufur.
6. Tidak bersetuju untuk
menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang kepada
manusia.
7. Tidak mentaati
peraturan dan undang-undang manusia.
8. Menafi, menolak,
mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap agama
Jahiliyah.
9. Memisah dan mengasingkan
diri daripada kepimpinan kufur dan kekuasaan kufur serta untuk memusuhi dan
membencinya.
10.Mengamalkan sikap
tidak berkompromi dan non-konformis terhadap agama Jahiliyah.
11. Mencabar dan mengancam
agama Jahiliyah yang sedang berkuasa dan berdaulat.
12.Bersedia dan sanggup
untuk dizalimi dan ditindas oleh kekuasaan Jahiliyah walaupun dengan ketara dan
berpanjangan.
13.Setelah memperolehi
kekuatan, Islam akan melancarkan Jihad dan Perang terhadap Jahiliyah untuk
menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia dan untuk
mengembalikan pengabdian seluruh umat manusia kepada Allah sahaja.
Pembentukan masyarakat Islam yang
kecil dan muttaqi yang tidak menyembah yang selain daripada Allah ini adalah
satu langkah dan strategi yang amat penting dan utama dalam perjuangan Islam
kerana masyarakat ini merupakan Barisan Pelupur atau “Vanguard” yang akan
berhadapan dengan masyarakat Jahiliyah dan segala kekuatan Jahiliyah yang
terdiri daripada umat Islam kita ini sendiri dan juga orang-orang kafir yang kesemuanya
ini disokong oleh seluruh kekuatan dan pengaruh kerajaan Jahiliyah demokrasi
kita ini. Masyarakat Islam yang baru dan kecil ini akan bertindak sebagai satu
ANGKATAN PELUPUR ISLAM (Qaidah Shalbiah) yang akan melancarkan gerakan-gerakan
dakwah dan tindakan-tindakan yang terancang dan tersusun, serta dengan semangat
perjuangan Islam yang berkobar-kobar, tanpa jemu-jemu dan berputus asa
sehinggalah ianya berkembang dan membesar serta memperolehi kekuatan dan
ketahanan mereka yang tersendiri yang sukar ditandingi, dibendung dan diatasi oleh
musuh-musuh mereka.
Firman al-Maidah 105
Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah diri kamu masing-masing (ingatlah) mereka yang telah sesat itu tidak akan dapat memudharatkan kamu jika telah mendapat hidayat.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran ) :
Itulah kedudukan istimewa yang
memisahkan mereka daripada orang-orang yang lain dan itulah kedudukan perpaduan
dan sikap saling berpesan di antara sesama mereka sebagai satu umat :
Firman al-Maidah 105
Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah diri kamu masing-masing (ingatlah) mereka yang telah sesat itu tidak akan dapat memudharatkan kamu jika telah mendapat hidayat.
Maksudnya kamu adalah satu
kesatuan umat yang terpisah daripada umat-umat yang lain. Kamu harus hidup
bersatu padu dan bertakaful di antara sesama kamu. Oleh itu hendaklah kamu jaga
diri kamu dan membersihkannya. Hendaklah kamu menjaga kelompok kamu, iaitu
bersikap setia kepadanya dan menjaga keselamatannya. Kamu tidak menanggung
apa-apa kemudharatan kerana kesesatan orang lain jika kamu mendapat hidayat,
kerana kamu adalah satu kesatuan umat yang terpisah daripada umat-umat yang
lain. Kamu adalah umat yang wajib bersatu padu dan bertakaful di antara sesama
sendiri dan bersetia kawan di antara satu sama lain. Kamu tidak seharus mengadakan
sebarang hubungan setia kawan dan perhubungan yang erat dengan orang-orang yang
lain daripada kamu.
Inilah sepotong ayat yang
menjelaskan dasar-dasar asasi kedudukan umat Muslimin dan kedudukan hubungan
mereka dengan umat-umat yang lain.
Umat Muslimin adalah Umat
Hizbullah, sedangkan umat-umat yang lain adalah Umat Hizbusyaitan. Oleh itu
perkataan setia kawan dan perkataan takaful tidak dapat diwujudkan di antara
umat Muslimin dengan umat-umat yang lain kerana di antara keduanya tidak
terdapat persamaan AQIDAH dan kerana itu tidak mungkin wujud persamaan matlamat
dan sarana, persamaan tanggungjawab dan alasan.
Umat Muslimin wajib berkerja sama
dan bertakaful di antara sesama sendiri, wajib mengamalkan dasar saling
berpesan dan bernasihat di antara satu sama lain dan wajib berpandu dengan
hidayat Allah yang telah menjadikan mereka satu umat yang berdiri sendiri dan
terpisah daripada umat-umat yang lain. Dan andainya selepas itu manusia yang
lain di sekeliling mereka terus sesat, maka itu tidaklah mendatangkan apa-apa
kemudharatan kepada mereka selama mereka berdiri teguh di atas hidayat Allah.
Tetapi ini tidaklah bererti bahawa
umat Muslimin boleh melepaskan diri mereka daripada tugas mengajak seluruh
manusia kepada hidayat Allah, kerana hidayat Allah adalah agama, undang-undang
dan sistem hidup mereka. Oleh itu apabila mereka telah menegakkan sistem hidup
mereka di bumi ini, maka keajipan mereka yang masih tinggal ialah berdakwah
kepada seluruh manusia, berusaha menyampaikan hidayat Allah kepada mereka dan
melaksanakan tugas kepimpinan ke atas seluruh mereka untuk mengakkan keadilan
di antara mereka dan untuk menghalangkan mereka daripada kesesatan dan
Jahiliyah yang mereka telah selamatkan mereka daripadanya.
Kedudukan umat Muslimin yang
bertanggungjawab terhadap diri mereka di hadapan Allah tidak mendapat apa-apa
kemudharatan kerana kesesatan orang lain selama mereka berpegang dengan hidayat
Allah. Ini tidaklah bererti bahawa mereka tidak bertanggungjawab di atas
kecuian mereka dalam tugas “al-amru bilmakruf dan an-nahyu annil-mungkar”
pertama-tama di kalangan sesama mereka sendiri kemudian di kalangan umat
manusia di seluruh dunia. Perbuatan makruf yang pertama ialah mengikut
Jahiliyah dan mencabul kuasa Allah dan syariat-Nya. Undang-undang dan peraturan
Jahiliyah ialah undang-undang dan peraturan Taghut. Dan yang dimaksudkan dengan
Taghut ialah setiap kuasa yang lain daripada Allah, undang-undang dan
peraturan-Nya. Umat Muslimin berkewajipan menjaga dan mengendalikan diri mereka
sendiri pada permulaannya, kemudian pada akhirnya mereka pula menjaga dan
mengendalikan seluruh umat manusia.
Bukanlah tujuan daripada
menjelaskan batas-batas tanggungjawab di dalam ayat ini seperti yang telah
difahamkan oleh setengah-setengah orang di zaman dahulu dan mungkin pula
difahamkan oleh setengah-setengah orang di zaman moden ialah untuk menyarankan
bahawa seseorang mukmin tidak lagi ditaklifkan dengan “al-amru bil makruf dan
an-nahyu annil mungkar” apabila dia sendiri telah berpegang dengan hidayat
Allah dan tidak pula menyarankan bahawa umat Muslimin tidak lagi ditaklifkan
dengan tugas mengakkan syariat Allah di muka bumi ini apabila mereka telah
berpegang dengan hidayat Allah walaupun manusia di sekeliling mereka berada di
dalam kesesatan.
Sebenarnya ayat ini tidak bermaksud
menggugurkan daripada seseorang Islam dan daripada umat Muslimin tanggungjawab
menentang kejahatan melawan kesesatan dan memerangi kezaliman. Dan kezaliman
yang paling mencabul ialah perbuatan zalim yang mencabul Uluhiyah Allah,
merampas kuasa-Nya dan menundukkan manusia kepada undang-undang dan peraturan
yang bukan daripada undang-undang dan peraturan Allah . itulah perbuatan
mungkar yang tidak memberi menafaat kepada umat Muslimin untuk mendapat hidayat
Allah jika perbuatan yang mungkar itu masih dilakukan.
Masyarakat Islam yang kecil di
peringkat permulaan pembentukannya yang diwujudkan di dalam masyarakat
Jahiliyah demokrasi yang besar ini hendaklah bersatu padu dan berkerja sama di
antara sesama mereka sendiri, mereka hendaklah mengiratkan tali ikatan di
antara sesama mereka di atas konsep berpegang teguh kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan menumpahkan
kesetiaan mereka yang total hanya kepada kepimpinan mereka sahaja dan kepada
ahli-ahli di dalam kumpulan mereka yang kecil dan baru ini, mereka hendaklah hidup
dan wujud di atas prinsip saling bantu membantu dan bertakaful sesama mereka.
Mereka hendaklah bersikap tegas untuk sama sekali memutuskan perhubungan mereka
dengan sistem kehidupan demokrasi yang syirik dan kufur ini dan dengan
masyarakat umat Islam yang masih redha dan setuju untuk berada di dalam masyarakat
Jahiliyah Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis yang berada di sekeliling
mereka, mereka hendaklah mengasing dan memisahkan diri mereka daripada
kepimpinan Jahiyah demokrasi dan daripada seluruh parti politik demokrasi yang
sedia ada untuk hanya berteduh dan bern aung
di bawah kepimpinan mereka yang tersendiri sahaja. Mereka hendaklah mempunyai
kekuatan dan ketegasan mental dalam mengamalkan segala dasar penafian,
penolakan, pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif dan total terhadap pemikiran
Jahiliyah Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis dan terhadap kerajaan
Jahiliyah demokrasi yang sedang berdaulat dan berkuasa ke atas mereka. Tidak
ada kompromi dan perdamaian sedikitpun dalam KONFRANTASI TERBUKA mereka
terhadap kekuasaan Jahiliyah demokrasi yang kuat dan zalim yang berada di
sekeliling mereka itu.
Faktor yang paling utama yang
menyumbangkan kepada kekuatan, kestabilan dan kesinambungan masyarkat Islam
perintis yang lemah dan kerdil ini adalah konsep berpegang teguh kepada hidayat
Allah. Mereka dikatakan lemah dan kerdil kerana bilangan mereka yang kecil,
namun keimanan, komitmen dan ketahanan mereka adalah amat mantap, kuat dan
teguh yang tidak boleh digoncang dan digugat dengan mudah oleh musuh-musuh
mereka. Mereka sanggup mati dan bersedia untuk berkorban apa sahaja demi
mempertahankan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ
dan perjuangan mereka yang Maha Suci. Selama
mana mereka berpegang teguh kepada hidayat Allah mereka tidak boleh dirosak dan
digoncangkan oleh kekuatan Jahiliyah demokrasi yang berada di sekeliling mereka.
Firman al-Maidah 105
Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah diri kamu masing-masing (ingatlahmereka yang telah sesat itu tidak akan dapat memudharatkan kamu jika telah mendapat hidayat.
Allah memerintahkan mereka supaya
mereka menjaga diri mereka, iaitu untuk menjaga diri mereka daripada
dipengaruhi dan diresapi oleh pengaruh sistem hidup demokrasi dan segala
institusi demokrasi yang syirik dan kufur yang sentiasa memujuk dan menggamit
mereka supaya kembali semula kepada sistem hidup demokrasi yang Jahiliyah, dan Allah
memerintahkan mereka agar menjaga diri mereka dalam membina ketahanan diri
mereka yang kuat yang didirikan di atas kekuatan dan kemantapan AQIDAH mereka yang
berkeupayaan untuk berhadapan dengan kezaliman dan penindasan daripada kekuatan
Jahiliah demokrasi kita ini. Allah memerintahkan mereka supaya mereka menjaga
diri mereka agar, walaupun mereka sedang berada di dalam keadaan tertekan dan bertahan
daripada segala kejahatan, kezaliman dan serangan bertubi-tubi daripada Jahiliyah
demokrasi kita ini, mereka masih berkesanggupan untuk bergerak dan bertindak
untuk menjalankan segala tugas berdakwah kepada orang ramai yang terdiri
daripada umat Islam yang masih terpengaruh dengan sistem hidup Jahiliyah.
Inilah ertinya menjaga diri ketika berada dalam keadaan takanan, kegentingan
dan kegawatan akibat daripada segala kejahatan dan kezaliman musuh-musuh Islam
yang sedang berada di sekeliling mereka.
Mereka belum lagi mempraktikkan
segala peraturan dan undang-undang Allah kerana pada fasa permulaan ini tidak
wujud lagi kerajaan Islam, peraturan, undang-undang dan sistem hidup Islam,
malah mereka masih berada di bawah kekuasaan dan pengaruh pemikiran Jahiliyah
dan kerajaan Jahiliyah, tetapi masyarakat pelupur yang kerdil ini sudah cukup
untuk diiktiraf oleh Allah sebagai Masyarakat Islam kerana MEREKA TIDAK
MENYEMBAH YANG LAIN DARIPADA ALLAH dalam erti kata mereka mencabut ketaatan
mereka kepada kerajaan Jahiliyah seperti mana kerajaan demokrasi kita ini serta
mereka berpisah dan mengasingkan diri mereka daripadanya dan mereka sekali-kali
tidak menyetujui dan meredhainya, mereka menafi, menolak, mengingkari dan
menentang dengan terbuka, aktif dan total tehadapnya, dan hati mereka
bulat-bulat menumpukan ketaatan dan kepatuhan tidak kepada yang lain melainkan
hanyalah kepada Allah sahaja dan justeru mereka menyembah Allah swt sahaja dan
tidak yang selain daripada-Nya .
Ciri-ciri ini adalah berbeza
dengan masyarakat umat Islam yang besar dan majoriti yang berada di sekeliling
mereka, masyarakat umat Islam kita kini disifatkan Allah sebagai masyarakat
Jahiliyah, bukan kerana kita mengisytiharkan diri kita sebagai telah terkeluar
daripada Islam, malah kita mengaku sebagai orang-orang yang sentiasa kuat
beriman kepada Allah, kita adalah orang-orang yang berketurunan Islam daripada
ibu bapa kita yang beragama Islam, kita tekun mengerjakan solat, puasa, haji
dan segala syiar ibadat kepada Allah – namun masyarakat kita ini adalah
masyarakat Jahiliyah di sisi ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ kerana kita tidak
menyembah Allah sahaja, iaitu kita menyembah yang lain daripada Allah apabila kita
mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang politik, ekonomi,
sosial dan akhlak Jahiliyah ciptaan manusia, serta kita memperhambakan diri
kita kepada manusia dan tidak kepada Allah apabila kita menyetujui dan meredhai
untuk bernaung dan berada di bawah segala sistem dan peraturan Jahiliyah
ini.
Dalam usaha dan perjuangan kita
untuk mengembalikan massa umat Islam kita daripada Jahiliyah kepada Allah dan
kepada agama kita yang Maha Suci, kita hendaklah terlebih dahulu menghancur dan
menghapuskan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini dengan mencipta dan
mewujudkan satu kebangkitan Islam melalui pembentukan satu masyarakat Islam yang
baru dan kecil tetapi yang muttaqi dan sepenuhnya komited kepada perjuangan
Islam di dalam masyarakat Jahiliyah yang besar ini yang berperanan untuk
mempelupuri perjuangan Islam ke arah pelancaran Jihad, Perang dan Revolusi. Inilah
Metod Islam daripada Allah dan Rasul-Nya dalam perjuangan Islam untuk menuju
kepada pembentukan sebuah Negara Islam :
1. Peranan Pergerakan Islam adalah
untuk membentukkan sebuah Masyarakat Islam yang kecil dalam masyarakat
Jahiliyah yang besar sebagai satu Barisan Pelupur ke arah kebangkitan dan
revolusi;
2. Masyarakat Islam yang kecil inilah
yang akan mempelupuri kebangkitan Islam dan pelancaran Jihad, Perang dan
Revolusi untuk menghancurkan Jahiliyah dan kerajaan Jahiliyah yang sedang
memerintah dan berkuasa;
3. Setelah runtuhnya kerajaan
Jahiliyah dengan segala peraturan dan undang-undang Jahiliyah, barulah
diwujudkan peraturan dan undang-undang Islam di bawah pemerintahan sebuah
kerajaan Islam nanti.
Masyarakat Islam ini sudahpun
diiktiraf sebagai sebuah masyarakat Islam kerana kriterianya bukanlah kewujudan
peraturan dan undang-undang Islam serta untuk mempraktikkannya, tetapi
kriterianya ialah untuk menyembah Allah sahaja dan tidak menyembah yang lain
daripada Allah dengan cara mereka memisah dan mengasingkan diri mereka daripada
Jahiliyah, kepimpinan Jahiliyah, kerajaan Jahiliyah, peraturan dan
undang-undang Jahiliyah dan segala sistem kehidupan Jahiliyah.
Peraturan dan undang-undang Islam
tidak boleh disediakan dalam kekosongan, iaitu ia tidak boleh disedia dan
dibentukkan semasa berada di bawah kekuasaan Jahiliyah dan dalam masyarakat
Jahiliyah yang berkuat kuasa di dalamnya segala peraturan dan undang-undang
Jahiliyah. Peraturan dan undang-undang Islam hanya boleh wujud dan beroperasi
setelah peraturan dan undang-undang Jahiliyah dinyahkan jauh daripada
persekitaran umat Islam dan Masyarakat Islam. Kita tidak boleh berharap untuk
menyediakan peraturan dan undang-undang Islam yang lengkap dan sempurna semasa
sedang berada di dalam masyarakat Jahiliyah - sememangnya ianya tidak mungkin
untuk berbentuk lengkap dan sempurna kerana ianya tidak didasarkan kepada
realiti Masyarakat Islam. Menyediakan peraturan dan undang-undang Islam di
bawah kekuasaan Jahiliyah bererti menyediakannya dalam kekosongan, iaitu tanpa
berasas dan berlatar belakangkan kepada Masyarakat Islam yang sebenarnya yang
berada di bawah kekuasaan Islam.
Begitu juga Masyarakat Islam
sewaktu di zaman Mekah adalah Masyarakat Islam yang muttaqi, tetapi mereka
wujud tanpa peraturan dan undang-undang Islam. Masyarakat Islam Mekahlah yang
mewujudkan Negara Islam di Medinah yang kemudiannya mewujudkan peraturan dan
undang-undang Islam. Ini tidak bererti peraturan dan undang-undang Islam tidak
lagi wajib untuk dilaksanakan seperti mana yang terkandung di dalam nas-nas
yang jelas, sememangnya pelaksanaan peraturan dan undang-undang Islam adalah
wajib ke atas setiap orang yang berpegang kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, cuma kekuasaan
dan persekitarannya yang sesuai belum lagi wujud untuk membolehkan
pelaksanaannya.
Apa kata sekiranya kerajaan
Jahiliyah demokrasi ini juga turut menyarankan bahawa ianya memang bercadang
dan merancang untuk melaksanakan peraturan dan undang-undang Islam, cuma
pelaksanaannya itu ditangguhkan buat sementara waktu sehingga wujudnya
persekitaran yang sesuai nanti – bolehkah hujjah ini diterima? Ini adalah
hujjah yang batil kerana mereka sememangnya sengaja membuat dan mempraktikkan peraturan
dan undang-undang Jahiliyah serta mereka meredhainya, mereka tidak bersedia
untuk melenyapkan diri mereka untuk digantikan dengan kerajaan Islam dengan
menjalankan peraturan dan undang-undang Islam serta segala sistem hidup Islam,
malah mereka menolak konsep Uluhiyah dan Rububiyah Allah, mereka mengekal dan
mempertahankan Aqidah Islam yang rosak dan sesat seperti yang sedia ada ini,
mereka menyembunyikan kebenaran Islam dan tidak berniat untuk menyedarkan massa
umat Islam daripada dikongkong dan diselimuti oleh aqidah Jahiliyah dan sistem
hidup Jahiliyah. Lebih spesifik lagi, mereka sebenarnya menindas dan menzalimi
para pejuang Islam yang berjuang di atas Aqidah Islam yang sebenar.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran –
Yusuf) :
Masyarakat Jahiliyah yang dihayati
kita sekarang bukannya Masyarakat Islam, oleh sebab itulah dalam masyarakat ini
sistem hidup Islam dan hukum-hukum perundangannya tidak dapat dilaksanakan, dan
ia tidak akan dapat dilaksanakan kerana dasar-dasar sistem hidup Islam dan
hukum perundangannya tidak boleh bergerak di dalam kekosongan kerana dari
semula jadi lagi ia tidak pernah lahir dan bergerak di dalam kekosongan.
Masyarakat Islam adalah lahir
dengan struktur organiknya yang berlainan daripada struktur organik masyarakat
Jahiliyah. Ia lahir daripada tokoh-tokoh, kelompok-kelompok dan
kumpulan-kumpulan yang menentang Jahiliyah, di mana darjah dan mertabat
kelebihan mereka telah ditentukan di tengah-tengah harakat perjuangan itu.
Masyarakat Islam adalah masyarakat
yang baru, iaitu satu masyarakat yang sentiasa bergerak di jalan perjuangannya
untuk membebaskan seluruh manusia daripada seluruh negeri di dunia ini daripada
perhambaan kepada yang lain daripada Allah dan untuk menyelamatkan umat manusia
daripada kehinaan menjadi hamba kepada Tuhan-tuhan palsu dalam segala bentuk
dan rupa.
Perundangan atau fiqah Islam
dengan segala hukum-hukumnya tidak dapat mewujudkan Masyarakat Islam, malah
Masyarakat Islam dengan harakat perjuangannya yang pertama menentang Jahiliyah
dan dengan harakat perjuangannya yang kedua menghadapi keperluan-keperluan
hidup yang sebenar itulah yang mewujudkan fiqah Islam yang diambil daripada
dasar-dasar umum syariat, kedudukan ini tidak boleh diterbalikkan.
Perundangan atau fiqah Islam tidak
lahir di dalam kekosongan dan tidak pula hidup di dalam kekosongan. Ia tidak
lahir daripada otak-otak dan di atas kertas-kertas, malah ia lahir di alam
realiti kehidupan yang tertentu bukan
dalam sebarang kehidupan, tetapi secara tegasnya ia lahir di dalam kehidupan
Masyarakat Islam oleh sebab itulah Masyarakat Islam pasti diwujudkan lebih
dahulu dengan struktur organiknya yang semula jadi supaya ia dapat menjadi
wadah di mana lahirnya perundangan Islam dan di mana perundangan Islam dapat
dilaksanakan. Di waktu inilah segala-galanya akan berubah.
Punca kesulitan yang sebenar bagi
para pengkaji itu ialah kerana mereka memandang realiti Jahiliyah ini sebagai
lunas atau pokok pangkal di mana agama Allah wajib menyesuaikan diri dengannya,
sedangkan hakikat yang sebenar sama sekali bukan begitu. Sebenarnya agama Allah
itulah yang menjadi lunas dan pokok pangkal di mana manusia wajib menyesuaikan
diri mereka dengannya dan wajib mengubahkan realiti Jahiliyahnya supaya
persesuaian itu terlaksanakan dengan sempurna, tetapi pengubahan itu biasanya
tidak berlaku melainkan menerusi satu jalan sahaja, iaitu menerusi harakat
perjuangan menentang Jahiliyah untuk menegakkan Uluhiyah dan Rububiyah Allah
yang Maha Esa di bumi ini kepada para hamba-Nya, dan membebaskan manusia daripada
perhambaan kepada Tuhan-tuhan palsu dengan mengamalkan syariat Allah sahaja di
dalam kehidupan mereka. Perjuangan ini terpaksa menghadapi penindasan, gangguan
dan ujian menyebabkan adanya orang-orang yang dikalahkan oleh penindasan lalu
menjadi murtad, dan adanya orang-orang yang teguh keimanan mereka lalu gugur
sebagai syahid, dan adanya orang-orang yang tabah dan sabar meneruskan
perjuangan mereka sehingga Allah memutuskan di antara mereka dengan kaum mereka
dengan keputusan yang benar yang sehingga Allah memberikan kepada mereka
kedudukan yang teguh di bumi ini. Di
waktu inilah tegaknya sistem hidup Islam, di mana para pejuang nya bersebati
dengan ciri Islam dan berbeza dengan nilai-nilainya, dan di waktu inilah sahaja
timbulnya tuntutan-tuntutan dan keperluan-keperluan hidup mereka yang berlainan
daripada tuntutan-tuntutan dan keperluan-keperluan masyarakat Jahiliyah dari
segi bentuk dan dari segi cara memenuhi nya dan berdasarkan realiti Masyarakat
Islam pada hari ini itulah diistinbatkan hukumannya dan lahirnya fiqah Islam
yang hidup dan dinamik, bukan hidup di dalam kekosongan tetapi hidup di tengah
kehidupan yang waqii yang mempunyai tuntutan-tuntutan, keperluan-keperluan dan
masalah-masalah yang tertentu .
Kami kira masanya telah tiba
kepada Islam mempunyai gambaran yang unggul dalam hati para pendakwahnya agar
mereka jangan menjadikan Islam sebagai khadam kepada
establishment-establishment Jahiliyah, masyarakat-masyarakat Jahiliyah dan
kehendak-kehendak keperluan Jahiliyah, dan agar mereka sanggup berkata kepada
orang ramai dan terutama kepada orang-orang yang meminta fatwa daripada mereka.
Marilah kamu kembali lebih dahulu kepada Islam dan isytiharkan lebih dahulu
kepatuhan dan kesetiaan kamu kepada hukum-hukum Islam, atau dengan ungkapan yang
lain marilah kamu sekelian masuk lebih dahulu ke dalam agama Allah dan
isytiharkanlah lebih dahulu Ubudiyah kamu kepada Allah yang Maha Esa, dan
ucapkan syahadah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dengan
pengertian yang menjadi tapak landasan iman dan Islam, iaitu mengifradkan Allah
dengan sifat Uluhiyah di bumi dan di
langit, mengakui Rububiyah–Nya iaitu kuasa Hakimiyah–Nya dan kuasa memerintah
ke atas kehidupan seluruh manusia dan menolak Rububiyah manusia terhadap
manusia dengan menolak kuasa Hakimiyah manusia di samping menolak perundangan
manusia ke atas manusia.
Apabila orang ramai atau
sekumpulan daripada mereka menerima seruan ini, bererti Masyarakat Islam telah
memulakan langkah pertama untuk muncul ke alam al-wujud. Dan di waktu ini
masyarakat ini akan menjadi wadah yang waqii dan hidup, di mana akan lahir
perundangan Islam yang hidup dan subur untuk menghadapi keperluan-keperluan
masyarakat yang benar-benar mengikut syariat Allah .
Adapun sebelum wujudnya masyarakat
ini, maka usaha-usaha dalam bidang perundangan dan hukum-hukum pentadbiran
hanya merupakan usaha-usaha menipu diri sendiri sahaja persis seperti menanam
di atas angin, sedangkan perundangan Islam tidak akan lahir di dalam kekosongan
sebagai mana benih-benih tidak akan tumbuh di atas angin.
Agama Allah enggan menjadi kuda
tunggangan yang patuh dan menjadi khadam yang taat untuk memenuhi
kehendak-kehendak masyarakat Jahiliyah yang liar dan lari daripadanya,
masyarakat Jahiliyah yang mempersenda-sendakan agama Allah dari satu masa ke
satu masa dengan berpura-pura meminta fatwa-fatwa darinya mengenai
masalah-masalah dan keperluan-keperluan yang dihadapinya, sedangkan ia tidak
mahu tunduk kepada syariat dan kuasanya .
Perundangan Islam dan
hukum-hukumnya tidak lahir di dalam kekosongan dan tidak beroperasi dalam
kekosongan. Sebenarnya Masyarakat Islam yang tunduk kepada kuasa Allah daripada
awal lagi itulah yang menciptakan perundangan ini bukannya perundangan yang
menciptakan Masyarakat Islam. Kedudukan ini tidak boleh diterbalikkan buat
selama-lamanya .
Langkah-langkah kelahiran sistem
hidup Islam dan peringkat-peringkat perkembangan adalah selama-lamanya satu
sahaja dan perpindahan daripada Jahiliyah kepada Islam itu tidak pernah
merupakan satu perkara yang mudah dan senang pada mana-mana masapun. Masyarakat
Islam tidak akan dapat dimulai dengan menggubal hukum-hukum fiqah di dalam
kekosongan untuk dijadikan persediaan pada hari tegaknya Masyarakat Islam dan
sistem hidup Islam nanti. Kewujudan undang-undang yang terperinci yang siap
diatur dan lahir dalam kekosongan itu tidak boleh dijadikan titik permulaan
perubahan daripada Jahiliyah kepada Islam. Apa yang kurang pada
masyarakat-masyarakat Jahiliyah untuk berubah kepada Islam itu bukannya kerana
ia tidak mempunyai hukum-hukum fiqah yang siap, dan kesulitan perubahan itu
bukannya terbit daripada kelemahan hukum-hukum fiqah Islam sekarang ini untuk
memenuhi keperluan-keperluan masyarakat
yang berkembang dan sebagainya daripada pandangan-pandangan yang tertipu dan
menipu satu sama lain .
Sebenarnya tidak begitu, malah
yang menghalangkan perubahan masyarakat-masyarakat Jahiliyah kepada sistem
hidup Islam itu ialah kewujudan Tuhan-tuhan palsu yang enggan mengakui kuasa
Hakimiyah Allah, juga enggan mengakui Rububiyah Allah yang Maha Esa sahaja di
atas kehidupan manusia di bumi ini. Dengan keengganan inilah ia terkeluar terus
daripada Islam dan ini merupakan hukum agama yang dimaklumi secara pasti,
kemudian satu lagi penghalang ialah kewujudan orang ramai yang menyembah
Tuhan-tuhan palsu selain Allah, iaitu mereka taat patuh dan mengikut
Tuhan-tuhan itu. Ini bererti mereka mengadakan berbagai-bagai Tuhan yang
disembah dan ditaati. Penyembahan inilah
yang mengeluarkan mereka daripada Tauhid kepada syirik. Inilah pengertian
syirik yang paling jelas di dalam pandangan Islam.
Dengan kewujudan dua penghalang
ini, maka tegaklah Jahiliyah sebagai satu sistem di bumi ini. Dia tegak di atas
tiang-tiang kefahaman yang sesat di samping tegak di atas tiang-tiang kekuatan
kebendaan.
Penggubalan hukum-hukum fiqah
tidak dapat menentang Jahiliyah dengan cara-cara yang cukup berkesan, malah
yang dapat menentang Jahiliyah ialah dakwah supaya orang ramai masuk sekali
lagi ke dalam Islam dan harakat
perjuangan menentang Jahiliyah dan segala tiang-tiangnya, dan di sini
berlakulah apa yang biasa berlaku di dalam setiap dakwah yang menentang
Jahiliyah kemudian Allah menentukan keputusan–Nya yang benar di antara
orang-orang yang menyerah diri kepada Allah dengan kaum mereka yang menentang.
Dan pada masa ini barulah tiba peranan hukum-hukum fiqah yang lahir secara tabii dalam wadah yang
waqii dan hidup, di mana hukum-hukum fiqah
itu dapat menghadapi keperluan-keperluan hidup yang waqii yang timbul di
dalam masyarakat yang baru ini sesuai dengan saiz keperluan-keperluan yang ada
pada hari itu, juga sesuai dengan bentuk dan suasana-suasananya dan seluruh
keperluan itu merupakan perkara yang tersembunyi di alam ghaib yang tidak dapat
diramalkan lebih dahulu juga tidak dapat diusahakan mulai daripada hari ini
secara serius dan sesuai dengan tabiat agama ini .
Ini tidak sekali-kali bermaksud
bahawa hukum-hukum syarak yang dinaskan di dalam al-Quran dan as-Sunah itu
belum lagi berkuat kuasa daripada segi legaliti, tetapi ia hanya bermaksud
bahawa masyarakat yang diaturkan untuknya hukum-hukum ini dan masyarakat di
mana hukum-hukum ini tidak dapat dilaksanakan dan tidak dapat hidup melainkan
di dalamnya, belum lagi wujud sekarang ini. Oleh sebab itulah kewujudan yang
hakiki bagi hukum-hukum itu adalah bergantung kepada kewujudan Masyarakat
Islam, dan kewajipan mematuhi hukum-hukum itu tetap terbeban di atas leher
setiap Muslim yang selama ini berada dalam (kesesatan) masyarakat Jahiliyah itu
dan tampil berjuang menentang Jahiliyah untuk menegakkan sistem hidup Islam dan
bersedia menghadapi segala akibat yang biasa dihadapi oleh orang-orang yang
memperjuangkan agama ini untuk menentang Jahiliyah dan Tuhan-tuhan palsunya dan
menghadapi orang ramai yang tunduk patuh kepada Tuhan-tuhan palsu itu dan redha
dengan amalan syirik dalam bidang Rububiyah .
Pemahaman terhadap tabiat
kelahiran sistem hidup Islam dengan pemahaman yang tetap seperti ini di mana
sahaja adanya Jahiliyah di mana sahaja adanya perjuangan Islam menentang
Jahiliyah merupakan titik permulaan dalam gerakan kerja yang sebenar dan
membina untuk membangunkan semula kewujudan yang hakiki bagi agama ini setelah
ia terputus sejak undang-undang manusia mengambil tempat syariat Allah di dalam
dua abad yang berkebelakangan ini. Dan sejak itulah muka bumi ini kosong
daripada kewujudan Islam yang hakiki, walaupun
masih ada menara-menara dan masjid-masjid, doa-doa dan upacara-upacara
ibadat yang mempengaruhi perasaan orang-orang Islam yang ada supaya memberi
kesetiaan yang kabur kepada agama ini dan membuat mereka merasa bahawa
kewujudannya masih berada di dalam keadaan yang baik sedangkan kewujudannya
yang hakikitl tidak ada lagi.
Masyarakat Islam itu wujud sebelum
wujudnya upacara-upacara ibadat dan sebelum wujudnya masjid-masjid ia wujud
sejak manusia diseru : “Hendaklah kamu sembah Allah, tiada Tuhan yang layak
disembah selain daripada Allah,” lalu
mereka menyembah Allah sedangkan di waktu itu ibadat mereka terhadap Allah
belum lagi dalam bentuk upacara-upacara ibadat kerana upacara-upacara ibadat
belum lagi difardhukan ke atas mereka malah ibadat mereka adalah dalam bentuk
mengakui ketaatan dan kepatuhan kepada Allah yang Yang Maha Esa daripada segi
dasar kerana syariat–syariat Allah di waktu itu belum lagi diturunkan. Dan
apabila mereka yang mengakui ketaatan dan kepatuhan kepada Allah yang yang Maha
Esa itu telah mempunyai kekuatan maddi/fizikal di bumi ini barulah
syariat-syariat itu diturunkan kepada mereka, dan apabila mereka menghadapi
keperluan-keperluan yang hakiki dalam kehidupan mereka barulah hukum-hukum
fiqah yang belum ada diistinbatkan di
samping hukum-hukum yang telah dinaskan di dalam al-Quran dan assunnah itulah
sahaja satu-satu nya jalan menuju ke arah kelahiran Masyarakat Islam dan tiada
jalan yang lain lagi.
Semoga di sana ada jalan yang
mudah ke arah itu iaitu jalan seluruh orang ramai berubah kepada Islam daripada
awal dimulakan dakwah dengan lisan dan
dakwah dengan menerangkan hukum-hukum Islam tetapi jalan ini adalah jalan
angan-angan sahaja, kerana orang ramai sekali-kali tidak akan berubah daripada
Jahiliyah dan daripada menyembah Tuhan-tuhan palsu kepada Islam dan menyembah
Allah yang yang Maha Esa melainkan melalui jalan perjuangan yang lama dan
lambat yang dilalui dakwah Islam setiap kali, iaitu jalan yang dimulai oleh
individu-individu kemudian dikuti oleh angkatan pelupur, kemudian angklatan
pelupr bergerak menentang Jahiliyah dan menghadapi segala penentangan dan
penindasan sehingga Allah memberi keputusannya di antara mereka dan kaum mereka
dengan keputusan yang benar dan memberi kepada mereka kedudukan yang kuat di
bumi, kemudian barulah orang ramai berduyun-duyun masuk ke dalam agama Allah.
Agama Allah ialah cara hidup, undang-undang dan peraturan yang diatur oleh
Allah dan Allah tidak merestukan agama yang lain daripada agama Islam :
Dan sesiapa yang mencari agama yang lain daripada Islam maka tidak akan diterima daripadanya (al-Imran 85) .
Semoga keterangan ini dapat
menjelaskan bahawa kepada kita hakikat hukum mencalunkan diri ke jawatan tinggi
kerajaan itu dalam pendirian yang telah diambil oleh Nabi Yusuf as.
Beliau belum lagi hidup di dalam
Masyarakat Islam, di mana diamalkan peraturan yang melarang memuji diri sendiri
kepada orang ramai dan melarang meminta jawatan berdasarkan perakuan diri
sendiri. Di samping beliau melihat suasana masa itu telah membolehkan beliau
untuk menjadi pemerintah yang ditaati rakyat bukannya pemerintah yang menjadi
khadam di dalam establishment Jahiliyah dan apa yang diduga beliau telah
menjadi kenyataan, kerana melalui kuasa pentadbiran beliau dapat berdakwah
kepada agama Allah dan mengenbangkannya di negeri mesir semasa pemerintahannya
di mana al-Aziz dan Raja Mesir hilang daripada pentas.
Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa
sistem perundangan Islam tidak boleh diwujudkan di dalam masyarakat Jahiliyah
demokrasi ini kerana segala kekuatan, pengaruh dan kekuasaan Jahiliyah dengan
segala institusinya serta segala budaya dan tradisi Jahiliyah akan bersatu,
bergabung dan bergandingan untuk melancarkan penentangan yang sengit dan
berhabis-habisan ke atas Islam bagi menghapuskannya. Beginilah sifat semula
jadi Jahiliyah terhadap Islam yang berkekalan di sepanjang sejarah kehidupan
manusia sejak daripada Nabi Adam as sehinggalah ke akhir zaman. Sistem
perundangan Islam hanya boleh dilaksanakan di bawah satu kekuasaan Islam yang
bermatlamatkan Islam serta yang inginkan sistem kehidupan Islam.
Langkah yang pertama dalam
perjuangan ke arah mewujudkan sistem perundangan Islam ialah dengan terlebih
dahulu memerangi dan meruntuhkan kerajaan dan kekuasaan Jahiliyah ini untuk
digantikan dengan satu kerajaan dan kekuasaan Islam, kemudian daripada itu
barulah diimplementasikan segala peraturan dan undang-undang Islam di bawah
kekuasaan Islam yang baru itu. Segala peraturan dan undang-undang Islam tidak
boleh mewujudkan sesebuah kerajaan Islam, malah kerajaan Islam itulah yang
mewujudkan sistem perundangan Islam. Jahiliyah dan kekuasaan Jahiliyah, hatta
kerajaan demokrasi pimpinan umat Islam ini sendiri, sekali-kali tidak akan
membenarkan Islam untuk berkuasa dan memerintah – ini adalah sifat dan gejala yang
semula jadi yang sudah, sedang dan akan terus berlaku di antara Jahiliyah
dengan Islam. Kerajaan Islam hanya boleh diwujudkan melalui Jihad, Perang dan
Revolusi yang dioperasikan melalui satu PROSES
REVOLUSI mengikut jalan dan metod al-Quran, Sunnah dan Sirah.
Sistem perundangan Islam tidak
boleh diwujud dan diimplementasikan di kalangan manusia dengan cara gigih,
serius dan besungguhan dalam menyediakan segala peraturan dan undang-undang
Islam yang lengkap dan terperinci pada masa kini, iaitu pada zaman Jahiliyah di
bawah kekuasaan Jahiliyah sebagai persiapan untuk bakal dilaksanakan kemudian
nanti. Ini bukan cara Islam dan cara seperti ini hanya merupakan usaha-usaha
yang sia-sia sahaja yang tidak akan membawa sebarang erti kepada perjuangan
Islam. Cara ini adalah seumpama menabur benih di atas angin dan tidak di atas
bumi – sudah tentu benih-benih ini sama sekali tidak boleh diharapkan untuk
bercambah dan tumbuh! Menyediakan peraturan dan undang-undang Allah dan segala
sistem kehidupan Allah pada masa kini sedangkan kita sedikitpun tidak memberi
perhatian kepada kebangkitan Islam dan kepada Jihad, Perang dan Revolusi adalah
tipu daya orang-orang kafir dan musuh-musuh Islam yang menjalankan kerja-kerja
sabotaj mereka yang bijak dan jahat terhadap kita agar perjuangan kita ini
tidak akan sampai ke mana-mana.
Perjuangan Islam bermula dengan
kesedaran untuk membebaskan diri kita daripada pengabdian kita kepada kekuasaan
Jahiliyah yang bererti memebebaskan diri daripada sistem PENGABDIAN MANUSIA KEPADA
MANUSIA dan dengan keinginan kita yang kuat dan padu untuk hanya mengabdikan
diri kita kepada Allah sahaja. Perjuangan Islam bermula dengan keinginan yang
kuat untuk semata-mata MENYEMBAH ALLAH sahaja dan dengan keinginan yang kuat dan
padu pula kita menafi, menolak, mengingkari dan menentang akan penyembahan kita
kepada Tuhan-tuhan Manusia dengan aktif dan total seperti Tuhan-tuhan Demokrasi
yang wujud, berkuasa dan berdaulat dalam sistem pemerintahan demokrasi kita ini.
Inilah sikap-sikap dan tindakan-tindakan yang menyempurnakan pegangan dan
amalan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan yang berkemampuan untuk membawa kepada
kebangkitan Islam, dan inilah sikap-sikap dan tindakan-tindakan yang berkemampuan
untuk membentukkan keperibadian Islam yang radikal dan revolusyeneri di
kalangan massa umat Islam yang diasaskan kepada semangat dan sifat kita yang
sepenuh bertaqwa kepada Allah yang sanggup dan bersedia untuk melancarkan
Jihad, Perang dan Revolusi. Kebangkitan Islam yang menolak Jahiliyah dengan
aktif dan total serta yang bersikap tanpa kompromi yang total terhadapnya pada
detik pertama itulah yang akan membawa kepada Jihad, Perang dan Revolusi yang
akan meruntuhkan kekuasaan Jahiliyah. Langkah pertama dalam perjuangan Islam
ialah untuk meruntuhkan kekuasaan Jahiliyah ini dahulu untuk digantikan dengan
sebuah kerajaan Islam, kemudian daripada itu barulah ianya diikuti dengan langkah-langkah
yang kedua, iaitu untuk menyediakan segala peraturan dan undang-undang Islam
untuk dikuatkuasakan di alam yang nyata! Inilah cara Islam dan metod Islam, dan
tidak melalui langkah-langkah yang songsang dan terbalik daripadanya.
Saiyyid
Qutb (Fizilalil Quran - Yusuf) :
Masyarakat
Islam itu wujud sebelum wujudnya upacara-upacara ibadat dan sebelum wujudnya
masjid-masjid. Ia wujud sejak manusia diseru : “Hendaklah kamu sembah Allah ,
tiada Tuhan yang layak disembah selain daripada Allah”, lalu mereka menyembah
Allah, sedangkan di waktu itu ibadat mereka terhadap Allah belum lagi dalam
bentuk upacara-upacara ibadat kerana upacara-upacara ibadat belum lagi
difardhukan ke atas mereka, malah ibadat mereka adalah dalam bentuk mengakui
ketaatan dan kepatuhan kepada Allah yang Maha Esa daripada segi dasar kerana
syariat-syariat Allah di waktu itu belum lagi diturunkan. Dan apabila mereka yang
mengakui ketaatan dan kepatuhan kepada Allah yang Maha Esa itu mempunyai
kekuatan maddi/fizikal di bumi ini barulah syariat-syariat itu diturunkan
(kepada mereka ), dan apabila mereka menghadapi keperluan-keperluan yang hakiki
dalam kehidupan mereka barulah hukum-hukum fiqah yang belum ada diistinbatkan
di samping hukum-hukum yang telah
dinaskan di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Itu
sahaja satu-satunya jalan menuju (ke arah kelahiran masyarakat Islam) dan tiada
jalan yang lain lagi.
Semoga di
sana ada jalan yang mudah (ke arah itu ) iaitu jalan seluruh orang ramai
merubah kepada Islam daripada awal dimulakan dakwah dengan lisan dan dakwah
dengan menerangkan hukum-hukum Islam, tetapi jalan ini adalah jalan angan-angan
sahaja, kerana orang ramai sekali-kali tidak akan berubah daripada Jahiliyah
dan daripada menyembah Tuhan-tuhan palsu kepada Islam dan menyembah Allah yang
Maha Esa melainkan melalui jalan perjuangan yang lama dan lambat yang dilalui
dakwah Islam setiap kali, iaitu jalan yang dimulai oleh individu-individu
kemudian diikuti oleh angkatan pelopor, kemudian angkatan pelopor ini bergerak
menentang Jahiliyah dan menghadapi segala penentangan dan penindasan sehingga
Allah memberi keputusan-Nya di antara mereka dan kaum mereka dengan keputusan
yang benar dan memberi kepada mereka kedudukan yang kuat di bumi, kemudian
barulah orang ramai berduyun-duyun masuk ke dalam agama Allah. Agama Allah
adalah cara hidup, undang-undang dan peraturan yang diatur oleh Allah dan Allah
tidak merestukan agama yang lain daripada agama Islam.
Firman Allah : al-Imran 85
Dan sesiapa yang mencari agama yang selain daripada Islam maka tidak akan diterima daripadanya.
Rasulullah saw sedikitpun tidak
menyediakan peraturan dan undang-undang Islam semasa dalam era Mekah, Baginda
memimpin umat Islam ke arah pembentukan suatu masyarakat Islam yang bertaqwa –
yang menyembah Allah dan menolak penyembahan kepada Tuhan-tuhan yang selain
daripada-Nya, iaitu dengan memisah dan mengasingkan diri mereka daripada
Jahiliyah, masyarakat Jahiliyah, peraturan dan undang-undang Jahiliyah,
kerajaan Jahiliyah dan daripada segala adat tradisi Jahiliyah, serta untuk
menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total
terhadap Tuhan-tuhan Manusia yang wujud dan berkuasa dalam sistem kehidupan Jahiliyah.
Umat Islam di zaman Mekah di bawah pimpinan Rasulullah saw hanya menumpukan
seluruh kehidupan mereka kepada menyembah Allah sahaja sedangkan pada waktu itu
belum lagi difardhukan solat, puasa, zakat, haji dan syiar-syiar ibadat yang
lain. Mereka menyembah Allah tanpa solat, puasa, zakat dan haji! Dalam bentuk
yang sebagai manakah pula yang dikatakan mereka itu menyembah Allah tanpa solat,
puasa, zakat dan haji itu?.
Rasulullah
saw dan para pengikut Baginda di zaman Mekah itu menyembah Allah bukan dengan
solat, puasa dan haji, tetapi mereka menyembah Allah dengan kefahaman dan
pengakuan mereka bahawa Uluhiyah dan Rububiyah itu adalah hak dan milik Allah
sahaja dan dengan kefahaman dan pengakuan mereka bahawa penafian, penolakan, pengingkaran
dan penentangan terhadap Uluhiyah dan Rububiyah Manusia itu adalah perintah
Allah yang menyempurnakan pegangan dan amalan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, dan mereka
menyembah Allah dengan benar-benar bergerak dan bertindak dalam menjelma dan
merealisasikan konsep ketaatan dan kepatuhan kepada perintah Allah, iaitu untuk
menafi, menolak, mengingkari dan menentang terhadap Uluhiyah dan Rububiyah
Manusia itu, khususnya untuk menafi, menolak, mengingkari dan menentang
terhadap sistem kehidupan Jahiliyah, peraturan dan undang-undang Jahiliyah, kerajaan
Jahiliyah dan sistem pemerintahan Jahiliyah di zaman Mekah itu. Inilah ertinya
mereka menyembah Allah sahaja yang menyempurnakan pegangan dan amalan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ serta yang selanjutnya
membawa seluruh umat manusia kepada kebangkitan Islam yang radikal dan
revolusyneri.
Umat Islam pada hari ini tidak lagi
menyembah Allah sahaja, kita menyembah Allah di samping itu kita juga menyembah
Tuhan-tuhan Manusia yang palsu. Kini kita mempunyai banyak masjid di sana sini,
masjid-masjid ini hidup dan aktif yang sentiasa dibanjiri umat Islam, azan
berkumandang dan solat didirikan dengan khusyuk di dalamnya, Quran dibaca,
khutbah dan ceramah agama kedengaran di mana-mana sahaja – di masjid-masjid
mahupun di kaca-kaca tv, hari-hari kebesaran Islam dirayakan - tetapi masyarakat kita seperti ini bukanlah
sebuah masyarakat Islam yang sebenar, di dalamnya tidak wujud takwa, tidak
wujud Islam, tidak wujud orang-orang Islam di kalangan kita, kerana pada
permulaannya lagipun sememangnya tidak pernah wujud Masyarakat Islam. Seluruh
umat Islam kita kini berada dalam Jahiliyah, masyarakat umat Islam kita adalah
masyarakat Jahiliyah. Ini adalah kerana umat Islam kita tidak menyembah Allah
sahaja, kita menyembah manusia dan tidak mengkhususkan penyembahan kepada Allah
sahaja lantaran KETAATAN, KEPATUHAN dan KEREDHAAN kita kepada peraturan dan
undang-undang manusia yang bererti kita menyembah yang selain daripada Allah
yang menyebabkan seluruh kita ini tidak boleh lagi disifatkan sebagai
orang-orang Islam mengikut pengertian ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Gerakan dakwah Islam adalah bertujuan untuk mengembalikan
massa umat Islam kita ini kepada Islam, iaitu supaya seluruh kita ini sekali
lagi kembali menganuti agama Islam dengan memberi kefahaman dan kesedaran
kepada seluruh umat Islam kita supaya menerima hakikat bahawa kerajaan
demokrasi Malaysia kita ini adalah kerajaan yang syirik dan kufur kerana ianya
adalah didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia, supaya kita memahami
dan mengakui bahawa mengamalkannya bererti kita terlibat dalam melantik manusia
sebagai Tuhan-tuhan Manusia, supaya kita memahami dan mengakui bahawa mentaati
dan mematuhinya itu bererti kita menyembah Tuhan-tuhan Manusia, supaya kita ingin
dan bersedia untuk memisah dan mengasingkan diri kita daripada kerajaan demokrasi
kita ini, supaya kita sekali-kali tidak ada lagi keinginan untuk mentaati,
mematuhi dan meredhainya, dan supaya kita dengan sepenuh komitmen bertindak
untuk menafi, menolak, mengingkari dan menentang kerajaan demokrasi Malaysia yang
syirik dan kufur ini – apabila segala gejala
seperti ini wujud dan berlaku, barulah ianya bererti bahawa umat Islam kita ini
telah sempurna menyembah Allah sahaja dan tidak menyembah Tuhan-tuhan yang
selain daripada-Nya, dan ini bererti bahawa umat Islam kita ini sudah sekali
lagi memasuki kembali ke dalam agama Islam dan ke dalam Masyarakat Islam.
Firman Allah : al-Baqarah 208
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam agama Islam (dengan mematuhi ) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kamu yang terang nyata.
Allah menyeru kita supaya sekali lagi
memasuki ke dalam agama Islam dengan mentaati dan mematuhi segala
hukum-hukum-Nya dan segala perintah dan larangan-Nya. Di sini Allah menyeru
umat Islam supaya kita kembali kepada Islam kerana Allah menganggapkan kita
kesemuanya ini telah terkeluar daripada agama Allah. Inilah kedudukan umat
Islam kita yang sebenarnya pada masa ini baik di Malaysia mahupun di dunia ini
seluruhnya – kita telahpun terkeluar daripada agama kita Yang Maha Suci dan
kita sedang berada dalam kesyirikan dan kekufuran sedangkan kita sedikitpun
tidak menyedarinya. Umat Islam kita yang tidak menafi, menolak, mengingkari dan
menentang terhadap agama demokrasi yang syirik dan kufur ini adalah orang-orang
tidak mentaati dan mematuhi perintah Aqidah daripada Allah dan justeru mereka
itu adalah orang-orang yang tidak memasuki ke dalam agama Allah! Gerakan dakwah
kita adalah difokuskan kepada matlamat kita untuk mengembalikan seluruh massa umat
Islam kita sekali lagi kepada agama Allah dengan mentaati dan mematuhi segala
perintah Allah, ini termasuklah ketaatan dan kepatuhan kepada perintah Allah agar
mereka itu bertindak tegas, berani dan dengan sepenuh iltizam dan komitmen untuk
menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap
demokrasi dan kerajaan demokrasi Malaysia yang syirik dan kufur ini.
Umat
Islam kita yang telah kembali sekali lagi kepada agama Islam kita ini adalah orang-orang
yang telah membentukkan satu masyarakat Islam yang baru dan sebenar yang akan menggerakkan
seluruh massa umat Islam kita untuk bersama-sama kembali sekali lagi kepada
Islam dan kepada masyarakat Islam. Umat Islam kita yang berada di dalam
masyarakat Islam yang baru dan sebenar ini akan berkeupayaan untuk mengelami
dan melalui satu proses kebangkitan Islam yang radikal dan revolusyeneri dan akhirnya
kepada Jihad, Perang dan Revolusi untuk memerangi, menghancur dan menghapuskan kerajaan
demokrasi Malaysia yang syirik dan kufur ini untuk kemudiannya digantikan
dengan sebuah kerajaan Allah yang akan menjalankan segala peraturan dan
undang-undang Allah dan yang akan menegakkan satu sistem kehidupan untuk umat
manusia di bumi ini yang diasaskan kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Firman Allah : Hud 2
Agar kamu tidak menyembah yang selain daripada Allah .
Umat Islam di Malaysia kita kini
tidak lagi merupakan orang-orang Islam dan masyarakat kita kini bukanlah
masyarakat Islam kerana kita menyembah manusia di samping menyembah Allah apabila kita mentaati dan
mematuhi kerajaan demokrasi Malaysia kita bersekali dengan segala peraturan dan
undang-undang demokrasi kita yang syirik dan kufur ini.
Tujuan
dan matlamat gerakan dakwah kita adalah untuk menyeru seluruh massa umat Islam
kita supaya kita kembali sekali lagi untuk mengimani, menganuti dan mengamalkan
agama kita yang asal, sempurna dan sebenar yang datang daripada Allah dan
Rasul-Nya dan supaya kita mengeluarkan diri kita daripada agama Islam yang
sedang kita imani, anuti dan amalkan sekarang ini kerana ianya adalah agama
yang sesat , rosak dan pincang yang direka dan diciptakan oleh kaum Yahudi - musuh
tradisi kita.
Apabila kita
tidak lagi menyembah Tuhan-tuhan Manusia yang selain daripada Allah, iaitu
Tuhan-tuhan yang terdiri daripada para pemimpin kita yang sedang berkuasa dan
berdaulat di dalam sistem politik demokrasi kita ini dengan cara kita tidak
lagi mentaati dan mematuhi kerajaan demokrasi Malaysia yang syirik dan kufur
ini dan kita tidak lagi mentaati dan mematuhi segala peraturan dan
undang-undang demokrasi ciptaan manusia, dan apabila kita bertindak tegas dalam
menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap
kerajaan demokrasi Malaysia kita ini untuk menuju ke arah matlamat untuk
meruntuhkan kufur dan kekuasaan kufur untuk kemudiannya digantikan dengan Islam
dan kerajaan Islam yang akan melaksanakan segala peraturan dan undang-undang
Islam, itulah ertinya kita telah mengeluarkan diri kita daripada agama kita dan
itulah ertinya kita telah kembali sekali lagi untuk mengimani, menganuti dan
mengamalkan agama Islam kita yang sebenar daripada Allah dan Rasul-Nya, dan
dari situlah bermulanya gerakan Revolusi Islam.
Dalam tafsir Fizilalil Quran, Saiyyid
Qutb menghuraikan bahawa gerakan dakwah Islam ini adalah gerakan yang akan
memakan masa yang lama dan perjuangan ini adalah perjuangan yang
‘berlambat-lambatan’ kerana ‘masa yang lama’ dan gerakan yang
‘berlambatan-lambatan’ itu sememangnya mengandungi berbagai-bagai hikmah bagi
sesuatu perjuangan Islam; pertama, berlambat-lambatan itu ertinya seseorang
pejuang itu terhindar daripada berbagai-bagai bentuk kelemahan hawa nafsu, ia
akan dapat mengelakkan dirinya daripada berjuang kerana kehendaknya yang
tersendiri yang berasal daripada berbagai-bagai rangsangan perasaan dan
hatinya, serta berbagai-bagai kepentingan yang bukan kerana kehendak Allah;
kedua, tindakan-tindakan yang gopoh dan cepat yang lahir daripada semangat yang
berkobar-kobar boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah dalam proses perjuangan
itu sendiri akibat daripada kurang ketelitian dalam cara bertindak serta kurang
pemerhatian terhadap segala kesan negatif yang mungkin lahir daripada
tindakan-tindakannya itu; ketiga, berlambat-lambatan itu bererti gerakan yang
hati-hati dan rapi yang menyusahkan musuh-musuh Islam daripada menjalankan tipu
daya dan sabotaj mereka terhadap sesuatu Pergerakan Islam; ke empat, proses
berlambat-lambatan itu akan memberi peluang dan ruang yang luas dan selesa
kepada golongan umat Islam yang didakwah itu untuk menerima Islam yang sebenar,
serta cara berlambat-lambatan ini dapat memasukkan keimanan yang lebih mendalam
dan kuat ke dalam sanubari mereka yang tidak mudah digoncang oleh tekanan dan
gugatan daripada musuh-musuh Islam, dan akhirnya cara berlambat-lambatan inilah
yang mendatangkan kesan yang lebih positif dan lebih berhasil daripada gerakan
dakwah yang cepat dan gopoh.
No comments:
Post a Comment