15.PAS MEMBATALKAN
DUA KALIMAH SYAHADAH KERANA MEREKA MEMPERCAYAI BAHAWA PERJUANGAN PAS MELAUI
SISTEM POLITIK DEMOKRASI KITA INI ADALAH SESUATU YANG SEMEMANGNYA DIBENAR DAN
DIBOLEHKAN DALAM ISLAM
Fir man Allah: al-A’raf 30
Serta mereka menyangka mereka berada dalam petunjuk hidayat.
Firman Allah : al-Furqan 42
“Sebenarnya ia hampir-hampir dapat menyesatkan kami daripada Tuhan-tuhan kami, jika tidaklah kerana kami tetap teguh menyembahnya.” Dan mereka akan mengetahui kelak ketika mereka melihat azab seksa : siapakah yang sebenar-benarnya sesat jalannya.
Firman Allah : al-Baqarah 111, 135
Dan mereka berkata : Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasrani.
Dan mereka berkata : Jadilah kamu pemeluk agama Yahudi atau Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk.
Firman Allah : Yunus 36, 78
Dan kebanyakan mereka tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan.
Mereka pula berkata: Adakah engkau datang untuk memesongkan kami daripada penyembahan berhala yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya, dan untuk membolehkan kamu berdua membolot kekuasaan di bumi (Mesir)? Dan ketahuilah sebenarnya kami tidak tidak akan beriman kepada kamu berdua.
Firman Allah: al-A’raf 30
Serta mereka menyangka mereka berada dalam petunjuk hidayat.
Firman Allah : al-Furqan 42
“Sebenarnya ia hampir-hampir dapat menyesatkan kami daripada Tuhan-tuhan kami, jika tidaklah kerana kami tetap teguh menyembahnya.” Dan mereka akan mengetahui kelak ketika mereka melihat azab seksa : siapakah yang sebenar-benarnya sesat jalannya.
Firman Allah : al-Baqarah 111, 135
Dan mereka berkata : Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasrani.
Dan mereka berkata : Jadilah kamu pemeluk agama Yahudi atau Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk.
Firman Allah : Yunus 36, 78
Dan kebanyakan mereka tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan.
Mereka pula berkata: Adakah engkau datang untuk memesongkan kami daripada penyembahan berhala yang kami dapati datuk nenek kami melakukannya, dan untuk membolehkan kamu berdua membolot kekuasaan di bumi (Mesir)? Dan ketahuilah sebenarnya kami tidak tidak akan beriman kepada kamu berdua.
Seluruh
para pengikut PAS di Malaysia kita ini adalah orang-orang yang membatalkan
syahadah mereka yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah kerana mereka
menyangka bahawa mereka sedang berada dalam hidayat dan kebenaran padahal
segala perjuangan mereka ini membawa mereka kepada keimanan mereka kepada agama
demokrasi yang syirik dan kufur.
Para
pengkut PAS mempercayai bahawa menganggotai Parlimen dan Dun serta keterlibatan
mereka dalam membuat dan meluluskan
segala peraturan dan undang-undang demokrasi kita ini adalah sesuatu yang
diboleh dan dibenarkan dalam Islam. Para pengikut PAS mempercayai bahawa
ketaatan dan kepatuhan mereka kepada segala peraturan dan undang-undang
demokrasi kita ini adalah sesuatu yang dibenar dan dibolehkan dalam Islam.
Mereka
tidak mengetahui bahawa demokrasi kita ini adalah agama manusia yang syirik dan
kufur, mereka tidak mengetahui bahawa seluruh peraturan dan undang-undang
demokrasi kita ini adalah ciptaan manusia yang syirik dan kufur, mereka tidak
mengetahui bahawa menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang demokrasi
kita ini mempunyai pengertian pengabdian manusia kepada kekuasaan manusia yang
mengkufur ingkarkan Allah, mereka tidak mengetahui bahawa ketaatan dan
kepatuhan mereka kepada segala peraturan dan undang-undang demokrasi kita ini
mempunyai pengertian manusia menyembah manusia yang mengkufur ingkarkan Allah.
Mereka juga tidak mengetahui bahawa para pemimpin kita yang membuat dan
meluluskan segala peraturan dan undang-undang demokrasi kita ini adalah
orang-orang kafir, zalim dan fasik di sisi Allah swt.
Kesemua kepercayaan mereka seperti ini adalah keimanan
mereka kepada agama demokrasi yang membatalkan syahadah mereka dan justeru
ianya adalah sesuatu yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah.
16. PAS MEMBATALKAN
DUA KALIMAH SYAHADAH KERANA MEREKA TELAH MENDUSTAKAN AYAT- AYAT KETERANGAN
ALLAH YANG SOREH, MUKAM DAN QOT’IE
Firman Allah : al-Imran 11
Keadaan orang-orang kafir itu sama seperti keadaan kaum Firaun, dan orang-orang yang terdahulu daripada mereka , mereka mendustakan ayat-ayat keterangan kami, lalu Allah menyeksa mereka di sebabkan dosa-dosa mereka. Dan ingatlah Allah Maha Berat azab seksa-Nya.
PAS telah mendustakan ayat-ayat keterangan Allah kerana
ia tidak memahami dan mengetahui mengenai Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ
dan mengenai Uluhiyah dan Rububiyah Manusia, oleh yang demikian ia tidak
menyedari bahawa demokrasi ini adalah agama manusia yang syirik dan kufur.
Apabila dibacakan kepada PAS akan ayat-ayat keterangan
Allah yang menjelaskan kepadanya bahawa demokrasi ini adalah agama manusia yang
syirik dan kufur, mereka mendustakannya; apabila dibacakan kepada mereka akan
ayat-ayat keterangan Allah yang menjelaskan kepada mereka bahawa para pemimpin
mereka yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun adalah Tuhan-tuhan Manusia
yang kafir, zalim dan fasik, mereka mendustakannya; apabila dibacakan kepada
mereka akan ayat-ayat keterangan Allah yang menjelaskan kepada mereka bahawa
menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang demokrasi kita ini ke atas
manusia ianya mempunyai pengertian pengabdian manusia kepada manusia yang
mengkufur ingkarkan Allah, mereka mendustakannya; apabila dibacakan kepada
mereka akan ayat-ayat keterangan Allah yang menjelaskan kepada mereka bahawa
mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi kita ini
ianya mempunyai pengertian manusia menyembah manusia dan manusia tidak
menyembah Allah yang mengkufur ingkarkan Allah, mereka mendustakannya; apabila
dibacakan kepada mereka akan ayat-ayat keterangan Allah yang menjelaskan kepada
mereka bahawa menyetujui dan meredhai akan agama demokrasi dan segala peraturan
dan undang-undang demokrasi kita ini ianya mempunyai pengertian bahawa mereka telah
mengimani agama demokrasi yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah, mereka
mendustakannya.
Firman Allah : Ibrahim 52
(Al-Quran ) ini adalah perutusan yang disampaikan kepada manusia dan supaya mereka sentiasa diberi peringatan dengannya dan supaya mereka mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan supaya orang-orang yang berakal mengambil pengajaran.
Saiyyid Qutb (Fizilalil
Quran - Ibrahim) :
Orang-orang yang menyangka
diri mereka mengucap dua kalimah syahadat ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan
Muhammad Rasulullah dan kerana mereka memenuhi dan mentaati peraturan-peraturan
taharah, peraturan-peraturan ibadat, peraturan-peraturan perkahwinan dan
perceraian, peraturan-peraturan pesaka dan sebagainya dan di waktu yang sama
mereka mematuhi – di sebalik bidang yang sempit ini – peraturan-peraturan yang
dicipta oleh yang lain daripada Allah, iaitu mereka mentaati undang-undang yang
tidak diizinkan Allah dan yang terang-terang bertentangan dengan syariat Allah,
kemudian mereka bersedia mengorbankan jiwa, harta, maruah dan akhlak mereka –
sama ada mereka suka atau tidak suka – untuk melaksanakan kehendak-kehendak
yang dituntut daripada mereka oleh berhala-berhala yang baru itu. Dan apabila
agama atau akhlak atau maruah bercanggah dengan kehendak-kehendak berhala ini,
maka yang dibuang oleh mereka itu ialah perintah-perintah Allah sebaliknya yang
dilaksanakan ialah kehendak-kehendak berhala-berhala itu.
Orang-orang yang menyangka
diri mereka sebagai “kaum Muslimin“ dan menyangka berada dalam agama Allah,
sedangkan mereka hidup dalam keadaan ini, maka hendaklah mereka sedar bahawa
mereka sedang berada di dalam syirik yang amat besar!
PAS telah mendustakan ayat-ayat al-Quran
kerana mereka berpegang teguh kepada segala sangkaan mereka dan mereka berkeyakinan
sepenuhnya terhadap segala pegangan mereka yang batil yang membatalkan dua
kalimah syahadah.
17. PAS MEMBATALKAN
DUA KALIMAH SYAHADAH KERANA MEREKA TELAH MENJADIKAN DIRI MEREKA SEBAGAI PARA
PENDUKUNG AGAMA DEMOKRASI YANG SYIRIK DAN KUFUR INI SERTA MEREKA
MEMPERTAHANKANNYA
Firman Allah : Yasin 74, 75
Dan mereka menyembah Tuhan-tuhan yang selain daripada Allah dengan harapan mereka diberi pertolongan.(Tetapi) Tuhan-tuhan itu tidak berkuasa menolong mereka , sedangkan merekalah tentera-tentera yang disediakan untuk mempertahankan Tuhan-tuhan itu .
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Inilah kemuncak kebodohan cara berfikir. Orang-orang yang
menyembah pemerintah-pemerintah yang zalim dan sewenang-wenang pada hari ini
tidak begitu jauh sifatnya daripada penyembah-penyembah berhala. Mereka
merupakan bala tentera kepada pemerintah-pemerintah yang zalim itu. Merekalah
yang mempertahankan keselamatan mereka dan melindungi kezaliman mereka dan
dalam waktu yang sama mereka tunduk menyembah mereka.
PAS
dan para penyokong PAS yang mengamal dan mentaati demokrasi dan agama demokrasi kita ini telah
membatalkan syahadah mereka kerana mereka adalah disifatkan Allah sebagai
TENTERA-TENTERA yang menjulang, memperkasa dan mempertahankan demokrasi,
kerajaan demokrasi berserta segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang
bererti bahawa PAS turut menjulang, memperkasa dan mempertahankan KESYIRIKAN
dan KEKUFURAN berserta dengan segala bentuk dan jenis kezaliman, penindasan dan
kerosakan yang sedang beroperasi dan berkuatkuasa di dalam agama demokrasi ini.
18. PAS
MEMBATALKAN DUA KALIMAH SYAHADAH KERANA MEREKA TIDAK
MELAKUKAN TAKFIR TERHADAP AGAMA DEMOKRASI
Firman Allah : al-An’aam 159
Sesungguhnya orang-orang yang memecah belahkan agama mereka dan membentuk berbagai-bagai puak, maka engkau sedikitpun tidak bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka. Sesungguhnya urusan mereka terserah kepada Allah. Kemudian Dialah yang akan memberi tahu kepada mereka segala perbuatan yang dilakukan mereka.
Saiyyid
Qutb (Fizilalil Quran) :
Sikap
pertama seorang Muslim terhadap mana-mana aqidah yang non-Islamic ialah sikap
berpisah dan menolak daripada detik pertama lagi, begitu juga sikapnya terhadap
mana-mana undang-undang dan peraturan yang tidak mengiktiraf kuasa Hakimiyah
atau kuasa Uluhiyah dan Rububiyah Allah
Yang Maha Esa sahaja ialah sikap menolak dan membersihkan diri daripada detik
pertama lagi, sebelum memasuki percubaan untuk mencari titik-titik pertemuan
atau pertentangan yang wujud dalam undang-undang Islam.
Saiyyid Qutb
(Fizilalil Quran-al-Baqarah):
Apabila
persoalan merupakan persoalan Tauhid dengan syirik, maka Islam telah
menyelesaikan persoalan itu sejak daripada detik yang awal lagi. Ia menetapkan
keputusannya yang tegas, tanpa teragak-agak, tanpa mengambil hati, tanpa tawar
menawar dan tanpa pertemuan di separuh jalan, kerana persoalan yang terbit di
sini ialah persoalan dasar pokok kepercayaan dan kefahaman. Tanpa dasar ini
keimanan tidak mungkin wujud dan Islam tidak mungkin ditegakkan .
Firman Allah: an-Nisa 60
Tidakkah engkau perhatikan bahawa orang-orang yang mendakwakan bahawa mereka beriman kepada yang diturunkan kepada engkau dan yang diturunkan sebelum daripada engkau, mereka hendak meminta hukum kepada taghut, sedangkan mereka disuruh supaya kufurkan terhadap Taghut. Syaitan menghendaki supaya ia menyesatkan mereka dengan kesesatan yang jauh.
Allah menyifatkan PAS dan
para pengikut PAS yang SETUJU dan REDHA terhadap agama demokrasi yang syirik
dan kufur sebagai para pengaku Muslim yang sudah terkeluar daripada agama
Allah. Allah swt memerintahkan kita agar kita mengkufur ingkarkan agama
demokrasi dan sistem politik demokrasi kita yang syirik dan kufur ini sehingga
ianya mengelami keruntuhan dan kehancuran yang total untuk kemudiannya
digantikan dengan sistem kehidupan daripada Allah.
Firman Allah : al-Mumtahanah 4
“Kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa-apa yang kamu sembah yang lain daripada Allah. Kami mengingkari (agama) kamu, dan telah terang permusuhan dan kebencian di antara kami dan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menyembah Allah semata-mata.”
Allah swt memerintahkan
kita agar kita tidak mengamalkan agama demokrasi dan sistem politik demokrasi
kita yang syirik dan kufur ini, agar kita mengeluarkan diri kita daripadanya ,
agar kita memisah dan mengasingkan diri kita daripadanya dan kita tidak ada
sebarang kaitan dan kena mengena dengannya. Allah swt memerintahkan kita agar
kita mengkufur ingkarkannya, memusuhi dan membencinya berkekalan sehingga ianya
mengelami keruntuhan dan kehancuran yang total untuk kemudiannya digantikan
dengan sistem kehidupan daripada Allah.
Firman Allah: Al-Kafirun 1-6
Katakanlah: Hai orang-orang kafir, Aku tiada menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah. Aku tidak pernah menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah menyembah apa yang aku sembah. Bagi kamu agamamu, bagiku agamaku.
Firman Allah: Al-Qalam 8,9
Oleh itu janganlah engkau tunduk kepada pendusta-pendusta. Mereka suka jika engkau bersikap lunak, supaya mereka juga bersikap lunak.
Allah memerintahkan kita
agar kita menafi, menolak, mengingkari dan menentang terhadap agama demokrasi
dan sistem politik demokrasi kita yang syirik dan kufur ini , agar kita tidak
berkompromi dengannya dan kita hendaklah sentiasa bersikap keras dan kasar
terhadap mereka.
Firman Allah : Yunus 71
“Dan bacakanlah kepada mereka berita Nuh ketika ia berkata kepada kaumnya : Wahai kaumku! Jika kamu merasa keberatan kerana aku tinggal bersama kamu dan kerana aku mengingatkan kamu dengan ayat-ayat Allah, maka aku tetap berserah kepada Allah. Oleh sebab itu bulatkanlah keputusan kamu dan kumpulkan sekutu-sekutu kamu dan janganlah keputusan kamu diselubungi sebarang kekeliruan kepada kamu, kemudian segeralah betindak ke atasku dan jangan sekali kamu menangguhkan tindakan-tindakan itu terhadapku.”
Firman Allah : al-A’raf 195
Katakanlah : Wahai Muhammad! Panggillah sekutu-sekutu kamu kemudian lakukanlah ankara tipu daya terhadapku (dengan segera) dan janganlah kamu memberi sebarang tangguhan kepada ku.
Firman Allah : Hud 54, 55
Jawab Hud : Sesungguhnya aku mempersaksikan Allah dan kamu sekelian hendaklah turut menjadi saksi bahawa aku tidak ada kena mengena dengan perbuatan kamu yang mempersekutukan Allah .
Dengan yang lain daripada-Nya. Oleh sebab itu, Aturkanlah segala tipu daya kamu sekelian terhadap diriku kemudian (bertindaklah) tanpa memberi sebarang tempuh kepadaku.
Allah memerintahkan kita
agar kita sentiasa bermusuhan dan berkonfrantasi dengan agama demokrasi,
kerajaan demokrasi dan para pemimpin mereka sehingga tercetusnya Perang dan
Revolusi di antara kita dengan mereka.
PAS tidak melakukan
sebarang tindakan TAKFIR ke atas agama demokrasi dan kerajaan demokrasi yang
syirik dan kufur ini yang mengeluarkannya daripada agama Allah.
19.PAS MEMBATALKAN DUA KALIMAH SYAHADAH
KERANA MEREKA TIDAK MENGISYTIHARKAN BAHAWA DEMOKRASI ADALAH AGAMA MANUSIA YANG
SYIRIK DAN KUFUR
Firman Allah: al-Alaq 1,3
Isytiharkanlah! Dengan nama Ar-Rabbmu yang mencipta. Isytiharkanlah dan Tuhanmu amat Pemurah.
Firman Allah: al-Muddaththir 1,2
Hai orang yang berselimut, bangunlah, lalu berilah peringatan.
Firman Allah: al-Hijr 94
Isytiharkanlah secara terbuka apa yang telah diperintahkan kamu dan jauhi orang-orang musyrik.
Firman Allah: Asy-Syuara' 214
Dan peringatilah keluargamu yang hampir.
Firman Allah: Al-Maidah 67
Wahai Nabi! Isytiharkanlah apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu. Sekiranya kamu tidak melakukannya, kamu tidak menyampaikan risalah.
Kita dikehendaki untuk mendeklarasikan segala apa yang
diturunkan Allah, terutama sekali Aqidah dan Pemikiran Islam dan untuk
mendeklarasikan penentangan total terhadap Aqidah dan Pemikiran demokrasi dan
terhadap segala strategi dan metod pembangunan di bawah pemikiran demokrasi
seperti Pelembagaan Negara, Rukun Negara, Keranamu Malaysia, Dasar Pembangunan
Nasional, Wawasan 2020 dan Satu Malaysia. Oleh kerana Islam itu adalah satu
cabaran terhadap kesemua ideologi dan otoriti yang selain daripada Islam,
perisytiharan terbuka ini adalah bertujuan untuk mencabar dan mengancam
ideologi dan otoriti kufur yang sedang berdaulat dan berkuasa. Inilah Metod
Islam.
PAS tidak mendeklarasikan bahawa agama demokrasi dan kerajaan
demokrasi kita ini adalah agama dan kerajaan yang syirik dan kufur, PAS tidak
mendeklarasikan bahawa Allah memerintahkan kita agar kita tidak mengamalkannya,
agar kita menafi, menolak, mengingkari dan menentangnya dengan aktif dan total,
PAS tidak mendeklarasikan bahawa Allah memerintahkan kita agar kita memusuhi
dan membencinya serta kita dikehendaki untuk memeranginya sehingga ianya
mengelami keruntuhan dan kehancuran yang total untuk kemudiannya digantikan
dengan sebuah kerajaan Allah di bumi kita ini. Ini bererti bahawa PAS tidak
melakukan TAKFIR terhadap agama demokrasi dan kerajaan demokrasi yang syirik
dan kufur ini yang membatalkan dua kalimah syahadah dan yang mengeluarkan PAS
daripada agama Allah .
20.PAS MEMBATALKAN DUA KALIMAH
SYAHADAH KERANA MEREKA MENJADIKAN PERLEMBAGAAN NEGARA MALAYSIA SEBAGAI
UNDANG-UNDANG YANG TERTINGGI DAN PERLEMBAGAAN HIDUP MEREKA DENGAN MENINGGALKAN
AL-QURAN SEBAGAI UNDANG-UNDANG YANG TERTINGGI DAN PANDUAN DAN RUJUKAN YANG
TUNGGAL UNTUK UMAT MANUSIA DI BUMI
Dalam
sistem politik demokrtasi, rujukan dan panduan hidup manusia adalah
Perlembagaan Negara bukan al-Quran. Fasal 4 Perlembagaan Negara memperuntukkan
bahawa undang-undang yang tertinggi sekali di bawah kekuasaan kerajaan Malaysia
kita ini adalah Perlembagaan Negara yang sekali gus menafikan al-Quran sebagai
undang-undang yang tertinggi yang mengatasi seluruh undang-undang manusia yang
lain dan fasal 4 menafikan al-Quran sebagai asas dan sumber rujukan dan panduan
hidup yang tunggal untuk umat manusia. Ini adalah kesyirikan dan kekufuran yang
jelas dan nyata yang tidak boleh dipertikaikan lagi.
Dalam
Islam, undang-undang yang tertinggi untuk umat manusia adalah al-Quran dan
sumber rujukan dan panduan hidup yang tunggal hanyalah al-Quran :
Firman Allah: al-Taubah 33
Dia yang mengutus Rasul-Nya dengan petunjuk dan agama yang benar, supaya dimenangkan-Nya agama itu ke atas sekalian agama, sekalipun benci orang-orang musyrik.
Firman Allah : al-Baqarah 2
Kitab ini , tidak ada sebarang syak padanya, ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.
Al-Quran
adalah undang-undang yang tertinggi yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia
serta yang menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia. Perlembagaan Negara
Malaysia kita ini adalah syirik dan kufur kerana menafikan al-Quran sebagi
petunjuk yang tunggal untuk seluruh umat manusia di bumi dan ia juga menafikan
al-Quran sebagai undang-undang yang tertinggi di bumi.
Apabila
PAS mengamalkan sistem politik demokrasi dengan terpaksa mentaati, mematuhi dan
mengikuti segala dasar, konsep dan institusi demokrasi termasuk dan terutama
sekali Perlembagaan Negara Malaysia kita ini, ianya bererti bahawa PAS turut
mengiktiraf dan menghakui legailiti atau keabsahan Perlembagaan Negara Malaysia
kita ini, PAS turut mengiktiraf dan mengakui bahawa Perlembagaan Negara kita
ini adalah undang-undang yang tertinggi dan paling berkuasa ke atas seluruh
umat manusia yang mengatasi al-Quran, PAS turut mengiktiraf dan mengakui
kesemuanya ini bukan dengan hati dan lisan, tetapi dengan amalan dan perbuatan.
Firman Allah: at-Taubah 31
Mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadikan pendita-pendita dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain daripada Allah dan (juga mereka memperTuhankan) al-Masih anak Maryam, padahal mereka tidak diperintah melainkan untuk menyembah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya) melainkan Ia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.
Kaum Nasrani disifatkan Allah sebagai orang-orang kafir
kerana mereka menyembah paderi-paderi mereka apabila mereka mentaai dan
mematuhi segala perintah dan percakapan mereka (paderi-paderi). Mereka menjadi kafir bukan kerana niat dan pertuturan
mereka, tetapi mereka menjadi kafir melalui perbuatan dan amalan mereka.
Begitulah juga orang-orang PAS adalah orang-orang yang kafir, bukan kerana niat
dan pertuturan mereka, tetapi kerana mereka mengiktiraf dan mengakui bahawa
Perlembagaan Negara kita adalah panduan hidup kita dan undang-undang kita yang
tertinggi untuk manusia melalui amalan dan perbuatan mereka yang mengamalkan
sistem politik demokrasi.
21.PAS MEMBATALKAN DUA KALIMAH SYAHADAH
KERANA MEREKA MENGAMALKAN TAHALUF SIYASi DALAM BENTUKNYA YANG TIDAK DIIZINKAN
ALLAH
PAS
bergabung dan bersetia kawan dengan orang-orang kafir sebagai strategi untuk
mendapat kuasa politik untuk memerintah di dalam negara Malaysia kita ini.
Apakah kedudukan PAS sekarang ini mengikut pandangan Islam?
TAHALUF SIYASI dalam Islam adalah kerjasama di antara
kerajaan Islam dengan orang-orang kafir di bawah kerajaan Islam yang taat dan
patuh kepada matlamat dan pemikiran Islam dan sistem politik dan perundangan
Islam serta seluruh mereka ikut kehendak orang-orang Islam yang berteraskan
kepada segala konsep Uluhiyah dan Rububiyah Allah yang terkandung di dalam
kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
TAHALUF SIYASI yang diamalkan oleh PAS sekarang ini adalah
gabungan parti-parti politik yang tidak berada di bawah sebuah kerajaan Allah
dan perjuangan yang tidak bermatlamatkan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, sebaliknya PAS,
DAP dan PKR berada di bawah sistem pemerintahan manusia yang tidak mengikut
peraturan dan undang-undang Allah tetapi mereka ikut dan patuh kepada peraturan
dan undang-undang manusia yang bererti mereka menjadi para hamba kepada manusia
dan mereka menyembah manusia yang justeru mereka berada di luar daripada
batas-batas Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Tahaluf Siasi
seperti ini melarutkan PAS ke dalam pemikiran kufur dan sistem politik kufur,
PAS memberi wala’ kepada orang-orang kafir,
mereka ikut kehendak orang-orang kafir serta mereka mengiktiraf matlamat
perjuangan orang-orang kafir yang tidak diizinka Allah. TAHALUF SIAYASI seperti
ini adalah sesuatu yang tidak dibenarkan dalam Islam seperti mana yang
dibicarakan di dalam ayat-ayat al-Quran yang jelas dan terang seperti mana yang
dibicarakan di bawah ini.
PAS
tunduk dan mengalah kepada DAP serta ianya adalah terlibat dengan perbuatan
yang syirik dan kufur yang mengeluarkannya daripada agama Allah. DAP tidak
tunduk kepada Islam dan tidak berada di bawah kekuasaan Islam, malah DAP
terang-terangan menolak dan menentang Islam. Islam di bawah kepimpinan
Rasulullah saw di Medinah tidak tunduk kepada Yahudi dan tidak terlibat dengan
sebarang amalan yang syirik dan kufur. Islam berada ‘DI ATAS’ manakala Yahudi
berada ‘DI BAWAH’ dengan mengalah dan tunduk kepada kekuasaan Islam.
Perbandingan di sini memperlihatkankan kepada kita mengenai jurang perbezaan
yang amat besar di antara Tahaluf Siyasi yang diamalkan oleh PAS dalam bentuk
gabungannya dengan DAP di satu pihak dengan perjanjian perdamaian di antara
Rasulullah saw dengan kaum-kaum Yahudi di Medinah di satu pihak yang lain yang
membuktikan bahawa Tahaluf Siyasi yang diamalkan oleh PAS seperti itu bukanlah
daripada Islam dan sama sekali tidak
boleh diterima oleh Islam.
PERBANDINGAN DI ANTARA PERDAMAIAN RASULULLAH SAW DENGAN
PUAK-PUAK YAHUDI DI MEDINAH DENGAN GABUNGAN DI ANTARA PAS DENGAN DAP DALAM
PAKATAN RAKYAT DI MALAYSIA KITA KINI .
PERJANJIAN PERDAMAIAN DI ANTARA RASULULLAH SAW DENGAN
KAUM-KAUM YAHUDI DI MEDINAH
|
GABUNGAN PAS DENGAN DAP DI
BAWAH PAKATAN RAKYAT DI MALAYSIA
|
1. Matlamat ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲdan Negara Islam diterima oleh Yahudi manakala matlamat
politik Yahudi tidak diterima oleh Islam.
|
1. Matlamat ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan
Negara Islam ditolak oleh DAP manakala matlamat DAP (Malaysian Malaysia)
diiktiraf dan diakui PAS dan terus diperkasakan .
|
2. Yahudi ikut kehendak Islam manakala Islam
tidak mengikut kehendak Yahudi dalam Aqidah.
|
2. PAS ikut kehendak DAP manakala DAP tidak
ikut kehendak PAS dalam Aqidah.
|
3. Yahudi
taat , patuh dan tunduk kpd Islam kerana sememangnya Islam adalah agama yang
berkuasa dan memerintah.
|
3. PAS dan DAP tidak berada di bawah kerajaan
Islam dan tidak taat dan tunduk kpd kerajaan Islam, tetapi mereka taat dan
tunduk kpd kerajaan demokrasi yang kafir.
|
4. Yahudi
adalah golongan yang diperintah manakala Islam adalah agama yang memerintah –
Yahudi tidak sama dengan Islam.
|
4. PAS
tunduk dan mengalah kepada DAP, dan DAP tidak berada di bawah kekuasaan PAS.
|
5. Kuasa politi hanya berada di dalam tangan
Islam dan tidak wujud kongsi kuasa dengan Yahudi.
|
5. Kuasa politik dikongsi bersama oleh PAS dan
DAP – iaitu PAS mencari kekuatan dpd bergabung dgn DAP.
|
6. Tidak wujud setia kawan di antara Islam
dengan Yaudi.
|
6. Wujud setia kawan dalam politik di antara
PAS dengan DAP.
|
7.
Tidak wujud bantu membantu dan tolong menolong dalam hal-hal yang
bersifat kafir, zalim dan fasik.
|
7. Bantu membantu dan tolong menolong dalam hal-hal yang bersifat kafir, zalim
dan fasik di antara PAS dengan DAP.
|
8. Wujud pemisahan yang jelas dan terang di
antara Islam dengan Yahudi – Islam berjuang kearah Allah manakala Yahudi
berjuang kearah Taghut.
|
8. Tidak ada pemisahan di
antara Islam dengan kafir dalam Pakatan Rakyat – PAS dan DAP sama-sama
berjuang kpd jalan Taghut.
|
9.
Menjamin kebebasan dan keselamatan hidup kepada Yahudi di bawah
kekuasaan Islam.
|
9. Menjamin kebebasan dan
keselamatan hidup kpd PAS dan DAP.
|
10. Tidak ada kebebasan berpolitik
kepada Yahudi.
|
10. Menjamin kebebasan
berpolitik kpd PAS dan DAP.
|
11. Yahudi tidak boleh memerintah negara dan
membuat undang-undang, kedua-duanya itu hanyalah hak Islam sahaja.
|
11. PAS dan DAP boleh memerintah negara dan
membuat undang-undang.
|
Firman Allah :al-Maidah 51
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan orang-orang Yahudi dan Nasara sebagai sahabat-sahabat setia, kerana mereka adalah sahabat-sahabat setia terhadap satu sama lain, barang siapa di antara kamu yang mengambil mereka sebagai sahabat-sahabat setia, maka orang-orang itu adalah daripada kalangan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat kepada orang-orang yang zalim.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran ) :
Ayat-ayat al-Quran terus diturunkan untuk membangkitkan
kesedaran yang sewajarnya bagi seorang Muslim dalam perjuangan menegakkannya
untuk merealisasikan sistem hidupnya yang baru di dalam realiti hidup manusia
dan untuk mewujudkan di dalam hati seseorang Muslim pemishan yang total di
antaranya dengan setiap mereka yang bukan daripada kelompok Muslimin dan mereka
yang tidak berdiri di bawah panji-panji Islam, iaitu pemisahan yang tidak
melarang sikap toleransi, kerana sikap ini menjadi sifat seseorang Muslim yang
tetap, tetapi pemisahan ini melarang
perbuatan memberi kesetiaan, kerana kesetiaan di dalam hati seseorang
Islam hanya diberikan kepada Allah, kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang
yang beriman sahaja. Itulah kesedaran dan pemisahan diri yang pasti wujud pada
seseorang Muslim di setiap negeri dan generasi.
Kaum Ahlil Kitab adalah saling membantu satu sama lain. Ini
adalah suatu hakikat yang tidak ada hubungan dengan zaman kerana hakikat ini
adalah terbit daripada tabiat sesuatu. Kaum Ahlil Kitab tidak akan menjadi
penolong-penolong atau rakan-rakan setia kepada kelompok Muslimin di mana-mana
tempatpun di bumi ini dan pada
biala-bila masa sekalipun. Abad-abad telah berlalu silih berganti membenarkan
perkataan ini. Mereka telah membantu satu sama lain dalam memerangi Nabi
Muhammad saw dan kelompok Muslimin di Medinah. Mereka saling bantu membantu
satu sama lain di merata pelusuk bumi ini di sepanjang sejarah dan dasar saling
membantu ini tidak pernah mungkir walau sedetik sekalipun. Tidak pernah berlaku
di bumi ini melainkan tepat seperti yang
dijelaskan oleh al-Quran dalam bentuk menyata sifat (Ahlil Kitab ) yang tetap
bukannya dalam bentuk menceritakan satu peristiwa yang tunggal. Pemilihan
rangkai kata ismiyah (jumlah ismiyah) dalam ungkapan “ sebahagian daripada
mereka membantu sebahagian yang lain “ bukannya semata-mata hendak diungkapkan
begitu, malah pemilihan itu adalah dibuat dengan tujuan menerangkan sifat
(Ahlil Kitab) yang tetap dan tulin.
Kemudian (ayat) yang berikut menyimpulkan natijah-natijah
daripada hakikat yang asasi ini, iaitu jika kaum Yahudi dan Nasara saling bantu
membantu satu sama lain, maka tiada orang yang akan memilih mereka sebagai
penolong-penolong dan rakan-rakan setia melainkan orang-orang daripada golongan
mereka. Mana-mana individu yang memilih mereka sebagai penolong-penolong dan
rakan-rakan setia ia bererti ia mencabut dirinya daripada barisan Muslimin di
samping mencabut sifat barisan Islam daripada dirinya dan masuk ke dalam
barisan yang lain kerana inilah kesimpulan yang tabii dan realistik :
“dan barangsiapa daripada kalangan kamu yang bersahabat setia dengan
mereka
maka dia adalah daripada golongan mereka .”
Orang ini berlaku zalim terhadap dirinya sendiri, terhadap
agama Allah dan terhadap kelompok Muslimin dan oleh kerana perbuatannya yang
zalim itu, maka Allah masukkannya ke dalam kumpulan orang-orang Yahudi dan
Nasara yang ia berikan kesetiaannya kepada mereka dan Allah tidak menunjukkan
kepadanya jalan yang benar dan tidak pula memulangkannya kepada barisan
Muslimin :
“Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat kepada kaum yang
zalim .”
adalah satu amaran yang keras kepada kelompok Muslimin di
Medinah, tetapi ia bukannya satu amaran yang keterlaluan. Memang benar amaran
ini keras, tetapi ia menggambarkan hakikat yang sebenar, kerana tidak mungkin
seseorang Muslimin memberi kesetiaannya kepada orang-orang Yahudi dan Nasara
kemudian keislaman dan keimanannya masih tetapi tidak terjejas dan hak
keanggotaannya di dalam barisan Muslimin masih boleh dimilikinya, sedangkan
barisan Muslimin memilih Allah (selaku pelindung mereka) dan Rasul-Nya serta
orang-orang yang beriman sebagai penolong-penolong dan rakan-rakan setia
mereka. Oleh itu di sinilah letaknya persimpangan jalan .
Ketegasan seseorang Muslim tidak mungkin goyah dalam
melaksanakan dasar pengasingan yang total di antara dia dengan setiap
orang-orang yang tidak mengikut sistem Islam dan di antara dia dengan setiap
mereka yang mengangkat panji-panji yang bukan panji-panji Islam kemudian
selepas itu ia boleh lagi melakukan
sesuatu usaha yang bernilai dalam gerakan Islamiyah yang besar yang bertujuan –
pertama-tamanya – menegakkan satu sistem
yang unik dan realistik di bumi
ini yang berlainan daripada segala sistem yang lain dan juga berasasklan
satu kefahaman yang unik dan berlainan daripada segala kefahaman yang lain .
(BERSAMBUNHG)
No comments:
Post a Comment