(SAMBUNGAN )
Saiyyid Qutb (Fizizlalil Quran – al-Anfal) :
Islam yang sebenar ialah pergerakan yang menyertai
pengakuan lisan yang melafazkan dua kalimah syahadat , iaitu pergerakan
mencabutkan diri daripada masyarakat Jahiliyah dengan segala kefahamannya,
nilai-nilainya, kepimpinan, kekuasaan, undang-undang dan peraturannya di
samping menunjukkan kesetiaan kepada kepimpinan dakwah Islamiyah dan kepada
barisan kelompok Muslimin yang berhasrat untuk menegakkan Islam di alam
realiti. Pergerakan inilah yang membuat para pembesar Quraisy tidak dapat
melelapkan mata mereka dan bangkit menentang Islam dengan segala cara dan
sarana dan di antaranya ialah cara membuat dakwaan-dakwaan yang dusta terhadap
al-Quran dengan mengatakan bahawa al-Quran iaitu adalah cerita-cerita dongeng
orang-orang di zaman dahulu, dan mereka juga mendakwa boleh mengadakan
ayat-ayat yang sama dengan ayat-ayat al-Quran jika mereka mahu. Mereka membuat
cabaran ini berulang-ulang kali, tetapi mereka menunjukkan kelemahan mereka
setiap kali mereka membuat cabaran itu .
Allah
memerintahkan kita supaya mentaati Dia sahaja dan jangan mentaati agama
Jahiliyah serta supaya kita memisahkan diri kita daripada agama Jahiliyah dan
para penganut agama Jahiliyah.
Bagi
kita dalam negara kita kini Allah memerintahkan kita supaya memisahkan diri
kita daripada agama demokrasi serta para penganut agama demokrasi, bukan sahaja
kita diperintahkan supaya berpisah dan berbeza dengan orang-orang kafir, malah
terlebih serius lagi kita juga diperintahkan supaya berbeza dan berpisah dengan
umat Islam kita sendiri yang mengamal sistem politik demokrasi serta yang bersikap
pro-demokrasi. Pemisahan ini berperanan untuk mendemonstrasikan kepada umat
Islam kita yang majoriti ini mengenai perbezaan jalan perjuangan Islam yang
diredhai Allah dengan jalan demokrasi yang kufur yang tidak diredhai Allah.
Dalam pada itu kita akan terus berinteraksi dan berkomunikasi dengan massa umat
Islam kita yang pro-demokrasi ini dalam menyampaikan risalah Islam supaya
mereka meninggalkan amalan politik demokrasi, memisahkan diri mereka daripada
sistem kehidupan demokrasi dan supaya mereka menyertai Pergerakan Islam Janin
ini untuk bersama-sama berjuang ke jalan Allah .
Firman Allah : al-Anaam 65
Katakanlah : Allah yang berkuasa mengirimkan azab ke atas kamu dari arah atas kepala kamu dan dari arah bawah kaki kamu atau Dia mengelirukan kamu hingga kamu berpecah belah kepada berbagai-bagai puak dan merasakan kamu bencana (perang dan penindasan) di antara kamu terhadap satu sama lain. Lihatlah bagai mana Kami menjelaskan ayat-ayat kepada mereka dengan berbagai-bagai cara supaya mereka mengerti.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Inilah gambaran azab yang berkekalan dan panjang
masanya yang dialami mereka dari tangan mereka sendiri. Inilah azab yang
sentiasa diteguk dan ditelan mereka apabila mereka dikeliru dan dijadikan
berbecah belah kepada berbagai-bagai puak dan parti yang hampir-hampir serupa
perjuangannya dan tidak dapat dibezakan dan dipisahkan di antara satu sama
lain. Puak-puak dan parti-parti ini sentiasa bergolak bertarung, berseteru,
bertelagah dan menindas satu sama lain .
Seluruh negara di dunia pada hari ini hidup dalam
azab dan kesengsaraan berpecah belah yang berlangsung begitu perlahan dan
berlarutan dalam masa yang panjang.
Hakikat inilah yang seharusnya mendorongkan kita
kearah usaha mengukuhkan kedudukan kelompok Muslimin di seluruh dunia. Mereka
perlu bertindak segera memisahkan diri mereka dari Jahiliyah yang mengepung di
sekeliling mereka. Definisi Jahiliyah ialah setiap peraturan, undang-undang dan
setiap masyarakat yang tidak berpandukan syariat Allah yang Maha Esa dan tidak
menentukan Uluhiyah dan kuasa Hakimiyah kepada Allah sahaja. Mereka perlu
bersih daripada Jahiliyah yang wujud di sekeliling mereka dan menganggapkan
diri mereka sebagai satu umat yang berbeza daripada puak dan golongan yang
telah memilih untuk hidup kekal dalam sistem hidup Jahiliyah dan untuk terus
berpegang dengan undang-undang dan peraturan Jahiliyah, neraca pertimbangan dan
nilai-nilainya.
Kelompok atau umat Muslimin tidak akan selamat
daripada azab perpecahan yang dijelaskan oleh Allah :
Atau Dia menjadikan kamu keliru dan menyebabkan kamu
berpecah belah kepada berbagai-bagai puak dan merasakan kamu bencana (perang
dan penindasan) terhadap satu sama lain – al-Anaam 65
kecuali umat Muslimin berpisah dari segi Aqidah,
perasaan dan cara hidup daripada golongan kaumnya dan yang mendukung Jahiliyah
sehingga Allah izinkan mereka menegakkan negara Islam yang dijunjung mereka,
dan kecuali mereka mempunyai perasaan dan persaudaraan yang sempurna bahawa
mereka adalah umat Muslimin, sementara negeri-negeri di sekeliling dan
golongan-golongan manusia di sekeliling mereka yang belum lagi mendukung Islam
yang didukung mereka adalah negeri-negeri Jahiliyah atau mendukung
pendukung-pendukung Jahiliyah belaka, malah mereka perlu memisahkan diri mereka
dari segi aqidah dan sistem hidup daripada golongan mereka sendiri dan selepas
itu mereka harus memohon kepada Allah agar ia menyelesaikan kedudukan di antara
mereka dengan kaum mereka dengan penyelesaian yang benar. Sesungguhnya Dialah
sebaik-baik Penyelesai.
Jika kelompok Muslimin tidak melakukan pemisahan
dan pembezaan yang seperti ini nescaya wajarlah mereka menerima azab yang
diancamkan oleh Allah, iaitu azab sengsara hidup berpecah belah di dalam
berbagai-bagai puak dan kumpulan di dalam masyarakat, sedangkan puak-puak dan
kumpulan tidak dapat dibezakan di antara satu sama lain dengan ciri-ciri
perbezaan yang jelas hingga mengelirukan orang ramai. Di waktu inilah kelompok
Muslimin akan ditimpa azab sengsara berpecah belah yang berlarut-larutan tanpa
mendapat rahmat penyelesaian yang dijanjikan Allah .
Sikap memisah dan membezakan diri mungkin
mengakibatkan kelompok Muslimin terpaksa melakukan pengorbanan, dan menghadapi
berbagai-bagai kesulitan dan kesukaran, tetapi pengorbanan-pengorbanan dan
kesulitan itu tidaklah sebesar azab sengsara hidup berpecah belah yang akan
ditanggung oleh mereka sebagai akibat daripada mereka tidak mengambil sikap
memisah dan membezakan diri dan kerana mereka membiarkan diri mereka
bercampuraduk dan terumbang ambing dalam masyarakat Jahiliyah di sekeliling
mereka .
Apabila disemak dan diteliti kembali sejarah dakwah
kepada agama Allah yang dilakukan oleh seluruh Rasul-rasul nescaya akan
memberkan kita keyakinan yang kuat bahawa penyelesaian pertolongan Allah, juga
pelaksanaan janji Allah tidak pernah berlaku sekalipun sebelum kelompok
Muslimin itu memisahkan diri daripada kaum mereka dari segi aqidah dan cara
hidup iaitu memisahkan diri dengan kepercayaan sistem hidup Jahiliyah. Di sini
lah letaknya titian perpisahan dan persimpangan jalan dalam semua perjuangan
dakwah yang dilakukan oleh para Rasul .
Firman Allah : Yusuf 37, 38, 39, 40
Sesungguhnya aku telah meninggalkan agama sesuatu kaum yang tidak beriman kepada Allah dan mereka juga tidak percaya kepada hari akhirat .
Dan aku telah mengikut agama datuk nenekku Ibrahim, Ishak dan Yaakub . Kami tidak wajar sekali –kali mempersekutukan Allah dengan sesuatu . Itulah sebahagian daripada limpah kurnia Allah kepada kami dan kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur .
Wahai dua sahabat sepenjaraku, apakah Tuhan-tuhan yang banyak itu lebih baik atau Allah yang Maha Esa Perkasa (lebih baik) .Kamu tidak sembah selain daripada Allah melainkan hanya nama-nama Tuhan yang dinamakan oleh kamu dan datuk nenek kamu sahaja. Allah tidak pernah menurunkan sebarang hujah mengenainya. Sesungguhnya urusan perintah itu hanya dimiliki Allah sahaja. Dai telah memerintah supaya kamu jangan mengabdikan diri melainkan kepada Allah sahaja. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Saiyyid Qutb (fizilalil Quran) :
Faktor pertama yang mengeluarkan mereka daripada
Islam ialah ketaatan mereka kepada yang lain daripada Allah yang Maha Esa,
faktor pertama yang mengembalikan mereka ke pangkuan Islam ialah ketaatan mereka
kepada Allah yang Maha Esa dan dalam seluruh urusan mereka bukannya di dalam
urusan syiar ibadat yang tertentu sahaja dan bukan pula di dalam urusan iktikad
dan kepercayaan hati sahaja.
Tinjauan ini berguna kepada kita untuk menilaikan
kedudukan umat manusia pada hari ini, juga untuk menentukan tabiat dakwah
Islamiyah.
Umat manusia pada hari ini secara keseluruhannya
sedang mengaturkan langkah kembali yang menyeluruh kepada Jahiliyah, di mana
umat manusia telahpun dikeluarkan darinya oleh Rasul terakhir Muhammad saw.
Jahiliyah ini telah menjelma dalam berbagai-bagai bentuk. Setengahnya menjelma
dalam bentuk mengingkarkan Allah dan menafikan kewujudan-Nya. Itulah Jahiliyah
iktikad dan kefahaman yang dianuti oleh penganut-penganut komunis.
Setengah Jahiliyah menjelma dalam bentuk pengakuan
yang tidak betul terhadap kewujudan Allah swt, juga dalam bentuk penyelewengan
dalam bidang mengerjakan syiar-syiar ibadat dan melakukan ketaatan. Itulah
bentuk Jahiliyah umat-umat yang menyembah berhala seperti umat Hindu dan
lainnya juga seperti Jahiliyah yang diamalkan oleh umat Yahudi dan umat
Kristian.
Setelah Jahiliyah pula muncul dalam bentuk
pengakuan yang betul terhadap kewujudan Allah swt dan dalam amalan menunaikan
syiar-syiar ibadat, tetapi melakukan penyelewengan yang berat dalam memahami
konsep syahadat ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan Muhammad Rasulullah, di samping melakukan
perbuatan syirik yang jelas dalam bidang ketaatan dan kepatuhan mengikut dan
menjunjung perintah seperti Jahiliyah yang terdapat pada orang-orang yang
menamakan diri mereka sebagai orang-orang Islam dan menyangka telah menganut
Islam dan berhak mendapat sifat Islam dan segala haknya sebaik sahaja mereka
melafazkan dua kalimah syahadat dan menunaikan amal ibadat yang tertentu
sedangkan mereka mempunyai pengertian yang buruk terhadap konsep dua kalimat syahadat
dan memberi ketaatan dan kepatuhan mereka kepada makhluk yang lain daripada
Allah.
Semuanya merupakan budaya Jahiliyah dan budaya
kufur seperti yang telah dilakukan oleh umat-umat di zaman dahulu atau budaya
syirik seperti yang dilakukan oleh orang-orang di zaman kebelakangan ini.
Tinjauan dengan sedemikian jelas terhadap realiti
umat manusia membuktikan kepada kita bahawa umat manusia pada hari ini pada
keseluruhannya telah kembali kepada Jahiliyah yang menyeluruh. Mereka sedang
mengalami perkembalian semula yang menyedihkan kepada Jahiliyah, sedangkan
sebelum ini mereka telahpun beberapa kali diselamatkan Islam daripadanya. Dan kali terakhir mereka telah diselamatkan
Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Inilah yang menentukan bentuk peranan
asasi angkatan perintis kebangkitan Islamiyah. Ia merupakan tugas asasi yang
harus dilaksanakan mereka untuk kebaikan umat manusia dan seterusnya ia
merupakan titik permulaan yang jelas bagi tugas ini.
Angkatan perintis kebangkitan semula Islam di zaman
ini harus memulakan tugas mereka dengan berdakwah menyeru umat manusia masuk ke
dalam Islam sekali lagi dan keluar daripada budaya Jahiliyah yang malang, yang
dimasuki semula itu, tetapi di samping itu mereka harus menekan konsep Islam
yang asasi, iaitu percaya kepada Uluhiyah Allah yang Maha Esa sahaja, melakukan
syiar ibadat untuk Allah yang Maha Esa sahaja, menumpukan ketaatan mengikut dan
menjunjung perintah dalam semua urusan hidupan kepada Allah yang Maha Esa
sahaja, tanpa penekanan konsep-konsep asasi ini, kemasukan mereka ke dalam
Islam belum lagi sempurna dan mereka di kira belum lagi berhak menikmati
hak-hak yang telah dijamin Islam terhadap diri dan harta benda mereka. Oleh itu
ketiadaan salah satu daripada konsep-konsep asasi ini sama dengan ketiadaan
seluruh konsep itu, iaitu ia boleh mengeluarkan mereka daripada Islam kepada
budaya Jahiliyah dan boleh memalit mereka dengan sifat-sifat kufur dan syirik
secara qotie.
Jahiliyah yang wujud sekarang ini merupakan
pusingan giliran baru Jahiliyah yang muncul selepas Islam dan ia pasti dihadapi
dan ditentang oleh pusingan giliran baru Islam untuk mengembalikan manusia
kepada Allah sekali lagi dan mengeluarkan mereka daripada Ubudiyah kepada
sesama manusia kepada Ubudiyah kepada Allah yang Maha Esa .
Persoalan ini harus sampai ke tahap yang cukup
jelas, tegas dan terang di dalam jiwa kelompok Muslimin yang sedang menghadapi
kebangkitan Jahiliyah yang menyeluruh di zaman yang malang ini di dalam sejarah
manusia. Tanpa penjelasan dan ketegasan yang sedemikian akan menyebabkan
angkatan perintis kebangkitan semula itu terumbang ambing dihadapan masyarakat
Jahiliyah disangkakan mereka sebagai masyarakat Islam, di samping menyebabkan
mereka kehilangan matlamat-matlamat yang hakiki akibat gagal menentukan titik permulaan
perjuangan yang harus bermula daripada kedudukan manusia yang sebenar secara
yakin bukan secara andaian semata-mata, kerana jarak di antara andaian dan
kedudukan yang sebenar itu amat jauh.
Kini marilah kita berhenti seketika buat kali
terakhir dalam ulasan terakhir ini di hadapan pendirian yang sama yang telah
ditunjukkan oleh para Rasul terhadap kaum masing-masing, di mana mereka
diutuskan dan sebagai mana pendirian itu berbeza di antara pertingkat awal dan
di peringkat akhir perjuangan sebagai mana yang dipaparkan oleh kisah-kisah
para anbia di dalam surah ini.
Setiap Rasul diutuskan kepada kaumnya
masing-masing, di permulaan dakwah, Rasul merupakan salah seorang anggota dalam
masyarakat kaumnya. Ia menyeru mereka kepada Islam dengan seruan seorang
saudara kepada saudara-saudaranya. Ia ingin mereka mendapat hidayat daripada
Allah sama dengan seorang yang telah mendapat hidayat inginkan
saudara-saudaranya yang lain mendapat hidayat yang sama, kerana ia mendapat
bukti kebenaran yang jelas di dalam hatinya daripada Allah.
Inilah pendirian setiap Rasul terhadap kaumnya
diperingkat permulaan perjuangan dakwah, tetapi pendirian itu berbeza di
peringkat akhir perjuangan dakwah .
Hasil daripada dakwah di peringkat pertama,
sekumpulan daripada kaumnya menyambut dakwahnya dan beriman kepada
ajaran-ajaran Allah yang dibawa olehnya. Mereka menyembah Allah yang Maha Esa
sebagai mana yang dituntut oleh Rasul daripada mereka dan menanggalkan belenggu
ketaatan kepada sesama makhluk dari lehir mereka dan dengan itu mereka telah
menjadi umat Muslimin yang sebenar, tetapi kumpulan-kumpulan kaumnya yang lain
tidak menyambut dakwahnya dan mengingkarkan segala ajaran yang dibawa olehnya
dan terus memberi ketaatan mereka kepada yang lain daripada Allah. Mereka
kekeliruan di dalam budaya Jahiliyah dan enggan keluar ke pangkuan Islam dan
kerana itu kumpulan ini menjadi “umat musyrikin”.
Kini kaum itu telah berpecah dalam menghadapi
dakwah Rasul itu kepada dua umat, iaitu umat Muslimin dan umat musyrikin.
Mereka tidak lagi hidup sebagai satu kaum sebagai mana keadaan mereka sebelum
kebangkitan Rasul walaupun mereka merupakan satu kaum dari segi bangsa dan
hubungan darah keturunan, kerana kini hubungan bangsa dan darah keturunan,
hubungan kenegerian dan kepentingan bersama tidak lagi berfungsi menjalinkan
hubungan yang erat di antara mereka seperti di zaman sebelum dibangkitkan
Rasul, kerana selepas kebangkitan Rasul satu tali hubungan yang baru telah
muncul dan tali hubungan inilah yang menjalinkan hubungan satu kaum atau memecahkannya.
Itulah tali hubungan aqidah, tali hubungan sistem hidup dan tali hubungan
ketaatan. Tali hubungan inilah yang telah memecahkan satu kaum itu kepada dua
umat yang tidak mempunyai titik pertemuan dan tidak dapat hidup bersama.
Perpecahan itu berlaku setelah munculnya perbezaan
aqidah di antara dua umat itu. Diwaktu inilah Rasul dan pengikut-pengikutnya
yang tidak beriman memisahkan diri dari kaumnya berlandaskan prinsip aqidah,
prinsip sistem hidup dan prinsip ketaatan. Mereka kini telah berpisah dari umat
musyrikin, sedangkan sebelum kebangkitan Rasul mereka merupakan satu kaum
sahaja. Apabila dua sistem hidup telah berbeza, maka dengan sendirinya lahir
dua umat dan kedua-dua umat yang lahir dari satu kaum itu tidak lagi mempunyai titk pertemuan dan tidak dapat hidup bersama.
Apabila umat Muslimin berpisah dari kaumnya di atas
prinsip aqidah, prinsip sistem hidup dan prinsip ketaatan, maka Allah
memisahkan di antara dua umat itu dan
bertindak membinasakan umat Musyrikin dan menyelamatkan umat Muslimin.
Inilah peraturan yang tetap di sepanjang sejarah sebagaimana dapat kita lihat
di dalam surah ini.
Hakikat yang harus disedari dengan penuh keyakinan
oleh angkatan printis kebangkitan semula Islam ialah Allah tidak memisahkan
kaum Muslimin dari musuh-musuh mereka melainkan setelah kaum Muslimin sendiri
memisahkan diri dari musuh-musuh mereka kerana perbuatan mereka yang telah
mempersekutukan Allah serta mengisytiharkan bahawa mereka hanya memberi
ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa sahaja dan tidak akan tunduk dan taat
kepada tuhan-tuhan palsu mereka, juga tidak akan mengikut para Taghut yang
zalim dan seterusnya mereka tidak akan hidup bersama dalam masyarakat yang
dikuasai para Taghut yang memerintah undang-undang dan peraturan yang tidak
diizinkan oleh Allah sama ada yang berhubung dengan itiqad atau syiar-syiar
ibadat atau undag-undang dan peraturan masyarakat.
Allah tidak mencampur tangan untuk membinasakan
kaum yang zalim melainkan kaum Muslimin memisahkan diri dari mereka. Selama
kaum Muslimin tidak memisahkan diri dan memutuskan hubungan dengan kaum mereka
yang tidak beriman, selama mereka tidak mengumumkan bahawa agama mereka
berlainan dari agama mereka, sistem dan cara hidup mereka berlainan dari sistem
dan cara hidup mereka, maka selama itulah Allah tidak mencampur tangan
memisahkan mereka dari kaum mereka dan merealisasikan janjinya untuk menolong
orang-orang yang beriman dan membinasakan orang-orang yang zalim.
Inilah peraturan Ilahi yang tetap yang harus
difahami oleh angkatan peritis kebangkitan semula Islam, dan di atas landasan
peraturan inilah mereka harus menyusun pergerakan mereka.
Langkah yang pertama dimulai dengan usaha dakwah
menyeru manusia supaya masuk ke dalam agama Islam dan menumpukan ketaatan
mereka kapada Allah Yang Maha Esa tanpa sebarang sekutu serta membuang ketaatan
mereka kepeda sesama manusia dalam apa sahaja bentuknya. Kemudian kaum yang
satu itu berpecah kepada dua golongan. Golongan beriman yang mentauhidkan Allah
dan menumpukan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa berdiri dalam satu barisan
dan membentuk satu umat, sementara golongan Musrikin yang memberi ketaatan
kepada semua makhluk Allah berdiri dalam satu barisan yang lain. Kemudian
golongan yang beriman memisahkan diri dari golongan orang-orang Musyrikin, dan
disini berlakulah janji Allah yang menolong golongan yang beriman dan
mebinasakan golongan Musrikin sebagaimana yang telah berlaku disepanjang
sejarah manusia.
Kadang-kadang tempoh perjuangan berdakwah itu
memakai waktu yang panjang sebelum berlakunya pemecahan di antara dua golongan
itu dialam kenyataan, tetapi pemisahan secara aqidah dan perasaan harus bermula
dari detik pertama perjuangan.
Proses pemisahan di antara dua umat yang berasal dari satu kaum itu kadang-kadang
berlaku dalam jangka waktu yang lembab, di mana satu generasi atau lebih dari
generasi-generasi para pendakwah terpaksa melakukan berbagai-bagai pengorbanan
dan mengalami berbagai-bagai keseksaan dan penderitaan yang pedih, tetapi janji
Allah yang akan memisahkan mereka dari golongan yang tidak beriman itu pastilah
tersemat di dalam hati kelompok Mukminin, kerana janji itu lambat laun akan
tetap terlaksana dalam satu atau beberapa generasi mereka. Janji itu tetap akan
tiba kerana Allah tidak akan memungkiri janji-Nya yang telah menjadi peraturanya
yang tetap di sepanjang sejarah.
Melihat peraturan Allah dengan pandangan yang tegas
dan jelas seperti ini merupakan suatu keperluan bagi setiap pergerakan Islam
dalam perjuangan menghadapi jahiliah yang menyeluruh ini, kerana peraturan itu
merupakan satu peraturan yang tetap, yang tidak terikat dengan masa dan tempat
yang tertentu. Selama angkatan perintis kebangkitan semula Islam menghadapi
umat manusia pada hari ini dalam mana-mana peringkat Jahiliah yang
berulang-ulang itu dengan akidah yang sama, yang diperjuangkan oleh para Rasul
alayhim Salawatullahi wa Salamu-Hu dan
terus berjuang pada setiap kali umat manusia kembali semula kepada Jahiliah,
maka sudah tentu kelompok Muslimin dapat meneruskan perjuangan mereka dengan
titik mula dan titik akhir yang jelas, di mana di antara keduanya diselangi
tempoh berdakwah dan dengan keyakinan bahawa peraturan Alah tetap akan berlaku
dan kesudahan yang baik tetap akan berada di pihak takwa.
Umat Islam di Malaysia kini adalah terdiri daripada
kaum Muslimin berbangsa Melayu yang SATU yang mengimani dan menganuti agama
Islam Modenis ciptaan Orientalis Barat yang dikembangkan oleh Abduh dan
pengikut-pengikutnya. Seluruh penganut agama Islam Modenis sekarang ini adalah
terdiri daripada umat Islam Melayu yang mengucap dua kalimah syahadah kerana
mereka pada asalnya beragama Islam yang lahir sebagai orang-orang Islam
daripada ibu bapa mereka yang beragama Islam, tetapi dari segi amalan dan
kehidupan politik, ekonomi, sosial dan moral, mereka berpegang kepada Uluhiyah
dan Rububiyah Manusia yang menolak dan mengingkari Uluhiyah dan Rububiyah Allah
dan yang merosakkan pegangan dan amalan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ lantaran amalan sistem politik demokrasi. Ini
bererti bahawa seluruh bangsa Melayu kini berada dalam agama Jahiliyah
demokrasi dan mereka kesemuanya wujud dalam keadaan AQIDAH mereka yang rosak,
sesat dan menyeleweng daripada AQIDAH ISLAM yang sebenar.
Umat Islam kita sama ada di Malaysia mahupun di
dunia amnya sedang meluncur kembali kepada Jahiliyah, walaupun adanya “Islamic
Revival” rata-rata di dunia ini termasuk juga di Malaysia, dan walaupun adanya
Islam Hadhari dan Program Islamisasi, serta segala agensi Islam milik kerajaan
seperti Jakim, Yadim, Ikim, Fakulti-fakulti Islam di berbagai-bagai universiti,
umat Islam kita tetap meluncur kembali kepada Jahiliyah. Ini adalah kerana
“Islamic Revival”, Islam Hadhari, Program Islamisasi dan berbagai-bagai agensi
Islam kerajaan ini kesemuanya hanyalah berbentuk Islam kosmetik sahaja, padahal
dari segi Aqidah Islam, kerajaan kita dan umat Islam kita rata-ratanya sedang
kembali semula kepada Jahiliyah kerana mereka berpegang kepada Uluhiyah dan Rububiyah
Manusia dengan menolak dan mengingkari Uluhiyah dan Rububiyah Allah dalam
kehidupan politik, ekonomi, sosial dan moral mereka hari-hari seperti mana yang
telah dibincangkan dengan panjang lebar dalam bahagian-bahagian yang terlebih
awal dalam buku ini. Kesemuanya ini adalah berpunca daripada ankara dan kerenah
kaum Ahlil Kitab, mereka merosakkan agama Islam kita dengan mewujudkan agama
Islam Modenis yang baru ajaran para Orientalis Barat yang dikembangkan oleh
Abduh dan rakan-rakannya. Dalam menangani persoalan ini, tiada jawapan yang
lain yang lebih tepat melainkan umat Islam kita perlu kembali semula kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, iaitu untuk beriman kepada Uluhiyah dan Rububiyah
Allah dengan total dan dengan sekali gus untuk menolak dan mengingkari dengan
total terhadap Uluhiyah dan Rububiyah Manusia.
Firman Allah : al-Baqarah 208
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam semua sekali dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan-syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang amay nyata.
Kebangkitan Islam bermula dengan pengembalian semula umat
Islam kepada agama Islam, iaitu kita sekali lagi memasuki ke dalam agama Islam
yang asal, sempurna dan sebenar, kita beriman dengan agama Islam yang benar
yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya, dan kita mengeluarkan diri kita daripada
agama Islam yang sedang kita imani, anuti dan amalkan kini kerana ianya adalah
agama yang sesat, rosak dan pincang warisan daripada nenek moyang kita yang
direka dan ciptakan oleh kaum Yahudi.
Apabila umat
Islam kembali semula kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, ia akan mewujudkan satu
golongan perintis para pejuang Islam (Pergerakan Islam Janin) yang baru yang
berpegang dengan teguh dan total kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan yang mentaati Allah
dengan total dalam seluruh bidang kehidupan, baik ibadat mahupun politik,
ekonomi, sosial dan akhlak, serta dengan tegas mereka menolak Islam Modenis yang
sedang diamal oleh majoriti daripada massa umat Islam kita kini. Mereka menolak aqidah demokrasi dan sistem politik demokrasi, mereka
menolak kepimpinan kerajaan demokrasi yang dipimpin oleh kaum Muslim yang
sebangsa dan seketurunan dengan mereka. Mereka membentuk satu masyarakat Islam
yang baru yang berbeza dan terpisah daripada masyarakat umat Islam Malaysia
yang sedang wujud kini, yang berbeza dan terpisah daripada masyarakat
orang-orang kafir, dan mereka akan hanya berada di bawah kepimpinan Allah dan
Rasul-Nya, iaitu kepimpinan yang sama sekali berbeza dan terpisah daripada
seluruh kepimpinan umat Islam yang wujud kini di Malaysia dan dunia seluruhnya.
Aqidah Islam mempunyai kekuatannya yang tersendiri
yang berkemampuan untuk memecah belahkan perpaduan orang-orang Melayu, dan
dengan terbentuknya satu masyarakat perintis Islam yang baru, sememangnya
orang-orang Melayu akan akhirnya berpecah kepada dua golongan - satu golongan
adalah terdiri daripada umat Islam yang telahpun kembali semula kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang membentuk satu masyarakat umat Islam Melayu
yang baru di bawah kepimpinan Islam yang baru dan yang tulen berpegang kepada
kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dengan jumlahnya yang sangat
kecil pada peringkat permulaan ini, manakala satu golongan lagi adalah yang
terdiri daripada majoriti yang terbesar daripada massa orang-orang Melayu yang
belum lagi kembali semula kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan yang masih kekal dalam masyarakat Jahiliyah
demokrasi serta mereka mentaati kerajaan Jahiliyah demokrasi ini yang bererti
bahawa mereka mempertuhankan sesama manusia serta mereka masih berpegang kepada
agama Islam Modenis yang rosak dan sesat ini.
Kewujudan masyarakat perintis Islam yang baru dan
kerdil pada peringkat permulaan perjuangan Islam ini, iaitu suatu masyarakat
Islam yang Aqidahnya adalah sama sekali berbeza dan terpisah daripada aqidah
masyarakat umat Islam yang tersedia wujud ini, serta suatu masyarakat Islam
yang dipimpin oleh kepimpinan yang baru yang langsung berbeza dan terpisah
daripada kepimpinan Melayu yang sedia ada, merupakan suatu masyarakat yang
berbentuk satu cabaran dan ancaman yang serius terhadap kestabilan dan
kewibawaan kerajaan Melayu yang syirik dan kufur ini. Hal ini tidak memberi
pilihan yang lain kepada kerajaan demokrasi yang sedang berkuasa dan berdaulat
ini melainkan untuk melancarkan tindakan-tindakan penindasan dan kezaliman
terhadap masyarakat Islam yang baru ini, dan bahawa hakikat ini adalah suatu
gejala yang semula jadi yang boleh berlaku di antara agama Islam yang benar
dengan agama Jahiliyah Demokrasi yang syirik dan kufur. Penindasan dan
kezaliman ke atas masyarakat perintis Islam ini menandakan titik permulaan
pergolakan dan perjuangan Islam dalam bentuk yang aktif, radikal, revolusyeneri
dan militen.
Pergolakan ini akhirnya membawa kepada Konfrantasi
Terbuka di antara kedua-dua golongan orang-orang Melayu ini; iaitu di antara
para perintis pejuang Islam Melayu yang kerdil dan baru ini dengan kerajaan
Melayu, polis Melayu, tentera Melayu yang disokong oleh segelintir daripada
saki baki penyokong-penyokong Melayu. Manakala majoriti daripada seluruh massa
umat Islam Melayu sekelian hanya sekadar memerhati sahaja terhadap segala
perkembangan baru yang sedang berlaku di dalam persekitaran mereka ini, namun
gejala yang terpenting sekali ialah mereka ini sudah mula terdedah kepada
idea-idea Islam yang sebenar yang merupakan idea-idea yang baru bagi mereka.
Justeru Konfrantasi Terbuka ini sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam
mendedahkan segala idea Islam yang sebenar yang akan merintis jalan dan
mendorongkan golongan majoriti massa umat Islam kita untuk kembali semula
kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Konfrantasi Terbuka ini akan berterusan, dan hari
demi hari ianya akan bertambah serius yang kemudiannya akan berkembang dan
membesar kepada revolusi-revolusi separuhan (partial revolutions). Seluruh kaum
kafir akan membantu kerajaan demokrasi Melayu – ini adalah juga sesuatu yang
logikal. Mereka tidak akan menyokong Pergerakan Islam dan kebangkitan Islam,
mereka tidak ada pilihan yang lain melainkan untuk menyokong dan bergabung
dengan kerajaan Jahiliyah Melayu dalam menentang dan membenteraskan kebangkitan
Islam. Penentangan orang-orang kafir terhadap kebangkitan Islam ini akan turut
mendorong golongan orang-orang Melayu yang majoriti dan “non-committal” ini
untuk menyertai Pergerakan Islam yang baru ini. Secara umumnya, hukum Islam dan
budaya Islam tidak membenarkan orang-orang Melayu untuk bersekongkol dengan
orang-orang kafir untuk berseteru sesama Islam, apatah lagi untuk bergabung
dengan orang-orang kafir bagi tujuan untuk bermusuh dan berperang sesama kita
umat Islam.
Apabila seluruh orang-orang kafir bersatu dengan
kerajaan Jahiliyah Melayu kerana memusuhi dan memerangi Pergerakan Islam yang
baru dan kecil ini, seluruh orang-orang Melayu yang berada di luar daripada
Pergerakan Islam ini, akan mengambil sikap dan pendirian yang tegas untuk
berpisah dan meninggalkan Jahiliyah dan kerajaan Jahiliyah Melayu untuk
bergabung dan bersatu dengan Pergerakan Islam yang baru ini. Hal ini adalah
sesuatu yang semula jadi. Mereka tidak akan menyebelahi Kerajaan Melayu;
pertama sekali, kerana kerajaan Melayu ini disokong oleh seluruh orang-orang
kafir, dan situasi ini merupakan satu ancaman yang serius terhadap status
“superiority” dan keunggulan orang-orang Melayu Islam ini sendiri; kedua,
situasi konflik di antara Islam dengan kufur seperti ini akan merangsangkan
mereka untuk mempelajari dan memahami mengenai Aqidah dan Pemikiran Islam yang
sebenar dan untuk memahami bahawa kerajaan Melayu ini adalah kerajaan yang syirik
dan kufur, serta untuk memahami dan menyedari bahawa selama ini mereka sendiri
pun sebenarnya menganuti agama Islam Modenis yang terkeluar daripada landasan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Konflik agama yang dicetus dan dimunculkan oleh
Pergerakan Islam yang baru ini berperanan sebagai pendorong yang kuat untuk
mengembalikan semula orang-orang Melayu ke pangkuan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, dan apabila gejala ini berlaku, mereka akan
mengalami kebangkitan Islam dan mereka akan berjihad dan memerangi kerajaan
Melayu ini.
Namun dorongan dan tarikan yang terkuat bagi massa
umat Islam Melayu ini untuk kembali semula kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ialah seruan kepada jalan Allah ini sendiri, iaitu
seruan kepada kesedaran dan keinsafan mengenai kesyirikan dan kekufuran
demokrasi dan kerajaan demokrasi, mengenai kerosakan Aqidah Islam akibat
daripada amalan dan ketaatan kepada kerajaan demokrasi dan seruan kepada Aqidah
Islam yang sebenar yang bersih dan suci daripada segala unsur kesyirikan dan
kekufuran, dan seruan untuk menyertai Pergerakan Islam yang baru ini yang
membebaskan seluruh manusia daripada aqidah Jahiliyah dan kepimpinan Jahiliyah
yang kesemuanya ini dilakukan dengan ikhlas kerana Allah dan untuk Allah. Seruan-seruan
kepada kebangkitan Islam ini mempunyai kekuatan-kekuatan dan tarikan-tarikan
istimewanya yang tersendiri yang kuat melekat pada hati-hati orang-orang Melayu
yang beragama Islam kerana ianya dilakukan ketika para pejuang Islam ini
mempamirkan semangat dan sifat-sifat kesabaran, keazaman dan ketahanan yang
kuat dan kental dalam menghadapi segala bentuk penindasan dan kezaliman
daripada kerajaan demokrasi yang memusuhi Islam dan umat Islam, dan kerana
ianya dilakukan oleh para pejuang Islam dengan kesanggupan untuk mengorbankan
jiwa, harta, keluarga dan “career” mereka semata-mata kerana ketaatan kepada
perintah Allah untuk mendapat keredhaan Allah.
Faktor yang paling utama, faktor yang mengatasi
segala faktor yang lain dalam mempastikan kejayaan untuk mengembalikan semula
umat Islam ke pangkuan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ialah terlaksananya JANJI
ALLAH yang Maha Agung! Seruan-seruan kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ oleh sesuatu
Pergerakan Islam itu mempunyai kekuatan yang melekat pada hati-hati massa
orang-orang Melayu kerana ianya (seruan-seruan ini) adalah disertai dengan
pertolongan daripada Allah sebagai memenuhi janji Allah untuk membantu umat
Islam yang telah sempurna memenuhi syarat Allah, iaitu syarat yang berbentuk
PEMBEZAAN dan PEMISAHAN Pergerakan Islam yang baru lahir ini daripada
masyarakat Islam yang wujud dipersekitarannya dan daripada kepimpinan Melayu
yang sedia ada. Apabila mereka memisah dan membezakan diri mereka daripada umat
Islam yang berpegang kepada aqidah Islam Modenis dan daripada kepimpinan
Jahiliyah, ianya bererti bahawa mereka telah melayakkan diri mereka untuk
dikurniakan pertolongan Allah sebagai mana yang dijanjikan Allah kepada mereka.
Tidak ada kekuatan yang dapat menandingi pertolongan daripada Allah dan bersandar
kepada kekuatan daripada Allah swt. Allah Maha Menunaikan segala janji-Nya.
Inilah rahsia kemenangan Islam dan perjuangan umat Islam. Allah sentiasa
bersama dengan orang-orang yang beriman.
Walaupun hanya berada pada peringkat permulaan
pergolakan perjuangan Islam ini, kekuatan Aqidah Islam sudah mempamirkan
kesanggupan dan keupayaannya untuk memecahkan tembok kebangsaan Melayu dan ia
akan terus bergerak kehadapan untuk memecah belahkan perpaduan orang-orang
Melayu yang ditegakkan di atas prinsip kebangsaan Melayu; kemudian daripada ini
Aqidah Islam ini dengan mudah sahaja akan memecah belahkan perpaduan rakyat
Malaysia yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum dan agama ini, iaitu
perpaduan yang amat rapuh yang ditegakkan di atas konsep kebangsaan Malaysia
yang nipis.
Justeru adalah semula jadi bagi massa umat Islam
Melayu kita ini untuk terserap ke dalam Gerakan Revolusi Islam, mereka akan
menganuti agama Islam yang baru, iaitu agama Islam yang asal dan sempurna
daripada Allah yang diturunkan kepada Rasul-Nya dan mereka akan meninggalkan
agama Islam Modenis yang sedia ada ini – mereka akan kembali semula kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ! Majoriti daripada orang-orang Melayu akan bersatu
padu sesama Islam di atas perpaduan yang didasarkan kepada Aqidah Islam dalam
satu angkatan yang akan memerangi angkatan yang terdiri daripada orang-orang
Melayu yang lain yang bergabung dan bersatu dengan orang-orang kafir. Satu
angkatan akan berperang kerana Allah manakala satu lagi akan berperang kerana
Taghut. Kesemuanya ini diperjuang dan dilakukan oleh para pejuang Islam di atas
kehendak dan perintah Allah swt. Revolusi Islam di Malaysia ini nanti akan
berbentuk dua Jihad dan perjuangan yang berlaku serentak – pertama, Jihad dalam
menentang dan memerangi kerajaan Jahiliyah demokrasi pimpinan orang-orang
Melayu; dan kedua, Jihad dalam menentang dan memerangi orang-orang kafir yang
memusuhi dan memerangi Islam dan umat Islam! Senario seperti ini adalah sesuatu
yang logikal bagi perjuangan Islam di Malaysia kita yang terdiri daripada
berbagai-bagai kaum dan agama ini.
No comments:
Post a Comment