(BERSAMBUNG)
Allah s.w.t memerintahkan kita supaya jangan tunduk dan
berkompromi dengan orang-orang yang menolak dan menafikan kebenaran Islam
(pendusta-pendusta), biarlah mereka yang tunduk kepada kita! Siapakah
pendusta-pendusta ini? Pendusta-pendusta dalam konteks ayat di atas ini,
bukanlah hanya dimaksudkan kepada pembohong-pembohong semata-mata, tetapi
khususnya ianya dimaksudkan kepada orang-orang yang menafi, menolak, mengingkari
dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap segala kebenaran
daripada Islam.
Bagi zaman kita sekarang ini, pendusta-pendusta (rejectors of faith) seperti yang
disebutkan di dalam ayat di atas ini boleh dimaksudkan kepada pemimpin-pemimpin
Islam yang memboleh dan menghalalkan amalan politik demokrasi ini. Mereka ini adalah
pendusta-pendusta di sisi Allah s.w.t kerana mereka menafikan kesyirikan dan kekufuran
agama demokrasi serta mereka menafikan kesyirikan dan kekufuran dalam
mengamalkannya (agama demokrasi). Allah memerintahkan kita agar kita tidak tunduk
kepada mereka ini, iaitu perintah Allah supaya kita mengingkari dan menentang
mereka serta kita memusuhi dan membenci mereka dan kerajaan mereka yang syirik
dan kufur itu.
Kerajaan demokrasi Malaysia sangat menginginkan supaya kita
bersikap lunak, toleransi dan kompromi dengan mereka dan untuk bersama-sama
mengamal, menghalal dan mengekalkan pemikiran dan kerajaan Jahiliyah demokrasi.
Ayat-ayat ini melarang kita daripada mengamalkan sebarang sikap lunak,
toleransi dan kompromi terhadap kerajaan demokrasi Malaysia, dan kita
diperintahkan untuk terus sahaja mengingkari dan menentang dengan tegas dan keras
terhadapnya. Tidak ada perlembutan, perlunakan, toleransi dan kompromi terhadap
keajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini, dan Islam tidak sewajarnya
berdailog dan berkomunikasi dengannya. Sikap Islam terhadap Jahiliyah daripada
awal sehingga ke akhirnya hanyalah pengingkaran, penentangan, permusuhan dan
kebencian berterusan. Inilah sifat dan kecirian ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang semula jadi dalam menghadapi
sebarang bentuk kesyirikan dan kekufuran.
Akhir sekali kaum kafir Quraisy telah mencadangkan satu lagi
jalan supaya orang-orang Islam dan kafir hendaklah bersama-sama menyembah Tuhan
yang disembah oleh Rasulullah s.a.w. dan Tuhan-Tuhan yang disembah oleh
orang-orang kafir secara bergilir-gilir sebagai usaha berkompromi di antara
Islam dengan kufur. Allah menurunkan surah Al-Kafirun sebagai jawapan kepada
tawaran orang-orang kafir itu :-
Firman Allah: Al-Kafirun 1-6
Katakanlah: Hai orang-orang kafir, Aku tiada menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah. Aku tidak pernah menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah menyembah apa yang aku sembah. Bagi kamu agamamu, bagiku agamaku.
Allah swt mendeklarasikan dengan amat tegas, muktamad dan
jelas bahawa sikap dan tindakan kita terhadap kufur dan segala apa yang
berbentuk kufur ialah tanpa kompromi, dan tidak ada yang selain daripadanya.
Tidak ada keraguan dan kekaburan. Sikap Islam terhadap agama demokrasi yang
syirik dan kufur ini hanyalah tanpa kompromi daripada awal hingga ke akhirnya
serta dengan mendeklarasikan kesimpulan agung: "bagimu agamamu, bagiku agamaku!"
Sikap tidak bersedia untuk berkompromi yang menjadi pegangan
kuat Rasulullah s.a.w. dapat dilihat sekali lagi dalam peristiwa orang-orang
Yahudi di Madinah yang memohon untuk berkompromi dengan Rasulullah s.a.w. dalam
masalah pelaksanaan hukum Allah, di mana sekiranya Rasulullah s.a.w. bersedia
untuk memberi kelonggaran dalam menjalankan hukum Allah, mereka berjanji untuk
memeluk Islam kesemua sekali. Sikap Rasulullah terhadap rayuan itu walau pun
dengan terpaksa menggorbankan kemungkinan orang-orang Yahudi itu untuk memeluk
Islam, ialah tanpa kompromi (Al-Maidah: 44). Sebarang kompromi dengan Jahiliyah
ialah ketundukan kepada Jahiliyah yang kesemuanya boleh membawa kepincangan
kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran –
al-Kafirun) :
“Tauhid merupakan satu sistem, dan
syirik merupakan satu sistem yang lain pula. Kedua-duanya tidak akan bertemu.
Tauhid satu sistem yang membawa manusia dan alam seluruhnya kepada Allah yang
tunggal, tiada sekutu bagi-Nya. Ia menentukan sumber tempat manusia menerima
aqidahnya, syariatnya, nialai-nilai dan ukurannya, adab sopan dan akhlaknya,
kefahaman-kefahamannya terhadap hidup dan alam. Sumber yang diterima oleh orang
mukmin itu ialah Allah yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya. Seluruh hidupnya
ditegakkan di atas asas ini tanpa bercampur dengan sebarang bentuk syirik sama
ada zahir ataupun khofi (halus).
Perpisahan yang jelas ini perlu kepada para pendakwah dan kepada mereka yang didakwah.
Kepercayaan-kepercayaan Jahiliyah
telah bercampur aduk dengan kepercayaan-kepercayaan keimanan yang benar
terutama pada kumpulan-kumpulan manusia yang telah mengenal aqidah yang benar,
kemudian menyeleweng daripadanya. Kumpulan-kumpulan manusia seperti ini adalah
paling degil untuk kembali beriman dalam bentuknya yang bersih daipada sebarang
penyelewengan. Mereka lebih degil daripada kumpulan manusia yang tidak pernah
mengenal aqidah yang benar. Mereka merasa diri mereka di atas jalan yang benar,
sedangkan mereka sebenarnya sesat dan menyeleweng.
Percampuran aduk
kepercayaan-keprcayaan dan amalan-amalan mereka di antara yang baik dengan yang
rosak itu kadang-kadang memberi harapan kepada pendakwah untuk menarik mereka
apabila ia mengiktirafkan mana-mana aspek daripada kepercayaan dan amalan mereka
yang betul dan cuba membetulkan mana-mana aspek yang rosak, tetapi godaan dan
harapan ini amat berbahaya.
Jahiliyah tetap Jahiliyah, Islam
tetap Islam. Di antara kedua-duanya dipisahkan oleh satu perbezaan yang jauh.
Satu-satunya jalan ialah keluar daripada keseluruhan Jahiliyah dan masuk ke
dalam keseluruhan Islam, atau tinggalkan Jahiliyah dengan segala apa yang ada
padanya dan pindah ke dalam Islam dengan segala apa yang ada padanya.
Langkah pertama bagi pendakwah
ialah merasa dirinya benar-benar terpisah daripada Jahiliyah baik daripada segi
pemikiran, cara hidup dan cara bertindak, iaitu satu perpisahan yang tiada
titik pertemuan dan tiada kemungkinan untuk bekerja sama kecuali orang-orang
yang berada dalam Jahiliyah itu berpindah dengan keseluruhan mereka ke dalam
Islam. Tidak ada tampal menampal, tidak ada peneyelesaian separuh jalan, tidak
ada pertemuan di pertengahan jalan biar bagai mana sekalipun Jahiliyah itu
menyalutkan badannya dengan pakaian Islam atau memakai nama Islam.
Kejelasan gambaran ini dalam
kesedaran pendakwah merupakan batu asas dakwah. Ia harus sedar bahawa dia bukan
seperti mereka. Agama mereka tidak serupa dengan agamanya. Jalan hidup mereka
tidak sama dengan jalan hidupnya. Dia tidak mungkin mengikuti jalan hidup
mereka walaupun selangkah. Tugas utamanya ialah membawa mereka mengikuti jalan
hidupnya tanpa ampu mengampu dan tanpa bertolak ansur sama ada sedikit atau
banyak mengenai kehendak agamanya.
Itulah sikap pembebasan dan
pemisahan diri yang sempurna dan tegas daripada kaum kafir.
Para pendakwah hari ini amat perlu
kepada perpisahan yang tegas ini. Mereka amat perlu kepada kesedaran bahawa
mereka sedang mengembang semula Islam di dalam satu alam sekitar Jahiliyah yang
menyeleweng atau dalam kumpulan manusia yang dulunya telah mengenal aqidah yang
benar, tetapi setelah lama dilalui zaman, hati mereka menjadi keras dan
menyeleweng daripada jalan yang benar.
Firman Allah : al-Hadid 16
“Hati mereka menjadi keras dan sebilangan besar daripada manusia adalah fasik”.
Dalam melaksanakan dakwah di sana
tiada dakwah separuh masak, tiada dakwah tolak ansur di tengah jalan, tiada
sekadar membetulkan yang cacat, dan tiada dakwah tampalan-tampalan, malah
dakwah kepada Islam adalah sama dengan dakwah di zaman permulaan, iaitu
pemisahan yang putus daripada Jahiliyah.
Agamaku ialah agama Tauhid yang
bersih yang menerima seluruh konsep dan nilainya, aqidah dan syariat daripada
Allah yang tunggal sahaja tanpa sekutu dalam segala bidang hidup dan perilaku.
Tanpa pemisahan yang seperti ini,
kekeliruan, kekaburan, bermuak-muka dan tampalan-tampalan akan terus kekal,
sedangkan dakwah Islam tidak boleh ditegakkan di atas asas-asas yang lemah,
malah ia tidak dapat ditegakkan melainkan di atas asas yang tegas, terus
terang, berani dan jelas.”
Perhubungan di antara Islam dengan demokrasi hanyalah PEMISAHAN
dan PEMUTUSAN yang tegas, total, “complete”
dan muktamad. Inilah dasar Islam yang jelas dan tegas daripada Allah swt yang
dipraktikkan oleh Rasulullah saw terhadap kekuasaan, ideologi, pemikiran, peraturan
dan kebudayaan kufur dengan segala institusi kufurnya.
Demokrasi ciptaan manusia adalah satu agama yang kufur,
sedangkan Islam adalah satu agama yang benar daripada Allah - tidak ada titik
pertemuan yang total dan “absolute”
di antara kedua-duanya. Islam tetap Islam, Jahiliyah tetap Jahiliyah. Demokrasi
adalah Jahiliyah kerana aqidah, syariat dan akhlaknya adalah Jahiliyah, sudah
tentu ia tidak boleh berbentuk Islam atau bersesuaian dengan Islam, dan
semestinya ia bertentangan secara total dengan Islam. Sikap dan tindakan Islam
terhadap agama demokrasi hanyalah dalam bentuk tanpa kompromi buat
selama-lamanya. Sebarang kompromi atau hanya perundingan dan “dialogue” untuk mencapai sesuatu
persetujuan, persefahaman atau kata sepakat di antara kedua-duanya bermakna
mala petaka, kebencanaan dan kehancuran kepada Pergerakan Islam dan perjuangan
Islam serta juga kerosakan kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Hakikat demokrasi ini adalah kufur dan bahawa Allah
memerintahkan kita supaya menghancurkan kerajaan demokrasi ini hendaklah
dideklarasi dan disampaikan dengan jelas, terus terang, “direct”, tegas dan berani dalam situasi kekuasaan Jahiliyah yang
zalim dan menindas ini. Jangan diselindung-selindung dan dikias-kiaskannya
sahaja, tetapi, sekali lagi ditegaskan di sini, hakikat-hakikat ini hendaklah
dideklarasi dan diprokalamasikan dengan jelas, terus terang, “direct”, tegas dan berani. Perjuangan
kita sekarang ini adalah sama dengan perjuangan Islam di zaman Rasulullah saw
di Mekah dahulu, iaitu perjuangan yang memisah dan memutuskan dengan total di
antara Islam dengan Jahiliyah, lebih khusus lagi, perjuangan yang memisah dan
memutuskan di antara Islam dengan demokrasi dengan total.
Perjuangan kita sekarang ialah untuk menyampaikan kepada massa umat Islam bahawa demokrasi ini adalah satu sistem hidup kufur, iaitu satu agama kufur, bahawa mengamalkannya bererti kita mengamalkan agama yang syirik dan kufur, bahawa Allah memerintahkan kita supaya kita memisahkan diri kita daripadanya dengan total, dan untuk mencabar dan menghancurkannya supaya pengabdian kita yang total itu hanyalah kepada Allah sahaja yang menyempurnakan pegangan dan amalan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Perjuangan kita sekarang ialah untuk menyampaikan kepada massa umat Islam bahawa demokrasi ini adalah satu sistem hidup kufur, iaitu satu agama kufur, bahawa mengamalkannya bererti kita mengamalkan agama yang syirik dan kufur, bahawa Allah memerintahkan kita supaya kita memisahkan diri kita daripadanya dengan total, dan untuk mencabar dan menghancurkannya supaya pengabdian kita yang total itu hanyalah kepada Allah sahaja yang menyempurnakan pegangan dan amalan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Firman Allah : Muhammad 35
Oleh itu (wahai orang-orang mukmin) janganlah kamu merasa lemah dan mengajak (orang-orang kafir) kepada perdamaian, sedangkan kamu golongan yang tertinggi dan Allah bersama kamu dan Dia tidak akan mengurangkan pahala amalan-amalan kamu.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
“Maksudnya kamu adalah golongan
yang tertinggi kerana itu janganlah kamu merasa lemah dan mengajak orang-orang
kafir berdamai. Kamulah golongan yang tertinggi dari segi Aqidah, kefaman dan
pandangan terhadap hidup ini. Kamulah golongan yang tertinggi dari segi
hubungan dan pertalian dengan Allah yang Maha Tinggi. Kamulah golongan yang
tertinggi dari segi cara hidup, matlamat dan tujuannya. Kamulah golongan yang
tertinggi dari segi perasaan, akhlak dan tingkah laku. Dan kemudian kamulah
golongan yang tertinggi dari segi kekuatan, kedudukan dan petolongan kerana
bersama kamu ada kekuatan yang Maha Agung – “Allah bersama kamu.”
Oleh itu kamu bukan bersendirian.
Kamu sentiasa ditemani oleh Allah yang Maha Tinggi, yang Maha Gagah, yang Maha
Kuasa dan Maha Perkasa. Dia penolong kamudan sentiasa hadir bersama kamu untuk
mempertahankan kamu. Apakah nisbahnya musuh-musuh kamu itu jika Allah telah
bersama kamu? Di samping itu segala apa yang dikorbankan kamu, segala apa yang
dilakukan kamu dan segala pengorbanan yang membebankan kamu adalah dihitungkan
pahala untuk kamu. Tiada satu pahala pun yang hilang.”
Jangan sekali-kali kita berdamai, berkompromi, berdialog dan
berkomunikasi dengan kerajaan demokrasi yang menjadi musuh kita ini. Jangan
kita dahului untuk menghulurkan tangan perdamaian kepada mereka. Dan jangan
pula kita sambut tangan-tangan perdamaian mereka yang dihulurkan kepada kita.
Perdamaian hanya berlaku setelah kita mencapai kemenangan ke
atas mereka dan mereka itu pula tunduk dan mengalah serta mengakui ketuanan
kita. Perdamaian itu juga boleh berlaku sekiranya mereka itu menyerah kalah
tanpa sebarang konflik dengan kita dan dengan suka hati sahaja mereka itu
melenyapkan diri mereka sendiri untuk menyerahkan kuasa pemerintahan kepada
kita. Kalau tidak, kita hanya terus sahaja berjuang dengan gigih dan semangat
Jihad yang kental hari demi hari dengan tegas mengamalkan dasar tanpa kompromi
terhadap mereka dan tanpa termimpi sedikitpun untuk berdamai dengan mereka
sehingga kita mencipta kemenangan yang muktamad ke atas mereka. Sebarang
kompromi akan mengakibatkan padah yang amat buruk kepada perjuangan kita,
mereka akan bertambah kuat semantara kita pula akan menjadi semakin lemah.
Mengapakah kita seharusnya berkompromi sedangkan kita adalah umat yang tinggi
dan mulia, serta yang mempunyai kekuatan, baik dalaman mahupun luaran, kerana
Allah bersama kita!
Firman Allah : al-Insan 24, 25, 26
Oleh itu sabarlah menunggu keputusan Tuhanmu dan janganlah engkau ikut orang-orang kafir daripada golongan mereka.
Dan sebutlah nama Tuhanmu pagi dan petang.
Dan di waktu malam sujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya di malam hari yang panjang.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Kerana mereka bukan menyeru kamu kepada
ketaatan dan tidak pula kepada kebaikan dan kebajikan. Mereka adalah
orang-orang berdosa dan tidak beriman kepada Allah. Mereka sebenarnya mahu
menyuruhmu kepada sesuatu dosa dan kekufuran ketika mereka mengajakmu berdamai
dan mencari jalan tengah dan ketika mereka mengemukakan tawaran-tawaran yang
mereka fikir dapat menarik hatimu. Mereka telah mengemukakan berbaga-bagai
tawaran kepada Rasulullah saw, iaitu tawaran jawatan menjadi ketua mereka,
tawaran harta kekayaan yang boleh menjadikannya seorang hartawan yang paling
kaya di kalangan mereka dan tawaran wanita-wanita jelita. Pernah Utbah Ibn
Rabiah berkata kepada beliau:
“Berhentikan dakwah ini supaya aku kahwinkan engkau dengan anak perempuanku, kerana akulah yang memiliki anak-anak perempuan paling cantik dalam suku Quraisy.”
Itulah kepuasan nafsu-nafsu syahwat yang
ditawarkan oleh pejuang-pejuang kehidupan yang batil untuk membeli
pendakwah-pendakwah agama Allah di mana-mana negeri dan dalam setiap generasi
manusia.
Firman Allah : al-Insan 24
Oleh itu sabarlah menunggu keputusan Tuhanmu dan janganlah engkau ikut orang-orang kafir daripada golongan mereka.
Kerana tiada titik pertemuan di antara engkau
dengan mereka dan tidak mungkin didirikan satu jambatan di atas jurang yang
memisahkan di antara budaya hidup engkau dengan budaya hidup mereka, di antara
kefahaman engkau dengan kefahaman mereka terhadap alam, di antara kebenaran
engkau dengan kebatilan mereka, di antara nur engkau dengan kegelapan mereka,
di antara ilmu engkau dengan kejahlan mereka terhadap kebenaran.
Allah melarang kita daripada menerima segala
cadangan dan tawaran daripada orang-orang kafir, sama ada dalam bentuk
kekuasaan politik, harta ataupun wanita, kita diperintahkan supaya hanya
menjalankan dakwah dan perjuangan kita mengikut jalan-jalannya sahaja seperti
mana yang diajarkan kepada kita oleh Allah dan Rasul-Nya sahaja. Bekalan kita
dalam menghadapi segala tipudaya dan pujukan, tawaran dan tukaran, penindasan
dan kezaliman daripada orang-orang kafir dan kekuasaan-kekuasaan yang kufur itu
hanya solat, doa, zikir, taqwa dan sabar sahaja. Allah berjanji untuk membantu
para pejuang Islam dengan syarat kita terlebih dahulu telah mentaati dan menepati
segala peraturan dan konsep dalam perjuangan Islam!
Bukan sahaja kita tidak boleh berkompromi dan berdamai dengan
kerajaan demokrasi dan musuh-musuh Islam seluruhnya, malah kita dilarang
walaupun hanya untuk berunding, berbincang dan mengadakan “dialogue” sahaja dengan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur
ini – musuh Allah dan musuh kita. Sekiranya sesuatu perjuangan Islam itu,
meskipun sekadar “BERDAILOG” dengan pemerintah
Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis, iaitu untuk mengadakan sesuatu
perundingan yang melibatkan pengenduran atau timbang-menimbang bagi kedua-dua
pihak, ianya merupakan satu bentuk kompromi dan akan menimbulkan bibit-bibit
kehancuran kepada revolusi Islam. Perundingan, “dialogue”, persetujuan, kata sepakat, kompromi dan perdamaian
adalah tektik, perdayaan dan permaianan kufur untuk mensabotajkan kita sahaja.
Jauhkanlah diri kita daripada segala gejala ini. Bagi perjuangan Islam, tidak
ada dailog dan tidak ada perundingan dengan pemerintah sekular kufur ini,
pilihan yang terbuka kepada Jahiliyah hanyalah untuk menerima ideologi Islam
dan pemerintahan Islam semua sekali dan untuk melenyapkan dirinya daripada muka
bumi ini.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Al-Quran)
menyatakan:
"Kewujudan dan
kepercayaan-kepercayaan dan pemikiran-pemikiran yang mulia dan hina di dalam
masyarakat-masyarakat itu mungkin menimbulkan keinginan seseorang yang berjuang
ke arah sistem Islam untuk mencapai matlamat dengan cepat yang menyangka bahawa
ia mungkin berupaya untuk memperkuatkan aspek-aspek yang baik dalam kehidupan
mereka dan memperbaiki ciri-ciri yang tidak diingini! Keinginan ini adalah
penyimpangan yang berbahaya. Kerana Jahiliyah tidak lain melainkan Jahiliyah
dan Islam sama sekali berbeza daripadanya. Jalan untuk menghubungkan di antara
kedua-duanya ialah untuk Jahiliyah itu melenyapkan dirinya sama sekali dan
untuk menggantikan undang-undang, nilai-nilai, norma-norma dan konsep-konsepnya
dengan yang Islam.
Langkah pertama yang sepatutnya
diambil oleh seseorang yang menyeru manusia ke arah Islam ialah untuk
memisahkan dirinya daripada Jahiliyah. Ia hendaklah memisahkan dirinya ke tahap
bahawa sesuatu persefahaman atau perhubungan di antaranya dengan Jahiliyah itu
adalah sama sekali mustahil melainkan dan setelah orang-orang Jahiliyah itu
memeluk agama Islam sepenuhnya: tidak ada pencampuran, tidak ada
langkah-langkah sementara atau perdamaian yang dibenarkan, walaupun Jahiliyah
itu kelihatan begitu bijak sekali dalam mengambil alih peranan Islam atau
mencerminkannya.
Asas yang utama dalam personaliti
orang yang menyeru manusia kepada Islam ialah untuk memanifestasikan dengan
jelas akan hakikat ini di dalam dirinya dan dengan keazaman yang penuh keimanan
untuk sama sekali berbeza daripada mereka.
Mereka mempunyai agama mereka dan
ia mempunyai agamanya. Tanggung jawabnya ialah untuk mengorientasikan mereka
itu supaya mereka mengikuti jalannya tanpa sebarang perlindungan atau
kepura-puraan. Sekiranya ia gagal untuk berbuat demikian, ia hendaklah
mengundurkan dirinya seluruhnya dan memisahkan dirinya daripada kehidupan
mereka dan mendeklarasikan dengan terbuka kepada mereka "Kamu dengan agama
kamu, aku dengan agamaku.
Hal ini adalah satu kemestian bagi
pejuang-pejuang Islam dewasa ini. Mereka hendaklah menyedari bahawa perjuangan
Islam sekarang ini adalah dalam persekitaran yang sepenuhnya Jahiliyah dan di
kalangan orang-orang yang bersifat bekas Muslim yang hati-hati mereka telah
bertukar menjadi semakin keras dimana keimanan mereka telah mengalami
kemerosotan yang ketara. Mereka hendaklah menyedari bahawa tidak ada ruang
untuk solusi-solusi jangka pendek atau solusi separuh jalan, atau penebusan
seseparuh atau penyesuaian, dan perjuangan mereka hendaklah uniknya dan
khususnya nyata-nyata Islam, sama sekali berbeda dengan bentuk Islam yang
difahami oleh orang-orang itu. Mereka hendaklah menghadapi orang-orang itu
dengan berani dan khususnya untuk mendeklarasikan kepada mereka: "Kamu
dengan agama kamu, aku dengan agamaku." Agama kita adalah berdasarkan
kepada monotesme yang "absolute", yang konsep, nilai, kepercayaan,
dan undang-undangnya adalah meliputi keseluruhan aspek kehidupan manusia dan
kesemuanya adalah daripada Allah dan tidak selain daripada-Nya."
Saiyyid Qutb menegaskan bahawa setiap pejuang Islam hendaklah
memisahkan dirinya daripada kerajaan kufur ini, sama ada dalam bentuk fizikal,
mahupun dari segi pemikiran dan rohani, dan untuk mengamalkan sikap yang tegas
dan sama sekali tidak bersedia untuk berkompromi dengan mereka itu serta untuk
mendeklarasikan kepada mereka konsep Islam yang maha agung – ‘bagi kamu agama kamu, bagi aku agama aku!
1.
KONFRANTASI TERBUKA
Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti
pertembungan secara langsung atau "HEAD-ON COLLISION" yang aktif dan
terbuka di antara Islam dengan demokrasi dan kerajaan demokrasi kerana ianya
(demokrasi) adalah terdiri daripada pemikiran, peraturan dan undang-undang yang
syirik dan kufur yang sama sekali bertentang dan berkontradiksi dengan
pemikiran, peraturan dan undang-undang Islam. Konsep NAFI dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti
penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif dan total
terhadap segala bentuk dan jenis kesyirikan dan kekufuran termasuklah demokrasi
dan kerajaan demokrasi.
Firman Allah: al-Imran 64
Katakanlah: Wahai ahli kitab, marilah berpegang kepada satu perjanjian yang saksama di antara kami dengan kamu, bahawa kita jangan memnyembah melainkan Allah dan kita jangan mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, dan jangan pula sesetengan kita menjadikan setengah yang lain sebagai Tuhan selain dari Allah, dan jika mereka berpaling, katakanlah (kepada mereka) – saksikanlah bahawa kami sekelian adalah golongan Muslim
Saiyyid Qutb menjelaskan (Fizilalil Quran):
“Perbandingan di antara golongan Muslim dengan
orang-orang yang mempertuhankan sesama manusia selain daripada Allah ini
menjelaskan secara tegas dan muktamad siapakah golongan Muslim yang sebenar.
Mereka ialah orang-orang yang menyembah Allah yang Maha Esa sahaja dan
diperhambakan kepada Allah yang Maha Esa sahaja dan mereka tidak memperhambakan
sesama manusia selain daripada Allah. Inilah sifat yang membezakan mereka
daripada segala agama dan membezakan cara hidup seluruh manusia yang lain.
Andainya sifat ini wujud, merekalah golongan Muslim yang sebenar, dan jika
sebaliknya sifat ini tidak wujud, mereka bukanlah golongan Muslim yang sebenar
walaupun mereka mendakwa diri mereka sebagai golongan Muslim.
Islam adalah pembebasan diri yang mutlak daripada
perhambaan kepada sesama manusia dan hanya sistem hidup Islam sahaja di antara
seluruh sistem hidup yang lain yang dapat menghakikatkan pembebasan ini.
Manusia di dalam seluruh sistem hidup ciptaan bumi adalah
mempertuhankan sesama manusia selain daripada Allah. Ini berlaku dalam
negara-negara yang paling terkehadapan dari segi amalan sistem demokrasinya
sebaimana juga yang berlaku di dalam negara-negara yang mengamalkan sistem
diktatur. Ciri pertama daripada ciri Rububiyah ialah hak untuk memperhambakan
manusia, iaitu hak mengadakan sistem-sistem, undang-undang,
peraturan-peraturan, nilai-nilai dan neraca-neraca untuk mereka. Semua hak ini
di dalam seluruh sistem ciptaan bumi adalah didakwa dimiliki oleh sesetengah
manusia – dalam apa sahaja bentuknya – dan urusan ini dirujukkan kepada
sekumpulan orang - dalam apa sahaja kedudukan mereka, dan kumpulan inilah yang
menundukkan orang lain kepada undang-undang dan peraturan yang digubal oleh
mereka, kepada nilai-nilai, neraca-neraca dan kefahaman yang telah ditetapkan
oleh mereka, dan kumpulan inilah yang merupakan Tuhan-tuhan bumi yang diambil
oleh sesetengah manusia selaku Tuhan-tuhan yang lain daripada Allah dan
membenarkan mereka mendakwa memiliki ciri uluhiyah dan rububiyah. Ini bererti
mereka menyembah kumpulan ini selain daripada Allah s.w.t walaupun mereka tidak
sujud dan rukuk kepada mereka, kerana ubudiyah ialah ibadat yang hanya
ditujukan kepada Allah s.w.t semata-mata.”
Perintah Allah supaya Rasulullah saw mengisytiharkan
prinsip Tauhid yang Maha Agung adalah satu sikap dan tindakan KONFRANTASI
TERBUKA terhadap kaum Ahlil Kitab dan terhadap seluruh orang-orang kafir serta
seluruh kekuatan dan kekuasan kufur di dunia. Ini adalah kerana AQIDAH kaum
Ahlil Kitab dan orang-orang kafir adalah satu konflik dan kontradiksi yang
terbuka, aktif dan total terhadap AQIDAH Islam. Sikap dan tindakan Islam
terhadap mana-mana aqidah yang berkonflik dan berkontradiksi dengan terbuka,
aktif dan total terhadap aqidah Islam ialah KONFRANTASI TERBUKA yang aktif dan
total terhadapnya.
Begitu jugalah sikap dan tindakan kita terhadap kerajaan
demokrasi Malaysia kita ini adalah dalam bentuk KONFRANTASI TERBUKA yang aktif
dan total, iaitu untuk mengisytiharkan bahawa kita menafi, menolak, mengingkari
dan menentangnya dengan terbuka, aktif dan total kerana AQIDAH kerajaan
demokrasi Malaysia adalah berkonflik dan berkontradiksi dengan AQIDAH Islam,
iaitu khususnya kerana kita hanya menyembah Allah dan tidak menyembah yang selain
daripada-Nya sedangkan kerajaan demokrasi Malaysia kita ini menyembah manusia
dan tidak menyembah Allah, dan kita tetap hanya mempertuhankan Allah sebagai
Tuhan Yang Maha Esa yang layak disembah dan sekali-kali tidak mempertuhankan
yang selain daripada-Nya sedangkan kerajaan demokrasi Malaysia kita ini
mempertuhankan manusia dan tidak mempertuhankan Allah.
Firman Allah : al-Anaam 19
Apakah kamu benar-benar mengaku bahawa ada Tuhan-Tuhan yang lain di samping Allah?. Katakanlah : “Aku sekali-kali tidak mengaku”. Katakanlah : “Sesungguhnya hanya Dia sahaja Tuhan yang Maha Esa dan sesungguhnya aku berlepas diri dengan segala apa yang kamu persekutukan Allah dengannya.“
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Kaum Muslimin di muka bumi ini pasti mengambil
pendirian ini terhadap Jahiliyah yang sedang berkembang memenuhi bumi. Mereka
pasti bertindak melontarkan kalimah yang benar ke muka Jahiliyah dengan nada
yang kuat dan lantang, nada yang memusutuskan hubungan dan memisahkan diri,
nada yang menimbulkan gegaran yang menakutkan.
Kemudian hendaklah mereka bertawajjuh kepada Allah dengan kesedaran bahawa Dialah Yang Maha Kuasa di atas segala sesuatu dan Dialah yang menguasai para hamba-Nya dan seluruh para hamba – termasuk sekelian Taghut yang angkuh – adalah lebih baik daripada seekor lalat. Andainya lalat merampas sesuatu daripada mereka, nescaya mereka tidak berupaya mengambil balik. Taghut itu sebenar tidak berkuasa mendatangkan sesuatu kemudharatan kepada sesiapa pun kecuali dengan izin-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui .
Kemudian hendaklah mereka bertawajjuh kepada Allah dengan kesedaran bahawa Dialah Yang Maha Kuasa di atas segala sesuatu dan Dialah yang menguasai para hamba-Nya dan seluruh para hamba – termasuk sekelian Taghut yang angkuh – adalah lebih baik daripada seekor lalat. Andainya lalat merampas sesuatu daripada mereka, nescaya mereka tidak berupaya mengambil balik. Taghut itu sebenar tidak berkuasa mendatangkan sesuatu kemudharatan kepada sesiapa pun kecuali dengan izin-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui .
Kaum Muslimin juga pasti yakin bahawa Allah tidak
akan menolong mereka dan tidak akan memenuhi janji-Nya untuk memberi kedudukan
yang teguh kepada mereka di bumi ini selagi mereka belum berpisah dengan
Jahiliyah di persimpangan jalan dan selagi mereka belum mengisytiharkan kalimah
yang benar di depan muka Taghut dan mengemukakan penyaksian ini terhadap
Jahiliyah , selagi mereka belum sanggup menyampaikan amaran dan mengumumkan
peristiharan ini dan selagi mereka belum sanggup melakukan perpisahan dengan
Jahiliyah dan mengumumkan pelepasan diri mereka daripada Jahiliyah
Katakanlah dengan tegas, jelas dan lantang bahawa tidak ada
peraturan dan undang-undang yang lain daripada peraturan dan undang-undang
Allah, katakanlah dengan tegas, jelas dan lantang bahawa tidak ada kerajaan dan
pemerintahan yang lain melainkan kerajaan dan pemerintahan Allah, dan
katakanlah dengan tegas, jelas dan lantang bahawa tidak ada pemikiran dan
sistem kehidupan yang lain daripada Allah untuk manusia. Ini adalah
perisytiharan dan perintah daripada Allah kepada kita yang amat tegas, jelas
dan lantang supaya kita mengambil pengertian daripadanya.
Katakanlah dan isytiharkanlah dengan penuh bertenaga, serius,
jelas dan lantang kepada seluruh umat manusia di dunia bahawa kita sama sekali
dilarang daripada mengiktiraf peraturan dan undang-undang demokrasi dan
kerajaan demokrasi atau mana-mana kerajaan dan undang-undang yang selain
daripada Allah. Allah memerintahkan kita supaya kita berlepas diri dan
memisahkan diri kita daripada demokrasi dan kerajaan demokrasi berserta segala
peraturan dan undang-undangnya yang syirik dan kufur ini, kemudian daripada itu
kita hendaklah mengiringinya dengan tindakan-tindakan KONFRANTASI TERBUKA yang
aktif, tegas dan total terhadapnya. Sekiranya kita tidak melakukan pemisahan
dan penyingkiran diri kita daripadanya serta kita tidak juga melancarkan
konfrantasi terbuka terhadapnya, bererti kita mengiktiraf dan bersetuju
dengannya, bererti kita mengekal dan membiarkannya untuk terus wujud, berkuasa
dan beroperasi tanpa sedikitpun membantah dan mengganggunya, serta ianya
bererti bahawa kita besekongkol dengannya, kesemuanya ini merupakan sikap dan
perbuatan yang mengakibatkan aqidah kita mengalami kerosakan, dan Allah tidak
akan membantu kita. Pemisahan secara fizikal yang disertai dengan perasaan hati
yang terpisah daripadanya adalah di antara syarat-syarat Allah bagi melayakkan
diri kita untuk mendapat bantuan dan pertolongan daripada-Nya.
Firman Allah: Fussilat 14
Janganlah kamu sembah melainkan Allah
Firman Allah: Hud 2Agar kamu tidak sembah melainkan Allah
Persoalan yang INDUK dalam kalimah
ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ialah persoalan tidak menyembah
yang selain daripada Allah. Seseorang yang berpegang teguh kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ tidak akan
taat, patuh dan tunduk kepada demokrasi dan kerajaan demokrasi kerana itu
bererti menyembah Tuhan yang lain daripada Allah. Persoalan-persoalan politik,
pemerintahan dan undang-undang adalah persoalan-persoalan yang membicarakan
mengenai isu yang maha penting dalam kehidupan seseorang manusia - ‘siapakah
Tuhan kita’ dan ‘kita menyembah siapa’.
Dalam politik demokrasi, Allah bukanlah Tuhan kita. Manusia adalah Tuhan kita! Ketaatan dan kepatuhan kepada kerajaan demokrasi serta segala peraturan dan undang-undang demokrasi bererti menyembah manusia dan mempertuhankan manusia serta dengan jelas sekali tidak menyembah Allah serta tidak mempertuhankan Allah.
Dalam politik demokrasi, Allah bukanlah Tuhan kita. Manusia adalah Tuhan kita! Ketaatan dan kepatuhan kepada kerajaan demokrasi serta segala peraturan dan undang-undang demokrasi bererti menyembah manusia dan mempertuhankan manusia serta dengan jelas sekali tidak menyembah Allah serta tidak mempertuhankan Allah.
Kalimah “Tiada Tuhan yang lain
melainkan Allah” bererti tiada pemikiran, peraturan dan undang-undang yang lain
yang sah dan “legitimate” di sisi Allah swt melainkan pemikiran, peraturan dan
undang-undang daripada Allah sahaja. Sikap dan pandangan seseorang yang beriman
dan berpegang teguh kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ terhadap
demokrasi dan kerajaan demokrasi adalah dalam bentuk :
1 Mengiktiraf dan mengaku bahawa demokrasi dan kerajaan demokrasi serta
segala peraturan dan undang-undang demokrasi adalah syirik dan kufur;
2. Mengamalkan sikap dan tindakan permusuhan, kebencian dan penentangan yang
berterusan terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi sehingga ianya mengalami
kehancuran yang total untuk digantikan dengan Islam;
3.Mengeluarkan diri daripada sistem politik demokrasi serta berpisah dan
memisahkan diri daripadanya untuk berada di bawah satu kepimpinan yang baru .
Ini merupakan amalan konsep
Konfransi Terbuka yang aktif dan total terhadap demokrasi dan kerajaan
demokrasi serta terhadap segala peraturan dan undang-undang demokrasi, malah
terhadap segala bentuk dan jenis kesyirikan dan kekufuran di atas muka bumi
ini.
Firman Allah : al-A’raf 110, 127
(Berkata para pembesar Firaun ) Ia bertujuan hendak mengeluarkan Tuanku daripada negeri Tuanku. (Firaun bertanya) Oleh itu apa yang kamu syorkan?
Dan berkatalah pula para pembesar daripada kaum Firaun : Adakah Tuanku hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi dan meninggalkan Tuanku dan apa-apa yang dipuja oleh Tuanku?
Sayyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Araf) :
Pertentangan Musa as terhadap Firaun dan para pembesarnya
mendedahkan hakikat KONFLIK di antara seluruh agama Allah dengan seluruh
Jahiliyah, di samping mendedahkan bagaimana Taghut memandang kepada agama
Allah, bagaimana ia merasai agama Allah itu sebagai ANCAMAN terhadp kewujudannya
dan seterusnya ia mendedahkan bagaimana kaum mukmin menyedari dan memahami
hakikat perjuangan di antara mereka dengan taghut.
Firaun dan para pembesarnya sedar kepada bahaya konsep
dakwah kepada Tuhan semesta alam. Mereka sedar bahawa konsep Tauhid Rububiyah
bermakna MERAMPAS KUASA Firaun dan kuasa para pembesarnya yang diambil daripada
kuasa Firaun. Oleh sebab itu mereka mengungkapkan bahaya itu dengan mengatakan
bahawa Musa mahu mengusirkan mereka keluar daripada negeri mereka.
Huraian Saiyyid Qutb merumuskan bahawa kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ adalah semula jadinya berbentuk
ancaman, konflik dan Konfrantasi Terbuka di antara Musa as dengan Firaun, iaitu
di antara Islam dengan kufur. Sejak daripada awal-awal lagi Firaun sudahpun
dapat merasakan bahang bahaya kebangkitan Islam yang didasarkan kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ini yang mencabarnya secara berani,
tegas dan terbuka yang akan akhirnya mengakibatkan keruntuhan yang total kepada
kekuasaan dan kedaulatan politik Firaun serta segala kebesaran dan
keagungannya. Firaun menzalimi, menindas dan menentang Musa as kerana
mempertahankan kekuasaan dan kebesarannya sendiri daripada kehancuran.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran -
Ibrahim) :
Dakwah para Rasul adalah ditegak
di atas aqidah mentauhidkan Allah dan menolak Tuhan-tuhan palsu serta memberi
ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah, yakni memberi kepatuhan yang
tulen kepada Allah dan mengaku Rububiyah Allah yang yang Maha Esa sahaja, iaitu
kuasa Hakimiyah dan kuasa pemerintahan Allah. Oleh sebab itulah dakwah ini
bercanggah secara langsung dengan tapak asas Jahiliyah dan menjadi ancaman
kepada kewujudannya terutama apabila dakwah Islam mengambil bentuk satu
kelompok yang tentu yang menarik anggota-anggotanya daripada kelompok Jahiliyah
dan memisahkan mereka dari segi aqidah, segi kepimpinan dan kesetiaan yang
diperlukan oleh dakwah Islam di seluruh tempat dan zaman .
Apabila kelompok Jahiliyah selaku
kelompok tunggal dan padu merasa bahaya dakwah Islam itu sedang mengancam tapak
asas kewujudannya dari segi Aqidah, di samping mengancam kewujudannya sendiri
setelah Aqidah Islamiyah itu muncul dalam bentuk satu kelompok yang tentu yang
berasingan dan bertentangan dengannya, maka di waktu inilah kelompok Jahiliyah
akan menunjukkan belang dan sikapnya yang sebenar terhadap dakwah Islam.
Itulah pertarungan kewujudan di
antara dua kelompok yang tidak mungkin hidup bersama atau hidup damai. Itulah
pertarungan di antara dua kelompok yang masing-masing mempunyai tapak asas yang
bertentangan satu sama lain. Kelompok Jahiliyah ditegakkan di atas tapak asas
berbilang-bilang Tuhan yang disembah atau berbilang-bilang penguasa, di mana
manusia bertuhankan sesama manusia, sedangkan kelompok Islam ditegakkan di atas
asas wahdaniah Uluhiyah dan wahdaniah Rububiyah, di mana tidak ada ketaatan dan
kepatuhan kepada sesama manusia.
Dan oleh sebab kelompok Islam
dalam peringkat permulaan atau pada tahap pembentukannya setiap hari memakan
tubuh kelompok Jahiliyah dan kemudian terpaksa menentang kelompok Jahiliyah itu
sendiri untuk merebut teraju kepimpinan daripadanya dan menyelamatkan orang
ramai daripada perhambaan kepada sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah
yang yang Maha Esa sahaja. Oleh sebab perkara-perkara ini merupakan
kepastian-kepastian kepada dakwah Islam apabila ia berjalan mengikut jalan yang
betul, maka kelompok Jahiliyah daripada awal lagi tidak sanggup menghadapi
dakwah Islam, dan daripada sinilah kita dapat memahami mengapa penentangan
Jahiliyah itu sama dengan penentangan dakwah para Rasul yang mulia itu. Itulah
penentangan untuk menyelamatkan diri daripada kehapusan, dan itulah penentangan
untuk mempertahankan kuasa Hakimiyah yang merupakan salah satu ciri-ciri
Uluhiyah yang dirampas oleh Jahiliyah yang memperhambakan manusia sesama
manusia .
Jika inilah perasaan kelompok
Jahiliyah terhadap bahaya dakwah Islam, maka lantaran itulah ia bangkit
menentang dakwah dalam satu pertarungan hidup mati yang tidak mengenal lemah
lembut, tidak mengenal gencatan senjata, tidak mengenal hidup bersama dan tidak
mengenal damai. Kelompok Jahiliyah tidak akan menipu diri sendiri terhadap
hakikat pertarungan itu, begitu juga para Rasul yang mulia salawatullahi
wassalamuhu alaihim dan para mukminin yang mengikut mereka tidak akan menipu
diri sendiri dan para mukminin itu pada hakikat pertarungan ini.
Dan berkatalah orang-orang kafir
kepada Rasul mereka : Sungguhnya kami akan mengusir kamu daripada negeri kami
atau kamu kembali semula kepada agama kami (Ibrahim 13).
Mereka tidak dapat menerima sikap
para Rasul dan para mukminin yang mahu berbeza dan bersaing dengan mereka
dengan aqidah, kepimpinan dan kelompok mereka yang tersendiri. Mereka menuntut
para Rasul dan para pengikutnya supaya kembali semula kepada agama mereka dan
bergabung di bawah kelompok mereka serta melarutkan diri dalam kelompok mereka
ayat menghadapi tindakan diusir jauh dan dibuang negeri.
Tetapi para Rasul yang mulia tidak
dapat menerima permintaan untuk bergabung dan melarutkan diri dalam kelompok
Jahiliyah dan menghapuskan syakhsiyah kelompok mereka, kerana kelompok mereka
ditegakkan di atas asas yang berlainan daripada asas kelompok Jahiliyah. Para
Rasul tidak pernah berkata seperti segolongan orang-orang yang tidak memahami
hakikat Islam dan hakikat struktur organik bagi masyarakat-masyarakat yang
telah berkata : Eloklah ! Marilah kita menyeludup masuk ke dalam agama mereka
supaya kita dapat mengembangkan dakwah dan Aqidah kita dari dalam.
Perbezaan Aqidah seseorang Muslim
di dalam masyarakat Jahiliyah pasti diikuti perbezaan kelompok Islam dengan
teraju kepimpinan dan kesetiaannya yang tersendiri. Ini bukannya perkara
pilihan, malah ia merupakan perkara-perkara kepastian bagi struktur organik
masyarakat yang membuat kelompok Jahiliyah begitu sensitif terhadap dakwah
Islamiyah yang ditegakkan di atas tapak asas Ubudiyah manusia kepada Allah yang
yang Maha Esa dan menyingkirkan Tuhan-tuhan palsu daripada pusat-pusat teraju
kekuasaan, di samping menjadikan setiap anggota Muslim yang menggabungkan
dirinya dalam masyarakat Jahiliyah sebagai pekerja kelompok Jahiliyah bukannya
sebagai pekerja yang memperjuangkan Islam seperti yang disangkakan oleh
setengah-setengah orang yang tertipu .
Kemudian ada pula hakikat
qadariyah (perencanaan keputusan Allah) yang tidak seharusnya dilupakan para
pendakwah kepada Allah, iaitu janji Allah untuk menolong para mukminin yang
setia kepada Nya dan untuk memberi kedudukan yang teguh kepada mereka di bumi
ini serta menentukan keputusan yang adil di antara mereka dengan kaum mereka
tidak terlaksana dan berlaku melainkan setelah pejuang-pejuang dakwah
membezakan kelompok mereka daripada kelompok Jahiliyah dan berpisah daripada
mereka dengan berpegang kepada agama yang benar. Keputusan daripada Allah itu
tidak berlaku jika pejuang-pejuang dakwah masih berpendirian lembik dalam
masyarakat Jahiliyah, masih larut di dalam organisasi-organisasinya dan masih
bekerja dalam sistem-sistem peraturannya. Setiap masa, di mana wujudnya
pendirian lembik seperti ini, merupakan masa penangguhan janji Allah yang
menjanjikan pertolongan dan kedudukan yang teguh (kepada orang-orang yang
beriman ). Ini adalah tanggungjawab yang amat besar yang harus difikirkan oleh
pejuang-pejuang dakwah kepada Allah yang masih mampu berdakwah.
Gerakan konfratasi terbuka daripada Islam ke atas kufur dan
kekuasaan kufur adalah sifat Islam yang “natural” dan semula jadi yang
bersumberkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Apabila sekelompok umat Islam yang kerdil memisahkan diri mereka daripada
Jahiliyah dan daripada masyarakat Jahiliyah yang besar yang sedang berada
disekelilingnya, dan mereka itu (sekelompok umat Islam) bergerak sebagai satu
pergerakan di bawah satu kepimpinannya yang baru, yang berbeza, terasing,
terpisah dan yang tersendiri, Jahiliyah sudah dapat mengesani bahawa kelompok
kerdil umat Islam itu adalah sebenarnya satu kebangkitan Islam yang amat
merbahaya kepada kesinambungan kekuasaan politik Jahiliyah itu, dan mereka
(Jahiliyah ) sudah mengetahui mengenai nasib kesudahan mereka yang amat malang
yang akan dialami mereka kemudian nanti. Kebangkitan Islam yang radikal dan
revolusyeneri itu tidak memberi sebarang ruang dan pilihan yang lain kepada kekuasaan
Jahiliyah melainkan untuk melancarkan berbagai-bagai bentuk penindasan dan
kezaliman ke atas Pergerakan Islam itu bagi mempertahankan dirinya (Jahiliyah)
daripada keruntuhan dan kehancuran. Daripada detik itulah bermulanya
Konfrantasi Terbuka yang tidak kunjung padam di antara Islam dengan Jahiliyah.
Inilah cara Rasulullah s.a.w. di
zaman Mekah di mana metod "Head-on Collision" ini terus dilancarkan
oleh Baginda sebaik sahaja kumpulan asas atau Pergerakan Islam Janin yang
dilatih, diasuh dan dipimpin dengan rapi dan kesungguhan di Rumah Arqam selama
tiga tahun itu menunjukkan kesediaan dan kemampuan untuk menghadapi Jahiliyah
dalam bentuk interaksi terbuka. "Head-on Collision " ini adalah Metod
al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. yang berbentuk kekal abadi untuk
diamalkan dalam perjuangan Islam di seluruh lokaliti di dunia dan dalam apa
sahaja situasi dan latar belakang yang dilaluinya dan untuk seluruh ummah di
dunia. Metod "Head-on Collision" ini adalah metod Konfrantasi
Terbuka. Pergerakan Islam yang berjuang mengikut Metod Islam yang
melancarkan gerakan-gerakan deklarasi, penentangan total dan tanpa kompromi,
hanya membawa kepada suatu kesudahan - KONFRANTASI TERBUKA di antara Islam
dengan kuasa kufur. Adalah tidak logis dan tidak semula jadi bagi sesuatu
Pergerakan Islam yang berjuang di atas nama Islam tanpa menimbulkan situasi
konfrantasi terbuka di antara Islam dengan kufur. Perjuangan Islam yang tidak
mencetuskan konfrantasi terbuka di antara Islam dengan kufur, adalah satu
petanda bahawa perjuangan itu berada di luar Metod Islam dan pergerakan itu
terkeluar daripada sifat-sifatnya sebagai satu Pergerakan Islam yang tulen
kerana ia tidak mendirikan Aqidah dan Pemikiran Islam sebagai teras
perjuangannya.
Pergerakan Islam pimpinan Rasulullah s.a.w sejak daripada
zaman Mekah hingga ke zaman Madinah adalah satu konfrantasi terbuka yang
berkesinambungan di antara Islam dengan kufur - konfrantasi terbuka dengan kaum
Jahiliyah Mekah, dengan kaum Yahudi di Madinah, dengan kekuasaan Rom dan
kekuasaan-kekuasaan kufur di sekitar Tanah Arab.
Firman Allah: al-Mumtahinah 4
Sesungguhnya kami berlepas diri daripadamu dan daripada apa-apa yang kamu sembah selain daripada Allah. Kami mengingkari (agama) kamu, dan telah terang permusuhan dan kebencian di antara kami dan kamu selama-lamanya, sehingga kamu beriman kepada Allah satu-satu-Nya.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
“Itulah keputusan yang memutuskan hubungan dengan
mereka, dengan Tuhan-tuhan sembahan mereka dan cara ibadat mereka. Itulah
keputusan menolak agama mereka dan beriman kepada Allah. Itulah permusuhan dan
kebencian yang tidak akan putus sehingga mereka beriman kepada Allah yang
tunggal. Itulah pemisahan yang tegas yang tidak ada sebarang perhubungan dan
pertalian selepas terputusnya hubungan aqidah dan pertalian iman. Itulah
keputusan muktamad dalam menghadapi pengelaman yang dilalui oleh setiap manusia
di dalam mana-mana generasi. Dan keputusan yang diambil oleh Nabi Ibrahim as
dan pengikut-pengikutnya adalah menjadi contoh tauladan yang baik kepada
angkatan Muslim yang datang selepas mereka hingga kepada hari kiamat.”
Interaksi dan perhubungan di antara Islam dengan kufur
hanyalah permusuhan dan kebencian yang berterusan dan berkekalan. Tidak ada
toleransi di antara kedua-duanya - sama ada Islam yang dominan dan berkuasa,
ataupun kufur. Apabila Islam berkuasa, kufur akan menentangnya. Apabila kufur
berkuasa, Islam akan menentangnya. Inilah hukum logis di antara dua pola fikrah
yang bertentangan. Apabila kufur tunduk kepada kekuasaan Islam, ia adalah satu
logis dan fitrah Islam. Apabila Islam tunduk kepada kufur, sepertimana Islam
dan umat Islam yang sedang berada di bawah pemerintahan dan kekuasaan
Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis di Malaysia, ianya adalah satu
penentangan terhadap segala HUKUM dan DASAR Islam, iaitu penafian, penolakan,
pengingkaran dan penentangan yang aktif dan total terhadap ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ itu sendiri. Islam ialah umat yang satu
(21:93), di satu pihak lagi, kufur ialah umat yang satu (3:118). Permusuhan
Islam-kufur adalah satu kesemula jadian (natural phenomenon) dalam Aqidah dan
Pemikiran Islam.
Firman Allah : al-A’raf 88, 89
Kata pemimpin-pemimpin yang berlagak angkuh daripada kaumnya : Wahai Syuaib, kami akan menghalau engkau keluar daripada negeri bersama mereka yang beriman , atau engkau kembali semula kepada agama kami.
Syuaib berkata : apakah kamu akan bertindak begitu walaupun kami tidak menyukainya.
Sesungguhnya kami telah melakukan pembohongan terhadap Allah jika kami kembali semula kepada agama kamu setelah Allah menyelamatkan kami daripadanya.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Kenyataan ini bertujuan supaya para pendakwah
agama Allah mengetahui dan sedar bahawa pertarungan menentang golongan Taghut
merupakan suatu kewajipan yang telah difardhukan ke atas mereka. Tidak ada
faedah sedikitpun untuk cuba mengelak dan menjauhi pertarungan itu. Golongan
Taghut tidak akan membiarkan mereka begitu kecuali mereka meninggalkan agama
mereka secara keseluruhan dan kembali semula kepada agama para Taghut yang
sesat itu setelah Allah selamatkan mereka daripadanya.
Sikap
Nabi Syuaib as terhadap Taghut adalah Konfrantasi Terbuka! Ini adalah sikap
Islam terhadap Taghut yang diajarkan Allah kepada kita melalui al-Quran .
Firman Allah : al-A’raf 195
Katakanlah : Wahai Muhammad! Panggillah sekutu-sekutu kamu kemudian lakukanlah ankara tipu daya terhadapku (dengan segera) dan janganlah kamu memberi sebarang tangguhan kepada ku.Firman Allah : al-A’raf 196
Sesungguhnya Pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab al-Quran (kepada ku) dan Dialah yang melindungi orang-orang yang soleh.Firman Allah : al-A’raf 197
Dan sekutu-sekutu yang kamu pohon pertolongan selain daripada Allah itu tidak berkuasa menolong kamu dan tidak pula berkuasa menolong diri mereka sendiri .Firman Allah : al-A’raf 198
Dan jika kamu menyeru mereka (sekutu-sekutu) supaya menunjukkan kamu ke jalan hidayat nescaya mereka tidak dapat mendengarnya, dan engkau memandang mereka melihat kepadamu, sedangkan sebenarnya mereka tidak dapat melihat. ’
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Itulah perintah daripada Allah Tuanpunya dakwah
supaya Rasulullah saw mencabar Jahiliyah , dan perintah ini telah disampailan
oleh Rasulullah saw tepat sebagai mana yang diperintahkan Tuhannya, di mana
beliau mencabar kaum musyrikin di zamannya dan Tuhan - tuhan mereka yang palsu
:
Firman Allah : al-A’raf 196Sesungguhnya Pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab al-Quran (kepada ku) dan Dialah yang melindungi orang-orang yang soleh.
Dalam ayat ini Rasulullah saw mengumumkan bahawa
beliau tetap bersandar dan berlindung pada Allah Tuhan yang telah menurunkan
kitab suci al-Quran yang membuktikan bahawa Allah benar-benar berkehendak agar
Rasul-Nya membentangkan isi kandungan al-Quran yang benar itu kepada manusia
seluruhnya, juga berkehendak agar ajarannya yang benar itu mengatasi ajaran
yang batil yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang kebatilan, dan seterusnya
Allah berkehendak untuk melindungi para hamba-Nya yang soleh yang menyampaikan
ajaran-ajaran yang benar itu serta mendukung dan berpegang dengannya dengan
penuh keyakinan .
Itulah pengakuan pendakwah kepada Allah selepas Rasulullah
saw di setiap tempat dan zaman:
Firman Allah : al-A’raf 195
Katakanlah ( Wahai Muhammad! ) : Panggillah sekutu-sekutu kamu kemudian lakukanlah ankara tipu daya terhadapku (dengan segera) dan janganlah kamu memberi sebarang tangguhan kepadaku.Firman Allah : al-A’raf 196
Sesungguhnya Pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab al-Quran (kepada ku) dan Dialah yang melindungi orang-orang yang soleh.
Setiap pendakwah kepada Allah harus melepaskan
dirinya daripada bersandar kepada kuasa-kuasa di bumi dan memandang kecil kepada kuasa-kuasa itu .
Kuasa yang wujud di bumi itu sendiri lemah walaupun
nampak kuat dan berkuasa :
Firman Allah : al-A’raf 73
Wahai manusia, satu perbandingan telah dibuat. Oleh itu silalah dengar perbandingan itu. Sesungguhnya sembahan-sembahan yang kamu sembahkan selain Allah itu tidak akan berkuasa mencipotakan se ekor lalat walaupun mereka berkumpul dan bekerja sama untuk menciptakannya dan andainya lalat itu merampas sesuatu daripada mereka , nescaya tidak berdaya mengambilnya kembali daripadanya. Yang menyembah pun lemah dan yang disembah juga lemah.
Firman Allah : al-A’raf 41Bandingan orang-orang yang mengambil pelindung selain daripada Allah adalah sama dengan labah-labah yang membuat rumah-rumah, sedangkan rumah yang paling lemah ialah rumah labah-labah jika mereka mengetahui .
Pendakwah kepada Allah hendaklah bersandar kepada
Allah. Apakah kuasa yang dimiliki oleh pelindung-pelindung dan
sandaran-sandaran yang lain daripada Allah? Sekuat mana kuasa mereka pada
tanggapannya walaupun ia diandai boleh menyakitinya? Namun mereka hanya boleh
menyakitinya dengan keizinan Allah yang berkuasa melindunginya, bukannya kerana
Allah lemah melindungkannya daripada kekekjaman mereka dan bukan pula kerana
Allah berlepas tangan daripada membantu hamba-hamba kesayangan-Nya, malah apa
yang telah berlaku kepada para pendakwah-Nya merupakan ujian Allah terhadap
para hamba-Nya yang soleh untuk mendidik, menduga dan melatih mereka, di
samping merupakan istidraj Allah terhadap hamba-Nya yang jahat untuk dijadikan
alasan ditangguhkan azab dan diaturkan pembalasan yang rapi terhadap mereka
.
Kemudian apakah yang telah berlaku selepas
penindasan yang dialami oleh generasi sahabat daripada kaum musyrikin itu dan
selepas mereka berpegang teguh dan mencari perlindungan pada Allah yang telah
menurunkan al-Quran dan melindungi para sahabat yang soleh ?
Sejauh yang diketahui sejarah golongan (sahabat)
yang disayangi Allah telah berjaya mencapai kemenangan yang gemilang, kedudukan
yang mulia dan teguh , sedangkan golongan Taghut yang ditumpaskan oleh golongan
(sahabat) yang solehin telah mendapat kekalahan, kehinaan dan kebinasaan.
Sementara saki baki daripada golongan musyrikin dan Taghut yang dibukakan Allah
pintu hati mereka dan memeluk Islam telah menjadi pengikut-pengikut yang setia
kepada para sahabat yang menjadi pelopor-pelopor Islam yang telah menanggung
penderitaan dan penindasan dengan kepercayaan yang tidak bergoyang dan keazaman
yang tidak pernah luntur.
Para pendakwah kepada Allah di setiap zaman dan
tempat tidak akan mencapai kejayaan melainkan dengan kepercayaan , keazaman dan
keyakinan seperti itu :
Firman Allah : al-A’raf 196
Sesungguhnya Pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab al-Quran (kepada ku) dan Dialah yang melindungi orang-orang yang soleh.
Allah telah memerintah Rasulullah saw supaya mencabar kaum musyrikin lalu
beliau mencabar mereka . Beliau juga diperintah supaya menerangkan kepada
mereka kelemahan Tuhan - tuhan mereka dan kekarutan kepercayaan syirik mereka
lalu beliau menjelaskan kepada mereka :
Firman Allah : al-A’raf 197
Dan sekutu-sekutu yang kamu pohon pertolongan selain daripada Allah itu tidak berkuasa menolong kamu dan tidak pula berkuasa menolong diri mereka sendiri .
Jika penjelasan ini tepat dengan berhala-berhala
kepercayaan paganisme yang bersahaja di dalam Jahiliyah Arab yang kufur, maka
ia juga tepat dengan semua Tuhan palsu yang disembah di dalam Jahiliyah moden .
Orang-orang yang mempersekutukan Allah di zaman
moden ini mendewa-dewakan pemimpin-pemimpin yang mempunyai kuasa yang lahir di
bumi Allah ini, sedangkan pemimpin-pemimpin itu sebenarnya tidak berkuasa untuk
menolong mereka , malah tidak berkuasa menolong diri sendiri apabila Allah
melakukan perencanaan yang dikehendaki –Nya terhadap mereka pada masa yang
telah ditetapkan-Nya.
Jika berhala-berhala kaum musyrikin Arab yang
bersahaja itu tidak dapat mendengar, dan mata mereka diperbuat daripada
manik-manik atau permata itu kelihatan melihat tetapi tidak nampak, maka
setengah-setengah Tuhan palsu di zaman moden ini juga tidak dapat mendengar dan
melihat .Tanah air, bangsa , pengeluaran ekonomi, teori kepastian sejarah dan
sebagainya daripada Tuhan - tuhan palsu yang disembah di zaman moden dan di
antaranya terdapat Tuhan - tuhan yang dapat mendengar dan melihat iaitu manusia
–manusia yang berlagak seperti Tuhan
yang diberikan sifat-sifat Uluhiyah yang berkuasa membuat undang-undang ,
peraturan dan memerintah , maka Tuhan - tuhan ini juga tidak dapat mendengar
dan melihat . Mereka termasuk ke dalam kumpulan manusia yang disifatkan Allah :
Firman Allah : al-A’raf 179
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan untuk neraka jahanam sebilangan besar daripada umat-umat jin dan manusia , iaitu mereka mempunyai hati (tetapi) mereka tidak menggunakannya untuk berfikir , mereka mempunyai mata (tetapi ) mereka tidak menggunakannya untuk melihat dan mereka mempunyai telinga (tetapi ) mereka tidak menggunakannya untuk mendengar. Mereka sama seperti binatang ternakan, malah mereka lebih sesat lagi . Merekalah orang-orang yang lalai.
Setiap pendakwah kepada Allah hanya akan menemui
satu keadaan sahaja daripada Jahiliyah yang berbagai-bagai rupa itu , dan dia
harus bersedia untuk berkata sebagai mana yang diperintahkan Allah kepada
Rasul-Nya saw agar dia berkata :
Firman Allah : al-A’raf 195
Katakanlah : Wahai Muhammad! Panggillah sekutu-sekutu kamu kemudian lakukanlah ankara tipu daya terhadapku (dengan segera) dan janganlah kamu memberi sebarang tangguhan kepada ku.Firman Allah : al-A’raf 196
Sesungguhnya Pelindungku ialah Allah yang telah menurunkan kitab al-Quran (kepada ku) dan Dialah yang melindungi orang-orang yang soleh.Firman Allah : al-A’raf 197
Dan sekutu-sekutu yang kamu pohon pertolongan selain daripada Allah itu tidak berkuasa menolong kamu dan tidak pula berkuasa menolong diri mereka sendiri .Firman Allah : al-A’raf 198
Dan jika kamu menyeru mereka (sekutu-sekutu) supaya menunjukkan kamu ke jalan hidayat nescaya mereka tidak dapat mendengarnya, dan engkau memandang mereka melihat kepadamu, sedangkan sebenarnya mereka tidak dapat melihat.
Mereka tetap mereka juga di merata pelosok bumi dan di semua zaman !!
Demikianlah huraian-huraian Saiyyid Qutb yang
memaparkan sikap Konfrantasi Terbuka Rasulullah saw yang jelas, nyata dan tegas
terhadap orang-orang kafir. Sikap Konfrantasi Terbuka terhadap orang-orang
kafir dalam berdakwah dan berinteraksi dengan orang-orang kafir ini adalah
AJARAN dan SURUHAN Allah swt sendiri sebagai mana yang tergambar di dalam
ayat–ayat yang jelas dan terang seperti di atas ini .
Firman Allah : Yunus 71
“Dan bacakanlah kepada mereka berita Nuh ketika ia berkata kepada kaumnya : Wahai kaumku! Jika kamu merasa keberatan kerana aku tinggal bersama kamu dan kerana aku mengingatkan kamu dengan ayat-ayat Allah, maka aku tetap berserah kepada Allah. Oleh sebab itu bulatkanlah keputusan kamu dan kumpulkan sekutu-sekutu kamu dan janganlah keputusan kamu diselubungi sebarang kekeliruan kepada kamu, kemudian segeralah betindak ke atasku dan jangan sekali kamu menangguhkan tindakan-tindakan itu terhadapku.”
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Itulah cabaran Nuh as yang terus
terang dan membangkitkan perasaan, iaitu satu cabaran yang tidak diucapkan oleh
seseorang kecuali ia mempunyai kekuatan yang cukup dan keyakinan yang kukuh
terhadap kelengkapan dirinya sehingga ia berani mendedahkan dirinya kepada
musuh-musuhnya dan merangsangkan mereka dengan kata-kata yang membangkitkan
keghairahan mereka supaya bertindak menyerangnya. Apakah kekuatan dan
pelengkapan yang ada di belakang Nuh as? Dan siapakah kuasa-kuasa bumi yang ada
bersama Nuh?
Kekuatan yang berdiri bersama Nuh
ialah kekuatan iman, iaitu satu kekuatan yang membuat segala kekuatan yang lain
menjadi begitu lemah di hadapannya dan membuat kekuatan bilangan yang ramai menjadi
kecil dan seterusnya melemahkan segala perencanaan musuh. Yang sentiasa berada
di belakang Nuh ialah Allah yang tidak membiarkan para hamba kesayangannya
kepada rakan-rakan setia syaitan.
Hanya keimanan kepada Allah yang
Maha Esa sahaja yang menguhubungkan seseorang dengan sumber kekuatan agung yang
menguasai alam buana dengan segala isi dan penghuninya. Cabaran yang
diperlihatkan Nuh ini bukannya suatu keangkuhan dan bukannya suatu keberanian
yang membabi buta dan membunuh diri, malah ia merupakan satu cabaran kekuatan
hakiki yang agung terhadap kekuatan makhluk yang kerdil dan fana yang menjadi
begitu lemah dan kecil apabila berdepan dengan orang-orang yang beriman.
Para pendakwah kepada agama Allah
harus mencontohi teladan-teladan yang baik yang telah ditunjukkan oleh para
Rasul. Mereka harus memenuhi hati mereka dengan kepercayaan yang kukuh dan
bertawakkal kepada Allah yang Maha Esa sahaja dalam menghadapi kekuatan Taghut
dalam apa bentuk sekalipun.
Ingatlah bahawa kekuatan Taghut
tidak dapat memudhratkan mereka kecuali dalam bentuk gangguan dan penindasan
sahaja sebagai ujian daripada Allah, bukannya kerana Allah tidak berupaya
menolong para hamba kesayangannya dan bukannya kerana Allah mahu membiarkan
mereka begitu sahaja untuk menyerahkan mereka kepada pihak musuh, malah
penindasan yang dialami mereka merupakan suatu ujian untuk menduga hati mereka
dan barisan-barisan perjuangan mereka. Kemudian giliran kejayaan akan kembali
kepada para mukminin, di mana janji Allah yang akan memberi kemenangan dan
kedudukan yang teguh kepada mereka akan terlaksana.
Firman Allah : Hud 54, 55
Jawab Hud : sesungguhnya aku mempersaksikan Allah dan kamu sekelian hendaklah turut menjadi saksi bahawa aku tidak ada kena mengena dengan perbuatan kamu yang mempersekutukan Allah .
Dengan yang lain daripada-Nya. Oleh sebab itu, Aturkanlah segala tipu daya kamu sekelian terhadap diriku kemudian (bertindaklah) tanpa memberi sebarang tempuh kepadaku.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Itulah pernyataan yang merupakan
pemberontakan Hud as yang memutuskan hubungan dengan kaumnya, sedangkan
dahulunya beliau merupakan sebahagian daripada mereka dan saudara mereka .
Itulah pernyataan Hud as yang melahirkan perasaan takut berada dalam golongan mereka
setelah mereka memilih jalan yang lain daripada jalan Allah. Itulah pernyataan
yang membawa perpisahan di antara dua kelompok yang tidak mempunyai titik
pertemuan dalam sesuatu hubungan setelah terputusnya hubungan Aqidah di antara
keduanya.
Hud as telah mempersaksikan Allah
Tuhanya bahawa beliau tidak mempunyai sebarang hubungan dengan kaumnya yang
sesat itu. Dia telah terasing dan terpisah daripada mereka, malah beliau telah
meminta mereka turut menjadi saksi atas perpisahan ini yang berlaku dihadapan
mereka supaya mereka tidak ragu-ragu terhadap kebencian dan ketakutannya untuk
hidup dalam golongan mereka.
Semua itu kerana kekuatan keimanan
dan keunggulanya dan kerana keyakinan keimanan dan kemantapanya.
Seorang insan tertentulah merasa
takjub melihat Hud as yang sebatang kara menghadapi satu kaum yang kasar, gagah
berani dan bodoh hingga ke tahap mempercayai bahawa Tuhan-tuhan palsu yang
disembahkan mereka berkuasa menimpakan ke atasnya suatu penyakit yang
menyebabkanya bercakap tidak keruan dan memandang dakwahnya kepada Allah Yang
Maha Esa sebagai cakap-cakap mencacau dan yang tidak rasional akibat peyakit
yang dihidapiya. Ia tertentulah merasa takjub melihat Hud as yang sebatang kara
menghadapi kaumnya yang begitu yakin terhadap Tuhan-tuhan palsu mereka dan ia
sanggup memperbodoh-bodohkan aqidah mereka, mencela dan mengecam mereka di
samping merangsangkan kemarahan mereka dan mencabar (agar mereka terus
bertindak ke atasnya) tanpa meminta tempuh untuk bersedia dan tanpa membiarkan
mereka berlengah-lengah yang boleh menyebabkan kemarahan mereka menjadi padam.
Ia tentulah merasa takjub melihat
Hud as yang sebatang kara sanggup mencabar kaumnya yang kasar dan gagah berani,
tetapi ketakjuban itu akan hilang apabila ia memikirkan faktor-faktor dan sebab-sebab
yang wujud sebaliknya.
Itulah faktor keimanan,
kepercayaan dan keyakinan Hud as kepada Allah
dan kepada janji dan pertolongan-Nya. Itulah faktor keimanan yang
meresap sebati di dalam hati yang membuat Hud as memandang janji Allah itu sebagai
satu realiti yang jelas di dalam hatinya dan tidak pernah diraguinya sedikitpun
kerana realiti itu telah memenuhi tangan
dan hatinya yang terletak di dalam dadanya . Ia bukanlah janji di masa hadapan
yang masih dalam alam ghaib, malah ia merupakan janji yang wujud di alam
realiti, yang dapat dinikmati di mata dan di hati.
Huraian-huraian Saiyyid Qutb mengenai ayat-ayat seperti di
atas ini memaparkan sikap Nuh as dan Hud as yang melancarkan sikap Konfrantasi
Terbuka terhadap kufur dan kekuasaan kufur sejak daripada awal sehingga ke
akhirnya. Contoh Rasulullah saw dan para Rasul yang terdahulu yang mengamalkan
sikap Konfrantasi Terbuka merupakan perintah Allah kepada kita supaya kita
mengamalkan sikap dan tindakan-tindakan yang sama ke atas kufur dan
kekuasaan kufur di dunia ini .
Interaksi dan perhubungan di antara Islam dengan kufur
hanyalah dalam bentuk KONFRANTASI TERBUKA dan PERMUSUHAN dan KEBENCIAN yang
berkekalan. Perjuangan para Rasul, sejak Nabi-Nabi Nuh a.s., Ibrahim a.s., Musa
a.s., Daud a.s. hingga kepada Isa a.s., adalah dalam bentuk
konfrantasi-konfrantasi terbuka di antara pergerakan-pergerakan Islam itu
dengan kuasa-kuasa kufur di zaman masing-masing itu. Dalam sejarah perjuangan
Rasulullah s.a.w., peristiwa-peristiwa hijrah (daripada Mekah ke Madinah),
peperangan-peperangan Badar, Hunain, Khaibar, Muktah, Tabuk adalah
manifestasi-manifestasi konfrantasi terbuka di antara Islam dengan kufur.
Pusat-pusat kekuasaan Islam, bermula sejak daripada era-era Madinah, Sepanyol,
Baghdad, Turki, Sokoto (Nigeria) hingga kepada zaman kerajaan Islam Moghul di
India, dipenuhi dengan sejarah konfrantasi-konfrantasi terbuka di antara Islam
dengan kufur yang pernah membawa Islam ke mercu kekuasaan dan keagungannya
(Islam) di seluruh dunia, sehinggalah akhirnya sampai ke era kehancuran yang
total kepada seluruh pusat-pusat kekuasaan Islam, terutama sekali Turki, itu
pada 1924 di tangan-tangan imperialis Kristian Barat.
Segala tindakan dalam bentuk demonstrasi, protes,
perarakan-perarakan, dan lain-lain tindakan radikal, membuka ruang-ruang dan
peluang-peluang yang luas kepada massa umat Islam untuk berinteraksi dengan
Pergerakan Islam yang kecil dan mula tumbuh itu, dan seterusnya untuk memahami
tentang Aqidah dan Pemikiran Islam dan untuk akhirnya diserapkan ke dalam
Pergerakan Islam itu. Konfrantasi terbuka ini bertindak sebagai satu proses
untuk menerapkan Aqidah dan Pemikiran Islam yang radikal dan revolusyeneri ke
dalam sistem pemikiran dan minda massa umat Islam sehingga ianya berakar umbi
dengan kuat dan teguh di dalam sistem kehidupan mereka. Dalam pada itu juga,
interaksi di antara massa umat Islam yang menganggotai Pergerakan Islam itu
dengan tindakan-tindakan penindasan daripada kerajaan sekular kufur dapat
membentukkan sifat-sifat dan keperibadian-keperibadian yang radikal dan
revolusyeneri serta dengan keimanan dan komitmen yang tinggi di kalangan
pejuang-pejuang Islam itu. Pergerakan Islam akan menjadi semakin kuat dan
mantap di sepanjang perjalanannya itu dariapada satu masa ke suatu masa dan daripada
satu tahap kepada satu tahap yang lebih tinggi dengan berkeupayaan untuk
mengumpulkan kekuatan demi kekuatan daripada persekitarannya itu sendiri tanpa
bantuan dan campur tangan daripada luar. Di sinilah terletaknya kekuatan dan
keistimewaan serta ciri-ciri strategis Metod Islam.
Beginilah caranya Islam mula berkembang dan membesar semasa
di zaman Mekah di bawah kepemimpinan Rasulullah saw. Cara inilah yang akan kita
implentasikan di Malaysia.
Konfrantasi terbuka mempunyai keupayaan untuk melemahkan kerajaan
demokrasi dalam jangka masa yang panjang :
1. Konfrantasi terbuka yang dilancarkan oleh Pergerakan Islam
memaksa kuasa kufur untuk menghadapi Pergerakan Islam itu dengan reaksi
konfrantasi terbuka juga : hal ini menafikan kepada mereka segala peluang dan
ruang untuk mengeksploitasikan faktor-faktor kekuatan yang ada pada mereka,
iaitu kekuatan dalam bentuk kewangan, propaganda (media), undang-undang,
organisasi, institusi, strategi dan manipulasi;
2. Faktor masa berpihak kepada Pergerakan Islam kerana kuasa
kufur itu akan kehilangan daya ketahanannya dalam jangka masa yang panjang :
· Perbelanjaan yang besar akan
melumpuhkan pentadbiran kerajaan;
· Kesan-kesan negatif kepada pelaburan
dan pembangunan ekonomi;
· Polis dan militeri yang bertindak
semata-mata kerana saraan hidup sahaja tidak mampu untuk menyaingi ketahanan
dan pengorbanan Pergerakan Islam yang berjuang dengan semangat syahada kerana
inginkan keredhaan Allah.
Konfrantasi terbuka yang dilancarkan oleh Ibrahim Libya tanpa
dirancang dan disedari oleh Ibrahim Libya sendiri, telah mencabar dan
menggugatkan kestabilan dan kemantapan sistem politik demokrasi Malaysia
sehingga membawa kepada peristiwa Memali yang tragis itu. Konfrantasi terbuka
Ibrahim Libya muncul sebagai lanjutan yang semula jadi daripada deklarasi
penegakan Aqidah dan Pemikiran Islam dan deklarasi penentangan terhadap aqidah
dan pemikiran demokrasi serta diikuti dengan sikap penentangan total, tanpa
kompromi dan tidak mahu tunduk kepada pemerintahan kufur. Konfrantasi terbuka
yang lahir daripada sikap dan tindakan yang tegas dan berani di pihak
Pergerakan Islam yang sangat kerdil dan amat lemah di Memali itu telah mampu
untuk mencabar kekuatan dan kestabilan politik kufur yang wujud dalam bentuk
satu negara bangsa. Mengapakah pergerakan-pergerakan Islam populis seperti PAS,
yang berjuang sekarang ini tidak berkemampuan untuk mencabar kemantapan politik
kufur? Ini adalah kerana mereka tidak memahami tentang Aqidah dan Pemikiran
Islam dan tidak bergerak melalui Metod Islam, meskipun bilangan yang besar,
mereka masih berada dalam posisi yang "No
Risk" di sisi kerajaan kufur Malaysia.
Pergerakan Islam yang dipimpin dan
ditauladani oleh Ibrahim Libya yang mencetuskan konfrantasi terbuka di antara
Islam dengan kufur, hendaklah dihidupkan kembali. Sekiranya kita berjaya untuk
membentukkan satu Pergerakan Islam yang terdiri daripada golongan
pelajar-pelajar yang radikal dan dipimpin oleh ulama-ulama yang progresif yang
didirikan di atas asas Aqidah dan Pemikiran Islam serta bergerak mengikut jejak
langkah Ibrahim Libya, ia akan bertindak sebagai satu ancaman dan risiko yang
besar kepada kerajaan demokrasi Malaysia.
No comments:
Post a Comment