(SAMBUNGAN)
Saiyyid Qutb (Fizilalil
Quran)at-Taubah :
· “Erti penyembahan atau ibadat ialah mengikut undang-undang dan peraturan.
Pengertian ini berdasarkan nas al-Quran dan pentafsiran Rasulullah saw sendiri.
Kaum Yahudi dan kaum Kristian tidak mengambil ulama-ulama dan rahib-rahib
mereka sebagai Tuhan-Tuhan dengan erti kata mereka mengiktikadkan ketuhanan
mereka atau melakukan upacara-upacara ibadat kepada mereka. Walaupun begitu,
perbuatan mereka telah dihukumkan oleh Allah SWT sebagai syirik di dalam ayat
ini dan sebagai kufur di dalam ayat selanjutnya semata-mata kerana mereka telah
menerima undang-undang dan peraturan yang dibuat oleh ulama-ulama dan
rahib-rahib itu dan mengikutinya dengan patuh. Ini sahaja – tanpa iktikad dan
tanpa melakukan upacara ibadat – sudah cukup untuk menganggapkan orang yang
melakukan perbuatan ini sebagai orang yang mempersekutukan Allah SWT, iaitu
perbuatan syirik yang mengeluarkan daripada barisan para mukmin dan
memasukkannya ke dalam barisan para kafirin.
· Nas al-Quran menyamakan perbuatan syirik dan perbuatan mengambil
Tuhan-Tuhan salain daripada Allah SWT di antara kaum Yahudi yang menerima dan
mentaati undang-undang dan peraturan yang dibuat oleh ulama-ulama mereka dengan
kaum Kristian yang mengiktikadkan ketuhanan al-Masih dan melakukan
upacara-upacara ibadat kepadanya. Kedua-dua perbuatan ini adalah sama sahaja ,
di mana orang yang melakukannya dianggap sebagai musyrik terhadap Allah SWT ,
dan mengeluarkannya daripada barisan mukmin dan memasukkannya ke dalam barisan
para kafirin.
· Perbuatan syirik terhadap Allah SWT terlaksana dengan tindakan memberi
kuasa perundangan kepada yang lain daripada Allah SWT walaupun tidak disertai
dengan syirik iktikad yang mempercayai sebagai Tuhan atau tidak disertai dengan
perbuatan melakukan upacara ibadat kepadanya sebagai mana yang telah dijelaskan
dalam para yang lepas. Di sini kami ingin menambahkannya supaya lebih jelas
lagi.
Hakikat-hakikat ini – walaupun pada awalnya disebut
di dalam rangkaian ayat-ayat ini dengan tujuan untuk menghadapi situasi-situasi
yang wujud di dalam masyrakat Islam pada masa itu, iaitu situasi keraguan dan
kebimbangan untuk berperang dengan orang-orang Roman, juga untuk menjelaskan
kekeliruan bahawa orang-orang Yahudi dan Kristian adalah beriman kepada Allah
SWT kerana mereka adalah kaum Ahlil-Kitab – maka hakikat-ini merupakan
hakikat-hakikat umum yang berguna kepada kita untuk menentukan “hakikat agama”
yang umum.
Agama yang benar, yang satu-satunya diterima oleh
Allah SWT ialah agama Islam . Allah SWT tidak menerima dari seluruh manusia satu agama yang lain daripada
Islam. Agama Islam tidak direalisasi kecuali dengan menjunjung syariat Allah
SWT sahaja selepas mengiktikadkan ketuhanan-Nya sahaja dan melakukan
upacara-upacara ibadat kepada-Nya sahaja. Apabila manusia mengikut syariat yang
lain daripada syariat Allah SWT, maka berlakulah kepada mereka hukuman yang
berlaku kepada kaum Yahudi dan kaum Kristian, iaitu hukuman bahawa mereka
adalah kaum musyrikin yang tidak beriman kepada Allah SWT walaupun mereka
mendakwa beriman kepada Allah SWT, kerana sifat musyrik ini terpalit kepada
mereka sebaik sahaja mereka mengikut dan mematuhi undang-undang dan peraturan
ciptaan manusia yang lain daripada undang-undang ciptaan Allah SWT tanpa
sebarang bantahan dari mereka yang menunjukkan bahawa mereka mengikut
undang-undang itu kerana paksaan yang dikenakan ke atas mereka dan tidak dapat
ditolak oleh mereka dan menunjukkan bahawa mereka tidak redha melanggar syariat
Allah SWT.
Istilah agama telah menjadi kabur di dalam hati
manusia pada masa ini sehingga mereka mengira agama itu hanya sebagai aqidah
yang tersemat di dalam hati dan sebagai upacara-upacara ibadat yang dikerjakan
mereka sahaja. Inilah tanggapan orang-orang Yahudi yang telah dihukum oleh nas
yang kukuh ini dan oleh pentafsiran Rasulullah saw bahawa mereka bukannya
orang-orang yang beriman kepada Allah SWT, malah mereka mempersekutukan Allah
SWT dan melanggar perintah-Nya yang menyuruh mereka supaya menyembah Tuhan yang
Maha Esa sahaja, malah mereka telah disifatkan Allah SWT sebagai orang-orang
yang mengambil ulama-ulama mereka sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah
SWT.
Pengertian pertama agama ialah ketaatan, iaitu
kepatuhan dan menjunjung perintah dan ketaatan ini dapat dilihat pada amalan
mengikut dan menjunjung syariat Allah SWT di samping dapat dilihat pada amalan
melakukan syiar-syiar ibadat kepada Allah SWT, hakikat ini adalah serius, ia
tidak menerima sikap yang goyah yang masih menganggap orang-orang yang mengikut
syariat-syariat yang bukan daripada ciptaan Allah SWT- tanpa sebarang bantahan
yang menunjukkan bahawa mereka tidak meredhai melanggar syariat Allah SWT –
sebagai orang-orang yang beriman kepada Allah SWT dan sebagai orang-orang
Muslimin semata-mata dengan alasan kerana mereka mengiktikadkan Uluhiyah Allah
SWT dan melakukan syiar-syiar ibadat-ibadat kepada Allah SWT. Sikap yang goyah
ini merupakan gejala yang paling merbahaya yang dialami oleh agama Islam di
zaman ini. Ia merupakan senjata yang paling ampuh yang digunakan oleh musuh-musuh
Islam untuk memeranginya. Mereka begitu gemar menggunakan lebel Islam ke
atas “establishment-establishment” dan
tokoh-tokoh tertentu, sedangkan Allah SWT menghukumkan orang-orang yang seperti
mereka sebagai golongan musyrikin yang tidak berpegang dengan agama yang
benar dan sebagai orang-orang yang telah
bertuhankan Tuhan-Tuhan yang lain daripada Allah SWT sekiranya musuh-musuh
Islam begitu gemar menggunakan lebel Islam ke atas
“establishment-establishment” dan tokoh-tokoh itu, maka kewajipan pembela-pembela
agama ini ialah mencabut lebel yang palsu itu dan membongkarkan kesyirikan,
kekufuran dan perbuatan bertuhankan Tuhan-Tuhan yang lain daripada Allah SWT
yang tersorok di bawahnya.”
Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa seseorang yang
mengamalkan sistem politik manusia (seperti demokrasi), semestinya ia tidak
dapat mengelakkan dirinya daripada turut terlibat dengan gejala mentaati dan mematuhi
kepada kerajaan demokrasi ini yang bererti bahawa ia mentaati dan mematuhi kedaulatan
dan syariat manusia. Ketaatan kepada kedaulatan dan syariat manusia, mengikut
pengertian al-Quran (9:31), adalah satu fenomena MANUSIA MENYEMBAH MANUSIA yang
mempertuhankan manusia dan mengkufur ingkarkan Allah swt yang mengeluarkan
seluruh mereka, baik yang DISEMBAH mahupun yang MENYEMBAH, daripada agama
Allah.
Apabila wujud sahaja dua golongan manusia di dalam sesuatu
komuniti – YANG MEMERINTAH dan YANG DIPERINTAH – wujudlah gejala MANUSIA
MENGABDIKAN MANUSIA dan wujudlah gejala MANUSIA MENYEMBAH MANUSIA. Golongan PEMERINTAH
adalah terdiri daripada Tuhan-tuhan Manusia yang MENGHAMBA ABDIKAN manusia
kepada kekuasaan manusia dan Tuhan-tuhan Manusia yang DISEMBAH oleh manusia. Manakala
golongan YANG DIPERINTAH adalah terdiri daripada para HAMBA yang MENGHAMBA
ABDIKAN diri mereka kepada Tuhan-tuhan Manusia dan para PENYEMBAH yang MENYEMBAH
golongan manusia yang menjadi Tuhan-tuhan ini. Kedua-dua golongan ini yang
terdiri daripada PEMERINTAH dan YANG DIPERINTAH, adalah kesemuanya terlibat
dengan gejala kesyirikan dan kekufuran yang mengeluarkan seluruh mereka itu
daripada agama Allah.
SIAPAKAH yang kita sembah – Allah atau Manusia?
Persoalan ini semestinya kita hadirkan di dalam diri kita pada setiap
kesempatan dan setiap waktu di dalam kehidupan kita hari-hari agar kita berada
dalam keadaan yang sentiasa terpelihara daripada kesesatan dan kerosakan ke
atas AQIDAH kita.
Firman Allah : asy-Syu’arak 70, 71
Tetkala ia berkata kepada bapanya dan kaumnya, “Siapakah yang kamu sembah ?”Mereka menjawab, “ Kami menyembah berhala-berhala dan kami tekun dan kekal menyembahnya.
Firman Allah : al-Baqarah 136
Katakanlah : “Kami beriman kepada Allah dan kepada wahyu yang diturunkan kepada kami dan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub dan anak-anaknya, juga kepada wahyu yang dikurniakan kepada Musa, Isa dan wahyu yang dikurniakan kepada para Anbia daripada Tuhan mereka . Kami tidak mmembeza-bezakan seorangpun di antara mereka dan kami sekelian kaum Muslimin (yang menyerah diri kepada Allah).
Allah : al-Baqarah 133
Adakah kamu semua menyaksi ketika Yaakub hampir maut dan menanya anak-anaknya ketika itu : “Apakah akan kamu sembah sepeninggalanku?” Jawab mereka :” Kami tetap menyembah Tuhan ayahanda dan Tuhan datuk ayahanda Ibrahim, Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan Yang Maha Esa dan kepada-Nya kamu sekelian menyerah diri .”
Siapakah yang kita sembah - Allah atau manusia? Isu
yang maha penting dalam kehidupan kita ialah siapakah yang kita sembah dan
siapakah yang menjadi Tuhan atau Tuhan-tuhan kita. Hanya wujud dua kemungkinan
sahaja dalam kehidupan kita - sekiranya kita tidak menyembah Allah bererti kita
sedang menyembah manusia, dan sekiranya kita tidak menyembah manusia bererti
kita sedang menyembah Allah.
Firman Allah al-Anaam 56
Katakanlah : Sesungguhnya aku telah dilarang menyembah mereka (sembahan-sembahan) yang disembahkan kamu selain daripada Allah. Katakanlah aku tidak dapat mengikut kehendak-kehendak nafsu kamu. Sesungguhnya sesatlah aku jika aku berbuat demikian dan tentulah aku tidak akan termasuk ke dalam golongan orang-orang yang mendapat hidayat.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran)
Walaupun ayat ini bermaksud menyuruh Rasulullah saw
supaya mengemukakan pernyataan kepada kaum musyrikin bahawa beliau dilarang
daripada menyembah apa sahaja yang disembah dan dipertuhankan mereka selain daripada
Allah, tetapi pengungkapan dengan kata-kata “al-lazina” yang tersebut di dalam
Firman-Nya:
“Sesungguhnya aku telah dilarang menyembah mereka yang disembahkan kamu selain daripada Allah .”
adalah satu pengungkapan yang
menarik perhatian, kerana kata-kata “al-lazina” (mereka) adalah ditujukan
kepada sembahan-sembahan yang berakal. Andainya yang dimaksudkan dengan
kata-kata “mereka” itu ialah patung-patung dan berhala-berhala atau sebagainya
tentulah diungkapkan dengan kata-kata “ma” (apa) menggantikan kata-kata
“al-Lazina” (mereka). Oleh sebab itu kata-kata “al-lazina” (mereka) itu adalah
dimaksudkan dengan satu jenis sembahan-sembahan yang lain – di samping
patung-patung, berhala-berhala dan sebagainya - iaitu sembahan-sembahan
daripada jenis makhluk yang berakal yang diungkapkan dengan kata-kata isim
mausul “al-lazina” (mereka). Di sini al-Quran menonjolkan sembahan-sembahan
yang berakal ke atas sembahan-sembahan yang tidak berakal dan menyifatkan
kesemua sembahan-sembahan itu sebagai sembahan-sembahan yang berakal belaka.
“Mereka” yang disembah di dalam ayat ini adalah dimaksudkan
kepada “manusia” dan tidak dimaksudkan kepada patung-patung dan
berhala-berhala. Ayat ini membicarakan mengenai konsep MANUSIA MENYEMBAH
MANUSIA dan gejala tidak mengkhususkan penyembahan kepada Allah sahaja. Seluruh
massa umat Islam kita di Malaysia kini menyembah Allah dalam solat, puasa dan
syiar-syiar ibadat sahaja sedangkan kita menyembah manusia dan tidak menyembah
Allah dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan
antarabangsa. Khususnya umat Islam di Malaysia kita ini menyembah ahli-ahli
PARLIMEN dan DUN serta RAJA-RAJA MELAYU kita sebagai Tuhan-tuhan kita kerana
kita telah mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang dibuat
dan diluluskan oleh PARLIMEN dan DUN.
Firman Allah :al-Anbia 22
Sekiranya di langit dan di bumi itu terdapat Tuhan-tuhan yang lain selain daripada Allah tentulah kedua-duanya telah rosak binasa.
Saiyyid Qutb menjelaskan
(Fizilalil Quran) :
“Di antara ciri ketuhanan yang
paling nyata dibandingkan kepada manusia ialah Dia sahaja yang disembah oleh
para hamba-Nya dan Dia sahaja yang mengaturkan peraturan-peraturan hidup mereka
dan menegakkan neraca-neraca keadilan untuk mereka. Oleh itu sesiapa yang
mendakwa mempunyai ciri ketuhanan yang paling nyata dan seterusnya, bererti
mengangkatkan dirinya sebagai Tuhan selain daripada Allah.
Kerosakan dan kebejatan berlaku di
bumi ketika wujudnya kepercayaan kepada berbilang-bilang Tuhan di bumi, di mana
manusia menyembah sesama manusia, di mana seorang manusia mendakwa bahawa orang
ramai berkewajipan memberi ketaatan dan kepatuhan kepada dirinya dan bahawa dia
mempunyai hak untuk membuat undang-undang dan peraturan untuk mereka, mempunyai
hak untuk menentukan nilai-nilai dan neraca-neraca. Inilah dakwaan menjadi
Tuhan walaupun dia tidak mengeluarkan kata-kata seperti perkataan-perkataan
Firaun.”
Golongan PENYEMBAH dan golongan YANG DISEMBAH adalah
sama-sama terlibat dengan kesyirikan dan kekufuran.
Saiyyid Qutb (Milestones):
“Ciri-ciri yang tersendiri sesuatu
komuniti Islam adalah: bahawa dalam kesemua hal ehwalnya, ia adalah didasarkan
kepada pengabdian kepada Allah sahaja. Deklarasi Tauhid menyuarakan prinsip ini
dan menentukan bentuknya : dalam kepercayaan-kepercayaan, dalam ibadah-ibadah
ritual, dan dalam aturan dan peraturan, deklarasi ini berbentuk sesuatu yang
konkrit.
Sesiapa yang membuat undang-undang
yang berasal daripada sumber yang selain daripada Allah s.w.t., mengikut cara
yang selain daripada apa yang Dia ajarkan kepada kita melalui Rasulullah
s.a.w., tidak menyembah Allah sahaja.
Firman Allah: al-Hasyr 7
Apa-apa yang diberikan Rasul kepadamu ambillah, apa-apa yang dilarangnya hendaklah kamu hentikan, dan takutlah kepada Allah. Sungguh Allah amat keras siksa-Nya.
Firman Allah: asy-Syura 21
Adakah bagi mereka sekutu-sekutu yang mensyariatkan agama bagi mereka yang tidak diizinkan Allah.
Inilah masyarakat Islam. Dalam
masyarakat ini kepercayaan-kepercayaan dan pemikiran-pemikiran
individu-individu, ibadah-ibadah mereka dan hal-hal keagamaan mereka, dan
sistem sosial mereka dan undang-undang mereka kesemuanya didasarkan kepada
pengabdian kepada Allah sahaja. Sekiranya sikap ini diketepikan daripada salah
satu dari aspek-aspek ini, keseluruhan Islam itu diketepikan kerana Rukun Islam
yang pertama, ‘kalimah
ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ Muhammadur Rasulullah’ telah
diketepikan.
Kita klasifasikan mereka
(masyarakat Islam sekular) di kalangan masyarakat-masyarakat Jahiliyah, bukan
kerana mereka percaya kepada Tuhan-Tuhan yang lain selain Allah, tetapi kerana
sistem kehidupan mereka tidak didasarkan kepada pengabdian kepada Allah sahaja.
Walaupun mereka berpegang kepada keesaan Allah, tetapi mereka menyerahkan hak
Allah ke atas undang-undang kepada yang lain dan mereka mengabdikan kepada
otoriti ini dan daripada otoriti ini mereka memperolehi sistem mereka,
nilai-nilai dan norma-norma mereka dan hampir setiap aspek kehidupan mereka.”
Ketaatan dan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang
Allah bererti menyembah Allah dan itu juga bererti mengimani, menganuti dan
mengamalkan agama Allah, manakala ketaatan dan kepatuhan kepada peraturan dan
undang-undang demokrasi bererti menyembah Tuhan-tuhan demokrasi dan justeru
turut mengimani, menganuti dan mengamalkan agama demokrasi yang mengkufur
ingkarkan Allah. Umat Islam kita di Malaysia kini adalah para penganut agama
Jahiliyah dan masyarakat Islam kita ini adalah masyarakat Jahiliyah, bukan
kerana kita ini kesemuanya mempercayai Tuhan-Tuhan yang lain daripada Allah,
tetapi kerana sistem kehidupan kita ini yang didasarkan kepada ketaatan dan
kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang
Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis yang selain daripada Allah yang
menjadikan penyembahan kita ini sebagai penyembahan kepada MANUSIA yang selain
daripada Allah yang mengkufur ingkarkan Allah. Kita telah mencabut sifat
Uluhiyah daripada Allah dan kita telah mengifradkannya kepada para pemimpin
kita dan Raja-Raja Melayu kita yang mengangkatkan mertabat mereka ini sebagai
Tuhan-tuhan kita yang kita sembah. Kita kini sedang menyembah manusia dan tidak
lagi menyembah Allah yang jelas dan terang sekali telah mengeluarkan kita
daripada agama Allah!
Kerajaan demokrasi Malaysia kita ini adalah kerajaan manusia
yang syirik dan kufur kerana segala peraturan dan undang-undangnya adalah
daripada manusia dan tidak daripada Allah, justeru para pemimpin kita yang
terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita yang
meskipun mereka itu adalah orang-orang Islam yang mengucap dua kalimah
syahadah, mereka itu sebenarnya adalah orang-orang yang kafir, zalim dan fasik
di sisi Allah swt kerana mereka itu adalah Tuhan-tuhan Manusia yang memiliki
sifat-sifat Uluhiyah dan Rububiyah, mereka itu adalah Tuhan-tuhan Manusia yang
berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas kita dan mereka itu adalah
Tuhan-tuhan Manusia yang membuat dan menguat kuasakan segala peraturan dan
undang-undang manusia ke atas kita. Para pemimpin kita ini adalah orang-orang
yang kafir, zalim dan fasik kerana mereka itu adalah Tuhan-tuhan kita, manakala
kita sebagai rakyat biasa ini adalah juga orang-orang yang kafir, zalim dan
fasik di sisi Allah swt kerana kita telah melantik mereka ini sebagai
Tuhan-tuhan kita, kita telah menjadikan diri kita ini sebagai para hamba kepada
mereka ini dan kita tidak menjadi para hamba kepada Allah swt dan kita telah
menyembah mereka ini sebagai Tuhan-tuhan kita, sebaliknya kita tidak menyembah
Allah, dan kita menyetujui dan meredhai mereka ini. Kesemuanya ini hanya
mempunyai satu pengertian sahaja – kita telah mengeluarkan diri kita daripada
agama Allah dan kita telah memasukkan diri kita ke dalam agama manusia yang
syirik dan kufur.
Firman Allah :al-Imran 79
Tidaklah wajar bagi seorang manusia yang dikurniakan Allah kepadanya kitab suci, hikmat dan kenabian kemudian dia berkata kepada manusia: Hendaklah kamu menjadi para penyembah ku selain dari Allah. Tetapi (yang wajarnya dia berkata): Hendaklah kamu manjadi para Rabaniyyin (hamba-hamba Allah yang patuh)kerana kamu telah mengajar kitab Taurat dan kamu telah mempelajarinya.
Allah sahaja yang berhak untuk disembah oleh manusia dan
manusia tidak boleh menyembah manusia. Kita tidak boleh mentaati dan mematuhi
segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang dibuat oleh ahli-ahli
Parlimen dan Dun dan Raja-Raja Melayu kita kerana itu bererti kita menyembah
mereka ini sebagai Tuhan-tuhan kita. Bagi kita di Malaysia kita ini, para
pemimpin dan Raja-Raja Melayu kita ini adalah Tuhan-tuhan Manusia yang kafir,
zalim dan fasik, mereka ini adalah musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kita yang
diperintahkan Allah untuk dikufur ingkarkan serta untuk dimusuhi dan dibenci,
malah Allah juga memerintahkan kita supaya dilancarkan Jihad, Perang dan
Revolusi ke atas mereka sehingga mereka itu kesemuanya diusir keluar daripada
takhta-takhta mereka.
Raja-Raja Melayu di Malaysia kita ini adalah ketua-ketua kita
dan ketua-ketua agama kita, kita taat dan patuh kepada mereka, dan kita
menyayang-nyayangi dan menyanjung-nyanjung mereka padahal mereka ini kesemuanya
adalah para Tuhan yang kafir, zalim dan fasik yang diperintahkan Allah supaya
kita kufur ingkarkan mereka dan supaya kita memusuhi dan membenci mereka dan
supaya kita mengusir mereka itu keluar daripada takhta-takhta mereka. Alangkah
malangnya nasib kita ini! Kita telah menjadi orang-orang kafir kerana kita
melantik para Tuhan kita yang kafir, zalim dan fasik ini sebagai ketua-ketua
kita dan sebagai ketua-ketua agama kita, kita menyetujui dan meredhai serta
kita mengagung-agungkan para musuh Allah dan musuh kita yang kafir, zalim dan
fasik ini dan kita menyembah mereka ini sebagai Tuhan-tuhan kita. Sebaliknya
kita langsung melupai dan meminggirkan segala perintah Allah untuk mengkufur
ingkarkan mereka, untuk memusuhi dan membenci mereka buat selama-lamanya
sehinggalah mereka itu kesemuanya terusir keluar daripada segala kedudukan
mereka yang istimewa ini. Dan oleh itu jadilah kita ini sebagai orang-orang
Islam yang kafir, zalim dan fasik di sisi Allah swt!
Firman Allah : al-Anbia 24
Malah kebanyakan mereka tidak mengetahui Aqidah yang benar, maka kerana itu mereka berpaling daripada-Nya.
Seluruh umat Islam kita kini adalah orang-orang kafir kerana
kita telah berpaling daripada Allah lantaran kejahilan kita mengenai Aqidah
kita. Kita mengucap dua kalimah syahadah tanpa mengerti apakah yang dimaksudkan
dengan kalimah
ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, kita tidak mengetahui apakah ertinya
Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan apakah pula ertinya Uluhiyah dan Rububiyah
Manusia, kita tidak memahami dan mengetahui mengenai kalimah syahadah yang
telah kita ucapkan. Tanpa memahami dan mengetahui mengenai dua kalimah syahadah
dengan jelas dan terang ianya bererti bahawa kita tidak beriman kepadanya dan
kita sebenarnya tidak pernah berada di dalam agama Allah sedikitpun, malah kita
tidak menyedari bahawa kita telah melantik para pemimpin kita ini sebagai Tuhan-tuhan
kita dan kita juga tidak menyedari bahawa kita sebenarnya telah menyembah
mereka ini sebagai Tuhan-tuhan kita !
Allah swt membicarakan mengenai Tuhan-tuhan Palsu, iaitu
Tuhan-tuhan Manusia yang terdiri daripada para pemimpin kita yang beragama Islam
dan Raja-Raja Melayu kita dengan panjang lebar di dalam al-Quran :
Firman Allah : al-Anaam 65
Katakanlah : Allahlah yang berkuasa mengirimkan azab ke atas kamu daripada arah atas (kepala kamu). Dan daripada arah kaki kamu atau Dia mengelirukan kamu hingga kamu berpecah belah kepada berbagai-bagai puak dan merasakan kamu bancana ( perang dan penindasan ) di antara kamu terhadap satu sama lain . L:ihatlah bagai mana Kami menjelaskan ayat-ayat kepada mereka dengan berbagai-bagai cara supaya mereka mengerti.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran- al-Anaam) :
Punca perpecahan dan huru-hara yang paling besar di bumi ini
ialah apabila wujudnya di antara-antara manusia yang berani mendakwa mempunyai
kuasa Uluhiyah ke atas mereka dan bertindak menggunakan kuasa itu. Inilah punca
perpecahan dan huru-hara yang memecahbelahkan orang ramai kepada berbagai-bagai
puak yang mengelirukan, kerana pada lahirnya mereka kelihatan seolah-olah satu
umat atau satu masyarakat yang duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi,
tetapi pada hakikatnya mereka memperhamba dan memperbudakkan satu sama lain,
mereka menggunakan kuasa di tangan mereka untuk sama satu lain, kerana kuasa
itu tidak terikat dengan syari’at Allah. setengah-setengah mereka menyimpan
hasad dengki, dendam kesumat dan menunggu peluang baik unutk menindas antara
satu sama lain. Mereka berpecah kepada kepada berbagai-bagai puak yang tidak
berbeza, tidak terpisah dan tidak terasing di antara satu sama lain.
Firman Allah : al-A’raf 96
Sekiranya penduduk negeri-negeri itu beriman dan bertaqwa nescaya Kami bukakan kepada mereka rezeki-rezeki yang berkat daripada langit dan bumi, tetapi mereka telah mendustakan Rasul-Rasul lalu Kami binasakan mereka kerana dosa-dosa yang dilakukan mereka .
Saiyyid
Qutb (Fizilalil Quran) :
Sebenarnya
orang-orang yang disifatkan mereka sebagai orang-orang Islam itu bukanlah
orang-orang yang beriman dan bertaqwa yang sebenar. Mereka tidak menumpukan
Ubudiyah mereka kepada Allah dan tidak merealisasikan maksud pengakuan
Laailaahaillallah itu di dalam realiti hidup mereka . Mereka masih
menyerahkan leher mereka kepada sesama
manusia yang berlagak sebagai Tuhan yang mengadakan undang-undang ,
peraturan-peraturan atau nilai-nilai dan tradisi-tradisi untuk mereka. Mereka
bukanlah orang-orang mukmin yang sebenar, kerana seorang mukmin yang tulen
tidak akan membiarkan sesiapapun berlagak sebagai Tuhan terhadap dirinya ,
tidak akan memandang sesiapa pun sebagai Tuhannya yang berhak mengatur
kehidupannya dengan undang-undang dan perintah daripada-Nya. Ketika datuk dan
nenek dan orang-orang yang mengaku beriman itu menjadi orang Islam yang sebenar
di zaman lampau, maka dunia tunduk kepada mereka dan hidup mereka dilimpahi
berbagai-bagai kesenangan dan keberkatan daripada langit dan bumi dan jajnji
Allah kepada mereka ditepati.
Firman Allah : al-A’raf 191, 192
Apakah wajar mereka mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak pernah menciptakan sesuatu apapun, sedangkan sekutu-sekutu itu sendiri diciptakan Allah.Dan sekutu-sekutu itu tidak berkuasa menolong mereka dan tidak pula dapat menolong diri sendiri.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Kita tidak mengetahui bahawa orang-orang Arab semasa berada
dalam agama paganism mempersekutukan Allah dengan Tuhan-tuhan Manusia dalam
erti kata mereka mempercayai manusia-manusia itu sebagai Tuhan-tuhan atau
mereka melakukan upacara-upacara ibadat kepada mereka. Setahu kita mereka hanya
mempersekutukan Allah dengan manusia-manusia seperti ini dalam pengertian
mereka memakai dan mematuhi undang-undang dan peraturan masyarakat ciptaan
manusia, iaitu undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan masyarakat
untuk menyelesaikan pertelingkahan-pertelingkahan atau lebih tepat
undang-undang dan peraturan pemerintahan di bumi. Al-Quran mengungkapkan perbuatan
ini sebagai perbuatan syirik dan menyamakan di antara jenis ini dengan syirik
mereka yang satu lagi, iaitu syirik menyembah berhala-berhala dan
patung-patung. Inilah pandangan Islam terhadap syirik jenis itu. Ia merupakan
sejenis syirik yang sama dengan syirik iktiqad dan persembahan upacara ibadat,
tiada beza di antara kedua-duanya, sama seperti Islam memandang orang-orang
yang menerima dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang dibuat oleh
pendita-pendita dan paderi-paderi itu sebagai Tuhan dan tidak pula pernah
mengadakan upacara-upacara persembahan dan ibadat kepada mereka. Semua
perbuatan ini merupakan perbuatan syirik dan terkeluar daripada Tauhid yang
menjadi asas agama Allah yang diungkapkan dengan syahadat ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Ini adalah selaras dengan apa yang telah kami jelaskan tadi tentang syirik
Jahiliyah moden.
Firman Allah : Hud 63
Jawab Soleh : Wahai kaumku! Apakah fikiran kamu seandainya aku mempunyai bukti kebenaran yang jelas daripada Tuhanku dan Dia telah mengurniakan kepada kamu rahmat daripada-Nya. Oleh itu siapakah yang sanggup menolongku daripada kemurkaan Allah jika aku melanggar perintah-Nya. Kamu sebenarnya tidak menambahkan sesuatu apa kepadaku selain daripada kerugian semata-mata.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Angkatan-angkatan perintis kebangkitan Islamiyah ini akan
menghadapi segala tentangan yang dihadapi para Rasul yang mulia (Allah cucurkan
rahmat kesejahteraan ke atas sekelian mereka). Mereka menerima ancaman
Jahiliyah sama seperti yang telah diterima para Rasul itu. Zaman telah beredar
mengikut pusingannya pada hari dibangkitkan Rasulullah saw membawa agama Islam
ini kepada seluruh umat manusia, lalu mereka bangkit menentang beliau dengan
tradisi Jahiliyah yang telah diwarisi mereka selepas kedatangan Islam yang
dibawa oleh Ibrahim as, Ismail as, Ishak as, Yaakubn as, anak-anak cucunya,
Yusuf as, Musa as, Harun as, Daud as, Sulaiman as, Yahya as, Isa as dan seluruh
para anbia yang lain.
Itulah Jahiliyah samada ia mengiktirafkan kewujudan Allah
atau tidak, tetapi ia tetap mengadakan berbagai-bagai Tuhan kepada manusia di
bumi ini dan Tuhan-tuhan inilah yang memerintah mereka dengan undang-undang
yang bukan diturunkan daripada Allah di samping mensyariatkan nilai-nilai,
tradisi-tradsi dan peraturan-peraturan kepada mereka, dan inilah yang membuat
mereka taat dan patuh kepada Tuhan-tuhan ini bukannya taat dan patuh kepada
Allah, kemudian dakwah Islamiyah menyeru seluruh manusia agar menyingkirkan
Tuhan-tuhan bumi ini daripada kehidupan mereka, daripada undang-undang mereka,
daripada masyarakat-masyarakat mereka, daripada nilai-nilai dan peraturan
mereka dan agar mereka kembali kepada Allah yang Maha Esa dan menjadikannya
satu-satunya Tuhan mereka tanpa Tuhan-tuhan yang lain, iaitu satu-satunya Tuhan
yang ditaati mereka dalam erti kata mereka tidak mematuhi kecuali perintah dan
sistem-Nya sahaja. Kemudian selepas itu
berlaku pertarungan sengit di antara syirik dan Tauhid, di antara Jahiliyah dan
Islam, di antara angkatan-angkatan perintis kebangkitan Islamiyah dan para
Taghut dan Berhala-berhala di merata pelosok bumi .
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran - Yusuf) :
Sebenar tidak begitu, malah yang menghalangkan
masyarakat-masyarakat Jahiliyah kepada sistem hidup Islam itu ialah kewujudan
Tuhan-tuhan palsu yang enggan mengakui kuasa Hakimiyah Allah juga enggan
mengakui Rububiyah Allah yang Maha Esa sahaja di atas kehidupan manusia di bumi
ini. Dengan ke enganan inilah ia terkeluar terus daripada Islam dan ini
merupakan hukum agama yang dimaklumi secara pasti, kemudian ( satu lagi
penghalang) ialah kewujudan orang ramai yang menyembah Tuhan-tuhan palsu selain
Allah, iaitu mereka taat, patuh dan mengikut Tuhan-tuhan itu. Ini bererti
mereka mengadakan berbagai-bagai Tuhan yang disembah dan ditaati. Penyembahan
inilah yang mengeluarkan mereka daripada Tauhid kepada syirik. Inilah
pengertian syirik yang paling jelas di dalam pandangan Islam.
Firman Allah : Ibrahim 30
Mereka telah mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan orang ramai daripada jalan Allah. Katakanlah : Berpoya-poyalah kamu di dalam kenikmatan dunia kerana sesungguhnya tempat kesudahan kamu kelak ialah neraka.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Yakni mereka mengadakan sekutu-sekutu yang setanding dengan
Allah kemudian mereka menyembah mereka sama seperti mereka menyembah Allah. Mereka
tunduk kepada kuasa mereka sama seperti mereka tunduk kepada kuasa Allah.
Mereka memberi sifat-sifat kepada mereka sama dengan sifat-sifat Uluhiyah Allah
swt .
Tujuan mereka mengadakan sekutu-sekutu itu ialah untuk
menyesatkan orang ramai daripada jalan Allah yang Maha Esa yang tidak
berbilang-bilang dan tidak pula bersimpang siur. Ayat menuding kepada
pembesar-pembesar kaum Quraisy yang sengaja bertujuan untuk menyesatkan kaum
mereka daripada jalan Allah apabila mereka bertuhankan sekutu-sekutu yang lain
daripada Allah . Aqidah Tauhid itu merupakan ancaman terhadap Tuhan-tuhan palsu
dan kepentingan-kepentingan mereka di setiap zaman, bukan sahaja di zaman
Jahiliyah yang pertama, malah di setiap zaman Jahiliyah, di mana manusia
menyeleweng daripada Aqidah Tauhid yang sempurna dalam apa-apa bentuk
penyelwengan sekalipun, iaitu mereka menyerah teraju kepimpinan mereka kepada
pembesar-pembesar dan mereka mengorbankan kebebasan dan saksiayah mereka untuk
pembesar-pembesar itu. Mereka tunduk kepada keinginan dan hawa nafsu
pembesar-pembesar mereka. Mereka menerima peraturan-peraturan dan undang-undang
yang diciptakan oleh hawa nafsu para pembesar itu, bukannya diambil daripada
wahyu Allah. Di waktu inilah dakwah mengtauhidkjan Allah menjadi satu ancaman
kepada pembesar-pembesar itu, dan ancaman ini akan dihindari mereka dengan
segala sarana. Di antara sarana-sarana itu ialah menyembah Tuhan-tuhan yang
dijadikan sekutu-sekutu kepada Allah seperti di zaman Jahiliyah, dan di
antaranya lagi ialah menggunakan undang-undang dan peraturan-peraturan ciptaan
manusia seperti di zaman ini, iaitu undang-undang dan peraturan-peraturan yang
menyuruh manusia dengan suruhan-suruhan yang tidak disuyruhkan Allah dan
melarang mereka dengan larangan-larangan yang tidak dilarangkan Allah. Para
penggubal undang-undang dan peraturan diletak sejajar dan setanding dengan
Allah di dalam jiwa orang-orang yang tersesat daripada jalan Allah dan di alam
realiti kehidupan .
Dalam siri huraian-huraian mengenai ayat-ayat al-Quran
seperti yang dipaparkan di atas ini, Saiyyid Qutb membicara dan memperkatakan
mengenai TUHAN-TUHAN PALSU yang terdiri daripada para pemimpin kita yang wujud,
berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas seluruh umat manusia di dalam
sesebuah kerajaan manusia, iaitu
kerajaan yang menjalankan segala peraturan dan undang-undang manusia – mereka ini adalah disifatkan Allah swt sebagai
Tuhan-tuhan Manusia.
Dalam kerajaan demokrasi Malaysia kita ini, para pemimpin kita
dan Raja-Raja Melayu kita ini adalah Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka ini memiliki
sifat-sifat Uluhiyah dan Rububiyah yang dirampas daripada Allah swt, mereka ini
adalah para Tuhan kita yang berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas kita, mereka
ini adalah para Tuhan kita yang membuat segala peraturan dan undang-undang
untuk kita, mereka ini adalah para Tuhan kita yang menguat kuasakan segala
peraturan dan undang-undang mereka ini ke atas kita, mereka ini adalah para
Tuhan kita yang mengabdikan kita kepada kekuasaan mereka dan mereka ini adalah
para Tuhan kita yang disembah oleh kita sekelian. Para pemimpin kita dan
Raja-Raja Melayu kita ini adalah orang-orang yang kafir, zalim dan fasik kerana
mereka ini adalah Tuhan-tuhan Manusia, manakala seluruh umat Islam kita ini
adalah juga orang-orang yang kafir, zalim dan fasik kerana kita menjadi para
hamba kepada mereka, kita menyembah mereka dan jadilah kita ini sebagai para
penyembah mereka dan tidak menyembah Allah serta kita menyetujui dan meredhai
mereka.
Sehubungan dengan ini kita ingin bertanya – bagai manakah
halnya dengan para pemimpin PAS, apakah mereka itu juga adalah Tuhan-tuhan
Manusia? Ya, memang benar! Para pemimpin PAS kita yang terdiri daripada
ahli-ahli Parlimen dan Dun adalah juga Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka itu
adalah Tuhan-tuhan Manusia yang memiliki segala sifat Uluhiyah dan Rububiyah,
mereka ini adalah Tuhan-tuhan Manusia yang berkuasa, berdaulat dan memerintah
ke atas seluruh umat manusia, mereka ini adalah Tuhan-Tuhan Manusia yang
membuat peraturan dan undang-undang untuk manusia, mereka ini adalah
Tuhan-tuhan Manusia yang menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang
manusia ke atas manusia, mereka ini adalah Tuhan-tuhan Manusia yang mengabdikan
manusia kepada kekuasaan manusia dan mereka ini adalah Tuhan-tuhan Manusia yang
disembah oleh manusia. Para pemimpin PAS adalah orang-orang yang kafir, zalim
dan fasik kerana mereka ini adalah Tuhan-tuhan Manusia, manakala seluruh para
pengikut PAS kita ini adalah juga orang-orang yang kafir, zalim dan fasik
kerana mereka ini adalah orang-orang yang menjadi para hamba kepada para
pemimpin PAS, mereka ini adalah orang-orang yang menyembah para pemimpin PAS
sebagai Tuhan-tuhan mereka dan mereka ini adalah orang-orang yang menyetujui
dan meredhai Tuhan-tuhan Manusia yang terdiri daripada para pemimpin PAS itu.
Firman Allah : al-Kafirun 1-6
Katakanlah : Wahai orang-orang kafir! Aku tidak sambah apa yang engkau sembah. Dan engkau bukannya penyembah-penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku bukannya penyembah Tuhan-tuhan yang engkau sembah. Dan engkau juga bukannya penyembah-penyembah Tuhan yang aku sembah. Untuk kamu agama kamu dan untuk aku agama aku.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-A’sr) :
Orang-orang Islam atau lebih halus orang-orang yang
mendakwa beragama Islam, merupakan orang-orang yang paling kuat berpaling
daripada sistem hidup Ilahi yang telah dipilih oleh Allah untuk mereka, dan
daripada undang-undang yang disyariatkan Allah kepada mereka dan daripada
satu-satunya jalan yang digariskan Allah untuk menyelamatkan mereka daripada
kerugian dan kesesiasiaan.
Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa umat Islam kita pada hari
ini adalah para pendakwa Muslim sahaja kerana kita ini kesemuanya telah
terkeluar daripada agama Allah, kita telah berpaling daripada sistem kehidupan
daripada Allah, kita telah berpaling daripada peraturan dan undang-undang Allah
dan kita telah berpaling daripada jalan keselamatan yang boleh menyelamatkan kita.
Allah memerintahkan Rasulullah saw supaya mengisytiharkan kepada orang-orang
kafir Quraisy bahawa tidak wujud sebarang kompromi di antara Islam dengan
kufur.
Kekufuran umat Islam di Malaysia kita sekarang ini adalah
sama dengan kekufuran kaum musyrikin Mekah pada zaman Rasulullah saw, iaitu
kekufuran kedua-dua golongan umat manusia yang wujud pada zaman-zaman yang
berbeza ini kerana mereka itu dan kita ini kesemuanya adalah golongan-golongan
yang sama-sama mengeluarkan segala peraturan dan undang-undang Allah daripada sistem-sistem
kehidupan mereka dan kita masing-masing.
Kaum kafir Quraisy mempercayai mengenai kewujudan Allah dan
mereka menyembah Allah, namun mereka menjadi kafir kerana mereka telah
mengeluarkan segala peraturan dan undang-undang Allah daripada sistem kehidupan
mereka. Begitulah juga umat Islam di Malaysia kita ini, kita menjadi kafir
kerana kita menjalankan segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan
manusia serta kita mentaati dan mematuhinya, kita menjadi kafir kerana kita menjadi
para hamba kepada Tuhan-tuhan manusia ini, kita menjadi kafir kerana kita
menyembah mereka sebagai Tuhan-tuhan kita, kita menjadi kafir kerana kita
menyetujui dan meredhai sistem politik demokrasi dan segala peraturan dan
undang-undang demokrasi, dan kita menjadi kafir kerana kita mengimani, menganuti
dan mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur ini.
Surah al-Kafirun ini adalah satu perisytiharan daripada Allah
swt bahawa umat Islam di Malaysia kita pada masa kita kini adalah orang-orang
kafir kerana kita menyembah para pemimpin kita dan Raja-Raja Melayu kita sebagai
Tuhan-tuhan kita dan sebaliknya kita tidak menyembah Allah. Kita dikatakan
sebagai orang-orang yang menyembah para pemimpin kita dan Raja-Raja Melayu kita
sebagai Tuhan-tuhan kita kerana kita mentaati dan mematuhi segala peraturan dan
undang-undang demokrasi ciptaan mereka, sebaliknya kita dikatakan sebagai
orang-orang yang tidak menyembah Allah kerana kita tidak mentaati dan mematuhi
apa-apa peraturan dan undang-undang Allah dalam bidang-bidang politik, ekonomi,
sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa. Mengikut pengertian ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ peraturan dan undang-undang itu adalah
agama – orang-orang yang mentaati dan mematuhi segala peraturan dan
undang-undang Allah adalah orang-orang yang menyembah Allah dan mereka mengimani,
menganuti dan mengamalkan agama Allah, manakala orang-orang yang mentaati dan
mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh para pemimpin kita
dan Raja-Raja Melayu kita ini adalah orang-orang yang menyembah manusia dan
mereka mengimani, menganuti dan mengamalkan agama manusia yang syirik dan
kufur.
“Katakanlah : Wahai orang-orang kafir !” (Kafirun 1)
Orang-orang kafir yang dimaksudkan di dalam ayat al-Quran
seperti di atas ini adalah bersesuaian dan bertepatan untuk ditujukan kepada
umat Islam di Malaysia kita ini. Kita ini adalah orang-orang kafir kerana kita
menyembah ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita sebagai
Tuhan-tuhan kita apabila kita mentaati dan mematuhi segala peraturan dan
undang-undang manusia yang dibuat oleh mereka ini (ahli-ahli Parlimen dan Dun
serta Raja-Raja Melayu).
“Aku tidak sembah apa yang engkau sembah.” (Kafirun 2)
Orang-orang yang beriman tidak menyembah para pemimpin kita
dan Raja-Raja Melayu kita ini sebagai Tuhan-tuhan mereka kerana mereka tidak
mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh
mereka ini (para pemimpin dan Raja-Raja Melayu). Sebaliknya kitalah orang-orang
yang menyembah mereka ini sebagai Tuhan-tuhan kita kerana kita mentaati dan
mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh mereka ini (para
pemimpin dan Raja-Raja Melayu).
“Dan engkau bukannya penyembah-penyembah Tuhan yang aku
sembah.” (Kafirun 3)
Umat Islam kita di Malaysia kita ini adalah orang-orang yang
tidak menyembah Allah, iaitu Tuhan yang disembah oleh orang-orang yang beriman,
kerana kita tidak mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang
Allah dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan
antarabangsa. Kita ini adalah orang-orang yang menyembah manusia sebagai
Tuhan-tuhan kita kerana kita mentaati dan mematuhi segala peraturan dan
undang-undang yang dibuat oleh manusia, iaitu manusia yang terdiri daripada para
pemimpin kita dan Raja-Raja Melayu kita.
“Dan aku bukannya penyembah Tuhan-tuhan yang engkau sembah.” (Kafirun 4)
Orang-orang yang beriman tidak menyembah para pemimpin kita
dan Raja-Raja Melayu kita sebagai Tuhan-tuhan mereka kerana mereka tidak
mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh
mereka itu (para pemimpin kita dan Raja-Raja Melayu kita). Sebaliknya pula
kitalah orang-orang yang menyembah para pemimpin kita dan Raja-Raja Melayu kita
ini sebagai Tuhan-tuhan kita kerana kita mentaati dan mematuhi segala peraturan
dan undang-undang yang dibuat oleh mereka.
“Dan engkau juga bukannya penyembah-penyembah Tuhan yang aku sembah.” (Kaffirun 5)
Umat Islam di Malaysia kita ini tidak menyembah Allah, iaitu Tuhan
yang disembah oleh orang-orang yang beriman, sebaliknya kita menyembah Tuhan-tuhan
Manusia.
“Untuk engkau agama engkau dan untuk aku agama aku.” (Kafirun 6)
Untuk siapakah surah al-Kafirun ini, apakah ianya hanya untuk
kaum Quraisy Mekah yang kafir dahulu itu sahaja, atau bagai mana? Wahai
bangsaku! Ketahuilah dan sedarlah bahawa
surah al-Kafirun ini adalah juga untuk kita – umat Islam di Malaysia dan
diseluruh dunia pada hati ini. Seluruh kita ini adalah orang-orang kafir atau
para pengaku Muslim yang menyembah manusia dan tidak menyembah Allah – sama
dengan musyrikin Quraisy Mekah!
Agama Allah adalah
untuk orang-orang yang beriman manakala agama demokrasi yang syirik dan kufur
ini adalah untuk seluruh umat Islam kita yang syirik dan kufur ini.Tidak ada
kompromi dan percampuran aduk di antara orang-orang yang beriman dengan seluruh
umat Islam di Malaysia kita yang kafir, zalim dan fasik ini.
Inilah realiti yang sudah, sedang dan yang akan terus berlaku
kepada kita pada masa-masa hadapan - kita menjadi kafir kerana kita melantik
manusia sebagai Tuhan-tuhan kita, kita menjadi kafir kerana kita menjalankan
peraturan dan undang-undang manusia dalam seluruh bidang kehidupan kita yang
meliputi bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan
antarabangsa, kita menjadi kafir kerana kita mentaati dan mematuhi segala peraturan
dan undang-undang yang dibuat oleh Tuhan-tuhan Manusia ini, kita menjadi kafir
kerana kita menyetujui dan meredhai Tuhan-tuhan Manusia ini dan segala
peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh Tuhan-tuhan Manusia ini, kita
menjadi kafir kerana kita tidak menafi, menolak, mengingkari dan menentang
Tuhan-tuhan Manusia ini, dan kita menjadi kafir kerana kita menyetujui,
meredhai dan mengasihi para pemimpin kita dan Raja-Raja Melayu kita padahal
mereka ini kesemuanya adalah para Taghut yang menderhakai Allah. Kita menjadi
kafir kerana kita mengimani, menganuti dan mengamalkan agama manusia, khususnya
agama demokrasi yang syirik dan kufur ini yang mengeluarkan kita daripada agama
Allah dan yang memasukkan kita ke dalam kesesatan, kesyirikan dan kekufuran.
Inilah kedudukan kita yang sebenarnya pada hari ini sedangkan kita sedikitpun
tidak menyedarinya kerana kita tidak memahami mengenai pengertian kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ
akibat daripada disesatkan daripada jalan yang benar oleh para pemimpin
kita dan para ulama dan intelek Islam kita sendiri yang kesemuanya ini adalah
begitu kuat dipengaruhi oleh propaganda dan ajaran sesat yang disebar dan
dikembangkan di kalangan kita oleh kaum Ahlil Kitab!
No comments:
Post a Comment