(SAMBUNGAN)
6.
PAS MEMBATALKAN
DUA KALIMAH SYAHADAH KERANA MEREKA MENYEMBAH MANUSIA DAN TIDAK MENYEMBAH ALLAH
APABILA MEREKA MENTAATI DAN MEMATUHI SEGALA PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG MANUSIA
Firman Allah : asy-Syu’arak 70, 71
Tetkala ia berkata kepada bapanya dan kaumnya, “Siapakah yang kamu sembah ?”
Mereka menjawab, “ Kami menyembah berhala-berhala dan kami tekun dan kekal menyembahnya.
Siapakah
Tuhan-tuhan yang disembah oleh PAS dan para pengikut PAS? Mereka menyembah Tuhan-tuhan Manusia yang terdiri
daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun kerana mereka kesemuanya mentaati dan
mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang
diluluskan oleh Parlimen dan Dun!
Firman Allah: al-Taubah 31
Mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadikan pendita-pendita dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain daripada Allah dan (juga mereka memperTuhankan) al-Masih anak Maryam, padahal mereka tidak diperintah melainkan untuk menyembah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya) melainkan Ia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan
Ayat ini dijelaskan di dalam Hadith (Tarmidzi dari ‘Adi bin
Hatim):
Pada suatu ketika apabila Rasulullah s.a.w sedang membaca
ayat di atas ini, ‘Adi bin Hatim berkata: “Ya Rasulullah, mereka (Yahudi dan
Nasrani) tidak menyembah mereka (pendita-pendita dan rahib-rahib).” Rasullullah
s.a.w menjawab, “Memang benar mereka berbuat demikian. Mereka (pendita-pendita
dan rahib-rahib) membenarkan perkara-perkara yang tidak benar, dan mereka
(Yahudi dan Nasrani) mematuhi mereka; dan dengan berbuat demikian mereka
sebenarnya telah menyembah mereka (pendita-pendita dan rahib-rahib).”
Ujar al-Alusi di dalam tafsirnya:
“Kebanyakan mufassirin berpendapat : yang dimaksudkan dengan
Tuhan-Tuhan yang layak disembah di dalam ayat ini bukannya mereka mempercayai
ulama-ulama dan rahib-rahib mereka itu sebagai Tuhan-Tuhan alam ini, malahan
maksudnya mereka patuh menjunjung suruhan-suruhan dan larangan-larangan
mereka.”
Mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang
demokrasi yang dibuat oleh ahli-ahli parlimen dan dewan perundangan negeri
(DUN), mengikut hukum al-Quran, bermakna menyembah ahli-ahli Parlimen dan Dun
yang membuat undang-undang itu. Walaupun tanpa niat, iktiqad dan qasad di dalam
hati untuk menyembah Tuhan-tuhan demokrasi dan walaupun dengan hati yang tidak
meredhai Tuhan-tuhan itu, perbuatan mentaati dan mematuhi peraturan dan
undang-undang demokrasi itu tetap bererti menyembah Tuhan-tuhan demokrasi. Kaum
Kristian itu dianggap oleh Allah sebagai menyembah ketua-ketua agama mereka
(paderi-paderi) sebagai Tuhan-tuhan mereka apabila mereka mentaati dan mematuhi
segala peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh mereka itu (paderi-paderi),
padahal mereka tidak berniat untuk menyembah paderi-paderi itu. Kufur di sini
ialah KUFUR AMALIYAH.
Saiyyid Qutb (Milestones):
"Tarmidzi meriwayatkan daripada 'Adi bin Hatim bahawa
setelah risalah Islam sampai kepada beliau, beliau telah melarikan diri ke
Syria (dia telah memeluk Kristian sebelum zaman Nabi), tetapi saudara
perempuannya dan beberapa orang daripada kaumnya telah dijadikan tawanan
perang. Nabi Muhammad s.a.w. memberi layanan yang baik kepada saudara
perempuannya sehingga memberi berbagai hadiah. Saudara perempuannya telah
pulang untuk bertemu dengan beliau ('Adi bin Hatim) dan mengajaknya supaya
bersama-sama memeluk Islam dan menasihatinya supaya mengunjungi Nabi Muhammad
s.a.w. 'Adi bersetuju. Orang ramai begitu keinginan untuk melihat beliau datang
ke Madinah. Ketika beliau datang kepada Rasulullah s.a.w. beliau memakai salib
perak. Rasulullah sedang membaca ayat, "mereka (ahli-ahli kitab) telah
menjadikan pendeta-pendeta dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain daripada
Allah." 'Adi meriwayatkan, "Saya berkata, 'mereka tidak menyembah
rahib-rahib mereka'. Rasulullah s.a.w. menjawab, "apa sahaja
pendeta-pendeta dan rahib-rahib mereka menghukum sebagai halal, mereka menerimanya
sebagi halal, apa sahaja yang mereka menghukum sebagai haram, mereka
menerimanya sebagai haram, yang demikian itu mereka (ahli-ahli kitab) menyembah
mereka (pendeta-pendeta dan rahib-rahib).
"Huraian ini mengenai ayat tersebut oleh Rasulullah
s.a.w., memberi kejelasan bahawa ketaatan kepada undang-undang dan
hukuman-hukuman ialah satu bentuk penyembahan, dan sesiapa yang melakukan ini
di anggap terkeluar daripada Islam. Ia menjadikan segolongan manusia sebagai
Yang Di Pertuan (Tuhan) ke atas golongan yang lain, sedangkan agama ini di
turunkan untuk menghapuskan amalan-amalan seperti ini, dan ia mendeklarasikan
bahawa kesemua manusia di bumi hendaklah bebas daripada pengabdian kepada yang
selain daripada Allah".
Huraian Saiyyid Qutb seperti di atas
ini membolehkan kita untuk membuat pengamatan bahawa ketaatan dan kepatuhan
kepada akta-akta Parlimen dan Dun, dan segala undang-undang kecil, aturan dan
peraturan yang terbit daripada akta-akta itu, dianggap oleh Islam sebagai
MENYEMBAH dan MEMPERTUHANKAN orang-orang yang membuat, melulus dan
menjalankannya, khasnya untuk MEMPERTUHANKAN ahli-ahli Parlimen dan Dun yang
membuat undang-undang itu. Walaupun tanpa niat di dalam hati atau pengakuan
dengan lisan, perbuatan mentaati dan mematuhi undang-undang Parlimen dan Dun
ciptaan manusia itu bererti MENYEMBAH MANUSIA dan MEMPERTUHANKAN manusia dan
mengkufurkan Allah s.w.t. (kufur amali).
Ahli-ahli Parlimen dan Dun adalah
juga terdiri daripada pemimpin-pemimpin PAS yang berperanan sebagai Tuhan-tuhan
Manusia yang disembah oleh manusia tanpa mengira samada peraturan dan
undang-undang yang ditaati dan dipatuhi oleh manusia itu dibuat oleh PAS atau
oleh orang-orang yang lain, implikasinya tetap sama – mereka itu adalah
Tuhan-tuhan Manusia yang disembah oleh manusia.
Dalam khutbatnya di Rusila, Trengganu yang dipetikkan di
sini, YAB Datuk Seri Haji Hadi Awang menyarankan dengan tegas bahawa sesebuah
kerajaan yang menjalankan undang-undang yang selain daripada Allah adalah
kafir, zalim dan fasik, serta beliau menjelaskan bahawa ketaatan kepada
undang-undang seperti ini bererti mempertuhankan manusia yang terkeluar
daripada Islam.
MELANTIK TUHAN DARI KALANGAN MANUSIA
(Harakah 26 Februari 1999) Oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi
Awang, Masjid Rusila, Terengganu)
“Muslimin sidang Jumaat sekalian. Marilah kita memahami dan
mentaati larangan Allah Taala di dalam firmanNya yang bermaksud: Dan jangan
kamu condong kepada orang-orang yang zalim (jika tidak) nescaya kamu disambar
oleh api neraka (Surah Hud ayat 113).
Sabda Rasulullah s.a.w, firman Allah Taala : Wahai
hamba-hambaku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ke atas diriKu,
dan Aku menjadikannya haram di antara kamu. Dan jangan kamu melakukan
kezaliman.
Apakah yang dimaksudkan dengan zalim? Zalim ertinya
meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya." Persoalannya: Apakah tempat itu?
Yang dimaksudkan dengan tempat di sini ialah, tempat yang telah ditentukan oleh
Allah Taala. Apabila kita telah memahami itu maka kita dapati dunia hari ini
penuh dengan kezaliman yang meliputi kezaliman aqidah, kezaliman ekonomi,
kezaliman akhlak, kezaliman politik, kezaliman undang-undang dan kehakiman, dan
kezaliman-kezaliman yang lain. Segala kezaliman itu berpunca daripada tidak
mengikut hukum Allah Taala.
Kezaliman yang paling besar yang menjadi benih kepada semua
kezaliman yang lain ialah kezaliman syirik menyekutukan Allah dengan sesuatu
yang lain. Syirik pada hari ini bukan sekadar memuja batu-batu dan kayu-kayu
yang dipahat kemudian disembah dan dipersucikan, dan bukan lagi menyembah dan
mempersucikan pemimpin-pemimpin seperti Firaun, Namrud dan lain-lain, tetapi
merupakan syirik apabila manusia mencipta hukum dan peraturan sendiri di dalam
perkara yang tidak diizinkan oleh Allah Taala.
Sebenarnya kuasa mengadakan undang-undang hanya menjadi milik
Allah. Allah menyatakan dengan tegas kepada mereka yang mendakwa mempunyai hak
mengadakan undang-undang di dalam perkara yang tidak diizinkan olehNya dengan
firmanNya yang bermaksud: Apakah ada bagi mereka sekutu-sekutu yang mengadakan
hukum syariat untuk mereka di dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah?
(Surah Asy-Syura ayat 21).
Ayat ini menegaskan bahawa sesiapa yang mengadakan
undang-undang di dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah bermakna telah
melakukan syirik, dan sesiapa melantik pemimpin-pemimpin yang mengadakan
undang-undang tersebut bermakna telah melantik tuhan-tuhan yang lain daripada
Allah Taala. Sesiapa yang menyokong dan bersetuju dengan pemimpin-pemimpin yang
melaksanakan undang-undang di dalam perkara-perkara yang tidak diizinkan oleh
Allah itu juga sebenarnya melakukan dosa syirik.
Dalilnya ialah, apabila Adi Ibnu Hatim, ketika belum masuk
Islam, datang mengadap Rasulullah s.a.w, pada lehernya terkandung salib.
Melihat salib yang terkandung di leher Adi itu, maka Rasulullah s.a.w membaca
ayat al-Quran yang bermaksud: Mereka (ahli kitab) mengambil paderi-paderi dan
pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan selain daripada Allah. (Surah at-Taubah
ayat 31). Apabila Adi bin Hatim menjawab bahawa sebenarnya mereka tidak
menyembah paderi-paderi dan pendeta-pendeta mereka, maka Rasulullah s.a.w
berkata: Kamu memakai hukum-hukum yang dibuat oleh paderi dan pendeta kamu.
Kamu menghalalkan perkara yang mereka halalkan, dan kamu mengharamkan apa yang
mereka haramkan. Itulah makna melantik mereka sebagai tuhan-tuhan selain
daripada Allah.
Umat Islam pada hari ini diperintah oleh undang-undang asing
yang dicipta oleh penjajah-penjajah, yang bercanggah dengan undang-undang Islam
dan tidak ada kena mengena dengan umat Islam. Oleh kerana kezaliman yang besar
ini dilakukan oleh umat Islam maka mereka dilanda oleh berbagai-bagai penyakit
kerana penyakit syirik ini bercanggah kepada sistem-sistem yang lain.
Lahir pula kezaliman politik apabila ada pemimpin-pemimpin
yang menipu rakyat dengan cakap-cakap manis dan hujah-hujah yang menarik
kononnya mereka seorang pemimpin yang baik dan adil, sedangkan mereka tidak
melaksanakan hukum Allah. Rakyat tidak sedar bahawa kezaliman itu apabila tidak
melaksanakan hukum Allah, sementara adil itu apabila melaksanakan hukum Allah.
Orang ramai menyangka bahawa zalim ini apabila mereka dan jasad mereka dihentam
dan dibelasah, harta benda mereka dirampas dan dimusnahkan, isteri dan
anak-anak mereka dilarikan, tetapi mereka tidak sedar bahawa yang dikatakan
zalim itu apabila tidak melaksanakan hukum Allah Taala dan mereka menghukum
dengan hukum yang lain daripada hukum Allah, dan di dalam masa yang sama mereka
melakukan satu dosa yang amat besar.
Kezaliman juga berlaku di dalam bidang ekonomi. Adanya para
pemimpin yang menganggap bahawa harta dan kekayaan yang menjadi hak rakyat
adalah hak milik peribadi mereka. Mereka merampas harta negara dan
menggunakannya tidak berdasarkan hukum syarak, tidak mengira halal dan haram.
Rakyat pula tidak mendapat bahagian yang lain untuk mereka. Kezaliman juga
berlaku di dalam bidang kehakiman. Pelantikan para hakim tidak berdasarkan
syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Islam. Islam telah menetapkan bahawa
seorang hakim mestilah Islam, tidak melakukan dosa besar, tidak berkekalan di
dalam dosa-dosa kecil dan tidak melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan
maruah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Qadhi (hakim) ada
tiga jenis. Satu jenis di dalam syurga dan dua jenis di dalam neraka. Hakim
yang tahu kebenaran, maka ia berhukum dengan kebenaran tersebut di dalam
syurga. Hakim yang jahil, maka dia berhukum dengan dasar kejahilan, maka dia di
dalam neraka. Dan hakim yang tahu kebenaran tetapi dia tidak berhukum dengan
kebenaran, maka dia juga di dalam neraka.
Kaedah ini tidak diamalkan di dalam negara umat Islam. Hakim
yang dilantik ada kalanya daripada kalangan bukan Islam yang tidak percaya
adanya Allah dan tidak percaya adanya dosa dan pahala. Ada juga hakim yang
boleh dipengaruhi dan boleh dibeli dengan harta dan kemewahan. Islam juga telah
meletakkan syarat orang-orang yang menjadi saksi di dalam perbicaraan di
mahkamah mestilah adil menurut istilah yang telah disebutkan. Ini untuk
memastikan bahawa saksi juga tidak boleh dipengaruhi dan dibeli dengan harta
benda dan pangkat kebesaran.
Sebenarnya kita telah ditimpa oleh berbagai-bagai kezaliman
secara menyeluruh berpunca apabila kita tidak beramal dengan Islam.
Berwaspadalah kita supaya tidak disentuh oleh api neraka kerana cenderung
kepada orang-orang yang zalim.
Takutlah kamu akan fitnah (bala) yang tidak hanya menimpa ke
atas orang-orang yang zalim di kalangan kamu sahaja.
Dalam khutbahnya Datuk Seri Haji Abdul
Hadi Awang menghuraikan bahawa KETAATAN dan KEPATUHAN MANUSIA kepada PERATURAN
dan UNDANG-UNDANG MANUSIA bererti manusia menyembah manusia yang mengeluarkan
manusia daripada agama Allah. Huraian Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang seperti
di atas ini membolehkan kita untuk membuat kesimpulan bahawa para pemimpin PAS
yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun sebenarnya adalah Tuhan-tuhan
Manusia yang disembah oleh manusia kerana seluruh peraturan dan undang-undang
demokrasi ciptaan manusia yang sedang berada di bawah kuat kuasa dan
tanggungjawab mereka itu (ahli-ahli Parlimen dan Dun PAS) adalah ditaati dan
dipatuhi oleh sebahagian manusia yang lain. Sama ada peraturan dan
undang-undang demokrasi itu adalah dibuat oleh UMNO dan pihak-pihak yang lain
ataupun oleh PAS sendiri, ketaatan dan kepatuhan seluruh rakyat Malaysia
kepadanya (peraturan dan undang-undang demokrasi) tetap mempunyai pengertian
bahawa para pemimpin PAS sebagai ahli-ahli Parlimen dan Dun itu adalah turut
disembah oleh seluruh umat manusia sebagai Tuhan-tuhan Manusia. Para pemimpin
PAS ini adalah Tuhan-tuhan Manusia yang kafir, zalim dan fasik yang disembah oleh
manusia.
Rumusan :
1. Ahli-ahli Parlimen dan Dun
di Malaysia yang membuat undang-undang adalah orang-orang disembah oleh manusia
sebagai Tuhan-tuhan Manusia yang layak disembah kerana undang-undang yang
dibuat oleh mereka itu adalah ditaati dan dipatuhi oleh manusia;
2. Rakyat biasa adalah para
penyembah yang menyembah Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka mentaati dan
mematuhi undang-undang yang dibuat oleh ahli-ahli Parlimen dan Dun;
3. Umat Islam di Malaysia
yang menjadi para pengamal sistem politik demokrasi adalah orang-orang kafir
kerana mereka menyembah manusia dan mereka tidak menyembah Allah;
4. Politik demokrasi adalah
kufur kerana ia mewujudkan sistem manusia menyembah manusia.
Ahli-ahli
Parlimen dan Dun di Malaysia sama ada PAS atau UMNO, adalah orang-orang kafir
kerana mereka adalah Tuhan-tuhan Manusia yang disembah oleh manusia, manakala
seluruh umat Islam kita, samada PAS atau UMNO, adalah juga orang-orang kafir kerana mereka
adalah para penyembah yang menyembah Tuhan-tuhan Manusia ini.
7.
PAS MEMBATALKAN
DUA KALIMAH SYAHADAH KERANA MEREKA MENCARI DAN MENGAMALKAN AGAMA YANG LAIN DI
SAMPING MEREKA TETAP JUGA MENGIMANI, MENGANUTI DAN MENGAMALKAN AGAMA ALLAH
Firman Allah : al-Imran 18
Allah sendiri menyaksikan tiada Tuhan melainkan hanya dia dan para malaikat dan orang-orang yang berilmu juga (turut menyaksikan) Ia menegakkan keadilan. Tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran –
al-Imran):
“Erti Islam ialah ketaatan berhakimkan
kepada kitab Allah, mematuhi dan mengikutnya. Sesiapa yang tidak berbuat
demikian, maka tidak ada agama baginya dan dia bukannya seorang Muslim walau
pun dia mendakwa beragama Islam dan berpegang dengan agama Allah. Kerana agama
Allah digaris, dijelas dan ditafsir oleh Allah s.w.t sendiri dan bukannya
tunduk kepada pentafsiran dan penggarisan hawa nafsu manusia yang masing-masing
menggaris dan mentafsirkan mengikut sesuka hati mereka.
Islam bukannya semata-mata pengakuan,
bukannya semata-mata panji-panji, bukannya semata-mata kata-kata yang diucapkan
lisan, malah bukannya kepercayaan yang dikandung oleh hati dengan diam dan
tenang, bukannya upacara-upacara ibadat perseorangan yang ditunaikan oleh
individu-individu dalam solat, haji dan puasa .... tidak, ini bukannya Islam
yang menjadi satu-satunya agama yang diredhai Allah dari para hambaNya, malah
Islam ialah penyerahan diri, ketaatan dan ikutan yang patuh. Islam ialah
berhakimkan kitab Allah dalam segala urusan hamba.
Firman Allah : al-Imran 83
Patutkah sesudah (menerima dan mengakui perjanjian) itu, mereka mencari agama lain daripada Allah ? Padahal kepada-Nyalah tunduk taat sekelian makhluk yang ada di langit dan di bumi , sama ada dengan suka ataupun terpaksa, dan kepada-Nya mereka dikembalikan.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Imran)
:
Jelaslah bahawa keislaman sekelian
makhluk alam ialah keislaman yang tunduk kepada perintah, mengikut peraturan
dan mematuhi undang-undang. Di sini ternyatalah betapa beratnya Allah swt
memberi perhatian-Nya dalam menjelaskan makna Islam dan hakikatnya dalam setiap
kesempatan yang sesuai supaya jangan termasuk dalam fikiran seseorangpun bahawa
Islam itu merupakan kalimah syahadah yang diucapkan oleh lisan atau merupakan
tasdik yang hanya mantap di hati tanpa diikuti oleh kesan-kesannya yang amali,
iaitu mengikut undang-undang dan peraturan Allah dan merealisasikan
undang-undang dan peraturan itu di dalam realiti hidup mereka.
Firman Allah : al-Imran 85
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam , maka tidak akan diterima daripadanya , dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
Saiyyid
Qutb (Fizilalil Quran) :
Dengan
Nas-nas yang bertubi-tubi ini tidak ada jalan untuk menakwil hakikat Islam atau
untuk memutar belitkan Nas-nas dan
menyelewengkannya daripada maksud-maksudnya yang sebenar dan untuk mentakrifkan
Islam dengan takrif yang berlainan daripada takrif Allah, iaitu Islam yang
diikuti oleh alam buana dalam bentuk kepatuhan kepada undang-undang yang telah
ditetap dan diaturkan Allah.
Kini
jelaslah bahawa Islam tidak akan hanya berbentuk mengucap dua kalimah syahadah,
di mana syahadah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ tidak diikuti oleh makna dan hakikatnya, iaitu Tauhid Uluhiyah
dan Tauhid Qiwamah, di samping Tauhid Ububidiyah dan Tauhid arah tujuan, dan di
mana syahadah Muhammadur Rasulullah saw tidak diikuti oleh makna dan hakikatnya
iaitu mematuhi sistem hidup yang dibawa oleh beliau untuk mengaturkan kehidupan
manusia dan mengikut syariatnya kerananya
beliau diutus untuk membawanya dan seterusnya berhakimkan kepada
al-Quran yang dibawanya kepada manusia.
Kini
jelaslah Islam tidak akan berbentuk kepercayaan yang kukuh di dalam hati sahaja
terhadap hakikat Uluhiyah, terhadap urusan-urusan terhadap hari kiamat,
terhadap kitab-kitab suci yang diturunkan Allah dan terhadap para Rasul-Nya
tanpa disusuli dengan buktinya yang amali dan hakikatnya yang waqii sebagai mana yang telah kami jelaskan.
Dan
Islam tidak juga akan hanya berbentuk syiar-syiar ibadat dan upacara-upacara
ibadat atau berupa heningan cipta dan doa-doa atau berupa amalan-amalan
pembersihan alkhlak dan bimbingan rohani tanpa disusuli dengan kesan-kesan
amali dalam bentuk mengamalkan sisten hidup yang bersambung dengan Allah selaku
Ma’abud yang menjadi tumpuan hati para hamba yang bertawajjuh kepada-Nya dengan
ibadat-ibadat dan syiar-syiar-Nya, dengan heningan cipta dan doa-doa, dan
selaku Ma’abud yang mana hati para hamba menaruh perasaan taqwa kepada-Nya dan
kerana itu hati menjadi bersih dan mendapat bimbingan yang betul.
Saiyyid Qutb
menghuraikan bahawa Islam itu ertinya KEPERCAYAAN dan AMALAN, iaitu kepercayaan
kepada Rukun Iman dan Rukun Islam, dan ketekuanan dalam melakukan segala syiar
ibadat seperti solat, puasa, zakat dan haji yang disertai dengan pelaksanaan
segala peraturan dan undang-undang Allah dalam seluruh bidang kehidupan manusia
yang meliputi bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan
antaranbangsa yang ditaati dan dipatuhi oleh seluruh umat Islam kita sekelian .
Begitulah juga
PAS yang menjalankan segala peraturan dan undang-undang demokrasi dalam seluruh
bidang kehidupan manusia yang meliputi bidang-bidang politik, ekonomi, sosial,
akhlak dan perhubungan antaranbangsa serta ianya ditaati, dipatuhi dan
disetujui oleh seluruh umat manusia, ianya bererti bahawa PAS, para pemimpin
PAS dan seluruh pengikut PAS telah MENGANUTI agama demokrasi yang syirik dan
kufur yang mengeluarkan seluruh mereka ini daripada agama Allah.
Peraturan dan undang-undang demokrasi adalah agama
demokrasi yang syirik dan kufur, justeru apabila PAS mengamalkan seluruh
peraturan dan undang-undang demokrasi, mereka menguat kuasakannya ke atas
seluruh umat manusia, dan seluruh mereka ini pula mentaati dan mematuhinya
serta mereka menyetujuinya, itu bererti bahawa PAS dan seluruh pengikut mereka telah
mengimani, menganuti dan mengamalkan agama demokrasi. Inilah ertinya bahawa PAS
mencari agama yang lain, iaitu mereka menganuti agama demokrasi yang syirik dan
kufur di samping itu ia juga masih lagi menganuti agama Allah yang mengeluarkan
PAS daripada agama Allah.
8. PAS MEMBATALKAN DUA KALIMAH SYAHADAH
KERANA MEREKA MEMPERSEKUTUKAN ALLAH APABILA MEREKA MELANTIK MANUSIA SEBAGAI
TUHAN-TUHAN MEREKA DAN MEREKA MENGADAKAN SEGALA PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
MANUSIA YANG BERKUAT KUASA KE ATAS SELURUH UMAT MANUSIA DAN YANG DITAATI DAN
DIPATUHI OLEH SELURUH UMAT MANUSIA INI
Firman Allah : Ibrahim 30
Mereka telah mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan orang ramai daripada jalan Allah. Katakanlah : Berpoya-poyalah kamu di dalam kenikmatan dunia kerana sesungguhnya tempat kesudahan kamu kelak ialah neraka.
Firman Allah : asy-Syura 21
Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan – mana-mana bahagian daripada agama mereka – sebarang undang-undang yang tidak diizinkan Allah?
Firman Allah : al-A’raf 191, 192
Apakah wajar mereka mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak pernah menciptakan sesuatu apapun, sedangkan sekutu-sekutu itu sendiri diciptakan Allah.
Dan sekutu-sekutu itu tidak berkuasa menolong mereka dan tidak pula dapat menolong diri sendiri.
Para pemimpin PAS di Malaysia kita ini
yang terdiri daripada ahli-ahli
Parlimen dan Dun adalah layak untuk disifatkan
sebagai ‘sekutu-sekutu bagi Allah’, iaitu mereka ini adalah Tuhan-tuhan Manusia
yang membuat dan meluluskan segala peraturan dan undang-undang untuk manusia,
mereka ini adalah “ar-Rab” ataupun “ar-Baaban” yang memiliki sifat RUBUBIYAH
yang berkuasa dan berdaulat untuk membuat segala peraturan dan undang-undang
untuk manusia yang selain daripada Allah. Allah bertanya kepada kita - apakah
patut bagi kita untuk melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan kita yang mempunyai
hak dan kuasa untuk membuat dan meluluskan segala peraturan dan undang-undang
manusia yang selain daripada Allah. Sudah tentu jawapannya hanyalah sekali-kali
tidak patut!
Seluruh
umat Islam di Malaysia kita ini adalah orang-orang yang menyekutukan Allah yang
mengeluarkan seluruh kita ini daripada agama Allah. Kita telah menyekutukan
Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa yang berhak dan berkuasa untuk memerintah ke
atas kita kerana kita telah melantik para pemimpin kita yang terdiri daripada
pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS serta daripada berbagai-bagai parti yang lain
sebagai ahli-ahli Parlimen dan Dun yang berkuasa dan berdaulat ke atas kita.
Mereka membuat peraturan dan undang yang menyekutukan Allah sebagai Pembuat
Undang-undang yang tunggal untuk manusia, mereka menghamba abdikan manusia
kepada kekuasaan mereka yang menyekutukan Allah sebagai Tuhan yang satu-satunya
berhak untuk menghamba abdikan manusia kepada kekuasaan Allah, mereka disembah
oleh manusia sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah yang menyekutukan Allah
sebagai Tuhan yang satu-satunya layak disembah oleh manusia. Para pemimpin dan
pengikut PAS adalah orang-orang yang menyekutukan Allah dalam berbagai-bagai
bentuk dan cara kerana mereka ini kesemuanya adalah orang-orang yang
mengamalkan sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur.
Firman Allah : an-Nisa 48, 116
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa mempersekutukan-Nya dan Dia bersedia mengampunkan dosa-dosa yang lain dari itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan kesalahan mensyirikkan-Nya dan Dia mengampunkan kesalahan-kesalahan yang lain dari itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan siapa yang mensyirikkan Allah, maka sesungguhnya dia telah sesat dalam kesesatan yang amat jauh.
Syirik adalah dosa yang
besar yang tidak akan diampuni Allah, dan orang-orang yang terlibat dengan
syirik akan dihumban ke dalam neraka yang amat pedih tanpa sebarang kasihan
belas dan tiada sesiapapun yang boleh memberi pertolongan.
Kita ini adalah
orang-orang yang membatalkan syahadah kita kerana kita telah melantik manusia
sebagai sekutu-sekutu Allah yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun
serta Raja-Raja Melayu kita. Kita telah melakukan syirik terhadap Allah tanpa
menyedarinya. Kita telah melakukan dosa yang amat besar yang tidak akan
diampuni Allah. Kita wujud dan hidup di dalam negara kita ini dengan selesa dan
senang hati sahaja tanpa menyedari bahawa kita ini adalah orang-orang yang
telah terkeluar daripada agama Allah kerana kita telah menyekutukan Allah
lantaran kita mengamalkan sistem politik kita yang syirik dan kufur ini serta
kita menyetujui dan meredhainya.
9. PAS MEMBATALKAN
DUA KALIMAH SYAHADAH KERANA MEREKA TIDAK MEMASUKI KE DALAM AGAMA ALLAH SECARA
SELURUHNYA
Firman Allah : al-Baqarah 208
Wahai orang-orang yang beriman masuklah ke dalam Islam kesemua sekali dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata.
Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti solat adalah daripada Allah dan
politik adalah juga daripada Allah, sedangkan solat daripada Allah tetapi
politik adalah daripada manusia ianya adalah sistem kehidupan yang dluar
daripada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Umat Islam kita di Malaysia kita kini
sedang berada dalam kesyirikan dan kekufuran kerana kita berada dalam Mentaliti
Jahiliyah :
Saiyyid
Qutb (Fizilalil Quran – an-Nisa):
Oleh
sebab itulah al-Quran menuntut hak penyelenggaraan sepenuh di atas kehidupan
manusia. Dan ia tidak menerima daripada seseorang Muslim dan daripada
masyarakat Islam melainkan seluruh hidupnya pastilah daripada ciptaan sistem
ini dan diletakkan di bawah penyelenggaraan dan bimbingannya. Secara tepat dan
tegas al-Quran tidak menerima daripada seseorang Muslim dan daripada masyarakat
Islam andainya dia hendak memilih beberapa sistem yang datang daripada beberapa
sumber untuk mengendalikan kehidupannya. Mithalnya dia mengambil daripada kitab
Allah sistem untuk kehidupan peribadi, kegiatan amal ibadat, akhlak dan adab
sopan, kemudian daripada buku karangan seorang manusia atau daripada hasil pemikiran manusia semata-mata
dia mengambil pula sistem muamalah, ekonomi, sosial, politik, dan hubungan
antarabangsa. Sebenarnya tugas pemikiran manusia ialah berusaha menimba dan
mengolah hukum-hukum yang terperinci daripada kitab Allah dan sistemnya untuk
dipadankan dengan peristiwa-peristiwa hidup yang baru dan dengan
persoalan-persoalannya yang sentiasa berkembang mengikut peraturan yang
digariskan Allah di dalam pelajaran yang silam daripada perbicaraan surah ini.
Jika tidak, maka tiada keimanan dan tiada keIslaman yang sebenar sama sekali,
iaitu tiada keimanan dan keIslaman sejati daripada awal-awal lagi, kerana
orang-orang yang melakukan perbuatan itu belum lagi masuk di dalam keimanan
yang sebenar dan belum lagi mengaku rukun-rukun Islam yang dikepalai oleh
syahadah kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang melahirkan
konsep tiada yang berhak memerintah melainkan hanya Allah dan tiada yang berhak
mengadakan undang-undang dan peraturan melainkan Allah.
Masuk
ke dalam Islam itu bererti masuk KESEMUA SEKALI, iaitu masuk ke dalam Islam
dalam bentuk amal ibadat ritual yang terdiri daripada ibadat-ibadat solat,
puasa, haji, zakat, doa-doa dan segala syiar ibadat kepada Allah, dan juga
masuk ke dalam Islam dalam bentuk amal ibadat dalam bentuk mentaati dan
mematuhi segala peraturan dan undang-undang Allah dalam bidang-bidang politik,
ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa yang dengan sendirinya
bererti mengeluarkan seseorang itu daripada kufur semua sekali, iaitu keluar
daripada politik kufur dan seluruh sistem kehidupan kufur untuk memasuki ke
dalam Islam dan hanya berada di dalam Islam kesemua sekali. Inilah kesempurnaan
kepada pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
SOLAT
daripada Allah tetapi POLITIK daripada manusia ianya bererti tidak masuk ke dalam
Islam semua sekali dan terkeluar daripada agama Allah. Politik demokrasi adalah
politik manusia kerana ianya adalah didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah
Manusia yang menafi, menolak, mengingkari dan menentang Uluhiyah dan Rububiyah
Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. PAS yang mengamal dan mempraktikkan
agama demokrasi ianya bererti bahawa PAS berada dalam Uluhiyah dan Rububiyah
Manusia yang syirik dan kufur dan justeru mereka tidak berada di dalam agama
Islam kesemua sekali. PAS mengamalkan solat, puasa, zakat, haji dan nikah
kahwin daripada Allah tetapi tidak mengamalkan peraturan dan undang-undang
Allah dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan
antarabangsa, justeru PAS tidak berada di dalam agama Allah kesemua sekali,
tetapi PAS berada di dalam separuh Islam dan separuh di dalam agama demokrasi
yang mengeluarkannya daripada agama Allah .
10. PAS MEMBATALKAN
DUA KALIMAH SYAHADAH KERANA MEREKA MENCINTAI SEKUTU-SEKUTU ALLAH SAMA DENGAN
KECINTAAN MEREKA KEPADA ALLAH
Firman Allah : al-Baqarah 165
Walaupun demikian, ada juga di antara mereka yang mengambil selain daripada Allah untuk menjadi sekutu-sekutu Allah, mereka mencintainya, memuja dan mentaatinya sebagai mana mereka mencintai Allah, sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta ( taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman, syirik itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari Akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya, (nescaya mereka tidak melakukan kezalimam itu).
Para pemimpin PAS adalah sekutu-sekutu Allah yang
dicintai, ditaati dan dipatuhi oleh para pengikut mereka sama seperti mana
mereka mencintai Allah. Mereka ini adalah sekutu-sekutu Allah kerana mereka
adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat ke atas umat manusia, mereka
membuat peraturan dan undang-undang untuk manusia, mereka menjalan dan menguat
kuasakan segala peraturan dan undang-undang ke atas umat manusia, mereka menmghamba
abdikan manusia kepada kekuasaan mereka dan mereka juga disembah oleh umat
manusia. Mereka ini adalah dicintai oleh para pengikut sama dengan mereka mencintai
Allah.
Demokrasi adalah agama manusia yang syirik dan kufur yang
diperintahkan Allah supaya kita tidak mengamalkannya, supaya kita menafi,
menolak, mengingkari dan menentangnya, supaya kita memusuhi dan membencinya dan
supaya kita menyerang dan memeranginya sehingga ianya mengalami keruntuhan dan
kehancuran yang total untuk kemudiannya digantikan dengan agama Allah. Namun
para pengikut PAS tidak ikut dan taat akan segala perintah Allah seperti ini,
malah mereka ikut dan taat para pemimpin mereka, iaitu para Taghut yang
menyuruh mereka supaya mereka mengamalkan sistem politik demokrasi, supaya mereka
berada di bawah kuat kuasaan segala peraturan dan undang-undang demokrasi dan
supaya mereka mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang
demokrasi. Mereka telah menjadi para hamba kepada para Taghut serta mereka
menyembah mereka sebagai Tuhan-tuhan mereka! Para pengikut PAS mentaati para
Taghut dan sebaliknya mereka sewenang-wenang sahaja mengingkari Allah, mereka
adalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah tetapi mereka beriman kepada
Taghut!
11.
PAS MEMBATALKAN
DUA KALIMAH SYAHADAH KERANA MEREKA MELANTIK AHLI-AHLI
PARLIMEN DAN DUN SERTA RAJA-RAJA MELAYU KITA SEBAGAI RAJA-RAJA KITA,
HAKIM-HAKIM KITA DAN PELINDUNG-PELINDUNG KITA, SEDANGKAN MEREKA MENOLAK ALLAH
SWT SEBAGAI RAJA, HAKIM DAN PELINDUNG MEREKA
Friman Allah : az-Zumar 3
Dan orang-orang yang mengambil pelindung yang lain daripada Allah (berkata) : Kami tidak menyembah mereka melainkan (hanya dengan tujuan ) supaya mereka mendampingkan kami lebih dekat kepada Allah.
Saiyyid
Qutb (Fizilalil Quran) :
Inilah
perbuatan syirik yang dilakukan mereka. Oleh itu apakah sifat yang dapat
diletakkan ke atas orang-orang yang tidak memohon pertolongan Allah untuk diri
mereka dengan perantaraan hamba-hamba-Nya, tetapi mereka memohon pertolongan
manusia untuk menolong agama Allah dengan menggunakan mana-mana isme dan sistem
yang diciptakan oleh manusia ?
Islam
tetap Islam. Sosialisme tetap sosialisme dan demokrasi tetap demokrasi. Islam
adalah sistem hidup daripada ciptaan Allah. Islam tidak mempunyai gelaran dan
sifat yang lain daripada gelaran dan sifat yang telah disifatkan Allah
kepadanya sedangkan sosialisme dan demokrasi adalah daripada sistem-sistem
ciptaan manusia dan daripada hasil-hasil pengalaman manusia. Oleh itu apabila
mereka memilih sistem ini, maka hendaklah mereka memilih di atas asas ini.
Pendakwah agama Islam tidak seharusnya tertarik kepada godaan fesyen-fesyen
(atau aliran-aliran pemikiran) yang digemari nafsu manusia yang sentiasa
berubah-ubah itu, dan serentak dengan itu ia merasa telah memberi perkhidmatan
yang baik kepada agama Allah.
Tetapi
kami ingin bertanya kepada orang-orang yang memandang rendah kepada agama
mereka sendiri dan tidak menghormatinya dengan sewajarnya : jika kamu kemukakan
Islam kepada orang ramai pada hari ini dengan nama sosialisme atau dengan nama
demokrasi berdasarkan bahawa ianya adalah dua isme yang dianggap sebagai dua
contoh aliran pemikiran yang diminati umum di zaman ini, pada satu zaman yang
lampau sistem kapitalis merupakan satu pakaian yang digemari umum apabila
mereka mengeluarkan sistem itu daripada sistem feudal, begitu juga sistem
pemerintahan mutlak atau diktatur pernah dalam satu zaman tertentu menjadi satu
sistem yang digemari, iaitu dizaman pengemblingan kebangsaan bagi
wilayah-wilayah yang bertaburan (di Eropah) sebagai mana yang berlaku di
negeri-negeri Jerman, Itali di zman Bismarck dan Mazzini, besok siapa tahu
apakah pula satu sistem daripada sistem-sistem kemasyarakatan dan pemerintahan
yang digemari umum, yang digubalkan oleh manusia untuk manusia? Dan apakah pula
pendapat yang dikatakan mereka terhadap Islam untuk dikemukakan kepada orang
ramai dalam bentuk fesyen yang digemari mereka?
Bimbingan
al-Quran di dalam gelombang yang sedang dibicarakan ini, juga di dalam
gelombang yang lain adalah merangkumi persoalan ini. Al-Quran mahu pendakwah
meletakkan agama Allah di tempat yang tinggi. Para pendakwah tidak seharusnya
tertarik kepada cadangan-cadangan dan pengesyoran-pengesyoran orang ramai.
Mereka tidak seharusnya menghiaskan agama Allah dengan nama-nama yang lain
daripada nama-Nya yang sebenar dan seterusnya mereka tidak seharusnya
mengemukakan agama ini kepada orang ramai dengan menggunakan metodologi dan
cara-cara yang lain daripada metodologi dan cara yang sebenarnya, kerana Allah
Maha Kaya dan tidak merlukan pendapat-pendapat manusia. Siapa yang tidak
menyambut agama-Nya dengan semangat Ubudiyah kepada-Nya, dan dengan semangat
mencabut dirinya daripada Ubudiyah kepada yang lain daripada-Nya, maka agama
Allah tidak memerlukannya, begitu juga Allah swt tidak memerlukan sesiapa sama
ada daripada para hamba-Nya yang taat atau para hamba-Nya yang menderhaka.
Di
samping itu, jika agama Allah mempunyai asas-asasnya yang tulen sama ada
daripada segi asas-asasnya mahupun daripada segi cirri-cirinya, maka ia juga
mempunyai asas-asas yang tulen dari segi metodologi dan dari segi cara
berbicara dengan fitrah manusia kerana yang menurunkan agama ini dengan
asas-asas dan ciri-cirinya dengan metodologi dan cara harakatnya yang
tersendiri ialah Allah yang menciptakan insan itu yang mengetahui segala
bisikan hatinya.
Apabila peraturan dan undang-undang Allah inilah yang
dikuat kuasakan ke atas umat manusia dan seluruh manusia ini pula mentaati dan
mematuhinya, itulah etinya penerimaan oleh umat manusia bahawa Allah adalah
Raja, Hakim dan Pelindung bagi manusia.
Firman Allah : al-Mukminun 116
Maha Suci Allah, Raja yang sebenar. Tiada Tuhan yang lain melainkan Dia yang memiliki ‘Arasy yang amat mulia.
Allah adalah Raja yang berkuasa dan berdaulat ke atas
seluruh umat manusia, Allah adalah Hakim yang memerintah manusia dengan
peraturtan dan undang-undang Allah, dan Allah adalah Pelindung bagi umat
manusia di bumi yang melindungi manusia daripada segala penindasan, kezaliman,
pencerobohan dan kejahatan manusia dan undang-undang ciptaan manusia.
Firman Allah : al-anaam 114
Apakah wajar aku mencari hakim yang lain daripada Allah, sedangkan Dialah yang telah menurunkan kitab al-Quran kepada kamu dengan penjelasan yang terperinci, dan orang-orang yang kami kurniakan kitab suci kepada mereka memang mengetahui bahawa al-Quran itu adalah diturunkan daripada Allah Tuhanmu dengan membawa kebenaran. Oleh sebab itui jangan sesekali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu terhadapnya.
Firman Allah : al-Anamm 14
Apakah wajar bagiku untuk mengambil Pelindung yang lain daripada Allah yang menciptakan langit dan bumi. :
PAS
melantik para pemimpin yang berkuasa dan berdaulat di dalam kerajaan demokrasi
kita inii sebagai Raja-Raja, Hakim-hakim dan Pelindung-pelindung kita yang
jahat, menindas dan zalim terhadap umat manusia, yang melakukan pencerobohan
dan kerosakan di kalangan umat manusia di bumi, serta yang kafir dan ingkar
terhadap Allah. Akan berlaku kerosakan dan
kebinasan yang amat besar di bumi kita ini apabila manusia diangkatkan sebagai
Raja-Raja, Hakim-hakim dan Pelindung-pelindung untuk seluruh umat manusia.
Kerosakan dan kebinasan yang seperti inilah yang telah dan sedang wujud dan
berlaku di dalam negara Malaysia kita ini kerana Raja-Raja kita, Hakim-hakim
kita dan Pelindung-pelindung kita adalah manusia yang jahat dan zalim yang
selain daripada Allah!
12.PAS MEMBATALKAN
DUA KALIMAH SYAHADAH KERANA MEREKA DIPIMPIN OLEH PARA PEMIMPIN MEREKA YANG
JAHAT
Firman Allah :al-Anaam 123
Dan demikianlah Kami jadikan di dalam setiap negeri pembesar-pembesar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu dan sebenarnya mereka tidak melakukan tipu daya melainkan kepada diri mereka sendiri , tetapi mereka tidak sedar .
Firman Allah : ass- Saffat 28, 29, 30
Pengikut-pengikut berkata (kepada ketua-ketua mereka) Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat kami (daripada beriman) dengan menggunakan kuasa kamu.
Ketua-ketua mereka menjawab “(Tidak!) Bahkan kamulah sendiri tidak mahu menjadi orang-orang yang beriman!
Dan kami (selain daripada mengajak kamu) tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah kamu, bahkan kamu sememmangnya kaum yang melampaui batas.
Firman Allah : Saba’ 31
Orang-orang yang tertindas berkata kepada orang-orang yang sombong takbur (yang menjadi ketua-ketua mereka) : “Kalaulah tidak kerana kamu tentulah kami sudah menjadi orang-orang yang beriman.”
Firman Allah: al-Qosas 41, 42
Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua (dalam kesesatan) yang mengajak ke neraka (dengan kekufurannya) dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan. Dan Kami iringi mereka dengan laknat di dunia ini, dan pada hari kiamat pula adalah mereka daripada orang-orang yang tersingkir (daripada rahmat Allah) dengan sehina-hinanya.
Firman Allah: az-Zukhruf 54
(Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya lalu mereka mematuhinya; sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik – derhaka.
Firman Allah:al-Ahzab 67
Dan mereka berkata lagi, “wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami daripada jalan yang benar.”
Para pengikut PAS telah membatalkan syahadah mereka
kerana mereka ini hanyalah sekadar menjadi pak turut yang bodoh dan dungu
kepada para pemimpin mereka, mereka taat, patuh, akur dan tunduk kepada segala
perintah, pemikiran dan dasar mereka padahal kesemuanya ini adalah perintah,
pemikiran dan dasar yang syirik dan kufur kerana kesemuanya ini adalah
didasarkan kepada segala pemikiran manusia, peraturan dan undang-undang manusia
dan sistem kehidupan ciptaan manusia yang kesemuanya ini adalah yang selain
daripada Allah.
Para pengikut PAS kini sedang mengamalkan agama demokrasi
bersekali dengan segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia
tanpa mempersoalkan samada ianya adalah agama Islam ataupun agama kafir, mereka
selesa sahaja untuk mengamalkannya dalam kehidupan mereka tanpa mempersoalkan
samada amalan mereka ini adalah dibolehkan ataupun tidak oleh agama Islam kita
ini. Mereka terus sahaja mengamalkannya dengan selesa dan senang hati sahaja
kerana para pemimpin mereka memberi jaminan dan keyakinan kepada mereka bahawa
sistem politik demokrasi kita ini adalah sistem politik yang bercorak Islam
ataupun yang bersesuaian dengan Islam dan bahawa ianya adalah sistem politik
yang termoden dan terkini yang sama dan setaraf dengan negara-negara yang
termaju dan terkehadapan sekali di dunia. Padahal ianya adalah sistem politik
manusia yang syirk dan kufur yang mengakibatkan kesyirikan dan kekufuran kepada
seluruh para pengamalnya yang mengeluarkan seluruh mereka ini daripada agama
Allah.
Para pengikut PAS telah membatalkan dua kalimah syahadah
kerana mereka taat dan patuh kepada ketua-ketua mereka yang menyesatkan mereka
daripada jalan yang benar. Di Akhirat nanti akan berlaku perkelahian yang tidak
berkesudahan di antara ketua-ketua mereka dan para pengikut mereka,
kedua-duanya saling tuduh menuduh padahal mereka kesemuanya akan sama-sama
dihumbanklan ke dalam neraka yang amat menyeksakan!
(BERSAMBUNG)
No comments:
Post a Comment