Monday 1 October 2012

SYARIAT ISLAM - SIRI KEDUA


(SAMBUNGAN)

Orang-orang yang mengenakan hukum syirik ke atas penyembah berhala, tetapi tidak mengenakan hukum ke atas orang-orang yang berhakimkan kepada Taghut-taghut (kuasa-kuasa yang lain daripada Allah ), dan merasa sakit hati terhadap pesalah pertama, tetapi tidak merasa sakit hati terhadap pesalah yang kedua, maka mereka adalah orang-orang yang tidak membaca al-Quran dan tidak memahami tabiat agama ini oleh sebab itu mereka hendaklah membaca al-Quran mengikut bagai mana yang diturunkan Allah dan hendaklah mereka berpegang dengan ayat berikut dengan serius :

Firman Allah :al-Anaam 121  
Dan andainya kamu tunduk kepada mereka nescaya kamu akan menjadi orang-orang yang mempersekutui Allah .

Setengah-setengah pejuang Islam yang ghairah menyibukkan diri mereka dan orang ramai Islam dengan membuat pernyataan sama ada undang-undang ini atau peraturan itu atau pendapat ini selaras dengan syariat Islam atau tidak selaras, dan mereka begitu ghairah memperkatakan perkara–perkara yang bertentangan dengan Islam yang wujud di sana sini seolah-olah Islam seluruhnya telah ditegakkan. Oleh sebab itu kewujudan dan kesempurnaan Islam tidak kurang apa-apa selain daripada usaha mencegahkan perkara-perkara yang bertentangan itu sahaja .

Pejuang-pejuang Islam yang ghairah itu sebenarnya telah menyakiti Islam di luar kesedaran mereka, kerana mereka sebenarnya menikam Islam dengan parah dengan prihatin-prihatin dan tumpuan-tumpuan perhatian sampingan mereka yang remeh itu. Mereka sebenarnya menghabiskan tenaga Aqidah yang ada dalam jiwa orang ramai di dalam prihatin-prihatin dan tumpuan-tumpuan perhatian mereka yang remeh itu. Mereka sebenarnya telah membuat pengakuan secara tidak langsung terhadap kewibawaan peraturan-peraturan Jahiliyah yang ada. Mereka seolah-olah mengaku bahawa Islam wujud dalam peraturan-peraturan itu, tidak ada apa-apa yang mengurangkan kesempurnaan Islam selain mengadakan usaha-usaha untuk membetulkan perkara-perkara yang bertentangan dengannya, sedangkan kewujudan Islam seluruhnya akan terhenti sama sekali selama ia tidak ditegakkan dalam undang-undang dan peraturan-peraturan, di mana kuasa Hakimiyah hanya dipegang oleh Allah yang Maha Esa sahaja tanpa dikongsi manusia .

Kewujudan agama ini ialah kewujudan Hakimiyah Allah, jika Hakimiyah Allah tidak wujud, maka agama ini tidak wujud. Kini permasalahan agama ini di dunia ialah wujudnya kuasa-kuasa selain Allah atau Taghut-taghut yang mencerbohi Uluhiyah Allah dan merampas kuasa–Nya. Mereka jadikan diri mereka mempunyai kuasa menggaris undang-undang yang menghalal dan mengharamkan perkara-perkara yang bersangkutan dengan jiwa manusia, harta benda dan anak-anak mereka. Permasalahan yang sama dengan permasalahan yang telah dihadapi oleh al-Quran (di zaman silam) dengan menggunakan berbagai-bagai fakta yang kuat, berbagai-bagai penjelasan dan pernyataan serta menghubungkannya dengan isu Uluhiyah dan Ubudiyah, di samping menjadikannya sebagai asas keimanan atau kekafiran, juga sebagai neraca Jahiliyah atau Islamiyah.

Perjuangan sebenar yang telah ditempuh oleh Islam untuk menegakkan kewujudannya itu bukanlah perjuangan menentang ateisme, di mana kesediaan untuk memeluk Islam sahaja merupakan matlamat yang diperjuangkan oleh orang-orang yang ghairah terhadap agama ini, juga bukanlah perjuangan menentang kerosakan sosial atau keruntuhan akhlak, perjuangan-perjuangan ini merupakan perjuangan-perjuangan kedua selepas perjuangan menegak kewujudan agama ini, malah perjuangan pertama yang telah dilancarkan oleh Islam untuk menegakkan kewujudannya ialah perjuangan menegakkan kuasa Hakimiyah dan menentukan Allah yang Maha Esa sebagai satu-satunya pihak yang berwibawa memegang kuasa Hakimiyah. Islam telah mengaharungi perjuangan ini sejak ia mula bertapak di kota Makkah, iaitu semasa ia sedang membentuk Aqidah dan belum lagi mengatur peraturan dan syariat.

 Islam melancarkan perjuangan itu untuk menanam dalam hati manusia bahawa kuasa Hakimiyah hanya dipegang oleh Allah yang Maha Esa sahaja. Tiada seorang Muslimpun yang boleh mendakwa mempunyai kuasa itu dan tiada seorang Muslimpun yang boleh mengakurkan dakwaannya. Apabila Aqidah ini telah mendarah daging dalam jiwa kelompok Muslimin di Makkah, barulah Allah mengurniakan kepada mereka kemudahan-kemudahan untuk merealisasikan kuasa Hakimiyah Allah itu di Madinah. Oleh sebab itu orang-orang yang ghairah terhadap Islam hendaklah menyemak semula kedudukan mereka dan memikirkan semula apakah cara dan langkah yang harus diatur mereka setelah memahami pengertian hakiki agama ini.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran an-Nisa) :
Agama ialah peraturan yang telah ditetapkan Allah bagi kehidupan manusia seluruhnya. Agama ialah sistem yang mengatur seluruh kegiatan hidup dan hanya Allah sahaja yang berhak mengadakan peraturan dan sistem ini tanpa disekutui sesiapapun. Agama ialah kepatuhan dan ketaatan kepada kepimpinan Rabbani, iaitu satu-satunya kepimpinan yang berhak dipatuhi dan ditaati, dan satu-satunya sumber untuk menerima perintah dan arahan dan satu-satunya kepimpinan untuk diserahkan diri. Oleh itu masyarakat Islam ialah masyarakat yang mempunyai kepimpinan Rabbani yang dilambangkan oleh kepimpinan Rasulullah saw dan segala peraturan dan undang-undang yang telah disampaikan oleh beliau dan kekal selepas kewafatannya. Kepatuhan masyarakat Islam kepada kepimpinan Rabbani inilah yang memberikan sifat Islam kepadanya dan melayakkannya untuk digelarkan “Masyarakat Islam“. 

Tanpa kepatuhan yang mutlak ini ia tidak mungkin menjadi masyarakat Islam yang sebenar, kerana syarat kepatuhan itu ialah kesanggupan berhakimkan kepada Allah dan Rasul, memulangkan segala urusan kepada Allah dan redha terhadap keputusan dan pelaksanaan Rasul-Nya dan menerima dengan penyerahan yang bulat kepada-Nya.

UNDANG-UNDANG adalah AGAMA, undang-undang Allah bererti agama Allah, manakala undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah bererti agama demokrasi atau Taghut. Tanpa UNDANG-UNDANG ALLAH bererti tidak ada AGAMA ALLAH. 
Seseorang Islam yang berpegang kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ tanpa mengamalkan undang-undang Allah dalam seluruh bidang kehidupan, bererti ia tidak berpegang kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan justeru ia tidak menganuti agama Allah. Setelah mencapai kemantapan Aqidah Islam, tugas yang utama para pejuang Islam ialah pelaksanaan Syariat Islam, bukan pelaksanaan yang terhad setakat dalam bentuk kerelaan hati, kekuatan dalaman, disiplin diri, ketaqwaan dan keimanan, tetapi dicukup dan disempurnakan melalui PENGUAT KUASAANNYA (syariat Islam) di bawah kekuasaan sebuah Negara Islam. Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa ketaatan kepada undang-undang yang selain daripada Allah mempunyai persamaan dengan penyembahan manusia kepada berhala-hala batu – umat Islam kita di Malaysia ini yang mentaati undang-undang demokrasi dalam politik, ekonomi, sosial dan akhlak ciptaan manusia yang selain daripada Allah mempunyai pengertian yang sama dengan perbuatan orang-orang kafir yang menyembah berhala-hala batu. Umat Islam kita telah terkeluar daripada berpegang kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ 

Firman Allah : al-Anaam 12  
Katakanlah : Siapakah yang memiliki segala apa yang ada di langit dan di bumi? Katakanlah : Allahlah yang memilikinya.

Saiyyid Qutb (Fizililil Quran) :
Oleh itu bagai mana pula sifat orang-orang yang sanggup mengeluarkan kuasa Hakimiyah Allah dalam segala urusan kehidupan mereka daripada ikhtisas Allah swt dan menjalankan sendiri kuasa Hakimiyah itu sesuka hati mereka? Apakah sifat yang wajar diberikan kepada mereka? Apakah sifat yang sesuai untuk menyifatkan cara hidup mereka ? Mereka tentulah wajar diberi sifat yang lain daripada sifat syirik, iaitu sifat kafir, zalim dan fasik – sebagai mana yang dijelaskan oleh Allah swt sendiri – walaupun mereka mendakwa beragama Islam dan walaupun di dalam sijil-sijil beranak mereka dicatatkan sebagai orang Islam.  

Saiyyid Qutb menyifatkan umat Islam yang mengeluarkan kuasa Hakimiyah Allah daripada kehidupan mereka, iaitu mereka yang tidak menjalankan hukum Allah dan yang tidak berada di bawah kerajaan Allah dan undang-undang Allah, mereka ini adalah orang-orang yang kafir, zalim dan fasik. Justeru umat Islam di Malaysia kita ini adalah wajar untuk disifatkan sebagai orang-orang yang kafir, zalim dan fasik kerana mereka mengabdikan manusia kepada kekuasaan manusia apabila mereka menguat-kuasakan undang-undang demokrasi ciptaan manusia ke atas manusia, mereka menyembah manusia apabila mereka mentaati dan mematuhi undang-undang demokrasi ciptaan manusia, mereka mempercayai dan mengimani agama manusia apabila mereka menyetujui dan meredhai undang-undang demokrasi ciptaan manusia ini.

Firman Allah: Yusuf 40 
Sesungguhnya pemerintahan itu hanya hak Allah, Ia memerintahkan supaya engkau jangan menyembah melainkan Dia, yang demikian itu agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Yakni urusan pemerintahan itu hanya milik Allah S.W.T. sahaja berdasarkan sifat Uluhiyah-Nya, kerana kuasa Hakimiyah adalah dari ciri-ciri Uluhiyah. Sesiapa yang mendakwa memiliki kuasa ini bererti ia mempertikaikan ciri Uluhiyah yang utama, sama ada yang mendakwanya itu individu atau golongan, atau parti atau pertubuhan atau umat atau seluruh manusia dalam bentuk antarabangsa. Sesiapa yang mempertikaikan ciri Uluhiyah yang utama itu dari lingkungan agama Islam dan mendakwa memilikinya, maka bererti ia telah menjadi KAFIR secara terbuka terhadap Allah dan hukum ini merupakan hukum agama yang diketahui secara pasti sehingga boleh dithabitkan dengan nas ini sahaja.

Dakwaan memiliki kuasa Hakimiyah ini bukan hanya dilakukan dengan satu cara tertentu sahaja yang mengeluarkan pendakwanya itu dari lingkungan agama Islam yang lurus itu dan menjadikannya seorang yang mempertikaikan ciri utama Uluhiyah Allah. Malah dakwaan itu tidak semestinya dengan mengatakan “setahu aku kamu tidak mempunyai tuhan yang lain dari aku” atau berkata “akulah tuhan kamu yang paling tinggi’’ sebagai mana diucapkan oleh Fir’aun secara terus-terang, tetapi seseorang itu dikatakan mendakwa memiliki kuasa ini atau mempertikaikan kuasa dengan semata-mata bertindak menyingkirkan syari’at Allah dari kuasa Hakimiyah dan mengambil segala undang-undang pemerintahannya dari satu sumber yang lain, juga dengan semata-mata menegaskan bahawa pihak yang berwibawa yang memiliki kuasa Hakimiyah yakni yang menjadi sumber kuasa adalah satu pihak yang lain bukannya Allah S.W.T walaupun sumber itu ialah seluruh rakyat atau seluruh manusia. Rakyat dalam sistem Islam bertugas memilih pemerintah dan merekalah yang memberi kuasa undang-undang kepadanya untuk menjalankan hukum-hukum menurut syari’at Allah, tetapi mereka bukannya sumber kuasa Hakimiyah yang dapat memberi kekuatan atau legaliti kepada sesuatu undang-undang, malah sumber kuasa Hakimiyah itu adalah Allah S.W.T. Ramai di antara para pengkaji hingga pengkaji dari orang-orang Islam sendiri yang terkeliru di antara pentadbiran kuasa dengan sumber kuasa. Seluruh manusia tidak memiliki kuasa Hakimiyah, hanya Allah sahaja yang memiliki-Nya. Tugas manusia hanya menjalankan pentadbiran undang-undang yang disyari’atkan Allah dengan kuat kuasa-Nya. Mana–mana undang-undang yang tidak disyariatkan Allah, maka undang-undang itu tidak mempunyai kuasa dan kekuatan legaliti, dan undang-undang itu dianggap undang-undang yang tidak disahkan oleh Allah.

Sekali lagi kita dapati bahawa perbuatan menentang syariat Allah akan mengeluarkan penentang itu daripada agama Allah. Hukum ini merupakan hukum agama yang diketahui secara pasti kerana perbuatan itu mengeluarkan penentang itu daripada konsep ibadat kepada Allah yang Maha Esa. Itulah perbuatan syirik yang pasti mengeluarkan orang yang melakukannya daripada agama Allah, begitu juga orang-orang yang turut mengakui dakwaan penentang itu dan ikut mentaati dan mematuhinya sedangkan hati mereka tidak mengingkari perbuatannya yang telah merampas kuasa Allah dan ciri-cirinya. Seluruh mereka sama sahaja dalam neraca Allah SWT.

Sifat Rububiyah adalah hak Allah sahaja, iaitu peraturan dan undang-undang adalah hak Allah sahaja dan undang-undang Allah sahaja yang berhak untuk ditaati dan dipatuhi oleh manusia. Justeru Allah itu adalah Tuhan yang berkuasa dan berdaulat untuk membuat undang-undang untuk manusia. Manusia sekali-kali tidak berhak ke atas sifat Rububiyah, iaitu manusia tidak mempunyai sebarang hak untuk membuat undang-undang untuk manusia dan undang-undang manusia tidak berhak untuk ditaati dan dipatuhi oleh manusia.

Dalam sistem politik demokrasi, Rububiyah adalah hak manusia, iaitu manusia berkuasa dan berdaulat untuk membuat undang-undang untuk manusia. Sistem politik demokrasi adalah kafir kerana ia menolak dan mengingkari Rububiyah Allah dan Laailaahaillallah. Kita diperintahkan oleh Allah SWT supaya menolak dan mengingkari system politik demokrasi kerana ianya adalah system politik yang kafir.

Firman Allah : al-Anaam 151  
Jangan kamu mempersekutukan-Nya dengan suatu apapun.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Kita perlu kepada peringatan yang berterusan ini, kerana usaha-usaha yang telah dilakukan syaitan-syaitan untuk menjauhkan agama ini daripada konsep-konsepnya yang asasi telah membawa hasil-hasil kejayaan, iaitu mereka telah berjaya menjadikan persoalan Hakimiyah terganjak daripada ruang tapak aqidah dan terpisah daripada asas iktikad. Oleh sebab itu kita melihat orang-orang Islam termasuk mereka yang sangat ghairah terhadap Islam hanya banyak berbincang mengenai masalah-masalah membetulkan amal ibadat atau mengecam keruntuhan akhlak atau sesuatu persoalan undang-undang yang bertentangan dengan Islam, tetapi mereka tidak membincangkan tentang dasar Hakimiyah itu sendiri dan kedudukan nya dalam Aqidah Islam. Mereka sibuk menentang kemungkaran sampingan yang kecil, tetapi mereka tidak mengecam kemungkaran yang paling besar, iaitu kemungkaran menegakkan kehidupan manusia tanpa berlandaskan Aqidah Tauhid atau tanpa mengkhususkan kuasa Hakimiyah kepada Allah swt sahaja .     

Dalam mengulas kedudukan orang-orang Islam yang tidak menjalankan undang-undang Allah, iaitu mereka yang menjalankan undang-undang ciptaan manusia seperti undang-undang demokrasi kita ini, dan juga mengenai mereka yang mentaati, mematuhi dan meredhai undang-undang demokrasi kita ini, Saiyyid Qutb mempunyai sikap dan pandangan yang konsisten terhadap kedua-dua golongan ini – beliau menyatakan bahawa mereka ini kesemuanya adalah termasuk ke dalam golongan orang-orang yang melakukan kesyirikan dan kekufuran terhadap Allah yang mengeluarkan mereka itu daripada agama Allah dan mereka itu tidak akan diampuni Allah swt di akhirat nanti.

Seseorang Islam itu boleh mengalami kerosakan Aqidah Islamnya yang mengeluarkannya daripada agama Allah sekiranya ia meragui dan mempertikaikan konsep-konsep ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang asas dan fundamental, bahawa :

1.  Undang-undang agama yang terdiri daripada undang-undang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa hanyalah hak dan milik Allah sahaja dan tidak yang selain daripada-Nya;

2.   Seluruh bidang kehidupan manusia yang terdiri daripada bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa adalah tergolong sebagai “Bidang-bidang Agama” dalam agama Islam kita;

3.  Ketaatan dan kepatuhan kepada undang-undang agama yang diciptakan oleh manusia di bawah kerajaan demokrasi ini, adalah perbuatan dan amalan yang menyembah manusia dan tidak menyembah Allah yang mengeluarkan seseorang itu daripada agama Allah

Kesemua sikap dan perbuatan yang meragui dan mempertikaikan konsep-konsep ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang asas dan fundamental seperti di atas ini, adalah kerosakan kepada pegangan dan amalan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan seseorang itu daripada agama Allah.

Undang-undang Allah sahaja yang sesuai untuk kesemua manusia, Islam mahupun bukan Islam, untuk kesemua lokaliti di dunia, dan untuk setiap zaman dan era dalam kehidupan manusia, baik dahulu, sekarang mahupun di masa-masa akan datang. Prinsip-prinsip yang mendasar yang membentuk dan mencorakkan undang-undang Allah tidak berubah, tidak akan berubah dan tidak boleh diubahkan, namun yang boleh diubah mengikut penyesuaian zaman, lokaliti dan suasana, ialah peraturan-peraturan kecil asalkan ianya tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip mendasar Islam.

Undang-undang Allah tidak terhad untuk umat Islam sahaja, ianya adalah wajib untuk dilaksana dan dikuat kuasakan ke atas orang-orang bukan Islam di mana sahaja mereka berada, baik di Malaysia mahupun di Cina, di India, di Singapura, di Amerika dan di seluruh dunia setelah Islam berkuasa nanti supaya pengabdian yang total seluruh manusia itu adalah kepada Allah sahaja. Allah memerintahkan kita supaya menyerang dan memerangi negara-negara kufur untuk memaksa dan menundukkan mereka kepada undang-undang Allah dengan suka atau terpaksa. Inilah MISI ISLAM di dunia yang Maha Agung!.

Para ulama dan intelek Islam kita sengaja tidak mahu menonjolkan dasar-dasar ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang Maha Tinggi dan Maha Agung bahawa menundukkan manusia, baik Islam mahupun bukan Islam, kepada undang-undang dan peraturan Allah dalam seluruh bidang kehidupan manusia – politik, ekonomi, sosial, akhlak, antarabangsa – hatta melalui paksaan dan kekerasan sekalipun, adalah satu ketaatan dan kepatuhan kepada perintah Allah, malah ianya merupakan Misi Islam yang Maha utama dan Maha Agung di dunia ini. Para ulama dan intelek Islam kita yang mengatakan bahawa Islam tidak membenarkan paksaan dan kekerasan untuk menundukkan manusia kepada peraturan dan perundangan Allah kononnya kerana Islam adalah satu agama keamanan dan kedamaian, serta yang sangat bertoleransi terhadap amalan orang-orang kafir dalam kehidupan beragama, adalah satu perbuatan BIDAAH terhadap Allah yang mengeluarkan mereka daripada Islam.

Firman Allah : al-A’raf 3  
Ikutilah segala apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu dan janganlah kamu ikuti pimpinan-pimpinan yang lain daripada Allah  (malang) sedikit sekali kamu mengambil peringatan.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Inilah persoalan asasi agama Islam, iaitu kesanggupan menjunjung segala perintah yang diturunkan Allah, itulah Islam atau penyerahan diri kepada Allah atau itulah pengiktirafan terhadap Rububiyah Allah dan pengakuan bahawa Allah yang Maha Esa sahaja yang mempunyai kuasa Hakimiyah yang wajib dijunjung segala perintah dan larangannya dan tiada siapa yang lain daripada Allah yang mempunyai kuasa itu. Perbuatan menjunjung perintah pemimpin-pemimpin yang lain daripada Allah itulah perbuatan syirik atau itulah perbuatan menolak pengiktirafan terhadap Rububiyah Allah, bagai mana tidak syirik sedangkan kuasa hakimiyah tidak diputuskan kepada Allah sahaja.
Dalam ayat yang ditujukan kepada Rasulullah saw menjelaskan kitab al-Quran itu adalah diturunkan kepada beliau secara peribadi :

Firman Allah : al-A’raf 2  
(Al-Quran) Adalah sebuah kitab yang diturunkan kepadamu.

Sementara dalam ayat yang ditujukan kepada manusia menjelaskan bahawa kitab al-Quran itu juga adalah diturunkan kepada mereka daripada Allah Tuhan mereka:

Firman Allah : al-A’raf 3  
Ikutilah segala apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu.

Bagi Rasulullah saw tujuan kitab al-Quran itu diturunkan kepada beliau ialah supaya beliau beriman kepadanya dan melaksanakan tugas menyampaikan amaran dan peringatan kepada manusia. Sementara bagi manusia pula tujuan diturunkan al-Quran kepada mereka ialah supaya mereka beriman kepadanya, menjunjung segala perintahnya dan tidak menjunjung perintah yang lain daripada-Nya. Isi perintah di dalam kedua-dua ayat itu bertujuan menentukan iktisas masing-masing di samping memberi penghormatan, galakan dan perangsang. Oleh kerana itu orang yang diturunkan al-Quran kepadanya dan dipilih sebagai Rasul untuk menyampaikan perintah al-Quran dan orang yang dikurniakan nikmat kebajikan al-Quran yang limpah itu adalah amat wajar mengambil peringatan dan bersyukur dan seterusnya berpegang teguh dengan perintah ini tanpa merasa sulit dan penat.

Taat dan patuhlah kepada undang-undang Allah sahaja dan sekali-kali janganlah kita taat dan patuh kepada undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah. Inilah perintah yang jelas dan tegas daripada Allah kepada kita. Hak asasi agama Allah ialah menjunjung perintah Allah, iaitu perintah untuk mengerjakan solat, puasa, zakat, dan haji yang disertai dengan ketaatan dan kepatuhan kepada segala peraturan dan undang-undang dalam sistem-sistem politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa daripada Allah yang bererti mentaati dan mematuhi Uluhiyah dan Rububiyah Allah. Justeru, ketaatan dan kepatuhan kita kepada Allah dalam solat dan segala syiar ibadat sahaja tanpa ketaatan dan kepatuhan kepada Allah dalam politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa, sebaliknya kita mentaati, mematuhi dan meredhai sistem-sistem politik demokrasi dan ekonomi kapitalis ianya bererti bahawa kita tidak menjunjung perintah Allah, tetapi kita menjunjung perintah manusia, kita tidak menyembah Allah tetapi kita menyembah manusia - kita sebenarnya tidak lagi beriman kepada Allah dan telah terkeluar daripada agama Allah walaupun kita lahir sebagai seorang Islam yang mengakui beriman dan berpegang teguh kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan kita sentiasa tekun melakukan ibadat-ibadat solat, puasa, zakat, haji dan seluruh syiar ibadat yang lain kepada Allah.

Di sini kita dapat meliihat dengan jelas bahawa peraturan dan undang-undang adalah AGAMA dan AQIDAH – peraturan dan undang-undang Allah adalah agama Allah, manakala peraturan dan undang-undang demokrasi adalah agama demokrasi. Di sinilah terletaknya perangkap yang amat membahayakan kita - keinginan dan keredhaan serta ketaatan dan kepatuhan kita kepada peraturan dan undang-undang demokrasi bererti kita mengimani, menganuti dan mengamalkan agama demokrasi yang merosakkan AQIDAH kita dan yang mengeluarkan kita daripada agama kita. Umat Islam kita kini mengelami kerosakan AQIDAH dengan kadar yang amat berleluasa dan lumrah sekali kerana kita tidak mengambil peraturan dan undang-undang sebagai agama, justeru kita mengamalkan agama demokrasi tanpa menyedari bahawa itu ertinya pengabdian manusia kepada kekuasaan manusia, dan itu ertinya manusia menyembah manusia yang membawa kita kepada kesesatan dan kerosakan dalam AQIDAH dan AGAMA kita yang sudah pasti mengeluarkan kita daripada agama kita.  

Firman Allah : al-A’raf 3  
Ikutilah segala apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu dan janganlah kamu ikuti pimpinan-pimpinan yang lain daripada Allah  (malang) sedikit sekali kamu mengambil peringatan.

Jalankanlah segala peraturan dan undang-undang Allah dan sekali-kali janganlah kita mengamalkan agama demokrasi. Inilah peringatan dan sifat keperihatinan daripada Allah untuk menyelamatkan kita, namun majoriti daripada kita amat selesa dan sewenang-wenang sahaja memilih kebutaan dengan meninggalkan hidayat, iaitu kita tetap juga berdegil untuk terus dan kekal mengamalkan agama demokrasi, padahal ianya akan hanya membawa kita, tiada yang lain, melainkan kepada satu keputusan dan kesudahan yang amat buruk di akhirat nanti! 

No comments:

Post a Comment