Thursday 18 October 2012

METOD ISLAM - PERGERAKAN ISLAM (SIRI 2)


(SAMBUNGAN )

Saiyyid Qutb (Fizizlalil Quran – al-Anfal) :
Islam yang sebenar ialah pergerakan yang menyertai pengakuan lisan yang melafazkan dua kalimah syahadat , iaitu pergerakan mencabutkan diri daripada masyarakat Jahiliyah dengan segala kefahamannya, nilai-nilainya, kepimpinan, kekuasaan, undang-undang dan peraturannya di samping menunjukkan kesetiaan kepada kepimpinan dakwah Islamiyah dan kepada barisan kelompok Muslimin yang berhasrat untuk menegakkan Islam di alam realiti. Pergerakan inilah yang membuat para pembesar Quraisy tidak dapat melelapkan mata mereka dan bangkit menentang Islam dengan segala cara dan sarana dan di antaranya ialah cara membuat dakwaan-dakwaan yang dusta terhadap al-Quran dengan mengatakan bahawa al-Quran iaitu adalah cerita-cerita dongeng orang-orang di zaman dahulu, dan mereka juga mendakwa boleh mengadakan ayat-ayat yang sama dengan ayat-ayat al-Quran jika mereka mahu. Mereka membuat cabaran ini berulang-ulang kali, tetapi mereka menunjukkan kelemahan mereka setiap kali mereka membuat cabaran itu .

Allah memerintahkan kita supaya mentaati Dia sahaja dan jangan mentaati agama Jahiliyah serta supaya kita memisahkan diri kita daripada agama Jahiliyah dan para penganut agama Jahiliyah.

Bagi kita dalam negara kita kini Allah memerintahkan kita supaya memisahkan diri kita daripada agama demokrasi serta para penganut agama demokrasi, bukan sahaja kita diperintahkan supaya berpisah dan berbeza dengan orang-orang kafir, malah terlebih serius lagi kita juga diperintahkan supaya berbeza dan berpisah dengan umat Islam kita sendiri yang mengamal sistem politik demokrasi serta yang bersikap pro-demokrasi. Pemisahan ini berperanan untuk mendemonstrasikan kepada umat Islam kita yang majoriti ini mengenai perbezaan jalan perjuangan Islam yang diredhai Allah dengan jalan demokrasi yang kufur yang tidak diredhai Allah. Dalam pada itu kita akan terus berinteraksi dan berkomunikasi dengan massa umat Islam kita yang pro-demokrasi ini dalam menyampaikan risalah Islam supaya mereka meninggalkan amalan politik demokrasi, memisahkan diri mereka daripada sistem kehidupan demokrasi dan supaya mereka menyertai Pergerakan Islam Janin ini untuk bersama-sama berjuang ke jalan Allah .

Firman Allah : al-Anaam 65 
Katakanlah : Allah yang berkuasa mengirimkan azab ke atas kamu dari arah atas kepala kamu dan dari arah bawah kaki kamu atau Dia mengelirukan kamu hingga kamu berpecah belah kepada berbagai-bagai puak dan merasakan kamu bencana (perang dan penindasan) di antara kamu terhadap satu sama lain. Lihatlah bagai mana Kami menjelaskan ayat-ayat kepada mereka dengan berbagai-bagai cara supaya mereka mengerti.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Inilah gambaran azab yang berkekalan dan panjang masanya yang dialami mereka dari tangan mereka sendiri. Inilah azab yang sentiasa diteguk dan ditelan mereka apabila mereka dikeliru dan dijadikan berbecah belah kepada berbagai-bagai puak dan parti yang hampir-hampir serupa perjuangannya dan tidak dapat dibezakan dan dipisahkan di antara satu sama lain. Puak-puak dan parti-parti ini sentiasa bergolak bertarung, berseteru, bertelagah dan menindas satu sama lain .

Seluruh negara di dunia pada hari ini hidup dalam azab dan kesengsaraan berpecah belah yang berlangsung begitu perlahan dan berlarutan dalam masa yang panjang.

Hakikat inilah yang seharusnya mendorongkan kita kearah usaha mengukuhkan kedudukan kelompok Muslimin di seluruh dunia. Mereka perlu bertindak segera memisahkan diri mereka dari Jahiliyah yang mengepung di sekeliling mereka. Definisi Jahiliyah ialah setiap peraturan, undang-undang dan setiap masyarakat yang tidak berpandukan syariat Allah yang Maha Esa dan tidak menentukan Uluhiyah dan kuasa Hakimiyah kepada Allah sahaja. Mereka perlu bersih daripada Jahiliyah yang wujud di sekeliling mereka dan menganggapkan diri mereka sebagai satu umat yang berbeza daripada puak dan golongan yang telah memilih untuk hidup kekal dalam sistem hidup Jahiliyah dan untuk terus berpegang dengan undang-undang dan peraturan Jahiliyah, neraca pertimbangan dan nilai-nilainya.

Kelompok atau umat Muslimin tidak akan selamat daripada azab perpecahan yang dijelaskan oleh Allah :

Atau Dia menjadikan kamu keliru dan menyebabkan kamu berpecah belah kepada berbagai-bagai puak dan merasakan kamu bencana (perang dan penindasan) terhadap satu sama lain – al-Anaam 65

kecuali umat Muslimin berpisah dari segi Aqidah, perasaan dan cara hidup daripada golongan kaumnya dan yang mendukung Jahiliyah sehingga Allah izinkan mereka menegakkan negara Islam yang dijunjung mereka, dan kecuali mereka mempunyai perasaan dan persaudaraan yang sempurna bahawa mereka adalah umat Muslimin, sementara negeri-negeri di sekeliling dan golongan-golongan manusia di sekeliling mereka yang belum lagi mendukung Islam yang didukung mereka adalah negeri-negeri Jahiliyah atau mendukung pendukung-pendukung Jahiliyah belaka, malah mereka perlu memisahkan diri mereka dari segi aqidah dan sistem hidup daripada golongan mereka sendiri dan selepas itu mereka harus memohon kepada Allah agar ia menyelesaikan kedudukan di antara mereka dengan kaum mereka dengan penyelesaian yang benar. Sesungguhnya Dialah sebaik-baik Penyelesai.

Jika kelompok Muslimin tidak melakukan pemisahan dan pembezaan yang seperti ini nescaya wajarlah mereka menerima azab yang diancamkan oleh Allah, iaitu azab sengsara hidup berpecah belah di dalam berbagai-bagai puak dan kumpulan di dalam masyarakat, sedangkan puak-puak dan kumpulan tidak dapat dibezakan di antara satu sama lain dengan ciri-ciri perbezaan yang jelas hingga mengelirukan orang ramai. Di waktu inilah kelompok Muslimin akan ditimpa azab sengsara berpecah belah yang berlarut-larutan tanpa mendapat rahmat penyelesaian yang dijanjikan Allah .

Sikap memisah dan membezakan diri mungkin mengakibatkan kelompok Muslimin terpaksa melakukan pengorbanan, dan menghadapi berbagai-bagai kesulitan dan kesukaran, tetapi pengorbanan-pengorbanan dan kesulitan itu tidaklah sebesar azab sengsara hidup berpecah belah yang akan ditanggung oleh mereka sebagai akibat daripada mereka tidak mengambil sikap memisah dan membezakan diri dan kerana mereka membiarkan diri mereka bercampuraduk dan terumbang ambing dalam masyarakat Jahiliyah di sekeliling mereka .

Apabila disemak dan diteliti kembali sejarah dakwah kepada agama Allah yang dilakukan oleh seluruh Rasul-rasul nescaya akan memberkan kita keyakinan yang kuat bahawa penyelesaian pertolongan Allah, juga pelaksanaan janji Allah tidak pernah berlaku sekalipun sebelum kelompok Muslimin itu memisahkan diri daripada kaum mereka dari segi aqidah dan cara hidup iaitu memisahkan diri dengan kepercayaan sistem hidup Jahiliyah. Di sini lah letaknya titian perpisahan dan persimpangan jalan dalam semua perjuangan dakwah yang dilakukan oleh para Rasul .
 
Firman Allah : Yusuf  37, 38, 39, 40

Sesungguhnya aku telah meninggalkan agama sesuatu kaum yang tidak beriman kepada Allah dan mereka juga tidak percaya kepada hari akhirat . 
Dan aku telah mengikut agama datuk nenekku Ibrahim, Ishak dan Yaakub . Kami tidak wajar sekali –kali mempersekutukan Allah dengan sesuatu . Itulah sebahagian daripada limpah kurnia Allah kepada kami dan kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur . 
Wahai dua sahabat sepenjaraku, apakah Tuhan-tuhan yang banyak itu lebih baik atau Allah yang Maha Esa Perkasa (lebih baik) .

Kamu tidak sembah selain daripada Allah melainkan hanya nama-nama Tuhan yang dinamakan oleh kamu dan datuk nenek kamu sahaja. Allah tidak pernah menurunkan sebarang hujah mengenainya. Sesungguhnya urusan perintah itu hanya dimiliki Allah sahaja. Dai telah memerintah supaya kamu jangan mengabdikan diri melainkan kepada Allah sahaja. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Saiyyid Qutb (fizilalil Quran) :
Faktor pertama yang mengeluarkan mereka daripada Islam ialah ketaatan mereka kepada yang lain daripada Allah yang Maha Esa, faktor pertama yang mengembalikan mereka ke pangkuan Islam ialah ketaatan mereka kepada Allah yang Maha Esa dan dalam seluruh urusan mereka bukannya di dalam urusan syiar ibadat yang tertentu sahaja dan bukan pula di dalam urusan iktikad dan kepercayaan hati sahaja.

Tinjauan ini berguna kepada kita untuk menilaikan kedudukan umat manusia pada hari ini, juga untuk menentukan tabiat dakwah Islamiyah.

Umat manusia pada hari ini secara keseluruhannya sedang mengaturkan langkah kembali yang menyeluruh kepada Jahiliyah, di mana umat manusia telahpun dikeluarkan darinya oleh Rasul terakhir Muhammad saw. Jahiliyah ini telah menjelma dalam berbagai-bagai bentuk. Setengahnya menjelma dalam bentuk mengingkarkan Allah dan menafikan kewujudan-Nya. Itulah Jahiliyah iktikad dan kefahaman yang dianuti oleh penganut-penganut komunis.

Setengah Jahiliyah menjelma dalam bentuk pengakuan yang tidak betul terhadap kewujudan Allah swt, juga dalam bentuk penyelewengan dalam bidang mengerjakan syiar-syiar ibadat dan melakukan ketaatan. Itulah bentuk Jahiliyah umat-umat yang menyembah berhala seperti umat Hindu dan lainnya juga seperti Jahiliyah yang diamalkan oleh umat Yahudi dan umat Kristian.

Setelah Jahiliyah pula muncul dalam bentuk pengakuan yang betul terhadap kewujudan Allah swt dan dalam amalan menunaikan syiar-syiar ibadat, tetapi melakukan penyelewengan yang berat dalam memahami konsep syahadat ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan Muhammad Rasulullah, di samping melakukan perbuatan syirik yang jelas dalam bidang ketaatan dan kepatuhan mengikut dan menjunjung perintah seperti Jahiliyah yang terdapat pada orang-orang yang menamakan diri mereka sebagai orang-orang Islam dan menyangka telah menganut Islam dan berhak mendapat sifat Islam dan segala haknya sebaik sahaja mereka melafazkan dua kalimah syahadat dan menunaikan amal ibadat yang tertentu sedangkan mereka mempunyai pengertian yang buruk terhadap konsep dua kalimat syahadat dan memberi ketaatan dan kepatuhan mereka kepada makhluk yang lain daripada Allah.

Semuanya merupakan budaya Jahiliyah dan budaya kufur seperti yang telah dilakukan oleh umat-umat di zaman dahulu atau budaya syirik seperti yang dilakukan oleh orang-orang di zaman kebelakangan ini.
Tinjauan dengan sedemikian jelas terhadap realiti umat manusia membuktikan kepada kita bahawa umat manusia pada hari ini pada keseluruhannya telah kembali kepada Jahiliyah yang menyeluruh. Mereka sedang mengalami perkembalian semula yang menyedihkan kepada Jahiliyah, sedangkan sebelum ini mereka telahpun beberapa kali diselamatkan Islam daripadanya.  Dan kali terakhir mereka telah diselamatkan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Inilah yang menentukan bentuk peranan asasi angkatan perintis kebangkitan Islamiyah. Ia merupakan tugas asasi yang harus dilaksanakan mereka untuk kebaikan umat manusia dan seterusnya ia merupakan titik permulaan yang jelas bagi tugas ini.

Angkatan perintis kebangkitan semula Islam di zaman ini harus memulakan tugas mereka dengan berdakwah menyeru umat manusia masuk ke dalam Islam sekali lagi dan keluar daripada budaya Jahiliyah yang malang, yang dimasuki semula itu, tetapi di samping itu mereka harus menekan konsep Islam yang asasi, iaitu percaya kepada Uluhiyah Allah yang Maha Esa sahaja, melakukan syiar ibadat untuk Allah yang Maha Esa sahaja, menumpukan ketaatan mengikut dan menjunjung perintah dalam semua urusan hidupan kepada Allah yang Maha Esa sahaja, tanpa penekanan konsep-konsep asasi ini, kemasukan mereka ke dalam Islam belum lagi sempurna dan mereka di kira belum lagi berhak menikmati hak-hak yang telah dijamin Islam terhadap diri dan harta benda mereka. Oleh itu ketiadaan salah satu daripada konsep-konsep asasi ini sama dengan ketiadaan seluruh konsep itu, iaitu ia boleh mengeluarkan mereka daripada Islam kepada budaya Jahiliyah dan boleh memalit mereka dengan sifat-sifat kufur dan syirik secara qotie.

Jahiliyah yang wujud sekarang ini merupakan pusingan giliran baru Jahiliyah yang muncul selepas Islam dan ia pasti dihadapi dan ditentang oleh pusingan giliran baru Islam untuk mengembalikan manusia kepada Allah sekali lagi dan mengeluarkan mereka daripada Ubudiyah kepada sesama manusia kepada Ubudiyah kepada Allah yang Maha Esa .

Persoalan ini harus sampai ke tahap yang cukup jelas, tegas dan terang di dalam jiwa kelompok Muslimin yang sedang menghadapi kebangkitan Jahiliyah yang menyeluruh di zaman yang malang ini di dalam sejarah manusia. Tanpa penjelasan dan ketegasan yang sedemikian akan menyebabkan angkatan perintis kebangkitan semula itu terumbang ambing dihadapan masyarakat Jahiliyah disangkakan mereka sebagai masyarakat Islam, di samping menyebabkan mereka kehilangan matlamat-matlamat yang hakiki akibat gagal menentukan titik permulaan perjuangan yang harus bermula daripada kedudukan manusia yang sebenar secara yakin bukan secara andaian semata-mata, kerana jarak di antara andaian dan kedudukan yang sebenar itu amat jauh.

Kini marilah kita berhenti seketika buat kali terakhir dalam ulasan terakhir ini di hadapan pendirian yang sama yang telah ditunjukkan oleh para Rasul terhadap kaum masing-masing, di mana mereka diutuskan dan sebagai mana pendirian itu berbeza di antara pertingkat awal dan di peringkat akhir perjuangan sebagai mana yang dipaparkan oleh kisah-kisah para anbia di dalam surah ini.

Setiap Rasul diutuskan kepada kaumnya masing-masing, di permulaan dakwah, Rasul merupakan salah seorang anggota dalam masyarakat kaumnya. Ia menyeru mereka kepada Islam dengan seruan seorang saudara kepada saudara-saudaranya. Ia ingin mereka mendapat hidayat daripada Allah sama dengan seorang yang telah mendapat hidayat inginkan saudara-saudaranya yang lain mendapat hidayat yang sama, kerana ia mendapat bukti kebenaran yang jelas di dalam hatinya daripada Allah.

Inilah pendirian setiap Rasul terhadap kaumnya diperingkat permulaan perjuangan dakwah, tetapi pendirian itu berbeza di peringkat akhir perjuangan dakwah .

Hasil daripada dakwah di peringkat pertama, sekumpulan daripada kaumnya menyambut dakwahnya dan beriman kepada ajaran-ajaran Allah yang dibawa olehnya. Mereka menyembah Allah yang Maha Esa sebagai mana yang dituntut oleh Rasul daripada mereka dan menanggalkan belenggu ketaatan kepada sesama makhluk dari lehir mereka dan dengan itu mereka telah menjadi umat Muslimin yang sebenar, tetapi kumpulan-kumpulan kaumnya yang lain tidak menyambut dakwahnya dan mengingkarkan segala ajaran yang dibawa olehnya dan terus memberi ketaatan mereka kepada yang lain daripada Allah. Mereka kekeliruan di dalam budaya Jahiliyah dan enggan keluar ke pangkuan Islam dan kerana itu kumpulan ini menjadi “umat musyrikin”.

Kini kaum itu telah berpecah dalam menghadapi dakwah Rasul itu kepada dua umat, iaitu umat Muslimin dan umat musyrikin. Mereka tidak lagi hidup sebagai satu kaum sebagai mana keadaan mereka sebelum kebangkitan Rasul walaupun mereka merupakan satu kaum dari segi bangsa dan hubungan darah keturunan, kerana kini hubungan bangsa dan darah keturunan, hubungan kenegerian dan kepentingan bersama tidak lagi berfungsi menjalinkan hubungan yang erat di antara mereka seperti di zaman sebelum dibangkitkan Rasul, kerana selepas kebangkitan Rasul satu tali hubungan yang baru telah muncul dan tali hubungan inilah yang menjalinkan hubungan satu kaum atau memecahkannya. Itulah tali hubungan aqidah, tali hubungan sistem hidup dan tali hubungan ketaatan. Tali hubungan inilah yang telah memecahkan satu kaum itu kepada dua umat yang tidak mempunyai titik pertemuan dan tidak dapat hidup bersama.

Perpecahan itu berlaku setelah munculnya perbezaan aqidah di antara dua umat itu. Diwaktu inilah Rasul dan pengikut-pengikutnya yang tidak beriman memisahkan diri dari kaumnya berlandaskan prinsip aqidah, prinsip sistem hidup dan prinsip ketaatan. Mereka kini telah berpisah dari umat musyrikin, sedangkan sebelum kebangkitan Rasul mereka merupakan satu kaum sahaja. Apabila dua sistem hidup telah berbeza, maka dengan sendirinya lahir dua umat dan kedua-dua umat yang lahir dari satu kaum itu tidak lagi mempunyai  titk pertemuan dan tidak dapat hidup bersama.

Apabila umat Muslimin berpisah dari kaumnya di atas prinsip aqidah, prinsip sistem hidup dan prinsip ketaatan, maka Allah memisahkan di antara dua umat itu dan  bertindak membinasakan umat Musyrikin dan menyelamatkan umat Muslimin. Inilah peraturan yang tetap di sepanjang sejarah sebagaimana dapat kita lihat di dalam surah ini.

Hakikat yang harus disedari dengan penuh keyakinan oleh angkatan printis kebangkitan semula Islam ialah Allah tidak memisahkan kaum Muslimin dari musuh-musuh mereka melainkan setelah kaum Muslimin sendiri memisahkan diri dari musuh-musuh mereka kerana perbuatan mereka yang telah mempersekutukan Allah serta mengisytiharkan bahawa mereka hanya memberi ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa sahaja dan tidak akan tunduk dan taat kepada tuhan-tuhan palsu mereka, juga tidak akan mengikut para Taghut yang zalim dan seterusnya mereka tidak akan hidup bersama dalam masyarakat yang dikuasai para Taghut yang memerintah undang-undang dan peraturan yang tidak diizinkan oleh Allah sama ada yang berhubung dengan itiqad atau syiar-syiar ibadat atau undag-undang dan peraturan masyarakat.

Allah tidak mencampur tangan untuk membinasakan kaum yang zalim melainkan kaum Muslimin memisahkan diri dari mereka. Selama kaum Muslimin tidak memisahkan diri dan memutuskan hubungan dengan kaum mereka yang tidak beriman, selama mereka tidak mengumumkan bahawa agama mereka berlainan dari agama mereka, sistem dan cara hidup mereka berlainan dari sistem dan cara hidup mereka, maka selama itulah Allah tidak mencampur tangan memisahkan mereka dari kaum mereka dan merealisasikan janjinya untuk menolong orang-orang yang beriman dan membinasakan orang-orang yang zalim.

Inilah peraturan Ilahi yang tetap yang harus difahami oleh angkatan peritis kebangkitan semula Islam, dan di atas landasan peraturan inilah mereka harus menyusun pergerakan mereka.

Langkah yang pertama dimulai dengan usaha dakwah menyeru manusia supaya masuk ke dalam agama Islam dan menumpukan ketaatan mereka kapada Allah Yang Maha Esa tanpa sebarang sekutu serta membuang ketaatan mereka kepeda sesama manusia dalam apa sahaja bentuknya. Kemudian kaum yang satu itu berpecah kepada dua golongan. Golongan beriman yang mentauhidkan Allah dan menumpukan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa berdiri dalam satu barisan dan membentuk satu umat, sementara golongan Musrikin yang memberi ketaatan kepada semua makhluk Allah berdiri dalam satu barisan yang lain. Kemudian golongan yang beriman memisahkan diri dari golongan orang-orang Musyrikin, dan disini berlakulah janji Allah yang menolong golongan yang beriman dan mebinasakan golongan Musrikin sebagaimana yang telah berlaku disepanjang sejarah manusia.

Kadang-kadang tempoh perjuangan berdakwah itu memakai waktu yang panjang sebelum berlakunya pemecahan di antara dua golongan itu dialam kenyataan, tetapi pemisahan secara aqidah dan perasaan harus bermula dari detik pertama perjuangan.

Proses pemisahan di antara dua umat  yang berasal dari satu kaum itu kadang-kadang berlaku dalam jangka waktu yang lembab, di mana satu generasi atau lebih dari generasi-generasi para pendakwah terpaksa melakukan berbagai-bagai pengorbanan dan mengalami berbagai-bagai keseksaan dan penderitaan yang pedih, tetapi janji Allah yang akan memisahkan mereka dari golongan yang tidak beriman itu pastilah tersemat di dalam hati kelompok Mukminin, kerana janji itu lambat laun akan tetap terlaksana dalam satu atau beberapa generasi mereka. Janji itu tetap akan tiba kerana Allah tidak akan memungkiri janji-Nya yang telah menjadi peraturanya yang tetap di sepanjang sejarah.

Melihat peraturan Allah dengan pandangan yang tegas dan jelas seperti ini merupakan suatu keperluan bagi setiap pergerakan Islam dalam perjuangan menghadapi jahiliah yang menyeluruh ini, kerana peraturan itu merupakan satu peraturan yang tetap, yang tidak terikat dengan masa dan tempat yang tertentu. Selama angkatan perintis kebangkitan semula Islam menghadapi umat manusia pada hari ini dalam mana-mana peringkat Jahiliah yang berulang-ulang itu dengan akidah yang sama, yang diperjuangkan oleh para Rasul alayhim Salawatullahi wa Salamu-Hu  dan terus berjuang pada setiap kali umat manusia kembali semula kepada Jahiliah, maka sudah tentu kelompok Muslimin dapat meneruskan perjuangan mereka dengan titik mula dan titik akhir yang jelas, di mana di antara keduanya diselangi tempoh berdakwah dan dengan keyakinan bahawa peraturan Alah tetap akan berlaku dan kesudahan yang baik tetap akan berada di pihak takwa.

Umat Islam di Malaysia kini adalah terdiri daripada kaum Muslimin berbangsa Melayu yang SATU yang mengimani dan menganuti agama Islam Modenis ciptaan Orientalis Barat yang dikembangkan oleh Abduh dan pengikut-pengikutnya. Seluruh penganut agama Islam Modenis sekarang ini adalah terdiri daripada umat Islam Melayu yang mengucap dua kalimah syahadah kerana mereka pada asalnya beragama Islam yang lahir sebagai orang-orang Islam daripada ibu bapa mereka yang beragama Islam, tetapi dari segi amalan dan kehidupan politik, ekonomi, sosial dan moral, mereka berpegang kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang menolak dan mengingkari Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan yang merosakkan pegangan dan amalan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ lantaran amalan sistem politik demokrasi. Ini bererti bahawa seluruh bangsa Melayu kini berada dalam agama Jahiliyah demokrasi dan mereka kesemuanya wujud dalam keadaan AQIDAH mereka yang rosak, sesat dan menyeleweng daripada AQIDAH ISLAM yang sebenar.

Umat Islam kita sama ada di Malaysia mahupun di dunia amnya sedang meluncur kembali kepada Jahiliyah, walaupun adanya “Islamic Revival” rata-rata di dunia ini termasuk juga di Malaysia, dan walaupun adanya Islam Hadhari dan Program Islamisasi, serta segala agensi Islam milik kerajaan seperti Jakim, Yadim, Ikim, Fakulti-fakulti Islam di berbagai-bagai universiti, umat Islam kita tetap meluncur kembali kepada Jahiliyah. Ini adalah kerana “Islamic Revival”, Islam Hadhari, Program Islamisasi dan berbagai-bagai agensi Islam kerajaan ini kesemuanya hanyalah berbentuk Islam kosmetik sahaja, padahal dari segi Aqidah Islam, kerajaan kita dan umat Islam kita rata-ratanya sedang kembali semula kepada Jahiliyah kerana mereka berpegang kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia dengan menolak dan mengingkari Uluhiyah dan Rububiyah Allah dalam kehidupan politik, ekonomi, sosial dan moral mereka hari-hari seperti mana yang telah dibincangkan dengan panjang lebar dalam bahagian-bahagian yang terlebih awal dalam buku ini. Kesemuanya ini adalah berpunca daripada ankara dan kerenah kaum Ahlil Kitab, mereka merosakkan agama Islam kita dengan mewujudkan agama Islam Modenis yang baru ajaran para Orientalis Barat yang dikembangkan oleh Abduh dan rakan-rakannya. Dalam menangani persoalan ini, tiada jawapan yang lain yang lebih tepat melainkan umat Islam kita perlu kembali semula kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, iaitu untuk beriman kepada Uluhiyah dan Rububiyah Allah dengan total dan dengan sekali gus untuk menolak dan mengingkari dengan total terhadap Uluhiyah dan Rububiyah Manusia.

Firman Allah : al-Baqarah 208 
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam semua sekali dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan-syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang amay nyata.

Kebangkitan Islam bermula dengan pengembalian semula umat Islam kepada agama Islam, iaitu kita sekali lagi memasuki ke dalam agama Islam yang asal, sempurna dan sebenar, kita beriman dengan agama Islam yang benar yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya, dan kita mengeluarkan diri kita daripada agama Islam yang sedang kita imani, anuti dan amalkan kini kerana ianya adalah agama yang sesat, rosak dan pincang warisan daripada nenek moyang kita yang direka dan ciptakan oleh kaum Yahudi.    

Apabila umat Islam kembali semula kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, ia akan mewujudkan satu golongan perintis para pejuang Islam (Pergerakan Islam Janin) yang baru yang berpegang dengan teguh dan total kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan yang mentaati Allah dengan total dalam seluruh bidang kehidupan, baik ibadat mahupun politik, ekonomi, sosial dan akhlak, serta dengan tegas mereka menolak Islam Modenis yang sedang diamal oleh majoriti daripada massa umat Islam kita kini. Mereka menolak aqidah demokrasi dan sistem politik demokrasi, mereka menolak kepimpinan kerajaan demokrasi yang dipimpin oleh kaum Muslim yang sebangsa dan seketurunan dengan mereka. Mereka membentuk satu masyarakat Islam yang baru yang berbeza dan terpisah daripada masyarakat umat Islam Malaysia yang sedang wujud kini, yang berbeza dan terpisah daripada masyarakat orang-orang kafir, dan mereka akan hanya berada di bawah kepimpinan Allah dan Rasul-Nya, iaitu kepimpinan yang sama sekali berbeza dan terpisah daripada seluruh kepimpinan umat Islam yang wujud kini di Malaysia dan dunia seluruhnya.

Aqidah Islam mempunyai kekuatannya yang tersendiri yang berkemampuan untuk memecah belahkan perpaduan orang-orang Melayu, dan dengan terbentuknya satu masyarakat perintis Islam yang baru, sememangnya orang-orang Melayu akan akhirnya berpecah kepada dua golongan - satu golongan adalah terdiri daripada umat Islam yang telahpun kembali semula kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang membentuk satu masyarakat umat Islam Melayu yang baru di bawah kepimpinan Islam yang baru dan yang tulen berpegang kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dengan jumlahnya yang sangat kecil pada peringkat permulaan ini, manakala satu golongan lagi adalah yang terdiri daripada majoriti yang terbesar daripada massa orang-orang Melayu yang belum lagi kembali semula kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan yang masih kekal dalam masyarakat Jahiliyah demokrasi serta mereka mentaati kerajaan Jahiliyah demokrasi ini yang bererti bahawa mereka mempertuhankan sesama manusia serta mereka masih berpegang kepada agama Islam Modenis yang rosak dan sesat ini.

Kewujudan masyarakat perintis Islam yang baru dan kerdil pada peringkat permulaan perjuangan Islam ini, iaitu suatu masyarakat Islam yang Aqidahnya adalah sama sekali berbeza dan terpisah daripada aqidah masyarakat umat Islam yang tersedia wujud ini, serta suatu masyarakat Islam yang dipimpin oleh kepimpinan yang baru yang langsung berbeza dan terpisah daripada kepimpinan Melayu yang sedia ada, merupakan suatu masyarakat yang berbentuk satu cabaran dan ancaman yang serius terhadap kestabilan dan kewibawaan kerajaan Melayu yang syirik dan kufur ini. Hal ini tidak memberi pilihan yang lain kepada kerajaan demokrasi yang sedang berkuasa dan berdaulat ini melainkan untuk melancarkan tindakan-tindakan penindasan dan kezaliman terhadap masyarakat Islam yang baru ini, dan bahawa hakikat ini adalah suatu gejala yang semula jadi yang boleh berlaku di antara agama Islam yang benar dengan agama Jahiliyah Demokrasi yang syirik dan kufur. Penindasan dan kezaliman ke atas masyarakat perintis Islam ini menandakan titik permulaan pergolakan dan perjuangan Islam dalam bentuk yang aktif, radikal, revolusyeneri dan militen.

Pergolakan ini akhirnya membawa kepada Konfrantasi Terbuka di antara kedua-dua golongan orang-orang Melayu ini; iaitu di antara para perintis pejuang Islam Melayu yang kerdil dan baru ini dengan kerajaan Melayu, polis Melayu, tentera Melayu yang disokong oleh segelintir daripada saki baki penyokong-penyokong Melayu. Manakala majoriti daripada seluruh massa umat Islam Melayu sekelian hanya sekadar memerhati sahaja terhadap segala perkembangan baru yang sedang berlaku di dalam persekitaran mereka ini, namun gejala yang terpenting sekali ialah mereka ini sudah mula terdedah kepada idea-idea Islam yang sebenar yang merupakan idea-idea yang baru bagi mereka. Justeru Konfrantasi Terbuka ini sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam mendedahkan segala idea Islam yang sebenar yang akan merintis jalan dan mendorongkan golongan majoriti massa umat Islam kita untuk kembali semula kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

Konfrantasi Terbuka ini akan berterusan, dan hari demi hari ianya akan bertambah serius yang kemudiannya akan berkembang dan membesar kepada revolusi-revolusi separuhan (partial revolutions). Seluruh kaum kafir akan membantu kerajaan demokrasi Melayu – ini adalah juga sesuatu yang logikal. Mereka tidak akan menyokong Pergerakan Islam dan kebangkitan Islam, mereka tidak ada pilihan yang lain melainkan untuk menyokong dan bergabung dengan kerajaan Jahiliyah Melayu dalam menentang dan membenteraskan kebangkitan Islam. Penentangan orang-orang kafir terhadap kebangkitan Islam ini akan turut mendorong golongan orang-orang Melayu yang majoriti dan “non-committal” ini untuk menyertai Pergerakan Islam yang baru ini. Secara umumnya, hukum Islam dan budaya Islam tidak membenarkan orang-orang Melayu untuk bersekongkol dengan orang-orang kafir untuk berseteru sesama Islam, apatah lagi untuk bergabung dengan orang-orang kafir bagi tujuan untuk bermusuh dan berperang sesama kita umat Islam.

Apabila seluruh orang-orang kafir bersatu dengan kerajaan Jahiliyah Melayu kerana memusuhi dan memerangi Pergerakan Islam yang baru dan kecil ini, seluruh orang-orang Melayu yang berada di luar daripada Pergerakan Islam ini, akan mengambil sikap dan pendirian yang tegas untuk berpisah dan meninggalkan Jahiliyah dan kerajaan Jahiliyah Melayu untuk bergabung dan bersatu dengan Pergerakan Islam yang baru ini. Hal ini adalah sesuatu yang semula jadi. Mereka tidak akan menyebelahi Kerajaan Melayu; pertama sekali, kerana kerajaan Melayu ini disokong oleh seluruh orang-orang kafir, dan situasi ini merupakan satu ancaman yang serius terhadap status “superiority” dan keunggulan orang-orang Melayu Islam ini sendiri; kedua, situasi konflik di antara Islam dengan kufur seperti ini akan merangsangkan mereka untuk mempelajari dan memahami mengenai Aqidah dan Pemikiran Islam yang sebenar dan untuk memahami bahawa kerajaan Melayu ini adalah kerajaan yang syirik dan kufur, serta untuk memahami dan menyedari bahawa selama ini mereka sendiri pun sebenarnya menganuti agama Islam Modenis yang terkeluar daripada landasan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Konflik agama yang dicetus dan dimunculkan oleh Pergerakan Islam yang baru ini berperanan sebagai pendorong yang kuat untuk mengembalikan semula orang-orang Melayu ke pangkuan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, dan apabila gejala ini berlaku, mereka akan mengalami kebangkitan Islam dan mereka akan berjihad dan memerangi kerajaan Melayu ini.

Namun dorongan dan tarikan yang terkuat bagi massa umat Islam Melayu ini untuk kembali semula kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ialah seruan kepada jalan Allah ini sendiri, iaitu seruan kepada kesedaran dan keinsafan mengenai kesyirikan dan kekufuran demokrasi dan kerajaan demokrasi, mengenai kerosakan Aqidah Islam akibat daripada amalan dan ketaatan kepada kerajaan demokrasi dan seruan kepada Aqidah Islam yang sebenar yang bersih dan suci daripada segala unsur kesyirikan dan kekufuran, dan seruan untuk menyertai Pergerakan Islam yang baru ini yang membebaskan seluruh manusia daripada aqidah Jahiliyah dan kepimpinan Jahiliyah yang kesemuanya ini dilakukan dengan ikhlas kerana Allah dan untuk Allah. Seruan-seruan kepada kebangkitan Islam ini mempunyai kekuatan-kekuatan dan tarikan-tarikan istimewanya yang tersendiri yang kuat melekat pada hati-hati orang-orang Melayu yang beragama Islam kerana ianya dilakukan ketika para pejuang Islam ini mempamirkan semangat dan sifat-sifat kesabaran, keazaman dan ketahanan yang kuat dan kental dalam menghadapi segala bentuk penindasan dan kezaliman daripada kerajaan demokrasi yang memusuhi Islam dan umat Islam, dan kerana ianya dilakukan oleh para pejuang Islam dengan kesanggupan untuk mengorbankan jiwa, harta, keluarga dan “career” mereka semata-mata kerana ketaatan kepada perintah Allah untuk mendapat keredhaan Allah.

Faktor yang paling utama, faktor yang mengatasi segala faktor yang lain dalam mempastikan kejayaan untuk mengembalikan semula umat Islam ke pangkuan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ialah terlaksananya JANJI ALLAH yang Maha Agung! Seruan-seruan kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ oleh sesuatu Pergerakan Islam itu mempunyai kekuatan yang melekat pada hati-hati massa orang-orang Melayu kerana ianya (seruan-seruan ini) adalah disertai dengan pertolongan daripada Allah sebagai memenuhi janji Allah untuk membantu umat Islam yang telah sempurna memenuhi syarat Allah, iaitu syarat yang berbentuk PEMBEZAAN dan PEMISAHAN Pergerakan Islam yang baru lahir ini daripada masyarakat Islam yang wujud dipersekitarannya dan daripada kepimpinan Melayu yang sedia ada. Apabila mereka memisah dan membezakan diri mereka daripada umat Islam yang berpegang kepada aqidah Islam Modenis dan daripada kepimpinan Jahiliyah, ianya bererti bahawa mereka telah melayakkan diri mereka untuk dikurniakan pertolongan Allah sebagai mana yang dijanjikan Allah kepada mereka. Tidak ada kekuatan yang dapat menandingi pertolongan daripada Allah dan bersandar kepada kekuatan daripada Allah swt. Allah Maha Menunaikan segala janji-Nya. Inilah rahsia kemenangan Islam dan perjuangan umat Islam. Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang beriman.

Walaupun hanya berada pada peringkat permulaan pergolakan perjuangan Islam ini, kekuatan Aqidah Islam sudah mempamirkan kesanggupan dan keupayaannya untuk memecahkan tembok kebangsaan Melayu dan ia akan terus bergerak kehadapan untuk memecah belahkan perpaduan orang-orang Melayu yang ditegakkan di atas prinsip kebangsaan Melayu; kemudian daripada ini Aqidah Islam ini dengan mudah sahaja akan memecah belahkan perpaduan rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum dan agama ini, iaitu perpaduan yang amat rapuh yang ditegakkan di atas konsep kebangsaan Malaysia yang nipis.
Justeru adalah semula jadi bagi massa umat Islam Melayu kita ini untuk terserap ke dalam Gerakan Revolusi Islam, mereka akan menganuti agama Islam yang baru, iaitu agama Islam yang asal dan sempurna daripada Allah yang diturunkan kepada Rasul-Nya dan mereka akan meninggalkan agama Islam Modenis yang sedia ada ini – mereka akan kembali semula kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ! Majoriti daripada orang-orang Melayu akan bersatu padu sesama Islam di atas perpaduan yang didasarkan kepada Aqidah Islam dalam satu angkatan yang akan memerangi angkatan yang terdiri daripada orang-orang Melayu yang lain yang bergabung dan bersatu dengan orang-orang kafir. Satu angkatan akan berperang kerana Allah manakala satu lagi akan berperang kerana Taghut. Kesemuanya ini diperjuang dan dilakukan oleh para pejuang Islam di atas kehendak dan perintah Allah swt. Revolusi Islam di Malaysia ini nanti akan berbentuk dua Jihad dan perjuangan yang berlaku serentak – pertama, Jihad dalam menentang dan memerangi kerajaan Jahiliyah demokrasi pimpinan orang-orang Melayu; dan kedua, Jihad dalam menentang dan memerangi orang-orang kafir yang memusuhi dan memerangi Islam dan umat Islam! Senario seperti ini adalah sesuatu yang logikal bagi perjuangan Islam di Malaysia kita yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum dan agama ini.

No comments:

Post a Comment