Thursday 4 October 2012

NEGARA ISLAM


NEGARA ISLAM

Firman Allah : al-Baqarah 30 
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:  ”Sesungguhnya Aku akan jadikan seorang khalifah di bumi”.

APAKAH yang dikatakan sebagai sebuah Negara Islam itu dan bagaimanakah cara-caranya yang ianya boleh diwujud dan dibentukkan? Apakah benar Malaysia kita ini adalah sebuah Negara Islam?

Negara Islam adalah negara yang didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ kerana ia melaksana dan menjalankan segala peraturan dan undang-undang Allah dalam seluruh bidang kehidupan manusia yang meliputi bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa serta seluruh peribadatan ritual kepada Allah seperti solat, puasa, zakat, haji, doa dan zikir.

Sesebuah Negara Islam itu hanya boleh diwujud dan dibentukkan setelah sesebuah negara demokrasi atau mana-mana negara manusia yang syirik dan kufur yang sedang berkuasa dan berdaulat itu terlebih dahulu dijatuh dan hancurkan. Sesebuah Negara Islam itu tidak boleh diwujud dan dibentukkan di dalam mana-mana negara demokrasi atau mana-mana negara manusia yang lain. Secara teorinya sesebuah Negara Islam itu boleh diwujud dan dibentukkan samada melalui dakwah dan dakwah sahaja atau melalui Jihad, Perang dan Revolusi, namun secara praktisnya, sesebuah kerajaan demokrasi atau mana-mana kerajaan manusia yang sedang berkuasa dan berdaulat itu tidak akan menyerahkan kuasanya dengan percuma sahaja kepada sesuatu perjuangan Islam, selalunya ia akan memusuhi, menentang dan menindas sesuatu perjuangan Islam yang serius untuk membentuk sesebuah Negara Islam itu sejak se awal mungkin lagi dalam perjuangannya itu. Tidak ada pilihan yang lain melainkan sesebuah Negara Islam itu hanya boleh diwujud dan dibentukkan melalui Jihad, Perang dan Revolusi sahaja mengikut konsep-konsep dan metod-metodnya yang digaris dan yang terkandung di dalam al-Quran, Sunnah dan Sirah, ianya tidak mungkin boleh diwujud dan dibentukkan melalui dakwah dan dakwah semata-mata.

Setiap orang yang berpegang kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ adalah DIPERINTAH dan DIWAJIBKAN Allah untuk berjuang ke arah pembentukan sebuah Negara Islam melalui Metod Islam, iaitu metod al-Quran, Sunnah dan Sirah. Matlamat Negara Islam adalah untuk mewujud, melaksana, mengawasi dan menyempurnakan SISTEM KEHIDUPAN yang diasaskan kepada kalimah Laailaahillallah di kalangan seluruh umat manusia yang universal - Islam mahupun bukan Islam. Pembentukan Negara Islam adalah satu perintah Allah dan Sunnah Rasulullah saw. Laailaahaillalah bererti bahawa kerajaan dan pemerintahan itu adalah hak Allah dan bahawa penafian, penolakakan, pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif dan total itu adalah terhadap kerajaan dan pemerintahan yang selain daripada Allah. Kesempurnaan pegangan dan amalan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ hanyalah dengan mendiri dan membentukkan sebuah Negara Islam. Allah mengisytiharkan kesempurnaan Agama Islam setelah selesainya proses memperundangkan sistem kehidupan Islam di bawah Negara Islam yang dipimpin oleh Rasulullah saw dengan tuntunan wahyu (5:3). Negara Islam adalah negara WAHYU. Seseorang Islam yang tidak berjuang untuk menegakkan sebuah Negara Islam dan ia juga tidak berniat untuk berbuat demikian, dia bukanlah daripada Islam dan dia bukan seorang Islam kerana itu bererti dia tidak beriman dengan Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ

Firman Allah: al-Maidah 44, 45, 47, 50 
Barang siapa yang tidak menghukum mengikut apa yang diturunkan Allah, mereka itu ialah orang-orang kafir...zalim...fasik. Apakah mereka mahukan hukum jahiliyah padahal bukankah tidak ada sesiapa yang hukumannya lebih baik daripada Allah bagi orang yang berkeyakinan?

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Maidah) :
Sesungguhnya agama Islam ini adalah agama yang serius. Ia datang untuk memerintah dan mengendalikan kehidupan manusia. Ia datang untuk menjadikan seluruh manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Esa sahaja dan mencabut kuasa memerintah ini daripada manusia yang telah merampas kuasa Allah itu dan mengembalikan seluruh urusan kepada syariat Allah bukannya kepada undang-undang dan peraturan seseorang yang selain daripada –Nya. Kedatangan syariat Islam ialah untuk memerintah dan mengendalikan seluruh kehidupan, iaitu ia datang membawa hukum-hukum Allah untuk menghadapi keperluan-keperluan hidup manusia dengan segala permasalahannya yang wujud di dalam realiti. Ia datang untuk menghulurkan hukum-hukum Allah dalam sesuatu kejadian yang telah berlaku mengikut saiz, rupa bentuk dan latar belakang kejadian itu .

Islam datang membawa konsep Tauhid untuk mentauhid kuasa yang ditaati manusia agar dengan konsep ini ia dapat membebaskan manusia daripada Ubudiyah kepada sesama manusia dan daripada Ubudiyah kepada berbagai-bagai Tuhan. Islam datang untuk membebaskan hati nurani manusia daripada kepercayaan paganisme yang karut-marut dengan segala belenggu-belenggunya dan memulangkan semula kepada akal manusia kehormatan dan kemuliaannya serta membebaskannya daripada belenggu Tuhan-tuhan dan upacara-upacara. Oleh sebab itulah Islam  memerangi paganisme dalam segala rupa bentuknya dan memburunya di segala jalan dan liku-likunya sama ada di pendalaman hati nurani atau di dalam syiar-syiar ibadat atau di dalam peraturan-peraturan hidup atau di dalam undang-undang pemerintahan dan sistem kehidupan .   

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Maidah) :
Tujuan agama yang datang daripada Allah ialah untuk menjadi satu sistem hidup, iaitu satu sistem hidup yang realistik.Tujuan kedatangan agama Allah ialah untuk memegang teraju kepimpinan hidup manusia, untuk mengatur, membimbing, dan memeliharanya. Tidak ada agama yang datang daripada Allah untuk semata-mata dijadikan Aqidah hati nurani sahaja dan tidak pula dijadikan semata-mata syiar ibadat yang dikerjakan dirumah-rumah ibadat dan mihrab-mihrab. Walaupun kedua-duanya perlu bagi kehidupan manusia dan penting dalam mentarbiyahkan hati nurani manusia, tetapi kedua-duanya tidak cukup untuk memimpin kehidupan dan untuk mengatur, membimbing dan memeliharanya jika di atas asas kedua-duanya tidak ditegakkan satu sistem, satu peraturan dan satu syariat yang diamalkan dalam kehidupan manusia, di mana mereka boleh dihukum dengan undang-undang dan kuasanya, iaitu mereka boleh dikenakan hukuman-hukuman apabila mereka melanggar dan menyalahinya.

Kehidupan manusia tidak mungkin jadi betul dan kukuh melainkan mereka menerima Aqidah, syiar-syiar ibadat, undang-undang dan peraturan daripada satu sumber yang sama yang berkuasa di dhamir dan hati manusia di samping berkuasa di atas harakat dan perilaku mereka, iaitu kuasa yang menentukan ganjaran dan balasan di dunia mengikut undang-undang dan peraturannya di samping menentukan ganjaran dan balasan dalam kehidupan akhirat mengikut hisabnya.

Tetapi apabila kuasa itu berbelah bagi dan sumber penerimaan juga berbelah bagi, iaitu kuasa di dalam hati dan syiar-syiar ibadat diberikan kepada Allah sedangkan kuasa di dalam bidang undang-undang dan peraturan diberikan kepada yang lain daripada Allah, atau kuasa menentukan balasan dan ganjaran di akhirat diberkan kepada Allah semenatara kuasa dalam menentukan hukuman dan balasan di dunia diberkan kepada yang lain daripada Allah. Di waktu ini jiwa manusia akan terkoyak dan tercaing di antara dua kuasa yang berlainan, di antara dua arah tujuan yang berlainan dan di antara dua sistem yang berlainan dan di waktu ini jiwa manusia akan dilanda kerosakan, iaitu kerosakan yang diisyaratkan oleh al-Quran di berbagai-bagai tempat:

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa kedatangan Islam adalah untuk mewujudkan sistem kehidupan daripada Allah untuk manusia di bumi, iaitu sistem kehidupan yang terdiri daripada peraturan dan undang-undang daripada Allah serta segala pemikiran, konsep dan prinsip daripada Allah yang dimaksudkan untuk dikuatkuasa dan dilaksanakan di bawah satu kerajaan Allah di bumi. Agama Islam itu bukanlah terhad setakat syiar-syiar ibadat seperti solat, puasa, zakat, haji dan nikah kahwin sahaja, malah Islam itu adalah agama yang syumul yang meliputi seluruh bidang kehidupan yang terdiri daripada syiar-syiar ibadat dan juga bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa.

Sesebuah Negara Islam itu mewujudkan sistem pengabdian manusia kepada Allah sahaja dan ianya juga mewujudkan sistem manusia menyembah Allah, iaitu ia mewujudkan kerajaan dan sistem kehidupan yang didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ di dalam negaranya itu. Apabila sesebuah Negara Islam itu menjalan dan menguatkuasakan segala peraturan dan undang-undang Allah, itu bererti Negara Islam itu telah mewujudkan konsep pengabdian manusia kepada Allah yang bererti ia mewujudkan konsep Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ di dalam negaranya itu; dan apabila peraturan dan undang-undang Allah itu ditaati dan dipatuhi oleh seluruh umat manusia sekelian, itu bererti Negara Islam itu telah mewujudkan sistem manusia menyembah Allah yang mewujudkan konsep Uluhiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ di dalam negaranya itu.



Firman Allah : Hajj 41 
Iaitu mereka (umat Islam ) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi, nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada kemungkaran, dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

“Kekuasaan memerintah” yang disebut di dalam ayat di atas ini adalah dimaksudkan kepada sebuah Negara Islam yang menjalan dan menguat kuasakan segala undang-undang Islam. Negara Islam untuk menguat kuasakan segala suruhan dan larangan Allah s.w.t. dalam melaksanakan segala dasar dan prinsip Islam. Tanpa Negara Islam, segala suruhan dan larangan Allah, segala dasar dan prinsip Islam, tidak dapat dilaksana dan dipraktikkan. Islam tidak akan sempurna tanpa sebuah Negara Islam. Nyata sekali pembentukan sebuah Negara Islam itu adalah satu perintah Allah s.w.t. dalam mencapai Misi Islam Yang Maha Agung dan Maha Tinggi, dan bukan sesuatu yang terbentuk secara kebetulan sahaja atau kerana kemunculan sesuatu keadaan dan situasi atau persekitaran yang mematut dan memerlukan kepada pembentukan satu Negara Islam.

Firman Allah : al-Baqarah 30 
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat:  ”Sesungguhnya Aku akan jadikan seorang khalifah di bumi”.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Nyatalah daripada ayat ini bahawa tugas mengendalikan urusan Khilafah di bumi merupakan kerja yang dituntut daripada makhluk manusia. Dan kerja mengendalikan urusan Khilafah ini memerlukan kepada berbagai-bagai kegiatan penting untuk memakmur dan memajukan bumi, iaitu mengenalpasti segala kekuatan dan tenaga yang wujud di bumi dan segala isi perbendaharaan dan kandungannya, serta mempastikan terlaksananya kehendak Allah dalam usaha-usaha mengguna dan mengembang tenaga-tenaga dan memajukan kehidupan di bumi. Tugas mengendalikan Khilafah juga memerlukan kepada usaha menegakkan syariat Allah di bumi untuk mewujudkan sistem hidup Ilahi yang sesuai dengan undang-undang am alam buana.

Dari itu ternyatalah bahawa pengertian ibadat yang menjadi matlamat kewujudan insan dan tugas utamanya adalah lebih luas daripada semata-mata menunaikan upacara-upacara ibadat yang tertentu sahaja. Juga ternyata bahawa tugas mengendalikan urusan Khilafah itu pastilah termasuk di dalam pengertian ibadat. Jadi hakikat itu adalah terjelma dalam dua unsur yang pokok :  

1.  Menanamkan di dalam jiwa seseorang pengertian Ubudiyah kepada Allah, iaitu menanamkan kesedaran adanya hamba dan Tuhan, adanya hamba yang menyembah dan Tuhan yang disembah. Inilah sahaja kedudukan dan pertimbangan yang wujud. Tiada di alam buana ini melainkan ‘abid dan Ma’bud, melainkan Allah Yang Tunggal dan segala yang lain adalah hamba-Nya belaka.

2.  Bertawajjuh kepada Allah dengan setiap harakat hati nurani, dengan setiap harakat anggota jasmani dan dengan setiap harakat kehidupan, atau bertawajjuh dengan keseluruhan harakat kepada Allah semata-mata dengan mengosongkan jiwa daripada segala perasaan yang lain dan daripada segala pengertian yang lain selain daripada pengertian beribadat kepada Allah semata-mata. 

Dengan kedua-dua unsur ini terserlah pengertian ibadat dan seluruh kegiatan hidup menyamai upacara ibadat dan upacara-upacara ibadat menyamai kegiatan memakmurkan bumi dan kerja memakmurkan bumi menyamai ibadat berjihad fi Sabilillah, dan ibadat berjihad fi Sabilillah sama dengan kesabaran menanggung kesusahan dan sama dengan keredhaan terhadap takdir Allah. Semunnya merupakan kegiatan-kegiatan ibadat belaka. Semunnya  merupakan usaha-usaha melaksanakan tugas utama yang menjadi matlamat diciptakan jin dan manusia. Semunnya merupakan usaha mematuhi undang-undang am alam buana, di mana segala sesuatu melahirkan Ubudiyahnya kepada Allah Yang Tunggal sahaja, tiada yang lain daripada-Nya.

Hanya di dalam sesebuah Negara Islam itu sahaja manusia mengabdkan diri mereka kepada Allah, mereka beribadat dan menyembah Allah dan beriman kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ sedangkan di luar daripadanya manusia terpaksa mengabdkan diri mereka kepada manusia, mereka beribadat dan menyembah manusia dan mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Seluruh umat manusia hendaklah dikembalikan supaya mengabdkan diri mereka kepada Allah dan supaya mereka beribadat dan menyembah Allah dengan memasukkan mereka itu ke dalam sebuah Negara Islam. Ini dengan sendirinya bererti pembentukan sesebuah Negara Islam itu adalah satu perintah Allah ke atas setiap orang yang beriman kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.     

Allah menghapuskan melalui Kerajaan Islam sesuatu yang Dia tidak boleh hapuskan melalui al-Quran.

Hadith Riwayat al-Khatib daripada Umar al-Khattab ra

Hadith ini membicarakan tentang perintah dan kewajipan pembentukan sebuah Kerajaan Islam untuk MENGUAT KUASAKAN segala suruhan dan larangan Allah s.w.t. di muka bumi ini sebagai mana Rasulullah s.a.w. dan para Khualafa ar-Rasyidun memegang kekuasaan politik di Semenanjung Tanah Arab dahulu itu. Suruhan dan larangan Allah tidak akan dapat disempurnakan melainkan dengan mewujudkan satu KUASA POLITIK di bumi, justeru tanggungjawab untuk mendirikan sebuah Negara Islam itu adalah satu perintah daripada Allah s.w.t dan juga satu sunnah Rasulullah s.a.w yang diwajibkan ke atas setiap orang yang mengimani kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

Firman Allah : al-Imran 104 
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh kepada kebaikan dan melarang segala kemungkaran. Dan orang-orang yang bersifat demikian adalah orang-orang yang berjaya .

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quranz – al-Imran) :
Oleh itu pastilah wujud satu kumpulan yang menyeru kepada kebaikan , menyuruh membuat kemakrufan dan melarang melakukan kemungkaran. Pastilah ada satu kuasa di bumi ini yang menyeru kepada kebaikan , menyuruh membuat kemakrufan dan melarang melakukan kemungkaran. Yang menjelaskan kepastian adanya satu kuasa seperti itu ialah maksud Nas al-Quran itu sendiri. Di sana pasti diadakan “seruan” kepada kebaikan , dan di sana juga pasti diwujudkan “perintah” menyuruh orang membuat kemakrufan dan diadakan “larangan” daripada melakukan kemungkaran. Jika kerja dakwah itu boleh dilakukan oleh orang-orang yang tidak mempunyai kuasa, maka kerja-kerja menyuruh dan melarang tidak boleh dilakukan kecuali oleh orang-orang yang mempunyai kuasa .

Inilah kefahaman dan pandangan Islam terhadap masalah ini , iaitu di sana pasti wujud satu kuasa yang menyuruh dan melarang, satu kuasa yang menjalankan dakwah ke arah kebaikan dan melarang  daripada kemungkaran, satu kuasa yang semua unitnya terikat dengan tali Allah dan tali persaudaraan kerana Allah , satu kuasa yang ditegakkan di atas dua tiang yang berpadu ini untuk mewujud sistem hidup Allah di dalam kehidupan manusia . pengwujudan sistem ini memerlukan kepada dakwah kepada kebaikan dan daripada dakwah inilah orang ramai dapat memahami hakikat sistem ini . Ia memerlukan kuasa yang menyuruh berbuat kemakrufan dan melarang melakukan kemungkaran dan perintahnya ditaati.        

Puak yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada kebaikan serta melarang kemungkaran yang dimaksudkan di sini, mengikut tafsir Fizilalil Quran, ialah pemimpin-pemimpin yang berkuasa dan memerintah dalam sesebuah Negara Islam. Peranan untuk melaksanakan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR ini adalah peranan dan tanggungjawab yang berat yang memerlukan kepada suatu KUASA POLITIK yang berdaulat dan memerintah ke atas seluruh umat manusia di dalam sesebuah negara itu. Seseorang individu atau sekumpulan umat Islam yang tidak mempunyai kuasa di dalam sesuatu pemerintahan negara tidak akan dapat menjalankan tugas dan peranan yang berat ini atau mereka akan hanya berkemampuan untuk menjalankannya dengan kadar yang amat terhad sahaja. Ayat ini adalah ayat yang memerintahkan kita supaya menegakkan sebuah Negara Islam untuk menguatkuasakan tugas AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR ini dengan berkesan dan sempurna .

Firman Allah : an-Nisa 64 
Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan supaya ditaati dengan izin Allah dan andainya mereka – ketika menzalimi diri mereka – datang menemui engkau dan memohon keampunan kepada Allah kemudian Rasul memohon keampunan untuk mereka nescdaya mereka dapati Allah Maha Menerima taubat dan Maha Pengasih.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Hakikat ini mempunyai makna yang penting, iaitu Rasul itu bukanlah semata-mata “pemberi-pemberi nasihat” yang hanya bertugas menghamburkan pengajaran-pengajarannya kemudian berlalu dari situ membiarkan kalimah-kalimah pengajaran-pengajarannya hilang begitu sahaja ditelan gelombang udara tanpa mempunyai apa-apa kuasa seperti yang dikatakan oleh tukang-tukang pesong yang mahu memesongkan tabiat agama Allah dan tabiat Rasul at seperti yang difahamkan oleh orang-orang yang tidak memahami pengertian ad-deen yang sebenar.

Pengertian ad-Deen yang sebenar ialah sebuah sistem hidup yang realistik, lengkap dengan segala bentuk organisasi-organisasinya, perancangan-perancangannya dan penyusunan programnya, nilai-nilai, undang-undang, peraturan-peraturan, akhlak dan adab bicaranya, ibadat-ibadatnya dan syiar-syiarnya.

Semua ini menunjukkan bahawa kerasulan itu memerlukan kuasa untuk menghakikatkan sistem hidup ini dan kuasa untuk menundukkan orang ramai supaya taat merealisasikan perintahnya. ( Kini jelaslah ) Bahawa Allah telah mengutuskan para Rasul-Nya supaya mereka ditaati dengan keizinannya mengikut batas-batas , undang-undang dan peraturan nya untuk merealisasikan sistem hidup agama Allah , iaitu sistem yang telah dikehendaki Allah supaya mengurus dan mengendalikan kehidupan manusia .

Tiada seorang Rasul pun yang telah diutuskan Allah melainkan semuanya supaya mereka ditaati oleh manusia dengan keizinan Allah. Oleh  itu ketaatan kepada Rasul bererti ketaatan kepada Allah . Dia tidak pernah mengutus Rasul-Rasul semata-mata untuk menggerakkan kesedaran hati nurani dan melaksanakan syiar-syiar ibadat. Ini adalah suatu tanggapan yang salah di dalam memahami ad-Deen dan satu tanggapan yang tidak selaras dengan hikmat Allah mengutuskan para Rasul , iaitu untuk menegakkan satu sistem hidup yang tertentu di dalam realiti hidup manusia. Jika tidak, maka alangkah kerdil dan kecilnya hidup di dunia ini, di mana seluruh tugas seorang Rasul hanya berdiri memberi nasihat dan mengeluarkan kata-kata pengajarannya kemudian berlalu begitu sahaja dari situ membiarkan nasihat-nasihat itu dipermain-mainkan oleh manusia –manusia yang sewenang-wenang dan biadab.

Dari sinilah sejarah Islam telah terbentuk sebegitu rupa sebagai satu dakwah dan tabligh, sebagai satu sistem hidup, dan seterusnya sebagai satu bentuk pemerintahan Khilafah selepas kewafatan Rasulullah saw yang ditegakkan dengan kekuatan syariat dan peraturan untuk melaksanakan syariat dan peraturan demi merealisasikan ketaatan yang berkekalan kepada Rasulullah saw di samping  merealisasikan tujuan Allah mengutuskan Rasul kepada manusia. Di sana tidak ada satu bentuk yang lain yang boleh diistiilahkan sebagai ‘Islam’ atau ‘agama’ kecuali bentuk ketaatan kepada Rasul yang direalisasikan dalam setiap undang-undang dan peraturan. Kemudian bentuk undang-undang dan peraturan itu berubah-ubah, tetapi dasar dan hakikatnya tetap tidak berubah, iaitu berserah bulat kepada sistem Allah dan merealisasikan peraturan Rasulullah saw dan berhakimkan kepada syariat Allah dan mentaati Rasulullah saw dalam segala perkara yang disampaikannya daripada Allah, mengkhususkan Allah dengan sifat Uluhiyah yang dilambangkan dalam syahadat  ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, kemudian mengkhususkan ciri hakimiyah kepada Allah Yang Maha Esa sahaja, iaitu menjadikan kuasa mengadakan undang-undang dan peraturan itu sebagai hak Allah semata-mata tanpa disyarikati oleh sesiapapun dan tanpa berhakimkan kepada Taghut samada banyak atau sedikit dan kembali kepada Allah dan Rasul dalam semua persoalan dan masalah baru yang tidak mempunyai Nas apabila berlaku perselisihan pendapat.   

Rasulullah saw dan para Rasul yang terdahulu diutuskan ke bumi kepada manusia bukanlah sekadar untuk mengajak kita supaya kita melakukan ibadat-ibadat solat, puasa, zakat, haji dan sedekah sahaja dan bukanlah sekadar untuk menyampaikan nasihat-nasihat sahaja, malah Baginda mempunyai TUGAS dan MISI yang lebih besar dan agung daripada seluruh syiar ibadat ritual seperti ini, Rasulullah saw dan para Rasul adalah ditugaskan untuk memimpin seluruh umat manusia ke arah kebangkitan Islam untuk menuju kepada Jihad, Perang dan Revolusi yang akan menghapuskan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang wujud dan tegak berdiri dengan angkuh dan sombong di dalam seluruh kerajaan manusia di bumi, Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang wujud dan tegak berdiri di dalam kerajaan demokrasi Malaysia kita ini dan di dalam seluruh kerajaan manusia di bumi. Baginda dan para Rasul diutuskan untuk menghapuskan segala peraturan dan undang-undang manusia yang berkuat kuasa di dalam seluruh kerajaan manusia dan untuk menghapuskan seluruh kerajaan manusia ini termasuklah kerajaan demokrasi Malaysia kita ini. Setelah mencapai kejayaan dalam menghapuskan segala peraturan dan undang-undang manusia, kerajaan-kerajaan manusia dan seluruh sistem kehidupan Jahiliyah di bumi, Allah memerintahkan Rasulullah saw dan para Rasul untuk mewujudkan sistem kehidupan daripada Allah dengan menjalankan segala peraturan dan undang-undang Allah di bawah kerajaan Allah. Tugas Rasulullah saw dan para Rasul adalah untuk menghapuskan kerajaan manusia dengan segala peraturan dan undang-undang manusia yang sedang berkuat kuasa di dalamnya, dan kemudiannya untuk menegakkan kerajaan Allah yang akan menjalankan segala peraturan dan undang-undang Allah yang akan mewujudkan sistem kehidupan daripada Allah.

Rasulullah saw dan para Rasul diutuskan ke bumi supaya mereka ditaati dan dipatuhi, iaitu supaya seluruh sistem hidup daripada Allah dengan segala peraturan dan undang-undang daripada Allah dikuat kuasakan ke atas manusia untuk ditaati dan dipatuhi oleh seluruh umat manusia di bumi. Rasulullah saw dan para Rasul tidak boleh ditaati dan dipatuhi manusia melainkan setelah seluruh kerajaan manusia di bumi ini terlebih dahulu dihapuskan untuk kemudiannya digantikan dengan kerajaan Allah. Ini adalah MISI ISLAM Yang Maha Agung di bumi, ini adalah tugas yang amat berat yang dipenuhi dengan segala cabaran yang pahit dan getir, ini adalah tugas yang memerlukan kepada perjuangan yang amat serius dan pengorbanan yang amat besar, perjuangan yang memerlukan kepada taqwa, kesabaran, kesungguhan dan keazaman yang kuat dan padu.

Tugas para pendakwah di Malaysia kita ini pada hari ini adalah untuk mengajak dan menyeru seluruh umat manusia di dalam negara kita ini kepada taqwa dengan bersolat, berpuasa, berdoa dan berzikir agar kita dapat mencapai kekuatan dan kemantapan iman untuk menuju kepada perjuangan Islam yang bertujuan untuk menghapuskan kerajaan demokrasi Malaysia kita ini melalui Jihad, Perang dan Revolusi untuk kemudiannya digantikan dengan kerajaan Allah yang akan menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang Allah ke arah mewujudkan sistem kehidupan daripada Allah yang menyempurnakan pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

Firman Allah : an-Nisa 59 
Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah kepada Allah dan taatilah kepada Rasul dan pemerintah-pemerintah daripada golongan kamu. Kemudian jika kamu bertentangan pendapat mengenai sesuatu persoalan, maka rujukkanlah kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat. Tindakan itu adalah lebih baik untuk kamu dan lebih elok akibatnya.

Sayyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Di dalam ayat yang pendek ini Allah swt menjelaskan syarat keimanan dan takrif keIslaman dalam masa ia menjelaskan dasar sistem asasi kelompok Muslimin, dasar kehakiman dan sumber kekuasaan dan semuanya itu adalah bermula dan berakhir pada titik dasar menerima segala undang-undang dan peraturan daripada Allah yang Maha Esa sahaja dan merujukkan kepada sunnah segala perkara yang tidak ada nas, iaitu perkara-perkara perincian kehidupan yang timbul dalam kehidupan manusia di sepanjang generasi yang silih berganti dan mengakibatkan pertentangan fikiran-fikiran, pendapat-pendapat dan pemahaman-pemahaman supaya di sana ada satu neraca yang tetap yang dapat dirujukkan fikiran-fikiran, pendapat-pendapat dan pemahaman-pemahaman yang bercanggah itu.

Hak hakimiyah, iaitu hak dan kuasa memerintah dan menetapkan undang-undang dan peraturan-peraturan dalam urusan kehidupan manusia sama ada kecil atau besar adalah dimiliki oleh Allah swt sahaja dan Allah telah mengaturkan syariat-Nya dan memuatkan di dalam kitab suci-Nya al-Quran dan Dia telah mengutuskan seseorang Rasul membawa syariat itu supaya beliau menjelaskannya kepada umat manusia. Oleh sebab itu apa yang dijelaskan oleh beliau bukanlah hasil daripada pemikiran hawa nafsunya kerana itu sunnah Rasulullah saw merupakan sebahagian daripada syariat Allah.

Allah swt itu wajib ditaati dan di antara ciri-ciri Uluhiyah ialah hak dan kuasa mengaturkan syariat. Oleh sebab itu syariat Allah wajib diamalkan dan dilaksanakan dan adalah menjadi kewajipan orang-orang beriman mentaati kepada Allah – pertama-tamanya – dan mentaati kepada Rasul-Nya kerana sifatnya sebagai utusan daripada Allah. Oleh itu jelaslah bahawa ketaatan kepada Rasul itu adalah tergolong daripada ketaatan kepada Allah yang telah mengutus beliau membawa syariat-Nya supaya beliau menjelaskannya kepada umat manusia di dalam sunnahnya. Berdasarkan hakikat ini maka sunnah Rasulullah saw dan keimanan seseorang itu tertakluk – ada dan tiadanya – kepada ketaatannya dan perlaksanaannya terhadap syariat itu mengikut nas al-Quran yang berikut :

“Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.”
 
Mengenai “ulil-amri” atau pemerintah-pemerintah, maka ayat-ayat berikut menentukan siapakah mereka :
 
“Dan pemerintah-pemerintah daripada golongan kamu.”

Yakni mereka daripada golongan orang-orang beriman yang terdapat pada mereka syarat keimanan dan batas keIslaman yang diterangkan di dalam ayat yang mewajibkan taat kepada Allah dan taat kepada Rasul dan mengkhususkan hak memerintah dan hak mengadakan undang-undang dan peraturan bagi manusia kepada Allah swt sahaja, juga mengkhususkan kewajipan menerima undang-undang dan peraturan-peraturan daripada Allah sahaja dalam perkara-perkara yang ada nas dan merujukkan kepadanya perkara-perkara yang tidak ada nas yang menimbulkan pertentangan fikiran-fikiran, pemahaman-pemahaman dan pendapat-pendapat supaya perkara- perkara itu dapat ditatbitkan dan dipadankan dengan dasar-dasar umum di dalam nas-nas yang ada.

Ayat ini menjadikan ketaatan kepada Allah sesuatu ketaatan dasar dan menjadikan ketaatan kepada Rasul-Nya juga suatu ketaatan dasar, kerana beliau diutuskan oleh Allah. Kemudian ia menjadikan ketaatan kepada pemerintah-pemerintah daripada golongan mukminin itu sebagai ketaatan yang mengikut ketaatan kepada Allah dan ketaatan kepada Rasul-Nya. Oleh sebab itulah al-Quran tidak mengulangi kata-kata “taat” ketika menyebut “pemerintah-pemerintah” sebagaimana ia mengulangi ketika menyebut Rasulullah saw. Ini untuk menjelaskan bahawa kataatan kepada pemerintah-pemerintah itu adalah diambil daripada ketaatan kepada Allah dan ketaatan kepada Rasul-Nya setelah al-Quran menjelaskan bahawa pemerintah-pemerintah itu hendaklah daripada golongan orang-orang yang beriman dan mengikut syarat-syaratnya.

Sesungguhnya ketaatan itu hanya dalam perkara-perkara yang baik sahaja. 
Bukhari, Muslim daripada al-A’masy

Patuh dan taat itu diwajibkan ke atas orang-orang Islam (pemerintah) sama ada dalam perkara yang disukai atau dibencikannya selama ia tidak diperintahkan untuk melakukan perbuatan maksiat dan apabila ia diperintahkan untuk melakukan perbuatan maksiat, maka tiada sebarang kepatuhan dan ketaatan.   
Bukhari, Muslim daripada Yahya al-Qattan

Walau yang memerintah kamu itu seorang abdi yang memimpin kamu dengan kitab Allah……patuhlah kepadanya dan taatlah.   
  Muslim daripada Ummul Husayn

Dengan dasar ketaatan ini Islam menjadikan setiap orang Islam sebagai pengawal setia syariat Allah dan sunnah Rasul-Nya, pengawal setia keimanannya dan agamanya, pengawal setia dirinya dan akalnya dan pengawal setia kepada nasib kesudahannya di dunia dan akhirat. Islam tidak menjadikan seseorang Islam seperti seekor binatang dalam kumpulannya, di mana ia akan patuh dan taat apabila diherdik di sana sini. Sistem Ilahi cukup jelas dan batas-batas ketaatan juga cukup jelas. Syariat yang ditaati dan sunnah yang diikuti hanya satu sahaja. Ia tidak berbilang-bilang, tidak pula terpisah dan tidak menyebabkan seseorang teraba-raba di dalamnya di celah-celah berbagai-bagai andaian dan sangkaan.

Semuanya itu adalah dalam perkara-perkara yang ada nas yang terang. Adapun perkara-perkara yang tidak ada nas, iaitu perkara-perkara kemusykilan dan persoalan-persoalan baru yang timbul di sepanjang zaman atau timbul kerana perkembangan keperluan-keperluan manusia atau kerana perbezaan alam sekitar, sedangkan di sana tidak ada nas yang qat’i mengenainya atau tidak ada apa-apa nas langsung mengenainya hingga mengakibatkan berlakunya perselisihan fikiran, pendapat dan pemahaman ketika membuat penilaian terhadapnya, maka Islam tidak meninggalkan perkara-perkara ini dalam keadaan yang tidak menentu begitu, iaitu ia tidak meninggalkannya tanpa neraca dan tanpa kaedah perundangan dan kaedah mengeluarkan hukum-hukum cabangan, malah dalam sambungan ayat pendek yang berikut, Islam telah meletakkan kaedah ijtihad yang lengkap dan menentukan batas-batasnya serta menegakkan “dasar” yang menguasai kaedah ijtihad itu.

Jika kamu bertentangan pendapat mengenai sesuatu persoalan, maka rujukkanlah kepada Allah dan Rasul”.

Yakni rujukkanlah kepada nas-nas yang boleh dipadan atau disesuaikan dengannya secara tidak langsung dan andainya didapati nas-nas seperti itu, maka rujukkanlah kepada dasar-dasar kulli/semesta yang umum dalam agama Allah dan syariatnya dan ini bukan dasar-dasar yang terapung dan kacau bilau dan bukan pula dasar-dasar yang samar, yang tidak diketahui dan menyesatkan akal manusia. Seperti mana yang pernah dikatakan oleh setengah-setengah tukang pesong. Sebenarnya dalam Islam terdapat dasar-dasar asasi yang amat jelas yang merangkumi segla aspek kehidupan yang asasi. Dasar-dasar ini memagar segala aspek hidup itu dengan pagar yang boleh dilihat oleh setiap hati nurani Muslim yang dikawal dengan neraca agama ini.

“Jika kamu benar beriman kepada Alah dan kepada hari akhirat”.

Ketaatan kepada Allah dan ketaatan kepada Rasul dan kepada pemerintah-pemerintah yang mukmin yang melaksanakan syariat Allah dan sunnah Rasulullah saw dan kewajipan merujukkan segala persoalan yang dipertikaikan itu kepada Allah dan Rasul-Nya adalah semuanya menjadi syarat keimanan kepada Allah dan kepada hari akhirat di samping merupakan kehendak diri daripada keimanan kepada Allah dan kepada hari akhirat. Oleh itu keimanan tidak wujud daripada awal-awal lagi jika syarat itu tidak wujud dan keimanan juga tidak wujud jika kesannya yang teguh tidak wujud.

Setelah al-Quran mengungkapkan nas persoalan ini dalam benuk pengungkapan yang bersyarat, maka sekali lagi ia mengemukakannya dalam bentuk “pengajaran”, galakan dan pemberangsangan seperti yang telah dilakukan dalam perintah menunaikan amanah-amanah dan melaksanakan penghakiman yang adil kemudian dikemukakan galakan dan pemberangsangan.

“Tindakan itu adalah lebih baik untuk kamu dan lebih elok akibatnya”.

Yakini tindakan itu lebih membawa kebaikan kepada kamu dan lebih bagus kesudahannya, iaitu kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat. Elok kesudahannya di dunia dan elok kesudahannya di akhirat. Oleh itu mematuhi sistem hidup Ilahi bukan sahaja membawa kepada keredhaan Allah dan menghasilkan pahala di akhirat – Selaku keutamaan yang paling besar – tetapi ia juga menghasilkan kebaikan di dunia dan menghakikatkan kesudahan yang baik bagi individu dan kelompok dalam kehidupan di dunia ini.

Sistem hidup Ilahi ini bertujuan supaya “manusia” dapat menikmati keleihan-kelebihan satu sisitem yang diciptakan untuk mereka oleh Allah Pencipta yang Maha Bijaksana, Maha Mengetahui, Maha Melihat dan Maha Mendalam ilmu-Nya, satu sistem yang selamat daripada kejahatan dan hawa nafsu manusia, daripada kelemahan dan keinginan, satu sistem yang tidak memilih kasih terhadap seseorang atau terhadap sesuatu golongan atau terhadap sesuatu kaum atau terhadap sesuatu bangsa atau sesuatu generasi manusia, kerana Allah adalah Tuhan kepada semua dan Maha Sucilah Allah daripada dipengaruhi keinginan pilih kasih terhadap seseorang atau sesuatu golongan atau sesuatu kaum atau sesuatu bangsa atau sesuatu generasi.

Di antara kelebihan sistem hidup Ilahi, Penciptanya adalah Pencipta manusia itu sendiri yang mengetahui hakikat fitrahnya dan keperluan-keperluan yang sebenar bagi fitrahnya. Dia mengetahui segala liku dan jalan jiwa manusia dan mengetahui pula cara-cara yang sesuai untuk berbicara dengannya dan untuk mengislahkannya. Dia – Maha Sucilah Dia –tidak meraba-raba di padang gurun ujian dan percubaan kerana menjadinya satu sistem yang sesuai dan tidak membebankan manusia menanggung perbelanjaan-perbelanjaan percubaan yang berat apabila merka teraba-raba dalam percubaan di padang gurun tanpa pemandu. Bagi manusia cukuplah mereka membuat percubaan- percubaan dalam bidang penciptaan kebendaan apa sahaja yang disukai mereka, kerana bidang ini adalah bidang yang amat meluas untuk diterokai oleh akal manusia. Begitu juga cukuplah bagi mereka berusaha dengan akal mereka untuk mempraktikkan sistem hidup Ilahi ini dan untuk memahami tempat-tempat qias dan ijtihad dalam perkara-perkara yang menimbulkan perselisihan pendapat-pendapat dan fikiran-fikiran.

Di antara kelebihan sistem hidup Ilahi ini ialah Penciptanya adalah Pencipta alam ini sendiri yang menjadi pentas hidup manusia. Pencipta alam ini telah mengurniakan kepada manusia satu sistem yang menjamin bahawa seluruh dasarnya adalah sesuai dengan undang-undang alam buana, yakni sistem ini tidak akan bertarung dengan undang-undang alam buana, malah akan berkenalan dan bersahabat baik dengannya serta mengmbil manfaat daripadanya. Sistem hidup Ilahi ini akan memandu manusia ke arah ini dan melindungi mereka.

Di antara kelebihan sistem hidup Ilahi – di samping ia memandu dan melindungi manusia  - ia memulia dan menghormati mereka dan memberi mereka tempat yang wajar kepada akalnya untuk bekerja dalam sistem ini, iaitu tempat untuk berjihad bagi memahami nas-nas yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya kemudian berijihad untuk merujukkan masalah-masalah mereka yang tidak ada nas kepada nas-nas yang ada atau kepada dasar-dasar umum agama dan seterusnya kepada bidang yang tulen yang dapat dikendalikan oleh akal manusia dan dapat dikuasai sepenuhnya, iaitu bidang kajian ilmiah mengenai alam buana dan penciptaan- penciptaan kebendaan.

Hak hakimiyah, iaitu hak memerintah dan menggubal undang-undang serta menguat kuasakannya ke atas manusia, hanyalah hak Allah sahaja, manusia tidak ada hak dalam hal hakimiyah. Dalam istilah moden, hak hakimiyah boleh diertikan sebagai hak POLITIK, KERAJAAN, PEMERINTAHAN dan KENEGARAAN. Dalam huraian Sayyid Qutb mengenai ayat di atas ini, hak politik, kerajaaan, pemerintahan dan kenegaraan itu hanyalah hak Allah sahaja. Manusia tidak ada sebarang hak ke atas politik, kerajaan, pemerintahan dan kenegaraan. Tugas manusia hanyalah untuk memerintah bagi pihak Allah dengan menegakkan kedaulatan Allah serta dengan menjalankan undang-undang Allah. Menyerahkan hak hakimiyah kepada Allah bererti menyempurnakan Laailaahaaillallah, manakala menyerahkan hak hakimiyah kepada manusia, seperti keadaan kita di bawah pemerintahan demokrasi ini di Malaysia, bererti kerosakan kepada Laailaahaaillallah.

Firman Allah: al-Israk 23-39 
Tuhanmu memerintahkan supaya janganlah kamu sembah kecuali Dia dan berbuat baik kepada ibu bapa. Jika seseorang di antara keduanya telah tua atau kedua-duanya, janganlah engkau kata "uh!", kepada keduanya dan jangan pula engkau herdik keduanya dan ucapkan kepada keduanya perkataan yang mulia (Lemah Lembut).

Rendahkanlah kepada mereka sayap kerendahan dengan belas kasihan, dan katakanlah: Oh Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka menjagaku semasa aku masih kecil.

Tuhanmu lebih mengetahui apa-apa yang di dalam hatimu. Jika kamu orang-orang baik, sesungguhnya Dia Pengampun terhadap orang-orang yang taubat.

Berikanlah kepada kaum kerabat haknya masing-masing dan kepada orang miskin dan musafir dan jangan engkau membazir dengan sewenang-wenangnya.

Sesungguhnya orang-orang membazir itu ialah saudara syaitan dan syaitan itu amat ingkar akan Tuhannya.

Jika engkau berpaling dari mereka itu (tidak sanggup memberinya) kerana engkau mencari rezeki Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka perkataan yang lemah lembut.

Jangan engkau jadikan tangan engkau terbelenggu ke tengkuk engkau dan jangan pula engkau lepaskan selepas-lepasnya, nanti engkau duduk tercela dan menyesal (bakhil dan boros).

Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki buat engkau yang dikehendaki-Nya dan Dia pula membataskannya (mengurangkan). Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui dan Maha Melihat hamba-Nya.

Janganlah kamu bunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami memberi rezeki mereka dan rezeki mu. Sesungguhnya membunuh mereka itu suatu dosa yang besar.
Janganlah kamu hampiri zina sesungguhnya zina itu sangat keji dan jalan yang amat jahat.
Janganlah kamu bunuh manusia yang diharamkan Allah, kecuali dengan kebenaran. Barang siapa terbunuh dengan aniaya, sesungguhnya kami beri kuasa kepada walinya (untuk menuntut bela) sebab itu janganlah ia berlebih-lebihan dalam pembunuhan. Sesungguhnya ia mendapat pertolongan.

Janganlah kamu hampiri harta anak yatim, melainkan dengan (jalan) yang sebaik-baiknya, hingga ia sampai dewasa; dan tepatilah janji, sesungguhnya janji itu akan diperiksa.

Kamu sempurnakanlah sukatan, bila kamu menyukat dan timbanglah (sesuatu) dengan timbangan yang betul. Demikian itu lebih baik dan paling baik akibatnya.

Janganlah engkau turut apa-apa yang engkau tidak ada pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, masing-masingnya akan diperiksa.

Janganlah engkau berjalan di mukabumi dengan sombong, sesungguhnya engkau tiada dapat menembusi bumi dan tidak akan sampai engkau setinggi gunung. Segala yang tersebut ialah kejahatan yang amat dibenci di sisi Tuhanmu.

Demikianlah sebahagian yang diwahyukan Tuhan kepadamu, di antara hikmah. Janganlah engkau adakan Tuhan yang lain serta Allah, nanti engkau dilemparkan ke dalam neraka serta tercela dan terusir.

Kumpulan ayat-ayat di atas ini merumuskan peranan-peranan dan tujuan-tujuan sesebuah Negara Islam:

1. Untuk mewujudkan sistem kehidupan Tauhid (ketamadunan) dan untuk menolak sistem kehidupan ciptaan manusia (Jahiliyah);

2. Untuk menjadikan agama Islam sebagai agama yang memerintah, berkuasa dan yang tertinggi untuk menguasai agama-agama dan ideologi-ideologi yang lain;

3. Untuk menguat kuasakan sistem kehidupan yang mentaati dan mempraktikkan segala suruhan dan larangan Allah swt dan prinsip menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran;

4. Untuk menegakkan keadilan, kebebasan, keamanan, persamaan hak dan musyawwarah, dalam kehidupan politik, ekonomi, sosial dan akhlak melalui pelaksanaan pemikiran dan nilai-nilai Islam yang bersumberkan al-Quran dan Hadith;

5. Untuk membentuk, mengawal dan memupuk sifat-sifat yang baik, nilai-nilai keperibadian dan akhlak yang tinggi dan mulia serta ketaqwaan yang mendalam di kalangan  masyarakatnya.

Peranan-peranan yang dimainkan oleh sesebuah Negara Islam akan membentuk satu komuniti umat Islam muttaqi yang akan dipimpin oleh pemimpin-pemimpin muttaqi yang akhirnya akan mewujudkan keadilan, kebebasan dan keamanan yang boleh dinikmati oleh semua rakyatnya. Sebaik sahaja sesebuah Negara Islam ini mencapai kekuatan ekonomi dan militeri, ia akan mengembangkan pengaruhnya dengan menyerang dan memerangi negara-negara jiran supaya kesemuanya itu mengalah dan tunduk kepada kekuasaan Islam yang oleh itu mempastikan pengabdian manusia yang total kepada Allah sahaja. Inilah MISI ISLAM yang agung yang diperintahkan ke atas kita oleh Allah swt. Bolehkah peranan-peranan dan tujuan-tujuan seperti yang dilunaskan dengan terperinci di dalam ayat-ayat di atas ini dilaksanakan dengan berkesan dan sempurna tanpa sebuah Negara Islam? Sama sekali mustahil! Inilah satu dalil yang kuat dan jelas bahawa penegakan Negara Islam itu adalah satu perintah Allah s.w.t.


KRITERIA NEGARA ISLAM

Negara Islam adalah didasarkan kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ Muhammad ar-Rasulullah – pemerintah yang berkuasa dan berdaulat hanyalah Allah swt sahaja, manusia bukanlah pemerintah dan tidak ada hak untuk memerintah. Sementara orang-orang yang diserahkan kuasa untuk memerintah, iaitu ULIL AMRI, hanya memerintah bagi pihak dan di atas nama Allah sahaja. Seseorang pemerintah Islam tidak ada kuasa untuk memerintah bagi pihak dirinya atau golongan tertentu, tetapi ia menjalankan undang-undang Allah dan menguat kuasakan keadilan Allah bagi pihak Allah dan yang bertanggungjawab kepada Allah sahaja. Sebagai sebuah negara ideologi, Negara Islam itu terdiri daripada tiga konsep yang penting:

1.     Kedaulatan Allah

2.     Peraturan dan undang-undang Allah

3.     Kerasulan nabi Muhammad s.a.w.;

4.     Khilafah (vicegerency).


Negara Islam adalah negara yang didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, dan negara yang diperintah oleh umat Islam bagi pihak dan di atas nama Allah serta yang mengikut contoh dan tauladan kerajaan Islam di Medinah pimpinan Rasulullah saw dan para khulafa ar-Rasyidin. Kewujudan atau ketiadaan konsep-konsep atau kriteria-kriteria seperti yang disenaraikan di atas ini, menjadi faktor pemisah di antara sebuah Negara Islam dengan sebuah negara kufur. Kerajaan demokrasi Malaysia, walaupun ianya dipimpin dan dianggotai oleh golongan Islam sendiri dan dipilih dengan kehendak majoriti rakyat Islam, bukanlah sebuah kerajaan Islam kerana ianya adalah didasarkan kepada rububiyah manusia dan uluhiyah manusia serta yang menolak dan mengingkari Rububiyah Allah dan Uluhiyah Allah. Demikianlah juga Arab Saudi, Jordan, Iraq, Kuwait, Turki, Mesir, Maghribi, Pakistan dan lain-lain negara Sekular Muslim di dunia, kesemuanya kufur di sisi kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ

Kalimah  ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti Kedaulatan, Otoriti dan Undang-undang Hak Allah. Di dalam ayat-ayat berikut ini, al-Quran dengan tegas mendasarkan bahawa kedaulatan, otoriti dan undang-undang bagi sesebuah negara itu adalah hak Allah sahaja. Inilah konsep yang paling mendasar dalam menentukan bahawa sesebuah negara itu adalah Islam atau sebaliknya.

Di dalam ayat-ayat berikut ini, al-Quran dengan tegas mendasarkan bahawa kedaulatan, otoriti dan undang-undang bagi sesebuah negara itu adalah hak Allah sahaja. Inilah konsep yang paling mendasar dalam menentukan bahawa sesebuah negara itu adalah Islam atau sebaliknya.



Kedaulatan (Sovereignty) itu hak Allah s.w.t.:

Firman Allah: al-Imran 26, 189 
Katakanlah (Wahai Muhammad): Wahai Allah yang mempunyai kedaulatan! Engkau memberi kedaulatan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau mencabut kedaulatan dari sesiapa yang Engkau kehendaki . 
Sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Bagi Allah jualah kedaulatan di langit dan di bumi, dan Allah amat berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.

Firman Allah: al-Furqan 2 
Tuhan yang mempunyai kedaulatan di langit dan di bumi ... serta tidak mempunyai sebarang sekutu dalam kedaulatanNya.

Otoriti itu hanya HAK Allah swt:

Firman Allah: al-A'raf 54 
Kepunyaan Allahlah segala kejadian, kepunyaan Allahlah segala otoriti.

Firman Allah: al-Mukminun 88 
Tanyakanlah: "Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap-tiap sesuatu?

Undang-Undang itu HAK Allah swt sahaja:

Firman Allah: Yusof 40 
Undang-Undang itu HAK Allah.

Di antara dasar-dasar utama yang menentukan keIslaman atau kekufuran sesebuah negara itu adalah kedaulatan, otoriti dan undang-undang. Sesebuah negara yang tidak didasarkan kepada kedaulatan, otoriti dan undang-undang Allah, seperti Malaysia, adalah negara yang syirik dan kufur.

Sifat-sifat kesempurnaan, kekuatan dan kekuasaan ke atas tiap sesuatu yang dimiliki oleh Allah sahaja yang layak ke atas kedaulatan, otoriti dan undang-undang. Manusia dengan segala kekurangannya tidak layak ke atas kedaulatan, otoriti dan undang-undang. Justeru, di dalam sesebuah Negara Islam, kedaulatan, otoriti dan undang-undang itu adalah hak Allah sahaja.

Siapakah yang boleh melakukan sesuatu mengikut sesuka hatinya? Jawabnya Allah:

Firman Allah: Yunus 107 
Dan jika Allah mengenakan sesuatu yang membahayakan, maka tiada siapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika ia menghendaki engkau beroleh kebaikan, maka tiada sesiapa pun yang dapat menghalangi limpah kurnia-Nya. Allah melimpahkan kurnia-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya demi hamba-hamba-Nya, dan Dialah amat Pengampun lagi Penyayang

Firman Allah: al-Anbia 23 
Ia tidak boleh ditanya tentang apa yang ia lakukan, sedang merekalah yang akan ditanya nanti.

Allah adalah sumber dan asas kepada segala kedaulatan, otoriti dan undang-undang yang tiada sesiapa pun yang boleh menghad dan membatasinya:

Firman Allah: al-Mukminun 88 
Tanyakanlah lagi, "Siapakah yang memegang kuasa pemerintahan tiap sesuatu, serta Ia dapat melindungi tiap-tiap sesuatu dan tidak ada sesuatu pun yang dapat diperlindungi daripada kekuasaan-Nya? Jawablah jika kamu mengetahui."

Allah berada di luar segala kesilapan dan Dialah Pencipta yang sempurna:

Firman Allah: al-Hasyr 23, 24 
Dialah Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia; Yang menguasai (sekelian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat (dari segala kekurangan); Yang melimpahkan keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat; Yang Melengkapi segala kekuasaan-Nya; Maha Suci Allah daripada segala mereka sekutukan denganNya.

Dialah Allah, yang menciptakan segala makhluk; Yang mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang membentuk rupa (makhluk-makhluk mengikut kehendak-Nya); bagi-Nya nama-nama yang sebaik-baik dan semulia-mulia; bertasbih kepada-Nya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dialah yang tidak ada tolak bandingnya, lagi Amat Bijaksana.

Kedaulatan, otoriti dan undang-undang itu hanyalah layak untuk Allah sahaja, sedangkan manusia sebagai ciptaan Allah sahaja tidak berkemampuan untuk mencipta undang-undang dan sistem hidup yang sempurna untuk manusia dan oleh itu tidak layak untuk diserahkan kedaulatan, otoriti dan undang-undang kepadanya. Demokrasi dan segala sistem hidup ciptaan manusia adalah satu kepincangan yang membawa kepada penindasan dan anarki di kalangan manusia.

Kerasulan Nabi Muhammad saw

Negara Islam itu didasarkan kepada konsep kerasulan Nabi, iaitu segala dasar pemerintahan, pelaksanaan undang-undang dan dasar-dasarnya, dan pentadbiran yang detailnya hendaklah diasaskan kepada Model Negara Islam Madinah pimpinan Rasulullah s.a.w. Perlembagaan Negara Islam ialah al-Quran dan Hadith serta Qiyas dan Ijma' - kehidupan Rasulullah s.a.w. adalah satu tauladan yang benar-benar wujud mengenai perlaksanaan dan perjalanan Perlembagaan Islam dan pemerintahan Negara Islam.

Firman Allah: al-Hasyr 7 
Apa-apa yang diberikan Rasul kepadamu, hendaklah kamu ambil dan apa-apa yang dilarangnya hendaklah kamu hentikan.

Firman Allah : an-Nisa 64, 80 
Tiadalah kami utus seorang Rasul melainkan untuk ditaati dengan izin Allah. 
Barang siapa mentaati Rasul, sesungguhnya ia mentaati Allah.


Rasulullah s.a.w. ialah ikutan kita. Negara Islam di Madinah ialah model untuk kita.

Khilafah (Vicegerency)

Manusia dilantik sebagai Khalifah Allah (Vicegerent of Allah) untuk memerintah bumi d atas nama dan bagi pihak Allah; oleh itu Negara Islam ialah satu Khilafah (vicegerency) di mana kedaulatan, otoriti dan undang-undang itu adalah Hak Allah dan manusia menerima mandat daripada Allah dan bertanggungjawab hanya kepada Allah sahaja dalam pemerintahan negara.

Firman Allah: an-Nur 55 
Allah telah menjanjikan bagi orang-orang yang beriman di antaramu dan mengerjakan yang baik-baik bahawa Allah akan mengangkat mereka sebagai Khalifah di bumi.

Di dalam sesebuah Khilafah, manusia tidak mentaati dan bertanggungjawab kepada manusia, walaupun dalam kaedah dan di atas prinsip ‘majoriti’, tetapi kepada Allah sahaja. Pemerintahan Islam tidak memerintah bagi pihak dan di atas nama rakyat, golongan, keluarga atau individu, tetapi bagi pihak dan di atas nama Allah s.w.t sahaja. Ia tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang sesuka hatinya, tetapi hanya menjalankan undang-undang Allah sahaja.

Berdasarkan kepada asas bahawa Negara Islam itu adalah satu Khilafah yang popular, kita dapat mencungkilkan lima prinsip yang utama yang wujud dan beroperasi di dalam sesebuah Khilafah :

1. Ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya itu adalah ketaatan yang mutlak, sedangkan ketaatan kepada ulil amr (pemerintah) adalah ketaatan yang bersyarat - rakyat diperintahkan untuk mentaati ulil amri selagi ulil amri itu mentaati Allah dan Rasul-Nya;

2.  Pemerintahan didasarkan kepada permesyuaratan dan kesepakatan (3:159, 42:38) yang mempunyai implikasi ianya menolak pemerintahan diktator, sama ada diktator, militeri, golongan, individu, monarki atau parti;

3. Rakyatnya yang berperanan sebagai Khalifah-Khalifah Allah mempunyai kebebasan bersuara termasuk untuk mengkritik pemerintah, dan kebebasan beraksi dan bertindak dalam bidang-bidang politik, ekonomi dan sosial yang berupaya untuk mempengaruhi pihak pemerintah dalam merangka dan merancang dasar-dasar kerajaan dan masa hadapan ummah;

4. Persamaan status dan hak di kalangan rakyatnya tanpa mengira faktor-faktor keturunan, bangsa, kedudukan ekonomi, tetapi semata-mata didasarkan kepada kepercayaan dan ketaqwaan;

5.  Persamaan hak untuk mendapat kemanfaatan dalam merebut segala peluang untuk bergiat dan berusaha ke arah pencapaian kemajuan dalam bidang-bidang ekonomi, pendidikan, kemahiran, teknologi dan sosial.


Unsur-unsur demokrasi daripada perspektif hak suara rakyat, suara majoriti, kebebasan mengkritik dan bantahan, memang wujud di dalam sesebuah khilafah yang menyebabkan ramai daripada kita, termasuk para intelek Islam dan ulama kita, terbawa-bawa untuk merumuskan bahawa kerajaan demokrasi ini adalah Islam; sedangkan kedua-duanya mempunyai perbezaan yang sangat mendasar - demokrasi adalah didasarkan kepada ideologi dan pemikiran rakyat, manakala khilafah didasarkan kepada ideologi dan pemikiran daripada Allah. Kerajaan Islam dan kerajaan demokrasi adalah satu dikotomi (dichotomy) yang berkontradiksi secara diametrikal di antara satu dengan yang lain.

Model Negara Islam

Soalan yang paling popular dimajukan ialah, "manakah model Negara Islam yang ideal?" Negara Islam itu adalah sesuatu yang praktis, “viable” dan tiada tolak bandingnya kerana ia datang daripada Allah yang Maha Sempurna. Model Negara Islam ialah Negara Islam pimpinan Rasulullah s.a.w. di Madinah dan pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin. Lebih "simple" lagi, Negara Islam itu adalah mana-mana kerajaan yang didasarkan kepada kedaulatan, otoriti dan undang-undang Allah yang mengikuti Model Rasulullah s.a.w. yang berbentuk satu Khilafah (vicegerency) dengan tidak mengira bagai manakah struktur, sistem dan prosidur pemerintahannya. Tentang struktur, sistem dan prosidurnya tidak dijelaskan dengan terperinci kerana ini adalah aspek-aspek yang boleh berubah daripada semasa ke semasa dalam konsep kenegaraan dalam Islam, yang dipentingkan ialah prinsip-prinsip yang mendasar - kedaulatan Allah, Otoriti Allah, Undang-undang Allah, kerasulan Nabi dan konsep Khilafah (vicegerence). Sesebuah Negara Islam itu boleh beroperasi dalam apa-apa bentuk dan struktur dengan memakai apa-apa sistem dan prosidur yang mampu diwujudkan dengan menggunakan daya pemikiran dan kreativiti manusia itu sendiri dengan syarat, prinsip-prinsip yang mendasar dan "fundamental" itu semestinya wujud dan beroperasi.

Kita hanya boleh memikirkan untuk memilih mana-mana model yang difikirkan sesuai dan yang terbaik hanyalah setelah kita terlebih dahulu menjatuh dan menghancurkan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini dan setelah wujudnya sekumpulan manusia atau pemerintah yang baru berkuasa itu yang menghendaki dan mengingini sebuah Negara Islam. Kita tidak boleh berfikir untuk memilih mana-mana model sekalipun sedangkan kita tidak berkuasa dan memerintah dan masih kekal di bawah kerajaan demokrasi yang tidak inginkan kepada sebuah Negara Islam, malah yang kuat menentang dan memusuhinya. Pelaksanaan dan penguatkuasaan segala peraturan dan undang-undang Allah itu hanya boleh dilakukan dalam fasa yang keduanya nanti, iaitu setelah kerajaan demokrasi itu terlebih dahulu dijatuh dan dihancurkan dan setelah kerajaan Islam itu diwujud dan dibentukkan melalui Jihad, Perang dan Revolusi.

Sekiranya sistem dan prosidur dalam sesuatu pemerintahan itu adalah didasarkan kepada prinsip-prinsip yang mendasar dan fundamental seperti yang tersebut tadi, sesebuah Negara Islam itu boleh mengambil mana-mana bentuk dan struktur, termasuk model pemerintahan Amerika Syarikat (USA), atau lain-lain negara Barat seperti Britain, Perancis, Itali dan hatta mengikut pemerintahan Malaysia atau Indonesia. Struktur kerajaan USA serta segala sistem dan prosidurnya, boleh dijadikan model sebuah Negara Islam yang paling ideal dengan syarat parlimen itu tidak berperanan untuk membuat undang-undang, mencukupi sekadar untuk mendengar suara rakyat sahaja dan sebagai satu forum untuk perundingan dan kesepakatan dan dengan mempraktikkan segala prinsip yang mendasar yang terdiri daripada Kedaulatan hak Allah, Otoriti hak Allah dan Undang-undang hak Allah, kerasulan Nabi dan Khilafah. Kalau kesemua ini berlaku dan wujud, maka struktur, sistem dan prosedur kerajaan USA yang berdiri sekarang ini layak disifatkan, di sisi kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, sebagai sebuah Negara Islam. Kita tidak perlu lagi merujuk kepada model-model sistem dan institusi khalifah atau Imam atau Amir seperti di masa-masa yang silam. Tentang model yang mana satu itu bukanlah satu isu dalam pembentukan sesebuah Negara Islam, isunya ialah pelaksanaan segala prinsip yang mendasar bagi sesuatu Negara Islam - Kedaulatan Allah, Otoriti Allah, Undang-undang Allah, Kerasulan Nabi dan Konsep Khilafah – itulah sahaja!

Bagai manakah sesebuah Negara Islam itu boleh diperjuang dan dibentukkan di dalam negara Malaysia kita ini? Caranya adalah melalui metod al-Quran, Sunnah dan Sirah, iaitu melalui Jihad, Perang dan Revolusi, sekali-kali tidak melalui pilihanraya dalam sistem politik demokrasi. Cara pilihanraya dan demokrasi yang syirik dan kufur walaupun untuk mencapai matlamat yang suci dan luhur semata-mata kerana Allah, tetap tidak dibenarkan dalam Islam, dan larangan ini adalah didasarkan kepada dalil Nas yang soreh, muhkam dan qot’ie seperti berikut :    

Firman Allah : Fatir 10 
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah naiknya segala madah yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkat-Nya naik ( sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). dan sebaliknya; orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesanpun) akan rosak binasa.

Allah swt melarang kita daripada memperjuangkan pembentukan sesebuah Negara Islam melalui jalan dan metod yang syirik dan kufur seperti perjuangan Islam melalui amalan sistem politik demokrasi kita yang syirik dan kufur ini kerana itu adalah disifatkan Allah sebagai merancang untuk melakukan kejahatan, dan bagi orang-orang yang melakukannya, mereka itu akan diseksa dengan keseksaan yang amat pedih di akhirat nanti. Matlamat yang suci murni kerana Allah adalah diperintahkan Allah supaya diperjuangkan melalui jalan dan metod yang suci murni daripada Allah dan Rasul-Nya sahaja dan tidak yang selain daripadanya. 

No comments:

Post a Comment