Thursday 18 October 2012

METOD ISLAM : CIRI-CIRI METOD ISLAM (SIRI 2)


 (SAMBUNGAN)
Firman Allah: al-An Aam 153 
Sesungguhnya ini jalan-Ku yang lurus, oleh itu ikutilah dia, dan jangan kamu ikut jalan-jalan yang lain, nanti bercerai berai kamu daripada jalan-Nya.

Allah s.w.t. memerintahkan kita supaya hanya ikut Metod Islam sahaja dan sekali-kali jangan ikut metod yang selain daripada-Nya seperti metod demokrasi ini. Sebalik perintah dan larangan yang begitu tegas dan nyata sekali daripada Allah s.w.t., massa umat Islam kita masih lagi kekal dan berdegil dengan amalan politik demokrasi ini, mungkin dengan harapan bahawa masih ada lagi takwil-takwil yang bersandarkan kepada hujjah-hujjah Islam yang konkrit yang boleh menghalalkannya sebagai mana yang cuba digambar dan diyakinkan kepada kita oleh para ulama dan intelek Islam kita kini; padahal segala harapan ini hanya tinggal sebagai harapan sahaja kerana sehingga kini belum ada sebarang takwil yang menyakinkan di sisi ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang boleh merasionalisasi dan menghalalkan amalan politik demokrasi ini daripada sifat-sifat dan kesan-kesannya yang syirik dan kufur ini.

Rumusan dan “Summary” Ciri-Ciri Utama Metod Islam

1.  Perjuangan Islam adalah perjuangan kerana Allah dan mentaati perintah Allah, dan itu adalah ibadat kepada Allah semata-mata dan tidak dilancarkan kerana faktor-faktor yang selain daripadanya;

2.  Metod Islam adalah daripada Allah yang diabadikan di dalam al-Quran, Sunnah dan Sirah;

3.   Metod Islam terdiri daripada tiga pemain yang aktif - Allah, Rasul dan Ummah;

4.  Metod Islam adalah Perjuangan Islam yang didasarkan kepada Tauhid, Takwa dan Akhirat;

5.  Metod Islam adalah satu pertembungan secara “head-on collision” di antara Islam dengan kufur, di antara Tauhid dengan syirik, dan di antara hak dengan batil;

6.  Pergerakan Islam dan masyarakat perintis umat Islam yang memperjuangkan Islam mengambil langkah untuk membeza dan memisahkan diri mereka daripada kufur, sistem kufur, kerajaan kufur dan masyarakat kufur sejak se awal mungkin;

7.  Pergerakan Islam mengeluarkan dirinya daripada kepimpinan Jahiliyah untuk berada di bawah kepimpinan yang baru, dan ia mencabar dan mengancam kepimpinan Jahiliyah dan segala kekuatan Jahiliyah;

8. Perjuangan melalui Metod Islam akan menerima reaksi penentangan dan penindasan sejak se awal mungkin sehingga ke akhirnya daripada kerajaan yang syirik dan kufur serta seluruh musuh-musuh Islam dari dalam mahupun dari luar perbatasan negara;

9.  Pergerakan Islam yang berjuang melalui Metod Islam adalah ditentang dan dimusuhi oleh seluruh negara bangsa Muslim (yang lazim dipanggil sebagai negara-negara Islam) dan seluruh negara penduduk-penduduk kafir di dunia, baik yang berdekatan mahupun yang berjauhan, dan khususnya oleh Amerika, NATO, PBB dan kumpulan G8, dan juga oleh seluruh orang-orang kafir di dunia;

10.   Metod Islam adalah kebangkitan massa umat Islam yang radikal dan revolusyeneri dalam menuju kepada perang dan revolusi untuk menghancurkan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur;

11.   Metod Islam adalah terdiri daripada tiga peringkat :

·         Proses Revolusi (kebangkitan yang radikal dan revolusyeneri);

·         Perang dan Revolusi;

·         Pasca Revolusi;

12.   Faktor-faktor yang menyumbangkan kepada kebangkitan massa umat Islam dalam fasa yang pertama ialah :

·         Aqidah dan Pemikiran Islam;

·         Pergerakan Islam;

·         Takwa;

·         Metod Islam;

13.   Pergerakan Islam memainkan peranan-peranannya untuk :

Menyebar dan mengembangkan Aqidah dan Pemikiran Islam di kalangan 
massa umat Islam;

Merangsang, mengaktivasi dan menggerakkan massa umat Islam kepada 
kebangkitan dan tindakan;  

Melancarkan Perang dan Revolusi; 

Menjatuh dan memusnahkan kerajaan demokrasi;· 

Menegakkan Kerajaan Islam dan mempastikan kestabilan dan kesinambungannya;

14.Metod Islam memerlukan kepada masa yang panjang, mungkin generasi demi generasi, kerana proses pengembalian kepada Pemikiran dan Kehidupan Laailaahailllah, yang membawa kepada kebangkitan yang radikal dan revolusyeneri, terpaksa mengambil masa yang panjang;

15.Dalam memulakan perjuangannya, Metod Islam hanya memerlukan satu kumpulan pejuang-pejuang Islam yang sangat kecil sahaja bilangannya, mungkin di antara tiga hingga lima orang sahaja untuk membentukkan satu Pergerakan Islam, dan ia tidak juga memerlukan sumber material dan persenjataan, apa yang diperlukan hanyalah takwa, komitmen, ketaatan, pengorbanan, kesabaran serta keberanian kesemuanya ini dilakukan semata-mata kerana menuntut keredhaan Allah swt;

16Metod Islam tidak memerlukan kepada seorang pemimpin yang karismatik, ia dipimpin langsung oleh Allah dan Rasul-Nya - pada saat-saat terakhir kebangkitan Islam, iaitu ketika di ambang tercetusnya revolusi dan perang terhadap kerajaan yang kufur itu, seorang pemimpin berkaliber akan muncul untuk memimpin gerakan Revolusi Islam itu, dan ia muncul sebagai hasil yang “natural” daripada proses kebangkitan Islam itu sendiri;

17.Metod Islam dalam peringkat yang kedua nanti adalah terdiri daripada pelancaran Jihad, Perang dan Revolusi untuk menghancurkan kekuasaan kufur untuk kemudiannya digantikan dengan kerajaan Islam;.

18.Metod Islam adalah berperang dan menyerang musuh-musuh Islam (kerajaan demokrasi Malaysia) tanpa terlebih dahulu diserang dan diperangi oleh mereka (musuh-musuh Islam);

19.Metod Islam adalah pelancaran tindakan-tindakan kekerasan dan keganasan untuk menggerun dan menggentarkan musuh-musuh Islam;

20.Metod Islam tidak ada organisasi yang formal; tidak ada “heirarchy”, tidak ada kepemimpinan yang formal, dan tidak ada satu “central authority”; pemimpin-pemimpin muttaqi masyarakat Islam tampil kehadapan untuk membangkit dan menggerakkan massa umat Islam di atas dasar ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya;

21.Metod Islam tidak ada strategi dan tidak ada rahsia (melainkan perang dan serangan ketenteraan), ia beroperasi secara telus dan terbuka semata-mata dengan mentaati perintah dan larangan Allah dan Rasul-Nya;

22. Metod Islam adalah terdiri daripada dasar berjuang dan terus berjuang sehingga musuh-musuh Islam itu berjaya dijatuh dan dimusnahkan, dan ia sama sekali tidak akan menerima sebarang usaha dan tawaran untuk berunding, berdailog, berkompromi dan berdamai dengan musuh-musuhnya sewaktu dan di sepanjang operasi perjuangannya itu -- walaupun sesuatu Pergerkan Islam sedang berada dalam situasi yang amat kritikal dan tertekan sekali, Metod Islam tetap tidak membenarkannya untuk berunding, berdailog, berkompromi dan berdamai dengan musuh-musuh Islam, malahan berunding, berdailog, berkompromi dan berdamai adalah satu kesilapan yang besar dalam perjuangan melalui Metod Islam yang boleh mengakibatkan kehancuran kepada sesuatu Pergerakan Islam itu.

23.Metod Islam adalah tertakluk dan terikat kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ - ia memelihara kesempurnaan Laailaahaillallah di sepanjang hayat perjuangannya itu; sesuatu dasar, metod, strategi dan tindakan yang bercanggah dengan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ hendaklah dijauhi dan dihindarkan;

24.Metod Islam sebagai ciptaan Allah adalah berkekalan, ianya tidak boleh diubah, diubah suai, ditukar ganti, direka bentuk sendiri atau dipinjam daripada pemikiran dan sumber-sumber yang selain daripada al-Quran, Sunnah dan Sirah;

25.Sikap dan pandangan yang tidak positif terhadap Metod Islam boleh merosakkan Aqidah Islam;

26. Metod demokrasi yang mengorbankan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ adalah syirik dan batil yang dilarang oleh Allah untuk diamalkannya walaupun hanya sebagai laluan sementara sahaja;

27.Matlamat Islam yang agung serta ketulusan dan keikhlasan hati yang suci murni dalam perjuangan seseorang itu tidak dapat menghalalkan metod demokrasi, atau mana-mana metod yang syirik, kufur dan batil;

28.Perjuangan Islam melalui metod demokrasi yang sekiranya telah berjaya dalam menegakkan sesebuah Negara Islam sekalipun, ianya tetap juga membawa seseorang pejuang itu kepada kesyirikan dan kekufuran yang oleh itu mengorbankan matlamat keredhaan Allah;

29.Tabiat kufur, termasuk demokrasi, adalah untuk memerangi Islam dan sekali-kali tidak akan memberi laluan dan kebenaran kepada Islam untuk menubuhkan sebuah Negara Islam; regim militeri di Algeria, telah merampas kuasa dan menafikan pembentukan sebuah Negara Islam setelah parti Islam Algeria, FIS, memenangi pilihan raya umum - berikutan itu, peperangan dan revolusi yang dilancarkan oleh pejuang-pejuang Islam terhadap regim militeri Algeria yang disokong oleh Amerika dan NATO, telah berlarutan selama hampir tiga dekad, dan revolusi Islam masih diteruskan dengan gigih dan penuh semangat perjuangan, dan proses Revolusi Islam Algeria telah meningkat dan memantapkan lagi kefahaman, pegangan dan komitmen para pejuang dan rakyat Islam Algeria kepada perjuangan Islam dan untuk berpegang teguh kepada segala konsep Islam dan terutama sekali kepada ajaran Allah dan Rasul-Nya;

30.Negara Islam yang dibentuk dan ditubuhkan melalui pilihan raya, tidak akan bertahan lama kerana rakyat Islamnya tidak mempunyai komitmen yang kuat untuk mempertahankannya (Negara Islam). Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai peluang-peluang yang secukupnya untuk terdedah dan berinteraksi dengan segala konsep dan idea-idea Islam seperti perjuangan Islam, Negara Islam dan Aqidah dan Pemikiran Islam;

31.Perjuangan untuk menegakkan sesebuah Negara Islam dengan menjalankan undang-undang Islam, bukanlah matlamat akhir dan muktamad dalam perjuangan Islam, bahkan ia hanya merupakan salah satu daripada jalan-jalan ke arah mencapai matlamat keredhaan Allah s.w.t.

Inilah Metod Islam daripada Allah dan Rasul-Nya. Kejayaan sesuatu perjuangan Islam adalah bergantung kepada kefahaman yang baik dan jelas oleh para pejuangnya mengenai Metod Islam daripada Allah dan Rasul-Nya ini. Metod Islam hendaklah jelas dan terang supaya metod kufur itu juga menjadi jelas dan terang kepada seluruh massa umat Islam, dan apabila mereka memahami dan mengetahui manakah Metod Islam dan manakah pula metod kufur dengan jelas dan terang serta mereka dapat membezakan di antara kedua-duanya mereka tidak lagi akan terjebak dengan amalan metod kufur.

Di sini sekali lagi kita mengulangi petikan yang sama daripada Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) yang kita sudahpun petikkan dalam bahagian yang lain di dalam buku ini kerana ianya adalah sesuatu yang releven bagi isu ini mudah-mudahan ia dapat membantu kita dan seluruh umat Islam sekelian untuk memahami propaganda yang jahat daripada musuh-musuh Islam yang mengeliru dan cuba hendak menghalal dan membolehkan amalan agama demokrasi :

Firman Allah : al-Anaam 55 
Dan demikianlah Kami terangkan ayat-ayat (al-Quran ini) dengan terperinci (supaya jelas jalan orang-orang yang soleh) dan supaya jalan-jalan orang-orang yang menderhaka ketara dengan jelas. 

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Adapun ungkapan akhir ayat yang pendek ini iaitu :

“Dan supaya jalan para penderhaka itu ketara dengan jelas”

adalah mengandungi satu maksud yang menarik, iaitu ia mendedahkan metodologi al-Quran dalam menerangkan aqidah dan mengaturkan harakat untuk memperjuangkannya. Sebenarnya metodologi al-Quran bukan sahaja bertujuan untuk menerang dan menonjolkan kebenaran agar jalan yang diikuti oleh para salihin itu kelihatan begitu jelas, malah ia juga bertujuan menerang dan mendedahkan kebatilan agar jalan yang diikuti oleh orang-orang yang sesat dan berdosa itu kelihatan begitu ketara kerana keketaraan jalan yang diikuti oleh orang-orang yang menderhaka ini merupakan suatu keperluan dan kepastian untuk menonjolkan keketaraan jalan yang diikuti oleh orang-orang yang beriman. Ia merupakan garis pemisah yang digariskan dipersimpangan jalan.

Metodologi ini adalah metodologi yang dijelaskan oleh Allah swt untuk berbicara dengan hati manusia, kerana Allah mengetahui bahawa usaha menegakkan keyakinan kepercayaan kepada kebenaran dan kebaikan adalah memerlukan kebolehan dengan jelas aspek kebatilan dan kejahatan yang menjadi lawan dan tandingan di samping memerlukan keyakinan bahawa kebatilan ini adalah suatu kejahatan yang tulen dan kebenaran ini adalah satu kebenaran dan kebaikan yang tulen. Begitu juga Allah mengetahui bahawa kekuatan untuk memperjuangkan kebenaran itu bukan sahaja lahir daripada kesedaran pejuang bahawa ia berjuang di atas jalan yang benar, tetapi kebatilan dan mengikut jalan orang-orang yang berdosa yang disebut di dalam ayat yang lain bahawa mereka adalah musuh kepada setiap nabi.

Kejelasan konsep kekafiran merupakan satu keperluan dan kepastian untuk menonjolkan kejelasan konsep keimanan, kebajikan dan kebaikan.


Penjelasan yang terang mengenai jalan yang diikuti oleh para pendosa itu merupakan salah satu matlamat penerangan Rabbani melalui ayat-ayat al-Quran, kerana sebarang kekaburan dan kekeliruan tentang pendirian dan jalan yang diikuti oleh para penderhaka itu akan mengakibatkan kekaburan dan kekeliruan pendirian dan jalan yang diikuti oleh mukminin. Kedua-dua golongan ini merupakan dua lembaran yang bertentangan dan dua jalan yang berlainan. Kedua-duanya pastilah dibezakan dengan warna-warna dan garis-garis yang terang dan jelas.

Berlandaskan hakikat ini setiap harakat Islamiyah pasti dimulakan dengan membuat penentuan dan pembezaan yang jelas di antara jalan para mukminin dengan jalan para penderhaka. Ia pasti dimulakan dengan langkah memperkenalkan jalan para mukminin dan jalan para penderhaka dan meletakkan label-label yang terang yang membeza di antara orang-orang yang beriman dan orang-orang yang memilih jalan penderhaka di alam realiti bukannya di alam teori, agar dengan cara ini para pendakwah Islamiyah dan para pejuang dalam harakat Islamiyah dapat mengetahui dengan jelas siapakah orang-orang yang beriman dan siapakah para penderhaka yang ada di sekeliling mereka setelah dibuat penentuan dan pembezaan yang jelas di antara jalan-jalan sistem hidup dan label-label yang membezakan jalan-jalan dua golongan ini, di mana kedua-dua jalan dan label itu tidak dicampur aduk dan tidak menimbulkan kekeliruan dan di mana sifat-sifat dan ciri-ciri yang membezakan di antara dua golongan ini tidak diselubungi kekeliruan dan kekaburan.

Penentuan dan pembezaan yang jelas itu kelihatan begitu ketara ketika Islam menghadapi tentangan kaum musyrikin di Semenanjung Tanah Arab di mana jalan yang diikuti oleh kaum Muslimin  yang soleh adalah jalan yang diikuti oleh Rasulullah saw  dan para pengikutnya, sedangkan jalan yang diikuti oleh para penderhaka ialah jalan orang-orang yang tidak memeluk agama ini . Dengan penentuan dan pembezaan inilah al-Quran diturunkan, menjelaskan ayat-ayat-Nya mengikut sebagai mana contoh-contoh penjelasan yang telah silam dan di antaranya ialah contoh yang terakhir itu agar jalan yang diikuti oleh para penderhaka itu ketara dengan terang .

Ketika Islam menghadapi kepercayaan-kepercayaan syirik, paganisme, ateisme dan berbagai-bagai agama yang sesat dan menyeleweng daripada peninggalan agama yang berasal daripada agama yang diturunkan Allah setelah diubah dan dirosakkan oleh berbagai-bagai penyelewengan manusia …..ketika Islam menghadapi golongan-golongan dan kumpulan-kumpulan agama ini , maka jalan yang diikuti para mukminin yang soleh adalah cukup jelas dan tidak boleh dikelirukan.

Tetapi kesulitan yang besar yang sebenar yang dihadapi oleh harakat-harakat Islamiyah pada hari ini tidak sedikitpun terbabit dengan persoalan ini, malah kesulitan sebenar yang dihadapinya ialah wujudnya kaum-kaum daripada keturunan orang-orang Islam sendiri yang tinggal di negeri-negeri yang dahulunya pernah menjadi Negara Islam yang dikuasai agama Allah dan diperintah dengan syariat Allah, kemudian kaum-kaum ini meninggalkan agama Islam yang sebenar tetapi mengakui beragama Islam dari segi namanya sahaja. Mereka tidak menghiraukan asas-asas dan prinsip-prinsip Islam dari segi iktikad dan kenyataan walaupun mereka mendakwa beragama Islam dari segi iktikad! Islam adalah syahadat atau pengakuan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ (tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah) dan pengakuan ini harus ditegakkan di dalam iktikad bahawa hanya Allah sahaja yang mencipta dan mengendalikan alam buana. Hanya Allah sahaja yang layak ditujukan kepada-Nya segala syiar ibadat dan segala aktiviti hidup manusia dan hanya Allah sahaja merupakan satu-satunya sumber, di mana manusia harus mengambil dari-Nya segala undang-undang dan peraturan hidup mereka serta tunduk kepada syariat-Nya di dalam seluruh urusan hidup mereka. Mana-mana individu yang tidak membuat pengakuan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dengan pengertian yang sedemikian, maka ia dikira belum lagi membuat pengakuan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang betul lagi masuk ke dalam Islam walaupun ia memakai nama gelaran dan keturunan Islam. Begitu juga mana-mana negeri yang belum lagi merealisasikan konsep syahadat ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dengan pengertian yang sedemikian, maka negeri itu dikira belum lagi patuh kepada agama Islam dan belum lagi masuk ke dalam agama Islam.


Di dunia pada hari ini terdapat berbagai-bagai kaum manusia yang memakai nama-nama orang-orang Islam dan berasal daripada keturunan Islam. Mereka tinggal di negeri-negeri yang pernah menjadi Negara Islam di suatu masa yang silam, tetapi kaum-kaum itu pada hari ini tidak menghayati lagi pengakuan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dengan pengertiannya yang betul. Begitu juga negeri-negeri itu pada hari ini tidak lagi tunduk dan patuh kepada Allah mengikut pengertian ini.

Inilah masalah yang paling sulit yang dihadapi oleh harakat-harakat Islamiyah yang sebenar di negeri-negeri dan kalangan kaum-kaum yang seperti itu.

Yang menjadi masalah yang paling sulit yang dihadapi oleh harakat-harakat ini ialah wujudnya kekaburan dan kekeliruan yang menyelubungi pengertian ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan pengertian Islam di satu segi dan menyelubungi pengertian syirik dan pengertian Jahiliyah dari satu segi yang lain pula.
Masalah paling sulit yang dihadapi oleh harakat-harakat ini ialah wujudnya ketidak jelasan jalan yang diikuti kaum Muslimin yang salih dan jalan yang diikuti kaum musyrikin yang penderhaka di samping wujudnya campur aduk lambang-lambang dan label-label, wujudnya kekeliruan nama-nama dan sifat-sifat dan wujudnya padang gurun yang tidak mempunyai batu-batu tanda perjalanan dipersimpangan jalan.

Musuh-musuh harakat-harakat Islamiyah telah mengetahui lubang kelemahan ini dan mereka sedang berusaha meluaskan lubang kelemahan ini, menambahkan kegoyahan, kekeliruan dan campur aduk hingga ketahap jika ada suara yang terus terang membuat pernyataan yang tegas ini, maka pernyataan ini akan disifatkan sebagai satu tuduhan yang salah, iaitu tuduhan mengkafir orang-orang Islam!!! Ini menjadikan persoalan menentukan keislaman dan kekafiran itu harus dirujukkan kepada adat dan istilah manusia bukannya dirujukkan kepada firman Allah dan sabda Rasul-Nya.

Inilah kesulitan yang amat besar di samping merupakan batu penghalang utama yang pasti ditempuh oleh pendakwah-pendakwah kepada agama Allah di dalam setiap generasi.

(Berdasarkan hakikat ini ) Dakwah kepada agama Allah pastilah dimulakan dengan menjelaskan dengan tegas jalan hidup kaum mukminin dan jalan hidup kaum penderhaka, dan para pendakwah kepada agama Allah tidak seharusnya bertolak ansur dan berkompromi dalam kalimat al-Haq dan dalam persoalan yang memisahkan di antara keimanan dan kekafiran. Mereka tidak seharusnya merasa gentar dan takut dan tidak seharusnya patah semangat dalam menghadapi celaan dan cemuhan atau dalam menghadapi larangan orang yang mengatakan : “Lihat! Pendakwah ini mengkafirkan orang-orang Islam!

Islam sebenarnya tidak mempunyai sifat yang goyah dan cair, sebagai mana yang disangkakan oleh orang-orang yang tertipu dan terkeliru. Islam itu terang dan kekufuran itu juga terang . Islam ditegakkan dengan syahadat ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang telah dihuraikan tadi, dan sesiapa yang tidak menegakkan syahadat ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dengan pengertian ini, dan sesiapa yang tidak menegakkan syahadat ini dalam kehidupannya dengan pengertian ini , maka hukum Allah dan Rasul-Nya terhadapnya ialah dia tergolong di dalam golongan orang-orang yang kafir,  orang-orang yang zalim (syirik ), orang-orang yang fasik dan golongan para penderhaka.

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa Metod Islam hendaklah JELAS dan TERANG supaya metod kufur itu juga menjadi JELAS dan TERANG. Apabila Metod Islam itu tidak jelas dan terang, metod kufur juga turut menjadi tidak jelas dan terang, dan seseorang pejuang Islam yang tidak memahami metod Islam dengan jelas dan terang akan terjerumus ke dalam kesyirikan dan kekufuran kerana dalam perjalanannya itu ia tidak dapat melihat metod dan jalan kufur dengan jelas dan terang. Umat Islam kita di Malaysia kini berjuang melalui metod dan jalan demokrasi yang syirik dan kufur tanpa menyedari bahawa demokrasi dan metod demokrasi ini adalah metod dan jalan yang syirik dan kufur. Ini adalah kerana mereka tidak memahami mengenai Metod Islam dengan jelas dan terang. Mereka hanya dapat melihat kesyirikan dan kekufuran metod dan jalan demokrasi ini dengan jelas dan terang sekiranya mereka terlebih dahulu dapat memahami metod dan jalan Islam dengan jelas dan terang. Ini adalah aspek yang amat penting dan strategis dalam sesuatu perjuangan Islam.

Para pejuang Islam hendaklah berusaha dengan penuh kesungguhan supaya mereka dapat memahami segala ciri Metod Islam seperti mana yang diperkatakan di atas ini dengan cukup jelas dan terang ke tahap yang membolehkan mereka untuk memahami dengan jelas dan terang mengenai metod kufur dan jalan kufur. Mereka hendaklah menghindari dan memisahkan diri mereka daripada metod dan jalan perjuangan yang syirik dan kufur dan mereka hendaklah sentiasa berada di atas jalan yang benar.





PERGERAKAN DAN KEBANGKITAN

Revolusi Islam adalah hasil daripada proses KESEDARAN dan KEBANGKITAN yang berlaku dalam fasa Proses Revolusi atau Revolusi Separuhan (partial revolutions). Dalam Metod Islam, Jihad tidak bermula terus dengan melancarkan revolusi dan perang, kerana cara ini tidak boleh mewujudkan satu kebangkitan Ummah yang amat diperlukan dalam sesuatu revolusi, tetapi ia dimulai dengan PROSES REVOLUSI yang akan membawa kepada KESEDARAN dan KEBANGKITAN Ummah yang radikal, revolusyeneri dan bertaqwa. Isu yang utama dalam fasa pertama dalam perjuangan Islam bagi sesuatu komuniti Islam yang kerangka kasarnya itu adalah Jahiliyah, ialah KESEDARAN dan KEBANGKITAN. Segala perancangan dan tindakan dalam fasa pertama ini ditumpukan ke arah melahirkan satu KESEDARAN dan KEBANGKITAN yang kemudiannya akan membawa kepada meletusnya satu REVOLUSI ISLAM dalam fasa yang keduanya nanti. Faktor-faktor yang terpenting yang boleh membawa kepada KESEDARAN dan KEBANGKITAN ini ialah PENYEBARAN mengenai AQIDAH dan PEMIKIRAN ISLAM yang radikal dan revolusyeneri dan KETERLIBATAN (tindakan) dalam satu PERGERAKAN ISLAM yang juga berbentuk radikal dan revolusyeneri.

Kebangkitan dan situasi revolusyeneri bukanlah sesuatu yang boleh diharapkan untuk muncul dan berlaku dengan sendirinya sahaja, atau sesuatu untuk ditunggu sahaja kedatangannya, atau sesuatu yang apabila sampai masanya ia akan berlaku dengan sendirinya sahaja - bukan begitu sifat dan keadaannya, tetapi ianya adalah satu proses yang perlu dan semestinya diciptakan dengan sedar dan terancang daripada awal hingga ke akhirnya melalui Metod Islam. Kebangkitan dan situasi revolusyeneri di kalangan massa umat Islam adalah hasil daripada perancangan, tindakan dan ciptaan golongan aktivis teras, iaitu golongan yang mula-mula memahami dan mengamalkan Aqidah dan Pemikiran Islam dan oleh itu mempunyai kecintaan dan komitmen yang amat mendalam kepada perjuangan Islam, dan yang hanya berjuang melalui Metod Islam dengan mentaati segala peraturan dan syaratnya.

Kebangkitan massa umat Islam itu lahir daripada kombinasi kesedaran dan penglibatan, iaitu kesedaran tentang kekufuran kerajaan demokrasi dan kesedaran tentang tindakan-tindakan radikal yang dianjurkan oleh ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ terhadap kerajaan yang kufur itu, dan kesedaran tentang wujudnya Metod Islam daripada Allah dan Rasul-Nya dalam menghadapi dan mengatasi Jahiliyah yang hidup, aktif dan bertindak. Dalam memahami kesemuanya ini ke arah membangkitkan kesedaran di dalam diri kita ini, ianya memerlukan kepada kesedaran dan kefahaman yang sempurna mengenai asas-asas Aqidah dan Pemikiran Islam , iaitu khususnya mengenai Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah serta pertaliannya dengan Metod Islam. Kesedaran-kesedaran ini pula diharapkan untuk berfungsi dalam merangsangkan ke arah tindakan, iaitu untuk menyertai dan melibatkan diri ke dalam satu Pergerakan Islam yang berbentuk radikal dan revolusyeneri baik dari segi fahaman-fahaman mahu pun tindakan-tindakannya.

Pada peringkat permulaan ini, perjuangan Islam dimulakan dengan menumpukan kepada tarbiah-tarbiah secara kecil-kecilan dan tertutup sahaja dan sedikit sebanyak dalam bentuk 'bisikan' (Tarbiyyah Sirriyyah) untuk membentuk satu Pergerakan Islam janin (embryonic Islamic movement). Tetapi tarbiah-tarbiah sirriyyah ini semestinya mengandungi Deklarasi-deklarasi Agung Tauhid, di antaranya ialah kedaulatan hak Allah, pengabdian kepada kedaulatan Allah, penentangan total dan tanpa kompromi terhadap kedaulatan manusia sehingga membawa kepada kebangkitan umat Islam yang radikal dan revolusyeneri. Sebaik sahaja bangkit dan wujudnya satu golongan aktivis teras yang berasal dan muncul daripada Pergerakan Islam janin yang sudah mencapai kematangan dan kemantapannya dan yang sudah berkemampuan untuk merintis ke arah pembentukan satu Pergerakan Islam yang radikal dan revolusyeneri, perjuangan Islam akan berbentuk INTERAKSI TERBUKA dengan mengamalkan segala konsep perjuangan Islam yang terdiri daripada deklarasi, penentangan total, tanpa kompromi dan konfrantasi terbuka - konsep-konsep ini akan beroperasi sebagai satu Proses Revolusi dalam Metod Islam. Proses Revolusi ini akan menghasilkan satu kebangkitan Islam untuk menuju ke arah revolusi.

Proses Revolusi ini, atau Revolusi Separuhan (partial revolution), terdiri daripada TARBIYAH dan TINDAKAN, iaitu tarbiyah mengenai Aqidah dan Pemikiran Islam, Metod Islam, Jihad dan Revolusi Islam untuk disebarkan kepada seluruh massa umat Islam, dan tindakan-tindakan radikal, revolusyeneri dan militen yang merangkumi deklarasi, penolakan total, tanpa kompromi dan konfrantasi terbuka terhadap kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini. Tanpa tindakan-tindakan radikal, revolusyeneri dan militen, tarbiyah tidak akan berkesan, dan massa umat Islam tidak akan mengalami satu proses kesedaran dan kebangkitan. Tindakan-tindakan radikal, revolusyeneri dan militen adalah komposisi-komposisi Revolusi Separuhan yang amat penting dalam proses kesedaran dan kebangkitan massa umat Islam. Revolusi Separuhan yang berlarutan generasi demi generasi yang membawa kepada kesedaran dan kebangkitan massa umat Islam ini akan akhirnya mengembang kepada satu Revolusi Islam yang total untuk menghancurkan kekuasaan kufur demokrasi ini.
REVOLUSI TAUHID

Revolusi Islam adalah Revolusi Tauhid, ianya adalah perjuangan yang bertujuan untuk menyempurnakan pegangan dan amalan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, ianya adalah dimaksudkan kepada perjuangan untuk mengubah agama umat Islam kita di Malaysia ini daripada mengimani dan mengamal agama demokrasi dan agama Islam Modenis kepada mengimani dan mengamal agama Islam yang satu sahaja yang benar dan sempurna daripada Allah swt. Perjuangan Islam seperti ini adalah perjuangan yang amat rumit dan mencabar kerana umat Islam kita sedang berada dalam kekeliruan dan kebingungan – mereka tidak mengenali dan tidak dapat membezakan di antara BATAS-BATAS ISLAM dengan BATAS-BATAS KUFUR. Mereka menyangka bahawa mereka beriman dengan agama Allah dengan sempurna kerana mereka mengucap dua kalimah syahadah dan melakukan segala syiar ibadat dengan tekun dan khusyuk padahal mereka telah dan sedang mengeluarkan diri mereka daripada Islam kerana mereka berada dalam batas-batas kufur melalui amalan sistem politik demokrasi dan anutan serta amalan agama Islam Modenis. Mereka tidak menyedari mengenai keterlibatan mereka secara langsung dalam berpegang dan mengamalkan sistem hidup yang syirik dan kufur, dan mereka sebenarnya sedang berada dalam keadaan kebingungan dan kekeliruan yang amat ketara akibat daripada menjalani sistem kehidupan yang bercampur baur di antara Aqidah Islam dengan aqidah kufur dalam sistem kehidupan mereka. Sebarang percubaan untuk menyeru massa umat Islam kita kepada kebangkitan Islam dan untuk menyeru mereka supaya menentang dan memerangi kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini sedangkan ianya dipersepsikan oleh mereka ini sebagai kerajaan yang bersesuaian dengan Islam dan kerajaan yang bersikap pro-Islam, bukan sahaja mereka tidak akan menyambut segala seruan kita ini malah segala seruan ini akan hanya menghasilkan kekeliruan dan kebingungan di kalangan mereka.

Revolusi Tauhid adalah perjuangan yang semata-mata dilancarkan kerana Allah dan tidak kerana yang selain daripada-Nya, para pejuang Islam menghendaki Negara Islam semata-mata kerana kesedaran dan keinginan mereka yang kuat dan padu kepada AQIDAH ALLAH - Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Keinginan kepada AQIDAH ALLAH adalah dilahirkan dalam bentuk keinginan dan keazaman mereka untuk berada di bawah kekuasaan negara Allah, untuk mentaati undang-undang dan segala peraturan daripada Allah dan untuk menjalani sistem hidup daripada Allah yang meliputi seluruh bidang dan cabang kehidupan manusia; di satu sudut yang lain pula, keinginan kepada AQIDAH ALLAH adalah dilahirkan dalam bentuk keazaman dan keinginan mereka untuk menolak dan meminggirkan sistem politik dan sistem hidup demokrasi ciptaan manusia yang didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia dan sistem hidup daripada manusia, iaitu keazaman dan keinginan mereka yang kuat untuk membersih dan mensucikan pegangan mereka akan Aqidah Islam daripada sebarang bentuk kesyirikan dan kekufuran. Perjuangan Islam adalah perjuangan keimanan yang kuat dan teguh berpegang kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan kecintaan kepada Allah. Tanpa kekuatan Aqidah Islam dan tanpa umat Islam yang muttaqi, perjuangan Islam dan matlamat Islam untuk mewujudkan Negara Islam dengan segala undang-undang dan peraturan-peraturan Islam tidak mungkin berlaku dan tidak mungkin tercapai.

Sayyid Qutb (Fizilalil Quran - Anfal) :
Para pembesar Quraisy memang mengetahui tabiat dakwah Islamiyah ini sejak mereka memahami pengertian-pengertian bahasa mereka yang betul. Mereka mengerti bahawa syahadat atau pengakuan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ Muhammad Rasulullah merupakan pengumuman MEMBERONTAK terhadap kuasa manusia seluruhnya, juga pengumuman keluar daripada kuasa Hakimiyah manusia seluruhnya dan lari kepada Uluhiyah dan kuasa Hakimiyah Allah yang Maha Esa sahaja. Dalam menjalani Ubudiyah kepada Allah, maka yang menjadi sumber penerimaan perintah ialah Muhammad Rasulullah saw sahaja bukannya orang-orang yang bercakap atas nama Tuhan-tuhan atau dengan nama Allah. Para pembesar Quraisy itu melihat orang-orang yang berikrar dengan syahadat ini terus keluar daripada kuasa Quraisy, kepimpinan dan kuasa Hakimiyah Quraisy dan bergabung dalam satu kumpulan yang bergerak di bawah kepimpinan Muhammad saw dan tunduk kepada bimbingan dan kuasanya. Mereka mencabut kesetiaan mereka kepada keluarga, suku, ketua suku dan kepada kepimpinan Jahiliyah. Mereka menumpukan seluruh kesetiaan mereka kepada kepimpinan yang baru dan kepada kelompok Muslimin yang menjadi tapak yang baru.

Semuanya ini merupakan pengertian daripada syahadat ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan Muhammad Rasulullah, dan ini adalah realiti yang dilihat oleh para pembesar Quraisy yang dianggap mereka sebagai bahaya yang mengancam kedudukan mereka di samping mengancam peraturan sosial, politik, ekonomi dan kepercayaan yang menjadi asas kedudukan mereka.

Pengertian syahadat ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan Muhammad Rasulullah ini bukanlah satu pengertian yang kabur, kosong dan lemah seperti yang dimaksudkan oleh orang-orang yang mengaku diri mereka sebagai Muslim pada hari ini dengan semata-mata mengikrarkan syahadat ini dengan lidah mereka dan dengan hanya menunaikan sesetengah syiar ibadat sahaja, sedangkan Uluhiyah Allah di bumi dan dalam kehidupan manusia tidak wujud dan tidak ada bayangnya, sementara kepimpinan Jahiliyah dan undang-undang Jahiliyah pula terus menguasai masyarakat dan mengendalikan urusan pentadbirannya.

Sayyid Qutb (Fizilalil Quran - Taubat) :
Pergerakan Islam lahir di Mekah di atas batu uji yang amat sulit. Sebaik sahaja Jahiliyah – yang di wakili oleh kaum Quraisy – menyedari bahaya yang sebenar yang diancam oleh dakwah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ Muhammad Rasulullah yang melahirkan PEMBERONTAKAN terhadap setiap kuasa dunia yang tidak diambil daripada kuasa Allah dan penentangan terhadap setiap taghut yang wujud di muka bumi serta mendorong manusia melarikan diri daripada kuasa itu kepada kuasa Allah……sebaik sahaja Jahiliyah menyedari bahaya yang serius daripada kelompok pergerakan organik yang baru, yang dicetuskan oleh dakwah TAUHID di bawah kepimpinan Rasulullah saw, iaitu kelompok pergerakan yang menumpukan ketaatan dan kepatuhannya kepada Allah dan Rasul-Nya sejak hari pertama lagi dan menentang kepimpinan Jahiliyah yang diwakili kaum Quraisy, di samping menentang undang-undang dan peraturan yang wujud dalam Jahiliyah ini……sebaik sahaja Jahiliyah yang diwakili pada mulanya oleh kaum Quraisy itu menyedari bahaya tersebut, ia terus melancarkan penentangan yang membabi buta terhadap dakwah kelompok dan kepimpinan yang baru ini. Segala senjata yang dimilikinya dalam bentuk mengadakan gangguan, tipu daya, fitnah, penindasan, helah dan muslihat, telah ditimpukan kepada dakwah Islamiyah itu.

Masyarakat Jahiliyah secara mendadak bangkit mempertahankan diri daripada bahaya yang mengancam kewujudannya. Ia menggunakan segala alat yang digunakan oleh segala makhluk yang hidup untuk menyelamatkan diri daripada maut. Ini adalah satu realiti biasa yang tidak dapat dielakkan setiap kali munculnya dakwah yang memperjuangkan konsep Ubudiyah Allah yang menguasai semesta alam dalam sebuah masyarakat Jahiliyah yang berlandaskan prinsip Rububiyah kepada sesama manusia atau setiap kali munculnya dakwah baru dalam kelompok pergerakan yang baru, yang bergerak di bawah kepimpinan yang baru dan menentang kelompok Jahiliyah yang lama dengan penentangan yang sama handal.

Huraian-huraian Saiyyid Qutb seperti mana di atas ini merumuskan bahawa Islam adalah agama revolusi, agama  yang memberontak dan menentang kekufuran dan seluruh kekuatan dan kekuasaan kufur di dunia. Islam semestinya sentiasa wujud dalam keadaan BERKUASA dan MEMERINTAH ke atas kufur dan orang-orang kafir di  mana sahaja di bumi ini. Ini adalah sesuatu yang “normal” bagi Islam mengikut segala konsep yang terkandung di dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Apabila Islam berada di bawah kekuasaan kufur ataupun wujud dalam keadaan “peaceful co-existence’ dengan sesuatu kekuasaan kufur dan orang-orang kafir, ianya adalah sesuatu yang di luar daripada “normal” bagi Islam – justeru Islam semestinya bangkit memberontak. Ini adalah Revolusi Tauhid, iaitu pemberontakan dalam bentuk serangan dan peperangan untuk menghapuskan hegemoni kufur untuk digantikan dengan hegemoni Islam. Inilah sifat dinamisme dan radikalisme kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Dalam pada itu, seluruh kekuatan dan kekuasaan kufur di dunia ini sudah sewajarnya akan bangkit menentang Islam untuk menyelamatkan diri mereka daripada bahaya dan ancaman yang sedang dihadapi mereka ini, iaitu kemungkinan kehancuran dan kelenyapan mereka daripada muka bumi ini.
Revolusi Tauhid adalah perjuangan yang DIINGINI, DIKEHENDAKI dan DISANGGUPI oleh para pejuang itu sendiri yang berjuang dengan ikhlas hanya kerana Allah, bukan kerana sebarang bentuk kepentingan duniawi, bukan kerana keagungan dan sanjungan akibat daripada kemenangan perjuangan itu di dunia ini, bukan kerana keinginan kepada kuasa untuk kepentingan diri ataupun golongan, serta bukan kerana keinginan kepada sebarang peluang kekayaan di dunia ini, tetapi semata-mata ikhlas dan suci kerana Allah sahaja dengan mengharapkan kepada segala janji ganjaran Allah di akhirat nanti. Keinginan kepada Kebangkitan, Jihad, Perang dan Revolusi lahir sebagai natijah dan kesan daripada keinginan kepada Aqidah Islam dan kekuatan takwa kepada Allah semata-mata tanpa mengharapkan kepada sebarang ganjaran dan kepentingan di dunia ini. Revolusi Tauhid adalah REVOLUSI TAKWA.

Sebaliknya, umat Islam kita yang LEBAI dan WARAK, tetapi tidak wujud keinginan yang kuat di dalam hati mereka untuk menegakkan sebuah Negara Islam, tidak wujud juga keinginan mereka untuk mentaati dan mengabdikan diri mereka kepada undang-undang dan peraturan-peraturan daripada Allah, dan tidak wujud juga keinginan dalam jiwa mereka untuk menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia, malah mereka selesa sahaja mengamalkannya. Golongan si lebai dan warak seperti ini sebenarnya tidak berpegang kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, dan justeru mereka tidak beriman kepada Allah swt dan mereka sebenarnya sudah terkeluar daripada agama Allah tanpa disedari mereka kerana mereka sebenarnya menolak Uluhiyah dan Rububiyah Allah, sebaliknya mereka beriman kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia. 
  
Revolusi Tauhid adalah perjuangan yang memerlukan masa yang lama kerana proses untuk menanam Aqidah Islam yang teguh dan mantap ke dalam setiap jiwa massa umat Islam yang sedang berada dalam kekeliruan dan kebingungan yang amat ketara ini adalah satu proses yang memerlukan kepada suatu jangka masa yang lama. Kekuatan AQIDAH yang tertanam dengan teguh dan mantap di dalam setiap jiwa dan lubuk hati massa umat Islam kita inilah yang merangsangkan mereka kepada kebangkitan, tindakan dan perang, dan kekuatan inilah yang berkemampuan untuk mengharungi berbagai-bagai halangan dan liku-liku perjuangan yang pahit dan getir. Perjuangan seperti ini sudah tentu memerlukan kepada suatu jangka masa yang lama kerana ia bertujuan untuk mendekat dan menyebatikan hati-hati manusia dengan sistem hidup daripada Allah, iaitu hati-hati yang kuat berpegang kepada kepercayaan kepada Allah. Sedangkan buat masa kini kesemua hati manusia termasuk di kalangan golongan mereka yang lebai dan warak ini, merupakan manusia-manusia yang hati-hati mereka telah hanyut begitu jauh daripada konsep sistem kehidupan Allah dan hati-hati yang tidak beriman kepada sistem kehidupan daripada Allah. Mereka tidak beriman dan mengamal sistem politik, ekonomi, sosial dan akhlak daripada Allah, mereka hanya mengamal segala peribadatan ritual dalam Islam seperti solat, puasa, zakat fitrah, haji, doa-doa dan zikir-zikir sahaja, sedangkan mereka mengimani, mengamal dan meredhai sistem politik demokrasi, ekonomi kapitalis, serta sistem sosial dan akhlak sekular yang dicipta dan diluluskan oleh parlimen. Ini adalah kesyirikan dan kekufuran di sisi ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

Majoriti yang terbesar daripada massa umat Islam kita kini tidak menyedari mengenai realiti kesyirikan dan kekufuran yang sedang menimpa ke atas diri mereka akibat daripada amalan sistem politik demokrasi ini. Mereka tidak mengetahui bahawa peraturan dan undang-undang dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial dan akhlak adalah AGAMA dan justeru mereka tidak mengetahui bahawa pemikiran dan sistem hidup Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis yang sedang kita amalkan kini, iaitu pemikiran dan sistem hidup yang didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia, adalah AGAMA yang syirik dan kufur. Pada mereka, agama Islam yang mereka sedang anuti kini adalah agama yang sempurna serta tanpa apa-apa cacat celanya, dan sistem politik demokrasi yang sudah mereka amalkan selama setengah abad ini adalah suatu sistem politik yang bersesuaian dengan agama Islam kita yang Maha Suci - mereka selesa dengan status quo yang bererti mereka berada di dalam kesesatan yang berlarutan. Justeru proses untuk mengembalikan massa umat Islam kita yang sedang berada di dalam kesesatan ini supaya mereka mengingini dan mencintai sistem kehidupan daripada Allah dan justeru mereka kembali beriman kepada Aqidah Islam yang sebenar adalah satu proses yang amat rumit dan yang memakan masa yang lama.

Perjuangan Islam bermula dengan operasi dan gerakan DAKWAH, iaitu dakwah yang bertujuan untuk merombak dan merungkaikan segala kekeliruan dan kebingungan yang sedang melanda massa umat Islam kita kini supaya mereka dapat melihat dengan mata dan akal fikiran mereka sendiri dengan jelas, terang dan tanpa ragu-ragu lagi bahawa demokrasi ini adalah agama yang syirik dan kufur, dan mereka juga dapat melihat dengan jelas, terang dan tanpa ragu-ragu lagi bahawa mereka sebenarnya sedang menganuti dan mengimani Aqidah Islam yang sesat, rosak dan menyeleweng daripada Aqidah Islam yang sebenar. Batas-batas Islam dan perbezaan serta pemisahannya daripada batas-batas kufur semestinya dipersembahkan dengan JELAS dan TERANG kepada massa umat Islam kita sekelian supaya mereka tidak lagi berada di dalam kekeliruan dan kebingungan, supaya mereka sentiasa berada dalam batas-batas Islam dengan teguh dan pasti, dan supaya mereka dapat menghindari atau mengeluarkan diri mereka daripada batas-batas kufur; dan dengan kefahaman yang jelas dan terang ini juga mereka dapat mengenal pastikan manakah agama Islam yang sebenar dan manakah pula agama Islam yang rosak dan sesat daripada jalan Aqidahnya yang sebenar.

Inilah tujuan dan matlamat dakwah ke jalan Allah yang sebenar, iaitu untuk mengeluarkan massa umat Islam kita ini daripada mengimani, menganuti dan mengamalkan agama Islam yang sesat, rosak dan pincang ini yang sedang kita imani, anuti dan amalkan sekarang ini dan supaya kita kembali untuk masuk sekali lagi ke dalam agama Islam kita yang asal, sempurna dan sebenar, iaitu agama Islam yang sebenar seperti mana yang ianya mula-mula diturunkan Allah kepada Rasul-Nya.

Firman Allah : al-Baqarah 208 
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam semua sekali dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan-syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang amat nyata.

Sebaik sahaja umat Islam kita memahami mengenai kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang sebenar dengan jelas dan terang, dan justeru kita mengelami kesedaran yang sebenar, kita tidak akan teragak-agak lagi untuk segera memasuki semula ke dalam agama Allah yang asal, sempurna dan sebenar ini dengan terlebih dahulu mengeluarkan diri kita daripada agama Islam yang rosak dan pincang yang sedang kita imani, anuti dan amalkan kini, kita tidak akan ragu-ragu lagi untuk hanya memperjuangkan Islam melalui Metod Islam daripada Allah dan Rasul-Nya. Kita akan segera mengeluarkan diri kita daripada amalan sistem politik demokrasi kita yang syirik dan kufur ini, kita akan mengamalkan sikap dan tindakan-tindakan yang menafi, menolak, mengingkari dan menentang agama demokrasi dan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini dan selanjutnya kita akan melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi.

Tugas ini adalah tugas yang amat berat dan rumit yang memerlukan kepada masa yang amat panjang serta tugas ini tidak hanya terhad kepada dakwah demi dakwah sahaja tetapi ianya juga memerlukan kepada PERGERAKAN, iaitu penglibatan yang aktif dalam perjuangan Islam itu sendiri yang disertai dengan tindakan-tindakan yang radikal dan militen. Pertama sekali, dakwah untuk meyakinkan umat Islam kita mengenai kesyirikan dan kekufuran demokrasi adalah sesuatu yang rumit, dan yang lebih merumitkan lagi ialah dakwah kita untuk meyakinkan mereka bahawa mereka sebenarnya sedang mengimani, menganuti dan mengamalkan agama ISLAM MODENIS, iaitu agama Islam yang AQIDAHNYA adalah sesat, rosak dan menyeleweng daripada Aqidah Islam yang sebenar; kedua, perjuangan Islam memerlukan kepada pembinaan Aqidah Islam yang teguh dan mantap di dalam setiap jiwa massa umat Islam kita, dan pembinaan aqidah ini akan mengambil masa yang amat panjang – mungkin generasi demi generasi; ketiga, perjuangan ini akan pasti bertembung di pertengahan jalannya dengan kekuasaan kufur sejak se awal mungkin, dan pertembungan ini akan mengambil bentuk berbagai-bagai rupa dan jenis penindasan dan kezaliman ke atas para pejuang Islam.

Reaksi daripada para pejuang Islam terhadap segala penindasan dan kezaliman ini, mengikut Metod Islam, adalah dalam bentuk tindakan-tindakan yang aktif, tegas, keras, radikal dan militen. Perjuangan yang bermula dengan dakwah yang aman dan damai ini akan bertukar kepada bentuk kekerasan dan militen. Apabila interaksi di antara kedua-dua belah pihak yang bertelagah ini berlaku dalam bentuk tindakan-tindakan kekerasan dan militen yang saling berbalas-balas ke atas satu pihak dengan pihak yang lain, ianya bererti bahawa Revolusi Islam itu telahpun bemula. Gejala kekerasan dan militensi ini adalah ciri-ciri perjuangan Islam, dan ianya adalah satu gejala yang semula jadi yang pasti berlaku di antara Islam dengan kufur. Ini adalah kerana dakwah Islam yang sebenar adalah dakwah yang MENCABAR kufur dan kekuasaan kufur serta dakwah yang berbentuk RADIKAL, MILITEN DAN REVOLUSYENERI. Dakwah Islam seperti ini sudah semestinya ditindas dan dizalimi oleh mana-mana kekuasaan kufur di dunia ini.

Sesuatu perjuangan yang dimulakan dengan dakwah dan berakhir dengan dakwah tanpa penindasan dan kezaliman daripada Taghut yang berkuasa serta tanpa reaksi-reaksi yang radikal dan militen daripada para pejuang Islam, tetapi perjuangannya itu hanya sekadar berbentuk dakwah demi dakwah berterusan tanpa sebarang halangan daripada musuh-musuh Allah, ianya bukanlah perjuangan Islam yang sebenar mengikut al-Quran, Sunnah dan Sirah. Ini adalah kerana dakwahnya itu adalah dakwah yang TIDAK MENCABAR kufur dan dakwah yang tidak berbentuk RADIKAL, MILITEN dan REVOLUSYENERI. Ini bukan dakwah Islam yang sebenar seperti mana yang diperintahkan Allah swt ke atas kita dalam menghadapi kufur dan kekuasaan kufur. Perjuangan Islam yang sebenar bukan hanya terhad sekadar dakwah demi dakwah sahaja, tetapi ianya adalah terdiri daripada DAKWAH dan TINDAKAN yang bergerak serentak untuk menuju kepada meletusnya Revolusi Islam yang total.

Revolusi Tauhid adalah sama sekali berbeza, baik dari segi asas-asasnya ataupun metod-metodnya, dengan revolusi-revolusi nasionalis, komunis, fasis, nazis atau mana-mana revolusi yang pernah berlaku di dunia. Revolusi Islam tidak ada kena-mengena dengan faktor-faktor revolusi yang lazimnya dikaji, dianalisis dan dirumuskan oleh para pengkaji dan pemikir politik, sosial dan sejarah dunia. Faktor-faktor nasionalisme, kelas ekonomi, ketentuan sejarah (historical determinism), dilektikal materialisme (dialectical materialism), "accidentalism", "fatalism", kepimpinan karismatik, kesemuanya ini tidak ada peranan dalam revolusi Islam.

Kita juga telah menyebut tadi bahawa Revolusi Islam adalah satu revolusi yang hanya boleh berlaku di dalam masyarakat umat Islam yang MUTTAQI. Perjuangan Islam adalah satu perjuangan yang dikehendaki untuk di dahului dengan usaha untuk membentukkan satu masyarakat umat Islam yang MUTTAQI. Pembentukan masyarakat umat Islam yang MUTTAQI ini adalah satu syarat yang amat penting dalam mana-mana kebangkitan Islam. Tanpanya sesuatu kebangkitan Islam itu tidak mungkin boleh berlaku. Inilah perbezaan yang asas yang memisahkan di antara Revolusi Islam dengan revolusi-revolusi ciptaan manusia yang lain di dunia ini! Golongan MUTTAQI adalah golongan yang bencikan kepada sistem kehidupan yang kufur, mereka inginkan kepada sistem kehidupan Islam, mereka bertindak tegas dalam mengingkari dan menentang kekufuran yang sedang berkuasa dan berdaulat ke atas mereka, mereka memisahkan diri mereka daripada sistem kufur yang sedia ada, mereka memisahkan diri mereka daripada seluruh kepimpinan kufur yang wujud di dalam masyarakat mereka, mereka membentukkan satu kepimpinan Islam yang baru, dan dengan kepimpinan yang baru dan berbeza ini, mereka bangkit menentang kepimpinan kufur yang tersedia wujud di dalam masyarakat mereka. Segala sikap dan tindakan mereka itu adalah kerana mereka MENTAATI dan MEMATUHI perintah Allah. Mereka inilah yang disifatkan sebagai golongan MUTTAQI di sisi Allah swt .

No comments:

Post a Comment