Thursday 18 October 2012

JIHAD, PERANG DAN REVOLUSI - PERANG OFENSIF (SIRI 1)


JIHAD, PERANG DAN REVOLUSI

(Siri 4)

PERANG OFENSIF


Aku diutuskan untuk memerangi orang-orang kafir sehingga mereka mengucap Laailaahaillallah Muhammad Raasulullah.

Hadis Bukhari

1.   PERANG OFENSIF KERANA MEMPERTAHANKAN DAKWAH

ISLAM berkembang melalui Dakwah, Perang dan Jihad, bukan semata-mata dakwah demi dakwah sahaja tanpa Jihad dan Perang. Dakwah ialah untuk mengatasi ideologi kufur dan pemikiran kufur, tetapi kekuatan, kekuasaan, otoriti dan pengaruh kufur, institusi-institusi kufur, segala undang-undang dan kebudayaan yang mempertahankan ideologi dan pemikiran kufur itu hendaklah terlebih dahulu diruntuhkan supaya tidak ada lagi dinding yang menghalang dan menyekat manusia daripada menerima dakwah Islam, dan segala kekuatan kufur itu hanya boleh diruntuhkan melalui Jihad dan Perang. Setelah dinding itu runtuh baharulah manusia itu diserang dengan dakwah Islam dan mereka itu bebas untuk membuat pilihan sama ada untuk menerima Islam atau kekal dengan agama asal mereka. Perjuangan Islam dengan dakwah dan terus dakwah sahaja tanpa Jihad dan Perang bukanlah metod Islam yang ditauladani oleh Rasulullah SAW. Metod Islam ialah dakwah dan perang atau tarbiah dan tindakan.

Firman Allah: al-Qasas 87 
Janganlah sesuatu pun menghalangimu daripada ayat-ayat Allah sesudah ia diturunkan kepadamu.

Firman Allah: al-An Aam 26 
Dan mereka pula melarang orang ramai dari mendengar al-Quran dan mereka juga menjauhkan diri daripadanya.

Firman Allah: an-Nahl 88 
Orang-orang yang kafir dan menghalangi dari jalan Allah, Kami tambahi keazaban demi keazaban kerana mereka membuat kerosakan.

Kerajaan, kekuasaan dan orang-orang yang menghalangi, melarang dan menyekat penyebaran Islam di kalangan manusia adalah diperintahkan Allah untuk diperangi supaya tidak ada sekatan di antara Islam dengan manusia agar mereka beroleh kebebasan untuk membuat pilihan di antara iman dengan kufur.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran- al-Maidah) :
“Islam telah berjihad untuk menegakkan dakwah – selepas ditegakkan kebebasan aqidah – kerana Islam telah membawa kepercayaan dan kefahaman yang paling sempurna terhadap kewujudan dan terhadap kehidupan. Ia membawa setinggi-tinggi sistem untuk memajukan kehidupan. Ia membawa kesemua kebaikan itu untuk dipersembahkan kepada umat manusia, untuk menyampaikan ke telinga dan hati mereka. Oleh itu selepas mendapat penerangan dan penjelasan ini mereka adalah bebas membuat keputusan. Sesiapa suka ia boleh beriman dan sesiapa yang tidak suka ia boleh kufur dan di sana tiada paksaan dalam agama. Tetapi sebelum itu, segala halangan dan rintangan pastilah dihapuskan daripada jalan yang menyampaikan kebaikan (agama ) ini kepada seluruh manusia sebagai mana ia di bawa daripada Allah SWT untuk seluruh umat manusia. Semua halangan dan rintangan yang boleh menyekat orang ramai daripada mendengar, menerima dan bergabung dalam angkatan orang-orang yang beriman jika mereka suka itu pastilah dihapuskan. Dan di antara halangan-halangan itu inilah wujudnya sistem-sistem pemerintahan yang zalim yang menghalangkan orang ramai daripada mendengar seruan hidayat dan menindas orang-orang yang menerima hidayat. Islam berjihad untuk meleburkan sistem-sistem yang zalim ini dan menggantikannya dengan satu sistem adil yang menjamin kebebasan berdakwah kepada agama yang benar di setiap tempat dan menjamin kebebasan para pendakwah. Matlamat ini masih tetap teguh dan Jihad masih tetap difardhukan ke atas kaum Muslimin untuk mencapai matlamat ini jika mereka Muslimin yang benar.”

Mengikut penjelasan Saiyyid Qutb, manusia itu hanya bebas untuk memilih sesuatu agama apabila ia berada di bawah kekuasaan Islam. Sebaliknya manusia itu tidak diberi kebebasan untuk memilih sesuatu agama apabila ia berada di bawah kekuasaan yang bukan Islam. Islam mewajibkan Jihad dan Perang untuk meruntuhkan kekuasaan manusia yang selain daripada Allah agar manusia bebas untuk memilih sesuatu agama yang dikehendakinya. Di Malaysia kebebasan berdakwah dibataskan oleh ISA di mana kita tidak mempunyai kebebasan untuk menyampaikan mesej ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mendasar, di antaranya ialah bahawa demokrasi yang menolak kedaulatan Allah dan juga mengabdikan manusia kepada sesama manusia itu adalah satu kekufuran yang diperintahkan oleh ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ untuk dihancurkan; ketidak bebasan untuk berdakwah dalam erti kata penyampaian mesej ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mendasar ini mewajibkan pelancaran perang dan revolusi ke atas kerajaan demokrasi Malaysia.


2.     PERANG OFENSIF UNTUK MENGHAPUSKAN PENINDASAN

Pemikiran, ideologi, peraturan dan undang-undang Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis yang dicipta dan dibuat oleh manusia adalah disifatkan Allah sebagai penindasan, kezaliman, pencerobohan, ancaman, kejahatan dan kerosakan kepada manusia dan kemanusiaan di bumi. Justeru pengabdian manusia kepada kuasa manusia di bawah kerajaan Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis di Malaysia kita ini adalah penindasan, kezaliman, pencerobohan, ancaman, kejahatan dan kerosakan kepada manusia dan kemanusiaan di bumi ini di sisi Allah swt. Selagi wujudnya penindasan, kezaliman, pencerobohan, ancaman, kejahatan dan kerosakan dalam bentuk pelaksanaan dan penguatkuasaan pemikiran dan undang-undang demokrasi yang syirik dan kufur ini selama itulah umat Islam diperintahkan Allah untuk berjihad dan berperang sehingga terhapusnya kekuatan dan kekuasaan demokrasi itu semua sekali. Justeru memerangi kerajaan Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis yang zalim dan menindas ini adalah Jihad yang difardhukan ke atas setiap penganut agama Allah.

Firman Allah: al-Baqarah 193 
Dan berperanglah sehingga tiada lagi fitnah (penindasan) dan jadilah agama untuk Allah.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Jika ayat ini – ketika turunnya – sedang menghadapi kekuatan kaum musyrikin di Semenanjung Tanah Arab yang bertindak menindas orang ramai dan menghalangkan perkembangan agama Allah, namun maksud ayat ini adalah umum dan arahannya tetap kekal berterusan (pada bila-bila masa). Anjuran Jihad kekal berterusan sehingga hari kiamat. Kini setiap hari ada sahaja kuasa zalim yang menghalangkan orang ramai daripada agama Allah, iaitu menghalangkan mereka mendengar dakwah Allah dan beriman dengan-Nya setelah mereka yakin kepada kebenarannya dan berpegang dengannya dengan aman. Kaum Muslimin adalah ditugaskan pada setiap waktu supaya meleburkan kuasa yang zalim ini dan membebaskan orang ramai daripada penindasnya agar mereka dapat mendengar dakwah Allah, memilih agama Allah dan mendapat hidayat Allah.

Larangan terhadap penindasan itu diulangkan sekali perbicaraannya setelah dikecam dan disifatkannya sebagai perbuatan yang lebih kejam daripada melakukan pembunuhan. Ulangan ini menyarankan betapa besarnya perkara ini dalam pandangan Islam, juga mewujudkan satu dasar yang amat besar yang mengadakan – pada hakikatnya – satu hari lahir yang baru bagi manusia di tangan al-Quran, iaitu satu hari lahir yang meletakkan nilai manusia pada nilai aqidahnya, di mana hidup seseorang manusia itu diletakkan di sebelah daun neraca dan diletakkan pula aqidahnya di sebelah daun neraca yang satu lagi, kemudian neraca aqidah itu menjadi berat. Begitu juga mengikut dasar ini dapat ditentukan siapakah musuh-musuh manusia-manusia yang beriman dan menyakiti orang-orang Islam kerana keIslaman mereka. Merekalah orang-orang yang menafikan umat manusia daripada sebesar-besar unsur kebaikan dan menghalangkan mereka daripada agama Allah, dan merekalah golongan yang wajib diperangi dan dibunuh oleh kaum Muslimin di mana sahaja mereka jumpai.

Dasar agung yang disyariatkan oleh Islam di dalam ayat-ayat pertama al-Quran yang diturun mengenai peperangan ini masih lagi berkuat kuasa, dan Aqidah Islam juga masih terus menghadapi orang-orang yang mencerobohinya dan mencerobohi pemeluk-pemeluknya dengan berbagai-bagai cara, dan penindasan dan tindakan-tindakan kejam juga masih terus menimpa orang-orang yang beriman dalam bentuk individu, kelompok-kelompok dan umat-umat seluruhnya pada sesetengah waktu. Dan setiap mereka yang menghadapi penindasan terhadap agamanya dalam apa-apa bentuk sekalipun adalah diwajibkan bangkit melawan dan berperang, dan menegakkan dasar agung yang disyariatkan oeh Islam itu. Oleh sebab itu kelahiran dasar ini merupakan hari lahir yang baru bagi umat manusia.

Firman Allah: al-Anfal 39 
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada fitnah lagi, dan jadilah agama untuk Allah.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Kedatangan Islam – sebagaimana dijelaskan dalam kata pengantar surah ini – merupakan satu perisytiharan umum untuk membebaskan manusia di muka bumi ini daripada perhambaan kepada sesama manusia dan daripada perhambaan hawa nafsu sendiri yang juga merupakan perhambaan kepada sesama makhluk, iaitu dengan mengumumkan Uluhiyah Allah dan Rububiyah-Nya sahaja yang menguasai seluruh alam. Ini bermakna suatu pemberontakan umum terhadap kuasa hakimiyah manusia, undang-undang dan peraturannya dalam segala rupa dan bentuknya di samping merupakan suatu pemberontakan umum terhadap segala kedudukan di mana kuasa memerintah berada dalam tangan manusia dalam mana-mana bentuknya.

Untuk merealisasikan matlamat yang agung ini perlu dilakukan dua langkah yang asasi :

Pertama : Menghapuskan gangguan dan penindasan terhadap orang-orang yang menganut agama ini dan mengumumkan kebebasan mereka daripada kuasa hakimiyah manusia serta memulangkan Ubudiyah mereka kepada Allah sahaja, iaitu menolak Ubudiyah kepada sesama manusia dalam segala bentuk dan rupanya.

Matlamat ini tidak direalisasikan kecuali dengan adanya kelompok Muslim yang mempunyai organisasi yang bergerak di bawah kepimpinan yang beriman kepada perisytiharan umum itu dan berjuang untuk melaksanakannya di alam realiti dan seterusnya berjuang menentang setiap Taghut yang menggugat dan menindas penganut Islam atau mengadakan halangan-halangan menggunakan kekuatan, tekanan, paksaan dan kempen terhadap orang-orang yang ingin menganut Islam.

Kedua : Menghancurkan segala kuasa di muka bumi ini yang ditegakkan di atas Ubudiyah kepada sesama manusia dalam mana-mana bentuk dan rupa untuk menjamin matlamat yang pertama, dan mengumumkan Uluihiyah Allah di seluruh muka bumi ini agar seluruh agama tertentu kepada Allah sahaja. Agama yang dimaksudkan di sini ialah ketaatan kepada kuasa Allah dan ketaatan itu bukanlah semata-mata dengan iktikad sahaja.

Ayat-ayat ini (2:193; 8:39) adalah ayat yang berbentuk UMUM dan MUKTAMAD. Jihad, Perang dan Revolusi adalah diperintahkan ke atas kita, iaitu ke atas seluruh umat Islam, dan bukanlah yang hanya terhad kepada kerajaan dan pemerintahan Islam sahaja, malah ke atas sesiapa sahaja yang beriman kepada Allah, Rasul-Nya dan Kitab-Nya untuk memerangi, meruntuh dan menghancurkan kekuatan dan kekuasaan kerajaan demokrasi Malaysia kita ini kerana, mengikut kriteria Islam, ianya adalah kerajaan yang melakukan penindasan, kezaliman, pencerobohan, ancaman, kejahatan dan kerosakan ke atas manusia dan kemanusiaan di bumi. Setelah orang-orang ramai memberontak dan berperang yang meruntuh dan menghancurkan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur itu, barulah wujudnya gejala “jadilah agama untuk Allah", iaitu jadilah agama Allah ini sebagai agama yang BERKUASA dan MEMERINTAH ke atas manusia yang menghapuskan segala penindasan, kezaliman, pencerobohan, ancaman, kejahatan dan kerosakan itu.


Jihad dan Revolusi adalah diperintahkan ke atas kita agar agama Allah itu menjadi agama yang berkuasa dan memerintah seperti mana yang disebut dalam ayat ini “jadilah agama untuk Allah“. Perang dalam ayat ini adalah perang yang berbentuk OFENSIF, iaitu menyerang sebelum diperangi. Perang dan Revolusi ini adalah Jihad ke jalan Allah dan ianya adalah Metod Perjuangan daripada Allah yang membolehkan kita untuk meruntuh dan menghancurkan kerajaan manusia yang syirik dan kufur serta yang zalim dan menindas ini untuk digantikan dengan kerajaan Allah yang adil dan bebas.

"Fitnah" dalam  ayat ini adalah dimaksudkan kepada penindasan, iaitu penindasan yang wujud dalam bentuk peraturan dan undang-undang ciptaan manusia yang selain daripada Allah yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia. Peraturan dan undang-undang ciptaan manusia itu adalah kekufuran, dan setiap kekufuran itu disifatkan Allah sebagai penindasan, kezaliman, ancaman, pencerbohan, kejahatan dan kerosakan kepada manusia di bumi. Kerajaan, pemerintahan dan otoriti Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis yang mengabdikan manusia kepada sesama manusia adalah satu “fitnah” yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. untuk diperangi. Selagi “fitnah” itu wujud, selama itulah perang dikehendaki untuk dilancarkan sehingga “fitnah” itu, iaitu kerajaan, pemerintahan dan otoriti demokrasi itu, mengalami kehancuran; dan "jadilah agama untuk Allah", iaitu sehingga Islam sahaja yang memerintah ke atas seluruh ideologi dan pemikiran yang lain dan ke atas seluruh umat manusia di bumi, Islam dan bukan Islam. Bagi umat Islam yang sedang berada di bawah naungan Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis, Jihad dikehendaki untuk dijadikan sistem kehidupan hari-hari dan terus berkesinambungan sehingga hancurnya kufur (demokrasi) dan tertegaknya Islam. Ini adalah ayat REVOLUSI, iaitu ayat yang memerintahkan kita supaya MEMBERONTAK dan BERPERANG untuk meruntuh dan menghancurkan kekuataan dan kekuasaan sesuatu kerajaan kufur seperti kerajaan demokrasi Malaysia kita ini untuk kemudiannya digantikan dengan agama Islam, iaitu agama yang berkuasa dan memerintah. 


3.     PERANG OFENSIF UNTUK MENGHAPUSKAN KEZALIMAN

Perang telah dibenarkan kepada orang-orang Islam yang dizalimi oleh ideologi dan undang-undang kufur dan orang-orang kafir. Dalam peringkat permulaan Aqidah dan Pemikiran Islam diperjuangkan, kekuasaan kufur disekelilingnya telah dan akan menggempur Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa penegakan Aqidah dan Pemikiran Islam tidak pernah diberi laluan mudah sejak daripada para nabi yang terdahulu sehingga kepada junjungan besar Rasulullah s.a.w dan sehingga ke zaman kita kini, melainkan kesemuanya diancam, ditindas dan dizalimi.

Firman Allah: al-Hajj 39, 40 
Telah diizinkan (berperang) kepada orang-orang yang diperangi, disebabkan mereka dizalimi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk menolong mereka itu. Iaitu orang-orang yang diusir dari negerinya, tanpa kebenaran, melainkan kerana mengatakan: Tuhan kami ialah Allah.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran-al-Hajj) :
Oleh sebab itu Allah telah memberi kebenaran kapada kaum Muslimin, selepas mereka berhijrah ke Mekah memerangi kaum Musyrikin untuk mempertahankan keselamatan diri mereka dan akidah mereka daripada pencerobohan dan pencabulan yang telah mencapai kemuncaknya, juga untuk mewujudkan kebebasan akidah dan kebebasan ibadat bagi mereka dan oarang-orang yang lain daripada mereka di bawah naungan Allah. Allah juga telah menjanjikan mereka untuk memberi kemenangan dan kedudukan yang kuat kepada mereka dengan syarat mereka melaksanakan segala tugas-tugas agama mereka.

Kuasa-kuasa jahat dan sesat sentiasa bertindak di dunia ini. Pertarungan tetap berterusan di antara baik dan jahat, di antara hidayat dan kesesatan. Perjuangan tetap berterusan di antara kekuatan-kekuatan keimanan dengan kekuatan-kekuatan kezaliman sejak Allah menciptakan insan.

Kejahatan bertindak liar dan kebatilan mempunyai senjata. Oleh itu ia bertindak tanpa silu malu, ia menyerang tanpa belas kasihan. Ia boleh menyelewengkan manusia daripada kebaikan apabila mereka telah menemui jalannya. Ia boleh menyesatkan mereka daripada kebenaran apabila mereka telah membuka pintu hati menerimanya. Oleh itu keimanan, kebaikan dan kebenaran pasti mempunyai kekuatan yang dapat melindunginya daripada serangan yang kejam, memeliharanya daripada fitnah dan menjaganya daripada duri-duri dan racun-racun.


Allah tidak mahu meninggalkan keimanan, kebaikan dan kebenaran menentang kuasa- kuasa kezaliman, kejahatan dan kebatilan tanpa senjata atau dengan semata-mata berpegang dengan kekuatan iman di dalam hati. Dengan persebatian kebenaran dalam fitrah semula jadi dan dengan kedalaman akar tunjang kebaikan di dalam sanubari, kerana kekuatan kebendaan yang dimiliki kebatilan itu boleh menggoncangkan hati, boleh mengelirukan jiwa dan boleh menyesatkan fitrah di samping itu kesabaran dan daya ketahanan menanggung penderitaan itu mempunyai batas dan hadnya. Daya tenaga dan kekuatan manusia juga ada titik penghabisannya. Dan Allah Maha Arif mengenai hati dan jiwa manusia. Oleh itu Allah tidak mahu meninggalkan kaum Mukmin menjadi korban fitnah (orang-orang kafir). Apabila mereka telah bersiap sedia untuk menentang dan mempertahankan diri serta mempunyai alat-alat kelengkapan yang cukup, maka mereka telah diizinkan berperang untuk menangkis pencerobohan.

Sebelum Allah mengizinkan mereka bertolak ke medan perang, Dia mengumumkan kepada mereka bahawa Dia akan mempertahankan keselamatan mereka dan meletakkan mereka di bawah pelindungan-Nya.

Mereka mempunyai alasan untuk mengharungi perjuangan itu kerana mereka ditugas memikul amanah kemanusiaan yang agung, yang mana kebaikan bukan sahaja kembali kepada mereka, malah kembali kepada seluruh pihak orang-orang yang beriman di samping menjamin kebebasan akidah dan kebebasan beribadat. Selain daripada itu mereka telah di usir daripada kampung halaman mereka tanpa apa-apa kesalahan yang benar.

Sedangkan itu kalimat yang paling benar diucap dan dilafazkan, dan kerana kesalahan mengucap kalimat inilah sahaja mereka telah diusirkan daripada kampung halaman mereka. Itulah tindakan yang benar-benar zalim dan tidak beralasan daripada para penceroboh dan itulah sikap keikhlasan yang bersih daripada segala matlamat kepentingan peribadi daripada orang-orang mukmin yang dicerobohi itu, malah mereka hanya diusir kerana akidah mereka sahaja bukannya kerana pertarungan merebut harta benda dunia, di mana berlakunya pertentangan ketamakan dan kepentingan dan pertentangan tujuan dan perbezaan kepentingan.

Ini adalah pertama kali Allah s.w.t. membenarkan perang terhadap orang-orang kafir kerana menzalimi umat Islam. Di kala itu umat Islam yang kerdil itu sudah mencapai kekuatan dalaman dan kekuatan fizikal yang sudah berkemampuan untuk menghadapi kekuatan kaum kafir. Ayat ini bukanlah terhad dan terkhusus untuk dimaksudkan kepada umat Islam di Medinah pada zaman Nabi Muhammad saw sahaja, malah ianya adalah dimaksudkan kepada seluruh umat manusia yang dizalimi yang tidak terikat kepada faktor-faktor tempat dan waktu serta kepada agama dan bangsa. Sesiapa sahaja yang dizalimi, Islam atau kafir, dahulu, sekarang dan pada masa-masa hadapan, kesemuanya diperintahkan Allah untuk bangkit menentang kezaliman itu. Di atas dasar ini, Allah memerintahkan kita supaya MEMBERONTAK dan MEMERANGI kerajaan demokrasi Malaysia kita ini kerana ianya adalah kerajaan yang zalim dan menindas sehingga runtuh dan hancurlah kekuatan dan kekuasaannya untuk kemudiannya digantikan dengan kerajaan Islam yang adil dan bebas, begitu juga Islam berhak untuk memerangi seluruh pakatan kufur yang menzalimi umat Islam di Thailand, Filipina, Bosnia, Somalia, Sudan, Russia, Cina dan di merata-rata dunia. Orang-orang yang tidak berperang, sekadar melihat sahaja segala pencerobohan, ancaman, kezaliman, penindasan dan kerosakan itu berlaku ke atas umat Islam dan seluruh umat manusia, adalah satu penentangan terhadap konsep Jihad dalam Islam dan di akhirat nanti akan mendapat seksaan Allah.

Deklarasi bahawa ar-Rabb kita ialah Allah di dalam ayat al-Quran (22:40) mengandungi satu deklarasi bahawa dalam hal ehwal politik dan kenegaraan, yang menjadi hak Allah sahaja ialah kedaulatan, otoriti dan undang-undang dan bahawa kedaulatan rakyat, otoriti rakyat dan undang-undang rakyat itu adalah syirik dan kufur yang diperintahkan Allah swt untuk ditolak, ditentang dan diperangi kesemua sekali. Apabila kita dilarang dan dibenteras dengan keras sekali daripada mendeklarasikan kekufuran demokrasi oleh undang-undang ISA melalui tindakan kepolisan dan ketenteraan dan lain-lain bentuk kekerasan, ianya bermakna kita dilarang dan dicegahkan daripada mendeklarasi dan mengamalkan konsep al-Quran bahawa ar-Rabb kita ialah Allah. Ini adalah satu pencerobohan, ancaman, penindasan, kezaliman dan kerosakan terhadap Islam dan umat Islam yang, mengikut ayat di atas ini, mewajibkan kita untuk melancarkan perang dan revolusi terhadap kerajaan demokrasi Malaysia.

Allah memerintahkan kita untuk memerangi dan membela sesiapa sahaja yang dicerobohi, diancam, dizalimi, ditindas dan dirosaki itu tanpa diskriminasi agama, keturunan dan status. Apabila orang-orang Islam dicerobohi, diancam, dizalimi, ditindas dan dirosaki oleh orang-orang kafir, Allah memerintahkan kita untuk memerangi orang-orang kafir itu; apabila orang-orang kafir dicerobohi, diancam, dizalimi, ditindas dan dirosaki oleh orang-orang Islam, Allah memerintahkan kita supaya memerangi orang-orang Islam itu.

Firman Allah: an-Nisa 75 
Mengapakah kamu tidak berperang di jalan Allah untuk (membantu) orang-orang tertindas.yang terdiri daripada lelaki, perempuan-perempuan dan kanak-kanak .

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
“Maksudnya bagaimana kamu duduk bersenang diri dan tidak tampil berperang kerana sabilullah dan kerana menyelamatkan golongan-golongan yang lemah daripada kaum lelaki, kaum perempuan dan kanak-kanak? Gambaran golongan-golongan yang malang ini terlukis dalam satu pemandangan yang membangkitkan kehairanan seorang Muslim, mencubit kehormatan seorang mukmin dan merangsangkan sentimen belas kasihan dan perasaan insaniahnya. Mereka menderita kesusahan dan mengalami penindasan kerana Aqidah dan agama mereka, dan penderitaan kerana agama itu adalah lebih sengsara daripada penderitaan kerana harta, tanah, nyawa dan kehormatan diri, kerana penderitaan itu ialah penderitaan untuk mempertahankan ciri kewujudan insan yang paling utama kemudian barulah diikuti oleh ciri kehormatan dan maruah diri dan hak milik harta dan tanah.

Pemandangan kaum perempuan dan kanak-kanak yang lemah adalah satu pemandangan yang mencubit hati dan perasaan. Pemandangan ini tidak kurang daripada pemandangan orang-orang tua yang lemah dan tidak berdaya mempertahankan diri terutama mempertahankan agama dan Aqidah mereka. Semua pemandangan ini ditayangkan di ruang seruan kepada berjihad dan ini sahaja sudah cukup. Oleh sebab itu al-Quran mengecam sikap tidak menghiraukan jeritan-jeritan golongan-golongan yang lemah itu. Ini adalah satu uslub penyampaian yang mempunyai kesan yang amat mendalam dan resapan yang amat jauh dalam saluran-saluran perasaan.”

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran Al-baqarah) :
“Islam berjihad untuk mempertahankan orang-orang mukmin daripada gangguan dan penindasan yang dideritai mereka dan untuk menjaminkan keamanan dan keselamatan diri mereka, harta benda mereka dan agama mereka. Dan di sini telah menetapkan satu dasar agung yang telah diterangkan di dalam ayat :

“Dan penindasan itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan” (al-Baqarah 217)

Oleh itu Islam menganggapkan pencerobohan terhadap aqidah, perbuatan mengganggu dan menyakiti kerana Aqidah dan perbuatan menindas penganut-penganutnya lebih kejam daripada pencerobohan terhadap keselamatan hidup mereka sendiri, kerana Aqidah itu lebih tinggi nilainya daripada hidup itu sendiri mengikut dasar yang agung ini. Apabila seseorang mukmin itu diizinkan berperang kerana mempertahankan nyawa dan harta, maka lebih wajar lagi ia diizinkan berperang kerana mempertahankan Aqidah dan agamanya. Dahulu orang-orang Islam ditindas, diganggu dan disakiti supaya mereka diseksa kerana Aqidah mereka di berbagai-bagai negeri di dunia ini. Negeri Andalus telah menyaksi kekejaman penyeksaan dan pembunuhan beramai-ramai yang menindas orang-orang Islam supaya mereka meninggalkan agama mereka dan menindas penganut-penganut Kristian daripada mazhab-mazhab yang lain supaya masuk mazhab Katolik. Daripada kekejaman Andalus dapat menyaksi akibat yang ditinggalkan oleh Sepanyol, di mana di sana tidak ada lagi bayangan Islam dan bayangan mazhab-mazhab Kristian yang lain, sebagai mana Baitul Maqdis dan negeri-negeri di sekelilingnya telah menyaksi kekejaman serangan perang Salib yang dituju semata-mata untuk menghancurkan agama Islam – tetapi kaum Muslimin telah mengharungi peperangan itu di bawah panji-panji Aqidah mereka dan mereka telah berjaya memenangi peperangan itu dan berjaya menyelamatkan kawasan itu daripada menerima nasib Andalus yang amat sedih itu. Kaum Muslimin (hari ini) masih lagi ditindas di negeri-negeri komunis, negeri-negeri yang menyembah berhala, di kawasan-kawasan Zionis dan negeri-negeri Kristian di berbagai-bagai pelusuk dunia. Dan Jihad tetap difardhukan ke atas mereka untuk menghapuskan penindasan itu jika mereka Muslimin yang sebenar.”

Para pejuang Islam, baik di bahagian dan di lokaliti mana sekalipun di dunia ini, dan di zaman mana sahaja dalam sejarah kehidupan manusia di bumi ini, sentiasa sahaja DIANCAM, DIGANGGU, DICEROBOHI, DISAKITI, DIZALIMI, DIJAHATI dan DITINDAS oleh musuh-musuh Islam, dan mereka ini akan terus diperlakukan sedemikian rupa oleh musuh-musuh Islam ini pada masa-masa akan datang. Justeru, Allah memfardhukan Jihad dan Perang ke atas kita untuk memerangi musuh-musuh Islam supaya terhapusnya segala penindasan, kezaliman, pencerobohan, ancaman, dan kerosakan itu yang disifatkan oleh Allah swt sebagai lebih besar dosanya daripada pembunuhan.

Dalam pengertian ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, orang-orang yang sedang berada di bawah naungan dan kekuasaan sesuatu kerajaan yang syirik dan kufur, seperti kerajaan demokrasi kita ini, adalah orang-orang yang sedang dicerobohi, diancam, dizalimi, ditindas dan dirosaki oleh kekuasaan kufur itu. Allah memerintahkan kita supaya melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi terhadap sesuatu kerajaan yang syirik dan kufur seperti kerajaan demokrasi Malaysia kita ini untuk MEMBEBASKAN seluruh rakyatnya, Islam mahupun bukan Islam, daripada dibelenggu dan dizalimi oleh ideologi, kekuasaan dan undang-undang yang syirik dan kufur ini yang disifatkan oleh Allah swt sebagai pencerobohan, ancaman, penindasan, kezaliman, kejahatan dan kerosakan untuk kemudiannya diletakkan di bawah kekuasaan Islam yang disifatkan oleh Allah swt sebagai keadilan, kebebasan dan keamanan. Umat Islam yang meredhai dan menyenangi pencerobohan, ancaman. kezaliman, penindasan dan kerosakan yang wujud dalam bentuk ideologi, pemikiran, perundangan dan sistem pemerintahan Jahiliyah, seperti Jahiliyah demokrasi ini, atau mereka memilih untuk menjadi penonton-penonton sahaja, iaitu tanpa sebarang sikap dan tindakan terhadap segala pencerobohan, ancaman, kezaliman, penindasan dan kerosakan ini, mengikut pengertian ayat di atas ini, adalah orang-orang yang mendurhakai dan mengingkari Allah s.w.t.

Jihad menghendaki umat Islam supaya sentiasa berada dalam keadaan yang berwaspada terhadap musuh-musuh Islam dan sentiasa bersedia dengan segala kekuatan – politik, ekonomi, ketenteraan dan moral - untuk menghadapi serangan daripada orang-orang kafir.

Firman Allah: al-Anfal 60 
Hendaklah kamu sediakan untuk melawan mereka, sekadar tenagamu, kekuatan dan kuda yang tertambat, dengan demikian kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu.

Keadilan, kebebasan dan keamanan hanya boleh wujud apabila segala pencerobohan, ancaman, kezaliman, penindasan dan kerosakan daripada musuh-musuh Islam dapat dibenteraskan dengan berkesan. Ia sudah tentu memerlukan kepada kekuatan militeri, ekonomi dan moral umat Islam. Berada dalam keadaan yang lemah bererti terdedah kepada penindasan dan manipulasi oleh kuasa-kuasa besar. Jihad mempunyai matlamat untuk menghapuskan penindasan dan manipulasi supaya tidak ada pengabdian manusia kepada sesama manusia. Menyediakan kekuatan pertahanan yang moden dan terkini adalah kewajipan Jihad.

Bagai mana pula keadaan kita yang belum berkemampuan dari segi kekuatan militeri untuk menandingi dan mengatasi kekuatan militeri orang-orang kafir atau kerajaan-kerajaan kufur sedangkan mereka itu sentiasa sahaja menceroboh, mengancam, menzalimi, menindas dan merosaki kita – apakah kita hanya sekadar berdiam diri sahaja dengan membiarkan diri kita ini untuk dicerobohi, diancam, dizalimi, ditindas dan dirosaki dengan sewenang-wenang dan berleluasa sahaja? Mustahil bagi kita untuk mengumpulkan kewangan yang mencukupi untuk membuat sebarang persediaan militeri apabila kita sentiasa sahaja diganggu gugat oleh musuh-musuh kita - segala gangguan dan kezaliman itu tidak memberi sebarang ruang dan peluang untuk kita membuat persediaan untuk menghadapi mereka. Kita tidak ada kemampuan untuk memerangi mereka secara besar-besaran yang boleh mengatasi mereka. Jalan yang terbuka kepada kita hanyalah pelancaran “terrorism” terhadap mereka untuk menggentarkan mereka agar mereka tidak lagi menzalimi dan menindas kita. Insya Allah peluang yang terbuka ini akan kita eksploitasikan sepenuhnya untuk membuat persediaan bagi menghadapi ancaman-ancaman mereka seperti mana yang diperintahkan oleh Allah swt.

Terrorism adalah Jihad yang bertujuan untuk menggentarkan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kita seperti mana yang digariskan di dalam ayat di atas ini. Justeru, terrorism adalah dengan keizinan dan perintah Allah swt.

Sebelum kita berkemampuan untuk melancarkan Jihad, Revolusi dan Perang yang total terhadap sesebuah kerajaan kufur seperti kerajaan demokrasi Malaysia kita ini, Pergerakan Islam yang kecil dan masih berada di peringkat awal itu boleh melancarkan gerakan-gerakan “terrorism” terhadapnya, bukan sahaja untuk menggentarkannya malah juga sebagai satu saluran untuk mendedahkan idea-idea radikal dan revolusyeneri dalam menggalak dan menggerakkan massa umat Islam untuk menyertai perjuangan Islam ke arah Jihad dan Revolusi. “Terrorism” adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti Jihad dalam Metod Islam untuk menghancurkan sesuatu kerajaan kufur yang sedang berdaulat dan berkuasa itu.


4.     PERANG OFENSIF UNTUK MEMERANGI KAUM MUSYRIKIN

Allah memerintahkan kita supaya memerangi kaum musyrikin kerana akidah mereka mengabdikan manusia kepada sesama manusia yang menafi dan menolak pengabdian manusia kepada Allah sahaja. Justeru Allah memerintahkan kita untuk memerangi dan memusuhi rakyat Malaysia yang terdiri daripada orang-orang Cina dan India musyrikin. Bukan kerana mereka itu adalah bangsa-bangsa Cina dan India yang selain daripada bangsa Melayu, tetapi kerana mereka menganuti akidah musyrik yang mengabdikan manusia kepada sesama manusia serta mereka itu menolak dan menafikan Aqidah Islam yang mengabdikan manusia kepada Allah sahaja. Walaupun mereka itu sangat mengingini untuk bersahabat dan hidup berharmoni dengan kita, perintah Allah ke atas kita adalah tetap untuk bermusuhan dan berperangan dengan mereka melainkan mereka mengalah dan bersetuju untuk menegakkan konsep pengabdian kepada Allah sahaja. Di atas dasar yang sama, kita berhak untuk memerangi kerajaan demokrasi Malaysia pimpinan orang-orang Melayu ini kerana ianya adalah sebuah kerajaan yang menganuti akidah yang syirik dan kufur yang mengabdikan manusia kepada sesama manusia.

Bagai manakah kedudukan perpaduan di antara Melayu, Cina dan India di atas dasar perpaduan bangsa Malaysia, dan juga perpaduan di antara berbagai golongan agama di kalangan kaum Bumiputra di atas konsep bangsa Bumiputra di sisi Islam? Perpaduan-perpaduan seperti ini adalah syrik dan kufur!

Firman Allah: at-Taubah 36, 73 
Perangilah orang-orang musyrik semuanya sebagai mana mereka memerangi kamu semuanya. Ketahuilah bahawa Allah bersama orang-orang yang taqwa. 
Wahai Nabi! Berperanglah terhadap orang-orang kafir dan munafik dan bersikap keraslah terhadap mereka.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Maksudnya, perangilah mereka tanpa dikecualikan seorang atau sekumpulan pun daripada mereka kerana mereka memerangi kamu tanpa dikecualikan kamu seorang atau sekumpulan pun daripada kamu. Peperangan ini pada hakikatnya adalah peperangan di antara syirik dan Tauhid, di antara kufur dan iman, dan di antara kesesatan dan  hidayat. Ia merupakan pertarungan di antara dua kem yang berbeza, yang tidak mungkin wujud di antara keduanya perdamaian yang berkekalan dan tidak mungkin diadakan di antara keduanya suatu persetujuan yang sempurna, kerana perselisihan di antara keduanya bukan perselisihan secara kebetulan atau perselisihan juzu’kan, bukan perselisihan kepentingan-kepentingan yang boleh dicarikan jalan penyelesaian dan bukan perselisihan kerana garis-garis sempadan yang boleh diaturkan semula. Umat Muslimin akan tertipu dengan muslihat pertarungan di antara mereka dengan kaum Musyrikin iaitu kaum paganisme dan kaum ahlil kitab jika mereka memahami atau difahamkan bahawa pertarungan ini ialah pertarungan ekonomi atau pertarungan perkauman atau pertarungan kerana tanah air atau pertarungan strategik tidak sekali-kali begitu. Ia adalah pertarungan Aqidah sebelum segala pertarungan yang lain, pertarungan sistem hidup yang lahir daripada Aqidah ini. Dalam pertarungan ini penyelesaian-penyelesaian separuhan tidak berguna dan ia tidak boleh diselesaikan dengan perjanjian-perjanjian dan tindak tanduk muslihat. Ia hanya boleh diselesaikan dengan peperangan dan perjuangan yang total. Inilah Sunatullah yang tidak berubah dan itulah undang-undang Allah yang ditegakkan di atasnya langit dan bumi, aqidah-aqidah dan agama-agama, dhamir dan hati. Itulah undang-undang tercatat dalam kitab Allah sejak hari Allah mencipta langit dan bumi.

Penyelesaian konflik di antara kita dengan kaum Musyrikin hanya dengan Jihad dan Peperangan yang total ke atas mereka, bukan melalui perundingan, kompromi, toleransi, kerja sama dan kesepakatan dan perjanjian di bawah dan melalui proses politik demokrasi, kerana konflik di antara kita dengan mereka adalah satu konflik yang lahir daripada jurang perbezaan di antara dua kem (camp) yang sangat jauh jaraknya. Cara Islam dalam menyelesaikan konflik di antara kita dengan orang-orang musyrikin Cina dan India serta kaum-kaum kafir Bumiputra yang lain di Malaysia, juga termasuk dan terutama sekali kerajaan demokrasi Malaysia kita yang syirik dan kufur ini, hanyalah melalui Jihad dan pelancaran perang yang total ke atas mereka sehinggalah mereka itu kesemuanya kalah dan tunduk kepada kita, dan tidak ada cara yang lain lagi daripada ini. Cara ini adalah panduan, petunjuk dan hidayat daripada Allah yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana dan Maha Sempurna yang disampaikan kepada kita melalui WAHYU yang akan berakhir dengan keagungan dan kemuliaan kepada kita. Saiyyid Qutb menegaskan bahawa “inilah Sunnatullah dan undang-undang Allah”. Cara yang lain daripada cara ini adalah cara yang bersumberkan pemikiran manusia yang lemah dan pincang yang hanya akan mendatangkan kesudahan yang buruk dan hina kepada kita. Kompromi dan perpaduan berbagai bangsa di atas konsep bangsa Malaysia adalah kesyirikan dan kekufuran kerana konsep dan strategi seperti ini adalah satu pengabdian manusia kepada sesama manusia yang menafikan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

Seperti mana yang telah disentuhkan awal tadi, menentang kaum musyrikin juga terangkum ke dalam pengertian memerangi kerajaan demokrasi Malaysia yang syirik dan kufur ini. Justeru kita terpaksa menghadapi dua kem musuh yang besar dalam masa yang sama dalam perjuangan Islam kita di Malaysia ini – kem kaum-kaum musyrikin Cina, India dan bumiputra Sabah dan Sarawak yang kafir dan kem kerajaan kufur demokrasi. Kedua-dua kem ini adalah kem yang satu dan sama, iaitu kem yang mengabdikan manusia kepada sesama manusia dan yang menolak pengabdian manusia kepada Allah sahaja, dan mereka pasti akan bersatu, malah mereka sentiasa bersatu sesama mereka untuk memusuhi dan memerangi kem Islam yang mempertahankan konsep pengabdian manusia kepada Allah sahaja. Ini adalah satu sifat dan gejala yang semula jadi yang berlaku di antara dua kem yang sama sekali berbeza dan bertentangan di antara satu dengan yang lain yang perlu difahami dan disedari oleh setiap penganut agama Allah. Perjuangan Islam di Malaysia terpaksa memikul bebanan tambahan yang amat berat kerana ia terpaksa menghadapi dua barisan perang (two war fronts) dengan serentak – permusuhan dan penentangan daripada kerajaan demokrasi yang disokong oleh umat Islam sendiri, dan permusuhan dan penentangan daripada musuh-musuh Islam yang terdiri daripada orang-orang kafir Cina dan India serta kaum Bumiputra daripada Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, negara-negara jiran kufur Singapura, Thailand dan Filipina, akan terpanggil untuk menentang kebangkitan fundamentalis Islam Malaysia, yang akan dibantu dan disertai oleh negara-negara Kristian Amerika, Australia, New Zeland, Kanada dan Britain untuk membantu dan menyelamatkan kaum-kaum kafir Cina dan India di Malaysia ini. Negara-negara jiran kafir ini juga mempunyai motif-motif yang strategis untuk membantu dan menyelamatkan kerajaan demokrasi Malaysia pimpinan umat Islam kita ini daripada diancam, diperangi dan dihancurkan oleh kebangkitan Islam yang berbentuk radikal dan fundamentalis ini. Kejayaan fundamentalis Islam di Malaysia akan menggalak dan menyuburkan kebangkitan fundamentalis Islam di Thailand dan di Filipina, malah juga di Indonesia. Justeru, kerajaan-kerajaan Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia akan bersatu tenaga dalam membenteraskan kebangkitan fundamentalis Islam di Malaysia. Ini adalah sesuatu yang logis dan semula jadi kerana kerajaan-kerajaan kufur ini, pertama-tama sekali, mereka kesemuanya berhasrat untuk menyelamatkan diri mereka sendiri daripada kehancuran akibat ancaman-ancaman ini; dan kedua, mereka sememangnya memusuhi dan membenci Islam mengikut fitrah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Dalam pada itu, pembabitan Amerika dan Britain bermakna pembabitan NATO dan PBB. Senario seperti ini akan pasti terjadi kerana matlamat dan fitrah kufur ialah untuk menghancurkan Islam seperti mana yang diperingati kepada kita oleh Allah swt sendiri (2: 120, 217) - ke arah merealisasikan teori ini kesemua pihak kafir kini sudahpun memeteraikan berbagai-bagai perjanjian pertahanan di antara sesama mereka.

Singapura mempunyai komitmen untuk membantu orang-orang Cina di Malaysia kerana sentimen keCinaannya, dan ia mempunyai komitmen untuk memerangi kebangkitan Islam dan potensi kekuasaan Islam di Malaysia ini kerana sentiman kekufurannya, dan lebih-lebih lagi kerana ia yakin akan dibantu oleh kuasa-kuasa besar Kristian Amerika, Britain, Kanada dan Australia. Sementara Filipina dan Thailand akan turut memerangi kebangkitan Islam di Malaysia kerana mereka juga sedang digugat oleh ancaman kebangkitan-kebangkitan Islam di dalam negara mereka sendiri. Dan khusus bagi Filipina, pembabitannya dalam memerangi kebangkitan Islam di Malaysia adalah dipengaruhi oleh tuntutannya ke atas Sabah dan ia mungkin melihat faktor kebangkitan Islam ini sebagai satu peluang strategis yang baru yang terbuka kepada mereka untuk memperbaharui tuntutan mereka ini.

Senario yang kita gambarkan seperti ini, menjelaskan bahawa kebangkitan fundamentalis Islam di Malaysia ini bukanlah satu fenomena yang terasing dan hanya terhad setakat Malaysia serta yang dianggap sebagai sesuatu yang berbentuk dalaman (domestic affair) sahaja, tetapi ternyata bahawa ianya adalah satu fenomena yang berbentuk global dan universal dengan ciri-ciri ancaman, penentangan dan peperangan terhadap kebangkitan Islam yang kecil daripada Malaysia ini daripada kuasa-kuasa utama kufur di dunia. Inilah satu sifat dan kecirian Islam yang wujud sejak hari kelahiran dan pertumbuhannya di Semenanjung Tanah Arab dahulu itu lagi. Peperangan Tabuk adalah satu manifestasi sifat dan kecirian Islam yang berbentuk global dan universal kerana Islam terpaksa menghadapi ancaman kekuasaan Rom sejak zaman kelahiran dan awal pertumbuhannya lagi. Kebangkitan Islam di Malaysia bukan sahaja akan ditentang dan dimusuhi oleh kerajaan demokrasi Malaysia, tetapi ianya akan ditentang dan dimusuhi oleh Amerika, NATO, PBB dan seluruh kekuatan kufur di dunia! Ini adalah satu realiti yang perlu difahami oleh setiap pejuang Islam. Dengan sebab inilah Allah telah memerintahkan kita supaya memerangi kaum musyrikin kesemua sekali kerana mereka itu akan bersatu di antara mereka kesemua sekali dalam memerangi dan menghancurkan kita kesemua sekali.

(BERSAMBUNG)

No comments:

Post a Comment