Thursday 4 October 2012

SETUJU DAN REDHA TERHADAP DEMOKRASI


SETUJU DAN REDHA TERHADAP DEMOKRASI

Firman Allah: an-Nisa 60 

Tidakkah engkau perhatikan bahawa orang-orang yang mendakwakan bahawa mereka beriman kepada yang diturunkan kepada engkau dan yang diturunkan sebelum daripada engkau, mereka hendak meminta hukum kepada Taghut, sedangkan mereka disuruh supaya kufurkan terhadap taghut. Syaitan menghendaki supaya ia menyesatkan mereka dengan kesesatan yang jauh.

SETUJU dan redha terhadap agama demokrasi mempunyai pengertian untuk MEMPERCAYAI dan MENGIMANI agama yang syirik dan kufur yang membatalkan syahadah dan mengeluarkan seseorang itu daripada agama Allah.  

Setuju dan redha terhadap sesuatu itu adalah perasaan hati kita yang telah memberi kepercayaan dan keimanan kita kepada sesuatu itu, begitulah juga sikap kita yang setuju dan redha terhadap agama Allah, itu bererti bahawa hati kita telah mempercayai dan mengimani agama Allah. Justeru, sikap kita yang setuju dan redha terhadap agama demokrasi dan kerajaan demokrasi Malaysia kita yang syirik dan kufur ini, ianya bererti bahawa hati kita telah mempercayai dan mengimani agama demokrasi yang syirik dan kufur yang mengeluarkan kita daripada agama Allah. Kufur di sini adalah Kufur Iktiqadiyah, iaitu kufur dalam bentuk iktiqad, niat dan qasad di dalam hati kita. Ini adalah kufur yang jelas, terang dan tanpa sebarang keraguan lagi.

Setuju dan redha terhadap sistem politik demokrasi mempunyai pengertian-pengertian bahawa :

1. Kita telah MENGIMANI, MENGANUTI dan MENGAMALKAN agama manusia, iaitu agama demokrasi  yang syirik dan kufur ;

2. Kita mempercayai dan mengimani terhadap peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah yang syirik dan kufur;

3.  Kita mempercayai dan mengimani terhadap Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang bererti kita setuju dan redha kepada agama manusia yang selain daripada agama Allah;

4.  Kita mempercayai dan mengimani terhadap Tuhan-tuhan Manusia yang sedang memerintah, berkuasa dan berdaulat ke atas manusia serta yang sedang disembah oleh manusia;

5. Kita mempercayai dan mengimani kepada sistem pengabdian manusia kepada kekuasaan manusia yang syirik dan kufur;

6.  Kita mempercayai dan mengimani kepada sistem manusia menyembah manusia dan tidak menyembah Allah yang syirik dan kufur;

7. Kita tidak mengkufur ingkarkan agama demokrasi dan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur;

8. Kita tidak memusuhi dan membenci terhadap agama demokrasi dan kerajaan yang syirik dan kufur.

Seluruh umat Islam kita kini tidak menyedari bahawa sikap dan perbuatan kita yang setuju dan redha terhadap agama demokrasi dan kerajaan demokrasi kita ini adalah sesuatu yang amat serius – ia melibatkan kita dengan kesyirikan dan kekufuran dalam berbagai-bagai cara dan bentuk seperti mana yang dikenalpastikan di atas ini yang kesemuanya itu mempunyai implikasi yang satu sahaja, iaitu ia  membatalkan syahadah kita dan yang mengeluarkan kita daripada agama Allah! Sebaliknya sikap dan tindakan-tindakan kita yang menafi, menolak, mengingkari dan menentang serta memusuhi dan membenci agama demokrasi dan kerajaan demokrasi kita ini ianya adalah takwa dan makruf yang menyempurnakan pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

Firman Allah: an-Nisa 60 

Tidakkah engkau perhatikan bahawa orang-orang yang mendakwakan bahawa mereka beriman kepada yang diturunkan kepada engkau dan yang diturunkan sebelum daripada engkau, mereka hendak meminta hukum kepada Taghut, sedangkan mereka disuruh supaya kufurkan terhadap taghut. Syaitan menghendaki supaya ia menyesatkan mereka dengan kesesatan yang jauh.

Ayat di atas ini menjelaskan bahawa umat Islam kita yang bercadang untuk menyerahkan kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang kepada manusia adalah disifatkan Allah sebagai orang-orang yang INGIN, SETUJU dan REDHA kepada peraturan dan undang-undang manusia dan kepada kerajaan manusia, mereka ini adalah disifatkan Allah sebagai orang-orang yang MEMPERCAYAI dan MENGIMANI agama manusia dan justeru mereka ini adalah orang-orang yang sudah terkeluar daripada agama Allah. Hati kita yang SETUJU dan REDHA terhadap peraturan dan undang-undang manusia mempunyai pengertian bahawa kita telah MEMPERCAYAI dan MENGIMANI peraturan dan undang-undang manusia dan agama manusia yang syirik dan kufur. 

Begitulah juga umat Islam kita yang SETUJU dan REDHA terhadap sistem politik demokrasi adalah disifatkan Allah sebagai orang-orang yang MEMPERCAYAI dan MENGIMANI agama demokrasi yang syirik dan kufur. Manakala umat Islam kita yang MENYEMBAH Tuhan-tuhan demokrasi dengan cara kita MENTAATI dan MEMATUHI segala peraturan dan undang-undang demokrasi, mereka ini adalah disifatkan Allah sebagai orang-orang yang MENGANUTI agama demokrasi. Oleh yang demikian, umat Islam kita yang MENGAMALKAN sistem politik demokrasi kita ini, yang MENTAATI dan MEMATUHI segala peraturan dan undang-undang demokrasi dan yang SETUJU dan REDHA terhadap sistem politik demokrasi dan terhadap segala peraturan dan undang-undang demokrasi kita ini, mereka ini adalah orang-orang yang disifatkan Allah sebagai orang-orang yang MENGIMANI, MENGANUTI dan MENGAMALKAN agama demokrasi yang syirik dan kufur yang jelas dan terang sekali telah mengeluarkan seluruh mereka ini daripada agama Allah.  

Firman Allah: Hud 113 

Jangan kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, nanti kamu akan ditimpa api neraka dan tidak ada wali untukmu selain daripada Allah, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan.

Firman Allah: an-Nahl 106 

Barang siapa yang kufurkan Allah sesudah beriman, kecuali dipaksa, sedangkan hatinya tetap beriman, tetapi bagi orang yang terbuka hatinya kepada kekufuran, maka atas mereka kemurkaan Allah dan bagi mereka azab yang besar.

Orang-orang yang mempunyai perasaan dan sikap terbuka hati, lapang dada, cenderung, restu, setuju, redha dan senang hati kepada demokrasi dan kerajaan demokrasi yang sedang berkuasa dan berdaulat ini, adalah orang-orang yang kufur ingkarkan Allah yang akan menerima azab yang pedih di akhirat nanti.

Firman Allah :an-Nisa 65 

Oleh itu demi Tuhan mereka sebenarnya tidak beriman sehingga mereka berhakimkan kepadamu dalam perkara-perkara yang telah dipertikaikan di antara mereka kemudian mereka tidak dapati dalam hati mereka sebarang perasaan terkilan terhadap keputusan yang telah diputuskan engkau dan menerimanya dengan penuh kerelaan.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran):
Daripada nas-nas yang kami terangkan dengan panjang lebar ini jelas ternyata bahawa perbuatan mengkafirkan seseorang dalam persoalan yang bergantung dengan isu Hakimiyah itu adalah disyaratkan dengan wujudnya keinginan dan kemahuan hendak berhakimkan Taghut dan wujudnya keredhaan terhadap undang-undang yang lain daripada undang-undang Allah . Inilah pendapat yang disepakati oleh para ulama Islam di seluruh negeri dan di seluruh zaman terutama sekali para ulama salaf daripada umat Muslimin . Allah cucurkan rahmat keredhaan-Nya ke atas mereka.    

Firman Allah az-Zumar 45 

Dan apabila nama Allah sahaja yang disebutkan, maka jijiklah segala hati orang yang tidak percaya kepada hari akhirat, tetapi apabila disebut Tuhan-tuhan yang lain daripada Allah mereka terus bergembira .

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Walaupun ayat ini menceritakan satu kejadian yang benar-benar berlaku di masa Rasulullah saw, di mana kaum musyrikin bergembira apabila disebutkan Tuhan-tuhan mereka dan merasa bosan dan benci apabila disebutkan nama Allah yang tunggal, namun sebenarnya ayat ini menggambarkan satu sikap jiwa manusia yang berulang-ulang di dalam berbagai-bagai masyarakat dan zaman. Di sana ada orang-orang yang merasa bosan dan benci apabila mereka diseru kepada menyembah Allah sebagai Tuhan yang tunggal, diseru kepada berpegang dengan syariat Allah yang tunggal sebagai undang-undang masyarakat dan diserukan kepada sistem hidup ciptaan Allah yang tunggal sebagai peraturan hidup manusia, tetapi apabila disebutkan sistem hidup, peraturan-peraturan dan undang-undang ciptaan manusia di bumi mereka bergembira, sukacita dan mengalu-alukan percakapan itu serta melapangkan dada mereka untuk berbincang. Orang-orang inilah yang digambarkan sebagai contoh di dalam ayat ini, dan orang-orang yang seperti inilah yang wujud di setiap zaman dan tempat. Mereka mempunyai fitrah yang rosak dan tabiat yang menyeleweng, merekalah orang-orang yang sesat dan penyesat-penyesat dalam berbagai-bagai masyarakat dan zaman , berbagai-bagai bangsa dan kaum. 

Firman Allah: al-Maidah 54 

Hai orang-orang yang beriman, barang siapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya, nanti Allah akan mendatangkan satu kaum, Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, mereka lemah lembut terhadap orang-orang beriman dan keras terhadap orang-orang kafir; mereka berjuang pada jalan Allah dan tidak takut akan cerca orang yang mencerca.

Orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang tidak menyetujui dan meredhai demokrasi dan kerajaan demokrasi kita ini, serta mereka bersikap keras dan kasar terhadapnya, sebaliknya mereka hanya mengasihi Allah dan agama Allah sahaja dan tidak yang selain daripada-Nya. Manakala orang-orang yang setuju dan redha kepada agama demokrasi dan kerajaan demokrasi, mereka itu adalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan berada di luar daripada agama Allah.

Firman Allah : al-Maidah 50 

Apakah mereka mahukan hukum jahiliyah? Siapakah yang lebih baik daripada Allah dari segi mengatur peraturan bagi orang-orang yang yakin?

Umat Islam kita yang menyetujui dan meredhai peraturan dan undang-undang demokrasi adalah orang-orang yang mahukan hukum Jahiliyah -  mereka ini adalah orang-orang kafir. Sebagai para pengamal agama demokrasi dan sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur ini seluruh massa umat Islam di Malaysia kita ini adalah terdiri daripada orang-orang yang mengingini, menyetujui dan meredhai peraturan dan undang-undang demokrasi dan agama demokrasi. Mereka ini adalah orang-orang yang disifatkan Allah sebagai telah MENGIMANI agama demokrasi, dan apabila kita mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi kita ini, itu bererti bahawa kita telah MENGANUTI agama demokrasi tanpa menyedari bahawa itu adalah kesyirikan dan kekufuran yang mengeluarkan kita daripada agama Allah. Umat Islam kita yang menjadi para pengamal agama demokrasi yang mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi serta mereka menyetujui dan meredhainya, mereka itu adalah orang-orang yang MENGIMANI, MENGANUTI dan MENGAMALKAN agama demokrasi yang syirik dan kufur dan mereka itu tidak berada di dalam agama Allah.

Firman Allah : al-Imran 18, 83, 85 

Allah sendiri menyaksikan tiada Tuhan melainkan hanya dia dan para malaikat dan orang-orang yang berilmu juga (turut menyaksikan) Ia menegakkan keadilan. Tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.
Patutkah sesudah (menerima dan mengakui perjanjian) itu, mereka mencari agama lain daripada Allah ? Padahal kepada-Nyalah tunduk taat sekelian makhluk yang ada di langit dan di bumi  , sama ada dengan suka ataupun terpaksa, dan kepada-Nya mereka dikembalikan. 

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam , maka tidak akan diterima daripadanya , dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Imran):
“Erti Islam ialah ketaatan berhakimkan kepada kitab Allah, mematuhi dan mengikutnya. Sesiapa yang tidak berbuat demikian, maka tidak ada agama baginya dan dia bukannya seorang Muslim walau pun dia mendakwa beragama Islam dan berpegang dengan agama Allah. Kerana agama Allah digaris, dijelas dan ditafsir oleh Allah s.w.t sendiri dan bukannya tunduk kepada pentafsiran dan penggarisan hawa nafsu manusia yang masing-masing menggaris dan mentafsirkan mengikut sesuka hati mereka.

Islam bukannya semata-mata pengakuan, bukannya semata-mata panji-panji, bukannya semata-mata kata-kata yang diucapkan lisan, malah bukannya kepercayaan yang dikandung oleh hati dengan diam dan tenang, bukannya upacara-upacara ibadat perseorangan yang ditunaikan oleh individu-individu dalam solat, haji dan puasa .... tidak, ini bukannya Islam yang menjadi satu-satunya agama yang diredhai Allah dari para hambaNya, malah Islam ialah penyerahan diri, ketaatan dan ikutan yang patuh. Islam ialah berhakimkan kitab Allah dalam segala urusan hamba.

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa erti menganuti agama Islam ini adalah dengan KETAATAN dan KEPATUHAN kepada peraturan dan undang-undang Allah, tanpanya bererti seseorang itu tidak wajar untuk disifatkan sebagai seseorang yang bergama Islam dan yang menganuti agama Islam. Umat Islam kita yang SETUJU dan REDHA terhadap agama Allah adalah orang-orang yang BERIMAN dengan agama Allah, dan apabila orang-orang yang beriman ini pula MENTAATI dan MEMATUHI segala peraturan dan undang-undang Allah, mereka ini adalah wajar untuk disifatkan sebagai orang-orang Islam dan yang menganuti agama Islam. Begitulah juga kedudukan umat Islam kita yang MENGAMALKAN sistem politik demokrasi, mereka SETUJU dan REDHA kepadanya serta mereka MENTAATI dan MEMATUHI segala peraturan dan undang-undang demokrasi, mereka ini adalah orang-orang yang wajar untuk disifatkan sebagai orang-orang yang telah MENGIMANI, MENGANUTI dan MENGAMALKAN agama demokrasi yang syirik dan kufur yang mengeluarkan mereka ini daripada agama Allah.

Seluruh umat Islam di Malaysia kita ini adalah orang-orang yang mengamalkan sistem politik demokrasi, seluruh kita ini adalah orang-orang yang mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang demokrasi dan seluruh kita ini pula adalah orang-orang yang setuju dan redha kepada demokrasi dan sistem politik kita ini. Ini bererti bahawa seluruh umat Islam kita ini adalah orang-orang yang MENGIMANI, MENGANUTI dan MENGAMALKAN agama demokrasi yang syirik dan kufur yang mengeluarkan seluruh kita ini daripada agama Allah!

Umat Islam kita telah menjadi orang-orang kafir kerana kita melantik para pemimpin kita sebagai Tuhan-tuhan kita, kita telah menjadi orang-orang kafir kerana kita menyembah Tuhan-tuhan Manusia yang wujud dan berkuasa di dalam sistem politik demokrasi kita ini, kita telah menjadi orang-orang kafir kerana kita setuju dan redha terhadap Tuhan-tuhan Manusia ini dan terhadap agama demokrasi yang syirik dan kufur ini. Kita telah menjadi orang-orang kafir kerana kita telah MENGIMANI, MENGANUTI dan MENGAMALKAN agama demokrasi yang syirik dan kufur. Malah, seluruh umat Islam kita ini telah berabad-abad lamanya berada di dalam keadaan kita yang syirik dan kufur kerana kita telah setuju dan redha terhadap seluruh kerajaan manusia yang syirik dan kufur yang wujud silih berganti di bumi Melayu kita ini. Kita wujud dan hidup dalam keadaan kita yang syirik dan kufur sejak daripada zaman kerajaan-kerajaan Melayu yang syirik dan kufur di bawah Raja-Raja Melayu kita dahulu itu lagi, kemudian kita wujud dan hidup dalam keadaan kita yang syirik dan kufur pada zaman kerajaan British Malaya yang syirik dan kufur di bawah penjajahan Inggeris, dan sehinggalah kita juga wujud dan hidup dalam keadaan kita yang syirik dan kufur pada zaman kerajaan demokrasi Malaysia kita yang syirik dan kufur pada hari ini. Kita wujud dan hidup dalam keadaan kita yang syirik dan kufur berterusan dan berabad-abad lamanya kerana kita setuju dan redha terhadap seluruh kerajaan manusia yang syirik dan kufur yang wujud silih berganti di sepanjang sejarah bangsa kita sedangkan kita sedikitpun tidak menyedarinya.

Firman Allah : an-Nisa 76 

Orang-orang yang beriman berperang kerana Sabilullah, dan orang-orang kafir berperang kerana kepentingan Taghut. Oleh itu berperanglah sahabat-sahabat syaitan itu, kerana sesungguhnya tipudaya syaitan itu lemah.  

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran):
Maksudnya orang-orang beriman berperang kerana Sabilullah, iaitu berperang untuk merealisasikan sistem hidup-Nya menegakkan syariat-Nya dan mendirikan keadilan “di antara manusia “ dengan nama Allah bukannya di bawah nama-nama yang lain sebagai pengiktirafanbhw hanya Allah sahaja Tuhan yang disembah dan Tuhan yang memerintah.

Sementara orang-orang kafir pula berperang kerana kepentingan Taghut untuk merealisasikan berbagai-bagai sistem yang lain daripada sistem Allah, menegakkan berbagai-bagai niulai yang lain daripada nilai-nilai yang diizinkan Allah dan meletak berbagai-bagai neraca ukuran yang lain daripada neraca-neraca Allah.

Pendirian orang-orang yang beriman adalah bersandarkan kepada naungan dan perlindungan Allah. Sementara pendirian orang-orang kafir adalah bersandarkan kepada naungan syaitan. Mereka hidup dengan berbagai-bagai panji-panji, berbagai-bagai sistem hidup , berbagai-bagai undang-undang , berbagai-bagai cara, berbagai-bagai nilai, dan berbagai-bagai neraca ukuran dan kerana itu seluruh mereka adalah sahabat-sahabat syaitan.

Orang-orang yang bersetuju dan redha terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi serta mereka mempertahan dan memperkasakannya, mereka ini adalah golongan yang disifatkan Allah sebagai orang-orang yang berperang kerana Taghut – justeru mereka ini adalah orang-orang yang kafir. Oleh kerana orang-orang yang berperang kerana Taghut adalah orang-orang kafir, majoriti yang amat terbesar daripada umat Islam kita kini telah bertukar menjadi orang-orang kafir dalam erti kata bahawa syahadah mereka telah terbatal apabila mereka berperang kerana Taghut, iaitu apabila mereka itu mengiktiraf, menyetujui, meredhai, mengamal, mempertahan dan memperkasakan demokrasi dan sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur ini.

Firman Allah: al-Mumtahanah 4 

Sesungguhnya kami berlepas diri daripadamu dan daripada apa-apa yang kamu sembah selain daripada Allah. Kami mengingkari (agama) kamu, dan telah terang permusuhan dan kebencian di antara kami dan kamu selama-lamanya, sehingga kamu beriman kepada Allah satu-satu-Nya.

Allah memerintahkan kita supaya kita MENJAUHI dan MEMISAHKAN diri kita daripada sistem politik demokrasi kita yang syirik dan kufur ini, daripada para pengamal agama demokrasi kita ini, dan daripada Tuhan-tuhan manusia yang berkuasa dan berdaulat dalam sistem politik demokrasi kita ini. Allah menghendaki supaya kita MENGINGKARI, MEMUSUHI dan MEMBENCI terhadap agama demokrasi, kerajaan demokrasi, seluruh peraturan dan undang-undang demokrasi dan seluruh Tuhan demokrasi yang kesemuanya ini adalah syirik dan kufur, dan Allah menghendaki supaya kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini mengelami keruntuhan dan kehancuran yang total untuk kemudianya digantikan dengan kerajaan Islam. Sikap umat Islam kita yang setuju dan redha kepada demokrasi dan sistem politik demokrasi kita ini adalah satu kontradiksi dan pengingkaran yang total terhadap segala perintah Allah swt yang tersebut di dalam ayat al-Quran (60:4) eperti di atas ini.

Firman Allah : al-Imran 149 

Wahai orang-orang yang beriman jika kamu taat kepada orang-orang yang kafir nescaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kembali murtad) lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi.

Firman Allah : al-Imran 150 

Malah sebenarnya Allah itulah Pelindung kamu dan Dialah sebaik-baik Penolong.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Mungkin terlintas di dalam daya khayalannya selepas menerima kekalahan (peperangan Uhud) dan dalam saat-saat ditekan oleh kesakitan luka-luka dan cedera bahawa dia boleh mengundurkan dirinya daripada pertempuran dengan musuh-musuh yang kuat yang telah mendapat kemenangan dan berdamai dengan mereka serta tunduk kepada mereka dan walaupun begitu dia masih dapat memelihara agama dan Aqidahnya, keimanan dan keperibadfiannya. Ini adalah satu anggapan yang salah besar, kerana orang yang tidak berani tampil kehadapan di bidang ini pastilah mengundurkan dirinya ke belakang dan orang yang tidak menentang kekafiran, kejahatan, kesesatan, kebatilan dan kezaliman pastilah mengundurkan diri ke belakabng dan kembali semula kepada kekafiran, kejahatan, kesesatan, kebatilan dan kezaliman. Seseorang yang tidak dapat dipelihara oleh Aqidah dan keimanannya daripada tunduk kepada orang-orang kafir, dari mendengar dan percaya kepada mereka sebenarnya telah meninggalkan Aqidah dan keimanannya sejak detik masa yang pertama lagi. Itulah kekalahan jiwa, di mana pendokong Aqidah tunduk kepada musuh-musuh Aqidahnya, mendengar bisikan mereka dan mematuhi arahan-arahan mereka. Itulah kekalahan dari awal mula lagi, oleh sebab itulah tiada siapa yang dapat melindunginya dari kekalahan pada akhir perjuangannya dan dari kembali balik kepada kekafiran walaupun ia tidak merasa dalam langkah-langkahnya yang pertama bahawa dia sedang dalam perjalanan menuju ke arah kesudahan yang malang itu.Seorang mukmin sejati mendapat keperluannya yang cukup dalam Aqidahnya dan dalam kepimpinannya dan kerana itu ia tidak memerlukan lagi kepada bermesyuarat dengan musuh-musuh agamanya dan musuh kepimpinannya . Dan andainya ia mendengar sekali kepada nasihat mereka bererti ia telah berjalan menuju ke jalan kembali semula kepada kekafiran. Inilah hakikat semula jadi dan hakikat yang sebenar berlaku yang diperingati Allah kepada kaum Muslimin. Allah memberi amaran kepada mereka dengan menyeru mereka dengan nama orang yang beriman :



Firman Allah : al-Imran 149 

Wahai orang-orang yang beriman jika kamu taat kepada orang-orang yang kafir nescaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kembali murtad) lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi.

Tidak ada kerugian yang lebih besar daripada kerugian berbalik semula daripada keimanan kepada kekafiran, dan tidak ada apa-apa keuntungan lagi jika telah mengalami kerugian ini.

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa umat Islam kita yang taat, patuh dan tunduk kepada sesuatu kuasa dan kerajaan yang syirik dan kufur akan akhirnya kembali kepada kekufuran. Sikap kita yang taat, patuh dan tunduk terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi yang bererti kita menyembah Tuhan-tuhan demokrasi dan menganuti agama demokrasi akhirnya akan mengembalikan kita kepada kekufuran. Allah melarang kita daripada taat, patuh dan tunduk terhadap agama demokrasi dan kerajaan demokrasi kita ini agar kita akan dapat membenteraskan kecenderungan umat Islam kita daripada menggelunsur kembali kepada kekufuran. 

Firman Allah : Ibrahim 52 

(Al-Quran ) ini adalah perutusan yang disampaikan kepada manusia dan supaya mereka sentiasa diberi peringatan dengannya dan supaya mereka mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan supaya orang-orang yang berakal mengambil pengajaran.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran - Ibrahim) :
Orang-orang yang menyangka diri mereka mengucap dua kalimah syahadat  ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan Muhammad Rasulullah dan kerana mereka memenuhi dan mentaati peraturan-peraturan taharah, peraturan-peraturan ibadat, peraturan-peraturan perkahwinan dan perceraian, peraturan-peraturan pesaka dan sebagainya dan di waktu yang sama mereka mematuhi – di sebalik bidang yang sempit ini – peraturan-peraturan yang dicipta oleh yang lain daripada Allah, iaitu mereka mentaati undang-undang yang tidak diizinkan Allah dan yang terang-terang bertentangan dengan syariat Allah, kemudian mereka bersedia mengorbankan jiwa, harta, maruah dan akhlak mereka – sama ada mereka suka atau tidak suka – untuk melaksanakan kehendak-kehendak yang dituntut daripada mereka oleh berhala-berhala yang baru itu. Dan apabila agama atau akhlak atau maruah bercanggah dengan kehendak-kehendak berhala ini, maka yang dibuang oleh mereka itu ialah perintah-perintah Allah sebaliknya yang dilaksanakan ialah kehendak-kehendak berhala-berhala itu.

Orang-orang yang menyangka diri mereka sebagai “kaum Muslimin“ dan menyangka berada dalam agama Allah, sedangkan mereka hidup dalam keadaan ini, maka hendaklah mereka sedar bahawa mereka sedang berada di dalam syirik yang amat besar!

Umat Islam kita yang setuju dan redha terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi kita ini adalah disifatkan Allah sebagai orang-orang kafir. Keinginan, persetujuan dan keredhaan kita kepada peraturan dan undang-undang demokrasi mempunyai pengertian bahawa kita telah mempercayai dan beriman dengan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia dan sekali gus ini juga bererti bahawa kita telah menolak dan mengingkari Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ - kedua-duanya ini masing-masingnya telah berperanan untuk mengeluarkan kita daripada agama Allah. Kesempurnaan pegangan dan amalan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bagi seseorang yang berada dan bernaung di bawah sesuatu kerajaan demokrasi, hanya dapat dipelihara dan dipertahankan dengan mengamal dan mempraktikkan konsep TAKFIR.

Firman Allah : an-Nisa 60 

Mereka diperintah supaya mengingkarinya.

Demokrasi adalah kekufuran, setiap yang kufur itu dikehendaki Allah untuk dikufurkan, iaitu untuk diakui, diiktiraf dan diisytiharkan kekufurannya serta untuk dilancarkan tindakan-tindakan penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif dan total terhadapnya. Inilah konsep TAKFIR dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Mengamalkan konsep TAKFIR terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi adalah takwa dan makruf serta kesempurnaan kepada pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Tanpa sikap dan tindakan-tindakan untuk MENGKUFUR INGKARKAN demokrasi dan kerajaan demokrasi serta tanpa PERASAAN TERPISAH daripada demokrasi dan kerajaan demokrasi, itu bererti tidak mengamalkan konsep TAKFIR dan itu bererti kerosakan kepada pegangan dan amalan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan seseorang itu daripada agama Allah.

Ibn Qayyim al-Jawziya (at-Tibyan fi Aqsam al-Quran):
" Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ hendaklah tergantung kepada ketaatan dan penerimaan akan kewajipan-kewajipan kalimah ini ke atas kamu. Kewajipan-kewajipan ini ialah dalam bentuk syariah, yang dengan sendirinya ialah satu huraian ucapan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Ianya bermakna kamu menyakini setiap apa yang diturunkan Allah, bahawa kamu mentaati segala perintah-Nya dan mencegah apa yang Dia larang. Seseorang yang ikhlas dalam mengimani kalimah ini akan mentaati kepada-Nya sepenuhnya. Mempertahankan syariah sepenuhnya hanya dapat dipasti dengan ketaatan sepenuhnya kepada kalimah ini. Begitu juga, jaminan keselamatan sepenuhnya daripada balasan pedih hanyalah dengan ketaatan sepenuh kepada-Nya."

Penafian, penolakan, pengingkaran, penentangan serta permusuhan dan kebencian yang terbuka, aktif dan total terhadap kerajaan demokrasi Malaysia ini adalah satu ketaatan terhadap perintah Allah swt yang bererti beriman dan berpegang teguh kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Sebaliknya sikap setuju dan redha, atau “neutral” terhadap kerajaan demokrasi Malaysia, bererti satu penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang aktif dan total terhadap kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan seseorang itu daripada agama Allah .

Firman Allah: Nuh 21 

Dan mereka mengikuti orang-orang yang harta dan anak-anaknya tidak menambah kepadanya melainkan kerugian semata-mata.
  

Firman Allah: Hud 50, 59, 97
 

Dan (Kami utuskan) kepada kaum Ad saudara mereka Hud, lalu ia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah Allah kerana kamu sekali-kali tidak mempunyai Tuhan yang selain daripada Allah. Kamu sebenarnya telah melakukan pembohongan terhadap Allah. Dan itulah kaum Ad yang telah mengingkari ayat-ayat Tuhan mereka dan menderhaka terhadap Rasul-rasul-Nya dan mereka menuruti perintah kesemua pemerintah yang bermaharajalela lagi degil dalam keingkaran mereka. Lalu kaum Firaun menurut perintah Firaun, sedangkan perintahnya itu bukanlah perintah yang betul.

Firman Allah: Hud 113 

Jangan kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, nanti kamu akan ditimpa api neraka dan tidak ada wali untukmu selain daripada Allah, kemudian kamu tidak mendapat pertolongan.

Firman Allah : az-Zukhruf 54 

Maka Firaun telah membodohkan kaumnya, lalu mereka pun patuh kepadanya, Sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik.

Firman Allah: Mujadahah 22 

Engkau tiada memperolehi kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat bahawa mereka mengasihi orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya.

Firman Allah: Mumtahinah 1 

Wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu ambil musuhku dan musuhmu sebagai wali, kamu hubungkan kepada mereka kasih sayang, pada hal mereka telah kufurkan kebenaran yang datang kepada mu.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran - Hud) :
Itulah perbuatan menderhaka perintah para Rasul dan mengikut perintah penguasa-penguasa yang bermaharajalela, sedangkan Islam mewajibkan taat kepada perintah para Rasul kerana ia daripada perintah Allah di samping mewajibkan derhaka kepada perintah penguasa-penguasa yang bermaharajalela. Inilah persimpangan jalan yang memisahkan di antara Jahiliyah dengan Islam, di antara kekufuran dan keimanan dalam setiap risalah yang dibawa oleh setiap Rasul.

Demikianlah ternyata bahawa dakwah Tauhid daripada awal-awal lagi menekankan agar manusia membebaskan diri mereka daripada ketaatan kepada yang lain daripada Allah dan agar menentang kuasa Tuhan-tuhan palsu yang zalim. Dakwah Tauhid mengira perbuatan menghapuskan syakhsiah seseorang dan menyerahkan hak kebebasan diri kerana mematuhi dan mentaati penguasa-penguasa yang zalim di dunia dan azab di akhirat. Allah mencipta manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang bebas dan mereka tidak memberi Ubudiyah mereka kepada sesiapa pun daripada makhluk dan tidak pula menyerah kan hak kebebasan diri mereka kepada mana-mana penguasa, ketua dan pemimpin yang zalim.           

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran- al-Anaam) :
Kehidupan dunia mengikut kefahaman Islam merupakan sawah bendang untuk bekalan kehidupan akhirat. Segala usaha perjuangan seseorang di dunia ini untuk mengislahkan kehidupan dunia, menghapuskan kejahatan dan kerosakan, menolak pencerobohan manusia terhadap kuasa Allah di bumi, menolak para Taghut dan menegakkan keadilan dan  kebajikan untuk seluruh manusia adalah semuanya merupakan usaha-usaha yang menjadi bekalan hidup di akhirat. Itulah usaha-usaha yang dapat membuka pintu syurga kepada para pejuang dan memberi pampasan kepada mereka terhadap segala kerugian yang dialami mereka (di dunia ) dalam perjuangan menentang kebatilan dan terhadap penderitaan dan kemalangan yang menimpa mereka dalam perjuangan itu .

Oleh itu adalah tidak sesuai bagi agama Islam yang mempunyai kefahaman–kefahaman seperti ini jika para penganutnya mengabai dan membiarkan kehidupan dunia ini statik hingga menjadi busuk, rosak, kucar kacir atau dihantui kezaliman dan pencabulan atau menjadi mundur dan ketinggalan dalam kemajuan dan pembangunan, sedangkan mereka mengharapkan kebahagian di akhirat dan mengaharapkan ganjaran dan balasan daripada Allah .

Apabila ada orang ramai hidup dalam masa-masa tertentu dengan sikap yang negatif dan membiarkan keruntuhan akhlak, kejahatan, kezaliman,. pencabulan, kemunduran dan kejahilan menyelubungi kehidupan mereka – sedangkan mereka mengaku beragama Islam maka puncanya yang sebenar mereka melakukan semua perbuatan itu atau sebagainya ialah kerana kefahaman mereka terhadap hakikat Islam telah rosak dan menyeleweng dan kerana keyakinan mereka terhadap hari akhirat telah menjadi goyah dan lemah. Ia bukannya berpunca daripada mereka yang yakin kepada hakikat agama ini dan yakin kepada pertemuan dengan Allah di akhirat kelak.

Tidak mungkin bagi seseorang yang yakin akan bertemu dengan Allah pada hari akhirat dan menyedari hakikat agama ini kemudian ia hidup di dunia ini dengan sikap yang negatif atau hidup dalam keadaan yang mundur atau hidup dengan sikap redhakan kejahatan, keruntuhan akhirat, pencabulan dan kezaliman.

Dalam menjalani kehidupan dunia ini seseorang Muslim yang sebenar merasa dirinya lebih besar dan lebih tinggi daripada dunia ini. Ia mencapai nikmat-nikmat dunia yang baik atau bersikap zahid terhadapnya dengan kesedaran bahawa nikmat-nikmat itu adalah nikmat-nikmat yang halal baginya di dunia ini dan akan merupakan nikmat-nikmat yang khusus untuknya pada hari kiamat kelak. Dia berjuang dan berusaha untuk memajukan kehidupan dunia dan ia menggunakan segala tenaga dan kekuatan yang ada di alam dunia ini dengan kesedaran bahawa usaha-usaha yang seperti itu adalah menjadi tugas dan kewajipannya selaku Khalifah Allah di bumi ini. Ia berjuang menentang kejahatan, keruntuhan akhlak dan kezaliman dan sanggup menghadapi penindasan dan berkorban hingga gugur syahid dengan kesedaran bahawa usaha-usaha itu merupakan amalan-amalan bekal yang disediakan untuk dirinya pada hari akhirat. Dia mengetahui daripada ajaran agamanya bahawa dunia ini adalah sawah bendang untuk akhirat dan seterusnya dia mengetahui bahawa di sana tidak ada jalan ke akhirat yang tidak melalui jalan dunia dan bahawa dunia ini adalah kecil dan sedikit, namun demikian ia adalah daripada nikmat Allah yang menjadi jambatan untuk menyeberang menuju nikmat Allah yang amat besar di akhirat. Setiap bahagian peraturan Islam memberi perhatian kepada hakikat hidup di akhirat dan kepada natijah-natijahnya yang melahirkan kefahaman yang luas, indah dan luhur, melahirkan akhlak yang tinggi, bersih, toleran, berpegang teguh dengan kebenaran, segan melakukan dosa dan bertakwa kepada Allah dan sterusnya melahirkan tindakan yang betul, yakin dan penuh tekad di dalam kegiatan insaniyah.

Kerana semua sebab-sebab inilah kehidupan secara Islam tidak mungkin tegak dan teguh tanpa mempunyai keyakinan kepada hari akhirat dan kerana semua sebab-sebab inilah juga hakikat akhirat amat ditekankan di dalam al-Quranul Karim.

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa perintah Allah adalah WAJIB untuk ditaati dan dipatuhi manakala perintah Taghut adalah WAJIB untuk ditolak dan ditentang dan diderhakai. Justeru kerajaan demokrasi Malaysia kita yang syirik dan kufur ini adalah Taghut yang WAJIB untuk diingkari, ditentang dan dimusuhi sehingga ianya mengalami keruntuhan dan kehancuran yang total untuk kemudiannya digantikan dengan kerajaan Islam. Ini adalah hukum Allah yang jelas dan terang serta tanpa ragu-ragu lagi. Ini adalah hukum TAKFIR yang terkandung dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

Ayat-ayat di atas ini menyatakan bahawa orang-orang yang SETUJU dan REDHA, serta yang MENTAATI dan MEMATUHI kerajaan-kerajaan Taghut berserta dengan segala peraturan dan undang-undangnya yang selain daripada Allah pada zaman-zaman para Nabi dan Rasul yang terdahulu, adalah dikecam dan dikutuk oleh Allah swt. Mereka itu dikecam dan dikutuk oleh Allah kerana mereka telah MENGKUFUR INGKARKAN Allah lantaran mereka SETUJU dan REDHA serta mereka MENTAATI dan MEMATUHI kerajaan-kerajaan Taghut berserta dengan segala peraturan dan undang-undangnya yang Taghut yang wujud dan beroperasi pada zaman-zaman mereka itu.

Begitulah juga umat Islam kita kini adalah dikecam dan dikutuk oleh Allah swt kerana kita telah menjadi orang-orang yang melakukan kesyirikan dan kekufuran terhadap Allah kerana kita SETUJU dan REDHA serta kita MENTAATI dan MEMATUHI kerajaan demokrasi Malaysia kita ini berserta dengan segala undang-undangnya. Kita telah melakukan kesyirikan dan kekufuran kerana kita SETUJU dan REDHA terhadap Uluhiyah dan Rububiyah Manusia, dan kita telah melakukan kesyirikan dan kekufuran kerana kita telah menafi, menolak, mengingkari dan menentang Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

Firman Allah:al-Hujurat 7 

Tetapi Allah menjadikan kamu cintakan keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hati kamu dan menjadikan kamu bencikan kekufuran, kefasikan dan kederhakaan. Merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran):
“Kemudian al-Quran mengingatkan mereka kepada nikmat keimanan yang dikurniakan Allah swt kepada mereka. Dialah yang menggerakkan hati mereka supaya menyintai keimanan itu dan menunjukkan kepada mereka keindahan dan kelebihannya serta mendorongkan hati mereka supaya sayangkannya dan bencikan kekufuran. Semuanya ini adalah dari limpah kurnia Allah s.w.t.”

Orang-orang yang membenci demokrasi dan kerajaan demokrasi Malaysia kerana kekufurannya itu, adalah orang-orang yang menyintai keimanan sebagai satu limpah kurnia dan anugerah daripada Allah swt serta mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk dan hidayat daripada Allah. Manakala orang-orang yang SETUJU dan REDHA terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi mempunyai pengertian bahawa mereka itu adalah orang-orang yang beriman dengan agama manusia yang syirik dan kufur, mereka itu adalah orang-orang yang menyintai kekufuran, kefasikan dan kederhakaan, mereka itu adalah orang-orang yang membenci keimanan, mereka itu adalah orang-orang yang tidak menikmati limpah kurnia daripada Allah swt dan mereka itu adalah tergolong sebagai orang-orang yang tidak mendapat petunjuk dan hidayat Allah swt yang telah sesat dan terkeluar daripada agama Allah.

Firman Allah: al -Baqarah 165 

Di antara manusia ada yang mengambil selain daripada Allah beberapa sekutu, sedang mereka itu mengasihinya, seperti mengasihi Allah. Tetapi orang-orang yang beriman amat kasih kepada Allah  sesungguhnya Allah amat keras siksaannya.

Tuhan-tuhan Manusia yang wujud dan bertakhta dalam sistem politik demokrasi dan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini adalah sekutu-sekutu kepada Allah swt kerana mereka merampas hak Allah dalam pemerintahan dan perundangan negara. Umat Islam kita yang meredhai dan menyetujui demokrasi dan kerajaan demokrasi kita ini adalah orang-orang yang meredhai dan menyetujui sekutu-sekutu Allah. Mereka inilah orang-orang yang mempersekutukan Allah, mereka tidak beriman dengan Allah dan mereka telah terkeluar daripada agama Allah.

Umat Islam kita bersetuju dan meredhai agama demokrasi dan kerajaan demokrasi bukan kerana kita lupa kepada akhirat dan lupa kepada hari pertemuan dengan Allah swt, tetapi kerana kita berada dalam kesesatan yang amat jauh, iaitu kita tidak memahami bahawa demokrasi ini adalah agama yang syirik dan kufur, dan kita juga tidak memahami bahawa mengamal dan meredhainya adalah satu kesyirikan dan kekufuran. Apabila dihurai dan diperjelaskan kepada kita mengenai hakikat-hakikatnya yang sebenar, amat sulit bagi kita untuk memahaminya, malah lebih sulit lagi bagi kita untuk menerima segala hakikat yang diperjelaskan ini. Ini adalah kerana seluruh umat Islam kita kini sedang mengimani dan menganuti agama Islam yang rosak dan menyeleweng daripada jalan-jalannya yang sebenar akibat daripada tipudaya dan aktiviti-aktiviti jahat golongan Orientalis Barat dan kerana peranan para ulama dan intelek Islam kita sendiri yang mengutarakan segala fatwa sesat mereka, di antara lain mereka menfatwakan bahawa demokrasi ini adalah Islam dan mengamalkannya adalah bersesuaian dengan Islam. 

No comments:

Post a Comment