Thursday 18 October 2012

JIHAD DAN PERANG - NOMBOR SATU DIBUMI (SIRI 1)


JIHAD DAN PERANG

NOMBOR SATU DI BUMI!

Rasulullah saw telah ditanya mengenai seorang lelaki yang berperang kerana menunjukkan keberanian, dan seorang lagi riak. Manakah di antara peperangan-peperangan itu yang dikatakan berperang kerana sabilullah? Jawab beliau, “barangsiapa yang berperang supaya agama Allah menjadi tinggi, maka dialah berperang kerana sabilullah.” 
Daripada Abu Musa ra 

Sesiapa yang berperang supaya agama Allah menjadi agama yang tertinggi maka dialah yang berperang kerana Sabilullah                                                             
         Dikeluarkan oleh Malik dan Syaikhan

ALLAH SWT menghendaki supaya kita menjadi umat NOMBOR SATU di dunia yang mengatasi dan menundukkan seluruh kekuatan dan kekuasaan umat manusia yang kafir melalui pelancaran Jihad, Perang dan Revolusi. Rasulullah saw dan para Rasul yang terdahulu diutuskan ke bumi yang paling utamanya ialah untuk memimpin seluruh umat manusia ke arah mencapai MISI ISLAM yang Maha Agung, iaitu untuk mewujudkan kekuatan dan kekuasaan Islam agar ianya muncul sebagai agama yang NOMBOR SATU di dunia, yang terkuat dan paling berkuasa, yang mengatasi dan menundukkan seluruh agama yang kafir, yang mengatasi dan menundukkan seluruh kekuatan dan kekuasaan orang-orang kafir dan seluruh sistem kehidupan manusia yang kafir di bumi ini. Mewujud dan menegakkan kekuatan dan kekuasaan Allah dan kerajaan Allah sehingga agama Allah menjadi agama NOMBOR SATU di bumi baik dalam politik, ekonomi dan militeri mahupun dalam bidang-bidang ilmu dan teknologi adalah kehendak dan perintah yang amat Tinggi, Mulia dan Maha Agung di sisi Allah swt.

Firman Allah: al-Taubah 33 

Dia yang mengutus Rasul-Nya dengan petunjuk dan agama yang benar, supaya dimenangkan-Nya agama itu ke atas sekalian agama, sekalipun benci orang-orang musyrik.

Allah menghendaki supaya agama Islam menjadi “TUAN BESAR” yang paling berkuasa dan terkuat di bumi yang tidak boleh ditandingi oleh sesiapapun, Allah menghendaki supaya Islam wujud sebagai agama yang tunggal yang BERKUASA dan BERDAULAT ke atas seluruh umat manusia di bumi, agama yang DIMULIA dan DIHORMATI oleh seluruh bangsa, agama dan manusia di dunia, Allah menghendaki supaya kita mewujud dan membentuk sebuah Negara Islam yang maju dan kuat dari segi politik, ekonomi, teknologi dan militeri yang DI TAKUTI dan DIGERUNI oleh seluruh umat manusia di bumi teristimewa sekali musuh-musuh Islam. Allah menghendaki supaya kita sentiasa mempunyai aspirasi dan cita-cita yang kuat, serta kita berjuang dengan sepenuh hati, sepenuh tenaga dan kekuatan kita supaya kita muncul sebagai umat yang NOMBOR SATU di dunia. Allah menghendaki supaya kita wujud sebagai umat yang aktif, bertindak, bergerak  dan berjuang untuk sentiasa berada di barisan hadapan untuk memimpin seluruh umat manusia di dunia.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Maidah) :
Sesungguhnya agama Islam ini adalah agama yang serius. Ia datang untuk memerintah dan mengendalikan kehidupan manusia. Ia datang untuk menjadikan seluruh manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Esa sahaja dan mencabut kuasa memerintah ini daripada manusia yang telah merampas kuasa Allah itu dan mengembalikan seluruh urusan kepada syariat Allah bukannya kepada undang-undang dan peraturan seseorang yang selain daripada –Nya. Kedatangan syariat Islam ialah untuk memerintah dan mengendalikan seluruh kehidupan, iaitu ia datang membawa hukum-hukum Allah untuk menghadapi keperluan-keperluan hidup manusia dengan segala permasalahannya yang wujud di dalam realiti. Ia datang untuk menghulurkan hukum-hukum Allah dalam sesuatu kejadian yang telah berlaku mengikut saiz, rupa bentuk dan latar belakang kejadian itu .

Islam datang membawa konsep Tauhid untuk mentauhid kuasa yang ditaati manusia agar dengan konsep ini ia dapat membebaskan manusia daripada Ubudiyah kepada sesama manusia dan daripada Ubudiyah kepada berbagai-bagai Tuhan. Islam datang untuk membebaskan hati nurani manusia daripada kepercayaan paganisme yang karut-marut dengan segala belenggu-belenggunya dan memulangkan semula kepada akal manusia kehormatan dan kemuliaannya serta membebaskannya daripada belenggu Tuhan-tuhan dan upacara-upacara. Oleh sebab itulah Islam  memerangi paganisme dalam segala rupa bentuknya dan memburunya di segala jalan dan liku-likunya sama ada di pendalaman hati nurani atau di dalam syiar-syiar ibadat atau di dalam peraturan-peraturan hidup atau di dalam undang-undang pemerintahan dan sistem kehidupan .   

Firman Allah: al-Taubah 33 

Dia yang mengutus Rasul-Nya dengan petunjuk dan agama yang benar, supaya dimenangkan-Nya agama itu ke atas sekalian agama, sekalipun benci orang-orang musyrik.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran - Taubah) :
Agama yang benar – sebagai mana yang telah kami jelaskan sebelum ini – ialah kepatuhan dan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa sahaja dalam bidang-bidang iktikad, ibadat, dan perundangan yang terangkum semua sekali. Agama yang benar ini dapat dilihat pada setiap agama samawi yang dibawa oleh para Rasul sebelum ini. Ia sudah tentu tidak termasuk agama-agama yang menyeleweng, sesat, dan bercampur aduk dengan kepercayaan-kepercayaan karut paganism sebagai mana yang dipegangan oleh kaum Yahudi dan kaum Kristian pada hari ini . Begitu juga ia tidak termasuk sistem hidup ciptaan manusia dan establishment-establishment yang menggunakan label agama dan mewujudkan di bumi ini Tuhan-tuhan yang lain daripada Allah dalam bentuk mengikut dan menjunjung undang-undang dan peraturan yang tidak diturunkan Allah.

Allah swt telah menegaskan bahawa Dia telah mengutuskan Rasul-Nya membawa hidayat dan agama yang benar untuk ditonjolkannya sebagai satu-satunya agama yang mengatasi segala agama yang lain, dan justeru itu kita harus memahami “agama“ dengan pengertian yang luas yang telah kami jelaskan sebelum ini supaya kita memahami dimensi-dimensi janji Allah ini .
Agama ialah “ketaatan dan kepatuhan” dan dalam takrif ini termasuk setiap sistem hidup, setiap aliran pemikiran dan peraturan yang diikuti dan dipatuhi manusia .

Allah swt telah mengumumkan keputusan-Nya untuk menonjolkan agama yang benar yang dibawa oleh Rasul-Nya mengatasi seluruh agama yang lain dengan pengertiannya yang syumul dan umum ini.

Ketaatan dan kepatuhan hanya tertentu kepada Allah Yang Maha Esa sahaja dan penonjolan (yang dijanjikan Allah itu ) hanya untuk sistem hidup yang memusatkan kepatuhan dan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa sahaja .

Penonjolan dan dominasi agama yang benar ini telah direalisasikan ditangan Rasulullah saw, para khalifahnya dan tokoh-tokoh yang datang selepas mereka dalam masa yang begitu lama, di mana agama yang benar mempunyai kedudukan yang lebih menonjol dan dominan, sedangkan agama-agama yang lain yang tidak menumpukan ketaatan dan kepatuhan kepada Allah berada dalam keadaan ketakutan dan goyah.

Firman Allah: as-Saff 9 

Dia yang mengutus Rasul-Nya dengan petunjuk dan agama yang benar, supaya dimenangkan-Nya agama itu ke atas sekalian agama, sekalipun benci orang-orang musyrik.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – as-Saff) :
Adapun pelaksanaan janji Allah di alam kenyataan, maka Allah telahpun menepati janji-Nya sekali. Agama ini telahpun muncul sebagai satu kekuatan, sebagai satu hakikat dan sebagai satu sistem pemerintahan yang menguasai seluruh agama yang lain. Sebahagian terbesar daripada negeri–negeri di dunia ini telah tunduk kepada pemerintahannya dalam masa satu abad sahaja kemudian secara damai ia mara ke tengah benua-benua Asia dan Afrika hingga begitu ramai telah memeluk agama ini dengan semata-mata dakwah, iaitu lima kali ganda lebih ramai daripada jumlah manusia yang memeluk agama ini dalam masa gerakan-gerakan Jihad yang pertama. Sehingga kini Islam masih terus mengembang dengan sendiri tanpa dibantu oleh sebuah kerajaan pun sejak Pergerakan Zionis Antarabangsa dan Pergerakan Salib Antarabangsa berjaya menghapuskan sistem khalifah yang terakhir di tangan pahlawan yang diwujudkan mereka. Agama ini terus berkembang walaupun ditentang dan ditindas di berbagai-bagai negeri di dunia dan walaupun harakat– harakat  Islamiyah yang bangkit di setiap negeri Islam itu dihancurkan oleh pahlawan-pahlawan yang diwujudkan oleh Pergerakan Zionis Antarabangsa dan Pergerakan Salib Antarabangsa.

Agama ini masih terus mempunyai peranan-peranan di dalam sejarah manusia dan dengan izin Allah ia akan muncul mengatasi segala agama yang lain tepat seperti yang dijanjikan itu, iaitu satu janji yang tidak mungkin dihalangi oleh tenaga usaha manusia–manusia abdi yang kerdil biarpun bagai mana hebat kekuatan, tipu daya dan pengeliruan mereka.

Semua ayat ini memberi perangsang kepada para mukminin yang ditujukan ayat-ayat ini kepada  mereka supaya memikul amanah Allah setelah mereka dipilih Allah untuk tugas itu dan setelah amanah itu dikhianati oleh kaum Yahudi dan Kristian. Ayat-ayat ini juga dituju untuk meyakinkan hati mereka dalam usaha perjuangan melaksanakan takdir Allah untuk menegakkan agama-Nya sebagai mana yang dikehendaki oleh-Nya. Mereka hanya tidak lebih daripada alat belaka. Dan ayat-ayat ini akan terus memberangsang dan meyakinkan hati para mukminin yang percaya kepada janji Allah, dan akan terus mencetuskan perasaan-perasaan yang seperti itu di dalam kalangan generasi–generasi akan datang, sehingga janji Allah terlaksana sekali lagi dengan izin-NYA di alam kenyataan.  

Islam mestilah sentiasa berada dalam posisi yang MENANG dan BERKUASA ke atas kafir dan orang-orang kafir, manakala orang-orang kafir pula mestilah sentiasa sahaja berada dalam posisi yang KALAH, AKUR dan TUNDUK kepada Islam dan orang-orang Islam. Ini adalah konsep yang terkandung dalam kalimah ﻵﻟﻪﺍﻷﺍﷲ Yang Maha Tinggi dan inilah perintah Allah yang dikehendaki untuk diwujud dan dilaksanakan di bumi kita ini melalui Jihad, Perang dan Revolusi . Para Rasul dan seluruh umat Islam kita ini semuanya diutuskan Allah ke bumi ini tidak hanya sekadar untuk mendirikan solat dan puasa serta seluruh syiar ibadat yang lain sahaja, tidak sekadar hanya untuk mendirikan masjid-masjid, surau-surau dan rumah-rumah ibadat sahaja, malah Rasulullah saw, para Rasul dan kita kesemuanya diutuskan Allah untuk tujuan yang lebih besar, mulia dan agung, iaitu untuk meng”establish”kan sistem kehidupan Islam daripada Allah, dengan nilai-nilai Islam yang mulia dan luhur daripada Allah, dengan neraca-neraca pengukuran yang benar dan adil daripada Allah dan dengan peraturan dan undang-undang daripada Allah yang adil dan sempurna yang kesemuanya itu beroperasi untuk bersama-sama mewujudkan kebajikan dan kenikmatan yang boleh dikecapi dan dimanfaati oleh seluruh umat manusia yang sedang berada di bawah kekuasaannya. Hanya sistem kehidupan Islam daripada Allah sahaja yang mengandungi segala kebajikan dan kenikmatan untuk dimanfaati manusia sedangkan sistem kehidupan demokrasi dan seluruh sistem kehidupan manusia yang lain tidak wujud sebarang kebajikan dan kenikmatan di dalamnya kerana kesemua sistem kehidupan manusia yang berbagai-bagai itu hanyalah tiada yang lain melainkan kezaliman, kerosakan dan kejahatan sahaja di sisi Allah swt yang langsung tidak wujud sebarang kebajikan dan kenikmatan di dalamnya.

Allah menghendaki supaya Islam menjadi agama yang berkuasa dan memerintah ke atas seluruh umat manusia di bumi yang akan memerintah manusia dengan peraturan dan undang-undang Allah. Kuasa pemerintahan yang sedang dikuasai oleh orang-orang yang tidak menjalankan peraturan dan undang-undang Allah itu diperintahkan Allah supaya ‘dirampas’ kembali daripada tangan-tangan ‘para perampas’ itu untuk dipulangkan kuasa itu kepada Allah dengan JIHAD, PERANG dan REVOLUSI. Umat Islam diperintahkan supaya melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi untuk menentang dan meruntuhkan seluruh kekuatan dan kekuasaan kufur dan orang-orang kafir untuk diganti dan ditegakkan kerajaan Islam dan kekuatan Islam di bumi. Allah s.w.t. mengutuskan Rasul-Nya untuk mengembangkan agama yang benar supaya ia mengatasi, menunduk dan menguasai ke atas semua agama dan falsafah hidup, termasuklah sistem hidup Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis yang sedang kita amalkan sekarang ini bukan hanya terhad setakat dakwah demi dakwah sahaja, tetapi melalui Jihad, Perang dan Revolusi.

Apabila Islam menjadi teragung, berkuasa dan memerintah, hanya undang-undang Islam sahaja yang berkuat kuasa ke atas manusia dalam segala bidang kehidupan manusia dengan mengenepikan segala undang-undang Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis dan seluruh undang-undang manusia yang lain. Kuasa politik menjadi hak dan monopoli kaum Muslimin sahaja sedangkan orang-orang kafir tidak berhak ke atas kuasa politik, mereka tidak boleh menjadi pemimpin-pemimpin dan tidak boleh berkongsi kuasa dalam politik negara. Segala dasar hanya diputus dan disusunkan oleh kaum Muslim sahaja - orang-orang kafir hanya menerima kepimpinan kaum Muslim dengan mentaati dan tunduk kepada segala dasar dan detail pentadbiran yang dirancang, dikonsepsi dan dijalankan hanya oleh kita (kaum Muslim) sahaja. Inilah yang dikehendaki Allah s.w.t.

Isu yang paling utama dalam pembentukan sesuatu masyarakat ialah isu KEPIMPINAN – kepimpinan Allah atau kepimpinan para Taghut! Siapakah yang berkuasa dan memimpin dalam sistem politik negara dan siapakah yang berkuasa dan memimpin ke atas masyarakat dan manusia? Apabila Islam berkuasa dan memimpin, itu bererti ketaatan dan kepatuhan manusia itu hanyalah kepada ideologi, pemikiran, perundangan dan sistem hidup daripada Allah sahaja dengan sekali gus menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap segala ideologi, pemikiran, perundangan dan sistem hidup manusia. Isu kepimpinan adalah ISU ISLAM yang “fundamental” dalam kehidupan umat manusia. Inilah isu kalimah ﻵﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan inilah tanggungjawab yang dibebankan ke atas setiap orang yang berpegang teguh dan beriman kepada kalimah ﻵﻟﻪﺍﻷﺍﷲ!

Firman Allah : al-Baqarah 257 

Allah itulah pemimpin bagi orang-orang yang beriman yang mengeluarkan mereka daripada kegelapan-kegelapan kepada nur, sedangkan orang-orang kafir pemimpin mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka daripada nur kepada kegelapan. Mereka itulah penghuni-penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya,

Masalah masyarakat manusia ialah masalah KEPIMPINAN – iaitu kepemimpinan Allah atau Taghut. Allah sahaja yang memimpin manusia kepada kebaikan, kebajikan, keselamatan, keadilan, keamanan, kebebasan dan kesempurnaan, sedangkan Taghut memimpin manusia kepada penindasan, kezaliman, kejahatan, ancaman, pencerobohan, kejahatan dan kerosakan. Kewajipan kita ialah untuk MEMERANGI kepemimpinan Taghut untuk digantikan dengan kepemimpinan Allah. Umat Islam di Malaysia sekarang sedang berada di bawah kepemimpinan Taghut yang disifatkan Allah sebagai zalim, menindas dan buta, dan kita adalah berkewajipan untuk memerangi dan menghancurkan kepemimpinan Taghut ini untuk diganti dengan kepemimpinan Allah.

Tidak ada alternatif yang lain dalam mempastikan ketaatan dan kepatuhan seluruh umat manusia kepada sistem hidup daripada Allah dan kepada agama yang benar, melainkan dengan mewujudkan kekuasaan Allah di bawah satu Negara Islam melalui Metod Allah yang berdasarkan kepada al-Quran, Sunnah dan Sirah.

Firman Allah : al-Imran 101, 110 
Dan bagai mana kamu sanggup menjadi kafir , sedangkan kamu dibaca ayat-ayat Allah kepada kamu dan Rasul-Nya berada di tengah-tengah kamu ? Siapa yang berpegang teguh kepada Allah maka bererti dia telah diberi hidayat kepada jalan yang lurus .


Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk memimpin manusia. Kamu menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaranr serta kamu beriman kepada Allah.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Umat Muslimin telah diwujudkan untuk memimpin umat manusia. Oleh itu bagai mana mereka mungkin bertemu dengan Jahiliyah, sedangkan tujuan kedatangan mereka ialah untuk mengubahkan Jahiliyah dan menghubungkan umat manusia dengan Allah? Apabila umat Muslimin meninggalkan tugas kepimpinan ini, maka apakah erti kewujudan mereka? Bukankah dalam keadaan ini kewujudan mereka tidak mempunyai apa-apa matlamat lagi?

Umat Islam telah dilahir untuk memegang teraju kepimpinan, iaitu kepimpinan ke arah kefahaman dan pandangan yang betul, kepercayaan dan perasaan yang betul, ke arah akhlak dan peraturan yang betul dan ke arah penyusunan masyarakat yang betul. Di bawah bayangan kedudukan-kedudukan yang betul ini dapatlah akal itu berkembang subur, dapat berkenalan dengan alam buana, dapat mengetahui rahsia-rahsianya dan menggunakan kekuatan-kekuatan dan tebaga-tenaganya yang tersimpan itu, tetapi kepimpinan asasi yang membenar dan menguasai semua kekuatan dan tenaga ini, yang mengarah penggunaan kekuatan dan tenaga alam ini untuk kebajikan manusia bukan untuk mengancam mereka dengan kemusnahan dan kebinasaan dan bukan untuk digunakannya bagi memenuhi keinginan-keinginan nafsu kepimpinan, seharusnya itu untuk menegakkan keimanan dan di atas kepimpinan inilah seharusnya kelompok Muslimin itu berdiri teguh dengan berpedomankan kepada arahan Allah bukannya arahan mana-mana hamba Allah yang lain.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Imran)
Inilah hakikat yang harus difahami oleh seluruh umat Muslimin supaya mereka mengenal hakikat diri mereka dan menyedari bahawa mereka adalah dilahirkan Allah untuk menjadi angkatan barisan hadapan yang memegang teraju kepimpinan (umat manusia) dengan sebab mereka merupakan sebaik-baik umat, sedangkan Allah pula mahu kepimpinan di bumi ini dipegang oleh kebaikan bukan kejahatan. Oleh sebab itulah umat Muslimin tidak seharusnya menerima kepimpinan umat-umat Jahiliyah yang lain, malah yang seharusnya bagi mereka buat selama-lamanya ialah memberi kepada umat-umat ini sumbangan-sumbangan yang ada pada mereka dan seharusnya mereka sentiasa mempunyai sumbangan-sumbangan untuk diberikan kepada umat-umat itu dalam bentuk kepercayaan yang betul, kefahaman yang betul, sistem hidup yang betul, akhlak yang betul, pengetahuan yang betul dan sains yang betul. Inilah kewajipan umat Muslimin yang diwajibkan oleh kedudukan dan matlamat kewujudan mereka. Kewajipan mereka ialah berada selama-lamanya di barisan hadapan dan selama-lamanya memegang teraju kepimpinan. Kedudukan ini mempunyai tanggungjawab-tanggungjawabnya. Oleh itu kedudukan ini tidak diambil dengan semata-mata dakwaan, ia tidak diserahkan kepada mereka melainkan kerana mereka layak memikulnya. Dengan kefahaman kepercayaan mereka dan dengan sistem kemasyarakatan mereka, mereka adalah layak memikul tugas kepimpinan itu. Dan yang masih tinggal dan harus diusahakan mereka ialah supaya mereka juga layak memikul tugas kepimpinan itu dengan kemajuan mereka di bidang keilmuan dan pembangunan-pembangunan di bumi sebagai menyempurnakan tugas khalifah mereka. Dari sini nyatalah bahawa sistem hidup umat Muslimin ini menuntut mereka melaksanakan banyak perkara dan mendorong mereka supaya mendahului (umat-umat ysng lain) di dalam segala bidang jika mereka benar-benar mengikut dan mematuhi sistem hidup Ilahi itu dan memahami kehendak-kehandak dan tugas-tugasnya.

Keperluan pertama daripada keperluan-keperluan dan kedudukan kepimpinan ini ialah mereka harus memelihara kehidupan manusia daripada kejahatan dan kerosakan dan mereka harus mempunyai kekuatan yang membolehkan mereka menyuruh manusia melakukan kemakrufan dan melarang mereka melakukan kemungkaran, kerana merekalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk memimpin umat manusia. Mereka dipilih Allah bukan kerana mengambil hati atau pilih kasih, dan bukan pula secara kebetulan atau sembarangan – Maha Suci Allah daripada segala perbuatan ini – dan bukan kerana tujuan mengagih-agihkan iktisas dan penghormatan sebagai mana yang pernah didakwa oleh ahlil kitab :

“Kami adalah anak-anak Allah dan para kekasih-Nya.”

Tidak! Sekali-kali tidak! Malah mereka dipilih untuk melaksanakan tindakan-tindakan positif bagi memelihara kehidupan manusia daripada kemungkaran dan menegakkannya di atas dasar kemakrufan serta keimanan yang menggariskan kemakrufan dan kemungkaran itu.

Abul a’la al-Maududi (Asas akhlak dan pergerakan Islamiyah) :
“Setiap orang yang mempunyai wawasan yang minima tentang masalah-masalah hidup umat manusia tentu menyedari bahawa masalah yang menjadi asas kepada isu baik atau buruk urusan hidup manusia ialah masalah kepimpinan urusan hidup manusia dan siapakah yang memegang kepimpinan itu. Persoalan ini sama dengan yang kita lihat pada perjalanan kereta api, iaitu ia tidak berjalan melainkan ke arah yang dipandu oleh pemandunya dan para penumpang mahu tidak mahu terpaksa menenruskan perjalanan mereka ke arah itu. Begitulah juga kereta api ketamadunan manusia terpaksa berjalan ke arah yang ditujukan oleh mereka yang memegang kemudi tamadun itu. Satu hakikat yang amat jelas ialah keseluruhnya umat manusia sama sekali tidak beruapaya untuk tidak ikut berjalan di atas rel yang telah diatur oleh para pemimpin memegang seluruh sarana dan sumber kuasa di bumi ini, meneraju seluruh urusan-urusan, memegang kuasa mutlak dalam pentadbiran urusan manusia, di mana orang ramai meletakkan keselamatan jiwa dan harapan-harapan mereka kepada para pemimpin ini. Mereka juga menguasai alat-alat pembentukan fikiran-fikiran dan teori-teori dan meletakkannya dalam acuan-acuan yang dikehendaki mereka. Di tangan merekalah terletak urusan membentuk tabiat individu, membentuk sistem masyarakat dan menentukan nilai-nilai akhlak. Oleh sebab itu jika para pemimpin itu terdiri daripada tokoh-tokoh yang beriman kepada Allah dan memperhitungkan hisab Allah, maka tidak syak lagi seluruh sistem hidup akan berjalan di jalan yang baik dan betul dan golongan orang-orang yang berakhlak buruk dan jahat dapat kembali kepada ajaran-ajaran agama dan dapat membetulkan diri mereka, begitu juga kebaikan-kebaikan akan tumbuh dan bertambah subur. Di waktu itu keberkesanan masyarakat setidak-tidaknya dapat mengawal pertumbuhan kejahatan jika ia tidak dapat menghapus dan mengikiskan kesan-kesan kejahatan itu. Tetapi jika teraju dan kuasa kepimpinan itu berada dalam tangan pemimpin-pemimpin yang menyeleweng daripada ajaran-ajaran Allah dan Rasul-Nya, yang menjadi pendorong hawa nafsu terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang jahat dan zalim, maka tidak syak lagi seluruh sistem hidup masyarakat itu akan berjalan di jalan yang zalim, keji dan keterlaluan, dan bibit-bibit kerosakan dan kucar kacir akan menjalar ke dalam fikiran-fikiran, teoti-teori, ilmu pengetahuan, kesusasteraan, politik, kemajuan, kebudayaan, tamadun, akhlak, urusan niaga, keadilan dan seluruh undang-undang dan peraturan. Pertumbuhan kejahatan akan terus subur dan bertambah buruk.”

Saiyyid Qutb dan Maududi menghuraikan bahawa umat Islam adalah umat yang termulia dan teragung yang dilahirkan Allah untuk MEMIMPIN seluruh umat manusia, Islam mahupun bukan Islam seluruhnya di dunia. Kita adalah diamanah dan diperintahkan Allah untuk MEMIMPIN seluruh orang-orang Kristian, Yahudi, dan ‘orang-orang putih’ di mana sahaja mereka berada  di Amerika atau di Eropah, serta untuk memimpin seluruh orang-orang Cina di dunia - di Cina, di Singapura atau di Malaysia. Mereka ini kesemuanya tidak boleh memimpin kita, kita tidak boleh berada di bawah telunjuk mereka, Allah menghendaki supaya merekalah yang semestinya berada di bawah telunjuk kita. Allah memerintahkan kita supaya MEMAKSA mereka agar mereka itu kesemuanya tunduk, mengalah dan taat kepada kita dengan Jihad, Perang dan Revolusi.

Firman Allah: ali-Imran 28, 118, 149 
Janganlah orang-orang Mukmin mengambil orang-orang kafir sebagai pemimpin melebihi daripada orang-orang mukmin.


Wahai orang-orang beriman, jangan kamu ambil sebagai "confidant" selain daripadamu. 

Wahai orang-orang beriman, jika kamu ikut orang-orang kafir nescaya mereka mengembalikan kamu kafir.

Firman Allah: al-Maidah 51 

Wahai orang-orang beriman, jangan engkau angkat Yahudi dan Nasrani menjadi wali. Sebahagian mereka menjadi wali kepada yang lain. Barang siapa mengangkat mereka di antara kamu, sesungguhnya ia termasuk golongan mereka. Allah tiada menunjuki kaum yang zalim.

Firman Allah : al-Ahzab 1 

Wahai Nabi ! Tetaplah bertaqwa kepada Allah, dan janganlah engkau patuh orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Firman Allah: an-Nisa 144 

Wahai orang-orang beriman, jangan engkau mengangkat orang-orang kafir menjadi pemimpin.

Firman Allah :al-A’raf 3 

Ikutilah segala apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu dan janganlah kamu ikuti pimpinan-pimpinan yang lain daripada Allah , sedikit sekali kaum mengambil peringatan.

Allah tidak membenarkan kita untuk dipimpin oleh orang-orang kafir. Kita tidak boleh membiarkan diri kita untuk berada di bawah telunjuk orang-orang kafir. Allah memerintah kita supaya kita menjadi pemimpin-pemimpin kepada mereka. Allah juga tidak membenarkan kita untuk berkongsi kuasa dengan mereka. Mereka tidak boleh jadi pemimpin-pemimpin dalam sesebuah Negara Islam walaupun sekadar pemimpin-pemimpin kecil sahaja pun. Kuasa politik dalam sesebuah negara itu hanyalah hak, monopoli dan eksklusif untuk umat Islam sahaja, orang-orang kafir hendaklah menerima, taat dan patuh kepada kepimpinan kaum Muslimin dengan redha atau terpaksa. Kita tidak boleh menganggotai pertubuhan-petubuhan antarabangsa dunia yang dipimpin oleh orang-orang kafir seperti PBB, atau pertubuhan-pertubuhan Islam yang menjadi boneka kepada kuasa-kuasa kafir dunia seperti OIC, kerana kesemuanya ini bererti tunduk dan dikuasai oleh orang-orang kafir dan pemikiran-pemikiran kufur .

Ayat-ayat ini juga bermaksud bahawa pemimpin-pemimpin Muslim tidak dibenarkan untuk memimpin umat Islam dan seluruh umat manusia dengan undang-undang, peraturan-peraturan, sistem-sistem, pemikiran-pemikiran dan ideologi-ideologi yang selain daripada Allah kerana ini juga bermakna menerima kepimpinan orang-orang kafir. Para pemimpin yang beragama Islam yang sedang berkuasa dan memerintah di dalam negara Malaysia kita ini adalah para pemimpin dan pemerintah yang disifatkan Allah sebagai zalim dan menindas serta sesat dan buta dan justeru mereka ini disifatkan Allah sebagai telah dan sedang melakukan penindasan, kezaliman, pencerobohan, ancaman, kejahatan dan kerosakan ke atas seluruh umat manusia di bumi kerana mereka memerintah negara kita ini dengan peraturan dan undang-undang manusia dan dengan pemikiran dan ideologi Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis yang kesemuanya ini adalah syirik dan kufur ciptaan manusia daripada Barat. 

Bagai manakah cara-caranya yang membolehkan kita untuk meletakkan diri kita sebagai pemimpin-pemimpin mereka sedangkan kita sedia maklum bahawa mereka sekali-kali tidak akan menjemput kita untuk memimpin mereka? Malah mereka sentiasa menyimpan cita-cita yang kuat untuk mengatasi dan memimpin kita mengikut hawa nafsu mereka. Allah memerintahkan kita dengan tegas, jelas dan nyata sekali supaya kita BERJIHAD dan BERPERANG untuk menghapuskan kepemimpinan orang-orang kafir. Kita diperintahkan Allah untuk BERJIHAD dan BERPERANG agar kita menjadi umat yang paling kuat dan berkuasa dalam politik dan pemerintahan negara. Kita diperintahkan Allah untuk BERJIHAD dan BERPERANG supaya kita dapat mengatasi dan menundukkan mereka kepada kekuatan dan kekuasaan kita yang membolehkan kita untuk memimpin dan membimbing mereka kepada keadilan, kebebasan dan keamanan mengikut pengukuran-pengukuran dan neraca-neraca pertimbangan daripada Allah. Ini adalah konsep Islam dan peraturan Islam yang berbentuk praktikal, sempurna dan bijaksana daripada Allah dan Rasul-Nya.

Apabila kita berada di bawah kepemimpinan orang-orang kafir atau di bawah kepimpinan orang-orang Islam yang menjalankan ideologi, undang-undang, peraturan-peraturan dan sistem-sistem yang syirik dan kufur, kesemuanya ini bermakna kita berada dalam ‘kesesatan dan ‘kebutaan’  serta ‘penindasan’ dan ‘kerosakan’ yang besar kerana kepemimpinan mereka itu disifatkan Allah sebagai kesesatan, kebutaan,  penindasan, kezaliman, ancaman, pencerobohan, kejahatan dan kerosakan. Allah memerintahkan kita supaya kita melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi ke atas kekuatan dan kekuasaan orang-orang kafir dan juga ke atas kerajan-kerajaan umat Islam yang dipimpin oleh orang-orang Islam sendiri yang tidak menjalankan peraturan dan undang-undang Allah yang menjadikan kerajaan itu sebagai kerajaan yang syirik dan kufur supaya terhapusnya ‘kesesatan’ dan ‘kebutaan’ serta ‘penindasan’ dan ‘kerosakan’ itu sehinggalah seluruh kekuatan dan kekuasaan itu hanyalah menjadi hak dan milik Allah sahaja di bumi.

Firman Allah : ar-Raad 19 

Apakah orang yang mengetahui bahawa apa yang diturunkan kepadamu daripada Tuhanmua itu adalah benar sama dengan orang yang buta? Hanya  orang yang berakal sahaja dapat mengambil pengajaran.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Di dalam surah ini juga terdapat ayat-ayat yang seperti ini juga yang menerangkan hakikat kekufuran. Ayat-ayat ini menjelaskan bahawa kekufuran itu suatu kebutaan dan kematian mata hati. Sementara hidayat menandakan diri manusia itu terselamat daripada kebutaan, juga menandakan daya-daya pemikirannya berada dalam keadaan selamat. Ayat-ayat itu juga menerangkan bahawa di dalam lembaran alam buana ini terdapat bukti-bukti yang menunjukkan kebenaran kepada mereka yang berfikir dan menggunakan akal.

Andainya orang-orang yang tidak beriman kepada ajaran yang benar ini disifatkan sebagai orang-orang buta dengan pengakuan daripada Allah, maka tentulah tidak seharusnya bagi seseorang Muslim, yang mendakwa beriman kepada Rasulullah saw dan beriman bahawa al-Quran ini wahyu daripada Allah, menerima sesuatu peraturan dalam mana-mana urusan hidupnya daripada manusia yang buta itu terutama dalam urusan yang ada hubungan dengan peraturan-peraturan yang mengendali dan mentadbirkan kehidupan manusia atau dengan nilai-nilai dan ukuran-ukuran yang menjadi asas hidup mereka atau mempunyai hubungan dengan adab resam, tingkah laku dan adab sopan yang menguasai masyarakat mereka.

Perbuatan mengakui kesahihan sesuatu sistem atau sesuatu undang-undang atau sistem pemerintahan yang diciptakan oleh yang lain daripada Allah adalah terkeluar daripada lingkungan Islam kerana Allah, lantaran Islam kerana Allah, ialah menumpukan ketaatan dan kepatuhan kepada Allah Yang Maha Esa sahaja.

Pengakuan ini selain bertentangan secara pasti dengan konsep Islam yang asasi, maka dalam waktu yang sama juga bererti menyerahkan teraju Khilafah di bumi ini kepada orang-orang yang buta, iaitu orang-orang yang membatalkan perjanjian Allah yang telah dimeteraikannya dan memutuskan apa yang telah diperintahkan Allah supaya disambungkannya dan melakukan kerosakan di bumi. Oleh kerana itu kerosakan di bumi mempunyai pertalian yang amat rapat dengan kepimpinan orang-orang buta!

Umat manusia telah menderita di sepanjang sejarahnya kerana mereka terumbang ambaing dan meraba-raba di antara berbagai-bagai sistem peraturan dan undang-undang yang dipimpin oleh orang-orang yang buta, iaitu orang yang memakai baju ahli falsafah, ahli fikir, ahli undang-undang dan ahli-ahli politik di sepanjang abad. Manusia tidak pernah bahagia dan insaniyah mereka tidak pernah meningkat, mereka tidak pernah mencapai tahap sebagai Khalifah Allah di muka bumi melainkan di bawah naungan sistem Rabbani di dalam beberapa waktu ketika mereka kembali kepada sistem yang lurus itu. 

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa Allah menyifatkan para pemimpin kita yang tidak menjalankan peraturan dan undang-undang Allah sebagai orang-orang buta! Para pemimpin kita dan Raja-Raja Melayu kita yang tidak menjalankan peraturan dan undang-undang Allah dan yang menjalankan peraturan dan undang-undang manusia serta seluruh umat Islam kita yang berada di bawah pemerintahan mereka ini yang menyetujui dan meredhai segala peraturan dan undang-undang  manusia ini adalah kesemuanya disifatkan Allah sebagai orang-orang buta, orang-orang yang tidak mendapat hidayat dan orang-orang yang sesat daripada jalan yang benar. Seluruh umat Islam di Malaysia kita ini adalah orang-orang buta di sisi Allah swt kerana kita ini kesemuanya adalah dipimpin oleh para pemimpin kita yang buta. Ini adalah satu situasi yang amat malang dan tragis sekali yang wujud dan berlaku di dalam negara Malaysia kita ini kini kerana ianya adalah satu situasi si buta adalah dipimpin oleh si buta yang lain. Kalaulah sudah begini keadaan kita, sudah tentu kita tidak boleh berharap untuk menjadi umat nombor satu di bumi kita ini! 

Firman Allah : at-Taubah 33 

Allah mengutuskan Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar supaya dimenangkannya ke atas seluruh agama yang lain walaupun orang-orang musyrikin tidak menyetujuinya.

Bagaimanakah Allah MEMENANGKAN agama kita ke atas orang-orang kafir? Janji Allah untuk MEMENANGKAN kita untuk mengatasi orang-orang kafir tidak akan berlaku selagi kita kekal dalam keadaan kita yang bingung dan hina ini yang terus menerus berlumba-lumba untuk bertuankan kepada peraturan dan undang-undang ciptaan orang-orang kafir. Janji Allah untuk MEMENANGKAN kita ke atas mereka akan hanyalah berlaku setelah kita membebas dan melepaskan diri kita daripada belenggu kekuasaan dan pemerintahan ciptaan orang-orang kafir, setelah kita membebaskan diri kita daripada pengabdian kita kepada kuasa mereka, setelah kita tidak lagi mengalah, akur dan tunduk kepada kekuatan dan kekuasaan mereka dan kepada ideologi dan pemikiran mereka, setelah kita memisah dan mengasingkan diri kita daripada kumpulan mereka dan daripada kepimpinan mereka, setelah kita berada di dalam komuniti atau kumpulan orang-orang yang beriman yang baru, setelah kita bernaung di bawah kepimpinan muttaqi yang baru dan setelah kita menafi, menolak, mengingkari dan menentang kekuasaan dan kekuatan kufur ini dengan aktif dan total. Janji Allah untuk MEMENANGKAN kita dalam mengatasi mereka akan hanya berlaku dengan kesedaran, perjuangan dan tindakan dalam bentuk Jihad, Perang dan Revolusi!

Firman Allah: at-Taubah 40 

Dan Allah menjadikan perkataan orang-orang kafir terkebawah dan perkataan Allah tertinggi. Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.

Allah s.w.t. menghendaki supaya perkataan Allah atau hukum Allah itu mengatasi dan menundukkan hukum-hukum yang selain daripada Allah. Islam dimaksudkan oleh Allah s.w.t. untuk wujud hanya dalam keadaan dan status yang melambangkan "superiority" sahaja di sepanjang kewujudannya itu di bahagian dan di daerah mana sekalipun di dunia ini, dan dalam situasi dan iklim sosio-politik yang sebagaimana sulit dan menekan sekalipun. Bagi kita di Malaysia ini, kita dapati suatu situasi di mana undang-undang sekular ciptaan manusia dengan ketaranya sedang mengatasi dan menundukkan undang-undang Islam dalam hal ehwal keluarga, nikah kahwin dan pusaka, manakala dalam hal-hal politik, ekonomi, sosial, moral dan perhubungan antarabangsa, tidak pernah wujud langsung undang-undang Islam di bawah mana-mana akta dan enakmen sekalipun – ini bererti perkataan Allah dan agama Allah sentiasa sahaja dikalah, diperlekeh dan ditundukkan dengan total di sepanjang masa oleh perkataan manusia dan agama manusia dalam sistem pemerintahan demokrasi di dalam negara Malaysia kita ini. Agama Allah bukanlah agama yang berkuasa dan berdaulat, dan agama Allah bukanlah agama yang agung dan tertinggi di dalam negara Malaysia kita ini, sebaliknya agama manusialah yang berkuasa dan berdaulat, agama manusialah yang tertinggi dan teragung yang mengatasi dan menundukkan agama Allah. Ini adalah satu kesyirikan dan kekufuran terhadap Allah s.w.t.!

Firman Allah: at-Taubah 29, 33 

Perangilah orang-orang yang tidak beriman, mereka tiada mengharamkan apa yang diharamkan Allah dan Rasul-Nya dan tiada pula beragama dengan agama yang benar, (iaitu) diantara ahli-ahli kitab, kecuali jika mereka membayar jizyah dengan tangannya sendiri sedang mereka orang yang tunduk. 

Dia yang mengutus Rasul-Nya dengan petunjuk dan agama yang benar, supaya ditinggikanNya agama itu di atas segala agama, sekali pun benci orang-orang musyrik.

Rasulullah saw telah ditanya mengenai seorang lelaki yang berperang kerana menunjukkan keberanian, dan seorang lagi riak. Manakah di antara peperangan-peperangan itu yang dikatakan berperang kerana sabilullah? Jawab beliau, “barangsiapa yang berperang supaya agama Allah menjadi tinggi, maka dialah berperang kerana sabilullah.”
Daripada Abu Musa ra 



Sesiapa yang berperang supaya agama Allah menjadi agama yang tertinggi maka dialah yang berperang kerana Sabilullah


                                                                   Dikeluarkan oleh Malik dan Syaikhan

(BERSAMBUNG) 

No comments:

Post a Comment