Tuesday 9 October 2012

AMALAN DEMOKRASI MEMBATALKAN SYAHADAH - SIRI PERTAMA


AMALAN DEMOKRASI MEMBATALKAN SYAHADAH

FIrman Allah : al-Baqarah 93 
“Dan (kenangilah ketika) Kami mengikatkan perjanjian dengan kamu dan Kami angkatkan Bukit Tursina ke atas kamu (seraya Kami berfirman) ‘Pegangilah Taurat yang Kami kurniakan kepada kamu dengan teguh dan dengarlah‘, jawab mereka : Kami dengar dan kami derhaka’, hati mereka telah disebatikan dengan patung anak lembu dengan sebab kekufuran mereka.

ALLAH tidak menerima pengakuan keimanan Bani Israil kepada kitab Taurat dengan lisan dan hati mereka kerana pengakuan mereka itu dibatalkan oleh amalan dan perbuatan mereka yang syirik dan kufur lantaran mereka menyembah patung anak lembu. Mereka berkata ‘kami dengar’, iaitu mereka mengaku dengan tutur kata mereka bahawa mereka beriman dengan kitab Taurat, namun dalam waktu yang sama mereka pula berkata ‘kami derhaka’, iaitu mereka ‘berkata’ bukan dalam bentuk lisan dan kata-kata, tetapi mereka ‘berkata’ dalam bentuk amalan dan perbuatan yang mengingkari dan menderhakai Allah kerana mereka menyembah patung anak lembu.

Begitulah juga Allah tidak menerima pengakuan keimanan kita kepada Allah dengan hati dan lisan kita kerana pengakuan kita ini dibatalkan oleh amalan dan perbuatan kita yang syirik dan kufur terhadap Allah kerana kita menyembah Tuhan-tuhan Manusia melalui amalan kita akan sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur ini. Keadaan kita kini adalah sama dengan kesyrikan dan kekufuran Bani Israil seperti mana yang digambarkan di dalam ayat al-Quran seperti yang dipetikkan di atas ini. Namun seluruh kita ini sedikitpun tidak menyedarinya – kita menganggapkan amalan agama demokrasi ini sebagai satu perkara biasa sahaja yang tidak ada kena mengena dengan AQIDAH dan AGAMA, padahal kita kini sedang bergelumang dalam kesyirikan dan kekufuran dengan amat jelas dan terang sekali serta tanpa sebarang keraguan sedikitpun lagi mengikut segala prinsip, konsep dan hukum yang terkandung dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

Kita selesa dan sewenang-wenang sahaja mengamalkan agama demokrasi dengan kefahaman, anggapan dan keyakinan bahawa amalan kita ini langsung tidak ada kena mengena dengan kesempurnaan atau kerosakan Aqidah Islam kita. Padahal kita telah membatalkan SYAHADAH kita kerana kita mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur ini dengan cara kita melakukan perkara-perkara yang syirik dan kufur terhadap Allah mengikut segala hujjah seperti berikut :

1.  Kita telah membatalkan syahadah kita kerana kita telah mengimani, menganuti dan mengamalkan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia dengan meminggirkan Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ;

2.  Kita telah membatalkan syahadah kita kerana kita mencari Tuhan-tuhan yang selain daripada Allah;.

3.  Kita telah membatalkan syahadah kita kerana kita telah mempersekutukan Allah apabila kita melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan kita dan kita mengadakan segala peraturan dan undang-undang manusia yang berkuat kuasa ke atas kita dan yang ditaati oleh kita;

4  Kita telah membatalkan syahadah kita kerana kita melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita sebagai Raja-Raja kita, Hakim-hakim kita dan Pelindung-pelindung kita, sedangkan kita menolak Allah swt sebagai Raja, Hakim dan Pelindung kita;

5. Kita telah membatalkan syahadah kita kerana kita membuat segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah;

6.  Kita telah membatalkan syahadah kita kerana kita menjalankan segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah;

7. Kita telah membatalkan syahadah kita kerana kita menghukum manusia dengan segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah;

8. Kita telah membatalkan syahadah kita kerana kita menghendaki dan mengingini segala peraturan dan undang-undang manusia serta kita menyetujui dan meredhainya;

9. Kita telah membatalkan syahadah kita kerana kita telah mewujudkan sistem pengabdian manusia kepada kekuasaan manusia yang mengkufur ingkarkan Allah;

10.Kita telah membatalkan syahadah kita kerana kita telah menyembah manusia dan tidak menyembah Allah kerana kita mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang manusia;

11.Kita telah membatalkan syahadah kita kerana kita mencintai sekutu-sekutu Allah sama dengan kecintaan kita kepada Allah;

12. Kita telah membatalkan syahadah kita kerana kita dipimpin oleh para pemimpin kita yang jahat yang sedang memimpin kita kepada kesyirikan dan kekufuran serta kerosakan dan kebinasaan di dunia dan mereka kini juga sedang memimpin kita untuk menuju kepada neraka Jahanam di Akhirat kelak;

13.Kita telah membatalkan syahadah kita kerana kita mencari dan mengamalkan agama yang lain di samping kita tetap juga masih mengimani, menganuti dan mengamalkan agama Allah;

14.Kita telah membatalkan syahadah kita kerana kita mempercayai bahawa demokrasi ini adalah Islam dan mengamalkannya adalah sesuatu yang sememangnya dibenar dan dibolehkan dalam Islam;

15.Kita telah membatalkan syahadah kita kerana kita telah mendustakan ayat-ayat keterangan Allah yang soreh, mukam dan qot’ie;

16.Kita telah membatalkan syahadah kita kerana kita telah menjadikan diri kita sebagai para pendukung dan orang-orang yang mempertahankan agama demokrasi yang syirik dan kufur ini;

17.Kita telah membatalkan syahadah kita kerana kita tidak melakukan takfir terhadap agama demokrasi;

18.Kita telah membatalkan syahadah kita kerana metod perjuangan umat Islam di Malaysia melalui amalan sistem politik demokrasi adalah berbeza dan berkontradiksi dengan metod perjuangan Rasulullah saw.

Demokrasi adalah agama manusia yang kafir. Para pengamal sistem politik demokrasi adalah orang-orang yang mengamalkan agama manusia yang kafir – mereka telah membatalkan syahadah mereka yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah dan yang menjadikan diri mereka sebagai orang-orang kafir. Demikianlah juga dengan UMNO dan PAS serta seluruh parti politik yang lain – mereka telah membatalkan syahadah mereka yang mengeluarkan seluruh mereka daripada agama Allah dan yang memasukkan seluruh mereka ke dalam agama manusia yang kafir, tidak kerana yang lain melainkan kerana mereka mengamalkan agama demokrasi yang kafir yang melibatkan mereka untuk melakukan berbagai-bagai tindakan dan perkara yang kafir.


1. KITA TELAH MEMBATALKAN SYAHADAH KITA KERANA KITA TELAH MENGIMANI, MENGANUTI DAN MENGAMALKAN ULUHIYAH DAN RUBUBIYAH MANUSIA SEBALIKNYA KITA MEMINGGIRKAN ULUHIYAH DAN RUBUBIYAH ALLAH DAN KALIMAH ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ .

Undang-udang yang dijalan dan dikuat kuasakan di dalam negara Malaysia kita ini adalah undang-undang manusia yang dibuat dan diluluskan oleh Parlimen dan Dun. Ini adalah sistem pemerintahan Toghut yang diasaskan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia dan ia menolak dan mengingkari Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah Laailaahaillallah.

Amalan agama demokrasi serta keredhaan kita kepadanya telah membatalkan syahadah kita kerana ianya bererti bahawa kita mengimani, menganuti dan mengamalkan ULUHIYAH DAN RUBUBIYAH MANUSIA yang wujud dan beroperasi dalam sistem politik kita ini, iaitu kita telah mengimani, menganuti dan mengamalkan agama manusia yang syirik dan kufur, selain daripada itu ianya juga bererti bahawa kita telah menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap ULUHIYAH dan RUBUBIYAH ALLAH dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ - kedua-dua gejala ini tiadalah yang lain melainkan hanya bererti kesyirikan dan kekufuran kepada kita yang mengeluarkan kita daripada agama Allah.

Firman Allah : an--Nisa 13, 14 
Itulah batas-batas hukum Allah dan sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya nescaya Allah masukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan mereka hidup kekal abadi di dalamnya dan itulah kejayaan yang amat besar.

Dan sesiap yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar batas-batas hokum-Nya yang telah ditentukan-Nya nescaya Allah masukkannya ke dalam neraka dan kekal hidup abadi di dalamnya, dan ia mendapat azab yang menghinakan.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – Nisa) :
Yang menjadi persoalan dalam agama Islam, malah dalam seluruh agama Allah sejak Allah mengutuskan para Rasul-Nya daripada permulaan sejarah manusia ialah siapakah yang memiliki hak Uluhiyah di bumi ini? Dan siapakah yang memiliki hak Rububiyah terhadap manusia?

Daripada jawapan terhadap dua pernyataan inilah lahirnya hakikat segala sesuatu dalam poerjalanan agama Islam ini dan dalam urusan manusia seluruhnya.
Siapakah yang memiliki hak Uluhiyah di bumi ini? Siapakah yang memiliki hak Rububiyah? Uluhiyah dan Rububiyah adalah milik Allah Yang Maha Esa sahaja dan tiada siapa daripada makhluk-Nya yang menjadi sekutu-Nya. Itulah keimanan, itulah Islam dan itulah agama yang sebenar.

Andainya dikatakan Uluhiyah dan Rububiyah itu milik bagi Allah serta sekutu-sekutu-Nya daripada makhluk-Nya atau milik bagi sekutu-sekutu daripada makhluk tanpa Allah, maka itulah kesyirikan dan kekafiran yang jelas .

Jika Uluhiyah dan Rububiyah itu dipercayai milik Allah Yang Maha Esa sahaja maka itulah sifat keagamaan daripada para hamba kepada Allah Yang Maha Esa, itulah Ubudiyah daripada manusia kepada Allah Yang Maha Esa sahaja, itulah ketaatan daripada manusia kepada Allah Yang Maha Esa sahaja dan itulah kepatuhan kepada sistem hidup Allah Yang Maha Esa sahaja tanpa sebarang sekutu. Allah sahaja yang berhak memilih sistem hidup yang tertentu bagi manusia. Dialah sahaja yang berhak mengaturkan undang-undang bagi mereka. Dialah sahaja yang berhak menetapkan neraca-neraca ukuran, nilai-nilai, peraturan-peraturan hidup dan sistem-sistem masyarakat bagi manusia. Tiada siapa yang lain daripada Allah samada berupa individu-individu atau kelompok-kelompok mempunyai sesuatu daripada hak yang seperti ini kecuali dengan berlandaskan syariat Allah, kerana hak ini merupakan kehendak yang wajib bagi Uluhiyah dan Rububiyah, juga merupakan gejalanya yang nyata dan yang menentukan cirri-cirinya yang khusus.

Adapun jika Uluhiyah dan Rububiyah itu dipercayai milik kepada mana-mana makhluk Allah samada secara berkongsi dengan Allah atau bersendirian tanpa Allah, maka itulah sifat keagamaan daripada hamba kepada yang lain daripada Allah, itulah Ubudiyah daripada manusia kepada yang lain daripada Allah, itulah ketaatan manusia kepada yang lain daripada Allah, iaitu ketaatan dalam bentuk mengikut dan mematuhi sistem-sistem, peraturan-peraturan, undang-undang, nilai-nilai dan neraca-neraca ukuran yang digariskan oleh manusia tanpa berlandaskan kitab Allah dan kuatkuasa-Nya malah berlandaskan sandaran-sandaran yang lain yang menjadi sumber kuasa yang diambil oleh mereka. Oleh sebab itu di sini tidak ada agama, tidak ada iman dan tidak Islam, malah yang ada ialah kesyirikan, kekafiran, kefasikan dan penderhakaan.

Inilah keseluruhan persoalan dan hakikatnya. Oleh sebab itu perlanggaran terhadap batas-batas hukum-hukum Allah adalah dikira sama sahaja samada melanggar satu undang-undang atau melanggar semua undang-undang, kerana persoalan itu satu sahaja, iaitu persoalan agama mengikut pengertian tadi dan seluruh undang-undang syariat itu adalah agama belaka. Yang dikira di sini ialah dasar yang dipegang manusia. Adakah dasar itu membulatkan Uluhiyah dan Rububiyah dengan segala cirri-cirinya kepada Allah Yang Maha Esa atau mempersekutukan-Nya dengan seseorang yang lain daripada makhluk-Nya walaupun mereka mendakwa menganut agama Islam dan walaupun lidah mereka mengaku sebagai orang-orang Islam.

Saiyyid Qutb membuat satu pengamatan bahawa kriteria yang menentukan keIslaman atau kekufuran sesuatu kerajaan dan pemerintahan itu adalah konsep-konsep ULUHIYAH dan RUBUBIYAH – iaitu persoalan siapakah yang memiliki Uluhiyah dan Rububiyah di dalam sesuatu kerajaan dan pemerintahan. Sekiranya Uluhiyah dan Rububiyah di dalam sesebuah kerajaan itu adalah milik dan hak Allah, kerajaan itu adalah kerajaan Allah, sebaliknya sekiranya Uluhiyah dan Rububiyah di dalam sesebuah kerajaan itu adalah milik dan hak manusia, kerajaan itu adalah milik dan hak manusia, dan ianya adalah kerajaan dan pemerintahan yang syirik dan kufur.



Seluruh umat Islam di Malaysia kita ini telah membatalkan syahadah kita kerana kita mengamal dan mempraktikkan agama demokrasi dan kita meredhai dan menyetujuinya – kita ini kesemuanya adalah orang-orang yang menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ seperti berikut :

1.Umat Islam mengifradkan sifat RUBUBIYAH kepada manusia yang mempunyai pengertian-pengertian dan impilikasi-implikasi seperti berikut :


1.    Umat Islam mengisbatkan Rububiyah Manusia yang melibatkan mereka dengan KUFUR ISBAT yang mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah kerana mereka mengiktiraf, menyetujui, meredhai dan menerima konsep Rububiyah Manusia;

2.  Umat Islam mengimani, menganuti dan mengamalkan agama yang syirik dan kufur kerana mereka mengamal dan mempraktikan sistem politik demokrasi sedangkan demokrasi kita ini adalah agama, iaitu agama yang syirik dan kufur;

3.  Umat Islam melantik para pemerintah mereka sebagai TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana mereka itu (para pemerintah) mempunyai hak dan kuasa untuk MEMERINTAH ke atas manusia;

4.   Umat Islam melantik para pemerintah mereka sebagai TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana mereka itu (para pemerintah) mempunyai hak dan kuasa untuk membuat dan meluluskan PERATURAN dan UNDANG-UNDANG untuk manusia,

5.   Umat Islam melantik para pemerintah mereka sebagai TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana mereka itu (para pemerintah) mempunyai hak dan kuasa untuk mengabdikan manusia kepada kuasa manusia,

6.  Umat Islam melantik para pemerintah mereka sebagai TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana mereka itu (para pemerintah) mempunyai hak dan kuasa untuk menentu dan menggariskan neraca-neraca pertimbangan dan batas-batas keadilan dan kezaliman dalam kehidupan manusia;

7.  Umat Islam melantik para pemerintah mereka sebagai TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana mereka itu (para pemerintah) mempunyai hak dan kuasa untuk menentu dan menggariskan manakah yang halal dan yang haram, manakah yang baik dan yang buruk, serta manakah pula kemuliaan dan kehinaan dalam kehidupan manusia.

2. Umat Islam yang mengiktiraf dan mengamalkan Rububiyah Manusia yang wujud dalam sistem politik demokrasi ini bererti mereka menafikan sifat Rububiyah Allah yang mempunyai pengertian-pengertian dan impilikasi-implikasi seperti berikut :

1. Umat Islam terlibat dengan KUFUR NAFI kerana mereka menafi dan menolak Rububiyah Allah yang mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah;

2.   Umat Islam menafikan agama Allah yang mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah kerana mereka mengimani, menganuti dan mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur;

3. Umat Islam menafikan Allah sebagai Tuhan yang layak dan berhak untuk berkuasa dan memerintah ke atas manusia kerana mereka menyerahkan hak untuk berkuasa dan memerintah itu kepada manusia;

4.  Umat Islam menafikan Allah sebagai Tuhan yang berhak dan berkuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang untuk manusia kerana mereka menyerahkan hak dan kuasa itu kepada manusia;

5. Umat Islam menafikan Allah sebagai Tuhan yang berhak dan berkuasa untuk mengabdikan manusia kepada kuasa Allah kerana mereka menyerahkan hak dan kuasa itu kepada manusia;

6. Umat Islam menafikan Allah sebagai Tuhan yang berhak dan berkuasa untuk menentu dan menggariskan neraca-neraca pertimbangan dan batas-batas keadilan dan kezaliman dalam kehidupan manusia kerana mereka menyerahkan hak dan kuasa itu kepada manusia;

7. Umat Islam menafikan Allah sebagai Tuhan yang berhak dan berkuasa untuk menentu dan menggariskan yang halal dan haram, baik dan buruk serta kemuliaan dan kehinaan dalam kehidupan manusia.kerana mereka menyerahkan hak dan kuasa itu kepada manusia.

3.Umat Islam mengifradkan sifat Uluhiyah kepada Manusia yang mempunyai pengertian-pengertian dan impilikasi-implikasi seperti berikut :

1.     Umat Islam mengisbatkan Uluhiyah Manusia yang melibatkan mereka itu dengan KUFUR ISBAT yang mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan yang mengeluarkannya daripada agama Allah kerana mereka telah mengiktiraf, menyetujui, meredhai dan menerima konsep Uluhiyah Manusia;

2.    Umat Islam melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang layak dan berhak untuk disembah kerana mereka menyerahkan sifat Uluhiyah kepada manusia.

3.   Umat Islam melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang layak dan berhak untuk disembah kerana segala peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh manusia itu ditaati dan dipatuhi manusia;

4. Umat Islam yang mengiktiraf dan mengamalkan Uluhiyah Manusia mempunyai pengertian bahawa mereka menafikan sifat Uluhiyah Allah yang mempunyai pengertian-pengertian dan impilikasi-implikasi seperti berikut :

1.   Umat Islam terlibat dengan KUFUR NAFI kerana mereka menafi dan menolak Uluhiyah Allah yang mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah;

2.  Umat Islam menafikan Allah sebagai Tuhan yang layak dan berhak untuk disembah kerana mereka menyerahkan sifat Uluhiyah kepada manusia;

3. Umat Islam menafikan Allah sebagai Tuhan yang layak dan berhak untuk disembah kerana mereka tidak mentaati dan mematuhi peraturan dan undang-undang Allah.

5. Mereka tidak mengamalkan konsep-konsep Nafi dan Isbat dalam kehidupan mereka yang mempunyai pengertian-pengertian dan impilikasi-imlikasi seperti berikut :

1. Mereka tidak menafikan Peraturan dan Undang-undang Manusia yang membatalkan syahadah mereka dan yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah;

2. Mereka tidak mengisbatkan Peraturan dan Undang-undang Allah yang membatalkan syahadah mereka dan yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah;

3. Mereka tidak menafikan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang membatalkan syahadah mereka dan yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah;

4.  Mereka tidak mengisbatkan Uluhiyah dan Rububiyah Allah yang membatalkan syahadah mereka dan yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah

Kita telah membatalkan syahadah kita kerana kita menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap Uluhiyah dan Rububiyah Allah, dan kerana kita mengiktiraf, menyetujui, menerima dan meredhai akan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia – kedua-duanya ini bererti kita menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan seluruh kita ini daripada agama Allah. 

Seluruh umat Islam kita yang mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur ini serta kita menyetujui dan meredhainya, adalah orang-orang yang terlibat dengan kesyirikan dan kekufuran yang mengeluarkan kita daripada agama Allah. 

Umat Islam kita adalah terlibat dengan kesyirikan dan kekufuran seperti mana yang diperkatakan di atas ini bukanlah dengan NIAT, IKTIQAD dan QASAD di dalam hati atau melalui ucapan dan kata-kata, tetapi melalui AMALAN dan PERBUATAN, dan kekufuran ini dinamakan dalam Islam sebagai KUFUR AMALIYAH dan bukan KUFUR IKTIQADIYAH. Kesemuanya ini adalah kesyirikan dan kekufuran yang amat jelas dan terang yang sama sekali tidak boleh dipertikaikan lagi mengikut pengertian kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan yang didasarkan kepada dalil-dalil Nas dan Hadis yang kuat dan konkerit.



2. KITA TELAH MEMBATALKAN SYAHADAH KITA KERANA KITA MENCARI TUHAN-TUHAN YANG SELAIN DARIPADA  ALLAH

Allah bukanlah lagi Tuhan kita yang berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas kita, tetapi Tuhan-tuhan kita yang sedang berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas kita di dalam negara demokrasi Malaysia kita ini adalah terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita, mereka ini adalah Tuhan-tuhan kita kerana mereka ini adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas kita, mereka ini adalah Tuhan-tuhan kita kerana mereka adalah orang-orang yang membuat dan meluluskan segala peraturan dan undang-undang dalam seluruh bidang kehidupan manusia, mereka ini adalah Tuhan-tuhan kita kerana mereka menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang ini ke atas kita, mereka ini adalah Tuhan-tuhan yang disembah oleh kita kerana kita mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh mereka, dan mereka ini adalah Tuhan-tuhan kita kerana kita menyetujui dan meredhai mereka.

Tuhan-tuhan Manusia yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita adalah para Taghut yang disifatkan Allah sebagai kafir, zalim dan fasik, dan kita sebagai rakyat biasa yang berada di bawah pemerintahan mereka ini adalah juga disifatkan Allah sebagai orang-orang yang kafir kerana kita telah melantik mereka sebagai Tuhan-tuhan kita dan kita menyetujui dan meredhai mereka ini sebagai Tuhan-tuhan kita.

Firman Allah : al-Anaam 164 
Katakanlah : Apakah wajar bagiku mencari Tuhan yang lain daripada Allah? Sedangkan dia Tuhan segala sesuatu.

Apakah wajar bagi kita untuk mencari Tuhan-tuhan yang selain daripada Allah sedangkan kita masih mengaku beriman dan berpegang teguh kepada syahadah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ Muhammadar Rasulullah, apakah wajar bagi kita untuk mencari Tuhan-tuhan yang selain daripada Allah sedangkan Dialah yang menciptakan manusia dan alam semesta dengan sempurna, Dialah Tuhan Yang Maha Kuasa, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui. Apakah wajar bagi kita untuk mencari Tuhan-tuhan yang selain daripada Allah sedangkan Tuhan-tuhan itu adalah juga diciptakan oleh Allah swt sendiri? Kita kini telah melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita sebagai Tuhan-tuhan kita kerana kita telah menyerahkan kuasa kepada mereka untuk memerintah ke atas kita, kita telah menyerahkan kuasa kepada mereka untuk membuat undang-undang dan kita telah menyerahkan kuasa kepada mereka untuk menguat kuasakan undang-undang mereka ke atas kita. Kita telah menjadikan diri kita sebagai para hamba kepada mereka kerana kita berada  di bawah kuat kuasaan undang-undang mereka, dan kita telah menjadikan diri kita sebagai para penyembah yang menyembah mereka kerana kita mentaati dan mematuhi undang-undang yang dibuat oleh mereka ini. Ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita adalah Tuhan-tuhan Manusia yang kafir, zalim dan fasik, manakala kita ini adalah juga orang-orang yang kafir, zalim dan fasik  kerana kita telah menjadikan diri kita ini sebagai para hamba kepada Tuhan-tuhan Manusia dan tidak kepada Allah, dan kerana kita telah menjadikan diri kita ini sebagai para penyembah yang menyembah mereka. Apakah wajar bagi kita untuk melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita sebagai Tuhan-tuhan kita? Sudah tentu ianya sama sekali tidak wajar!

Firman Allah : al-Anbia 24 
Apakah mereka memilih Tuhan-tuhan yang selain Allah? Katakanlah : Bawalah dalil-dalil kamu. Kitab ini menyebut cerita orang-orang yang semasa denganku di samping menyebut cerita para Rasul sebelumku. Malah  kebanyakan mereka tidak mengetahui Aqidah yang benar, maka kerana itu mereka berpaling daripada-Nya.     

Mengapakah kita memilih manusia sebagai Tuhan-tuhan kita dan mengapakah pula kita mengamalkan sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur ini padahal kedua-duanya inilah yang membatalkan Aqidah kita? Allah memberi jawapan kepada kita bahawa kesemuanya ini adalah kerana kita tidak mengetahui mengenai AQIDAH kita yang benar. Kita tidak memahami dan mengetahui mengenai pengertian Uluhiyah dan Rububiyah Allah serta mengenai Uluhiyah dan Rububiyah Manusia, dan kita tidak memahami dan mengetahui bahawa peraturan dan undang-undang itu adalah agama. Kita tidak mengetahui bahawa apabila kita mengamalkan sistem politik demokrasi, itu bererti bahawa kita kita telah mentaati dan mematuhi peraturan dan undang-undang demokrasi  yang bererti bahawa kita telah menyembah para pemerintah dan penguasa yang membuat undang-undang ini sebagai Tuhan-tuhan kita. Kita juga tidak memahami bahawa apabila kita berada di bawah kuat kuasaan undang-undang demokrasi ini, ianya mempunyai pengertian bahawa kita telah menjadi para hamba kepada para pemerintah dan tidak kepada Allah. Kita tidak mengetahui bahawa kita ini adalah para penyembah yang kafir kerana kita menyembah manusia dan kita ini adalah para hamba yang kafir kerana kita menjadi para hamba kepada manusia. Kesemuanya ini berlaku kerana seluruh umat Islam kita kini, baik di Malaysia mahupun di dunia ini seluruhnya, sudah tidak mengenali mengenai Aqidah kita yang benar dan kita juga tidak mengenali manakah pula aqidah yang batil.

Firman Allah : al-Qasas 38 
Dan berkatalah Firauan : Wahai sekelian pembesar! Aku tidak mengetahui bahawa kamu mempunyai Tuhan yang lain daripada aku. Oleh itu wahai Haman! Bakarlah untukku tanah liat kemudian binakan untukku satu bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku fikir dia itu daripada golongan para pendusta.

Firman Allah : an-Naziat 23, 24 
Lalu ia mengumpulkan (ahli-ahli sihir) dan berseru.
Lalu berkata : Akulah Tuhan kamu yang maha tinggi.

Firaun memiliki sifat RUBUBIYAH yang menjadikan beliau sebagai Tuhan yang berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas manusia, beliau adalah Tuhan yang berkuasa, berdaulat dan membuat segala peraturan dan undang-undang untuk manusia dan beliau adalah Tuhan yang menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang beliau ke atas seluruh umat manusia. Allah menyifatkan Firaun sebagai Taghut yang kafir, zalim dan fasik.

Begitulah juga ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita adalah disifatkan Allah sebagai para Taghut yang kafir, zalim dan fasik kerana mereka adalah para pemimpin dan Raja-Raja yang memiliki sifat Rububiyah, iaitu mereka ini adalah Tuhan-tuhan Manusia dan Raja-Raja Manusia yang berhak dan berkuasa untuk membuat dan meluluskan segala peraturan dan undang-undang untuk manusia, dan yang berhak dan berkuasa untuk menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang mereka itu ke atas seluruh umat manusia. Mereka ini adalah para Taghut yang kafir, zalim dan fasik di sisi Allah swt.

Kita sebagai rakyat biasa adalah juga orang-orang yang membatalkan syahadah kita sendiri kerana kita ini adalah orang-orang yang menyerahkan sifat Rububiyah, milik Allah, kepada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita yang menjadikan kesemua mereka ini sebagai Tuhan-tuhan Manusia. Kita telah membatalkan Aqidah kita kerana kita telah melantik mereka ini sebagai Tuhan-tuhan kita serta kita menyetujui dan meredhai mereka ini melalui amalan kita akan sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur ini.

Allah membangkitkan kisah Firaun di dalam al-Quran sebagai satu contoh dan tauladan yang empirikal kepada kita yang dapat memberi iktibar kepada kita bahawa orang-orang yang memerintah manusia dengan undang-undang manusia adalah para Taghut yang memiliki sifat Rububiyah, iaitu Tuhan-tuhan yang berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas umat manusia serta Tuhan-tuhan yang kafir, zalim dan fasik. Firaun itu adalah Tuhan Manusia yang digambar dan disifatkan Allah sebagai kafir, zalim dan yang amat jahat, bukan sahaja setakat beliau sewenang-wenang sahaja menindas, menzalimi, menghamba abdi, menyakiti dan membunuh manusia yang berada di bawah kekuasaannya, tetapi pertama-tama sekali kerana beliau memerintah manusia dengan PERATURAN dan UNDANG-UNDANG beliau sendiri, iaitu peraturan dan undang-undang manusia yang selain daripada Allah. Isu yang paling utama yang menjadikan Firaun dan para Taghut yang lain itu sebagai orang-orang yang kafir, zalim dan jahat ialah pelaksanaan PERATURAN dan UNDANG-UNDANG MANUSIA yang selain daripada Allah, justeru para pemimpin kita yang menjalankan segala peraturan dan undang-undang manusia di dalam sistem politik demokrasi kita yang syirik dan kufur ini adalah orang-orang yang kafir, zalim, fasik dan jahat di sisi Allah swt.


3 KITA TELAH MEMBATALKAN SYAHADAH KITA KERANA KITA TELAH MEMPERSEKUTUKAN ALLAH APABILA KITA MELANTIK MANUSIA SEBAGAI TUHAN-TUHAN KITA DAN KITA MENGADAKAN SEGALA PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG MANUSIA YANG BERKUAT KUASA KE ATAS KITA DAN YANG DITAATI OLEH KITA

Firman Allah : Ibrahim 30 
Mereka telah mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan orang ramai daripada jalan Allah. Katakanlah : Berpoya-poyalah kamu di dalam kenikmatan dunia kerana sesungguhnya tempat kesudahan kamu kelak ialah neraka.

Firman Allah : al-A’raf 191, 192 
Apakah wajar mereka mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak pernah menciptakan sesuatu apapun, sedangkan sekutu-sekutu itu sendiri diciptakan Allah. 
Dan sekutu-sekutu itu tidak berkuasa menolong mereka dan tidak pula dapat menolong diri sendiri. 

Firman Allah : an-Nisa 36 
Sembahlah Allah dan janganlah engkau mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. 
Dalam ayat-ayat seperti di atas ini Allah memperingati kita bahawa Allah adalah Tuhan kita Yang Maha Esa tanpa sebarang sekutu, Allah adalah Tuhan kita yang berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas kita, hanya Allah sahaja yang berhak dan berkuasa untuk membuat segala peraturan dan undang-undang untuk seluruh umat manusia di bumi. Allah memerintahkan kita agar kita hanya menyembah Dia sahaja tanpa menyekutui-Nya dengan sesuatu apapun di dalam kehidupan kita di bumi kita ini. Allah memperingati kita bahawa sekutu-sekutu Allah adalah makhluk Allah yang lemah yang diciptakan oleh Allah yang sekali-kali tidak boleh menandingi Allah, malah sekutu-sekutu Allah ini akan hanya membawa manusia kepada kesesatan, kerosakan dan Jahiliyah.

Firman Allah : asy-Syura 21 
Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan – mana-mana bahagian daripada agama mereka – sebarang undang-undang yang tidak diizinkan Allah?

Para pemimpin di Malaysia kita ini yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita adalah layak untuk disifatkan sebagai ‘sekutu-sekutu bagi Allah’, iaitu mereka ini adalah Tuhan-tuhan Manusia yang membuat dan meluluskan segala peraturan dan undang-undang untuk manusia, mereka ini adalah “ar-Rab” ataupun “ar-Baaban” yang memiliki sifat RUBUBIYAH yang berkuasa dan berdaulat untuk membuat segala peraturan dan undang-undang untuk manusia yang selain daripada Allah. Allah bertanya kepada kita apakah patut bagi kita untuk melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan kita yang mempunyai hak dan kuasa untuk membuat dan meluluskan segala peraturan dan undang-undang manusia yang selain daripada Allah. Sudah tentu jawapannya hanyalah sekali-kali tidak patut!

Kita ini adalah orang-orang yang membatalkan syahadah kita kerana kita telah melantik manusia sebagai sekutu-sekutu Allah yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita. Kita wujud dan hidup di dalam negara kita ini dengan selesa dan senang hati sahaja tanpa menyedari bahawa kita ini adalah orang-orang yang telah terkeluar daripada agama Allah kerana kita telah menyekutukan Allah lantaran kita mengamalkan sistem politik demokrasi kita yang syirik dan kufur ini serta kita menyetujui dan meredhainya.

Seluruh umat Islam di Malaysia kita ini adalah orang-orang yang menyekutukan Allah yang mengeluarkan seluruh kita ini daripada agama Allah dalam berbagai-bagai bentuk dan cara, di antaranya -  kita telah menyekutukan Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa yang berhak dan berkuasa untuk memerintah ke atas kita kerana kita telah melantik sekutu-sekutu Allah sebagai para pemerintah yang berkuasa dan berdaulat ke atas kita. Kita telah menyekutukan sifat Allah sebagai Tuhan yang berkuasa dan berhak untuk membuat peraturan dan undang-undang untuk manusia kerana kita telah melantiuk sekutu-sekutu Allah untuk membuat, melulus dan menjalankan segala peraturan dan undang-undang manusia ke atas seluruh umat manusia. Kita telah menyekutukan sifat Allah sebagai Tuhan yang berhak untuk disembah kerana kita telah turut juga menyembah sekutu-sekutu Allah apabila kita mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh sekutu-sekutu Allah kita ini.

Firman Allah : an-Nisa 48, 116 
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa mempersekutukan-Nya dan Dia bersedia mengampunkan dosa-dosa yang lain dari itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. 
Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan kesalahan mensyirikkan-Nya dan Dia mengampunkan kesalahan-kesalahan yang lain dari itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan siapa yang mensyirikkan Allah, maka sesungguhnya dia telah sesat dalam kesesatan yang amat jauh.    

Syirik adalah dosa yang besar yang tidak akan diampuni Allah, dan orang-orang yang terlibat dengan syirik akan dihumban ke dalam neraka yang amat pedih tanpa sebarang kasihan belas dan tiada sesiapapun yang boleh memberi pertolongan. Neraka jahanam adalah tempat kediaman yang berkekalan bagi orang-orang yang melakukan syirik terhadap Allah . Allah yang bersifat Maha Pengampun akan mengampuni kesemua dosa mengikut syarat-syarat yang tertentu dan di atas kehendak Allah, namun Allah berjanji untuk tidak mengampuni syirik.

Keluarkanlah diri kita daripada sistem politik demokrasi kita ini dan sekali-kali janganlah kita mengamalkannya kerana ianya adalah sistem politik yang syirik, mengamalkannya adalah syirik, menyetujui dan meredhainya adalah syirik, mempertahan dan memperkasakannya adalah syirik, mengkesinambung dan mengekalkannya adalah syirik, berdiam diri dan bersikap berkecuali terhadapnya adalah syirik. Jauhilah daripada syirik dan kita hendaklah berusaha agar kita tidak terlibat dalam melakukan syirik terhadap Allah. Jangan pandang remeh dan enteng terhadap dosa syirik dan perbuatan kita yang syirik ataupun perbuatan dan amalan yang menuju kepada syirik, khususnya kita hendaklah mengambil sikap dan pandangan yang serius, sedar dan insaf terhadap ancaman syirik terhadap keselamatan kita di Akhirat nanti kerana kita kini sedang mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur yang sedang berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas kita ini.

4.  KITA TELAH MEMBATALKAN SYAHADAH KITA KERANA KITA MELANTIK AHLI-AHLI PARLIMEN DAN DUN SERTA RAJA-RAJA MELAYU KITA SEBAGAI RAJA-RAJA KITA, HAKIM-HAKIM KITA DAN PELINDUNG-PELINDUNG KITA, SEDANGKAN KITA MENOLAK ALLAH SWT SEBAGAI RAJA, HAKIM DAN PELINDUNG KITA

Firman Allah : al-Mukminun 116 
Maha Suci Allah, Raja yang sebenar. Tiada Tuhan yang lain melainkan Dia yang memiliki ‘Arasy yang amat mulia.

Firman Allah : al-anaam 114 
Apakah wajar aku mencari hakim yang lain daripada Allah, sedangkan Dialah yang telah menurunkan kitab al-Quran kepada kamu dengan penjelasan yang terperinci, dan orang-orang yang kami kurniakan kitab suci kepada mereka memang mengetahui bahawa al-Quran itu adalah diturunkan daripada Allah Tuhanmu dengan membawa kebenaran. Oleh sebab itui jangan sesekali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu terhadapnya.

Firman Allah : al-Anamm 14 
Apakah wajar bagiku untuk mengambil Pelindung yang lain daripada Allah yang menciptakan langit dan bumi. 

Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti Allah adalah RAJA kita yang berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas kita dan Raja yang berkuasa untuk membuat segala peraturan dan undang-undang untuk kita, Raja yang berkuasa untuk menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang ke atas kita dan segala peraturan dan undang-undang ini adalah untuk ditaati dan dipatuhi oleh kita kerana Dia adalah Tuhan yang layak untuk disembah oleh seluruh umat manusia di bumi.

Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti Allah adalah HAKIM yang berhak untuk berkuasa dan memerintah ke atas umat manusia di bumi, Allah adalah berhak untuk menentukan segala pengukuran dan neraca-neraca pertimbangan dalam kehidupan seluruh umat manusi di bumi kita ini, Allah adalah Hakim yang menentukan manakah kebaikan dan kejahatan, manakah hak dan batil, manakah kezaliman dan keadilan, manakah kesempurnaan dan kerosakan.

Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti Allah adalah PELINDUNG kita yang melindungi kita daripada segala kejahatan, pencerobohan dan keburukan pada setiap masa tanpa leka. Allah melindungi kita daripada terjatuh ke dalam kesyirikan dan kekufuran, Allah melindungi kita daripada kejahatan dosa dan kemaksiatan, Allah melindungi kita daripada hawa nafsu kita sendiri, Allah melindungi kita daripada pencerobohan, kezaliman dan penindasan manusia, Allah melindungi kita daripada kejahatan dan penindasan sistem pemerintahan dan undang-undang yang kafir, zalim dan fasik.

Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti tidak ada SEKUTU bagi Allah sebagai Raja, Hakim dan Pelindung yang Maha Kuasa, Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Agama demokrasi memilih dan melantik manusia yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita sebagai Raja-raja, Hakim-hakim dan Pelindung-pelindung kita dengan sewenang-wenang sahaja meminggirkan Allah sebagai Raja, Hakim dan Pelindung kita, kesemuanya ini adalah kesyirikan dan kekufuran yang natjah kepada seluruh umat manusia tiadalah yang lain melainkan hanyalah kerosakan, kehancuran dan kebencanaan. Ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita yang dilantik sebagai Raja-raja, Hakim-hakim dan Pelindung-pelindung bagi manusia yang wujud dan berlaku dalam sistem politikk demokrasi kita ini adalah SEKUTU-SEKUTU bagi Allah yang mengkufur ingkarkan Allah dan yang membatalkan syahadah mereka yang justeru mereka ini adalah orang-orang yang terkeluar daripada agama Allah.

Seluruh umat Islam sebagai rakyat biasa yang mengamalkan agama demokrasi dan yang bersetuju dengannnya adalah orang-orang yang mempersekutukan Allah dan yang membatalkan syahadah mereka serta yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah kerana mereka adalah orang-orang yang melantik manusia yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita ini sebagai Raja-raja, Hakim-hakim dan Pelindung-pelindung bagi manusia. Para pemerintah dan rakyat yang diperintah di Malaysia kita ini kesemuanya adalah orang-orang yang menolak Allah sebagai Raja, Hakim dan Pelindung yang tunggal untuk seluruh umat manusia yang justeru kesemua mereka ini adalah orang-orang yang membatalkan syahadah mereka yang mengeluarkan seluruh mereka ini daripada agama Allah – pemerintah dan rakyat yang diperintah kedua-duanya adalah orang-orang kafir. Kerosakan dan kehancuran telah dan sedang berlaku di daratan dan di lautan yang amat besar di bumi Malaysia kita ini kerana manusia diangkatkan sebagai Raja-Raja, Hakim-hakim dan Pelindung-pelindung untuk seluruh umat manusia.

5.  KITA TELAH MEMBATALKAN SYAHADAH KITA KERANA KITA MEMBUAT SEGALA PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG DEMOKRASI CIPTAAN MANUSIA YANG SELAIN DARIPADA ALLAH

Firman Allah: Yusuf 40 
Sesungguhnya hukum itu hanya hak Allah, Ia memerintahkan supaya engkau jangan menyembah melainkan Dia, yang demikian itu agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Firman Allah: al-Maidah 48 
Bagi tiap umat kami telah mengadakan satu syariat dan jalan.

Firma Allah : al-Jaathiyah 18 
Kemudian Kami telah jadikan engkau di atas satu syariat daripada perintah Allah . Oleh itu ikutilah syariat itu dan janganlah engkau mengikut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui .

Undang-undang adalah agama. Undang-undang Allah adalah agama daripada Allah manakala undang-undang demokrasi ciptaan manusia adalah agama manusia yang kafir. Allah sahaja yang berhak dan berkuasa untuk membuat undang-undang untuk seluruh umat manusia di bumi. Allah telah mencipta dan mewujudkan undang-undang Allah untuk kita amalkan dan apabila undang-undang Allah di kuat kuasakan ke atas umat manusia, itu ertinya agama Allah sedang berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas umat manusia.

Firman Allah : al-Imran 23, 24 
Tidakkah kamu melihat kepada orang-orang yang telah dikurniakan habuan daripada kitab suci, mereka diseru kepada kitab Allah supaya mengadili di antara mereka kemudian segolongan daripada mereka berpaling daripadanya dan mereka sentiasa membelakangi (kebenaran).
Itu adalah disebabkan kerana mereka berkata : “Api neraka tidak akan menyentuh kami melainkan sekadar beberapa hari sahaja dan mereka telah diperdayakan di dalam agama mereka oleh kedustaan yang diada-adakan mereka.”

Kaum Ahlil Kitab disifatkan Allah swt sebagai orang-orang kafir kerana mereka membuat undang-undang manusia dan tidak menjalankan undang-undang Allah, iaitu mereka berpaling daripadanya dan membelakanginya kerana mereka sebenar tidak percaya kepada agama Allah dan hari Akhirat (3:23,24). Begitulah juga umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia kita pada hari ini, kita adalah disifatkan Allah sebagai orang-orang kafir kerana kita membuat undang-undang manusia, iaitu undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh Parlimen dan Dun dengan sengaja meminggirkan undang-undang Allah. Kita adalah layak untuk disifatkan sebagai orang-orang yang tidak percaya kepada agama kita dan hari Akhirat sama dengan keadaan Ahlil Kitab yang disifatkan Allah sebagai orang-orang yang tidak percaya kepada agama Allah dan hari Aklhirat.

Seandainya kita ini adalah orang-orang yang beriman dengan agama Allah dan hari Akhirat, sudah tentu kita akan menjalankan undang-undang Allah dan sekali-kali kita tidak akan membuat dan menguat kuasakan undang-undang manusia kerana itu adalah kekufuran yang sudah dijanjikan dengan keseksaan neraka di Akhirat nanti. Umat Islam yang secara sengaja, terang-terangan dan sewenang-wenang sahaja mengingkari perintah Allah dengan cara membuat undang-undang manusia serta menguat kuasakannya ke atas umat manusia yang mengundang azab dan keseksaan yang amat pedih di Akhirat nanti adalah disifatkan Allah sebagai orang-orang yang tidak percaya kepada agama kita dan kepada hari Akhirat.  


6. KITA TELAH MEMBATALKAN SYAHADAH KITA KERANA KITA MENJALANKAN SEGALA PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG DEMOKRASI CIPTAAN MANUSIA YANG SELAIN DARIPADA ALLAH

Firman Allah: al-Maidah 48, 49 
Maka jalankanlah hukum di antara mereka itu dengan apa yang telah diturunkan Allah, dan  janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) daripada apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran.
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka.

 Allah memerintahkan Rasul-Nya dan juga kita agar kita menjalankan undang-undang Allah ke atas seluruh umat manusia dan Allah memerintahkan kita agar tidak menjalankan undang-undang manusia yang selain daripada Allah. Menjalankan undang-undang Allah adalah perintah Aqidah Yang Maha Tinggi yang terkandung di dalam konsep Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan Laailaahaillallah. Tidak ada urusan yang lebih utama daripada urusan ini, tidak ada permasalahan yang lebih kritkal daripada permasalahan ini dan tidak ada perjuangan yang lebih ulung daripada perjuangan ini. Menjalankan undang-undang Allah adalah Jihad ke jalan Allah yang amat tinggi nilainya di sisi Allah swt, dan ianya adalah diperintahkan Allah untuk dilaksanakan dgn tegas, dedikasi dan sepenuh kesungguhan. Umat Islam yang mentaati dan mematuhi perintah Allah untuk menjalankan undang-undang-Nya adalah orang-orang yang menyempurnakan pegangan dan amalan mereka akan kalimah Laailaaahaillallah, sebaliknya orang-orang yang tidak menjalankan undang-undang Allah, orang-orang yang tidak setuju dengan undang-undang Allah dan orang-orang yang tidak pernah berniat untuk menjalankan undang-undang Allah – mereka ini adalah orang-orang yang menolak dan mengingkari Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan Laailaahaillallah yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah dan jadilah mereka ini sebagai orang-orang yang kafir di sisi Allah swt.

Allah memperingati agar kita tidak ikut dan selesa dengan hawa nafsu dan kehendak manusia, agar kita tidak melakukan sebarang perubahan terhadap undang-undang Allah, agar kita tidak ingin untuk ditangguhkan dahulu pelaksanaan undang-undang Allah ini. Umat Islam di Malaysia kita ini telah dan sedang melakukan berbagai-bagai penyelewengan dan lari daripada perintah Allah untuk menjalankan undang-undang Allah, dan  umat Islam kita telah memberi berbagai-bagai alasan dan keuzuran untuk tidak menjalankan undang-undang Allah yang di antaranya adalah seperti berikut :

1.  Masyarakat Malaysia yang berbentuk majmuk dan keperluan untuk memelihara perpaduan rakyat;

2.  Asyik mengatakan bahawa masanya belum sampai lagi,

3. Undang-undang Allah belum disediakan dengan sempurna dan lengkap,

4.  Umat Islam belum bersedia untuk menjalankan undang-undang Allah;

5. Kaum-kaum yang lain perlu diajak untuk berunding dan persetujuan dengan mereka perlu didapati terlebih dahulu

Ini kesemuanya bukanlah faktor-faktor yang boleh menghalangkan kita daripada menjalankan undang-undang Allah. Kesemua permasalahan umat manusia telahpun terangkum ke dalam perintah untuk menjalankan undang-undang Allah, permasalahan perpaduan dan apa jua bentuk permasalahan akan dapat diselesaikan dengan pelaksanaan dan kuat kuasaan undang-undang Allah ini sendiri. Walaupun kita sedang berada di dalam keadaan yang sebagai mana sekalipun, Allah tetap memerintahkan kita supaya melaksanakan undang-undang Allah dengan seberapa segera dan Allah memberi jaminan bahawa natijahnya nanti adalah keadilan, keamanan dan kebebasan kepada seluruh umat manusia. Orang-orang yang tidak percaya kepada kesempurnaan undang-undang Allah dan kewajaran untuk melaksanakannya adalah orang-orang yang tidak berpegang kepada kalimah Laailaahaillallah dan tidak berada di dalam agama Allah.


7. KITA TELAH MEMBATALKAN SYAHADAH KITA KERANA KITA MENGHUKUM MANUSIA DENGAN SEGALA PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG DEMOKRASI CIPTAAN MANUSIA YANG SELAIN DARIPADA ALLAH

Kerajaan Manusia adalah kerajaan yang kafir kerana ia menghukum manusia dengan undang-undang manusia dan tidak dengan undang-undang Allah. Umat Islam yang menyetujui dan meredhai kerajaan Malaysia adalah orang-orang membatalkan syahadah mereka kerana itu juga bererti bahawa mereka menyetujui dan meredhai hukum manusia yang kafir. 

Firman Allah: al-Maidah 44, 45, 47 
Barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah, mereka itu adalah orang-orang kafir...zalim...dan fasik.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Maidah) :
Tujuan agama yang datang daripada Allah ialah untuk menjadi satu sistem hidup, iaitu satu sistem hidup yang realistik.Tujuan kedatangan agama Allah ialah untuk memegang teraju kepimpinan hidup manusia, untuk mengatur, membimbing, dan memeliharanya. Tidak ada agama yang datang daripada Allah untuk semata-mata dijadikan Aqidah hati nurani sahaja dan tidak pula dijadikan semata-mata syiar ibadat yang dikerjakan dirumah-rumah ibadat dan mihrab-mihrab. Walaupun kedua-duanya perlu bagi kehidupan manusia dan penting dalam mentarbiyahkan hati nurani manusia, tetapi kedua-duanya tidak cukup untuk memimpin kehidupan dan untuk mengatur, membimbing dan memeliharanya jika di atas asas kedua-duanya tidak ditegakkan satu sistem, satu peraturan dan satu syariat yang diamalkan dalam kehidupan manusia, di mana mereka boleh dihukum dengan undang-undang dan kuasanya, iaitu mereka boleh dikenakan hukuman-hukuman apabila mereka melanggar dan menyalahinya.

Kehidupan manusia tidak mungkin jadi betul dan kukuh melainkan mereka menerima Aqidah, syiar-syiar ibadat, undang-undang dan peraturan daripada satu sumber yang sama yang berkuasa di dhamir dan hati manusia di samping berkuasa di atas harakat dan perilaku mereka, iaitu kuasa yanag menentukan ganjaran dan balasan di dunia mengikut undang-undang dan peraturannya di samping menentukan ganjaran dan balasan dalam kehidupan akhirat mengikut hisabnya.

Tetapi apabila kuasa itu berbelah bagi dan sumber penerimaan juga berbelah bagi, iaitu kuasa di dalam hati dan syiar-syiar ibadat diberikan kepada Allah sedangkan kuasa di dalam bidang undang-undang dan peraturan diberikan kepada yang lain daripada Allah, atau kuasa menentukan balasan dan ganjaran di akhirat diberkan kepada Allah semenatara kuasa dalam menentukan hukuman dan balasan di dunia diberkan kepada yang lain daripada Allah. Di waktu ini jiwa manusia akan terkoyak dan tercaing di antara dua kuasa yang berlainan, di antara dua arah tujuan yang berlainan dan di antara dua sistem yang berlainan dan di waktu ini jiwa manusia akan dilanda kerosakan, iaitu kerosakan yang diisyaratkan oleh al-Quran di berbagai-bagai tempat:

Solat, puasa, zakat, haji adalah daripada Allah, tetapi politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa adalah daripada manusia – ini adalah sistem kehidupan yang kafir. Para pengamal agama demokrasi adalah kafir kerana kita wujud dan hidup di dalam sistem kehidupan yang kafir!


8.  KITA TELAH MEMBATALKAN SYAHADAH KITA KERANA KITA MENGHENDAKI DAN MENGINGINI SEGALA PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG MANUSIA SERTA KITA MENYETUJUI DAN MEREDHAINYA

Firman Allah : an-Nisa 60 
Tidakkah engkau melihat orang-orang yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada wahyu yang telah diturunkan Allah kepada engkau dan kepada wahyu yang telah diturunkan-Nya sebelum daripada engkau, sedangkan mereka masih ingin berhakimkan Taghut meskipun mereka telah diperintah supaya mengingkarinya? Syaitan memang bermaksud untuk menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.

Sayyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Yakni tidakkah engkau melihat sesuatu yang sungguh menghairankan, iaitu ada sekumpulan, manusia yang mendakwa beriman, tetapi pada waktu yang sama mereka telah meruntuhkan dakwaan itu. Mereka mendakwa beriman kepada wahyu yang diturunkan kepadamu dan wahyu yang telah diturunkan sebelum daripadamu. Kemudian mereka tidak mahu berhakimkan kepada wahyu yang diturunkan kepadamu dan kepada wahyu yang diturunkan  sebelum daripadamu. Malah mereka mahu berhakimkan kepada sesuatu yang lain, kepada peraturan yang lain dan hukum-hukum yang lain. Mereka mahu berhakimkan kepada peraturan Taghut yang tidak mengambil daripada wahyu yang diturunkan kepadamu dan daripada wahyu yang diturunkan sebelummu, iaitu peraturan yang tidak dikawal dan ditimbang dengan neraca wahyu yang diturunkan kepadamu dan wahyu yang diturunkan sebelummu. Oleh sebab itulah peraturan ini dikatakan Taghut yang zalim dan keterlaluan kerana ia mendakwa memiliki salah satu daripada ciri-ciri Uluhiyah dan kerana ia tidak tunduk kepada neraca Uluhiyah yang betul. Mereka berbuat begitu bukan kerana jahil dan bukan pula berdasarkan sangkaan-sangkaan malah mereka memang mengetahuinya dengan sepenuhnya dan dengan pengetahuan yang cukup bahawa perbuatan berhakimkan Taghut adalah satu perbuatan yang diharamkan Allah.

“meskipun mereka diperintah supaya mengingkarinya”.

Oleh kerana itu perbuatan mereka dalam perkara ini bukan kerana kejahilan dan tidak pula kerana sangkaan malah mereka lakukannya dengan sengaja, dengan qasad dan niat. Oleh sebab itu dakwaan mereka yang mengaku beriman kepada wahyu yang diturunkan kepadamu dan kepada wahyu yang diturunkan sebelummu adalah satu dakwaan yang tidak betul dan jujur, malah yang sebenarnya syaitan mahu membawa mereka ke dalam kesesatan yang tidak ada harapan lagi untuk mereka kembali ke pangkal jalan.

Kita telahpun membatalkan syahadah kita dan telah terkeluar daripada agama Allah kerana kita bersetuju dan redha kepada agama demokrasi yang syirik dan kufur, kerana kita menjadikan manusia sebagai Tuhan-tuhan kita dan kerana kita menyembah Tuhan-tuhan manusia ini. Kita melakukan kesemuanya ini bukan kerana paksaan dan tekanan, dan bukan kerana keadaan dan situasi yang memaksa kita, kita melakukan kesemuanya ini dengan niat dan qasad untuk mengamalkan sistem politik manusia yang selain daripada Allah, dan justeru kita melakukan kerosakan terhadap pegangan dan amalan Lailaahaillallah yang mengeluarkan kita daripada agama Allah bukan dengan paksaan dan tekanan, tetapi kerana sememangnya kita mempunyai naluri dan keinginan untuk memberontak terhadap kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Allah swt menyifatkan kita ini sebagai orang-orang Islam yang sengaja memilih untuk berdegil dan bersifat keras hati untuk terus berada jauh dalam kesesatan dan kita ini sebenarnya, walaupun kita ini adalah terdiri daripada orang-orang yang warak dan lebai sekalipun, telah terkeluar daripada agama Allah.

Firman Allah : al-Maidah 50 
Apakah mereka mahukan hukum jahiliyah? Siapakah yang lebih baik daripada Allah dari segi mengatur peraturan bagi orang-orang yang yakin?

Allah bertanya kepada kita, mengapakah kita inginkan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang kafir padahal kita sengaja dan sewenang-wenang sahaja membelakangkan undang-undang Allah, apakah undang-undang demokrasi ini adalah lebih baik dan sempurna berbanding dengan undang-undang Allah? Pertanyaan Allah swt yang “direct”, jelas dan terus terang serta bertubi-tubi ini sebenarnya adalah berbentuk kecaman dan kutukan Allah terhadap kita yang sudah menjadi orang-orang kafir kerana kita mengingini dan menyetujui akan undang-undang manusia dengan langsung meminggirkan undang-undang Allah. Kita sengaja memilih undang-undang manusia dan membuangkan undang-undang Allah daripada system kehidupan kita kerana itu adalah pilihan dan kehendak kita tanpa dipaksa atau diancam dan diganggu oleh sesiapapun. Kita memilih untuk menjadi orang-orang kafir dengan redha hati kita sendiri – inilah gambaran kehancuran keimanan yang total yang kini berlaku di kalangan seluruh umat Islam baik di Malaysia mahupun di seluruh bumi umat Islam di seluruh dunia kita ini.

Firman Allah : al-Mumtahanah 4 
“Kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa-apa yang kamu sembah yang lain daripada Allah. Kami mengingkari (agama) kamu, dan telah terang permusuhan dan kebencian di antara kami dan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menyembah Allah semata-mata.”

Kesempurnaan dalam pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ hanya dapat dipelihara dan dipertahankan dengan segala sikap dan tindakan kita yang menafi, menolak, mengingkari dan menentang terhadap agama demokrasi dan sistem politik demokrasi kita yang syirik dan kufur ini, dengan tidak mengamalkannya dan dengan menjauhkan diri kita daripadanya serta dengan perasaan hati kita yang terpisah daripadanya serta juga dengan perasaan hati kita yang memusuhi dan membencinya.


9.  KITA TELAH MEMBATALKAN SYAHADAH KITA KERANA KITA TELAH MEWUJUDKAN SISTEM PENGABDIAN MANUSIA KEPADA KEKUASAAN MANUSIA YANG MENGKUFUR INGKARKAN ALLAH 

Firman Allah : al-Fatihah 1 
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.
 
Ayat yang pertama dalam surah yang pertama di dalam al-Quran mengisytiharkan bahawa Allah adalah Tuhan yang MENGHAMBA ABDIKAN kita kepada kekuasaan-Nya dan kita adalah PARA HAMBA kepada-Nya. Allah adalah Tuhan yang mencipta, memiliki dan memerintah ke atas seluruh alam, iaitu ke atas bumi, syurga dan neraka, termasuklah ke atas manusia, malaikat, jin dan seluruh hidupan di darat dan di lautan. Allah sahaja yang berhak untuk MENGHAMBA ABDIKAN manusia kepada kekuasaan-Nya dan manusia adalah PARA HAMBA kepada Allah sahaja dan tidak kepada yang selain daripada-Nya. Inilah sifat Rububiyah dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang dimiliki Allah.  

Firman Allah : al-Maidah 72 
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata : “Bahawasanya Allah ialah al-Masih Ibn Maryam.”  Padahal al-Masih sendiri berkata : “Wahai Bani Israil, berabdilah kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim. “     

Firman Allah : Yunus 3 
Sesungguhnya Tuhan kamu ial;ah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy, mentadbir segala urusan. Tidak ada sesiapapun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizionkan-Nya. (Yang bersifat demikian)  itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka berabdilah kamu kepada perintah-Nya; patutkah kamu – setelah mengetahui kenyataan tersebut – tidak mahu mengingatinya?

Firman Allah : Anbia 25 
Dan Kami tidak mengutus sebelummu  (Wahai Muhammad) seorang Rasulpun melainkan Kami wahikan kepadanya : “Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan ( yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu berabdilah kamu kepada-Ku.”    

Firman Allah : al-Anaam 102 
Itulah sifat-sifat Allah Tuhan kamu. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Dia, Dialah Pencipta segala sesuatu. Oleh sebab itu hendaklah kamu mengabdikan diri kepada-Nya dan Dialah Tuhan yang memelihara segala sesuatu

Allah adalah Pencipta, Pemelihara dan Pemerintah yang menguruskan segala keperluan dalam kehidupan kita, Dia memberi rezeki kepada kita dan Dia membuat peraturan dan undang-undang untuk kita, dan justeru Dialah Tuhan yang selayaknya MENGHAMBA ABDIKAN kita kepada kekuasaan-Nya dan kita adalah selayaknya menjadi PARA HAMBA kepada-Nya dengan TUNDUK, TAAT, AKUR dan MERENDAH DIRI kepada-Nya.   

Firman Allah : al-Mukminun 47 
Sehingga mereka berkata (dengan angkuhnya) :”Patutkah kita beriman kepada dua manusia seperti kita sedang kaum mereka menjadi orang-orang suruhan kita ?”

Firman Allah : asy-Syu’ara’ 22 
“Dan budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israel.”

 “Dialogue” di antara Nabi Musa as dengan Firaun seperti yang terdapat di dalam ayat-ayat al-Quran seperti di atas ini, menggambarkan bahawa Firaun adalah seorang RAB, iaitu seorang Tuhan yang memiliki sifat RUBUBIYAH kerana beliau telah menjadikan Bani Israel dan seluruh umat manusia yang berada di bawah kekuasaannya sebagai para HAMBA kepada beliau, bukan kerana yang lain, tetapi pertama-tama sekali hanyalah kerana beliau telah MENJALAN dan MENGUAT KUASAKAN segala peraturan dan undang-undang beliau, iaitu undang-undang manusia, ke atas seluruh umat manusia.

Dalam keadaan yang sama, umat Islam dan seluruh umat manusia di Malaysia kita ini yang berada di bawah KUAT KUASAAN SEGALA PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG MANUSIA di bawah sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur ini adalah orang-orang yang menjadi para HAMBA kepada para Taghut yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita dan tidak sebagai para HAMBA kepada Allah sahaja - ini adalah gejala yang mewujudkan sistem PENGABDIAN MANUSIA kepada KEKUASAAN MANUSIA yang syirik dan kufur.

Para pemerintah di dalam negara Malaysia kita yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita adalah disifatkan Allah sebagai Tuhan-tuhan yang MENGHAMBA  ABDIKAN orang-orang yang berada di bawah kekuasaan mereka kerana mereka menjalan dan menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang manusia ciptaan mereka sendiri yang selain daripada Allah, manakala seluruh umat Islam yang menjadi para rakyat yang biasa di dalam negara kita ini adalah disifatkan Allah sebagai PARA HAMBA yang menghamba abdikan diri mereka kepada Tuhan-tuhan Manusia ini. Sistem politik demokrasi atau mana-mana sistem politik manusia yang lain daripada sistem politik Allah adalah sistem PENGABDIAN MANUSIA kepada MANUSIA dan justeru ianya adalah sistem politik yang menolak dan mengingkari sistem PENGABDIAN MANUSIA kepada Allah sahaja dan oleh yang demikian ianya adalah sistem politik yang menolak dan mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang membatalkan syahadah seluruh umat Islam yang terdiri daripada para rakyat sekelian dan juga para pemerintah yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu di Malaysia kita ini.


10.KITA TELAH MEMBATALKAN SYAHADAH KITA KERANA KITA TELAH MENYEMBAH MANUSIA DAN TIDAK MENYEMBAH ALLAH APABILA KITA MENTAATI DAN MEMATUHI SEGALA PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG MANUSIA

Para pemimpin kita adalah Tuhan-tuhan Manusia yang disembah oleh manusia kerana mereka memiliki sifat ULUHIYAH, iaitu sifat ketuhanan yang berhak dan layak untuk disembah sebagai Tuhan-tuhan oleh manusia. Seluruh umat Islam di Malaysia kita ini adalah disifatkan Allah sebagai telah menyembah ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-raja Melayu kita sebagai Tuhan-tuhan kita kerana kita telah MENTAATI dan MEMATUHI segala peraturan dan undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh Parlimen dan Dun. KETAATAN dan KEPATUHAN kita kepada segala peraturan dan undang-undang manusia mempunyai pengertian bahawa kita menyembah manusia sebagai Tuhan-tuhan kita dan oleh itu kita tidak menyembah Allah yang menjadikan seluruh kita ini sebagai orang-orang yang kafir, dan kita menjadi kafir bukan dengan niat, qasad dan iktiqad di dalam hati kita, tetapi kerana perbuatan dan amalan kita. 

Sistem politik demokrasi kita ini adalah sistem MANUSIA MENYEMBAH MANUSIA yang syirik dan kufur, kita sebagai umat Islam yang mengamalkan sistem politik demokrasi kita ini adalah orang-orang yang menyembah manusia sebagai Tuhan-tuhan kita dan kita tidak lagi menyembah Allah, kita membatalkan syahadah kita dan mengeluarkan diri kita daripada agama Allah.

Firman Allah: at-Taubah 31
Mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadikan pendita-pendita dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain daripada Allah dan (juga mereka memperTuhankan) al-Masih anak Maryam, padahal mereka tidak diperintah melainkan untuk menyembah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya) melainkan Ia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.

Ayat ini dijelaskan di dalam Hadith (Tarmidzi dari ‘Adi bin Hatim):

Pada suatu ketika apabila Rasulullah s.a.w sedang membaca ayat di atas ini, ‘Adi bin Hatim berkata: “Ya Rasulullah, mereka (Yahudi dan Nasrani) tidak menyembah mereka (pendita-pendita dan rahib-rahib).” Rasullullah s.a.w menjawab, “Memang benar mereka berbuat demikian. Mereka (pendita-pendita dan rahib-rahib) membenarkan perkara-perkara yang tidak benar, dan mereka (Yahudi dan Nasrani) mematuhi mereka; dan dengan berbuat demikian mereka sebenarnya telah menyembah mereka (pendita-pendita dan rahib-rahib).”

Ujar al-Alusi di dalam tafsirnya:

“Kebanyakan mufassirin berpendapat : yang dimaksudkan dengan Tuhan-Tuhan yang layak disembah di dalam ayat ini bukannya mereka mempercayai ulama-ulama dan rahib-rahib mereka itu sebagai Tuhan-Tuhan alam ini, malahan maksudnya mereka patuh menjunjung suruhan-suruhan dan larangan-larangan mereka.”

KETAATAN dan KEPATUHAN manusia kepada peraturan dan undang-undang manusia mempunyai pengertian MANUSIA MENYEMBAH MANUSIA dan tidak menyembah Allah yang mengeluarkan manusia daripada agama Allah. Sistem politik demokrasi Malaysia kita ini adalah sistem MANUSIA MENYEMBAH MANUSIA kerana segala peraturan dan undang demokrasi ciptaan manusia ini adalah ditaati dan dipatuhi manusia dan justeru seluruh umat Islam di Malaysia kita ini adalah orang-orang yang menyembah manusia sebagai Tuhan-tuhan kita dan kita tidak menyembah Allah. Amalan sistem politik demokrasi Malaysia kita ini adalah amalan yang menyembah manusia yang membatalkan syahadah kita dan yang mengeluarkan kita daripada agama kita.

Firman Allah : Hud 
Agar engkau tidak menyembah Tuhan yang selain daripada Allah.

Isu yang paling utama dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ialah tidak menyembah Tuhan-tuhan yang selain daripada Allah. Kita ini adalah orang-orang yang membatalkan syahadah kita yang telah terkeluar daripada agama Allah kerana kita telah mengorbankan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ apabila kita mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang demokrasi ciptaan manusia yang bererti kita menyembah Tuhan-tuhan Manusia yang selain daripada Allah yang kesemuanya ini wujud dan berlaku kerana kita mengamalkan sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur.

Firman Allah al-Anaam 56 
Katakanlah : Sesungguhnya aku telah dilarang menyembah mereka (sembahan-sembahan) yang disembahkan kamu selain daripada Allah. Katakanlah aku tidak dapat mengikut kehendak-kehendak nafsu kamu. Sesungguhnya sesatlah aku jika aku berbuat demikian dan tentulah aku tidak akan termasuk ke dalam golongan orang-orang yang mendapat hidayat. 

Farman Allah : al-Mukmin 66 
Katakanlah: Aku telah dilarang menyembah sembahan-sembahan yang kamu sembah selain daripada Allah setelah datang kepadaku keterangan-keterangan yang jelas daripada Tuhanku dan aku telah diperintahkan supaya menyerah diri patuh kepada Tuhan semesta alam.   

Allah melarang kita daripada menyembah Tuhan-tuhan Manusia yang selain daripada Allah yang wujud dan berkuasa di dalam sistem politik demokrasi kita ini dan Allah memerintahkan kita agar kita sentiasa hanya menyembah Allah sahaja, dan ke arah mencapai matlamat ini, Allah memerintahkan kita agar kita mengeluarkan diri kita daripada sistem politik demokrasi kita ini, agar kita tidak mengamalkannya dan agar kita menafi, menolak, mengingkari dan menentangnya dengan aktif dan total sehingga ianya mengalami keruntuhan dan kehancuran yang total untuk kemudiannya digantikan dengan sistem politik Islam.


11.   KITA TELAH MEMBATALKAN SYAHADAH KITA KERANA KITA MENCINTAI SEKUTU-SEKUTU ALLAH SAMA DENGAN KECINTAAN KITA KEPADA ALLAH

Firman Allah : al-Baqarah 165 
Walaupun demikian, ada juga di antara mereka yang mengambil selain daripada Allah untuk menjadi sekutu-sekutu Allah, mereka mencintainya, memuja dan mentaatinya sebagai mana mereka mencintai Allah, sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta ( taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman, syirik itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari Akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya, (nescaya mereka tidak melakukan kezalimam itu).

Allah memerintahkan kita agar kita memusuhi dan membenci setuku-sekutu Allah, justeru Allah memerintahkan kita agar kita memusuhi dan membenci terhadap sistem politik demokrasi, terhadap segala peraturan dan undang-undang demokrasi dan terhadap para pemimpin kita yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita kerana kesemuanya adalah sekutu-sekutu Allah. Sekiranya kita melakukan segala suruhan dan perintah Allah kepada kita seperti ini serta kita melakukan segala amalan yang soleh dengan menjauhkan diri daripada segala dosa dan kejahatan, Allah akan mengampuni dan meredhai kita dan Allah menjanjikan ganjaran syurga di Akhirat nanti.

Namun kita umat Islam di Malaysia kita in tidak seperti itu tentang sikap dan pendirian kita terhadap segala jenis dan bentuk kesyirikan yang berada di dalam negara kita ini, bukan sahaja kita tidak menolak dan mengingkari terhadap agama demokrasi dan kerajaan demokrasi kita yang syirik dan kufur ini, bukan sahaja kita tidak memusuhi dan membenci terhadap para pemimpin kita dan Raja-Raja Melayu kita seperti mana yang diperintahkan Allah ke atas kita, malah kita mencintai, memuja dan mentaati kesemuanya ini sama seperti mana kita mencintai, memuja dan mentaati Allah. Ini adalah syirik yang jelas dan nyata yang tiada sesiapapun lagi yang boleh mempertikaikannya!

( BERSAMBUNG)

No comments:

Post a Comment