Thursday 18 October 2012

METOD ISLAM - PERGERAKAN ISLAM (SIRI 1)


METOD ISLAM :
al-QURAN, SUNNAH dan SIRAH
(siri 2)

PERGERAKAN ISLAM

Firman Allah: ar-Raad 11 
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah di dalam diri mereka sendiri.

PERJUANGAN Islam ke arah matlamat penubuhan Negara Islam hendaklah dioperasikan melalui satu Pergerakan Islam. Tanpa satu Pergerakan Islam yang muttaqi, radikal dan revolusyeneri, tidak ada kemungkinan untuk diwujudkan satu kebangkitan Islam yang diasaskan kepada Aqidah dan Pemikiran Islam. Pergerakan Islam hendaklah terdiri daripada ummah yang muttaqi, yang universal dan berkesinambungan, generasi demi generasi. Pergerakan Islam tidak terhad kepada dimensi masa, geografi, negara dan bangsa. Pergerakan Islam adalah terdiri daripada ummah yang aktif, radikal dan revolusyeneri yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran serta menentang segala bentuk penindasan, kezaliman dan kekufuran. Penghayatan Islam dan perlaksanaan konsep amar makruf nahi mungkar tidak akan sempurna tanpa satu kuasa yang boleh menguat kuasakan segala suruhan dan larangan Allah.

Firman Allah: Isra' 80
Dan adakanlah untukku dari sisiMu kekuasaan yang menolongku.

Kekuasaan daripada Allah yang dimaksudkan di sini ialah sebuah Negara Islam. Kesempurnaan Islam itu hanya boleh dicapai dengan terbentuknya satu Pergerakan Islam yang berjuang ke arah pembentukan sebuah Negara Islam. Tanpa Negara Islam, penghayatan Islam tidak akan mencapai kesempurnaan. Allah s.w.t. mengisytiharkan kesempurnaan Islam setelah terbentuknya Negara Islam di Madinah (Maidah:3). Ini adalah satu implikasi bahawa kesempurnaan penghayatan Islam itu hanya akan wujud di bawah sebuah Negara Islam. Penghayatan Islam di Malaysia sudah semestinya jauh daripada sempurna kerana tidak ada kuasa Islam untuk menguatkuasakan suruhan dan larangan Allah. Perjuangan ke arah pembentukan sebuah Negara Islam melalui satu Pergerakan Islam adalah satu kemestian bagi setiap umat Islam yang bertaqwa.

Pembentukan Negara Islam melalui perjuangan Islam adalah satu kemestian. Negara Islam dan Pergerakan Islam adalah unsur-unsur yang dinamik, radikal dan revolusyeneri untuk membawa perubahan. Sebelum terbentuknya Negara Islam, Pergerakan Islam hendaklah terlebih dahulu dibangkitkan. Pergerakan Islam berteraskan kepada ummah yang muttaqi - selagi wujud ummah yang muttaqi, radikal dan revolusyeneri, selama itulah kebangkitan Pergerakan Islam dapat terus dipertahan dan dikekalkan dengan segala sifat dinamik, gigih, aktif, radikal dan revolusyenerinya. Negara Islam mungkin menempuh berbagai pergolakan - kebangkitan dan kehancuran, tetapi Pergerakan Islam yang didirikan di atas asas ummah yang muttaqi dengan segala nilai kekuatannya akan bertindak ke arah kemantapan dan kestabilan Negara Islam itu dan akan terus berjuang, sama ada untuk menghapuskan penyelewengan, ketidak adilan, manipulasi, oportunisme dan kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran Negara Islam itu, atau untuk membangunkan kembali Negara Islam yang telah mengalami keruntuhan. Keutuhan dan kestabilan Negara Islam itu berdiri di atas kebangkitan satu Pergerakan Islam yang utuh, kuat, stabil, muttaqi, radikal dan bertanggung jawab; sebaliknya, kelemahan Pergerakan Islam akan membawa kepada keruntuhan Negara Islam.
Suatu situasi yang ideal di mana integrasi sepenuhnya di antara Negara Islam dan Pergerakan Islam akan wujud - Pergerakan Islam itu adalah Negara Islam dan Negara Islam itu adalah Pergerakan Islam. Dalam situasi yang ideal ini, Negara Islam itu adalah sangat ampuh dan stabil - kemungkinan penyelewengan adalah di tahap yang paling minimum, kekuatan dalamannya berupaya untuk menghadapi ancaman dalaman daripada agen-agen kafir, tidak ada manipulasi dan eksploitasi oleh satu golongan terhadap yang lain dan segala tindakan adalah untuk mencapai keredhaan Allah.


MANUSIA "MOTOR" PERUBAHAN

Dalam Islam, manusia seperti mana yang disebut sebagai An-Nas di dalam Al-Quran ialah faktor pemboleh ubah dan motor terpenting dalam proses perubahan masyarakat. Mengikut fahaman Barat yang moden dan progresif, proses perubahan masyarakat berada di luar daripada faktor manusia, ataupun manusia mempunyai peranan yang paling minimum sahaja, sedangkan faktor pemboleh ubah yang penting terdiri daripada beberapa falsafah sebagai hasil daripada pemikiran ahli-ahli fikir yang pintar dan agung; di antara falsafah-falsafah ini ialah "dialectical materialism", "accidentalism" (berkebetulan), "fatalism" (takdir), determinisme sejarah, personaliti karismatik dan lain-lain.

Kesemua falsafah ini mempunyai satu ciri - manusia bukanlah faktor pemboleh ubah atau motor dalam proses perubahan masyarakat. Islam dengan tegas menolak falsafah ini dan meletakkan faktor MANUSIA dengan keizinan Allah sebagai motor yang tunggal dalam proses perubahan masyarakat bersesuaian dengan konsep Islam yang murni bahawa manusia sebagai khalifah Allah itu bertanggung jawab kepada Allah sepenuhnya di atas segala amalan, tindakan dan perilakunya di dunia ini.

Firman Allah: ar-Raad 11 
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah di dalam diri mereka sendiri.

Allah tidak mengubah keadaan kita melainkan kita sendirilah yang BERTINDAK dan BERJUANG untuk mengubah keadaan diri kita sendiri. Agama Allah bukan semata-mata kefahaman Iktiqad dan Syariat tetapi perjuangan memimpin manusia dengan kefahaman dan syariat itu. Ayat di atas ini adalah satu penegasan bahawa manusia itu adalah MOTOR PERUBAHAN yang terpenting dan aktif dalam proses perubahan masyarakat. Manusia Islam ialah manusia yang peka, aktif, bertindak, bertanggungjawab, dinamik, radikal dan revolusyeneri yang mempunyai kekuatan dalaman (iman dan akhlak) dan juga luaran, dengan daya pemikiran dan kreativiti yang tinggi, aspirasi dan dinamisme yang boleh menentukan maju dan mundurnya sesuatu masyarakat, dan berkemampuan untuk merancang, mengatur dan melancarkan gerakan revolusi Islam. Perjuangan An-Nas ke arah revolusi Islam adalah melalui satu Pergerakan Islam. Perjuangan Islam adalah bebas daripada sebarang ketergantungan kepada faktor-faktor masa, sejarah, lokaliti, persekitaran, sistem, ideologi dan suasana ekonomi dan politik; ia bertindak bebas mengikut naluri-naluri dan realiti-realiti Islam daripada Allah dan Rasul-Nya dan oleh itu ia berupaya untuk bertindak dan bergerak dengan aktif, tegas dan positif dalam mengubah nilai-nilai dan persekitaran manusia pada bila-bila masa sahaja serta di dalam kesemuanya keadaan dan situasi supaya terbentuk suatu sistem kehidupan manusia di bumi ini yang sesuai, selaras dan serasi dengan Aqidah dan Pemikiran Islam.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Maidah) :
Di antara kewajipan-kewajipan beriman kepada Allah ialah setiap orang yang beriman harus bangkit berjuang untuk menyokong agama yang diimaninya, untuk menegakkannya di bumi ini dan untuk merealisasikannya di dalam kehidupan manusia, kerana agama Allah bukannya semata-mata kefahaman iktiqad dan bukan pula semata-mata syiar-syiar ibadat, malah ia adalah satu sistem hidup yang realistik dan satu peraturan yang mempunyai garis-garis panduan yang jelas untuk mengendalikan urusan-urusan kehidupan. Setiap sistem hidup dan peraturan memerlukan bantuan dan sokongan, iaitu memerlukan usaha dan perjuangan untuk merealisasikannya dan untuk melindunginya selepas direalisasikannya jika tidak, maka orang yang beriman kepadanya dikira tidak menyempurnakan perjanjian .

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Anaam) :
Ia berjuang menentang kejahatan, keruntuhan akhlak dan kezaliman dan sanggup menghadapi penindasan dan berkorban hingga gugur syahid dengan kesedaran bahawa usaha-usaha itu merupakan amalan-amalan bekal yang disediakan untuk dirinya di hari akhirat nanti. Dia mengetahui daripada ajaran agamanya bahawa dunia ini adalah sawah bendang untuk Akhirat dan seterusnya dia mengetahui bahawa di sana tidak ada jalan ke Akhirat yang tidak melalui jalan dunia dan bahawa dunia ini adalah kecil dan sedikit, namun demikian ia adalah daripada nikmat Allah yang menjadikan jambatan untuk menyeberang menuju nikmat Allah yang amat besar di Akhirat. Setiap bahagian peraturan Islam memberi perhatian kepada hakikat hidup di akhirat dan kepada natijah-natijahnya yang melahirkan kefahaman yang luas, indah dan luhur, melahirkan akhlak yang tinggi, bersih, toleran, berpegang teguh dengan kebenaran, segan melakukan dosa dan betaqwa kepada Allah dan seterusnya melahirkan tindakan yang betul, yakin dan penuh tekad di dalam kegiatan insaniyah.  

Firman Allah : al-Imran 165 
Apakah patut ketika kamu ditimpa kekalahan di dalam peperangan Uhud sedangkan kamu telah menimpakan dua kali ganda kekalahan (ke atas musuh kamu dalam peperangan Badar) kamu berkata : Mengapa dan daripada mana kekalahan ini? Katakanla : kekalahan ini adalah daripada diri kamu sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa di atas segala sesuatu.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Tetapi Allah – sebagai mana telah kamu huraikan ketika mentafsirkan ayat-ayat – tidak meninggalkan orang-orang Islam pada titik ini, malah Dia menghubungkan mereka dengan takdir-takdir Allah di sebalik sebab-sebab dan natijah-natijah itu dan menerangkan kepada mereka bahawa Dia menghendaki kebaikan untuk mereka di sebalik ujian itu, iaitu ujian yang telah berlaku dengan sebab-sebabnya yang jelas daripada tindakan-tindakan yang telah dilakukan mereka.

Membiarkan sistem hidup Ilahi itu bertindak dan terlaksana menjadi kenyataan menerusi usaha perjuangan manusia atau membiarkannya terpengaruh dengan tindak tanduk manusia terhadapnya pada umumnya adalah amat baik, kerana ia boleh membetulkan kehidupan manusia bukannya merosak atau melumpuhkannya, ia boleh membetulkan fitrah manusia, menyedarkannya dan mengembalikannya ke jalan yang betul. Ini ialah kerana hakikat keimanan itu tidak berkembang dengan sempurna di dalam hati seseorang sehingga ia berjuang menghadapi manusia mengenai urusan keimanan ini, iaitu berjuang dengan lidah untuk menyampaikan dakwah dan penerangan kepada mereka dan berjuang dengan tangan untuk menentang dan menghapuskan mereka daripada jalan dakwah apabila mereka menghalanginya dengan menggunakan kekuatan yang zalim. Dan sehingga di dalam perjuangan ini mereka terpaksa menghadapi ujian dan kesabaran menanggung kesusahan dan penindasan, kesabaran menerima kekekalahan, juga kesabaran mencapai kemenangan, kerana kesabaran mencapai kemenangan lebih sikar daripada menerima kekkalahan. Dan sehingga hati para Muslimin itu bersih, barisan mereka juga bersih daripada unsur munafiqin dan pejalanan mereka tegak dan jujur di atas jalan yang lurus dan dapat meneruskan perjalanan itu dengan betul dan meningkat maju serta bertawakkal kepada Allah .

Hakikat keimanan itu tidak dapat direalisasikan dengan sempurnanya di dalam hati seseorang sehingga ia berjuang menghadapi manusia mengenai urusan keimanan ini, iaitu mula-mula dia harus berjuang menghadapi dirinya sendiri semasa ia berjuang menghadapi manusia. Dalam perjuangan itu keimanan akan membukanya kepada ufuk-ufuk yang baru yang tidak pernah terbuka sebelum ini ketika ia duduk aman damai, keimanan akan membuka kepadanya berbagai-bagai hakikat mengenai manusia dan kehidupan yang tidak pernah terbuka kepadanya dengan wasilah-wasilah yang lain. Keimanan tidak akan menyampaikan dirinya, perasaannya, fikirannya, kefahamannya, adat kebiasaannya, emosinya dan reaksi-reaksinya ke tahap yang tidak pernah ia sampai sebelum ini tanpa melalui ujian yang sulit dan amat pahit ini.

Hakikat keimanan itu tidak dapat direalisasikan dengan sempurnanya dalam satu kelompok manusia sehingga mereka menghadapi ujian dan dugaan dan sehingga setiap individu daripada mereka mengenali hakikat tenaga kemempuan masing-masing dan mengenal hakikat matlamatnya di samping mengemal setiap keping bata atau anggota yang membentuk itu dan sejauh mana ketahanannya dan seterusnya mengenal sejauh kekuatan batu-batu bata itu di saat pertempuran.

Orang-orang yang sebenar-benarnya beriman kepada Allah sahaja yang akan tergerak dan terangsang untuk bangkit berjuang menentang kekufuran, penindasan dan kezaliman yang sedang bermaharajalela ke atas mereka dan di persekitaran mereka sehingga terhapusnya segala kekufuran, kezaliman dan penindasan itu untuk digantikan dengan kekuasaan dan kerajaan Islam. Mereka berjuang dengan kekuatan iman yang berkobar-kobar dan pengorbanan yang besar semata-mata kerana menempah keredhaan Allah. Mereka jelmakan perjanjian dan ikrar mereka dengan Allah dalam bentuk tindakan-tindakan dan gerakan-gerakan yang nyata di bumi. Para pejuang inilah yang sebenarnya bercita-cita, menghendaki dan mengingini kepada Perjuangan, Jihad, Perang dabn Revolusi. Mereka sentiasa bercita-cita, menghendaki dan mengingininya bukan kerana ganjaran, upahan, pujian dan pangkat kebesaran, tetapi hanya semata-mata kerana iman dan takwa kepada Allah. Inilah asas kekuatan Jihad dalam Islam.  Para pejuang ini sendirilah yang akan benar-benar merasai dan mengecapi segala rahsia kemanisan iman kerana mereka menghadapi dan menempuh segala penekanan, penindasan dan kezaliman daripada kekuasaan dan kekuatan kufur. Merekalah orang-orang yang akan mencapai tingkat keimanan yang tinggi dan istimewa sebagai anugerah daripada Allah kepada golongan yang istimewa ini dan hanya merekalah yang merasai dan mengecapi segala rahsia kemanisan keimanan ini ketika masih berada di dunia ini lagi.

Kecemerlangan dan keindahan hidup di bumi ini yang hanya boleh dicapai di bawah peraturan dan undang-undang Allah serta mengikut neraca-neraca Allah tidak akan berlaku dan terwujud dengan sendirinya sahaja tanpa tindakan, perjuangan dan pengorbanan yang besar daripada para pejuang Islam. Inilah fitrah, hukum dan peraturan Allah untuk manusia di dunia ini. Segala usaha dan pengorbanan para pejuang inilah yang mencipta kecemerlangan dan keindahan hidup untuk dinikmati oleh seluruh umat manusia di bumi. Para pejuang inilah orang-orang yang sebenar-benarnya beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Sebaliknya orang-orang yang tidak berjuang, yang memandang enteng serta tanpa bertindak terhadap segala kekufuran dan kezaliman yang sedang berleluasa dan berkeliaran di persekitaran mereka, tidak berpeluang untuk merasai dan menikmati rahsia-rahsia ini dan mereka bukanlah orang-orang yang sebenar-benarnya beriman kepada Allah serta mereka tidak menyumbangkan kepada kemajuan dan kemakmuran di bumi ini.  

Peranan Pergerakan Islam

Fasa Pertama :

1. Mengembang dan membentukkan Pergerakan Islam ke seluruh tanah air;
2.Menyebarkan Aqidah dan Pemikiran Islam serta Metod Islam di kalangan massa umat Islam;

3.Menggerak dan mengaktifkan massa umat Islam ke arah Kebangkitan, Jihad, Perang  dan Revolusi.

Fasa Kedua :

1.     Mengoperasikan pelancaran Jihad, Perang dan Revolusi;

2.     Mempastikan semangat perjuangan terus berkobar dan membara;

3.     Menghancurkan kufur dan kekuasaan kufur;

4.     Menegakkan kerajaan Islam.

Fasa Ketiga :

1. Memerangi dan membenteras saki-baki musuh-musuh Islam dan segala penentangan terhadap revolusi dan oleh itu mengukuh dan menstabilkan kerajaan Islam yang baru lahir itu;

2. Sekiranya Negara Islam itu mengalami kehancuran dan keruntuhan, Pergerakan Islam akan berjuang untuk membangunkannya kembali.


Ciri-ciri Utama Pergerakan Islam

Dalam memahami Metod Islam, kefahaman yang jelas mengenai sifat-sifat dan bentuk-bentuk Pergerakan Islam adalah sesuatu yang amat wajar - di sini disusunkan ciri-ciri utama mengenai Pergerakan Islam.

1.Pergerakan Islam mempunyai kesatuan matlamat dan kesatuan pemikiran (Wahdatul Fikri) yang terdiri daripada:

i.  Matlamat hidup kita ialah untuk mencapai keredhaan Allah - dalam konteks politik sekular yang kufur di Malaysia, perjuangan dalam menentang dan menghancurkan kufur melalui metod Islam ialah untuk mencapai keredhaan Allah;

ii.  Pergerakan Islam adalah perjuangan untuk menegak dan mempertahankan konsep pengabdian manusia kepada Allah sahaja dengan sekali gus menentang dan memerangi sebarang kerajaan dan kekuasaan  yang mengabdikan manusia kepada sesama manusia;

iii.  Demokrasi adalah satu ideologi kufur - selagi ideologi kufur itu berkuasa dan memerintah, selama itulah Pergerakan Islam berkewajipan untuk melancarkan Jihad untuk menghancurkan kekuasaan demokrasi dan untuk menegakkan kekuasaan Islam (2:193);

iv. Tanpa menentang demokrasi bererti aktif menentang Allah (2:208, 12:40);

v.Perjuangan Islam hendaklah melalui Metod Islam, metod demokrasi mendurhakai dan mengkufurkan Allah - matlamat tidak menghalalkan metod (18:9;  6:153);

vi. Penentangan terhadap kuasa demokrasi hendaklah melalui Jihad yang dilancarkan dalam dua fasa:

a.     Jihad Awal (Proses Revolusi) yang terdiri daripada sikap dan tindakan-tindakan yang berikut:-


·         Pembentukan Pergerakan Islam

·         Deklarasi

·         Penolakan total

·         Tanpa kompromi

·         Konfrantasi terbuka

b.   Jihad Qital (Revolusi) - melancarkan perang sama ada perang gerila atau peperangan terbuka;

vii.Jihad , Perang dan Revolusi ini  adalah dicita-cita, dikehendaki dan diingingini oleh Pergerakan Islam itu sendiri;

2.  Pergerakan Islam adalah dari Islam, oleh Islam dan untuk Islam - Pergerakan Islam adalah perjuangan umat Islam melalui Metod Islam untuk menegakkan kuasa Islam dalam mencapai matlamat keredhaan Allah.

3.  Dalam proses kebangkitan dan pembentukan Pergerakan Islam, massa rakyat Islam hendaklah terlebih dahulu mengalami revolusi di dalam diri masing-masing - revolusi dalaman ini adalah di capai melalui proses tarbiah dan tindakan yang digabungkan dengan sunnah, sirah dan konsep-konsep Al-Quran;

4. Pergerakan Islam beroperasi mengikut konsepsi dan pemikiran di bawah paradigma Islam, di mana permasalahan umat Islam ialah kehancuran ideologi Islam, keruntuhan iman dan akhlak, dan ancaman daripada pemikiran dan kuasa kufur, manakala solusi-solusinya pula ialah kebangkitan ummah dan penegakan Pemikiran Islam dan kuasa Islam melalui Jihad;

5. Pergerakan Islam ialah satu kebangkitan dan pergerakan rakyat Islam yang global dan universal - serangan kufur terhadap ummah di sesuatu kawasan akan digantikan dengan kemunculan dan kebangkitan Pergerakan Islam di kawasan yang lain (49:10,13);

6. Pergerakan Islam tidak terbatas kepada dimensi geografi, bangsa, masa dan "relativity" (umpamanya perbezaan di antara zaman teknologi kuno dengan zaman teknologi moden), ianya adalah berkesinambungan - generasi demi generasi, Pergerakan Islam di zaman-zaman Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. dan lain-lain, adalah Pergerakan Islam yang sama yang terdapat di zaman kita ini - kehancuran Pergerakan Islam di suatu masa dahulu akan digantikan dengan kebangkitan dan kemunculan Pergerakan Islam di suatu masa dan lokaliti yang lain;

7.  Pergerakan Islam adalah pergerakan yang menentang penindasan yang universal yang berpunca daripada ideologi, pemikiran dan kuasa kufur seperti kapitalisme, sosialisme, komunisme, demokrasi dan lain-lain, ianya mempunyai komitmen dan tanggungjawab untuk menghapuskan penindasan dan kezaliman sama ada dalam bentuk ideologi ataupun fizikal, dan untuk membebaskan manusia daripada ditindas dan diabdikan - Pergerakan Islam adalah satu pergerakan yang dinamik dan bertindak (4:75, 2:193);

8. Pergerakan Islam didasarkan kepada Pemikiran Islam dan oleh itu tidak boleh berkompromi dan menyesuaikan diri dengan lain-lain ideologi termasuk demokrasi yang asing daripada Islam;

9. Pergerakan Islam adalah pergerakan massa rakyat Islam, yang popular, yang meliputi seluruh rakyat Islam, yang muttaqi, radikal dan revolusyeneri;

10.Pergerakan Islam adalah satu pergerakan yang berbentuk positif, iaitu yang mempunyai daya kekuatan dan ketahanannya yang tersendiri - kejayaan sesuatu Pergerakan Islam dalam mengatasi sesuatu kuasa kufur, bukanlah kerana kelemahan kuasa kufur itu, tetapi kerana kekuatan yang bersumberkan daripada dalam Pergerakan Islam itu sendiri yang positif dan mempunyai potensi-potensi kekuatannya yang tersendiri;

11.Pergerakan Islam adalah didasarkan kepada ideologi yang revolusyeneri dan ketamadunan, kebudayaan, perundangan dan sistem nilai yang tinggi yang berkemampuan untuk mengatasi segala tekanan dalam pergolakan sesuatu revolusi dan berupaya untuk mencapai kejayaan dalam era selepas revolusi dengan mengalami masalah yang minimum;

12.Sebagai satu pergerakan ummah yang universal, Pergerakan Islam menghadapi tentangan dan permusuhan, bukan sahaja daripada tempatan dan dalam lingkungan perbatasan negara, tetapi permusuhan yang berbentuk global dan universal - kapitalisme, komunisme, zionisme, feodalisme, materialisme, nasionalisme;

13.Pergerakan Islam menentang dan memerangi kesemua bentuk kufur kerana KUFUR ITU HANYALAH SATU : "AL-KUFRO UMMATUN WAHIDA" (8:73, 3:118), kaum kafir ialah umat yang satu (8:73, 3:118) sedangkan Islam ialah umat yang satu (21:92) - konflik Islam-kufur adalah  sesuatu yang semula jadi;

14.Pergerakan Islam yang universal mencabar kesemua pakatan dan komplot internasional anti-Islam - Barat dan sistem imperialisme kapitalis dan komunis;

15.Pergerakan Islam akan mendapat pertolongan daripada Allah apabila ia memenuhi janjinya dengan Allah, iaitu perjanjian agar perjuangan dan kewujudannya itu adalah berbeza dan terpisah daripada masyarakat Jahiliyah yang berada di sekelilingnya, ia berbeza dan terpisah daripada masyarakat umat Islam sendiri yang masih berpegang kepada konsep-konsep Jahiliyah dan kepimpinan Jahiliyah dan ia berada di bawah kepimpinan yang baru yang berbeza dan terpisah daripada kepimpinan Jahiliyah yang sedang wujud dan berdaulat ke atas masyarakat di sekelilingnya;  

16.Kesatuan Pergerakan Islam yang universal dan ideologi Islam yang revolusyeneri adalah semula jadi mencabar kesemua bentuk imperialisme (pemikiran, ekonomi dan militen) yang bersatu dalam penindasan global (Rum 60, Araf 172);

17. Pergerakan Islam adalah terdiri daripada ummah yang tertindas, iaitu ditindas oleh kuasa imperialisme Barat (ideologi, Politik, ekonomi, sosial) dan agen-agen tempatannya yang wujud dalam bentuk golongan-golongan pemerintah sekular (yang terdiri daripda orang-orang Islam sendiri) di bumi kaum Muslimin sendiri (4:75).

Hanya Pergerakan Islam pimpinan Ibrahim Libya di Memali sahaja yang memenuhi segala kecirian sesuatu pergerakan seperti yang digariskan di atas ini dan hanya Pergerakan Islam itu sahaja yang layak dan sewajarnya disifatkan sebagai satu Pergerakan Islam yang sebenar dan tulen di sisi Allah swt. Ibrahim Libya dan para pengikutnya yang kerdil itu kesemuanya sudah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya kerana mereka itu dibunuh oleh musuh-musuh Allah, namun Pergerakan Islam itu kini masih hidup aktif di bumi Malaysia kita ini, dan ia masih dan sedang aktif mencabar, mengancam dan mengganggu kufur dan seluruh kekuatan kufur, serta ia sentiasa menyeru kita supaya bangkit menentang kufur dan seluruh kekuatan kufur baik di Malaysia mahupun di dunia ini seluruhnya. Ibrahim Libya sedang bersemadi sunyi sepi di dalam kuburnya, namun perjuangannya dan semangatnya itu kini masih dan sedang aktif, sibuk dan gamat sekali menentang kufur dan seluruh kekuatan kufur di alam yang nyata. Perjuangan beliau kini semakin menjelma, menonjol, berpanjangan dan berterusan di kalangan kita yang masih hidup kini di bumi ini. Dari dalam kubur-kubur di Memali itu, para syuhada itu merangsang dan memimpin kita kepada Jihad di jalan Allah. Peristiwa Memali itu adalah satu bukti bahawa mati itu hanyalah merupakan permulaan bagi sesuatu perjuangan, sekali-kali ianya tidak berakhir dengan penindasan dan peristiwa mati dahulu itu. Pergerakan Islam pimpinan Ibrahim Libya yang masih hidup segar dan aktif ini hendaklah sentiasa disemarakkan, dan kita hendaklah menyedari bahawa peristiwa Memali itu bukanlah sesuatu yang tragis, malah ianya adalah Jihad dan kemenangan yang Maha Agung yang semestinya dipentaskan kembali seberapa kerap yang mungkin!







Peranan Allah, Rasul dan Ummah

Dalam Pergerakan Islam terdapat TIGA PEMAIN yang aktif -  Allah, Rasul dan Ummah.

Firman Allah: al-Munafiqun 8
Bagi Allahlah segala kemuliaan dan kekuatan dan bagi Rasul dan orang-orang mukmin.

1.  Massa ummah yang muttaqi, aktif, radikal dan yang sentiasa bertindak dan bergerak cergas dalam menghayati prinsip amar makruf nahi mungkar - (menegakkan Deen Allah dan sekaligus menghancurkan deen kufur) mempunyai kesediaan untuk mengorbankan jiwa dan raga semata-mata kerana inginkan keredhaan Allah. Kebangkitan Islam yang radikal dan militan yang akan membawa kepada Jihad, Perang dan Revolusi, samada di Malaysia atau di mana-mana sahaja di bumi ini, adalah fungsi dua faktor yang amat penting dan utama :

·     Penyebaran dan kefahaman meluas di kalangan massa umat Islam
mengenai Aqidah dan Pemikiran Islam serta Metod Perjuangan Islam;

·     Taqwa dan pegangan teguh kepada Aqidah dan Pemikiran Islam.

2. Sunnah Rasul adalah pemain abadi dalam Pergerakan Islam di mana setiap pemikiran, perancangan dan tindakan didasar dan dikaitkan dengan model perjuangan Rasulullah s.a.w.

3.   Peranan Allah dalam Pergerakan Islam dapat dilihat dalam dua dimensi:

·  Allah menghadirkan diri-Nya dengan terus menerus dalam minda dan kesedaran setiap umat Islam supaya ia sentiasa taat dan patuh kepada perintah Allah untuk menentang dan menghapuskan kekufuran dan untuk menegakkan Negara Islam yang didasarkan kepada Aqidah dan Pemikiran Islam. Perjuangan Islam ini akan dioperasikan oleh setiap ummah  melalui Metod al-Quran, Sunnah dan Sirah.

·  Allah s.w.t. menjelma dan mengambil bahagian yang langsung dalam perjuangan massa ummah yang tinggi taraf ketaqwaan mereka (Taubah:26, Mukmin:51): Allah telah menurunkan Malaikat-Malaikat untuk turut berperang dalam peperangan Badar (al-Anfal :9,10), ribut pasir dalam peperangan Khandak, menyelamatkan Nabi Ibrahim a.s. daripada dibakar dengan api oleh Namrud, menyelamatkan Nabi Musa a.s. daripada Firaun dengan membelah laut, menghancurkan tentera Abrahah yang menyerang Kaabah, dan lain-lain.


PROSES PEMBENTUKAN PERGERAKAN ISLAM

Pergerakan Islam hendaklah dibentuk dan diwujudkan oleh segolongan aktivis teras yang memahami tentang Aqidah dan Pemikiran Islam dan Metod Islam, serta yang telah mempunyai ketaqwaan dan komitmen yang amat mendalam terhadap perjuangan Islam. Kebangkitan massa umat Islam hanya boleh dicapai dan diwujudkan melalui kegiatan dan perjuangan oleh satu Pergerakan Islam. Penyebaran meluas Aqidah dan Pemikiran Islam dan Metod Islam di kalangan massa umat Islam tanpa satu Pergerakan Islam tidak boleh menghasilkan satu kebangkitan. Pergerakan Islam tidak boleh diharapkan untuk menjelma dan wujud dengan sendirinya tanpa dirancang, distrategi dan dioperasikan dengan tersusun dan teratur. Dalam lain-lain perkataan, Pergerakan Islam itu hendaklah diperjuang, dicipta dan diwujudkan dengan perancangan dan tindakan yang sedar dan teratur dengan hanya berbekalkan ketaqwaan dan komitmen kepada Allah s.w.t. Pembentukan Pergerakan Islam hendaklah melalui dua fasa: pertama, Pergerakan Janin (embryonic movement); dan, kedua, Interaksi dan Perjuangan Terbuka.




      i.  Aktivis-Aktivis Teras

Dalam mengoperasikan kebangkitan Islam dan revolusi di peringkat awal, keutamaan dan penekanan hendaklah diberi kepada usaha-usaha untuk mewujudkan golongan kecil aktivis-aktivis teras yang akan berperanan untuk menggerak dan membangkitkan massa rakyat Islam untuk menghidupkan revolusi. Aktivis-aktivis Teras yang memainkan peranan yang paling penting dalam proses kebangkitan ini diharapkan untuk dibentuk dan diwujudkan dengan pemilihan personaliti dengan rapi dan dengan menjalankan tarbiah-tarbiah dengan terperinci dalam kumpulan-kumpulan yang kecil, mungkin buat permulaan ini memadai dalam bentuk tarbiah-tarbiah daripada individu kepada individu atau kepada kumpulan-kumpulan kecil. Semasa dalam fasa pertumbuhan awal, atau "incubation period", para aktivis teras ini memerlukan kepada asuhan dan didikan yang halus dan rapi supaya ia benar-benar menghayati dan mengimani Aqidah dan Pemikiran Islam dengan penuh kesempurnaan, dan supaya ia memahami tentang segala konsep perjuangan Islam berserta dengan Metod Islam dengan mendalam dan sesempurna mungkin, dan dengan demikian itu, untuk menerapkan ketaqwaan dan komitmen yang tinggi dan mantap semata-mata kerana keredhaan Allah s.w.t.
Siapakah yang akan menjadi aktivis-aktivis teras ini, siapakah yang bersedia untuk menjadikan Jihad, Perang dan Revolusi ini sebagai kerjaya mereka, siapakah yang sanggup untuk ditindas dan dizalimi semata-mata kerana ketaatan kepada perintah Allah dan hanya inginkan kepada keredhaan Allah? Setidak-tidaknya seseorang pejuang Islam itu hendaklah memiliki ciri-ciri perwatakan seperti berikut :

1.  Ikhlas kepada Allah dan ketaqwaan yang amat mendalam;
2.Meletakkan nilai yang amat tinggi kepada Aqidah Islam yang tidak boleh dikompromi dan dijual beli;

3.Mempertahankan Aqidah dengan jiwa, harta dan keluarga;

4.Personaliti yang sentiasa aktif dan bertindak, serta mempunyai semangat perjuangan yang berkobar-kobar;

5. Takut hanya kepada Allah dan sedikitpun tidak takut kepada manusia;

6. Kesanggupan dan keredhaan untuk ditindas dan dizalimi;

7. Menolak dunia dan hanya inginkan keredhaan Allah;

8. Tidak bersedia untuk berkompromi dan sentiasa keras dan tegas terhadap musuh-musuh Allah;

9. Kesabaran dan ketahanan yang sukar ditandingi yang akan terus berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir;

10.   Bertawakal dan bulat-bulat menyerah diri kepada Allah dan hanya mengharapkan pertolongan daripada Allah sahaja dan tidak kepada yang selain daripada-Nya.

Kekuatan dan keupayaan gerakan-gerakan dan aktiviti-aktiviti para aktivis teras ini bergantung kuat kepada kefahaman yang asas mengenai Aqidah dan Pemikiran Islam dan TAQWA, KOMITMEN dan ILTIZAM terhadap perjuangan Islam yang tinggi, dan setelah dua aspek ini diperolehi, barulah ianya berkeupayaan untuk menggerak dan membangkitkan massa rakyat Islam kepada revolusi dengan berkemampuan untuk menghadapi berbagai rintangan, penentangan dan penindasan yang ketara daripada musuh-musuh Islam. Tanpa kefahaman, taqwa dan komitmen, para aktivis teras ini tidak mempunyai daya ketahanan dan ia akan menjadi lesu dan lumpuh tidak lama kemudian. Sebaliknya, apabila daya ketahanan berada ditahap yang tinggi kerana taqwa, kefahaman dan komitmen, para aktivis itu akan berupaya untuk menghidup dan menggerakkan kembali massa rakyat Islam yang telah mengalami kelumpuhan itu.

Kefahaman yang asas yang dimaksudkan di sini bukanlah kefahaman mengenai ilmu agama Islam, cabang-cabang agama dengan segala detailnya, tetapi setakat memahami bahawa demokrasi itu adalah satu agama yang syirik dan kufur, kerajaan demokrasi dan metod perjuangan melalui proses demokrasi adalah juga syirik dan kufur yang diperintahkan ke atas kita untuk dinafi, ditolak, diingkari dan ditentang dengan terbuka, aktif dan total sehingga ianya mengalami kehancuran yang total, dan bahawa meminjam metod demokrasi untuk memperjuangkan Islam itu adalah juga kesyirikan, kekufuran dan mempertuhankan sesama manusia, dan bahawa alternatif kepada kita hanyalah Metod Islam daripada Allah dan Rasul-Nya sahaja. Kefahaman yang diperkatakan dalam konteks perbincangan kita di sini hanyalah terhad kepada isu-isu yang berhubung kait dengan persoalan-persoalan mengenai kerajaan Islam dan kerajaan demokrasi, Metod Islam dan metod demokrasi, dan segala fakta yang berhubung kait dengan isu-isu yang “fundamental” di dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ sahaja.

Ada ketikanya seseorang itu mempunyai kefahaman tentang kerajaan Islam dan kerajaan demokrasi, Metod Islam dan metod demokrasi di tahap yang paling minimum sahaja, tetapi ia mempunyai komitmen terhadap perjuangan Islam dalam bentuk yang radikal dan revolusyeneri itu di tahap yang amat mendalam semata-mata kerana hati nuraninya yang telah yakin dan ikhlas kepada Allah s.w.t. dengan kadar yang amat sempurna dan sepenuhnya. Sebaliknya, ilmu dan kefahaman semata-mata tidak selalunya menjamin komitmen yang mendalam. Ada ketikanya seseorang yang luas dan mendalam ilmu dan kefahamannya tentang agama Islam serta metod perjuangannya itu mempamerkan sikap yang tidak mempunyai komitmen yang setimpal, malah ada yang bertindak dan berperanan sebagai petualang dan penghalang kepada perjuangan Islam melalui metod perjuangan yang benar dan tulen daripada Allah dan Rasul-Nya (Metod Islam) ini, di mana ia mengekal, menghalal, mengamal dan mempertahankan kerajaan demokrasi dan metod demokrasi.

Faktor yang “crucial” di sini ialah TAQWA di kalangan para pejuang Islam dan kesediaan mereka untuk menerima HIDAYAT daripada Allah s.w.t. yang memasuk dan meletakkan keyakinan dan keikhlasan ke dalam hati nurani seseorang insan yang membawa kepada KOMITMEN yang amat mendalam kepada perjuangan Islam. Kita boleh bersetuju bahawa peranan ilmu dan kefahaman dalam perjuangan Islam itu tidak boleh diketepi dan diperkecilkan, tetapi faktor TAQWA dan HATI NURANI yang ditentukan oleh Allah s.w.t. adalah sesuatu yang hakiki dalam persoalan komitmen dan kebangkitan.

Firman Allah: al-Anaam 125  
Barang siapa yang dikehendaki Allah untuk memberi petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk Islam.

Firman Allah: asy-Syura 52 
Kami jadikan al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya (kepada) siapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami.
 
Firman Allah: an-Nur 35 
Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki.

Perjuangan Islam ialah perjuangan HATI NURANI. Apabila seseorang itu yakin dan ikhlas dalam mengimani kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ sehingga memenuhi segenap penjuru dan ruang di dalam lubuk hati nuraninya, tanpa lengah-lengah lagi ia akan terus sahaja menerima agama Allah dalam bentuknya yang total berserta dengan segala apa yang datang daripada Allah - kerajaan Allah dan metod perjuangan daripada Allah, dan dengan serta merta juga ia akan menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap agama, kerajaan dan metod perjuangan yang selain daripada Allah s.w.t. seperti agama demokrasi, kerajaan demokrasi dan metod demokrasi yang kesemuanya itu adalah syirik dan kufur di sisi ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Dan ia bertindak sedemikian rupa tanpa terlebih dahulu perlu dihurai, diperjelas dan diyakini tentang kelebihan Kerajaan Allah dan metod perjuangan daripada Allah serta kepincangan kerajaan demokrasi dan metod demokrasi, tetapi semata-mata kerana keyakinan dan keikhlasannya dalam mengimani kalimah Laailaahailallah yang sudahpun bertakkhta di dalam lubuk hati nuraninya.

Sistem kehidupan Allah tidak berlaku dan wujud dengan sendirinya sahaja tanpa perjuangan dan usaha gigih daripada para pejuangnya, ianya adalah satu perjuangan yang dilancarkan dengan sedar dan terancang oleh orang-orang yang beriman yang berjuang kerana Allah dengan mengikuti metod daripada Allah dan yang sepenuhnya komited kepada Allah :

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Imran) :
Malah sistem itu hanya ditegakkan apabila ia didokong dan diperjuangkan oleh kumpulan manusia yang benar–benar beriman dengannya dan berdiri teguh dan jujur mengamalkannya dengan segala daya kemampuan mereka, juga apabila ia dijadikan tugas hidup mereka dan matlamat cita-cita mereka dan apabila mereka berusaha menegakkannya di dalam hati orang-orang yang lain dan di dalam kehidupan amali mereka. Ia dapat ditegakkan apabila mereka berjuang bersungguh-sungguh ke arah matlamat ini dengan mengorbankan segala usaha dan tenaga, iaitu berjuang menghidup kelemahan manusia, hawa nafsu manusia dan kejahilan manusia terhadap diri sendiri dan orang lain, berjuang menentang manusi–manusia yang menentang sistem hidup Ilahi ini kerana didorong oleh kelemahan , hawa nafsu dan kejahilan . Dan selepas itu semua mereka akan sampai selepas berjaya menegakkan sistem Ilahi ini ketahap yang disanggupi oleh fitrah manusia.

Tetapi sebelum itu segala sesuatu, iaitu sebelum segala usaha dan segala cara , di sana ada satu unsur yang amat penting, iaitu sejauh mana keikhlasan kumpulan ini kepada matlamat perjuangan ini dan sejauh mana mereka mencerminkan hakikat sistem Ilahi itu pada tindakan tanduk diri mereka sendiri dan sejauh mana hubungan mereka dengan Allah Tuan Punya sistem hidup ini, sejauh mana mereka yakin kepada-Nya dan sejauh mana mereka bertawakkal kepada-Nya.

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa perjuangan untuk merealisasikan sistem kehidupan Allah itu adalah bergantung kepada KEIMANAN dan KOMITMEN yang mendalam seseorang pejuang itu kepada Allah swt 

Firman Allah: al-Hujurat 15 
Sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi dan berjihad dengan harta benda mereka dan jiwa raga mereka demi jalan Allah.Merekalah orang-orang yang sebenar beriman.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
“Keimanan itu ialah tasdik hati terhadap Allah dan Rasul-Nya, iaitu tasdik yang tidak dilanda oleh sebarang syak dan keraguan, tasdik yang yakin, teguh dan mantap yang tidak bergoncang dan tidak bergoyang, tidak diganggu was-was, tasdik hati dan perasaan yang tidak teragak-agak, tasdik yang melahirkan kesanggupan berkorban dengan harta benda dan jiwa raga kerana sabilillah. Apabila hati mengecapi kemanisan iman dan yakin kepadanya nescaya ia akan bertindak melahirkan hakikatnya di luar hati iaitu di alam kenyataan, alam kehidupan manusia. Ia mahu menyelaraskan di antara hakikat iman di dalam hatinya dengan hakikat iman di alam kenyataan dan kehidupan yang melingkungi dirinya. Ia tidak dapat bersabar melihat perbezaan di antara gambaran iman di dalam hatinya dengan gambaran iman dalam kenyataan di sekelilingnya, kerana perbezaan itu menyakit dan menyedihkan pada setiap waktu. Dari sini timbullah keinginan berjihad kerana sabilillah dengan harta benda dan jiwa raga iaitu keinginan sepontan daripada jiwa orang yang beriman untuk mewujudkan satu gambaran yang gemilang di dalam hatinya supaya terjelma dalam kehidupan manusia. Perseteruan di antara orang yang mukmin dengan kehidupan Jahiliyah di sekelilingnya adalah satu perseteruan yang spontan yang terbit daripada ketidak mampuannya untuk hidup dengan dua wajah yang berlainan di antara kefahaman keimanannya dengan kenyataan hidup amalinya, juga terbit daripada ketidak mampuannya untuk menyerah kefahaman keimanan yang sempurna, indah dan lurus itu kepada kenyataan hidup amalinya yang cacat dan menyeleweng. Oleh itu peperangan di antaranya dengan Jahiliyah yang ada di sekelilingnya terpaksa dicetuskan sehingga Jahiliyah ini tunduk kepada konsep keimanan dan kepada kehidupan keimanan.

Yaani, merekalah orang-orang yang benar-benar kukuh dalam Aqidah mereka dan merekalah orang-orang yang benar apabila mereka berkata bahawa mereka adalah orang-orang mukmin. Apabila kesedaran keimanan itu tidak wujud di dalam hati dan kesannya juga tidak wujud di alam kenyataan kehidupan, maka ini bererti bahawa ketulenan iman itu tidak wujud dan dakwaan beriman itu tidak berasas.

Sesungguhnya orang-orang mukmin yang sebenarnya ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu (Hujurat 15).

Kenyataan yang akhir ini bukan kenyataan kosong, malah satu kenyataan yang menyentuh pengalaman yang benar-benar berlaku dan melayani kedaan yang timbul di dalam hati seseorang walaupun setelah ia beriman kenyataan himat ini sama dengan kenyataan himat yang terdapat di dalam ayat :

“sesungguhnya orang-orang yang berkata : Tuhan kami itu Allah – kemudian mereka berlaku jujur” (Fussilat 30).

Kenyataan himat “kemudian mereka tidak ragu-ragu” dan “kemudian mereka berlaku jujur” yang ditambah ke atas perkataan “Tuhan kami ialah Allah” menunjukkan kepada perubahan yang dialami oleh hati orang-orang yang beriman setelah ditekan oleh pengelaman-pengelaman yang teruk dan ujian-ujian yang dahsyat, iaitu perubahan yang menimbulkan keraguan dan kegoyahan. Hati orang-orang sebenar beriman akan menempuh berbagai-bagai bala bencana yang boleh menggoncangkan keimanan dalam hidup mereka, tetapi mereka tetap teguh tidak bergoyang, tetap yakin tidak ragu-ragu dan tetap terus jujur, maka dialah yang sebenarnya orang yang wajar menerima darjat as sadikun ini di sisi Allah.

Kenyataan himat yang sedemikian rupa mengingatkan orang-orang yang beriman kepada bahaya-bahaya ketergelinciran di tengah perjalanan supaya mereka membetul dan mengukuhkan pendirian mereka dan berlaku jujur dan tidak ragu-ragu ketika menghadapi keadaan cuaca yang buruk atau ketika dipukul angin ribut yang kencang.”

Bagi seseorang yang yakin dan ikhlas kepada Allah s.w.t., ia akan terus berjuang dan berjihad ke jalan Allah dengan seberapa segera yang mungkin dalam menentang demokrasi dan kerajaan demokrasi sebaik sahaja ia memahami dan menyedari bahawa ianya (demokrasi dan kerajaan demokrasi) adalah kesyirkan dan kekufuran. Jiwa dan hatinya sentiasa bergelora dan bergelojak serta tidak mungkin akan tenang dan tenteram selama mana ia melihat demokrasi dan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur itu masih tegak berdiri dalam memerintah dan berkuasa ke atas manusia yang bererti pengabdian manusia kepada sesama manusia yang menindas dan menzalimi manusia. Ia bersedia dan berkesanggupan untuk mengorbankan jiwa dan raganya, serta harta bendanya untuk melancarkan penentangan dan revolusi terhadap kerajaan demokrasi yang zalim dan menindas itu untuk digantikan dengan sebuah Negara Islam. Ia akan terus berjuang dengan penuh tekad dan semangat yang berkobar-kobar dari permulaan sehingga ke akhirnya walaupun terpaksa menghadapi seribu halangan. Ia tidak pernah terfikir untuk memilih metod demokrasi sebagai metod perjuangannya dan tidak pernah ragu-ragu untuk hanya dan terus sahaja berjuang melalui Metod Islam daripada Allah dan Rasul-Nya kerana jawapan yang jelas dan nyata telah dan sentiasa tersedia wujud di dalam lubuk hatinya – mengambil jalan Allah dengan sekali gus menolak jalan yang selain daripada-Nya. Dan ia tidak perlu kepada apa-apa huraian, penjelasan dan pujukan sedikit pun, tetapi ia memilih untuk berjihad dan berjuang dalam menghancurkan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini serta untuk menegakkan kerajaan Allah di bumi melalui Metod daripada Allah kerana kesemuanya itu adalah di atas dasar keimanan dan ketaqwaan yang kuat kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan jelmaan keimanan dan ketaqwaan itu dalam bentuk tindakan dan perjuangan di alam yang nyata. Orang-orang yang seperti ini, seperti mana yang disampaikan kepada kita oleh Allah swt sendiri, adalah orang-orang yang mempunyai hati yang hidup kepada keimanan dengan sebenar-benar keimanan.

Di satu pihak yang lain pula, kita dapati segolongan umat Islam kita yang sanggup melihat kerajaan demokrasi yang berdiri tersergam di hadapan mereka dengan perasaan dan hati mereka yang tenang dan tenteram sahaja, tanpa sebarang perasaan yang terkilan dan terharu atau yang negatif terhadapnya, dan mereka membiarkannya untuk terus sahaja wujud dan berkuasa, padahal mereka memahami dan menyedari bahawa dari segi ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ianya adalah kesyirikan dan kekufuran, serta yang menzalimi dan menindas manusia, mereka ini kesemuanya bukanlah orang-orang yang beriman dengan hati yang tulus ikhlas kepada Allah swt. Mereka sanggup melihat kerajaan dermokrasi ini dengan hati mereka yang tenang dan tenteram sahaja, tanpa sedikitpun terguris, kerana hati mereka adalah hati yang mati kepada keimanan yang menyebabkan mereka tidak melihatnya sebagai sesuatu yang syirik dan kufur serta hati mereka tidak merasai bahawa mereka sedang tunduk dan mengalah kepada kesyirikan dan kekufuran, justeru mereka tidak merasai kehinaan lantaran ketundukan mereka kepada kekufuran itu, dan hati mereka tidak menyedari bahawa mereka sedang menderhakai dan memberontak terhadap Allah swt. Hati seseorang yang seperti ini, hati yang penuh dengan keraguan, hati yang masih mempersoalkan tentang kesyirikan dan kekufuran demokrasi dan kerajaan demokrasi, padahal akal fikiran mereka sudahpun menerima hakikatnya yang sebenar, adalah hati yang menolak kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Awas! Kita mungkin kelihatan sebagai seorang Islam yang lebai dan warak daripada luarannya sahaja hanya kerana kita mengucap dua kalimah syahadah serta taat dan tekun dalam menunaikan amal ibadat ritualnya, tetapi kita kufur ingkarkan Allah swt dari segi hati kita kerana ianya sentiasa berada dalam keraguan dalam mengimani kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ khususnya keraguan dalam meyakini kesyirikan dan kekufuran demokrasi.

Begitu juga bagi mereka yang tidak mengambil sebarang tindakan, yang berdiam diri sahaja, yang tidak berjuang dan berjihad dalam menentang demokrasi dan kerajaan demokrasi yang diketahui dan diyakini oleh mereka sebagai syirik dan kufur, kerana takut kepada penindasan dan kezaliman daripada kerajaan demokrasi ini, atau kerana menjaga kepentingan-kepentingan material, kerjaya, kekeluargaan dan persahabatan, bererti mereka tidak beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Juga mereka yang tidak berjuang melalui Metod Islam kerana mereka meragui bahawa kita diprintahkan untuk berjuang melalui Metod Islam sahaja yang didasarkan kepada al-Quran, Sunnah dan Sirah, dan ada pula yang meragui akan kesempurnaan Metod Islam itu, mempunyai pengertian bahawa mereka meragui terhadap perintah Allah dan meragui akan sifat kesempurnaan Allah s.w.t. sendiri yang kedua-duanya itu adalah merosakkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan mengeluarkan diri mereka itu daripada Islam.

Firman Allah: an-Nahl 108 
Mereka itulah orang-orang yang telah dimeteraikan Allah hati mereka dan pendengaran mereka serta penglihatan mereka, dan merekalah orang-orang yang lalai. 

Firman Allah: ar-Rum 59 
Demikianlah Allah meteraikan hati orang-orang yang tidak mahu menerima jalan mengetahui (kebenaran).

Seseorang yang meskipun telah memahami dan menyedari tentang kesyirikan dan kekufuran agama demokrasi, kerajaan demokrasi dan metod demokrasi, ia masih terus sahaja lagi berjuang melalui metod demokrasi yang selain daripada Allah, kerana ia tidak yakin kepada apa yang difahaminya. Hal ini sebenarnya menggambarkan masalah yang lebih inti dan mendasar di dalam diri individu itu sendiri – ia masih belum yakin dan ikhlas dalam mengimani kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ di dalam lubuk hati nuraninya sendiri kerana hatinya itu ditutup dan dimetrikan oleh Allah swt!

   ii.    Sifat Berbeza Dan Terpisah Daripada Kufur

Sesuatu Pergerakan Islam yang baru terbentuk di dalam sesebuah masyarakat itu hendaklah berbeza dan memisahkan dirinya dengan total, jelas dan tegas daripada aqidah kufur, kerajaan kufur, undang-undang kufur, sistem kufur dan seluruh masyarakat kufur yang berada di sekelilingnya ini. Pergerakan Islam itu juga hendaklah memisah dan membezakan dirinya daripada masyarakat Islam yang masih mengekalkan diri mereka untuk berada di bawah sistem kehidupan Jahiliyah. Ia wujud bersendirian dengan Aqidah Islam dan sistem nilai Islam di bawah satu kepimpinan Islam yang baru yang jelas berbeza dan terpisah daripada kepimpinan Jahiliyah yang sedang wujud dan berkuat kuasa ke atasnya. Pergerakan baru ini dipimpin oleh Allah dan Rasul-Nya melalui bimbingan al-Quran, Sunnah dan Sirah. Ia menolak dengan aktif dan tegas akan kepimpinan Jahiliyah, kerajaan Jahiliyah, sistem Jahiliyah, institusi-institusi Jahiliyah dan aqidah Jahiliyah yang sedang menguasai, mendominasi dan menyelubungi ke atasnya. Pembezaan dan pemisahan ini hendaklah berlaku sejak awal-awal lagi, iaitu semasa pembentukannya.

Pergerakan Islam ini tidak boleh mengambil bahagaian dalam sistem politik Jahiliyah yang sedang wujud dan beroperasi dipersekitarannya dan ia tidak boleh menjadikannya sebagai wasilah untuk mencapai matlamat Islamnya yang suci murni ini. Menjadikan sistem politik Jahiliyah sebagai wasilah untuk mencapai matlamat Islam adalah bertentangan dengan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang boleh mengeluarkan seseorang itu daripada Islam.

Para pejuang perintis Islam yang kerdil ini hendaklah bertindak dan bergerak dengan aktif untuk membentuk beberapa kelompok masyarakat Islam yang baru yang jauh berbeza dan terpisah daripada masyarakat UMAT ISLAM mereka sendiri yang pro-Jahiliyah demokrasi serta yang mengamal dan meredhai sistem politik Jahiliyah demokrasi. Selain daripada itu kelompok-kelompok masyarakat Islam yang baru ini wujud dengan berbeza dan terpisah daripada pemikiran demokrasi dan kerajaan Jahiliyah demokrasi, berbeza dan terpisah dengan masyarakat orang-orang kafir serta juga berbeza dan terpisah dengan seluruh Jemaah Islam yang lain; iaitu seluruh Jemaah Islam yang ikhlas berjuang kerana Allah dan di atas nama Allah untuk menuju ke arah pembentukan sebuah Negara Islam hanyalah kerana mereka itu kesemuanya tidak membeza dan memisahkan diri mereka daripada Jahiliyah dan sistem kehidupan Jahiliyah yang tersedia wujud dan beroperasi di dalam masyarakat Jahiliyah ini.

Perbezaan yang asas di antara kedua-dua golongan Islam ini adalah dari segi bahawa Pergerakan Islam yang baru ini menumpukan ketaatan dan pengabdian yang total kepada Allah dan sistem hidup daripada Allah sahaja dengan memisahkan dirinya dengan total daripada gejala ketaatan kepada sesama manusia, sedangkan masyarakat Islam yang sedia ada ini, yang terdiri daripada majoriti daripada umat Islam kita, tidak menumpukan ketaatan yang total kepada Allah serta mereka tidak mengamalkan sistem kehidupan daripada Allah, malah mereka hanya mengucap dua kalimah syahadah dengan mentaati Allah dalam syiar-syiar ibadat sahaja tanpa mentaati Allah dalam politik, ekonomi, sosial dan akhlak. Mereka menganuti dan mengamal sistem kehidupan Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis yang selain daripada Allah yang bererti bahawa mereka menganuti dan mengamal sistem kehidupan Taghut, iaitu sistem yang mengabdikan manusia kepada sesama manusia dan yang menolak pengabdian manusia yang total kepada Allah sahaja, dan mereka mentaati kepimpinan Taghut, mereka tidak membeza dan memisahkan diri mereka daripada Taghut dan masyarakat Taghut, mereka mengabdikan diri mereka kepada sesama manusia yang kesemuanya ini mempunyai pengertian untuk menafi dan mengingkari Uluhiyah dan Rububiyah Allah yang mengeluarkan diri mereka daripada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Inilah perbezaan yang asas di antara kedua-dua golongan ini yang menyebabkan satu daripadanya berada dalam Islam manakala yang satu lagi berada di luar daripada Islam.

Sikap berbeza dan terpisah ini hendaklah wujud di dalam hati setiap pejuang Islam serta ianya hendaklah dijelmakan dalam bentuk kehidupan praktis yang jelas, aktif dan tegas. Tanpa sikap dan amalan sistem kehidupan yang berbeza dan terpisah daripada masyarakat kufur, kepimpinan kufur dan segala bentuk kekufuran ini, sesuatu pergerakan itu tidak berbentuk Islam, tidak mempunyai kekuatan dan kemantapan iman dan semangat perjuangan serta ia tidak berkemampuan untuk mencabar dan mengancam pengaruh dan kekuatan kufur yang berada di sekelilingnya, malah terlebih penting sekali ialah janji Allah untuk memberi pertolongan kepadanya tidak akan berlaku! Pemisahan dan pembezaan ini adalah di atas kehendak dan perintah Allah.

(BERSAMBUNG)

No comments:

Post a Comment