Monday 1 October 2012

MENYEMBAH DUA TUHAN



MENYEMBAH DUA TUHAN
 
Firman Allah: an-Nahl 51    
Dan Allah berkata: Janganlah menyembah dua Tuhan. Dia hanya satu, oleh itu takutlah akan Daku!

MENGAMAL sistem politik demokrasi bererti menyembah dua Tuhan! Ketaatan kepada Allah dalam solat bererti menyembah Allah manakala ketaatan kepada kerajaan dan undang-undang demokrasi dalam seluruh bidang kehidupan – politik, ekonomi, sosial, akhlak dan antarabangsa, bererti menyembah segala Tuhan demokrasi yang selain daripada Allah. Para pemimpin kita yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun dan Raja-Raja Melayu kita adalah kesemuanya TUHAN-TUHAN MANUSIA kerana mereka adalah berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas manusia, mereka berkuasa dan berdaulat untuk membuat peraturan dan undang-undang untuk manusia, mereka berkuasa dan berdaulat untuk menjadikan seluruh rakyat yang berada di bawah pemerintahan mereka itu sebagai para hamba yang mengabdikan diri mereka (para rakyat) kepada mereka (para pemimpin) sebagai Tuhan-tuhan Manusia dan mereka disembah oleh seluruh umat manusia sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah.

Kedudukan orang-orang Islam yang menyokong, mempertahan dan mengamalkan demokrasi dalam kehidupan politik mereka di samping terus menganuti agama Islam dengan mengamalkan segala peribadatan ritual terhadap Allah s.w.t., mempunyai pengertian menyembah dua Tuhan - Tuhan Islam dan Tuhan demokrasi. Keterlibatan dalam proses demokrasi dengan sepenuhnya, daripada pilihanraya, proses perundangan hingga kepada ketaatan kepada undang-undang dan kuasa-kuasa rakyat yang kesemuanya itu mempunyai implikasi untuk menegakkan kedaulatan rakyat, menyerahkan kuasa kepada rakyat dan mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi, adalah penyembahan terhadap Tuhan demokrasi; manakala mendirikan solat, menunaikan puasa, zakat, haji dan lain-lain ibadat adalah penyembahan yang ditujukan kepada Allah s.w.t. - satunya menyembah Tuhan yang berada di dalam masjid-masjid, manakala satu lagi menyembah Tuhan-tuhan yang berada di dalam parlimen (9:31).

Di zaman Jahiliyah purba manusia menyembah patung-patung batu sebagai usaha untuk mendekatkan diri mereka kepada Allah s.w.t.; dalam era moden, manusia menyembah berhala-berhala besar dalam bentuk ideologi dan pemikiran - demokrasi, komunisme, sosialisme, kapitalisme, nasionalisme, sekularisme, nazisme, fasisme, dan lain-lain, yang kesemuanya mempunyai pengertian menyembah yang selain daripada Allah s.w.t.

Firman Allah: an-Nahl 51 
Dan Allah berkata: Janganlah menyembah dua Tuhan. Dia hanya satu, oleh itu takutlah akan Daku!

Oleh kerana Allah itu satu, dan agama yang benar itu satu sahaja, sudah semestinya kerajaan di sisi Allah itu hanyalah kerajaan yang satu yang menjalankan undang-undang yang satu dan sistem kehidupan yang satu. Allah s.w.t. memerintahkan kita supaya mentaati dan mengabdikan kepada sistem hidup daripada Allah sahaja yang bererti menyembah Allah yang satu, dan jangan mentaati dan mengabdikan kepada sistem-sistem hidup yang selain daripada Allah, termasuk demokrasi, yang boleh memberi pengertian menyembah yang selain daripada Allah. Sekiranya kita mengamal, mentaati dan meredhai kerajaan demokrasi ini, bererti kita telah menyembah dua Tuhan – menyembah Tuhan demokrasi di samping menyembah Allah s.w.t . Bagi kita yang sedang berada dan bernaung di bawah kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini, penyembahan kepada Allah yang satu sahaja dan mengelakkan diri daripada menyembah dua Tuhan, hanya dapat direalisasikan dengan mengamalkan sikap dan tindakan untuk mentakfirkan kerajaan demokrasi ini, iaitu untuk membenci, memusuhi, menafi, mengingkari, menolak dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap kerajaan demokrasi ini. Tanpa mentakfirkannya ianya bererti menyembah dua Tuhan.

Firman Allah : al-Ahzab 4 
Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati di dalam satu dada.

Sayyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Manusia cuma mempunyai sebuah hati sahaja. Oleh kerana itu dia pasti mempunyai satu jalan hidup sahaja untuk dijalinnya. Dia pasti mempunyai satu persepsi yang global sahaja terhadap hidup dan alam sebagai sumber pemikirannya. Dia pasti mempunyai satu neraca sahaja untuk menimbangkan nilai-nilai dan untuk menilaikan peristiwa-peristiwa dan segala sesuatu. Jika tidak ia akan berbelah bagi, menjadi talam dua muka, menyeleweng dan tidak tetap menjurus ke satu hala.

Seseorang itu tidak boleh mengambil adab-adab dan akhlak-akhlaknya daripada satu sumber kemudian mengambil undang-undang dan peraturannya daripada satu sumber yang lain dan mengambil pula peraturan-peraturan kemasyarakatan dan ekonomi daripada sumber yang ketiga, kemudian mengambil kesenian-kesenian dan kefahaman-kefahaman daripada sumber yang keempat. Campur aduk yang seperti ini tidak dapat membentukkan seorang insan yang mempunyai sebuah hati yang kukuh malah ia akan menjadi hati yang tercincang dan berkecai-kecai tanpa satu pendirian yang mantap.

Seseorang yang menganut Aqidah Islam tidak mungkin memiliki Aqidah itu dengan sebenarnya apabila ia melepaskan dirinya daripada kehendak-kehendak dan nilai-nilai Aqidah itu dalam mana-mana pendirian hidupnya sama ada kecil atau besar, dia tidak boleh mengeluarkan sesuatu perkataan atau melakukan sesuatu pergerakan atau menetapkan sesuatu niat atau memikirkan sesuatu perkara tanpa berhakimkan kepada Aqidahnya. Jika benar, Aqidah itu menjadi hakikat yang tertanam di dalam jiwanya, kerana Allah hanya menciptakan sebuah hati sahaja pada seorang manusia, iaitu sebuah hati yang hanya dapat tunduk kepada satu undang-undang sahaja dan mengambil fikirannya daripada satu kefahaman sahaja dan membuat pertimbangan dengan satu neraca sahaja.

Seseoarang yang menganuti Aqidah Islam tidak mungkin mengatakan sesuatu tindakan yang dilakukannya bahawa “aku buat begini atas sifat peribadiku sahaja  dan aku buat begitu atas sifat-sifatku sebagai seorang Islam sebagaimana yang pernah diucapkan oleh tokoh-tokoh politik atau tokoh-tokoh perniagaan atau tokoh-tokoh persatuan-persatuan sosial atau persatuan-persatuan ilmiyah atau sebagainya. Sebenarnya dia hanya seorang manusia yang mempunyai sebuah hati sahaja, mempunyai satu Aqidah sahaja, mempunyai satu kefahaman sahaja terhadap hidup ini, dan mempunyai satu neraca sahaja untuk menimbangkan nilai-nilai, seluruh kefahamannya yang diambil daripada Aqidahnya itu melibatkan segala apa yang terbit daripadanya dalam semua keadaannya.

Dengan sebuah hati inilah dia hidup sebagai individu, sebagai anggota di dalam keluarga, hidup sebagai anggota di dalam masyarakat, hidup sebagai warganegara di dalam kerajaan, hidup sebagai penghuni di alam, hidup secara rahsia dan terbuka, hidup sebagai pekerja dan sebagai majikan, hidup sebagai rakyat yang diperintah dan sebagai pemerintah yang memerintah, hidup dalam kesenangan dan kesusahan di mana pertimbangan-pertimbangan dan nilainya tidak berubah dan kefahaman-kefahaman juga tidak berubah.

Oleh kerana itu Islam hanya merupakan satu sistem, satu jalan, satu wahyu dan satu arah aliran iaitu berserah kepada Allah yang Maha Esa sahaja, kerana sebuah hati tidak mungkin menyembah dua Tuhan, tidak boleh berkhidmat kepada dua tuan, tidak boleh mengikut dua jalan dan tidak boleh menuju kepada dua hala. Andainya hati berbuat demikian ia akan berbelah bagi dan berubah menjadi potongan yang berkecai dan berlonggok-longgok tercaing.

Allah yang satu bererti Aqidah yang satu, ideologi dan pemikiran yang satu, politik yang satu, kerajaan yang satu, undang-undang yang satu, sistem kehidupan dan kebudayaan yang satu, “worldview” yang satu yang kesemuanya datang daripada Allah swt. Justeru ketaatan kepada Allah merangkumi pengertian bukan sahaja ketaatan kepada Allah dalam syiar-syiar ibadat sahaja tetapi ketaatan kepada ideologi dan pemikiran daripada Allah, politik daripada Allah, kerajaan daripada Allah, undang-undang daripada Allah, sistem kehidupan daripada Allah dan “worldview daripada Allah. Inilah ertinya Allah itu SATU dan beriman kepada Allah yang SATU
Ketaatan kepada Allah dalam erti kata bahawa kita ini adalah seorang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah, dan ketaatan kepada Allah kerana kita menunaikan solat dan puasa serta segala peribadatan ritual yang lain sahaja, sedangkan kita juga mentaati kerajaan demokrasi yang merangkumi pengertian mentaati kedaulatan, undang-undang, pemikiran, dasar, sistem dan institusi demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah, ianya mempunyai pengertian tidak beriman kepada Allah yang satu, tetapi beriman kepada dua Tuhan , iaitu ‘dua hati di dalam satu dada’ seperti yang diperkatakan di dalam ayat di atas ini. Kita terlibat dalam mengimani dua aqidah – Aqidah Islam dan aqidah demokrasi dalam satu masa yang sama. Hal ini adalah satu penentangan dan pengingkaran yang aktif terhadap kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

Firman Allah : al-Baqarah 42 
Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan kebenaran itu pula sedangkan kamu  mengetahuinya.


Saiyyid Qutb (Milestones):
“Oleh kerana garis pemisah di antara program Allah dengan program manusia itu terlalu jauh jaraknya, maka mustahillah akan terdapat sebarang pertemuan di antara kedua-duanya di dalam satu sistem dan mustahil pula membancuhnya kedua-duanya di dalam satu wadah. Mustahil untuk menggabungkan kedua-duanya di dalam satu acuan untuk melahirkan suatu hasil yang baharu; sebab seperti mana Allah tidak akan mengampun orang mensyirikkannya dengan diri-Nya maka Allah tidak mengampunkan orang yang membancuh program-Nya dengan program yang lain.” 

Huraian ini adalah satu penegasan yang amat jelas untuk kefahaman dan kesedaran seluruh umat Islam sekelian - bahawa membancuh dan mencampur adukkan di antara sistem Islam dengan sistem demokrasi tidak akan diampuni oleh Allah s.w.t. kerana itu bererti mempersekutukan sistem Allah dan menafikan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Kehidupan massa umat Islam di Malaysia yang terdapat di dalamnya satu kewujudan bersama dengan aman dan damai (peaceful co-existence) di antara Islam dengan demokrasi di bawah satu kekuasaan dan sistem pemerintahan, di mana Aqidah Islam dan sistem Islam itu dibancuh dan dicampur adukkan dengan aqidah demokrasi dan sistem demokrasi, atau gejala menjalani sistem kehidupan yang separuh Islam dan separuh demokrasi, mengikut penegasan dan penjelasan Saiyyid Qutb, adalah satu kehidupan yang menyembah dua tuhan – menyembah Allah di samping menyembah Tuhan-tuhan demokrasi yang mensyirik dan mengkufur ingkarkan Allah s.w.t. Umat Islam yang mengamalkan sistem politik demokrasi bererti mereka terlibat dalam membancuh dan mencampur adukkan di antara Aqidah Islam dan sistem Islam dengan aqidah demokrasi dan sistem demokrasi yang kufur, dan oleh itu mereka menjalani kehidupan yang separuh Islam dan separuh kufur – mereka ini menyembah dua Tuhan.

Firman Allah : an-Nahl 36 
Sembahlah Allah dan jauhilah taghut.

Allah menyeru dan memperingati kita supaya menyembah Dia sahaja dan jangan menyembah yang selain daripada-Nya di dalam al-Quran dengan begitu kerap sekali bukan tanpa tujuan yang tertentu. Allah mengetahui bahawa manusia mempunyai naluri dan kecenderungan untuk menyembah yang selain daripada Allah di zaman mana sekalipun di dalam sejarah kehidupan mereka dan di lokaliti mana sekalipun di dunia ini. Bukan sahaja orang-orang kafir yang jumlahnya adalah melebihi daripada umat Islam bagi keseluruh dunia ini adalah kesemuanya menyembah yang selain daripada Allah, malah majoriti daripada umat Islam kita sendiri di dunia kini turut juga menyembah yang selain daripada Allah di samping menyembah Allah. Keseluruh umat Islam yang tinggal dan berada di bawah pemerintahan politik negera-negara bangsa (nation states) yang syirik dan kufur di dunia, termasuk Malaysia, terlibat dengan gejala menyembah pemimpin-pemimpin mereka sendiri di dalam politik dan pemerintahan negara sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah di samping menyembah Allah dalam peribadatan ritual. Jumlah orang-orang kafir dan orang-orang Islam yang kedua-dua golongan itu terlibat dengan gejala menyembah yang selain daripada Allah adalah sangat besar - hampir meliputi seluruh penduduk manusia di dunia ! Itulah sebabnya Allah memperingati kita supaya menyembah Allah sahaja dan jangan terlibat langsung dalam menyembah yang selain daripada-Nya dengan begitu kerap sekali di dalam al-Quran.

Firman Allah : Yusuf 106 
Dan orang-orang beriman, kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah sahaja melainkan mereka mempersekutukan-Nya juga dengan yang lain.

Ayat ini menyatakan tentang suasana dan realiti yang sedang menyelubungi kita kini di bawah kekuasaan Jahiliyah demokrasi - majoriti yang amat terbesar daripada massa umat Islam kita di Malaysia kini mempercayai dan mengamalkan dasar-dasar, undang-undang dan ibadat ritual yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadis dengan sekali gus mereka turut juga mempercayai dan mengamalkan dasar-dasar, undang-undang dan ibadat ritual yang terkandung di dalam Perlembagaan Negara demokrasi yang melibatkan mereka ini dengan gejala mengimani dan mengamalkan dua aqidah – Aqidah Islam dan aqidah demokrasi yang mempersekutukan Allah dan yang oleh itu merosakkan pegangan dan amalan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Kita percaya dan beriman kepada al-Quran di samping kita juga percaya dan beriman kepada Perlembagaan Negara. Kita menyembah Allah di samping menyembah segala Tuhan demokrasi kerana kita mentaati kedaulatan dan undang-undang demokrasi. Kita beriman kepada Allah di samping kita beriman kepada Tuhan-tuhan demokrasi yang selain daripada Allah. Demikianlah juga halnya dengan umat Islam di dunia kini yang majoriti yang amat terbesar daripadanya sedang berada di bawah kekuasaan negara-negara bangsa Muslim, sedang terlibat dalam menyembah sesama manusia dalam politik dan kenegaraan di samping menyembah Allah dalam peribadatan ritual. Melalui ayat seperti di atas ini, Allah swt memperingati kita tentang bahaya ini kerana ianya adalah sesuatu yang berlaku secara berterusan dan berulang-ulang di dalam kehidupan kita di sepanjang zaman.

Ayat ini adalah ditujukan kepada umat Islam, pada umumnya ianya adalah releven kepada kita umat Islam di Malaysia sekarang ini, yang menyembah Allah di samping menyembah Tuhan-tuhan demokrasi kerana ketaatan kita kepada kedaulatan dan undang-undang demokrasi yang mempersekutukan Allah swt dan yang mengeluarkan kita daripada agama Islam. Oleh kerana gejala beriman kepada Allah dengan sekali gus beriman kepada yang selain daripada Allah berlaku secara berterusan dan berulang-ulang di setiap zaman dan di setiap penjuru dan lokaliti di dunia, dan ia berlaku secara meluas dan berleluasa di kalangan massa umat Islam kita, ayat ini adalah diturunkan sebagai satu peringatan, nasihat dan amaran daripada Allah swt kepada kita supaya kita tidak terlibat dalam mensyirik dan mengkufur ingkarkan-Nya dan supaya kita sentiasa berfikir dan menghisab diri kita dengan hati yang lembut, insaf dan merendah diri, serta dengan pintu hati yang sentiasa terbuka kepada segala teguran, nasihat dan pandangan yang boleh mendedah kita kepada kebenaran dan menyedarkan kita mengenai kemungkinan terlibatnya kita dengan sebarang gejala kesyirikan dan kekufuran agar terpelihara kesempurnaan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ pada setiap detik dan setiap masa di sepanjang kehidupan kita. Kesyirikan itu sangat halus, kadang kalanya amat susah bagi kita untuk melihatnya dengan jelas sehingga kita sering terjerumus ke dalamnya tanpa kita menyedarinya. Di sinilah perlunya kepada hati yang lembut dan terbuka yang sentiasa mengalu-alukan segala teguran, nasihat dan pandangan dan yang sentiasa bersedia untuk berubah daripada keburukan dan kepincangan kepada hidayat dan kesempurnaan yang boleh menghalangi kita daripada berlakunya gejala kesesatan dan kerosakan iman.

Firman Allah : al-Bayyinah 5 
Padahal mereka tidak disuruh melainkan supaya memurnikan ketaatan kepada-Nya serta berpegang teguh dengan Tauhid dan supaya mereka menunaikan solat dan memberi zakat dan amalan-amalan sedemikian itulah agama yang benar.

Memurnikan ketaatan kepada Allah sahaja hanya dapat dicapai dan direalisasikan dengan sikap dan tindakan yang aktif dan total dalam menafi, mengingkari dan menolak kerajaan dan undang-undang demokrasi di samping mentaati Allah dalam solat, puasa, haji dan ibadat-ibadat ritual yang lain. Ketaatan kepada Allah itu hendaklah berlaku dalam bentuk yang total dan aktif, begitu juga penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif da total terhadap kerajaan dan undang-undang demokrasi itu hendaklah juga dimanifestasikan dalam bentuk yang total dan aktif. Apabila kedua-dua gejala ini berlaku dan dijelmakan dengan jelas di dalam diri kita, baharulah kita ini dikatakan sebagai beriman dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dalam bentuk yang suci dan murni, iaitu yang bersih, suci dan murni daripada segala unsur kesyirikan dan kekufuran, termasuklah kesyirikan dan kekufuran kerana mendirikan kerajaan demokrasi serta menguat kuasa, menjalan, dan mentaati undang-undang demokrasi.

Firman Allah: asy-Syura 21 
Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan – mana-mana bahagian daripada agama mereka – sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah ?

Allah swt mengemukakan persoalan kepada kita - apakah kita masih ingin terus berdegil dalam menjadikan para pemimpin kita dan Raja-Raja Melayu ini sebagai Tuhan-tuhan kita, apakah kita masih berdegil untuk terus menyembah dua Tuhan ataupun Tuhan-tuhan Manusia yang ramai, apakah kita masih berdegil untuk mengamal, menganuti dan mengimani agama demokrasi yang tidak diizinkan Allah sedangkan ia membawa kita kepada kesesatan, kesyirikan dan kekufuran. Soalan ini merupakan satu bentuk kecaman dan kutukan daripada Allah terhadap kita yang mengamalkan agama demokrasi di samping turut juga mengamalkan agama Allah yang bererti menyembah dua Tuhan. Orang-orang yang mengamalkan politik agama demokrasi yang selain daripada Allah, mengikut ayat ini, akan diseksa di akhirat nanti! Agama Allah sahajalah yang layak untuk mengaturkan kehidupan sosial dan politik manusia, dan tidak ada agama yang lain, seperti agama demokrasi, yang berhak dan layak untuk berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment