Sunday 14 October 2012

PAS KAFIR - SIRI KELIMA


(SAMBUNGAN)
 
Firman Allah : al-Maidah 54 
Wahai orang-orang yang beriman ! Barang siapa di antara kamu yang murtad daripada agamanya, maka Allah akan mendatangkan sekumpulan manusia yang dicintainya dan mereka juga menyintai-Nya, mereka lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan gagah perkasa terhadap orang-orang kafir , mereka berjihad kerana sabilullah. Dan mereka tidak gentar kepada celaan mana-mana pencela. Itulah limpah kurnia Allah yang dikurniakan kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) dan Maha Mengetahui.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Ancaman kepada mana-mana orang Islam yang terkeluar daripada agamanya dalam bentuk kecaman yang sehebat ini dan dimakam yang seperti ini pada dasarnya adalah dituju kepada pertalian yang wujud di antara perbuatan mengadakan hubungan setia kawan dengan orang-orang Yahudi dan Nasara dengan hukum irtidad (terkeluar daripada Islam ) terutama setelah dijelaskan oleh al-Quran bahawa mana-mana orang yang menjadikan orang-orang Yahudi dan Nasara selaku rakan dan penolong setianya, maka dia adalah dianggap termasuk di dalam golongan mereka, iaitu terkeluar daripada kelompok Muslimin dan tercantum di dalam kumpulan mereka :

Dan barang siapa dari kalangan kamu menjadikan mereka sebagai penolong setia, maka dia adalah daripada golongan mereka .

Berdasarkan pertimbangan ini maka seruan yang kedua di dalam ayat ini adalah untuk menguatkan seruan yang pertama. Dan seruian yang ketiga – selepas seruan ini  - juga mempunyai tujuan yang sama , iaitu menekankan larangan daripada mengadakan hubungan setia kawan dengan kaum Ahlil Kitab dan orang-orang kafir yang digabungkan sebegitu rupa untuk menunjukkan bahawa hubungan setia kawan dengan orang-orang Yahudi dan Nasara adalah sama dengan hubungan setia kawan dengan orang-orang kafir, dan soal Islam memberi layanan yang berbeza di antara kaum Ahlil Kitab dengan orang-orang kafir adalah satu perkara yang tidak ada kaitan dengan persoalan setia kawan, malah ia adalah daripada urusan-urusan lain yang tidak ada kena mengena dengan hubungan setia kawan.

Firman Allah : an -Nisa 138, 139 
Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang munafikin bahawa mereka akan memperolehi azab yang amat pedih. Iaitu orang-orang yang memilih orang-orang kafir sebagai sahabat-sahabat setia mereka bukannya memilih orang-orang yang beriman. Apakah mereka mahu mencari kekuatan pada orang-orang kafir? Sesungguhnya kekuatan itu adalah semuanya milik Allah belaka.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Orang-orang kafir yang disebut di sini – mengikut pendapat yang lebih rajih – ialah orang-orang Yahudi yang menjadi tempat perlindungan kaum munafiqin. Di sanalah mereka berkumpul dan berbincang secara rahsia dan merancang bersama mereka berbagai-bagai komplot dan tipu daya terhadap kelompok Muslimin.

Allah swt bertanya mereka dengan pertanyaan mengejek dan mengecam mengapa mereka bersahabat setia dengan orang-orang kafir, sedangkan mereka mendakwa beriman? Mengapa mereka meletakkan diri di tempat (yang begitu rendah) ? Dan mengapa mereka mengambil sikap (yang keji) ini? Apakah mereka mencari kemuliaan dan kekuatan pada orang-orang kafir? Sebenarnya kemuliaan dan kekuatan itu adalah diiliki Allah. Oleh itu kemuliaan dan kekuatan tidak mungkin didapati melainkan oleh mereka yang dilindungi Allah dan oleh mereka yang mencarinya di sisi Allah dan oleh mereka yang berlindung di bawah naungan Allah.

Demikianlah sentuhan pertama ayat ini mendedah tabiat kaum Munafiqin dan sifat mereka yang utama, iaitu bersahabat setia atau bersetia kawan dengan orang-orang kafir bukannya dengan orang-orang yang beriman di samping mendedahkan kefahaman mereka yang salah terhadap kekuatan dan kekosongan orang-orang kafir daripada segala kemuliaan dan kekuatan yang sebenar yang dicari oleh kaum munafiqin pada mereka. Dan ayat ini menjelaskan dengan tegas bahawa kemuliaan dan kekuatan itu hanyalah milik Allah Yang Maha Esa sahaja dan oleh itu kemuliaan dan kekuatan pastilah dicari di sisi Allah sahaja , jika tidak , akan tiada kemuliaan dan kekuatan di sisi orang-orang yang lain.

Sesungguhnya di sana hanya ada satu sahaja sandaran bagi jiwa manusia (iaitu Allah) dan pada sandaran inilah ia mendapat kekuatan dan kemuliaan. Oleh itu apabila ia berpegang kepada sandaran ini ia dapat mengatasi orang-orang yang lain. Dan sesungguhnya di sana hanya ada satu Ubudiyah sahaja yang dapat mengangkat jiwa manusia dan membebaskannya, iaitu Ubudiyah kepada Allah . Dan seandainya jiwa seseorang itu tidak terpaut tenang dengan Ubudiyah kepada Allah, maka ia akan diperhambakan oleh berbagai-bagai nilai manusia, berbagai-bagai tokoh manusia, berbagai-bagai pertimbangan dan berbagai-bagai ketakutan, dan tiada satu pun Ubudiyah kepada manusia, kepada segala sesuatu dan kepada segala perhitungan dapat menyelamatkannya.

Pilihan hanya di antara dua, sama ada Ubudiyah kepada Allah Yang Maha Esa yang membawa keunggulan, kemuliaan dan kebebasan atau Ubudiyah kepada hamba-hamba Allah yang membawa kepada kehinaan dan belenggu-belenggu. Seseorang itu boleh membuat pilihan apa sahaja yang ia suka.

Seorang mukmin yang tulen tidak akan mencari kemuliaan dan kekuatan pada yang lain daripada Allah, ia tidak akan mencari kemuliaan, pertolongan dan kekuatan pada musuh-musuh Allah selama ia beriman kepada Allah. Alangkah perlunya  orang yang mendakwakan diri mereka sebagai penganut-penganut Islam dan menamakan diri mereka dengan nama-nama Islam, sedangkan mereka mencari pertolongan pada musuh-musuh Allah yang paling ketat di bumi .Alangkah perlunya mereka memerhati dan meneliti ayat al-Quran ini jika mereka benar-benar ingin menjadi orang-orang Islam yang sejati dan jika tidak, maka Allah Maha Kaya dari semesta alam.

Firman Allah : an-Nisa 144 
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memilih orang-orang kafir sebagai sahabat–sahabat setia selain daripada orang-orang yang beriman. Apakah kamu ingat memberi kepada Allah suatu alasan yang amat terang terhadap kesalahan kamu ?

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Sampai di sini penjelasan ayat-ayat ini membangkitkan perasaan jijik dan memandang hina dan lemah yang begitu besar di dalam hati orang-orang yang beriman. Oleh itu dalam ayat-ayat yang berikut al-Quran terus berbicara dengan orang-orang yang beriman. Ia memberi amaran dan peringatan kepada mereka supaya jangan mengikut jalan kaum munafiqin, dan yang dimaksudkan dengan jalan yang diikuti kaum munafiqin itu - sebagai mana yang telah disebut sebelum ini ialah bersahabat setia dengan orang-orang kafir bukannya dengan orang-orang yang beriman, juga mengingatkan mereka kepada azab dan kemurkaan Allah di samping menggambarkan untung nasib kaum munafiqin di akhirat yang amat menakut dan hina dina.

Ayat ini kembali sekali lagi menyeru orang-orang yang beriman dengan menggunakan sifat mereka yang memisah dan membezakan mereka daripada kelompok-kelompok manusia lain yang ada di sekeliling mereka dan dengan sifat inilah berbezanya cara hidup, perilaku dan realiti mereka . Dengan sifat ini juga mereka menyahut seruan Allah dan mematuhi arahan-arahan-Nya.

Mereka diseru dengan sifat ini supaya menjauhi perbuatan mengikut jalan kaum munafiqin dan mereka diberi amaran supaya jangan mengadakan hubungan setia kawan melainkan dengan orang-orang yang beriman. Di sana pastilah ada suatu keperluan yang menghendaki seruan ini dilakukan di dalam masyarakat Islam di masa itu, di mana hubungan–hubungan yang baik masih wujud di antara setengah –setengah orang Islam dan orang-orang Yahudi di Medinah dengan setengah-setengah orang-orang Islam dan kaum kerabat mereka dalam masyarakat Quraisy (di Mekah) – walaupun hubungan itu merupakan hubungan jiwa sahaja – kami hanya mengatakan setengah-setengah orang-orang Islam sahaja kerana di sana ada setengah-setengah orang-orang Islam yang lain yang telah memutuskan terus segala hubungan mereka dengan masyarakat Jahiliyah sehingga dengan ibu bapa dan anak-anak mereka sendiri dan mereka menjadikan agama yang dianuti mereka itu sebagai satu-satunya ikatan perhubungan dan perpaduan dan satu-satunya tali hubungan rahim seperti yang diajarkan Allah kepada mereka.

Kepada setengah-setengah orang-orang Islam (yang kami katakan) itulah perlu diperingatkan bahawa jalan yang sedang dilalui mereka adalah jalan nifaq dan kaum munafiqin. Peringatan itu dibuat setelah digambarkan nifaq dan kaum munafiqin dengan gambaran yang buruk , keji dan dibenci. Begitu juga mereka perlu diperingatkan supaya mereka jangan mendedahkan diri kepada kemurkaan dan azab Allah.   

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) menghuraikan bahawa Allah melarang kita daripada bergabung, bersatu dan bersetia kawan dengan orang-orang kafir dengan tujuan untuk mencari KEKUATAN dalam politik, ekonomi, sosial dan ketenteraan. Allah menghukumkan orang-orang Islam yang bergabung dan bersetia kawan dengan orang-orang kafir sebagai orang-orang MURTAD dan terkeluar daripada agama Allah.

PAS yang bergabung dan bersetia kawan dengan orang-orang kafir serta yang mencari kekuatan politik daripada orang-orang kafir adalah disifatkan Allah sebagai orang-orang yang kafir dan murtad! Selain daripada ini, PAS yang bergabung dan bersetia kawan dengan orang-orang kafir mempunyai pengertian bahawa mereka mengiktiraf, menyetujui dan meredhai terhadap segala matlamat perjuangan orang-orang kafir sedangkan seluruh matlamat perjuangan mereka (orang-orang kafir) ini berada di luar daripada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan malah ianya adalah yang aktif berkonflik dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. PAS tidak menafi, menolak, mengingkari dan menentang terhadap segala matlamat perjuangan orang-orang kafir DAP yang syirik dan kufur ini serta mereka tidak memusuhi dan membenci terhadap segala matlamat perjuangan orang-orang kafir ini. Kesemua sikap, amalan dan perbuatan PAS seperti ini adalah kerosakan kepada Aqidah mereka yang telah mengeluarkan seluruh mereka ini daripada agama Allah.

Allah melarang kita dengan sekeras-kerasnya daripada MENYETUJUI dan MEREDHAI akan sebarang matlamat perjuangan yang selain daripada matlamat ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ sahaja kerana itu adalah kesyirikan dan kekufuran! Dalam pada itu, PAS telah mengisytiharkan bahawa matlamat pembentukan Negara Islam itu bukanlah lagi menjadi isu yang utama dalam perjuangan mereka pada hari ini – matlamat Negara Islam telah digantikan dengan matlamat pembentukan Negara Kebajikan untuk seluruh umat manusia di bumi!

Firman Allah : an-Nisa 76 
Orang-orang beriman berperang pada jalan Allah manakala orang-orang kafir berperang pada jalan Taghut.

Umat Islam kita adalah daripada Hizbullah, iaitu golongan Allah manakala orang-orang kafir daripada DAP adalah daripada Hizbu Taghut, matlamat kita ialah kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ sedangkan matlamat mereka adalah Taghut. Bagai manakah kedua-dua golongan yang berkonflik seperti ini boleh bertemu di dalam satu pasukan politik?

Firman Allah : al-Qosas 86 
Janganlah engkau menolong orang-orang kafir.

Firman Allah : al-Maidah 2 
Janganlah kamu tolong menolong dalam melakukan dosa dan pencerobohan.

Allah melarang kita daripada MENOLONG orang-orang kafir di atas KEKUFURAN mereka dan bagi sesiapa yang melakukannya, mereka itu adalah orang-orang kafir. DAP adalah sebuah parti politik kafir yang menolak Islam dan sistem politik Islam, mereka menolak dan menentang pelaksanaan peraturan dan undang-undang Allah dan pembentukan kerajaan Allah secara jelas, terang dan rasmi tanpa sebarang keraguan lagi. Mereka itu adalah musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kita yang dilarang oleh Allah daripada memberi sebarang pertolongan dan kerja sama kepada mereka. Menyertai Pakatan Rakyat mempunyai pengertian bahawa PAS menolong orang-orang kafir di atas kekufuran mereka yang mengakibatkan kesyirikan dan kekufuran kepada PAS dan yang mengeluarkan PAS daripada agama Allah. Allah melarang PAS dan seluruh umat Islam sekelian daripada menyertai Pakatan Rakyat dan daripada mengamalkan sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur.

Firman Allah : al-A’raf 12 
Allah berfirman : Apakah yang telah menghalangkan engkau daripada sujud (kepada Adam) sewaktu Aku perintahkan engkau ? Iblis : Aku lebih baik daripada dia ( Adam) kerana engkau menciptakan aku daripada api dan menciptankannya daripada tanah.

Iblis menjadi kafir kerana dia IKUT PANDANGANNYA sendiri dengan mengingkari perintah Allah yang jelas dan terang, begitulah juga PAS menjadi kafir kerana mereka ikut pandangan mereka sendiri dengan mengingkari hukum Allah yang bererti mereka ikut jejak langkah Iblis! Janganlah kita menjadikan diri kita ini sebagai orang-orang kafir kerana kita mengamalkan sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur, kita mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang syirik dan kufur serta kita menyetujui dan meredhainya, ikutlah Allah dan Rasul-Nya sahaja dan janganlah kita ikut para pemimpin kita secara taksub dan membuta tuli sahaja.


DEMOKRASI BUKAN JALAN ALLAH

Firman Allah : Yusuf 108 
“Katakanlah : Inilah jalan perjuanganku, di mana aku dan orang-orang yang mengikutku mengajak kamu kepada agama Allah dengan bukti yang jelas . Maha Suci Allah dan aku bukannya daripada golongan musyrikin . 

Firman Allah : al-Israa’ 9 
Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk kepada jalan yang betul.



Firman Allah : al-Ankabut 69 
Dan bagi mereka yang berjihad ke jalan Kami , Kami tunjuk jalan-jalannya.

Tanggungjawab dan kewajipan Pas ialah untuk melancarkan perjuangan Islam mengikuti jalan al-Quran, Sunnah dan Sirah dengan meninggalkan METOD DEMOKRASI ciptaan manusia yang selain daripada Allah dan yang menentang Allah. Malangnya PAS memilih jalan Jahiliyah dengan meninggalkan jalan Allah. Jalan Jahiliyah adalah Jahiliyah yang memasukkan PAS ke dalam agama Jahiliyah dan yang mengeluarkannya daripada agama Allah.

Saiyyid Qutb (Milestones) :
“Para pendakwah dan pejuang Islam hendaklah memahami dengan sejelas-jelasnya bahawa agama ini adalah agama yang diwahyukan dan bahawa Metodnya, yang sesuai dan harmoni dengan sifat-sifat agamanya, adalah juga didasarkan kepada panduan wahyu. Adalah sesuatu yang mustahil untuk mendiri dan menegakkan satu tatanan hidup agama ini tanpa mengikuti Metodnya yang tersendiri.

Seseorang itu hendaklah memahami bahawa agama ini telah datang bukan sahaja untuk mengubah aqidah-aqidah dan amalan-amalan manusia tetapi juga Metod untuk melaksanakan perubahan-perubahan dalam aqidah-aqidah dan amalan-amalan itu. Agama ini membentukkan Aqidah bersama-sama dengan pembentukan sesuatu komuniti itu, ia juga membentuk sistem pemikirannya di samping ia menumpukan tenaganya dalam melaksanakan aspek-aspek praktikalnya. Oleh yang demikian, pembentukan sistem pemikirannya, Aqidahnya, dan cara hidupnya yang tersendiri itu, tidak memerlukan kepada metod yang lain, tetapi ianya terlaksana secara serentak.

Daripada huraian di atas, kita sedar bahawa agama ini mempunyai Metod bertindaknya yang tersendiri. Justeru, kita perlu sedar bahawa Metod ini adalah sesuatu yang kekal abadi. Ia tidak terikat kepada sesuatu peringkat, atau sesuatu keadaan dan persekitaran yang tertentu, seumpamanya kepada zaman generasi Islam yang pertama. Sesungguhnya tatanan hidup agama ini tidak akan dapat didiri dan dibangunkan - pada bila-bila masa - melainkan melalui Metod ini sahaja.

Peranan Islam ialah untuk mengubah Aqidah-aqidah dan amalan-amalan manusia, bersama-sama dengan sikap, pandangan dan cara berfikir mereka. Metodnya adalah diturunkan melalui wahyu dan ianya adalah sama sekali berbeza dengan kesemua metod yang tidak bernilai daripada manusia yang berfikiran cetek.

Kita tidak akan berkemampuan untuk menerima panduan Ilahi atau untuk menjalani kehidupan yang berpandukan kepadanya melainkan kita mengamalkan Metod yang diturunkan daripada Allah swt, iaitu Metod yang sememangnya disediakan oleh Allah untuk mengubah pemikiran dan amalan manusia.

Apabila kita mencuba untuk menghadkan Islam ke tahap ‘teori’ untuk dikaji, bererti kita telah mengubahkan Metod daripada Allah ini daripada sifat-sifatnya yang semula jadi, dan kita telah merendahkannya ke tahap metod ciptaan manusia, seolah-olah Metod Allah ini adalah lebih rendah daripada metod manusia, dan seolah-olah kita hendak meningkatkannya kepada tingkat dan status yang sama tinggi dengan metod ciptaan para hamba-Nya!
Pandangan seperti ini adalah amat merbahaya dan mentaliti menyerah kalah ini adalah kerosakan yang besar.

Peranan Metod daripada Allah yang dianugerahkan kepada kita - kita yang menjadi pejuang-pejuang Islam ini – adalah untuk membentukkan satu sistem pemikiran yang suci dan bersih daripada segala unsur dan sistem pemikiran Jahiliyah yang sedang berleluasa kini di dunia dan yang telah meracuni kebudayaan kita dengan merosakkan sistem pemikiran kita. Sekiranya kita cuba untuk mengubah agama ini dengan cara mengamalkan metod yang lain daripada ciri-ciri dan sifat-sifatnya dan metod yang dipinjam daripada Jahiliyah yang sangat berpengaruh kini, bermakna kita telah merosakkan peranan Islam dalam membebaskan kemanusiaan, dan kita akan kehilangan peluang untuk menghapuskan bebanan cara Jahiliyah yang sedang berleluasa kini, dan yang sedang menguasai seluruh sistem pemikiran kita.
Situasi ini adalah penuh dengan bahaya, dan kerugian yang akan kita alami akibat daripadanya, adalah satu malapetaka yang amat besar.

Metod bagi pembentukan sesuatu tatanan hidup Islam, adalah tidak kurang pentingnya atau tidak kurang perlunya daripada Aqidah Islam dan sistem kehidupannya itu sendiri, Metod dan Aqidah tidak pernah terpisah di antara satu dengan yang lainnya. Walaupun kita mungkin tertarik untuk mencanangkan tentang keindahan Aqidah Islam serta sistem Islam, kita jangan melupai bahawa Islam tidak akan terbentuk sebagai satu sistem hidup yang praktikal atau satu pergerakan yang dinamis melalui cara ini (mencanang keindahan Islam).

Oleh yang demikian, saya mengulangi bahawa Aqidah Islam hendaklah dijelmakan kepada bentuk satu pergerakan yang praktikal, dan sebaik sahaja ianya telah terbentuk sedemikan rupa, pergerakan Islam itu hendaklah berbentuk satu pancaran dan cermin yang menggambarkan wajahnya yang sebenar.

Aqidah dan Metod adalah sama-sama penting; tidak ada perbezaan di antara kedua-duanya. Metod yang selain daripadanya, walaupun kelihatan menarik sekalipun, tidak akan berkemampuan untuk membentuk satu tatanan hidup Islam di bawah kekuasaan Islam. Metod-metod yang lain hanya berkemampuan untuk membentuk tatanan-tatanan hidup daripada sistem-sistem pemikiran yang lain ciptaan manusia, tetapi kesemuanya tidak berkemampuan untuk membentuk sistem kita. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kita untuk mengikuti Metod daripada Allah ini sahaja sepertimana kewajipan kita untuk mentaati cara-cara hidupnya dan kewajipan untuk mempercayai Rukun Iman.”

Huraian Saiyyid Qutb merumuskan satu prinsip Islam yang “fundamental” – bahawa METOD perjuangan Islam untuk mengubah AQIDAH MANUSIA daripada AQIDAH KUFUR kepada AQIDAH ISLAM serta untuk mengubah kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini kepada kerajaan Islam adalah metod al- QURAN, SUNNAH dan SIRAH dengan meninggalkan METOD DEMOKRASI yang selain daripada Islam. Metod Islam adalah gandingan WAHYU dan PERJUANGAN RASULULLAH SAW.

Aqidah dan Pemikiran Islam serta kerajaan Islam itu adalah didasarkan kepada al-Quran, Sunnah dan Sirah, oleh itu sesuatu perjuangan untuk menegakkan sesebuah kerajaan Islam yang didasarkan kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ hendaklah hanya melalui Metod ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, iaitu Metod al-Quran, Sunnah dan Sirah sahaja. Metod demokrasi atau mana-mana metod yang selain daripada Allah adalah kesyirikan dan kekufuran. Metod untuk menegakkan sesuatu kerajaan Islam adalah sama penting dengan kerajaan Islam serta dengan Aqidah dan Pemikiran Islam itu sendiri. Aqidah Islam dan Metod Islam mempunyai pertalian yang tidak boleh dipisah-pisahkan di antara satu dengan yang lain kerana kedua-duanya itu adalah sama-sama didasarkan kepada al-Quran, Sunnah dan Sirah. Allah swt tidak memberi kebebasan kepada kita untuk memilih mana-mana metod perjuangan yang dianggap sebagai paling sesuai, bijak, sempurna dan berkesan yang dikonsepsikan mengikut logis dan rasionaliti pemikiran kita, kerana metod Islam itu hanyalah metod yang satu yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya sahaja, lebih-lebih lagi metod-metod yang lain itu termasuklah metod demokrasi ini kesemuanya bercanggah dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

Firman Allah : Yusuf 108 
“Katakanlah : Inilah jalan perjuanganku, di mana aku dan orang-orang yang mengikutku mengajak kamu kepada agama Allah dengan bukti yang jelas . Maha Suci Allah dan aku bukannya daripada golongan musyrikin . 

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Yakni kami sekelian berada di dalam hidayat dan cahaya petunjuk daripada Allah . Kami mengetahui jalan kami dengan jelas dan kami berjalan mengikutinya dengan pandangan, kefahaman dan makrifat yang jelas , kami tidak meraba-raba dan menagak-agak. Itulah keyakinannya yang terang lagi bersuluh. Maha Suci Allah daripada segala sifat yang tidak layak dengan Uluhiyah -Nya. Dan kami sekelian terasing dan berbeza daripada golongan musyrikin .

“Dan aku bukannya daripada golongan musyrikin.”

Inilah jalan aku. Oleh itu sesiapa yang suka dia boleh ikut, dan sesiapa yang tidak suka, maka aku tetap berjalan terus mengikut jalan yang lurus ini .

Para pendakwah kepada Allah pastilah melakukan perbezaan ini. Mereka pasti mengumumkan bahawa mereka merupakan satu umat yang bersendirian dan terpisah daripada orang-orang yang tidak berpegang dengan aqidah mereka, iaitu tidak menjadi pak turut mereka, tidak mengikut kepimpinan mereka, mereka mengambil haluan yang bersendirian dan tidak bercampur aduk dengan mereka. Para pendakwah agama ini tidak cukup dengan menyeru manusia kepada agama Allah, sedangkan mereka bergelumang di dalam masyarakat Jahiliyah kerana dakwah yang seperti ini tidak membawa kepada sesuatu hasil yang benilai, malah sejak hari yang pertama lagi mereka harus mengumumkan bahawa golongan mereka adalah berlainan daripada golongan Jahiliyah. Mereka membezakan diri mereka dalam bentuk satu kelompok tersendiri di mana tali ikatannya ialah aqidah yang berbeza dan nama  kepimpinannya ialah kepimpinan Islam. Mereka harus membezakan diri mereka daripada masyarakat Jahiliyah dan seterusnya membezakan kepimpinan mereka daripada kepimpinan Jahiliyah .     

Kedudukan para pendakwah yang bergelumang dan hanyut dalam masyarakat Jahiliyah dan kekal bernaung di bawah naungan kepimpinan Jahiliyah akan menghapuskan pengaruh yang dibawa oleh aqidah mereka, menghalangkan keberkesanan yang dapat diwujudkan oleh dakwah mereka dan seterusnya menghalangkan segala penarik yang mungkin wujud pada dakwah yang baru itu .

Hakikat ini bukan hanya terserlah dalam bidang dakwah para nabi di dalam masyarakat-masyarakat musyrikin sahaja, malah terserlah dalam bidang dakwah umumnya, iaitu setiap kali munculnya Jahiliyah menguasai kehidupan manusia. Nilai-nilai dan ciri-ciri semula jadi Jahiliyah abad dua puluh ini juga tidak berbeza daripada nilai-nilai dan ciri-ciri semua Jahiliyah yang lain yang dihadapi oleh dakwah Islam di sepanjang sejarah .

Para pendakwah yang menyangka bahawa mereka boleh mencapai sesuatu hasil yang baik menerusi tindakan turut bergelumang dan hanyut di dalam masyarakat Jahiliyah dan establishment-establishment Jahiliyah dan menerusi penyusupan secara halus ke dalam masyarakat dan establishment-establishment Jahiliyah untuk berdakwah kepada Islam, maka mereka adalah orang-orang yang tidak memahami tabiat agama ini dan caranya mengetuk pintu hati manusia. Jika pejuang-pejuang mazhan-mazhab ilhadiyah (yang tidak percaya kepada Tuhan ) secara terbuka sanggup mendedahkan tanda mereka, barisan hadapan mereka dan arah mereka, garis perjuangan mereka, maka apakah pejuang-pejuang dakwah Islamiyah tidak sanggup mengumumkan tanda istimewa mereka dan cara perjuangan mereka yang secara total berbeza daripada perjuangan Jahiliyah itu? 

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa perjuangan melalui proses politik demokrasi adalah METOD JAHILIYAH, iaitu metod yang syirik dan kufur yang akan hanya menghasilkan Jahiliyah dan yang tidak mungkin akan tercapai matlamat Islam. Islam mempunyai jalannya dan kepimpinannya yang tersendiri yang terpisah dan berbeza sama sekali daripada jalan dan kepimpinan demokrasi. Islam hendaklah mempamirkan kepada orang ramai mengenai metod dan jalannya yang istimewa dan berbeza ini berbanding dengan jalan Jahiliyah seperti jalan demokrasi ini.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – az-Zariat) :
Apabila seseorang itu dapat meningkatkan dirinya ke kemuncak konsep pengabdian diri kepada Allah ini atau ke kemuncak konsep Ubudiyah yang luhur ini, maka tentulah jiwanya tidak akan tergamak menggunakan wasilah yang keji untuk mendapatkan tujuan yang luhur walaupun tujuan itu adalah untuk mencapai kemenangan dakwah dan meninggikan kalimah Allah, kerana wasilah yang keji itu dalam satu aspek menghancurkan konsep pengabdian diri kepada Allah yang bersih dan luhur, dan daripada satu aspek yang lain ia tidak berhasrat untuk mencapai matlamat-matlamat yang lain selain daripada matlamat menunaikan kewajipan-kewajipannya untuk merealisasikan konsep pengabdian diri kepada Allah yang tersirat dalam penunaian itu, kerana pencapaian matlamat adalah terserah kepada Allah. Dialah yang akan menentukannya mengikut ketetapan takdir-Nya dan kehendak iradat-Nya. Oleh itu seseorang tidak perlu menggunakan wasilah-wasilah dan cara-cara yang sembarangan untuk mencapai sesuatu matlamat yang urusannya terpulang kepada keputusan Allah dan tidak pula termasuk dalam perkiraan seorang mukmin yang menghambakan dirinya kepada Allah.

Kemudian seseorang yang menghambakan dirinya kepada Allah itu akan menikmati kerehatan dhamir, ketenteraman jiwa, kebaikan hati dalam segala keadaan sama ada dia melihat hasil perjuangannya itu berhasil atau tidak berhasil, sama ada usaha perjuangannya terlaksana menurut sebagai mana yang dirancangkannya atau sebaliknya, kerana dia telahpun menyelesaikan usaha perjuangannya dan terjamin mendapat balasannya setelah direalisasikan konsep pengabdian diri kepada Allah dalam usaha perjuangannya itu dan kerana inilah hatinya tenang dan beristirehat. Dan segala apa yang berlaku selepas itu adalah di luar batas tugasnya. Kini dia sedar bahawa dirinya adalah seorang hamba kerana itu perasaan dan tuntutannya tidak melebihi batas seorang hamba. Dia juga sedar bahawa Allah itu Tuhan dan kerana itu dia tidak akan menceroboh dalam perkara-perkara yang berada dalam bidang urusan Allah. Di sinilah sahaja batas perasaannya. Dia redha terhadap balasan Allah dan Allah redha terhadap usaha perjuangannya.

Wasilah yang keji yang disebutkan oleh Saiyyid Qutb itu boleh dimaksudkan kepada metod perjuangan melalui sistem dan proses politik demokrasi. Dalam perjuangan Islam, Saiyyid Qutb menegaskan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan metod perjuangan yang selain daripada metod Allah dan Rasul-Nya kerana metod yang lain itu adalah metod yang merosakkan Aqidah Islam kita. Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa isu yang terpenting yang sewajarnya menjadi pertimbangan kita ialah PERJUANGAN dan METOD PERJUANGAN, inilah sahaja IBADAT kita kepada Allah. Kita tidak perlu membicarakan mengenai pencapaian dan hasil perjuangan itu, khususnya kita tidak perlu bertanya sama ada sesebuah Negara Islam itu berjaya atau gagal didirikan, kerana isu seperti ini adalah KERJA ALLAH yang semestinya kita tinggalkan bersendirian begitu sahaja supaya berlakunya iradat dan takdir Allah ke atasnya. Apa sahaja iradat dan takdir Allah kita terima sahaja dengan hati yang redha dan terbuka.

Kejayaan atau kegagalan untuk mendirikan sesebuah Negara Islam itu tidak sepatutnya kita campur tangan, dan kita hanya sepatutnya menumpukan sepenuh perhatian kita kepada IBADAT kita kepada Allah sahaja, iaitu untuk melancarkan dengan penuh kesungguhan akan perjuangan demi perjuangan dan Jihad demi Jihad ke jalan Allah – dan setakat itulah sahaja - ke arah mencapai pembentukan sesebuah Negara Islam. Sama ada sesebuah Negara Islam itu benar-benar berjaya didirikan atau sebaliknya, bukanlah kerja kita. Itu adalah KERJA ALLAH mengikut iradat dan takdir Allah. Kerja kita hanyalah untuk melancarkan perjuangan demi perjuangan dan Jihad demi Jihad sahaja dengan penuh kesungguhan tanpa memperdulikan tentang kejayaan atau kegagalan pembentukan sesebuah Negara Islam itu.

Apabila kita mencampuri hal-hal yang berada di dalam batas-batas yang menjadi hak dan kerja Allah, kadang kala kita akan terlibat dengan berbagai-bagai kederhakaan dan pengingkaran terhadap Allah seperti mana keterlibatan kita dalam proses politik demokrasi dalam memperjuangkan Islam ke arah pembentukan sesebuah Negara Islam. Oleh kerana kita terlalu ingin untuk mendiri dan merealisaikan pembentukan sesebuah Negara Islam, kadang kala kita mengambil jalan pintas, iaitu kita berjuang dan berjihad melalui proses politik demokrasi dengan meninggalkan METOD DARIPADA ALLAH – justeru kita melibatkan diri kita dengan kesyirikan dan kekufuran kerana inginkan sebuah Negara Islam. Selepas sesebuah Negara Islam itu berjaya kita dirikan, kita tetap akan menanggung dosa kesyirikan dan kekufuran yang kita lakukan ketika mengamalkan sistem dan proses politik demokrasi itu, dan bahawa segala jasa dan pengorbanan kita dalam membentukkan sesebuah Negara Islam itu tadi tidak dapat menghapuskan segala dosa kesyirikan dan kekufuran kita, sedangkan kita sedia maklum bahawa segala dosa yang syirik dan kufur itu tidak akan diampuni Allah! Persoalan-persoalan seperti ini tidak pernah terfikir oleh majoriti daripada massa umat Islam kita.

Firman Allah : Fussilat 17 
Adapun kaum Thamud, Kami beri petunjuk kepada mereka, lalu mereka utamakan kesesatan daripada hidayat.

Apabila diberi petunjuk kepada jalan yang benar kepada PAS supaya mereka berjuang melalui jalan Allah, iaitu jalan al-Quran, Sunnah dan Sirah, mereka menolaknya, sebaliknya mereka memilih jalan demokrasi yang syirik dan kufur. Keadaan mereka ini adalah sama dengan keadaan kaum Thamud seperti mana yang diperingati kepada kita di dalam al-Quran oleh Allah swt sendiri, iaitu mereka utamakan kesesatan dan membelakangkan hidayat!
Sesebuah parti politik seperti PAS dan juga seseorang individu yang wujud dan menjalani kehidupan di bawah sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur ini akan hanya dapat memelihara dan mempertahankan kesempurnaan pegangan dan amalan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dengan cara mengamalkan segala sikap, tindakan dan amalan seperti mana yang dikenalpastikan di sini :

1. Memahami, menyedari dan meyakini mengenai kesyirikan dan kekufuran demokrasi;

2.Mengisytiharkan kekufuran kerajaan demokrasi dan perintah Allah untuk menghancurkannya untuk kemudiannya digantikan dengan sebuah Negara Islam;

3 Tidak mengambil bahagian dan mengamalkan agama demokrasi;

4.Memisah, memencil dan mengasingkan diri daripada demokrasi, kerajaan demokrasi dan segala proses politik demokrasi;

5.Tidak meredhai dan menyetujui demokrasi dan kerajaan demokrasi serta membencinya;

6. Tidak menghalal dan membolehkan amalan demokrasi dan sistem politik demokrasi;

7.Menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi ;

8. Mengamalkan sikap tanpa kompromi dan berkonfrantasi dengan kerajaan demokrasi yang membawa kepada Jihad, Perang dan Revolusi sehingga ia mengalami kehancuran;

9.  Tidak bersikap “neutral” dan berkecuali terhadap kerajaan demokrasi;

10.Membentuk dan menyertai satu Pergerakan Islam untuk menentang dan menjatuhkan kerajaan demokrasi dan untuk memperjuangkan Islam melalui Metod Islam supaya ia muncul sebagai satu agama yang berkuasa dan memerintah dengan menguatkuasakan segala undang-undang dan sistem hidup daripada Allah.

Inilah jalan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan inilah sahaja jalan dan cara bagi PAS untuk menyelamatkan diri mereka dan para pengikut mereka daripada terlibat secara langsung dengan kesyirikan dan kekufuran. Perjuangan cara PAS melalui amalan agama demokrasi ini, daripada perspektif kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, adalah cara dan jalan yang syirik dan kufur yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah.

PAS tidak bertindak tegas dalam mengeluarkan sistem politik agama demokrasi ini daripada kehidupan mereka serta mereka tidak mengambil sikap dan tindakan-tindakan penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif dan total terhadapnya dan justeru PAS dan orang-orang PAS tidak dapat membersihkan diri mereka daripada segala unsur kesyirikan dan kekufuran dalam kehidupan mereka. PAS kini sedang berada di dalam agama Islam dengan sekali gus mereka juga mengamal dan mempraktikkan ciri-ciri kehidupan kufur yang menjadikan mereka ini sebagai orang-orang Islam dan sekali gus juga sebagai orang-orang kafir – inilah yang dikatakan bahawa mereka ini adalah orang-orang yang berada dalam keadaan yang terumbang ambing di antara Islam dengan kufur. PAS yang kini sedang berada dalam keadaan terumbang ambing di antara Islam dengan kafir seperti mana yang disebut di dalam ayat al-Quran ini adalah orang-orang yang sebenarnya telah terjatuh kepada status kafir yang disesatkan Allah, dan sesiapa yang kafir kerana disesatkan Allah ia tidak mungkin akan kembali kepada keimanan dan kebenaran. PAS dan para pengikut PAS adalah orang-orang Islam yang dikutuk dan dilaknati Allah.

Oleh kerana PAS tidak berjuang melalui jalan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, ianya tidak menerima sebarang TEKANAN, KEZALIMAN dan PENINDASAN daripada kekuasaan Jahiliyah demokrasi ini, malah mereka diberi kebebasan dan galakan oleh kerajaan Jahiliyah Malaysia kita ini sendiri untuk terus wujud dan aktif beroperasi melalui jalan Jahiliyah. Inilah di antara sifat-sifat dan petanda-petanda yang khusus bagi sesuatu pergerakan yang sesat dan menyeleweng, seperti PAS, daripada jalan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, yang dikutuk dan dilaknati Allah dan yang akan menerima kesudahan yang buruk di akhirat nanti, sedangkan di dunia ini perjuangannya itu adalah perjuangan yang sia-sia sahaja yang hanya telah dan akan terus membawa kepada kerugian dan kehampaan kepada Islam dan kepada seluruh massa umat Islam baik di Malaysia mahupun di dunia ini seluruhny

No comments:

Post a Comment