Wednesday 3 October 2012

MENGAKU MUSLIM


MENGAKU MUSLIM

Firman Allah :an-Nisa 60 
Tidakkah engkau melihat orang-orang yang mendakwa bahawa mereka beriman kepada wahyu yang telah diturunkan Allah kepada engkau dan kepada wahyu yang telah diturunkan sebelum engkau, sedangkan mereka masih ingin berhakimkan Taghut meskipun mereka telah diperintah supaya mengingkarkannya? Syaitan memang bermaksud untuk menyesatkan dengan kesesatan yang amat jauh.

UMAT Islam kita kini baik di Malaysia mahupun di dunia ini seluruhnya disifatkan Allah sebagai ‘PENGAKU-PENGAKU MUSLIM’ kerana kita sebenarnya telah terkeluar daripada agama Allah apabila kita sengaja dan ingin untuk mengamal, mentaati dan meredhai agama demokrasi yang syirik dan kufur. Sumber kekufuran kita yang mewajarkan kita ini untuk disifatkan sebagai PENGAKU-PENGAKU MUSLIM ialah kita tidak menjalankan Hukum Allah dalam seluruh bidang kehidupan kita yang meliputi politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa :

Firman Allah : al-Maidah 44 
Barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah, mereka itu adalah orang-orang kafir.

Menjalankan Hukum Allah itu adalah Islam, sebaliknya tidak menjalankan Hukum Allah itu adalah kekufuran. Begitu juga menjalankan hukum manusia ke atas manusia seperti pelaksanaan peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah dalam negara Malaysia kita ini, dan ketaatan dan kepatuhan kepadanya - kesemuanya itu adalah kesyirikan dan kekufuran di sisi kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Seluruh massa umat Islam kita di Malaysia dan di dunia kini bukanlah lagi layak untuk disifatkan sebagai umat Islam yang sebenar, tetapi kita ini sudah wajar dan sesuai untuk disifatkan sebagai ‘PENGAKU-PENGAKU MUSLIM’ sahaja, iaitu umat Islam yang sudah terkeluar daripada agama Allah kerana kita menolak dan mengingkari Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dengan cara kita mengamal dan mentaati peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa yang dibuat dan diluluskan oleh parlimen.  

Firman Allah : Yusuf 106 
Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah) kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukan-Nya juga dengan yang lain.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – Yusuf) :
Yakni mereka mempersekutui Allah dengan nilai-nilai kuasa di bumi dalam melapurkan peristiwa-peristiwa, sesuatu dan individu-individu manusia. Mereka mempersekutui Allah dengan sesuatu sebab di samping kudrat Allah sebagai berkuasa memberi manfaat atau mudharat. Mereka mempersekutui Allah dengan memberikan ketaatan dan kepatuhan kuasa kepada kuasa yang lain daripada kuasa Allah, iaitu kuasa-kuasa pemerintah dan pemimpin yang tidak mengambil undang-undang daripada syariat Allah. Mereka mempersekutui Allah dengan meletakkan harapan kepada yang lain daripada Allah, iaitu meletakkan harapan kepada mana-mana hamba Allah. Mereka mempersekutui Allah dengan melakukan pengorbanan yang bercampur aduk dengan hasrat untuk mendapatkan penghargaan manusia. Mereka mempersekutui Allah dengan perjuangan dan Jihad untuk mencapai sesuatu manfaat atau menangkis sesuatu mudharat yang bukan kerana Allah. Mereka mempersekutui Allah dengan melakukan ibadat yang bertujuan kerana yang lain daripada Allah di samping bertujuan kerana Allah.

Di sana ada syirik kasar yang ketara iaitu memberi ketaatan dan kepatuhan kepada yang lain daripada Allah di mana-mana urusan kehidupan seperti ketaatan kepada undang-undang (yang lain daripada undang-undang Allah) – inilah pengertian syirik yang dinaskan Allah yang tidak dapat dpertik aikan lagi - dan ketaatan kepada tradisi-tradisi manusia seperti merayakan Hari Raya-Hari Raya dan musim-musim yang ditetapkan dan tidak ditetapkan Allah, juga ketaatan memakai pakaian-pakain tertentu yang berlawanan dengan perintah Allah, juga mendedah atau menunjukkan aurat-aurat yang wajib ditutup mengikut syariat Allah.     

Perbuatan-perbuatan yang seperti ini akan melewati batas perbuatan yang berdosa apabila ia bertentangan dengan syariat Allah, iaitu apabila ia dipatuhi dan ditaati kerana adat resam yang lumrah yang diciptakan manusia dan meninggalkan perintah yang jelas daripada Allah Tuhan sekelian manusia. Ketika ini perbuatan itu ia bukan lagi merupakan satu perbuatan yang berdosa, malah merupakan satu perbuatan syirik kerana ia menunjukkan ketaatan dan kepatuhan kepada yang lain daripada Allah dalam perkara-perkara yang bertentangan dengan perintah Allah, dan dari segi inilah ia merupakan satu perbuatan yang merbahaya.

Keterangan ayat ini tepat dengan orang-orang Arab yang dihadapi oleh Rasulullah saw di Semenanjung Tanah Arab, juga merangkumi orang-orang yang lain daripada mereka di sepanjang zaman dan tempat.

Ayat ini adalah sesuai dan tepat untuk ditujukan kepada massa umat Islam dalam negara Malaysia kita ini dan juga di seluruh dunia kini kerana majoriti daripada kita kesemuanya adalah terlibat dengan gejala manusia menyembah manusia di samping mereka juga menyembah Allah. Majoriti daripada kita mentaati dan mematuhi peraturan dan undang-undang manusia yang bererti kita menyembah manusia dan tidak menyembah Allah yang mengeluarkan kita daripada agama Allah dan jadilah kita ini sebagai PENGAKU-PENGAKU MUSLIM sahaja. Umat Islam yang mempunyai KEINGINAN dan KEMAHUAN untuk menjalankan hukum yang selain daripada Allah serta kita menyetujui dan meredhainya adalah disifatkan oleh Allah s.w.t. sebagai PENGAKU-PENGAKU MUSLIM yang sudah terkeluar daripada agama Allah. Pembicaraan kita di sini adalah tertumpu kepada umat Islam kita sendiri yang lahir ke dunia ini sebagai orang-orang Islam daripada ibu bapa kita yang beragama Islam serta yang dibesarkan dalam komuniti-kominiti Islam, dan kita ini kesemuanya mungkin terdiri daripada golongan yang lebai dan warak, atau mungkin yang terdiri daripada golongan yang terpelajar dalam agama Islam

Firman Allah: an-Nisa 60 
Tidakkah engkau perhatikan bahawa orang-orang yang mendakwakan bahawa mereka beriman kepada yang diturunkan kepada engkau dan yang diturunkan sebelum daripada engkau, mereka hendak meminta hukum kepada taghut, sedangkan mereka disuruh supaya kufurkan terhadap taghut. Syaitan menghendaki supaya ia menyesatkan mereka dengan kesesatan yang jauh.

Sayyid Qutb (Fizilalil Quran- an-Nisa 60) :
Yakni tidakkah engkau melihat sesuatu yang sungguh menghairankan, iaitu ada sekumpulan, manusia yang mendakwa beriman, tetapi pada waktu yang sama merka telah meruntuhkan dakwaan itu. Mereka mendakwa beriman kepada wahyu yang diturunkan kepadamu dan wahyu yang telah diturunkan sebelum daripadamu. Kemudian mereka tidak mahu berhakimkan kepada wahyu yang diturunkan kepadamu dan kepada wahyu yang diturunkan  sebelum daripadamu. Malah mereka mahu berhakimkan kepada sesuatu yang lain, kepada peraturan yang lain dan hukum-hukum yang lain. Mereka mahu berhakimkan kepada peraturan Taghut yang tidak mengambil daripada wahyu yang diturunkan kepadamu dan daripada wahyu yang diturunkan sebelummu, iaitu peraturan yang tidak dikawal dan ditimbang dengan neraca wahyu yang diturunkan kepadamu dan wahyu yang diturunkan sebelummu. Oleh sebab itulah peraturan ini dikatakan Taghut yang zalim dan keterlaluan kerana ia mendakwa memiliki salah satu daripada ciri-ciri Uluhiyah dan kerana ia tidak tunduk kepada neraca Uluhiyah yang betul. Mereka berbuat begitu bukan kerana jahil dan bukan pula berdasarkan sangkaan-sangkaan malah mereka memang mengetahuinya dengan sepenuhnya dan dengan pengetahuan yang cukup bahawa perbuatan berhakimkan Taghut adalah satu perbuatan yang diharamkan Allah.

“meskipun mereka diperintah supaya mengingkarinya”.

Oleh kerana itu perbuatan mereka dalam perkara ini bukan kerana kejahilan dan tidak pula kerana sangkaan malah mereka lakukannya dengan sengaja, dengan qasad dan niat. Oleh sebab itu dakwaan mereka yang mengaku beriman kepada wahyu yang diturunkan kepadamu dan kepada wahyu yang diturunkan sebelummu adalah satu dakwaan yang tidak betul dan jujur, malah yang sebenarnya syaitan mahu membawa mereka ke dalam kesesatan yang tidak ada harapan lagi untuk mereka kembali ke pangkal jalan.

Firman Allah : an--Nisa 13, 14 
Itulah batas-batas hukum Allah dan sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya nescaya Allah masukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan mereka hidup kekal abadi di dalamnya dan itulah kejayaan yang amat besar.
Dan sesiapa yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar batas-batas hokum-Nya yang telah ditentukan-Nya nescaya Allah masukkannya ke dalam neraka dan kekal hidup abadi di dalamnya, dan ia mendapat azab yang menghinakan.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – Nisa) :
Yang menjadi persoalan dalam agama Islam, malah dalam seluruh agama Allah sejak Allah mengutuskan para Rasul-Nya daripada permulaan sejarah manusia ialah siapakah yang memiliki hak Uluhiyah di bumi ini? Dan siapakah yang memiliki hak Rububiyah terhadap manusia?

Daripada jawapan terhadap dua pernyataan inilah lahirnya hakikat segala sesuatu dalam poerjalanan agama Islam ini dan dalam urusan manusia seluruhnya.

Siapakah yang memiliki hak Uluhiyah di bumi ini? Siapakah yang memiliki hak Rububiyah? Uluhiyah dan Rububiyah adalah milik Allah Yang Maha Esa sahaja dan tiada siapa daripada makhluk-Nya yang menjadi sekutu-Nya. Itulah keimanan, itulah Islam dan itulah agama yang sebenar.

Andainya dikatakan Uluhiyah dan Rububiyah itu milik bagi Allah serta sekutu-sekutu-Nya daripada makhluk-Nya atau milik bagi sekutu-sekutu daripada makhluk tanpa Allah, maka itulah kesyirikan dan kekafiran yang jelas .

Jika Uluhiyah dan Rububiyah itu dipercayai milik Allah Yang Maha Esa sahaja maka itulah sifat keagamaan daripada para hamba kepada Allah Yang Maha Esa, itulah Ubudiyah daripada manusia kepada Allah Yang Maha Esa sahaja, itulah ketaatan daripada manusia kepada Allah Yang Maha Esa sahaja dan itulah kepatuhan kepada sistem hidup Allah Yang Maha Esa sahaja tanpa sebarang sekutu. Allah sahaja yang berhak memilih sistem hidup yang tertentu bagi manusia. Dialah sahaja yang berhak mengaturkan undang-undang bagi mereka. Dialah sahaja yang berhak menetapkan neraca-neraca ukuran, nilai-nilai, peraturan-peraturan hidup dan sistem-sistem masyarakat bagi manusia. Tiada siapa yang lain daripada Allah samada berupa individu-individu atau kelompok-kelompok mempunyai sesuatu daripada hak yang seperti ini kecuali dengan berlandaskan syariat Allah, kerana hak ini merupakan kehendak yang wajib bagi Uluhiyah dan Rububiyah, juga merupakan gejalanya yang nyata dan yang menentukan cirri-cirinya yang khusus.

Adapun jika Uluhiyah dan Rububiyah itu dipercayai milik kepada mana-mana makhluk Allah samada secara berkongsi dengan Allah atau bersendirian tanpa Allah, maka itulah sifat keagamaan daripada hamba kepada yang lain daripada Allah, itulah Ubudiyah daripada manusia kepada yang lain daripada Allah, itulah ketaatan manusia kepada yang lain daripada Allah, iaitu ketaatan dalam bentuk mengikut dan mematuhi sistem-sistem, peraturan-peraturan, undang-undang, nilai-nilai dan neraca-neraca ukuran yang digariskan oleh manusia tanpa berlandaskan kitab Allah dan kuatkuasa-Nya malah berlandaskan sandaran-sandaran yang lain yang menjadi sumber kuasa yang diambil oleh mereka. Oleh sebab itu di sini tidak ada agama, tidak ada iman dan tidak Islam, malah yang ada ialah kesyirikan, kekafiran, kefasikan dan penderhakaan.

Inilah keseluruhan persoalan dan hakikatnya. Oleh sebab itu perlanggaran terhadap batas-batas hukum-hukum Allah adalah dikira sama sahaja samada melanggar satu undang-undang atau melanggar semua undang-undang, kerana persoalan itu satu sahaja, iaitu persoalan agama mengikut pengertian tadi dan seluruh undang-undang syariat itu adalah agama belaka. Yang dikira di sini ialah dasar yang dipegang manusia. Adakah dasar itu membulatkan Uluhiyah dan Rububiyah dengan segala cirri-cirinya kepada Allah Yang Maha Esa atau mempersekutukan-Nya dengan seseorang yang lain daripada makhlauk-Nya walaupun mereka mendakwa menganut agama Islam dan walaupun lidah mereka mengaku sebagai orang-orang Islam.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – an-Nisa) :
Agama ialah peraturan yang ditetapkan Allah bagi kehidupan manusia seluruhnya. Agama ialah sistem yang mengatur seluruh kegiatan hidup dan hanya Allah sahaja yang berhak mengadakan peraturan dan sistem ini tanpa disekutui sesiapapun. Agama ialah ketaatan dan kepatuhan kepada kepimpinan Rabbani, iaitu satu–satunya kepimpinan yang berhak ditaati dan dipatuhi, dan satu-satunya sumber untuk menerima perintah dan arahan dan satu-satunya kepimpinan untuk diserahkan diri. Oleh itu masyarakat Islam ialah masyarakat yang mempunyai kepimpinan yang khusus di samping mempunyai Aqidah dan tanggapan yang khusus, iaitu kepimpinan Rabbani yang dilambangkan oleh kepimpinan Rasulullah saw dan segala peraturan dan undang-undang yang telah disampaikan oleh beliau dan kekal selepas kewafatannya. Kepimpinan masyarakat Islam kepada kepimpinan Rabbani inilah yang memberikan sifat Islam kepadanya dan melayakkannya untuk digelarkan “masyarakat Islam”. Tanpa kepatuhan yang mutlak ini ia tidak mungkin menjadi masyarakat Islam yang sebenar, kerana syarat kepatuhan itu ialah kesanggupan berhakimkan kepada Allah dan Rasul-Nya, memulangkan segala urusan kepada Allah dan redha terhadap keputusan dan pelaksanaan Rasul-Nya dan menerimanya dengan penyerahan yang bulat kepada-Nya. 

Untuk menjelaskan hakikat dan dasar utama ini ayat-ayat surah ini telah mengemukakan penerangan-penerangan yang amat tegas dan tidak boleh dipertikai, dikeliru, disadur dan dipalsukan lagi, kerana penerangan-penerangan itu begitu kuat, jelas dan tegas dan sama sekali tidak memberi ruang untuk menerima sebarang pertikaian.

Firman Allah :an-Nisa 60 
Tidakkah engkau melihat orang-orang yang mendakwa bahawa mereka beriman kepada wahyu yang telah diturunkan Allah kepada engkau dan kepada wahyu yang telah diturunkan sebelum engkau, sedangkan mereka masih ingin berhakimkan Taghut meskipun mereka telah diperintah supaya mengingkarkannya? Syaitan memang bermaksud untuk menyesatkan dengan kesesatan yang amat jauh.

Saiyyid Qutb (at-Tasawur al-Islami wa Muqumat dalam Fizilalil Quran –an-Nisa) :
Kita berhadapan dengan sekelompok manusia di dalam masyarakat Islam di Negara Islam yang “mendakwa” bahawa mereka telah beriman kepada perintah yang telah diturunkan kepada Nabi saw dan kepada perintah yang telah diturunkan Allah sebelumnya iaitu mereka berkata : Kami mengaku tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah saw dan segala kerasulan adalah benar belaka dan segala syariat yang dibawa oleh kerasulan-kerasulan itu adalah benar, dan seterusnya mengaku bahawa malaikat itu benar, akhirat itu benar, qadha dan qadar yang baik dan yang buruk adalah benar. Inilah makna beriman kepada apa yang diturunkan Allah kepada Rasulullah saw dan Paradigma Agung yang diturunkan Allah sebelumnya dan mereka mendakwa telah beriman dengan perkara-perkara ini semua.

Tetapi Allah tidak menerima dakwaan mereka ini dan tidak menganggapkan dakwaan ini sebagai keimanan, malah Allah melahirkan kehairanan terhadap sikap dan dakwaan mereka yang seperti ini! 

Mengapa ? Mengapa Allah tidak menerima dan mengambil kira dakwaan dan pengakuan ini daripada mereka ?

Sebab mereka membuat pengakuan dan dakwaan itu, “sedangkan mereka masih ingin berhakimkan Taghut” bukannya berhakimkan syariat Allah dan mereka tidak merujukkan perkara-perkara yang dipertikaikan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya. Kata-kata Taghut mengikut tafsiran al-imam ibn Jarir at-Tabari ialah setiap yang menentang Allah dan disembah selain daripada Allah sama ada dengan paksaan daripadanya atau dengan ketaatan sukarela daripada orang yang menyembahnya sama ada yang disembah itu manusia atau syaitan atau berhala atau patung atau sesuatu kejadian yang lain mereka mahu berhakimkan kepada mana-mana peraturan daripada syariat Taghut ini dan tidak mahu berhakimkan kepada syariat Allah. Justeru itu Allah sifatkan mereka sebagai orang-orang yang berkata bahawa mereka telah beriman kepada wahyu yang diturunkan kepada nabi dan kepada wahyu yang diturunkan sebelumnya menunjukkan secara pasti bahawa pengakuan dengan lidah : aku mengaku tiada Tuhan yang lain melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah, malaikat itu benar, dan akhirat itu benar dan mengaku seluruh kerasulan itu benar dan mengaku bahawa qadha dan qadar Allah yang baik dan yang buruk itu benar tidak diterima oleh Allah dan tidak dikirakan-Nya sebagai syahadat yang memasukkan orang-orang yang mengucapkannya ke dalam Islam dan memberikan kepadanya sifat Muslimin dan hak terpelihara darah dan harta mereka apabila syahadat itu disertai keinginan dan kemahuan berhakimkan syariat yang lain daripada syariat Allah dan tidak ingin merujuk perkara-perkara yang dipertikaikan mereka dalam mana-mana urusan kehidupan insaniyah kepada Allah .

Dan selepas Allah memutuskan bahawa mereka berdusta di dalam dakwaan mereka yang mengatakan bahawa mereka telah beriman kepada wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah saw dan wahyu yang diturunkan kepada Rasul-Rasul yang sebelumnya dengan dalil mereka masih ingin berhakimkan Taghut sedangkan mereka telah diperintahkan supaya mengingkarkannya, maka kemahuan dan kecenderungan mereka yang sedemikian rupa itulah yang telah membohongi pengakuan lisan mereka dan menghapuskan nilainya dan selepas itu Allah menyifatkan mereka sebagai orang yang bermuka dua.

Penjelasan akhir dalam konteks ini merupakan nas yang jelas (soreh) yang menetapkan satu-satunya syarat iman yang diungkap dalam salah satu bentuk penegasan yang amat kuat :

Firman Allah : an-Nisa 65 
Oleh itu demi Tuhanmu mereka sebenarnya tidak beriman sehingga mereka berhakimkan kepadamu dalam perkara-perkara yang telah dipertikaikan di antara mereka kemudian mereka tidak dapati dalam hati mereka sebarang perasaan terkilan terhadap keputusan yang telah diputuskan engkau dan mereka menerima dengan penuh kerelaan .

Ayat ini merupakan nas yang amat jelas (soreh) dan (pemutus) yang tidak memberi sebarang ruang untuk diperdebat dan dipertikaikan di samping tidak memberi sebarang ruang kepada pendapat yang lain selepasnya, kerana nas ini adalah daripada nas yang padu atau utuh (muhkam) yang tidak memberi ruang kepada sebarang fikiran setelah ditetapkannya.

Nas ini bertujuan menjelaskan bahawa orang-orang yang mendakwa beriman kepada wahyu yang telah diturunkan kepada Rasulullah saw dan wahyu yang diturunkan kepada Rasul-Rasul sebelumnya iaitu orang-orang yang berkata : Kami mengakui tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah, sekelian Rasul itu benar, kitab-kitab Allah itu benar, para malaikat itu benar, hari akhirat itu benar, qadha dan qadar yang baik dan yang buruk itu benar……………mereka yang membuat pengakuan sedemikian jika masih mempunyai keinginan dan kemahuan untuk berhakimkan kepada syariat yang lain daripada syariat Allah dan sekalipun mereka berhakimkan syariat Allah dan Sunnah Nabinya, tetapi hati mereka tidak bersetuju dan tidak menerimanya dengan penuh kerelaan, maka perkataan dan pengakuan mereka tidak diterima dan diambil kira dan mereka tidak termasuk dalam golongan mukminin dan tidak mendapat sifat keimanan, kerana pengakuan lisan hanya dipakai dan diambil kira jika tidak disertai keinginan dan kemahuan untuk berhakimkan kepada yang lain daripada syariat Allah dan jika tidak ditemani perasaan tidak redha dan tidak menerima hukum-hukum Allah dan Rasul-Nya dalam mana-mana urusan kehidupan.

Tetapi apabila isu ini dirujukkan kepada dasarnya iaitu kuasa Hakimiyah dan kuasa memperhambakan manusia dan kuasa penggubalan undang-undang, untuk mereka merupakan ciri-ciri utama Uluhiyah yang tiada seorang pun yang beriman kepada Allah sanggup mendakwa dan mengaku mempunyai ciri-ciri itu. Dan orang yang mendakwa mempunyai kuasa Hakimiyah dan kuasa memperhambakan manusia dengan undang-undang yang digubalkannya bererti mendakwa mempunyai ciri Uluhiyah dan sesiapa yang turut mengakurkan dakwaannya atau berhakimkan kepada undang-undang yang digubalkan daripada hasil pemikirannya sendiri untuk orang ramai – kecuali ia dipaksa menerima undang-undang itu sedangkan hatinya tidak sukakannya atau ia menentang dengan kuasa yang ada padanya atau menentang dengan lidah atau hatinya – maka bererti ia mengakurkan orang itu sebagai mempunyai ciri Uluhiyah dan seterusnya sesiapa yang menolak berhakimkan kepada syariat Allah dalam segala urusan kehidupan bererti menolak pengakuan terhadap Uluhiyah Allah swt walaupun dalam mana-mana aspek alam ini iaitu aspek kehidupan manusia dan sesiapa yang turut mengakurkan penolakkannya bererti ia turut berkongsi menolak Uluhiyah Allah swt dalam aspek ini dan sesiapa yang menolak Uluhiyah Allah tidak boleh disifatkan sebagai seorang Muslim walaupun ia mendakwa dengan lisannya selama dakwaannya itu disertai dengan sesuatu perbuatan yang membatalkan erti dakwaannya, iaitu keinginan dan kemahuannya untuk berhakimkan Taghut tanpa berhakimkan syariat Allah apatah lagi perbuatan berhakimkan Taghut dan tidak berhakimkan undang-undang yang diturunkan Allah.
Kami berkata dengan merujukkan kepada dasar-dasar yang ditetapkan oleh nas-nas al-Quran yang jelas atau soreh ini bukannya merujukkan kepada mafhum-mafhum yang diambil daripadanya, maka penjelasannya yang lain tidak lagi diperlukan dan tidak ada lagi ruang untuk perdebatan yang serius kecuali perdebatan untuk  menegakkan benang basah yang tidak wajar dihormati.

Daripada nas-nas yang kami terangkan dengan panjang lebar ini jelas ternyata bahawa perbuatan mengkafirkan seseorang dalam persoalan yang bergantung dengan isu Hakimiyah itu adalah disyaratkan dengan wujudnya keinginan dan kemahuan hendak berhakimkan Taghut dan wujudnya keredhaan terhadap undang-undang yang lain daripada undang-undang Allah. Inilah pendapat yang disepakati oleh para ulama Islam di seluruh negeri dan di seluruh zaman terutamanya para ulama salaf daripada umat Muslim. Allah cucurkan keredhaannya ke atas mereka.

Adapun untuk menghukum generasi Muslim sekarang ini apakah mereka mempunyai keinginan untuk berhakimkan Taghut dan redha dengan syariat yang lain daripada syariat Allah atau kemahuan dan keredhaan yang sedemikian belum lagi wujud dengan sempurna di kalangan mereka , maka ia merupakan satu persoalan yang mungkin menimbulkan pandangan yang berbeza-beza tetapi yang menjadi asas pertimbangan bukannya perbezaan pandangan, malah yang menjadi asas pertimbangan ialah dengan menggunakan dasar-dasar syariyah di mana ditegakkan hukum-hukum Islam .

Huraian-huraian Saiyyid Qutb menjelaskan bahawa kita umat Islam yang mengamalkan sistem politik demokrasi serta kita menyetujui dan meredhainya telah MEMBATALKAN syahadah kita dan disifatkan Allah sebagai PARA PENGAKU MUSLIM yang telah terkeluar daripada agama Allah kerana kita telah melakukan perkara-perkara berikut :

1. Kita mengimani, menganuti dan mengamalkan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia dengan meminggirkan Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ;

2.   Kita melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita sebagai Tuhan-tuhan kita yang selain daripada Allah;

3.  Kita menyerahkan hak dan kuasa untuk memerintah manusia kepada Tuhan-tuhan Manusia yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita;

4. Kita menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat segala peraturan dan undang-undang kepada Tuhan-tuhan manusia ini;

5.  Kita menjalan dan menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang manusia yang mewujudkan sistem pengabdian manusia kepada kekuasaan manusia yang mengkufur ingkarkan Allah;

6.  Kita tidak menjalan dan menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang Allah yang menafikan Allah sebagai Tuhan yang berhak dan berkuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang untuk manusia di bumi;

7.  Kita menyembah manusia dan tidak menyembah Allah kerana kita mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang manusia;

8.  Kita menghendaki dan mengingini segala peraturan dan undang-undang manusia serta kita menyetujui dan meredhainya;

9.  Kita mempersekutukan Allah apabila kita melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan kita dan mereka pula membuat segala peraturan dan undang-undang manusia;

10.Kita mencari dan mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur di samping kita tetap juga masih mengimani, menganuti dan mengamalkan agama Allah;

11. Kita mencintai sekutu-sekutu Allah yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita sama dengan kecintaan kita kepada Allah;

12.Kita melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita sebagai Raja-Raja kita, Hakim-hakim kita dan Pelindung-pelindung kita, sedangkan kita menolak Allah swt sebagai Raja, Hakim dan Pelindung kita;

13.Kita dipimpin oleh para pemimpin kita yang jahat yang sedang memimpin kita kepada kesyirikan dan kekufuran serta kerosakan dan kebinasaan di dunia dan mereka kini juga sedang memimpin kita untuk menuju kepada neraka Jahanam di Akhirat kelak;

14. Kita mempercayai bahawa demokrasi ini adalah Islam dan mengamalkannya adalah sesuatu yang sememangnya dibenar dan dibolehkan dalam Islam;

15. Kita tidak mempercayai bahawa demokrasi ini adalah agama, iaitu agama manusia yang syirik dan kufur;

16. Kita tidak berhakimkan kepada al-Quran tetapi kita berhakimkan kepada kitab-kitab karangan manusia;

17. Kita telah mendustakan ayat-ayat keterangan Allah yang soreh, mukam dan qot’ie seperti ayat-ayat yang mengatakan bahawa peraturan dan undang-undang adalah hak Allah dan ketaatan serta kepatuhan itu adalah kepada segala peraturan dan undang-undang Allah;

18.Kita menjadikan diri kita sebagai para pendukung dan orang-orang yang mempertahankan agama demokrasi yang syirik dan kufur ini;

19. Kita tidak mengimani, menganuti dan mengamalkan konsep NAFI dan ISBAT dalam kehidupan kita kerana kita tidak menafi, menolak, mengingkari dan menentang terhadap peraturan dan undang-undang manusia serta kerajaan manusia yang sedang berkuasa dan berdaulat ke atas kita;

20. Kita memperjuangkan Islam melalui amalan sistem politik demokrasi yang berbeza dan berkontradiksi dengan metod perjuangan Rasulullah saw.

Inilah di antara sebab-sebab yang utama di sisi kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang melayak dan mewajarkan seluruh umat Islam di Malaysia dan di dunia kita ini untuk disifatkan Allah sebagai PENGAKU-PENGAKU MUSLIMIN sahaja yang sudah terkeluar daripada agama Allah.

Firman Allah :an-Nisa 60 
Tidakkah engkau melihat orang-orang yang mendakwa bahawa mereka beriman kepada wahyu yang telah diturunkan Allah kepada engkau dan kepada wahyu yang telah diturunkan sebelum engkau, sedangkan mereka masih ingin berhakimkan Taghut meskipun mereka telah diperintah supaya mengingkarkannya? Syaitan memang bermaksud untuk menyesatkan dengan kesesatan yang amat jauh.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – Nisa 60) :
“Oleh kerana perbuatan mereka dalam perkara ini bukan kerana kejahilan dan tidak pula kerana sangkaan malah mereka lakukannya dengan sengaja, dengan qasad dan niat. Oleh sebab itu dakwaan mereka yang mengaku beriman kepada wahyu yang diturunkan kepadamu dan kepada wahyu yang diturunkan sebelummu adalah satu dakwaan yang tidak betul dan jujur, malah yang sebenarnya syaitan mahu membawa mereka ke dalam kesesatan yang tidak ada harapan lagi untuk mereka kembali ke pangkal jalan.”

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa umat Islam kita ini yang menyerahkan kuasa dan hak untuk membuat peraturan dan undang-undang negara kepada manusia dengan iktiqad, qasad dan niat adalah disifatkan Allah sebagai PENGAKU-PENGAKU MUSLIM sahaja yang sudah terkeluar daripada agama Allah.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – an-Nisa) :
Secara tepat dan tegas al-Quran tidak menerima daripada seseorang Muslim dan daripada masyarakat Islam andainya dia hendak memilih beberapa sistem yang datang daripada beberapa sumber untuk mengendalikan kehidupannya. Misalnya dia mengambil daripada kitab Allah sistem untuk kehidupan peribadi, kegiatan amal ibadat, akhlak dan adab sopan, kemudian daripada buku karangan seorang manusia atau daripada hasil pemikiran manusia semata-mata dia mengambil pula sistem muamalah, ekonomi, sosial, politik, dan hubungan antarabangsa.    

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa Allah swt tidak dapat menerima keimanan seseorang Islam yang mengambil segala syiar ibadat seperti solat dan puasa daripada kitab Allah manakala amal-amal ibadat dalam politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa itu kita mengambilnya daripada sistem Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis ciptaan manusia yang selain daripada Allah. Para pengamal sistem kehidupan Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis yang selain daripada Allah seperti ini  tidak dapat diterima oleh Allah sebagai orang-orang Islam dan oleh yang demikian kita ini kesemuanya sudah layak dan wajar untuk disifatkan Allah sebagai PENGAKU-PENGAKU MUSLIM sahaja. 

Kita sebagai umat Islam di Malaysia kita ini sudah layak untuk disifatkan sebagai PENGAKU-PENGAKU MUSLIM yang sudah terkeluar daripada agama Allah kerana kita telah membatalkan Aqidah kita akibat daripada amalan sistem politik demokrasi kita yang syirik dan kufur ini serta kita menyetujui dan meredhainya. Kita telah membatalkan Aqidah kita walaupun kita ini adalah terdiri daripada orang-orang yang mengucap dua kalimah syahadah yang berasal daripada keturunan Islam, kita telah membatalkan Aqidah kita walaupun kita melakukan solat, puasa, zakat, haji dan segala syiar ibadat kepada Allah dengan tekun dan khusyuk dan kita telah membatalkan Aqidah kita walaupun kita ini adalah terdiri daripada golongan yang lebai dan warak sekalipun – kesemuanya ini adalah semata-mata kerana kita mengamalkan sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur ini serta kita menyetujui dan mereddhainya.

Firman Allah : al-A’raaf 104, 105 
Wahai Firaun! Sesungguhnya saya adalah utusan daripada Allah Tuhan semesta alam.
Oleh itu bebaskanlah kaum Bani Israil pergi bersama saya.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-A’raf ) :
Pengumuman konsep Rububiyah Allah yang merangkumi semesta alam itu tidak boleh berkumpul dengan amalan seorang yang tunduk kepada yang lain daripada Allah dan tidak pula boleh berkumpul dengan kuasa Hakimiyah seorang yang mengamalkan undang-undang ciptaannya sendiri. Orang-orang yang membanggakan diri mereka sebagai orang-orang Islam yang sebenar, sedangkan mereka tunduk kepada undang-undang ciptaan manusia – yakni tunduk kepada Rububiyah yang lain daripada Rububiyah Allah – adalah salah dan meleset jika mereka fikirkan diri mereka sebagai kaum Muslimin yang tulen! Sebenarnya mereka tidak berada di dalam agama Allah yang sebenar, kerana pemerintah mereka bukannya Allah dan undang-undang yang dijunjung mereka bukannya syariat Allah. Malah mereka berada dalam agama pemerintah itu bukan dalam agama Allah yang sebenar.

Firman Allah : Yusuf 40 
Sesungguhnya hukum  itu hanya hak Allah . Dia memerintahkan kamu supaya jangan menyembah kepada yang lain melainkan Allah.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran - Hud) :
Sesetengah Jahiliyah pula muncul dalam bentuk yang betul terhadap kewujudan Allah swt dan dalam amalan menunaikan syiar-syiar ibadat, tetapi melakukan penyelewengan yang berat dalam memahami konsep syahadah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan Muhammad Rasulullah, di samping melakukan perbuatan syirik yang jelas dalam ketaatan dan kepatuhan, serta mengikut dan menjunjung perintah seperti Jahiliyah yang terdapat pada orang-orang yang menamakan diri mereka sebagai orang-orang Islam dan menyangka telah menganut agama Islam dan berhak mendapat sifat Islam dan segala haknya sebaik sahaja mereka melafazkan dua kalimah syahadat dan menunaikan amalan ibadat yang tertentu, sedangkan mereka mempunyai pengertian yang buruk terhadap konsep dua kalimah syahadat dan memberi ketaatan dan kepatuhan mereka kepada makhluk yang lain daripada Allah.

Firman Allah: Yusuf 40 
Sesungguhnya pemerintahan itu hanya hak Allah, Ia memerintahkan supaya engkau jangan menyembah melainkan Dia, yang demikian itu agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran -Yusuf) :
Yakni urusan pemerintahan itu hanya milik Allah S.W.T. sahaja berdasarkan sifat Uluhiyah-Nya, kerana kuasa Hakimiyah adalah dari ciri-ciri Uluhiyah. Sesiapa yang mendakwa memiliki kuasa ini bererti ia mempertikaikan ciri Uluhiyah yang utama, sama ada yang mendakwanya itu individu atau golongan, atau parti atau pertubuhan atau umat atau seluruh manusia dalam bentuk antarabangsa. Sesiapa yang mempertikaikan ciri Uluhiyah yang utama itu dari lingkungan agama Islam dan mendakwa memilikinya, maka bererti ia telah menjadi KAFIR secara terbuka terhadap Allah dan hukum ini merupakan hukum agama yang diketahui secara pasti sehingga boleh dithabitkan dengan nas ini sahaja.

Dakwaan memiliki kuasa Hakimiyah ini bukan hanya dilakukan dengan satu cara tertentu sahaja yang mengeluarkan pendakwanya itu dari lingkungan agama Islam yang lurus itu dan menjadikannya seorang yang mempertikaikan ciri utama Uluhiyah Allah. Malah dakwaan itu tidak semestinya dengan mengatakan “setahu aku kamu tidak mempunyai tuhan yang lain dari aku” atau berkata “akulah tuhan kamu yang paling tinggi’’ sebagai mana diucapkan oleh Fir’aun secara terus-terang, tetapi seseorang itu dikatakan mendakwa memiliki kuasa ini atau mempertikaikan kuasa dengan semata-mata bertindak menyingkirkan syari’at Allah dari kuasa Hakimiyah dan mengambil segala undang-undang pemerintahannya dari satu sumber yang lain, juga dengan semata-mata menegaskan bahawa pihak yang berwibawa yang memiliki kuasa Hakimiyah yakni yang menjadi sumber kuasa adalah satu pihak yang lain bukannya Allah S.W.T walaupun sumber itu ialah seluruh rakyat atau seluruh manusia. Rakyat dalam sistem Islam bertugas memilih pemerintah dan merekalah yang memberi kuasa undang-undang kepadanya untuk menjalankan hukum-hukum menurut syari’at Allah, tetapi mereka bukannya sumber kuasa Hakimiyah yang dapat memberi kekuatan atau legaliti kepada sesuatu undang-undang, malah sumber kuasa Hakimiyah itu adalah Allah S.W.T. Ramai di antara para pengkaji hingga pengkaji dari orang-orang Islam sendiri yang terkeliru di antara pentadbiran kuasa dengan sumber kuasa. Seluruh manusia tidak memiliki kuasa Hakimiyah, hanya Allah sahaja yang memiliki-Nya. Tugas manusia hanya menjalankan pentadbiran undang-undang yang disyari’atkan Allah dengan kuat kuasa-Nya. Mana–mana undang-undang yang tidak disyariatkan Allah, maka undang-undang itu tidak mempunyai kuasa dan kekuatan legaliti, dan undang-undang itu dianggap undang-undang yang tidak disahkan oleh Allah.

Sekali lagi kita dapati bahawa perbuatan menentang syariat Allah akan mengeluarkan penentang itu daripada agama Allah. Hukum ini merupakan hukum agama yang diketahui secara pasti kerana perbuatan itu mengeluarkan penentang itu daripada konsep ibadat kepada Allah yang Maha Esa. Itulah perbuatan syirik yang pasti mengeluarkan orang yang melakukannya daripada agama Allah, begitu juga orang-orang yang turut mengakui dakwaan penentang itu dan ikut mentaati dan mematuhinya sedangkan hati mereka tidak mengingkari perbuatannya yang telah merampas kuasa Allah dan ciri-cirinya. Seluruh mereka sama sahaja dalam neraca Allah SWT.

Firman Allah : Ibrahim 52 
(Al-Quran ) ini adalah perutusan yang disampaikan kepada manusia dan supaya mereka sentiasa diberi peringatan dengannya dan supaya mereka mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan supaya orang-orang yang berakal mengambil pengajaran.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran - Ibrahim) :
Orang-orang yang menyangka diri mereka mengucap dua kalimah syahadat ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan Muhammad Rasulullah dan kerana mereka memenuhi dan mentaati peraturan-peraturan taharah, peraturan-peraturan ibadat, peraturan-peraturan perkahwinan dan perceraian, peraturan-peraturan pesaka dan sebagainya dan di waktu yang sama mereka mematuhi – di sebalik bidang yang sempit ini – peraturan-peraturan yang dicipta oleh yang lain daripada Allah, iaitu mereka mentaati undang-undang yang tidak diizinkan Allah dan yang terang-terang bertentangan dengan syariat Allah, kemudian mereka bersedia mengorbankan jiwa, harta, maruah dan akhlak mereka – sama ada mereka suka atau tidak suka – untuk melaksanakan kehendak-kehendak yang dituntut daripada mereka oleh berhala-berhala yang baru itu. Dan apabila agama atau akhlak atau maruah bercanggah dengan kehendak-kehendak berhala ini, maka yang dibuang oleh mereka itu ialah perintah-perintah Allah sebaliknya yang dilaksanakan ialah kehendak-kehendak berhala-berhala itu.

Orang-orang yang menyangka diri mereka sebagai “kaum Muslimin“ dan menyangka berada dalam agama Allah, sedangkan mereka hidup dalam keadaan ini, maka hendaklah mereka sedar bahawa mereka sedang berada di dalam syirik yang amat besar!

Huraian-huraian Saiyyid Qutb memberi kefahaman kepada kita bahawa umat Islam kita yang mengamalkan sistem politik demokrasi serta kita bersetuju dan meredhainya, sudah terkeluar daripada agama Allah – status kita ini tidak lain melainkan hanyalah sebagai PENGAKU-PENGAKU MUSLIM sahaja! Sebahagian yang terbesar daripada umat Islam kita menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang kepada parlimen kerana kita tidak memahami bahawa ianya adalah kesyirikan dan kekufuran. Apabila dihurai dan diterangkan kepada kita bahawa perbuatan kita ini adalah kesyirikan dan kekufuran, majoriti daripada kita tidak dapat menerima hakikat ini - akibatnya kita terus sahaja melibatkan diri kita dengan kesyirikan dan kekufuran kerana naluri kita yang sengaja mempunyai keinginan untuk menyerahkan undang-undang kepada parlimen serta kita menyetujui dan meredhainya. Keinginan, keredhaan dan penyetujuan kita kepada peraturan dan undang-undang parlimen ciptaan manusia yang selain daripada Allah ini juga meletakkan kita ke dalam kategori sebagai PENGAKU-PENGAKU MUSLIM mengikut pengertian ayat (al-Quran 4:60) seperti yang dipetikkan di atas ini.

Firman Allah: al-Imran 23 
Tidakkah engkau melihat kepada orang-orang yang telah dikurniakan habuan dari kitab suci, mereka di seru kepada kitab Allah supaya mengadili di antara mereka, kemudian segolongan mereka berpaling darinya dan mereka menghindari ( dari seruan itu).

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Demikianlah Allah menyatakan kehairanan terhadap sikap Ahlil Kitab apabila segolongan mereka menolak daripada berhakim kepada kitab Allah di dalam perkara-perkara iktiqad dan urusan-urusan kehidupan. Bagai mana pula dengan mereka yang mengaku sebagai orang-orang Islam kemudian mereka mengeluarkan syariat Allah daripada seluruh bidang kehidupan mereka, namun begitu mereka masih mendakwa diri mereka sebagai orang-orang Islam? Ini adalah satu contoh yang dikemukakan Allah kepada orang-orang kaum Muslimin dan juga supaya mereka mengetahui hakikat agama dan tabiat Islam dan supaya berwaspada daripada menjadi sasaran pernyataan kehairanan Allah dan kecaman-Nya. Jika kecaman ini ditujukan kepada sikap Ahlil Kitab yang tidak mendakwa Islam apabila segolongan daripada mereka enggan berhakimkan kepada kitab Allah, maka bagai mana pula kecaman Allah apabila orang-orang Islam sendiri yang enggan berhakimkan kepada kitab Allah Tentulah ia menjadi satu kehairanan yang tidak putus-putus dan menjadi bala yang tidak dapat diduga dan melamarkan kemurkaan Allah yang membawa kepada kecelakaan dan terusir daripada rahmat Allah , wal-Iyazu-billahi.   

Bagaimana pula dengan mereka yang mengaku sebagai orang-orang Islam kemudian mereka mengeluarkan syariat Allah dari seluruh bidang kehidupan mereka, namun begitu mereka masih terus mendakwa diri mereka sebagai orang-orang Islam?

Sifat ahlil kitab itu sama dengan sifat mereka yang mendakwa diri mereka sebagai orang-orang Islam pada hari ini. Apabila mereka diseru kepada berhakimkan kitab Allah, mereka enggan dan menolak dan ada pula di antara mereka yang berlagak angkuh dan biadab. Mereka mendakwa bahawa kehidupan manusia itu adalah urusan dunia, bukan urusan agama, dan agama tidak penting dilibatkan di dalam amali manusia, di dalam perhubungan-perhubungan ekonomi dan sosial mereka, malah dalam kekeluargaan mereka. Namun demikian, mereka masih terus mendakwa diri mereka sebagai orang-orang Islam.

Perbuatan ini pada dasarnya lagi telah membatalkan dakwaan mereka bahawa mereka berpegang dengan agama Allah. Oleh itu, tiada agama yang diterima oleh Allah melainkan agama Islam dan tiada Islam melainkan dengan menyerah diri kepada Allah, mentaati Rasul-Nya, mengikuti peraturan dan undang-undang-Nya dan berhakimkan kitab suci al-Quran dalam seluruh bidang kehidupan.

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa Allah swt telah menolak keimanan kaum Ahlil Kitab kerana mereka tidak berhakimkan kepada kitab Allah, begitulah juga kedudukan umat Islam kita kini, kita telah membatalkan keimanan kita kepada Allah dan kita telah menjadi orang-orang kafir kerana kita tidak berhakimkan kepada al-Quran. Perbuatan kita yang tidak berhakimkan kepada al-Quran adalah tergolong ke dalam bahagian AQIDAH – umat Islam kita yang berhakimkan kepada al-Quran adalah orang-orang Islam manakala yang tidak berbuat demikian adalah orang-orang kafir. Umat Islam kita kini masih mengaku sebagai orang-orang Islam padahal yang sebenarnya seluruh kita kini telah membatalkan syahadah kita yang menjadikan kita ini sebagai orang-orang kafir, zalim dan  fasik, tidak kerana yang lain melainkan kerana kita tidak berhakimkan kepada al-Quran, dan kedudukan seluruh umat Islam kita di sisi Allah swt kini hanyalah sebagai PENGAKU-PENGAKU MUSLIM sahaja.

Firman Allah : an-Nisa 50 
Lihatlah (Muhammad) bagaimana mereka melakukan pembohongan terhadap Allah dan cukuplah perbuatan itu menjadi dosa yang amat besar.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran):
Keadaan kaum Yahudi samalah dengan golongan orang-orang yang mendakwa beragama Islam pada hari ini. Mereka mengira bahawa mereka adalah daripada umat Muhammad saw dan bahawa Allah tetap akan menolong mereka dan akan mengeluarkan kaum Yahudi daripada bumi mereka, sedangkan mereka secara total telah berpisah daripada agama Allah yang menjadi sistem hidup mereka. Mereka telah membuang agama Allah dariapada kehidupan mereka. Mereka tidak lagi berhakimkan kepada kitab Allah sama ada di dalam bidang kehakiman atau bidang ekonomi atau bidang kemasyarakatan atau bidang adab cara atau bidang adat-adat tradisi. Aspek keIslaman yang ada pada mereka ialah mereka memakai nama-nama Islam dan mereka dilahirkan dibumi yang didiami pada suatu masa yang silam oleh kaum Muslimin yang menegakkan agama Allah dan menjalankan peraturan-Nya di dalam kehidupan mereka. 

Saya tidak nampak bahawa kita boleh mendakwa selaku pemeluk Islam yang sebenar dengan alasan kerana kita memakai nama-nama Islam yang hidup di bumi yang didiami oleh orang-orang Islam, sedangkan kita tidak meletak Islam di dalam mana-mana sistem hidup kita. Apa yang saya kira tentang kedudukan diri kita apabila kita mendakwa diri kita sebagai orang-orang Islam kemudian kita burukkan imej Islam dengan gambaran kelakuan diri kita dan realiti kita dan kita memberi kesaksian yang menentangnya dan meliarkan orang daripada-Nya. Kemudian kita mendakwa pula bahawa Allah memilih kita kerana kita umat Muhammad saw sedangkan agama Muhammad dan sistemnya telah disingkirkan begitu jauh daripada realiti hidup kita……..apa yang saya kira tentang kedudukan kita tidak lain melainkan sama seperti kedudukan kaum Yahudi ini, yang mana Allah swt telah menyatakan kehairanan-Nya kepada Rasulullah saw terhadap perbuatan-perbuatan mereka dan mengecap mereka yang telah melakukan perbautan-perbuatan itu sebagai orang-orang yang telah membuat pembohongan terhadap-Nya dan melakukan dosa yang amat jelas – semoga dilindungi Allah.

Sesungguhnya agama Allah adalah satu sistem hidup dan erti ketaatan kepada Allah ialah melaksanakan sistem itu di dalam kehidupan dan martabat kehampiran kepada Allah hanya boleh dicapai melalui ketaatan kepada Allah. Oleh itu marilah kita melihat di manakah kedudukan kita dari Allah, dari agama-Nya dan dari sistem hidup-Nya? Kemudian marilah kita melihat pula di manakah kedudukan kita dari kedudukan kaum Yahudi yang mana kelakuan-kelakuan mereka telah dihairankan Allah dan seterusnya telah dicapkan Allah dengan dosa membuat pembohongan terhadap-Nya apabila mereka memuji diri sendiri. Dasar tetap dasar, keadaan yang sama tetap keadaan yang sama, tiada seorangpun mempunyai hubungan keturunan atau hubungan perkahwinan atau hubungan pilih kasih dengan Allah.

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa Allah swt menyatakan kehairanan-Nya terhadap sikap kaum Yahudi yang memuji diri mereka sebagai orang-orang yang istimewa di sisi Allah kononnya mereka adalah kaum pilihan Allah padahal mereka itu tidak menjalan hukum Allah dan mereka mengeluarkan sistem kehidupan Allah daripada kehidupan mereka. Allah menyifatkan kaum Yahudi seperti ini sebagai orang-orang yang membuat pembohongan terhadap Allah dan mereka telah terlibat dengan dosa yang amat besar. Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa umat Islam kita baik di Malaysia mahupun di seluruh dunia kini yang kesemuanya tidak menjalankan hukum Allah serta yang kesemuanya tidak mentaati hukum Allah adalah disifatkan Allah sebagai PENGAKU-PENGAKU MUSLIM yang telah terkeluar daripada agama Allah sama seperti mana keadaan kekufuran kaum Yahudi yang tidak menjalankan hukum Allah serta mereka tidak mentaatinya sebagaimana yang dibicarakan dalam ayat di atas ini.

Meskipun ayat-ayat al-Quran yang menyatakan kekufuran kerana tidak menjalankan hukum Allah ini adalah berbentuk qotie, sureh dan muhkam, umat Islam kita di Malaysia kita ini amat sukar untuk menerima dan meyakininya, iaitu kita tetap tidak mempercayainya dan kita terus sahaja berpegang dan berkeyakinan kepada pendapat kita bahawa kita ini adalah Islam dan sempurna beriman kepada Allah selagi kita mengucap dua kalimah syahadah dan menunaikan solat, puasa, haji dan nikah kahwin mengikut peraturan dan undang-undang Islam. Kita percaya dan yakin bahawa seseorang yang tidak menjalankan peraturan dan undang-undang Allah itu tidak membatalkan Aqidah Islamnya dan ia tetap kekal Islam dan sempurna beriman kepada Allah dengan hanya mengucap dua kalimah syahadah dan menunaikan segala ibadat ritual kepada Allah. Inilah sangkaan yang membawa umat Islam kita kepada kesesatan dan kebatilan yang mengeluarkan kita daripada agama Allah bersandarkan Nas-nas dan Hadis-hadis yang jelas dan terang serta yang kuat dan konkerit. Inilah sangkaan dan pendirian kita yang mewajarkan Allah untuk mengucapkan kata-kata kutukan dan kecaman dalam bentuk ‘kehairanan’ terhadap kita dan menyifatkan kita dengan sifat pembohong yang akan menanggung dosa yang amat besar di akhirat nanti!

Allahlah yang mentadbir alam dan manusia dalam segala urusan kehidupan, baik iabadat-ibadat solat, puasa, haji, nikah kahwin mahupun politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa dengan penuh keadilan dan kebijaksanaan sesuai dengan sifat-sifat Allah yang Maha Sempurna. Hanya pemerintahan dan pentadbiran Allah sahaja yang adil dan bijaksana ke atas manusia di atas muka bumi ini. Tidak ada tandingan dalam hal pentadbiran dan pemerintahan Allah ke atas alam dan manusia. Ianya adalah hak dan monopoli Allah yang eksklusif sahaja. Pemerintahan demokrasi yang bersumber daripada manusia yang selain daripada Allah adalah satu tandingan dan cabaran terhadap pemerintahan Allah di bumi ke atas alam dan manusia. Ini adalah satu pengingkaran terhadap keEsaan Allah. Pengingkaran ini adalah satu kekufuran. Orang-orang yang memerintah dengan undang-undang yang selain daripada Allah disifatkan oleh Allah s.w.t. sebagai orang-orang kafir, zalim dan fasik (5:44, 45, 47).

Pengertian Islam seperti mana yang sedang diamal dan difahami oleh umat Islam kita kini, sudah begitu jauh terpesong daripada pengertian Islam yang sebenar sehingga amat sulit bagi kita untuk mengenal pasti manakah batas-batas Islam dan manakah pula batas-batas kufur yang menyebabkan sebilangan yang terbesar daripada kita sudah terjerumus ke dalam kesyirikan dan kekufuran tanpa menyedarinya. Kita menyangka bahawa kita adalah Muslim, dan kita meneruskan kehidupan kita seperti biasa sebagai orang-orang Islam mengikut kefahaman kita. Sekali-kali kita tidak menyedari bahawa kita ini adalah objek atau sasaran kehairanan Allah kerana masih mengaku Muslim sedangkan kita telah membatalkan syahadatain kita kerana tidak menjalankan hukum Allah di samping mengekal dan mempraktikkan serta meredhai hukum Jahiliyah demokrasi. Pada kita, asalkan seseorang itu berketurunan Islam, mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan amal ibadat ritual dengan meninggal segala larangan yang biasa, dia sudah Islam, sedangkan pengertian Islam yang sebenar merangkumi skop yang lebih luas dan terperinci daripada itu, iaitu agama Allah itu adalah peraturan dan undang-undang daripada Allah, manakala Islam itu adalah ketaatan dan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang Allah. Tanpa menjalankan peraturan dan undang-undang Allah dan tanpa mentaati dan mematuhinya, bererti seseorang itu tidak beriman kepada Allah dan tidak berada di dalam agama Allah.

Firman Allah: al-Imran 64 
Katakanlah: Wahai ahli kitab, marilah berpegang kepada satu perjanjian yang saksama di antara kami dengan kamu, bahawa kita jangan memnyembah melainkan Allah dan kita jangan mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun, dan jangan pula sesetengan kita menjadikan setengah yang lain sebagai Tuhan selain dari Allah, dan jika mereka berpaling, katakanlah (kepada mereka) – saksikanlah bahawa kami sekelian adalah golongan Muslim

Saiyyid Qutb menjelaskan (Fizilalil Quran):
“Perbandingan di antara golongan Muslim dengan orang-orang yang mempertuhankan sesama manusia selain daripada Allah ini menjelaskan secara tegas dan muktamad siapakah golongan Muslim yang sebenar. Mereka ialah orang-orang yang menyembah Allah yang Maha Esa sahaja dan diperhambakan kepada Allah yang Maha Esa sahaja dan mereka tidak memperhambakan sesama manusia selain daripada Allah. Inilah sifat yang membezakan mereka daripada segala agama dan membezakan cara hidup seluruh manusia yang lain. Andainya sifat ini wujud, merekalah golongan Muslim yang sebenar, dan jika sebaliknya sifat ini tidak wujud, mereka bukanlah golongan Muslim yang sebenar walaupun mereka mendakwa diri mereka sebagai golongan Muslim.

Islam adalah pembebasan diri yang mutlak daripada perhambaan kepada sesama manusia dan hanya sistem hidup Islam sahaja di antara seluruh sistem hidup yang lain yang dapat menghakikatkan pembebasan ini.

Manusia di dalam seluruh sistem hidup ciptaan bumi adalah mempertuhankan sesama manusia selain daripada Allah. Ini berlaku dalam negara-negara yang paling terkehadapan dari segi amalan sistem demokrasinya sebaimana juga yang berlaku di dalam negara-negara yang mengamalkan sistem diktatur. Ciri pertama daripada ciri Rububiyah ialah hak untuk memperhambakan manusia, iaitu hak mengadakan sistem-sistem, undang-undang, peraturan-peraturan, nilai-nilai dan neraca-neraca untuk mereka. Semua hak ini di dalam seluruh sistem ciptaan bumi adalah didakwa dimiliki oleh sesetengah manusia – dalam apa sahaja bentuknya – dan urusan ini dirujukkan kepada sekumpulan orang - dalam apa sahaja kedudukan mereka, dan kumpulan inilah yang menundukkan orang lain kepada undang-undang dan peraturan yang digubal oleh mereka, kepada nilai-nilai, neraca-neraca dan kefahaman yang telah ditetapkan oleh mereka, dan kumpulan inilah yang merupakan Tuhan-tuhan bumi yang diambil oleh sesetengah manusia selaku Tuhan-tuhan yang lain daripada Allah dan membenarkan mereka mendakwa memiliki ciri uluhiyah dan rububiyah. Ini bererti mereka menyembah kumpulan ini selain daripada Allah s.w.t walaupun mereka tidak sujud dan rukuk kepada mereka, kerana ubudiyah ialah ibadat yang hanya ditujukan kepada Allah s.w.t semata-mata.”

Umat Islam di Malaysia kita ini tidak menghamba abdikan diri kita kepada Allah sahaja apabila kita menjalankan peraturan dan undang-undang demokrasi serta kita tidak menyembah Allah sahaja apabila kita mentaati dan mematuhi peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah. Mengikut huraian Saiyyid Qutb, umat Islam seperti ini bukanlah umat Islam yang sebenar walaupun kita menyangka dan menganggap diri kita sebagai Muslim. Kita ini adalah disfatkan oleh Allah sebagai PENGAKU-PENGAKU MUSLIM!

Dalam huraian di atas, Sayyid Qutb juga berkesempatan untuk menjelaskan bahawa kekufuran KERAJAAN DEMOKRASI adalah sama sahaja dengan kekufuran sesebuah KERAJAAN DIKTATOR kerana kedua-duanya mengabdikan diri mereka kepada yang selain daripada Allah swt.

Firman Allah : al-Anaam 12 
Katakanlah : Siapakah yang memiliki segala apa yang ada di langit dan di bumi? Katakanlah : Allahlah yang memilikinya. 

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Mereka seharusnya mengaku bahawa Allah sahaja yang mempunyai hak memerintah dan mentadbir segala apa yang ada di dalam milik-Nya dan bahawa mereka tidak seharusnya mentadbirkan milik Allah kecuali dengan keizinan Allah dan dengan undang-undang dan peraturan-Nya. Oleh sebab itulah mereka disifatkan sebagai orang-orang musyrikin dan cara hidup mereka dinamakan cara hidup Jahiliyah ! Oleh itu bagai mana pula orang-orang yang sanggup mengeluarkan kuasa Hakimiyah Allah dalam segala urusan kehidupan mereka daripada ikhtisas Allah swt dan menjalankan sendiri kuasa Hakimiyah itu sesuka hati mereka? Apakah sifat yang wajar diberikan kepada mereka? Apakah sifat yang sesuai untuk menyifatkan cara hidup mereka? Mereka tentulah wajar diberi sifat yang lain daripada syirik, iaitu sifat kafir, zalim dan fasik – sebagai mana yang dijelaskan oleh Allah swt sendiri – walaupun mereka mendakwa beragama Islam dan walaupun sijil-sijil beranak mereka dicatatkan sebagai orang-orang Islam.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran- al-Anaam) :
Seolah-olah permintaan mereka boleh diterima dan seolah-olah Islam dan syirik boleh berkumpul di dalam sebuah hati dalam bentuk yang difahami oleh mereka, dan bentuk kefahaman ini juga masih difahami oleh setengah-setengah orang di zaman ini, iaitu seseorang itu masih dianggap seorang Muslim walaupun ia menerima peraturan-peraturan dalam urusan-urusan kehidupannya daripada sumber yang lain daripada Allah, walaupun ia tunduk dan patuh kepada yang lain daripada Allah, walaupun ia meminta pertolongan kepada yang lain daripada Allah dan walaupun ia mengambil daripada yang lain daripada Allah sebagai Pelindungnya .

Firman Allah : al-Imran 2, 18 
Allah – tiada Tuhan yang lain melainkan Dia, Yang Maha Hidup dan Maha Pentadbir.
Allah sendiri menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan hanya Dia dan para malaikat dan orang-orang yang beriimu juga (turut menyaksikannya) . Ia mentadbirkan dengan adil. Tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Allah tidak akan menerima daripada para hamba-Nya melainkan Ubudiyah yang bersih dan tulen kepada-Nya, iaitu Ubudiyah yang digambarkan dalam Islam dengan makna menyerah diri – bukan dalam bentuk iktiqad dan perasaan sahaja – tetapi dalam bentuk amalan, ketaatan dan kepatuhan mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang amali yang digambarkan oleh hukum-hukum yang terkandung di dalam kitab al-Quran . Daripada sudut inilah kita dapati ramai manusia di setiap zaman yang mendakwa bahawa mereka beriman kepada Allah, tetapi mereka mempersekutui Allah dengan pihak-pihak yang lain apabila mereka berhakim kepada syariat yang di atur oleh pihak yang lain dan apabila mereka mentaati orang-orang yang tidak mengikut Rasul dan kitab sucinya. Dan apabila menerima pandangan dan kefahaman, nilai-nilai , neraca-neraca , akhlak dan peradaban-peradaban daripada pihak-pihak yang lain . Ini semua merupakan amalan-amalan yang bertentangan dengan dakwaan bahawa mereka beriman kepada Allah dan tidak selaras dengan pengakuan bahawa  tiada Tuhan melainkan Allah .

Firman Allah : al-Imran 62, 63 
Sesungguhnya ini adalah kisah-kisah yang benar dan tiada Tuhan yang lain melainkan Allah dan sesungguhnya Allah ialah (Tuhan ) Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Dan jika mereka berpaling maka sesungguhnya Allah amat mengetahui akan orang-orang yang melakukan kerosakan .

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Kesan pertama yang menyertai hakikat kepercayaan Tauhid ialah wujudnya kepercayaan kepada keesaan Rububiyah dan keesaan Ubudiyah, iaitu tiada Ubudiyah melainkan hanya kepada Allah sahaja, tiada ketaatan melainkan hanya kepada Allah sahaja, tiada sumber penerimaan perintah melainkan daripada Allah sahaja. Yakni Ubudiyah dan ketaatan itu adalah untuk Allah sahaja dan segala perintah dan ajaran hanya diterima daripada Allah sahaja, termasuk penerimaan syariat, penerimaan nilai-nilai dan neraca, penerimaan tata susila dan akhlak dan penerimaan segala peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan kehidupan manusia. Jika tidak dilakukan demikian, maka itulah kesyirikan atau kekufuran walaupun bagai mana lidahnya mengaku beriman dan walau bagai mana dia membuat pengakuan yang negatif di dalam hatinya yang tidak melahirkan kesan-kesannya di dalam kehidupan umum manusia, iaitu kesan-kesan dalam bentuk menyerah diri, taat dan patuh kepada perintah-perintah, menyambut dan menerima ajaran-ajaran (daripada Allah dan Rasul-Nya ).

Firman Allah: an-Nahl 106 
Barang siapa yang kufurkan Allah sesudah beriman, kecuali dipaksa, sedangkan hatinya tetap beriman, tetapi bagi orang yang terbuka hatinya kepada kekufuran, maka atas mereka kemurkaan Allah dan bagi mereka azab yang besar.

Firman Allah : Yusuf 106 
Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah) kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukan-Nya juga dengan yang lain.

Firman Allah: ali-Imran 86 
Bagaimanakah Allah akan memberi petunjuk kepada satu kaum yang kufur sesudah beriman, serta sudah mengaku bahawa Rasul itu benar, dan telah datang keterangan-keterangan kepada mereka? Dan Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang zalim.

Tema yang dibicarakan di dalam ayat-ayat ini ialah fenomena kekufuran setelah beriman yang berlaku secara meluas dan lumrah di kalangan orang-orang Islam kita, dan kebanyakan daripadanya adalah yang berhubung kait dengan isu Hakimiyah. Peraturan dan undang-undang adalah agama, oleh yang demikian orang-orang Islam yang menjalankan peraturan dan undang-undang demokrasi serta kita bersetuju dan meredhainya adalah orang-orang kafir kerana kita sebenarnya telah dan sedang mengimani dan menganuti agama yang syirik dan kufur, iaitu agama demokrasi. Allah tidak menerima kita sebagai orang-orang Islam, lebih khusus lagi Allah menyifatkan umat Islam kita seperti ini sebagai ‘PENGAKU-PENGAKU MUSLIM’ yang telah terkeluar daripada agama Allah !

Firman Allah : al-Asri 1,2 
Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
“Orang-orang Islam atau lebih halus orang-orang yang mendakwa beragama Islam, merupakan orang-orang yang paling jauh daripada agama ini di dunia sekarang dan paling kuat berpaling daripada sistem hidup Ilahi yang telah dipilih Allah untuk mereka, dan daripada undang-undang yang disyariatkan Allah kepada mereka dan daripada satu-satunya jalan yang digariskan Allah untuk menyelamatkan mereka daripada kerugian dan kesesiaan. Negara Arab, yang dahulunya menjadi tempat lahirnya agama yang baik itu, telah meninggalkan panji-panjinya yang telah dikibarkan Allah untuk mereka, mereka telah meninggalkan panji-panji iman untuk bergantung dengan panji-panji kebangsaan yang tidak pernah mereka capai kebaikan di bawah kibarannya, di sepanjang sejarahnya, dan nama mereka tidak pernah disebut di bawah kibarannya baik di bumi mahupun di langit, sehingga datangnya agama Islam mengibarkan panji-panji Allah yang Tunggal yang tiada sekutu bagi-Nya. Dan di bawah kibaran panji-panji inilah umat Arab mencapai kemenangan, menjadi kuat dan berjaya bagi pertama kali di dalam sejarah mereka dan sejarah umat manusia seluruhnya.

Alangkah jauh bandingannya dengan kesesiaan yang dialami manusia kini di merata tempat dan dengan kerugian yang menimpa mereka dalam pertarungan kebaikan dan kejahatan! Dan alangkah jauh bezanya kegelapan dan kesesatan dengan kebajikan yang besar yang telah dibawa oleh umat Arab pada masa mereka membawa panji-panji Islam dan memegang kepimpinan umat manusia. Kemudian apabila mereka meletakkan panji-panji itu, mereka terus berada di ekor angkatan-angkatan kemajuan manusia dan seluruh angkatan itu menuju kepada kesesiaan dan kerugian belaka. Kini seluruh panji-panji itu dikibarkan untuk syaitan, tiada satupun untuk Allah, seluruh panji-panji itu dikibarkan untuk kebatilan, tiada satupun untuk kebenaran, seluruh panji-panji itu dikibarkan untuk kegelapan dan kesesatan, tiada satupun untuk hidayat dan nur, dan seluruh panji-panji itu dikibarkan untuk kerugian, tiada satupun untuk keuntungan. Namun demikian, panji-panji Allah tetap berkibar. Ia hanya menunggu tangan-tangan yang sanggup mengibarkannya dan menunggu umat manusia yang ingin berjalan di bawah kepimpinannya menuju kebajikan, hidayat, kebaikan dan keuntungan.”                         

Umat Islam di Malaysia kita ini adalah para pengaku Muslim kerana kita meninggalkan panji-panji ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, sebaliknya kita mengibarkan Jalur Gemilang, iaitu panji-panji yang didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia ciptaan manusia yang syirik dan kufur. Kita benar-benar menyembah Allah hanyalah dalam peribadatan ritual sahaja sedangkan kita menyembah Tuhan-tuhan demokrasi dan tidak menyembah Allah melalui amalan sistem politik demokrasi ini yang mengeluarkan kita daripada agama Allah. Malapetaka ini adalah sesuatu yang berbentuk universal di kalangan seluruh massa umat Islam di dunia serta ianya berlaku secara berulang-ulang dalam sejarah umat manusia yang panjang!

Umat Islam kita telah mengamalkan sikap meringan-ringan dan meremeh-remehkan perintah-perintah Allah, di antaranya seperti sikap dan perbuatan-perbuatan kita yang memandang sepi terhadap perintah untuk menjalankan undang-undang Allah, sikap kita yang mentaati al-Quran dalam amal ibadat ritual sahaja, tetapi kita mengingkarinya dalam hal ehwal politik dan kenegaraan, ekonomi dan sosial, serta moral dan akhlak, sikap kita yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal kerana amalan sistem undang-undang demokrasi kita ini, lebih ketara lagi ialah sikap kita yang mengIslamkan sesuatu yang kufur, dan juga sikap dan amalan kita yang melantik orang-orang kafir sebagai pemimpin-pemimpin kita – kesemua sikap dan amalan yang menyeleweng ini telah sampai kepada peringkat yang begitu lumrah dan berleluasa sekali serta ianya sudah menjadi satu norma dalam kehidupan kita hari-hari sehingga telah terluput daripada kesedaran kita tentang risiko kekufuran yang telah dan sedang tertanggung ke atas kita kerana kita telah dan sedang melanggar batas-batas Aqidah Islam kita. Kesemua gejala meremah-remehkan perintah Allah dan keterlibatan dalam mengkufur ingkarkan Allah swt dalam berbagai-bagai bentuk seperti mana yang diperkatakan ini berlaku dengan sewenang-wenangnya sahaja kerana kita mengamalkan sistem politik demokrasi serta kita menganuti dan mengimani agama Islam Modenis ciptaan ahlil kitab. Kita telah menjadi orang-orang kafir tanpa menyedarinya. Kita sebenarnya bukan lagi layak untuk dipanggil dengan nama Muslim, tetapi sebenarnya kita sudah berubah menjadi para PENGAKU MUSLIM yang telah muktamad terkeluar daripada agama Allah!

Bagai manakah cara-cara dan jalan-jalan bagi kita untuk mengeluarkan diri kita daripada status dan kedudukan kita sebagai para pengaku Muslim yang kafir, zalim dan fasik ini dan untuk kembali beriman dengan sempurna kepada Allah dan Rasul-Nya?  Ambillah jalan Rasulullah saw dan ikutlah jalan al-Quran, Sunnah dan Sirah yang sempurna :

1.  Mengisytiharkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ untuk menegakkan kekuasaan Islam dan sistem kehidupan Islam, serta matlamat untuk menghapuskan kekuasaan Jahiliyah;

2.  Mengisytiharkan agama jahiliyah Mekah sebagai agama yang syirik dan kufur;

3. Tidak mengamal, mengimani dan menganuti agama Jahiliyah;

4.  Tidak membolehkan amalan agama Jahiliyah bagi tujuan perjuangan Islam;

5.  Tidak mengiktiraf dan bersetuju terhadap agama Jahiliyah;

6. Tidak bersetuju untuk menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang kepada manusia;

7.  Tidak mentaati peraturan dan undang-undang manusia;

8. Menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap agama Jahiliyah;

9.  Memisahkan diri daripada kepimpinan kufur dan kekuasaan kufur serta untuk memusuhi dan membencinya;

10.Mengamalkan sikap tidak berkompromi dan non-konformis terhadap agama Jahiliyah;

11. Mencabar dan mengancam agama Jahiliyah yang sedang berkuasa dan berdaulat;

12 Bersedia dan sanggup untuk dizalimi dan ditindas oleh kekuasaan Jahiliyah dengan ketara dan berpajangan;

13.Setelah memperolehi kekuatan, Islam akan melancarkan Jihad dan Perang terhadap Jahiliyah untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia dan untuk mengembalikan pengabdian seluruh umat manusia kepada Allah sahaja.

Inilah jalan keimanan kita kepada Allah dan sekali gus inilah jalan yang akan mengeluarkan kita daripada kedudukan kita yang kafir, zalim dan fask ini. Inilah jalan yang akan membawa kita kepada Jihad, Perang dan Revolusi yang akan menghancur dan menghapuskan kerajaan demokrasi Malaysia kita yang syirik dan kufur ini yang kemudiannya akan digantikan dengan kerajaan Allah yang akan menjalankan segala undang-undang Allah di bumi!

No comments:

Post a Comment