Monday 1 October 2012

SYARIAT DEMOKRASI


SYARIAT DEMOKRASI
 
Firman Allah: al-Maidah 44, 45, 47 
Barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah mereka itu adalah orang-orang yang kafir….zalim……fasik.

KAFIR, zalim dan fasiklah orang-orang yang menjalankan syariat demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah kerana ianya bererti menegak dan mengamalkan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia. Keislaman atau kekufuran sesuatu syariat itu adalah ditentukan oleh konsep-konsep ULUHIYAH dan RUBUBIYAH. Syariat demokrasi adalah syariat yang syirik dan kufur kerana ianya adalah syariat yang dibuat oleh manusia – setiap syariat yang dibuat oleh manusia adalah syariat yang didasarkan kepada ULUHIYAH dan RUBUBIYAH MANUSIA yang menafi, menolak, mengingkari dan menentang Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Syariat demokrasi adalah agama demokrasi – dalam agama demokrasi, manusia itu dilantik sebagai TUHAN-TUHAN yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia kerana manusia mempunyai KUASA dan HAK untuk membuat peraturan dan undang-undang, dan manusia adalah TUHAN-TUHAN yang disembah oleh manusia kerana segala peraturan dan undang-undang manusia itu DITAATI dan DIPATUHI oleh manusia.

Seluruh undang-undang yang sedang beroperasi dan berkuat kuasa di dalam negara kita Malaysia ini adalah terdiri daripada undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah (fasal-fasal 43, 44 dan 161 Perlembagaan Negara). Ini bererti bahawa seluruh sistem kehidupan yang wujud, beroperasi dan berkuat kuasa ke atas seluruh umat manusia di dalam negara kita Malaysia ini adalah didominasi dan dikuasai oleh AGAMA DEMOKRASI yang meliputi bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa. Persoalan SYARIAT adalah sesuatu yang amat serius dalam Islam kerana ianya adalah persoalan mengenai TUHAN dan AGAMA, iaitu siapakah yang menjadi TUHAN kita, dan apakah AGAMA yang kita imani dan anuti. Di bawah syariat demokrasi, Tuhan-tuhan kita adalah manusia, iaitu para pemerintah yang terdiri daripada ahli-ahli PARLIMEN dan DUN serta RAJA-RAJA MELAYU  kita yang berkuasa, berdaulat dan berhak untuk membuat segala peraturan dan undang-undang demokrasi itu, manakala Agama kita ialah Agama Demokrasi yang syirik dan kufur.

PERBANDINGAN DI ANTARA TUJUAN-TUJUAN SYARIAT ISLAM DENGAN TUJUAN-TUJUAN SYARIAT DEMOKRASI :


TUJUAN-TUJUAN SYARIAT ISLAM ADALAH UNTUK MEMELIHARA, MEMPROMOSI DAN MEMPERTAHANKAN :


TUJUAN-TUJUAN SYARIAT DEMOKRASI ADALAH UNTUK MEMELIHARA, MEMPROMOSI DAN MEMPERTAHANKAN :

1. Kebebasan beragama dan beribadat yang tidak hanya terhad kepada solat dan segala syiar ibadat kepada Allah sahaja, malah ianya meliputi ketaatan dan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang Allah dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa;

1. Kebebasan beragama dan beribadat yang sepenuh dan seluas-luasnya kepada seluruh penganut agama demokrasi untuk menganuti, mengimani dan mengamalkan agama demokrasi dalam seluruh bidang kehidupan manusia yang meliputi politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa;

2. Kebebasan berfikir dan bertindak di kalangan seluruh umat manusia mengikut batas-batas yang digariskan oleh Allah;

2. Kebebasan berfikir dan bertindak di kalangan seluruh umat manusia mengikut batas-batas yang digariskan oleh manusia;

3. Hak kepada harta yang dikuat kuasakan oleh peraturan dan undang-undang Allah;

3. Hak kepada harta yang dikuat kuasakan di bawah peraturan dan undang-undang manusia;

4. Kemanusiaan di kalangan umat manusia yang wujud dan berada di bawah peraturan dan undang-undang Allah serta kekuasaan Allah, iaitu di bawah Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan Laailaahaillallah,

4. Kemanusiaan di kalangan umat manusia yang wujud dan berada di bawah peraturan dan undang-undang manusia serta kekuasaan manusia, iaitu di bawah Uluhiyah dan Rububiyah Manusia,

5. Keturunan yang bertakwa yang wujud dan hidup di bawah peraturan dan undang-undang Allah, nilai-nilai dan neraca-neraca Allah, dan di dalam masyarakat Islam, persekitaran Islam dan kebudayaan Islam .

5. Keturunan yang bertakwa kepada Jahiliyah yang wujud dan hidup di bawah peraturan dan undang-undang manusia, nilai-nilai dan neraca-neraca manusia, masyarakat ciptaan manusia, persekitaran ciptaan manusia dan kebudayaan manusia.

Penelitian terhadap tujuan-tujuan syariat demokrasi seperti dalam “table” di atas ini membolehkan kita untuk membuat satu kesimpulan bahawa ianya memelihara, mempromosi, memperkasa dan mempertahankan agama Jahiliyah, pemikiran Jahiliyah, peraturan dan undang-undang Jahiliyah, masyarakat Jahiliyah, kerajaan Jahiliyah, keadilan Jahiliyah, seluruh sistem kehidupan Jahiliyah. Syariat Demokrasi memelihara dan mempertahankan sesuatu masyarakat demokrasi seperti masyarakat umat Islam di Malaysia kita ini daripada dicerobohi, dipengaruhi dan diresapi oleh sebarang unsur Islam dan ia mengekal, memperkasa dan memantapkan lagi kewujudan sistem kehidupan Jahiliyah demokrasi agar seluruh umat manusia yang wujud dan hidup di bawah kekuasaannya sentiasa dan selama-lamanya berpegang teguh kepada fahaman Taghut dan sistem kehidupan Taghut. Syariat demokrasi yang berkuat kuasa ke atas kita kini MEMISAH, MENDINDING dan MENJAUHKAN kita daripada sistem kehidupan Islam.

Di dalam negara Malaysia kita ini tidak wujud peraturan dan undang-undang Islam dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa, yang wujud di dalam masyarakat kita di Malaysia kini hanyalah peraturan dan undang-undang Islam dalam bidang-bidang solat, puasa, zakat, haji, nikah kahwin, penjagaan anak dan hal ehwal kekeluargaan sahaja sebagai mana yang termaktub dalam jadual ke 9, senarai ke 2 (9th schedule list ii) dalam Perlembagaan Negara kita. Masyarakat kita seperti ini bukanlah masyarakat Islam tetapi ianya adalah masyarakat Jahiliyah yang dikuat kuasa dan dipertahankan oleh syariat demokrasi di bawah kuatkuasa Perlembagaan Negara kita.

Sebelum kita pergi lebih jauh lagi dalam membicarakan mengenai kesyirikan dan kekufuran undang-undang demokrasi ciptaan manusia serta segala implikasinya yang buruk dan negatif, adalah wajar bagi kita untuk terlebih dahulu memberi sedikit komentar mengenai pandangan-pandangan yang diutarakan oleh sesetengah daripada para ulama dan intelek Islam kita yang menyatakan bahawa undang-undang yang dibuat oleh manusia dalam sistem politik demokrasi kita ini adalah Islam atau serasi dengan Islam. Kesemua undang-undang ciptaan manusia ini adalah difatwakan oleh mereka sebagai undang-undang Islam kerana ianya adalah undang-undang yang bertujuan untuk mencapai matlamat-matlamat yang tergolong ke dalam golongan Maqasid asy-Syariat dalam Islam serta ianya adalah  undang-undang yang memberi faedah dan manfaat kepada manusia dan juga kerana segala undang-undang ini membolehkan sesebuah kerajaan itu untuk menjalan tugas-tugas pemerintahannya dengan berkesan dan sempurna.

Mereka berkata bahawa :
“Tanpa undang-undang lalu lintas, akan berlaku kemalangan dan mala petaka yang besar serta kehilangan nyawa dan harta. Tanpa undang-undang tanah, para penduduk tidak mempunyai pemilikan yang sah yang menyebabkan mereka tidak boleh bercucuk tanam, mereka tidak boleh mendirikan rumah-rumah kediaman mereka, perbandaran tidak boleh diatur dan disusun dengan sistematik dan sempurna, mereka tidak boleh membeli tanah-tanah yang baru, juga mereka tidak boleh menjual tanah-tanah mereka, cukai-cukai tanah tidak boleh dikutip. Tanpa undang-undang cukai, sesebuah negara itu tidak mempunyai sumber kewangan dan sudah tentu ia tidak boleh berfungsi dengan baik. Tanpa undang-undang perdagangan, rakyat tidak boleh berjual beli sesama mereka, mereka tidak boleh berdagang dengan orang-orang daripada luar negara, kita tidak boleh mendapati barangan-barangan yang berkualiti dan murah - negara kita tidak boleh maju. Tanpa undang-undang kewangan, kita tidak akan memperolehi wang seperti yang kita dapati kini, kerajaan tidak boleh bayar gaji, kita tidak boleh membeli belah, kita tidak boleh menyimpan dan melabur harta kita, kita tidak tahu berapa jumlah harta yang kita miliki, kita tidak boleh kawal kemasukan mata wang asing. Tanpa Perlembagaan Negara kita, kita langsung tidak boleh memerintah dan mentadbir negara kita.

Seluruh undang-undang ciptaan manusia seperti ini adalah undang-undang yang membolehkan kita untuk menjalani kehidupan harian kita, undang-undang yang menyelamatkan kita, undang-undang yang memberi faedah dan manfaat kepada kita dan undang-undang  yang membolehkan kita untuk mentadbirkan negara kita supaya ianya menjadi sebuah negara yang aman dan maju. Ini kesemuanya adalah undang-undang yang bersesuaian dan menepati ciri-ciri Maqasid asy-Syariat dan justeru ianya adalah undang-undang Islam yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya ”  

Ini adalah hujjah-hujjah  yang sesat dan batil! Kesemua hujjah yang dikemukakan di sini bukanlah kriteria-kriteria yang boleh menentukan bahawa seluruh undang-undang kita ini adalah Islam, kerana undang-undang Islam adalah undang-undang yang bersumberkan daripada Allah dan Rasul-Nya, dan daripada Qiyas dan Ijmak yang bersumberkan daripada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh undang-undang yang sedang berkuat kuasa ke atas kita di dalam Negara Malaysia kita kini adalah kesemuanya undang-undang ciptaan Yahudi yang bersumberkan daripada pemikiran Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis ciptaan manusia yang kafir yang berkontradiksi secara total dengan pemikiran daripada Allah dan Rasul-Nya, serta seluruh undang-undang ini adalah berbentuk ZALIM dan MENINDAS mengikut neraca-neraca pertimbangan yang ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Ianya adalah ZALIM dan MENINDAS di sisi Allah swt kerana undang-undang lalu lintas, undang-undang tanah, undang-undang cukai, undang-undang perdagangan, undang-undang kewangan dan undang–undang Perlembagan Negara kita kesemuanya adalah undang-undang yang mewujudkan sistem-sistem RIBA’, SPEKULASI, MANIPULASI dan EKSPLOITASI oleh kaum pemodal ke atas orang-orang biasa. Para ulama kita telah mengIslamkan undang-undang demokrasi dalam bidang ekonomi ciptaan Yahudi kita yang syirik dan kafir ini kerana mereka langsung adalah jahil atau tidak arif mengenai ilmu ekonomi dalam sistem ekonomi kapitalis.

Para ulama dan intelek Islam kita menghukumkan bahawa Perlembagaan Negara kita ini adalah Perlembagaan Islam hanyalah semata-mata di atas faktor bahawa ianya adalah sebuah perlembagaan yang membolehkan kita untuk memerintah dan mentadbirkan negara kita sahaja, padahal mereka gagal untuk menonjolkan ciri-ciri kesyirikan dan kekufurannya yang lahir daripada fasal-fasal 43, 44 dan 121 yang termaktub di dalamnya  – ini adalah amat jelas sekali menggambarkan bahawa fatwa mereka ini adalah satu fatwa yang sesat dan batil. 
Demikianlah komentar dan coretan yang serba ringkas mengenai pandangan-pandangan yang sesat dan batil yang diutarakan oleh para ulama dan intelek Islam kita yang memfatwakan bahawa undang-undang demokrasi kita ini adalah Islam atau bersesuaian dengan Islam.

Kebebasan beragama kepada umat Islam di bawah sistem politik demokrasi hanyalah terhad kepada amalan ibadat kepada Allah dalam syiar-syiar ibadat seperti solat, puasa, zakat, hajj, nikah kahwin dan hal ehwal keluarga sahaja sedangkan TIDAK ADA KEBEBASAN bagi umat Islam untuk beribadat kepada Allah dalam seluruh bidang kehidupan yang lain yang merangkumi bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa. Ini bererti umat Islam kita tidak boleh wujud dan hidup sebagai seorang Islam dengan mengamalkan sistem kehidupan Islam, malah kita kini wujud dan hidup di bawah sistem kehidupan Jahiliyah dengan melakukan amal ibadat kepada Tuhan-tuhan Manusia dalam sistem politik demokrasi dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa. Kita kini tidak menyembah Allah sahaja, malah kita turut juga menyembah manusia sebagai Tuhan-tuhan kita. Kita terlibat dalam mempertuhankan manusia dan menolak Allah sebagai Tuhan kita kerana kita mengamalkan sistem politik demokrasi ini dan kerana kita mentaati dan mematuhi seluruh peraturan dan undang-undang demokrasi yang syirik dan kufur ini (9:31). 

Kafir, zalim dan fasiklah kerajaan demokrasi Malaysia ini kerana ia menghukum dengan peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah! Kafir, zalim dan fasiklah kerajaan demokrasi Malaysia kita ini kerana ia menafi dan mengingkari Tauhid Rububiyah, Tauhid Uluhiyah dan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ apabila ia memerintah dengan sistem perundangan demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah! Dan justeru kafir, zalim dan fasiklah pemimpin-pemimpin Muslim kita ini yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita kerana mereka menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap Tauhid Rububiyah, Tauhid Uluhiyah dan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ apabila mereka memerintah dengan sistem perundangan demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah.

Gejala seperti ini berlaku kerana kejahilan yang total dan ketara di pihak umat Islam kita ini sendiri mengenai kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Kita tidak memahami bahawa sikap BERSETUJU dan POSITIF terhadap agama demokrasi, kerajaan demokrasi serta segala peraturan dan undang-undang demokrasi itu adalah KEROSAKAN kepada pegangan dan amalan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang MENGELUARKAN kita daripada agama Allah :

1.     Kita tidak memahami bahawa sikap dan tindakan-tindakan BERKECUALI, NEUTRAL dan BERDIAM DIRI terhadap agama demokrasi, kerajaan demokrasi serta segala peraturan dan undang-undang demokrasi itu adalah KEROSAKAN kepada pegangan dan amalan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang MENGELUARKAN kita daripada agama Allah;

2.     Kita tidak memahami bahawa sikap dan tindakan-tindakan PENAFIAN, PENOLAKAN, PENGINGKARAN DAN PENENTANGAN yang terbuka, aktif dan total terhadap agama demokrasi, kerajaan demokrasi serta segala peraturan dan undang-undang demokrasi itu adalah KESEMPURNAAN kepada pegangan dan amalan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengekalkan kita untuk berada dalam keimanan yang teguh kepada Allah, tanpanya bererti KEROSAKAN kepada pegangan dan amalan  ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang MENGELUARKAN kita daripada agama Allah;

3.   Kita tidak memahami bahawa sikap dan tindakan-tindakan KONFORMIS (bersetuju) terhadap agama demokrasi, kerajaan demokrasi serta segala peraturan dan undang-undang demokrasi itu adalah KEROSAKAN kepada pegangan dan amalan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, manakala sikap dan tindakan-tindakan NON-KONFORMIS (tidak bersetuju) itu adalah KESEMPURNAAN kepada pegangan dan amalan kita kepadanya;

4. Kita menyangka bahawa kita sudah memahami dan mengerti dengan jelas dan mencukupi mengenai pengertian-pengertian AGAMA, AQIDAH dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, padahal kita masih jahil mengenai kesemuanya ini  – kita jahil mengenai apakah yang dikatakan sebagai agama Islam dan kita jahil mengenai apakah pula yang dikatakan sebagai agama yang syirik dan kufur, kita langsung tidak mengerti tentang apakah tuntutan-tuntutan dan perintah-perintah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ke atas kita.

Isu yang terpenting dan utama dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ialah PERATURAN dan UNDANG-UNDANG – peraturan dan undang-undang Allah adalah agama Allah manakala peraturan dan undang-undang demokrasi adalah agama demokrasi yang syirik dan kufur. Tanpa peraturan dan undang-undang Allah di Malaysia kita ini ianya bererti tidak wujud agama Allah dalam sistem kehidupan kita ini, sebaliknya yang wujud dan beroperasi dalam kehidupan kita kini ialah peraturan dan undang-undang demokrasi. Pelaksanaan dan penguat kuasaan peraturan dan undang-undang demokrasi dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa di dalam negara Malaysia kita ini mempunyai pengertian bahawa seluruh umat Islam kita kini sedang mengimani, menganuti dan mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur yang mengeluarkan seluruh kita ini daripada agama Allah .

Peraturan dan undang-undang demokrasi yang syirik dan kufur ini mewujudkan Tuhan-tuhan Manusia dalam sistem politik demokrasi kita ini, iaitu Tuhan-tuhan Manusia yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita. Di satu pihak yang lain pula, peraturan dan undang-undang demokrasi kita yang syirik dan kufur ini juga mewujudkan golongan umat Islam kita yang menjadi para HAMBA kepada Tuhan-tuhan Manusia dan para PENYEMBAH terhadap Tuhan-tuhan Manusia ini.

Para pemimpin kita yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita adalah Tuhan-tuhan Manusia yang kafir kerana :

1.  Mereka itu adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat untuk membuat segala peraturan dan undang-undang untuk manusia.

2.  Mereka itu adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat untuk menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang mereka itu ke atas manusia yang bererti mereka mengabdikan manusia kepada kuasa mereka.

3.   Segala peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh mereka itu ditaati dan dipatuhi manusia yang bererti mereka itu disembah oleh seluruh umat manusia sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah.

Ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita ini adalah Tuhan-tuhan Manusia yang kafir yang menafikan hak-hak Allah yang “exclusive” untuk membuat segala peraturan dan undang-undang untuk manusia, yang menafikan hak-hak Allah yang “exclusive untuk mengabdikan manusia kepada kuasa Allah dan yang menafikan hak-hak Allah yang “exclusive untuk disembah oleh manusia.

Seluruh umat Islam di Malaysia kita kini sedang berada dalam kesyirikan dan kekufuran kerana :

1.     Kita menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat segala peraturan dan undang-undang kepada manusia yang bererti kita telah melantik manusia, iaitu ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita, sebagai Tuhan-tuhan kita yang kafir;

2.     Kita berada di bawah kuat kuasaan peraturan dan undang-undang manusia yang bererti kita telah menjadi para hamba kepada Tuhan-tuhan Manusia ini yang mewujudkan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia yang syirik dan kufur;

3.     Kita mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh Tuhan-tuhan Manusia yang bererti kita telah menyembah Tuhan-tuhan manusia ini sebagai Tuhan-tuhan kita yang layak disembah, padahal kita tidak menyembah Allah.

Seluruh umat Islam kita kini adalah orang-orang kafir kerana kita mengamalkan peraturan dan undang-undang demokrasi yang syirik dan kufur serta kita menyetujui dan meredhainya. Kita menjadi kafir kerana kita mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur . Kita menjadi kafir kerana kitalah orang-orang yang melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita ini sebagai Tuhan-tuhan kita. Kita menjadi kafir kerana kita adalah para hamba kepada manusia dan tidak menjadi para hamba kepada Allah, dan kita menjadi kafir kerana kita menyembah manusia dan tidak menyembah Allah! Namun kita sedikitpun tidak merasai dan menyedari bahawa kita ini adalah orang-orang kafir di sisi kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ kerana kita sudah begitu biasa dengan keadaan kita yang selesa dalam kejahilan seperti ini dengan tetap yakin bahawa kita adalah orang-orang Islam. Faktor yang menjadi sumber kepada kejahilan kita ini adalah ketidak fahaman kita yang total mengenai pengertian-pengertian Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan juga Uluhiyah dan Rububiyah Manusia dan Taghut .

Firman Allah: al-Maidah 44
Barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah mereka itu adalah orang-orang yang kafir.

Saiyyid Qutb (Fizlalil Quran) :
Dengan kenyataan yang sedemikian tegas dan pasti dan penjelasan yang sedemikian umum dan menyeluruh yang terkandung dalam kata-kata “Barang Siapa’’ dan jawapannya, maka keumuman ini adalah melangkaui batas-batas keadaan, zaman dan tempat dan membentuk satu hukum yang menyeluruh yang mencakup setiap mereka yang tidak menghukum dengan peraturan yang telah diturunkan Allah SWT dalam mana-mana kaum sekalipun.
Sebabnya ialah seperti yang telah kami jelaskan sebelum ini, iaitu orang–orang yang tidak mahu menghukum dengan syari’at yang telah diturunkan Allah SWT adalah bererti menolak Uluhiyah Allah SWT , kerana di antara ciri-ciri dan kehendak-kehendak Uluhiyah itu ialah ciri al-Hakimiah iaitu ciri yang memiliki kuasa menetapkan undang-undang dan peraturan. Oleh sebab itu sesiapa yang menghukum dengan undang-undang dan peraturan yang lain daripada syari’at yang telah diturunkan Allah SWT , maka bererti ia menolak Uluhiyah Allah SWT dan ciri-cirinya dari satu segi dan mendakwa dirinya mempunyal hak Uluhiyah dan ciri-cirinya dari satu segi yang lain. Dan apakah lagi yang membawa kepada kekufuran jika tidak kedua-dua bentuk penolakan ini? Apakah nilai pengakuan beriman atau memeluk Islam dengan lisan sahaja, sedangkan amalan – iaitu pengungkapan yang lebih kuat dari percakapan – melafazkan kekufuran yang lebih jelas dari kekufuran.

Firman Allah: al-Maidah 45 
“Dan barang siapa yang tidak menghukum dengan peraturan yang telah diturunkan Allah SWT, maka mereka adalah orang-orang yang zalim.’’

Saiyyid Qutb (Fizilzlil Quran) :
Pengungkapan ini adalah satu pengungkapan am yang menyeluruh dan di sana tiada sesuatu yang mengkhususkan, tetapi di dalam ayat ini disebut satu sifat yang baru iaitu “orang-orang yang zalim’’.

Sifat yang baru ini tidak memberi erti bahawa kes ini berlainan dari kes yang silam yang disifatkan dengan sifat “kafir’’ itu, malah ia menambahkan satu sifat yang lain lagi kepada mereka yang tidak menghukum dengan peraturan-peraturan yang telah diturunkan Allah SWT . Oleh itu mereka disifatkan sebagai ‘Orang – Orang Kafir’’ kerana mereka dikira menolak Uluhiyah Allah SWT dan ikhtisas-Nya yang menetapkan undang-undang dan peraturan bagi para hamba-Nya dan dikira mendakwa mempunyai hak Uluhiyah apabila mereka mendakwa mempunyai hak menentukan undang-undang dan peraturan bagi manusia, mereka juga disifatkan sebagai “Orang-orang yang Zalim’’ kerana mereka memaksa manusia mematuhi undang-undang dan peraturan yang bukan dari syari’at Allah SWT yang baik dan membaikkan keadaan hidup mereka di samping mereka menzalimi diri mereka sendiri dan membawa diri mereka ke jalan kebinasaan dan seterusnya mendedahkan diri sendiri kepada balasan kekufuran dan mendedahkan kehidupan manusia bersama kehidupan mereka kepada kerosakan.

Firman Allah: al-Maidah 47 
“Dan barang siapa yang tidak menghukum dengan peraturan yang telah diturunkan Allah SWT, maka mereka adalah orang-orang yang fasik.’’

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Nas ini juga berbentuk am dan menyeluruh. Sifat fasik ditokok kepada dua sifat yang silam, iaitu sifat kafir dan sikap zalim. Ia bukannya mengertikan satu kes yang baru dan tidak pula mengertikan satu kes yang baru yang berasingan dari kes yang pertama, malah sifat fasik itu adalah satu sifat yang ditambah kepada dua sifat sebelumnya yang disalutkan kepada mereka yang tidak menghukum dengan peraturan-peraturan yang diturunkan Allah SWT dari mana-mana generasi dan kaum.

Kekufuran itu disebabkan kerana menolak Uluhiyah Allah SWT yang dijelmakan dalam tindakan menolak syariat-Nya dan kezaliman itu disebabkan kerana memaksa manusia mengikut undang-undang dan peraturan yang lain dari syariat Allah SWT dan menimbulkan kerosakan dan kekacauan dalam kehidupan mereka dan kefasikan itu disebabkan kerana keluar dari sistem hidup Ilahi dan mengikut sistem yang lain darinya. Semua sifat-sifat ini terangkul dalam perbuatan pertama (iaitu perbuatan tidak menghukum dengan peraturan-peraturan Allah SWT) dan ia mencakup sekalian yang melakukannya tanpa sebarang perbezaan.

Kafir, zalim dan fasiklah para pemimpin dan Raja-Raja Melayu kita yang membuat, melulus dan menjalankan syariat demokrasi yang selain daripada Allah kerana ianya bererti bahawa mereka menyerahkan Uluhiyah dan Rububiyah milik Allah kepada diri mereka sendiri yang merosakkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Kafir, zalim dan fasiklah para pemimpin dan Raja-Raja Melayu kita yang memerintah negara kita dengan HAWA NAFSU, iaitu dengan peraturan dan undang-undang manusia, serta mereka menjadikan HAWA NAFSU mereka ini sebagai Tuhan-tuhan yang DISEMBAH oleh manusia apabila mereka (manusia) MENTAATI dan MEMATUHI segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan mereka (para pemimpin dan Raja-Raja Melayu kita) yang selain daripada Allah.

Firman Allah: al-Maidah 48, 49 
Maka jalankanlah hukum di antara mereka itu dengan apa yang telah diturunkan Allah, dan  janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) daripada apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran.
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Demikianlah jelasnya perintah ini iaitu sama ada mengikut syariat Allah atau mengikut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui. Tidak ada andaian yang ketiga dan tidak ada jalan tengah di antara syariat yang lurus dan hawa nafsu yang berubah-ubah. Setiap orang yang meninggalkan agama Allah bererti berhakim kepada hawa nafsu, kerana selain daripada peraturan syariat ialah peraturan hawa nafsu yang amat digemari orang-orang yang tidak mengetahui.

Allah swt mengingatkan Rasul-Nya supaya jangan mengikut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui, kerana mereka tidak memberi faedah sedikitpun kepada-Nya untuk menyelamatkan diri daripada azab Allah. Mereka saling melindungi satu sama lain, tetapi mereka tidak dapat memudharatkannya walaupun sedikit kerana Allah menjadi Pelindungnya.
Inilah satu-satunya syariat yang layak dengan sifat ini dan selain daripada syariat adalah hawa nafsu belaka yang berpunca daripada kejahilan. Oleh itu hendaklah Rasul yang memegang teraju dakwah ini mengikut dan mematuhi peraturan-peraturan syariat sahaja dan meninggalkan segala peraturan hawa nafsu. Hendaklah dia jangan sedikitpun menyeleweng daripada peraturan syariat kepada mana peraturan hawa nafsu, kerana pemimpin-pemimpin peraturan hawa nafsu ini terlalu lemah untuk mempertahankan dirinya daripada azab Allah yang menciptakan syariat itu. Mereka bersatu dan bekerjasama dalam menentang Rasul, oleh itu Rasul tidak seharusnya menaruh harapan kepada sesetengah mereka untuk membantunya atau mengharapkan mereka menjauhi hawa nafsu yang terikat kuat dengan mereka. Tetapi mereka terlalu lemah untuk menindas Rasul kerana Allah adalah Pelindung para Muttaqin.

Firman Allah : al-Jaathiyah 23 
Pernahkah engkau melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah telah menyesatkannya berdasarkan ilmu-Nya. Dan Allah telah menutupkan pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan di atas penglihatannya. Oleh itu siapakah lagi yang akan memberi hidayat kepadanya setelah disesatkan Allah. Mengapa kamu tidak mengambil perhatian?

Saiyyid Qutb (Fizilialil Quran) :
Ungkapan al-Quran yang indah ini melukiskan satu gambaran jiwa manusia yang amat menarik ketika ia meninggalkan dasar kebenaran yang teguh itu dan mengikut hawa nafsunya yang berubah-ubah, iaitu ketika ia menyembah dan patuh kepada hawa nafsunya, dan menjadikan saranannya sebagai sumber pemikiran, pertimbangan, perasaan dan tindak-tanduknya, ketika ia jadikan hawa nafsunya selaku Tuhan yang menguasainya dan yang ditaati dan diterima segala titah perintahnya.

Dalam ayat-ayat di atas ini Allah menyifatkan Hukum Manusia yang selain daripada Allah itu sebagai HAWA NAFSU yang syirik dan kufur. Segala peraturan dan undang-undang demokrasi, kerajaan demokrasi dan seluruh sistem kehidupan demokrasi yang kesemuanya itu adalah ciptaan manusia yang selain daripada Allah adalah HAWA NAFSU di sisi Allah swt, dan justeru orang-orang yang mentaati dan mematuhinya bererti mereka menyembah HAWA NAFSU dan tidak menyembah Allah yang mengeluarkan mereka itu daripada agama Allah. Ketaatan dan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang demokrasi bererti menyembah HAWA NAFSU yang mengeluarkan seseorang itu daripada agama Allah. Oleh yang demikian, para pemerintah yang menjalan dan menguatkuasakan segala peraturan dan undang-undang demokrasi dan rakyat yang mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi adalah kesemuanya disifatkan Allah sebagai orang-orang yang kafir, zalim dan fasik.
Kerajaan demokrasi Malaysia kita ini yang tidak menjalankan peraturan dan undang Allah adalah sebuah kerajaan yang syirik dan kufur kerana :

1.  Kerajaan demokrasi Malaysia telah melantik para pemerintah dan Raja-Raja Melayu kita ini sebagai TUHAN-TUHAN kerana mereka berkuasa dan berhak untuk membuat peraturan dan undang (artikel 44 Perlembagaan Malaysia);

2.  Kerajaan demokrasi Malaysia  telah melantik para pemerintah dan Raja-Raja Melayu kita ini sebagai TUHAN-TUHAN kerana mereka berkuasa untuk menjalan dan menguat kuasakan undang-undang manusia ke atas manusia yang bererti mengabdikan manusia kepada kuasa manusia (artikel 43 Perlembagaan Malaysia) ;

3.  Kerajaan demokrasi Malaysia telah melantik para pemerintah dan Raja-Raja Melayu kita ini sebagai TUHAN-TUHAN kerana mereka menghukum manusia dengan undang-undang manusia (artikel 121 Perlembagaan Malaysia);

4.   Kerajaan demokrasi Malaysia telah melantik para pemerintah dan Raja-Raja Melayu kita ini sebagai TUHAN-TUHAN kerana undang-undang yang dibuat oleh mereka itu ditaati dan dipatuhi oleh manusia yang mewujudkan sistem manusia menyembah manusia (artikel-artikel 43, 121);

5.   Kerajaan demokrasi telah telah melantik para pemerintah dan Raja-Raja Melayu kita ini sebagai TUHAN-TUHAN kerana mereka adalah berkuasa dan berhak untuk memerintah ke atas manusia yang menafikan kuasa dan hak Allah untuk memerintah ke atas manusia (artikel-artikel 43, 44 121);

6.     Kerajaan demokrasi Malaysia telah mengifradkan hak-hak Uluhiyah dan Rububiyah kepada manusia yang menafikan Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan Laailaahaillalla (artikel-artikel 43, 44 121);

7.     Oleh kerana undang-undang itu adalah agama, kerajaan demokrasi Malaysia yang membuat dan menjalan dan menguat kuaasak serta menghukum manusia dengan undang-undang demokrasi bererti mereka telah mengimani, menganuti dan mengamalkan agama demokrasi ciptaan manusia iaitu agama Taghut yang menolak dan mengingkari agama Allah (artikel-artikel 43, 44 121);.

Allah memperingati kita bahawa persoalan pelaksanaan SYARIAT adalah persoalan AGAMA, iaitu persoalan Islam atau kufur :

Firman Allah: al-Maidah 44, 45, 47, 50 
Barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah, mereka itu ialah orang-orang kafir ... zalim... fasik. Apakah hukuman Jahiliyah yang mereka kehendaki dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin!

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Maidah) :
Allah swt telah menegaskan bahawa masalah pelaksanaan syariat Allah adalah masalah keimanan atau kekufuran, Islam atau Jahiliyah, undang-undang atau hawa nafsu. Tidak ada jalan tengah, tidak ada gencatan senjata dan tidak ada perdamaian dalam masalah ini. Oleh itu orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang menghukum dengan peraturan-peraturan yang telah diturunkan Allah tanpa memotong sehuruf pun daripadanya dan tanpa menukarkannya sedikitpun. Sementara orang-orang yang kafir, zalim dan fasik adalah orang-orang yang tidak menghukum dengan peraturan-peraturan yang tidak diturunkan Allah.

 Pemerintah-pemerintah itu menjalankan syariat Allah dengan sempurna, maka mereka berada dalam lingkungan iman atau mereka mengamalkan peraturan dan undang-undang yang lain yang tidak diredhai Allah, maka mereka adalah orang-orang yang kafir, zalim dan fasik. Orang ramai pula sama ada mereka menerima – daripada pemerintah-pemerintah dan hakim-hakim – hukum Allah dan pengadilan-Nya di dalam urusan kehidupan mereka, maka mereka adalah orang-orang yang beriman. Jika tidak, maka mereka bukanlah daripada orang-orang yang beriman. Tidak ada jalan tengah di antara jalan beriman dengan jalan yang tidak beriman . Di sini tidak diterima sebarang alasan keuzuran dan tidak diterima alasan kerana kepentingan, kerana Allah Tuhan yang memelihara manusia mengetahui sesuatu yang sesuai dengan kepentingan mereka dan Allah telah mengatur undang-undang dan peraturan-Nya untuk merealisasikan kepentingan-kepentingan manusia yang sebenar. Tidak ada sistem kehakiman yang lebih baik daripada sistem kehakiman dan syariat Allah. Dan tiada siapa daripada hamba-Nya boleh berkata : “saya menolak syariat Allah atau saya lebih arif dengan kepentingan-kepentingan manusia berbanding dengan Allah” dan andainya ia melafazkan perkataan ini dengan lidahnya atau dengan perbuatannya, maka dia adalah terkeluar daripada lingkungan iman.

Syariat demokrasi ini adalah kafir, zalim dan fasik kerana ianya adalah didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang menafi dan mengingkari Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Seseorang pengamal syariat demokrasi dan dia meredhai syariat demokrasi itu, dia adalah seseorang yang mengimani, menganuti dan mengamalkan agama demokrasi yang bererti ia menyerahkan Uluhiyah dan Rububiyah kepada manusia yang sekali gus bererti ia telah menafi dan mengingkari ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ - ini bermakna ia telah mengeluarkan dirinya daripada agama Allah dan kufur ingkarkan Allah swt. Ia menjadi kafir kerana ia menafi, menolak, mengingkari dan menentang Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, ia menjadi kafir kerana ia meredhai konsep pengabdian manusia kepada sesama manusia yang wujud dan berlaku dalam sistem politik demokrasi. Ia menjadi kafir kerana perbuatan dan amalannya, bukan terhad kerana iktikad dan ucapan sahaja. Ia menjadi kafir seperti mana kaum Ahlil Kitab itu menjadi kafir kerana mereka mentaati dan mematuhi segala perintah para pemimpin agama mereka (9:31). Kaum Ahlil Kitab yang diperkatakan oleh al-Quran di sini menjadi kafir hanyalah kerana amalan dan perbuatan mereka sahaja, iaitu KUFUR AMALIYAH bukan kerana iktikad dan kepercayaan di dalam hati dan bukan kerana ucapan di bibir.

Firman Allah: al-Maidah 44, 45, 47 
Barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah, mereka itu ialah orang-orang kafir ... zalim... fasik.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Maidah) :
Tujuan agama yang datang daripada Allah ialah untuk menjadi satu sistem hidup, iaitu satu sistem hidup yang realistik.Tujuan kedatangan agama Allah ialah untuk memegang teraju kepimpinan hidup manusia, untuk mengatur, membimbing, dan memeliharanya. Tidak ada agama yang datang daripada Allah untuk semata-mata dijadikan Aqidah hati nurani sahaja dan tidak pula dijadikan semata-mata syiar ibadat yang dikerjakan dirumah-rumah ibadat dan mihrab-mihrab. Walaupun kedua-duanya perlu bagi kehidupan manusia dan penting dalam mentarbiyahkan hati nurani manusia, tetapi kedua-duanya tidak cukup untuk memimpin kehidupan dan untuk mengatur, membimbing dan memeliharanya jika di atas asas kedua-duanya tidak ditegakkan satu sistem, satu peraturan dan satu syariat yang diamalkan dalam kehidupan manusia, di mana mereka boleh dihukum dengan undang-undang dan kuasanya, iaitu mereka boleh dikenakan hukuman-hukuman apabila mereka melanggar dan menyalahinya.

Kehidupan manusia tidak mungkin jadi betul dan kukuh melainkan mereka menerima Aqidah, syiar-syiar ibadat, undang-undang dan peraturan daripada satu sumber yang sama yang berkuasa di dhamir dan hati manusia di samping berkuasa di atas harakat dan perilaku mereka, iaitu kuasa yanag menentukan ganjaran dan balasan di dunia mengikut undang-undang dan peraturannya di samping menentukan ganjaran dan balasan dalam kehidupan akhirat mengikut hisabnya.

Tetapi apabila kuasa itu berbelah bagi dan sumber penerimaan juga berbelah bagi, iaitu kuasa di dalam hati dan syiar-syiar ibadat diberikan kepada Allah sedangkan kuasa di dalam bidang undang-undang dan peraturan diberikan kepada yang lain daripada Allah, atau kuasa menentukan balasan dan ganjaran di akhirat diberkan kepada Allah semenatara kuasa dalam menentukan hukuman dan balasan di dunia diberkan kepada yang lain daripada Allah. Di waktu ini jiwa manusia akan terkoyak dan tercaing di antara dua kuasa yang berlainan, di antara dua arah tujuan yang berlainan dan di antara dua sistem yang berlainan dan di waktu ini jiwa manusia akan dilanda kerosakan, iaitu kerosakan yang diisyaratkan oleh al-Quran di berbagai-bagai tempat:

Firman Allah: an-Nisa 60 
Tidakkah engkau perhatikan bahawa orang-orang yang mendakwakan bahawa mereka beriman kepada yang diturunkan kepada engkau dan yang diturunkan sebelum daripada engkau, mereka hendak meminta hukum kepada taghut, sedangkan mereka disuruh supaya kufurkan terhadap taghut. Syaitan menghendaki supaya ia menyesatkan mereka dengan kesesatan yang jauh.

Sayyid Qutb (Fizilalil Quran- an-Nisa 60) :
Yakni tidakkah engkau melihat sesuatu yang sungguh menghairankan, iaitu ada sekumpulan, manusia yang mendakwa beriman, tetapi pada waktu yang sama mereka telah meruntuhkan dakwaan itu. Mereka mendakwa beriman kepada wahyu yang diturunkan kepadamu dan wahyu yang telah diturunkan sebelum daripadamu. Kemudian mereka tidak mahu berhakimkan kepada wahyu yang diturunkan kepadamu dan kepada wahyu yang diturunkan  sebelum daripadamu. Malah mereka mahu berhakimkan kepada sesuatu yang lain, kepada peraturan yang lain dan hukum-hukum yang lain. Mereka mahu berhakimkan kepada peraturan Taghut yang tidak mengambil daripada wahyu yang diturunkan kepadamu dan daripada wahyu yang diturunkan sebelummu, iaitu peraturan yang tidak dikawal dan ditimbang dengan neraca wahyu yang diturunkan kepadamu dan wahyu yang diturunkan sebelummu. Oleh sebab itulah peraturan ini dikatakan Taghut yang zalim dan keterlaluan kerana ia mendakwa memiliki salah satu daripada ciri-ciri Uluhiyah dan kerana ia tidak tunduk kepada neraca Uluhiyah yang betul. 

Mereka berbuat begitu bukan kerana jahil dan bukan pula berdasarkan sangkaan-sangkaan malah mereka memang mengetahuinya dengan sepenuhnya dan dengan pengetahuan yang cukup bahawa perbuatan berhakimkan Taghut adalah satu perbuatan yang diharamkan Allah.

“Meskipun mereka diperintah supaya mengingkarinya”.

Oleh kerana itu perbuatan mereka dalam perkara ini bukan kerana kejahilan dan tidak pula kerana sangkaan malah mereka lakukannya dengan sengaja, dengan qasad dan niat. Oleh sebab itu dakwaan mereka yang mengaku beriman kepada wahyu yang diturunkan kepadamu dan kepada wahyu yang diturunkan sebelummu adalah satu dakwaan yang tidak betul dan jujur, malah yang sebenarnya syaitan mahu membawa mereka ke dalam kesesatan yang tidak ada harapan lagi untuk mereka kembali ke pangkal jalan.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – an-Nisa 60) :
Pengumuman konsep Rububiyah Allah yang merangkumi semesta alam itu tidak boleh berkumpul dengan amalan seorang yang tunduk kepada yang lain daripada Allah dan tidak pula boleh berkumpul dengan kuasa Hakimiyah seorang yang mengamalkan undang-undang ciptaannya sendiri. Orang-orang yang membanggakan diri mereka sebagai orang-orang Islam yang sebenar, sedangkan mereka tunduk kepada undang-undang ciptaan manusia – yakni tunduk kepada Rububiyah yang lain daripada Rububiyah Allah – adalah salah dan meleset jika mereka fikirkan diri mereka sebagai kaum Muslimin yang tulen! Sebenarnya mereka tidak berada di dalam agama Allah yang sebenar, kerana pemerintah mereka bukannya Allah dan undang-undang yang dijunjung mereka bukannya syariat Allah. Malah mereka berada dalam agama pemerintah itu bukan dalam agama Allah yang sebenar.

Agama ialah peraturan yang ditetapkan Allah bagi kehidupan manusia seluruhnya. Agama ialah sistem yang mengatur seluruh kegiatan hidup dan hanya Allah sahaja yang berhak mengadakan peraturan dan sistem ini tanpa disekutui sesiapapun. Agama ialah ketaatan dan kepatuhan kepada kepimpinan Rabbani, iaitu satu–satunya kepimpinan yang berhak ditaati dan dipatuhi, dan satu-satunya sumber untuk menerima perintah dan arahan dan satu-satunya kepimpinan untuk diserahkan diri. Oleh itu masyarakat Islam ialah masyarakat yang mempunyai kepimpinan yang khusus di samping mempunyai Aqidah dan tanggapan yang khusus, iaitu kepimpinan Rabbani yang dilambangkan oleh kepimpinan Rasulullah saw dan segala peraturan dan undang-undang yang telah disampaikan oleh beliau dan kekal selepas kewafatannya. Kepimpinan masyarakat Islam kepada kepimpinan Rabbani inilah yang memberikan sifat Islam kepadanya dan melayakkannya untuk digelarkan “masyarakat Islam”. Tanpa kepatuhan yang mutlak ini ia tidak mungkin menjadi masyarakat Islam yang sebenar, kerana syarat kepatuhan itu ialah kesanggupan berhakimkan kepada Allah dan Rasul-Nya, memulangkan segala urusan kepada Allah dan redha terhadap keputusan dan pelaksanaan Rasul-Nya dan menerimanya dengan penyerahan yang bulat kepada-Nya. 

Untuk menjelaskan hakikat dan dasar utama ini ayat-ayat surah ini telah mengemukakan penerangan-penerangan yang amat tegas dan tidak boleh dipertikai, dikeliru, disadur dan dipalsukan lagi, kerana penerangan-penerangan itu begitu kuat, jelas dan tegas dan sama sekali tidak memberi ruang untuk menerima sebarang pertikaian.

Saiyyid Qutb (at-Tasawur al-Islami wa Muqumat dalam Fizilalil Quran) :
Kita berhadapan dengan sekelompok manusia di dalam masyarakat Islam di Negara Islam yang “mendakwa” bahawa mereka telah beriman kepada perintah yang telah diturunkan kepada Nabi saw dan kepada perintah yang telah diturunkan Allah sebelumnya iaitu mereka berkata : Kami mengaku tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah saw dan segala kerasulan adalah benar belaka dan segala syariat yang dibawa oleh kerasulan-kerasulan itu adalah benar, dan seterusnya mengaku bahawa malaikat itu benar, akhirat itu benar, qadha dan qadar yang baik dan yang buruk adalah benar. Inilah makna beriman kepada apa yang diturunkan Allah kepada Rasulullah saw dan Paradigma Agung yang diturunkan Allah sebelumnya dan mereka mendakwa telah beriman dengan perkara-perkara ini semua.

Tetapi Allah tidak menerima dakwaan mereka ini dan tidak menganggapkan dakwaan ini sebagai keimanan, malah Allah melahirkan kehairanan terhadap sikap dan dakwaan mereka yang seperti ini! 

Mengapa ? Mengapa Allah tidak menerima dan mengambil kira dakwaan dan pengakuan ini daripada mereka ?

Sebab mereka membuat pengakuan dan dakwaan itu, “sedangkan mereka masih ingin berhakimkan Taghut” bukannya berhakimkan syariat Allah dan mereka tidak merujukkan perkara-perkara yang dipertikaikan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya. Kata-kata Taghut mengikut tafsiran al-imam ibn Jarir at-Tabari ialah setiap yang menentang Allah dan disembah selain daripada Allah sama ada dengan paksaan daripadanya atau dengan ketaatan sukarela daripada orang yang menyembahnya sama ada yang disembah itu manusia atau syaitan atau berhala atau patung atau sesuatu kejadian yang lain mereka mahu berhakimkan kepada mana-mana peraturan daripada syariat Taghut ini dan tidak mahu berhakimkan kepada syariat Allah. Justeru itu Allah sifatkan mereka sebagai orang-orang yang berkata bahawa mereka telah beriman kepada wahyu yang diturunkan kepada nabi dan kepada wahyu yang diturunkan sebelumnya menunjukkan secara pasti bahawa pengakuan dengan lidah : aku mengaku tiada Tuhan yang lain mln Allah dan Muhammad itu Rasulullah, malaikat itu benar , dan akhirat itu benar dan mengaku seluruh kerasulan itu benar dan mengaku bahawa qadha dan qadar Allah yang baik dan yang buruk itu benar tidak diterima oleh Allah dan tidak dikirakan-Nya sebagai syahadat yang memasukkan orang-orang yang mengucapkannya ke dalam Islam dan memberikan kepadanya sifat Muslimin dan hak terpelihara darah dan harta mereka apabila syahadat itu disertai keinginan dan kemahuan berhakimkan syariat yang lain daripada syariat Allah dan tidak ingin merujuk perkara-perkara yang dipertikaikan mereka dalam mana-mana urusan kehidupan insaniyah kepada Allah .

Dan selepas Allah memutuskan bahawa mereka berdusta di dalam dakwaan mereka yang mengatakan bahawa mereka telah beriman kepada wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah saw dan wahyu yang diturunkan kepada Rasul-Rasul yang sebelumnya dengan dalil mereka masih ingin berhakimkan Taghut sedangkan mereka telah diperintahkan supaya mengingkarkannya, maka kemahuan dan kecenderungan mereka yang sedemikian rupa itulah yang telah membohongi pengakuan lisan mereka dan menghapuskan nilainya dan selepas itu Allah menyifatkan mereka sebagai orang yang bermuka dua.

Penjelasan akhir dalam konteks ini merupakan nas yang jelas (soreh) yang menetapkan satu-satunya syarat iman yang diungkap dalam salah satu bentuk penegasan yang amat kuat :

Firman Allah : al-Maidah 50 
Apakah mereka mahukan hukum jahiliyah? Siapakah yang lebih baik daripada Allah dari segi mengatur peraturan bagi orang-orang yang yakin?

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
“Makna Jahiliyah telahpun digariskan dengan jelas oleh nas ini. Oleh itu undang-undang Jahilyah – sebagai mana disifatkan oleh Allah dan digariskan oleh al-Quran-Nya – ialah undang-undang daripada manusia untuk manusia, kerana undang-undang Jahiliyah ialah undang-undang Ubudiyah manusia untuk manusia, undang-undang yang mengeluarkan manusia daripada Ubudiyah kepada Allah dan menolak Uluhiyah Allah dan sebagai gantinya ialah memberi pengiktirafan kepada Uluhiyah sesetengah manusia dan pengiktirafan Ubudiyah kepada manusia selain daripada Allah. Jahiliyah – berdasarkan nas ini – bukanlah suatu jangka zaman yang tertentu, malah Jahiliyah ialah satu keadaan yang tertentu dan keadaan ini boleh didapati di masa dahulu, di masa kini dan di masa-masa hadapan. Semuanya mempunyai sifat Jahiliyah yang bertentangan dengan Islam. Manusia – di mana zaman dan di mana-mana tempat – sama ada mereka menghukum dengan syariat Allah – tanpa menolak sesuatu bahagian pun daripadanya – dan menerimanya dengan penerimaan yang bulat, maka mereka adalah orang-orang yang benar berada dalam agama Allah atau mereka menghukum dengan undang-undang ciptaan manusia dalam apa-apa bentuk sekalipun dan mereka menerimanya, maka mereka adalah orang-orang yang berada dalam budaya Jahiliyah dan mereka sama sekali tidak berada dalam agama Allah. Orang-orang yang tidak mahukan undang-undang Allah bererti mereka mahukan undang-undang Jahiliyah dan orang-orang yang menolak syariat Allah bererti menerima undang-undang Jahiliyah dan hidup dalam budaya Jahiliyah. Ya siapakah yang lebih baik daripada Allah?
Siapakah yang berani mendakwa bahawa dia berhak mengatur undang-undang dan peraturan kepada manusia dan menghukum mereka dengannya sebagai undang-undang yang lebih baik daripada undang-undang yang diaturkan oleh Allah dan melaksanakannya ke atas mereka ?
Apakah alasan yang dapat dikemukakan terhadap dakwaan yang amat besar ini? Apakah dia dapat mengatakan bahawa dia lebih mengetahui tentang manusia daripada Allah SWT sendiri yang telah menciptakan manusia? Apakah dia dapat mengatakan bahawa dia lebih mengetahui tentang kepentingan-kepentingan manusia daripada Allah SWT Tuhan manusia ? Apakah dia boleh mengatakan bahawa Allah SWT - ketika menyusun syariat-Nya yang terakhir, ketika mengutuskan Rasul-Nya yang terakhir , ketika melantik Rasul-Nya (Nabi Muhammad saw) selaku penamat segala anbia dan ketika menjadikan risalah beliau sebagai panamat risalah-risalah dan ketika menjadikan syariat-Nya selaku syariat untuk seluruh abad – tidak mengetahui keadaan yang akan timbul, tidak mengetahui keperluan-keperluan baru yang akan muncul dan tidak mengetahui hubungan-hubungan baru yang akan berlaku. Oleh sebab itu Allah tidak membuat peruntukan-peruntukan dalam undang-undang dan peraturan-peraturan-Nya kerana perkara-perkara itu terlindung daripada pengetahuan-Nya sehingga perkara itu terdedah kepada manusia di akhir zaman? Apakah yang dapat dikatakan oleh mereka yang memisahkan syariat Allah daripada mengendalikan kehidupan manusia dengan menukarkannya dengan undang-undang Jahiliyah, iaitu mereka mejadikan kehendak-kehendak nafsu mereka sebagai undang-undang atau menjadikan kehendak-kehendak nafsu rakyat jelata atau kehendak-kehendak nafsu sesuatu generasi manusia mengatasi hukum dan syariat Allah? Apakah yang dapat dikatakan oleh mereka terutama jika mereka mengaku diri mereka daripada golongan orang-orang Islam? Apakah kerana faktor suasana dan keadaan? Apakah kerana faktor-faktor hubungan-hubungan? Apakah kerana orang ramai tidak sukakannya? Apakah kerana takut kepada musuh-musuh? Bukankah kesemuanya sudah sedia berada dalam ilmu Allah ketika Dia memerintah kaum Muslimin supaya menegakkan syariat-Nya di kalangan mereka, supaya berjalan mengikut sistem hidup yang digariskan-Nya dan supaya mereka jangan diselewengkan daripada sesetengah peraturan yang telah diturunkan oleh Allah SWT?  Adakah kerana kelemahan syariat Allah daripada merangkumi segala keperluan yang baru timbul ? Apakah kerana kedudukan-kedudukan yang baru berkembang? Apakah kerana keadaan-keadaan yang memaksa? Bukankah semuanya ini telah tersedia ada dalam ilmu Allah ketika Dia mengeluarkan perintah dan amaran yang keras ini? Orang-orang bukan Islam boleh berkata apa yang mereka suka, tetapi bagi seseorang Islam atau mereka yang mengaku Islam apakah yang mendorongkan mereka berkata begitu kemudian mengaku bahawa mereka masih kekal berpegang dengan agama Islam atau mengaku bahawa satu daripada ciri Islam masih ada pada mereka ? Sebenarnya inilah persimpangan jalan yang pasti ditentu pilihan dan di sini tidak ada gunanya bertengkar dan berdebat. Sama ada memilih Islam atau Jahiliyah, sama ada memilih keimanan atau kekufuran, sama ada memilih hukum Allah atau undang-undang Jahiliyah. Orang-orang yang tidak menghukum dengan peraturan-peraturan yang telah diturunkan Allah, maka mereka adalah orang-orang KAFIR, orang-orang yang ZALIM dan orang-orang yang FASIK. Dan orang-orang yang dihukum sebagai tidak menerima hukum Allah, maka mereka bukanlah orang-orang yang beriman. Persoalan (wajib menghukum dengan syariat Allah) ini pastilah jelas dan tegas di dalam hati seseorang Muslim dan pastilah ia tidak bersikap ragu-ragu untuk menjalankannya dalam realiti hidup manusia di zamannya dan menerima kehendak hakikat ini dan natijah pelaksanaanya ke atas lawan dan kawan. Selama hati seseorang Muslim belum tegas dalam persoalan ini, maka dia tidak akan mempunyai neraca pertimbangan yang betul, dia tidak akan mempunyai jalan hidup yang jelas, dia tidak akan dapat membezakan di dalam hatinya di antara kebenaran dengan kebatilan dan dia tidak akan dapat melangkah setapakpun di jalan yang betul.”

Huraian-huraian Saiyyid Qutb mengenai ayat-ayat al-Quran seperti mana yang dibicarakan di sini membolehkan kita untuk merumuskan bahawa syariat demokrasi seperti mana yang sedang kita amal dan praktikkan di dalam negara Malaysia kita kini adalah syariat yang syirik dan kufur dan justeru kerajaan Malaysia kita ini adalah kerajaan manusia yang syirik dan kufur. 

Umat Islam kita yang mengamalkan sistem politik demokrasi serta kita menyetujui dan meredhainya adalah orang-orang yang dengan sengaja dan sedar melibatkan diri kita dengan kesyirikan dan kekufuran yang sudah semestinya mengeluarkan kita daripada agama Allah.

Allah mengemukakan persoalan kepada kita – apakah kita masih terus berkehendakkan undang-undang yang sudah jelas dan nyata tentang kesyirikan dan kekufurannya dengan meninggalkan undang-undang Allah? Allah menyoal kita seperti ini sebenarnya ianya berbentuk dan merupakan kecaman dan kutukan daripada Allah terhadap orang-orang yang menjalankan syariat manusia kerana kesyirikan dan kekufurannya itu (syariat manusia) dan kerana orang-orang yang menjalankannya itu adalah orang-orang yang kafir, zalim dan fasik. Dalam menghuraikan ayat di atas ini (5: 50), Sayyid Qutb, Ibn Kathir, dan beberapa mufassirin yang lain, bersepakat bahawa orang-orang yang mengkehendaki undang-undang Jahiliyah, seperti undang-undang demokasi ini dengan meninggalkan undang-undang Allah seperti mana yang sedang beroperasi dan diamalkan di bawah kerajaan demokrasi Malaysia kini, di atas apa-apa sebab sekalipun, adalah dihukumkan sebagai kafir dan terkeluar daripada Islam.

Firman Allah: Yunus 32 
Bukankah sesudah kebenaran, tidak ada yang lain, melainkan kesesatan?

Syariat Islam sahaja yang benar sedangkan syariat-syariat yang lain ciptaan manusia termasuk syariat demokrasi adalah kesesatan dan kebatilan.
Jabatan agama Islam Pahang (JAIP) mengedarkan satu poster yang menyenaraikan dua puluh perkara yang membatalkan syahadah; di antaranya ialah :

1.  Menggubal undang-undang mengikut kehendak manusia (demokrasi) dan bukannya mengikut ketentuan Allah;

2.     Melaksanakan hukum yang lain daripada hukum Allah (demokrasi) atau tidak merujuk kepada Allah dalam semua perkara;

3.     Menghina agama Islam, undang-undang dan para ulama dan intelek Islam ;

4. Mengkafirkan orang-orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah dan tidak mengkafirkan orang-orang yang mengingkari syahadatain dan tidak menghalalkan berperang dengan mereka.

Kandungan poster ini mempunyai tiga implikasi yang penting:

1.     Kerajaan Demokrasi Malaysia yang menggubal, membuat dan menjalankan undang-undang yang selain daripada Allah itu adalah sebuah kerajaan yang terdiri daripada ideologi dan sistem hidup yang membatalkan syahadah;

2.   Kerajaan Demokrasi Malaysia yang membatalkan syahadah itu hendaklah diisytiharkan sebagai kufur, kegagalan untuk mengisytiharkan kekufurannya itu boleh membatalkan syahadah seseorang Islam;

3.   Kerajaan Demokrasi Malaysia yang syirik dan kufur ini hendaklah diingkari, ditolak, ditentang dan diperangi - orang-orang yang menyatakan bahawa demokrasi ini tidak wajib diperangi atau lebih-lebih lagi yang menyatakan bahawa ianya tidak boleh diperangi, membatalkan syahadahnya.

Kandungan poster ini merupakan satu perisytiharan rasmi JAIP mengenai kekufuran kerajaan demokrasi Malaysia, termasuklah kerajaan Negeri Pahang sendiri. Tanpa penafian rasmi terhadap poster ini, secara tidak langsung ianya bererti bahawa Kerajaan Negeri Pahang mengakui kekufuran kerajaan demokrasi Malaysia dan kekufurannya sendiri. Dalam usaha untuk menyelamatkan rakyat daripada terjerumus ke dalam kesyirikan dan kekufuran, kandungan poster ini sewajarnya dihurai dan diperjelaskan kepada orang ramai melalui forum-forum dan seminar-seminar yang dianjurkan oleh kerajaan atau mana-mana agensi kerajaan.
Semoga Allah merahmati JAIP dan pegawai-pegawai yang telus, jujur dan berani dalam memperkatakan kebenaran.

Jihad yang paling besar sekali ialah untuk menyatakan kebenaran di hadapan sesebuah kerajaan yang menyimpang daripada jalan yang benar.
Abu Daud, Termizi, Ibn Majah daripada Abu Said al-Khudri
 
Pegawai-pegawai JAIP yang terlibat dalam menerbit dan mengedarkan poster ini adalah mereka yang dirahmati dengan taraf Jihad yang paling besar di sisi Allah swt. Allahu Akbar! Mudah-mudahan, dedikasi dan contoh yang amat gemilang ini akan merangsangkan ke arah kebangkitan Islam di kalangan massa umat Islam di Malaysia – Insyaa Allah! Berlumba-lumbalah kita ke arah kebaikan dan Jihad yang paling besar supaya kita dianugerahkan dengan kejayaan yang besar di akhirat nanti. Oleh itu, sebarkanlah mengenai segala titah perintah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, sebarkanlah mengenai kekufuran kerajaan demokrasi, dan sebarkanlah mengenai perintah Allah untuk menyempurnakan pegangan dan amalan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dengan tindakan-tindakan yang tegas dan berani dalam menafi, menolak, mengingkari, dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap kerajaan demokrasi kita ini sehingga ianya mengalami kehancuran yang total untuk digantikan dengan sebuah Kerajan Islam. Ikutilah contoh dan tauladan yang makruf dan bertakwa daripada JAIP dan pegawai-pegawainya. Hidupkanlah semangat perjuangan dan keberanian mereka ini sehingga tanpa memikirkan tentang kerjaya dan kepentingan diri mereka sendiri di dunia ini.

Orang-orang kafir yang mempersendakan agama Allah di Malaysia dan di dunia seluruhnya adalah sesuatu yang lumrah berlaku kerana kedudukan agama Islam dan umat Islam kini yang tidak berkuasa, berpengaruh dan sentiasa dizalimi dan dipermain-mainkan, dan sikap serta perbuatan mereka ini telah banyak dibincang dan diperkatakan. Namun umat Islam sendiri baik di Malaysia mahupun di dunia seluruhnya turut terlibat dengan gejala mempersenda dan mempermain-mainkan agama Allah, dan mereka itu sudah terkeluar daripada agama Allah tanpa menyedarinya.

Firman Allah :al-Anaam 68, 70 
Apabila engkau melihat orang-orang yang membincangkan ayat-ayat Kami (secara bersenda-senda), maka hendaklah engkau berpaling daripada mereka sehingga mereka membincangkan perkara yang lain dan jika dilupakan syaitan (terhadap larangan itu ), maka janganlah sekali-kali engkau duduk bersama orang-orang yang zalim itu setelah engkau teringat kembali (kepada larangan itu ).
Dan tinggalkanlah mereka yang telah menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan. Mereka telah dipesonakan oleh kehidupan dunia . Dan hendaklah engkau mengingatkan mereka dengan al-Quran agar setiap orang itu dipertanggungjawab dengan perbuatan yang telah dilakukannya . (Di sana) dia tidak mendapat pelindung dan penolong selain daripada Allah dan jika ia menebuskan dosanya dengan segala macam tebusan nescaya tidak akan diterima daripadanya. Merekalah orang-orang yang dipertanggungjawabkan dengan perbuatan yang dilakukan mereka , untuk mek disediakan minuman dari air yang mendidih dan azab yang amat pedih kerana kekafiran yang dilakukan mereka .

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Orang-orang yang mengingkarkan kuasa Hakimiyah Allah yang mutlak dalam kehidupan manusia yang waqii dalam bidang-bidang politik, sosial, ekonomi dan perundangan dan mengatakan bahawa manusia boleh mengaturkan bidang-bidang ini tanpa terikat dengan syariat Allah , mereka semua adalah tergolong dalam kumpulan orang-orang yang disifatkan oleh ayat ini sebagai orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai bahan sendaan dan permainan.

Pemimpin-pemimpin Islam yang tidak menjalankan undang-undang Allah dan rakyat Islam yang meredhai dan menyokong kerajaan mereka itu adalah orang-orang yang mengingkari Kuasa Hakimiyah Allah, mereka ini adalah orang-orang yang MEMPERSENDAKAN agama Allah dan terkeluar daripada agama Allah .

Syariat demokrasi adalah agama demokrasi yang syirik dan kufur. Ini adalah sesuatu yang amat serius kerana para pengamal sistem politik demokrasi kita ini adalah orang-orang yang turut terlibat sama dalam mengimani, menganuti dan mengamalkan agama demokrasi yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah, padahal mereka sedikitpun tidak menyedarinya. Umat Islam kita sewajarnya diberi kesedaran mengenai kesyirikan dan kekufuran kerana amalan sistem politik demokrasi kita ini, dan seterusnya mereka sewajarnya diberi kesedaran bahawa jalan keselamatan untuk mereka hanyalah dengan mengeluarkan diri mereka daripadanya dan dengan mengamalkan sikap dan tindakan-tindakan penolakan dan penentangan yang aktif dan total terhadapnya sehinggalah akhirnya ianya mengalami keruntuhan dan kehancuran yang total untuk kemudiannya digantikan dengan sistem pemerintahan Islam.

No comments:

Post a Comment