Sunday 14 October 2012

PAS KAFIR - SIRI KEDUA


(SAMBUNGAN)

3.
PAS MEMBATALKAN DUA KALIMAH SYAHADAH KERANA MEREKA MENGIMANI, MENGANUTI DAN MENGAMALKAN ULUHIYAH DAN RUBUBIYAH MANUSIA DENGAN MEMINGGIRKAN ULUHIYAH DAN RUBUBIYAH ALLAH DAN KALIMAH ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ

Agama demokrasi yang syirik dan kufur ini adalah diasaskan kepada konsep-konsep Uluhiyah dan Rububiyah Manusia, sehubungan dengan ini umat Islam kita yang mengamalkan sistem politik demokrasi serta mereka menyetujuinya, tidak dapat mengelakkan diri mereka daripada mengimani, menganuti dan mengamalkan agama manusia yang syirik dan kufur yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah. PAS yang mengamal dan menyetujui sistem politik demokrasi Malaysia kita ini mempunyai pengertian bahawa; pertama sekali, ianya adalah sebuah parti politik yang mengimani, menganuti dan mengamalkan konsep-konsep Uluhiyah dan Rububiyah Manusia, iaitu mereka mengisbatkan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang mengeluarkan mereka ini daripada agama Allah; kedua, ini juga bererti bahawa PAS tidak dapat mengelakkan diri merekam daripada menafikan konsep-konsep Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ - kedua-dua implikasi ini adalah mengeluartkannya (PAS) daripada agama Allah.

Kesyirikan dan kekufuran PAS dalam segala persoalan yang berhubung kait dengan amalan agama demokrasi ini bolehlah dirumus dan disifatkan sebagai berpusat kepada gejala mengimani, menganuti dan mengamalkan ULUHIYAH dan RUBUBIYAH MANUSIA, iaitu ianya bermakna bahawa PAS telah mengimani, menganuti dan mengamalkan agama manusia yang syirik dan kufur, selain daripada itu ianya juga bererti bahawa PAS telah menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap ULUHIYAH dan RUBUBIYAH ALLAH dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ - kedua-dua gejala ini tiada yang lain melainkan hanyalah bererti kesyirikan dan kekufuran kepada PAS yang mengeluarkan PAS daripada agama Allah. PAS wujud dan hidup dalam kesyirikan dan kekufuran, tidak kerana yang lain melainkan semata-mata kerana mereka mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur, mereka bersetujui dan meredhainya, mereka memboleh dan menghalalkan amalan sistem politik demokrasi kita yang syirik dan kufur ini. Namun PAS sedikitpun tidak menyedarinya – PAS menganggapkan amalan agama demokrasi ini sebagai satu perkara biasa sahaja yang tidak ada kena mengena dengan AQIDAH dan AGAMA, padahal PAS kini sedang bergelumang dalam kesyirikan dan kekufuran dengan amat jelas dan terang sekali serta tanpa sebarang keraguan sedikitpun lagi mengikut segala prinsip, konsep dan hukum yang terkandung dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

Firman Allah : an--Nisa 13, 14 
Itulah batas-batas hukum Allah dan sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya nescaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan mereka hidup kekal abadi di dalamnya dan itulah kejayaan yang amat besar. 
Dan sesiap yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar batas-batas hokum-Nya yang telah ditentukan-Nya nescaya Allah masukkannya ke dalam neraka dan kekal hidup abadi di dalamnya, dan ia mendapat azab yang menghinakan.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – Nisa) :
Yang menjadi persoalan dalam agama Islam, malah dalam seluruh agama Allah sejak Allah mengutuskan para Rasul-Nya daripada permulaan sejarah manusia ialah siapakah yang memiliki hak Uluhiyah di bumi ini? Dan siapakah yang memiliki hak Rububiyah terhadap manusia?

Daripada jawapan terhadap dua pernyataan inilah lahirnya hakikat segala sesuatu dalam poerjalanan agama Islam ini dan dalam urusan manusia seluruhnya.

Siapakah yang memiliki hak Uluhiyah di bumi ini? Siapakah yang memiliki hak Rububiyah? Uluhiyah dan Rububiyah adalah milik Allah Yang Maha Esa sahaja dan tiada siapa daripada makhluk-Nya yang menjadi sekutu-Nya. Itulah keimanan, itulah Islam dan itulah agama yang sebenar.

Andainya dikatakan Uluhiyah dan Rububiyah itu milik bagi Allah serta sekutu-sekutu-Nya daripada makhluk-Nya atau milik bagi sekutu-sekutu daripada makhluk tanpa Allah, maka itulah kesyirikan dan kekafiran yang jelas .

Jika Uluhiyah dan Rububiyah itu dipercayai milik Allah Yang Maha Esa sahaja maka itulah sifat keagamaan daripada para hamba kepada Allah Yang Maha Esa, itulah Ubudiyah daripada manusia kepada Allah Yang Maha Esa sahaja, itulah ketaatan daripada manusia kepada Allah Yang Maha Esa sahaja dan itulah kepatuhan kepada sistem hidup Allah Yang Maha Esa sahaja tanpa sebarang sekutu. Allah sahaja yang berhak memilih sistem hidup yang tertentu bagi manusia. Dialah sahaja yang berhak mengaturkan undang-undang bagi mereka. Dialah sahaja yang berhak menetapkan neraca-neraca ukuran, nilai-nilai, peraturan-peraturan hidup dan sistem-sistem masyarakat bagi manusia. Tiada siapa yang lain daripada Allah samada berupa individu-individu atau kelompok-kelompok mempunyai sesuatu daripada hak yang seperti ini kecuali dengan berlandaskan syariat Allah, kerana hak ini merupakan kehendak yang wajib bagi Uluhiyah dan Rububiyah, juga merupakan gejalanya yang nyata dan yang menentukan cirri-cirinya yang khusus.

Adapun jika Uluhiyah dan Rububiyah itu dipercayai milik kepada mana-mana makhluk Allah samada secara berkongsi dengan Allah atau bersendirian tanpa Allah, maka itulah sifat keagamaan daripada hamba kepada yang lain daripada Allah, itulah Ubudiyah daripada manusia kepada yang lain daripada Allah, itulah ketaatan manusia kepada yang lain daripada Allah, iaitu ketaatan dalam bentuk mengikut dan mematuhi sistem-sistem, peraturan-peraturan, undang-undang, nilai-nilai dan neraca-neraca ukuran yang digariskan oleh manusia tanpa berlandaskan kitab Allah dan kuatkuasa-Nya malah berlandaskan sandaran-sandaran yang lain yang menjadi sumber kuasa yang diambil oleh mereka. Oleh sebab itu di sini tidak ada agama, tidak ada iman dan tidak Islam, malah yang ada ialah kesyirikan, kekafiran, kefasikan dan penderhakaan.

Inilah keseluruhan persoalan dan hakikatnya. Oleh sebab itu perlanggaran terhadap batas-batas hukum-hukum Allah adalah dikira sama sahaja samada melanggar satu undang-undang atau melanggar semua undang-undang, kerana persoalan itu satu sahaja, iaitu persoalan agama mengikut pengertian tadi dan seluruh undang-undang syariat itu adalah agama belaka. Yang dikira di sini ialah dasar yang dipegang manusia. Adakah dasar itu membulatkan Uluhiyah dan Rububiyah dengan segala cirri-cirinya kepada Allah Yang Maha Esa atau mempersekutukan-Nya dengan seseorang yang lain daripada makhluk-Nya walaupun mereka mendakwa menganut agama Islam dan walaupun lidah mereka mengaku sebagai orang-orang Islam.

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa KRITERIA yang menentukan sama ada PAS ini adalah Islam atau Kafir yang diputus dan ditetapkan Allah adalah konsep-konsep ULUHIYAH dan RUBUBIYAH. Demokrasi adalah agama manusia yang syirik dan kufur kerana ianya adalah agama yang didasarkan kepada ULUHIYAH dan RUBUBIYAH MANUSIA yang menafi, menolak, mengingkari dan menentang konsep-konsep ULUHIYAH dan RUBUBIYAH ALLAH dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.



Seluruh pemimpin PAS dan para pengikut mereka adalah terlibat dengan KESYIRIKAN dan KEKUFURAN kerana mereka mengamalkan agama demokrasi yang sekali gus bererti mereka kesemuanya mengimani, menganuti dan mengamalkan ULUHIYAH dan RUBUBIYAH MANUSIA :

1.     Seluruh ahli PARLIMEN dan DUN daripada PAS adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA kerana mereka itu kesemuanya memiliki sifat dan status RUBUBIYAH, iaitu segala sifat dan status sebagai TUHAN-TUHAN, di antaranya Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia dan yang berhak dan berkuasa untuk membuat PERATURAN dan UNDANG-UNDANG untuk manusia;

2.     Seluruh ahli PARLIMEN dan DUN daripada PAS adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA kerana mereka itu kesemuanya memiliki sifat dan status RUBUBIYAH, iaitu segala sifat dan status sebagai TUHAN-TUHAN yang berhak dan berkuasa untuk MENGUAT KUASAKAN segala peraturan dan undang-undang ke atas manusia yang bererti mereka itu telah menghamba abdikan manusia kepada kekuasaan mereka ;

3.     Seluruh ahli PARLIMEN dan DUN daripada PAS adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA kerana mereka itu kesemuanya memiliki sifat dan status ULUHIYAH, iaitu segala sifat dan status sebagai TUHAN-TUHAN, di antaranya Tuhan-tuhan  yang disembah oleh manusia kerana seluruh peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh mereka itu adalah DITAATI dan DIPATUHI oleh manusia;

Perjuangan PAS melalui jalan demokrasi ini bukanlah jalan al-Quran, Sunnah dan Sirah. Allah menyifatkan pemimpin-pemimpin PAS yang menyerahkan sifat-sifat ULUHIYAH dan RUBUBIYAH kepada diri mereka sendiri dan justeru mereka melantik diri mereka sendiri itu sebagai TUHAN-TUHAN yang berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas manusia serta mereka melantik diri mereka sendiri itu sebagai TUHAN-TUHAN yang disembah oleh manusia, sebagai golongan manusia yang sangat KAFIR serta yang paling SOMBONG terhadap Allah swt dan yang amat DIBENCI oleh Allah swt (7:146). 

PAS dan orang-orang PAS serta seluruh umat Islam kita langsung TIDAK MENYEDARI bahawa pemimpin-pemimpin PAS dan seluruh pemimpin kita yang terdiri daripada ahli-ahli PARLIMEN dan DUN itu adalah disifatkan Allah swt sebagai TUHAN-TUHAN, iaitu TUHAN-TUHAN yang berkuasa, berdaulat dan memerintah  ke atas manusia, TUHAN-TUHAN yang mengabdikan manusia kepada kekuasaan manusia, serta TUHAN-TUHAN yang disembah oleh manusia; malah TUHAN-TUHAN itu sendiri pun TIDAK MENYEDARI bahawa mereka itu adalah TUHAN-TUHAN yang berkuasa, memerintah dan berdaulat ke atas manusia serta mereka itu TIDAK MENYEDARI bahawa mereka itu adalah TUHAN-TUHAN yang disembah oleh manusia!

Orang-orang yang memiliki sifat-sifat Uluhiyah dan Rububiyah itu adalah para pemimpin PAS, justeru Tuhan-tuhan Manusia itu adalah terdiri daripada para pemimpin PAS, dan para Taghut itu adalah terdiri daripada para pemimpin PAS ini sendiri! Namun PAS dan seluruh pengikut mereka itu sedikitpun tidak terfikir bahawa para pemimpin mereka itu adalah orang-orang yang memiliki Uluhiyah dan Rububiyah, mereka itu adalah Tuhan-tuhan Manusia yang bersifat kafir, zalim dan fasik, dan mereka itu adalah para Taghut yang menderhakai dan mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan seluruh mereka itu (para pemimpin PAS)  adalah terkeluar daripada agama Allah.

Ini adalah kerana KEJAHILAN dan sifat INGKAR yang total di kalangan pemimpin-pemimpin PAS dan orang-orang PAS serta di kalangan seluruh massa umat Islam kita ini sendiri mengenai pengertian-pengertian Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah Laailaahillallah dan juga mengenai Uluhiyah dan Rububiyah Manusia, dan KEJAHILAN ini pula adalah kerana wujudnya dan berlakunya gejala MENYEMBUNYIKAN sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran berserta segala konsep yang terkandung di dalamnya, dan KEJAHILAN ini juga adalah kerana wujudnya dan berlakunya gejala MEMUTAR BELIT dan MENGELIRUKAN pengertian-pengertian sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran yang lain lagi. Segala TIPUDAYA dan KEJAHATAN ini adalah TIPUDAYA dan KEJAHATAN yang sama dan yang sudah lama berlaku sejak berkurun-kurun lagi di dalam sejarah Islam dan umat Islam yang kesemuanya itu adalah dirancang dan dilakukan oleh kaum AHLIL KITAB melalui agen-agen mereka yang di antaranya adalah juga terdiri daripada para ulama dan intelek Islam kita ini sendiri.

Namun begitu, pengingkaran di kalangan para pemimpin PAS ini wujud dan berlaku bukan kerana kejahilan, tetapi kerana keinginan mereka untuk menolak hakikat yang sebenar dengan sengaja dan sedar, keinginan mereka untuk berkuasa di dalam politik negara kita di atas dorongan hawa nafsu, mereka sedar dan tahu mengenai segala kepincangan dan kesalahan dalam kefahaman mereka, tetapi mereka angan-angan sahaja bahawa mereka berada dalam kebenaran dan mereka angan-angan sahaja untuk mendapat segala ganjaran yang baik di akhirat nanti! 

PAS adalah sebuah parti politik yang syirik dan kufur kerana mereka mengimani, menganuti dan mengamalkan konsep-konsep Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang syirik dan kufur yang wujud dan beroperasi dalam agama demokrasi kita ini. Di sini kita kemukakan sekali lagi mengenai kesyirikan dan kekufuran PAS akibat daripada amalan agama demokrasi dengan pendekatan yang lebih lengkap dan terperinci :

1. PAS telah mengifradkan sifat RUBUBIYAH kepada manusia yang mempunyai pengertian-pengertian dan impilikasi-implikasi seperti berikut :

1.     PAS mengisbatkan Rububiyah Manusia yang melibatkannya dengan KUFUR ISBAT yang mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan yang mengeluarkannya daripada agama Allah kerana mereka telah mengiktiraf, menyetujui, meredhai dan menerima konsep Rububiyah Manusia;

2.   PAS mengimani, menganuti dan mengamalkan agama yang syirik dan kufur kerana mereka mengamal dan mempraktikan agama demokrasi sedangkan demokrasi kita ini adalah satu agama, iaitu agama yang syirik dan kufur;

3.         PAS melantik para pemerintah mereka sebagai TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana mereka itu (para pemerintah) mempunyai hak dan kuasa untuk MEMERINTAH ke atas manusia;

4.    PAS melantik para pemerintahnya sebagai TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana mereka itu (para pemerintah) mempunyai hak dan kuasa untuk membuat dan meluluskan PERATURAN dan UNDANG-UNDANG untuk manusia,

5.     PAS melantik para pemerintahnya sebagai TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana mereka itu (para pemerintah) mempunyai hak dan kuasa untuk mengabdikan manusia kepada kuasa nmanusia,

6.       PAS melantik para pemerintahnya sebagai TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana mereka itu (para pemerintah) mempunyai hak dan kuasa untuk menentu dan menggariskan neraca-neraca pertimbangan dan batas-batas keadilan dan kezaliman dalam kehidupan manusia;

7.     PAS melantik para pemerintahnya sebagai TUHAN-TUHAN bagi manusia kerana mereka itu (para pemerintah) mempunyai hak dan kuasa untuk menentu dan menggariskan mana yang halal dan haram, mana yang baik dan buruk serta manakah kemuliaan dan kehinaan dalam kehidupan manusia.

2.  PAS yang mengiktiraf dan mengamalkan Rububiyah Manusia yang wujud dalam agama demokrasi ini bererti mereka menafikan sifat Rububiyah Allah yang mempunyai pengertian-pengertian dan impilikasi-implikasi seperti berikut :

1. PAS terlibat dengan KUFUR NAFI kerana mereka menafi dan menolak Rububiyah Allah yang mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan yang mengeluarkannya daripada agama Allah;

2. PAS menafi agama Allah yang mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan yang mengeluarkannya daripada agama Allah kerana mereka mengimani, menganuti dan mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur;

3.     PAS menafikan Allah sebagai Tuhan yang layak dan berhak untuk berkuasa dan memerintah ke atas manusia kerana mereka menyerahkan hak untuk berkuasa dan memerintah itu kepada manusia;

4.     PAS menafikan Allah sebagai Tuhan yang berhak dan berkuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang untuk manusia kerana  mereka menyerahkan hak dan kuasa itu kepada manusia;

5. PAS menafikan Allah sebagai Tuhan yang berhak dan berkuasa untuk mengabdikan manusia kepada kuasa Allah kerana mereka menyerahkan hak dan kuasa itu kepada manusia;

6.     PAS menafikan Allah sebagai Tuhan yang berhak dan berkuasa untuk menentu dan menggariskan neraca-neraca pertimbangan dan batas-batas keadilan dan kezaliman dalam kehidupan manusia kerana mereka menyerahkan hak dan kuasa itu kepada manusia;

7.     PAS menafikan Allah sebagai Tuhan yang berhak dan berkuasa untuk menentu dan menggariskan yang halal dan haram, baik dan buruk serta kemuliaan dan kehinaan dalam kehidupan manusia.kerana mereka menyerahkan hak dan kuasa itu kepada manusia.





3.PAS mengifradkan sifat Uluhiyah kepada Manusia yang mempunyai pengertian-pengertian dan impilikasi-implikasi seperti berikut :

1.   PAS mengisbatkan Uluhiyah Manusia yang melibatkan mereka itu dengan KUFUR ISBAT yang mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah kerana mereka telah mengiktiraf, menyetujui, meredhai dan menerima konsep Uluhiyah Manusia;

2.   PAS melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang layak dan berhak untuk disembah kerana mereka menyerahkan sifat Uluhiyah kepada manusia.

3.  PAS melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan yang layak dan berhak untuk disembah kerana segala peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh manusia itu ditaati dan dipatuhi manusia.

4.     PAS yang mengiktiraf dan mengamalkan Uluhiyah Manusia bererti mereka menafikan sifat Uluhiyah Allah yang mempunyai pengertian-pengertian dan impilikasi-implikasi seperti berikut :

1.                  PAS terlibat dengan KUFUR NAFI kerana mereka menafi dan menolak Uluhiyah Allah yang mengingkari kalimah Laailaahillallah dan yang mengeluarkannya daripada agama Allah;

2.   PAS menafikan Allah sebagai Tuhan yang layak dan berhak untuk disembah kerana mereka menyerahkan sifat Uluhiyah kepada manusia;

3.    PAS menafikan Allah sebagai Tuhan yang layak dan berhak untuk disembah kerana mereka tidak mentaati dan mematuhi peraturan dan undang-undang Allah.

5.   PAS tidak mengamalkan konsep-konsep Nafi dan Isbat terhadap agama demokrasi dalam perjuangannya yang mempunyai pengertian-pengertian dan impilikasi-implikasi seperti berikut :

1. PAS tidak menafikan Peraturan dan Undang-undang Manusia yang bererti mereka tidak menafikan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang membatalkan syahadah mereka dan yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah;

2.  PAS tidak mengisbatkan Peraturan dan Undang-undang Allah yang bererti mereka tidak mengisbatkan Uluhiyah dan Rububiyah Allah yang membatalkan syahadah mereka dan yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah;

3. PAS tidak menafikan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang membatalkan syahadah mereka dan yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah;

4.  PAS tidak mengisbatkan Uluhiyah dan Rububiyah Allah yang membatalkan syahadah mereka dan yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah.

PAS yang mengamalkan agama demokrasi kita ini serta ia menyetujui dan meredhainya tidak dapat mengelakkan dirinya daripada implikasi untuk mengimani, menganuti dan mengamalkan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang berada dalam agama demokrasi kita ini yang merosakkan pegangan dan amalan mereka akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan yang mengeluarkan mereka ini daripada agama Allah, manakala di satu pihak yang lain pula, PAS yang mengamalkan agama demokrasi kita ini adalah terlibat dengan gejala penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan terhadap Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang juga mengeluarkan mereka daripada agama Allah. Kedua-duanya ini bererti bahawa PAS telah MENGISBATKAN Uluhiyah dan Rububiyah Manusia dan sebaliknya pula ia telah MENAFIKAN Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah Laailaahaillallah yang mengeluarkan seluruh mereka ini daripada agama Allah.

Pas yang menjalankan serta yang menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang manusia ini, mempunyai pengertian bahawa mereka telah mewujudkan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia yang syirik dan kufur, dan apabila segala peraturan dan undang-undang ini adalah ditaati dan dipatuhi oleh orang ramai, ianya mempunyai pengertian bahawa mereka telah mewujudkan sistem manusia menyembah manusia - kedua-duanya ini adalah kesyirikan dan kekufuran yang mengeluarkan PAS dan para pengikutnya daripada agama Allah. PAS telah melantik para pemimpin mereka sebagai Tuhan-Tuhan Manusia yang membuat peraturan dan undang-undang untuk manusia, Tuhan-tuhan Manusia yang menjadikan manusia sebagai para HAMBA kepada mereka (Tuhan-tuhan Manusia) dan Tuhan-tuhan Manusia yang disembah oleh manusia – kesemuanya ini mempunyai pengertian untuk mengeluarkan seluruh mereka ini, iaitu para pemimpin dan para pengikut PAS, daripada agama Allah.

4.     PAS MEMBATALKAN DUA KALIMAH SYAHADAH KERANA MEREKA MENCARI TUHAN-TUHAN YANG SELAIN DARIPADA ALLAH

Firman Allah : Yusuf 40 
Sesungguhnya hukum adalah hak Allah.

Firman Allah : al-A’raf  54 
Kepunyaan Allahlah segala kejadian, kepunyaan Allahlah segala pemerintahan.

Membuat peraturan dan undang-undang serta memerintah ke atas seluruh umat manusia di bumi kita ini adalah hak-hak dan peranan-peranan Allah kerana Dia adalah Tuhan bagi manusia dan seluruh alam semesta. Manusia tidak mempunyai sebarang hak dan kuasa untuk membuat peraturan dan undang untuk manusia dan manusia tidak mempunyai sebarang hak dan kuasa untuk memerintah ke atas umat manusia di bumi. 

Firman Allah: al-Maidah 44, 45, 47, 
Barang siapa yang tidak menghukum mengikut apa yang diturunkan Allah, mereka itu adalah orang-orang kafir, zalim, fasik.

Firman  Allah  :asy-Syura 21 
Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan – mana-mana bahagian daripada agama mereka – sebarang undang-undang yang tidak diizinkan Allah?
 
Firman Allah: an-Nisa 60 
Tidakkah engkau perhatikan bahawa orang-orang yang mendakwakan bahawa mereka beriman kepada yang diturunkan kepada engkau dan yang diturunkan sebelum daripada engkau, mereka hendak meminta hukum kepada taghut, sedangkan mereka disuruh supaya kufurkan terhadap Taghut. Syaitan menghendaki supaya ia menyesatkan mereka dengan kesesatan yang jauh.
 
Apabila para pemimpin kita diberi hak dan kuasa oleh kita untuk memerintah ke atas kita, mereka diberi hak dan kuasa oleh kita untuk membuat peraturan dan undang-undang untuk umat manusia, mereka diberi hak dan kuasa oleh kita untuk menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang itu ke atas umat manusia, mereka itu telah DILANTIK oleh kita sebagai TUHAN-TUHAN kita, iaitu Tuhan-tuhan yang mempersekutukan Allah, mereka itu adalah para Taghut yang kafir, zalim dan fasik.

Para pemimpin kita yang berhak, berkuasa dan berdaulat, mengikut Perlembagaan Negara kita, untuk membuat peraturan dan undang-undang itu yang tidak diizinkan Allah, mereka itu adalah disifatkan Allah sebagai TUHAN-TUHAN MANUSIA kerana mereka itu telah MERAMPAS hak dan kuasa Allah untuk membuat peraturan dan undang-undang yang hanya terkhusus untuk Allah sahaja dan mereka itu telah MENYERAHKAN KUASA perundangan itu kepada diri mereka sendiri. Sesiapa sahaja daripada kalangan pemerintah yang berkuasa dan berdaulat untuk membuat peraturan dan undang, dia itu adalah disifatkan Allah sebagai TUHAN MANUSIA  (ilah musyarri’)  yang kafir, zalim dan fasik.

Oleh itu para pemimpin kita yang diberi hak dan kuasa oleh Perlembagaan Negara kita untuk membuat peraturan dan undang-undang yang kini dikuat kuasakan ke atas manusia, mereka itu telah dinaikkan taraf mereka daripada manusia biasa kepada taraf TUHAN-TUHAN MANUSIA. Begitulah juga kedudukan para pemimpin PAS kita yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun yang kesemuanya mempunyai hak dan kuasa di bawah Perlembagaan Negara kita untuk membuat peraturan dan undang-undang untuk dikuat kuasakan ke atas kita, mereka itu adalah TUHAN-TUHAN kita yang bersifat kafir, zalim dan fasik.

Para pemimpin PAS yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun kita adalah Tuhan-tuhan Manusia yang kafir, zalim dan fasik kerana :

1.   Mereka itu adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat untuk membuat segala peraturan dan undang-undang untuk manusia.

2.  Mereka itu adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat untuk menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang mereka itu ke atas manusia yang bererti mereka mengabdikan manusia kepada kuasa mereka.

3.  Segala peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh mereka itu ditaati dan dipatuhi manusia yang bererti mereka itu disembah oleh seluruh umat manusia sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah.

Para pengikut PAS yang menjadi para pengamal agama demokrasi yang syirik dan kufur ini di Malaysia kita kini sedang berada dalam kesyirikan dan kekufuran kerana :

1. Mereka menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat segala peraturan dan undang-undang kepada manusia yang bererti mereka telah melantik manusia, iaitu ahli-ahli Parlimen dan Dun kita, sebagai TUHAN-TUHAN mereka yang kafir, zalim dan fasik;

2.     Mereka berada di bawah kuat kuasaan peraturan dan undang-undang manusia yang bererti mereka telah menjadi para hamba kepada Tuhan-tuhan Manusia ini yang mewujudkan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia yang syirik dan kufur;

3.  Mereka mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh Tuhan-tuhan Manusia yang bererti mereka telah menyembah Tuhan-tuhan manusia ini sebagai Tuhan-tuhan mereka yang layak disembah, padahal mereka tidak menyembah Allah.

PAS dan para pemimpinnya di Malaysia kita ini adalah orang-orang kafir, zalim dan fasik kerana mereka ini adalah Tuhan-tuhan Manusia yang membuat  dan mengamalkan peraturan dan undang-undang demokrasi yang syirik dan kufur. Manakala para pengikut PAS pula menjadi kafir kerana mereka mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur, mereka menjadi kafir kerana merekalah orang-orang yang melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun mereka ini sebagai Tuhan-tuhan mereka, mereka menjadi kafir kerana mereka adalah para hamba kepada manusia dan tidak menjadi para hamba kepada Allah, dan mereka menjadi kafir kerana mereka menyembah manusia dan tidak menyembah Allah!
 
Firman Allah : an-Naml 63 
Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah daripada apa yang mereka sekutukan dengan-Nya.

Firman Allah : al-Anaam 164 
Katakanlah : Apakah wajar bagiku mencari Tuhan yang lain daripada Allah? Sedangkan dia Tuhan segala sesuatu.

Apakah wajar bagi PAS untuk mencari Tuhan-tuhan yang selain daripada Allah sedangkan PAS masih mengaku beriman dan berpegang teguh kepada syahadah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ Muhammadar Rasulullah, apakah wajar bagi PAS untuk mencari Tuhan-tuhan yang selain daripada Allah sedangkan Dialah yang menciptakan manusia dan alam semesta dengan sempurna, Dialah Tuhan Yang Maha Kuasa, Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui, apakah wajar bagi PAS untuk mencari Tuhan-tuhan yang selain daripada Allah sedangkan Tuhan-tuhan itu adalah juga diciptakan oleh Allah swt sendiri? Apakah wajar bagi PAS untuk mencari Tuhan-tuhan yang selain daripada Allah yang menjalankan segala peraturan dan undang-undang manusia dan yang menegakkan sistem kehidupan manusia yang kesemuanya itu adalah kepincangan dan kerosakan. Tiadalah yang lain jawapannya melainkan sudah tentu tidak wajar! Seluruh penyokong PAS dan PAS yang menjadi para pengamal agama demokrasi adalah disifatkan Allah sebagai orang-orang dan parti yang mencari Tuhan-tuhan yang selain daripada Allah, PAS menolak kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan PAS telah mengeluarkan dirinya daripada agama Allah kerana PAS mencari Tuhan-tuhan yang lain daripada Allah.

Allah mengecam dan mengutuk PAS kerana PAS melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan kita apabila PAS memberi hak dan kuasa kepada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita untuk memerintah ke atas kita dan untuk membuat serta menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang manusia ke atas kita. Allah mempersoalkan PAS - apakah PAS mempunyai justifikasi di sisi agama kita untuk mengambil manusia sebagai Tuhan-tuhan PAS padahal ianya adalah sesuatu yang sudah jelas dan terang telah membatalkan syahadah PAS. Kesemuanya ini wujud dan berlaku ke atas PAS hanyalah kerana PAS mengamal dan mempraktikkan sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur ini.

Firman Allah : al-Anbia 24 
Apakah mereka memilih Tuhan-tuhan yang selain Allah? Katakanlah : Bawalah dalil-dalil kamu. Kitab ini menyebut cerita orang-orang yang semasa denganku di samping menyebut cerita para Rasul sebelumku. Malah  kebanyakan mereka tidak mengetahui Aqidah yang benar, maka kerana itu mereka berpaling daripada-Nya.    

Allah memberi jawapan kepada kita bahawa para pengikut PAS memilih manusia sebagai Tuhan-tuhan mereka yang membatalkan AQIDAH mereka melalui amalan sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur ini kerana mereka (para pengikut PAS) tidak mengetahui mengenai pengertian AQIDAH kita yang benar. Khususnya para pengikut PAS tidak memahami dan mengetahui mengenai pengertian Uluhiyah dan Rububiyah Allah serta mengenai Uluhiyah dan Rububiyah Manusia, lebih lanjut lagi, para pengikut PAS tidak memahami dan mengetahui bahawa peraturan dan undang-undang itu adalah agama, justeru para pengikut PAS ini tidak memahami dan mengetahui bahawa apabila mereka menyerahkan kuasa untuk membuat undang-undang kepada para pemimpin mereka, dan para pemimpin mereka ini menjalan dan menguat kuasakannya ke atas mereka (para pengiktu PAS), dan mereka itu pula mentaati dan mematuhinya, serta mereka menyetujui dan meredhainya, ianya mempunyai pengertian bahawa mereka itu telah melantik para pemimpin mereka yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita sebagai Tuhan-tuhan Manusia. Para pengikut PAS menjadi para HAMBA kepada Tuhan-tuhan Manusia ini, mereka MENYEMBAH Tuhan-tuhan Manusia ini dan kerana mereka menyetujui dan meredhainya, mereka sebenarnya telah mengimani, menganuti dan mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur yang kesemuanya itu mempunyai pengertian bahawa mereka telah membatalkan syahadah mereka dan mengeluarkan mereka daripada agama Allah.

Manakala Tuhan-tuhan Manusia yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun daripada PAS sememangnya mengetahui mengenai hakikatnya yang sebenar, mereka mengetahui bahawa mereka sebagai para pemimpin yang mengamalkan sistem politik demokrasi dan justeru mereka membuat segala peraturan dan undang-undang demokrasi, mereka menguat kuasakannya ke atas umat manusia dan segala peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh mereka ini adalah ditaati dan dipatuhi manusia, mereka ini adalah Tuhan-tuhan Manusia yang kafir, zalim dan fasik di sisi Allah swt. Para pemimpin PAS mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur ini bukan kerana kejahilan, mereka mengamalkannya kerana mereka sememangnya bersedia untuk mengingkari Allah dan kerana mereka angan-angan bahawa mereka akan diampuni Allah kerana perjuangan mereka adalah perjuangan yang ikhlas dan suci kerana Allah semata-mata. Namun mereka tidak akan diampuni Allah kerana Allah tidak akan mengampuni dosa yang syirik dan kafir walaupun di atas tujuan yang suci dan murni kerana Allah dan sememangnya Allah sudahpun menyediakan metod daripada Allah untuk para pejuang Islam yang didasarkan kepada al-Quran, Sunnah dan Sirah.  

5.     PAS MEMBATALKAN DUA KALIMAH SYAHADAH KERANA MEREKA MEMBUAT DAN MENJALANKAN SEGALA PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG DEMOKRASI CIPTAAN MANUSIA YANG SELAIN DARIPADA ALLAH

PAS membuat, melulus dan menjalankan segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah serta yang syirik dan kufur kerana mereka mengamalkan sistem politik demokrasi, PAS tidak menjalankan peraturan dan undang-undang Allah yang membatalkan syahadah PAS serta yang menjadikan PAS ini sebagai sebuah parti politik yang kafir, zalim dan fasik. Parlimen dan Dun di bawah kerajaan demokrasi Malaysia kita ini adalah disifatkan Allah sebagai kafir, zalim dan fasik kerana kedua-duanya ini mempunyai kuasa dan hak untuk membuat peraturan dan undang-undang manusia yang selain daripada Allah dan kedua-duanya adalah memiliki sifat-sifat Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang menafi dan mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Seseorang Islam daripada PAS yang menjadi ahli Parlimen dan Dun adalah seorang Tuhan Manusia yang kafir, zalim dan fasik kerana ia memiliki sifat-sifat Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang menafi dan mengingkari Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ .

Firman Allah: al-Maidah 44 
Barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah mereka itu adalah orang-orang yang kafir.

Saiyyid Qutb (Fizlalil Quran) :
Dengan kenyataan yang sedemikian tegas dan pasti dan penjelasan yang sedemikian umum dan menyeluruh yang terkandung dalam kata-kata “Barang Siapa’’ dan jawapannya, maka keumuman ini adalah melangkaui batas-batas keadaan, zaman dan tempat dan membentuk satu hukum yang menyeluruh yang mencakup setiap mereka yang tidak menghukum dengan peraturan yang telah diturunkan Allah SWT dalam mana-mana kaum sekalipun.

Sebabnya ialah seperti yang telah kami jelaskan sebelum ini, iaitu orang–orang yang tidak mahu menghukum dengan syari’at yang telah diturunkan Allah SWT adalah bererti menolak Uluhiyah Allah SWT , kerana di antara ciri-ciri dan kehendak-kehendak Uluhiyah itu ialah ciri al-Hakimiah iaitu ciri yang memiliki kuasa menetapkan undang-undang dan peraturan. Oleh sebab itu sesiapa yang menghukum dengan undang-undang dan peraturan yang lain daripada syari’at yang telah diturunkan Allah SWT , maka bererti ia menolak Uluhiyah Allah SWT dan ciri-cirinya dari satu segi dan mendakwa dirinya mempunyal hak Uluhiyah dan ciri-cirinya dari satu segi yang lain. Dan apakah lagi yang membawa kepada kekufuran jika tidak kedua-dua bentuk penolakan ini? Apakah nilai pengakuan beriman atau memeluk Islam dengan lisan sahaja, sedangkan amalan – iaitu pengungkapan yang lebih kuat dari percakapan – melafazkan kekufuran yang lebih jelas dari kekufuran.

Firman Allah: al-Maidah 45 
“Dan barang siapa yang tidak menghukum dengan peraturan yang telah diturunkan Allah SWT, maka mereka adalah orang-orang yang zalim.’’

Saiyyid Qutb (Fizilzlil Quran) :
Pengungkapan ini adalah satu pengungkapan am yang menyeluruh dan di sana tiada sesuatu yang mengkhususkan, tetapi di dalam ayat ini disebut satu sifat yang baru iaitu “orang-orang yang zalim’’.

Sifat yang baru ini tidak memberi erti bahawa kes ini berlainan dari kes yang silam yang disifatkan dengan sifat “kafir’’ itu, malah ia menambahkan satu sifat yang lain lagi kepada mereka yang tidak menghukum dengan peraturan-peraturan yang telah diturunkan Allah SWT . Oleh itu mereka disifatkan sebagai ‘Orang – Orang Kafir’’ kerana mereka dikira menolak Uluhiyah Allah SWT dan ikhtisas-Nya yang menetapkan undang-undang dan peraturan bagi para hamba-Nya dan dikira mendakwa mempunyai hak Uluhiyah apabila mereka mendakwa mempunyai hak menentukan undang-undang dan peraturan bagi manusia, mereka juga disifatkan sebagai “Orang-orang yang Zalim’’ kerana mereka memaksa manusia mematuhi undang-undang dan peraturan yang bukan dari syari’at Allah SWT yang baik dan membaikkan keadaan hidup mereka di samping mereka menzalimi diri mereka sendiri dan membawa diri mereka ke jalan kebinasaan dan seterusnya mendedahkan diri sendiri kepada balasan kekufuran dan mendedahkan kehidupan manusia bersama kehidupan mereka kepada kerosakan.

Firman Allah: al-Maidah 47 
“Dan barang siapa yang tidak menghukum dengan peraturan yang telah diturunkan Allah SWT, maka mereka adalah orang-orang yang fasik.’’

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Nas ini juga berbentuk am dan menyeluruh. Sifat fasik ditokok kepada dua sifat yang silam, iaitu sifat kafir dan sikap zalim. Ia bukannya mengertikan satu kes yang baru dan tidak pula mengertikan satu kes yang baru yang berasingan dari kes yang pertama, malah sifat fasik itu adalah satu sifat yang ditambah kepada dua sifat sebelumnya yang disalutkan kepada mereka yang tidak menghukum dengan peraturan-peraturan yang diturunkan Allah SWT dari mana-mana generasi dan kaum.

Kekufuran itu disebabkan kerana menolak Uluhiyah Allah SWT yang dijelmakan dalam tindakan menolak syariat-Nya dan kezaliman itu disebabkan kerana memaksa manusia mengikut undang-undang dan peraturan yang lain dari syariat Allah SWT dan menimbulkan kerosakan dan kekacauan dalam kehidupan mereka dan kefasikan itu disebabkan kerana keluar dari sistem hidup Ilahi dan mengikut sistem yang lain darinya. Semua sifat-sifat ini terangkul dalam perbuatan pertama (iaitu perbuatan tidak menghukum dengan peraturan-peraturan Allah SWT) dan ia mencakup sekalian yang melakukannya tanpa sebarang perbezaan.

Kafir, zalim dan fasiklah para pemimpin PAS dan UMNO dan juga Raja-Raja Melayu kita yang membuat, melulus dan menjalankan syariat demokrasi yang selain daripada Allah kerana ianya bererti bahawa mereka menyerahkan Uluhiyah dan Rububiyah milik Allah kepada diri mereka sendiri yang merosakkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Para pemimpin PAS yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun yang berkuasa dan berdaulat di bawah Perlembagaan Negara kita untuk membuat segala peraturan dan undang-undang manusia adalah Tuhan-tuhan Manusia yang kafir, zalim dan fasik. Para pemimpin PAS yang menjalankan serta yang menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang Parlimen dan Dun, samada peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh PAS sendiri ataupun oleh UMNO, mengikut hukum al-Quran, mereka itu adalah orang-orang yang kafir, zalim dan fasik di sisi Allah swt yang mengeluarkan seluruh mereka ini daripada agama Allah.


6. PAS MEMBATALKAN DUA KALIMAH SYAHADAH KERANA MEREKA MENGHENDAKI DAN MENGINGINI SEGALA PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG MANUSIA SERTA MEREKA MENYETUJUI DAN MEREDHAINYA

PAS yang ingin dan setuju kepada proses politik demokrasi serta mereka mengamalkan agama demokrasi kita ini yang dianggapkan mereka sebagai jalan dan laluan mereka ke arah mencapai matlamat mereka untuk menegakkan sebuah Negara Islam, mempunyai pengertian bahawa mereka MENGIMANI dan MENGANUTI agama demokrasi yang syirik dan kufur ini yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah.

Peraturan dan undang-undang adalah agama, justeru peraturan dan undang-undang demokrasi adalah agama demokrasi yang syirik dan kufur. Tidak wujud pemisahan di antara agama demokrasi dengan peraturan dan undang-undang demokrasi. PAS yang menghalalkan amalan politik demokrasi dan yang sememangnya mereka telah dan sedang mengamalkannya dengan mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi serta mereka menyetujui dan meredhainya, mempunyai pengertian bahawa mereka sedang mengimani, menganuti dan mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur ini yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah. 

Firman Allah : an-Nisa 60 
Tidakkah engkau melihat orang-orang yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada wahyu yang telah diturunkan Allah kepada engkau dan kepada wahyu yang telah diturunkan-Nya sebelum daripada engkau, sedangkan mereka masih ingin berhakimkan Taghut meskipun mereka telah diperintah supaya mengingkarinya? Syaitan memang bermaksud untuk menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.

Sayyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Yakni tidakkah engkau melihat sesuatu yang sungguh menghairankan, iaitu ada sekumpulan, manusia yang mendakwa beriman, tetapi pada waktu yang sama mereka telah meruntuhkan dakwaan itu. Mereka mendakwa beriman kepada wahyu yang diturunkan kepadamu dan wahyu yang telah diturunkan sebelum daripadamu. Kemudian mereka tidak mahu berhakimkan kepada wahyu yang diturunkan kepadamu dan kepada wahyu yang diturunkan  sebelum daripadamu. Malah mereka mahu berhakimkan kepada sesuatu yang lain, kepada peraturan yang lain dan hukum-hukum yang lain. Mereka mahu berhakimkan kepada peraturan Taghut yang tidak mengambil daripada wahyu yang diturunkan kepadamu dan daripada wahyu yang diturunkan sebelummu, iaitu peraturan yang tidak dikawal dan ditimbang dengan neraca wahyu yang diturunkan kepadamu dan wahyu yang diturunkan sebelummu. Oleh sebab itulah peraturan ini dikatakan Taghut yang zalim dan keterlaluan kerana ia mendakwa memiliki salah satu daripada ciri-ciri Uluhiyah dan kerana ia tidak tunduk kepada neraca Uluhiyah yang betul. Mereka berbuat begitu bukan kerana jahil dan bukan pula berdasarkan sangkaan-sangkaan malah mereka memang mengetahuinya dengan sepenuhnya dan dengan pengetahuan yang cukup bahawa perbuatan berhakimkan Taghut adalah satu perbuatan yang diharamkan Allah.

“meskipun mereka diperintah supaya mengingkarinya”.

Oleh kerana itu perbuatan mereka dalam perkara ini bukan kerana kejahilan dan tidak pula kerana sangkaan malah mereka lakukannya dengan sengaja, dengan qasad dan niat. Oleh sebab itu dakwaan mereka yang mengaku beriman kepada wahyu yang diturunkan kepadamu dan kepada wahyu yang diturunkan sebelummu adalah satu dakwaan yang tidak betul dan jujur, malah yang sebenarnya syaitan mahu membawa mereka ke dalam kesesatan yang tidak ada harapan lagi untuk mereka kembali ke pangkal jalan.

PAS yang mengingini dan menyetujui untuk berjuang melalui amalan sistem politik demokrasi kita yang syirik dan kufur ini mempunyai pengertian bahawa mereka (PAS), dengan sedar dan niat hati mereka, memilih peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang syirik dan kufur, dan dengan sedar dan niat hati mereka pula mereka tidak memilih peraturan dan undang-undang Allah – justeru mereka telah mengeluarkan diri mereka daripada agama Allah mengikut kehendak, pilihan dan niat hati mereka sendiri. Perjuangan PAS melalui amalan sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur ini adalah perjuangan yang membatalkan dua kalimah syahadah dan yang mengeluarkan PAS daripada agama Allah . 


7.PAS MEMBATALKAN DUA KALIMAH SYAHADAH KERANA MEREKA MEWUJUDKAN SISTEM PENGABDIAN MANUSIA KEPADA KEKUASAAN MANUSIA YANG MENGKUFUR INGKARKAN ALLAH

Firman Allah : al-Fatihah 1
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.

Kita adalah PARA HAMBA kepada Allah dan Allah adalah Tuhan yang MENGHAMBA ABDIKAN kita kepada kekuasaan-Nya. Inilah kedudukan dan status kita di sisi Allah swt. Inilah sistem pengabdian manusia kepada Allah sahaja yang wujud di dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan yang menolak dan mengingkari sistem pengabdian manusia kepada manusia yang wujud di dalam mana-mana agama yang kafir.

Ayat yang pertama dalam surah yang pertama di dalam al-Quran mengisytiharkan bahawa Allah adalah Tuhan yang berhak untuk MENGHAMBA ABDIKAN kita kepada kekuasaan-Nya dan kita adalah PARA HAMBA kepada-Nya. Allah adalah Tuhan yang mencipta, memiliki dan memerintah ke atas seluruh alam, iaitu ke atas bumi, syurga dan neraka, termasuklah ke atas manusia, malaikat, jin dan seluruh hidupan di daratan dan di lautan. Allah sahaja yang berhak untuk MENGHAMBA ABDIKAN seluruh umat manusia kepada kekuasaan-Nya dan seluruh umat manusia pula adalah layak hanyalah untuk wujud sebagai PARA HAMBA kepada Allah sahaja dan tidak kepada yang selain daripada-Nya. Inilah sifat Rububiyah dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang dimiliki Allah.  

Firman Allah : al-Anaam 102 
Itulah sifat-sifat Allah Tuhan kamu. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Dia, Dialah Pencipta segala sesuatu. Oleh sebab itu hendaklah kamu mengabdikan diri kepada-Nya dan Dialah Tuhan yang memelihara segala sesuatu

Allah adalah Pencipta, Pemelihara dan Pemerintah yang menguruskan segala keperluan dalam kehidupan kita, Dia memberi rezeki kepada kita dan Dia membuat peraturan dan undang-undang untuk kita, dan justeru Dialah Tuhan yang berhak untuk MENGHAMBA ABDIKAN kita kepada kekuasaan-Nya dan kita adalah PARA HAMBA kepada-Nya dengan TUNDUK, TAAT, AKUR dan MERENDAH DIRI kepada-Nya.   

Firman Allah : al-Mukminun 47 
Sehingga mereka berkata (dengan angkuhnya) :”Patutkah kita beriman kepada dua manusia seperti kita sedang kaum mereka menjadi orang-orang suruhan kita ?”

Firman Allah : asy-Syu’ara’ 22 
“Dan budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israel.”
 
Percakapan di antara Nabi Musa as dengan Firaun seperti yang terdapat di dalam ayat-ayat al-Quran seperti di atas ini, menggambarkan bahawa Firaun adalah seorang RAB, iaitu seorang Tuhan yang memiliki sifat RUBUBIYAH kerana beliau telah menjadikan Bani Israel dan seluruh umat manusia yang berada di bawah kekuasaannya sebagai para HAMBA kepada beliau, bukan kerana yang lain, tetapi pertama-tama sekali hanyalah kerana beliau telah MENJALAN dan MENGUAT KUASAKAN segala peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh beliau, iaitu undang-undang manusia, ke atas Bani Israil dan seluruh umat manusia.
Dalam keadaan yang sama, para pengikut PAS dan seluruh umat Islam di Malaysia kita ini yang berada di bawah KUAT KUASAAN SEGALA PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG MANUSIA di bawah sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur ini adalah orang-orang yang menjadi para HAMBA kepada para Taghut yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita dan tidak sebagai para HAMBA kepada Allah sahaja - ini adalah gejala yang mewujudkan sistem PENGABDIAN MANUSIA kepada KEKUASAAN MANUSIA yang syirik dan kufur. Sistem politik demokrasi atau mana-mana sistem politik manusia yang lain adalah sistem PENGABDIAN MANUSIA kepada MANUSIA dan justeru ianya adalah sistem politik yang menolak dan mengingkari sistem pengabdian manusia kepada Allah sahaja dan oleh yang demikian ianya adalah sistem politik yang menolak dan mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang membatalkan syahadah seluruh umat Islam di Malaysia kita ini.
Rumusan :

1.    Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa yang berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas umat manusia, yang membuat undang-undang untuk manusia serta yang menguat kuasakan  undang-undang ini ke atas seluruh umat manusia;

2. Manusia adalah para HAMBA kepada Allah yang tunduk, taat, patuh, akur dan merendah diri kepada Allah, manakala Allah adalah Tuhan yang MENGHAMBA ABDIKAN manusia kepada kekuasaan-Nya;

3.  Umat Islam di Malaysia yang berada di bawah kuat kuasaan undang-undang demokrasi serta mereka setuju dan redha kepadanya, adalah para hamba kepada manusia, iaitu kepada Ahli-ahli Parlimen dan Dun;

4.  Ahli-ahli Parlimen dan Dun di Malaysia yang menjalan dan menguat kuasakan undang-undang demokrasi ke atas manusia adalah Tuhan-tuhan Manusia yang memperhambakan manusia kepada kuasa politik mereka;

5.     Demokrasi adalah sistem politik yang kafir kerana ianya adalah sistem manusia menjadi para hamba kepada manusia, iaitu sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia;

6.  Umat Islam di Malaysia adalah orang-orang kafir kerana mereka adalah para hamba kepada manusia dan mereka tidak menjadi para hamba kepada Allah;

7.     Ahli-ahli Parlimen dan Dun adalah orang-orang kafir kerana mereka adalah Tuhan-tuhan Manusia yang memperhambakan manusia kpd kuasa politik mereka.

Para pemimpin yang berkuasa dan memerintah dan umat Islam yang dipimpin dan diperintah adalah kesemuanya orang-orang kafir.

(BERSAMBUNG)

No comments:

Post a Comment