Tuesday 16 October 2012

JIHAD DAN PERANG - ISLAM AGAMA REVOLUSI (SIRI 1)


JIHAD DAN PERANG

                                                                                                                                     
ISLAM AGAMA REVOLUSI

Firman Allah : al-A’raaf 110, 127 
“Ia bertujuan hendak mengeluarkan kamu daripada negeri kamu.” (Firaun bertanya) : “Oleh itu apa yang kamu syorkan?” 
Apakah Tuanku akan membiarkan Musa dan kaumnya melakukan kerosakan di bumi serta meninggalkan Tuanku dan Tuhan-tuhan Tuanku .

INILAH cerita Nabi Musa as yang aktif MEMBERONTAK terhadap kekuatan dan kekuasaan Firaun! Islam adalah Agama Revolusi, ianya adalah satu REVOLUSI terhadap kesemua agama, ideologi dan sistem kehidupan ciptaan manusia yang selain daripada Allah termasuklah agama Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis yang sedang kita amalkan sekarang. Dalam mempraktikkan sistem kehidupan REVOLUSI, kita memerlukan kepada kefahaman yang jelas mengenai pengertian kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan perhubungannya dengan Jihad dan Perang dalam Islam, dan selepas itu kita dikehendaki untuk mengamalkannya dengan penuh kesungguhan dalam kehidupan seharian kita - amalan sistem kehidupan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti mempraktikkan sistem kehidupan revolusi. Konsep-konsep yang terjalin erat di antara satu dengan yang lain di dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ adalah terdiri daripada JIHAD, HIJRAH, PERANG, REVOLUSI dan TAUHID.

Firman Allah : al-An’aam 159 
Sesungguhnya orang-orang yang memecah belahkan agama mereka dan membentuk berbagai-bagai puak, maka engkau sedikitpun tidak bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka. Sesungguhnya urusan mereka terserah kepada Allah. Kemudian Dialah yang akan memberi tahu kepada mereka segala perbuatan yang dilakukan mereka.        

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Sikap pertama seorang Muslim terhadap mana-mana aqidah yang non-Islamic ialah sikap berpisah dan menolak daripada detik pertama lagi, begitu juga sikapnya terhadap mana-mana undang-undang dan peraturan yang tidak mengiktiraf kuasa Hakimiyah atau kuasa Uluhiyah  dan Rububiyah Allah Yang Maha Esa sahaja ialah sikap menolak dan membersihkan diri daripada detik pertama lagi, sebelum memasuki percubaan untuk mencari titik-titik pertemuan atau pertentangan yang wujud dalam undang-undang Islam.

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa agama demokrasi dan kerajaan demokrasi yang didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia adalah satu golongan yang lain daripada golongan Islam, iaitu golongan yang syirik dan kufur. Saiyyid Qutb menyatakan bahawa sikap Islam terhadap Aqidah dan Pemikiran Demokrasi yang syirik dan kufur ini hanyalah dalam bentuk tindakan-tindakan yang aktif untuk menolak dan menentangnya yang disertai dengan perasaan hati kita yang terpisah daripadanya. Sebaliknya tanpa tindakan-tindakan penolakan dan penentangan yang aktif ini serta tanpa perasaan hati kita yang terpisah daripadanya, ianya bererti bahawa kita tidak beriman kepada Kalimah ﻵﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan kita daripada agama Allah.

Saiyyid Qutb (Fizilalil al-Quran – al-Anaam):
Mereka seterusnya mengetahui bahawa mentauhidkan Uluhiyah Allah swt itu ialah mencabut semua kuasa para kahin, para ketua kabilah, para amir dan para pemerintah yang lain dan memulangkan seluruh kuasa itu kepada Allah sahaja iaitu kuasa yang menguasai hati, kuasa yang menentukan syiar-syiar ibadat agama, kuasa mengendali realiti-realiti kehidupan, kuasa yang mengatur urusan harta, kuasa yang mengendalikan pengadilan dan kuasa menguasai roh dan badan. Mereka benar-benar mengetahui bahawa konsep ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ itu adalah satu pemberontakan terhadap kuasa manusia di bumi yang merampas ciri Uluhiyah yang paling utama, satu PEMBERONTAKAN terhadap kedudukan-kedudukan kuasa yang ditegakkan di atas asas rampasan kuasa Ilahi ini dan satu pemberontakan terhadap kuasa yang memerintah dengan undang-undang dan peraturan ciptaan sendiri yang tidak diizinkan Allah. Tentulah tidak terluput daripada pengetahuan orang-orang Arab yang memahami bahasa mereka dengan baik dan memahami maksud yang sebenar daripada dakwah kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, apakah ertinya dakwah ini kepada kedudukan-kedudukan mereka, kepada kepimpinan dan kepada kuasa mereka. oleh sebab itulah mereka menyambut dakwah dan pemberontakan itu dengan penentangan yang keras dan melancarkan peperangan sengit terhadapnya yang diketahui oleh semua orang .

Sayyid Qutb (Fizilalil Quran - Anfal) :
Para pembesar Quraisy memang mengetahui tabiat dakwah Islamiyah ini sejak mereka memahami pengertian-pengertian bahasa mereka yang betul. Mereka mengerti bahawa syahadat atau pengakuan kalimah  ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ Muhammad Rasulullah merupakan pengumuman MEMBERONTAK terhadap kuasa manusia seluruhnya, juga pengumuman keluar daripada kuasa Hakimiyah manusia seluruhnya dan lari kepada Uluhiyah dan kuasa Hakimiyah Allah yang Maha Esa sahaja. Dalam menjalani Ubudiyah kepada Allah, maka yang menjadi sumber penerimaan perintah ialah Muhammad Rasulullah saw sahaja bukannya orang-orang yang bercakap atas nama Tuhan-tuhan atau dengan nama Allah. Para pembesar Quraisy itu melihat orang-orang yang berikrar dengan syahadat ini terus keluar daripada kuasa Quraisy, kepimpinan dan kuasa Hakimiyah Quraisy dan bergabung dalam satu kumpulan yang bergerak di bawah kepimpinan Muhammad saw dan tunduk kepada bimbingan dan kuasanya. Mereka mencabut kesetiaan mereka kepada keluarga, suku, ketua suku dan kepada kepimpinan Jahiliyah. Mereka menumpukan seluruh kesetiaan mereka kepada kepimpinan yang baru dan kepada kelompok Muslimin yang menjadi tapak yang baru.

Semuanya ini merupakan pengertian daripada syahadat kalimah ﻵﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan Muhammad Rasulullah, dan ini adalah realiti yang dilihat oleh para pembesar Quraisy yang dianggap mereka sebagai bahaya yang mengancam kedudukan mereka di samping mengancam peraturan sosial, politik, ekonomi dan kepercayaan yang menjadi asas kedudukan mereka.
Pengertian syahadat kalimah  ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ Muhammad Rasulullah ini bukanlah satu pengertian yang kabur, kosong dan lemah seperti yang dimaksudkan oleh orang-orang yang mengaku diri mereka sebagai Muslim pada hari ini dengan semata-mata mengikrarkan syahadat ini dengan lidah mereka dan dengan hanya menunaikan sesetengah syiar ibadat sahaja, sedangkan Uluhiyah Allah di bumi dan dalam kehidupan manusia tidak wujud dan tidak ada bayangnya, sementara kepimpinan Jahiliyah dan undang-undang Jahiliyah pula terus menguasai masyarakat dan mengendalikan urusan pentadbirannya.

Sayyid Qutb (Fizilalil Quran - Taubat) :
Pergerakan Islam lahir di Mekah di atas batu uji yang amat sulit. Sebaik sahaja Jahiliyah – yang di wakili oleh kaum Quraisy – menyedari bahaya yang sebenar yang diancam oleh dakwah kalimah  ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ Muhammad Rasulullah yang melahirkan PEMBERONTAKAN terhadap setiap kuasa dunia yang tidak diambil daripada kuasa Allah dan penentangan terhadap setiap Taghut yang wujud di muka bumi serta mendorong manusia melarikan diri daripada kuasa itu kepada kuasa Allah……sebaik sahaja Jahiliyah menyedari bahaya yang serius daripada kelompok pergerakan organik yang baru, yang dicetuskan oleh dakwah TAUHID di bawah kepimpinan Rasulullah saw, iaitu kelompok pergerakan yang menumpukan ketaatan dan kepatuhannya kepada Allah dan Rasul-Nya sejak hari pertama lagi dan menentang kepimpinan Jahiliyah yang diwakili kaum Quraisy, di samping menentang undang-undang dan peraturan yang wujud dalam Jahiliyah ini……sebaik sahaja Jahiliyah yang diwakili pada mulanya oleh kaum Quraisy itu menyedari bahaya tersebut, ia terus melancarkan penentangan yang membabi buta terhadap dakwah kelompok dan kepimpinan yang baru ini. Segala senjata yang dimilikinya dalam bentuk mengadakan gangguan, tipu daya, fitnah, penindasan, helah dan muslihat, telah ditimpukan kepada dakwah Islamiyah itu.

Masyarakat Jahiliyah secara mendadak bangkit mempertahankan diri daripada bahaya yang mengancam kewujudannya. Ia menggunakan segala alat yang digunakan oleh segala makhluk yang hidup untuk menyelamatkan diri daripada maut. Ini adalah satu realiti biasa yang tidak dapat dielakkan setiap kali munculnya dakwah yang memperjuangkan konsep Ubudiyah Allah yang menguasai semesta alam dalam sebuah masyarakat Jahiliyah yang berlandaskan prinsip Rububiyah kepada sesama manusia atau setiap kali munculnya dakwah baru dalam kelompok pergerakan yang baru, yang bergerak di bawah kepimpinan yang baru dan menentang kelompok Jahiliyah yang lama dengan penentangan yang sama handal.

Sayyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Araf) :
Pertentangan Musa as terhadap Firaun dan para pembesarnya mendedahkan hakikat KONFLIK di antara seluruh agama Allah dengan seluruh Jahiliyah, di samping mendedahkan bagaimana Taghut memandang kepada agama Allah, bagaimana ia merasai agama Allah itu sebagai ANCAMAN terhadap kewujudannya dan seterusnya ia mendedahkan bagaimana kaum mukmin menyedari dan memahami hakikat perjuangan di antara mereka dengan taghut.
Firaun dan para pembesarnya sedar kepada bahaya konsep dakwah kepada Tuhan semesta alam. Mereka sedar bahawa konsep Tauhid Rububiyah bermakna MERAMPAS KUASA Firaun dan kuasa para pembesarnya yang diambil daripada kuasa Firaun. Oleh sebab itu mereka mengungkapkan bahaya itu dengan mengatakan bahawa Musa mahu mengusirkan mereka keluar daripada negeri mereka.

Firman Allah : al-Araf 104,105 
Dan ujar Musa : Sesungguhnya saya adalah utusan daripada Allah Tuhan semesta alam, 
Sudah semestinya saya tidak harus mengatakan dengan menggunakan nama Allah sesuatu yang benar. Saya telah membawa kepada kamu keterangan yang jelas daripada Tuhan kamu. Oleh itu bebaskanlah kaum Bani Israil pergi bersama saya.

Nabi Musa telah mencabar Firaun dan kuncu-kuncunya dengan mengemukakan hakikat Aqidah Islam yang tunggal yang dikemukakan oleh setiap nabi sebelum atau selepasnya untuk mencabar aqidah-aqidah Jahiliyah yang karut. Beliau mencabar Firaun dengan hakikat aqidah ini sedangkan beliau sedar bahawa aqidah ini merupakan suatu pemberontakan terhadap Firaun, terhadap para pembesarnya, terhadap kerajaan dan sistem pemerintahannya kerana konsep Rububiyah Allah terhadap seluruh alam dari awal-awal lagi bererti memansukh dan membatalkan legaliti mana-mana undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintahan yang lain daripada syariat Allah dan perintah –Nya, juga membawa erti mengenyahkan setiap Taghut daripada memperhambakan manusia kepada kekuasaannya dan menundukkan mereka kepada undang-undang dan perintah yang lain daripada Allah. Beliau mencabar Firaun dengan hakikat yang besar ini dengan sifatnya sebagai utusan daripada Tuhan semesta alam yang berkewajipan dan dipastikan supaya mengatakan sesuatu hakikat yang benar atas nama Allah yang mengutuskannya   

Perisytiharan konsep Rububiyah Allah yang merangkumi semesta alam itu sendiri merupakan perisytiharan pembebasan manusia, iaitu pembebasan daripada tunduk, patuh, mengikut dan mengabdikan diri kepada yang lain daripada Allah, juga pembebasan daripada peraturan dan undang-undang manusia, pembebasan daripada hawa nafsu, pembebasan daripada tradisi-tradisi manusia dan daripada pemerintahan manusia. 

Pengumuman konsep Rububiyah Allah yang merangkumi semesta alam itu tidak boleh berkumpul dengan amalan seseorang yang tunduk kepada yang lain daripada Allah dan tidak pula boleh berkumpul dengan kuasa Hakimiyah seseorang yang mengamalkan undang-undang  daripada ciptaannya sendiri . Orang-orang yang membanggakan diri mereka sebagai orang-orang Islam yang sebenar, sedangkan mereka tunduk kepada undang-undang ciptaan manusia – yakni tunduk kepada Rububiyah yang lain daripada Rububiyah Allah – adalah salah dan meleset jika mereka fikirkan diri mereka sebagai kaum Muslimin yang tulen! Sebenarnya mereka tidak berada di dalam agama Allah yang sebenar, kerana pemerintah mereka bukan Allah dan undang-undang yang dijunjung mereka bukannya syariat Allah. Malah mereka berada dalam agama pemerintah mereka, malah mereka berada dalam agama pemerintah itu bukan dalam agama Allah yang benar.     

Berdasarkan hakikat inilah, Nabi Musa as diperintah menuntut daripada Firaun supaya membebaskan kaum Bani Israil :

“Wahai Firaun! Sesungguhnya saya ini adalah utusan daripada Allah Tuhan semesta alam” (al-Araf 104). 
“Oleh itu bebaskanlah kaum bani Israil pergi bersama saya” (al-Araf 105).

Kedua-dua ayat merupakan muqadimmah dan natijah yang tidak berpisah atau bercerai.
Firaun dan para pembesarnya juga mengerti maksud daripada pengumuman Musa as yang menjelaskan Rububiyah Allah yang merangkumi seluruh alam itu. Mereka mengerti bahawa pengumuman itu secara halus mengertikan penggulingan kedaulatan Firaun, penumbangan sistem pemerintahannya, penolakan terhadap legaliti dan pendedahan terhadap perbuatan-perbuatannya yang sewenang-wenangnya dan zalim.

Firman Allah : al-A’raf 109, 110 
Ujar para pembesar daripada kaum Firaun : Sesungguhnya orang ini (Musa as) seorang ahli sihir yang amat pintar . 
Dia mahu mengeluarkan kamu daripada negeri kamu. Oleh itu apakah bicara kamu?

Secara terus terang mereka menjelaskan kesimpulan besar daripada hasil pengumuman hakikat Uluhiyah Allah yang amat luas itu, iaitu pengumuman itu memberi kesimpulan bahawa Firaun dan kuncu-kuncunya akan diusir keluar daripada negeri ini, kekuasaannya akan hapus, undang-undang dan peraturannya akan termansukh begitu sahaja, atau ia memberi kesimpulan bahawa pergerakan dan perjuangan Musa adalah bertujuan untuk menukarkan corak pemerintahan, mengikut istilah moden.

Seluruh huraian Saiyyid Qutb di sini hanya memfokus dan membicarakan mengenai hakikat yang satu yang tidak boleh dipertikaikan lagi - bahawa Islam adalah agama REVOLUSI ! Saiyyid Qutb telah menghuraikan bahawa kalimah ﻵﻟﻪﺍﻷﺍﷲ telah mencabar, mengancam dan menggempur Maharaja-Maharaja yang Agung dalam sejarah umat manusia di bumi kita ini, di antaranya, termasuklah Namrud, Firaun, Jalut, Farsi, Rom, Sepanyol, Perancis, Eropah Timur, Russia, India dan angkatan Salib daripada seluruh Eropah. Seluruh pemerintah manusia yang kuat dan agung, dari dahulu sehinggalah ke hari ini, sememangnya menyedari dan memahami bahawa kalimah ﻵﻟﻪﺍﻷﺍﷲ hanya mempunyai satu MISI sahaja di bumi ini – pelancaran Jihad, Perang dan Revolusi dalam bentuknya yang OFENSIF untuk menghapuskan seluruh kekuatan manusia dan seluruh kerajaan manusia yang selain daripada Allah untuk digantikan dengan kerajaan Allah. Tidak ada satu kerajaan pun yang akan terkecuali dan terselamat daripada diserang, diganggu dan diancam oleh kalimah ﻵﻟﻪﺍﻷﺍﷲ di bumi kita ini, dan akhirnya kebanyakan daripadanya akan satu demi satu dibawa masuk ke bawah penaklukan dan kekuasaan Islam. Inilah yang telah berlaku pada zaman-zaman keagungan Islam di seluruh bumi kita ini.

Firman Allah :al-Anfal 13 
Semuanya itu disebabkan kerana mereka menentang Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang menentang Allah dan Rasul-Nya , maka sesungguhnya Allah amat berat penyeksaaan-Nya.

Firman Allah :  al-Maidah 33 
Sesungguhnya balasan (yang setimpal) bagi orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan berusaha melakukan kerosakan di bumi ialah mereka dihukum bunuh atau dihukum salib atau dipotong tangan dan kaki mereka secara berselang atau dibuang negeri, demikianlah mereka mendapat kehinaan di dunia dan di Akhirat kelak mereka akan memperolehi azab yang amat besar.

Ini adalah ayat-ayat revolusi. Orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya dan mereka berusaha untuk melakukan kerosakan di bumi boleh dikenakan hukuman bunuh atau hukuman-hukuman yang lain oleh sesebuah kerajaan Islam.

Kerajaan demokrasi Malaysia kita menjalankan undang-undang manusia, yang menentang pelaksanaan undang-undang Allah, yang menindas dan menzalimi para pejuang Islam yang berjuang untuk menegakkan sebuah kerajaan Islam dan yang berjuang untuk menjalankan undang-undang Allah adalah kerajaan yang menentang Allah dan Rasul-Nya. Kerajaan kita ini adalah disifatkan Allah sebagai menentang Allah dan Rasul-Nya kerana ia menentang pelaksanaan undang-undang Allah dan penegakan kerajaan Allah apabila ia menzalimi, menindas dan melakukan segala kejahatan terhadap para pejuang Islam yang berjuang untuk menegakan sebuah Negara Islam yang akan mejalankan undang-undang Allah.

Kerajaan demokrasi Malaysia yang menjalankan undang-undang manusia yang kafir, zalim dan fasik, kerajaan yang merosakkan neraca-neraca pertimbangan manusia, yang baik dikatakan buruk manakala yang buruk pula dikatakan baik, kerajaan yang mengembang dan menyebarkan budaya hiburan yang melalaikan golongan muda mudi kita dan kerajaan yang mengembang dan menyebarkan budaya lucah serta kerajaan yang menggalak dan mewujudkan akhlak yang rendah dan rosak, adalah kerajaan yang gigih berusaha untuk melakukan kerosakan di kalangan umat manusia di bumi.  

Hukuman daripada umat Islam ke atas kerajaan demokrasi Malaysia yang menentang Allah dan Rasul-Nya serta yang melakukan kerosakan di bumi adalah untuk dilancarkan Jihad, Perang dan Revolusi ke atasnya yang bertujuan untuk meruntuh dan menghapuskannya untuk kemudiannya diganti dengan sebuah kerajaan Allah.    

Pergerakan Islam di bawah kepimpinan Rasulullah saw di Mekah telah bertukar corak pada peringkat yang kedua di Mekah, iaitu selepas masa tiga tahun daripada menerima wahyu yang pertama dengan turunnya wahyu yang memerintah Rasulullah saw supaya berdakwah dalam bentuknya yang aktif, lantang dan terbuka :

Firman Allah: al-Hijr 94 
Isytiharkanlah secara terbuka apa yang telah diperintahkan kamu dan jauhi orang-orang musyrik.

Segala gerakan dan tindakan Rasulullah saw dan para pengikut Baginda yang telah menjalankan dakwah dalam bentuknya yang aktif, lantang dan terbuka dalam menyebarkan segala Risalah Islam yang diturunkan daripada Allah itu mempunyai pengertian bahawa mereka itu sebenarnya telah menyaingi, mencabar, mengancam, mengganggu dan melancarkan konfrantasi terbuka terhadap kekuatan dan kekuasaan Jahiliyah Mekah padahal pada ketika itu mereka itu masih lemah dan kerdil lagi. Dan itulah sebenarnya faktor yang utama yang telah menyumbangkan kepada penyebaran dakwah mereka yang amat berkesan dan semakin meluas hari demi hari yang menguatkan lagi pengaruh dan kedudukan mereka di kalangan kaum Quraisy Mekah. Inilah sifat agama Islam yang AKTIF, RADIKAL, REVOLUSYENERI dan BERTINDAK dalam bentuknya yang asal seperti mana yang ianya mula-mula diturunkan ke bumi kita ini, dan inilah METOD ISLAM daripada Allah dan Rasul-Nya dalam perjuangan Islam, baik dahulu mahupun sekarang dan untuk masa-masa hadapan. Gerakan-gerakan dan tindakan-tindakan perjuangan yang seperti inilah yang sepatutnya kita operasikan sekarang ini di dalam negara Malaysia kita ini dalam usaha kita ke arah merealisasikan matlamat kita untuk meruntuh dan menghapuskan kufur dan kekuasaan kufur di bumi kita ini.

Pengertian kalimah ﻵﻟﻪﺍﻷﺍﷲ telah diubah, diseleweng dan dipesongkan dengan total sehingga Islam kini telah menjadi agama yang baru, iaitu agama yang terhad setakat solat dan puasa, agama zakat dan haji, agama zikir, wirid dan tahlil, agama penyayang, sedekah dan bantu membantu, agama taqwa dan progresif yang menjurus kepada kemajuan yang bersepadu, tetapi jelas dan nyata sekali Islam kini adalah agama tanpa peraturan dan undang-undang Allah dalam seluruh bidang kehidupan manusia yang meliputi bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa. Agama Islam seperti ini bukanlah agama yang sebenar daripada Allah dan Rasul-Nya, ini adalah agama Islam yang berbentuk SEKULARIS yang rosak dan pincang, iaitu Islam yang memisahkan di antara ibadat-ibadat ritual seperti solat, puasa, haji dengan ibadat-ibadat dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa. Islam yang rosak dan pincang yang kita anuti dan amalkan kini sudah menjadi agama yang pasif, bertoleransi dan berkompromi dengan kufur dan kekuasaan-kekuasaan kufur, dan Islam kini tidak lagi bertindak aktif dan terbuka untuk mencabar, mengancam dan mengganggu kufur dan kekuasaan kufur. Agama seperti ini sekali-kali bukanlah agama Islam yang sebenar dan tulen daripada Allah -  ianya adalah agama yang Aqidahnya adalah jelas, terang dan tidak ragu-ragu lagi merupakan satu kesesatan dan kerosakan!

Dalam sesuatu kekuasaan dan kerajaan manusia yang syirik dan kufur, seperti kerajaan demokrasi Malaysia kita ini, kehidupan seluruh umat manusia yang berada di dalamnya adalah disifatkan sebagai sedang berada dalam situasi penindasan, kezaliman, pencerobohan, ancaman, kejahatan dan kerosakan mengikut neraca-neraca pengukuran daripada Allah. Para Rasul diutuskan untuk MENCABAR, MENGGANGGU dan MENGANCAM kufur dan seluruh kekuatan dan kekuasaan kufur agar terhapusnya segala bentuk dan jenis penindasan, kezaliman, pencerobohan, ancaman, kejahatan dan kerosakan di kalangan seluruh umat manusia di bumi. Islam adalah agama RADIKAL, MILITEN dan REVOLUSYENERI. Islam datang untuk menghapuskan kufur dan kekuasaan kufur melalui Jihad, Perang dan Revolusi untuk digantikan dengan Islam dan kerajaan Islam. Allah mengisytiharkan kesempurnaan agama Islam setelah terbentuknya kerajaan Islam yang menjalankan segala peraturan dan undang-undang Islam di Medinah di bawah kepimpinan Rasulullah saw. Ini adalah sifat Islam, matlamat Islam dan erti agama Islam yang sebenar. Di bawah kekuasaan sesebuah Negara Islam yang melaksana dan menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang Islam barulah wujudnya keadilan, kebebasan, keamanan, kemuliaan, ketinggian dan kesempurnaan hidup seluruh umat manusia yang sebenar dan hakiki mengikut neraca-neraca petimbangan daripada Allah.

Jihad, Perang dan Revolusi ini sendiri yang terdiri daripada segala kegiatan dan tindakan serang dan menyerang, bunuh dan membunuh ini adalah disifatkan Allah sebagai keamanan, keadilan dan kebebasan kerana ianya MENCABAR, MENGGANGGU dan MENGANCAM segala bentuk penindasan, kezaliman, pencerobohan, ancaman, kejahatan dan kerosakan yang sedang wujud, berlaku dan bermaharaja lela di dalam kerajaan-kerajaan manusia yang syirik dan kufur itu. Sebaliknya ketiadaan Jihad, Perang dan Revolusi di dalam sesuatu negara yang syirik dan kufur yang bererti ketiadaan segala kegiatan dan tindakan serang dan menyerang serta bunuh dan membunuh di kalangan seluruh umat manusia di dalam negara yang syirik dan kufur itu ianya bererti bahawa seluruh umat manusia di dalam negara itu sedang berada dalam kezaliman, penindasan, kejahatan dan kerosakan kerana kesyirikan dan kekufuran yang wujud dan berkuat kuasa di dalam negara itu TIDAK DICABAR, DIGANGGU dan DIANCAM oleh sesuatu kebangkitan Islam. Itu bererti kesyirikan dan kekufuran itu sedang bermaharaja lela dan melakukan kezaliman dan penindasan dengan bebas, berleluasa dan sewenang-wenang sekali di dalam negara itu.

Revolusi Islam hendaklah difahami dan dibezakan dengan revolusi-revolusi sekular yang lain dengan sejelas-jelasnya -  adakah revolusi Islam itu terdiri daripada perjuangan umat Islam dalam menentang penjajahan, menentang pemerintahan diktator, menentang ketidak-adilan sosio-ekonomi, menentang dominasi kaum, menentang dominasi ideologi dan lain-lain lagi? Kesemua bentuk perjuangan ini bukanlah revolusi Islam.


Revolusi Islam mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri :


1. Revolusi Islam adalah revolusi AQIDAH;

2.  Matlamat revolusi Islam adalah untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kekuasaan manusia untuk digantikan dengan sistem pengabdian manusia kepada Allah sahaja;

3. Revolusi Islam adalah dilancarkan semata-mata kerana ketaatan umat Islam kita kepada perintah Allah dan ianya adalah ibadat kepada Allah;

4. Revolusi Islam adalah fungsi ketaqwaan dan keimanan yang amat mendalam kepada Allah;

5.  Orang-orang yang tidak terlibat dengan revolusi Islam dan mereka tidak ada niat untuk melancarkan revolusi Islam dalam kehidupan mereka, mereka itu adalah orang-orang yang tidak beriman dengan agama Allah;

6.  Sebagai khalifah, manusia adalah faktor yang penting dalam revolusi Islam;

7.  Ummah dan individu adalah bertanggungjawab untuk melancarkan revolusi Islam;

8. Revolusi Islam bukanlah revolusi individu atau golongan tetapi ianya adalah adalah revolusi rakyat yang ramai;

9. Revolusi Islam memerlukan kepada revolusi di dalam diri yang merangkumi revolusi mental, revolusi iman dan revolusi tindakan;

10.Revolusi di dalam diri ini dapat dicapai melalui suatu proses revolusi yang di antara lain terdiri daripada dakwah dan pergerakan.

Al-Quran mengandungi ayat-ayat revolusi :

Firman Allah: al-Anfal 53 
Allah tidak akan mengubah nikmat yang dikurniakan kepada sesuatu kaum melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri.

Firman Allah: ar-Raad 11 
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubah diri mereka sendiri.

Ini adalah ayat-ayat revolusi di dalam al-Quran, ayat-ayat ini meletakkan tanggungjawab ke atas ummah untuk melancarkan revolusi. Di dalam ayat yang lain pula Islam meletakkan tanggungjawab ke atas individu.

Firman Allah: al-Muddaththir 38 
Tiap-tiap insan akan bertanggung jawab terhadap amalan-amalannya.

Revolusi Islam menjadi tanggungjawab ummah (an-nas atau Muslim masses) dan juga individu. Dalam mencapai dan menggerakkan revolusi Islam, ummah dan individu Islam hendaklah terlebih dahulu mengalami dan mencapai revolusi di dalam diri mereka. Revolusi di dalam diri ini dimaksudkan kepada Revolusi Mental, Revolusi Iman dan Revolusi Tindakan. Revolusi di dalam diri ini akan dicapai melalui proses revolusi yang terdiri dari gandingan dakwah dan pergerakan.


KONSEP-KONSEP REVOLUSI DALAM ISLAM

Revolusi dalam Islam adalah berasas dan bersumberkan daripada konsep revolusi yang terdapat dalam Islam itu sendiri. Dalam membicarakan Islam sebagai satu agama revolusi, kita akan mencuba untuk mengenal pastikan apakah konsep-konsep revolusi yang ada dalam Islam. Konsep-konsep revolusi yang terdiri daripada Tauhid, Moral, Penyembahan, Syahada, Ummah dan kebertindakan (activism) telah membentukkan Islam sebagai satu agama Revolusi.


1.     TAUHID SEBAGAI SATU KONSEP REVOLUSI DALAM ISLAM

Allah yang satu bererti neraca-neraca pertimbangan yang satu yang mewujudkan sistem keadilan yang satu dan seragam untuk seluruh umat manusia. Tidak ada diskriminasi dalam Islam. Kalimah ﻵﻟﻪﺍﻷﺍﷲ memberontak dengan pelancaran Jihad, Perang dan Revolusi terhadap ketidak adilan dan diskriminasi yang dilakukan oleh orang-orang yang berkuasa dan memerintah dan juga oleh orang-orang yang kaya yang menguasai sistem ekonomi di dalam sesebuah negara.

Firman Allah : al-Mutaffifin 1,2,3, 
Celakalah kepada orang-orang yang mengurangkan sukatan.
Iaitu orang-orang yang apabila menerima sukatan daripada orang lain mereka menuntut sukatan yang sempurna. 
Dan apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain , mereka memberi sukatan yang kurang.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Mutaffifin) :
Agama ini mengangkatkan suaranya yang lantang menentang kezaliman dan kecurangan yang menimpa orang ramai yang dilakukan oleh para pembesar yang menindas mereka, yang memperniagakan rezeki mereka, yang memakan riba dan membolot perniagaan, di samping mempengaurhi mereka dengan kepercayaan yang karut marut. Dengan suara yang lantang, yang lahir daripada hakikat ajarannya dan daripada hakikat sistemnya yang diatur oleh Allah itu, agama Islam telah menjadi penyedar kepada rakyat yang tertindas. Islam tidak pernah menjadi candu rakyat walaupun ia terkepung di Mekah di bawah pembesar-pembesar yang bermaharajalela dan menguasai masyarakat dengan kekuatan harta kekayaan dan dengan pengaruh kedudukan dan kepercayaan agama.

Daripada sini kita dapat memahami sebahagian daripada sebab-sebab yang sebenar yang membuat pembesar-pembesar Mekah itu menentang dakwah Islamiyah dengan tentangan sebegitu degil. Mereka tentulah sedar bahawa dakwah baru yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw itu bukanlah semata-mata merupakan aqidah-aqidah atau kepercayaan-kepercayaan yang tersemat di dalam hati, dan bukanlah semata-mata agama yang menuntut mereka mengucap dua kalimah syahadat mengakui bahawa tiada Tuhan yang layak disembah dan bahawa Nabi Muhammad saw itu Rasulullah saw, dan bukanlah semata-mata agama yang menyuruh mereka mendirikan solat tanpa patung dan berhala, tetapi mereka sedar bahawa Aqidah Islam itu merupakan satu cara hidup yang mahu meruntuhkan segala asas Jahiliyah di mana mereka tegakkan di atasnya segala undang-undang dan peraturan, segala kepentingan dan kedudukan mereka. Mereka sedar bahawa sifat agama Islam tidak menerima pengecualian dan tidak secucuk dengan unsur-unsur peraturan bumi yang tidak lahir daripada sumber peraturan-Nya yang diturun daripada langit itu. Mereka sedar bahawa agama Islam adalah mengancam segala nilai-nilai bumi yang rendah dan menjadi landasan tegaknya Jahiliyah. Kerana kesedaran inilah mereka melancarkan perang yang berterusan terhadap Islam, sama ada sebelum hijrah dan selepasnya, iaitu perang untuk mempertahankan seluruh undang-undang dan peraturan Jahiliyah yang diancam oleh undang-undang dan peraturan Islam, bukan perang untuk mempertahankan aqidah dan kefahaman semata-mata.   
      
Orang-orang yang menentang pengaruh sistem hidup Islam ke atas kehidupan umat manusia dan di mana-mana generasi dan di mana-mana tempat di bumi adalah menyedari hakikat ini. Mereka benar-benar sedar dan benar-benar tahu bahawa sistem hidup Islam yang lurus dan luhur itu adalah mengancam segala undang-undang dan peraturan mereka yang batil, segala kepentingan-kepentingan mereka yang merampas hak orang ramai, segala kewujudan mereka yang palsu dan segala kelakuan mereka yang menyeleweng.

Pembesar-pembesar yang sewenang-wenangnya, zalim dan curang dalam segala bentuk kecurangan sama ada kecurangan harta benda atau kecurangan dalam menunaikan hak-hak kewajipan, merekalah orang-orang yang lebih takut dan gentar daripada golongan yang lain terhadap pengaruh sistem Islam yang adil, yang bersih, yang tidak terima tawar menawar, ampu mengampu dan menyelesaikan separuh-separuhan.

Para pembesar Mekah menentang kalimah ﻵﻟﻪﺍﻷﺍﷲ kerana ianya adalah satu revolusi dan ancaman yang serius terhadap kedudukan dan kekuasaan politik mereka. Namrud, Firaun, Farsi dan Kaizar Rom juga menentang dakwah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ kerana kekuasaan dan kedudukan politik mereka berada dalam keadaan yang terancam dan tidak terjamin.

Firman Allah : al-A’raf 110, 127 
Dia mahu mengeluarkan kamu daripada negeri kamu. Oleh itu apakah bicara kamu? 
Dan berkatalah para pembesar daripada kaum Firaun , “apakah Tuanku akan membiarkan Musa  dan kaumnya melakukan kerosakan di bumi  serta meninggalkan Tuanku dan Tuhan-tuhan Tuanku!” Jawab Firaun, “kita akan membunuh (sekali lagi) anak-anak lelaki mereka dan membiarkan anak-anak perempuan mereka sahaja yang hidup dan kita tetap menguasai mereka .”

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Secara terus terang mereka menjelaskan kesimpulan besar daripada hasil pengumuman hakikat Uluhiyah Allah yang amat luas itu, iaitu pengumuman itu memberi kesimpulan bahawa Firaun dan kuncu-kuncunya akan diusir keluar daripada negeri ini, kekuasaannya akan hapus, undang-undang dan peraturannya akan termansuh begitu sahaja, atau ia memberi kesimpulan bahawa pergerakan dan perjuangan Musa adalah bertujuan menukarkan corak pemerintahan, mengikut istilah moden.

Negeri ini milik Allah dan manusia juga milik Allah. Oleh sebab itu apabila kuasa Hakimiyah di negeri ini dipulangkan kepada Allah, maka para Taghut yang memerintah dengan undang-undang dan peraturan yang bukan daripada syariat Allah itu sudah tentu akan terusir daripada negeri ini, atau tokoh-tokoh yang berlagak selaku Tuhan-tuhan yang mempraktikkan cara-cara Uluhiyah dengan memperhambakan orang ramai mengikut undang-undang dan peraturan mereka akan tersisih keluar daripada negeri ini, dan turut terkeluar bersama mereka ialah para pembesar yang dilantikkan mereka untuk mengisi berbagai-bagai jawatan yang penting kerana pembesar inilah yang bekerja dan berusaha menundukkan orang ramai kepada tokoh-tokoh yang berlagak selaku Tuhan itu .

Demikianlah kesedaran dan kefahaman Firaun dan para pembesarnya terhadap dakwah Musa yang serius itu dan sebeginilah juga kesedaran dan kefahaman golongan para Taghut di setiap zaman! Seorang lelaki Arab biasa telah berkata secara spontan apabila dia mendengar Rasulullah saw mengajar orang ramai kepada pengakuan Tiada  Tuhan selain Allah dan Muhammad utusan Allah, “perkara ini tidak disukai raja-raja.” Dan seorang Arab yang lain berkata kepada beliau secara spontan juga, “jadi anda akan diperangi oleh orang-orang Arab dan orang-orang bukan Arab.” Kedua-duanya faham bahawa pengakuan Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad Pesuruh Allah merupakan satu pengumuman PEMBERONTAKAN terhadap pemerintah-pemerintah yang memerintah dengan undang-undang dan peraturan yang bukan diturunkan daripada Allah, sama ada mereka orang-orang Arab atau orang-orang bukan Arab. Pengertian syahadat kalimah ﻵﻟﻪﺍﻷﺍﷲ mempunyai pengertian yang amat serius di dalam perasaan kedua-dua orang Arab ini kerana mereka memahami pengertian kata-kata bahasa mereka dengan baik. Tiada seorang pun daripada kedua-duanya yang memahami ungkapan syahadat itu berfikir bahawa pengakuan kalimah ﻵﻟﻪﺍﻷﺍﷲ itu boleh berkumpul di dalam sebuah hati atau dalam sebuah negeri dengan sistem pemerintahan yang memerintah dengan undang-undang dan peraturan yang bukan daripada Allah, dengan erti di sana wujudnya Tuhan-tuhan yang lain di samping Allah. Tiada seorang pun daripada kedua-duanya yang memahami konsep syahadat kalimah ﻵﻟﻪﺍﻷﺍﷲ itu dengan kefahaman yang karut, pudar dan remeh seperti yang difahami hari ini oleh orang-orang yang mendakwa diri mereka sebagai orang-orang Muslimin .

Walau sejauh mana kezaliman-kezaliman yang dikenali di zaman itu, namun tindakan tanduk kekejaman dan kezalimannya tidak sampai ke tahap kekejaman sebilangan para Taghut di abad dua puluh yang menentang dakwah para pendakwah Islam yang mengajak manusia beriman dengan konsep Rububiyah yang merangkumi semesta alam, kerana konsep yang serius ini mengancam kuasa-kuasa palsu. 

Dan dia (Musa) meninggalkan Tuanku dan Tuhan-tuhan Tuanku.      

Mereka hanya menyembah Firaun dalam erti kata mereka tunduk dan patuh kepada segala kehendaknya. Mereka tidak melanggar perintahnya dan tidak membantah undang-undang dan peraturannya. Inilah ibadat dalam erti kita bahasa, realiti dan istilah. Oleh itu mana-mana golongan manusia yang menerima undang-undang dan peraturan hidupnya daripada manusia dan mematuhinya, bererti mereka telah menyembahnya. Begitulah juga Rasulullah saw mentafsirkan Firman Allah mengenai kaum Yahudi dan Nasara :

Mereka jadikan ulama-ulama dan paderi-paderi mereka selaku Tuhan selain Allah.

Ketika A’di bin Hatim (seorang pemeluk Kristian) mendengar ayat-ayat ini daripada beliau semasa datang menemui beliau untuk menganut Islam, lalu dia menegur beliau dengan katanya, “wahai Rasulullah saw! Mereka (pemeluk-pemeluk Kristian) tidak pernah menyembah ulama-ulama dan paderi-paderi mereka.” Lantas dijawab oleh Rasulullah saw, “sebenarnya mereka (ulama-ulama dan paderi-paderi) telah menghalalkan kepada mereka perkara-perkara yang haram dan mengharamkan perkara-perkara yang halal, lalu mereka mengikut dan mematuhinya, dan itulah makna mereka menyembah mereka “(Dikeluarkan oleh Termizi).
Adapun maksud perkataan Firaun kepada kaumnya :

Aku tidak pernah tahu kamu mempunyai Tuhan yang lain daripada aku (al-Qosos 38).

maka ia ditafsirkan oleh perkataannya yang lain yang diceritakan oleh al-Quran (dalam surah az-Zukhruf) :

Bukankah kerajaan Mesir kepunyaanku dan sungai-sungai ini mengalir di bawahku . Apakah kamu tidak melihatnya (az-Zukhruf 51).

Bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina ini dan hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya (Az-Zukhruf 52).

Mengapa ia tidak disalutkan dengan gelang emas atau para malaikat datang bersama dengannya sebagai pengiring-pengiring (az-Zukhruf 53).

Di sini jelas Firaun membuat perbandingan di antara dia yang mempunyai kerajaan dan gelang-gelang emas yang menjadi hiasan raja dengan Musa as yang tidak mempunyai kuasa dan hiasan. Oleh itu apa yang dimaksudkan oleh Firaun dengan perkataan-perkataan berikut :

Aku tidak pernah tahu mempunyai Tuhan yang lain daripada aku (Al-Qosas 38)

ialah untuk menyatakan bahawa ia adalah pemerintah yang berkuasa menggerakkan mereka ke mana sahaja yang disukainya, pemerintah yang dijunjung titah perintahnya dan tiada sesiapa yang sanggup membantahnya. Kuasa Hakimiyah yang seperti ini sama dengan sifat Uluhiyah, kerana kuasa iktisas Tuhan ialah mengadakan undang-undang dan peraturan hidup manusia dan menguatkuasakannya ke atas mereka sama ada ia melafazkannya atau tidak. Berdasarkan penjelasannya ini dapatlah kita memahami perkataan pembesar Firaun yang berikut :

Apakah Tuanku akan membiarkan Musa as dan kaumnya melakukan kerosakan di bumi  serta meninggalkan Tuanku dan Tuhan-tuhan Tuanku (al-A’raf 127).

Menurut hemat dan pandangan mereka perbuatan melakukan kerosakan itu ialah perbuatan berdakwah mengajak manusia beriman kepada konsep Rububiyah Allah sahaja, iaitu satu konsep yang membawa akibat secara automatik yang membatalkan kehalalan atau legaliti pemerintahan Firaun dan seluruh sistemnya, kerana sistem pemerintahan Firaun ditegakkan di atas Rububiyah Firaun terhadap kaumnya. Di sini jelaslah tanggapan mereka bahawa Musa mula melakukan kerosakan dengan mengubah sistem pemerintahan dan mengubah undang-undang dan peraturan yang ditegakkan di atas landasan Rububiyah manusia terhadap sesama manusia, dan mengadakan suatu peraturan yang lain yang bertentangan sama sekali dengan peraturan yang ada sekarang di mana ditegakkan Rububiyah Allah bukannya Uluhiyah dan Rububiyah Manusia. Oleh sebab itu mereka gandingkan perbuatan melakukan kerosakan dengan perbuatan Musa bersama kaumnya yang meninggalkan Firaun dan Tuhan-tuhannya yang disembah olehnya dan kaumnya.

Dia (Firaun ) telah memperbodohkan kaumnya lalu mereka patuh dan taat kepadanya kerana mereka adalah satu kaum yang menyeleweng (az-Zukhruf 54)

Inilah pentafsiran sejarah yang betul, kerana Firaun tidak mungkin memperbodohkan kaumnya sehingga mereka taat dan patuh kepadanya jika kaumnya tidak menyeleweng daripada agama Allah. Seseorang yang beriman kepada Allah tidak mungkin diperbodohkan oleh Taghut dan tidak mungkin patuh dan taat kepada perintahnya jika ia mengetahui perintah itu bukan daripada perintah Allah. Dari sinilah datangnya ancaman yang menggugat seluruh sistem pemerintahan Firaun dengan sebab dakwah nabi Musa yang mengajak manusia beriman kepada Allah Tuhan semesta alam dan dengan sebab keimanan ahli-ahli sihir itu kepada agama ini, juga kerana keimanan kaum Musa yang menyembah Tuhan semesta alam, atau ancaman itu datang daripada syahadat  kalimah ﻵﻟﻪﺍﻷﺍﷲ itu sendiri apabila difahamkan dengan pengertian yang pudar dan kabur yang difahamkan pada hari ini.

Saiyyid Qutub menghuraikan bahawa kalimah ﻵﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang dibawa dalam dakwah Nabi Musa as merupakan satu cabaran dan ancaman yang serius yang menggugat kedudukan Firaun dan kerajaan Firaun serta seluruh para pembesarnya. Begitu jugalah kalimah ﻵﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ini sebenarnya mengancam dan menggugat fahaman demokrasi dan kerajaan demokrasi Malaysia kita ini yang akhirnya hanya akan mengakibatkan terusirnya para penguasa demokrasi dan kerajaan demokrasi ini bersama-sama dengan segala pemikiran, peraturan dan undang-undang demokrasi yang syirik dan kufur ini daripada bumi kita. Ini adalah kerana kalimah ﻵﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ini adalah kalimah yang radikal dan revolusyeneri yang menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap segala pemikiran, kerajaan dan undang-undang manusia yang selain daripada Allah. Kita kini sedang diperbodohkan oleh para pemimpin dan para ulama kita sendiri dengan segala dakyah dan tipu daya mereka kerana kita tidak memahami mengenai Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah dan kalimah ﻵﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

Firman Allah : al-Anaam 123 
Dan demikianlah Kami jadikan di dalam setiap negeri pembesar-pembesar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya dalam negeri itu dan sebenarnya mereka tidak melakukan tipu daya melainkan kepada diri mereka sendiri , tetapi mereka tidak sedar.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Itulah undang-undang Allah di setiap negeri, iaitu di bandar-bandar dan ibukota-ibukota, di mana terdapat pembesar-pembesar yang jahat yang mengambil sikap menentang agama Allah. Ini disebabkan kerana agama Allah bermula daripada titik perjuangan mencabut kuasa Rububiyah daripada para pembesar itu, yang digunakan untuk memperbudak-budakkan manusia dan seterusnya mencabut kuasa Hakimiyah yang dikendalikan mereka untuk menguasai manusia dan memulangkan seluruh kuasa itu kepada Allah yang Maha Esa, Tuhan yang memelihara manusia, pemerintah yang menguasai manusia dan Tuhan yang disembah manusia .

Itulah undang-undang yang berpangkal daripada fitrah, di mana Allah mengutuskan para Rasul-Nya membawa agama yang benar, yang mencabut kuasa Uluhiyah, kuasa Rububiyah dan kuasa Hakimiyah daripada manusia manusia yang mendakwa memiliki kuasa-kuasa itu dan menyebabkan mereka bangkit menentang agama Allah dan utusan-utusan Allah secara terbuka. Mereka bertindak melakukan berbagai-bagai angkara tipu daya yang jahat di negeri-negeri itu dan membisikkan kata-kata yang manis terhadap satu sama lain tujuan untuk menipu. Mereka mengadakan kerja sama dengan syaitan-syaitan jin dalam perjuangan menentang agama yang benar dan menolak hidayat dalam usaha menyebar luas kebatilan dan kesesatan juga dalam perjuangan mempermain-main dan menindas orang ramai dengan angkara tipu daya mereka yang nyata dan yang sulit.

Itulah undang-undang Allah yang berkuat kuasa dan itulah pertarungan yang pasti berlaku berlandaskan prinsip adanya pertentangan yang total di antara dasar agama Allah yang memulangkan seluruh kuasa Hakimiyah kepada Allah dengan nafsu tamak kuasa pembesar-pembesar yang jahat di setiap negeri, malah dengan kewujudan mereka sendiri.

Itulah satu pertarungan yang pasti ditempuh oleh setiap nabi. Ia tidak mungkin dihindari olehnya. Begitu juga para pengikut nabi tidak mungkin terhindar daripada menceburi pertarungan ini dan daripada terus berjuang hingga ke akhirnya. Kemudian (dalam ayat yang berikut) Allah mententeramkan para hambanya yang mukmin dengan memberi jaminan bahawa segala angkara tipu daya pembesar-pembesar yang jahat itu pada akhir akan menimpa kecelakaan kepada diri mereka sendiri, kerana orang-orang beriman tidak berjuang sendirian malah mereka berjuang di bawah naungan Allah. Mereka cukup dengan naungan Allah yang berkuasa menggagalkan angkara tipu daya pembesar-pembesar itu.

Huraian Saiyyid Qutb di sini adalah sama dengan contoh-contoh penentangan para Taghut terhadap dakwah Islam seperti yang disebut di atas ini tadi kerana mereka mengetahui pada awal-awal lagi bahawa kalimah ﻵﻟﻪﺍﻷﺍﷲ hanya bererti cabaran, ancaman, penentangan dan revolusi yang total terhadap mereka yang akan berkesudahan dengan pengusiran keluar mereka dengan muktamad dan pasti daripada kekuasaan mereka dan daripada bumi mereka .

Firman Allah: an-Nisa 64, 65, 80, 105 
Kami tidak menurunkan seorang Rasul melainkan untuk ditaati mengikut kehendak Allah. 
Mereka tidak beriman selagi mereka tidak menjadikan engkau sebagai hakim dalam perselisihan-perselisihan di antara mereka dan mereka tidak sakit hati terhadap keputusan-keputusan engkau. 
Sesiapa yang mentaati Rasul, mentaati Allah. 
Kami telah menurunkan kepada kamu sebuah kitab yang benar supaya kamu menghukum di antara manusia dengan petunjuk dari Allah.

Tauhid mempunyai pengertian bahawa kekuasaan Allah bukan sahaja terhad kepada hal-hal ibadat, tetapi menyeluruh dan meliputi kesemua cabangan hidup manusia - politik, ekonomi, sosial, kebudayaan dan perundangan.

Konsep Nafi dan Isbat di dalam kalimah ﻵﻟﻪﺍﻷﺍﷲ adalah satu penafian, penolakan, pengingkaran, penentangan dan revolusi yang terbuka, aktif dan total terhadap kesemua agama, aqidah, pemikiran, kerajaan, perundangan dan sistem hidup yang selain daripada Allah swt seperti ideologi, kerajaan dan sistem politik demokrasi serta segala undang-undang dan sistem hidupnya. Faktor yang menjadi asas kepada revolusi, pengingkaran dan penentangan ini adalah Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah yang dimiliki Allah swt serta konsep Nafi dan Isbat yang terkandung di dalamnya yang berkontradiksi dengan sifat-sifat Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang wujud dalam sistem politik demokrasi. Kefahaman dan kejelasan mengenai demokrasi sebagai satu agama - mengapa dan bagai manakah ianya dikatakan sebagai satu agama, siapakah Tuhan-Tuhan dan penganut-penganutnya, apakah bentuk-bentuk ibadat ritualnya - merupakan persoalan-persoalan yang penting dan "crucial" yang perlu diperjelaskan dalam memahami kekufuran agama demokrasi.

(BERSAMBUNG)

1 comment:

  1. wala' wal bara' ... majoriti umat Islam di tempat kita keliru.

    ReplyDelete