Tuesday 9 October 2012

KERAJAAN ISLAM DAN KERAJAAN KUFUR


KERAJAAN ISLAM DAN KERAJAAN KUFUR

Firman Allah : an-Nisa 76 
Orang-orang yang beriman berperang pada jalan Allah, dan orang-orang kafir berperang pada jalan taghut.

HANYA dua bentuk kerajaan sahaja yang wujud di atas muka bumi ini – kerajaan Islam dan kerajaan kufur, tidak wujud kerajaan yang ketiga. Ini adalah kerana di atas muka bumi ini hanya wujud dua aqidah sahaja – Aqidah Islam dan aqidah kufur, tidak wujud aqidah yang ketiga.
Kerajaan Islam adalah kerajaan yang didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan Lailaahaillallah, manakala kerajaan kufur adalah didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia. Karajaan Islam adalah satu pengabdian kepada Allah sahaja dan mengingkari, serta menolak dengan total akan pengabdian kepada sesama manusia, manakala kerajaan kufur adalah satu pengabdian kepada sesama manusia dan mengingkari serta menolak pengabdian manusia kepada Allah sahaja.

Saiyyid Qutb (Milestones) :
“Islam mengenal dan mengiktiraf hanya dua bentuk masyarakat sahaja, iaitu masyarakat Islam dan masyarakat Jahiliyah. Masyarakat Islam ialah masyarakat yang di dalamnya dilaksanakan Islam : Aqidah, ibadah, undang-undang, moral dan cara hidup. Manakala masyarakat Jahiliyah itu ialah masyarakat yang Islam tidak dilaksanakan di dalamnya; masyarakat yang tidak dipandu oleh Islam, baik dari segi Aqidah, konsep, nilai, sistem dan undang-undang, moral dan tata susila.

Masyarakat Islam bukanlah sebuah perkumpulan atau organisasi manusia yang menamakan diri mereka “Muslim“, sedangkan syariat Islam tidak dijalankan walaupun solat, puasa dan haji diamalkan; dan masyarakat Islam itu bukanlah sesuatu yang direka oleh manusia selain daripada apa yang diturunkan oleh Allah dan yang di ajar oleh Rasul-Nya, dan mereka sifatkannya sebagai ‘Islam yang progresif’.

Manakala masyarakat Jahiliyah pula lahir dalam beranika bentuk dan rupa tapi kesemuanya Jahiliyah belaka .

Ada yang berbentuk masyarakat yang ingkar sama sekali akan wujudnya Zat Allah swt dan sejarah manusia itu dihuraikan dalam bentuk ‘dialectical materialism’ dan oleh itu ‘sosialisme saintifik’ menjadi sistem hidupnya.

Ada yang berbentuk masyarakat yang tidak menafikan kewujudan Allah, tetapi pemerintahannya hanyalah terhad kepada alam kosmos sahaja, manakala pemerintahan-Nya di bumi dinafikan.Syariah dan nilai-nilai yang kekal abadi yang diaturkan oleh Allah tidak wujud dalam sistem kehidupan ini. Dalam masyarakat seprti ini, manusia dibenarkan untuk beribadat di masjid-masjid, gereja-gereja dan biara-biara, tetapi ia tidak melayani kehendak manusia untuk menjalankan syariah Allah dalam kehidupan harian mereka. Oleh yang demikian, masyarakat seperti ini menafikan atau menggantungkan kedaulatan Allah di bumi , sedangkan Allah berfirman dengan jelas dan nyata bahawa :

Firman Allah : az-Zukhruf 84 
Dialah Tuhan yang mempunyai kedaulatan di langit dan kedaulatan di bumi.

Oleh kerana ciri seperti ini, masyarakat ini tidak mengikuti agama Allah seperti mana yang takrifkan oleh-Nya :

Firman Allah : Yusuf 40 
Sesungguhnya hukum adalah hak Allah. Ia memerintahkan supaya jangan menyembah selain daripada-Nya, itulah jalan yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. 
Oleh kerana hakikat ini, masyarakat seperti ini dianggapkan sebagai masyarakat Jahiliyah, walaupun ia mengakui bahawa ia mempercayai Allah dan membenarkan manusia untuk menunaikan peribadatan ritual di dalam masjid-masjid, gereja-gereja dan biara-baiara.

Hanya masyarakat Islam sahaja, mengikut sifat semula jadinya, adalah masyarakat yang bertamaddun, dan masyarakat Jahiliyah, dalam berbagi bentuk itu, adalah masyarakat yang mundur dan rosak.”

Ayat-ayat ini menyatakan bahawa di atas muka bumi ini hanya terdapat dua bentuk kerajaan sahaja – kerajaan Islam dan kerajaan kufur. Kerajaan demokrasi adalah kufur, sudah semestinya ia tidak berbentuk Islam atau bersesuaian dengan Islam.

Firman Allah : al-Mukminun 116 
Maha Sucilah Allah Pemerintah yang sebenar. Tiada Tuhan melainkan Dia yang memiliki arasy yang amat mulia .

Firman Allah : al-Anaam 114 
Apakah wajar aku mencari hakim yang lain daripada Allah, sedangkan Dialah yang telah menurunkan kitab al-Quran kepada kamu dengan penjelasan yang terperinci,

Allah adalah Raja, Pemerintah dan Hakim yang Maha Tinggi dan Maha Bijaksana. Kerajaan Islam adalah kerajaan yang Allah itu adalah Raja, Pemerintah dan Hakim, manakala kerajaan yang kufur adalah kerajaan yang manusialah yang menjadi Raja, Pemerintah dan Hakim.

Firman Allah : al-Anaam 19 
Apakah kamu benar mengaku bahawa ada Tuhan-tuhan yang lain di samping Allah ? Katakanlah :Aku sekali-kali tidak mengaku. Katakanlah : sesungguhnya hanya Dia sahaja Tuhan yang Yang Maha Esa dan sesungguhnya aku berlepas diri daripada segala yang kamu persekutukan Allah dengannya .

Dalam kerajaan Islam, Allah adalah Tuhan yang disembah oleh manusia, manakala dalam kerajaan demokrasi yang kufur, manusia adalah Tuhan yang disembah oleh manusia sedangkan Allah bukanlah Tuhan yang disembah oleh manusia.

Firman Allah : al-Anaam 14 
Apakah wajar bagi kamu mengambil pelindung yang lain daripada Allah yang menciptakan langit dan bumi, Sedangkan Dialah (Tuhan ) yang memberi makan dan tidak (berkehendak) diberi makan. Katakanlah :sesungguhnya aku diperintah supaya aku menjadi orang yang pertama sekali menyerahkan diri kepada Allah dan janganlah sekali-kali engkau termasuk di dalam golongan musyrikin.

Firman Allah ; al-Baqarah 257 
Allahlah Pelindung orang-orang beriman. Ia mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya. Dan orang-orang kafir penolong-penolong mereka adalah Taghut yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan. Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya .

Kerajaan Islam adalah kerajaan Allah yang berlindung di bawah peraturan dan undang-undang Allah, manakala kerajaan kufur adalah kerajaan manusia yang berlindung di bawah peraturan dan undang-undang manusia.

Firman Allah : al-Maidah 50 
Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah .

Saiyyid Qutb (Milestones) :
“Memang dua sahaja perkaranya, tiada tiga – sama ada mematuhi suruhan Allah s.w.t dan Rasul-Nya atau mematuhi hawa nafsu. Sama ada hukum Allah atau hukum Jahiliyyah. Sama ada melaksanakan hukum yang Allah turunkan dengan amanah ataupun menyelewengkan peraturan yang Allah s.w.t telah tetapkan. Tiada lagi sebarang dalih atau alasan boleh dikemukakan bagi melepaskan diri daripada ketetapan yang begitu jelas dan pemutus daripada Allah.”

Ayat-ayat ini menegaskan hakikat, tabii dan fitrah kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, bahawa di sisi  kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ hanya wujud dua sistem kehidupan sahaja di bumi ini – sistem hidup Islam dan sistem hidup kufur, tidak wujud sistem hidup yang ketiga. Di sisi  kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ  , fahaman-fahaman, pemikiran-pemikiran dan sistem-sistem hidup itu hanya terbahagi kepada ISLAM dan KUFUR sahaja, tidak ada bahagian yang ketiga yang berstatus berkecuali. Kalau tidak Islam ianya kufur, kalau tidak kufur ianya Islam. Inilah pengertian  kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ  seperti mana yang diperjelaskan oleh ayat di atas ini.

Firman Allah :al-Imran 83 
Apakah mereka mencari agama yang lain daripada agama Allah, sedangkan seluruh penghuni langit dan bumi tunduk dan menyerah kepada -Nya baik sercara suka rela mahupun secara terpaksa dan kepada – Nya mereka sekelian dikembalikan.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Jelaslah bahawa keislaman sekelian makhluk alam ialah keislaman yang tunduk kepada perintah, mengikut peraturan dan mematuhi undang-undang. Di sini ternyatalah betapa beratnya Allah swt memberi perhatian-Nya dalam menjelaskan makna Islam dan hakikatnya dalam setiap kesempatan yang sesuai supaya jangan termasuk dalam fikiran seseorangpun bahawa Islam itu merupakan kalimah syahadah yang diucapkan oleh lisan atau merupakan tasdik yang hanya mantap di hati tanpa diikuti oleh kesan-kesannya yang amali, iaitu mengikut undang-undang dan peraturan Allah dan merealisasikan undang-undang dan peraturan itu di dalam realiti hidup mereka

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa erti Islam ialah ketaatan dan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang Allah yang meliputi seluruh bidang kehidupan manusia – politik, ekonomi, sosial, akhlak dan syiar-syiar ibadat kepada Allah. Kerajaan Islam adalah kerajaan yang mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang politik, ekonomi, sosial dan akhlak serta ibadat ritual kepada Allah. Kerajaan kufur adalah kerajaan yang mentaati dan mematuhi peraturan dan undang-undang manusia yang selain daripada Allah, dan walaupun di dalamnya didapati ibadat-ibadat solat dan puasa, masjid-masjid dan dipenuhi dengan ceramah-ceramah agama, kerajaan seperti ini tetap bererti sebuah kerajaan yang kufur. Ketaatan dan kepatuan kepada peraturan dan undang-undang Allah memisahkan di antara kerajaan Islam dengan kerajaan kufur.

Firrman Allah :al-Imran 19 
Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam .

Oleh kerana agama yang benar di sisi Allah itu hanyalah Islam, justeru kerajaan yang benar di sisi Allah hanyalah kerajaan Islam, iaitu kerajaan yang taat dan patuh serta tunduk kepada peraturan dan undang-undang Allah, manakala kerajaan yang taat dan patuh kepada peraturan dan undang-undang manusia dan tidak kepada peraturan dan undang-undang Allah adalah kerajaan yang tidak benar di sisi Allah – ianya adalah yang kufur. Ayat ini membahagikan kerajaan-kerajaan di atas muka bumi kepada dua bahagian – kerajaan Islam dan kerajaan kufur .

Firman Allah : an-Nahl 51 
Dan Allah berfirman :”Janganlah kamu bertuhankan dua Tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.”

Tuhan itu adalah Allah yang Satu dan tidak dua, justeru kerajaan Allah itu hanyalah kerajaan yang Satu dan tidak dua. Kerajaan Allah adalah kerajaan yang didasarkan kepada peraturan dan undang-undang Allah yang berbeza dengan kerajaan yang kufur yang didasarkan kepada peraturan dan undang-undang manusia .

Firman Allah : Yunus 32 
Bukankah sesudah kebenaran, tiada yang lain melainkan kesesatan?

Kerajaan Islam sahaja yang benar, justeru kerajaan demokrasi yang selain daripada Islam bukanlah kebenaran; sesuatu ideologi dan sistem kehidupan yang selain daripada kebenaran seperti demokrasi, mengikut ayat di atas ini, semestinya kesesatan di sisi  kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ .

Firman Allah : al-Baqarah 208 
Wahai orang-orang yang beriman ! Masuklah ke dalam kedamaian dengan keseluruhan jiwa kaum dan janganlah kamu menurut jejak syaitan-syaitan kerana sesungguhnya Syaitan musuh kamu yang amat nyata.

Masuklah ke dalam Islam kesemua sekali kalau tidak ianya bererti masuk ke dalam kekufuran. Masuk ke dalam Islam hanya setakat syiar-syiar ibadat sahaja sedangkan dalam ibadat politik, ekonomi, sosial dan akhirat itu kesemuanya tidak masuk ke dalam Islam ianya bererti berada di dalam kekufuran. Dirikanlah kerajaan Islam dan taat serta tunduklah kepadanya semua sekali supaya kita berada dalam Islam. Ketaatan dan kepatuhan separuh kepada kerajaan Islam dan separuh lagi kepada yang lain bererti berada dalam kekufuran.

Firman Allah : an-Nisa 76 
Orang-orang yang beriman berperang pada jalan Allah, dan orang-orang kafir berperang pada jalan taghut.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
“Maksudnya orang-orang yang beriman berperang kerana sabilullah, iaitu berperang untuk merealisasikan sistem hidupnya, menegakkan syariat–Nya dan mendirikan keadilan di antara manusia dengan nama Allah bukanya di bawah nama-nama yang lain sebagai pengiktirafan bahawa Allah sahaja Tuhan yang layak disembah dan Tuhan yang memerintah.

Sementara orang-orang kafir pula berperang kerana kepentingan Taghut untuk merealisasikan berbagai-bagai  sistem hidup yang  lain daripada sistem Allah dan menegakkan berbagai-bagai neraca ukuran yang lain daripada Allah.

Pendirian orang-orang yang beriman adalah bersandarkan kepada naungan dan perlindungan Allah. Sementara pendirian orang-orang kafir pula adalah bersandarkan kepada naungan syaitan. Mereka hidup dengan berbagai-bagai panji-panji, berbagai-bagai sistem hidup, berbagai-bagai undang-undang, berbagai-bagai cara, berbagai-bagai nilai dan berbagai-bagai neraca ukuran dan kerana itu seluruh mereka adalah sahabat-sahabat syaitan.”

Ayat ini adalah satu pembahagian umat manusia yang jelas dan tepat kepada dua kelompok manusia di dunia ini - orang-orang yang berjuang dan berperang kerana Allah melalui cara dan metod daripada Allah, adalah orang-orang yang beriman kepada Allah SWT, manakala orang-orang yang berjuang dan berperang kerana memperjuangkan konsep dan nilai-nilai kufur, seperti orang-orang yang mengekal dan mempertahankan kerajaan demokrasi adalah orang-orang yang beriman kepada Taghut.

Firman Allah : an-Nisa 150, 151 
Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkarkan Allah dan Rasul-Nya, dan hendak membeza-bezakan di antara Allah dan Rasul-rasul-Nya, dan berkata : “kami beriman kepada sesetengahnya dan kufur ingkarkan kepada sesetengah yang lain,” serta bertujuan untuk mengambil jalan yang lain (jalan tengah) di antara iman dengan kufur. Mereka itulah orang-orang yang kafir dengan sebenar-benarnya. Dan Kami telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang menghinakan.

Perbuatan meletakkan kerajaan demokrasi ke dalam kategori “grey area” - satu jalan tengah di antara Islam dengan kufur, iaitu yang meletakkan kerajaan demokrasi ini ke dalam kategori yang dikatakan sebagai tidak berbentuk Islam dan tidak juga kufur, adalah satu perbuatan yang mengkufur ingkarkan Allah s.w.t yang akan diseksa di akhirat nanti. Ayat-ayat ini menyimpulkan hakikat  kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ  , bahawa di sisinya tidak ada “grey area”  dan tidak ada bahagian yang ketiga, yang ada hanyalah yang Islam ataupun yang kufur sahaja.

Negara Malaysia adalah negara yang syirik dan kufur. Setiap yang syirik dan kufur sudah semestinya tidak Islam. Peraturan dan undang-undang kerajaan Malaysia adalah peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh manusia (artikel 44 Perlembagaan Negara ), iaitu peraturan dan undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh parlimen serta yang ditaati oleh rakyatnya. Ini bererti kerajaan Malaysia mengifradkan sifat Uluhiyah dan Rububiyah milik Allah kepada manusia yang mengkufur ingkarkan Allah swt. Justeru Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang syirik dan kufur kerana ia mengingkari dan menafikan  kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ  . Orang-orang yang tidak yakin bahawa Malaysia adalah negara yang syirik dan kufur dan orang-orang yang mempercayai bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam, mereka adalah orang-orang yang merosakkan pegangan dan amalan  kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ

No comments:

Post a Comment