Thursday 4 October 2012

SIKAP ISLAM TERHADAP DEMOKRASI


SIKAP ISLAM TERHADAP DEMOKRASI

Firman Allah : as-Saaffaat 35, Muhammad 19 
Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah 

KALIMAH ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti AGAMA menentang AGAMA. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ merintahkan supaya kita  mengkafirkan seluruh agama yang kafir, seluruh pemikiran, amalan dan sistem hidup yang kafir dan hanya mengakui dan mengiktiraf agama daripada Allah sahaja. Sikap dan dasar kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ terhadap agama demokrasi, kerajaan demokrasi, peraturan dan undang-undang demokrasi yang kesemuanya ini adalah syirik dan kufur adalah dalam bentuk penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang aktif dan total terhadapnya sehingga ianya mengelami keruntuhan dan kehancuran yang total untuk kemudiannya digantikan dengan kerajaan Islam dan sistem kehidupan Islam. Ini adalah AQIDAH kita, orang-orang yang mempercayainya dan mereka mengamalkannya dalam kehidupan mereka, mereka itu adalah orang-orang yang sempurna beriman dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, manakala orang-orang yang tidak mempercayainya dan mereka tidak mengamalkannya dalam kehidupan mereka, mereka itu adalah orang-orang yang tidak beriman dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah. 

Firman Allah : al-Mumtahanah 4 
“Kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa-apa yang kamu sembah yang lain daripada Allah. Kami mengingkari (agama) kamu, dan telah terang permusuhan dan kebencian di antara kami dan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menyembah Allah semata-mata.”
 
Ini adalah ayat TAKFIR. Allah menetapkan AQIDAH kita dengan jelas, terang dan terperinci bahawa sikap kita terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi Malaysia kita ini hanyalah dalam bentuk penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang aktif dan total terhadapnya, serta ianya diikuti dengan sikap kebencian dan permusuhan kita terhadapnya yang berkekalan dan berpanjangan sehingga agama demokrasi yang syirik dan kufur dan segala bentuk dan jenis kesyirikan dan kekufurannya itu mengalami keruntuhan dan kehancuran yang total, dan supaya akhirnya kekuasaan, dominasi dan “supremacy” itu hanya menjadi milik dan hak mutlak Allah sahaja di bumi ini. Membenci dan memusuhi kerajaan demokrasi kita ini adalah Aqidah Islam yang ditetapkan oleh Allah swt!

Allah memerintahkan kita supaya kita tidak mengamalkan agama demokrasi dan sistem politik demokrasi kita ini, supaya kita mengasing dan memisahkan diri kita daripadanya dan supaya kita memusuhi, memerangi dan membenci agama demokrasi bersekali dengan Tuhan-tuhan Manusia yang sedang berkuasa dan berdaulat dalam sistem politik demokrasi kita ini, iaitu Tuhan-tuhan Manusia yang wujud dalam bentuk para pemimpin kita yang terdiri daripada para Menteri, ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita sehingga seluruh mereka ini diusir keluar daripada berkuasa dan berdaulat ke atas kita. Inilah tuntutan dan perintah kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang jelas dan terang ke atas kita dan ke atas setiap orang yang beriman dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ - inilah Aqidah kita!

Firman Allah: an-Nisa 60 
Tidakkah engkau perhatikan bahawa orang-orang yang mendakwakan bahawa mereka beriman kepada yang diturunkan kepada engkau dan yang diturunkan sebelum daripada engkau, mereka hendak meminta hukum kepada taghut, sedangkan mereka disuruh supaya kufurkan terhadap Taghut. Syaitan menghendaki supaya ia menyesatkan mereka dengan kesesatan yang jauh.

Ini adalah satu lagi ayat TAKFIR, iaitu ayat PENOLAKAN TOTAL yang memerintahkan kita supaya kita mendeklarasikan kesyirikan dan kekufuran agama demokrasi, sistem politik demokrasi, kerajaan demokrasi dan peraturan dan undang-undang demokrasi dan supaya kita melancarkan sikap dan tindakan-tindakan penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang aktif dan total terhadap segala bentuk kesyirikan dan kekufuran termasuklah demokrasi dan kerajaan demokrasi kita ini. Takfir bererti mengisytiharkan bahawa para Menteri kita, ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita ini adalah Tuhan-tuhan Manusia yang syirik dan kufur, takfir bererti mengisytiharkan kesyirikan dan kekufuran agama demokrasi dan sistem politik demokrasi kita ini, takfir bererti tidak mengamalkan agama demokrasi dan sistem politik demokrasi kita yang syirik dan kufur ini, takfir bererti mengasing dan memisahkan diri kita daripadanya, takfir bererti menafi, menolak, mengingkari dan menentangnya, takfir bererti tidak berkompromi dengannya dan sentiasa berkonfrantasi, bermusuhan dan membencinya. Takfir adalah syarat keimanan kita kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, tanpa mempraktik dan mengamalkan konsep TAKFIR terhadap agama demokrasi, kerajaan demokrasi, peraturan dan undang-undang demokrasi dan segala institusi demokrasi di dalam negara kita ini ianya bererti kita tidak beriman dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan kita daripada agama Allah. 

Firman Allah : al-A’raf 110, 127 
(Berkata para pembesar Firaun ) Ia bertujuan hendak mengeluarkan Tuanku daripada negeri Tuanku. (Firaun bertanya) Oleh itu apa yang kamu syorkan? 
Dan berkatalah pula para pembesar daripada kaum Firaun : Adakah Tuanku hendak membiarkan Musa dan kaumnya untuk melakukan kerosakan di bumi  dan meninggalkan Tuanku dan apa-apa yang dipuja oleh Tuanku?

Firman Allah: al-Mumtahinah 4 
Sesungguhnya kami berlepas diri daripadamu dan daripada apa-apa yang kamu sembah selain daripada Allah. Kami mengingkari (agama) kamu, dan telah terang permusuhan dan kebencian di antara kami dan kamu selama-lamanya, sehingga kamu beriman kepada Allah satu-satu-Nya.

Firman Allah : al-A’raf 195 
Katakanlah : Wahai Muhammad! Panggillah sekutu-sekutu kamu kemudian lakukanlah ankara tipu daya terhadapku (dengan segera) dan janganlah kamu memberi sebarang tangguhan kepadaku.

Firman Allah : Yunus 71 
“Dan bacakanlah kepada mereka berita Nuh ketika ia berkata kepada kaumnya : Wahai kaumku! Jika kamu merasa keberatan kerana aku tinggal bersama kamu dan kerana aku mengingatkan kamu dengan ayat-ayat Allah, maka aku tetap berserah kepada Allah. Oleh sebab itu bulatkanlah keputusan kamu dan kumpulkan sekutu-sekutu kamu dan janganlah keputusan kamu diselubungi sebarang kekeliruan kepada kamu, kemudian segeralah bertindak ke atasku dan jangan sekali kamu menangguhkan tindakan-tindakan itu terhadapku.”

Firman Allah : Hud 54, 55 
Jawab Hud : sesungguhnya aku mempersaksikan Allah dan kamu sekalian hendaklah turut menjadi saksi bahawa aku tidak ada kena mengena dengan perbuatan kamu yang mempersekutukan Allah . 
Dengan yang lain daripada-Nya. Oleh sebab itu, Aturkanlah segala tipu daya kamu sekelian terhadap diriku kemudian (bertindaklah) tanpa memberi sebarang tempuh kepadaku.

Rasulullah saw dan para Rasul yang terdahulu melancarkan sikap PENOLAKAN TOTAL, TANPA KOMPROMI dan KONFRANTASI TERBUKA terhadap kerajaan kafir, agama kafir dan orang-orang kafir. Mereka memisahkan diri mereka daripada agama kafir dan orang-orang kafir, mereka mengeluarkan diri mereka daripada agama kafir dan kumpulan orang-orang kafir dan mereka mengkufur ingkarkan seluruh agama kafir dan kekuasaan kafir pada zaman mereka masing-masing. Mereka memusuhi dan membenci agama kafir, orang-orang kafir dan seluruh sistem kehidupan kafir. Matlamat mereka adalah untuk mengusirkan para pemerintah yang kafir daripada tampuk-tampuk kekuasaan mereka.

Kehidupan Rasulullah saw adalah satu kehidupan yang aktif, radikal dan revolusyeneri dalam mengamalkan konsep-konsep PENOLAKAN TOTAL, TANPA KOMPROMI dan KONFRANTASI TERBUKA terhadap kufur, pemikiran kufur, kepimpinan kufur dan segala kekuatan dan kekuasaan kufur serta Baginda MEMUSUHI dan MEMBENCINYA secara terang-terangan dan terbuka. Rasulullah saw tidak bersikap PASIF, LEMAH dan LEMBIK terhadap orang-orang kafir dan agama kafir serta terhadap seluruh kekuatan dan kekuasaan kufur pada permulaan perjuangan dan kebangkitan Islam di zaman Mekah dahulu itu.

Inilah sikap Islam terhadap agama demokrasi, kerajaaan demokrasi dan seluruh sistem kehidupan demokrasi yang syirik dan kufur ini.


PERBANDINGAN DI ANTARA PERJUANGAN RASULULLAH SAW DENGAN PERJUANGAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA :


METOD PERJUANGAN RASULULLAH SAW
SEMASA DI ZAMAN MEKAH

METOD PERJUANGAN UMAT ISLAM MALAYSIA

1.     Mengisytiharkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ untuk menegakkan kekuasaan Islam dan sistem kehidupan Islam, serta matlamat untuk menghapuskan kekuasaan Jahiliyah.

1.     Tidak mengisytiharkan matlamat kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ untuk menghapuskan Jahiliyah demokrasi .

2.     Mengisytiharkan agama jahiliyah Mekah sebagai agama yang syirik dan kufur.

2.  Tidak mengisytiharkan agama Jahiliyah demokrasi sebagai agama yang syirik dan kufur.
3.     Tidak mengamal, mengimani dan menganuti agama Jahiliyah.
3. Mengamal agama demokrasi yang bererti menganuti dan mengimani agama Jahiliyah.
4.     Tidak membolehkan amalan agama Jahiliyah bagi tujuan perjuangan Islam.
4.Membolehkan dan menghalalkan amalan agama demokrasi bagi tujuan perjuangan Islam.
5.       Tidak mengiktiraf dan bersetuju terhadap agama Jahiliyah.
5.   Mengiktiraf, bersetuju  dan meredhai agama demokrasi.

6.     Tidak bersetuju untuk menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang kepada manusia.

6.     Bersetuju dan redha untuk menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat undang-undang kepada manusia.

7.     Tidak mentaati peraturan dan undang-undang manusia.

7.     Mentaati dan mematuhi peraturan dan undang-undang demojkrasi ciptaan manusia.

8.     Menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap agama Jahiliyah.

8.     Tidak menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap agama Jahiliyah demokrasi.

9.     Memisahkan diri daripada kepimpinan kufur dan kekuasaan kufur serta untuk memusuhi dan membencinya.

9.     Tidak memisahkan diri daripada kepimpinan kufur dan kekuasaan kufur serta tidak memusuhi dan membencinya.

10.   Mengamalkan sikap tidak berkompromi dan non-konformis terhadap agama Jahiliyah.

10.   Tidak mengamalkan sikap tidak berkompromi dan non-konformis terhadap agama Jahiliyah.

11.   Mencabar dan mengancam agama Jahiliyah yang sedang berkuasa dan berdaulat.

11.   Tidak mencabar dan mengancam agama Jahiliyah yang sedang berkuasa dan berdaulat.

12.   Bersedia dan sanggup untuk dizalimi dan ditindas oleh kekuasaan Jahiliyah dengan ketara dan berpajangan.

12.   Tidak akan dizalimi dan ditindas oleh kekuasaan Jahiliyah kerana tidak mencabar dan mengancam kekuatan dan kekuasaan Jahiliyah.

13.   Setelah memperolehi kekuatan, Islam akan melancarkan Jihad dan Perang terhadap Jahiliyah untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia dan untuk mengembalikan pengabdian seluruh umat manusia kepada Allah sahaja.

13.   Tidak bersedia untuk melancarkan Jihad dan Perang terhadap Jahiliyah dan kekuasaan jahiliah serta tidak bercadang untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia.



Sikap dan tindakan Rasulullah saw terhadap agama dan kekuasaan Jahiliyah :

1. Mengisytiharkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ untuk menegakkan kekuasaan Islam dan sistem kehidupan Islam, serta matlamat untuk menghapuskan kekuasaan dan kerajaan Jahiliyah.

2.  Mengisytiharkan agama jahiliyah Mekah sebagai agama yang syirik dan kufur.

3  Tidak mengamal, mengimani dan menganuti agama Jahiliyah.

4.  Tidak membolehkan amalan agama Jahiliyah bagi tujuan perjuangan Islam.

5.  Tidak mengiktiraf dan bersetuju terhadap agama Jahiliyah.

6.Tidak bersetuju untuk menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang kepada manusia.

7.  Tidak mentaati peraturan dan undang-undang manusia.

8. Menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap agama Jahiliyah.

9.   Memisah dan mengasingkan diri daripada kepimpinan kufur dan kekuasaan kufur serta untuk memusuhi dan membencinya.

10. Mengamalkan sikap tidak berkompromi dan non-konformis terhadap agama Jahiliyah.

11. Mencabar dan mengancam agama Jahiliyah yang sedang berkuasa dan berdaulat.

12.Bersedia dan sanggup untuk dizalimi dan ditindas oleh kekuasaan Jahiliyah dengan ketara dan berpajangan.

13. Setelah memperolehi kekuatan, Islam akan melancarkan Jihad dan Perang terhadap Jahiliyah untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia dan untuk mengembalikan pengabdian seluruh umat manusia kepada Allah sahaja.

Sikap, tindakan dan kehidupan Rasulullah saw terhadap agama Jahiliyah dan sistem kehidupan Jahiliyah di zaman Mekah mengajar kita bahawa sikap kita terhadap agama demokrasi dan sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur ini tiada yang lain melainkan hanyalah dalam bentuk PENOLAKAN TOTAL, TANPA KOMPROMI dan KONFRANTASI TERBUKA terhadapnya, sekali-kali kita tidak boleh mengamalkannya, kita hendaklah MENGELUARKAN diri kita daripada sistem politik demokrasi dan sistem kehidupan demokrasi yang syirik dan kufur ini, kita hendaklah MEMISAH dan MENGASINGKAN diri kita daripadanya dan kita hendaklah MEMUSUHI dan MEMBNCINYA buat selama-lamanya, iaitu sehingga ianya mengelami keruntuhan dan kehancuran yang total untuk kemudiannya digantikan dengan sebuah kerajaan Allah dan sistem kehidupan daripada Allah. Inilah perintah dan tuntutan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ke atas setiap orang yang beriman kepadanya, inilah hukum  ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, dan sekiranya kita tidak melakukannya, ianya bererti bahawa kita tidak beriman dengannya yang bererti bahawa kita telah mengeluarkan diri kita daripada agama Allah.

Firman Allah : al-Imran 32 
Katakanlah : Taatlah kepada Allah dan Rasul, jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak kasihkan orang-orang kafir.

Kehidupan kita kini adalah kehidupan yang tidak berpandukan kepada kehidupan Rasulullah saw, malah kehidupan kita kini adalah kehidupan yang berkonflik secara total dan aktif dengan kehidupan Baginda. Kehidupan kita yang berkonflik dan berkontradiksi dengan kehidupan Rasulullah saw adalah kehidupan yang syirik dan kufur! 

Umat Islam hendaklah kembali sekali lagi untuk memasuki ke dalam agama Islam dengan mentaati dan mematuhi segala aspek dalam kehidupan Rasulullah saw.

Firman Allah : al-Baqarah 208 
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam semua sekali dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan-syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang amat nyata.

Allah menyeru kita agar kita mengeluarkan diri kita daripada agama kita yang sesat dan rosak yang sedang kita imani, anuti dan amalkan sekarang ini dan Allah menyeru kita agar kita memasuki kembali sekali lagi ke dalam agama Islam kita yang asal dan sebenar. Apabila kita mentaati dan mematuhi perintah Allah untuk sekali lagi memasuki ke dalam agama Allah, iaitu dengan melancarkan perjuangan untuk melaksanakan segala peraturan dan undang Allah dalam seluruh bidang kehidupan kita yang meliputi bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa serta kita menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap kerajaan demokrasi yang kini sedang berkuasa dan berdaulat ke atas kita serta dengan segala peraturan dan undang-undangnya yang syirik dan kufur - itulah ertinya kita telah memasuki kembali ke dalam agama kita dan itulah ertinya titik permulaan kepada berlakunya PROSES REVOLUSI, iaitu perjuangan Islam yang akan menuju kepada Jihad, Perang dan Revolusi untuk menjatuh dan menghancurkan agama demokrasi dan kerajaan Malaysia yang syirik dan kufur ini. 

ISLAM dan DEMOKRASI wujud dan beroperasi dalam bentuk satu “dichotomy”, iaitu satu bentuk "AGAMA menentang AGAMA!” Islam yang didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Allah itu adalah satu penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif dan total terhadap demokrasi, pemikiran demokrasi, kerajaan demokrasi serta segala peraturan dan undang-undang demokrasi kerana kesemuanya itu adalah didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang syirik dan kufur. Sikap Islam terhadap segala bentuk kesyirikan dan kekufuran, termasuklah demokrasi dan seluruh kerajaan demokrasi di dunia ini adalah dalam bentuk PENOLAKAN, PENENTANGAN, PERMUSUHAN dan KEBENCIAN yang berpanjangan terhadapnya. Begitulah juga demokrasi yang syirik dan kufur itu adalah satu penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif dan total terhadap agama Islam, kerajaan Islam berserta segala peraturan dan undang-undang Islam. "AGAMA menentang AGAMA" yang berlaku di antara Islam dengan kufur adalah sesuatu yang “natural” dan semula jadi mengikut pengertian kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ

Menolak, menentang, memusuhi dan membenci agama manusia dan kerajaan manusia adalah SYARAT keimanan kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Umat Islam yang bersifat berkecuali dan mereka tidak lagi menolak, menentang, memusuhi dan membenci agama manusia dan kerajaan manusia ianya bererti bahawa mereka tidak lagi berpegang kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Ibadat yang paling besar bagi kita yang sedang berada di bawah kerajaan Jahiliyah demokrasi yang syirik dan kufur ini, iaitu ibadat yang lebih utama dan mengatasi ibadat-ibadat solat, puasa, haji, tahlil, wirid, zikir, doa, sedekah, kelas agama, kelas tahfiz serta seluruh ibadat yang lain, ialah MENOLAK, MENENTANG, MEMUSUHI DAN MEMBENCI secara terbuka, aktif dan total terhadap kerajaan demokrasi kita dan tindakan-tindakan untuk mendeklarasikan sifat-sifatnya yang syirik dan kufur ini.

Jihad yang paling besar ialah menyatakan kebenaran dihadapan pemerintah yang zalim.

Hadis Abu Daud, Termizi, Ibn Majah,
Daripada Abu Said al-Khudri

Jihad yang paling besar dalam Islam ialah Jihad yang merangsang, menggalak dan membawa kita untuk menuju ke arah mewujud dan merealisasikan satu situasi penolakan, penentangan, permusuhan dan kebencian di antara Islam dengan sesuatu kekuasaan dan kerajaan yang syirik dan kufur seperti kerajaan demokrasi kita ini. Ini adalah kerana bertindak aktif dan tegas dalam mengisytiharkan kesyirikan dan kekufuran agama demokrasi dan mengisytiharkan perintah Allah untuk meruntuh dan menjatuhkan kekuatan, kekuasaan dan kerajaan demokrasi untuk kemudiannya digantikan dengan kerajaan Islam adalah Jihad yang paling besar di sisi Allah swt. Jihad dalam bentuk sikap dan tindakan-tindakan seperti ini hanya membawa kepada satu kesudahan sahaja, iaitu konflik dan perang di antara kekuatan Islam dengan kekuatan demokrasi yang disokong oleh seluruh kekuatan daripada seluruh angkatan perang daripada kuasa-kuasa besar yang syirik dan kufur di dunia.
 
Firman Allah  : al-A’raf 3 
Ikutlah segala apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu dan janganlah ikuti pemimpin-pemimpin yang lain daripada Allah (malangnya) sedikit sekali kamu mengambil peringatan.
 
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Inilah persoalan asasi agama Islam, iaitu kesanggupan menjunjung segala perintah yang diturunkan Allah itulah Islam atau penyerahan diri kepada Allah atau itulah pengiktirafan terhadap Rububiyah Allah dan pengakuan bahawa Allah yang Maha Esa sahaja mempunyai kuasa Hakimiyah yang wajib dijunjung segala perintah dan larangan-Nya dan tiada siapa yang lain daripada Allah yang mempunyai kuasa itu. Perbuatan menjunjung perintah pemimpin-pemimpin yang lain daripada Allah itulah perbuatan syirik atau itulah perbuatan menolak pengiktirafan terhadap Rububiyah Allah, bagai mana tidak syirik sedangkan kuasa Hakimiyah tidak dikhususkan kepada Allah sahaja ?

Ayat ini mengandungi dua perintah daripada Allah; pertama, perintah supaya kita ikut, taat dan patuh kepada Allah sahaja; kedua, perintah supaya kita menolak, menentang, memusuhi dan membenci pemimpin-pemimpin yang selain daripada Allah, iaitu penentangan dan penyingkiran terhadap seluruh TUHAN MANUSIA yang sedang berkuasa dan berdaulat dalam agama demokrasi kita ini. Perintah-perintah ini adalah satu penolakan, penentangan, permusuhan dan kebencian terhadap kekufuran yang menggambarkan kewujudan konsep PENOLAKAN TOTAL di antara Islam dengan seluruh kekuatan kufur di dunia.

Firman Allah : Hud 2 
Agar kamu jangan menyembah melainkan Allah.

Firman Allah : an-Nisa 36 
Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersetukui-Nya walau sedikit sekalipun . 
Jangan menyembah Tuhan-tuhan yang selain daripada Allah bererti menentang, memusuhi dan memerangi seluruh Tuhan Manusia yang sedang berkuasa dan berdaulat ke atas kita kini sehingga ianya mengelami keruntuhan dan kehancuran yang total untuk kemudiannya digantikan dengan kerajaan Allah di bumi.
 

Firman Allah : al-Imran 149 
Wahai orang-orang yang beriman jika kamu taat kepada orang-orang yang kafir nescaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kembali murtad) lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran)
Ini adalah satu anggapan yang salah besar, kerana orang yang tidak berani tampil ke hadapan di bidang ini pastilah mengundurkan dirinya ke belakang dan orang-orang yang tidak menentang pastilah mengundurkan dirinya ke belakang dan kembali semula kepada kekufuran, kejahatan, kesesatan, kebatilan dan kezaliman. Seseorang yang tidak dapat dipelihara oleh Aqidah dan keimanannya daripada tunduk kepada orang-orang kafir, daripada mendengar dan percaya kepada mereka sebenarnya telah meninggalkan AQIDAH dan keimanannya sejak detik masa yang pertama lagi. Itulah kekalahan jiwa, di mana pendukung AQIDAH tunduk kepada musuh-musuh AQIDAHnya, mendengar bisikan mereka dan mematuhi arahan-arahan mereka. Itulah kekalahan daripada awal mula lagi, oleh sebab itulah tiada siapa yang dapat melindunginya daripada kekalahan pada akhir perjuangannya dan daripada kembali balik kepada kekufuran walaupun ia tidak merasa dalam langkah-langkahnya yang pertama bahawa dia sedang dalam perjalanan menuju ke arah kesudahan yang malang itu.

Sekiranya kita tidak mengamalkan konsep PENOLAKAN TOTAL dalam kehidupan kita, kita akan hanyut kepada kekufuran. Kita menjadi kafir kerana kita tidak sanggup untuk melancarkan tindakan-tindakan penentangan, permusuhan dan kebencian yang aktif dan total terhadap agama demokrasi dan kerajaan demokrasi kita ini. Kita menjadi kafir kerana kita menyetujui dan meredhainya dan kita menjadi kafir kerana kita mengiktiraf dan melegitimasikan agama demokrasi dan kerajaan demokrasi kita ini padahal ianya adalah kerajaan yang syirik dan kufur. Kita menjadi kafir kerana kita taat dan patuh kepada para pemimpin kita dan Raja-Raja Melayu kita dan kepada agama demokrasi, kerajaan demokrasi dengan segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang syirik dan kufur. Kita menjadi kafir kerana kita telah bergabung dan bersatu dengan orang-orang kafir di dalam parti-parti politik bagi mencari pengaruh dan kekuatan politik untuk berkuasa dan memerintah di dalam negara kita. Kita menjadi kafir kerana kita menghalal dan membolehkan amalan agama demokrasi kita ini padahal itu bererti kita telah menghalal dan membolehkan amalan agama yang syirik dan kufur ini.

Pertama-tama sekali kita menjadi kafir kerana kita tidak mempercayai bahawa agama demokrasi ini adalah agama yang syirik dan kufur dan kerajaan demokrasi kita ini adalah kerajaan yang syirik dan kufur.

Firman Allah: ali-Imran 64 
Katakanlah: "Wahai ahlil kitab! Marilah berpegang kepada satu perjanjian yang saksama di antara kami dan kamu, iaitu kita jangan menyembah melainkan Allah, dan kita jangan mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun, dan jangan pula sesetengah kita menjadi yang lain sebagai Tuhan-Tuhan selain dari Allah dan jika mereka berpaling maka katakanlah (kepada mereka): "saksikanlah bahawa adalah kami sekalian golongan Muslim."

Allah s.w.t. melarang kita daripada menyembah Tuhan yang selain daripada-Nya, Allah melarang kita daripada mempersekutukan-Nya dan Allah melarang kita daripada mempertuhankan sesama manusia. Larangan-larangan seperti ini tiada yang lain melainkan hanyalah bererti Allah memerintahkan kita agar kita mengamalkan sikap dan tindakan-tindakan penolakan, penentangan, permusuhan dan kebencian dengan terbuka, aktif dan total terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi kita ini, malah ayat ini adalah perintah Allah supaya kita melancarkan Revolusi dan Perang terhadapnya, dan sikap dan tindakan-tindakan seperti ini adalah tergolong ke dalam bahagian AQIDAH yang amalannya itu adalah satu kesempurnaan kepada pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

Firman Allah: al-Anaam 56 
Katakanlah, “Sesungguhnya aku dilarang menyembah tuhan-tuhan yang kamu sembah selain daripada Allah.” Katakanlah lagi, “ aku tidak akan menurut hawa nafsu kamu kerana kalau aku turut sesungguhnya sesatlah aku, dan tiadalah aku daripada orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.

Firman Allah: asy-Syu’ara’ 151, 152 
Dan janganlah kamu mentaati perintah orang-orang yang melewati batas, iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan.
 
Firman Allah: al-Ahzab 1, 48 
Wahai Nabi! tetaplah bertaqwa kepada Allah, dan janganlah engkau patuh kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Dan jangan engkau turut kehendak orang - orang  kafir dan orang-orang munafik, dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah; dan cukuplah Allah menjadi Pelindung.  
 
Firman Allah: Fussilat 14 
Janganlah kamu sembah melainkan Allah
 
Firman Allah : Hud 59 
Dan itulah kaum ‘Ad yang telah mengingkarkan ayat-ayat Tuhan mereka dan menderhaka terhadap Rasul–Rasul-Nya dan mereka telah mengikut perintah setiap ketua mereka yang bermaharajalela dan degil.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Itulah perbuatan menderhaka perintah para Rasul dan mengikut perintah penguasa-penguasa yang bermaharajalela, sedangkan Islam mewajibkan taat kepada perintah para Rasul kerana ia adalah daripada perintah Allah di samping mewajibkan derhaka kepada perintah penguasa-penguasa yang bermaharajalela. Inilah persimpangan jalan yang memisahkan di antara Jahiliyah dengan Islam, di antara kekufuran dan keimanan dalam setiap risalah yang dibawa oleh setiap Rasul .

Demikianlah ternyata bahawa dakwah Tauhid dari awal-awal lagi menekankan agar manusia membebaskan diri mereka daripada ketaatan kepada yang lain daripada Allah dan agar menentang kuasa Tuhan-tuhan palsu yang zalim. Dakwah Tauhid mengira perbuatan menyerahkan syaksyiah seseorang dan menyerahkan hak kebebasan diri kerana mematuhi dan mentaati penguasa–penguasa yang zalim dan angkuh itu sebagai jenayah syirik dan kufur yang wajar menerima kebinasaan di dunia dan azab di akhirat. Allah menciptakan manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang bebas dan mereka yang tidak memberi Ubudiyah mereka kepada sesiapa pun daripada makhluk Allah dan tidak pula menyerahkan hak kebebasan diri mereka kepada mana-mana penguasa ketua dan pemimpin yang zalim .

Allah mengutuk kaum ‘Ad kerana mereka mentaati dan mematuhi pemimpin-pemimpin mereka yang zalim dan menindas sedangkan Allah MEWAJIBKAN mereka supaya menolak, menentang dan menderhakai para penguasa mereka yang zalim dan menindas lantaran kesyirikan dan kekufuran kerajaan dan undang-undang mereka itu. Sikap Islam terhadap agama demokrasi dan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur hanyalah penolakan, penentangan, permusuhan dan kebencian yang aktif dan total terhadapnya yang menyempurnakan pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ

Firman Allah: al-Baqarah 256 
Barang siapa yang kufurkan Taghut dan beriman kepada Allah, sesungguhnya dia telah berpegang kepada tali yang teguh yang tiada akan putus.

Ayat di atas ini mengisytiharkan bahawa tindakan dan perjuangan kita yang terlebih dahulu mengkufur ingkarkan agama demokrasi dan kerajaan demokrasi kita ini yang diikuti dengan keimanan kita kepada Allah dan agama Allah bererti kita telah berpegang teguh kepada Aqidah kita dengan kuat dan kukuh. Umat Islam kita yang kini sedang berada di bawah kekuasaan dan pemerintahan demokrasi yang kafir dan Taghut ini adalah disifatkan Allah sebagai orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan agama Allah sekiranya mereka ini tidak mengkufur ingkarkan kerajaan demokrasi yang Taghut ini, iaitu sekiranya mereka tidak mempercayai dan mengisytiharkan bahawa demokrasi dan kerajaan demokrasi kita ini adalah kerajaan yang kafir, zalim dan fasik, sekiranya mereka tidak memisah dan mengasingkan diri mereka daripadanya dan sekiranya mereka tidak menafi, menolak, mengingkari dan menentangnya dengan aktif dan total terhadapnya sehingga ianya mengalami keruntuhan dan kehancuran yang total.

Ayat ini (2:256) menetapkan keimanan seseorang Islam kepada Allah itu adalah DISYARATKAN dengan sikap dan tindakan kita untuk mempercayai bahawa demokrasi ini adalah agama manusia yang kafir dan Taghut dan dengan sikap dan tindakan kita untuk mengkufur ingkarkan demokrasi dan kerajaan demokrasi yang kafir dan Taghut ini, tanpanya bererti keimanan kita kepada Allah itu tidak akan diterima oleh Allah swt.   

Firman Allah: asy-Syura 39 
Dan orang-orang yang apabila ditimpa kezaliman, mereka (tidak gentar) menuntut bela.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran):
"Tujuannya ialah untuk menjelaskan satu sifat pokok kelompok Muslim, iaitu sifat menentang kezaliman dan tidak tunduk kepada kezaliman. Ini adalah satu sifat tabii (semula jadi) bagi kelompok Muslim yang dilahirkan untuk memimpin umat manusia supaya mereka menjadi sebaik-baik umat yang menyuruh membuat kebaikan dan melarang membuat kejahatan dan supaya mereka mengamal kehidupan manusia dengan dasar kebenaran dan keadilan. Mereka adalah satu umat yang amat di muliakan Allah."

Amalan konsep PENOLAKAN TOTAL adalah sesuatu yang semula jadi dan bersesuaian dengan fitrah Islam yang semula jadi dan naluri-naluri Islam yang Maha Tinggi.

Firman Allah: ali-Imran 110 
Kamu adalah sebaik-baik umat untuk manusia: Kamu menyuruh kepada kebaikan dan melarang daripada kejahatan, dan kamu beriman kepada Allah.

Konsep “amar makruf nahi mungkar” adalah satu konsep yang dinamik, radikal dan revolusyeneri dalam pemikiran dan kehidupan Islam di mana ia memerintahkan kita supaya menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap demokrasi yang syirik dan kufur ini, sedangkan kegagalan atau keengganan kita untuk mempraktikkan perintah ini boleh menyebabkan ketidak sempurnaan kepada keimanan kita. Kemungkaran yang paling utama yang diperintahkan Allah untuk kita hapuskan ialah kesyirikan dan kekufuran kerajaan demokrasi yang sedang berkuasa, memerintah dan berdaulat, dan makruf yang paling utama yang mengatasi segala makruf yang lain yang diperintahkan Allah ke atas kita ialah untuk menghapuskan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini.

Firman Allah : al-Fatihah 5 
Hanya Engkau sahaja Tuhan yang kami sembah dan hanya Engkau sahaja kami pohon pertolongan.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Bagi seorang Muslim kuasa-kuasa manusia itu terbahagi kepada dua jenis : satu kuasa yang mendapat hidayat, beriman kepada Allah dan menurut jalan Allah. Kuasa inilah yang harus disokong olehnya dan diberi kerja sama untuk menegakkan kebajikan, kebenaran dan kebaikan. Satu lagi kuasa ialah kuasa yang sesat yang tidak mempunyai hubungan dengan Allah dan tidak mengikut jalan-Nya. Kuasa inilah yang harus diperangi, ditentang dan dicemburui olehnya.

Tidak menyembah Tuhan yang selain daripada Allah hanya mempunyai satu pengertian sahaja – menolak seluruh Tuhan yang lain dan menolak dan menentang para pemimpin kita dan Raja-Raja Melayu kita ini serta memusuhi, memerangi dan membenci agama demokrasi dan kerajaan demokrasi Malaysia kita ini. Rasulullah saw dan para Rasul yang terdahulu diutuskan kepada manusia bukan setakat hanya untuk mendirikan solat, puasa, hajj dan segala peribadatan ritual sahaja, tetapi MISI mereka yang paling utama dan agung ialah untuk MENENTANG, MENCABAR dan MENGANCAM kekuasaan-kekuasaan manusia dan untuk MENGGERAKKAN massa ummah sebagai satu angkatan (Pergerakan Islam) ke arah Jihad, Perang dan Revolusi untuk menghancurkan kekuasaan-kekuasaan manusia Itu untuk kemudiannya dipulang dan dikembalikan kekuasaan-kekuasaan itu kepada Allah swt.

Firman Allah: al-Baqarah 193 
Dan berperanglah sehingga tiada lagi penindasan dan jadilah agama itu hanya untuk Allah.
 
Firman Allah: al-Baqarah 251 
Jika Allah tidak menahan segolongan manusia dengan yang lain, nescaya berleluasa kerosakan di bumi. 
Islam menyerbu dan menggempur seluruh kekuatan dan kekuasaan manusia di bumi dengan Jihad dan Perang agar mereka itu menyerah, kalah dan tunduk kepada kekuasaan Islam yang akan menjadikan agama Islam ini sebagai satu agama NOMBOR SATU di dunia, iaitu agama yang paling berkuasa, dominan dan agung yang mengatasi dan menundukkan seluruh kekuatan dan kekuasaan agama dan golongan yang lain di dunia dan ianya adalah agama yang memerintah dan berkuasa ke atas seluruh umat manusia di bumi.
 
Firman Allah: at-Taubah 123 
Wahai orang-orang beriman! Perangilah orang-orang kafir yang berdekatan dengan kamu, dan biarlah mereka merasai kekerasan kamu; ketahuilah Allah bersama-sama dengan orang-orang bertaqwa.

Sayyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Di dalam ayat ini kita dapati perintah daripada Allah supaya memerangi orang-orang kafir yang berdekatan dengan kaum Muslimin tanpa menyebut mereka menceroboh kaum Muslimin atau menyerang kampung halaman kaum Muslimin. Dan kita faham bahawa perintah ini merupakan perintah “final” yang membuat tugas memperjuangkan agama ini merupakan dasar yang melahirkan prinsip Jihad dan ia bukannya merupakan semata-mata langkah “pertahanan” sebagaimana yang wujud dalam peraturan- peraturan Marhaliyah di masa pertama penubuhan kerajaan Islam di Madinah.

Allah memerintahkan Rasulullah saw supaya menyerang dan memerangi musuh Islam, iaitu kerajaan Rom, tanpa mengenakan sebarang syarat, iaitu syarat yang musuh Islam itu terlebih dahulu menyerang dan memerangi Islam. Allah memerintahkan kita supaya menyerang dan memerangi musuh-musuh kita tanpa terlebih dahulu kita ini diancam, dicerobohi dan dikasari oleh mereka itu, malah Allah menghendaki supaya kitalah yang terlebih dahulu mengkasari, mengganggu, mengancam dan menakut-nakutkan mereka.

Firman Allah : al-Maidah 54 
Maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia;  mereka pula bersifat lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku keras dan kasar terhadap orang-orang kafir, mereka berjihad di jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang-orang yang mencela.

Allah memperingati kita bahawa orang-orang yang beriman kepada Allah adalah orang-orang yang bersifat keras dan kasar terhadap agama demokrasi dan kerajaan demokrasi kita yang syirik dan kufur ini, justeru orang-orang yang tidak bersifat keras dan kasar terhadapnya, mengikut pengertian ayat di atas ini, mereka itu adalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah!

Firman Allah :al-Anfal 60 
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan daripada pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh  yang lain daripada mereka yang kamu tidak mengetahuinya, sedangkan Allah mengetahuinya. Dan apa yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiayai.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
“Tujuannya ialah untuk menimbulkan perasaan takut di dalam hati musuh-musuh Allah yang sekaligus merupakan musuh-musuh kaum Muslimin di dunia, iaitu musuh-musuh yang jelas yang diketahui oleh kaum Muslimin dan musuh-musuh yang berada di belakang yang tidak diketahui mereka atau musuh-musuh yang tidak menunjukkan perseteruan secara terang-terangan terhadap mereka, sedangkan Allah mengetahui rahsia-rahsia dan hakikat-hakikat mereka. Kumpulan musuh-musuh ini akan merasa gentar terhadap kekuatan Islam walaupun kekuatan ini belum lagi menghentam mereka. Kaum Muslimin diperintahkan supaya menjadi kuat dan supaya mereka mengumpulkan segala punca kekuatan yang mampu dikumpulkan mereka agar mereka ditakuti dan digeruni di muka bumi ini, dan agar kalimatullah terletak ditempat yang paling tinggi, dan agar seluruh ketaatan tertentu kepada Allah SWT sahaja.”

Allah memerintahkan kita supaya menyedia dan mengumpulkan segala jenis dan bentuk kekuatan, iaitu ketenteraan dan persenjataan, kewangan, ilmu dan teknologi untuk mencabar, mengancam, menggerun dan menakut-nakutkan musuh-musuh kita. Sikap kita terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi hanyalah permusuhan dan kebencian, dan dengan mengoperasikan segala bentuk tindakan yang agresif, kasar dan militen yang boleh mengancam, mengganggu, menakut-nakut dan menggerunkan mereka terhadap kita.
Kesimpulan :

1.  Penolakan total, permusuhan dan kebencian terhadap agama demokrasi dan kerajaan demokrasi serta sikap dan tindakan-tindakan yang keras, kasar, agresif, dan militen yang boleh menggerun dan menakut-nakutkan mereka (kerajaan demokrasi) kesemuanya adalah perintah Allah yang terkandung dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ;

2. Menyokong dan mempertahankan agama demokrasi dan kerajaan demokrasi adalah penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang aktif dan total terhadap kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan seseorang itu daripada beriman dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ (4:60; 60:4);

3. Orang-orang yang tidak mempercayai bahawa penolakan total, permusuhan dan kebencian terhadap agama demokrasi dan kerajaan demokrasi serta sikap dan tindakan-tindakan yang keras, kasar, agresif, dan militen yang boleh menggerun dan menakut-nakutkan mereka (kerajaan demokrasi) kesemuanya adalah perintah Allah adalah orang-orang yang tidak beriman dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲyang mengeluarkan mereka daripada agama Allah;

4.   Orang-orang yang tidak mempercayai bahawa menyokong dan mempertahankan agama demokrasi dan kerajaan demokrasi adalah larangan Allah, adalah orang-orang yang tidak beriman dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah;

5.  Orang-orang yang bersikap KONFORMIS terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi adalah orang-orang yang melakukan tindakan-tindakan penolakan, penentangan, permusuhan dan kebencian terhadap kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan terkeluar daripada agama Allah, manakala orang-orang yang bersikap NON-KONFORMIS atau sikap penentangan, permusuhan dan kebencian terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi adalah orang-orang yang beriman dan berpegang teguh kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan kekal berada di dalam agama Allah (42:39; 4:75,97). 

Inilah sistem kehidupan Islam daripada Allah dan Rasul-Nya yang menolak dan mengingkari dengan total, bersungguhan dan tegas terhadap agama Jahiliyah, dan inilah sistem kehidupan pimpinan Rasulullah saw yang amat radikal, agresif, militen dan revolusyeneri terhadap kekuatan dan kekuasaan Jahiliyah. Namun kehidupan seluruh massa umat Islam kita baik di Malaysia mahupun di dunia yang global ini adalah berbeza dengan total dengan sistem kehidupan yang wujud dalam komuniti kecil umat Islam semasa di zaman Mekah di bawah kepimpinan Rasulullah saw dahulu itu - perbezaan yang total ini sebenarnya mempunyai implikasi yang amat jauh dan mendalam, ianya bererti bahawa kita tidak lagi beriman dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan kita tidak lagi berada dalam agama Allah.

Islam bukanlah agama yang pasif dan bertoleransi terhadap sesuatu kerajaan dan sistem kehidupan yang syirik dan kufur, Islam bukanlah agama yang menyepi dan menyendiri di dalam rumah-rumah ibadat sahaja, Islam bukanlah agama yang bungkam dan berdiam diri yang membiarkan kekuatan dan kekuasaan kufur untuk terus berkuasa dan berdaulat ke atas manusia tanpa sebarang cabaran dan tindakan. Konsep TAKFIR dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ membentuk dan mencorakkan agama Islam sebagai satu agama yang aktif dan bertindak, agama yang keras, kasar dan agresif terhadap kufur dan kekuasaan kufur, agama yang sentiasa mencabar, mengancam dan mengganggu seluruh kekuatan dan kekuasaan kufur di bumi ini. Islam bukanlah agama yang terhad kepada solat, puasa dan haji semata-mata, Islam adalah agama yang diutuskan Allah untuk memerintah, berkuasa dan berdaulat ke atas seluruh umat manusia, dan Islam hendaklah sentiasa aktif dan gigih berjuang dan bertindak agar ianya muncul sebagai satu agama yang berada ditempat yang NOMBOR SATU di dunia, iaitu agama yang paling berkuasa, yang mendominasi, yang mengatasi dan menundukkan seluruh agama dan seluruh kekuatan dan kekuasaan yang selain daripada Islam di seluruh bumi ini.

Islam memikul tanggungjawab yang berat untuk menolak, menentang dan memerangi seluruh kerajaan dan pemerintahan yang lain di bumi termasuklah kerajaan demokrasi dan pemerintahan demokrasi Malaysia kita ini, dan terutama sekali untuk menolak, menentang dan memerangi seluruh kekuatan dan kekuasaan kufur yang besar dan terkuat di dunia, di antaranya, termasuklah Amerika, NATO, PBB, OIC, APEC, IMF dan BANK DUNIA sehinggalah seluruh kekuatan dan kekuasaan kufur ini muktamad kalah dan tunduk kepada Islam. Hanya Islam sahaja yang mempunyai HAK, MONOPOLI dan “EXCLUSIVITY” untuk berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas seluruh umat manusia di mana sahaja di bumi ini. Di sisi kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, seluruh kerajaan manusia di bumi ini seperti kerajaan-kerajaan Malaysia, Arab Saudi, Amerika, Britain, Perancis, Russia, Cina, malah seluruh kerajaan manusia yang lain yang wujud di dunia ini pun, kesemuanya tidak mempunyai hak untuk berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas seluruh umat manusia yang berada di dalam negara-negara mereka masing-masing itu sendiri. Seluruh kerajaan manusia yang selain daripada Allah di seluruh dunia kini yang tidak menjalankan peraturan dan undang-undang Allah adalah disifatkan Islam sebagai kerajaan-kerajaan yang tidak sah (illegitimate) dan tidak boleh diiktiraf dan diakui sebagai sah di sisi kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, dan Islam tidak membenarkan kerajaan-kerajaan seperti ini untuk terus wujud, berkuasa dan memerintah ke atas umat manusia.

Di sisi kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, kerajaan Amerika yang walaupun ianya adalah dipilih oleh rakyatnya sendiri melalui sistem pilihanrayanya yang adil dan sah, ianya tetap merupakan sebuah kerajaan yang tidak mempunyai hak dan kuasa untuk memerintah ke atas rakyatnya di dalam negaranya sendiri. Kerajaan Amerika yang kafir ini adalah sebuah kerajaan yang mempunyai status yang tidak sah (illegitimate government) di sisi kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ di dalam negaranya sendiri. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ menetapkan prinsip bahawa hanya kerajaan Allah sahaja yang diiktiraf sebagai sah (legitimate) dan berhak untuk berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas rakyat Amerika di bumi Amerika itu sendiri. Begitulah seterusnya - kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ menetapkan prinsip bahawa hanya kerajaan Allah sahaja yang diiktiraf sebagai sah (legitimate) dan berhak untuk berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas seluruh umat manusia yang terdiri daripada berbagai-bagai agama dan bangsa,  serta di mana sahaja di seluruh bumi di dunia ini. Oleh yang demikian, sikap Islam terhadap kerajaan Amerika yang tidak sah itu adalah dalam bentuk PENOLAKAN, PENENTANGAN, PERMUSUHAN dan KEBENCIAN yang aktif dan total buat selama-lamanya sehinggalah kerajaan kafir Amerika itu diruntuh dan dihancurkan oleh kekuatan Islam melalui Jihad, Perang dan Revolusi untuk kemudiannya digantikan dengan sebuah kerajaan Islam.

Sikap Islam terhadap kerajaan Arab Saudi yang syirik dan kufur itu adalah juga dalam bentuk PENOLAKAN, PENENTANGAN, PERMUSUHAN dan KEBENCIAN yang aktif dan total buat selama-lamanya sehinggalah kerajaan kafir Arab Saudi itu diruntuh dan dihancurkan oleh kekuatan Islam melalui Jihad, Perang dan Revolusi untuk kemudiannya digantikan dengan sebuah kerajaan Islam. Begitulah juga sikap Islam terhadap kerajaan demokrasi Malaysia yang syirik dan kufur ini adalah dalam bentuk PENOLAKAN, PENENTANGAN, PERMUSUHAN dan KEBENCIAN yang aktif dan total buat selama-lamanya sehinggalah ianya diruntuh dan dihancurkan oleh kekuatan Islam melalui Jihad, Perang dan Revolusi untuk kemudiannya digantikan dengan sebuah kerajaan Islam yang baru yang akan menjalankan segala peraturan dan undang-undang Allah. Islam menentang, memusuhi dan membenci orang-orang Islam dan orang-orang kafir yang menyokong, memperkasa dan mempertahankan kerajaan demokrasi Malaysia kita ini, dan Islam menentang, memusuhi dan membenci orang-orang Islam dan orang-orang kafir yang tidak menyokong dan bersetuju dengan perjuangan Islam dan yang tidak inginkan kepada kerajaan Islam. Inilah sifat-sifat dinamisme dan radikalisme yang wujud dalam konsep PENOLAKAN TOTAL yang terkandung dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

 “A clash of civilisations” (konflik tamadun) yang ditulis dan kini dipopularkan oleh musuh-musuh Islam seperti Bernard Lewis dan Samuel P. Huntington itu, bukanlah satu konsep yang baru dalam sejarah hidup manusia yang panjang, malah ianya adalah AQIDAH ISLAM yang terkandung dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ “A Clash of Civilisations” ini bererti “A CLASH OF RELIGIONS”, iaitu satu konflik dalam bentuk AGAMA menentang AGAMA. Sikap Islam terhadap kufur hanyalah PENENTANGAN, PERMUSUHAN dan KEBENCIAN buat selama-lamanya sehingga seluruh kekuatan dan kekuasaan kufur itu kalah, akur, tunduk dan merendah diri kepada kekuatan dan kekuasaan Islam. Allah memerintahkan kita supaya menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap AGAMA KUFUR dengan hati, sikap dan tindakan-tindakan, termasuklah dengan Jihad dan Perang sehingga seluruh kekuatan dan kekuasaan kufur itu terhapus semua sekali daripada muka bumi ini dan supaya akhirnya hanya agama Islam sahaja yang berkuasa, berdaulat, memerintah dan dominan ke atas seluruh umat manusia di bumi.

Kebangkitan Islam yang dipimpin oleh Rasulullah saw yang membawa kepada era keagungan Islam yang mengatasi, menunduk dan mendominasikan seluruh kekuatan dan kekuasaan kufur dunia selama lebih daripada seribu dua ratus tahun, adalah satu era penentangan, permusuhan dan kebencian di antara Islam dengan seluruh kekuatan dan kekuasan kufur di dunia. Pada zaman keagungan dan hegemoni Islam ke atas kufur itu, kufur Barat telah bersatu sesama mereka di atas asas aqidah Yahudi dan Kristian. Pada hari ini golongan elit mereka telah meninggalkan agama-agama Yahudi dan Kristian, khususnya kaum Yahudi telah membentuk satu agama yang baru, agama ILLUMINATI, iaitu agama yang diisytiharkan kembali kewujudan dan pembentukannya oleh Prof. Johann Adam Weishaupt  pada TM 1776, di Bavaria, iaitu agama menyembah Berhala yang Tuhan mereka itu dinamakan mereka sebagai LUCIFER, iaitu yang dimaksudkan kepada Iblis di dalam al-Quran. Sebenarnya agama ILLUMINATI ini lebih merupakan satu “secret society” yang telahpun wujud lama sebelum daripada Perang Salib lagi, dan sejarah dan latarbelakang kewujudannya itu banyak diliputi oleh kerahsiaan, ketidak jelasan dan misteri yang sebahagian yang terbesar tentang kisah-kisahnya itu tidak diketahui umum, dan kajian mengenainya sentiasa sahaja diliputi dan dipenuhi dengan gejala teka teki dan ketidak pastian.

Badan-badan dunia seperti PBB, NATO, OIC, APEC, OPEC, IMF, WWF, BANK DUNIA adalah di antara badan-badan yang dibentukkan mereka sebagai jentera yang utama mereka ke arah merealisasikan cita-cita mereka. Seluruh negara KUMPULAN TUJUH, dan negara-negara Russia dan Cina, serta seluruh negara umat Islam, kesemuanya kini adalah negara-negara boneka mereka. Mereka bergerak secara rahsia dengan menggunakan segala tektik dan strategi dalam bentuk tipudaya, manipulasi dan eksploitasi, dan juga dengan sepenuhnya menggunakan kekuatan kewangan, politik, teknologi dan militeri yang dimiliki mereka. Mereka juga terlibat dengan pengeluaran, “traficking” dan perdagangan dadah secara besar-besaran di peringkat dunia yang global, mereka terlibat dengan perjudian dan pelacuran, mereka mengkontrol dan mengoperasikan kegiatan-kegiatan kongsi gelap di seluruh dunia, mereka mencetuskan segala peperangan yang boleh memberi keuntungan kepada mereka, mereka menaik dan menurunkan nilai-nilai seluruh mata wang dunia dan mereka mengokestrakan pertumbuhan dan kemelesetan ekonomi dunia. Melalui segala tektik dan strategi seperti ini mereka telah dan akan terus meraihkan keuntungan-keuntungan yang besar samada dalam bentuk kewangan dan ekonomi mahupun politik dan militeri, dan yang terpenting sekali ialah mereka dapat mengkontrol dan mengestablishkan kekuasaan dan hegemoni mereka ke atas seluruh ekonomi dan politik dunia. 

Dalam pada itu, mereka amat menyedari bahawa perjalanan mereka ke arah matlamat GLOBALISASI mereka yang zalim dan jahat yang bertujuan untuk menghamba abdikan kita kepada kekuasaan mereka  ini akan hanya dapat disekat dan dihalangi dipertengahan jalan oleh kekuatan Islam, dan akhirnya pertembungan di antara Islam dengan kufur ini akan tetap berlaku, dan pertembungan ini dinamakan mereka sebagai “A CLASH OF CIVILISATIONS”, iaitu satu konflik militeri secara besara-besaran di antara Islam dengan kufur. Matlamat mereka adalah untuk mengatasi dan mengkontrolkan kita sedangkan kita juga mempunyai matlamat yang sama dan serupa, iaitu untuk mengatasi dan mengkontrolkan mereka – hal ini tiada yang lain melainkan hanya membawa kepada satu kesudahan sahaja, iaitu ianya akan membawa kepada meletusnya “A CLASH OF CIVILISATIONS” di antara kita dengan mereka.

Firman Allah : an-Nisa 76 
Orang-orang beriman berperang pada jalan Allah dan orang-orang kafir pula berperang pada jalan Taghut.
 
Para pemimpin dan pemerintah dalam sesebuah kerajaan demokrasi, termasuklah juga mereka yang bergama Islam, adalah dinamakan sebagai para Taghut  di sisi Islam. Perjuangan para Taghut pada setiap masa dan di setiap penjuru di bumi ini adalah untuk memerangi dan mengusir orang-orang yang beriman daripada tampok pemerintahan di dalam sesebuah Negara Islam, manakala matlamat orang-orang yang beriman adalah juga untuk memerangi dan mengusir para Taghut daripada tampok pemerintahan di dalam sesebuah negara mereka yang syirik dan kufur. Memerangi para Taghut dan mengusir mereka daripada tampok pemerintahan di dalam sesebuah negara mereka yang syirik dan kufur adalah AQIDAH kita – dalam keadaan yang sebegini, sudah semestinya tiada perdamaian di antara kita dengan mereka buat selama-lamanya. “A clash of civilisations” dalam bentuk Jihad, Perang dan Revolusi di antara Islam dengan seluruh kekuatan dan kekuasaan kufur dan para Taghut di bumi ini yang diwar-war dan diprofesikan mereka ini akan menentukan samada mereka atau Islam yang akan memiliki “total supremacy” dan “hegemony” ke atas seluruh umat manusia di bumi. “A clash of Civilisations” ini adalah satu gejala yang berlaku secara berpanjangan di sepanjang sejarah kehidupan umat manusia di bumi – ianya telah berlaku sejak ribuan tahun yang lalu seperti mana cerita-cerita seluruh konflik di antara para Rasul dengan para Taghut  yang dimuatkan di dalam al-Quranul Karim untuk tatapan dan peringatan kepada kita, ia sedang berlaku sekarang di bumi kita ini dan ianya akan terus berlaku pada masa-masa hadapan tanpa kesudahan sebagai ujian kepada orang-orang yang beriman.

Firman Allah : A’basa 23 
Tidak sekali-kali begitu , manusia belum lagi melaksanakan apa yang diperintahkan-Nya.

Ini adalah satu perisytiharan daripada Allah kepada seluruh umat manusia di bumi, dan perisytiharan ini juga boleh dituju dan dimaksudkan kepada seluruh umat Islam pada ketika ini, baik di Malaysia mahupun di dunia kita ini, yang belum lagi melaksanakan segala perintah Allah yang Maha Utama dan Maha Agung - umat Islam kita sudahpun melakukan segala syiar ibadat ritual seperti solat, puasa, zakat dan haji dengan tekun, khusyuk dan sempurna, namun kita belum lagi melaksanakan segala perintah Allah yang berhubung kait dengan AQIDAH kita. Allah telahpun memerintahkan kita supaya kita mengeluarkan diri kita daripada sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur ini, Allah memerintahkan kita supaya kita tidak mengamalkannya, Allah memerintahkan kita supaya kita mengkufur-ingkarkannya, Allah memerintahkan kita supaya kita memusuhi dan membencinya, Allah memerintahkan kita supaya kita melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi terhadapnya sehingga ianya mengelami keruntuhan dan kehancuran yang total untuk kemudiannya digantikan dengan kerajaan Allah di bumi. Namun kita masih belum lagi melaksanakan segala perintah Allah yang Maha Utama dan Maha Agung seperti ini, kita masih tekun, ghairah dan khusyuk dalam mengamalkan sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur ini, kita masih menyetujui dan meredhainya, dan oleh yang demikian, sudah sewajarnyalah kita kini masih lagi berada di luar daripada agama Allah dan kita sekali-kali tidak ingin untuk memasuki kembali ke dalam agama Allah. Kita mempunyai hati yang buta, keras dan degil yang cintakan agama demokrasi dan agama kita yang kedua-duanya ini adalah agama-agama yang kafir, zalim dan fasik!   

Di antara tugas dan cabaran kita yang amat besar pada masa ini ialah untuk mengajar dan membimbing masyarakat umat Islam kita supaya mereka memahami dan menerima bahawa agama Islam bukanlah agama yang BERKOMPROMI dan BERTOLERANSI dengan agama-agama kufur yang lain. Umat Islam hendaklah diajar dan dibimbing supaya memahami dan menerima konsep kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bahawa agama Islam tidak membenarkan agama-agama yang lain untuk berkuasa dan memerintah ke atas manusia dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ tidak membenarkan agama-agama yang lain untuk muncul sebagai agama-agama yang paling tinggi dan “supreme” dalam sesuatu masyarakat dan sesuatu negara yang mengatasi agama Allah. Umat Islam hendaklah diajar dan dibimbing supaya memahami dan menerima konsep kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bahawa pelancaran Jihad dan Perang ke atas golongan-golongan yang lain itu dengan tujuan-tujuan - agar hanya agama Allah dan peraturan dan undang-undang Allah sahaja yang berhak untuk berkuasa dan memerintah ke atas seluruh umat manusia, dan agar hanya agama Allah sahaja yang muncul sebagai agama yang tertinggi dan “supreme” yang mengatasi dan menguasai ke atas seluruh agama dan fahaman yang lain - adalah seruan Allah dan perintah Allah yang diwajibkan ke atas setiap orang yang beriman kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Umat Islam kita hendaklah diajar dan dibimbing supaya memahami, menyedari dan menerima bahawa Jihad dan Perang adalah alat Islam untuk mengatasi kufur dan kekuasaan kufur supaya Islam muncul sebagai agama yang berkuasa dan memerintah ke atas seluruh umat manusia baik di Malaysia mahupun di dunia yang universal.

Umat Islam kita hendaklah diajar dan dibimbing supaya memahami dan menyedari bahawa toleransi terhadap agama-agama yang lain hanya wujud dan berlaku setelah mereka itu (orang-orang kafir) berada di bawah kekuasaan dan pemerintahan agama Allah yang berkuat kuasa di dalamnya segala peraturan dan undang-undang Allah dalam seluruh bidang kehidupan. Toleransi kita hanyalah terhadap agama-agama kafir dan orang-orang kafir yang menerima, taat dan patuh kepada peraturan dan undang-undang Allah dan yang tunduk dan mengalah kepada kerajaan Allah. Tiada toleransi terhadap agama-agama kafir dan orang-orang kafir di Malaysia kita ini yang sememangnya bersikap anti-Islam, anti-undang-undang Islam dan anti-kerajaan Islam. Perintah Allah untuk kita terhadap agama-agama kafir dan orang-orang kafir seperti ini hanyalah dalam bentuk permusuhan dan kebencian yang berpanjangan, dan setelah kita mencapai kekuatan nanti, Allah memerintahkan kita supaya kita menyerang dan memerangi mereka sehingga mereka itu kesemuanya kalah dan tunduk dengan hina kepada kita. Allah melarang kita daripada memberi kepercayaan, setia kawan dan perasaan harmoni terhadap mereka. Perpaduan di antara kaum Muslim dengan orang-orang kafir sedangkan mereka itu tidak menerima hukum Allah seperti mana perpaduan di antara berbagai-bagai agama yang cuba diwujudkan di dalam negara Malaysia kita ini adalah perpaduan yang sememangnya bertentangan dengan hukum Allah dan justeru ianya adalah dilarang oleh Allah.

Umat Islam kita hendaklah diajar dan dibimbing supaya mereka menyedari bahawa mereka kini sedang berada di dalam Mentaliti Jahiliyah dan mereka hendaklah diajar dan dibimbing supaya mereka bersedia dan ingin untuk mengeluarkan diri mereka daripada Mentaliti Jahiliyah ini dan supaya mereka kembali kepada Mentaliti Islam. Allah menyeru umat Islam kita agar kita sekali lagi memasuki ke dalam agama Allah yang asal, tulen dan sebenar, dan agar kita terlebih dahulu mengeluarkan diri kita daripada agama Islam yang sesat dan rosak yang sedang kita imani, anuti dan amalkan sekarang ini. Memasuki ke dalam agama Allah bererti memasuki ke dalam Mentaliti Islam dengan terlebih dahulu mengeluarkan diri kita daripada Mentaliti Jahiliyah.

Mentaliti Islam adalah sikap dan tindakan-tindakan yang aktif dalam menentang, memusuhi dan membenci agama demokrasi dan kerajaan demokrasi ini, manakala Mentaliti Jahiliyah adalah sikap yang tidak bersedia untuk menentang, memusuhi dan membencinya atau, dalam situasi yang lebih negatif lagi, sikap yang meredhai dan senang hati terhadapnya. Umat Islam kita hendaklah diajar dan dibimbing supaya mereka menyedari bahawa sebarang perasaan dan sikap mereka yang bersedia untuk bertoleransi dan berkompromi dengan orang-orang kafir dalam hal ehwal politik dan pemerintahan negara, kesediaan untuk mengadakan sesuatu pakatan politik dengan mereka,  kesediaan untuk berkongsi kuasa politik dengan mereka – kesemuanya ini adalah Mentaliti Jahiliyah. Mereka hendaklah diberi kefahaman yang jelas bahawa Mentaliti Jahiliyah ini adalah mentaliti yang syirik dan kufur yang mengeluarkan seseorang Islam itu daripada agama Allah!

Umat Islam kita hendaklah diajar dan dibimbing supaya mereka memahami dan menyedari bahawa agama Allah adalah agama politik, iaitu agama yang mempunyai matlamat dan objektif untuk BERKUASA dan MEMERINTAH, dan agama yang sekali-kali tidak akan membenar dan memberi laluan kepada agama-agama yang lain, seperti agama demokrasi, untuk berkuasa dan memerintah ke atas kita dan ke atas seluruh umat manusia di bumi. Ke arah mencapai objektif ini, umat Islam kita hendaklah diajar dan dibimbing bahawa Allah memerintahkan kita supaya melancarkan Jihad dan Perang ke atas kuasa-kuasa kufur untuk meruntuh dan menghancurkan segala kekuatan dan kekuasaan mereka agar hanya agama Allah sahaja yang berkuasa, memerintah dan dominan ke atas seluruh umat manusia di atas muka bumi ini.

No comments:

Post a Comment