Saturday 13 October 2012

PAS KAFIR - SIRI PERTAMA


PAS KAFIR

PERJUANGAN PAS melalui sistem politik demokrasi adalah perjuangan yang syirik dan kufur yang mengeluarkannya (PAS) daripada agama Allah. Para pemimpin PAS tidak pernah mengisytiharkan bahawa demokrasi ini adalah satu agama, iaitu agama manusia yang didasarkan kepada konsep-konsep Uluhiyah dan Rububiyah Manusia, PAS tidak mengisytiharkan bahawa demokrasi ini adalah agama manusia yang syirik dan kufur, PAS tidak mengisytiharkan bahawa orang-orang yang mengamalkan agama demokrasi ini mempunyai pengertian mereka menjadi para hamba kepada manusia dan tidak menjadi para hamba kepada Allah, PAS tidak mengisytiharkan bahawa mereka menyembah manusia dan tidak menyembah Allah yang mengeluarkan umat Islam yang menjadi para pengamal agama demokrasi kita ini daripada agama Allah. Para pemimpin PAS tidak mengisytiharkan bahawa umat Islam yang menjadi para hamba kepada Tuhan-tuhan Manusia ini dan menyembah Tuhan-tuhan Manusia ini serta mereka menyetujui dan meredhai sistem politik demokrasi kita ini, mempunyai pengertian bahawa mereka mengimani, menganuti dan mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur ini yang mengeluarkan seluruh para pengamalnya, yang juga di antaranya adalah terdiri daripada para pengikut PAS ini sendiri, daripada agama Allah.

Tidak ada satu ayat al-Quran pun dan tidak ada satu Hadis pun yang memboleh dan menghalalkan amalan agama yang syirik dan kufur seperti agama demokrasi kita ini walaupun untuk tujuan yang suci murni semata-mata kerana Allah. Ini bererti tidak wujud satu RUANG pun di dalam agama kita yang membenarkan kita untuk mengamalkan sesuatu agama yang syirik dan kufur seperti agama demokrasi kita ini untuk dijadikan jalan dan metod perjuangan Islam.

Sebaliknya pula terdapat begitu banyak sekali ayat-ayat Allah yang melarang dan menegahkan kita daripada mengamalkan agama manusia yang syirik dan kufur seperti mana agama demokrasi kita yang syirik dan kufur ini untuk dijadikan jalan dan metod perjuangan Islam; di antaranya  :

Firman Allah : Fatir 10 
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah naiknya segala madah yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkat-Nya naik ( sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). dan sebaliknya; orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesanpun) akan rosak binasa.

Firman Allah: al-Ahzab 1, 48 
Wahai Nabi! tetaplah bertaqwa kepada Allah, dan janganlah engkau patuh kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Dan jangan engkau turut kehendak orang - orang  kafir dan orang-orang munafik, dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah; dan cukuplah Allah menjadi Pelindung.  

Firman Allah: ali-Imran 64 
Katakanlah: "Wahai ahlil kitab! Marilah berpegang kepada satu perjanjian yang saksama di antara kami dan kamu, iaitu kita jangan menyembah melainkan Allah, dan kita jangan mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun, dan jangan pula sesetengah kita menjadi yang lain sebagai Tuhan-Tuhan selain dari Allah dan jika mereka berpaling maka katakanlah (kepada mereka): "saksikanlah bahawa adalah kami sekalian golongan Muslim."

Firman Allah : Hud 59 
Dan itulah kaum ‘Ad yang telah mengingkarkan ayat-ayat Tuhan mereka dan menderhaka terhadap Rasul–Rasul-Nya dan mereka telah mengikut perintah setiap ketua mereka yang bermaharajalela dan degil.

Firman Allah: al-Anaam 56 
Katakanlah, “Sesungguhnya aku dilarang menyembah tuhan-tuhan yang kamu sembah selain daripada Allah.” Katakanlah lagi, “ aku tidak akan menurut hawa nafsu kamu kerana kalau aku turut sesungguhnya sesatlah aku, dan tiadalah aku daripada orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.”

Firman Allah: Fussilat 14 
Janganlah kamu sembah melainkan Allah

Firman Allah: asy-Syu’ara’ 151, 152 
Dan janganlah kamu mentaati perintah orang-orang yang melewati batas, iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan.

Allah melarang kita daripada mengamalkan agama demokrasi dan sistem politik demokrasi kita yang syirik dan kufur ini kerana itu bererti kita menyembah manusia dan tidak menyembah Allah, itu bererti kita ikut, taat dan patuh kepada para pemimpin kita yang kafir, zalim dan fasik kerana mereka ini kesemuanya membuat peraturan dan undang-undang manusia, itu bererti kita membuat kerosakan dan melampaui batasan, itu bererti kita ikut hawa nafsu dan patuh kepada kehendak orang-orang kafir dan segala pemikiran yang kafir – kesemuanya ini akan hanya membawa seluruh umat Islam kita kepada satu kesudahan sahaja, iaitu kerosakan kepada pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan seluruh kita ini daripada agama Allah.

Persoalan yang mendasar dalam masalah perjuangan Islam melalui amalan politik demokrasi ini, bukanlah persoalan FIQAH di mana terdapat unsur KEMASLAHATAN untuk mempertimbang dan memilih di antara yang kurang buruk dengan yang lebih buruk, yang kurang mudarat dengan yang lebih mudarat, tetapi ianya adalah persoalan AQIDAH – pilihan di antara Tauhid dengan Syirik, Islam dengan Jahiliyah, Iman dengan Kafir, Batil dengan Hak dan Allah dengan Taghut. PAS yang mengamal dan meredhai demokrasi dan agama demokrasi bererti mereka telah memilih Taghut dengan meninggalkan Allah, mereka memilih Syirik dengan meninggalkan Tauhid, mereka memilih Kafir dengan meninggalkan Iman, mereka memilih Jahiliyah dengan meninggalkan Islam, mereka memilih Batil dengan meninggalkan Hak. Amalan aqidah yang syirik dan kufur sekali-kali tidak boleh dihalalkan di atas prinsip MASLAHAH. Amalan aqidah demokrasi atau sebarang aqidah yang lain yang syirik dan kufur sekali-kali tidak boleh dihalalkan di atas prinsip MASLAHAH. Realiti ini semestinya difahami dan diyakini dengan jelas, terang dan tanpa ragu-ragu lagi oleh setiap orang yang berpegang kepada kalimah  ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

Begitu juga perjuangan yang mempunyai niat yang baik kerana Allah tidak boleh menghalalkan jalan dan metod perjuangan yang syirik dan kufur. Maslahah dan konsep ‘matlamat menghalalkan cara‘ atau mana-mana prinsip dan hukum sekalipun sekali-kali tidak boleh menghalalkan amalan agama demokrasi kerana aqidahnya adalah aqidah yang syirik dan kufur. Selama mana mereka masih mengamal dan mempraktikkan agama demokrasi serta mereka meredhainya, PAS tidak boleh membebaskan dirinya daripada berada dalam keadaan terbelenggu kepada kesyirikan dan kekufuran. 

Saiyyid Qutb (Milestones) :
“Persoalan yang sebenarnya ialah persoalan KUFUR atau IMAN, SYIRIK atau TAUHID, JAHILIYAH atau ISLAM. Persoalan ini perlu jelas dan terang sebab sesungguhnya manusia itu bukan menjadi orang Islam seperti yang mereka dakwakan – sedangkan mereka sedang menghayati hidup cara Jahiliyah. Sekiranya di kalangan orang Islam sendiripun ada orang yang rela menipu dirinya sendiri atau hendak menipu orang lain dengan cara memegang kepercayaan dan iktikad bahawa Islam itu boleh tegak bersama-sama dengan Jahiliyah, maka dia bebas berbuat sesuka hatinya, tetapi sikap dia menipu atau tertipu itu tidak sedikitpun dapat mengubahkan hakikat yang sebenar, hakikat membawa pegangan kepercayaan seperti itu bukanlah sesuai dengan Islam dan orang yang beriktikad begitu bukanlah orang Islam. Peranan dakwah sekarang ialah untuk menarik orang-orang yang “ketagih” Jahiliyah itu kepangkuan Islam dan membentuk mereka menjadi orang Islam semula.”

Saiyyid Qutb (Maalim Filtoriq) menghuraikan bahawa persoalan kita dalam mengamalkan agama demokrasi kita kini ialah persoalan AQIDAH, iaitu persoalan ISLAM atau KUFUR, SYIRIK atau TAUHID, HAK atau BATIL. Perjuangan melalui proses demokrasi kita ini bererti kita mengimani, menganuti dan mengamalkan Kufur, Aqidah Kufur dan Agama Kufur yang mengeluarkan kita atau seseorang itu daripada Aqidah Islam dan agama Islam.

PAS tidak mengiktiraf demokrasi ini sebagai agama ciptaan manusia yang syirik dan kufur, ataupun PAS sengaja tidak menonjolkan segala sifat demokrasi sebagai agama ciptaan manusia yang syirik dan kufur, sebaliknya PAS memboleh dan menghalalkan amalannya itu di atas prinsip MASLAHAH, khususnya dengan bersandarkan kepada falsafah “matlamat menghalalkan cara”, dan kononnya agama demokrasi mempunyai RUANG-RUANG yang bebas daripada kesyirikan dan kekufuran yang membolehkan PAS untuk mengamalkannya tanpa terlibat dengan kesyirikan dan kekufuran itu.





Ini adalah sikap dan perbuatan yang merosakkan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan yang mengeluarkan PAS daripada agama Allah serta yang memasukkan PAS ke dalam agama demokrasi yang syirik dan kufur kerana :

1. Tidak ada IJTIHAD dan MASLAHAH dalam masalah AQIDAH, maslahah hanya terhad kepada memilih di antara yang kurang buruk dengan yang lebih buruk atau di antara yang kurang mudharat dengan yang lebih mudharat, tetapi tidak untuk membuat pilihan di antara Allah dengan Taghut, Islam dengan Jahiliyah, Kufur dengan Iman, Tauhid dengan Syirik , Hak dengan Batil;

2. Tidak ada DHARURAH dalam amalan demokrasi, dharurah hanya dibenarkan dalam situasi yang amat terdesak yang tidak wujud lagi jalan keluar yang lain, iaitu mengikut Imam Ahmad, setelah seseorang itu diikat, atau dikurung atau dipukul dan diseksa, barulah wujudnya prinsip dharurah;

3. Falsafah “matlamat menghalalkan cara” tidak dapat diterima oleh Islam kerana ianya adalah falsafah Barat dan cara pemikiran Barat yang syirik dan kufur yang dikembangkan oleh Machiavelli;

4.  Rasulullah saw menolak tawaran orang-orang kafir untuk melantik Baginda sebagai Raja;

5.  Rasulullah saw menolak tawaran kaum Yahudi untuk memeluk agama Islam dengan syarat Baginda sanggup untuk menghukum dengan hukuman yang ringan berbanding dengan hukum kitab Taurat;

6. Membuat sesuatu kesalahan atau melibatkan diri dengan perbuatan yang merosakkan Aqidah Islam secara sengaja dan terancang adalah dilarang keras oleh Allah swt;

7. Matlamat perjuangan adalah untuk menegakkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan cara perjuangannya hendaklah juga dengan berpegang dan memelihara kesempurnaan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ daripada awal sehingga ke akhirnya;

8.  Allah telahpun menyediakan Metod Islam yang didasarkan al-Quran, Sunnah dan Sirah yang lengkap, sempurna dan terperinci untuk kita amalkan;

9. Metod Islam adalah daripada Allah yang tidak boleh diubah atau disesuaikan dengan keadaan dan situasi, dan ianya adalah metod yang sentiasa sesuai dan efektif untuk setiap masa dan zaman;

10.Pergerakan Islam adalah PERGERAKAN FIQHIYAH, iaitu pergerakan yang sentiasa mentaati dan mematuhi segala hukum, peraturan, dasar, konsep dan prinsip Islam dan terutama sekali Aqidah Islam semasa mengoperasikan perjuangannya itu. 

Ini adalah konsep-konsep yang terkandung dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang tidak memberi sebarang RUANG sedikitpun kepada setiap orang yang berpegang teguh kepadanya untuk mengamalkan agama yang syirik dan kufur seperti agama demokrasi dan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan segala konsep yang terkandung di dalamnya menetapkan bahawa tidak wujud satu RUANG PUN dalam agama demokrasi kita ini yang boleh dikatakan sebagai bebas daripada kesyirikan dan kekufuran. Seluruh RUANG dalam agama demokrasi kita yang syirik dan kufur ini telahpun wujud, beroperasi dan berkuat kuasa di dalamnya segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang syirik dan kufur – oleh itu seluruh RUANG ini telahpun dipenuhi dan diliputi oleh sistem kehidupan manusia yang syirik dan kufur. Tidak wujud satu RUANG PUN yang bebas daripada kesyirikan dan kekufuran yang membolehkan PAS untuk mengamalkan agama demokrasi tanpa terlibat dengan kesyirikan dan kekufuran.

PAS membatalkan dua kalimah syahadah kerana ia berjuang ke jalan Allah melalui amalan agama demokrasi di atas hujjah-hujjah berikut :

1. PAS membatalkan dua kalimah syahadah kerana mereka membolehkan amalan agama demokrasi untuk mencapai matlamat mereka yang suci murni kerana Allah;
2.  PAS membatalkan dua kalimah syahadah kerana metod pejuangan mereka adalah berbeza dan berkontradisi dengan metod perjuangan Rasulullah saw;

3.   PAS membatalkan dua kalimah syahadah kerana mereka mengimani, menganuti dan mengamalkan uluhiyah dan rububiyah manusia dengan meminggirkan Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ;

4.  PAS membatalkan dua kalimah syahadah kerana mereka mencari Tuhan-tuhan yang selain daripada Allah;

5.  PAS membatalkan dua kalimah syahadah kerana imereka membuat dan menjalankan segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah;

6.  PAS membatalkan dua kalimah syahadah kerana mereka menghendaki dan mengingini segala peraturan dan undang-undang manusia serta mereka menyetujui dan meredhainya;

7. PAS membatalkan dua kalimah syahadah kerana mereka mewujudkan sistem pengabdian manusia kepada kekuasaan manusia yang mengkufur ingkarkan Allah;

8.  PAS membatalkan dua kalimah syahadah kerana mereka menyembah manusia dan tidak menyembah Allah apabila mereka mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang manusia;

9.  PAS membatalkan dua kalimah syahadah kerana mereka mencari dan mengamalkan agama yang lain di samping mereka tetap juga mengimani, menganuti dan mengamalkan agama Allah;

10.PAS membatalkan dua kalimah syahadah kerana mereka mempersekutukan Allah apabila mereka melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan mereka dan mereka mengadakan segala peraturan dan undang-undang manusia yang berkuat kuasa ke atas seluruh umat manusia dan yang ditaati oleh mereka;

11.PAS membatalkan dua kalimah syahadah kerana mereka tidak memasuki ke dalam agama Allah secara seluruhnya;

12. PAS membatalkan dua kalimah syahadah kerana mereka mencintai sekutu-sekutu Allah sama dengan kecintaan mereka kepada Allah;

13. PAS membatalkan dua kalimah syahadah kerana mereka melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita sebagai Raja-Raja kita, Hakim-hakim kita dan Pelindung-pelindung kita, sedangkan ia menolak Allah swt sebagai Raja, Hakim dan Pelindung kita;

14.PAS membatalkan dua kalimah syahadah kerana mereka dipimpin oleh para pemimpin mereka yang jahat;

15.PAS membatalkan dua kalimah syahadah kerana mereka mempercayai bahawa perjuangan PAS melaui sistem politik demokrasi kita ini adalah sesuatu yang sememangnya dibenar dan dibolehkan dalam Islam;

16. PAS membatalkan dua kalimah syahadah kerana mereka telah mendustakan ayat-ayat keterangan Allah yang soreh, mukam dan qot’ie;

17.PAS membatalkan dua kalimah syahadah kerana mereka telah menjadikan diri mereka sebagai para pendukung dan orang-orang yang mempertahankan agama demokrasi yang syirik dan kufur ini;

18.PAS membatalkan dua kalimah syahadah kerana mereka tidak melakukan takfir terhadap agama demokrasi;

19.PAS membatalkan dua kalimah syahadah kerana mereka tidak mengisytiharkan bahawa demokrasi adalah agama manusia yang syirik dan kufur;

20.PAS membatalkan dua kalimah syahadah kerana mereka menjadikan Perlembagaan Negara Malaysia kita ini sebagai perlembagaan hidup mereka dengan meninggalkan al-Quran sebagai panduan dan rujukan mereka yang tunggal;
21.   PAS membatalkan dua kalimah syahadah kerana mereka mengamalkan Tahaluf Siyasi dalam bentuknya yang tidak diizinkan Allah.


HURAIAN PENUH :

Isu syirik dan kufur kerana amalan agama demokrasi telahpun dibicarakan dengan panjang lebar di bahagian yang terlebih awal di dalam buku ini, iaitu di dalam bab 21 di bawah tajuk “Amalan Demokrasi Membatalkan Syahadah”. Namun kita membicarakan isu yang sama ini sekali di sini di bawah tajuk “PAS Kafir” memandangkan bahawa PAS adalah sebuah parti politik Islam yang terbesar di Malaysia yang mengamalkan agama demokrasi serta yang membolehkan amalannya itu di atas konsep Ijtihad at-Tanzil dan kerana ianya adalah juga sesuatu yang lumrah berlaku di dalam negara-negara umat Islam yang lain di dunia kita ini. Perbincangan mengenai amalan demokrasi oleh PAS adalah sesuatu yang masih releven kerana ianya melibatkan sebahagian yang besar daripada seluruh umat Islam di Malaysia dan juga seluruh umat Islam yang berada di luar daripada Malaysia.

Segala isi kandungan perbincangan di sini adalah sama sebagai mana yang terdapat dalam segala perbincangan yang lepas, malah tidak sedikit terdapat perenggan-perenggan dan frasa-frasa di beberapa bahagian tersebut adalah dibawa masuk ke sini secara langsung dengan di “copy paste” di sini bagi melengkapkan perbincangan kita mengenai tajuk ini. Kita merasakan bahawa lebih baik berlakunya gejala ‘ulangan-ulangan’ di sini asalkan segala maksud dan tujuan perbincangan kita ini dapat disampaikan dengan lebih sempurna kepada para pembaca sekelian. Namun perbincangan-perbincangan di sini adalah lebih mendalam, lengkap dan terperinci dan kita mempelawa para pembaca untuk mentalaah bahagian ini yang kita sifatkannya sebagai sesuatu yang amat  “crucial” dan terpenting dalam perjuangan Islam di dalam negara kita ini.


 1. PAS MEMBATALKAN DUA KALIMAH SYAHADAH KERANA MEREKA MEMBOLEHKAN AMALAN AGAMA DEMOKRASI UNTUK MENCAPAI MATLAMAT MEREKA YANG SUCI MURNI KERANA ALLAH

Firman Allah : Fatir 10 
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah naiknya segala madah yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkat-Nya naik ( sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). dan sebaliknya; orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesanpun) akan rosak binasa.

Firman Allah : Faatir 10 
Barangsiapa yang berkehendakkan kemuliaan, maka seluruh kemuliaan itu adalah milik Allah .

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Apabila hakikat ini tertanam kukuh di dalam hati, ia akan menukarkan semua ukuran dan pertimbangan seseorang dan akan mengubahkan segala sarana dan segala rancangannya.
Seluruh kemuliaan itu adalah milik Allah . Tiada sedikitpun dimiliki oleh yang lain daripada Allah. Oleh itu barangsiapa yang mahukan kemuliaan, maka hendaklah ia mencarinya daripada sumbernya yang sebenar iaitu mencari pada Allah. Di sanalah dia akan mencapai kemuliaan yang dicarinya dan dia tidak akan menemuinya pada orang lain, tidak pula pada mana-mana naungan yang lain dan  tidak juga dengan mana-mana sebab yang lain kerana :

Firman Allah : Faatir 10
Seluruh kemuliaan itu adalah milik Allah .

Andanyai qabilah-qabilah itu mempunyai kekuatan dan kekuasaan, maka sumber perdananya ialah Allah. Andainya mereka mempunyai kedudukan yang teguh, maka yang mengurniakannya ialah Allah. Jadi sesiapa yang inginkan kemuliaan dan kedudukan yang teguh, maka hendaklah dia pergi kepada sumber perdananya bukan pergi kepada pihak yang mengambil kemuliaan daripada sumber perdana ini. Hendaklah dia mengambil kemuliaan itu daripada sumber asal yang memiliki seluruh kemuliaan, dan janganlah dia pergi mencarinya daripada sisa-sisa dan lebihan-lebihan manusia kerana mereka juga pencari-pencari yang lemah.

Itulah satu hakikat asasi daripada hakikat-hakikat Aqidah Islam, iaitu satu hakikat yang cukup untuk mengubahkan nilai-nilai dan neraca-neraca pertimbangan, menukarkan keputusan dan penilaian, mengubahkan jalan dan tata laku dan mengubahkan sarana-sarana dan punca. Apabila hakikat ini tertanam di dalam hati, maka dengan hakikat ini sahaja dia dapat berdiri di hadapan dunia sebagai seorang yang mulia, mempunyai kedudukan yang teguh dan sebagai seorang yang tahu di mana jalan kemuliaan iaitu satu jalan yang tunggal, yang tiada jalan lain selain daripadanya.

Dia tidak akan tunduk kepalanya kepada mana-mana makhluk yang angkuh, kepada ribut yang kencang, kepada peristiwa yang besar, kepada mana-mana undang-undang dan pemerintahan , kepada mana-mana kerajaan dan kepentingan, malah kepada mana-mana kuasa yang wujud di dunia ini kerana apakah perlunya dia berbuat begitu? Sedangkan seluruh kemuliaan itu adalah milik Allah yang tiada siapa yang dapat memiliki kemuliaan itu melainkan dengan keredhaan Allah ?

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa Allah menetapkan hukum-Nya bahawa perbuatan dan amalan yang merancangkan KEJAHATAN dan KEZALIMAN yang bertujuan untuk mendapat KEKUASAAN dan KEMULIAAN itu adalah dilarang dengan keras dan tegas dalam Islam. Allah menetapkan hukum-Nya bahawa setiap perjuangan yang suci dan murni melalui metod yang JAHAT dan ZALIM sama sekali tidak akan diterima oleh Allah swt.

PAS yang memperjuangkan Islam melalui amalan agama demokrasi yang syirik dan kufur ini adalah disifatkan Allah sebagai orang-orang yang merancang untuk melakukan kejahatan dan kezaliman dan mereka itu akan dibalas dengan keseksaan yang amat pedih dan berat di akhirat nanti! Orang-orang yang mencari kemuliaan hendaklah mengambilnya daripada Allah melalui jalan-jalan yang diredhai Allah dan tidak melalui jalan-jalan yang lain daripada jalan-jalan Allah yang mengikut pandangan dan pemikiran kita sendiri. Kuasa politik untuk memerintah ke atas sesebuah negara itu adalah daripada Allah dan justeru kita diperintahkan Allah supaya mengambil kuasa politik itu melalui jalan dan metod yang dibenar dan diredhai Allah, iaitu jalan al-Quran, Sunnah dan Sirah, sedangkan jalan demokrasi bukanlah jalan daripada Allah kerana ianya adalah jalan daripada pemikiran dan ciptaan manusia yang syirik dan kufur.
Firman Allah : Faatir 10 
Dan orang-orang yang merancang kejahatan-kejahatan akan mendapat azab yang amat berat, dan rancangan jahat mereka akan binasa. 

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Kata-kata “yamkurun” mengandungi makna membuat rancangan dan biasanya digunakan bagi rancangan yang jahat . Orang yang membuat rancangan yang jahat akan mendapat azab yang amat berat di samping rancangan itu akan binasa. Ia tidak dapat hidup subur dan mengeluarkan buah. Pengertian ini diselaraskan dengan pengertian kesuburan bumi yang dapat mengeluarkan buah di dalam ayat silam.

Orang-orang yang merancang langkah-langkah yang keji adalah bertujuan untuk mendapat kemuliaan dan kuasa yang palsu, dan lahirnya sahaja mereka kelihatan mempunyai kedudukan yang tinggi, mulia dan kuat, tetapi yang sampai kepada Allah dan yang diangkat tinggi oleh Allah ialah madah yang baik dan amalan yang soleh. Hanya dengan kedua-dua sarana ini sahaja dapat dicapaikan kemuliaan dalam erti kata yang sempurna. Perancangan-perancangan yang jahat samada berupa kata-kata atau amalan-amalan bukanlah sarana yang menyampaikan kepada kemuliaan. Walaupun kadang-kadang kuasa yang zalim itu dapat mencapai kejayaan dengan perancangan-perancangan yang jahat, namun kejayaan itu akan berakhir dengan kebinasaan dan azab yang amat pedih. Itulah janji Allah yang tidak pernah mungkir walaupun Dia menangguhkan balasan terhadap perancang-perancang yang jahat itu hingga ke satu masa yang tertentu yang telah ditetapkan dalam pentadbiran-Nya.  

Perjuangan PAS melalui proses politik demokrasi yang syirik dan kufur ini, mengikut pengertian ayat al-Quran seperti di atas ini, adalah jalan yang merancang untuk melakukan kejahatan, iaitu jalan yang mendatangkan kesyirikan dan kekufuran kepada para pengamal mereka yang justeru ianya adalah jalan dan cara perjuangan yang sama sekali tidak dibenarkan oleh Allah swt untuk diamalkan. Ayat ini menetapkan HUKUM ALLAH yang MUHKAM, SOREH dan QOT’IE bahawa matlamat yang suci dan murni di sisi Allah swt tidak boleh diperjuangkan melalui jalan dan cara yang syirik dan kufur. Khususnya Islam menolak dengan tegas dan jelas sekali akan falsafah Barat bahawa “Matlamat Menghalalkan Cara” yang diuatarakan oleh Machiavelli. Perjuangan PAS yang suci dan murni dikehendaki Allah swt untuk diperjuangkan melalui jalan yang suci dan murni dan tidak melalui jalan demokrasi yang syirik dan kufur. Tidak wujud sebarang RUANG sedikitpun dalam agama Islam kita Yang Maha Suci ini yang dibenarkan oleh Allah untuk kita mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur ini di atas apa-apa sebab sekalipun, begitu juga tidak wujud sebarang RUANG sedikitpun dalam sistem politik demokrasi kita yang syirik dan kufur ini yang dibenarkan oleh Allah untuk kita mengamalkannya di atas tujuan untuk mencapai matlamat perjuangan Islam yang suci murni kerana Allah..


2.   PAS MEMBATALKAN DUA KALIMAH SYAHADAH KERANA METOD PEJUANGAN MEREKA ADALAH BERBEZA DAN BERKONTRADISI DENGAN METOD PERJUANGAN RASULULLAH SAW

Sikap dan tindakan-tindakan PAS terhadap agama Jahiliyah demokrasi ini adalah sama sekali BERBEZA dan BERKONFLIK dengan seluruh sikap dan tindakan Rasulullah saw terhadap agama Jahiliyah Mekah.

Firman Allah : al-Imran 32 
Katakanlah : Taatlah kepada Allah dan Rasul, jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak kasihkan orang-orang kafir.

PAS adalah disifatkan Allah sebagai KAFIR mengikut ayat di atas ini kerana metod perjuangan mereka ini Adalah sama sekali berbeza dan berkontradiksi dengan segala cara dan metod perjuangan Rasulullah saw. Berbeza dengan cara, jalan dan metod perjuangan Rasulullah saw mengikut hukum al-Quran adalah KAFIR kerana segala sikap dan tindakan PAS adalah berkonflik dan berkontradiksi dengan total dengan segala konsep dan doktrin yang terkandung di dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. PAS berkonflik dan berkontradiksi dengan Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan PAS berkonflik dan berkontradiksi dengan konsep Nafi dan Isbat, ini bererti bahawa PAS berkonflik dan berkontradiksi secara total dengan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ini sendiri, iaitu konflik dan kontradiksi yang muktamad mengeluarkan PAS daripada agama Allah.

Aspek ini adalah aspek yang amat “crucial” yang sewajarnya dikaji dan diamati dengan sikap, minda dan hati kita yang terbuka, dengan seberapa objektif yang mungkin dan tanpa emosi, dengan adil dan saksama, dengan halus, hati-hati dan penuh teliti, serta untuk difikirkan dengan amat mendalam daripada sudut konsep-konsep Uluhiyah dan Rububiyah Allah, dan konsep Nafi dan Isbat yang kesemuanya ini wujud dan berada di dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

Jalan Rasulullah saw adalah jalan al-Quran, Sunnah dan Sirah yang sempurna :

1.  Mengisytiharkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ untuk menegakkan kekuasaan Islam dan sistem kehidupan Islam, serta matlamat untuk menghapuskan kekuasaan Jahiliyah.

2    Mengisytiharkan agama jahiliyah Mekah sebagai agama yang syirik dan kufur.

3.   Tidak mengamal, mengimani dan menganuti agama Jahiliyah.

4.   Tidak membolehkan amalan agama Jahiliyah bagi tujuan perjuangan Islam.

5.   Tidak mengiktiraf dan bersetuju terhadap agama Jahiliyah.

6.  Tidak bersetuju untuk menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang kepada manusia.

7.   Tidak mentaati peraturan dan undang-undang manusia.
8.  Menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap agama Jahiliyah.

9.     Memisahkan diri daripada kepimpinan kufur dan kekuasaan kufur serta untuk memusuhi dan membencinya.

10.   Mengamalkan sikap tidak berkompromi dan non-konformis terhadap agama Jahiliyah.
11.   Mencabar dan mengancam agama Jahiliyah yang sedang berkuasa dan berdaulat.
12.   Bersedia dan sanggup untuk dizalimi dan ditindas oleh kekuasaan Jahiliyah dengan ketara dan berpajangan.
13.   Setelah memperolehi kekuatan, Islam akan melancarkan Jihad dan Perang terhadap Jahiliyah untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia dan untuk mengembalikan pengabdian seluruh umat manusia kepada Allah sahaja.

Inilah jalan al-Quran, Sunnah dan Sirah, iaitu jalan yang diambil oleh Rasulullah saw dalam memperjuangkan Islam, dan inilah sikap dan tindakan-tindakan Rasulullah saw terhadap Jahiliyah semasa di bawah pengaruh dan tekanan Jahiliyah di Mekah. Rasulullah saw mengingkari mereka, mencabar, mengancam dan berkonfrantasi dengan mereka yang menjadikan mereka itu takut dan gementar kepada Baginda, dalam pada itu Rasulullah saw menjalankan dakwah dengan kebijaksanaan dan dengan kata-kata yang baik dan berkesan di kalangan kaum Quraisy di Mekah dan di persekitarannya.
Sebaliknya jalan perjuangan PAS adalah jalan yang sama sekali berkontradiksi dengan jalan Rasulullah saw. PAS mengamalkan agama demokrasi yang melibatkan mereka itu dengan kesyirikan dan kekufuran yang mengeluarkan seluruh mereka itu daripada agama Allah - ini adalah kerana mereka melakukan perkara-perkara berikut :

1. Tidak mengisytiharkan matlamatnya untuk menghapuskan agama demokrasi sebagai agama yang syirik dan kufur;

2.  Tidak mengisytiharkan bahawa demokrasi ini adalah agama yang syirik dan kufur ;
3.  Mengamal dan menganuti agama demokrasi yang bererti mereka menganuti dan mengamalkan agama manusia yang syirik dan kufur ;

4. Memboleh dan menghalalkan amalan agama demokrasi sebagai jalan untuk memperjuangkan Islam; 

5.  Mengiktiraf, bersetuju dan meredhai agama demokrasi;

6                                                                                                                                                                    Bersetuju dan redha untuk menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang kepada manusia ;

7. Mentaati dan mematuhi peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia;

8. Tidak menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap agama demokrasi yang syirik dan kufur ;

9. Tidak memisahkan diri daripada kepimpinan kufur dan kekuasaan kufur serta tidak memusuhi dan membencinya;

10. Tidak mengamalkan sikap tidak berkompromi dan non-konformis terhadap agama Jahiliyah

11.   Tidak mencabar dan mengancam agama Jahiliyah yang sedang berkuasa dan berdaulat.

12.   Tidak akan dizalimi dan ditindas oleh kekuasaan Jahiliyah kerana cara berdakwah yang tidak mencabar dan mengancam kekuatan dan kekuasaan Jahiliyah;

13.   Tidak bersedia untuk melancarkan Jihad dan Perang terhadap Jahiliyah dan kekuasaan jahiliah serta tidak bercadang untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia.

PERBANDINGAN DI ANTARA SIKAP DAN TINDAKAN ISLAM TERHADAP AGAMA JAHILIYAH

DENGAN SIKAP DAN TINDAKAN PAS TERHADAP AGAMA DEMOKRASI


METOD PERJUANGAN RASULULLAH SAW
SEMASA DI ZAMAN MEKAH

METOD PERJUANGAN PAS DI MALAYSIA

1.     Mengisytiharkan kalimah  ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ  untuk menegakkan kekuasaan Islam dan sistem kehidupan Islam, serta matlamat untuk menghapuskan kekuasaan Jahiliyah.

1.     Tidak mengisytiharkan matlamat  ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ  untuk menghapuskan Jahiliyah demokrasi .

2.     Mengisytiharkan agama jahiliyah Mekah sebagai agama yang syirik dan kufur.

2.     Tidak mengisytiharkan agama Jahiliyah demokrasi sebagai agama yang syirik dan kufur.
3.     Tidak mengamal, mengimani dan menganuti agama Jahiliyah.
3.     Mengamal agama demokrasi yang bererti menganuti dan mengimani agama Jahiliyah.
4.     Tidak membolehkan amalan agama Jahiliyah bagi tujuan perjuangan Islam.
4.     Membolehkan dan menghalalkan amalan agama demokrasi bagi tujuan perjuangan Islam.
5.     Tidak mengiktiraf dan bersetuju terhadap agama Jahiliyah.
5.     Mengiktiraf, bersetuju  dan meredhai agama demokrasi.

6.     Tidak bersetuju untuk menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang kepada manusia.

6.     Bersetuju dan redha untuk menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat undang-undang kepada manusia.

7.     Tidak mentaati peraturan dan undang-undang manusia.

7.     Mentaati dan mematuhi peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia.

8.     Menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap agama Jahiliyah.

8.     Tidak menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap agama Jahiliyah demokrasi.

9.     Memisahkan diri daripada kepimpinan kufur dan kekuasaan kufur serta untuk memusuhi dan membencinya.

9.     Tidak memisahkan diri daripada kepimpinan kufur dan kekuasaan kufur serta tidak memusuhi dan membencinya.

10.   Mengamalkan sikap tidak berkompromi dan non-konformis terhadap agama Jahiliyah.

10.   Tidak mengamalkan sikap tidak berkompromi dan non-konformis terhadap agama Jahiliyah.

11.   Mencabar dan mengancam agama Jahiliyah yang sedang berkuasa dan berdaulat.

11.   Tidak mencabar dan mengancam agama Jahiliyah yang sedang berkuasa dan berdaulat.

12.   Bersedia dan sanggup untuk dizalimi dan ditindas oleh kekuasaan Jahiliyah dengan ketara dan berpanjangan.

12.   Tidak akan dizalimi dan ditindas oleh kekuasaan Jahiliyah kerana cara berdakwah yang tidak mencabar dan mengancam kekuatan dan kekuasaan Jahiliyah.

13.   Setelah memperolehi kekuatan, Islam akan melancarkan Jihad dan Perang terhadap Jahiliyah untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia dan untuk mengembalikan pengabdian seluruh umat manusia kepada Allah sahaja.

13.   Tidak bersedia untuk melancarkan Jihad dan Perang terhadap Jahiliyah dan kekuasaan jahiliah serta tidak bercadang untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia.


  


Metod PAS adalah metod yang berkontradisi secara total dengan metod Rasulullah saw, dan metod yang berkontradisi dengan metod Rasulullah saw adalah metod yang syirik dan kufur yang mengeluarkan PAS daripada agama Allah.


Firman Allah : al-Imran 32 
Katakanlah : Taatlah kepada Allah dan Rasul, jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak kasihkan orang-orang kafir.

Mengapakah PAS tidak mengambil jalan yang mudah, ringkas dan senang sahaja, iaitu untuk mentaati dan mematuhi segala ayat-ayat Allah yang memerintahkan mereka agar mereka mengeluarkan diri mereka daripada agama demokrasi yang syirik dan kufur ini, ayat-ayat Allah yang memerintahkan mereka agar mereka tidak mengamalkannya dalam kehidupan mereka, dan ayat-ayat Allah yang memerintahkan mereka agar mereka mengambil jalan Allah dan Rasul-Nya, iaitu jalan al-Quran, Sunnah dan Sirah dan tidak yang selain daripadanya yang boleh mempastikan kesempurnaan pegangan dan amalan mereka akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang akan mengekalkan mereka itu dalam keadaan yang aman dan sempurna beriman dengan agama Allah?

Allah melarang kita dengan sekeras-kerasnya agar kita tidak mengamalkan agama demokrasi kita yang syirik dan kufur ini melalui ayat-ayat al-Quran yang jelas, terang  dan nyata yang disampaikan kepada kita secara bertalu-talu dan bertubi-tubi ini – apakah masih ada lagi RUANG-RUANG bagi kita untuk mengamalkannya tanpa melibatkan kita ini dengan kesyirikan dan kekufuran? PAS mengingkari ayat-ayat Allah yang jelas dan terang memerintahkan mereka supaya mereka tidak mengamalkan agama demokrasi, supaya mereka memisah, mengasing dan menjauhkan diri mereka daripada agama demokrasi kita ini dan supaya mereka mengingkari, mengkonfrantasi, memusuhi dan membencinya sehingga meletusnya Jihad, Perang dan Revolusi terhadapnya.  

PAS keengganan untuk mentaati dan mengikut Sunnah Rasulullah saw yang menolak tawaran kaum kafir Mekah untuk melantik Baginda sebagai Raja yang berkuasa dan berdaulat di Mekah . Dalam sirah Ibnu Ishak diriwayatkan :

“Utba bin Rabia seorang pemuka Quraisy, bagi pihak kafir Quraisy, telah menemui Rasulullah ketika Baginda berada dalam masjid bersendirian: Utba pergi mendapatkan Rasulullah dan berkata: "Wahai Muhammad anak saudaraku, engkau adalah salah seorang daripada kami sebagai mana yang engkau ketahui, daripada keluarga yang termulia dan mempunyai kedudukan yang tinggi dari segi keturunan. Engkau telah mendatangi kami dengan hal yang amat penting, memecah belahkan kaum mereka; merendah-rendahkan adat istiadat mereka, dan mencerca Tuhan-Tuhan mereka dan agama mereka, dan mendeklarasikan bahawa nenek-moyang mereka sebagai orang kafir, oleh itu dengarlah nasihatku dan aku akan membuat beberapa tawaran, mungkin engkau dapat menerima satu daripadanya. Rasulullah bersetuju dan ia meneruskan. "Sekiranya apa yang engkau kehendaki ialah kehormatan, kami akan melantik engkau sebagai ketua kami sehingga tiada sesiapapun yang boleh membuat apa-apa keputusan tanpa engkau, sekiranya engkau kehendaki kuasa, kami akan jadikan engkau raja."

Rasulullah saw menolak tawaran keemasan ini dan Baginda berserta kelompok para pengikut Baginda yang kerdil itu memisahkan diri mereka daripada orang-orang kafir, Baginda sama sekali tidak ingin untuk mengamalkan agama orang-orang kafir dan tidak ingin untuk berkompromi dengan orang-orang kafir, malah Baginda dengan keras dan tegas mengkufur ingkarkan mereka dan berkonfrantasi dengan mereka. Begitulah juga sikap para Rasul yang terdahulu terhadap seluruh kekuasaan kufur pada zaman-zaman mereka itu masing-masing – mereka mengingkari dan berkonfrantasi terhadap seluruh kekuasaan kufur itu.  

Firman Allah: Al-Qalam 8,9
Oleh itu janganlah engkau tunduk kepada pendusta-pendusta. Mereka suka jika engkau bersikap lunak, supaya mereka juga bersi


 
Firman Allah: Al-Kafirun 1-6

Katakanlah: Hai orang-orang kafir, Aku tiada menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah. Aku tidak pernah menyembah apa yang kamu sembah, dan kamu tidak pernah menyembah apa yang aku sembah. Bagi kamu agamamu, bagiku agamaku.

Rombongan orang-orang kafir Quraisy pada kali yang kedua yang mengajak Rasulullah saw supaya berkompromi dan berdamai dengan mereka juga ditolak oleh Rasulullah saw melalui wahyu daripada Allah swt. Sikap Islam terhadap kufur dan kekuasaan kufur hanyalah penolakan total, tanpa kompromi dan konfrantasi terbuka sehinggalah kufur ini dihapuskan semua sekali daripada muka bumi kita ini.

Mengapakah PAS tidak ikut sunnah Rasulullah saw dan para Rasul yang terdahulu dan mengapakah pula PAS sewenang-wenang sahaja menderhakai dan mengingkari Allah dan Rasul-Nya dan sanggup bergelumang dengan kesyirikan dan kekufuran semata-mata kerana inginkan kuasa politik melalui jalan yang mudah, cepat dan tanpa risiko seperti amalan agama demokrasi kita ini ?

Firman Allah : al-Isra’ 73,74,75,76,77
Dan mereka sebenarnya hampir-hampir hendak memesongkan engkau daripada apa yang telah Kami wahyukan kepadamu supaya engkau mengadakan perkara-perkara yang dusta yang berlainan daripadanya terhadap Kami dan jika (engkau melayani kehendak mereka) nescaya mereka akan mengambil engkau sebagai sahabat .

Dan jika tidak kerana Kami telah meneguhkan imanmu tentulah engkau akan condong sedikit kepada mereka.   

Jika (terjadi demikian) nescaya kami rasakan engkau keseksaan dunia yang berlipat ganda dan keseksaan akhirat yang berlipat ganda kemudian engkau tidak akan mendapat seorang penolongpun yang sanggup menentang Kami.

Dan mereka sebenarnya hampir-hampir berjaya menimbulkan kegelisahan kepadamu di bumi (Mekah) dengan tujuan untuk mengusirmu daripadanya, dan jika (engkau terusir) nescaya mereka tidak akan tinggal di sana sesudahmu melainkan hanya sebentar sahaja .
Itulah undang-undang yang berlaku kepada Rasul-Rasul yang telah Kami utuskan sebelummu dan engkau tidak akan dapati sebarang perubahan dalam undang-undang Kami.

Allah memperingati Rasulullah saw melalui ayat-ayat al-Quran seperti di atas ini bahawa sekiranya Allah tidak meneguhkan iman Baginda, kemungkinan Baginda akan menerima tawaran daripada orang-orang kafir itu, dan sekiranya ianya benar-benar berlaku, Allah memberi peringatan bahawa Baginda juga tidak akan terlepas daripada azab seksa daripada Allah yang berlipat kali ganda di dunia dan juga di akhirat nanti!

Pada hari ini, ayat-ayat ini berperanan sebagai satu peringatan dan ancaman yang amat serius, keras dan berat daripada Allah khususnya kepada PAS dan secara amnya kepada seluruh umat Islam kita sekelian, bahawa perjuangan Islam melalui proses politik demokrasi yang syirik dan kufur ini adalah kesalahan dan dosa yang besar yang akan diseksa oleh Allah di dunia ini dan juga di akhirat nanti dengan keseksaan yang berlipat kali ganda, iaitu kesalahan dan dosa kerana kita lari daripada perjuangan Islam mengikut jalan al-Quran, Sunnah dan Sirah, dan kesalahan dan dosa yang besar kerana kita mengingkari ayat-ayat Allah dan kerana kita memasukkan diri kita ke dalam agama demokrasi yang syirik dan kufur kononnya dengan harapan untuk mencapai kejayaan dakwah dan perjuangan yang mudah, cepat dan tanpa risiko.

(SAMBUNAGN)

No comments:

Post a Comment