Friday 26 October 2012

METOD ISLAM - GERAKAN DAKWAH (SIRI 1)



METOD ISLAM :
al-QURAN, SUNNAH dan SIRAH
(siri 3)

                                 GERAKAN DAKWAH               

Firman Allah: Al-Maidah 67 
Wahai Nabi! Isytiharkanlah apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu. Sekiranya kamu tidak melakukannya, kamu tidak menyampaikan risalah.

SETIAP dakwah semestinya bertujuan untuk membawa kepada kebangkitan Islam. Dakwah yang menyeru manusia supaya hanya menyembah Allah sahaja dan dakwah yang melarang manusia daripada menyembah Tuhan-tuhan yang selain daripada-Nya, iaitu dakwah yang bertujuan untuk mengembalikan PENGABDIAN MANUSIA KEPADA ALLAH sahaja dan dakwah yang bertujuan untuk menghapuskan PENGABDIAN MANUSIA KEPADA SESAMA MANUSIA sudah mencukupi dan memadai untuk merangsangkan KEBANGKITAN. Itulah dakwah untuk menegakkan kekuasaan dan kerajaan Allah di bumi agar manusia mengabdikan diri mereka kepada Allah sahaja dan itulah dakwah yang bertujuan untuk menghapuskan kekuasaan dan kerajaan manusia agar terhapusnya sistem PENGABDIAN MANUSIA KEPADA KEKUASAAN MANUSIA, iaitu sistem pemerintahan yang syirik dan kufur, sistem pemerintahan yang zalim, menindas dan jahat. Inilah ertinya dakwah ke jalan Allah. Sedangkan dakwah yang tidak menyeru manusia untuk menghapuskan sistem PENGABDIAN MANUSIA KEPADA KEKUASAAN MANUSIA dan dakwah yang tidak menyeru manusia supaya menegakkan sistem pemerintahan yang MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA  ALLAH sahaja, ianya bukanlah dakwah ke jalan Allah.

Firman Allah : al-Baqarah 208 
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam semua sekali dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan-syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang amat nyata.

Allah menyeru kita agar kita sekali lagi memasukkan diri kita ke dalam agama Islam kita yang asal, sebenar dan sempurna daripada Allah seperti mana agama kita yang mula-mula diturunkan kepada junjungan besar kita Rasulullah saw, dan Allah menyeru kita agar kita mengambil tindakan yang tegas untuk mengeluarkan diri kita daripada agama Islam kita yang sedang kita imani, anuti dan amalkan sekarang ini kerana ianya adalah agama yang sesat, rosak dan menyimpang jauh daripada jalan yang benar. Allah menyeru kita sedemikian kerana kita kini sememangnya dianggapkan Allah sebagai “orang-orang Islam” yang sedang berada di luar daripada agama Allah apabila kita mengeluarkan segala peraturan dan undang Allah daripada sistem kehidupan kita dan apabila kita kini sedang mengimani, menganuti dan mengamalkan segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah dalam kehidupan kita hari-hari.

Apabila umat Islam kita memasuki kembali ke dalam agama Islam yang asal, sempurna dan sebenar, itu adalah tanda permulaan kebangkitan Islam yang radikal dan revolusyeneri dan itu adalah permulaan perjuangan dalam bentuk Jihad, Perang dan Revolusi ke arah perjuangan Islam yang akan meruntuh dan menghapuskan kerajaan demokrasi Malaysia yang syirik dan kufur ini untuk digantikan dengan sebuah kerajaan Allah di bumi kita ini.

Sistem pemerintahan dan kerajaan yang MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA ALLAH adalah keadilan, kebebasan, keamanan, ketinggian, kemuliaan, kehormatan dan kesempurnaan, sedangkan sistem pemerintahan yang MENGABDIKAN MANUSIA KEPADA KEKUASAAN MANUSIA adalah penindasan, kezaliman, kejahatan, ancaman, pencerobohan dan kerosakan mengikut neraca-neraca pertimbangan daripada Allah. Dakwah ke jalan Allah, iaitu dakwah yang bertujuan untuk menegakkan keadilan, kebebasan, keamanan, ketinggian, kemuliaan, kehormatan dan kesempurnaan, dan dakwah yang bertujuan untuk menghapuskan penindasan, kezaliman, kejahatan, ancaman, pencerobohan dan kerosakan mempunyai tenaga dan daya kekuatannya yang tersendiri yang berkemampuan untuk beroperasi dalam membentukkan satu Pergerakan Islam yang radikal dan revolusyeneri yang akan mengaktif dan menggerakkan massa umat Islam ke arah tindakan, kebangkitan dan revolusi. Dakwah, Pergerakan dan Metod Islam dalam sesuatu perjuangan Islam beroperasi dengan bersepadu untuk membawa kepada tindakan, kebangkitan dan revolusi.

Dakwah Islam yang sebenar dan tulen sememangnya dan secara semula jadinya MENCABAR, MENGANCAM dan MENGGANGGU kufur dan kekuasaan kufur. Sejak se awal mungkin lagi seluruh jentera dan aparatus kerajaan kufur akan menumpukan seluruh tenaga dan kekuatannya untuk memerangi, memusuhi dan membenteraskan dakwah Islam yang sebenar dan tulen yang berbentuk radikal dan revolusyeneri ini. Konflik yang serius dan kental di antara dakwah Islam dengan Jahiliyah bermula sejak gerakan dakwah mengorak langkah yang pertama lagi dalam perjuangannya. Dakwah Islam akan ditindas dan dizalimi dengan amat ketara dan berleluasa sekali dalam berbagai-bagai bentuk yang akan berterusan dengan kadar yang semakin ketara di sepanjang perjuangannya itu. Inilah sifat dan ciri-ciri dakwah Islam yang sebenar.

Sesuatu dakwah Islam yang bergerak tanpa mewujudkan permusuhan dan konflik dengan kekuasaan Jahiliyah, tanpa penindasan dan kezaliman yang tidak kunjung padam daripada kekuasaan Jahiliyah, ianya bukanlah dakwah Islam yang sebenar, dan pergerakan itu bukanlah Pergerakan Islam yang sebenar. Kewujudan penindasan dan kezaliman inilah yang beperanan sebagai petanda yang memisahkan di antara dakwah Islam yang sebenar dan tulen dengan dakwah yang palsu. Dakwah yang sememangnya tidak bertujuan untuk membawa kepada kebangkitan Islam dan dakwah yang tidak berkemampuan untuk menghasilkan kebangkitan Islam, ianya bukanlah dakwah Islam. Ini adalah kerana dakwah seperti ini tidak berjuang untuk menentang dan menghapuskan pengabdian manusia kepada kekuasaan manusia, dakwah seperti ini tidak berjuang untuk menegakkan kerajaan Allah yang mengabdikan manusia kepada Allah sahaja, dakwah seperti ini tidak berjuang untuk mencabar dan mengancam kufur dan kekuasaan  kufur, dan inilah sebenarnya erti dakwah yang songsang!
Dakwah Islam berbentuk universal dan eternal.

Firman Allah : al-Qalam 52 
Sedangkan al-Quran itu tidak yang lain melainkan peringatan bagi seluruh umat manusia .

Firman Allah : an-Nahl 36 
Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul yang menyeru : Sembahlah Allah dan jauhilah Taghut .

Firman Allah : al-Anbiya 25 
Dan tiada seorang Rasul pun yang Kami utuskan sebelum-mu  melainkan Kami wahyukan kepadanya bahawa sesungguhnya tiada Tuhan selain Aku sahaja.. Oleh itu abdikanlah diri kamu kepada Ku.

Firman Allah : an-Nisa 36 
Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya walaupun sedikit .

Dakwah Islam adalah untuk seluruh manusia yang UNIVERSAL di dunia yang terdiri daripada berbagai-bagai bangsa dan agama dan dakwah Islam adalah dakwah yang berbentuk ETERNAL untuk sepanjang zaman. Ia menyeru manusia supaya MENYEMBAH ALLAH sahaja dan supaya TIDAK MENYEMBAH yang selain daripada-Nya. Orang-orang kafir didakwah dan diseru supaya tidak menyembah Berhala-berhala batu dan kayu, orang-orang Kristian didakwah dan diseru supaya tidak menyembah Nabi Isa as sebagai Tuhan, sebaliknya mereka ini kesemuanya didakwah supaya hanya menyembah Allah sahaja. Begitulah juga dakwah yang universal dan eternal ini menyeru seluruh umat Islam kita di Malaysia kita ini supaya kita tidak menyembah Tuhan-tuhan demokrasi yang sedang wujud dan berkuasa dalam sistem politik demokrasi kita ini dan supaya kita kembali menyembah Allah sahaja dengan cara kita tidak mengamalkan sistem politik demokrasi ini, dengan cara kita menjauhkan diri kita daripadanya, dengan cara kita memisah dan mengasingkan diri kita daripadanya, dan dengan cara kita menafi, menolak, mengingkari dan menentangnya dengan terbuka, aktif dan total terhadapnya serta dengan perasaan hati kita yang terpisah daripadanya dan dengan cara kita yang memusuhi dan membencinya. Inilah cara berdakwah untuk mengembalikan Uluhiyah dan Rububiyah kepada Allah sahaja agar kita kembali sekali lagi untuk memasuki ke dalam agama Allah yang sebenar dengan sekali gus kita mengeluarkan diri kita daripada agama Islam yang sedang kita imani, anuti dan amalkan kini.

Dakwah Islam dalam bentuk yang universal dan eternal menyeru kita supaya kita menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap demokrasi dan sistem politik demokrasi ini sehingga ianya mengalami kehancuran yang total untuk digantikan dengan Islam dan kerajaan Islam. Inilah aspek-aspek yang paling utama dan terpenting yang semestinya disampaikan di dalam setiap gerakan dakwah ke arah pencapaian matlamat untuk menyempurnakan pegangan dan amalan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Tanpanya bererti langsung tidak berdakwah, malah para pendakwah seperti ini sebenarnya sewajarnya disifatkan sebagai orang-orang yang tidak berpegang dan beriman kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ!

Dakwah yang menyeru kita supaya kita kuat bertaqwa kepada Allah dan bersifat sangat lebai dan warak, dakwah yang menyeru supaya kita taat dan patuh dalam melakukan solat dan puasa, serta seluruh syiar ibadat ritual kepada Allah, dakwah yang menyeru supaya kita mengamalkan konsep amar makruf nahi al-mungkar, tetapi kesemua dakwah itu tidak menyeru kita untuk mengeluarkan diri kita daripada agama demokrasi dan sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur ini, kesemua dakwah itu tidak menyeru kita supaya kita menafi, menolak, mengingkari dan menentangnya dengan terbuka, aktif dan total, kesemua dakwah itu tidak menyeru kita supaya kita mencabar, mengancam dan mengganggu demokrasi dan kerajaan demokrasi kita ini, dan kesemua dakwah itu membiarkan kita untuk kekal mengamal dan mempraktikkan agama demokrasi yang syirik dan kufur ini dengan aman dan damai dan justeru kesemuanya itu adalah dakwah yang membiarkan kita untuk terus kekal menyembah manusia dan tidak menyembah Allah lantaran daripada amalan sistem politik demokrasi ini -  dakwah seperti ini bukanlah dakwah Islam yang sebenar, malah ianya adalah dakwah yang membawa kita ke arah kesesatan dan kerosakan. Inilah bentuk dan cara berdakwah yang sedang berlaku dengan amat lumrah dan berleluasa sekali di dalam negara kita Malaysia pada masa ini!

Dakwah Islam beroperasi mengikut metod Al-Quran, Sunnah dan Sirah. Al-Quran diturunkan peringkat demi peringkat dengan mengambil masa dua dekad ialah untuk memberi masa untuk beroperasinya proses kebangkitan satu Pergerakan Islam. Allah s.w.t. mempunyai pilihan untuk menurunkan Al-Quran sekaligus yang kemudiannya umat Islam akan menghafal, mempelajari dan mengkaji segala apa yang terkandung di dalamnya. Tetapi metod ini tidak mewujudkan peluang-peluang dan ruang-ruang yang mencukupi kepada massa ummah untuk memainkan peranan dalam setiap peringkat dalam pembentukan dan pertumbuhan satu Pergerakan Islam dan dalam proses kebangkitan daripada awal hingga ke akhirnya. Metod ini akan mengasingkan massa ummah daripada segala proses pertumbuhan dan perkembangan Deen Allah, dan mereka tidak akan berpeluang untuk mengamal dan menghayati Islam dengan mencapai kemajuan selangkah demi selangkah dalam mengharungi pergolakan Islam di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. dan dengan tuntunan wahyu daripada Allah - ummah akan muncul sebagai ummah tanpa komitmen, yang non-muttaqi dan non-revolusyeneri. Ummah tidak akan mengalami kebangkitan Islam.

Firman Allah: al-Isra 106 
Quran ini kami turunkan beransur-ansur supaya engkau bacakan kepada manusia berperingkat dan kami turunkan dia sedikit demi sedikit.


Mengenai nas ini Saiyyid Qutb (Milestone) membuat kesimpulan bahawa:-

1.  Agama mengubah kepercayaan;

2.  Agama menunjukkan metod untuk melaksanakan perubahan ini. Metod perjuangan Islam adalah daripada Al-Quran, Sunnah dan Sirah;

3.  Agama membentuk kepercayaan bersama-sama dengan kebangkitan ummah yang muttaqi, radikal dan revolusyeneri;

4. Agama membentuk satu sistem penilaian: penegakan dan pengabdian kepada kedaulatan Allah, otoriti Allah dan perundangan Allah, di samping itu menumpu dan memperjuangkan aspek-aspek praktis - ibadat, politik, ekonomi, tarbiah, tindakan, Jihad dan perang.

Kesimpulan-kesimpulan ini turut menjelaskan bahawa metod penurunan Al-Quran berperingkat-peringkat itu adalah untuk menghasilkan kebangkitan satu PERGERAKAN ISLAM bersama-sama dengan pembentukan AQIDAH, PEMIKIRAN dan IDEOLOGI ISLAM di kalangan massa umat Islam. Penurunan Al-Quran peringkat demi peringkat itu memanglah perancangan Allah, dan segala ajaran, pemikiran dan ideologi Islam itu ditarbiahkan kepada manusia peringkat demi peringkat. Di samping itu, umat Islam  terpaksa bertindak terhadap penentangan orang-orang kafir ke atas Islam dan ke atas mereka sebagai hasil daripada reaksi dan tindak balas kaum kafir terhadap ajaran-ajaran Islam itu. Oleh itu TARBIAH berjalan serentak dengan PERGERAKAN dan TINDAKAN di sekitar penurunan al-Quran peringkat demi peringkat itu yang akhirnya membawa kepada kebangkitan satu PERGERAKAN ISLAM. Kepercayaan, ajaran, pemikiran dan ideologi Islam dikembangkan melalui TARBIAH, manakala kekuasaan dan kekuatan kufur itu dihadapi melalui PERGERAKAN dan TINDAKAN – justeru  TARBIAH, PERGERAKAN dan TINDAKAN berjalan serentak dan bergandingan sebagai satu proses yang bersepadu ke arah kebangkitan satu PERGERAKAN ISLAM.

Perjuangan Islam bukanlah terdiri daripada dua peringkat seperti mana yang lazim difahami oleh kebanyakan orang; pertama, tarbiah demi tarbiah dan semata-mata tarbiah; kedua, setelah tamat tarbiah barulah dioperasikan pergerakan dan tindakan. Ini adalah satu salah fahaman yang besar mengenai Metod Islam. Perjuangan Islam itu terdiri daripada tarbiah, pergerakan dan tindakan yang dijalankan serentak dan sekaligus. Regim sekular demokrasi terdiri daripada; pertama, ideologi dan pemikiran; kedua, institusi-institusi kufur yang mempertahankan ideologi dan pemikiran itu. Ideologi dan pemikiran demokrasi yang kufur berkemungkinan dihadapi melalui tarbiah, tetapi institusi-institusi kufur yang terdiri daripada ekonomi, undang-undang, birokrasi, ketenteraan, kepolisan dan tradisi yang mempertahankan pemikiran dan ideologi demokrasi itu hendaklah dihadapi dengan pergerakan dan tindakan. 

Hanya kombinasi tarbiah, pergerakan dan tindakan sahaja yang berkemampuan untuk mengatasi kekuatan regim sekular demokrasi dan institusi-institusi kufurnya. Tanpa disertai oleh pergerakan dan tindakan, tarbiah tidak dapat menembusi dan mengatasi halangan-halangan dalam bentuk kekuatan ekonomi, ketenteraan, birokrasi, perundangan, struktur-struktur politik dan tradisi. Tindakan-tindakan yang gigih dan bersepadu hendaklah dilancarkan untuk melemah dan menggugatkan institusi-institusi kufur yang mempertahankan pemikiran dan ideologi kufur itu, dan setelah institusi-institusi itu berjaya dilemahkan dan halangan-halangan itu dapat ditembusi dan diatasi, tarbiah akan disusuli untuk menyampaikan risalah Islam di kalangan rakyat. Sebagai mana yang telah diperbincangkan di bahagian yang terdahulu, pergerakan dan tindakan atau Pergerakan Islam (Islamic movement) yang diperkatakan di sini adalah ‘revolusi-revolusi kecil’ atau ‘revolusi-revolusi separuhan’ (a series of partial revolutions) yang terdiri daripada tindakan-tindakan radikal dan militen, termasuklah gerakan persenjataan terhadap musuh-musuh Islam.

Seperti mana yang telah diperkatakan, kebangkitan Islam akan beroperasi di dalam situasi dan suasana yang dinamik. Sesuatu Pergerakan Islam itu akan menghadapi dua cabaran yang beroperasi serentak; pertama, masalah penyebaran Aqidah dan Pemikiran Islam dan gerakan untuk merangsangkan kebangkitan di kalangan massa umat Islam; kedua, reaksi penentangan dan penindasan daripada kerajaan-kerajaan kufur dan musuh-musuh Islam terhadapnya (Pergerakan Islam). Oleh yang demikian, kebangkitan Islam di dalam situasi yang dinamik ini hendaklah dioperasikan dalam bentuk ‘TARBIYAH’ , PERGERAKAN dan ‘TINDAKAN’ yang berjalan dengan serentak dan sekali gus. Tarbiyah adalah dimaksudkan kepada penyampaian segala idea Islam yang radikal dan revolusyeneri yang berdasarkan kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ kepada massa umat Islam, sementara pergerakan dan tindakan adalah dimaksudkan kepada segala tindak balas yang radikal dan revolusyeneri, termasuk kekerasan, demonstrasi, agitasi, oleh massa umat Islam (Pergerakan Islam)  terhadap kerajaan demokrasi yang terlebih dahulu menzalimi dan menindas kebangkitan Islam itu.

Segala pergerakan, tindakan dan aktiviti agitasi dan kekerasan yang saling berbalas-balas di antara kedua-dua pihak yang sedang bermusuh-musuhan – kerajaan kufur dengan pejuang-pejuang Islam – merupakan satu proses yang aktif dan berkesan dalam menyebarkan segala idea Islam di kalangan massa umat Islam ke arah kesedaran dan kebangkitan, dan untuk menggerakkan mereka (massa umat Islam) kepada keterlibatan-keterlibatan dan tindakan-tindakan yang aktif dalam perjuangan dan revolusi Islam. Tarbiyah demi tarbiyah tanpa agitasi, pergerakan dan tindakan kekerasan, tidak akan berkesan. Penindasan dan kezaliman oleh kerajaan kufur demokrasi terhadap pejuang-pejuang Islam hendaklah dibalas dengan tidakan-tindakan kekerasan yang sama. Hanya metod ini sahaja yang akan berkeupayaan untuk merangsangkan kebangkitan. Ini adalah Metod Islam yang didasarkan kepada al-Quran, Sunnah dan Sirah. Metod sabar terus sabar, tunggu demi tunggu tanpa sebarang agitasi, pergerakan dan tindakan kekerasan tidak akan membawa kepada kebangkitan. Malah ia akan mengakibatkan gejala kelembapan dan kelesuan kepada kebangkitan Islam itu.

Kebangkitan tidak mungkin akan berlaku hanya dengan tarbiyah demi tarbiyah, tetapi ianya hanya boleh dicapai melalui satu proses dan gerakan yang terancang dan aktif yang terdiri daripada TARBIYAH, PERGERAKAN dan TINDAKAN, iaitu tarbiyah mengenai segala idea Islam yang radikal dan revolusyeneri serta pergerakan dan tindakan yang radikal dan revolusyeneri terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini. Para pejuang Islam amat memerlukan kepada bimbingan dan asuhan yang rapi daripada para aktivis Islam yang berperanan sebagai pelupur dan perintis kepada kebangkitan Islam itu.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran - ar-Raad) :
Walau bagaimanapun, namun tugas menyampaikan dakwah tetap merupakan dasar amalan Rasulullah saw dan dasar amalan para pendakwah kepada agama ini selepas beliau, kerana usaha menyampaikan dakwah merupakan langkah pertama daripada langkah-langkah Berjihad. Apabila langkah penyampaian dakwah itu betul dan menjurus ke arah menyampaikan hakikat-hakikat asasi agama sebelum disampaikan hakikat –hakikat far’iyah yang lain, yakni apabila langkah penyampaian dakwah itu menjurus daripada langkah yang pertama ke arah menjelaskan bahawa ciri-ciri Uluhiyah, Rububiyah dan Hakimiyah adalah kepunyaan Allah yang Maha Esa sahaja, di samping menjurus ke arah menjadikan seluruh manusia itu hamba kepada Allah sahaja, di mana mereka membuat ketaatan dan kepatuhan kepada-Nya sahaja serta mencabut ketaatan dan kepatuhan kepada yang lain daripada-Nya, maka sudah tentu Jahiliyah akan bangkit menentang para pendakwah yang menyampaikan dakwah yang sebenar itu. Mereka akan menolak dan mencabar para pendakwah yang seterusnya akan bertindak menindas dan menghapuskan mereka. Di sini barulah tiba peringkat Berjihad pada waktunya yang tepat sebagai hasil yang tabii daripada penyampaian dakwah yang sebenar.

Saiyyid Qutb (Fizilali Quran –al-Anfal) :
Usaha menegakkan kerajaan Allah dan menghapuskan segala kerajaan manusia, usaha mencabut kuasa daripada tangan-tangan manusia yang telah merampaskannya dan memulangkan semula kepada Allah yang Maha Esa sahaja, usaha menegakkan kedaulatan syariat Allah sahaja dan menghapuskan undang-undang manusia – semuanya tidak direalisasikan dengan tabligh dan penerangan semata-mata kerana pihak-pihak yang berkuasa yang menguasai orang ramai dan merampas kuasa Allah di bumi tidak akan menyerah kuasa mereka dengan tabligh dan penerangan semata-mata. Jika tidak begitu, alangkah mudahnya kerja seseorang Rasul untuk menegakkan agama Allah di bumi. Ini adalah bertentangan dengan apa yang  diketahui oleh sejarah para Rasul Salawatullahi Wasalamuhu Alaihim dan sejarah agama Islam di sepanjang zaman.

Jika tabligh dan penerangan berperanan untuk menghadapi ideologi-ideologi dan kefahaman-kefahaman, maka “pergerakan” berperanan untuk menghadapi halangan-halangan material yang lain terutama halangan kuasa politik yang ditegakkan di atas faktor-faktor ideologi dan kefahaman-kefahaman, faktor perkauman dan kelas, faktor sosio-ekonomi yang canggih dan rumit. Kedua-dua program ini – program penerangan dan program pergerakan – harus bertindak seiring sejalan untuk menghadap “realiti manusia” secara keseluruhannya dengan menggunakan sarana-sarana yang sesuai dengan kehendak-kehendaknya. Kedua-duanya pasti diwujudkan untuk melancarkan gerakan untuk membebaskan keseluruh manusia di seluruh dunia itu. Inilah satu hakikat yang amat penting yang harus dijelaskan sekali lagi.

Tentulah satu kebodohan jika ada orang berfikir bahawa dakwah yang mengisytiharkan matlamat perjuangannya untuk membebaskan seluruh manusia di seluruh dunia ini boleh berjuang menghadapi halangan-halangan tadi dengan hanya menggunakan kekuatan lisan dan penerangan sahaja! Yang sebenarnya dakwah itu boleh diperjuangkan dengan hanya menggunakan kekuatan lisan dan penerangan sahaja jika orang ramai telah diberi kebebasan memilih dan dakwah ini dapat dibicarakan dengan mereka dalam suasana bebas daripada segala pengaruh. Hanya dalam suasana begini sahaja prinsip ‘tiada paksaan dalam agama’ dapat diamalkan, tetapi jika di sana terdapat halangan-halangan dan pengaruh-pengaruh kebendaan, maka langkah pertama dakwah ini ialah bertindak menghapuskan halangan-halangan itu dengan kekuatan Jihad supaya ia dapat berbicara dengan hati manusia dan akalnya dalam suasana bebas daripada segala belenggu.

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa dakwah yang menyebarkan perjuangan untuk menegakkan Uluhiyah dan Rububiyah Allah di bumi dan dakwah yang bertujuan untuk menghapuskan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang sedang tegak berdiri dengan angkuh dan sombong di bumi kita ini akhirnya akan hanya membawa kepada satu kesudahan sahaja, iaitu pelancaran Jihad, Perang dan Revolusi terhadap kekuasaan dan kekuatan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia ini. Para pendukung dakwah untuk menghapus Uluhiyah dan Rububiyah Manusia akan menerima takanan, kezaliman dan penindasan daripada para penguasa dan pemerintah yang berdiri di atas kekuasaan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang angkuh dan sombong di bumi kita ini yang secara semula jadinya akan menimbulkan KONFLIK di antara kebangkitan Islam dengan pemerintah yang kafir, zalim dan fasik serta yang zalim dan menindas ini. Dakwah Islam yang radikal dan revolusyeneri ini seterusnya akan mengembang dan melebarkan KONFLIK di antara yang hak dengan yang batil ini untuk melibatkan seluruh massa umat Islam sekelian yang akan mengelami kebangkitan yang radikal dan revolusyeneri yang akhirnya akan membawa kepada Jihad, Perang dan Revolusi. Dakwah yang mencabar dan mengancam kekuasaan dan kekuatan Jahiliyah seperti ini adalah dakwah Islam yang sebenar ke jalan Allah manakala dakwah yang hambar yang tidak mengutamakan cabaran dan ancaman terhadap pemikiran Jahiliyah dan kekuasaan Jahiliyah, ianya bukanlah dakwah ke jalan Allah. Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa Metod Islam ialah DAKWAH dan PERANG, bukan terhad kepada dakwah demi dakwah sahaja tanpa pergerakan, tindakan, revolusi dan perang!

Firman Allah: al-Hajj 39, 40 
Diizinkan berperang bagi orang-orang yang diperangi (oleh golongan penceroboh) kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka. Dan sekiranya Allah tidak melindungi sebahagian manusia daripada sebahagiannya, nescaya dirobohkan kuil-kuil, gereja-gereja, sinagog-sinagog dan masjid-masjid yang di dalamnya banyak disebut nama Allah.

Firman Allah: al-Baqarah 251 
Dan sekiranya Allah tidak menjatuhkan sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, nescaya rosak bumi ini.

Allah membenarkan kita untuk mempertahankan diri kita daripada kezaliman dan penindasan dalam bentuk fizikal daripada kerajaan demokrasi dengan tindakan-tindakan kekerasan yang setimpal, dan Allah swt juga membenarkan kita untuk mengambil sebarang tindakan kekerasan dan perang terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi yang terdiri daripada ideologi, sistem dan undang-undang yang dianggap oleh Islam sebagai kufur, zalim dan fasik serta penidasan dan kerosakan itu dengan tidak memberi pertimbangan sama ada kerajaan demokrasi ini terlebih dahulu bertindak dalam mencabar, menzalimi dan menyerang secara fizikal ataupun tidak ke atas kita. Rasulullah s.a.w. dan para Rasul yang terdahulu, Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s., kesemuanya mencabar dan bertindak untuk menghancurkan aqidah kufur yang masing-masing itu dianuti oleh kaum Quraisy, Raja Namrud, Firaun dan kerajaan Rom sedangkan mereka itu masih berada dalam posisi yang jauh lebih lemah daripada kuasa-kuasa kufur di zaman masing-masing itu. Pergerakan Islam hendaklah melancarkan tarbiah dan tindakan serentak dalam menghadapi kuasa Jahiliyah.

Saiyyid Qutb (Milestone – Bab 3 ) menjelaskan:
"Apabila Jahiliyah mengambil bentuk, tidak sebagai teori, tetapi sebagai satu pergerakan yang aktif, sesuatu usaha untuk menghapuskan Jahiliyah dan untuk mengembalikan manusia kepada Allah dengan memunculkan Islam hanya sebagai satu teori sahaja tidak mempunyai faedah. Jahiliyah menguasai dunia yang praktis, dan dalam mempertahankannya, wujud satu organisasi yang hidup dan aktif. Dalam situasi begini, usaha-usaha yang berbentuk teori untuk memeranginya tidak dapat menyamai, apatah lagi untuk mengatasinya. Apabila matlamat itu adalah untuk menghapuskan sistem yang wujud dan untuk menggantikan dengan satu sistem baru di mana ciri-ciri, prinsip-prinsip dan segala aspek umum dan khususnya itu adalah berbeza daripada sistem Jahiliyah yang sedang berkuasa, sewajarnya sistem yang baharu ini hendaklah muncul ke dalam medan perjuangan sebagai satu pergerakan yang tersusun dan ampuh. Ia hendaklah bangkit ke medan perjuangan dengan penuh keyakinan dan keazaman bahawa strateginya, organisasi sosialnya, dan pertalian di antara individu-individunya adalah lebih teguh dan lebih kuat daripada sistem Jahiliyah yang sedang berkuasa."

Tarbiah adalah untuk mengatasi ideologi demokrasi yang kufur, sementara tindakan dan Pergerakan Islam  adalah untuk mengatasi Jahiliyah yang berbentuk pergerakan yang hidup dan aktif.

Tarbiah, pergerakan dan tindakan yang dilancarkan serentak dalam menggempurkan pemikiran dan ideologi kufur dan institusi-institusi kufur diharapkan untuk mencapai dua sasaran perjuangan yang penting: pertama, ianya adalah satu proses interaksi, integrasi dan penggabungan yang harmoni di antara PEMIKIRAN ISLAM dengan MASSA UMMAH yang merintis jalan ke arah kebangkitan satu Pergerakan Islam; kedua, ianya adalah satu proses untuk melemahkan politik kufur dan institusi-institusi kufur termasuk ekonomi, ketenteraan, dan moral di pihak kufur.

Tarbiah tanpa pergerakan dan tindakan adalah satu pengasingan massa ummah daripada perjuangan Islam, mereka akan bersikap sepi, tanpa komitmen dan tanpa ikatan jiwa terhadap Islam serta tanpa perasaan tanggungjawab terhadap isu-isu perjuangan Islam dan mereka akan selesa untuk bertindak sebagai penonton-penonton sahaja terhadap segala gerakan dan kegiatan Islam yang berlaku di sekeliling mereka. Perjuangan yang semata-mata dalam bentuk tarbiah, tarbiah dan terus tarbiah itu tidak mempunyai keupayaan untuk membangkitkan massa ummah ke arah keterlibatan yang positif dan aktif ke dalam satu Pergerakan Islam.

Pembentukan Pergerakan Islam pimpinan Rasulullah s.a.w. adalah melalui kombinasi tarbiah, pergerakan dan tindakan yang merebak dan mengembang kepada konfrantasi terbuka di antara Pergerakan Islam dengan kaum kafir Quraisy dan akhir sekali dengan seluruh dunia kufur di bumi Arab. Kekuatan iman dan komitmen yang mendalam terhadap perjuangan Islam di kalangan massa ummah pimpinan Rasulullah s.a.w. tidak dicapai melalui tarbiah sahaja, tetapi ianya dicapai melalui kombinasi tarbiah, pergerakan dan tindakan.

Tarbiah, pergerakan dan tindakan di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. yang membawa kepada fenomena beriman dan beramal soleh di kalangan umat Islam akan beberapa konsep Islam yang dinamik yang terdiri daripada: kebaktian hanya untuk Allah, amar makruf nahi mungkar, syahada, moral yang tinggi, keakhiratan, kedaulatan Allah, universalisme Islam, kebertindakan Islam, pengabdian hanya untuk Allah, merupakan amalan-amalan yang melatih, memprogram, memproses, membentuk dan membangkitkan massa ummah kepada bentuk yang muttaqi, aktif, radikal, disiplin, sabar, berkorban, istiqamah, tanpa kompromi, bertanggung jawab dan revolusyeneri. Inilah metod Islam.

Gerakan tarbiah, pergerakan dan tindakan yang mencabar kuasa kufur itu akan pasti memunculkan reaksi dalam bentuk tindakan-tindakan yang jauh lebih keras dan ketara daripada kuasa kufur itu dalam bentuk kezaliman dan penindasan dan operasi segala aparatus penekanannya - bagi kita di Malaysia ialah tindakan ISA. Kejadian saling cabar-mencabar dan saling bertindak-tindakan di antara satu dengan yang lain ini akan mengembang dan membesar kepada konfrantasi terbuka di antara Pergerakan Islam dengan negara kufur demokrasi.

Konfrantasi terbuka ini akan berlarutan, mungkin generasi demi generasi sehingga membawa kepada kehancuran sama ada kepada kerajaan kufur demokrasi atau kepada pergerakan Islam itu sendiri. Revolusi Islam bukanlah satu ledakan dan bukanlah satu detik peristiwa, tetapi ianya adalah satu kemuncak (culmination) perjuangan Islam yang dioperasikan peringkat demi peringkat secara evolusi yang telah lama dilancarkan dan berkesinambungan generasi demi generasi. Latihan dan disiplin di kalangan pejuang-pejuang Islam hendaklah mantap dan mencukupi dalam menghadapi, mengoperasi dan bertindak berterusan dalam pelancaran konfrantasi terbuka yang berpanjangan yang memerlukan kepada semangat syahada, kekuatan fizikal dan rohani, pengorbanan, kesabaran dan disiplin yang tinggi dan ketaqwaan yang mendalam.

Metod tarbiah, pergerakan dan tindakan yang membawa kepada konfrantasi terbuka di antara Islam dengan kufur ini merupakan satu proses radikalisasi, kebangkitan dan keterlibatan massa ummah yang aktif dan berkesan dalam pembentukan Pergerakan Islam yang muttaqi, komited, radikal dan revolusyeneri. Massa ummah yang suasana dan persekitaran kehidupan hariannya sentiasa diselubungi, dicerobohi dan dikelilingi oleh perjuangan Islam yang radikal, dan tanpa kompromi dalam bentuk tarbiah, pergerakan dan tindakan itu, akan mengalami kesukaran untuk mengelakkan diri mereka daripada dipengaruhi dan dirangsangi untuk mengalami satu proses kebangkitan Islam dan revolusi dalam diri mereka sendiri dan untuk diserapkan ke dalam satu Pergerakan Islam dalam menghancurkan kufur dan menegakkan Deen Allah - massa ummah tidak lagi mampu untuk terus menjadi penonton-penonton sahaja lantaran kejutan-kejutan aktif dan radikal di tengah-tengah kalangan mereka sendiri.

Firman Allah : ar-Raad 6 
Dan mereka telah meminta kepada mu supaya dipercepatkan azab sebelum mereka (meminta) rahmat, sedangkan sebelum mereka telah pun berlaku berbagai-bagai contoh teladan, dan sesungguhnya Tuhanmu itu sentiasa memberi keampunan kepada manusia walaupun mereka zalim, dan sesungguhnya Tuhanmu itu amat berat balasan –Nya.

Firman Allah : ar-Raad 7 
Dan berkatalah Orang-orang yang kafir : Mengapakah tidak diturunkan kepadanya suatu bukti (mukjizat) dari Tuhannya? Sesungguhnya engkau hanya seorang Rasul yang memberi amaran dan setiap kaum mempunyai Rasul yang memberi hidayat.

Firman Allah : ar- Raad 14 
Doa yang sebenar itu ialah kepada Allah, sedangkan Tuhan-tuhan palsu yang mereka berdoa kepadanya selain Allah tidak dapat memperkenankan sedikit pun doa mereka melainkan seperti seorang yang menghulurkan kedua telapak tangannya kedalam air supaya air samapi ke mulutnya dan tentulah ia tidak akan sampai ke mulutnya. Dan tiada doa orang-orang yang kafir itu melainkan semuanya berada dalam kesia-siaan belaka.

Firman Allah : ar-Raad 17 
Dialah yang telah menurunkan hujan dari langit  lalu mengalir di wadi-wadi menurut kadar yang ditentukan –Nya, kemudian banjir membawa buih-buih yang kembang, dan dari logam-logam yang mereka leburkannya di dalam api untuk membuat perhiasan dan perkakas itu juga terdapat buih-buih yang sama dengannya. Demikianlah Allah membuat pembandingan di antara kebenaran dan kebatilan. Adapun buih, maka ia akan lenyap terbuang, dan adapun yang berguna kepada manusia, maka ia akan tetap di bumi. Demikian Allah membuat pembandingan-pembandingan.

Firman Allah : ar- Raad 19 
Apakah orang yang mengetahui bahawa apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu adalah benar sama dengan orang yang buta? Hanya orang yang berakal sahaja yang dapat mengambil pengajaran.

Firman Allah : agar- Raad 28 
Iaitu orang-orang yang beriman di hati mereka tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah! Hanya dengan mengingati akan hati akan menjadi tenang dan tenteram.

Firman Allah : ar-Raad 1 
Alif Laam Miim Raa. Itu lah ayat-ayat kitab (al-Quran). Dan apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu adalah benar, tetapi kebanyakan manusia tidak beriman.

Firman Allah : ar- Raad 30        
Demikianlah Kami telah mengutuskan engkau di kalangan satu umat yang telah berlalu sebelumnya beberapa umat yang lain supaya  engkau membaca kepada mereka (al-Quran) yang telah Kami wahyukan kepadamu, sedangkan mereka mengingkari Allah yang Maha Penyayang. Katakanlah: Dialah Tuhanku dan tiada tuhan yag lain melainkan hanya Dia, kepada –Nya aku bertawakal dan kepada –Nya aku bertaubat.

Firman  Allah : ar- Raad 36 
Dan orang-orang yang telah Kami kurniakan kitab kepada mereka adalah bergembira dengan wahyu yang telah diturunkan kepadamu (Muhammad) dari tuhanmu, dan diantara golongan-golongan (ahlil kitab dan musyrikin) ada yangt mengingkari sebahagian. Katakanlah : sesungguhnya aku diperintah menyembah Allah dan jangan mempersekutukan-Nya. Kepada Allah aku berseru dan kepada-Nya aku kembali.

Firman Allah : ar- Raad 37 
Dan demikianlah Kami turunkan al-Quran sebagai hukum-hukum (Allah) di dalam bahasa Arab, dan jika engkau (Muhammad) mengikut kehendak hawa nafsu mereka setelah datng kepadamu pengetahuan yang benar (dari Allah), maka tiada lagi penolong dan pelindung (yang dapat enyelamatkan engkau) dari azab Allah.

Firman Allah : ar- Raad 40 
Sama ada Kami memperlihatkan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian dari azab yang Kami janjikan untuk mereka (orang kafir) atau Kami wafatkanmu sebelum melihatnya, (maka itu bukan urusanmu), kerana sesungguhnya tugasmu ialah menyampaikan dakwah dan tugas Kami ialah menjalankan hisab.

Firman Allah : ar-Raad 43 
Dan orang-orang kafir itu berkata :Engkau bukanlah seorang Rasul. Katakanlah (kepada mereka) : Cukuplah Allah sendiri menjadi saksi diantaraku dengan kamu, juga dengan mereka yang mempunyai ilmu al-Kitab.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Demikianlah kita dapat mengetahu dari kumpulan ayat-ayat yang telah kami sebutkan tadi bentuk penentangan yang telah digunakan oleh kaum musyrikin untuk mencabar Rasulullah saw dan mencabar al-Quran. Kemudian makna cabaran ini dan makna arahan Rabbani untuk menghadapi cabaran itu telah menggambarkan pula tabiat dan keadaan masa diturunkan surah ini di zaman Makkiyyah.

Di antara anjuran yang jelas yang terkandung di dalam arahan Rabbani kepada Rasulullah saw dalam menghadapi penolakan, pendustaan, cabaran, kelambatan mendapat sambutan dan kesulitan dalam perjuangan ialah menyuruh beliau supaya mengemukakan konsep yang benar yang diperjuangkan dengan sempurna dan terus terang iaitu konsep tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan tiada Tuhan yang mentadbir melainkan Allah, tiada Tuhan yang disembah melainkan-Nya dan kondep Allah Maha Esa dan Maha Gagah Perkasa, dan konsep seluruh manusia akan dipulangkan kepada Allah sama ada ke Syurga atau ke Neraka. Itulah sekumpulan hakikat-hakikat yang ditolak dan dicabar oleg kaum musyrikin. Beliau juga disuruh supaya jangan mengikut kehendak hawa nafsu mereka dengan bertindak mengampu-ngampu dan mengambil hati mereka dengan menyembunyikan sebahagian daripada hakikat-hakikat yang benar ini atau menangguhkan pengumumannya, di samping itu beliau juga diancam dengan tindakan dari Allah jika beliau cuba mengikut kehendak hawa nafsu mereka di dalam mana-mana perkara ini setelah beliau mendapat ilmu yang diyakini benarnya dari Allah.

Anjuran yang jelas ini mendedahkan kepada para pendakwah ke jalan Allah tabiat methodologi dakwah Islamiyah ini yang tidak membolehkan mereka menggunakan ijtihad mereka sendiri, malah mereka harus tampil mengemukakan hakikat-hakikat asasi agama ini dengan terus terang dan tanpa menyembunyi dan menannguhkan pengumuman sesuatu apapun darinya terutama hakikat-hakikat mengenai konsep tiada Uluhiyah dan Rububiyah melainkan bagi Allah. Antara itu tiada ketaatan dan kepatuhan melainkan bagi Allah. Inilah hakikat asasi yang pasti diisytiharkan walau apa saja tentangan  dan cabaran dan walau apa sahaj penolakkan daripada pendusta. Ia pasti diisytihar biarpun bagaiman sulit dan sukar jalan perjuangannya. Bukanlah dari ciri khidmat dan pengajaran yang baik menyembunyi atau menangguhkan pengumuman sebahagian dari hakikat-hakikat ini dengan alasan-alasan kerana para Taghut ini tidak sukakannya atau menindas orang-orang yang menisytiharkannya atau yang menolak agama ini dengan sebab pengisytiharaan itu atau merancangkan tipu daya dan langkah-langkah jahat terhadap agama ini dan terhadap para pendakwahnya. Semunya ini tidak harus mendorong para penkwah agama ini bertindak menyembunyikan sesuatu ini dari hakikat-hakikat asasinya atau menangguhkan pengumumannya, atau dengan memulakannya dengan hanya mengemukakan perkara-perkara syi’ar agama, akhlak, tingkah laku dan asuhan rohani sahaja untuk menjauhi kemurkaan para Taguht di bumi apabila mereka bermula dengan mengumumkan konsep tauhid Uluhiyah dan Rububiyah, dan dari sinilah munculnya konsep tauhid ketaatan dan kepatuhan kepada Yang Maha Esa sahaja.

Inilah methodologi haraki untuk menjuangkan agama Islam yang sebagaimana yang dikehendaki Allah dan inilah methodologi kepada Allah sebagaimana yang telah dijalani oleh penghulu kita Nabi Muhammad saw. Setiap pendakwah kepada Allah tidak seharusnya menyeleweng dari methodology ini atau mengikuti metodologi yang lain. Selain dari itu Allah lah penjamin agama ini dan para pendakwahnya. Cukuplah Allah menjadi Penjamin dan Pelindung mereka dari kejahatan para Taghut itu.

Methodology dakwah al-quran ialah mencantumkan di antara penerangan kitab Allah yang dibaca iaitu al-Quranul Karim dengan saranan-saranan kitab alam buana yang terbuka. Ia menjadikan seluruh alam buana ini sebagai sumber inspirasi kepada manusia kerana ia mengandungi dalil-dalil dan bukti-bukti yang jelas yang menggambarkan kekuasaan, perencanan dan pentadbiran Allah yang Maha Halus. Methodology ini juga mencantumkan kepada dua kitab ini catatan –catatan sejarah manusia yang merakamkan bukti-bukti yang jelas yang juga menggambarkan kekuasaan, perencanaan dan pentadbiran Allah yang rapi. Dengan seluruh dalil-dalil dan bukti-bukti inilah al-Quran menghadapi entity manusia dan mengepungi mereka dari segenap penjuru, di mana ia berbicara dengan pancaindera mereka, dengan hati mereka dan dengan akal mereka.                       

Firman Allah : al-Muddaththir 50,51 
Seolah-olah mereka sekawan keldai liar yang lari,
Melarikan diri (dalam ketakutan) daripada singa!

Saiyyid Qutb (Maalim fil Toriq) :
“Kita jangan hanya cukup dengan usaha mendakwahkan Islam kepada umat manusia dengan cara berbisik-bisik sahaja dan jangan bersikap simpang siur dalam menghentam ideologi dan konsep mereka yang menyeleweng itu. Kita mesti berterus terang memberi tahu mereka dan mengatakan, “dasar Jahiliyah yang tuan-tuan sedang hayati ini adalah najis dan Allah hendak mensucikan tuan-tuan. Realiti hidup tuan-tuan adalah kotor maka Allah mahu membersihkannya. Mutu hidup tuan-tuan sangat rendah oleh sebab itu Allah hendak mengangkatnya. Tuan-tuan sekarang sedang hidup dalam penderitaan, kepicikan dan kesempitan, maka Allah mahu meringankan beban itu dan Islam akan mengubah konsep hidup tuan-tuan, realiti dan nilai tuan-tuan dan akan mengangkat darjat hidup tuan-tuan ke suatu taraf yang tuan-tuan tidak mungkin tercapai melalui realiti hidup Jahiliyah ini. Seandainya tuan-tuan tidak dapat mengerti tentang konsep ini kerana disekat oleh musuh-musuh Islam yang bekerja tidak berhenti-hentinya membanting tulang, menghalang daripada usaha untuk mewujudkan hidup cara Islam itu, maka biarlah Islam menunjuk kepada tuan-tuan; dan syukur alhamdulllah, gambaran kehidupan Islam terpahat indah melalui al-Quran kami dan melalui sejarah dan konsep kami bagi menempuh zaman depan yang gemilang, yang tidak kami ragui sedikitpun.
Begitulah hendaknya kita katakan kepada umat manusia pada ketika kita mengemukakan Islam kepada mereka; kerana ini adalah suatu hakikat dan kerana inilah bentuk percakapan yang Islam mula-mula kemukakan kepada manusia dahulu, baik di Semenanjung Tanah Arab, di Farsi atau di Rom ! Dan di mana-mana sahaja Islam menyampai dakwahnya.

Islam mengemukakan konsep yang jelas kepada mereka, sebab tiada apa rahsiapun yang hendak disembunyikan oleh Islam terhadap semua peringkat umat manusia. Ia selalu bersikap terbuka dan berterus terang. Ia berhadapan dengan umat manusia dengan menggunakan bahasa yang penuh cinta dan rasa kasih mesra; kerana bahasa itu adalah secebis daripada hakikat yang tidak dapat dipisahkan daripada tabiat Islam. Islam akan memberi tahu mereka bahawa tiada apapun yang rahsia dan sulit (confidential) dalam ajaran Islam, kerana memang begitulah sifat-sifat Islam ini. Islam tidak mengatakan kepada mereka bahawa ia akan melakukan perubahan kecil sahaja dalam kehidupan manusia itu, ataupun bahawa ia adalah sama dan serupa sahaja dengan sistem yang telah menjadi kebiasaan mereka, sepertimana yang banyak terdapat pada zaman sekarang di kalangan sesetengah orang-orang yang tertentu yang telah berkata demikian dalam menjalankan dakwah mereka kepada umat manusia. Ada orang yang tidak segan-segan menyebut dan bercakap-cakap tentang Demokrasi Islam, Sosialisme Islam dan ada pula yang tergamak mengatakan bahawa realiti ekonomi dan tata cara perundangan yang ada sekarang dalam masyarakat Jahiliyah itu tidak akan diapa-apakan oleh Islam, kalau ada perubahanpun hanya sebahagian yang kecil sahaja, dan berbagai-bagai cara pemalsuan dan pengeliruan terhadap hakikat Islam, yang dibuat secara berbisik-bisk dan berpandukan kepada hawa nafsu.

Bukan demikian halnya, sebab peralihan daripada suasana Jahiliyah yang sedang mempengaruhi dunia sekarang kepada suasana Islam itu adalah suatu bentuk peralihan dan perpindahan yang sangat jauh jaraknya. Konsep hidup Islam adalah berlainan sama sekali dengan konsep hidup Jahiliyah, baik dahulu mahupun sekarang, bahkan untuk selama-lamanya. Penderitaan yang dialami oleh umat manusia di bawah belenggu sistem Jahiliyah sekarang ini tidak dapat diubati dan diatasai dengan hanya mengadakan perubahan kecil sahaja. Umat manusia tidak akan dapat diselamatkan daripada bahana penderitaan itu kecuali melalui satu proses pembedahan yang menyeluruh : semasa melalui suatu peralihan yang jauh jaraknya daripada realiti cara Jahiliytah; iaitu peralihan daripada mematuhi konsep dan perundangan ciptaan makhluk yang lemah dan hina kepada konsep dan perundangan ciptaan Khaliq yang Gagah Perkasa.

Ini adalah satu hakikat; satu hakikat yang mesti dicanangkan kepada seluruh umat manusia dengan terbuka, lantang dan nyaring, supaya umat manusia tidak terbiar menderita kesengsaraan terus menerus.

Pada peringkat awalnya, manusia mungkin tidak senang hati dengan cara tarbiyah seperti ini, mungkin mereka akan lari daripada tarbiyah ini, dan mungkin mereka akan takut kepadanya. Mereka tidak menyenanginya, membencinya dan merasa terguris hati apabila Rasulullah saw mengkritik konsep mereka, menyeranah Tuhan-tuhan mereka, menolak cara hidup, peradaban dan adat resam mereka, dan Baginda berserta kaum Muslimin yang kecil itu mengamalkan cara hidup, peradaban dan adat resam mereka yang tersendiri yang sama sekali berbeza dan bertentangan dengan mereka.

Selepas itu apa yang terjadi? Mereka menyukai dan menyenangi kebenaran yang sama yang dikemukan pada mula-mula dahulu itu yang pada ketika itu kelihatan begitu asing bagi mereka, yang mereka lari daripadanya, “seperti keldai-keldai dalam kejutan yang lari bertempiaran daripada se ekor singa” ((74:50, 51), dan yang mereka menentang dan memeranginya dengan segala kekuatan yang ada pada mereka, dan mereka telah menzalimi orang-orang Islam yang lemah di Mekah dan selepas itu mereka berperang dengan orang-orang Islam semasa di Medinah.

Keadaan dan persekitaran yang wujud di zaman permulaan di Mekah adalah hampir sama dengan keadaan dan persekitaran kita sekarang ini. Islam adalah satu agama yang tidak dikenali, dan ditolak oleh Jahiliyah; ia hanya terbatas kepada daerah di lembah Mekah sahaja, yang ditindas dan ditekan oleh golongan yang berkuasa dan berpengaruh; dan Islam pada masa itu adalah satu agama yang sama sekali asing kepada mata kaca dunia. Islam dikelilingi oleh empayar-empayar yang agung dan sombong yang kuat menentang Islam. Di sebalik situasi yang buruk itu, dakwah Islam adalah sesuatu yang bertenaga dan kuat, dakwah Islam terus bertenaga dan kuat buat hari ini, dan ia akan tetap bertenaga dan kuat pada masa-masa akan datang. Sumber tenaga dan kekuatannya berada terselubung dalam dasar-dasar Aqidahnya; itulah sebabnya dakwah Islam boleh beroperasi dalam situasi yang paling negatif dan buruk sekali dan dakwah Islam itu berupaya untuk menghadapi penentangan yang paling sengit sekali. Tenaga dan kekuatan Islam bersumber dan bersandarkan kepada kebenaran Islam yang jelas dan nyata yang ia perjuangkan. Ajaran-ajarannya yang seimbang adalah selari dan bersesuaian dengan naluri-naluri manusia – naluri-naluri yang tidak boleh bertahan lama dalam menentang kebenaran – dan Islam mempunyai kekuatan untuk memimpin umat manusia untuk menuju kepada kemajuan dan kesejahteraan walaupun ketika manusia itu sedang berada dalam situasi yang sangat mundur dari segi ekonomi, sosial, teknologi dan intelektual mereka.

Satu lagi rahsia tentang sumber tenaga dan kekuatan Islam ialah bahawa ia mencabar dan menentang Jahiliyah tanpa sedikitpun berkompromi dengan Jahiliyah dan tanpa kesediaan sedikitpun untuk bersetuju bagi mengubah mana-mana bahagian sedikitpun daripada dasar-dasar Aqidahnya dan Metod perjuangannya. Islam mendeklarasikan kebenaran dengan amat lantang dan berani supaya manusia itu memahami bahawa Islam itu bagus, dan ia adalah satu rahmat dan kasihan belas daripada Allah swt.

Rahsia kekuatan dan kejayaan tarbiyah juga berpunca daripada sikap berterus terang dalam menghadapi Jahiliyah yang lengkap dengan segala kekuatan dan persenjataan. Tiada yang disembunyikannya walaupun setengah perkataan daripada konsep dan aqidahnya. Ia tidak menghadapi Jahiliyah dengan sikap orang yang minta dikasihani, ia tidak pernah mendodoi Jahiliyah supaya ia terlena lalu memukulnya secara curi. Malah ia tetap menyuarakan kebenaran dengan lantang dan nyaring disamping memberi kesedaran kepada manusia bahawa ia membawa kebajikan, rahmat dan berkat.

Allah yang mencipta manusia Maha Mengetahui tentang tabiat pertumbuhan mereka dan isi hati mereka dan bagai mana pula hati itu mudah terbuka bila diketuk dengan suara kebenaran, apabila diajak dengan terus terang.

Sesungguhnya jiwa manusia itu memang mempunyai cukup persediaan untuk beralih daripada satu keadaan kepada satu keadaan, daripada memegang satu konsep kepada satu konsep yang lain; bahkan kadang-kadang lebih mudah ia beralih secara menyeluruh daripada beralih secara sedikit-sedikti, seperti juga sesetengah jenis jentera itu lebih mudah di”overhaul” terus daripada hanya membetulkan skru-skru kecil sahaja. Memang ganjil sekali kalau perpindahan itu tidak dilakukan sekali gus, sebab tidak akan dapat membuat perubahan apa-apa; mungkin lebih baik bertahan atas sistem yang ada sahaja, yang sekurang-kurangnya sudah dikatahui selok-belokya.”

Firman Allah : Yusuf 110 
Sehingga apabila para Rasul tidak mempunyai harapan dan yakin bahawa mereka terus didustakan maka datanglah pertolongan Kami kepada mereka , lalu diselamatkan mereka yang Kami kehendaki dan azab Kami tidak sekali-kali dapat ditolakkan daripada golongan orang-orang yang berdosa .

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – Yusuf) :
Itulah gambaran yang mengharukan, yang melukiskan saat-saat yang genting, susah dan cemas dalam hidup para Rasul semasa berjuang melawan kekufuran, kesesatan, kedegilan dan keingkaran. Masa berlalu dan mereka terus berdakwah, tetapi tiada yang menyambut dakwah mereka melainkan segelintir manusia sahaja. Tahun-tahun berlalu lagi, tetapi kebatilan terus kuat dan mendapat pengikut-pengikut yang ramai, sedangkan golongan mukminin terus berada dalam bilangan yang sedikit dan mempunyai kekuatan yang lemah.

Itulah saat-saat genting, di mana kebatilan terus bermaharajalela, bertindak ganas, menyerang dan mengkhianat, sedangkan para Rasul menunggu janji Allah yang belum lagi menjadi kenyataan di bumi ini dan mereka diharui berbagai-bagai perasaan. Tidakkah engkau melihat mereka telah dibohongi oleh kaum mereka. Tidakkah engkau melihat mereka telah dikecewakan hati mereka semasa mengharapkan pertolongan Allah dalam hidup di dunia ini.
Pendirian seorang Rasulullah saw tidak sampai ke tahap ini melainkan apabila ia mengalami kesusahan , penderitaan dan kesempitan di luar kemampuan manusia. Apabila anda membaca ayat ini dan ayat yang berikut :

Apakah kamu mengira dapat memasuki Syurga, sedangkan kamu belum lagi mengalami ujian seperti ujian yang telah dialami oleh orang-orang sebelum kamu ? Mereka telah ditimpa malapetaka dan kesengsaraan, mereka telah digoncangkan hati mereka sehingga Rasulullah saw dan pengikut-pengikut yang berada bersamanya berkata : Bilakah datangnya pertolongan Allah ? Sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat . (al-Baqarah 214) 

anda akan merasa betapa terharunya perasaan anda apabila menggambarkan penderitaan yang amat berat yang dialami oleh Rasul, iaitu penderitaan yang tersembunyi di dalam perasaan beliau, perasaan yang menggoncangkan hati beliau, juga menggambarkan keadaan jiwa beliau yang berat di saat-saat itu dan menggambarkan penderitaan batinnya yang tidak tertanggung itu .

Di saat-saat memuncaknya penderitaan dan kesusahan hati para Rasulullah saw, di mana tiada lagi tenaga simpanan mereka yang dapat digunakan, maka tepat pada saat inilah datangnya pertolongan Allah yang sempurna dan muktamad :

Maka datanglah pertolongan Kami kepada mereka, lalu diselamatkan mereka yang Kami kehendaki, dan azab Kami tidak sekali-kali dapat ditolakkan daripada golongan orang-orang yang berdosa .

Itulah Sunnatullah dalam perjuangan dakwah. Perjuangan itu pastilah menempuh kesusahan dan penderitaan sehingga kehabisan segala usaha dan tenaga, dan selepas itu barulah datang pertolongan daripada Allah, iaitu setelah punca yang lahir yang menjadi tempat pergantungan manusia itu tidak dapat diharapkan lagi. Pertolongan itu datang daripada Allah menyelamatkan orang-orang yang wajar diselamatkan daripada kebinasaan yang menimpa para pendusta. Mereka terselamat daripada penindasan-penindasan manusia yang zalim dan sewenang-wenang. Azab Allah yang ditimpa ke atas orang-orang yang berdosa itu telah membinasa dan menghancurkan mereka. Mereka tidak berdaya lagi menolak azab itu dan tiada siapa yang sanggup yang menjadi penolong dan pelindung untuk menghalang azab itu daripada mereka .

Demikianlah hakikat perjuangan dakwah supaya kemenangan dakwah itu tidak merupakan satu kemenangan yang murah hingga perjuangan dakwah merupakan perjuangan mainan-mainan sahaja. Seandainya kemenangan itu begitu mudah tentulah setiap hari akan muncul pejuang-pejuang yang mendakwa memperjuangkan dakwah tanpa menanggung apa-apa beban atau menanggung sedikit beban sahaja. Perjuangan dakwah yang sebenar tidak seharusnya menjadikan perjuangan cuma-cumaan dan mainan-minan sahaja kerana perjuangan dakwah ialah perjuangan menegakkan dasar-dasar dan sistem hidup manusia. Oleh itu perjuangan ini pasti dijaga dan dpeliharakan daripada pejuang-pejuang palsu, kerana mereka tidak sanggup memikul beban dakwah. Justeru itulah mereka takut mendakwa diri mereka sebagai pejuang dakwah yang sebenar dan mereka berani mendakwa, mereka tidak akan sanggup memikul bebannya dan akan terus membuangnya. Perbezaan di antara kebenaran dan kebatilan akan ketara apabila diuji dengan batu-batu uji kesusahan dan penderitaan yang tidak sanggup dipikul melainkan oleh pejuang-pejuang yang benar yang tidak meninggalkan dakwah Allah walaupun mereka yakin bahawa mereka tidak mungkin mencapai kemenangan dalam hidup di dunia ini.

Pejuang dakwah kepada Allah bukannya perniagaan jangka pendek, iaitu sama ada mendapat keuntungan yang terbatas di dunia ini atau tinggalkan sahaja perjuangan itu dan pilihlah satu perniagaan yang lain yang lebih cepat mendatangkan hasil keuntungan. Pejuang dakwah kepada Allah di dalam masyarakat-masyarakat Jahiliyah iaitu masyarakat masyarakat yang memberi ketaatan dan kepatuhan kepada yang lain daripada Allah di mana-mana zaman atau tempat hendaklah meyakinkan hatinya bahawa dia bukannya sedang berada di dalam satu perjalanan yang senang dan rehat dan bukannya menjalankan perniagaan barangan-barangan jangka pendek, malah dia harus yakin bahawa dia akan menghadapi Tuhan-tuhan palsu (Taghut) yang memiliki kekuatan dan kekayaan dan mempunyai kuasa memperbodohkan orang ramai sehingga mereka memandang yang hitam itu putih dan yang putih itu hitam dan seterusnya mereka mempunyai kuasa menggembelingkan orang ramai untuk menentang pejuang-pejuang dakwah kepada Allah dengan usaha merangsangkan nafsu keinginan mereka dan mengancam mereka bahawa tujuan pejuang-pejuang dakwah itu ialah untuk mengharamkan mereka daripada nafsu keinginan mereka. Para pejuang dakwah pastilah yakin bahawa perjuangan dakwah kepada Allah itu meminta pengorbanan yang amat banyak dan penglibatan diri dalam perjuangan menentang Jahiliyah juga meminta pengorbanan yang banyak. Justeru itulah dalam peringkat awal perjuangan dakwah, orang ramai yang lemah tidak ikut melibatkan diri dalam perjuangan itu, malah golongan yang sanggup melibatkan diri ialah golongan pilihan daripada generasi itu, golongan yang mementingkan hakikat kebenaran agama ini daripada kerehatan dan keselamatan diri daripada seluruh kenikmatan hidup di dunia ini, namun begitu bilangan mereka selalunya amat kecil, tetapi Allah menyelesaikan pertikaian di antara mereka dengan kaum mereka dengan penyelesaian yang benar setelah mereka melancarkan Jihad sama ada dalam masa yang panjang atau pendek, dan di waktu inilah sahaja orang ramai akan datang berduyun-duyun masuk ke dalam agama Allah. 

(bersambung)

No comments:

Post a Comment