Sunday 14 October 2012

PAS KAFIR - SIRI KETIGA



(SAMBUNGAN)

6.     PAS MEMBATALKAN DUA KALIMAH SYAHADAH KERANA MEREKA MENYEMBAH MANUSIA DAN TIDAK MENYEMBAH ALLAH APABILA MEREKA MENTAATI DAN MEMATUHI SEGALA PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG MANUSIA

Firman Allah : asy-Syu’arak 70, 71 
Tetkala ia berkata kepada bapanya dan kaumnya, “Siapakah yang kamu sembah ?” 
Mereka menjawab, “ Kami menyembah berhala-berhala dan kami tekun dan kekal menyembahnya.

Siapakah Tuhan-tuhan yang disembah oleh PAS dan para pengikut PAS? Mereka  menyembah Tuhan-tuhan Manusia yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun kerana mereka kesemuanya mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang diluluskan oleh Parlimen dan Dun!

Firman Allah: al-Taubah 31 
Mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadikan pendita-pendita dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain daripada Allah dan (juga mereka memperTuhankan) al-Masih anak Maryam, padahal mereka tidak diperintah melainkan untuk menyembah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya) melainkan Ia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan

Ayat ini dijelaskan di dalam Hadith (Tarmidzi dari ‘Adi bin Hatim):
Pada suatu ketika apabila Rasulullah s.a.w sedang membaca ayat di atas ini, ‘Adi bin Hatim berkata: “Ya Rasulullah, mereka (Yahudi dan Nasrani) tidak menyembah mereka (pendita-pendita dan rahib-rahib).” Rasullullah s.a.w menjawab, “Memang benar mereka berbuat demikian. Mereka (pendita-pendita dan rahib-rahib) membenarkan perkara-perkara yang tidak benar, dan mereka (Yahudi dan Nasrani) mematuhi mereka; dan dengan berbuat demikian mereka sebenarnya telah menyembah mereka (pendita-pendita dan rahib-rahib).”

Ujar al-Alusi di dalam tafsirnya:

“Kebanyakan mufassirin berpendapat : yang dimaksudkan dengan Tuhan-Tuhan yang layak disembah di dalam ayat ini bukannya mereka mempercayai ulama-ulama dan rahib-rahib mereka itu sebagai Tuhan-Tuhan alam ini, malahan maksudnya mereka patuh menjunjung suruhan-suruhan dan larangan-larangan mereka.”

Mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang dibuat oleh ahli-ahli parlimen dan dewan perundangan negeri (DUN), mengikut hukum al-Quran, bermakna menyembah ahli-ahli Parlimen dan Dun yang membuat undang-undang itu. Walaupun tanpa niat, iktiqad dan qasad di dalam hati untuk menyembah Tuhan-tuhan demokrasi dan walaupun dengan hati yang tidak meredhai Tuhan-tuhan itu, perbuatan mentaati dan mematuhi peraturan dan undang-undang demokrasi itu tetap bererti menyembah Tuhan-tuhan demokrasi. Kaum Kristian itu dianggap oleh Allah sebagai menyembah ketua-ketua agama mereka (paderi-paderi) sebagai Tuhan-tuhan mereka apabila mereka mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh mereka itu (paderi-paderi), padahal mereka tidak berniat untuk menyembah paderi-paderi itu. Kufur di sini ialah KUFUR AMALIYAH.

Saiyyid Qutb (Milestones):
"Tarmidzi meriwayatkan daripada 'Adi bin Hatim bahawa setelah risalah Islam sampai kepada beliau, beliau telah melarikan diri ke Syria (dia telah memeluk Kristian sebelum zaman Nabi), tetapi saudara perempuannya dan beberapa orang daripada kaumnya telah dijadikan tawanan perang. Nabi Muhammad s.a.w. memberi layanan yang baik kepada saudara perempuannya sehingga memberi berbagai hadiah. Saudara perempuannya telah pulang untuk bertemu dengan beliau ('Adi bin Hatim) dan mengajaknya supaya bersama-sama memeluk Islam dan menasihatinya supaya mengunjungi Nabi Muhammad s.a.w. 'Adi bersetuju. Orang ramai begitu keinginan untuk melihat beliau datang ke Madinah. Ketika beliau datang kepada Rasulullah s.a.w. beliau memakai salib perak. Rasulullah sedang membaca ayat, "mereka (ahli-ahli kitab) telah menjadikan pendeta-pendeta dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain daripada Allah." 'Adi meriwayatkan, "Saya berkata, 'mereka tidak menyembah rahib-rahib mereka'. Rasulullah s.a.w. menjawab, "apa sahaja pendeta-pendeta dan rahib-rahib mereka menghukum sebagai halal, mereka menerimanya sebagi halal, apa sahaja yang mereka menghukum sebagai haram, mereka menerimanya sebagai haram, yang demikian itu mereka (ahli-ahli kitab) menyembah mereka (pendeta-pendeta dan rahib-rahib).

"Huraian ini mengenai ayat tersebut oleh Rasulullah s.a.w., memberi kejelasan bahawa ketaatan kepada undang-undang dan hukuman-hukuman ialah satu bentuk penyembahan, dan sesiapa yang melakukan ini di anggap terkeluar daripada Islam. Ia menjadikan segolongan manusia sebagai Yang Di Pertuan (Tuhan) ke atas golongan yang lain, sedangkan agama ini di turunkan untuk menghapuskan amalan-amalan seperti ini, dan ia mendeklarasikan bahawa kesemua manusia di bumi hendaklah bebas daripada pengabdian kepada yang selain daripada Allah".

Huraian Saiyyid Qutb seperti di atas ini membolehkan kita untuk membuat pengamatan bahawa ketaatan dan kepatuhan kepada akta-akta Parlimen dan Dun, dan segala undang-undang kecil, aturan dan peraturan yang terbit daripada akta-akta itu, dianggap oleh Islam sebagai MENYEMBAH dan MEMPERTUHANKAN orang-orang yang membuat, melulus dan menjalankannya, khasnya untuk MEMPERTUHANKAN ahli-ahli Parlimen dan Dun yang membuat undang-undang itu. Walaupun tanpa niat di dalam hati atau pengakuan dengan lisan, perbuatan mentaati dan mematuhi undang-undang Parlimen dan Dun ciptaan manusia itu bererti MENYEMBAH MANUSIA dan MEMPERTUHANKAN manusia dan mengkufurkan Allah s.w.t. (kufur amali).

Ahli-ahli Parlimen dan Dun adalah juga terdiri daripada pemimpin-pemimpin PAS yang berperanan sebagai Tuhan-tuhan Manusia yang disembah oleh manusia tanpa mengira samada peraturan dan undang-undang yang ditaati dan dipatuhi oleh manusia itu dibuat oleh PAS atau oleh orang-orang yang lain, implikasinya tetap sama – mereka itu adalah Tuhan-tuhan Manusia yang disembah oleh manusia.

Dalam khutbatnya di Rusila, Trengganu yang dipetikkan di sini, YAB Datuk Seri Haji Hadi Awang menyarankan dengan tegas bahawa sesebuah kerajaan yang menjalankan undang-undang yang selain daripada Allah adalah kafir, zalim dan fasik, serta beliau menjelaskan bahawa ketaatan kepada undang-undang seperti ini bererti mempertuhankan manusia yang terkeluar daripada Islam.

MELANTIK TUHAN DARI KALANGAN MANUSIA
(Harakah 26 Februari 1999) Oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Masjid Rusila, Terengganu)

“Muslimin sidang Jumaat sekalian. Marilah kita memahami dan mentaati larangan Allah Taala di dalam firmanNya yang bermaksud: Dan jangan kamu condong kepada orang-orang yang zalim (jika tidak) nescaya kamu disambar oleh api neraka (Surah Hud ayat 113).
Sabda Rasulullah s.a.w, firman Allah Taala : Wahai hamba-hambaku, sesungguhnya Aku telah mengharamkan kezaliman ke atas diriKu, dan Aku menjadikannya haram di antara kamu. Dan jangan kamu melakukan kezaliman.

Apakah yang dimaksudkan dengan zalim? Zalim ertinya meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya." Persoalannya: Apakah tempat itu? Yang dimaksudkan dengan tempat di sini ialah, tempat yang telah ditentukan oleh Allah Taala. Apabila kita telah memahami itu maka kita dapati dunia hari ini penuh dengan kezaliman yang meliputi kezaliman aqidah, kezaliman ekonomi, kezaliman akhlak, kezaliman politik, kezaliman undang-undang dan kehakiman, dan kezaliman-kezaliman yang lain. Segala kezaliman itu berpunca daripada tidak mengikut hukum Allah Taala.

Kezaliman yang paling besar yang menjadi benih kepada semua kezaliman yang lain ialah kezaliman syirik menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Syirik pada hari ini bukan sekadar memuja batu-batu dan kayu-kayu yang dipahat kemudian disembah dan dipersucikan, dan bukan lagi menyembah dan mempersucikan pemimpin-pemimpin seperti Firaun, Namrud dan lain-lain, tetapi merupakan syirik apabila manusia mencipta hukum dan peraturan sendiri di dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah Taala.

Sebenarnya kuasa mengadakan undang-undang hanya menjadi milik Allah. Allah menyatakan dengan tegas kepada mereka yang mendakwa mempunyai hak mengadakan undang-undang di dalam perkara yang tidak diizinkan olehNya dengan firmanNya yang bermaksud: Apakah ada bagi mereka sekutu-sekutu yang mengadakan hukum syariat untuk mereka di dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah? (Surah Asy-Syura ayat 21).

Ayat ini menegaskan bahawa sesiapa yang mengadakan undang-undang di dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah bermakna telah melakukan syirik, dan sesiapa melantik pemimpin-pemimpin yang mengadakan undang-undang tersebut bermakna telah melantik tuhan-tuhan yang lain daripada Allah Taala. Sesiapa yang menyokong dan bersetuju dengan pemimpin-pemimpin yang melaksanakan undang-undang di dalam perkara-perkara yang tidak diizinkan oleh Allah itu juga sebenarnya melakukan dosa syirik.

Dalilnya ialah, apabila Adi Ibnu Hatim, ketika belum masuk Islam, datang mengadap Rasulullah s.a.w, pada lehernya terkandung salib. Melihat salib yang terkandung di leher Adi itu, maka Rasulullah s.a.w membaca ayat al-Quran yang bermaksud: Mereka (ahli kitab) mengambil paderi-paderi dan pendeta-pendeta mereka sebagai tuhan selain daripada Allah. (Surah at-Taubah ayat 31). Apabila Adi bin Hatim menjawab bahawa sebenarnya mereka tidak menyembah paderi-paderi dan pendeta-pendeta mereka, maka Rasulullah s.a.w berkata: Kamu memakai hukum-hukum yang dibuat oleh paderi dan pendeta kamu. Kamu menghalalkan perkara yang mereka halalkan, dan kamu mengharamkan apa yang mereka haramkan. Itulah makna melantik mereka sebagai tuhan-tuhan selain daripada Allah.

Umat Islam pada hari ini diperintah oleh undang-undang asing yang dicipta oleh penjajah-penjajah, yang bercanggah dengan undang-undang Islam dan tidak ada kena mengena dengan umat Islam. Oleh kerana kezaliman yang besar ini dilakukan oleh umat Islam maka mereka dilanda oleh berbagai-bagai penyakit kerana penyakit syirik ini bercanggah kepada sistem-sistem yang lain.

Lahir pula kezaliman politik apabila ada pemimpin-pemimpin yang menipu rakyat dengan cakap-cakap manis dan hujah-hujah yang menarik kononnya mereka seorang pemimpin yang baik dan adil, sedangkan mereka tidak melaksanakan hukum Allah. Rakyat tidak sedar bahawa kezaliman itu apabila tidak melaksanakan hukum Allah, sementara adil itu apabila melaksanakan hukum Allah. Orang ramai menyangka bahawa zalim ini apabila mereka dan jasad mereka dihentam dan dibelasah, harta benda mereka dirampas dan dimusnahkan, isteri dan anak-anak mereka dilarikan, tetapi mereka tidak sedar bahawa yang dikatakan zalim itu apabila tidak melaksanakan hukum Allah Taala dan mereka menghukum dengan hukum yang lain daripada hukum Allah, dan di dalam masa yang sama mereka melakukan satu dosa yang amat besar.

Kezaliman juga berlaku di dalam bidang ekonomi. Adanya para pemimpin yang menganggap bahawa harta dan kekayaan yang menjadi hak rakyat adalah hak milik peribadi mereka. Mereka merampas harta negara dan menggunakannya tidak berdasarkan hukum syarak, tidak mengira halal dan haram. Rakyat pula tidak mendapat bahagian yang lain untuk mereka. Kezaliman juga berlaku di dalam bidang kehakiman. Pelantikan para hakim tidak berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Islam. Islam telah menetapkan bahawa seorang hakim mestilah Islam, tidak melakukan dosa besar, tidak berkekalan di dalam dosa-dosa kecil dan tidak melakukan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Qadhi (hakim) ada tiga jenis. Satu jenis di dalam syurga dan dua jenis di dalam neraka. Hakim yang tahu kebenaran, maka ia berhukum dengan kebenaran tersebut di dalam syurga. Hakim yang jahil, maka dia berhukum dengan dasar kejahilan, maka dia di dalam neraka. Dan hakim yang tahu kebenaran tetapi dia tidak berhukum dengan kebenaran, maka dia juga di dalam neraka.

Kaedah ini tidak diamalkan di dalam negara umat Islam. Hakim yang dilantik ada kalanya daripada kalangan bukan Islam yang tidak percaya adanya Allah dan tidak percaya adanya dosa dan pahala. Ada juga hakim yang boleh dipengaruhi dan boleh dibeli dengan harta dan kemewahan. Islam juga telah meletakkan syarat orang-orang yang menjadi saksi di dalam perbicaraan di mahkamah mestilah adil menurut istilah yang telah disebutkan. Ini untuk memastikan bahawa saksi juga tidak boleh dipengaruhi dan dibeli dengan harta benda dan pangkat kebesaran.

Sebenarnya kita telah ditimpa oleh berbagai-bagai kezaliman secara menyeluruh berpunca apabila kita tidak beramal dengan Islam. Berwaspadalah kita supaya tidak disentuh oleh api neraka kerana cenderung kepada orang-orang yang zalim.

Takutlah kamu akan fitnah (bala) yang tidak hanya menimpa ke atas orang-orang yang zalim di kalangan kamu sahaja.

Dalam khutbahnya Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menghuraikan bahawa KETAATAN dan KEPATUHAN MANUSIA kepada PERATURAN dan UNDANG-UNDANG MANUSIA bererti manusia menyembah manusia yang mengeluarkan manusia daripada agama Allah. Huraian Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang seperti di atas ini membolehkan kita untuk membuat kesimpulan bahawa para pemimpin PAS yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun sebenarnya adalah Tuhan-tuhan Manusia yang disembah oleh manusia kerana seluruh peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang sedang berada di bawah kuat kuasa dan tanggungjawab mereka itu (ahli-ahli Parlimen dan Dun PAS) adalah ditaati dan dipatuhi oleh sebahagian manusia yang lain. Sama ada peraturan dan undang-undang demokrasi itu adalah dibuat oleh UMNO dan pihak-pihak yang lain ataupun oleh PAS sendiri, ketaatan dan kepatuhan seluruh rakyat Malaysia kepadanya (peraturan dan undang-undang demokrasi) tetap mempunyai pengertian bahawa para pemimpin PAS sebagai ahli-ahli Parlimen dan Dun itu adalah turut disembah oleh seluruh umat manusia sebagai Tuhan-tuhan Manusia. Para pemimpin PAS ini adalah Tuhan-tuhan Manusia yang kafir, zalim dan fasik yang disembah oleh manusia.
Rumusan :

1. Ahli-ahli Parlimen dan Dun di Malaysia yang membuat undang-undang adalah orang-orang disembah oleh manusia sebagai Tuhan-tuhan Manusia yang layak disembah kerana undang-undang yang dibuat oleh mereka itu adalah ditaati dan dipatuhi oleh manusia;

2.  Rakyat biasa adalah para penyembah yang menyembah Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka mentaati dan mematuhi undang-undang yang dibuat oleh ahli-ahli Parlimen dan Dun;

3.  Umat Islam di Malaysia yang menjadi para pengamal sistem politik demokrasi adalah orang-orang kafir kerana mereka menyembah manusia dan mereka tidak menyembah Allah;

4.   Politik demokrasi adalah kufur kerana ia mewujudkan sistem manusia menyembah manusia.

Ahli-ahli Parlimen dan Dun di Malaysia sama ada PAS atau UMNO, adalah orang-orang kafir kerana mereka adalah Tuhan-tuhan Manusia yang disembah oleh manusia, manakala seluruh umat Islam kita, samada PAS atau UMNO,  adalah juga orang-orang kafir kerana mereka adalah para penyembah yang menyembah Tuhan-tuhan Manusia ini.

 7.     PAS MEMBATALKAN DUA KALIMAH SYAHADAH KERANA MEREKA MENCARI DAN MENGAMALKAN AGAMA YANG LAIN DI SAMPING MEREKA TETAP JUGA MENGIMANI, MENGANUTI DAN MENGAMALKAN AGAMA ALLAH

Firman Allah : al-Imran 18 
Allah sendiri menyaksikan tiada Tuhan melainkan hanya dia dan para malaikat dan orang-orang yang berilmu juga (turut menyaksikan) Ia menegakkan keadilan. Tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Imran):
“Erti Islam ialah ketaatan berhakimkan kepada kitab Allah, mematuhi dan mengikutnya. Sesiapa yang tidak berbuat demikian, maka tidak ada agama baginya dan dia bukannya seorang Muslim walau pun dia mendakwa beragama Islam dan berpegang dengan agama Allah. Kerana agama Allah digaris, dijelas dan ditafsir oleh Allah s.w.t sendiri dan bukannya tunduk kepada pentafsiran dan penggarisan hawa nafsu manusia yang masing-masing menggaris dan mentafsirkan mengikut sesuka hati mereka.

Islam bukannya semata-mata pengakuan, bukannya semata-mata panji-panji, bukannya semata-mata kata-kata yang diucapkan lisan, malah bukannya kepercayaan yang dikandung oleh hati dengan diam dan tenang, bukannya upacara-upacara ibadat perseorangan yang ditunaikan oleh individu-individu dalam solat, haji dan puasa .... tidak, ini bukannya Islam yang menjadi satu-satunya agama yang diredhai Allah dari para hambaNya, malah Islam ialah penyerahan diri, ketaatan dan ikutan yang patuh. Islam ialah berhakimkan kitab Allah dalam segala urusan hamba.

Firman Allah : al-Imran 83 
 Patutkah sesudah (menerima dan mengakui perjanjian) itu, mereka mencari agama lain daripada Allah ? Padahal kepada-Nyalah tunduk taat sekelian makhluk yang ada di langit dan di bumi  , sama ada dengan suka ataupun terpaksa, dan kepada-Nya mereka dikembalikan.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Imran) :
Jelaslah bahawa keislaman sekelian makhluk alam ialah keislaman yang tunduk kepada perintah, mengikut peraturan dan mematuhi undang-undang. Di sini ternyatalah betapa beratnya Allah swt memberi perhatian-Nya dalam menjelaskan makna Islam dan hakikatnya dalam setiap kesempatan yang sesuai supaya jangan termasuk dalam fikiran seseorangpun bahawa Islam itu merupakan kalimah syahadah yang diucapkan oleh lisan atau merupakan tasdik yang hanya mantap di hati tanpa diikuti oleh kesan-kesannya yang amali, iaitu mengikut undang-undang dan peraturan Allah dan merealisasikan undang-undang dan peraturan itu di dalam realiti hidup mereka.

Firman Allah : al-Imran 85 
Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam , maka tidak akan diterima daripadanya , dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Dengan Nas-nas yang bertubi-tubi ini tidak ada jalan untuk menakwil hakikat Islam atau untuk memutar belitkan  Nas-nas dan menyelewengkannya daripada maksud-maksudnya yang sebenar dan untuk mentakrifkan Islam dengan takrif yang berlainan daripada takrif Allah, iaitu Islam yang diikuti oleh alam buana dalam bentuk kepatuhan kepada undang-undang yang telah ditetap dan diaturkan Allah.

Kini jelaslah bahawa Islam tidak akan hanya berbentuk mengucap dua kalimah syahadah, di mana syahadah  ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ tidak diikuti oleh makna dan hakikatnya, iaitu Tauhid Uluhiyah dan Tauhid Qiwamah, di samping Tauhid Ububidiyah dan Tauhid arah tujuan, dan di mana syahadah Muhammadur Rasulullah saw tidak diikuti oleh makna dan hakikatnya iaitu mematuhi sistem hidup yang dibawa oleh beliau untuk mengaturkan kehidupan manusia dan mengikut syariatnya kerananya  beliau diutus untuk membawanya dan seterusnya berhakimkan kepada al-Quran yang dibawanya kepada manusia.

Kini jelaslah Islam tidak akan berbentuk kepercayaan yang kukuh di dalam hati sahaja terhadap hakikat Uluhiyah, terhadap urusan-urusan terhadap hari kiamat, terhadap kitab-kitab suci yang diturunkan Allah dan terhadap para Rasul-Nya tanpa disusuli dengan buktinya yang amali dan hakikatnya yang waqii  sebagai mana yang telah kami jelaskan.

Dan Islam tidak juga akan hanya berbentuk syiar-syiar ibadat dan upacara-upacara ibadat atau berupa heningan cipta dan doa-doa atau berupa amalan-amalan pembersihan alkhlak dan bimbingan rohani tanpa disusuli dengan kesan-kesan amali dalam bentuk mengamalkan sisten hidup yang bersambung dengan Allah selaku Ma’abud yang menjadi tumpuan hati para hamba yang bertawajjuh kepada-Nya dengan ibadat-ibadat dan syiar-syiar-Nya, dengan heningan cipta dan doa-doa, dan selaku Ma’abud yang mana hati para hamba menaruh perasaan taqwa kepada-Nya dan kerana itu hati menjadi bersih dan mendapat bimbingan yang betul.

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa Islam itu ertinya KEPERCAYAAN dan AMALAN, iaitu kepercayaan kepada Rukun Iman dan Rukun Islam, dan ketekuanan dalam melakukan segala syiar ibadat seperti solat, puasa, zakat dan haji yang disertai dengan pelaksanaan segala peraturan dan undang-undang Allah dalam seluruh bidang kehidupan manusia yang meliputi bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antaranbangsa yang ditaati dan dipatuhi oleh seluruh umat Islam kita sekelian .

Begitulah juga PAS yang menjalankan segala peraturan dan undang-undang demokrasi dalam seluruh bidang kehidupan manusia yang meliputi bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antaranbangsa serta ianya ditaati, dipatuhi dan disetujui oleh seluruh umat manusia, ianya bererti bahawa PAS, para pemimpin PAS dan seluruh pengikut PAS telah MENGANUTI agama demokrasi yang syirik dan kufur yang mengeluarkan seluruh mereka ini daripada agama Allah.

Peraturan dan undang-undang demokrasi adalah agama demokrasi yang syirik dan kufur, justeru apabila PAS mengamalkan seluruh peraturan dan undang-undang demokrasi, mereka menguat kuasakannya ke atas seluruh umat manusia, dan seluruh mereka ini pula mentaati dan mematuhinya serta mereka menyetujuinya, itu bererti bahawa PAS dan seluruh pengikut mereka telah mengimani, menganuti dan mengamalkan agama demokrasi. Inilah ertinya bahawa PAS mencari agama yang lain, iaitu mereka menganuti agama demokrasi yang syirik dan kufur di samping itu ia juga masih lagi menganuti agama Allah yang mengeluarkan PAS daripada agama Allah.


8. PAS MEMBATALKAN DUA KALIMAH SYAHADAH KERANA MEREKA MEMPERSEKUTUKAN ALLAH APABILA MEREKA MELANTIK MANUSIA SEBAGAI TUHAN-TUHAN MEREKA DAN MEREKA MENGADAKAN SEGALA PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG MANUSIA YANG BERKUAT KUASA KE ATAS SELURUH UMAT MANUSIA DAN YANG DITAATI DAN DIPATUHI OLEH SELURUH UMAT MANUSIA INI

Firman Allah : Ibrahim 30 
Mereka telah mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan orang ramai daripada jalan Allah. Katakanlah : Berpoya-poyalah kamu di dalam kenikmatan dunia kerana sesungguhnya tempat kesudahan kamu kelak ialah neraka.

Firman Allah : asy-Syura 21 
Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan – mana-mana bahagian daripada agama mereka – sebarang undang-undang yang tidak diizinkan Allah?

Firman Allah : al-A’raf 191, 192 
Apakah wajar mereka mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak pernah menciptakan sesuatu apapun, sedangkan sekutu-sekutu itu sendiri diciptakan Allah. 
Dan sekutu-sekutu itu tidak berkuasa menolong mereka dan tidak pula dapat menolong diri sendiri. 

Para pemimpin PAS di Malaysia kita ini yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun adalah layak untuk disifatkan sebagai ‘sekutu-sekutu bagi Allah’, iaitu mereka ini adalah Tuhan-tuhan Manusia yang membuat dan meluluskan segala peraturan dan undang-undang untuk manusia, mereka ini adalah “ar-Rab” ataupun “ar-Baaban” yang memiliki sifat RUBUBIYAH yang berkuasa dan berdaulat untuk membuat segala peraturan dan undang-undang untuk manusia yang selain daripada Allah. Allah bertanya kepada kita - apakah patut bagi kita untuk melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan kita yang mempunyai hak dan kuasa untuk membuat dan meluluskan segala peraturan dan undang-undang manusia yang selain daripada Allah. Sudah tentu jawapannya hanyalah sekali-kali tidak patut!

Seluruh umat Islam di Malaysia kita ini adalah orang-orang yang menyekutukan Allah yang mengeluarkan seluruh kita ini daripada agama Allah. Kita telah menyekutukan Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa yang berhak dan berkuasa untuk memerintah ke atas kita kerana kita telah melantik para pemimpin kita yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin UMNO dan PAS serta daripada berbagai-bagai parti yang lain sebagai ahli-ahli Parlimen dan Dun yang berkuasa dan berdaulat ke atas kita. Mereka membuat peraturan dan undang yang menyekutukan Allah sebagai Pembuat Undang-undang yang tunggal untuk manusia, mereka menghamba abdikan manusia kepada kekuasaan mereka yang menyekutukan Allah sebagai Tuhan yang satu-satunya berhak untuk menghamba abdikan manusia kepada kekuasaan Allah, mereka disembah oleh manusia sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah yang menyekutukan Allah sebagai Tuhan yang satu-satunya layak disembah oleh manusia. Para pemimpin dan pengikut PAS adalah orang-orang yang menyekutukan Allah dalam berbagai-bagai bentuk dan cara kerana mereka ini kesemuanya adalah orang-orang yang mengamalkan sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur.

Firman Allah : an-Nisa 48, 116 
Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa mempersekutukan-Nya dan Dia bersedia mengampunkan dosa-dosa yang lain dari itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. 
Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan kesalahan mensyirikkan-Nya dan Dia mengampunkan kesalahan-kesalahan yang lain dari itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan siapa yang mensyirikkan Allah, maka sesungguhnya dia telah sesat dalam kesesatan yang amat jauh.    

Syirik adalah dosa yang besar yang tidak akan diampuni Allah, dan orang-orang yang terlibat dengan syirik akan dihumban ke dalam neraka yang amat pedih tanpa sebarang kasihan belas dan tiada sesiapapun yang boleh memberi pertolongan.

Kita ini adalah orang-orang yang membatalkan syahadah kita kerana kita telah melantik manusia sebagai sekutu-sekutu Allah yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita. Kita telah melakukan syirik terhadap Allah tanpa menyedarinya. Kita telah melakukan dosa yang amat besar yang tidak akan diampuni Allah. Kita wujud dan hidup di dalam negara kita ini dengan selesa dan senang hati sahaja tanpa menyedari bahawa kita ini adalah orang-orang yang telah terkeluar daripada agama Allah kerana kita telah menyekutukan Allah lantaran kita mengamalkan sistem politik kita yang syirik dan kufur ini serta kita menyetujui dan meredhainya.


9. PAS MEMBATALKAN DUA KALIMAH SYAHADAH KERANA MEREKA TIDAK MEMASUKI KE DALAM AGAMA ALLAH SECARA SELURUHNYA

Firman Allah : al-Baqarah 208 
Wahai orang-orang yang beriman masuklah ke dalam Islam kesemua sekali dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata.

Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti solat adalah daripada Allah dan politik adalah juga daripada Allah, sedangkan solat daripada Allah tetapi politik adalah daripada manusia ianya adalah sistem kehidupan yang dluar daripada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Umat Islam kita di Malaysia kita kini sedang berada dalam kesyirikan dan kekufuran kerana kita berada dalam Mentaliti Jahiliyah :

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – an-Nisa):
Oleh sebab itulah al-Quran menuntut hak penyelenggaraan sepenuh di atas kehidupan manusia. Dan ia tidak menerima daripada seseorang Muslim dan daripada masyarakat Islam melainkan seluruh hidupnya pastilah daripada ciptaan sistem ini dan diletakkan di bawah penyelenggaraan dan bimbingannya. Secara tepat dan tegas al-Quran tidak menerima daripada seseorang Muslim dan daripada masyarakat Islam andainya dia hendak memilih beberapa sistem yang datang daripada beberapa sumber untuk mengendalikan kehidupannya. Mithalnya dia mengambil daripada kitab Allah sistem untuk kehidupan peribadi, kegiatan amal ibadat, akhlak dan adab sopan, kemudian daripada buku karangan seorang manusia atau  daripada hasil pemikiran manusia semata-mata dia mengambil pula sistem muamalah, ekonomi, sosial, politik, dan hubungan antarabangsa. Sebenarnya tugas pemikiran manusia ialah berusaha menimba dan mengolah hukum-hukum yang terperinci daripada kitab Allah dan sistemnya untuk dipadankan dengan peristiwa-peristiwa hidup yang baru dan dengan persoalan-persoalannya yang sentiasa berkembang mengikut peraturan yang digariskan Allah di dalam pelajaran yang silam daripada perbicaraan surah ini. Jika tidak, maka tiada keimanan dan tiada keIslaman yang sebenar sama sekali, iaitu tiada keimanan dan keIslaman sejati daripada awal-awal lagi, kerana orang-orang yang melakukan perbuatan itu belum lagi masuk di dalam keimanan yang sebenar dan belum lagi mengaku rukun-rukun Islam yang dikepalai oleh syahadah kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang melahirkan konsep tiada yang berhak memerintah melainkan hanya Allah dan tiada yang berhak mengadakan undang-undang dan peraturan melainkan Allah.

Masuk ke dalam Islam itu bererti masuk KESEMUA SEKALI, iaitu masuk ke dalam Islam dalam bentuk amal ibadat ritual yang terdiri daripada ibadat-ibadat solat, puasa, haji, zakat, doa-doa dan segala syiar ibadat kepada Allah, dan juga masuk ke dalam Islam dalam bentuk amal ibadat dalam bentuk mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang Allah dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa yang dengan sendirinya bererti mengeluarkan seseorang itu daripada kufur semua sekali, iaitu keluar daripada politik kufur dan seluruh sistem kehidupan kufur untuk memasuki ke dalam Islam dan hanya berada di dalam Islam kesemua sekali. Inilah kesempurnaan kepada pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

SOLAT daripada Allah tetapi POLITIK daripada manusia ianya bererti tidak masuk ke dalam Islam semua sekali dan terkeluar daripada agama Allah. Politik demokrasi adalah politik manusia kerana ianya adalah didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang menafi, menolak, mengingkari dan menentang Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. PAS yang mengamal dan mempraktikkan agama demokrasi ianya bererti bahawa PAS berada dalam Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang syirik dan kufur dan justeru mereka tidak berada di dalam agama Islam kesemua sekali. PAS mengamalkan solat, puasa, zakat, haji dan nikah kahwin daripada Allah tetapi tidak mengamalkan peraturan dan undang-undang Allah dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa, justeru PAS tidak berada di dalam agama Allah kesemua sekali, tetapi PAS berada di dalam separuh Islam dan separuh di dalam agama demokrasi yang mengeluarkannya daripada agama Allah .






10. PAS MEMBATALKAN DUA KALIMAH SYAHADAH KERANA MEREKA MENCINTAI SEKUTU-SEKUTU ALLAH SAMA DENGAN KECINTAAN MEREKA KEPADA ALLAH

Firman Allah : al-Baqarah 165 
Walaupun demikian, ada juga di antara mereka yang mengambil selain daripada Allah untuk menjadi sekutu-sekutu Allah, mereka mencintainya, memuja dan mentaatinya sebagai mana mereka mencintai Allah, sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta ( taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman, syirik itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari Akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya, (nescaya mereka tidak melakukan kezalimam itu).

Para pemimpin PAS adalah sekutu-sekutu Allah yang dicintai, ditaati dan dipatuhi oleh para pengikut mereka sama seperti mana mereka mencintai Allah. Mereka ini adalah sekutu-sekutu Allah kerana mereka adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat ke atas umat manusia, mereka membuat peraturan dan undang-undang untuk manusia, mereka menjalan dan menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang ke atas umat manusia, mereka menmghamba abdikan manusia kepada kekuasaan mereka dan mereka juga disembah oleh umat manusia. Mereka ini adalah dicintai oleh para pengikut sama dengan mereka mencintai Allah. 

Demokrasi adalah agama manusia yang syirik dan kufur yang diperintahkan Allah supaya kita tidak mengamalkannya, supaya kita menafi, menolak, mengingkari dan menentangnya, supaya kita memusuhi dan membencinya dan supaya kita menyerang dan memeranginya sehingga ianya mengalami keruntuhan dan kehancuran yang total untuk kemudiannya digantikan dengan agama Allah. Namun para pengikut PAS tidak ikut dan taat akan segala perintah Allah seperti ini, malah mereka ikut dan taat para pemimpin mereka, iaitu para Taghut yang menyuruh mereka supaya mereka mengamalkan sistem politik demokrasi, supaya mereka berada di bawah kuat kuasaan segala peraturan dan undang-undang demokrasi dan supaya mereka mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi. Mereka telah menjadi para hamba kepada para Taghut serta mereka menyembah mereka sebagai Tuhan-tuhan mereka! Para pengikut PAS mentaati para Taghut dan sebaliknya mereka sewenang-wenang sahaja mengingkari Allah, mereka adalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah tetapi mereka beriman kepada Taghut!


11.   PAS MEMBATALKAN DUA KALIMAH SYAHADAH KERANA MEREKA MELANTIK AHLI-AHLI PARLIMEN DAN DUN SERTA RAJA-RAJA MELAYU KITA SEBAGAI RAJA-RAJA KITA, HAKIM-HAKIM KITA DAN PELINDUNG-PELINDUNG KITA, SEDANGKAN MEREKA MENOLAK ALLAH SWT SEBAGAI RAJA, HAKIM DAN PELINDUNG MEREKA

Friman Allah : az-Zumar 3 
Dan orang-orang yang mengambil pelindung yang lain daripada Allah (berkata) : Kami tidak menyembah mereka melainkan (hanya dengan tujuan ) supaya mereka mendampingkan kami lebih dekat kepada Allah. 

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Inilah perbuatan syirik yang dilakukan mereka. Oleh itu apakah sifat yang dapat diletakkan ke atas orang-orang yang tidak memohon pertolongan Allah untuk diri mereka dengan perantaraan hamba-hamba-Nya, tetapi mereka memohon pertolongan manusia untuk menolong agama Allah dengan menggunakan mana-mana isme dan sistem yang diciptakan oleh manusia ?

Islam tetap Islam. Sosialisme tetap sosialisme dan demokrasi tetap demokrasi. Islam adalah sistem hidup daripada ciptaan Allah. Islam tidak mempunyai gelaran dan sifat yang lain daripada gelaran dan sifat yang telah disifatkan Allah kepadanya sedangkan sosialisme dan demokrasi adalah daripada sistem-sistem ciptaan manusia dan daripada hasil-hasil pengalaman manusia. Oleh itu apabila mereka memilih sistem ini, maka hendaklah mereka memilih di atas asas ini. Pendakwah agama Islam tidak seharusnya tertarik kepada godaan fesyen-fesyen (atau aliran-aliran pemikiran) yang digemari nafsu manusia yang sentiasa berubah-ubah itu, dan serentak dengan itu ia merasa telah memberi perkhidmatan yang baik kepada agama Allah.

Tetapi kami ingin bertanya kepada orang-orang yang memandang rendah kepada agama mereka sendiri dan tidak menghormatinya dengan sewajarnya : jika kamu kemukakan Islam kepada orang ramai pada hari ini dengan nama sosialisme atau dengan nama demokrasi berdasarkan bahawa ianya adalah dua isme yang dianggap sebagai dua contoh aliran pemikiran yang diminati umum di zaman ini, pada satu zaman yang lampau sistem kapitalis merupakan satu pakaian yang digemari umum apabila mereka mengeluarkan sistem itu daripada sistem feudal, begitu juga sistem pemerintahan mutlak atau diktatur pernah dalam satu zaman tertentu menjadi satu sistem yang digemari, iaitu dizaman pengemblingan kebangsaan bagi wilayah-wilayah yang bertaburan (di Eropah) sebagai mana yang berlaku di negeri-negeri Jerman, Itali di zman Bismarck dan Mazzini, besok siapa tahu apakah pula satu sistem daripada sistem-sistem kemasyarakatan dan pemerintahan yang digemari umum, yang digubalkan oleh manusia untuk manusia? Dan apakah pula pendapat yang dikatakan mereka terhadap Islam untuk dikemukakan kepada orang ramai dalam bentuk fesyen yang digemari mereka?

Bimbingan al-Quran di dalam gelombang yang sedang dibicarakan ini, juga di dalam gelombang yang lain adalah merangkumi persoalan ini. Al-Quran mahu pendakwah meletakkan agama Allah di tempat yang tinggi. Para pendakwah tidak seharusnya tertarik kepada cadangan-cadangan dan pengesyoran-pengesyoran orang ramai. Mereka tidak seharusnya menghiaskan agama Allah dengan nama-nama yang lain daripada nama-Nya yang sebenar dan seterusnya mereka tidak seharusnya mengemukakan agama ini kepada orang ramai dengan menggunakan metodologi dan cara-cara yang lain daripada metodologi dan cara yang sebenarnya, kerana Allah Maha Kaya dan tidak merlukan pendapat-pendapat manusia. Siapa yang tidak menyambut agama-Nya dengan semangat Ubudiyah kepada-Nya, dan dengan semangat mencabut dirinya daripada Ubudiyah kepada yang lain daripada-Nya, maka agama Allah tidak memerlukannya, begitu juga Allah swt tidak memerlukan sesiapa sama ada daripada para hamba-Nya yang taat atau para hamba-Nya yang menderhaka.

Di samping itu, jika agama Allah mempunyai asas-asasnya yang tulen sama ada daripada segi asas-asasnya mahupun daripada segi cirri-cirinya, maka ia juga mempunyai asas-asas yang tulen dari segi metodologi dan dari segi cara berbicara dengan fitrah manusia kerana yang menurunkan agama ini dengan asas-asas dan ciri-cirinya dengan metodologi dan cara harakatnya yang tersendiri ialah Allah yang menciptakan insan itu yang mengetahui segala bisikan hatinya.   

Apabila peraturan dan undang-undang Allah inilah yang dikuat kuasakan ke atas umat manusia dan seluruh manusia ini pula mentaati dan mematuhinya, itulah etinya penerimaan oleh umat manusia bahawa Allah adalah Raja, Hakim dan Pelindung bagi manusia.

Firman Allah : al-Mukminun 116 
Maha Suci Allah, Raja yang sebenar. Tiada Tuhan yang lain melainkan Dia yang memiliki ‘Arasy yang amat mulia.

Allah adalah Raja yang berkuasa dan berdaulat ke atas seluruh umat manusia, Allah adalah Hakim yang memerintah manusia dengan peraturtan dan undang-undang Allah, dan Allah adalah Pelindung bagi umat manusia di bumi yang melindungi manusia daripada segala penindasan, kezaliman, pencerobohan dan kejahatan manusia dan undang-undang ciptaan manusia.

Firman Allah : al-anaam 114 
Apakah wajar aku mencari hakim yang lain daripada Allah, sedangkan Dialah yang telah menurunkan kitab al-Quran kepada kamu dengan penjelasan yang terperinci, dan orang-orang yang kami kurniakan kitab suci kepada mereka memang mengetahui bahawa al-Quran itu adalah diturunkan daripada Allah Tuhanmu dengan membawa kebenaran. Oleh sebab itui jangan sesekali engkau termasuk dalam golongan orang-orang yang ragu-ragu terhadapnya.

Firman Allah : al-Anamm 14 
Apakah wajar bagiku untuk mengambil Pelindung yang lain daripada Allah yang menciptakan langit dan bumi. :

PAS melantik para pemimpin yang berkuasa dan berdaulat di dalam kerajaan demokrasi kita inii sebagai Raja-Raja, Hakim-hakim dan Pelindung-pelindung kita yang jahat, menindas dan zalim terhadap umat manusia, yang melakukan pencerobohan dan kerosakan di kalangan umat manusia di bumi, serta yang kafir dan ingkar terhadap Allah. Akan berlaku kerosakan dan kebinasan yang amat besar di bumi kita ini apabila manusia diangkatkan sebagai Raja-Raja, Hakim-hakim dan Pelindung-pelindung untuk seluruh umat manusia. Kerosakan dan kebinasan yang seperti inilah yang telah dan sedang wujud dan berlaku di dalam negara Malaysia kita ini kerana Raja-Raja kita, Hakim-hakim kita dan Pelindung-pelindung kita adalah manusia yang jahat dan zalim yang selain daripada Allah!



12.PAS MEMBATALKAN DUA KALIMAH SYAHADAH KERANA MEREKA DIPIMPIN OLEH PARA PEMIMPIN MEREKA YANG JAHAT

Firman Allah :al-Anaam 123 
Dan demikianlah Kami jadikan di dalam setiap negeri pembesar-pembesar yang jahat supaya mereka melakukan tipu daya di negeri itu dan sebenarnya mereka tidak melakukan tipu daya melainkan  kepada diri mereka sendiri , tetapi mereka tidak sedar .

Firman Allah : ass- Saffat 28, 29, 30 
Pengikut-pengikut berkata (kepada ketua-ketua mereka) Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang menyekat kami (daripada beriman) dengan menggunakan kuasa kamu. 
Ketua-ketua mereka menjawab “(Tidak!) Bahkan kamulah sendiri tidak mahu menjadi orang-orang yang beriman! 
Dan kami (selain daripada mengajak kamu) tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah kamu, bahkan kamu sememmangnya kaum yang melampaui batas.

Firman Allah : Saba’ 31 
 Orang-orang yang tertindas berkata kepada orang-orang yang sombong takbur (yang menjadi ketua-ketua mereka) : “Kalaulah tidak kerana kamu tentulah kami sudah menjadi orang-orang yang beriman.”

Firman Allah: al-Qosas 41, 42 
Dan Kami jadikan mereka ketua-ketua (dalam kesesatan) yang mengajak ke neraka (dengan kekufurannya) dan pada hari kiamat pula mereka tidak mendapat sebarang pertolongan. Dan Kami iringi mereka dengan laknat di dunia ini, dan pada hari kiamat pula adalah mereka daripada orang-orang yang tersingkir (daripada rahmat Allah) dengan sehina-hinanya.

Firman Allah: az-Zukhruf 54 
(Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya lalu mereka mematuhinya; sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik – derhaka.

Firman Allah:al-Ahzab 67 
Dan mereka berkata lagi, “wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami daripada jalan yang benar.”

Para pengikut PAS telah membatalkan syahadah mereka kerana mereka ini hanyalah sekadar menjadi pak turut yang bodoh dan dungu kepada para pemimpin mereka, mereka taat, patuh, akur dan tunduk kepada segala perintah, pemikiran dan dasar mereka padahal kesemuanya ini adalah perintah, pemikiran dan dasar yang syirik dan kufur kerana kesemuanya ini adalah didasarkan kepada segala pemikiran manusia, peraturan dan undang-undang manusia dan sistem kehidupan ciptaan manusia yang kesemuanya ini adalah yang selain daripada Allah.

Para pengikut PAS kini sedang mengamalkan agama demokrasi bersekali dengan segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia tanpa mempersoalkan samada ianya adalah agama Islam ataupun agama kafir, mereka selesa sahaja untuk mengamalkannya dalam kehidupan mereka tanpa mempersoalkan samada amalan mereka ini adalah dibolehkan ataupun tidak oleh agama Islam kita ini. Mereka terus sahaja mengamalkannya dengan selesa dan senang hati sahaja kerana para pemimpin mereka memberi jaminan dan keyakinan kepada mereka bahawa sistem politik demokrasi kita ini adalah sistem politik yang bercorak Islam ataupun yang bersesuaian dengan Islam dan bahawa ianya adalah sistem politik yang termoden dan terkini yang sama dan setaraf dengan negara-negara yang termaju dan terkehadapan sekali di dunia. Padahal ianya adalah sistem politik manusia yang syirk dan kufur yang mengakibatkan kesyirikan dan kekufuran kepada seluruh para pengamalnya yang mengeluarkan seluruh mereka ini daripada agama Allah.

Para pengikut PAS telah membatalkan dua kalimah syahadah kerana mereka taat dan patuh kepada ketua-ketua mereka yang menyesatkan mereka daripada jalan yang benar. Di Akhirat nanti akan berlaku perkelahian yang tidak berkesudahan di antara ketua-ketua mereka dan para pengikut mereka, kedua-duanya saling tuduh menuduh padahal mereka kesemuanya akan sama-sama dihumbanklan ke dalam neraka yang amat menyeksakan!

 (BERSAMBUNG)

No comments:

Post a Comment