Friday 26 October 2012

METOD ISLAM - PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM


METOD ISLAM :
al-QURAN, SUNNAH dan SIRAH


PEMBENTUKAN MASYARAKAT ISLAM

Firman al-Maidah 105 
Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah diri kamu masing-masing (ingatlah) mereka yang telah sesat itu tidak akan dapat memudharatkan kamu jika telah mendapat hidayat.

MASYARAKAT Islam yang kecil dan muttaqi di dalam masyarakat Jahiliyah yang besar di bawah kekuasaan dan pengaruh kerajaan Jahiliyah hendaklah dibentuk dan diwujudkan yang akan berperanan sebagai satu Barisan Pelupur atau “VANGUARD” untuk memacukan Pergerakan Islam yang akan menuju ke arah kebangkitan Islam dan pelancaran Jihad, Perang dan Revolusi untuk menghapuskan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini untuk kemudiannya digantikan dengan sebuah kerajaan Allah di bumi Malaysia kita ini.

Masyarakat Islam ini adalah sebuah masyarakat yang ahli-ahlinya adalah terdiri daripada umat Islam yang muttaqi, yang berpegang teguh kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, yang menyembah Allah dan yang tidak menyembah yang selain daripada Allah, mereka memisah dan mengasingkan diri mereka daripada Jahiliyah, kekuasaan dan kepimpinan Jahiliyah serta seluruh masyarakat Jahiliyah yang wujud dipersekitarannya, serta mereka tidak meredhainya dan mereka menolak dan mengingkari segala peraturan dan undang-undang politik, ekonomi, sosial dan akhlak Jahiliyah yang sedang beroperasi dan berkuat kuasa ke atas masyarakat mereka. Masyarakat ini adalah Masyarakat Islam bukan kerana ia memakai nama Islam dan segala simbol Islam atau kerana mereka berketurunan Islam dan mengucap dua kalimah syahadah, bukan - tetapi masyarakat ini adalah Islam kerana umat Islam yang berada di dalamnya tidak menyembah Tuhan yang lain daripada Allah dengan cara mereka memisah dan mengasingkan diri mereka daripada Jahiliyah, kerajaan dan undang-undang Jahiliyah dan terhadap segala apa yang wujud dalam Jahiliyah, serta mereka menafi, menolak, mengingkari dan menentang segala-galanya ini dengan terbuka, aktif dan total berpanjangan sehingga Jahiliyah ini akhirnya mengalami kemusnahan dan kehancuran.

Rasulullah saw membentuk sebuah masyarakat Islam yang kecil di Mekah yang diasaskan kepada prinsip menyembah Allah sahaja dan sedikitpun tidak menyembah yang selain daripada-Nya, dan masyarakat yang kecil dan lemah itu memisah dan mengasingkan diri mereka daripada masyarakat Jahiliyah yang sedang berada di sekeliling mereka. Masyarakat Islam yang baru dan kecil itu wujud dan hidup di dalam masyarakat Jahiliyah yang besar dengan segala ciri dan sifatnya seperti berikut :

1.  Mengisytiharkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ untuk menegakkan kekuasaan Islam dan sistem kehidupan Islam, serta matlamat untuk menghapuskan kekuasaan Jahiliyah.

2.  Mengisytiharkan agama jahiliyah Mekah sebagai agama yang syirik dan kufur.

3. Tidak mengamal, mengimani dan menganuti agama Jahiliyah dan sistem politik Jahiliyah.

4. Tidak membolehkan amalan agama Jahiliyah dan sistem politik Jahiliyah demokrasi bagi tujuan perjuangan Islam.

5. Tidak mengiktiraf dan bersetuju terhadap agama Jahiliyah demokrasi yang syirik dan kufur.

6. Tidak bersetuju untuk menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang kepada manusia.

7.  Tidak mentaati peraturan dan undang-undang manusia.

8. Menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap agama Jahiliyah.

9.  Memisah dan mengasingkan diri daripada kepimpinan kufur dan kekuasaan kufur serta untuk memusuhi dan membencinya.

10.Mengamalkan sikap tidak berkompromi dan non-konformis terhadap agama Jahiliyah.

11. Mencabar dan mengancam agama Jahiliyah yang sedang berkuasa dan berdaulat.

12.Bersedia dan sanggup untuk dizalimi dan ditindas oleh kekuasaan Jahiliyah walaupun dengan ketara dan berpanjangan.

13.Setelah memperolehi kekuatan, Islam akan melancarkan Jihad dan Perang terhadap Jahiliyah untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kuasa manusia dan untuk mengembalikan pengabdian seluruh umat manusia kepada Allah sahaja.

Pembentukan masyarakat Islam yang kecil dan muttaqi yang tidak menyembah yang selain daripada Allah ini adalah satu langkah dan strategi yang amat penting dan utama dalam perjuangan Islam kerana masyarakat ini merupakan Barisan Pelupur atau “Vanguard” yang akan berhadapan dengan masyarakat Jahiliyah dan segala kekuatan Jahiliyah yang terdiri daripada umat Islam kita ini sendiri dan juga orang-orang kafir yang kesemuanya ini disokong oleh seluruh kekuatan dan pengaruh kerajaan Jahiliyah demokrasi kita ini. Masyarakat Islam yang baru dan kecil ini akan bertindak sebagai satu ANGKATAN PELUPUR ISLAM (Qaidah Shalbiah) yang akan melancarkan gerakan-gerakan dakwah dan tindakan-tindakan yang terancang dan tersusun, serta dengan semangat perjuangan Islam yang berkobar-kobar, tanpa jemu-jemu dan berputus asa sehinggalah ianya berkembang dan membesar serta memperolehi kekuatan dan ketahanan mereka yang tersendiri yang sukar ditandingi, dibendung dan diatasi oleh musuh-musuh mereka.

Firman al-Maidah 105 
Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah diri kamu masing-masing (ingatlah) mereka yang telah sesat itu tidak akan dapat memudharatkan kamu jika telah mendapat hidayat.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran ) :
Itulah kedudukan istimewa yang memisahkan mereka daripada orang-orang yang lain dan itulah kedudukan perpaduan dan sikap saling berpesan di antara sesama mereka sebagai satu umat :

Firman al-Maidah 105 
Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah diri kamu masing-masing (ingatlah) mereka yang telah sesat itu tidak akan dapat memudharatkan kamu jika telah mendapat hidayat.

Maksudnya kamu adalah satu kesatuan umat yang terpisah daripada umat-umat yang lain. Kamu harus hidup bersatu padu dan bertakaful di antara sesama kamu. Oleh itu hendaklah kamu jaga diri kamu dan membersihkannya. Hendaklah kamu menjaga kelompok kamu, iaitu bersikap setia kepadanya dan menjaga keselamatannya. Kamu tidak menanggung apa-apa kemudharatan kerana kesesatan orang lain jika kamu mendapat hidayat, kerana kamu adalah satu kesatuan umat yang terpisah daripada umat-umat yang lain. Kamu adalah umat yang wajib bersatu padu dan bertakaful di antara sesama sendiri dan bersetia kawan di antara satu sama lain. Kamu tidak seharus mengadakan sebarang hubungan setia kawan dan perhubungan yang erat dengan orang-orang yang lain daripada kamu.

Inilah sepotong ayat yang menjelaskan dasar-dasar asasi kedudukan umat Muslimin dan kedudukan hubungan mereka dengan umat-umat yang lain.

Umat Muslimin adalah Umat Hizbullah, sedangkan umat-umat yang lain adalah Umat Hizbusyaitan. Oleh itu perkataan setia kawan dan perkataan takaful tidak dapat diwujudkan di antara umat Muslimin dengan umat-umat yang lain kerana di antara keduanya tidak terdapat persamaan AQIDAH dan kerana itu tidak mungkin wujud persamaan matlamat dan sarana, persamaan tanggungjawab dan alasan.

Umat Muslimin wajib berkerja sama dan bertakaful di antara sesama sendiri, wajib mengamalkan dasar saling berpesan dan bernasihat di antara satu sama lain dan wajib berpandu dengan hidayat Allah yang telah menjadikan mereka satu umat yang berdiri sendiri dan terpisah daripada umat-umat yang lain. Dan andainya selepas itu manusia yang lain di sekeliling mereka terus sesat, maka itu tidaklah mendatangkan apa-apa kemudharatan kepada mereka selama mereka berdiri teguh di atas hidayat Allah.

Tetapi ini tidaklah bererti bahawa umat Muslimin boleh melepaskan diri mereka daripada tugas mengajak seluruh manusia kepada hidayat Allah, kerana hidayat Allah adalah agama, undang-undang dan sistem hidup mereka. Oleh itu apabila mereka telah menegakkan sistem hidup mereka di bumi ini, maka keajipan mereka yang masih tinggal ialah berdakwah kepada seluruh manusia, berusaha menyampaikan hidayat Allah kepada mereka dan melaksanakan tugas kepimpinan ke atas seluruh mereka untuk mengakkan keadilan di antara mereka dan untuk menghalangkan mereka daripada kesesatan dan Jahiliyah yang mereka telah selamatkan mereka daripadanya.

Kedudukan umat Muslimin yang bertanggungjawab terhadap diri mereka di hadapan Allah tidak mendapat apa-apa kemudharatan kerana kesesatan orang lain selama mereka berpegang dengan hidayat Allah. Ini tidaklah bererti bahawa mereka tidak bertanggungjawab di atas kecuian mereka dalam tugas “al-amru bilmakruf dan an-nahyu annil-mungkar” pertama-tama di kalangan sesama mereka sendiri kemudian di kalangan umat manusia di seluruh dunia. Perbuatan makruf yang pertama ialah mengikut Jahiliyah dan mencabul kuasa Allah dan syariat-Nya. Undang-undang dan peraturan Jahiliyah ialah undang-undang dan peraturan Taghut. Dan yang dimaksudkan dengan Taghut ialah setiap kuasa yang lain daripada Allah, undang-undang dan peraturan-Nya. Umat Muslimin berkewajipan menjaga dan mengendalikan diri mereka sendiri pada permulaannya, kemudian pada akhirnya mereka pula menjaga dan mengendalikan seluruh umat manusia.

Bukanlah tujuan daripada menjelaskan batas-batas tanggungjawab di dalam ayat ini seperti yang telah difahamkan oleh setengah-setengah orang di zaman dahulu dan mungkin pula difahamkan oleh setengah-setengah orang di zaman moden ialah untuk menyarankan bahawa seseorang mukmin tidak lagi ditaklifkan dengan “al-amru bil makruf dan an-nahyu annil mungkar” apabila dia sendiri telah berpegang dengan hidayat Allah dan tidak pula menyarankan bahawa umat Muslimin tidak lagi ditaklifkan dengan tugas mengakkan syariat Allah di muka bumi ini apabila mereka telah berpegang dengan hidayat Allah walaupun manusia di sekeliling mereka berada di dalam kesesatan.

Sebenarnya ayat ini tidak bermaksud menggugurkan daripada seseorang Islam dan daripada umat Muslimin tanggungjawab menentang kejahatan melawan kesesatan dan memerangi kezaliman. Dan kezaliman yang paling mencabul ialah perbuatan zalim yang mencabul Uluhiyah Allah, merampas kuasa-Nya dan menundukkan manusia kepada undang-undang dan peraturan yang bukan daripada undang-undang dan peraturan Allah . itulah perbuatan mungkar yang tidak memberi menafaat kepada umat Muslimin untuk mendapat hidayat Allah jika perbuatan yang mungkar itu masih dilakukan.

Masyarakat Islam yang kecil di peringkat permulaan pembentukannya yang diwujudkan di dalam masyarakat Jahiliyah demokrasi yang besar ini hendaklah bersatu padu dan berkerja sama di antara sesama mereka sendiri, mereka hendaklah mengiratkan tali ikatan di antara sesama mereka di atas konsep berpegang teguh kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan menumpahkan kesetiaan mereka yang total hanya kepada kepimpinan mereka sahaja dan kepada ahli-ahli di dalam kumpulan mereka yang kecil dan baru ini, mereka hendaklah hidup dan wujud di atas prinsip saling bantu membantu dan bertakaful sesama mereka. Mereka hendaklah bersikap tegas untuk sama sekali memutuskan perhubungan mereka dengan sistem kehidupan demokrasi yang syirik dan kufur ini dan dengan masyarakat umat Islam yang masih redha dan setuju untuk berada di dalam masyarakat Jahiliyah Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis yang berada di sekeliling mereka, mereka hendaklah mengasing dan memisahkan diri mereka daripada kepimpinan Jahiyah demokrasi dan daripada seluruh parti politik demokrasi yang sedia ada untuk hanya berteduh dan bernaung di bawah kepimpinan mereka yang tersendiri sahaja. Mereka hendaklah mempunyai kekuatan dan ketegasan mental dalam mengamalkan segala dasar penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif dan total terhadap pemikiran Jahiliyah Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis dan terhadap kerajaan Jahiliyah demokrasi yang sedang berdaulat dan berkuasa ke atas mereka. Tidak ada kompromi dan perdamaian sedikitpun dalam KONFRANTASI TERBUKA mereka terhadap kekuasaan Jahiliyah demokrasi yang kuat dan zalim yang berada di sekeliling mereka itu.

Faktor yang paling utama yang menyumbangkan kepada kekuatan, kestabilan dan kesinambungan masyarkat Islam perintis yang lemah dan kerdil ini adalah konsep berpegang teguh kepada hidayat Allah. Mereka dikatakan lemah dan kerdil kerana bilangan mereka yang kecil, namun keimanan, komitmen dan ketahanan mereka adalah amat mantap, kuat dan teguh yang tidak boleh digoncang dan digugat dengan mudah oleh musuh-musuh mereka. Mereka sanggup mati dan bersedia untuk berkorban apa sahaja demi mempertahankan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan perjuangan mereka yang Maha Suci. Selama mana mereka berpegang teguh kepada hidayat Allah mereka tidak boleh dirosak dan digoncangkan oleh kekuatan Jahiliyah demokrasi yang berada di sekeliling mereka.

Firman al-Maidah 105 
Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah diri kamu masing-masing (ingatlahmereka yang telah sesat itu tidak akan dapat memudharatkan kamu jika telah mendapat hidayat.

Allah memerintahkan mereka supaya mereka menjaga diri mereka, iaitu untuk menjaga diri mereka daripada dipengaruhi dan diresapi oleh pengaruh sistem hidup demokrasi dan segala institusi demokrasi yang syirik dan kufur yang sentiasa memujuk dan menggamit mereka supaya kembali semula kepada sistem hidup demokrasi yang Jahiliyah, dan Allah memerintahkan mereka agar menjaga diri mereka dalam membina ketahanan diri mereka yang kuat yang didirikan di atas kekuatan dan kemantapan AQIDAH mereka yang berkeupayaan untuk berhadapan dengan kezaliman dan penindasan daripada kekuatan Jahiliah demokrasi kita ini. Allah memerintahkan mereka supaya mereka menjaga diri mereka agar, walaupun mereka sedang berada di dalam keadaan tertekan dan bertahan daripada segala kejahatan, kezaliman dan serangan bertubi-tubi daripada Jahiliyah demokrasi kita ini, mereka masih berkesanggupan untuk bergerak dan bertindak untuk menjalankan segala tugas berdakwah kepada orang ramai yang terdiri daripada umat Islam yang masih terpengaruh dengan sistem hidup Jahiliyah. Inilah ertinya menjaga diri ketika berada dalam keadaan takanan, kegentingan dan kegawatan akibat daripada segala kejahatan dan kezaliman musuh-musuh Islam yang sedang berada di sekeliling mereka.  

Mereka belum lagi mempraktikkan segala peraturan dan undang-undang Allah kerana pada fasa permulaan ini tidak wujud lagi kerajaan Islam, peraturan, undang-undang dan sistem hidup Islam, malah mereka masih berada di bawah kekuasaan dan pengaruh pemikiran Jahiliyah dan kerajaan Jahiliyah, tetapi masyarakat pelupur yang kerdil ini sudah cukup untuk diiktiraf oleh Allah sebagai Masyarakat Islam kerana MEREKA TIDAK MENYEMBAH YANG LAIN DARIPADA ALLAH dalam erti kata mereka mencabut ketaatan mereka kepada kerajaan Jahiliyah seperti mana kerajaan demokrasi kita ini serta mereka berpisah dan mengasingkan diri mereka daripadanya dan mereka sekali-kali tidak menyetujui dan meredhainya, mereka menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total tehadapnya, dan hati mereka bulat-bulat menumpukan ketaatan dan kepatuhan tidak kepada yang lain melainkan hanyalah kepada Allah sahaja dan justeru mereka menyembah Allah swt sahaja dan tidak yang selain daripada-Nya .

Ciri-ciri ini adalah berbeza dengan masyarakat umat Islam yang besar dan majoriti yang berada di sekeliling mereka, masyarakat umat Islam kita kini disifatkan Allah sebagai masyarakat Jahiliyah, bukan kerana kita mengisytiharkan diri kita sebagai telah terkeluar daripada Islam, malah kita mengaku sebagai orang-orang yang sentiasa kuat beriman kepada Allah, kita adalah orang-orang yang berketurunan Islam daripada ibu bapa kita yang beragama Islam, kita tekun mengerjakan solat, puasa, haji dan segala syiar ibadat kepada Allah – namun masyarakat kita ini adalah masyarakat Jahiliyah di sisi ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ kerana kita tidak menyembah Allah sahaja, iaitu kita menyembah yang lain daripada Allah apabila kita mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang politik, ekonomi, sosial dan akhlak Jahiliyah ciptaan manusia, serta kita memperhambakan diri kita kepada manusia dan tidak kepada Allah apabila kita menyetujui dan meredhai untuk bernaung dan berada di bawah segala sistem dan peraturan Jahiliyah ini. 

Dalam usaha dan perjuangan kita untuk mengembalikan massa umat Islam kita daripada Jahiliyah kepada Allah dan kepada agama kita yang Maha Suci, kita hendaklah terlebih dahulu menghancur dan menghapuskan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini dengan mencipta dan mewujudkan satu kebangkitan Islam melalui pembentukan satu masyarakat Islam yang baru dan kecil tetapi yang muttaqi dan sepenuhnya komited kepada perjuangan Islam di dalam masyarakat Jahiliyah yang besar ini yang berperanan untuk mempelupuri perjuangan Islam ke arah pelancaran Jihad, Perang dan Revolusi. Inilah Metod Islam daripada Allah dan Rasul-Nya dalam perjuangan Islam untuk menuju kepada pembentukan sebuah Negara Islam :

1.  Peranan Pergerakan Islam adalah untuk membentukkan sebuah Masyarakat Islam yang kecil dalam masyarakat Jahiliyah yang besar sebagai satu Barisan Pelupur ke arah kebangkitan dan revolusi;

2.  Masyarakat Islam yang kecil inilah yang akan mempelupuri kebangkitan Islam dan pelancaran Jihad, Perang dan Revolusi untuk menghancurkan Jahiliyah dan kerajaan Jahiliyah yang sedang memerintah dan berkuasa;

3.   Setelah runtuhnya kerajaan Jahiliyah dengan segala peraturan dan undang-undang Jahiliyah, barulah diwujudkan peraturan dan undang-undang Islam di bawah pemerintahan sebuah kerajaan Islam nanti.

Masyarakat Islam ini sudahpun diiktiraf sebagai sebuah masyarakat Islam kerana kriterianya bukanlah kewujudan peraturan dan undang-undang Islam serta untuk mempraktikkannya, tetapi kriterianya ialah untuk menyembah Allah sahaja dan tidak menyembah yang lain daripada Allah dengan cara mereka memisah dan mengasingkan diri mereka daripada Jahiliyah, kepimpinan Jahiliyah, kerajaan Jahiliyah, peraturan dan undang-undang Jahiliyah dan segala sistem kehidupan Jahiliyah.

Peraturan dan undang-undang Islam tidak boleh disediakan dalam kekosongan, iaitu ia tidak boleh disedia dan dibentukkan semasa berada di bawah kekuasaan Jahiliyah dan dalam masyarakat Jahiliyah yang berkuat kuasa di dalamnya segala peraturan dan undang-undang Jahiliyah. Peraturan dan undang-undang Islam hanya boleh wujud dan beroperasi setelah peraturan dan undang-undang Jahiliyah dinyahkan jauh daripada persekitaran umat Islam dan Masyarakat Islam. Kita tidak boleh berharap untuk menyediakan peraturan dan undang-undang Islam yang lengkap dan sempurna semasa sedang berada di dalam masyarakat Jahiliyah - sememangnya ianya tidak mungkin untuk berbentuk lengkap dan sempurna kerana ianya tidak didasarkan kepada realiti Masyarakat Islam. Menyediakan peraturan dan undang-undang Islam di bawah kekuasaan Jahiliyah bererti menyediakannya dalam kekosongan, iaitu tanpa berasas dan berlatar belakangkan kepada Masyarakat Islam yang sebenarnya yang berada di bawah kekuasaan Islam.

Begitu juga Masyarakat Islam sewaktu di zaman Mekah adalah Masyarakat Islam yang muttaqi, tetapi mereka wujud tanpa peraturan dan undang-undang Islam. Masyarakat Islam Mekahlah yang mewujudkan Negara Islam di Medinah yang kemudiannya mewujudkan peraturan dan undang-undang Islam. Ini tidak bererti peraturan dan undang-undang Islam tidak lagi wajib untuk dilaksanakan seperti mana yang terkandung di dalam nas-nas yang jelas, sememangnya pelaksanaan peraturan dan undang-undang Islam adalah wajib ke atas setiap orang yang berpegang kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, cuma kekuasaan dan persekitarannya yang sesuai belum lagi wujud untuk membolehkan pelaksanaannya.


Apa kata sekiranya kerajaan Jahiliyah demokrasi ini juga turut menyarankan bahawa ianya memang bercadang dan merancang untuk melaksanakan peraturan dan undang-undang Islam, cuma pelaksanaannya itu ditangguhkan buat sementara waktu sehingga wujudnya persekitaran yang sesuai nanti – bolehkah hujjah ini diterima? Ini adalah hujjah yang batil kerana mereka sememangnya sengaja membuat dan mempraktikkan peraturan dan undang-undang Jahiliyah serta mereka meredhainya, mereka tidak bersedia untuk melenyapkan diri mereka untuk digantikan dengan kerajaan Islam dengan menjalankan peraturan dan undang-undang Islam serta segala sistem hidup Islam, malah mereka menolak konsep Uluhiyah dan Rububiyah Allah, mereka mengekal dan mempertahankan Aqidah Islam yang rosak dan sesat seperti yang sedia ada ini, mereka menyembunyikan kebenaran Islam dan tidak berniat untuk menyedarkan massa umat Islam daripada dikongkong dan diselimuti oleh aqidah Jahiliyah dan sistem hidup Jahiliyah. Lebih spesifik lagi, mereka sebenarnya menindas dan menzalimi para pejuang Islam yang berjuang di atas Aqidah Islam yang sebenar.                     

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – Yusuf) :
Masyarakat Jahiliyah yang dihayati kita sekarang bukannya Masyarakat Islam, oleh sebab itulah dalam masyarakat ini sistem hidup Islam dan hukum-hukum perundangannya tidak dapat dilaksanakan, dan ia tidak akan dapat dilaksanakan kerana dasar-dasar sistem hidup Islam dan hukum perundangannya tidak boleh bergerak di dalam kekosongan kerana dari semula jadi lagi ia tidak pernah lahir dan bergerak di dalam kekosongan.

Masyarakat Islam adalah lahir dengan struktur organiknya yang berlainan daripada struktur organik masyarakat Jahiliyah. Ia lahir daripada tokoh-tokoh, kelompok-kelompok dan kumpulan-kumpulan yang menentang Jahiliyah, di mana darjah dan mertabat kelebihan mereka telah ditentukan di tengah-tengah harakat perjuangan itu.

Masyarakat Islam adalah masyarakat yang baru, iaitu satu masyarakat yang sentiasa bergerak di jalan perjuangannya untuk membebaskan seluruh manusia daripada seluruh negeri di dunia ini daripada perhambaan kepada yang lain daripada Allah dan untuk menyelamatkan umat manusia daripada kehinaan menjadi hamba kepada Tuhan-tuhan palsu dalam segala bentuk dan rupa.

Perundangan atau fiqah Islam dengan segala hukum-hukumnya tidak dapat mewujudkan Masyarakat Islam, malah Masyarakat Islam dengan harakat perjuangannya yang pertama menentang Jahiliyah dan dengan harakat perjuangannya yang kedua menghadapi keperluan-keperluan hidup yang sebenar itulah yang mewujudkan fiqah Islam yang diambil daripada dasar-dasar umum syariat, kedudukan ini tidak boleh diterbalikkan.

Perundangan atau fiqah Islam tidak lahir di dalam kekosongan dan tidak pula hidup di dalam kekosongan. Ia tidak lahir daripada otak-otak dan di atas kertas-kertas, malah ia lahir di alam realiti  kehidupan yang tertentu bukan dalam sebarang kehidupan, tetapi secara tegasnya ia lahir di dalam kehidupan Masyarakat Islam oleh sebab itulah Masyarakat Islam pasti diwujudkan lebih dahulu dengan struktur organiknya yang semula jadi supaya ia dapat menjadi wadah di mana lahirnya perundangan Islam dan di mana perundangan Islam dapat dilaksanakan. Di waktu inilah segala-galanya akan berubah.

Punca kesulitan yang sebenar bagi para pengkaji itu ialah kerana mereka memandang realiti Jahiliyah ini sebagai lunas atau pokok pangkal di mana agama Allah wajib menyesuaikan diri dengannya, sedangkan hakikat yang sebenar sama sekali bukan begitu. Sebenarnya agama Allah itulah yang menjadi lunas dan pokok pangkal di mana manusia wajib menyesuaikan diri mereka dengannya dan wajib mengubahkan realiti Jahiliyahnya supaya persesuaian itu terlaksanakan dengan sempurna, tetapi pengubahan itu biasanya tidak berlaku melainkan menerusi satu jalan sahaja, iaitu menerusi harakat perjuangan menentang Jahiliyah untuk menegakkan Uluhiyah dan Rububiyah Allah yang Maha Esa di bumi ini kepada para hamba-Nya, dan membebaskan manusia daripada perhambaan kepada Tuhan-tuhan palsu dengan mengamalkan syariat Allah sahaja di dalam kehidupan mereka. Perjuangan ini terpaksa menghadapi penindasan, gangguan dan ujian menyebabkan adanya orang-orang yang dikalahkan oleh penindasan lalu menjadi murtad, dan adanya orang-orang yang teguh keimanan mereka lalu gugur sebagai syahid, dan adanya orang-orang yang tabah dan sabar meneruskan perjuangan mereka sehingga Allah memutuskan di antara mereka dengan kaum mereka dengan keputusan yang benar yang sehingga Allah memberikan kepada mereka kedudukan yang teguh di bumi  ini. Di waktu inilah tegaknya sistem hidup Islam, di mana para pejuang nya bersebati dengan ciri Islam dan berbeza dengan nilai-nilainya, dan di waktu inilah sahaja timbulnya tuntutan-tuntutan dan keperluan-keperluan hidup mereka yang berlainan daripada tuntutan-tuntutan dan keperluan-keperluan masyarakat Jahiliyah dari segi bentuk dan dari segi cara memenuhi nya dan berdasarkan realiti Masyarakat Islam pada hari ini itulah diistinbatkan hukumannya dan lahirnya fiqah Islam yang hidup dan dinamik, bukan hidup di dalam kekosongan tetapi hidup di tengah kehidupan yang waqii yang mempunyai tuntutan-tuntutan, keperluan-keperluan dan masalah-masalah yang tertentu .


Kami kira masanya telah tiba kepada Islam mempunyai gambaran yang unggul dalam hati para pendakwahnya agar mereka jangan menjadikan Islam sebagai khadam kepada establishment-establishment Jahiliyah, masyarakat-masyarakat Jahiliyah dan kehendak-kehendak keperluan Jahiliyah, dan agar mereka sanggup berkata kepada orang ramai dan terutama kepada orang-orang yang meminta fatwa daripada mereka. Marilah kamu kembali lebih dahulu kepada Islam dan isytiharkan lebih dahulu kepatuhan dan kesetiaan kamu kepada hukum-hukum Islam, atau dengan ungkapan yang lain marilah kamu sekelian masuk lebih dahulu ke dalam agama Allah dan isytiharkanlah lebih dahulu Ubudiyah kamu kepada Allah yang Maha Esa, dan ucapkan syahadah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dengan pengertian yang menjadi tapak landasan iman dan Islam, iaitu mengifradkan Allah dengan sifat Uluhiyah di bumi  dan di langit, mengakui Rububiyah–Nya iaitu kuasa Hakimiyah–Nya dan kuasa memerintah ke atas kehidupan seluruh manusia dan menolak Rububiyah manusia terhadap manusia dengan menolak kuasa Hakimiyah manusia di samping menolak perundangan manusia ke atas manusia.    

Apabila orang ramai atau sekumpulan daripada mereka menerima seruan ini, bererti Masyarakat Islam telah memulakan langkah pertama untuk muncul ke alam al-wujud. Dan di waktu ini masyarakat ini akan menjadi wadah yang waqii dan hidup, di mana akan lahir perundangan Islam yang hidup dan subur untuk menghadapi keperluan-keperluan masyarakat yang benar-benar mengikut syariat Allah .

Adapun sebelum wujudnya masyarakat ini, maka usaha-usaha dalam bidang perundangan dan hukum-hukum pentadbiran hanya merupakan usaha-usaha menipu diri sendiri sahaja persis seperti menanam di atas angin, sedangkan perundangan Islam tidak akan lahir di dalam kekosongan sebagai mana benih-benih tidak akan tumbuh di atas angin.

Agama Allah enggan menjadi kuda tunggangan yang patuh dan menjadi khadam yang taat untuk memenuhi kehendak-kehendak masyarakat Jahiliyah yang liar dan lari daripadanya, masyarakat Jahiliyah yang mempersenda-sendakan agama Allah dari satu masa ke satu masa dengan berpura-pura meminta fatwa-fatwa darinya mengenai masalah-masalah dan keperluan-keperluan yang dihadapinya, sedangkan ia tidak mahu tunduk kepada syariat dan kuasanya .

Perundangan Islam dan hukum-hukumnya tidak lahir di dalam kekosongan dan tidak beroperasi dalam kekosongan. Sebenarnya Masyarakat Islam yang tunduk kepada kuasa Allah daripada awal lagi itulah yang menciptakan perundangan ini bukannya perundangan yang menciptakan Masyarakat Islam. Kedudukan ini tidak boleh diterbalikkan buat selama-lamanya .
Langkah-langkah kelahiran sistem hidup Islam dan peringkat-peringkat perkembangan adalah selama-lamanya satu sahaja dan perpindahan daripada Jahiliyah kepada Islam itu tidak pernah merupakan satu perkara yang mudah dan senang pada mana-mana masapun. Masyarakat Islam tidak akan dapat dimulai dengan menggubal hukum-hukum fiqah di dalam kekosongan untuk dijadikan persediaan pada hari tegaknya Masyarakat Islam dan sistem hidup Islam nanti. Kewujudan undang-undang yang terperinci yang siap diatur dan lahir dalam kekosongan itu tidak boleh dijadikan titik permulaan perubahan daripada Jahiliyah kepada Islam. Apa yang kurang pada masyarakat-masyarakat Jahiliyah untuk berubah kepada Islam itu bukannya kerana ia tidak mempunyai hukum-hukum fiqah yang siap, dan kesulitan perubahan itu bukannya terbit daripada kelemahan hukum-hukum fiqah Islam sekarang ini untuk memenuhi  keperluan-keperluan masyarakat yang berkembang dan sebagainya daripada pandangan-pandangan yang tertipu dan menipu satu sama lain .

Sebenarnya tidak begitu, malah yang menghalangkan perubahan masyarakat-masyarakat Jahiliyah kepada sistem hidup Islam itu ialah kewujudan Tuhan-tuhan palsu yang enggan mengakui kuasa Hakimiyah Allah, juga enggan mengakui Rububiyah Allah yang Maha Esa sahaja di atas kehidupan manusia di bumi ini. Dengan keengganan inilah ia terkeluar terus daripada Islam dan ini merupakan hukum agama yang dimaklumi secara pasti, kemudian satu lagi penghalang ialah kewujudan orang ramai yang menyembah Tuhan-tuhan palsu selain Allah, iaitu mereka taat patuh dan mengikut Tuhan-tuhan itu. Ini bererti mereka mengadakan berbagai-bagai Tuhan yang disembah dan ditaati.  Penyembahan inilah yang mengeluarkan mereka daripada Tauhid kepada syirik. Inilah pengertian syirik yang paling jelas di dalam pandangan Islam.

Dengan kewujudan dua penghalang ini, maka tegaklah Jahiliyah sebagai satu sistem di bumi ini. Dia tegak di atas tiang-tiang kefahaman yang sesat di samping tegak di atas tiang-tiang kekuatan kebendaan.

Penggubalan hukum-hukum fiqah tidak dapat menentang Jahiliyah dengan cara-cara yang cukup berkesan, malah yang dapat menentang Jahiliyah ialah dakwah supaya orang ramai masuk sekali lagi ke dalam Islam dan harakat  perjuangan menentang Jahiliyah dan segala tiang-tiangnya, dan di sini berlakulah apa yang biasa berlaku di dalam setiap dakwah yang menentang Jahiliyah kemudian Allah menentukan keputusan–Nya yang benar di antara orang-orang yang menyerah diri kepada Allah dengan kaum mereka yang menentang. Dan pada masa ini barulah tiba peranan hukum-hukum fiqah  yang lahir secara tabii dalam wadah yang waqii dan hidup, di mana hukum-hukum fiqah  itu dapat menghadapi keperluan-keperluan hidup yang waqii yang timbul di dalam masyarakat yang baru ini sesuai dengan saiz keperluan-keperluan yang ada pada hari itu, juga sesuai dengan bentuk dan suasana-suasananya dan seluruh keperluan itu merupakan perkara yang tersembunyi di alam ghaib yang tidak dapat diramalkan lebih dahulu juga tidak dapat diusahakan mulai daripada hari ini secara serius dan sesuai dengan tabiat agama ini .

Ini tidak sekali-kali bermaksud bahawa hukum-hukum syarak yang dinaskan di dalam al-Quran dan as-Sunah itu belum lagi berkuat kuasa daripada segi legaliti, tetapi ia hanya bermaksud bahawa masyarakat yang diaturkan untuknya hukum-hukum ini dan masyarakat di mana hukum-hukum ini tidak dapat dilaksanakan dan tidak dapat hidup melainkan di dalamnya, belum lagi wujud sekarang ini. Oleh sebab itulah kewujudan yang hakiki bagi hukum-hukum itu adalah bergantung kepada kewujudan Masyarakat Islam, dan kewajipan mematuhi hukum-hukum itu tetap terbeban di atas leher setiap Muslim yang selama ini berada dalam (kesesatan) masyarakat Jahiliyah itu dan tampil berjuang menentang Jahiliyah untuk menegakkan sistem hidup Islam dan bersedia menghadapi segala akibat yang biasa dihadapi oleh orang-orang yang memperjuangkan agama ini untuk menentang Jahiliyah dan Tuhan-tuhan palsunya dan menghadapi orang ramai yang tunduk patuh kepada Tuhan-tuhan palsu itu dan redha dengan amalan syirik dalam bidang Rububiyah .

Pemahaman terhadap tabiat kelahiran sistem hidup Islam dengan pemahaman yang tetap seperti ini di mana sahaja adanya Jahiliyah di mana sahaja adanya perjuangan Islam menentang Jahiliyah merupakan titik permulaan dalam gerakan kerja yang sebenar dan membina untuk membangunkan semula kewujudan yang hakiki bagi agama ini setelah ia terputus sejak undang-undang manusia mengambil tempat syariat Allah di dalam dua abad yang berkebelakangan ini. Dan sejak itulah muka bumi ini kosong daripada kewujudan Islam yang hakiki, walaupun  masih ada menara-menara dan masjid-masjid, doa-doa dan upacara-upacara ibadat yang mempengaruhi perasaan orang-orang Islam yang ada supaya memberi kesetiaan yang kabur kepada agama ini dan membuat mereka merasa bahawa kewujudannya masih berada di dalam keadaan yang baik sedangkan kewujudannya yang hakikitl tidak ada lagi.

Masyarakat Islam itu wujud sebelum wujudnya upacara-upacara ibadat dan sebelum wujudnya masjid-masjid ia wujud sejak manusia diseru : “Hendaklah kamu sembah Allah, tiada Tuhan yang layak disembah selain daripada Allah,”  lalu mereka menyembah Allah sedangkan di waktu itu ibadat mereka terhadap Allah belum lagi dalam bentuk upacara-upacara ibadat kerana upacara-upacara ibadat belum lagi difardhukan ke atas mereka malah ibadat mereka adalah dalam bentuk mengakui ketaatan dan kepatuhan kepada Allah yang Yang Maha Esa daripada segi dasar kerana syariat–syariat Allah di waktu itu belum lagi diturunkan. Dan apabila mereka yang mengakui ketaatan dan kepatuhan kepada Allah yang yang Maha Esa itu telah mempunyai kekuatan maddi/fizikal di bumi ini barulah syariat-syariat itu diturunkan kepada mereka, dan apabila mereka menghadapi keperluan-keperluan yang hakiki dalam kehidupan mereka barulah hukum-hukum fiqah  yang belum ada diistinbatkan di samping hukum-hukum yang telah dinaskan di dalam al-Quran dan assunnah itulah sahaja satu-satu nya jalan menuju ke arah kelahiran Masyarakat Islam dan tiada jalan yang lain lagi.

Semoga di sana ada jalan yang mudah ke arah itu iaitu jalan seluruh orang ramai berubah kepada Islam daripada awal dimulakan  dakwah dengan lisan dan dakwah dengan menerangkan hukum-hukum Islam tetapi jalan ini adalah jalan angan-angan sahaja, kerana orang ramai sekali-kali tidak akan berubah daripada Jahiliyah dan daripada menyembah Tuhan-tuhan palsu kepada Islam dan menyembah Allah yang yang Maha Esa melainkan melalui jalan perjuangan yang lama dan lambat yang dilalui dakwah Islam setiap kali, iaitu jalan yang dimulai oleh individu-individu kemudian dikuti oleh angkatan pelupur, kemudian angklatan pelupr bergerak menentang Jahiliyah dan menghadapi segala penentangan dan penindasan sehingga Allah memberi keputusannya di antara mereka dan kaum mereka dengan keputusan yang benar dan memberi kepada mereka kedudukan yang kuat di bumi, kemudian barulah orang ramai berduyun-duyun masuk ke dalam agama Allah. Agama Allah ialah cara hidup, undang-undang dan peraturan yang diatur oleh Allah dan Allah tidak merestukan agama yang lain daripada agama Islam :

Dan sesiapa yang mencari agama yang lain daripada Islam maka tidak akan diterima daripadanya (al-Imran 85)  .

Semoga keterangan ini dapat menjelaskan bahawa kepada kita hakikat hukum mencalunkan diri ke jawatan tinggi kerajaan itu dalam pendirian yang telah diambil oleh Nabi Yusuf as.
Beliau belum lagi hidup di dalam Masyarakat Islam, di mana diamalkan peraturan yang melarang memuji diri sendiri kepada orang ramai dan melarang meminta jawatan berdasarkan perakuan diri sendiri. Di samping beliau melihat suasana masa itu telah membolehkan beliau untuk menjadi pemerintah yang ditaati rakyat bukannya pemerintah yang menjadi khadam di dalam establishment Jahiliyah dan apa yang diduga beliau telah menjadi kenyataan, kerana melalui kuasa pentadbiran beliau dapat berdakwah kepada agama Allah dan mengenbangkannya di negeri mesir semasa pemerintahannya di mana al-Aziz dan Raja Mesir hilang daripada pentas.               

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa sistem perundangan Islam tidak boleh diwujudkan di dalam masyarakat Jahiliyah demokrasi ini kerana segala kekuatan, pengaruh dan kekuasaan Jahiliyah dengan segala institusinya serta segala budaya dan tradisi Jahiliyah akan bersatu, bergabung dan bergandingan untuk melancarkan penentangan yang sengit dan berhabis-habisan ke atas Islam bagi menghapuskannya. Beginilah sifat semula jadi Jahiliyah terhadap Islam yang berkekalan di sepanjang sejarah kehidupan manusia sejak daripada Nabi Adam as sehinggalah ke akhir zaman. Sistem perundangan Islam hanya boleh dilaksanakan di bawah satu kekuasaan Islam yang bermatlamatkan Islam serta yang inginkan sistem kehidupan Islam.
Langkah yang pertama dalam perjuangan ke arah mewujudkan sistem perundangan Islam ialah dengan terlebih dahulu memerangi dan meruntuhkan kerajaan dan kekuasaan Jahiliyah ini untuk digantikan dengan satu kerajaan dan kekuasaan Islam, kemudian daripada itu barulah diimplementasikan segala peraturan dan undang-undang Islam di bawah kekuasaan Islam yang baru itu. Segala peraturan dan undang-undang Islam tidak boleh mewujudkan sesebuah kerajaan Islam, malah kerajaan Islam itulah yang mewujudkan sistem perundangan Islam. Jahiliyah dan kekuasaan Jahiliyah, hatta kerajaan demokrasi pimpinan umat Islam ini sendiri, sekali-kali tidak akan membenarkan Islam untuk berkuasa dan memerintah – ini adalah sifat dan gejala yang semula jadi yang sudah, sedang dan akan terus berlaku di antara Jahiliyah dengan Islam. Kerajaan Islam hanya boleh diwujudkan melalui Jihad, Perang dan Revolusi  yang dioperasikan melalui satu PROSES REVOLUSI mengikut jalan dan metod al-Quran, Sunnah dan Sirah.

Sistem perundangan Islam tidak boleh diwujud dan diimplementasikan di kalangan manusia dengan cara gigih, serius dan besungguhan dalam menyediakan segala peraturan dan undang-undang Islam yang lengkap dan terperinci pada masa kini, iaitu pada zaman Jahiliyah di bawah kekuasaan Jahiliyah sebagai persiapan untuk bakal dilaksanakan kemudian nanti. Ini bukan cara Islam dan cara seperti ini hanya merupakan usaha-usaha yang sia-sia sahaja yang tidak akan membawa sebarang erti kepada perjuangan Islam. Cara ini adalah seumpama menabur benih di atas angin dan tidak di atas bumi – sudah tentu benih-benih ini sama sekali tidak boleh diharapkan untuk bercambah dan tumbuh! Menyediakan peraturan dan undang-undang Allah dan segala sistem kehidupan Allah pada masa kini sedangkan kita sedikitpun tidak memberi perhatian kepada kebangkitan Islam dan kepada Jihad, Perang dan Revolusi adalah tipu daya orang-orang kafir dan musuh-musuh Islam yang menjalankan kerja-kerja sabotaj mereka yang bijak dan jahat terhadap kita agar perjuangan kita ini tidak akan sampai ke mana-mana.

Perjuangan Islam bermula dengan kesedaran untuk membebaskan diri kita daripada pengabdian kita kepada kekuasaan Jahiliyah yang bererti memebebaskan diri daripada sistem PENGABDIAN MANUSIA KEPADA MANUSIA dan dengan keinginan kita yang kuat dan padu untuk hanya mengabdikan diri kita kepada Allah sahaja. Perjuangan Islam bermula dengan keinginan yang kuat untuk semata-mata MENYEMBAH ALLAH sahaja dan dengan keinginan yang kuat dan padu pula kita menafi, menolak, mengingkari dan menentang akan penyembahan kita kepada Tuhan-tuhan Manusia dengan aktif dan total seperti Tuhan-tuhan Demokrasi yang wujud, berkuasa dan berdaulat dalam sistem pemerintahan demokrasi kita ini. Inilah sikap-sikap dan tindakan-tindakan yang menyempurnakan pegangan dan amalan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan yang berkemampuan untuk membawa kepada kebangkitan Islam, dan inilah sikap-sikap dan tindakan-tindakan yang berkemampuan untuk membentukkan keperibadian Islam yang radikal dan revolusyeneri di kalangan massa umat Islam yang diasaskan kepada semangat dan sifat kita yang sepenuh bertaqwa kepada Allah yang sanggup dan bersedia untuk melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi. Kebangkitan Islam yang menolak Jahiliyah dengan aktif dan total serta yang bersikap tanpa kompromi yang total terhadapnya pada detik pertama itulah yang akan membawa kepada Jihad, Perang dan Revolusi yang akan meruntuhkan kekuasaan Jahiliyah. Langkah pertama dalam perjuangan Islam ialah untuk meruntuhkan kekuasaan Jahiliyah ini dahulu untuk digantikan dengan sebuah kerajaan Islam, kemudian daripada itu barulah ianya diikuti dengan langkah-langkah yang kedua, iaitu untuk menyediakan segala peraturan dan undang-undang Islam untuk dikuatkuasakan di alam yang nyata! Inilah cara Islam dan metod Islam, dan tidak melalui langkah-langkah yang songsang dan terbalik daripadanya.


Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran - Yusuf) :
Masyarakat Islam itu wujud sebelum wujudnya upacara-upacara ibadat dan sebelum wujudnya masjid-masjid. Ia wujud sejak manusia diseru : “Hendaklah kamu sembah Allah , tiada Tuhan yang layak disembah selain daripada Allah”, lalu mereka menyembah Allah, sedangkan di waktu itu ibadat mereka terhadap Allah belum lagi dalam bentuk upacara-upacara ibadat kerana upacara-upacara ibadat belum lagi difardhukan ke atas mereka, malah ibadat mereka adalah dalam bentuk mengakui ketaatan dan kepatuhan kepada Allah yang Maha Esa daripada segi dasar kerana syariat-syariat Allah di waktu itu belum lagi diturunkan. Dan apabila mereka yang mengakui ketaatan dan kepatuhan kepada Allah yang Maha Esa itu mempunyai kekuatan maddi/fizikal di bumi ini barulah syariat-syariat itu diturunkan (kepada mereka ), dan apabila mereka menghadapi keperluan-keperluan yang hakiki dalam kehidupan mereka barulah hukum-hukum fiqah yang belum ada diistinbatkan di samping  hukum-hukum yang telah dinaskan di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Itu sahaja satu-satunya jalan menuju (ke arah kelahiran masyarakat Islam) dan tiada jalan yang lain lagi.

Semoga di sana ada jalan yang mudah (ke arah itu ) iaitu jalan seluruh orang ramai merubah kepada Islam daripada awal dimulakan dakwah dengan lisan dan dakwah dengan menerangkan hukum-hukum Islam, tetapi jalan ini adalah jalan angan-angan sahaja, kerana orang ramai sekali-kali tidak akan berubah daripada Jahiliyah dan daripada menyembah Tuhan-tuhan palsu kepada Islam dan menyembah Allah yang Maha Esa melainkan melalui jalan perjuangan yang lama dan lambat yang dilalui dakwah Islam setiap kali, iaitu jalan yang dimulai oleh individu-individu kemudian diikuti oleh angkatan pelopor, kemudian angkatan pelopor ini bergerak menentang Jahiliyah dan menghadapi segala penentangan dan penindasan sehingga Allah memberi keputusan-Nya di antara mereka dan kaum mereka dengan keputusan yang benar dan memberi kepada mereka kedudukan yang kuat di bumi, kemudian barulah orang ramai berduyun-duyun masuk ke dalam agama Allah. Agama Allah adalah cara hidup, undang-undang dan peraturan yang diatur oleh Allah dan Allah tidak merestukan agama yang lain daripada agama Islam.

Firman Allah : al-Imran 85 
Dan sesiapa yang mencari agama yang selain daripada Islam maka tidak akan diterima daripadanya. 

Rasulullah saw sedikitpun tidak menyediakan peraturan dan undang-undang Islam semasa dalam era Mekah, Baginda memimpin umat Islam ke arah pembentukan suatu masyarakat Islam yang bertaqwa – yang menyembah Allah dan menolak penyembahan kepada Tuhan-tuhan yang selain daripada-Nya, iaitu dengan memisah dan mengasingkan diri mereka daripada Jahiliyah, masyarakat Jahiliyah, peraturan dan undang-undang Jahiliyah, kerajaan Jahiliyah dan daripada segala adat tradisi Jahiliyah, serta untuk menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap Tuhan-tuhan Manusia yang wujud dan berkuasa dalam sistem kehidupan Jahiliyah. Umat Islam di zaman Mekah di bawah pimpinan Rasulullah saw hanya menumpukan seluruh kehidupan mereka kepada menyembah Allah sahaja sedangkan pada waktu itu belum lagi difardhukan solat, puasa, zakat, haji dan syiar-syiar ibadat yang lain. Mereka menyembah Allah tanpa solat, puasa, zakat dan haji! Dalam bentuk yang sebagai manakah pula yang dikatakan mereka itu menyembah Allah tanpa solat, puasa, zakat dan haji itu?.

Rasulullah saw dan para pengikut Baginda di zaman Mekah itu menyembah Allah bukan dengan solat, puasa dan haji, tetapi mereka menyembah Allah dengan kefahaman dan pengakuan mereka bahawa Uluhiyah dan Rububiyah itu adalah hak dan milik Allah sahaja dan dengan kefahaman dan pengakuan mereka bahawa penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan terhadap Uluhiyah dan Rububiyah Manusia itu adalah perintah Allah yang menyempurnakan pegangan dan amalan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, dan mereka menyembah Allah dengan benar-benar bergerak dan bertindak dalam menjelma dan merealisasikan konsep ketaatan dan kepatuhan kepada perintah Allah, iaitu untuk menafi, menolak, mengingkari dan menentang terhadap Uluhiyah dan Rububiyah Manusia itu, khususnya untuk menafi, menolak, mengingkari dan menentang terhadap sistem kehidupan Jahiliyah, peraturan dan undang-undang Jahiliyah, kerajaan Jahiliyah dan sistem pemerintahan Jahiliyah di zaman Mekah itu. Inilah ertinya mereka menyembah Allah sahaja yang menyempurnakan pegangan dan amalan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ serta yang selanjutnya membawa seluruh umat manusia kepada kebangkitan Islam yang radikal dan revolusyneri.


Umat Islam pada hari ini tidak lagi menyembah Allah sahaja, kita menyembah Allah di samping itu kita juga menyembah Tuhan-tuhan Manusia yang palsu. Kini kita mempunyai banyak masjid di sana sini, masjid-masjid ini hidup dan aktif yang sentiasa dibanjiri umat Islam, azan berkumandang dan solat didirikan dengan khusyuk di dalamnya, Quran dibaca, khutbah dan ceramah agama kedengaran di mana-mana sahaja – di masjid-masjid mahupun di kaca-kaca tv, hari-hari kebesaran Islam dirayakan -  tetapi masyarakat kita seperti ini bukanlah sebuah masyarakat Islam yang sebenar, di dalamnya tidak wujud takwa, tidak wujud Islam, tidak wujud orang-orang Islam di kalangan kita, kerana pada permulaannya lagipun sememangnya tidak pernah wujud Masyarakat Islam. Seluruh umat Islam kita kini berada dalam Jahiliyah, masyarakat umat Islam kita adalah masyarakat Jahiliyah. Ini adalah kerana umat Islam kita tidak menyembah Allah sahaja, kita menyembah manusia dan tidak mengkhususkan penyembahan kepada Allah sahaja lantaran KETAATAN, KEPATUHAN dan KEREDHAAN kita kepada peraturan dan undang-undang manusia yang bererti kita menyembah yang selain daripada Allah yang menyebabkan seluruh kita ini tidak boleh lagi disifatkan sebagai orang-orang Islam mengikut pengertian ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

Gerakan dakwah Islam adalah bertujuan untuk mengembalikan massa umat Islam kita ini kepada Islam, iaitu supaya seluruh kita ini sekali lagi kembali menganuti agama Islam dengan memberi kefahaman dan kesedaran kepada seluruh umat Islam kita supaya menerima hakikat bahawa kerajaan demokrasi Malaysia kita ini adalah kerajaan yang syirik dan kufur kerana ianya adalah didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia, supaya kita memahami dan mengakui bahawa mengamalkannya bererti kita terlibat dalam melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan Manusia, supaya kita memahami dan mengakui bahawa mentaati dan mematuhinya itu bererti kita menyembah Tuhan-tuhan Manusia, supaya kita ingin dan bersedia untuk memisah dan mengasingkan diri kita daripada kerajaan demokrasi kita ini, supaya kita sekali-kali tidak ada lagi keinginan untuk mentaati, mematuhi dan meredhainya, dan supaya kita dengan sepenuh komitmen bertindak untuk menafi, menolak, mengingkari dan menentang kerajaan demokrasi Malaysia yang syirik dan kufur ini  – apabila segala gejala seperti ini wujud dan berlaku, barulah ianya bererti bahawa umat Islam kita ini telah sempurna menyembah Allah sahaja dan tidak menyembah Tuhan-tuhan yang selain daripada-Nya, dan ini bererti bahawa umat Islam kita ini sudah sekali lagi memasuki kembali ke dalam agama Islam dan ke dalam Masyarakat Islam.

Firman Allah : al-Baqarah 208 
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam agama Islam (dengan mematuhi ) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagi kamu yang terang nyata.

Allah menyeru kita supaya sekali lagi memasuki ke dalam agama Islam dengan mentaati dan mematuhi segala hukum-hukum-Nya dan segala perintah dan larangan-Nya. Di sini Allah menyeru umat Islam supaya kita kembali kepada Islam kerana Allah menganggapkan kita kesemuanya ini telah terkeluar daripada agama Allah. Inilah kedudukan umat Islam kita yang sebenarnya pada masa ini baik di Malaysia mahupun di dunia ini seluruhnya – kita telahpun terkeluar daripada agama kita Yang Maha Suci dan kita sedang berada dalam kesyirikan dan kekufuran sedangkan kita sedikitpun tidak menyedarinya. Umat Islam kita yang tidak menafi, menolak, mengingkari dan menentang terhadap agama demokrasi yang syirik dan kufur ini adalah orang-orang tidak mentaati dan mematuhi perintah Aqidah daripada Allah dan justeru mereka itu adalah orang-orang yang tidak memasuki ke dalam agama Allah! Gerakan dakwah kita adalah difokuskan kepada matlamat kita untuk mengembalikan seluruh massa umat Islam kita sekali lagi kepada agama Allah dengan mentaati dan mematuhi segala perintah Allah, ini termasuklah ketaatan dan kepatuhan kepada perintah Allah agar mereka itu bertindak tegas, berani dan dengan sepenuh iltizam dan komitmen untuk menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi Malaysia yang syirik dan kufur ini.

Umat Islam kita yang telah kembali sekali lagi kepada agama Islam kita ini adalah orang-orang yang telah membentukkan satu masyarakat Islam yang baru dan sebenar yang akan menggerakkan seluruh massa umat Islam kita untuk bersama-sama kembali sekali lagi kepada Islam dan kepada masyarakat Islam. Umat Islam kita yang berada di dalam masyarakat Islam yang baru dan sebenar ini akan berkeupayaan untuk mengelami dan melalui satu proses kebangkitan Islam yang radikal dan revolusyeneri dan akhirnya kepada Jihad, Perang dan Revolusi untuk memerangi, menghancur dan menghapuskan kerajaan demokrasi Malaysia yang syirik dan kufur ini untuk kemudiannya digantikan dengan sebuah kerajaan Allah yang akan menjalankan segala peraturan dan undang-undang Allah dan yang akan menegakkan satu sistem kehidupan untuk umat manusia di bumi ini yang diasaskan kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.


Firman Allah : Hud 2 
Agar kamu tidak menyembah yang selain daripada Allah .

Umat Islam di Malaysia kita kini tidak lagi merupakan orang-orang Islam dan masyarakat kita kini bukanlah masyarakat Islam kerana kita menyembah manusia di samping  menyembah Allah apabila kita mentaati dan mematuhi kerajaan demokrasi Malaysia kita bersekali dengan segala peraturan dan undang-undang demokrasi kita yang syirik dan kufur ini.   

Tujuan dan matlamat gerakan dakwah kita adalah untuk menyeru seluruh massa umat Islam kita supaya kita kembali sekali lagi untuk mengimani, menganuti dan mengamalkan agama kita yang asal, sempurna dan sebenar yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya dan supaya kita mengeluarkan diri kita daripada agama Islam yang sedang kita imani, anuti dan amalkan sekarang ini kerana ianya adalah agama yang sesat , rosak dan pincang yang direka dan diciptakan oleh kaum Yahudi - musuh tradisi kita.

Apabila kita tidak lagi menyembah Tuhan-tuhan Manusia yang selain daripada Allah, iaitu Tuhan-tuhan yang terdiri daripada para pemimpin kita yang sedang berkuasa dan berdaulat di dalam sistem politik demokrasi kita ini dengan cara kita tidak lagi mentaati dan mematuhi kerajaan demokrasi Malaysia yang syirik dan kufur ini dan kita tidak lagi mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia, dan apabila kita bertindak tegas dalam menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap kerajaan demokrasi Malaysia kita ini untuk menuju ke arah matlamat untuk meruntuhkan kufur dan kekuasaan kufur untuk kemudiannya digantikan dengan Islam dan kerajaan Islam yang akan melaksanakan segala peraturan dan undang-undang Islam, itulah ertinya kita telah mengeluarkan diri kita daripada agama kita dan itulah ertinya kita telah kembali sekali lagi untuk mengimani, menganuti dan mengamalkan agama Islam kita yang sebenar daripada Allah dan Rasul-Nya, dan dari situlah bermulanya gerakan Revolusi Islam. 

Dalam tafsir Fizilalil Quran, Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa gerakan dakwah Islam ini adalah gerakan yang akan memakan masa yang lama dan perjuangan ini adalah perjuangan yang ‘berlambat-lambatan’ kerana ‘masa yang lama’ dan gerakan yang ‘berlambatan-lambatan’ itu sememangnya mengandungi berbagai-bagai hikmah bagi sesuatu perjuangan Islam; pertama, berlambat-lambatan itu ertinya seseorang pejuang itu terhindar daripada berbagai-bagai bentuk kelemahan hawa nafsu, ia akan dapat mengelakkan dirinya daripada berjuang kerana kehendaknya yang tersendiri yang berasal daripada berbagai-bagai rangsangan perasaan dan hatinya, serta berbagai-bagai kepentingan yang bukan kerana kehendak Allah; kedua, tindakan-tindakan yang gopoh dan cepat yang lahir daripada semangat yang berkobar-kobar boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah dalam proses perjuangan itu sendiri akibat daripada kurang ketelitian dalam cara bertindak serta kurang pemerhatian terhadap segala kesan negatif yang mungkin lahir daripada tindakan-tindakannya itu; ketiga, berlambat-lambatan itu bererti gerakan yang hati-hati dan rapi yang menyusahkan musuh-musuh Islam daripada menjalankan tipu daya dan sabotaj mereka terhadap sesuatu Pergerakan Islam; ke empat, proses berlambat-lambatan itu akan memberi peluang dan ruang yang luas dan selesa kepada golongan umat Islam yang didakwah itu untuk menerima Islam yang sebenar, serta cara berlambat-lambatan ini dapat memasukkan keimanan yang lebih mendalam dan kuat ke dalam sanubari mereka yang tidak mudah digoncang oleh tekanan dan gugatan daripada musuh-musuh Islam, dan akhirnya cara berlambat-lambatan inilah yang mendatangkan kesan yang lebih positif dan lebih berhasil daripada gerakan dakwah yang cepat dan gopoh.

No comments:

Post a Comment