Saturday 15 September 2012


SALAM,

PAS DAN UMNO ADALAH KAFIR KERANA MEREKA MENYEMBAH MANUSIA DAN TIDAK MENYEMBAH ALLAH

Uluhiyah Manusia bererti seseorang pemimpin atau pemimpin-pemimpin itu adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA yang DISEMBAH oleh manusia kerana segala peraturan dan undang-undang yang dibuat dan diluluskan oleh mereka itu adalah DITAATI DAN DIPATUHI manusia.

Firman Allah: at-Taubah 31
Mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadikan pendita-pendita dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain daripada Allah dan (juga mereka memperTuhankan) al-Masih anak Maryam, padahal mereka tidak diperintah melainkan untuk menyembah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya) melainkan Ia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.
Ayat ini dijelaskan di dalam Hadith (Tarmidzi dari ‘Adi bin Hatim): 
Pada suatu ketika apabila Rasulullah s.a.w sedang membaca ayat di atas ini, ‘Adi bin Hatim berkata: “Ya Rasulullah, mereka (Yahudi dan Nasrani) tidak menyembah mereka (pendita-pendita dan rahib-rahib).” Rasullullah s.a.w menjawab, “Memang benar mereka berbuat demikian. Mereka (pendita-pendita dan rahib-rahib) membenarkan perkara-perkara yang tidak benar, dan mereka (Yahudi dan Nasrani) mematuhi mereka; dan dengan berbuat demikian mereka sebenarnya telah menyembah mereka (pendita-pendita dan rahib-rahib).” 
Ujar al-Alusi di dalam tafsirnya: “Kebanyakan mufassirin berpendapat : yang dimaksudkan dengan Tuhan-Tuhan yang layak disembah di dalam ayat ini bukannya mereka mempercayai ulama-ulama dan rahib-rahib mereka itu sebagai Tuhan-Tuhan alam ini, malahan maksudnya mereka patuh menjunjung suruhan-suruhan dan larangan-larangan mereka.”

UMNO dan PAS yang mentaati dan mematuhi peraturan dan undang-undang demokrasi yang dibuat oleh ahli-ahli Parlimen dan Dun, serta Raja-Raja Melayu kita, mengikut hukum al-Quran, bererti mereka MENYEMBAH ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita yang membuat undang-undang itu. Para pemimpin UMNO dan PAS adalah ‘ar-Baban Musyarri’ iaitu Tuhan-tuhan Manusia yang membuat peraturan dan undang-undang untuk manusia dan segala peraturan dan undang-undang ini adalah ditaati dan dipatuhi manusia yang bererti manusia menyembah manusia (Alihah Musyarri’) dan tidak menyembah Allah. Para pemimpin UMNO dan PAS yang disembah sebagai Tuhan-tuhan Manusia dan seluruh para pengikut UMNO dan PAS yang menjadi para penyembah yang menyembah Tuhan-tuhan Manusia ini - kesemuanya adalah orang-orang kafir.

No comments:

Post a Comment