Monday 3 September 2012

BERHALA BESAR



BERHALA BESAR


Firman Allah : an-Nisa 117
Apa yang mereka sembah yang lain daripada Allah itu, hanyalah berhala-berhala, dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan yang derhaka.

Firman Allah : al-Ankabut 17
Kamu hanya menyembah berhala yang diperbuat oleh orang, tidak menyembah Allah yang mencipta segala-galanya, dan kamu hanya mengadakan penyembahan yang dusta.


DEMOKRASI dan seluruh pemimpin kita yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita adalah BERHALA-BERHALA BESAR! Mereka kesemuanya itu adalah BERHALA-BERHALA yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia kerana segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang dibuat oleh mereka itu dikuat kuasakan ke atas manusia. Mereka itu adalah BERHALA-BERHALA yang disembah oleh manusia kerana segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang dibuat oleh mereka itu ditaati dan dipatuhi manusia.

Perbincangan kita mengenai AQIDAH, POLITIK DAN KENEGARAAN telah sampai kepada peringkat yang membolehkan kita untuk membuat rumusan bahawa demokrasi ini bukan hanya terbentuk sebagai satu ideologi dan fahaman sahaja, tetapi ianya adalah satu sistem hidup yang menyeluruh, atau apa yang disebut sebagai ad-deen di dalam Al-Quran, iaitu satu AGAMA yang terdiri daripada aqidah kufur, syariat kufur dan akhlak yang kufur. Sebagai satu agama yang kufur, demokrasi mempunyai BERHALA-BERHALANYA yang tersendiri yang disembah manusia. Status kekufuran demokrasi itu adalah sama dengan kekufuran agama-agama yang lain - Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha, Zoroaster, Namrudisme, Firaunisme, Komunisme, Sosialisme, Kapitalisme, Liberalisme, Pragmatisme, Existentialism, Nihilism, Nasionalisme, Sekularisme, Nazisme, Fasisme dan kesemua ISME ciptaan manusia yang selain daripada Allah. Pemimpin-pemimpin dan kerajaan-kerajaan yang tidak memerintah dengan undang-undang Allah adalah kafir, zalim dan fasik, begitu juga dengan rakyat yang menyerahkan kuasa memerintah kepada manusia adalah syirik dan kufur kerana mereka terlibat dalam mempertuhankan sesama manusia.

Manusia di zaman Nabi Ibrahim as menyembah BERHALA-BERHALA BATU dan KAYU yang dibuat oleh manusia. Manakala umat Islam kita di Malaysia kita ini pada zaman kita kini juga tidak terkecuali daripada menyembah BERHALA-BERHALA yang dilantik oleh manusia dalam erti kata mereka menyembah para pemimpin kita yang berlagak sebagai Tuhan-tuhan yang dilantik oleh manusia. Ketaatan kepada kedaulatan demokrasi dan kepada sistem perundangan demokrasi adalah penyembahan kepada yang selain daripada Allah yang mempunyai pengertian menyembah BERHALA, dan menyembah BERHALA itu pula bererti menyembah syaitan dan segala sekutu Allah, serta juga beriman kepada sangkaan, kesesatan dan kekufuran yang memusuhi dan mengkufur ingkarkan Allah. Seseorang yang mengamal dan mempraktikkan sistem politik demokrasi dengan ketaatan dan kepatuhannya kepada kerajaan demokrasi yang disertai dengan keredhaannya terhadapnya  (kerajaan dan sistem politik demokrasi) itu mempunyai pengertian dan kesan yang amat serius – ia menyembah BERHALA-BERHALA, iaitu para pemerintah dan Raja-Raja Melayu yang membuat undang-undang dan yang menguatkuasakannya ke atas rakyat mereka, dan oleh itu ia (penyembah berhala) tidak menyembah Allah dan ia telah terkeluar daripada agama Allah.

Ketidak fahaman tentang pengertian dan pertalian di antara AQIDAH dengan POLITIK telah menyebabkan majoriti daripada kita tidak boleh menerima realiti kekufuran demokrasi dan kekufuran pemimpin-pemimpin kita yang mengingkari Allah s.w.t. dalam masalah ketaatan dan kepatuhan kita kepada kerajaan dan undang-undang demokrasi yang selain daripada Allah, apatah lagi dengan para ilmuan dan cendekiawan Islam yang sentiasa menyokong dan mempertahankan mereka. Kita tidak menyedari bahawa para pemimpin kita yang berkuasa dan berdaulat ke atas kita dan Raja-Raja Melayu kita ini adalah BERHALA-BERHALA yang kita sembah dalam kehidupan kita.

Kita diseru oleh para ulama dan intelek Islam kita supaya menghindarkan diri kita daripada menyembah patung-patung dan BERHALA-BERHALA BATU dan KAYU seperti mana yang disembah oleh penganut-penganut agama Buddha, Hindu, Kristian dan kaum musyrikin Cina, kita diseru supaya kita menghindarkan diri kita daripada kepercayaan-kepercayaan dan amalan-amalan agama yang songsang, dan kita diseru supaya kita menghindarkan diri kita daripada segala jenis dan bentuk khurafat seperti pemujaan keramat-keramat dan amalan ilmu-ilmu hitam, anihnya dalam pada itu mereka juga menyeru kita untuk terus tekun menyembah BERHALA-BERHALA dalam agama demokrasi kita ini lantaran seruan dan ajakan mereka agar kita mentaati dan mematuhi kerajaan demokrasi dan sistem perundangan demokrasi ciptaan manusia. Seruan seperti ini adalah seruan kepada kesyirikan dan kekufuran. Inilah kontradiksi dalam AQIDAH kita yang amat besar yang sedang berlaku di kalangan massa umat Islam kita kini. 

Para ulama dan intelek Islam kita tidak pernah membicarakan mengenai kekufuran demokrasi dan kekufuran dalam mengamalkannya, malah mereka tidak pernah menyentuh mengenai konsep Uluhiyah dan Rububiyah Allah dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, dan mereka tidak pernah menyentuh mengenai Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang wujud dan berkuatkuasa dalam sistem politik demokrasi kita ini, justeru seruan mereka untuk menghindari kesyirikan dan kekufuran hanyalah tertumpu kepada menghindarinya dalam bentuk amalan-amalan khurafat, menganuti ajaran-ajaran songsang dan sesat dan daripada menyembah BERHALA-HALA BATU dan KAYU sahaja, sedangkan mereka membiarkan kita untuk terus mengamalkan demokrasi, malah dalam keadaan kebiasaannya mereka menyeru dan menggalakkan kita untuk mengamal dan mempraktikkan agama demokrasi serta untuk mentaati dan mematuhi demokrasi dan segala peraturan dan undang-undang demokrasi padahal kesemuanya ini mempunyai pengertian menyembah berhala-berhala besar demokrasi yang mengkufur ingkarkan Allah swt.

Demokrasi yang syirik dan kufur itu mengakibatkan kerosakan dan kebencanaan kepada kehidupan manusia dalam berbagai aspek yang oleh itu disifatkan oleh Allah s.w.t. sebagai PENINDASAN, KEZALIMAN, KEJAHATAN, ANCAMAN, PENCEROBOHAN dan KEROSAKAN terhadap manusia dan kemanusiaan yang diperintahkan-Nya untuk ditentang dan diperangi sehingga ianya mengalami kehancuran yang total untuk digantikan dengan Islam (2:193). Demokrasi itu adalah satu penindasan kerana; pertama, dari segi sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan, ianya mengandungi unsur-unsur riba’, spekulasi, monopoli, penguasaan ekonomi oleh golongan atasan, manipulasi, eksploitasi, ketidak sama rataan, dan meraut keuntungan yang berlebihan; kedua, dari segi sekularisme ia memisah dan meminggirkan agama Islam daripada kehidupan yang bermakna kehidupan yang diasaskan kepada hawa nafsu semata-mata dan pemikiran manusia yang lemah dan pincang; ketiga, dari segi nasionalisme, ia hanya mempromosi dan mempertahankan segala hak dan unsur kebangsaan sahaja dengan langsung mengabaikan dasar-dasar Islam yang "fundamental". Kesemuanya ini adalah unsur-unsur Jahiliyah yang membawa kerosakan dan kebencanaan dan yang akan mengakibatkan penindasan ke atas kemanusiaan. Setiap ideologi, pemikiran, sistem dan undang-undang yang selain daripada Allah s.w.t, seperti demokrasi, disifatkan sebagai KESYIRIKAN dan KEKUFURAN di sisi Islam yang menghasil dan mengakibatkan PENINDASAN, KEZALIMAN, PENCEROBOHAN, ANCAMAN, KEJAHATAN, KEFASIKAN dan KEROSAKAN seperti mana yang disebut dengan lumrahnya di dalam Al-Quran.


Firman Allah : al-A’raf 190
Maha Suci Allah daripada sekutu-sekutu yang diada-adakan mereka.


Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :

Manusia pada hari ini mendirikan berhala-berhala baru yang mereka namakan “bangsa“, “negara“ dan “rakyat” dan sebagainya daripada nama-nama yang lain. Semuanya merupakan berhala-berhala tanpa lembaga seperti berhala-berhala biasa yang didirikan oleh penyembah-penyembah berhala. Semuanya merupakan sembahan-sembahan yang mempersekutukan Allah di kalangan makhluk-Nya. Semuanya merupakan sembahan-sembahan yang dinazar kepadanya anak-anak mereka sebagai mana dinazarkan kepada berhala-berhala di zaman dahulu, juga dikorbankan binatang-binatang sebagai mana binatang-binatang yang dikorbankan kepada kuil-kuil di merata tempat.


Manusia mengiktirafkan Allah sebagai Tuhan, tetapi mereka membuangkan perintah-perintah Allah dan syariat-syariat-Nya dibelakang mereka dan dalam waktu yang sama mereka jadikan perintah-perintah dan kehendak-kehendak sembahan-sembahan yang baru ini sebagai sesuatu yang suci dan untuk melaksanakan kehendak-kehendak itu mereka sanggup menentang perintah-perintah dan syariat-syariat Allah, malah sanggup membuangkan semua sekali. Apakah yang dikatakan “sembahan-sembahan“? Apakah pula yang dikatakan syirik ? Apakah pula yang dikatakan habuan berhala-berhala pada anak-anak, jika tidak seperti sembahan-sembahan, jika tidak seperti syirik dan jika tidak seperti habuan berhala yang diamalkan oleh Jahiliyah moden ini?

Jahiliyah kuno lebih beradap dan bersopan santun terhadap Allah. Ia menyembah Tuhan-tuhan yang lain selain Allah dan menampilkan berbagai-bagai persembahan kepadanya seperti membayar nazar dengan anak-anak, buah-buahan dan sembelihan dengan tujuan untuk mendekatkan manusia kepada Allah. Jadi pada hemat dan tanggapan Jahiliyah kuno ia meletak Allah pada tempat yang paling tinggi, sedangkan Jahiliyah moden meletakkan sembahan-sembahan yang lain pada tempat yang lebih tinggi daripada Allah dan memandang suci segala perintah yang dikeluarkan oleh sembahan-sembahan itu dan sanggup membuang segala perintah yang dikeluarkan Allah.

Kita hanya menipu diri kita apabila kita mengenal paganisme dalam bentuknya yang bersahaja, iaitu dalam bentuk-bentuk berhala-berhala dan patung-patung yang lama dan upacara-upacara ibadat yang dilakukan mereka semasa menyembah berhala-berhala itu dan menjadikannya sebagai pemberi-pemberi syafaat di sisi Allah. Rupa bentuk berhala dan paganisme itu sahaja yang berubah-ubah, begitu juga upacara-upacara ibadat sahaja yang bertambah canggih dengan menggunakan berbagai-bagai lambang yang baru, tetap tabiat syirik dan hakikatnya tetap teguh di sebalik rupa bentuk dan upacara-upacara yang berubah-ubah itu.

Inilah hakikat yang seharusnya tidak membuat kita terkeliru daripada hakikat yang sebenar.

Allah swt menyuruh kita bersifat jujur, bersopan santun dan berpegang dengan akhlak-akhlak yang mulia, tetapi prinsip “kebangsaan” atau dasar  “pengeluaran negara“  menyuruh kita mengeluarkan kaum wanita daripada rumah tangga, menggalakkan mereka mendedahkan diri dengan pakaian-pakaian yang menarik dan bekerja sebagai pemyambut-penyamnut tamu di hotel-hotel seperti gadis geisha di negeri Jepun. Di sini siapakah Tuhan yang dipatuhi perintah-perintahnya? Allah swt atau Tuhan-tuhan palsu?

Allah swt menyuruh supaya aqidah dijadikan tali pengikat masyarakat, tetapi prinsip “kebangsaan” atau “negara“ menyuruh kita mengenepikan agama daripada dasar pembentukan masyarakat dan menjadi bangsa atau kaum sebagai dasar masyarakat. Di sini siapakah Tuhan yang dipatuhi perintahnya. Allah swt atau Tuhan-tuhan palsu?
Allah swt menyuruh supaya syariat-Nya dijadikan undang-undang yang memerintah tetapi ada seorang manusia atau ada segelintir pemimpin rakyat berkata dengan lantang : Tidak! Rakyatlah yang berhak menggubalkan undang-undang dan undang-undang merekalah undang-undang yang berkuat kuasa dan berdaulat. Di sini siapakah Tuhan yang dipatuhi perintah nya? Allah swt atau Tuhan-tuhan palsu ?

Inilah contoh-contoh yang berlaku di seluruh dunia hari ini, iaitu contoh-contoh yang lumrah diterima oleh golongan manusia yang sesat, juga contoh-contoh yang mendedahkan hakikat paganisme yang dominan sekarang ini dan hakikat berhala-berhala baru yang disembah hari ini sebagai ganti paganisme yang menyembah berhala terus terang, juga sebagai ganti berhala-berhala kuno yang dapat dilihat dengan mata. Kita seharusnya jangan tertipu dengan rupa bentuk paganisme dan syirik yang berubah-ubah itu hingga mengelirukan kita daripada hakikat yang sebenar.

Al-Quran telah mendebati penganut-penganut agama paganisme dan bersahaja dan pendukung-pendukung Jahiliyah yang terus terang itu. Al-Quran berbicara dengan akal mereka selaku akal manusia untuk menyedarkannya daripada kelalaian yang tidak layak dengan akal manusia - walau bagai manapun tahap kebudakannya – kemudian setelah memberi contoh perbandingan pada mereka dan menggambarkan peringkat-peringkat perkembangan syirik dalam jiwa manusia, maka ayat yang berikut mengemukakan pernyataan :


Apakah wajar mereka mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak pernah menciptakan sesuatu apapun, sedangkan sekutu-sekutu itu sendiri dicipta Allah (A’raf 191).

Dan sekutu-sekutu itu tidak berkuasa menolong mereka dan tidak pula menolong diri sendiri ( A’raf 192).

Tuhan yang berkuasa menciptakan itulah Tuhan yang wajar disembah, sedangkan seluruh Tuhan-tuhan palsu yang disembahkan mereka tidak berkuasa mencipta sesuatu apapun, malah Tuhan itu sendiri diciptakan. Jadi bagai mana mereka mempersekutukan Allah dengan Tuhan-tuhan palsu itu ? Bagai mana jadikan Tuhan-tuhan itu sekutu-sekutu Allah yang menguasai diri mereka dan anak-anak mereka ?

Tuhan yang berkuasa menolong dan melindungi hamba-hamba-Nya dengan kudrat-Nya itulah Tuhan yang wajar disembah, kerana daya kekuatan dan kudrat kuasa itu merupakan ciri-ciri Uluhiyah dan sifat-sifat yang mewajibkan manusia mengabdikan diri kepada-Nya, sedangkan seluruh Tuhan palsu mereka tidak mempunyai kudrat kuasa dan seterusnya tidak berkuasa menolong mereka dan tidak pula berupaya menolong dirinya sendiri. Bagai mana mereka jadikan Tuhan-tuhan palsu itu sekutu-sekutu Allah yang menguasai diri mereka dan anak-anak mereka? 

Walaupun pun bukti penciptaan dan bukti kudrat kuasa dijadikan hujjah yang dihadapkan kepada pendukung-pendukung Jahiliyah kuno yang bersahaja, namun bukti-bukti yang sama juga masih dapat dijadikan hujjah yang dihadapkan kepada pendukung-pendukung Jahiliyah di zaman sekarang. Mereka mengadakan berhala-berhala baru yang disembah dan dipatuhi mereka dan mereka jadikannya sekutu-sekutu Allah yang menguasai diri mereka, anak-anak mereka dan harta benda mereka, tetapi di antara Tuhan-tuhan itu manakah Tuhan yang berkuasa yang menciptakan sesuatu di langit dan di bumi? Manakah satu Tuhan yang berkuasa menolong mereka atau menolong dirinya sendiri?

Akal manusia tidak dapat menerima pemikiran yang syirik ini jika ia diberi kebebasan menghadapi realiti ini, tetapi godaan hawa nafsu, pengaruh-pengaruh yang sesat dan mengelirukan itulah yang membuat manusia – setelah dilalui empat belas abad daripada masa diturunkan al-Quran – balik semula kepada Jahiliyah dalam bentuk rupanya yang baru . Lalu mereka mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak pernah menciptakan sesuatu apapun, sedangkan sekutu-sekutu itu sendiri diciptakan Allah dan tidak berkuasa menolong mereka dan tidak pula dapat menolong diri sendiri.

Umat manusia pada hari ini amat memerlukan – sama seperti umat manusia di zaman dahulu – berbicara dengan al-Quran sekali lagi. Mereka memerlukan pemimpin-pemimpin yang boleh memimpin mereka daripada Jahiliyah kepada Islam, mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada sinar nur dan menyelamatkan akal dan hati mereka daripada paganisme moden, malah daripada kekarutan-kekarutan baru yang membabitkan mereka sebagai mana Islam telah menyelamatkan nya pada kali yang pertama.

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa kita kini sedang menyembah BERHALA-BERHALA, bukan BERHALA-BERHALA dalam bentuk batu, logam dan kayu seperti yang lazimnya kita fahami dan kenali selama ini, tetapi ‘BERHALA-BERHALA BARU’ dalam bentuk ideologi, pemikiran dan undang-undang, ‘BERHALA-BERHALA BARU’ dalam bentuk sistem kehidupan Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis ciptaan manusia, dan ‘BERHALA-BERHALA BARU’ dalam bentuk manusia itu sendiri, iaitu manusia yang memerintah dan berdaulat ke atas manusia yang berkuasa untuk membuat ideologi, pemikiran dan undang-undang itu dan yang berkuasa untuk menciptakan sistem kehidupan Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis untuk manusia. Kita disifatkan Allah sebagai menyembah BERHALA-BERHALA BARU ini kerana KETAATAN dan KEPATUHAN kita kepada ideologi, pemikiran dan undang-undang manusia dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa, kita disifatkan Allah sebagai menyembah BERHALA-BERHALA BARU ini kerana KETAATAN dan KEPATUHAN kita kepada sistem kehidupan Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis ciptaan manusia ini dan kita disifatkan Allah sebagai menyembah BERHALA-BERHALA BARU ini kerana KETAATAN dan KEPATUHAN kita kepada manusia yang memerintah dan berkuasa ke atas manusia yang menciptakan segala ideologi, pemikiran, undang-undang dan sistem kehidupan kita ini, sedangkan kita hanya menyembah Allah dalam solat dan segala syiar ibadat sahaja (9:31). Perbuatan kita yang menyembah BERHALA-BERHALA MODEN seperti ini adalah satu gejala yang amat serius kerana ianya bererti bahawa kita telah terkeluar daripada agama Allah padahal kita sedikitpun tidak menyedarinya.

Kita sibuk mencegah dan memelihara diri kita daripada terlibat dengan berbagai-bagai gejala kesyirikan, kekufuran dan kekhurafatan - kita sibuk mencegah dan memelihara diri kita daripada terlibat dengan gejala menyembah berhala-berhala dan patung-patung batu, logam dan kayu, kita sibuk mencegah dan memelihara diri kita daripada terlibat dengan  gejala memuja kubur-kubur keramat, kita sibuk mencegah dan memelihara diri kita daripada terlibat dengan memohon kepada wali-wali dan kita sibuk mencegah dan memelihara diri kita daripada terlibat dengan segala bentuk khurafat dan amalan-amalan syrik, padahal kita sebenarnya sedang mengimani, menganuti dan mengamalkan agama yang syirik dan kufur, iaitu agama Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis ciptaan manusia. Begitu juga kita sibuk menghindarkan diri kita daripada terjebak dengan anutan dan amalan ajaran agama yang songsang, padahal AGAMA ISLAM yang kita warisi kini dan yang sedang kita anuti dan amalkan kini sebenarnya merupakan agama yang songsang kerana ianya adalah agama yang mengajak kita supaya menyembah BERHALA-BERHALA dalam bentuk ketaatan dan kepatuhan kita kepada ideologi dan pemikiran Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis ciptaan manusia yang sedang berkuasa dan memerintah ke atas kita kini – kesemua gejala ini mengeluarkan kita daripada agama Allah.

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa kekuatan akal kita sebenarnya berkemampuan untuk memahami dan menyedari mengenai kewujudan Tuhan-tuhan palsu dan oleh itu berkemampuan untuk memahami dan menyedari mengenai kewujudan AGAMA DEMOKRASI yang syirik dan kufur ini, begitu juga akal kita sebenarnya berkemampuan untuk memahami dan menyedari mengenai gejala AGAMA ISLAM kita yang songsang ini, tetapi kita keinginan untuk terus sahaja kekal dalam kesesatan dan kerosakan kerana kita dikeliru dan ditipu oleh Ahlil Kitab melalui para ulama dan intelek Islam kita sendiri dan oleh yang demikian hati-hati kita telah tertutup rapat kepada keimanan, dan juga kita keinginan untuk terus sahaja kekal dalam kesesatan dan kerosakan itu kerana dorongan hawa nafsu kita sendiri. Pilihan kepada umat Islam kita ialah supaya mereka kembali kepada kebenaran dengan merujuk terus kepada sumber al-Quran untuk mengeluarkan diri mereka daripada kesesatan, dan dalam hal ini, mereka sebenarnya amat memerlukan kepada bimbingan para pemikir dan pemimpin Islam yang sebenar dan tulen yang boleh memimpin mereka keluar daripada Jahiliyah untuk kembali kepada Islam.



Firman Allah : al-Anaam 110
Dan Kami jadikan hati dan pandangan mereka berbalik-balik (dan mereka tetap tidak beriman kepada al-Quran) sebagai mana mereka tidak beriman kepada-Nya pada permulaan kalinya. Dan Kami tinggalkan mereka terumbang ambing dalam kesesatan mereka. 

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :

Usaha yang lebih keji lagi ialah usaha-usaha yang dilakukan oleh mereka yang cuba memakaikan Islam dengan berbagai-bagai topeng dan menggelar Islam dengan berbagai-bagai gelaran yang disukai orang ramai di dalam sesuatu masa yang tertentu seperti sosialis, demokrasi dan sebagainya dengan anggapan bahawa dengan penampilan yang keji itu mereka memberi khidmat yang baik kepada agama Islam, sedangkan sosialisme adalah satu aliran pemikiran kemasyarakatan yang diciptakan oleh manusia dan setiap ciptaan manusia sentiasa terdedah kepada kemungkinan-kemungkinan salah dan betul, begitu juga demokrasi merupakan satu sistem hidup atau sistem pemerintahan yang diciptakan oleh manusia yang terdedah kepada kemungkinan salah dan betul. Tetapi Islam adalah satu sistem hidup yang merangkumi kefahaman iktikad, peraturan-peraturan kemasyarakatan, peraturan-peraturan ekonomi, peraturan-peraturan melaksanakan kerja dan mengendalikan organisasi dan sistem ini adalah daripada ciptaan Allah yang bersih daripada segala kelemahan dan cacat cela. Oleh itu di manakah duduknya seorang Islam apabila ia mencari bantuan manusia untuk menguatkan sistem hidup Ilahi, iaitu dengan menyalutkan sistem ini dengan sifat-sifat sistem-sistem yang diciptakan manusia? Di manakah duduknya seorang Islam apabila ia mencari bantuan manusia untuk menguatkan agama Allah dengan menggunakan pendapat-pendapat manusia?

Kaum musyrikin di dalam Jahiliyah Arab disifatkan sebagai kaum musyrikin disebabkan perbuatan mereka meminta pertolongan Allah dengan perantaraan sesetengah makhluknya yang dijadikan mereka sebagai penaung dan pelindung :

Firman Allah : Ibrahim 52
(al-Quran) ini adalah perutusan yang disampaikan kepada manusia dan supaya mereka sentiasa diberi peringatan dengannya dan supaya mereka mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan supaya orang-orang yang berakal mengambil pengajaran.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Tujuan asasi daripada perisytiharan dan peringatan ini ialah supaya manusia mengetahui “bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa”. Inilah tapak asas agama Allah di mana ditegakkan sistem-Nya dalam kehidupan manusia.

Tentulah perisytiharan ini bukannya bertujuan supaya mereka hanya mengetahui sahaja, malah supaya mereka membangunkan kehidupan mereka di atas pengetahuan itu,…tujuan supaya mereka memberi ketaatan dan kepatuhan kepada Allah yang Maha Esa sahaja kerana di sana tiada Tuhan yang layak ditaati melainkan Dia. Allah yang layak menjadi Tuhan memerintah dan menguasai, yang mengendali dan mengurus, yang menggubal undang-undang dan peraturan dan memberi arahan-arahan. Apabila kehidupan manusia dibangunkan di atas tapak asas ini, maka pada pokoknya ia berbeza daripada segala bentuk kehidupan yang ditegakkan di atas tapak asas Rububiyah manusia terhadap sesama manusia. Perbezaan ini menyentuh soal Aqidah dan kefahaman dan membabit syiar-syiar agama dan upacara-upacara ibadat di samping membabit soal Aqidah dan tingkah laku, soal nilai-nilai dan ukuran-ukuran dan seterusnya membabit peraturan-peraturan politik, ekonomi dan kemasyarkatan dan segala bidang kehidupan individu dan kelompok.

Kepercayaan kepada konsep Uluhiyah Allah yang Maha Esa merupakan landasan bagi sebuah sistem hidup yang sepadu, tetapi ia bukannya hanya sekadar berupa Aqidah yang tersemat di dalam hati nurani sahaja, kerana batas-batas Aqidah adalah lebih jauh daripada semata-mata kepercayaan yang beku tidak bergerak itu, malah batas-batas Aqidah itu menjangkau begitu luas hingga meliputi segala bidang kehidupan manusia. Persoalan kuasa Hakimiyah dengan segala cabang-cabangnya di dalam Islam merupakan satu persoalan Aqidah, sebagai mana persoalan akhlak pada keseluruhnya merupakan satu persoalan Aqidah. Dan daripada Aqidah ini muncullah sistem hidup yang merangkumi akhlak, nilai-nilai, di samping merangkumi peraturan-peraturan dan undang-undang.

Kita tidak dapat memahami tujuan-tujuan al-Quran ini sebelum kita memahami batas-batas Aqidah agama ini dan sebelum kita mengerti dua syahadat ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ Muhammadar Rasulullah mengikut tahap pengertiannya yang amat luas itu, dan sebelum kita memahami tujuan kata-kata “ibadat itu hanya untuk Allah yang Maha Esa sahaja”, iaitu kita harus menentukan bahawa tujuan kata-kata ini ialah memberi ketaatan dan kepatuhan kepada Allah yang Maha Esa sahaja, bukan sahaja dalam detik-detik solat malah dalam segala urusan kehidupan mereka.
Penyembahan berhala-berhala yang dipohonkan Ibrahim as supaya dijauhkan dirinya dan anak cucunya daripadanya itu bukanlah dalam bentuk menyembah patung-patung yang dilakukan orang-orang Arab di dalam Jahiliyah mereka atau dilakukan agama-agama paganisme di dalam berbagai-bagai bentuk rupa sama ada berupa batu-batu, pokok-pokok, bintang, burung, api, roh-roh dan hantu-hantu sahaja.

Sebenarnya semua gambaran penyembahan berhala yang bersahaja ini belum lagi merangkumi syirik terhadap Allah, juga ia belum lagi merangkumi segala bentuk penyembahan berhala-berhala yang lain daripada Allah. Pembatasan pengertian syirik pada gambaran-gambaran penyembahan-penyembahan yang bersahaja ini sahaja akan menghalang kita daripada melihat bentuk-bentuk syirik yang lain yang tiada batasnya, juga menghalangkan kita daripada melihat hakikat bentuk-bentuk syirik dan Jahiliyah-Jahiliyah moden yang mempengaruhi umat manusia.

Hakikat syirik dan hubungannya dengan berhala-berhala itu pastilah difahami dengan mendalam, begitu juga pengertian berhala-berhala dan penjelmaan bentuk-bentuknya yang berubah-ubah bersama-sama Jahiliyah moden itu pastilah difahami secara mendalam.

Konsep syirik terhadap Allah yang bertentangan dengan konsep kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ itu dapat dilihat pada setiap kedudukan dan keadaan, di mana ketaatan dan kepatuhan tidak diberi kepada Allah yang Maha Esa sahaja di dalam segala kehidupan, dan di mana seseorang itu hanya cukup mentaati Allah di dalam beberapa jurusan kehidupannya yang lain sahaja dan dalam waktu yang sama dia mentaati yang lain daripada Allah di dalam jurusan-jurusan kehidupan yang lain. Dengan ini sahaja sudah cukup untuk melahirkan gambaran dan hakikat syirik. Perbuatan mengemukakan lambang-lambang (ketaatan) merupakan salah satu bentuk daripada bentuk-bentuk ketaatan yang berbagai-bagai rupa. Contoh-contoh yang wujud dalam kehidupan manusia hari ini dapat memberikan contoh-contoh yang waqii terhadap sifat-sifat syirik yang sebenar. Seseorang yang bertawajjuh kepada Allah yang Maha Esa dan mempercayai Uluhiyah-Nya yang tunggal kemudian mentaati Allah di dalam peraturan-peraturan wudhu, taharah, solat, puasa, haji dan seluruh syiar agama yang lain, tetapi dalam waktu yang sama dia mentaati pula undang-undang daripada Tuhan yang digubal oleh pihak yang lain daripada Allah dalam kehidupan ekonomi, politik dan kemasyarakatannya, juga menundukkan nilai-nilai dan ukuran-ukuran kemasyarakatannya kepada kefahaman-kefahaman dan istilah-istilah daripada ciptaan yang lain daripada Allah dan seterusnya menundukkan peraturan akhlaknya, tradisi-tradisinya, adapt resamnya dan fesyen dan pakaian-pakaiannya kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan Tuhan-Tuhan manusia yang telah memaksa akhlak, adapt-adat resam dan pakaian-pakaian itu ke atasnya walaupun bertentangan dengan undang-undang Allah dan perintah-Nya. Sebenarnya orang yang bersikap seperti ini telah mengamalkan teras sikap syirik itu sendiri dan menentang teras hakikat syahadatnya kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ Muhammadar Rasulullah. Inilah (bentuk syirik) yang tidak disedari oleh orang-orang Islam pada hari ini, di mana mereka melakukan perbuatan syirik ini dengan bebas dan dengan sikap yang lembik. Mereka tidak mengirakan perbuatan ini sebagai perbuatan syirik yang diamalkan oleh kaum musyrik di setiap zaman dan tempat.
Berhala-berhala itu tidak semestinya menjelma dalam bentuk gambarannya yang primitif dan bersahaja, kerana berhala-berhala itu hanya merupakan lambang-lambang Tuhan palsu yang bersembunyi disebaliknya untuk memperhambakan manusia atas nama berhala-berhala itu dan untuk menjamin kepatuhan mereka kepadanya dengan perantaraannya.

Berhala-berhala itu tidak pernah bercakap atau mendengar atau melihat. Tetapi hanya sami atau kahin atau orang yang berkuasa yang berada dibelakang berhala itu sahaja yang mengumat gamitkan berbagai-bagai jampi mentera kemudian bercakap di atas namanya memperkata sesuatu yang dikehendaki olehnya untuk memperhambakan dan mengeksploitasikan orang ramai.

Apabila ada lambang-lambang yang diangkat di mana-mana negeri dan pada bila-bila masa kemudian datang orang-orang yang berkuasa dan para kahin atau sami bercakap di atas nama lambang-lambang ini dan menetapkan di atas namanya peraturan-peraturan, undang-undang, nilai-nilai, ukuran-ukuran, tindakan-tindakan dan amalan-amalan yang tidak diizinkan Allah, maka lambang-lambang inilah merupakan berhala-berhala yang mempunyai sifat, hakikat dan fungsinya.

Apabila perkauman atau kebangsaan diangkatkan sebagai lambang atau negara diangkatkan sebagai lambang atau rakyat diangkatkan sebagai lambang atau kelas diangkatkan sebagai lambang, kemudian orang ramai dikehendaki supaya menyembah lambang-lambang yang lain daripada Allah ini supaya sanggup berkorban untuknya dengan nyawa, harta, akhlak dan marwah dan andainya syariat Allah, undang-undang-Nya, arahan-arahan-Nya dan pengajaran-pengajaran-Nya bercanggah dengan kehendak lambang-lambang itu, maka yang harus diketepikan ialah syariat Allah, undang-undang-Nya, arahan-arahan-Nya dan pengajaran-pengajaran-Nya dan yang harus diluluskan ialah kehendak-kehendak lambang-lambang itu, maka perbuatan ini samalah dengan menyembah berhala-berhala, kerana berhala itu bukan semestinya berupa batu atau kayu, malah kadang-kadang ia berupa isme atau lambang.

Islam bukannya datang semata-mata untuk menghancurkan berhala-berhala batu dan kayu. Islam tidak mengorbankan tenaga perjuangan yang bersambung daripada angkatan para Rasul dan tidak memberi pengorbanan-pengorbanannya yang besar serta menanggung penindasan dan kesengsaraan semata-mata untuk menghancurkan berhala-berhala batu dan kayu itu.

Malah Islam datang untuk menentukan persimpangan jalan di antara ketaatan kepada Allah yang Maha Esa  sahaja di dalam segala urusan hidup dengan ketaatan kepada yang lain daripada Allah dalam segala keadaan dan bentuk rupa. Keadaan-keadaan dan bentuk-bentuk itu perlulah dikaji setiap waktu untuk memahami peraturan-peraturan dan sistem-sistem yang ada dan menentukannya sama ada ia berteraskan Tauhid atau syirik sama ada ia berteraskan ketaatan dan kepatuhan kepada Allah yang Maha Esa atau berteraskan ketaatan dan kepatuhan kepada berbagai-bagai Tuhan palsu dan berhala.

Orang-orang yang menyangka diri mereka berada dalam agama Allah dengan alasan kerana mereka mengucap dua kalimah syahadat kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ  Muhammadar Rasulullah dan kerana mereka mematuhi dan mentaati peraturan-peraturan taharah, peraturan-peraturan ibadat, peraturan-peraturan perkahwinan dan perceraian, peraturan-peraturan pesaka dan sebagainya dan dalam waktu yang sama mereka mematuhi disebalik bidang yang sempit ini peraturan-peraturan yang diciptakan oleh yang lain daripada Allah, iaitu mereka mentaati undang-undang yang tidak diizinkan Allah dan terang-terang bertentangan dengan syariat Allah kemudian mereka bersedia mengorbankan jiwa, harta, marwah dan akhlak mereka sama ada mereka suka atau tidak suka untuk melaksanakan kehendak-kehendak yang dituntut daripada mereka oleh berhala-berhala yang baru itu dan apabila agama atau akhlak atau maruwah bercanggah dengan kehendak-kehendak berhala ini, maka yang dibuang ialah perintah-perintah Allah dan yang dilaksanakan ialah kehendak-kehendak berhala ini.

Orang-orang yang menyangka diri mereka sebagai kaum Muslimin dan menyangka berada dalam agama Allah, sedangkan mereka hidup dengan keadaan ini, maka hendaklah mereka sedar bahawa mereka sedang berada di dalam syirik yang amat besar! 

Sebenarnya agama Allah tidak sekecil yang disangka oleh orang-orang yang menyangka diri mereka sebagai kaum Muslimin di Timur dan di Barat itu. Agama Allah adalah sebuah sistem hidup yang mencakup segala butirr dan perincian kegiatan hidup seharian. Ketaatan dan kepatuhan kepada Allah yang Maha Esa dalam segala perincian kegiatan hidup seharian selain daripada dasar-dasar umumnya itulah agama Allah dan itulah agama Islam yang menjadi satu-satunya agama yang diterima Allah.

Perbuatan syirik terhadap Allah bukan sahaja berupa Aqidah mempercayai Uluhiyah yang lain di samping mempercayai Uluhiyah-Nya, tetapi juga berupa penghakiman kepada Tuhan-tuhan yang lain di samping penghakiman kepada-Nya. 

Penyembahan berhala-berhala bukan sahaja dapat dilihat dalam bentuk mendirikan patung-patung batu dan kayu, malah dapat dilihat dalam bentuk menegakkan lambang-lambang yang mempunyai pengaruh dan kehendak-kehendak yang sama dengan pengaruh-pengaruh dan kehendak-kehendak yang dipunyai oleh berhala.

Oleh itu orang ramai Islam di setiap negeri pastilah memikirkan kepada siapakah ia memberi darjat penghormatan yang paling tinggi di dalam hidup mereka? Kepada siapakah mereka memberi kepatuhan mereka yang sempurna? Kepada siapakah mereka taat, mengikut dan menjunjung perintah? Jika semuanya itu diberikan kepada Allah, maka itulah petanda bahawa mereka berada di dalam agama Allah dan jika ia diberikan kepada yang lain daripada Allah di samping diberikannya kepada Allah atau diberikan semuanya kepada yang lain daripada Allah, maka itulah petanda bahawa mereka berada di dalam agama tuhan-tuhan palsu dan berhala-berhala. 

Friman Allah : Ibrahim 35
Dan kenangilah ketika Ibrahim berdoa, “Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri ini (Makkah) sebuah negeri yang aman dan jauhkanlah daku dan anak-anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.”

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa BERHALA-BERHALA yang dimaksudkan oleh Nabi Ibrahim as di dalam doanya di sini bukan sahaja terdiri daripada BERHALA-BERHALA BATU atau KAYU, tetapi beliau juga maksudkannya kepada ideologi, pemikiran, undang-undang dan sistem kehidupan ciptaan manusia seperti ideologi Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis yang kita amalkan kini. Ideologi-ideologi ini adalah BERHALA-BERHALA kerana mereka kesemuanya ini mempunyai hak dan kekuasaan untuk memerintah ke atas manusia yang bererti menganugerahkan sifat Rububiyah milik Allah kepada manusia, dan apabila manusia pula mentaatinya ianya bererti menganugerahkan sifat Uluhiyah milik Allah kepada manusia. Ideologi-ideologi ini adalah BERHALA-BERHALA kerana mereka mempunyai hak-hak ke atas Uluhiyah dan Rububiyah milik Allah.

Dalam siri doa-doa Nabi Ibrahim as, beliau memohon kehadhrat Allah dengan menyebut Rububiyah Allah dan tidak Uluhiyah Allah, kerana beliau menyedari bahawa manusia selalunya tidak melupai bahawa Allah adalah Tuhan yang layak disembah dengan sifat Uluhiyah-Nya, tetapi yang selalu dilupai manusia ialah tentang Rububiyah Allah, iaitu Allah yang memiliki kedaulatan, hak politik dan hak pemerintahan ke atas manusia. Umat Islam di zaman moden kita kini sentiasa menyembah Allah dalam solat, puasa dan doa-doa sebagai Tuhan yang layak disembah, tetapi kita melupai bahawa Allah adalah RAJA, PEMERINTAH dan PEMIMPIN yang berkuasa dan berdaulat untuk membuat segala peraturan dan undang-undang untuk dikuat kuasakan ke atas umat manusia, iaitu peraturan dan undang-undang Allah dalam seluruh bidang kehidupan manusia yang meliputi bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa yang wajib ditaati dan dipatuhi oleh seluruh umat manusia. Kita melupai bahawa Allah adalah Tuhan yang memiliki sifat Rububiyah – hal ini merosakkan pegangan dan amalan kita akan kalimah  ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan kita daripada agama Allah. Kita kufur ingkarkan Allah kerana kita menyerahkan sifat Rububiyah kepada manusia lantaran amalan sistem politik demokrasi kita ini.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran - Hud) :

Oleh sebab mereka sedang bertarung dengan masyarakat Islam, mereka tidak terluput daripada bertindak melemahkan masyarakat Islam daripada bawah, iaitu meruntuhkan tapak asasnya di samping mengadakan untuk penganut-penganutnya yang beriman kepada Allah Yang Maha Esa berhala-berhala baru yang disembah selain Allah, kadang-kadang dinamakan dengan “tanahair”, kadang-kadang dengan nama “kaum” dan kadang-kadang dengan nama “bangsa”. Berhala-berhala itu telah muncul di beberapa peringkat sejarah umat Islam kadang-kadang dengan nama Syu’biyah, kadang-kadang dengan nama Turaniyah, kadang-kadang dengan nama pergerakan nasionalisme Arab dan kadang-kadang dengan nama-nama lain yang diperjuangkan oleh berbagai-bagai puak yang saling bertarung satu sama lain dalam masyarakat Islam yang sama ditegakkan di atas asas aqidah dan diperintah dengan undang-undang syariat sehingga tapak asas masyarakat itu menjadi lemah dan lumpuh bertalu-talu dihentam dan diserang, juga akibat daripada saranan propaganda yang keji dan beracun, dan akhirnya berhala-berhala yang baru itu dipandang suci dan sesiapa yang menentangnya dianggap terkeluar daripada agama bangsanya dan disifatkan sebagai pengkhianat kepada negaranya!

Kem yang paling jahat dan masih terus bekerja keras untuk merobohkan tapak asas masyarakat Islam yang kukuh dan unik di dalam sejarah ialah kem Yahudi yang lihai yang telah menggunakan senjata “nasionalisme” untuk menghancurkan masyarakat Kristian dan mengubahkannya kepada masyarakat nasionalis yang mempunyai gereja nasional masing-masing, dan dengan langkah ini kaum Yahudi telah berjaya menghancurkan kepungan masyarakat Kristian terhadap bangsa Yahudi. Dan sebagai langkah yang kedua mereka bertindak menghancurkan kepungan masyarakat Islam terhadap bangsa yang amat kufur itu.

Begitulah juga tindakan-tindakan yang telah dilakukan oleh pejuang-pejuang salib (crusade) terhadap masyarakat Islam setelah mereka berusaha berabad-abad lamanya melaungkan seruan-seruan ke arah gagasan kebangsaan, perkauman dan kenegerian dalam kalangan umat-umat yang bergabung dalam masyarakat Islam. Dengan itu mereka dapat memuaskan nafsu dendam kesumat mereka yang sekian lama terhadap Islam dan kaum Muslimin, juga dapat mencaing dan memecah belahkan umat Muslimin dan menundukkan mereka di bawah penjajah Kristian Eropah, mereka akan terus bertindak begitu sehingga umat Muslimin diiznkan Allah berjaya dalam menghancurkan berhala-berhala yang jahat dan terkutuk itu untuk menegakkan kembali masyarakat Islam di atas tapak asasnya yang kukuh dan unik.

Islam tidak sekali-kali bertujuan menyelamatkan manusia daripada menyembah berhala-berhala batu dan Tuhan-tuhan dongeng kemudian selepas itu ia merelakan mereka menyembah berhala nasionalisme, perkauman, dan kenegerian dan sebagainya, sedangkan kerana berhala-berhala inilah manusia berperang dan bertarung satu sama lain di bawah panji-panjinya. Dan dalam waktu yang sama Islam menyeru supaya menyembah Allah Yang Maha Esa dan supaya menumpukan seluruh ketaatan kepada kepada-Nya sahaja dan bukan kepada sesuatu yang lain daripada kalangan makhluk-Nya.

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa fahaman-fahaman yang didasarkan kepada “tanahair”, “bangsa”, “negara” dan “nasionalisme” adalah BERHALA-BERHALA, dan kerajaan kita yang didasarkan kepada ideologi Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis ciptaan manusia ini adalah satu BERHALA BESAR. Apabila kita mentaati kerajaan dan undang-undang demokrasi ini ianya bermakna kita menyembah BERHALA-BERHALA dan tidak menyembah Allah sahaja. Akhirnya oleh kerana telah terlalu lama menyembahnya, kita memandang BERHALA-BERHALA yang wujud dalam bentuk ideologi, kerajaan dan undang-undang demokrasi ini sebagai sesuatu yang suci, dan apabila wujud sahaja satu golongan umat Islam yang sedar dan bertakwa yang bangkit menentang demokrasi, kita menganggapkan mereka ini sebagai golongan anti-nasional atau “anti-establishment” yang sewajarnya dimusuhi dan untuk dikenakan tindakan–tindakan yang tegas dan keras oleh pihak yang berkuasa. Dengan sendirinya ianya bererti kita telah menjadi pro-Jahiliyah dan anti-Islam yang merosakkan Aqidah Islam kita dan yang mengeluarkan kita daripada agama Allah.

Pertama sekali, Allah menghendaki supaya kita memahami mengenai kekufuran demokrasi dengan jelas dan sempurna; kedua, kita hendaklah yakin bahawa kita berada di atas jalan yang benar dan bahawa orang-orang yang menyokong dan mempertahankan demokrasi itu berada di atas jalan yang salah, rosak dan sesat; ketiga, kita hendaklah mengkhususkan Uluhiyah itu kepada Allah sahaja dengan cara kembali menyembah Allah sahaja, iaitu dengan mentaati dan mematuhi segala perintah Allah sahaja dan agar kita sekali-kali tidak mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang sedang beroperasi dan berkuat kuasa ke atas kita kini, dan sekali gus untuk mengambil tindakan-tindakan yang tegas untuk menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi. Ketekunan dan keikhlasan dalam bersolat adalah sia-sia sahaja apabila kita menyembah BERHALA-BERHALA dan tidak menyembah Allah sahaja dengan cara kita memberi ketaatan dan kepatuhan kepada kerajaan demokrasi ini atau hanya kerana kita tidak mengambil tindakan-tindakan penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif dan total terhadap kerajaan demokrasi ini.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran  - al-Anaam) :

Dakwah kepada agama Allah pastilah dimulakan dengan menjelaskan dengan tegas jalan hidup kaum mukminin dan jalan hidup kaum penderhaka, dan para pendakwah kepada agama Allah tidak seharusnya bertolak ansur dan berkompromi dalam kalimat al-Haq dan dalam persoalan yang memisahkan di antara keimanan dan kekafiran. Mereka tidak seharusnya merasa gentar dan takut dan tidak seharusnya patah semangat dalam menghadapi celaan dan cemuhan atau dalam menghadapi larangan orang yang mengatakan : “Lihat! Pendakwah ini mengkafirkan orang-orang Islam!

Setiap orang yang lahir sebagai seorang Islam daripada ibu bapanya yang beragama Islam dan ia melafazkan ucapan dua kalimah syahadah – kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ  Muhammad Rasulullah – serta ia yakin dan berpegang teguh kepadanya, dan ia tekun melakukan segala ibadat ritual seperti solat dan puasa, belum lagi boleh dikatakan sebagai telah sempurna beriman kepada Allah kecuali ia memenuhi kehendak SYAHADAH itu, iaitu ia tidak menyerahkan Uluhiyah dan Rububiyah Allah kepada manusia dengan cara :

1.  Ia tidak menegak, meredhai dan mempertahankan kerajaan, kedaulatan dan undang-undang demokrasi kerana ianya adalah yang selain daripada Allah;

2.  Ia tidak menyembah Tuhan yang lain daripada Allah dengan cara ia TIDAK MENTAATI kerajaan, kedaulatan dan undang-undang demokrasi yang lain daripada Allah;

3.  Ia mengamalkan sikap dan tindakan-tindakan yang aktif untuk menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap kerajaan, kedaulatan dan undang-undang demokrasi yang lain daripada Allah itu.

Seseorang yang melakukan kesemuanya ini dengan sempurna dan ikhlas kerana Allah barulah ia boleh dianggap sebagai telah menunai dan memenuhi segala tuntutan syahadah kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ Muhammadar Rasulullah dan dia adalah seseorang yang telah sempurna beriman dengan agama Allah.

Sebaliknya seseorang yang bersetuju, meredhai dan mempertahankan demokrasi dan kerajaan demokrasi bererti ia menyerahkan sifat Rububiyah Allah kepada manusia yang merosakkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ . Seseorang yang mentaati demokrasi dan kerajaan demokrasi bererti ia menyembah BERHALA-BERHALA DEMOKRASI dan justeru ia tidak menyembah Allah yang juga merosakkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ . Begitu juga seseorang yang bersikap berkecuali dan berdiam diri terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi, iaitu sikap dan tindakan yang tidak aktif dalam menafi, menolak, mengingkari dan menentangnya, bererti ia tidak mempraktikkan konsep Nafi dan Isbat dalam kehidupannya yang justeru ia merosakkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Para pengamal sistem politik demokrasi adalah orang-orang yang menyembah BERHALA-BERHALA DEMOKRASI dan tidak menyembah Allah yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah !

1 comment: