Sunday 30 September 2012

ISLAM KONTEMPORARI - SIRI PERTAMA


ISLAM KONTEMPORARI

Firman Allah :al-Imran 83, 85 

Apakah mereka mencari agama yang lain daripada agama Allah, sedangkan seluruh penghuni langit dan bumi tunduk dan menyerah kepada-Nya baik secara suka rela mahupun secara terpaksa dan kepada – Nya mereka sekelian dikembalikan. 

Dan sesiapa yang mencari agama yang lain daripada agama Islam, maka tidaklah akan diterima daripadanya dan di akhirat kelak dia termasuk dalam golongan orang-orang yang rugi.

UMAT Islam di Malaysia kita kini sedang mengimani, menganuti dan mengamalkan AGAMA MANUSIA, iaitu agama demokrasi yang syirik dan kufur, di samping itu kita juga sebenarnya sedang mengimani, menganuti dan mengamalkan agama Islam kita yang rosak dan sesat daripada Aqidahnya yang sebenar dan asal seperti mana yang diturunkan Allah kepada Rasul-Nya. Agama Islam yang sedang kita amalkan kini adalah agama ISLAM yang BARU ciptaan para Orientalis Barat yang sesat dan batil. Ianya adalah cetusan daripada gerakan REFORMASI ISLAM di Mesir ciptaan British dan kaum Orientalis Barat yang memusuhi dan membenci Islam dan kaum Muslim. Islam Modenis adalah diajar dan dikembangkan ke seluruh dunia oleh Jmalauddin al-Afghani, Muhammad Abduh, Rashid Redha, Hassan al-Banna serta seluruh pemikir Islam yang lain yang terkemuka yang kesemuanya itu adalah dididik dan diajar oleh British dan kaum Yahudi.

Agama Islam yang kita imani, anuti dan amalkan kini adalah agama yang sesat, batil dan rosak dari segi Aqidah dan Pemikirannya kerana ia mengeluarkan PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG ALLAH daripada sistem kehidupan manusia. Ianya adalah satu agama yang terhad kepada ucapan dua kalimah syahadah, kepercayaan kepada Rukun Iman dan Rukun Islam setakat di bibir dan di hati sahaja tanpa mengamalkannya dalam kehidupan kita hari-hari, ianya adalah agama yang terhad setakat solat, puasa, zakat dan haji tanpa mengamalkan sistem politik, kerajaan dan pemerintahan daripada Allah dan tanpa mengamalkan segala peraturan dan undang-undang daripada Allah dalam seluruh bidang kehidupan manusia yang meliputi bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa. Sebaliknya agama kita memboleh dan membenarkan kita untuk mengamalkan sistem politik manusia dan memboleh serta membenarkan kita untuk menjalankan segala peraturan dan undang-undang manusia, dan agama kita memboleh dan menghalalkan amalan segala peraturan dan undang-undang manusia ini serta agama kita menyetujui dan meredhainya. Agama Islam kita kini tidak berpegang kepada konsep bahawa PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG itu adalah agama, sebaliknya agama kita berpegang kepada kepercayaan bahawa peraturan dan undang-undang tidak ada kena mengena dengan agama, dan justeru kita telah membuangkan segala peraturan dan undang-undang Allah daripada sistem kehidupan kita. Agama Islam yang sedang kita imani, anuti dan amalkan seperti ini bukanlah agama yang sebenar daripada Allah, ianya adalah jelas dan terang agama yang batil, dan ianya adalah jelas dan terang agama yang syirik dan kufur di sisi ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

Namun kita semua sebagai para penganut setia kepada agama kita mengakui dan mempercayai bahawa agama Islam kita seperti ini adalah agama yang benar daripada Allah, kita meyakini dan mempercayai bahawa kita ini adalah tetap orang-orang Islam yang sebenar kerana kita adalah berasal daripada ibu bapa dan seluruh keturunan kita yang beragama Islam, kita mengucap dua kalimah syahadah, kita berpegang kepada Rukun Iman dan Rukun Islam serta kita adalah orang-orang Islam yang lebai dan warak yang tekun melakukan solat, puasa, haji dan ibadat ritual yang lain kepada Allah. Pengakuan kita seperti ini tidak diterima oleh Allah kerana kita menolak dan mengingkari Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah Laailaahillallah apabila kita mempercayai bahawa peraturan dan undang-undang itu bukanlah agama dan apabila kita membuangkan segala peraturan dan undang-undang Allah itu daripada sistem kehidupan kita, sebaliknya kita menggantikannya dengan peraturan dan undang-undang manusia yang selain daripada Allah yang kita praktikkanya dalam sistem kehidupan kita.

Agama Islam yang sedang kita imani, anuti dan amalkan kini adalah agama yang syirik dan kufur kerana ia memboleh dan menghalalkan amalan politik manusia dengan segala peraturan dan undang-undang manusia sedangkan politik manusia dan undang-undang manusia ini adalah didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang menolak dan mengingkari Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkannya (politik manusia) daripada agama Allah. Agama Islam kita kini adalah bersesuaian dengan seluruh sistem politik dan pemerintahan yang wujud di dunia, ianya adalah bersesuaian dengan sistem politik demokrasi, dan bersesuian juga dengan sistem politik Monarki Arab Saudi. Agama kita seperti mana yang kita sedang amalkan kini menghalal dan membolehkan amalan sistem politik demokrasi atau mana-mana sistem politik manusia sekalipun. Padahal sistem politik demokrasi dan seluruh sistem politik manusia adalah didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang berkontradiksi dengan aktif dan total dengan Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Ini bererti agama Islam yang kita sedang anuti dan amalkan kini adalah agama yang membolehkan amalan fahaman Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis, agama yang membolehkan amalan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia dalam politik, kerajaan dan undang-undang yang sekali gus bererti agama kita sedang aktif menolak dan mengingkari Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Agama Islam seperti ini bukanlah agama daripada Allah.

Kerajaan demokrasi Malaysia kita ini dan seluruh kerajaan manusia yang didirikan di atas konsep Uluhiyah dan Rububiyah Manusia seperti ini adalah kerajaan yang syirik dan kufur. Para pemerintah yang berkuasa, berdaulat dan memerintah di dalam sesebuah negara umat Islam yang mengamalkan agama Islam seperti yang wujud dan diamalkan di kalangan kita kini adalah Tuhan-tuhan Manusia yang memerintah manusia bagi pihak segolongan manusia, mereka itu adalah Tuhan-tuhan Manusia yang mengabdikan manusia kepada kekuasaan manusia, dan mereka itu adalah Tuhan-tuhan Manusia yang disembah oleh manusia. Sudah semestinya para pemerintah kita seperti ini yang berlagak sebagai Tuhan-tuhan Manusia ini adalah orang-orang yang kafir, zalim dan fasik di sisi Allah swt. Begitulah juga kedudukan seluruh umat Islam kita ini, mereka itu adalah golongan yang diperintah, iaitu mereka itu adalah orang-orang yang menjadi para hamba kepada Tuhan-tuhan Manusia, mereka mengabdikan diri mereka kepada Tuhan-tuhan Manusia serta mereka menyembah para pemerintah mereka ini sebagai Tuhan-tuhan mereka, mereka bersetuju dan meredhai Tuhan-tuhan Manusia ini. Kesemuanya ini - kerajaan yang memerintah, para pemimpin yang sedang berkuasa dan memerintah, dan rakyat yang diperintah - adalah disifatkan oleh Allah sebagai orang-orang yang terlibat dalam melakukan kesyirikan dan kukufuran terhadap Allah kerana kesemua mereka itu mengimani, menganuti dan mengamalkan agama Islam kita yang sesat, batil dan rosak seperti mana yang sedang kita imani, anuti dan amalkan sekarang ini dalam kehidupan kita hari-hari yang kita warisi daripada nenek moyang kita.

Agama Islam yang sedang kita imani, anuti dan amalkan kini adalah agama yang sesat, rosak dan batil, agama Islam kita ini adalah agama ISLAM MODENIS ciptaan kaum Orientalis yang dikembang oleh Abduh dan para ulama kita, dan ianya kini sedang diamalkan dengan meluas sekali oleh seluruh massa umat Islam kita di Malaysia kita ini dan di seluruh bumi umat Islam di dunia ini amnya. Umat Islam kita kini sedang mengimani, menganuti dan mengamalkan agama kita dalam bentuknya yang baru ciptaan kaum Yahudi kerana kita tidak memahami mengenai pengertian-pengertian Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan Agama Allah :

1.  Kita berpegang kepada kefahaman bahawa Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti Allah itu satu dan tidak lebih daripada satu – itu sahaja, dan kita tidak menyedari bahawa Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ itu bererti politik, kerajaan, pemerintahan, negara, undang-undang dan sistem kehidupan itu adalah daripada Allah, dan kita tidak menyedari bahawa Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ itu bererti penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang aktif dan total terhadap politik, kerajaan, pemerintahan, negara, undang-undang dan sistem kehidupan daripada manusia yang selain daripada Allah;

2. Kita tidak memahami mengenai pengertian-pengertian Uluhiyah dan Rububiyah Allah serta Nafi dan Isbat yang bererti kita tidak memahami mengenai erti Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan justeru kita tidak beriman kepadanya yang bererti kita tidak berada di dalam agama Allah ataupun selama ini kita semamangnya tidak pernah berada di dalam agama Allah;

3. Kita tidak memahami mengenai pengertian-pengertian Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang bererti kita tidak memahami mengenai Aqidah Kufur;

4.  Kita tidak memahami mengenai pengertian agama, kita tidak memahami bahawa peraturan dan undang-undang itu adalah agama, kita tidak memahami bahawa peraturan dan undang-undang Allah adalah agama Allah, dan kita juga tidak memahami bahawa peraturan dan undang-undang demokrasi adalah agama demokrasi yang syirik dan kufur;

5.  Kita tidak memahami bahawa perbuatan kita yang tidak menjalankan peraturan dan undang-undang Allah dalam bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa mempunyai pengertian bahawa kita telah merosakkan pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan kita telah mengeluarkan diri kita daripada agama Allah;

6.  Kita tidak memahami bahawa membuat, menjalan dan menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia dalam seluruh bidang kehidupan manusia yang meliputi bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa, kemudian kita  mentaati dan mematuhinya, serta kita menyetujui dan meredhainya, ianya mempunyai pengertian bahawa kita telah mengimani, menganuti dan mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur, serta kita juga  telah mengeluarkan diri kita daripada agama Allah;

7.  Kita tidak memahami mengenai apakah Aqidah Islam dan apakah pula Aqidah kufur, dan justeru kita tidak dapat mengenali dan membezakan di antara Aqidah Islam dengan Aqidah Kufur, dan apabila kita terlibat dalam melakukan kesyirikan dan kekufuran kerana kita mengamalkan sistem politik politik demokrasi, kita tidak dapat mengeluarkan diri kita daripadanya, malah yang sebenarnya kita sememangnya tidak ada keinginan untuk keluar daripadanya kerana kita menyangkakan bahawa kita ini adalah orang-orang yang sedang berada dalam Aqidah kita yang sempurna dan sebenar daripada Allah;

8.  Kita tidak memahami bahawa memilih ahli-ahli Parlimen dan Dun melalui sesuatu pilihanraya ianya mempunyai pengertian bahawa kita telah melantik mereka ini sebagai Tuhan-tuhan kita yang berkuasa dan berdaulat ke atas kita – perbuatan kita seperti ini telah merosakkan pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan kita telah terkeluar daripada agama Allah;

9.  Kita tidak memahami bahawa kita yang berada di bawah kuat kuasa peraturan dan undang-undang demokrasi mempunyai pengertian bahawa kita telah menjadi para HAMBA kepada Tuhan-tuhan Manusia yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun dan justeru kita tidak menjadi para HAMBA kepada Allah dan itu juga bererti bahawa kita telah merosakkan pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan kita telah mengeluarkan diri kita daripada agama Allah;

10. Kita tidak memahami bahawa kita yang mengamalkan sistem politik demokrasi dengan mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia ianya mempunyai pengertian bahawa kita telah MENYEMBAH Tuhan-tuhan Manusia yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun, kita telah merosakkan pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan kita telah mengeluarkan diri kita daripada agama Allah;  

11. Kita tidak memahami bahawa perbuatan kita yang tidak menjalankan peraturan dan undang-undang Allah serta kita tidak mengingini, menyetujui dan meredhainya ianya mempunyai pengertian bahawa kita telah melakukan Kufur Nafi yang merosakkan pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan kita telah mengeluarkan diri kita daripada agama Allah ;

12. Kita tidak memahami bahawa mengiktiraf, menyetujui dan meredhai peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah ianya mempunyai pengertian bahawa kita telah melakukan Kufur Isbat yang merosakkan pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan kita telah mengeluarkan diri kita daripada agama Allah;

13. Kita tidak memahami bahawa sikap dan perbuatan kita yang tidak menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap agama demokrasi dan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini ianya mempunyai pengertian bahawa kita tidak mengamalkan konsep Nafi dan Isbat dalam kehidupan kita dan oleh itu kita telah merosakkan pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan kita daripada agama Allah;

14. Kita tidak memahami bahawa sikap kita yang “neutral” dan berkecuali terhadap agama demokrasi dan sistem politik demokrasi, ianya mempunyai pengertian bahawa kita tidak mengamalkan konsep Nafi dan Isbat dalam kehidupan kita yang oleh itu kita telah merosakkan pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan kita telah mengeluarkan diri kita daripada agama Allah;

15. Kita tidak memahami bahawa kesempurnaan keimanan kita kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ adalah dengan menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap agama demokrasi dan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini dan dengan mengingini dan menghendaki agar segala peraturan dan undang-undang Allah itu ditegakkan di bumi kita ini;

16.Kita tidak memahami bahawa Allah memerintahkan kita supaya kita menyerang, memerangi dan melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi terhadap kerajaan demokrasi kita yang syirik dan kufur ini sehingga ianya mengelami kejatuhan dan kehancuran untuk kemudiannya digantikan dengan sebuah kerajaan Allah;

17. Kita tidak memahami bahawa Allah memerintahkan kita supaya Jihad, Perang dan Revolusi dilancarkan dalam bentuknya yang OFENSIF ke atas kerajaan demokrasi kita yang syirik dan kufur ini, iaitu tanpa terlebih dahulu kita ini diperangi, dizalimi dan disakiti oleh mereka itu (kerajaan demokrasi);

18.Kita tidak memahami bahawa sikap dan perbuatan kita yang menghukumkan bahawa agama demokrasi dan sistem politik demokrasi kita ini adalah serasi dengan Islam dan kita membolehkan amalannya, ianya adalah perbuatan yang mengIslamkan sesuatu agama yang syirik dan kufur serta kita membolehkan amalan sesuatu agama yang syirik dan kufur – ini adalah sikap dan perbuatan kita yang syirik dan kufur terhadap Allah dan yang mengeluarkan kita daripada agama Allah.

Inilah agama Islam kita yang sedang kita imani, anuti dan amalkan sekarang ini, iaitu ianya adalah agama yang sesat dan batil kerana AQIDAHnya dan segala pemikiran dan dasar umumnya adalah jauh berbeza dan berkonflik dengan agama Islam kita yang asal dan sebenar seperti mana yang diturunkan Allah kepada Rasulullah saw (lihat Bab 8). Seluruh massa umat Islam kita kini sedang berada dalam kesyirikan dan kekufuran kerana kita tidak memahami mengenai erti ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan sistem kehidupan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan seluruh kehidupan kita kini adalah kehidupan yang tidak mengimani, menganuti dan mengamalkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan kita daripada agama Allah.

Firman Allah : al-Anbia 24 
Apakah mereka memilih Tuhan-tuhan selain Allah? Katakanlah : Bawalah dalil-dalil kamu. Kitab ini menyebut cerita orang-orang yang semasa denganku di samping menyebut cerita para Rasul sebelumku. Malah  kebanyakan mereka tidak mengetahui Aqidah yang benar, maka kerana itu mereka berpaling daripada-Nya.    

Umat Islam kita kini telah memilih manusia sebagai Tuhan-tuhan kita kerana kita telah menjadi orang-orang yang bodoh dan jahil mengenai AQIDAH kita, kita tidak memahami mengenai Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia, kita tidak memahami mengenai kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan seluruh kita ini adalah layak untuk disifatkan Allah swt sebagai telah berpaling daripada Allah dan daripada agama Allah. Inilah kedudukan umat Islam kita yang sebenarnya di sisi Allah swt baik di dalam negara Malaysia kita ini mahupun umat Islam di seluruh dunia kita pada hari ini. Namun, kita tetap yakin bahawa kita adalah orang-orang Islam kerana kita adalah daripada keturunan Islam yang kononnya kita tetap berpegang teguh kepada Aqidah Tauhid dan kononnya yang sentiasa inginkan Islam yang hanya menyembah Allah sahaja dan tiada yang selain daripada-Nya. Kita tidak menyedari bahawa niat kita yang baik dan ikhlas untuk hanya beriman kepada Allah dan menyembah Allah sahaja adalah dibatalkan oleh amalan dan perbuatan kita yang syirik dan kufur kerana kita tidak memahami mengenai pengertian kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang justeru kita mengamal dan menghalalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur.

Ahli-ahli Parlimen dan DUN serta Raja-Raja Melayu kita telah menjadi orang-orang kafir kerana :

1.  Mereka adalah Tuhan-tuhan Manusia atau Taghut yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia;

2.  Mereka adalah Tuhan-tuhan Manusia yang membuat dan menjalankan peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia;

3.  Mereka adalah Tuhan-tuhan Manusia yang mengabdikan manusia kepada kuasa manusia;

4.     Mereka adalah Tuhan-tuhan Manusia yang mempersekutukan Allah;

5.   Mereka adalah Tuhan-tuhan Manusia yang disembah oleh manusia sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah. 

Seluruh mereka ini adalah orang-orang kafir kerana Perlembagaan Malaysia (artikel-artikel 43, 44 dan 161) telah melantik mereka sebagai Tuhan-tuhan Manusia yang berkuasa dan berdaulat untuk membuat peraturan dan undang-undang untuk manusia dan mereka ini adalah di sembah oleh manusia sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah oleh manusia. Dalam pada itu, seluruh umat Islam di Malaysia kita ini juga telah menjadi orang-orang kafir kerana agama kita yang sedang kita imani, anuti dan amalkan sekarang ini adalah agama ISLAM MODENIS ciptaan kaum Yahudi yang syirik dan kufur. Ini adalah agama Abduh dan Rashid Redha ajaran kaum Yahudi. Ini adalah agama anutan Jakim, Yadim dan Ikim, dan ini adalah agama yang diajar di seluruh unversiti di Malaysia kita ini. Ini adalah Islam yang diimani, dianuti dan diamalkan oleh PAS dan UMNO yang sama-sama membolehkan amalan sistem politik demokrasi dan yang sama-sama melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun mereka sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia, Tuhan-tuhan yang membuat peraturan dan undang-undang, Tuhan-tuhan yang menguat kuasakan segala peraturan dan undang-undang manusia ini ke atas manusia, Tuhan-tuhan yang mengabdikan manusia kepada kekuasaan manusia, Tuhan-tuhan yang disembah oleh manusia dan Tuhan-tuhan yang mempersekutukan Allah. Ini adalah kesyirikan dan kekufuran yang jelas, terang dan tanpa ragu-ragu lagi – PAS dan UMNO adalah kedua-duanya melakukan kesyirikan dan kekufuran terhadap Allah kerana mereka mengamalkan sistem politik demokrasi serta mereka menyetujui, meredhai dan membolehkan amalan mereka itu!

Kita sudahpun berada dalam kesyirikan dan kekufuran berkurun-kurun lamanya sehinggalah ke hari ini kerana kita mengamalkan sistem politik dan undang-undang ciptaan manusia yang tidak datang daripada Allah. Kita langsung tidak menyedari bahawa kita sebenarnya sedang berada dalam kesyirikan dan kekufuran yang mengeluarkan kita daripada agama Allah bagi satu jangka masa yang lama dan panjang yang bermula sejak kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada zaman pemerintahan Raja-Raja Melayu dahulu lagi sehinggalah kepada zaman penjajahan Barat dan menjangkau ke zaman pasca merdeka Malaysia kini! Kesemuanya ini adalah kerenah, tipudaya dan kejahatan yang dirancang, diatur dan dioperasikan dengan halus, teratur, strategis dan berkordinasi oleh kaum Ahlil Kitab yang bertujuan supaya kita menjadi kafir seperti mereka, dan sekiranya kita tidak ikut mereka dan kita tidak menjadi kafir seperti mereka, mereka akan mensabotaj dan menghancurkan kita dengan segala pengeliruan dan tipudaya mereka serta dengan penindasan dan penghamba abdian secara langsung ke atas kita melalui segala kekuatan politik, ekonomi dan militeri yang ada pada mereka yang membolehkan mereka untuk bertindak dengan amat jahat, ganas dan zalim ke atas kita.

Kesan-kesan Negatif Daripada Anutan dan Amalan Agama Islam Modenis Terhadap Umat Islam :

1.  Umat Islam mengalami kerosakan dalam pegangan dan amalan mereka akan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan mereka daripada agama Allah kerana mereka menyerahkan hak Uluhiyah dan Rububiyah kepada manusia yang menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ;

2.  Umat Islam berada dalam situasi pengabdian manusia kepada sesama manusia yang menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap konsep pengabdian manusia kepada Allah sahaja, iaitu terhadap Rububiyah Allah, dan situasi ini telah mengakibatkan kesyirikan dan kekufuran kepada diri mereka sendiri;

3. Umat Islam kita mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang manusia yang bererti mereka menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap Uluhiyah Allah, mereka menyembah manusia dan tidak menyembah Allah yang mengakibatkan kesyirikan dan kekufuran kepada diri mereka sendiri;

4. Umat Islam berada di bawah kekuasaan dan penjajahan Jahiliyah – mereka memberi Wala’ kepada manusia dan tidak kepada Allah;

5.  Umat Islam berada di dalam kemunduran dan kemiskinan serta dieksploitasi dan dimanipulasikan;

6.  Umat Islam menjadi pak turut kepada Barat dari segi pemikiran, pendidikan, politik, kebudayaan dan keperibadian;

7. Umat Islam dihinggapi penyakit “inferiority complex” yang sentiasa tunduk dan mengampu “superiority” kuasa-kuasa kufur Barat;

8.  Umat Islam tidak memainkan peranan yang utama dalam perkembangan politik dan ekonomi di dunia;

9.  Umat Islam berpecah belah sesama sendiri yang mengikut arus perkembangan politik dunia yang dicarta dan ditentukan oleh kuasa-kuasa kufur Barat;

10. Umat Islam tidak bersatu padu sesama Islam di atas dasar Aqidah dan pemikiran Islam, tetapi mereka berpegang kepada ideologi sekularisme dan nasionalisme serta segala pemikiran Barat;

Umat Islam kita di Malaysia ini telah terkeluar daripada beriman dengan agama Allah dan mereka sebenarnya sudah berada di dalam agama Jahiliyah kerana mereka telah merosakkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dengan cara mereka menyerahkan kuasa untuk memerintah negara dan membuat undang-undang kepada manusia, kemudian mereka mentaati dan mematuhi kerajaan manusia ini berserta dengan segala peraturan dan undang-undangnya. Mereka telah terkeluar daripada agama Allah kerena perbuatan mereka seperti ini bererti mereka telah menyerah Uluhiyah dan Rububiyah kepada manusia yang sekali gus bererti mereka menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

Firman Allah : an--Nisa 13, 14 
Itulah batas-batas hukum Allah dan sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya nescaya Allah masukkannya ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan mereka hidup kekal abadi di dalamnya dan itulah kejayaan yang amat besar.

Dan sesiap yang menderhakai Allah dan Rasul-Nya dan melanggar batas-batas hukum-Nya yang telah ditentukan-Nya nescaya Allah masukkannya ke dalam neraka dan kekal hidup abadi di dalamnya, dan ia mendapat azab yang menghinakan.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – Nisa) :
Yang menjadi persoalan dalam agama Islam, malah dalam seluruh agama Allah sejak Allah mengutuskan para Rasul-Nya daripada permulaan sejarah manusia ialah siapakah yang memiliki hak Uluhiyah di bumi ini? Dan siapakah yang memiliki hak Rububiyah terhadap manusia?

Daripada jawapan terhadap dua pernyataan inilah lahirnya hakikat segala sesuatu dalam poerjalanan agama Islam ini dan dalam urusan manusia seluruhnya.

Siapakah yang memiliki hak Uluhiyah di bumi ini? Siapakah yang memiliki hak Rububiyah? Uluhiyah dan Rububiyah adalah milik Allah Yang Maha Esa sahaja dan tiada siapa daripada makhluk-Nya yang menjadi sekutu-Nya. Itulah keimanan, itulah Islam dan itulah agama yang sebenar.

Andainya dikatakan Uluhiyah dan Rububiyah itu milik bagi Allah serta sekutu-sekutu-Nya daripada makhluk-Nya atau milik bagi sekutu-sekutu daripada makhluk tanpa Allah, maka itulah kesyirikan dan kekafiran yang jelas .

Jika Uluhiyah dan Rububiyah itu dipercayai milik Allah Yang Maha Esa sahaja maka itulah sifat keagamaan daripada para hamba kepada Allah Yang Maha Esa, itulah Ubudiyah daripada manusia kepada Allah Yang Maha Esa sahaja, itulah ketaatan daripada manusia kepada Allah Yang Maha Esa sahaja dan itulah kepatuhan kepada sistem hidup Allah Yang Maha Esa sahaja tanpa sebarang sekutu. Allah sahaja yang berhak memilih sistem hidup yang tertentu bagi manusia. Dialah sahaja yang berhak mengaturkan undang-undang bagi mereka. Dialah sahaja yang berhak menetapkan neraca-neraca ukuran, nilai-nilai, peraturan-peraturan hidup dan sistem-sistem masyarakat bagi manusia. Tiada siapa yang lain daripada Allah samada berupa individu-individu atau kelompok-kelompok mempunyai sesuatu daripada hak yang seperti ini kecuali dengan berlandaskan syariat Allah, kerana hak ini merupakan kehendak yang wajib bagi Uluhiyah dan Rububiyah, juga merupakan gejalanya yang nyata dan yang menentukan cirri-cirinya yang khusus.

Adapun jika Uluhiyah dan Rububiyah itu dipercayai milik kepada mana-mana makhluk Allah samada secara berkongsi dengan Allah atau bersendirian tanpa Allah, maka itulah sifat keagamaan daripada hamba kepada yang lain daripada Allah, itulah Ubudiyah daripada manusia kepada yang lain daripada Allah, itulah ketaatan manusia kepada yang lain daripada Allah, iaitu ketaatan dalam bentuk mengikut dan mematuhi sistem-sistem, peraturan-peraturan, undang-undang, nilai-nilai dan neraca-neraca ukuran yang digariskan oleh manusia tanpa berlandaskan kitab Allah dan kuatkuasa-Nya malah berlandaskan sandaran-sandaran yang lain yang menjadi sumber kuasa yang diambil oleh mereka. Oleh sebab itu di sini tidak ada agama, tidak ada iman dan tidak Islam, malah yang ada ialah kesyirikan, kekafiran, kefasikan dan penderhakaan.

Inilah keseluruhan persoalan dan hakikatnya. Oleh sebab itu perlanggaran terhadap batas-batas hukum-hukum Allah adalah dikira sama sahaja samada melanggar satu undang-undang atau melanggar semua undang-undang, kerana persoalan itu satu sahaja, iaitu persoalan agama mengikut pengertian tadi dan seluruh undang-undang syariat itu adalah agama belaka. Yang dikira di sini ialah dasar yang dipegang manusia. Adakah dasar itu membulatkan Uluhiyah dan Rububiyah dengan segala cirri-cirinya kepada Allah Yang Maha Esa atau mempersekutukan-Nya dengan seseorang yang lain daripada makhlauk-Nya walaupun mereka mendakwa menganut agama Islam dan walaupun lidah mereka mengaku sebagai orang-orang Islam.

Kita kini mengimani, menganuti dan mengamalkan agama ISLAM MODENIS yang syirik dan kufur dan kita tidak lagi mengimani dan menganuti agama Islam yang asal dan sebenar seperti mana yang mula-mula diturunkan kepada Rasulullah saw dan yang kini terkandung di dalam al-Quran dan Hadis. Ini adalah kerana agama Islam yang sedang kita imani, anuti dan amalkan kini mengajar dan menyuruh kita supaya; pertama, menyerahkan Uluhiyah dan Rububiyah milik Allah, kepada manusia; kedua, agama kita ini juga mengajar dan menyuruh kita supaya kita mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang manusia  – kedua-duanya ini memasukkan kita ke dalam agama Jahiliyah dan mengeluarkan kita daripada agama Islam yang sebenar.

Seluruh umat Islam di Malaysia dan di dunia ini amnya, adalah disesat dan dipesongkan oleh para ulama dan intelek Islam kita sendiri, dan mereka bertindak dan beroperasi sebagai agen-agen dan boneka-boneka kepada musuh-musuh Islam sehingga mereka sanggup mendakwa bahawa demokrasi ini adalah Islam dan justeru dengan senang hati dan redha sahaja mereka mengamal, mentaati dan tunduk kepada kerajaan demokrasi kita ini serta mereka menghalalkan amalannya, padahal segala pandangan dan perbuatan mereka seperti ini adalah satu pengingkaran dan pengkufuran yang aktif dan total terhadap Allah s.w.t. Penyebaran aqidah yang sesat dan rosak ini merupakan sebahagian daripada program-program tindakan dalam satu KOMPLOT AGUNG kuasa-kuasa kufur Barat dalam membenteras dan membantutkan kebangkitan kembali massa umat Islam kita agar kita tidak berkemampuan untuk wujud sebagai satu ummah yang kuat, utuh, berdikari dan yang akan sepenuhnya berkuasa di atas muka bumi ini pada suatu hari nanti bersesuaian dengan tugas dan tanggungjawab kita sebagai Khalifah Allah di bumi.

Peranan yang penting dalam memesong dan menyesatkan Aqidah dan Pemikiran Islam massa umat Islam kita telah diserahkan oleh musuh-musuh Islam kepada para ulama dan intelek Islam kita sendiri (Muhammad Abdul Wahab, Afghani, Abduh, Rashid Rida, Hassan al-Banna) yang telah dioperasikan oleh mereka ini dengan penuh kejayaan, dan ianya bermula daripada Timur Tengah (Universiti al-Azhar) dan kemudiannya tersebar dan menjalar ke seluruh pelosok bumi umat Islam termasuk Malaysia sejak lebih daripada dua ratus tahun yang lalu, dan proses memesong dan menyesatkan massa umat Islam kita ini terus beroperasi dengan aktif dan berlarutan sehinggalah ke hari ini. Penerbitan buku ‘Fiqah Daulah’ tulisan Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi yang mengIslamkan demokrasi dan proses politik demokrasi serta yang membolehkan amalan sistem politik demokrasi adalah salah satu daripada usaha-usaha yang sedar dan terancang ke arah memesong dan menyesatan Aqidah dan Pemikiran massa umat Islam kita.

Para ulama dan intelek Islam modenis telah disesatkan dengan terancang, bijak dan halus oleh Ahlil Kitab. Pemikiran mereka telah DIPROGRAMKAN melalui sistem pendidikan agama Islam daripada iinstitusi-institusi pengajian tinggi agama untuk menerima kesesatan demokrasi dan fahaman Islam Modenis sebagai kebenaran daripada Allah dan Rasul-Nya. Mereka taat dan berpegang teguh dengan membuta tuli kepada segala ajaran sesat yang telah DIPROGRAMKAN ke dalam sistem pemikiran mereka semasa mereka belajar di universiti-universiti mereka dahulu – mata, telinga, pemikiran dan hati mereka telah dikunci mati daripada menerima sebarang kebenaran; justeru, mereka mempunyai sikap, keperibadian dan tabii-tabii seperti berikut :

1.  Pemikiran mereka telah diprogramkan untuk menerima demokrasi sebagai satu kebenaran mengikut pengertian Islam ;

2.  Mereka menyangka bahawa agama Islam seperti mana yang dianuti dan diamalkan kini sebagai Islam yang sebenar seperti yang mula-mula diturunkan Allah kepada Rasul-Nya, dan bukan Islam Modenis yang sesat dan rosak;

3.  Pemikiran mereka boleh memahami mengenai kesyirikan dan kekufuran demokrasi dan kerosakan Islam Modenis dari segi Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah, tetapi HATI mereka tidak boleh menerima kesyirikan dan kekufuran kedua-duanya itu;

4.   Mereka tidak selesa apabila dikatakan bahawa demokrasi, amalan demokrasi dan Islam Modenis itu adalah kesemuanya berbentuk syirik dan kufur, dan mereka tidak selesa untuk berbincang dan berhujjah mengenai kesyirikan dan kekufuran demokrasi serta kesyirikan dan kekufuran Islam Modenis – ini bermakna bahawa mereka cenderung kepada jalan yang bengkok dan benci kepada kebenaran;

5.   Aspek yang paling menyayatkan hati sekali ialah sikap dan perbuatan mereka yang bersedia dan begitu cenderung untuk menghalalkan demokrasi dan menghalalkan amalan politik demokrasi padahal mereka memahaminya, di sisi Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah, sebagai sesuatu yang syirik dan kufur - di manakah terletaknya Islam di sisi mereka?

6.   Namun begitu, sebahagian daripada para Ulama dan Intelek Islam kita sebenarnya tidak memahami mengenai kesyirikan dan kekufuran demokrasi, amalan politik demokrasi dan Islam Modenis, dan mereka beranggapan bahawa mereka mempunyai kefahaman agama yang mantap dan mencukupi, oleh itu tidak perlu bagi mereka untuk belajar atau diajar, dan mereka terus sahaja berpegang dengan penuh keyakinan kepada pandangan bahawa demokrasi dan amalan politik demokrasi adalah bersesuaian dengan Islam;

7.  Mereka selesa untuk berada dan kekal di dalam kesesatan politik demokrasi dan amalan Islam Modenis;

8.   Mereka tidak mahu berubah pendirian mereka dan mereka terus mempertahankan amalan politik demokrasi dan fahaman Islam Modenis padahal sebahagian daripada mereka mengetahui bahawa ianya adalah syirik dan kufur;

9.  Mereka tidak mempunyai minda yang terbuka dan mereka tidak bersedia untuk mengkaji dan mengetahui perkara yang sebenar dalam Islam, dan justeru mereka beranggapan bahawa demokrasi dan Islam yang ada kini adalah fahaman-fahaman yang benar di sisi ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ;

10. Mereka bersetuju bahawa Islam adalah satu agama yang mengagungkan ilmu dan perkembangan ilmu, dan Islam amat menggalakan keterbukaan minda, sikap yang progresif yang berkehendakkan kepada kemajuan, dan mereka bersetuju bahawa Islam memandang berat mengenai kejumudan dan kebekuan minda, tetapi mereka sama sekali menutup minda mereka kepada isu-isu kekufuran demokrasi dan kekufuran dalam mengamalkan politik demokrasi dan mereka sedikitpun tidak inginkan kepada sebarang pengetahuan dan ilmu mengenai demokrasi dan Islam Modenis, sedangkan isu-isu seperti ini adalah isu-isu yang Maha Penting dalam Islam kerana ianya melibatkan kerosakan kepada Aqidah Islam;

11. Mereka melihat kesesatan demokrasi dan Islam Modenis itu sebagai baik, indah, bijak dan progresif;

12.Mereka menggunakan hujjah-hujjah yang batil untuk mempertahankan demokrasi dan Islam Modenis yang batil –  ini bermakna bahawa mereka melenyapkan kebenaran dengan kebatilan;

13. Mereka mempunyai sikap dan mentaliti yang sengaja meredhai dan menginginkan kepada kesesatan demokrasi dan Islam Modenis tanpa memerlukan kepada sebarang paksaan dan ugutan atau motivasi dan upahan daripada mana-mana pihak;

14.Mereka tidak bersedia untuk berfikir dengan bebas, terbuka dan rasional, serta segala peringatan dan ancaman al-Quran tidak mempunyai sebarang kesan kepada hati nurani mereka;

15.Pemikiran, pendengaran dan penglihatan mereka telah terkunci mati dan hati mereka menjadi keras seperti batu kerana sudah biasa dan selesa menganuti, mengamal dan mempertahankan kebatilan demokrasi dan Islam Modenis yang dilihat oleh mereka sebagai sesuatu yang benar, baik  dan makruf;

16. Mereka membeli kesesatan demokrasi dan Islam Modenis dengan menukarkannya dengan kebenaran Islam – mereka berada dalam kesesatan kerana sememangnya mereka inginkan kesesatan serta mereka sengaja tidak mencari hidayat Allah;

17.Mereka terus sahaja menyebar dan mengembangkan kebatilan fahaman Islam Modenis di kalangan massa umat Islam – ini bermakna bahawa bukan sahaja mereka telah sesat, tetapi mereka juga inginkan orang-orang lain juga menjadi sesat;

18. Mereka tidak menyedari bahawa mereka telah mendustakan ayat-ayat al-Quran dan menolak kebenaran Islam.

Para ulama dan intelek Islam kita adalah golongan yang paling munafik dan jahat sekali di atas muka bumi kita ini, mereka ini adalah orang-orang yang sama sekali buta yang semata-mata cenderung dan ingin untuk membuta dan menyesatkan seluruh massa umat Islam kita sekelian melalui kegiatan-kegiatan berbagai-bagai agensi agama milik kerajaan dan berbagai-bagai media massa kita sendiri. Di antara para ulama dan intelek Islam kita yang dikategorikan sebagai yang paling munafik dan jahat sekali yang terdapat di dalam negara kita kini adalah terdiri daripada para pegawai Jakim, Yadim, Ikim, para pegawai di seluruh jabatan agama Islam di peringkat negeri-negeri, mufti-mufti dan para pegawai mereka, para pensyarah dan golongan akedemik Islam di universiti-universiti, dan tidak ketinggalan juga para pendakwah bebas.

Para ulama dan intelek Islam kita di Malaysia kita ini mengIslamkan sistem politik demokrasi, mereka membolehkan amalan sistem politik demokrasi, mereka membolehkan penguat kuasaan peraturan dan undang-undang demokrasi ke atas umat manusia, mereka membolehkan ketaatan dan kepatuhan kita kepada peraturan dan undang-undang demokrasi, mereka menghadkan pengertian dan amalan Islam setakat solat, puasa, zakat, haji sahaja, mereka mentiadakan peraturan dan undang-undang Allah dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa dalam kehidupan umat manusia dan mereka juga mentiadakan konsep Jihad, Perang dan Revolusi di dalam kehidupan seseorang pejuang Islam. Kesemuanya ini bererti mereka telah memasukkan kita ke dalam agama demokrasi yang syirik dan kufur, mereka telah memasukkan kita ke dalam agama Islam Modenis yang sesat dan rosak seperti mana yang sedang kita imani, anuti dan amalkan sekarang ini dan mereka telah mengeluarkan kita daripada agama Islam kita yang sebenar daripada Allah dan Rasul-Nya  – mereka ini sebenarnya adalah para ulama dan intelek Islam  yang jahat yang mengajak kita ke neraka!

Inilah kejahatan, ancaman dan gerakan anti-Islam daripada kaum Ahlil Kitab terhadap massa umat Islam kita dengan cara yang amat halus. Mereka aktif beroperasi di dalam negara kita sendiri melalui segala kemudahan jentera pentadbiran kerajaan kita dan media massa kita dalam mensabotajkan kita tanpa disedari oleh kita. Boleh dikatakan bahawa seluruh para ulama dan intelek Islam kita sendiri adalah terlibat dalam memainkan peranan-peranan yang utama dan aktif sebagai agen-agen kepada Ahlil Kitab dalam menyeleweng dan merosakkan agama Islam dan massa umat Islam daripada jalan yang benar. Kewujudan para penyesat Islam yang terdiri daripada para ulama dan intelek Islam kita sendiri yang aktif bergiat dalam menyesatkan massa umat Islam sememangnya dibangkitkan oleh Allah di dalam al-Quran dengan begitu kerap sekali sebagai peringatan-peringatan dan amaran-amaran kepada kita supaya kita sentiasa berhati-hati terhadap musuh-musuh Islam, teristimewanya kaum Ahlil Kitab dan agen-agen mereka yang beroperasi dengan berbagai-bagai cara, taktik dan bentuk dalam usaha dan perjuangan mereka untuk menyesatkan kita daripada jalan yang benar.

Firman Allah al-Anaam 19 

Katakanlah kesaksian siapakah yang lebih besar ? Katakanlah (Kesaksian) Allah. Dialah yang menjadi saksi di antara aku dan kamu, dan al-Quran ini telah diwahyukan kepada aku supaya aku memberi peringatan kepada kamu dan kepada orang yang sampai al-Quran ini kepadanya. Apakah kamu benar mengaku bahawa ada Tuhan-tuhan yang lain di samping Allah ? Katakanlah : AKU sekali-kali tidak mengaku. Katakanlah : Sesungguhnya hanya Dia sahaja Tuhan yang Maha Esa dan sesungguhnya aku berlepas diri daripada segala apa yang kamu persekutukan Allah dengannya .

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Nah! Lihatlah di sini bagai mana Rasulullah saw disampaikan perintah daripada Allah kemudian lihatlah bagai mana beliau menghadapi kaum musyrikin yang mengambil Pelindung-pelindung yang lain daripada Allah dan memberi kepada mereka setengtah-setengah sifat Uluhiyah di samping Allah serta mengajak Rasulullah saw supaya mengiktirafkan kepercayaan mereka ini sebagai syarat untuk mereka menganut agama yang dibawa oleh beliau! Seolah-olah permintaan mereka boleh diterima dan seolah-olah Islam dan syirik boleh berkumpul di dalam sebuah hati dalam bentuk yang difahami oleh mereka, dan bentuk kefahaman ini juga masih difahami oleh setengah-setengah orang di zaman ini, iaitu seseorang itu masih dianggap seorang Muslim walaupun ia menerima peraturan-peraturan dalam urusan-urusan kehidupannya daripada sumber yang lain daripada Allah, walaupun ia tunduk dan patuh kepada yang lain daripada Allah, walaupun ia meminta pertolongan kepada yang lain daripada Allah dan walaupun ia mengambil daripada yang lain daripada Allah sebagai Pelindungnya .

Inilah caranya Rasulullah saw menghadapi kaum musyrikin untuk menjelaskan kepada mereka persimpangan jalan yang memisahkan di antara agamanya dengan agama mereka, di antara kepercayaan Tauhidnya dengan kepercayaan syirik mereka, di antara keIslamannya dengan Jahiliyah mereka dan seterusnya untuk menjelaskan kepada mereka bahawa di sana tidak ada titik pertemuan di antara beliau dengan mereka kecuali mereka sanggup meninggalkan agama mereka dan menganut agamanya. Tidak ada jalan yang lain untuk berdamai di dalam persoalan ini kerana beliau telah terpisah daripada mereka dari permulaan jalan lagi.

Firman Allah : al-Anaam 19 

Apakah kamu benar-benar mengaku bahawa ada Tuhan-Tuhan yang lain di samping Allah?. Katakanlah : “Aku sekali-kali tidak mengaku”. Katakanlah : “Sesungguhnya hanya Dia sahaja Tuhan yang Maha Esa dan sesungguhnya aku berlepas diri dengan segala apa yang kamu persekutukan Allah dengannya.

Tetapi saya ingin membincangkan persoalan yang terkandung di dalam ayat ini, yang dibawa oleh gelombang ini. Persoalan yang dibentangkan oleh al-Quran di dalam ayat-ayat ini ialah persoalan wala’ atau pengambilan Allah sebagai satu-satunya Pelindung dan Penaung atau persoalan Tauhid dan perpisahan daripada kaum musyrikin, iaitu persoalan agama ini sendiri atau persoalan yang menjadi hakikat agung di dalam agama ini, yang sewajarnya bagi kaum Muslimin hari ini berhenti lama –lama di hadapan pelajaran Rabbani ini .

Kaum mukmin pada hari ini sedang menghadapi Jahiliyah di merata pelosok dunia sama seperti Jahiliyah dihadapi oleh kelompok mukmin ketika diturunkan ayat-ayat ini agar dengan panduan ayat-ayat ini mereka dapat menentukan kedudukan mereka dan meneruskan perjalanan mereka . Oleh sebab itulah mereka perlu berhenti lama-lama dihadapan ayat ini supaya dengan bimbingannya mereka dapat menggariskan jalan hidup mereka .

Zaman kembali beredar seperti keadaannya pada ketibaan agama ini dengan umat manusia dan umat manusia kembali semula kepada situasi yang serupa dengan situasi pada hari al-Quran diturunkan kepada Rasulullah saw dan pada hari umat manusia didatangi agama Islam yang ditegakkan di atas tapak asasnya yang agung, iaitu syahadat atau pengakuan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ (Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah) yakni pengakuan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dengan erti kata yang diungkapkan oleh Rab’i ibn Amir yang bertindak selaku utusan panglima kaum Muslimin Farsi apabila panglima ini mengajukan pertanyaan kepadanya : “Apakah yang membawa kamu datang kemari?” Lalu dijawab oleh Rab’i : “Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan sesiapa yang dikehendaki–Nya daripada menyembah kepada sesama manusia kepada menyembah Allah yang Maha Esa , daripada kesempitan hidup dunia kepada keluasan hidup dunia dan akhirat dan daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam.” sedangkan Rab’i tahu bahawa Rustum dan kaumnya tidak menyembah Seri  Maharaja Kisra dengan sifat baginda selaku Tuhan Pencipta alam buana dan tidak pula melakukan uparacara-upacara ibadat biasa kepada Baginda, tetapi apa yang dilakukan mereka hanya menerima undang-undang dan peraturan yang digubalkan oleh Baginda dan dengan konsep inilah mereka dianggap penyembah Baginda. Konsep ini adalah bertentangan dengan Islam dan menolak Islam . Oleh sebab itu Rab’i menerangkan kepada Rustum bahawa Allah telah mengutuskan mereka orang-orang Islam dengan tujuan untuk menyelamatkan manusia daripada undang-undang dan peraturan yang memperhambakan manusia kepada sesama manusia dan memberi cara-cara Uluhiyah kepada sesama manusia, iaitu memberi kuasa Hakimiyah dan kuasa perundangan , kemudian mereka tunduk dan patuh kepada kuasa agama itu . Ia menyeru mereka dengan tujuan untuk menyelamatkan manusia daripada menyembah undang-undang dan peraturan ciptaan manusia kepada menyembah Allah yang Maha Esa dan kepada keadilan undang-undang Islam .

Zaman kembali beredar seperti keadaannya pada hari ketibaan agama ini membawa konsep ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ kepada umat manusia. Kini umat manusia telah kembali semula menyembah sesama manusia. Mereka kembali semula untuk tunduk kepada kezaliman agama dan berpaling daripada AQIDAH ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ walaupun sebahagian mereka masih mengulang-ulangkan seruan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ di atas menara-menara azan tanpa memahami tujuannya dan tanpa mengingatkan tujuannya ketika mereka mengkumandangkannya. Mereka mengulang-ulangkan seruan itu tanpa menolak kuasa Hakimiyah yang didakwa oleh sesetengah-sesetengah orang, sedangkan kuasa ini sama dengan kuasa Uluhiyah , sama ada mereka mendakwa mempunyai kuasa Hakimiyah ini atas nama individu-individu atau atas nama badan-badan perundangan atau atas nama rakyat, kerana individu-individu, badan-badan perundangan dan rakyat bukannya Tuhan-tuhan dan kerana itu mereka tidak mempunyai kuasa Hakimiyah. Tetapi malangnya umat manusia telah kembali semula kepada Jahiliyah. Mereka telah menolak konsep ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan oleh kerana itu mereka telah memberi cara-cara Uluhiyah kepada tokoh-tokoh manusia. Mereka tidak lagi mentauhidkan Allah dan membulatkan wala’ kepada Allah yang Maha Esa sahaja .

Seluruh manusia termasuk mereka yang mengkumandangkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ di atas menara-menara azan di Timur dan di Barat tanpa tujuan dan realitinya akan menanggung dosa dan azab yang amat berat pada hari kiamat, kerana mereka kembali semula menyembah sesama manusia setelah mendapat penjelasan yang terang tentang hidayat Allah dan setelah mereka berada di dalam agama Allah . Oleh itu kaum Muslimin pada hari ini amat perlu berdiri lama –lama di hadapan pengajaran ayat-ayat  yang terang ini .

Mereka amat perlu berdiri di hadapan ayat Wala’ ini :

Firman Allah : al-Anaam 14 

Apakah wajar bagiku mengambil Pelindung yang lain daripada Allah yang menciptakan langit dan bumi , sedangkan Dialah Tuhan yang memberi makan dan tidak berkehendak diberi makan. Katakanlah : “Sesungguhnya aku diperintah supaya aku menjadi orang yang pertama sekali menyerahkan diri kepada Allah dan janganlah sekali-kali engkau termasuk di dalam golongan musyrikin .

agar mereka sedar bahawa perbuatan mengambil yang lain daripada Allah sebagai Pelindung atau sebagai wali dengan erti katanya yang seluas-luasnya, iaitu perbuatan tunduk, patuh dan memohon pertolongan kepada yang lain daripada Allah adalah bertentangan dengan Islam, kerana perbuatan itu merupakan perbuatan syirik, sedangkan tujuan kedatangan Islam ialah untuk mengeluarkan manusia daripada lembah syirik, juga agar mereka sedar bahawa tanda pertama memberi wala’ kepada yang lain daripada Allah ialah menerima kuasa Hakimiyah daripada yang lain daripada Allah , sama ada di dalam hati atau di dalam kehidupan. Inilah perbuatan yang diamalkan oleh seluruh umat manusia tanpa kecuali. Seterusnya agar mereka sedar bahawa mereka pada hari ini seharusnya menegak kembali matlamat perjuangan untuk mengeluarkan manusia daripada amalan menyembah sesama manusia kepada amalan menyembah Allah yang Maha Esa sahaja dan agar mereka sedar bahawa mereka menghadapi Jahiliyah yang sama dengan Jahiliyah yang telah dihadapi oleh Rasulullah saw dan kelompok Muslimin ketika beliau menerima ayat-ayat ini .

Alangkah perlunya mereka  mengenangkan hakikat-hakikat dan perasaan-perasaan yang dicurahkan oleh ayat-ayat yang berikut ke dalam hati yang beriman ketika mereka menghadapi Jahiliyah itu :

Firman Allah : al-Anaam 15, 16, 17,18 

Katakanlah : Sesungguhnya aku takut kepada azab hari yang amat besar jika aku derhaka kepada Tuhanku. 

Sesiapa yang dijauhkan daripada azab pada hari itu, maka sesungguhnya Allah telah mengurniakan rahmat kepadanya dan itulah kejayaan yang amat jelas . 

Jika menimpakan sesuatu bencana ke atas engkau, maka tiada siapa yang dapat menghapuskannyakc Dia, dan jika Allah mengurniakan sesuatu kebajikan kepada engkau, maka Dia adalah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. 

Dan Dialah Penguasa di atas para hamba-Nya dan Dialah Yang Maha Bijaksana dan Maha Mendalam ilmu-Nya.

Alangkah perlunya kepada mereka yang menentang Jahiliyah dengan segala Taghut dan Jabarutnya, dengan keengganan dan kedegilan-kedegilannya, dengan putar belit dan tipu dayanya, dengan kerosakan dan keruntuhannya, dan kepada mereka yang menentang seluruh kejahatan ini agar mereka mengenangkan di dalam hati mereka hakikat-hakikat dan perasaan-perasaan ini , iaitu perasaan takut derhaka kepada Allah dan memberi wala’ kepada yang lain daripada Allah , perasaan takut kepada azab Allah yang ngeri yang menunggu para manusia yang derhaka dan seterusnya perasaan yakin bahawa hanya Allah sahaja yang berkuasa mendatangkan mudharat dan manfaat dan Dialah jua yang berkuasa di atas para hambaNya. Tiada siapa yang boleh menolak dan menegur hukuman dan keputusan-Nya . Mana-mana hati yang tidak mengenangkan hakikat-hakikat dan perasaan-perasaan ini tidak akan berdaya memikul tugas-tugas menegakkan kembali Islam daripada Jahiliyah yang zalim. Itulah tugas-tugas yang amat besar yang tidak sanggup dipikul oleh gunung-gunung.

Kemudian alangkah perlunya kepada kaum Muslimin setelah mereka yakin kepada hakikat tugas-tugas mereka di bumi pada hari ini dan setelah jelas kepada hakikat dakwah yang didakwahkan mereka dan kehendak-kehendaknya, iaitu menumpukan wala’ dengan seluas-luas pengertiannya kepada Allah swt sahaja dan setelah mereka medukung hakikat-hakikat dan perasaan-perasaan ini dalam menjalankan tugas-tugas mereka yang berat itu. Alangkah perlunya kepada mereka – selepas semuanya ini – mengambil pendirian mengumumkan penyaksian, pemutusan pehubungan, perpisahan dan pelepasan diri, daripada perbuatan syirik yang diamalkan oleh manusia yang wujud pada hari ini persis seperti yang telah diamalkan oleh Jahiliyah manusia di zaman purba kala . Alangkah perlunya kepada mereka supaya mereka menjelaskan apa yang disuruhkan oleh Rasulullah saw dan alangkah perlunya kepada mereka untuk melontarkan ke muka Jahiliyah oleh Rasulullah saw yang mulia itu ke muka Jahiliyah (di zamannya) kerana menjunjung perintah Allah Yang Maha Besar :



Firman Allah al-Anaam 19 

Katakanlah kesaksian siapakah yang lebih besar ? Katakanlah (Keaksian) Allah. Dialah yang menjadi saksi di antara aku dan kamu, dan al-Quran ini telah diwahyukan kepada aku supaya aku memberi peringatan kepada kamu dan kepada orang yang sampai al-Quran ini kepadanya. Apakah kamu benar mengaku bahawa ada Tuhan-tuhan yang lain di samping Allah ? Katakanlah : AKU sekali-kali tidak mengaku. Katakanlah : Sesungguhnya hanya Dia sahaja Tuhan yang Maha Esa dan sesungguhnya aku berlepas diri daripada segala apa yang kamu persekutukan Allah dengannya .

Kaum Muslimin di muka bumi ini pasti mengambil pendirian ini terhadap Jahiliyah yang sedang berkembang memenuhi bumi. Mereka pasti bertindak melontarkan kalimah yang benar ke muka Jahiliyah dengan nada yang kuat dan lantang, nada yang memutuskan hubungan dan memisahkan diri, nada yang menimbulkan gegaran yang menakutkan. Kemudian hendaklah mereka bertawajjuh kepada Allah dengan kesedaran bahawa Dialah Yang Maha Kuasa di atas segala sesuatu dan Dialah yang menguasai para hamba-Nya dan seluruh para hamba – termasuk sekelian Taghut yang angkuh – adalah lebih baik daripada seekor lalat. Andainya lalat merampas sesuatu daripada mereka, nescaya mereka tidak berupaya mengambil balik. Taghut itu sebenar tidak berkuasa mendatangkan sesuatu kemudharatan kepada sesiapa pun kecuali dengan izin-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui .

Kaum Muslimin juga pasti yakin bahawa Allah tidak akan menolong mereka dan tidak akan memenuhi janji-Nya untuk memberi kedudukan yang teguh kepada mereka di bumi ini selagi mereka belum berpisah dengan Jahiliyah di persimpangan jalan dan selagi mereka belum mengisytiharkan kalimah yang benar di depan muka Taghut dan mengemukakan penyaksian ini terhadap Jahiliyah , selagi mereka belum sanggup menyampaikan amaran dan mengumumkan peristiharan ini dan selagi mereka belum sanggup melakukan perpisahan dengan Jahiliyah dan mengumumkan pelepasan diri mereka daripada Jahiliyah

Al-Quran bukan datang untuk tujuan menghadapi suatu situasi sejarah malah al-Quran datang sebagai satu sistem hidup yang mutlak dan terkeluar daripada ikatan zaman dan ruang. Ia merupakan satu sistem hidup yang dipegang teguh oleh kelompok Muslimin ketika menghadapi situasi yang sama dengan situasi semasa turunnya al-Quran. Dan umat Muslimin pada hari ini betul –betul berada di dalam situasi yang sama . Zaman telah kembali semula berada seperti keadaan di zaman turun nya al-Quran untuk menegakkan Islam di muka bumi ini . Oleh sebab itu kaum Muslimin perlu melengkapkan diri dengan keyakinannya yang kukuh terhadap agama ini , perasaan yang jelas terhadap kudrat Allah dan kesanggupan yang tegas untuk berpisah dengan kebatilan dan para pendokongnya. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Allahlah yang paling kasihan belas daripada sekelian yang bersifat kasihan.

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa umat Islam kita kini kesemuanya telah kembali kepada zaman Jahiliyah Mekah kerana mereka menyembah manusia di samping menyembah Allah. Mereka menganuti agama Islam di samping mereka juga menganuti agama Jahiliyah dalam erti kata mereka mengucap dua kalimah syahadah dengan tekun melakukan segala solat, puasa dan seluruh syiar ibadat kepada Allah tetapi mereka menjalankan serta mentaati dan meredhai peraturan dan undang-undang Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis dalam kehidupan mereka, iaitu dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa. Ini bererti mereka tidak masuk ke dalam Islam semua sekali tetapi mereka berada dalam separuh Islam dan separuh Jahiliyah - dengan cara seperti ini mereka sebenarnya telah mengeluarkan diri mereka daripada agama Islam, namun mereka masih menganggap diri mereka sebagai Islam. Mereka berada dalam pemikiran, keperibadian dan mentaliti Jahiliyah dan kekal terperangkap di dalamnya.

Umat Islam kita kini sedang terlibat dengan kesyirikan dan kekufuran kerana mereka mengeluarkan Uluhiyah dan Rububiyah Allah serta ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ daripada kehidupan mereka. Umat Islam kita kini berada dalam sistem kehidupan ciptaan manusia yang menjalankan segala peraturan dan undang-undang manusia dan justeru ianya adalah sistem kehidupan yang didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Umat Islam kita kini sebenarnya hidup tanpa ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, mereka mengucap kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ di bibir mereka sahaja sedangkan mereka mengingkarinya dalam kehidupan praktis mereka  - inilah yang dikatakan bahawa mereka telah kembali kepada zaman Jahiliyah serta mereka sedang hidup kekal dalam sistem kehidupan Jahiliyah!

Seseorang Islam itu adalah Islam dan kekal sebagai seorang Islam apabila ia mengamal dan melakukan tiga perkara yang utama dalam kehidupannya yang menjadi SYARAT kepada kesempurnaan pegangan dan amalan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, sebaliknya seseorang itu adalah terkeluar daripada berpegang kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan daripada beriman kepada Allah apabila ia tidak mengamal dan melakukan ketiga-tiga atau salah satu daripada SYARAT-SYARAT ini seperti berikut :

1.  Menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang kepada Allah sahaja yang bererti menyerahkan sifat Rububiyah kepada Allah sahaja dan oleh itu beriman dan berpegang teguh kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ;

2.  Taat dan patuh kepada segala peraturan dan undang-undang Allah dalam seluruh bidang kehidupan manusia yang meliputi bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa serta solat, puasa, zakat, haji dan seluruh syiar ibadat yang lain – ini bererti menyerahkan sifat Uluhiyah kepada Allah sahaja dan oleh itu beriman dan berpegang teguh kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ;

3. Menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap segala peraturan dan undang-undang manusia yang meliputi seluruh bidang kehidupan manusia yang terdiri daripada kehidupan politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa yang tidak datang daripada Allah dan terhadap syiar-syiar ibadat kepada yang selain daripada Allah – ini bererti mengimani dan mengamalkan konsep Nafi dan Isbat dan oleh itu beriman dan berpegang teguh kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.;

Seluruh umat Islam kita di Malaysia telah melanggar segala SYARAT seperti yang diperkatan di atas ini dan justeru mereka telah dan sedang mengeluarkan diri mereka daripada agama Allah dan tidak boleh lagi dianggap sebagai orang-orang Islam mengikut pengertian dan takrif ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Mereka ini adalah Islam dan beragama Islam mengikut TAKRIF DAN DEFINISI MEREKA SENDIRI, iaitu mengikut definisi dan takrif yang terbit daripada Mentaliti Jahiliyah yang sedang dianuti mereka dan tidak mengikut takrif dan definisi yang dtetapkan oleh Allah - mereka ini disifatkan Allah sebagai pengaku-pengaku Muslim sahaja kerana mereka sebenarnya telah terkeluar daripada agama Islam akibat daripada pengingkaran dan perlanggaran mereka yang total terhadap segala SYARAT keimanan kepada Allah!

Firman Allah : al-A’raf 12 

Allah berfirman : Apakah yang telah menghalangkan engkau daripada sujud (kepada Adam) sewaktu Aku perintahkan engkau ? Iblis : Aku lebih baik daripada dia ( Adam) kerana engkau menciptakan aku daripada api dan menciptankannya daripada tanah.

Iblis menjadi kafir kerana dia ikut PANDANGANNYA SENDIRI dengan sewenang-wenang sahaja dia menolak perintah Allah. Kita umat Islam kini menjadi kafir juga kerana kita juga ikut PANDANGAN KITA SENDIRI dengan sewenang-wenang sahaja kita membelakangkan segala hukum dan perintah kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ . Kita ikut Iblis dan kita menjadi kafir sama seperti mana kafirnya si Iblis laknat itu!       

Firman Allah: an-Nisa 60 
Tidakkah engkau perhatikan bahawa orang-orang yang mendakwakan bahawa mereka beriman kepada yang diturunkan kepada engkau dan yang diturunkan sebelum daripada engkau, mereka hendak meminta hukum kepada taghut, sedangkan mereka disuruh supaya kufurkan terhadap taghut. Syaitan menghendaki supaya ia menyesatkan mereka dengan kesesatan yang jauh.

Sayyid Qutb (Fizilalil Quran- an-Nisa 60) :
Yakni tidakkah engkau melihat sesuatu yang sungguh menghairankan, iaitu ada sekumpulan, manusia yang mendakwa beriman, tetapi pada waktu yang sama merka telah meruntuhkan dakwaan itu. Mereka mendakwa beriman kepada wahyu yang diturunkan kepadamu dan wahyu yang telah diturunkan sebelum daripadamu. Kemudian mereka tidak mahu berhakimkan kepada wahyu yang diturunkan kepadamu dan kepada wahyu yang diturunkan  sebelum daripadamu. Malah mereka mahu berhakimkan kepada sesuatu yang lain, kepada peraturan yang lain dan hukum-hukum yang lain. Mereka mahu berhakimkan kepada peraturan Taghut yang tidak mengambil daripada wahyu yang diturunkan kepadamu dan daripada wahyu yang diturunkan sebelummu, iaitu peraturan yang tidak dikawal dan ditimbang dengan neraca wahyu yang diturunkan kepadamu dan wahyu yang diturunkan sebelummu. Oleh sebab itulah peraturan ini dikatakan Taghut yang zalim dan keterlaluan kerana ia mendakwa memiliki salah satu daripada ciri-ciri Uluhiyah dan kerana ia tidak tunduk kepada neraca Uluhiyah yang betul. Mereka berbuat begitu bukan kerana jahil dan bukan pula berdasarkan sangkaan-sangkaan malah mereka memang mengetahuinya dengan sepenuhnya dan dengan pengetahuan yang cukup bahawa perbuatan berhakimkan Taghut adalah satu perbuatan yang diharamkan Allah.

“meskipun mereka diperintah supaya mengingkarinya”.

Oleh kerana itu perbuatan mereka dalam perkara ini bukan kerana kejahilan dan tidak pula kerana sangkaan malah mereka lakukannya dengan sengaja, dengan qasad dan niat. Oleh sebab itu dakwaan mereka yang mengaku beriman kepada wahyu yang diturunkan kepadamu dan kepada wahyu yang diturunkan sebelummu adalah satu dakwaan yang tidak betul dan jujur, malah yang sebenarnya syaitan mahu membawa mereka ke dalam kesesatan yang tidak ada harapan lagi untuk mereka kembali ke pangkal jalan.

Firman Allah : Ibrahim 52 
(Al-Quran ) ini adalah perutusan yang disampaikan kepada manusia dan supaya mereka sentiasa diberi peringatan dengannya dan supaya mereka mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan supaya orang-orang yang berakal mengambil pengajaran.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran - Ibrahim) :
Orang-orang yang menyangka diri mereka mengucap dua kalimah syahadat ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan Muhammad Rasulullah dan kerana mereka memenuhi dan mentaati peraturan-peraturan taharah, peraturan-peraturan ibadat, peraturan-peraturan perkahwinan dan perceraian, peraturan-peraturan pesaka dan sebagainya dan di waktu yang sama mereka mematuhi – di sebalik bidang yang sempit ini – peraturan-peraturan yang dicipta oleh yang lain daripada Allah, iaitu mereka mentaati undang-undang yang tidak diizinkan Allah dan yang terang-terang bertentangan dengan syariat Allah, kemudian mereka bersedia mengorbankan jiwa, harta, maruah dan akhlak mereka – sama ada mereka suka atau tidak suka – untuk melaksanakan kehendak-kehendak yang dituntut daripada mereka oleh berhala-berhala yang baru itu. Dan apabila agama atau akhlak atau maruah bercanggah dengan kehendak-kehendak berhala ini, maka yang dibuang oleh mereka itu ialah perintah-perintah Allah sebaliknya yang dilaksanakan ialah kehendak-kehendak berhala-berhala itu.

Orang-orang yang menyangka diri mereka sebagai “kaum Muslimin“ dan menyangka berada dalam agama Allah, sedangkan mereka hidup dalam keadaan ini, maka hendaklah mereka sedar bahawa mereka sedang berada di dalam syirik yang amat besar!

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa kita sebagai umat Islam yang berketurunan Islam ini, tanpa disedari oleh kita sendiri, sebenarnya telah bertukar menjadi orang-orang kafir kerana kita mengamal, mengimani dan menganuti agama demokrasi yang syirik dan kufur. Kita telah mengimani agama demokrasi kerana kita menyetujui dan meredhainya, dan kita telah menganuti agama demokrasi kerana kita menjadi para hamba kepada Tuhan-tuhan Manusia apabila kita berada di bawah kuat kuasaan undang-undang demokrasi ciptaan manusia, dan kita menganuti agama demokrasi kerana kita menyembah Tuhan-tuhan Manusia apabila kita mentaati dan mematuhi undang-undang demokrasi. Kita telah menjadi orang-orang kafir kerana kita kini telah dan sedang mengimani, menganuti dan mengamalkan agama demokrasi yang kafir dan kita telah menjadi orang-orang kafir kerana kita mempertuhankan manusia apabila kita menjadi para hamba kepada manusia dan kita menyembah manusia.

Firman Allah : al-Anfal 30 

Dan (kenangilah) ketika orang-orang kafir (Quraisy) merancangkan tipudaya terhadap engkau untuk membekukan pergerakan engkau atau membunuh engkau atau mengusir engkau. Mereka merancangkan berbagai-bagai tipudaya dan Allah mengatur tindak balas (yang mengagalkannya) dan Allah adalah sebaik-baik Pengatur tindak balas.

Kerajaan demokrasi Malaysia kita ini adalah kerajaan manusia yang kafir, zalim dan fasik yang sentiasa menzalimi, menindas dan menjahati para pejuang Islam, kerajaan yang merancangkan segala tipudaya dan membekukan segala aktiviti, tindakan dan pergerakan para pejuang Islam. Kerajaan yang membodoh dan membuta tulikan umat manusia seperti ini, kerajaan yang menghalangkan manusia daripada hidayat dan kerajaan yang menghalang, menyekat dan membantutkan segala gerakan, tindakan dan aktiviti bagi sesuatu perjuangan Islam adalah kerajaan yang kafir yang amat jahat di sisi Allah swt.

Firman Allah : al-A’raf 45 

Iaitu orang-orang yang menghalangkan manusia daripada agama Allah dan mengingini agar jalan itu menjadi bengkok, dan mereka tidak percaya (kafir) kepada Akhirat.

Firman Allah : Hud 19 

Iaitu orang-orang yang menghalangkan (manusia) daripada jalan Allah dan mereka hendak menjadikannya jalan yang bengkok dan mereka mengingkari hari Akhirat.

Kerajaan demokrasi Malaysia kita ini adalah kerajaan manusia yang kafir, zalim dan fasik yang menghalangkan seluruh umat manusia daripada memahami dan mengenali dengan jelas dan terang mengenai Aqidah dan Pemikiran Islam kita yang sebenar dan mengenai agama Islam kita yang sebenar. Kerajaan kita ini adalah kerajaan yang menghalangkan manusia daripada mengimani, menganuti dan mengamalkan agama Islam yang sebenar, kerajaan yang menjadikan jalan yang lurus ini menjadi jalan yang bengkok. Kerajaan kita ini adalah kerajaan yang merosakkan Aqidah Islam dengan cara menyebar dan mengembangkan segala fahaman dan idea-idea Islam yang sesat dan menyeleweng seumpamanya dengan mengatakan bahawa Malaysia tanpa peraturan dan undang-undang Islam adalah Negara Islam, dan dengan menubuh dan mempopularkan badan-badan Islam yang sesat seperti Jakim, Yadim, Ikim dan pejabat-pejabat mufti dan jabatan-jabatan agama Islam di negeri-negeri yang mengatakan bahawa demokrasi adalah Islam dan mengamalkan demokrasi adalah sesuatu yang bersesuaian dengan Islam.

Mereka menyebarkan dakyah yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam kerana Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa Islam adalah agama resmi negara (artikel 3) dan syariat Islam adalah dijalankan di bawah kuat kuasaan mahkamah syariat. Mereka mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam kerana kita mempunyai berbagai-bagai universiti Islam, fakulti-fakulti Islam, kita menyediakan pelajaran Islam di seluruh peringkat dalam sistem pelajaran kita bermula daripada peringkat kafa, sekolah-sekolah rendah dan sehingga ke peringkat menengah, kita ada kelas tahfiz, dan kita membiayai pembelajaran untuk pelajar-pelajar ke universiti-universiti Islam di Timur Tengah. Mereka mengatakan bahawa kerajaaan membina masjid-masjid di seluruh tanah air, kita ada Insuran Islam, dan bank Islam, sistem perbankan Islam diwujud dan diamalkan di kebanyakan bank-bank kita.

Kesemuanya ini hanyalah dakyah sahaja kerana Malaysia sebenarnya adalah sebuah negara yang kafir kerana undang-undang kita adalah dibuat, dikuat kuasa dan ditaati oleh manusia (artikel-artikel 43, 44 dan 161 Perlembagaan Malaysia) yang mempunyai pengertian bahawa Malaysia melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan kita, seluruh umat manusia menjadi para hamba kepada Tuhan-tuhan Manusia ini serta seluruh kita ini menyembah Tuhan-tuhan Manusia ini sebagai Tuhan-tuhan kita yang layak disembah yang menafi, menolak, mengingkari dan menentang kalimah  ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ   yang mengeluarkan negara Malaysia kita ini bersekali dengan seluruh pengamalnya daripada agama Allah.

Kerajaan kita menghalangkan kita daripada memahami dan mengetahui perkara yang sebenar mengenai Aqidah kita dan mengenai negara kita yang kafir, kerajaan kita menghalangkan kita daripada memperjuangkan penegakan kerajaan Allah – kesemuanya ini dilakukan dengan menyembunyi dan memutar belitkan ayat-ayat Allah untuk membingung dan menyesatkan seluruh umat Islam sekelian dan juga dengan penindasan dan kezaliman yang ketara.  

Kerajaan Malaysia dan para pemimpin kita yang melakukan segala kejahatan seperti ini adalah sejahat-jahat kerajaan dan sejahat-jahat manusia di sisi Allah swt yang menentang dan memushi Allah dan Rasul-Nya.

Firman Allah :al-Anfal 13 

Semuanya itu disebabkan kerana mereka menentang Allah dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang menentang Allah dan Rasul-Nya , maka sesungguhnya Allah amat berat penyeksaaan-Nya.

Firman Allah :  al-Maidah 33 

Sesungguhnya balasan (yang setimpal) bagi orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan berusaha melakukan kerosakan di bumi ialah mereka dihukum bunuh atau dihukum salib atau dipotong tangan dan kaki mereka secara berselang atau dibuang negeri, demikianlah mereka mendapat kehinaan di dunia dan di Akhirat kelak mereka akan memperolehi azab yang amat besar.

Kerajaan demokrasi Malaysia kita ini adalah kerajaan manusia yang kafir, zalim dan fasik kerana ianya adalah kerajaan yang menentang dan memusuhi Allah dan Rasul-Nya, dan oleh yang demikian ianya adalah layak dan wajar untuk dilancarkan Jihad, Perang dan Revolusi terhadapnya seperti mana yang digaris dan ditetapkan oleh Islam.

Sepatutnya kita mengeluarkan diri kita daripada agama Jahiliyah ini dengan memisah dan mengasingkan diri kita daripada sistem politik demokrasi ini, dan kita hendaklah mengeluarkan diri kita daripada Mentaliti Jahiliyah yang sedang kita anuti kini, serta kita hendaklah menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap agama demokrasi dan kerajaan demokrasi ini serta segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah yang sedang beroperasi dan berdaulat ini. Setelah kita berjaya untuk mengeluar dan membebaskan diri kita daripada Mentaliti Jahiliyah dan sistem Jahiliyah, barulah kita boleh bertindak dan berjuang melalui Metod Islam daripada Allah dan Rasul-Nya untuk menegakkan kerajaan Islam yang akan menjalankan segala peraturan dan undang-undang Allah dalam seluruh bidang kehidupan kita. Hanya kehidupan seperti ini sahaja yang menyempurnakan kehidupan kita sebagai seorang Islam yang berpegang teguh kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Kehidupan yang sedang kita harungi kini adalah kehidupan Jahiliyah yang meletakkan kita di luar daripada batas-batas kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ .

(BERSAMBUNG)

No comments:

Post a Comment