Sunday 30 September 2012

MENTALITI JAHILIYAH



MENTALITI JAHILIYAH

Firman Allah : Hud 87
Mereka berkata : Wahai Syuaib! Apakah solatmu menyuruhmu supaya kami tinggalkan segala apa yang disembahkan datuk nenek kami atau melarang kami menguruskan harta benda kami mengikut cara yang kami suka. Sesungguhnya engkau seorang yang sangat berakal dan berfikiran matang (bukankah begitu?).

KAUM Madyan menjadi kafir kerana mereka menolak ajaran Nabi Syuaib as, iaitu mereka menolak dan mengingkari peraturan dan undang-undang Allah dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa yang diajarkan oleh Nabi mereka, sebaliknya mereka menganuti dan mengamalkan agama nenek moyang mereka yang hanya terbatas setakat solat dan syiar-syiar ibadat sahaja. Mereka menganuti dan mengamalkan agama nenek moyang mereka yang hanya terdiri daripada solat dan syiar-syiar ibadat serta upacara-upacara sahaja, sedangkan dalam seluruh sistem kehidupan mereka yang meliputi bidang-bidang politik, ekonomi, sosial dan akhlak, mereka mengamalkan segala peraturan dan undang-undang manusia ciptaan mereka sendiri. Al-Quran memaparkan kepada kita dengan cukup jelas dan terang sekali bahawa kaum Madyan dahulu itu adalah kaum Jahiliyah, kepercayaan dan pemikiran mereka itu adalah Jahiliyah dan sistem kehidupan mereka itu adalah Jahiliyah kerana mereka itu mengamalkan peraturan dan undang-undang manusia yang diciptakan oleh mereka itu sendiri dalam seluruh bidang kehidupan mereka.

Di sinilah wujudnya persamaan-persamaan yang ketara di antara kaum Madyan di zaman nabi Syuaib as dahulu itu dengan umat Islam di Malaysia kita kini – kita juga wujud dan hidup di dalam masyarakat Jahiliyah dengan Mentaliti Jahiliyah, serta kita mengamalkan agama Jahiliyah (agama demokrasi) – keadaan kita kini adalah sama seperti mereka.

Kita kini hidup dengan Mentaliti Jahiliyah kerana kita percaya bahawa Islam ini adalah agama yang terdiri daripada syiar-syiar ibadat dan upacara-upacara sahaja, dan selanjutnya kita percaya bahawa sistem kehidupan dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa ini bukanlah bidang-bidang agama dan kita percaya bahawa ianya tidak ada sebarang perkaitan dengan agama, baik agama Islam mahupun agama-agama yang lain.

Agama Islam yang memboleh, membenar dan menghalalkan kita untuk mengamalkan agama demokrasi, iaitu agama Islam seperti mana yang sedang kita amalkan kini yang kita warisi sejak turun temurun lagi bukanlah agama Islam yang sebenar yang datang daripada Allah dan yang diturunkan kepada Rasulullah saw. Kita sebenarnya mewarisi agama Islam yang sesat, rosak dan salah sejak dari awal-awal kedatangannya ke bumi Melayu kita ini lagi kerana sememangnya agama kita ini adalah agama yang terlebih dahulu diajar dan diselewengkan oleh bijak pandai Yahudi dan agen-agen mereka yang terdiri daripada kaum Orientalis yang kemudianya diajar dan kembangkan di kalangan kita oleh tok guru-tok guru kita. Begitulah juga sukatan pelajaran agama Islam yang kini diajar di universiti-uniuversiti kita oleh bijak pandai kita, baik tempatan mahupun di luar negara, kesemuanya mengajar agama Islam kita dalam bentuknya yang sesat, rosak dan salah yang kini kita warisi sejak turun temurun daripada ajaran, kononnya,  golongan Islam Salafi. Golongan ini adalah dipelupuri dan ajaran-ajarannya dikembangkan oleh Muhammad Abdul Wahab, Jamaluddin al-Afghani, Abduh, Rashid Redha, Hassan al-Banna, dan kini oleh Yusuf al-Qardhawi dan rakan-rakan seperjuangannya. Mereka ini kesemuanya adalah agen-agen Yahudi dan mereka kini mengajar agama Islam yang salah dan rosak kepada kita yang diajar kepada mereka oleh kaum Yahudi.

Inilah Mentaliti Jahiliyah dan sistem kehidupan Jahiliyah yang wujud dan berlaku di kalangan seluruh massa umat Islam di Malaysia kita kini yang sama dan serupa dengan kaum Madyan dahulu itu. Umat Islam kita hidup dan berada dalam Jahiliyah dan dalam kesyirikan dan kekufuran sejak berkurun-kurun lagi sehinggalah ke hari ini. Walaupun kita ini adalah terdiri daripada golongan yang lebai dan warak, iaitu golongan yang berpegang teguh kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang tekun melakukan solat, puasa, zakat, haji dan seluruh syiar ibadat yang lain dalam kehidupan kita, kita sebenarnya sedang menjalani dan mengamalkan sistem kehidupan Jahiliyah, kita sedang berada dalam masyarakat Jahiliyah dengan menganuti Mentaliti Jahiliyah, dan agama Islam yang sedang kita amalkan kini bukanlah agama Islam yang sebenar daripada Allah. Ini adalah satu situasi yang amat tragis kerana ianya melibatkan seluruh massa umat Islam kita baik di Malaysia kita ini mahupun di dunia ini seluruhnya yang menyebabkan seluruh massa umat Islam kita kini tidak berada dalam agama Allah yang sebenar!       

Masyarakat umat Islam di Malaysia kita kini adalah Jahiliyah kerana wujud dan berkuat kuasa di dalamnya peraturan dan undang-undang Jahiliyah ciptaan manusia dalam seluruh bidang kehidupan manusia yang meliputi bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa. Apabila kita mengamalkan agama demokrasi serta kita redha dan bersetuju dengannya, ianya turut bererti kita juga bersetuju dan redha kepada segala peraturan dan undang-undangnya, kita redha dan bersetuju untuk menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang negara kepada ahli-ahli PARLIMEN dan DUN, kesemuanya ini bererti bahawa kita telah melantik para pemimpin kita ini sebagai TUHAN-TUHAN yang berkuasa dan berdaulat ke atas kita, dan kita telah mengimani dan menganuti agama demokrasi ciptaan manusia. Ini kesemuanya bererti kita telah dan sedang mempersekutukan Allah dan kita menolak dan mengingkari agama Allah yang mengeluarkan kita daripada agama Allah. Namun kita amat selesa dan redha untuk wujud dan hidup dalam keadaan seperti ini kerana kita menyangka bahawa kita berada dalam kebenaran dan keimanan yang sebenar sedangkan kehidupan kita seperti ini adalah kehidupan yang bergelumang dengan kesyirikan dan kekufuran. Kita kini berada dan menjalani kehidupan mengikut Mentaliti Jahiliyah dan kita sebenarnya sedang berada di luar daripada agama Allah.

Ketaatan dan kepatuhan kita kepada kerajaan demokrasi kita ini serta kepada segala peraturan dan undang-undangnya, ianya bererti kita menyembah Tuhan-tuhan Manusia, iaitu kita menyembah para pemimpin kita yang terdiri daripada ahli-ahli PARLIMEN dan DUN  -  ini bererti kita menyembah Tuhan-tuhan Manusia yang ramai di samping itu kita juga menyembah Allah dalam solat, puasa, zakat, haji, dan syiar-syira ibadat yang lain. Keadaan kita kini adalah sama dan serupa dengan keadaan umat-umat manusia pada zaman-zaman para Rasul yang terdahulu itu kerana kita sebenarnya amat cenderung dan suka untuk menyembah Tuhan-tuhan Manusia yang ramai ini di samping kita menyembah Allah, sebaliknya kita tidak mempunyai keinginan untuk hanya menyembah Allah yang Maha Esa sahaja tanpa menyembah Tuhan-tuhan Manusia yang ramai ini.


Firman Allah : al-A’raf 70 
Mereka berkata : Apakah kamu datang kepada kami supaya kami menyembah Allah sahaja dan meninggalkan sembahan-sembahan yang biasa disembah oleh datuk nenek kami. Bawalah azab yang engkau ancamkan kami itu jika engkau daripada orang-orang yang benar.

Firman Allah : Sod 5 
Apakah patut dia hendak menjadikan Tuhan-tuhan  yang banyak itu hanya satu sahaja? Sesungguhnya ini adalah sesuatu yang amat menghairankan.

Inilah Mentaliti Jahiliyah di kalangan umat manusia yang digambarkan oleh al-Quran. Menyembah ramai Tuhan itu adalah satu kebiasaan dan keselesaan bagi kaum Jahiliyah pada zaman Rasulullah saw dan pada zaman-zaman para Rasul yang terdahulu itu. Sebaliknya mereka tidak biasa untuk menyembah Allah yang satu tanpa disertai dengan penyembahan kepada Tuhan-tuhan yang lain dan mereka tidak selesa untuk berbuat demikian. Apabila Rasulullah saw dan para Rasul itu menyeru kaum-kaum mereka supaya meninggalkan agama nenek moyang mereka dan supaya mereka hanya menyembah Allah yang Maha Esa sahaja dan supaya mereka meninggalkan penyembahan Tuhan-tuhan yang banyak dan ramai itu, mereka dengan tegas menyatakan keengganan mereka untuk berbuat demikian, malah mereka menyatakan kehairanan mereka mengenai penyembahan Tuhan yang satu sahaja dan menuduh para Rasul mereka itu sebagai para penyesat, pendusta dan pembohong. Mereka wujud dan hidup di bumi mereka itu dengan Mentaliti Jahiliyah dan berada di luar daripada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

Ayat-ayat al-Quran seperti di atas ini adalah sesuai dan tepat untuk ditujukan kepada seluruh umat Islam di Malaysia kita ini dan juga untuk seluruh umat Islam kita di dunia ini. Boleh dikatakan seluruh umat Islam di Malaysia kita kini menyembah ramai Tuhan Manusia, iaitu kita menyembah Allah di samping itu kita turut juga menyembah Tuhan-tuhan Manusia – menyembah ramai Tuhan ini sudah menjadi satu kebiasaan dan keselesaan bagi kita. Kita kini berada dalam kesyirikan dan kekufuran melalui amalan sistem politik demokrasi kerana amalan ini bererti kita telah melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan kita yang berkuasa dan berdaulat ke atas kita, dan kerana ketaatan dan kepatuhan kita kepada segala peraturan dan undang-undang demokrasi ini bererti kita menyembah manusia dan mempertuhankan manusia, iaitu khususnya kita sedang menyembah para pemimpin kita yang terdiri daripada ahli PARLIMEN dan DUN kita sebagai Tuhan-tuhan kita.

Apabila kita diseru supaya jangan mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur ini, jangan mentaati dan mematuhi kerajaan demokrasi kita ini serta jangan kita mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undangnya agar dapat kita menghindarkan diri kita daripada menyembah Tuhan-tuhan Manusia kita ini, kita sewenang-wenang sahaja menolak dan mengingkari seruan-seruan ke jalan yang benar seperti ini kerana kita sudah terlalu biasa, selesa dan mempunyai naluri dan keinginan hati yang kuat untuk terus tekun mengamalkannya, kerana perasaan kesetiaaan kita yang kuat kepada Tuhan-tuhan Manusia ini dan kerana kita tidak memahami mengenai pengertian Uluhiyah dan Rububiyah Allah serta Uluhiyah dan Rububiyah Manusia. Keadaan kita seperti ini adalah sama dan serupa dengan kesyirikan dan kekufuran yang wujud dan berlaku ke atas kaum Quraisy pada zaman Rasululah saw dan ke atas kaum-kaum yang wujud pada zaman-zaman para Rasul yang terdahulu yang disebut dalam ayat-ayat seperti yang dipetikkan di atas ini, iaitu apabila para Rasul mereka itu menyeru mereka agar mereka meninggalkan agama-agama nenek moyang mereka, mereka tegas keengganan untuk berbuat demikian, malah mereka terus tekun mengamalkannya. Inilah ertinya Mentaliti Jahiliyah. Kita kini wujud dan hidup dengan Mentaliti Jahiliyah dan kita sebenarnya berada di luar agama Allah sama seperti mana kesyirikan dan kekufuran seluruh umat manusia yang terdahulu yang digambarkan di dalam al-Quran.

Kita langsung tidak mempercayai bahawa ketaatan dan kepatuhan kepada segala peraturan dan undang-undang yang diluluskan oleh PARLIMEN dan DUN kita ini, ianya bererti kita menyembah dan mempertuhankan para pemimpin kita yang mengeluarkan kita daripada agama Allah, padahal ianya adalah hukum Allah yang soreh, muhkam dan qotie, iaitu yang tidak boleh dipertikaikan lagi di sisi agama kita kerana ianya adalah didasarkan kepada segala dalil Nas dan Hadis yang jelas dan konkerit. Kita menolak segala seruan para pendakwah ke jalan yang benar, kita menyifatkan para pendakwah yang benar ini sebagai orang-orang yang berminda sempit, beku, bodoh, mundur, fanatik dan ketinggalan zaman. Kita berlagak sombong dan menyifatkan diri kita sebagai orang-orang yang maju, progresif, “civilized”, “liberated”, terbuka dan “up-to-date”, padahal yang sebenarnya kita ini adalah orang-orang yang berada dalam keadaan yang sama sekali tertutup kepada hidayat dan kebenaran, kita adalah orang-orang yang hidup selesa dan tertipu dalam keadaan yang bodoh, sombong dan sesat yang sudahpun terkeluar daripada agama Allah.

Inilah yang dikatakan sebagai Mentaliti Jahiliyah dan kita sebenarnya kini sedang berada dalam Mentaliti Jahiliyah dan terkeluar daripada garis-garis Mentaliti Islam. Allah memperingati dan menyedarkan kita melalui ayat-ayat-Nya bahawa Mentaliti Jahiliyah yang wujud di kalangan seluruh massa umat Islam di Malaysia kita kini adalah Mentaliti Jahiliyah yang sama dan serupa dengan Mentaliti Jahiliyah yang wujud di kalangan seluruh umat manusia di zaman-zaman para Rasul yang terdahulu itu seperti mana yang dibicarakan dalam ayat-ayat al-Quran seperti yang disebutkan di atas ini. Ayat-ayat al-Quran seperti di atas ini adalah amat sesuai dan bertepatan untuk dikemukakan kepada seluruh massa umat Islam di Malaysia kita kini yang wujud dan hidup di dalam Mentaliti Jahiliyah, iaitu Mentaliti Jahiliyah yang sama dan serupa dengan Mentaliti Jahiliyah di zaman-zaman Rasulullah saw dan para Rasul yang terdahulu itu.

Erti MENTALITI JAHILIYAH ialah :

1.   Islam bererti berpegang teguh kepada dua kalimah syahadah yang diikuti dengan amalan solat, puasa, zakat, haji dan seluruh syiar ibadat kepada Allah sedangkan peraturan dan undang-undang dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabngsa bukanlah agama;

2.     Kalimah Laailaahillallah bererti Allah itu satu dan tidak lebih daripada satu, dan ianya tidak mempunyai sebarang hubung kait dengan politik, kerajaan, pemerintahan dan undang-undang;

3.     Allah itu adalah Tuhan kerana Dia adalah Pencipta, Pemelihara dan Pentadbir langit dan bumi dan segala apa yang berada di antara keduanya, tetapi Dia tidak mencampuri dalam hal ehwal politik, kerajaan, pemerintahan dan undang-undang di dalam sesuatu negara di bumi;

4.     Demokrasi itu bukanlah agama, ianya adalah satu sistem politik yang bertujuan untuk memilih para pemimpin, membuat peraturan dan undang-undang negara, dan untuk memerintah dan mentadbir Negara;  

5.   Politik, kerajaan, pemerintahan dan undang-undang adalah isu-isu yang tidak ada kena mengena dengan Tuhan dan Agama;

6.  Para pemimpin yang berkuasa dan memerintah di dalam sesebuah kerajaan demokrasi bukanlah Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia;

7.   Ketaatan dan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang negara demokrasi tidak bererti para pemerintah itu adalah Tuhan-tuhan yang disembah oleh manusia;

8.   Rakyat yang bersetuju dan menyokong sesebuah kerajaan demokrasi tidak bererti mereka itu melantik para pemerintah itu sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat  ke atas manusia;

9.   Rakyat yang bersetuju dan menyokong sesebuah kerajaan demokrasi tidak bererti mereka itu bersetuju dan menyokong kesyirikan dan kekufuran;

10. Rakyat yang mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang dibuat oleh para pemerintah tidak bererti  mereka itu menyembah para pemerintah itu sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah;

11. Sikap dan tindakan-tindakan penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif dan total terhadap demokrasi, kerajaan demokrasi dan segala peraturan dan undang-undang demokrasi bukanlah syarat keimanan kepada kalimah Laailaahillallah dan ianya bukanlah sesuatu yang diperintahkan Allah ke atas kita;

12.  Perjuangan umat Islam di bumi ini bukanlah untuk menghapuskan kerajaan demokrasi ini untuk digantikan dengan sebuah kerajaan Islam kerana kerajaan demokrasi ini sememangnya adalah sebuah kerajaan Islam atau yang serasi dengan Islam;

13.   Perjuangan Islam melalui proses politik demokrasi ini adalah metod perjuangan yang selaras dan bersesuaian dengan metod al-Quran, Sunnah dan Sirah;

14. Perang dan Revolusi terhadap kerajaan demokrasi Malaysia kita ini adalah satu bentuk “extremism” yang dilarang dalam Islam;

15. Perang dalam Islam hanya dibenarkan setelah kita ini terlebih dahulu diancam, dicerobohi, dicabuli, dizalimi dan diperangi;

16. Jihad tidak hanya terhad kepada Perang dan Revolusi, ianya mempunyai pengertian yang lebih luas yang mencakupi berbagai-bagai bidang kehidupan termasuklah perjuangan untuk memajukan negara, meningkatkan teknologi, menimba ilmu dan mencari kekayaan di bumi;

17.Perpaduan dan harmoni di antara berbagai-bagai kaum dan agama adalah digalakkan dalam Islam;

18. Konsep ‘Ketuanan Islam’ adalah sesuatu yang tidak wujud dalam pemikiran umat Islam dan justeru mereka tidak pernah dan tidak akan berjuang ke arah merealisasikan matlamat itu;   

19. Melantik pemimpin-pemimpin daripada golongan bukan Islam adalah dibenarkan dalam Islam asalkan mereka itu taat dan patuh kepada Perlembagaan Negara, peraturan dan undang-undang negara serta mereka mengiktiraf agama Islam sebagai agama resmi Negara.         

Inilah MENTALITI JAHILIYAH yang wujud dan diimani serta diamalkan di kalangan seluruh massa umat Islam kita baik di Malaysia mahupun di dunia ini, dan mereka ini kesemuanya kini sedang mengimani dan menganuti agama Islam dalam bentuk Islam Reformis atau Islam Modenis yang sesat dan rosak ajaran Ahlil Kitab. Kesemua pemikiran dan fahaman seperti ini adalah kesesatan kerana kita tidak menerima ajaran dan petunjuk daripada Allah!

Umat Islam di Malaysia kita ini yang sedang berada di dalam Mentaliti Jahiliyah seperti ini adalah disifatkan Allah sebagai orang-orang yang PALING JAHAT sekali kerana kita mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripada keimanan :

Firman Allah : al-Lail 14, 15 16 
Oleh itu Aku ingatkan kamu dengan seksa neraka yang bernyala-nyala. 
Tiada yang masuk di dalamnya melainkan orang-orang yang paling jahat . 
Yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripada iman.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Api neraka yang bernyala-nyala akan membakar manusia-manusia yang amat jahat, dan tidak ada kesengsaraan yang lebih besar daripada dibakar di dalam neraka. Iaitu orang-orang yang tidak percaya kepada dakwah Allah dan berpaling daripada hidayat-Nya sebagai mana yang telah di janjikan Allah untuk memberi hidayat kepada sesiapa yang datang kepada-Nya dengan penuh minat.

Pada hari ini umat Islam kita tidak boleh menerima realiti bahawa peraturan dan undang-undang adalah agama, khususnya kita tidak boleh menerima bahawa peraturan dan undang-undang demokrasi adalah agama demokrasi yang syirik dan kufur, dan kita tidak boleh menerima realiti bahawa kita yang mengamal, menyetujui dan meredhai peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia ini adalah orang-orang yang kafir, zalim dan fasik di sisi Allah swt. Kita juga tidak boleh menerima realiti bahawa ahli-ahli Parlimen dan Dun kita ini adalah Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka itu adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat untuk membuat peraturan dan undang-undang untuk manusia – kesemuanya ini bererti bahawa kita ini adalah orang-orang yang telah, dengan jelas, terang dan terbuka, mendustakan ayat-ayat Allah, dan justeru kita ini adalah orang-orang yang disifatkan Allah sebagai orang-orang yang PALING JAHAT sekali di atas muka bumi ini yang akan dihumban ke dalam api neraka yang disifatkan-Nya sebagai api yang amat panas bernyala-nyala!

Dalam alaf yang baru ini, umat Islam kita kini kelihatan semakin kuat dipengaruhi oleh pemikiran dan budaya hidup Barat berbanding dengan masa-masa yang lalu, dan kita kini sebenarnya sedang berada dalam keadaan yang semakin tenggelam dengan lebih mendalam di dalam MENTALITI JAHILIYAH dengan perasaan-perasaan kita yang amat selesa malah kita bermegah-megah dan berbangga-bangga dengan keadaan kita seperti ini. Kita tidak mungkin boleh keluar daripada MENTALITI JHILIYAH ini untuk kembali kepada MENTALITI ISLAM dalam masa yang terdekat ini. Aqidah kita semakin terpesong sementara itu kita semakin mendekati dan bergelumang di dalam sistem hidup Jahiliyah, kita lebih suka dan cenderung untuk terus kekal dalam sistem kehidupan Jahiliyah dan dengan menganuti MENTALITI JAHILYAH kerana kita sememangnya tidak pernah menyedari mengenai kedudukan kita yang sesat, menyeleweng dan rosak seperti yang sedang wujud dan beroperasi pada ketika ini.

Agen-agen kepada penjajahan Barat dan kaum Orientalis yang bertanggungjawab dalam mengembangkan MENTALITI JAHILIYAH dan Islam yang DIERTISEMULAKAN atau Islam yang DIREFORMASIKAN ini adalah terdiri daripada para pemikir, ulama dan intelek Islam kita sendiri lulusan institusi-institusi pengajian tinggi Islam tajaan mereka (penjajah-penjajah), terutama daripada universiti-universiti di Timur Tengah, yang terpenting sekali ialah peranan universiti al-Azhar. Fahaman dan konsepsi mengenai Mentaliti Jahiliyah dan Islam yang dierti semulakan itu telah menjalar ke seluruh pelusuk dunia Islam, termasuk Malaysia, sejak lebih satu abad yang lalu sehingga ke hari ini. Inilah Gerakan Reformasi Islam, iaitu perjuangan yang mengubah dan memperbaharui Aqidah Islam dan Agama Islam daripada agama Islam yang asal dan sempurna seperti mana ia mula-mula diturunkan kepada kita melalui Rasulullah saw kepada agama Islam dalam bentuknya yang baru, iaitu Islam Modenis yang rosak dan pincang ajaran kaum Yahudi dan Orientalis Barat yang dikembangkan oleh agen-agen Yahudi seperti Jamaluddin al-Afghani, Abduh, Rashid Redha, Hassan al-Banna dan kuncu-kuncu mereka yang lain. Gerakan jahat musuh-musuh Islam ini kelihatan semakin hari semakin kuat, gigih dan aktif buat ketika ini dan ianya masih kelihatan semakin kuat, gigih dan aktif untuk hari-hari akan datang.

Terdahulu daripada itu, gerakan merosakkan Aqidah dan Pemikiran Islam itu telah dipelupuri oleh Muhammad Abdul Wahab bersamaan dan selaras dengan pengasasan dan pembentukkan regim Ibn Saud (agen British) di Semenanjung Tanah Arab (Dinasti Raja Saud) melalui manipulasi politik dan tipu daya British dan Yahudi. Gerakan Reformasi Islam Muhammad Abdul Wahab kemudiannya disambungkan oleh Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh. Kesan-kesan daripada gerakan REFORMASI ISLAM itu, pemikiran umat Islam telah dan sedang mengalami satu paralisis yang ketara sehingga mereka tidak lagi berupaya untuk menganalisiskan apakah masalah-masalah umat Islam, siapakah musuh-musuh Islam, bagai manakah cara-cara untuk mengatasi masalah-masalah dan musuh-musuh mereka, apakah peranan-peranan dan tanggungjawab-tanggungjawab mereka di sisi Islam. Kesemua jawapan kepada persoalan-persoalan ini telah diajarkan kepada kita oleh kaum Orientalis dan penjajah Barat melalui para ulama dan intelek Islam kita sendiri. Jawapan-jawapan ini telah merosakkan sistem pemikiran kita dan yang telah bertanggungjawab dalam membentukkan keperbadian dan naluri kita yang amat cenderung untuk akur dan tunduk kepada kekuasaan kufur Barat dan idea-idea kufur yang amat merbahaya yang sedang kita amalkan kini.

Setelah sekian lama menjalani dan melalui proses sekularisasi dan penjajahan mental di bawah kerajaan demokrasi UMNO, massa umat Islam kita, baik di kalangan UMNO mahupun PAS, tidak dapat menerima hakikat kekufuran demokrasi; di antara faktor-faktornya :

1.  Tidak memahami mengenai Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah – khususnya Kedaulatan Hak Allah dan pengabdian kepada Kedaulatan Allah, ketaatan dan kepatuhan kepada kedaulatan Allah serta konsep Nafi dan Isbat dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ;

2.     Terpengaruh dengan ajaran Islam Reformis dan Islam modenis ajaran Ahlil Kitab;

3.     Tidak pernah terlintas untuk mempersoalkan isu kekufuran kerajaan demokrasi sejak daripada permulaannya lagi sehinggalah ke masa kini yang mana ianya sudah terluput daripada kesedaran, pengamatan dan kepekaan massa umat Islam kita, bahkan kita sudah begitu selesa dan sebati dengan sistem politik demokrasi dan budaya hidup demokrasi;

4.  Terpengaruh, bertaqlid dan taksub secara membuta tuli akan segala fatwa dan pendirian para ulama dan pemimpin-pemimpin kita yang menghalalkan demokrasi dan amalan sistem politiknya;

5.     Bagi segelintir para ulama dan intelek Islam yang memahami dan menyedari tentang kesyirikan dan kekufuran demokrasi, mereka menghalalkan amalannya itu di atas dasar bahawa niat dan matlamat yang suci murni dan ikhlas kerana Allah dalam memperjuangkan Islam menghalalkan metod demokrasi, iaitu mereka berpegang kepada konsep “end justifies the means”;

6.  Para ulama dan intelek Islam kita menganggap negara-negara umat Islam yang berbentuk diktatur militeri sebagai tidak berbentuk Islam, justeru negara-negara umat Islam yang demokratik seperti Malaysia ini dianggapkan oleh mereka sebagai negara-negara Islam.

Umat Islam kita tidak boleh menerima realiti kekufuran demokrasi dan kekufuran seluruh masyarakat umat Islam yang kini berada di bawah naungan kerajaan demokrasi kerana kita tidak memahami mengenai Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah dan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Pemikiran dan sikap kita serta seluruh emosi dan perasaan kita telah digempur dan dipasak dengan begitu hebat sekali dengan segala idea kufur dan budaya kufur sehingga kita melihat segala apa yang wujud dalam masyarakat dan persekitaran kita yang diasaskan kepada peraturan dan undang-undang demokrasi ini sebagai Islam, atau serasi dan bersesuaian dengan Islam serta segala-galanya kelihatan benar dan betul. Justeru kita hidup dengan aman dan damai serta dengan selesa dan senang hati tanpa menyedari bahawa kita hidup dan wujud dalam masyarakat Jahiliyah dan persekitaran Jahiliyah serta kita turut terlibat dengan amalan segala peraturan dan sistem Jahiliyah yang kesemuanya ini telah mengeluarkan kita daripada agama Allah.

Sebagai contoh, kita sudah menerima dan selesa dengan istilah-istilah baru seperti “Islamic Socialism”, “Islamic Capitalism”, “Islamic Nationalism”, “Islamic Secularism”, “Islamic Liberalism”, “Islamic Pragmatism”, “Islamic Monarchy”, “Islamic Theocracy”, dan segala “ism” dan pemikiran yang selain daripada Islam. Sementara “Islamocracy” dan “Teo-Demo” adalah di antara konsep-konsep baru yang direka dan diciptakan, serta yang diIslamkan oleh para pemikir Islam yang kini cuba hendak disebar dan dikembangkan kepada massa umat Islam kita dalam usaha mereka untuk menyeleweng, menipu dan merosakkan Aqidah Islam kita dalam rangka perancangan dan strategi mereka untuk mengkafirkan kita dalam jangka waktu yang panjang. Inilah yang dikatakan sebagai Mentaliti Jahiliyah! Kesemua “ism” yang diperkatakan ini adalah kufur kerana kesemuanya itu adalah didasarkan kepada falsafah PENGABDIAN MANUSIA KEPADA KEKUASAAN MANUSIA dan juga falsafah MANUSIA MENYEMBAH MANUSIA yang menolak dan mengingkari sifat-sifat Rububiyah dan Uluhiyah milik Allah dan yang menyerahkan sifat-sifat yang Maha Agung itu kepada manusia yang kesemuanya itu merosak dan menafikan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Islam ini hanyalah Islam yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya sahaja yang sama sekali berkontradiksi dan terasing daripada isme-isme moden ciptaan manusia yang selain daripada Allah.

Dan bagai manakah pula dengan terminologi “Teo-Demo” yang diciptakan oleh para ulama dan intelek Islam kita ini dari segi kedudukannya yang sebenarnya di sisi ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ - daripada manakah datangnya istilah-istilah “Teo” dan “Demo” itu dan mengapakah pula ianya disifatkan oleh para ulama dan intelek Islam kita sebagai satu sistem pemerintahan Islam?

“Teo” adalah singkatan daripada “theocracy”, iaitu sistem “priesthood” dan “heirarchy” dalam pentadbiran gereja Kristian, manakala “demo” adalah singkatan daripada “democracy” seperti mana pengertiannya yang diketahui umum. “Theocracy” dan “democracy” kedua-duanya adalah konsep yang syirik dan kufur kerana kedua-duanya itu adalah didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang menafikan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Mengapakah pula cantuman dan kombinasi di antara “theocracy” yang kufur dengan “democracy” yang kufur itu tiba-tiba boleh terbentuk sebagai satu sistem pemerintahan yang dinamakan dengan istilah “Teo-Demo” dan yang dikatakan sebagai sistem pemerintahan Islam? Apakah ianya adalah sesuatu yang rasional dan logis apabila dikatakan bahawa kufur campur kufur itu jawabnya adalah Islam? Ini adalah satu penipuan ciptaan Yahudi yang sama sekali tidak masuk akal! Mengapakah mereka itu begitu bersusah payah untuk menamakan sistem pemerintahan Islam ini dengan istilah “Teo-Demo”, mengapakah tidak dengan nama ‘Khilafah’ atau ‘Negara Islam’ sahaja? Inilah di antara contoh-contoh kesesatan yang sewenang-wenang yang langsung tidak masuk akal yang direka-reka oleh musuh-musuh Islam yang kemudiannya dikembang dan disebarkan oleh para ulama dan intelek Islam kita sendiri yang bertujuan untuk menyesat dan merosakkan Aqidah Islam dan agama Islam kita yang Maha Suci ini. Inilah di antara strategi-strategi pengkufuran yang halus ke atas kita yang dilancarkan oleh musuh-musuh kita.

Agama Islam yang sedang kita anuti dan praktikkan kini sebenarnya merupakan AJARAN SESAT yang menyelubungi, menabiri dan menutupi pemikiran kita daripada memahami mengenai Aqidah dan Pemikiran Islam yang sebenar seperti mana yang diturunkan Allah kepada Rasul-Nya. Boleh dikatakan seluruh umat Islam kita baik di Malaysia mahupun di dunia ini langsung tidak tahu mengenai isu-isu yang asas dan fundamenatal dalam kalimah Laailaahaillalla, iaitu umat Islam kita tidak memahami apakah yang dikatakan sebagai MENTALITI ISLAM yang justeru mengekalkan mereka untuk terus berada dalam kesesatan dan kerosakan.

Erti MENTALITI ISLAM :

1.   Islam bererti berpegang teguh kepada dua kalimah syahadah yang diikuti dengan amalan solat, puasa, zakat, haji dan seluruh syiar ibadat kepada Allah dan pelaksanaan peraturan dan undang-undang Allah dalam seluruh bidang kehidupan yang meliputi politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa;

2.     Peraturan dan undang-undang adalah agama – peraturan dan undang-undang Allah adalah agama Allah manakala peraturan dan undang-undang manusia adalah agama manusia;

3.     Allah itu adalah Tuhan kerana Dia adalah Pencipta, Pemelihara dan Pentadbir langit dan bumi dan segala apa yang berada di antara keduanya, dan Dia mencampuri dengan aktif dalam hal ehwal politik, kerajaan, pemerintahan dan undang-undang di dalam sesuatu negara di bumi;

4.     Demokrasi itu adalah agama, iaitu agama yang syirik dan kufur kerana ianya adalah didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia dan kerana ia menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan Laailaahillallah;

5.     Politik, kerajaan, pemerintahan dan undang-undang adalah isu-isu yang berhubung kait secara langsung dengan TUHAN dan AGAMA – Allah adalah Tuhan dalam politik Allah, manakala manusia adalah Tuhan-tuhan dalam politik demokrasi;

6. Para pemimpin yang berkuasa dan memerintah di dalam sesebuah kerajaan demokrasi adalah Tuhan-tuhan manusia yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia;

7.  Ketaatan dan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang negara demokrasi bererti para pemerintah itu adalah Tuhan-tuhan yang disembah oleh manusia;

8.     Rakyat yang bersetuju dan menyokong sesebuah kerajaan demokrasi bererti mereka itu melantik para pemerintah itu sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia;

9.     Rakyat yang bersetuju dan menyokong sesebuah kerajaan demokrasi bererti mereka itu bersetuju dan menyokong Tuhan-tuhan manusia;

10. Rakyat yang mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang dibuat oleh para pemerintah bererti  mereka itu menyembah para pemerintah itu sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah;

11.Sikap dan tindakan-tindakan penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif dan total terhadap demokrasi, kerajaan demokrasi dan segala peraturan dan undang-undang demokrasi adalah syarat keimanan kepada kalimah Laailaahillallah, tanpanya bererti kerosakan kepada kalimah Laailaahillallah yang mengeluarkan seseorang iotu daripada agama Allah;   

12. Perjuangan umat Islam di bumi ini adalah untuk menghapuskan kerajaan demokrasi ini untuk digantikan dengan sebuah kerajaan Islam kerana kerajaan demokrasi ini sememangnya adalah sebuah kerajaan yang syirik dan kufur;

13. Perjuangan Islam melalui proses politik demokrasi ini adalah metod perjuangan yang berkontradiksi dengan metod al-Quran, Sunnah dan Sirah;

14.Perang dan Revolusi terhadap kerajaan demokrasi Malaysia kita ini adalah Jihad Islam yang diperintahkan  oleh Allah ke atas kita;

15. Perang dalam Islam sememangnya dibenarkan tanpa terlebih dahulu kita ini diancam, dicerobohi, dicabuli, dizalimi dan diperangi dengan syarat ianya adalah dilancarkan di atas dasar untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kekuasaan manusia; 

16.  Jihad yang paling utama sekali ialah Perang dan Revolusi untuk meruntuhkan sistem pengabdian manusia kepada kekuasaan manusia untuk kemudiannya digantikan dengan sistem pengabdian manusia kepada Allah sahaja;

17.   Perpaduan dan harmoni di antara berbagai-bagai kaum dan agama tidak dibenarkan dalam Islam melainkan kepada orang-orang  kafir yang taat dan patuh kepada kerajaan Islam serta kepada peraturan dan undang-undang Islam;

18.Allah memerintahkan kita untuk berjihad dan berperang untuk mewujud ‘Ketuanan Islam’ ke atas orang-orang  kafir;  

19. Melantik pemimpin-pemimpin daripada golongan bukan Islam sama sekali tidak dibenarkan dalam Islam walaupun mereka itu taat dan patuh kepada Perlembagaan Negara, peraturan dan undang-undang negara serta mereka mengiktiraf agama Islam sebagai agama resmi Negara.        

Inilah Mentaliti Islam daripada Allah dan Rasul-Nya. Mentaliti Islam seperti ini tidak pernah wujud di kalangan massa umat Islam kita baik di Malaysia mahupun di dunia ini seluruhnya. Majoriti yang amat terbesar daripada umat Islam kita di seluruh dunia kini tidak mengetahui mengenai prinsip-prinsip yang asas dan fundamental dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ seperti mana yang tersenarai di atas ini, dan oleh kerana mereka tidak mengetahuinya sudah tentu mereka pula tidak mempercayai, mengimani dan mengamalkannya. Sudah semestinya mereka tidak boleh mempercayai sesuatu yang mereka tidak mengetahuinya, apatah lagi untuk mengimani dan mengamalkannya! Ini bererti mereka dengan jelas dan pastinya tidak beriman dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan mereka tidak mengamal dan mempraktikkannya dalam kehidupan mereka hari-hari – justeru itu mereka bukanlah orang-orang yang berada dalam agama Allah. Inilah di antara kejayaan-kejayaan yang cemerlang akan proses pengkufuran ke atas umat Islam yang dirancang dan dioperasikan oleh Ahlil Kitab dan musuh-musuh Islam sejak lebih dua ratus tahun yang lalu yang berlarutan sehinggalah ke hari ini. Sudah berkurun-kurun lamanya seluruh umat Islam kita di dunia ini berada dalam kesesatan dan Jahiliyah tanpa menyedarinya!

Firman Allah: an-Nahl 106 
Barang siapa yang kufurkan Allah sesudah beriman, kecuali dipaksa, sedangkan hatinya tetap beriman, tetapi bagi orang yang terbuka hatinya kepada kekufuran, maka atas mereka kemurkaan Allah dan bagi mereka azab yang besar.

Firman Allah :al-Imran 106
Patutkah kamu kufur ingkar setelah kamu beriman ?

Firman Allah : Yusuf 106 
Dan orang-orang yang beriman kepada Allah kebanyakannya tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukan-Nya juga dengan yang lain .

Ayat-ayat di atas ini membicarakan mengenai gejala kafir setelah beriman yang merupakan sesuatu yang lumrah berlaku dalam sejarah hidup setiap umat manusia. Pengikut Nabi Musa as telah menjadi kafir dan kini telah menganuti agama Yahudi, kemudian pengikut Nabi Isa as pula menjadi kafir dengan agama Kristian mereka, kini giliran umat Nabi Muhammad saw pula yang menjadi kafir. Realiti yang sering berlaku dan melanda umat Islam seperti inilah yang disebut dan dimaksudkan oleh ayat-ayat seperti di atas ini untuk renungan, perhatian dan pengajaran kita.

Kita kini menjadi kafir setelah beriman dengan agama Allah kerana kita telah mengeluarkan segala peraturan dan undang-undang Allah daripada kehidupan kita dan kita memilih untuk berada di bawah peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia. Namun kita masih menggelarkan diri kita sebagai orang-orang Islam hanyalah kerana kita mengucap dua kalimah syahadah, kita melakukan segala syiar ibadat ritual kepada Allah dan kita adalah berasal daripada ibu bapa dan keturunan kita yang beragama Islam, padahal di sisi ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ kita sebenarnya telah terkeluar daripada agama Allah, bukan dari segi iktiqad, niat dan qasad di dalam hati kita atau dari segi ikrar dengan lidah, tetapi kita menjadi kafir dari segi AMALAN dan PERBUATAN, iaitu kita kini berada dalam Kufur Amaliyah yang tetap mengeluarkan kita daripada agama Allah. Kekufuran kita kini adalah sama dan serupa dengan kekufuran Ahlil Kitab yang masih menyangka diri mereka itu sebagai orang-orang yang beriman kepada Allah.

Ayat-ayat seperti di atas ini adalah relevan untuk ditujukan kepada kita pada hari ini kerana Aqidah kita kini telah sesat dan rosak padahal keturunan kita pada suatu masa dahulunya adalah orang-orang yang sempurna beriman kepada Allah, dan ianya (ayat-ayat ini) akan tetap relevan untuk kita pada masa-masa hadapan. Kejayaan cemerlang yang dicapai oleh proses pengkufuran ke atas seluruh massa umat Islam kita telah menyesat dan merosakkan kita dengan total daripada Aqidah kita, dan gejala seperti ini wujud di sepanjang zaman dan di setiap lokasi di seluruh dunia ini!.

Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti SOLAT adalah daripada Allah dan POLITIK adalah juga daripada Allah, sedangkan SOLAT daripada Allah tetapi POLITIK adalah daripada manusia ianya adalah sistem kehidupan yang di luar daripada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ - ini adalah Mentaliti Jahiliyyah dan berada di dalam sistem kehidupan Jahilyyah. Umat Islam kita di Malaysia kita kini sedang berada dalam kesyirikan dan kekufuran kerana kita berada dalam Mentaliti Jahiliyah :

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – an-Nisa):

Oleh sebab itulah al-Quran menuntut hak penyelenggaraan sepenuh di atas kehidupan manusia. Dan ia tidak menerima daripada seseorang Muslim dan daripada masyarakat Islam melainkan seluruh hidupnya pastilah daripada ciptaan sistem ini dan diletakkan di bawah penyelenggaraan dan bimbingannya. Secara tepat dan tegas al-Quran tidak menerima daripada seseorang Muslim dan daripada masyarakat Islam andainya dia hendak memilih beberapa sistem yang datang daripada beberapa sumber untuk mengendalikan kehidupannya. Mithalnya dia mengambil daripada kitab Allah sistem untuk kehidupan peribadi, kegiatan amal ibadat, akhlak dan adab sopan, kemudian daripada buku karangan seorang manusia atau  daripada hasil pemikiran manusia semata-mata dia mengambil pula sistem muamalah, ekonomi, sosial, politik, dan hubungan antarabangsa. Sebenarnya tugas pemikiran manusia ialah berusaha menimba dan mengolah hukum-hukum yang terperinci daripada kitab Allah dan sistemnya untuk dipadankan dengan peristiwa-peristiwa hidup yang baru dan dengan persoalan-persoalannya yang sentiasa berkembang mengikut peraturan yang digariskan Allah di dalam pelajaran yang silam daripada perbicaraan surah ini. Jika tidak, maka tiada keimanan dan tiada keIslaman yang sebenar sama sekali, iaitu tiada keimanan dan keIslaman sejati daripada awal-awal lagi, kerana orang-orang yang melakukan perbuatan itu belum lagi masuk di dalam keimanan yang sebenar dan belum lagi mengaku rukun-rukun Islam yang dikepalai oleh syahadah kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang melahirkan konsep tiada yang berhak memerintah melainkan hanya Allah dan tiada yang berhak mengadakan undang-undang dan peraturan melainkan Allah.

Firman Allah : an-Nisa 115, 116 
Dan sesiapa yang menentang Rasul setelah jelas kepadanya hidayat Allah dan mengikuti jalan yang lain daripada jalan orang-orang yang beriman nescaya Kami halakannya ke arah yang ditujuinya dan Kami akan masukkannya ke dalam neraka  Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. 

Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan kesalahan mensyirikkan-Nya dan Dia mengampunkan keslahan-kesalahn yang lain daripada itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan siapa yang mensyrikkan Allah, maka sesungguhnya dia telah sesat dalam kesesatan yang amat jauh.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – an-Nisa):
Ini bererti dia mengambil sistem hidupnya yang berlainan daripada sistem hidup yang dibawa oleh beliau dan memilih jalan yang berlainan daripada jalan beliau. Kedatangan beliau adalah membawa daripada sisi Allah satu sistem hidup yang lengkap yang merangkumi Aqidah dan syiar-syiar ibadat di samping merangkumi syariat dan peraturan-peraturan amali bagi semua aspek hidup manusia. Kedua-dua unsur Aqidah dan Syariat merupakan badan bagi sistem hidup Ilahi ini. Ia merupakan satu badan yang padu , yang mana roh sistem ini akan tercabut andainya badan itu dibelah lalu diambil sebahagiannya dan ditinggalkan sebahagian yang lain. (Berlandaskan hakikat ini) Orang yang dikatakan menentang Rasulullah saw ialah setiap orang yang mengingkari sistem hidup Ilahi yang dibawa olehnya secara keseluruhan atau mempercayai sesetengahnya dan mengingkarkan sesetengah yang lain, iaitu mengambil sebahagian dan menolak sebahagian yang lain.

Firman Allah al-Anaam 19 
Katakanlah kesaksian siapakah yang lebih besar ? Katakanlah (Keaksian) Allah. Dialah yang menjadi saksi di antara aku dan kamu, dan al-Quran ini telah diwahyukan kepada aku supaya aku memberi peringatan kepada kamu dan kepada orang yang sampai al-Quran ini kepadanya. Apakah kamu benar mengaku bahawa ada Tuhan-tuhan yang lain di samping Allah ? Katakanlah : AKU sekali-kali tidak mengaku. Katakanlah : Sesungguhnya hanya Dia sahaja Tuhan yang Maha Esa dan sesungguhnya aku berlepas diri daripada segala apa yang kamu persekutukan Allah dengannya .

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Nah! Lihatlah di sini bagai mana Rasulullah saw disampaikan perintah daripada Allah kemudian lihatlah bagai mana beliau menghadapi kaum musyrikin yang mengambil Pelindung-pelindung yang lain daripada Allah dan memberi kepada mereka setengah-setengah sifat Uluhiyah di samping Allah serta mengajak Rasulullah saw supaya mengiktirafkan kepercayaan mereka ini sebagai syarat untuk mereka menganut agama yang dibawa oleh beliau! Seolah-olah permintaan mereka boleh diterima dan seolah-olah Islam dan syirik boleh berkumpul di dalam sebuah hati dalam bentuk yang difahami oleh mereka, dan bentuk kefahaman ini juga masih difahami oleh setengah-setengah orang di zaman ini, iaitu seseorang itu masih dianggap seorang Muslim walaupun ia menerima peraturan-peraturan dalam urusan-urusan kehidupannya daripada sumber yang lain daripada Allah, walaupun ia tunduk dan patuh kepada yang lain daripada Allah, walaupun ia meminta pertolongan kepada yang lain daripada Allah dan walaupun ia mengambil daripada yang lain daripada Allah sebagai Pelindungnya .

Firman Allah : al-An’aam 159 
Sesungguhnya orang-orang yang memecah belahkan agama mereka dan membentuk berbagai-bagai puak, maka engkau sedikitpun tidak bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka. Sesungguhnya urusan mereka terserah kepada Allah. Kemudian Dialah yang akan memberi tahu kepada mereka segala perbuatan yang dilakukan mereka.       

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Sikap pertama seorang Muslim terhadap mana-mana aqidah yang non-Islamic ialah sikap berpisah dan menolak daripada detik pertama lagi, begitu juga sikapnya terhadap mana-mana undang-undang dan peraturan yang tidak mengiktiraf kuasa Hakimiyah atau kuasa Uluhiyah  dan Rububiyah Allah Yang Maha Esa sahaja ialah sikap menolak dan membersihkan diri daripada detik pertama lagi, sebelum memasuki percubaan untuk mencari titik-titik pertemuan atau pertentangan yang wujud dalam undang-undang Islam.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran-al-Baqarah):
Apabila persoalan merupakan persoalan Tauhid dengan syirik, maka Islam telah menyelesaikan persoalan itu sejak daripada detik yang awal lagi. Ia menetapkan keputusannya yang tegas, tanpa teragak-agak, tanpa mengambil hati, tanpa tawar menawar dan tanpa pertemuan di separuh jalan, kerana persoalan yang terbit di sini ialah persoalan dasar pokok kepercayaan dan kefahaman. Tanpa dasar ini keimanan tidak mungkin wujud dan Islam tidak mungkin ditegakkan . 

Firman Allah : Yusuf 40 
Sesungguhnya hukum  itu hanya hak Allah . Dia memerintahkan kamu supaya jangan menyembah kepada yang lain melainkan Allah.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran - Hud) :
Sesetengah Jahiliyah pula muncul dalam bentuk yang betul terhadap kewujudan Allah swt dan dalam amalan menunaikan syiar-syiar ibadat, tetapi melakukan penyelewengan yang berat dalam memahami konsep syahadah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan Muhammad Rasulullah, di samping melakukan perbuatan syirik yang jelas dalam ketaatan dan kepatuhan, serta mengikut dan menjunjung perintah seperti Jahiliyah yang terdapat pada orang-orang yang menamakan diri mereka sebagai orang-orang Islam dan menyangka telah menganut agama Islam dan berhak mendapat sifat Islam dan segala haknya sebaik sahaja mereka melafazkan dua kalimah syahadat dan menunaikan amalan ibadat yang tertentu, sedangkan mereka mempunyai pengertian yang buruk terhadap konsep dua kalimah syahadat dan memberi ketaatan dan kepatuhan mereka kepada makhluk yang lain daripada Allah.

Firman Allah : Ibrahim 52 
(Al-Quran ) ini adalah perutusan yang disampaikan kepada manusia dan supaya mereka sentiasa diberi peringatan dengannya dan supaya mereka mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan supaya orang-orang yang berakal mengambil pengajaran.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran - Ibrahim) :
Orang-orang yang menyangka diri mereka mengucap dua kalimah syahadat ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan Muhammad Rasulullah dan kerana mereka memenuhi dan mentaati peraturan-peraturan taharah, peraturan-peraturan ibadat, peraturan-peraturan perkahwinan dan perceraian, peraturan-peraturan pesaka dan sebagainya dan di waktu yang sama mereka mematuhi – di sebalik bidang yang sempit ini – peraturan-peraturan yang dicipta oleh yang lain daripada Allah, iaitu mereka mentaati undang-undang yang tidak diizinkan Allah dan yang terang-terang bertentangan dengan syariat Allah, kemudian mereka bersedia mengorbankan jiwa, harta, maruah dan akhlak mereka – sama ada mereka suka atau tidak suka – untuk melaksanakan kehendak-kehendak yang dituntut daripada mereka oleh berhala-berhala yang baru itu. Dan apabila agama atau akhlak atau maruah bercanggah dengan kehendak-kehendak berhala ini, maka yang dibuang oleh mereka itu ialah perintah-perintah Allah sebaliknya yang dilaksanakan ialah kehendak-kehendak berhala-berhala itu.
Orang-orang yang menyangka diri mereka sebagai “kaum Muslimin“ dan menyangka berada dalam agama Allah, sedangkan mereka hidup dalam keadaan ini, maka hendaklah mereka sedar bahawa mereka sedang berada di dalam syirik yang amat besar!

Firman Allah : al-A’raaf 104, 105 
Wahai Firaun! Sesungguhnya saya adalah utusan daripada Allah Tuhan semesta alam.
Oleh itu bebaskanlah kaum Bani Israil pergi bersama saya.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-A’raf ) :
Pengumuman konsep Rububiyah Allah yang merangkumi semesta alam itu tidak boleh berkumpul dengan amalan seorang yang tunduk kepada yang lain daripada Allah dan tidak pula boleh berkumpul dengan kuasa Hakimiyah seorang yang mengamalkan undang-undang ciptaannya sendiri. Orang-orang yang membanggakan diri mereka sebagai orang-orang Islam yang sebenar, sedangkan mereka tunduk kepada undang-undang ciptaan manusia – yakni tunduk kepada Rububiyah yang lain daripada Rububiyah Allah – adalah salah dan meleset jika mereka fikirkan diri mereka sebagai kaum Muslimin yang tulen! Sebenarnya mereka tidak berada di dalam agama Allah yang sebenar, kerana pemerintah mereka bukannya Allah dan undang-undang yang dijunjung mereka bukannya syariat Allah. Malah mereka berada dalam agama pemerintah itu bukan dalam agama Allah yang sebenar.

Firman Allah: ali-Imran 2, 18 
Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Dia yang Maha Hidup dan Maha Pentadbir. Ia mentadbir dengan adil. Tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran):
“Erti Islam ialah ketaatan berhakimkan kepada kitab Allah, mematuhi dan mengikutnya. Sesiapa yang tidak berbuat demikian, maka tidak ada agama baginya dan dia bukannya seorang Muslim walau pun dia mendakwa beragama Islam dan berpegang dengan agama Allah. Kerana agama Allah digaris, dijelas dan ditafsir oleh Allah s.w.t sendiri dan bukannya tunduk kepada pentafsiran dan penggarisan hawa nafsu manusia yang masing-masing menggaris dan mentafsirkan mengikut sesuka hati mereka.

Islam bukannya semata-mata pengakuan, bukannya semata-mata panji-panji, bukannya semata-mata kata-kata yang diucapkan lisan, malah bukannya kepercayaan yang dikandung oleh hati dengan diam dan tenang, bukannya upacara-upacara ibadat perseorangan yang ditunaikan oleh individu-individu dalam solat, haji dan puasa .... tidak, ini bukannya Islam yang menjadi satu-satunya agama yang diredhai Allah dari para hambaNya, malah Islam ialah penyerahan diri, ketaatan dan ikutan yang patuh. Islam ialah berhakimkan kitab Allah dalam segala urusan hamba.

Ubudiyah yang digambarkan dalam Islam dengan makna menyerah diri - bukan dalam bentuk iktikad dan perasaan sahaja - tetapi dalam bentuk amalan, ketaatan dan kepatuhan mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang amali yang dilambangkan oleh hukum-hukum yang terkandung di dalam kitab al-Quran. Dari sudut inilah kita dapati ramai manusia di setiap zaman yang mengaku bahawa mereka beriman kepada Allah s.w.t., tetapi mereka mempersekutui Allah s.w.t. dengan pihak-pihak yang lain apabila mereka mentaati orang-orang yang tidak mengikut Rasul dan kitab sucinya. Dan apabila mereka menerima pemikiran, nilai-nilai, neraca-neraca, akhlak dan peradaban-peradaban dari pihak-pihak yang lain. Ini semua merupakan amalan-amalan yang bertentangan dengan pengakuan mereka bahawa mereka beriman kepada Allah s.w.t. dan tidak selaras dengan pengakuan Allah s.w.t. bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.”

Firma Allah : al-’Araf 3 
kutilah segala apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu dan janganlah kamu ikuti pimpinan-pimpinan yang lain daripada Allah (malangnya) sedikit sekali kamu mengambil peringatan.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) : 
Inilah persoalan asasi agama Islam, iaitu kesanggupan menjunjung segala perintah yang diturunkan Allah itulah Islam atau penyerahan diri kepada Allah atau itulah pengiktirafan terhadap Rububiyah Allah dan pengakuan bahawa Allah yang Maha Esa sahaja yang mempunyai kuasa Hakimiyah yang wajib dijunjung segala perintah dan larangan-Nya dan tiada siapa yang lain daripada Allah yang mempunyai kuasa itu. Perbuatan menjunjung perintah pemimpin-pemimpin yang lain daripada Allah itulah perbuatan syirik atau itulah perbuatan menolak pengiktirafan terhadap Rububiyah Allah, bagai mana tidak syirik sedangkan kuasa Hakimiyah tidak dikhususkan kepada Allah sahaja ?   

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran - Hud) :
Sebenarnya dalam konsep dan kefahaman Islam tidak ada aktiviti manusia yang tidak tergolong di dalam amal ibadat atau tidak dituntut agar direalisasikan konsep ibadat dalam aktiviti itu, kerana matlamat seluruh sistem hidup Islam ialah merealisasikan konsep ibadat daripada awal hingga ke akhir.

Tidak ada matlamat yang lain di dalam sistem hidup Islam yang berkaitan dengan peraturan pemerintahan, peraturan ekonomi, undang-undang jenayah, undang-undang sivil, undang-undang keluarga dan sebagainya daripada undang-undang dan peraturan yang terkandung dalam sistem hidup Islam kecuali semuanya bermatlamat untuk merealisasikan konsep beribadat di dalam kehidupan manusia.

Aktiviti manusia dikira tidak bersifat ibadat dan dikira tidak merealisasikan matlamat ibadat yang digariskan oleh al-Quran sebagai matlamat kewujudan manusia kecuali aktiviti itu dilakukan mengikut sistem hidup Rabanni. Dengan cara ini sahaja terlaksananya tujuan mengkhususkan sifat Uluhiyah kepada Allah sahaja dan tujuan mengiktirafkan Ubudiyah kepada Allah sahaja, jika tidak, maka aktiviti itu akan terkeluar daripada konsep ibadat dan daripada konsep Ubudiyah atau dengan lain-lain ungkapan, ia terkeluar daripada matlamat kewujudan manusia seperti yang dikehendaki Allah, iaitu terkeluar daripada agama Allah.

Jenis-jenis aktiviti yang disifatkan oleh ulama fiqah dengan nama ibadat-ibadat, apabila disemakkan kedudukan-kedudukannya di dalam al-Quran nescaya akan terserlah satu hakikat yang nyata, yang tidak boleh diabaikan, iaitu aktiviti-aktiviti ibadat itu tidak disebut di dalam al-Quran secara menunggal atau terasing daripada segala jenis aktiviti yang lain, yang distilahkan oleh ulama fiqah dengan nama muamalat, malah kedua-dua jenis aktiviti itu mempunyai hubung kait yang rapat dalam huraian al-Quran, di samping mempunyai hubung kait yang rapat di dalam sistem bimbingan al-Quran, kerana aktiviti muamalat itu dikira sebagai sebahagian daripada sistem ibadat yang menjadi matlamat kewujudan manusia, juga dikira sebagai kegiatan yang merealisasikan konsep Ubudiyah dan konsep mengifradkan sifat Uluhiyah kepada Allah swt sahaja.

Pembahagian aktiviti-aktiviti manusia kepada ibadat dan muamalat lama kelamaan telah membuat setengah-setengah orang Islam berfikir bahawa mereka boleh menjadi kaum Muslimin apabila mereka melaksanakan aktiviti ibadat mengikut hukum-hukum Islam walaupun mereka menjalankan segala aktiviti muamalat mengikut satu sistem hidup yang lain, yang tidak diterima daripada Allah, malah diterima daripada Tuhan yang lain, yang mengatur undang-undang dan peraturan-peraturan hidup mereka tanpa diizinkan Allah.

Ini adalah satu pandangan atau kefahaman yang salah, kerana Islam adalah satu kesatuan yang tidak boleh dicaing dan diceraikan, dan sesiapa yang mencaingkan Islam kepada dua bahagian bererti ia keluar daripada kesatuan ini atau dengan ungkapan yang lain ia keluar daripada sistem agama ini.

Ini adalah satu hakikat yang agung yang harus diberi perhatian yang berat oleh setiap Muslim yang ingin menegakkan keislamannya dan dalam waktu yang sama ingin merealisasikan matlamat kewujudannya sebagai insan.

Kini kami ingin menambahkan kepada keterangan petikan-petikan yang kami nukilkan di sini pernyataan yang telah kami paparkan sebelum ini dalam juzu ini bahawa orang-orang Arab yang pertama kali ditujukan al-Quran ini kepada mereka tidak pernah membataskan pengertian kata-kata ibadat, apabila diperintahkan beribadat kepada penunaian syiar-syiar ibadat semata-mata, malah mereka memahami bahawa yang dimaksudkan dengan kata-kata ibadat itu ialah ketaatan dan kepatuhan menjunjung semua perintah Allah dan mereka harus mananggalkan daripada leher mereka belenggu ketaatan kepada yang lain daripada Allah dalam semua perintah-Nya. Rasulullah saw sendiri telah mentafsirkan dengan Nas yang terang pengertian kata-kata ibadat itu sebagai mengikut dan menjunjung perintah dan bukannya syiar-syiar amalan ibadat yang tertentu ketika menjawab sangkalan Adi ibn Hatim mengenai ayat orang-orang Yahudi dan Kristian yang telah disifatkan oleh al-Quran sebagai orang-orang yang memperTuhankan ulama-ulama  dan paderi-paderi mereka. Hujah beliau : sebenar mereka (ulama dan paderi-paderi kaum Yahudi dan Kristian) telah menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan Allah kepada mereka dan mengharamkan perkara yang dihalalkan Allah kepada mereka, lalu mereka (orang-orang Yahudi dan Kristian ) mengikut dan menjunjung (fatwa-fatwa mereka yang karut itu), dan inlah maknanya mereka telah menyembah mereka. Sebenarnya kata-kata ibadat yang diertikan dengan syiar-syiar ibadat yang tertentu itu adalah dibuat kerana memandangkan syiar-syiar ibadat itu sebagai salah satu bentuk gambaran ketaatan dan kepatuhan kepada Allah dalam sesuatu urusan yang tertentu, tetapi pengertian syiar-syiar ibadat itu tidaklah merangkumi segala pengertian ibadat dan ia hanya merupakan pengertian secara cabangan bukan pengertian secara pokok. 

Firman Allah : al-Maidah 44, 45, 47 
Barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah mereka itu adalah orang-orang kafir, zalim dan fasik.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Tujuan agama yang datang daripada Allah ialah untuk menjadi satu sistem hidup, iaitu satu sistem hidup yang realistik. Kedatangan agama Allah ialah untuk memegang teraju kepimpinan hidup manusia, untuk mengatur, membimbing dan memeliharanya. Tidak ada agama yang datang daripada Allah untuk semata-mata menjadikan Aqidah hati nurani sahaja dan tidak pula untuk dijadikan syiar ibadat yang dikerjakan di rumah-rumah ibadat dan mihrab-mihrab. Walaupun kedua-duanya perlu bagi kehidupan manusia dan penting dalam mentarbiyahkan hati nurani manusia, tetapi kedua-duanya tidak cukup untuk memimpin kehidupan dan untuk mengatur, membimbing dan memeliharanya jika di atas asas kedua-duanya tidak ditegakkan satu sistem, satu peraturan dan satu syariat yang diamalkan dalam kehidupan manusia, di mana mereka boleh dihukum dengan undang-undang dan kuasanya, iaitu mereka boleh dikenakan hukuman-hukuman apabila mereka melanggar dan menyalahinya.

Kehidupan manusia tidak mungkin menjadi betul dan kukuh melainkan apabila menerima Aqidah, syiar-syiar ibadat, undang-undang dan peraturan daripada satu sumber yang sama berkuasa di atas dhamir dan hati manusia di samping berkuasa di antara harakat dan perilaku mereka, iaitu kuasa yang menentukan ganjaran dan balasan di dunia mengikut undang-undang dan peraturan di samping menentukan ganjaran dan balasan dalam kehidupan akhirat mengikut hisab-Nya.

Tetapi apabila kuasa itu berbelah bahagi dan sumber penerimaan juga berbelah bagi, iaitu kuasa di dalam hati dan syiar-syiar ibadat diberikan kepada Allah, sedangkan kuasa di dalam bidang undang-undang dan peraturan diberikan kepada yang lain daripada Allah, atau kuasa menentukan balasan dan ganjaran di akhirat diberikan kepada Allah sementara kuasa dalam menentukan hukuman-hukuman dan balasan-balasan di dunia diberikan kepada yang lain daripada Allah. Di waktu ini jiwa manusia akan terkoyak dan tercaing di antara dua kuasa yang berlainan, di antara dua arah tujuan yang berlainan dan di antara dua sistem yang berlainan dan di waktu ini jiwa manusia akan dilanda kerosakan, iaitu kerosakan yang diisyaratkan oleh ayat-ayat al-Quran di berbagai-bagai tempat :

“Jika pada keduanya (langit dan bumi ) ada Tuhan selain daripada Allah nescaya kedua-duanya musnah (4:22).” 

“Andai kebenaran itu menurut hawa nafsu mereka tentulah musnah segala langit dan bumi dan para penghguninya (mukminun 71).”   

“Kemudian kami jadikan engkau di atas satu syariat daripada perintah Allah. Oleh itu  ikutkannya dan janganlah engkau mengikut hawa nafsu orang yang tidak mengetahui (Jaathiyah 18).”
Oleh sebab inilah seluruh agama yang datang daripada Allah adalah bertujuan untuk dijadikan satu sistem hidup sama ada agama ini datang untuk satu negeri di antara berbagai-bagai negeri atau untuk satu umat di antara berbagai-bagai umat atau untuk seluruh umat manusia dengan seluruh generasinya. Agama itu datang membawa satu syariat yang tertentu untuk mengendalikan realiti kehidupan di samping membawa Aqidah yang membentuk kefahaman dan pandangan yang betul terhadap hidup dan membawa syiar-syiar ibadat yang menghubungkan hati manusia dengan Allah. Ketiga-tiga aspek ini merupakan asas agama yang datang daripada Allah, kerana kehidupan manusia tidak  mungkin menjadi betul dan kukuh melainkan apabila agama Allah dijadikan sistem hidup.

Di dalam al-Quran terdapat berbagai-bagai bukti yang menunjukkan bahawa agama-agama samawi yang pertama yang mungkin diturunkan untuk sesebuah negeri atau untuk sesuatu suku kaum itu adalah mendokong cara kesepaduan (tiga aspek) ini dalam bentuk yang sesuai dengan taraf perkembangan yang dilalui oleh negeri atau suku kaum itu. Di sini al-Quran membentangkan ciri kesepaduan ini di dalam tiga agama samawi yang utama, iaitu agama Yahudi, agama Kristian dan agama Islam.

Friman Allah : az-Zumar 3 
Dan orang-orang yang mengambil pelindung yang lain daripada Allah (berkata) : Kami tidak menyembah mereka melainkan (hanya dengan tujuan ) supaya mereka mendampingkan kami lebih dekat kepada Allah. 
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Inilah perbuatan syirik yang dilakukan mereka. Oleh itu apakah sifat yang dapat diletakkan ke atas orang-orang yang tidak memohon pertolongan Allah untuk diri mereka dengan perantaraan hamba-hamba-Nya, tetapi mereka memohon pertolongan manusia untuk menolong agama Allah dengan menggunakan mana-mana isme dan sistem yang diciptakan oleh manusia ?

Islam tetap Islam. Sosialisme tetap sosialisme dan demokrasi tetap demokrasi. Islam adalah sistem hidup daripada ciptaan Allah. Islam tidak mempunyai gelaran dan sifat yang lain daripada gelaran dan sifat yang telah disifatkan Allah kepadanya sedangkan sosialisme dan demokrasi adalah daripada sistem-sistem ciptaan manusia dan daripada hasil-hasil pengalaman manusia. Oleh itu apabila mereka memilih sistem ini, maka hendaklah mereka memilih di atas asas ini. Pendakwah agama Islam tidak seharusnya tertarik kepada godaan fesyen-fesyen (atau aliran-aliran pemikiran) yang digemari nafsu manusia yang sentiasa berubah-ubah itu, dan serentak dengan itu ia merasa telah memberi perkhidmatan yang baik kepada agama Allah.

Tetapi kami ingin bertanya kepada orang-orang yang memandang rendah kepada agama mereka sendiri dan tidak menghormatinya dengan sewajarnya : jika kamu kemukakan Islam kepada orang ramai pada hari ini dengan nama sosialisme atau dengan nama demokrasi berdasarkan bahawa ianya adalah dua isme yang dianggap sebagai dua contoh aliran pemikiran yang diminati umum di zaman ini, pada satu zaman yang lampau sistem kapitalis merupakan satu pakaian yang digemari umum apabila mereka mengeluarkan sistem itu daripada sistem feudal, begitu juga sistem pemerintahan mutlak atau diktatur pernah dalam satu zaman tertentu menjadi satu sistem yang digemari, iaitu dizaman pengemblingan kebangsaan bagi wilayah-wilayah yang bertaburan (di Eropah) sebagai mana yang berlaku di negeri-negeri Jerman, Itali di zman Bismarck dan Mazzini, besok siapa tahu apakah pula satu sistem daripada sistem-sistem kemasyarakatan dan pemerintahan yang digemari umum, yang digubalkan oleh manusia untuk manusia? Dan apakah pula pendapat yang dikatakan mereka terhadap Islam untuk dikemukakan kepada orang ramai dalam bentuk fesyen yang digemari mereka?

Bimbingan al-Quran di dalam gelombang yang sedang dibicarakan ini, juga di dalam gelombang yang lain adalah merangkumi persoalan ini. Al-Quran mahu pendakwah meletakkan agama Allah di tempat yang tinggi. Para pendakwah tidak seharusnya tertarik kepada cadangan-cadangan dan pengesyoran-pengesyoran orang ramai. Mereka tidak seharusnya menghiaskan agama Allah dengan nama-nama yang lain daripada nama-Nya yang sebenar dan seterusnya mereka tidak seharusnya mengemukakan agama ini kepada orang ramai dengan menggunakan metodologi dan cara-cara yang lain daripada metodologi dan cara yang sebenarnya, kerana Allah Maha Kaya dan tidak merlukan pendapat-pendapat manusia. Siapa yang tidak menyambut agama-Nya dengan semangat Ubudiyah kepada-Nya, dan dengan semangat mencabut dirinya daripada Ubudiyah kepada yang lain daripada-Nya, maka agama Allah tidak memerlukannya, begitu juga Allah swt tidak memerlukan sesiapa sama ada daripada para hamba-Nya yang taat atau para hamba-Nya yang menderhaka.

Di samping itu, jika agama Allah mempunyai asas-asasnya yang tulen sama ada daripada segi asas-asasnya mahupun daripada segi cirri-cirinya, maka ia juga mempunyai asas-asas yang tulen dari segi metodologi dan dari segi cara berbicara dengan fitrah manusia kerana yang menurunkan agama ini dengan asas-asas dan ciri-cirinya dengan metodologi dan cara harakatnya yang tersendiri ialah Allah yang menciptakan insan itu yang mengetahui segala bisikan hatinya.   

Firman Allah : al-An’aam 159 
Sesungguhnya orang-orang yang memecah belahkan agama mereka dan membentuk berbagai-bagai puak, maka engkau sedikitpun tidak bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka. Sesungguhnya urusan mereka terserah kepada Allah. Kemudian Dialah yang akan memberi tahu kepada mereka segala perbuatan yang dilakukan mereka.       

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Rasulullah saw tidak mempunyai sebarang kaitan dengan seluruh mereka dalam sesuatu apapun kerana agama yang dibawa beliau ialah agama Islam, dan syariatnya adalah syariat yang termaktub di dalam kitab Allah (al-Quran), dan sistem hidup yang perjuangkannya ialah sistem hidup yang tersendiri dan unik dengan ciri-ciri yang membezakannya daripada segala sistem hidup yang lain. Agama Islam yang dibawa beliau tidak mungkin bercampuraduk dengan kepercayaan-kepercayaan dan kefahaman-kefahaman yang lain, begitu juga undang-undang dan peraturannya tidak mungkin bercampuraduk dengan aliran-aliran undang-undang dan teori-teori perundangan yang lain, dan seterusnya tidak mengaku ada dua nama bagi satu undang-undang, satu peraturan dan sesuatu sistem iaitu nama Islam dan satu nama yang lain. Islam tetap Islam sahaja, syariat Islam tetap syariat Islam sahaja, sistem sosial, politik dan ekonomi Islam tetap sistem sosial, politik dan ekonomi Islam sahaja. Rasulullah saw tidak mempunyai apa-apa hubung kait dengan seluruh perpecahan mereka hingga ke akhir zaman.       

Huraian-huraian Saiyyid Qutb yang panjang lebar dalam berbagai-bagai bentuk, sarana dan gaya mengenai pengertian-pengertian berbagai-bagai ayat-ayat al-Quran seperti mana yang dibicarakan di atas ini hanya memfokuskan kepada satu isu sahaja yang amat “crucial” yang berlaku kepada seluruh massa umat Islam kita yang berhubung kait rapat dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, iaitu umat Islam kita kini sedang berada dalam MENTALITI JAHILIYAH dan kita kesemuanya telah terkeluar daripada agama Allah kerana kita sedang berada di dalam masyarakat dan negara yang memisahkan di antara AGAMA dengan POLITIK, dan bahawa di dalam masyarakat seperti ini sudah semestinya tidak wujud dan beroperasi segala peraturan dan undang-undang Allah dalam seluruh bidang kehidupan manusia yang meliputi bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, moral dan perhubungan antarabangsa.

Kita telah mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan telah terkeluar daripada agama Allah kerana kita MEMBUAT, MENJALAN  dan MENGUAT KUASAKAN segala peraturan dan undang-undang manusia yang meliputi bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa. Kita telah mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan telah terkeluar daripada agama Allah kerana kita MENTAATI dan MEMATUHI seluruh sistem kehidupan Jahiliyyah bersekali dengan segala peraturan dan undang-undang Jahiliyyah yang sedang beroperasi dan berkuat kuasa ke atas kita kini. Kita telah mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan telah terkeluar daripada agama Allah kerana kita MENYETUJUI dan MEREDHAI seluruh sistem kehidupan Jahiliyyah bersekali dengan segala peraturan dan undang-undang Jahiliyyah. Kita telah membuang segala peraturan dan undang-undang Allah daripada sistem kehidupan kita yang bererti kita telah membuang seluruh agama kita ini daripada sistem kehidupan kita – kita berada di dalam kekufuran !

Segala huraian ayat-ayat al-Quran seperti mana petikan-petikan di atas ini sengaja dikumpul dan dipaparkan di sini dengan begitu banyak dan panjang lebar sekali dengan harapan agar ianya dapat meyakinkan umat Islam kita tanpa sebarang keraguan sedikitpun lagi bahawa kita sebenarnya telah terkeluar daripada agama Allah kerana kita telah menolak dan mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Walaupun kita mengucap dua kalimah syahadah, kita tekun dalam melakukan syiar-syiar ibadat ritual seperti solat, puasa, zakat, haji, nikah kahwin secara Islam, serta kita ini adalah daripada keturunan Islam, sebenarnya kita kesemuanya telah terkeluar daripada agama Allah kerana kita sememangnya telah menolak dan mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Apabila kita sudah terkeluar daripada agama Allah kerana kita dengan jelas dan terang sekali telah menolak dan mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ sedangkan kita masih menyangka dan menganggapkan diri kita sebagai orang-orang Islam – ini bererti bahawa kita sebenarnya sudah berada di dalam Mentaliti Jahiliyah. Umat Islam kita kini sedang berada dalam kesesatan, kerosakan, kesyirikan dan kekufuran dan sama sekali tidak berada di dalam agama Allah  – inilah realiti yang amat tragis yang sedang menghantui seluruh massa umat Islam kita kini! Perbincangan seperti ini adalah amat perlu kepada kita kerana ianya berperanan sebagai penjelasan dan peringatan kepada kita bahawa kita kini sebenarnya tidak berada di dalam agama kita, malah kita sedang berada di dalam kesesatan, kerosakan dan kekufuran yang jelas dan terang mengikut segala prinsip, hukum, tuntutan dan perintah kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ - peringatan seperti ini diharapkan akan dapat membawa kita kepada kesedaran dan keinsafan yang diharapkan agar kita akan bertindak untuk mengeluarkan diri kita masing-masing daripada kesyirikan dan kekufuran dan untuk mengembalikan kita kepada keimanan yang hakiki. 

No comments:

Post a Comment