Friday 31 August 2012

MERDEKA


MERDEKA

Firman Allah : al-Araf 104,105
Dan ujar Musa : Sesungguhnya saya adalah utusan daripada Allah Tuhan semesta alam,
Sudah semestinya saya tidak harus mengatakan dengan menggunakan nama Allah sesuatu yang benar. Saya telah membawa kepada kamu keterangan yang jelas daripada Tuhan kamu. Oleh itu bebaskanlah kaum Bani Israil pergi bersama saya.

MERDEKA! Lihat, Bangsa Melayu sudah merdeka! Ayuh, kita sudah berjaya! Apakah sebenarnya kita sudah merdeka?

Tidak! Kita sebenarnya belum pernah mengenali erti kemerdekaan. Merdeka yang kita laungkan itu merupakan slogan kosong dan penipuan semata-mata. Kemerdekaan Malaysia daripada Britain adalah PENJAJAHAN dan KEKUFURAN kerana ianya bererti membebaskan diri daripada Uluhiyah dan Rububiyah Britain untuk digantikan dengan Uluhiyah dan Rububiyah Malaysia sedangkan kedua-duanya itu adalah sama-sama didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang menafi, menolak, mengingkari dan menentang Uluhiyah dan Rububiyah Allah serta kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Setiap kerajaan yang didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia adalah PENJAJAHAN dan KEKUFURAN di sisi kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Kemerdekaan dalam pengertian kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ialah pembebasan daripada penjajahan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia untuk berhijrah dan berada di bawah penjajahan Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

Dahulu Malaysia berada di bawah penjajahan Britain, kini adalah giliran dan masanya pula bagi kedua-dua Britain dan Malaysia untuk sama-sama berada di bawah PENJAJAHAN yang selain daripada Allah, iaitu penjajahan oleh Uluhiyah dan Rububiyah Manusia ke atas manusia serta sama-sama sedang aktif dalam menafi, menolak, mengingkari dan menentang Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan  kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Sebagai mana Britain itu adalah sebuah negara yang syirik dan kufur, Malaysia adalah juga sebuah negara yang syirik dan kufur kerana kedua-duanya itu adalah didasarkan kepada penjajahan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang syirik dan kufur. Kemerdekaan Malaysia daripada Britain bererti perubahan dan penghijrahan daripada satu kekuasaan kufur yang lama kepada satu kekuasaan kufur yang baru, atau daripada Jahiliyah yang lama kepada Jahiliyah yang baru – tidak lebih daripada itu ! Malaysia dan seluruh massa umat Islam kita di Malaysia ini dari dahulu sehingga ke masa kini tidak pernah merasai dan mengenali erti kemerdekaan yang sebenar mengikut pengertian   kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ . Kita tetap kekal berada dalam penjajahan Jahiliyah berkurun-kurun lamanya!


Pengertian merdeka :


1.    
Merdeka adalah Islam, manakala penjajahan adalah kekufuran;

2.    
Merdeka bererti berpegang teguh kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, berada dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ serta ketaatan, kepatuhan dan ketundukan kepada segala peraturan dan undang-undang  daripada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, di luar kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ  tidak wujud kemerdekaan;

3.    
Medeka adalah penjajahan Allah ke atas manusia, manakala penjajahan manusia kepada manusia adalah kekufuran;

4.    
Merdeka adalah pembebasan manusia yang total dan absolute daripada pengabdian manusia kepada kekuasaan manusia dan merdeka adalah pengabdian manusia yang total dan absolute kepada Allah sahaja;

5.    
Merdeka bererti beribadat kepada Allah dan menolak ibadat kepada yang selain daripada Allah;

6.    
Merdeka bererti menjauhi dan memisahkan diri daripada kerajaan manusia dan undang-undang manusia serta untuk bertindak dengan terbuka, aktif dan total dalam menafi, menolak, mengingkari dan menentangnya dengan terbuka, aktif dan total sehingga ianya mengalami kehancuran yang total untuk digantikan dengan kerajaan Allah dan undang-undang Allah;

7.    
MERDEKA adalah keadilan, kebebasan, keamanan, keselamatan, kebahagiaan, kerahmatan, kesempurnaan dan kemuliaan kepada kehidupan manusia di atas muka bumi ini.




Firman Allah : al-Araf 104,105
Dan ujar Musa : Sesungguhnya saya adalah utusan daripada Allah Tuhan semesta alam,
Sudah semestinya saya tidak harus mengatakan dengan menggunakan nama Allah melainkan sesuatu yang benar. Saya telah membawa kepada kamu keterangan yang jelas daripada Tuhan kamu. Oleh itu bebaskanlah kaum Bani Israil pergi bersama saya.


Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Nabi Musa telah mencabar Firaun dan kuncu-kuncunya dengan mengemukakan hakikat Aqidah Islam yang tunggal yang dikemukakan oleh setiap nabi sebelum atau selepasnya untuk mencabar aqidah-aqidah Jahiliyah yang karut. Beliau mencabar Firaun dengan hakikat aqidah ini sedangkan beliau sedar bahawa aqidah ini merupakan suatu pemberontakan terhadap Firaun, terhadap para pembesarnya, terhadap kerajaan dan sistem pemerintahannya kerana konsep Rububiyah Allah terhadap seluruh alam dari awal-awal lagi bererti memansukh dan membatalkan legaliti mana-mana undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintahan yang lain daripada syariat Allah dan perintah –Nya, juga membawa erti mengenyahkan setiap Taghut daripada memperhambakan manusia kepada kekuasaannya dan menundukkan mereka kepada undang-undang dan perintah yang lain daripada Allah . Beliau mencabar Firaun dengan hakikat yang besar ini dengan sifatnya sebagai utusan daripada Tuhan semesta alam yang berkewajipan dan dipastikan supaya mengatakan sesuatu hakikat yang benar atas nama Allah yang mengutuskannya   

Perisytiharan konsep Rububiyah Allah yang merangkumi semesta alam itu sendiri merupakan perisytiharan pembebasan manusia, iaitu pembebasan daripada tunduk, patuh, mengikut dan mengabdikan diri kepada yang lain daripada Allah, juga pembebsan daripada peraturan dan undang-undang manusia, pembebasan daripada hawa nafsu, pembebasan daripada tradisi-tradisi manusia dan daripada pemerintahan manusia.  


Berdasarkan hakikat inilah, Nabi Musa as diperintah menuntut daripada Firaun supaya membebaskan kaum Bani Israil :

Firman Allah : al-Araf 104,105
Dan ujar Musa : Sesungguhnya saya adalah utusan daripada Allah Tuhan semesta alam,
Sudah semestinya saya tidak harus mengatakan dengan menggunakan nama Allah sesuatu yang benar. Saya telah membawa kepada kamu keterangan yang jelas daripada Tuhan kamu. Oleh itu bebaskanlah kaum Bani Israil pergi bersama saya. 
Kita kini sedang berada di bawah penjajahan demokrasi, kerajaan demokrasi dan peraturan dan undang-undang demokrasi dengan segala gejala penindasan, kezaliman, kejahatan, ancaman, pencerobohan dan kerosakan ke atas kita kerana kita taat, patuh, tunduk dan mengabdikan diri kita kepadanya, iaitu kepada agama demokrasi , kerajaan demokrasi dan segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang syirik dan kufur. Situasi kita kini adalah sama dengan situasi Bani Israil yang dibelenggu dan dizalimi oleh Firaun. Allah memerintahkan Nabi Musa as supaya memerdeka dan membebaskan kaumnya daripada kezaliman dan penindasan Firaun. Begitu juga Allah memerintahkan kita supaya membebaskan diri kita daripada taat, patuh dan tunduk kepada demokrasi, kerajaan demokrasi dan peraturan dan undang-undang demokrasi serta seluruh Tuhan Manusia yang berada di dalam sistem politik demokrasi kita ini  melalui Jihad dan Perang supaya kita wujud dan hidup dalam keadaan yang bebas dan merdeka. Sekiranya kita taat, patuh, tunduk dan mengabdikan diri kita kepada demokrasi, kerajaan demokrasi dan peraturan dan undang-undang demokrasi serta kepada Tuhan-tuhan Manusia di dalam sistem politik demokrasi kita ini dengan redha dan selesa sahaja, ianya bererti kita telah mencampakkan diri kita ke dalam kesyirikan dan kekufuran .

Penjajahan kaum kafir ke atas kita adalah penindasan, begitu juga penjajahan kaum Islam ke atas sesama umat Islam adalah juga penindasan – setiap penjajahan manusia ke atas manusia itu adalah penindasan, kezaliman, kejahatan, ancaman, pencerobohan, kehinaan dan kerosakan ke atas manusia dan kemanusiaan. Tujuan agama Allah ialah untuk MEMERDEKAKAN seluruh umat manusia, baik yang Islam mahupun yang bukan Islam, daripada penjajahan manusia kepada sesama manusia supaya penjajahan manusia yang total dan absolute itu hanyalah kepada Allah sahaja yang mewujudkan keadilan, kebebasan, keamanan, keselamatan, kebahagiaan, kesempurnaan dan kemuliaan mengikut neraca-neraca Allah. Allah sahaja yang berhak untuk menjajah manusia. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ  bererti MERDEKA, iaitu PENJAJAHAN MANUSIA yang total dan absolute kepada Allah sahaja dengan sekali gus menolak penjajahan yang wujud dalam bentuk pengabdian manusia kepada sesama manusia. Hanya Allah sahaja yang berhak untuk menjajah manusia kepada kekuasaan dan kerajaan-Nya dan kepada segala peraturan dan undang-undang-Nya, sedangkan penjajahan manusia ke atas manusia adalah kesyirikan dan kekufuran.


Firman Allah : az-Zariat 56
Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah dan beribadat kepadaKu,


Ibadat kepada Allah bererti kemerdekaan manakala ibadat kepada yang selain daripada Allah adalah kezaliman dan kerosakan. Setuju dan redha serta ketaatan terhadap kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini adalah keimanan dan ibadat kepada Tuhan-tuhan Manusia yang bererti kekufuran, kezaliman dan kerosakan, manakala sikap dan tindakan penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif dan total terhadap kerajaan demokrasi adalah keimanan dan ibadat kepada Allah yang bererti kemerdekaan dan kebebasan.

Allah jadikan manusia dan jin bukan hanya untuk beribadat kepada Allah dalam solat, puasa, haji dan segala peribadatan ritual yang lain sahaja, tetapi Allah menjadikan manusia dan jin untuk memikul tugas dan tanggungjawab yang lebih besar dan agung dan yang lebih luas dan menyeluruh, iaitu untuk memerintah bumi sebagai KHALIFAH ALLAH di bumi dan untuk memajukannya mengikut fitrah Allah. Dalam melaksanakan tugas-tugas mereka yang agung dan luas ini, manusia dipertanggungjawabkan untuk membangun dan membentuk kerajaan-kerajaan Allah dengan mentaati dan menjalankan peraturan dan undang-undang Allah di bumi. Ketaatan manusia kepada Allah dalam menjalankan tugas-tugas KHILAFAH yang mencakupi seluruh bidang kehidupan manusia supaya manusia terus wujud dan hidup dalam keadaan BEBAS, MULIA DAN MERDEKA adalah IBADAT kepada Allah. Ayat yang ringkas dan pendek ini membicarakan mengenai konsep agama yang agung, iaitu IBADAT kepada Allah yang meliputi seluruh bidang kehidupan manusia – politik, ekonomi, sosial, akhlak, budaya dan perhubungan antara bangsa, dan sekali-kali tidak terhad hanya kepada ibadat-ibadat solat, puasa dan haji sahaja seperti mana yang lazimnya difahami dan diamalkan kini oleh seluruh umat Islam di dunia.



Perbuatan menghadkan amalan ibadat kepada solat, puasa dan haji sahaja tanpa ibadat dalam politik, ekonomi, sosial dan akhlak adalah kesesatan!

Tujuan agama Allah ialah untuk BERIBADAT kepada Allah dengan mentaati dan mematuhi Allah, kerajaan Allah dan undang-undang Allah dan dengan memerdekakan manusia daripada penjajahan manusia kepada sesama manusia dengan cara memisahkan diri daripada kerajaan manusia dan undang-undang manusia itu, dan dengan mencabut segala ketaatan dan kesetiaan kepada kerajaan manusia dan undang-undang manusia itu, serta dengan menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap kerajaan dan undang-undang manusia itu. Allah menjadikan manusia dan jin dalam keadaan MERDEKA dan Allah menghendaki supaya manusia dan jin terus hidup kekal dalam keadaan MERDEKA. Inilah fitrah manusia dan inilah KEMERDEKAAN MANUSIA yang semula jadi daripada Allah. KEMERDEKAAN MANUSIA itu adalah hak-hak asasi manusia sebagai satu limpah kurnia dan anugerah istemewa daripada Allah kepada manusia.

Di sini kita dapati bahawa apa yang tidak diketahui dan difahami oleh massa umat Islam kita ialah mengenai pengertian IBADAT yang berhubung kait dengan konsep KHILAFAH, iaitu :


1.    
Ibadat dalam bentuk ketaatan dan kepatuhan kepada kerajaan Allah, politik Allah, undang-undang Allah, dan  moral Allah; 

2.    
Ibadat dalam bentuk penafian, penolakan, pengingkaran,dan penentangan yang terbuka, aktif dan total terhadap kerajaan demokrasi, undang-undang demokrasi, keadilan demokrasi dan moral demokrasi.

Solat, puasa dan haji ini tetap adalah ibadat kepada Allah yang tiada siapa pun boleh mempertikaikannya lagi, tetapi kita tidak menyedari bahawa ketaatan dan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang Allah dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa adalah juga bidang-bidang ibadat kepada Allah yang skop dan dimensinya adalah lebih luas dan menyeluruh, serta nilai-nilainya adalah lebih mahal, tinggi dan agung di sisi Allah swt.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran - Hud) :
Sebenarnya dalam konsep dan kefahaman Islam tidak ada aktiviti manusia yang tidak tergolong di dalam amal ibadat atau tidak dituntut agar direalisasikan konsep ibadat dalam aktiviti itu, kerana matlamat seluruh sistem hidup Islam ialah merealisasikan konsep ibadat daripada awal hingga ke akhir.


Tidak ada matlamat yang lain di dalam sistem hidup Islam yang berkaitan dengan peraturan pemerintahan, peraturan ekonomi, undang-undang jenayah, undang-undang sivil, undang-undang keluarga dan sebagainya daripada undang-undang dan peraturan yang terkandung dalam sistem hidup Islam kecuali semuanya bermatlamat untuk merealisasikan konsep beribadat di dalam kehidupan manusia.


Aktiviti manusia dikira tidak bersifat ibadat dan dikira tidak merealisasikan matlamat ibadat yang digariskan oleh al-Quran sebagai matlamat kewujudan manusia kecuali aktiviti itu dilakukan mengikut sistem hidup Rabanni. Dengan cara ini sahaja terlaksananya tujuan mengkhususkan sifat Uluhiyah kepada Allah sahaja dan tujuan mengiktirafkan Ubudiyah kepada Allah sahaja, jika tidak, maka aktiviti itu akan terkeluar daripada konsep ibadat dan daripada konsep Ubudiyah atau dengan lain-lain ungkapan, ia terkeluar daripada matlamat kewujudan manusia seperti yang dikehendaki Allah, iaitu terkeluar daripada agama Allah.
Jenis-jenis aktiviti yang disifatkan oleh ulama fiqah dengan nama ibadat-ibadat, apabila disemakkan kedudukan-kedudukannya di dalam al-Quran nescaya akan terserlah satu hakikat yang nyata, yang tidak boleh diabaikan, iaitu aktiviti-aktiviti ibadat itu tidak disebut di dalam al-Quran secara menunggal atau terasing daripada segala jenis aktiviti yang lain, yang distilahkan oleh ulama fiqah dengan nama muamalat, malah kedua-dua jenis aktiviti itu mempunyai hubung kait yang rapat dalam huraian al-Quran, di samping mempunyai hubung kait yang rapat di dalam sistem bimbingan al-Quran, kerana aktiviti muamalat itu dikira sebagai sebahagian daripada sistem ibadat yang menjadi matlamat kewujudan manusia, juga dikira sebagai kegiatan yang merealisasikan konsep Ubudiyah dan konsep mengifradkan sifat Uluhiyah kepada Allah swt sahaja.


Pembahagian aktiviti-aktiviti manusia kepada ibadat dan muamalat lama kelamaan telah membuat setengah-setengah orang Islam berfikir bahawa mereka boleh menjadi kaum Muslimin apabila mereka melaksanakan aktiviti ibadat mengikut hukum-hukum Islam walaupun mereka menjalankan segala aktiviti muamalat mengikut satu sistem hidup yang lain, yang tidak diterima daripada Allah, malah diterima daripada Tuhan yang lain, yang mengatur undang-undang dan peraturan-peraturan hidup mereka tanpa diizinkan Allah.


Ini adalah satu pandangan atau kefahaman yang salah, kerana Islam adalah satu kesatuan yang tidak boleh dicaing dan diceraikan, dan sesiapa yang mencaingkan Islam kepada dua bahagian bererti ia keluar daripada kesatuan ini atau dengan ungkapan yang lain ia keluar daripada sistem agama ini.


Ini adalah satu hakikat yang agung yang harus diberi perhatian yang berat oleh setiap Muslim yang ingin menegakkan keislamannya dan dalam waktu yang sama ingin merealisasikan matlamat kewujudannya sebagai insan.


Kini kami ingin menambahkan kepada keterangan petikan-petikan yang kami nukilkan di sini pernyataan yang telah kami paparkan sebelum ini dalam juzu ini bahawa orang-orang Arab yang pertama kali ditujukan al-Quran ini kepada mereka tidak pernah membataskan pengertian kata-kata ibadat, apabila diperintahkan beribadat kepada penunaian syiar-syiar ibadat semata-mata, malah mereka memahami bahawa yang dimaksudkan dengan kata-kata ibadat itu ialah ketaatan dan kepatuhan menjunjung semua perintah Allah dan mereka harus mananggalkan daripada leher mereka belenggu ketaatan kepada yang lain daripada Allah dalam semua perintah-Nya. Rasulullah saw sendiri telah mentafsirkan dengan Nas yang terang pengertian kata-kata ibadat itu sebagai mengikut dan menjunjung perintah dan bukannya syiar-syiar amalan ibadat yang tertentu ketika menjawab sangkalan Adi ibn Hatim mengenai ayat orang-orang Yahudi dan Kristian yang telah disifatkan oleh al-Quran sebagai orang-orang yang memperTuhankan ulama-ulama  dan paderi-paderi mereka. Hujah beliau : sebenar mereka (ulama dan paderi-paderi kaum Yahudi dan Kristian) telah menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan Allah kepada mereka dan mengharamkan perkara yang dihalalkan Allah kepada mereka, lalu mereka (orang-orang Yahudi dan Kristian ) mengikut dan menjunjung (fatwa-fatwa mereka yang karut itu), dan inlah maknanya mereka telah menyembah mereka. Sebenarnya kata-kata ibadat yang diertikan dengan syiar-syiar ibadat yang tertentu itu adalah dibuat kerana memandangkan syiar-syiar ibadat itu sebagai salah satu bentuk gambaran ketaatan dan kepatuhan kepada Allah dalam sesuatu urusan yang tertentu, tetapi pengertian syiar-syiar ibadat itu tidaklah merangkumi segala pengertian ibadat dan ia hanya merupakan pengertian secara cabangan bukan pengertian secara pokok. 

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa agama Allah bukanlah semata-mata ibadat yang terhad dalam bentuk solat, puasa, zakat, haji dan segala ibadat ritual sahaja, tetapi seluruh muamalat itu adalah juga ibadat kepada Allah. Tidak wujud pembahagian dan pengasingan di antara ibadat dengan muamalat dalam agama Islam. Melakukan muamalat kepada Allah adalah ibadat kepada Allah, dan justeru melakukan muamalat kepada yang selain daripada Allah adalah ibadat kepada yang selain daripada Allah. Isu yang dibicarakan di sini ialah mengenai pengertian ibadat kepada Allah, dan bahawa setiap muamalat itu adalah tergolong sebagai ibadat, malah setiap kegiatan, perbuatan dan amalan yang dilakukan kerana Allah dan mengikut cara dan peraturan daripada Allah serta yang disuruh dan diperintahkan Allah, ianya adalah ibadat kepada Allah.  


Huraian Saiyyid Qutb mengenai pengertian ibadat yang luas dan menyeluruh membolehkan kita untuk membuat kesimpulan bahawa segala amalan dan tindakan dalam bentuk penafian, penolakan, pengingkaran,dan penentangan yang terbuka, aktif dan total terhadap kerajaan demokrasi, undang-undang demokrasi, keadilan demokrasi dan moral demokrasi adalah IBADAT kepada Allah. Seseorang yang tidak melakukan ibadat kepada Allah dalam bentuk yang seperti ini bererti ia telah melakukan kerosakan kepada pegangan dan amalannya akan   kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ  yang mengeluarkannya daripada agama Allah.

Firman Allah : an-Nahl 36
Sembahlah Allah dan jauhilah Taghut.

Perintah supaya kita menyembah Allah sahaja bukanlah hanya terhad kepada solat, puasa, haji, zakat sahaja, malah ianya meliputi ketaatan dan kepatuhan kepada kerajaan, undang-undang, peraturan-peraturan dan sistem-sistem daripada Allah dengan sekali gus menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap kerajaan, undang-undang, peraturan-peraturan dan sistem-sistem yang selain daripada Allah seperti demokrasi.


Seseorang Islam yang tekun mengerjakan solat dan segala peribadatan ritual tanpa ketaatan kepada Allah dalam kerajaan, undang-undang, peraturan-peraturan dan sistem-sistem, bukanlah seseorang yang menyembah Allah dan oleh yang demikian ia tidak menganuti agama Allah. Begitu juga seseorang Islam yang tidak menjauhi demokrasi, kerajaan dan undang-undang demokrasi serta ia tidak menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap demokrasi, kerajaan dan undang-undang demokrasi, bererti ia tidak menyembah Allah dan ia bukanlah seseorang yang menganuti agama Allah. Ia sedang dijajah dan ditindas oleh manusia dan sedang menganuti dan mengimani agama manusia yang selain daripada agama Allah. Ia berada jauh dalam kesesatan dan berada jauh daripada naungan kemerdekaan dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ .          

Firman Allah : al-Maidah 44, 45, 47
Barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah mereka itu adalah orang-orang kafir, zalim dan fasik.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Tujuan agama yang datang daripada Allah ialah untuk menjadi satu sistem hidup, iaitu satu sistem hidup yang realistik. Kedatangan agama Allah ialah untuk memegang teraju kepimpinan hidup manusia, untuk mengatur, membimbing dan memeliharanya. Tidak ada agama yang datang daripada Allah untuk semata-mata menjadikan Aqidah hati nurani sahaja dan tidak pula untuk dijadikan syiar ibadat yang dikerjakan di rumah-rumah ibadat dan mihrab-mihrab. Walaupun kedua-duanya perlu bagi kehidupan manusia dan penting dalam mentarbiyahkan hati nurani manusia, tetapi kedua-duanya tidak cukup untuk memimpin kehidupan dan untuk mengatur, membimbing dan memeliharanya jika di atas asas kedua-duanya tidak ditegakkan satu sistem, satu peraturan dan satu syariat yang diamalkan dalam kehidupan manusia, di mana mereka boleh dihukum dengan undang-undang dan kuasanya, iaitu mereka boleh dikenakan hukuman-hukuman apabila mereka melanggar dan menyalahinya.


Kehidupan manusia tidak mungkin menjadi betul dan kukuh melainkan apabila menerima Aqidah, syiar-syiar ibadat, undang-undang dan peraturan daripada satu sumber yang sama berkuasa di atas dhamir dan hati manusia di samping berkuasa di antara harakat dan perilaku mereka, iaitu kuasa yang menentukan ganjaran dan balasan di dunia mengikut undang-undang dan peraturan di samping menentukan ganjaran dan balasan dalam kehidupan akhirat mengikut hisab-Nya.


Tetapi apabila kuasa itu berbelah bahagi dan sumber penerimaan juga berbelah bagi, iaitu kuasa di dalam hati dan syiar-syiar ibadat diberikan kepada Allah, sedangkan kuasa di dalam bidang undang-undang dan peraturan diberikan kepada yang lain daripada Allah, atau kuasa menentukan balasan dan ganjaran di akhirat diberikan kepada Allah sementara kuasa dalam menentukan hukuman-hukuman dan balasan-balasan di dunia diberikan kepada yang lain daripada Allah. Di waktu ini jiwa manusia akan terkoyak dan tercaing di antara dua kuasa yang berlainan, di antara dua arah tujuan yang berlainan dan di antara dua sistem yang berlainan dan di waktu ini jiwa manusia akan dilanda kerosakan, iaitu kerosakan yang diisyaratkan oleh ayat-ayat al-Quran di berbagai-bagai tempat :

“Jika pada keduanya (langit dan bumi ) ada Tuhan selain daripada Allah nescaya kedua-duanya musnah (4:22).”
“Andai kebenaran itu menurut hawa nafsu mereka tentulah musnah segala langit dan bumi dan para penghguninya (mukminun 71).”
“Kemudian kami jadikan engkau di atas satu syariat daripada perintah Allah. Oleh itu  ikutkannya dan janganlah engkau mengikut hawa nafsu orang yang tidak mengetahui (Jaathiyah 18).”

Oleh sebab inilah seluruh agama yang datang daripada Allah adalah bertujuan untuk dijadikan satu sistem hidup sama ada agama ini datang untuk satu negeri di antara berbagai-bagai negeri atau untuk satu umat di antara berbagai-bagai umat atau untuk seluruh umat manusia dengan seluruh generasinya. Agama itu datang membawa satu syariat yang tertentu untuk mengendalikan realiti kehidupan di samping membawa Aqidah yang membentuk kefahaman dan pandangan yang betul terhadap hidup dan membawa syiar-syiar ibadat yang menghubungkan hati manusia dengan Allah. Ketiga-tiga aspek ini merupakan asas agama yang datang daripada Allah, kerana kehidupan manusia tidak  mungkin menjadi betul dan kukuh melainkan apabila agama Allah dijadikan sistem hidup.


Di dalam al-Quran terdapat berbagai-bagai bukti yang menunjukkan bahawa agama-agama samawi yang pertama yang mungkin diturunkan untuk sesebuah negeri atau untuk sesuatu suku kaum itu adalah mendokong cara kesepaduan (tiga aspek) ini dalam bentuk yang sesuai dengan taraf perkembangan yang dilalui oleh negeri atau suku kaum itu. Di sini al-Quran membentangkan ciri kesepaduan ini di dalam tiga agama samawi yang utama, iaitu agama Yahudi, agama Kristian dan agama Islam.

Tujuan kedatangan Islam ke dunia ini adalah untuk memerdekakan manusia daripada penjajahan manusia kepada sesama manusia dengan membentuk satu sistem hidup Allah di bawah kekuasaan Negara Allah dan untuk memimpin umat manusia ke jalan yang benar. Seluruh umat manusia, Islam mahupun bukan Islam, dikehendaki Allah untuk berada di bawah kekuasaan Islam dan untuk dipimpin oleh kekuasaan Islam ini kepada kemerdekaan, iaitu kemerdekaan daripada penjajahan manusia kepada sesama manusia, dan kemerdekaan dalam erti kata penjajahan Allah yang total dan absolute ke atas manusia. Allah menghendaki supaya manusia hidup dalam keadaan yang bebas dan merdeka. Dalam mencapai matlamat kemerdekaan yang amat tinggi dan mulia kedudukannya di sisi Allah, Allah mewajibkan kita untuk melancarkan Jihad dan Perang ke atas musuh-musuh Allah yang sedang berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas umat manusia!

Firman Allah :al-Baqarah 251Sekiranya Allah tidak menahan segolongan manusia dengan segolongan yang lain nescaya rosak binasalah bumi ini. Firman Allah : al-Hajj 40Sekiranya Allah tidak menjatuhkan segolongan manusia dengan segolongan yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan sinagog-sinagog dan juga masjid-masjid yang sentiasa disebut nama Allah dengan banyak padanya.

Ayat-ayat di atas ini bermaksud bahawa kerosakan yang amat besar akan berlaku ke atas umat  manusia di bumi ini sekiranya segolongan orang-orang yang beriman tidak bangkit untuk menyerang dan memerangi segolongan manusia yang jahat dan zalim. Apabila manusia berada di bawah sesuatu kerajaan dan kekuasaan yang mengabdikan manusia kepada kekuasaan manusia, seperti kerajaan demokrasi Malaysia kita ini, mereka itu disifatkan Allah sebagai orang-orang yang berada dalam kezaliman, penindasan dan kerosakan yang besar. Justeru Allah mewajibkan pelancaran Jihad dan Perang ke atas kerajaan yang zalim dan jahat itu untuk membebaskan manusia daripada kezaliman, penindasan dan kerosakan itu untuk membawa manusia kepada pengabdian yang total dan absolute kepada Allah swt sahaja agar manusia berada dalam kemerdekaan, kebebasan, keamanan dan keselamatan mengikut neraca-neraca Allah.


Di sini kita dapat melihat kemunculan satu prinsip Islam yang Maha Besar – iaitu perhubungan di antara JIHAD dan PERANG di satu pihak dengan KEMERDEKAAN di satu pihak yang lain, atau di antara Jihad dan Perang di satu pihak dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ di satu pihak yang lain. Allah memerintahkan kita untuk berperang dan berjihad untuk mengembang dan melebarkan kekuasaan dan pengaruh kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ  di atas muka bumi ini supaya seluruh manusia, Islam dan bukan Islam, mengabdikan diri mereka kepada Allah dengan mengalah, tunduk dan merendah diri, dengan redha atau dengan terpaksa, ke bawah penjajahan Allah yang total dan absolute. Allah memerintahkan kita untuk berperang dan berjihad untuk membebaskan diri kita daripada fenomena pengabdian manusia kepada sesama manusia supaya kita wujud di bumi ini dalam keadaan merdeka. Kemerdekaan itu adalah kemerdekaan Aqidah yang amat mahal yang diperintahkan Allah untuk dibeli dengan pengorbanan jiwa dan harta dan keluarga ! 


Islam tidak memberi kebebasan kepada orang-orang kafir untuk berada di bawah kekuasaan kufur dengan menjalankan sistem hidup kufur mereka. Orang-orang Amerika dan Eropah di Barat dan orang-orang Cina dan Jepun di Timur ini tidak dibenarkan Allah untuk berada di bawah pemerintahan mereka dengan menjalankan sistem kehidupan mereka sendiri. Kesemua manusia, termasuk orang-orang kafir, diperintahkan oleh Allah dengan PAKSAAN, KEKERASAN dan pelancaran PERANG agar mereka itu berada di bawah kekuasaan Islam supaya mereka menikmati kebajikan, kebaikan dan faedah yang wujud dan berada dalam sistem kehidupan Islam. Kita diperintahkan Allah untuk menyeru mereka supaya menerima, mentaati dan berada di bawah kerajaan dan hukum Allah dan kita juga diperintahkan untuk memerangi dan menundukkan mereka supaya mereka berbuat demikian. Kita boleh ganggu mereka dan kita boleh mengambil bahagian serta mencampuri dalam segala urusan di dalam negara mereka yang berbentuk ‘dalaman’ dan “private” kerana dalam Islam tidak ada sempadan-sempadan negara, politik, geografi, wilayah, bangsa, bahasa dan agama di antara kita dengan mereka. Kita diperintahkan untuk mengganggu mereka bagi pihak Allah dan di atas nama Allah sehinggalah mereka itu tidak dapat mengganggu orang-orang lain dan tidak pula mereka itu diganggu oleh orang-orang lain. Inilah sifat-sifat dinamisme, radikalisme, revolusi dan universalisme Islam yang Maha TINGGI dan inilah Misi Kita yang Maha Agung sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini! Ketaatan kepada perintah-perintah Allah untuk menegakkan kekuasaan Allah, membentuk sistem hidup Allah, membimbing dan memimpin seluruh umat manusia, serta pelancaran Jihad dan Perang terhadap musuh-musuh Islam untuk mencapai matlamat-matlamat ini, kesemuanya ini adalah IBADAT kepada Allah.


Umat Islam diperintahkan Allah untuk melancarkan Jihad dan Perang ke atas musuh-musuh Islam tanpa terlebih dahulu Islam itu diserang, diperangi, dicerobohi, diancam dan dizalimi oleh mereka itu (musuh-musuh Islam) di atas prinsip untuk meruntuhkan kekuasaan kufur yang menunduk, menjajah dan mengabdikan manusia kepada sesama manusia, dan untuk menyerahkan negara-negara kufur dan orang-orang kafir kepada kekuasaan Islam supaya seluruh orang-orang kafir dan orang-orang Islam serta seluruh manusia berada di bawah sistem yang mengabdikan manusia kepada Allah sahaja yang memerdekakan manusia, dan kemerdekaan itu akan mewujudkan keadilan, kebebasan, keamanan, keselamatan dan kesempurnaan hidup yang hakiki mengikut neraca-neraca Allah. Inilah ertinya MERDEKA di sisi Allah dan KEMERDEKAAN seperti inilah yang menjadi TUJUAN dan MATLAMAT PERJUANGAN agama Allah!


PENJAJAHAN ALLAH ke atas manusia adalah KEMERDEKAAN dan KEBEBASAN yang hakiki sedangkan penjajahan manusia ke atas sesama manusia adalah kesyirikan dan kekufuran di sisi kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ  yang mewujudkan gejala penindasan, kezaliman, kejahatan, ancaman, pencerobohan dan kerosakan ke atas manusia dan di kalangan manusia. Allah sahaja yang berhak untuk menjajah manusia sedangkan manusia tidak berhak untuk berbuat demikian. Isu yang Maha Agung dalam penciptaan makhluk dan alam semesta ialah PENJAJAHAN ALLAH yang total dan absolute ke atas manusia dan segala makhluk Allah. Isu ini adalah isu kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Tugas yang paling utama dan mendesak kini bagi orang-orang yang beriman kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang sedang berada di bawah kerajaan demokrasi Malaysia hanyalah Perjuangan dan Jihad untuk menghapuskan penjajahan manusia ke atas manusia dan untuk MENGEMBALI dan MEMULANGKAN kuasa untuk menjajah manusia kepada Allah sahaja dengan cara merampas segala kekuatan dan kekuasaan yang sedang berada pada manusia itu dengan kekerasan dan perang, dan tugas ini hendaklah diutama dan didahului sebelum melaku dan menyempurnakan sebarang tugas dan ibadat yang lain termasuklah ibadat-ibadat solat, puasa, sedekah, mencari rezeki dan tugas-tugas harian terhadap keluarga.

No comments:

Post a Comment