Tuesday 17 July 2012

TAUHID ULUHIYAH



ﻵﺇﻟﻪﺇﻵﺍﷲ

TAUHID ULUHIYAH



Firman Allah : al-Fatihah 5
Akan Dikau aku sembah, akan Dikau aku minta pertolongan

Firman Allah : Al-A’raf 65
“Wahai bangsaku! Sembahlah Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Dia.”

Firman Allah : Hud 2 
Agar kamu tidak menyembah yang selain daripada Allah .

TAUHID Uluhiyah bererti menyembah Allah dan tidak menyembah Tuhan atau Tuhan-tuhan yang selain daripada-Nya, dan Tauhid Uluhiyah juga bererti menafi, menolak, mengingkari dan menentang akan penyembahan manusia kepada Tuhan atau Tuhan-tuhan yang selain daripada Allah.

Allah itu adalah TUHAN yang layak DISEMBAH oleh manusia – justeru, dalam sistem politik dan kenegaraan dalam Islam, KETAATAN dan KEPATUHAN MANUSIA itu hanyalah kepada dan terhadap kerajaan Allah, kedaulatan Allah, otoriti Allah dan perundangan Allah sahaja dan tidak kepada yang selain daripada-Nya. KETAATAN  dan KEPATUHAN manusia kepada Allah sebagai Tuhan yang layak disembah bukan hanya terhad kepada ketaatan dan kepatuhan dalam solat, puasa, zakat, haji, dan nikah kahwin sahaja, malah MENYEMBAH ALLAH juga meliputi KETAATAN dan KEPATUHAN kepada peraturan dan undang-undang Allah dalam  bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa. 

Inilah agama Allah yang sebenar mengikut pengertian kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Sebaliknya, KETAATAN dan KEPATUHAN manusia kepada Allah dalam solat dan puasa serta nikah kahwin sahaja sedangkan dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa KETAATAN dan KEPATUHAN manusia itu adalah ditumpukan kepada peraturan dan undang-undang manusia – ini BUKAN AGAMA ALLAH, malah ini adalah JAHILIYAH secara jelas, terang dan pasti mengikut pengertian kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

Dalam Aqidah Islam, KETAATAN dan KEPATUHAN manusia kepada Allah dan kepada segala peraturan dan undang-undang Allah itu adalah PENYEMBAHAN kepada Allah dan MEMPERTUHANKAN Allah. KETAATAN dan KEPATUHAN itu bukan sahaja terhad kepada ibadah dan segelintir daripada hukum-hukum halal-haram yang remeh-temeh dalam fiqh Islam sahaja, tetapi meliputi keseluruhan aspek kehidupan manusia - politik, ekonomi, sosial dan akhlak serta hal ehwal perhubungan antarabangsa. KETAATAN dan KEPATUHAN manusia kepada kerajaan Allah dan undang-undang Allah yang merangkumi seluruh bidang kehidupan manusia seperti berbagai-bagai sistem politik, ekonomi, sosial, akhlak daripada Allah serta nilai-nilai dan neraca-neraca daripada Allah, yang hanya wujud dan berlaku di bawah sesebuah Negara Islam, mempunyai pengertian MENYEMBAH dan MEMPERTUHANKAN Allah dan oleh itu memberi status Uluhiyah kepada Allah seperti mana yang terkandung dalam doktrin ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ . Sebaliknya, KETAATAN dan KEPATUHAN manusia kepada kerajaan manusia dan undang-undang ciptaan manusia seperti KETAATAN dan KEPATUHAN kepada kerajaan demokrasi kita ini dan kepada akta-akta parlimen serta segala undang-undang kecilnya ciptaan manusia, bererti MANUSIA MENYEMBAH MANUSIA dan MEMPERTUHANKAN SESAMA MANUSIA serta memberi status Uluhiyah kepada manusia yang sekaligus menafikan Allah s.w.t. sebagai Tuhan yang layak disembah. Oleh itu, seseorang Islam yang berada di bawah sistem politik dan kerajaan demokrasi serta ia MENGAMAL dan MEMPRAKTIKKANNYA, dan ia MENTAATI dan MEMATUHINYA dengan sikap dan perasaannya yang BERSETUJU dan REDHA terhadapnya, ianya bererti ia sedang berada dalam agama Jahiliyah, ia mengamal dan mengimani agama Jahiliyah dan ia MENYEMBAH MANUSIA dan tidak menyembah Allah yang mengeluarkannya daripada agama Allah.

Isu yang amat penting dalam kehidupan seseorang Muslim ialah persoalan mengenai siapakah yang menjadi Tuhan kita – Allah atau Manusia, dan siapakah yang kita sembah – Allah atau Manusia.

Di bawah sistem politik demokrasi, Uluhiyah itu adalah hak dan milik manusia yang bererti manusia adalah Tuhan-tuhan kita dan Allah tidak lagi wujud sebagai Tuhan kita kerana kita menyembah manusia dan tidak menyembah Allah apabila kita MENTAATI dan MEMATUHI segala peraturan dan undang-undang manusia dalam seluruh bidang kehidupan manusia yang meliputi bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa. Kita telah dan sedang mengifradkan sifat Uluhiyah kepada manusia dan tidak kepada Allah yang menjadikan MANUSIA ini sebagai TUHAN-TUHAN kita yang kita SEMBAH dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa. Kita menyembah dan mempertuhankan manusia bukan dalam bentuk NIAT, QASAD dan  IKTIKAD di dalam hati, tetapi dalam bentuk AMALAN dan PERBUATAN, iaitu KETAATAN dan KEPATUHAN kita kepada segala PERATURAN dan UNDANG-UNDANG DEMOKRASI ciptaan manusia yang selain daripada Allah. Uluhiyah Manusia bererti para pemimpin kita yang berkuasa dan memerintah dalam sistem politik demokrasi kita sekarang ini adalah TUHAN-TUHAN kita yang kita SEMBAH dalam AGAMA DEMOKRASI !

Uluhiyah Allah bererti Allah itu adalah TUHAN kerana Dia DITAATI dan DIPATUHI manusia. Ketaatan dan kepatuhan manusia kepada Kedaulatan Allah, Undang-undang Allah dan Otoriti Allah bererti manusia MENYEMBAH ALLAH dan justeru mengifradkan sifat Uluhiyah kepada Allah yang menyempurnakan pegangan dan amalan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ . Dalam sistem politik Islam, Allah adalah Tuhan yang disembah oleh manusia kerana seluruh undang-undang Allah itu DITAATI dan DIPATUHI manusia. 

KETAATAN dan KEPATUHAN kepada kuasa dan kerajaan Allah di bumi bererti KETAATAN dan KEPATUHAN kepada peraturan dan undang-undang Allah dalam politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa. KETAATAN dan KEPATUHAN seperi ini bererti manusia MENYEMBAH ALLAH yang menyempurnakan Uluhiyah Allah dan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ .
  
Uluhiyah Manusia bererti Manusia itu adalah TUHAN atau TUHAN-TUHAN kerana Dia DITAATI dan DIPATUHI manusia. KETAATAN dan KEPATUHAN manusia kepada Kedaulatan Manusia, Undang-undang Manusia dan Otoriti Manusia bererti manusia MENYEMBAH MANUSIA dan justeru mengifradkan sifat Uluhiyah kepada manusia yang merosakkan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Dalam sistem politik demokrasi, para pemerintah yang berkuasa dan berdaulat itu adalah TUHAN-TUHAN yang DISEMBAH oleh manusia kerana seluruh undang-undang DEMOKRASI CIPTAAN manusia itu DITAATI dan DIPATUHI manusia.
  

KETAATAN dan KEPATUHAN kepada kuasa dan kerajaan Manusia di bumi bererti KETAATAN dan KEPATUHAN kepada peraturan dan undang-undang Manusia dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa. KETAATAN dan KEPATUHAN seperi ini bererti manusia MENYEMBAH MANUSIA yang merosakkan Uluhiyah Allah dan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ serta yang mengeluarkan seseorang itu daripada agama Allah.

Dalam konsepsi politik dan kenegaraan Islam, menyembah ar-Rabb itu terdiri daripada KETAATAN dan KEPATUHAN (Uluhiyah) kepada kedaulatan Allah, otoriti Allah dan perundangan Allah yang disertai dengan penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif dan total terhadap kedaulatan rakyat, otoriti rakyat dan undang-undang rakyat (demokrasi). Penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif dan total terhadap kerajaan demokrasi serta segala peraturan dan undang-undangnya bererti TIDAK MENYEMBAH MANUSIA dan hanya menyembah Allah, tanpanya bererti kita MENYEMBAH MANUSIA dan tidak menyembah Allah!

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Anaam) :
Aqidah dalam Islam ditegakkan di atas asas pengakuan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ  (Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah). Dengan pengakuan ini seorang Muslim mencabut daripada hatinya segala kepercayaan Uluhiyah kepada sesiapa sahaja yang lain daripada Allah dan menumpukan kepercayaan Uluhiyah itu kepada Allah semata-mata. Ini bererti ia mencabut kuasa Hakimiyah daripada sesiapa sahaja selain Allah dan menyerahkan seluruh kuasa itu kepada Allah Yang Maha Esa sahaja. Perbuatan mengadakan undang-undang dan peraturan kecil bermakna mempraktikkan kuasa Hakimiyah dan perbuatan itu adalah sama dengan perbuatan mengadakan undang-undang dan peraturan yang besar. Ini adalah satu perbuatan menggunakan kuasa Uluhiyah yang tidak dapat diterima oleh seseorang Muslim yang mempercayai bahawa kuasa itu hanya dimiliki oleh Allah sahaja. Konsep agama dalam Islam ialah kepatuhan dan ketaatan yang bulat daripada hamba kepada Allah dalam realiti amalan dan Aqidah di hati mereka. Seluruhnya dipusatkan kepada satu Uluhiyah sahaja iaitu Uluhiyah Allah serta menolak ketaatan dan kepatuhan kepada yang lain daripada Allah, iaitu ketaatan kepada mana-mana hamba yang mendakwa menjadi Tuhan. Perbuatan mengadakan undang-undang ciptaan sendiri bererti menggunakan kuasa Uluhiyah, dan perbuatan mematuhi dan menjunjung undang-undang ciptaan manusia itu bererti memberi ketaatan kepada Uluhiyah ini. Oleh sebab itu seorang Muslim hanya memberi seluruh ketaatan dan kepatuhannya kepada Allah Yang Maha Esa sahaja dan sekali gus mencabut ketaatan dan kepatuhan kepada yang lain daripada Allah, iaitu kepatuhan kepada mereka yang berlagak seperti Tuhan .

Persoalan siapakah yang kita sembah dan siapakah yang sebenarnya menjadi Tuhan kita dalam sistem politik, kerajaan dan negara kita merupakan persoalan yang PALING UTAMA dan AMAT KRITIKAL dalam kehidupan kita. Kejahilan kita mengenai pengertian Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ telah membawa kita kepada gejala yang amat tragis dalam kehidupan kita, iaitu kita terlibat dengan kadar yang amat berleluasa sekali dalam MENYEMBAH MANUSIA dan tidak menyembah Allah sahaja padahal kita mengucap dua kalimah syahadat dan sentiasa tekun dan ikhlas beribadat kepada Allah dalam solat, puasa serta segala syiar ibadat yang lain.

Firman Allah :al-Imran 83 
Apakah mereka mencari agama yang lain daripada agama Allah, sedangkan seluruh penghuni langit dan bumi tunduk dan menyerah kepada-Nya baik sercara suka rela mahupun secara terpaksa dan kepada – Nya mereka sekelian dikembalikan.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
“Jelaslah bahawa keislaman sekelian makhluk alam ialah keislaman yang tunduk kepada perintah, mengikut peraturan dan mematuhi undang-undang. Di sini ternyatalah betapa beratnya Allah swt memberi perhatian-Nya dalam menjelaskan makna Islam dan hakikatnya dalam setiap kesempatan yang sesuai supaya jangan termasuk dalam fikiran seseorangpun bahawa Islam itu merupakan kalimah syahadah yang diucapkan oleh lisan atau merupakan tasdik yang hanya mantap di hati tanpa diikuti oleh kesan-kesannya yang amali, iaitu mengikut undang-undang dan peraturan Allah dan merealisasikan undang-undang dan peraturan itu di dalam realiti hidup mereka.

Firman Allah :al-Imran 84 
Dan kami sekelian Muslimin menyerah diri kepada-Nya.

Pengakuan dengan Islam di sini mempunyai tujuannya setelah diterangkan bahawa Islam itu ialah penyerahan diri, tunduk, taat dan mematuhi perintah, peraturan, tata cara dan undang-undang sebagai mana terjelas dalam ayat sebelumnya.  

Firman Allah : al-Imran 85
Dan sesiapa yang mencari agama yang lain daripada agama Islam, maka tidaklah akan diterima daripadanya dan di akhirat kelak dia termasuk ke dalam golongan orang-orang yang rugi.

Inilah Islam yang meliputi dan merangkumi segala risalah sebelumnya, yang setia kepada sekelian Rasul yang telah membawanya yang menyatukan semua agama Allah dan mengembalikan semua dakwah dan semua risalah kepada asalnya yang sama serta beriman kepada semuanya sebagai mana yang dikehendaki Allah daripada para hamba-Nya.

Dengan nas-nas yang bertubi-tubi in tidak ada jalan untuk menakwilkan hakikat Islam atau untuk memutar belitkan nas-nas dan menyelewengkannya daripada maksud-maksudnya yang sebenar dan untuk mentakrifkan Islam dengan takrif yang berlainan daripada takrif Allah, iaitu Islam yang diikuti oleh alam buana dalam bentuk kepatuhan kepada undang-undang yang telah ditetapkan dan diaturkan Allah.

Kini jelaslah bahawa Islam tidak akan hanya berbentuk mengucap dua kalimah syahadat, di mana syahadat ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ tidak diikuti oleh makna dan hakikatnya, iaitu Tauhid Uluhiyah dan Tauhid Qiwamah, di samping Tauhid Ubudiyah dan Tauhid Arah Tujuan, dan di mana syahadah Muhammadar Rasulullah tidak diikuti oleh makna dan hakikatnya, iaitu mematuhi sistem hidup yang di bawa oleh beliau untuk mengaturkan kehidupan manusia dan mengikut syariat yang kerananya beliau diutus untuk membawanya dan seterusnya berhakimkan kepada al-Quran yang dibawanya kepada manusia.

Kini jelaslah Islam tidak akan hanya berbentuk kepercayaan yang kukuh di dalam hati sahaja terhadap hakikat Uluhiyah, terhadap urusan-urusan ghaib, terhadap hari kiamat, terhadap kitab-kitab suci yang diturunkan Allah dan terhadap para Rasul-Nya tanpa disusuli dengan buktinya yang amali dan hakikatnya yang waqii sebagai mana yang telah kami jelaskan.

Dan Islam juga tidak akan hanya berbentuk syiar-syiar ibadat dan upacara ibadat atau merupakan heningan cipta dan doa-doa atau merupa amalan-amalan pembersihan akhlak dan bimbingan rohani tanpa disusuli dengan kesan-kesannya yang amali dalam bentuk mengamalkan sistem hidup yang bersambung dengan Allah selaku ma’bud yang menjadi tumpuan hati para hamba yang bertawajjuh kepada-Nya dengan ibadat-ibadat dan syiar-syiarnya, dengan heningan cipta dan doa-doa, dan selaku ma’bud yang mana hati para hamba menaruh perasaan takwa kepada-Nya dan kerana itu hati menjadi bersih dan mendapat bimbingan yang betul.

Semua pengertian Islam yang seperti ini akan kekal luput dan tidak mempunyai sebarang kesan di dalam kehidupan manusia selama kesan-kesannya itu tidak dicurahkan dalam satu sistem masyarakat di mana manusia dapat hidup dalam ruang lingkupnya yang bersih dan gemilang.”

Firman Allah: ali-Imran 2, 18
Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Dia yang Maha Hidup dan Maha Pentadbir. Ia mentadbir dengan adil. Tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran):
“Erti Islam ialah ketaatan berhakimkan kepada kitab Allah, mematuhi dan mengikutnya. Sesiapa yang tidak berbuat demikian, maka tidak ada agama baginya dan dia bukannya seorang Muslim walau pun dia mendakwa beragama Islam dan berpegang dengan agama Allah. Kerana agama Allah digaris, dijelas dan ditafsir oleh Allah s.w.t sendiri dan bukannya tunduk kepada pentafsiran dan penggarisan hawa nafsu manusia yang masing-masing menggaris dan mentafsirkan mengikut sesuka hati mereka.

Islam bukannya semata-mata pengakuan, bukannya semata-mata panji-panji, bukannya semata-mata kata-kata yang diucapkan lisan, malah bukannya kepercayaan yang dikandung oleh hati dengan diam dan tenang, bukannya upacara-upacara ibadat perseorangan yang ditunaikan oleh individu-individu dalam solat, haji dan puasa .... tidak, ini bukannya Islam yang menjadi satu-satunya agama yang diredhai Allah dari para hamba-Nya, malah Islam ialah penyerahan diri, ketaatan dan ikutan yang patuh. Islam ialah berhakimkan kitab Allah dalam segala urusan hamba.

Ubudiyah yang digambarkan dalam Islam dengan makna menyerah diri - bukan dalam bentuk iktikad dan perasaan sahaja - tetapi dalam bentuk amalan, ketaatan dan kepatuhan mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang amali yang dilambangkan oleh hukum-hukum yang terkandung di dalam kitab al-Quran. Dari sudut inilah kita dapati ramai manusia di setiap zaman yang mengaku bahawa mereka beriman kepada Allah s.w.t., tetapi mereka mempersekutui Allah s.w.t. dengan pihak-pihak yang lain apabila mereka mentaati orang-orang yang tidak mengikut Rasul dan kitab sucinya. Dan apabila mereka menerima pemikiran, nilai-nilai, neraca-neraca, akhlak dan peradaban-peradaban dari pihak-pihak yang lain. Ini semua merupakan amalan-amalan yang bertentangan dengan pengakuan mereka bahawa mereka beriman kepada Allah s.w.t. dan tidak selaras dengan pengakuan Allah s.w.t. bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.”

Saiyyid Qutb menyatakan (Fizilalil Quran - Hud) :
“Kemudian marilah kita berhenti di hadapan pengertian istilah ibadat yang disebut di dalam surah ini dan di dalam al-Quran seluruhnya untuk mengetahui hikmat di sebalik penekanan dan penumpuan perintah yang menyuruh manusia beribadat kepada Allah yang Maha Esa, dan hikmat di sebalik penekanan larangan yang melarangkan mereka beribdat kepada yang lain daripada Allah, juga untuk mengetahui hikmat di sebalik perhatian serius al-Quran di dalam menjelaskan kedua-dua bahagian hakikat yang agung dengan menggunakan Nas yang terang dan tegas bukan hanya berpada dengan pengertian secara mafhum sahaja.

Sebelum ini kami telah menjelaskan – ketika mengulas kisah Hud dan kaumnya dalam surah ini – tentang pengertian istilah ibadat yang memerlukan penekanan dan perhatian serius sedemikian rupa di samping memerlukan seluruh tenaga perjuangan angkatan para Rasul yang mulia dan seluruh penderitaan dan azab kesengsaraan hidup yang dialami para pendakwah yang menyeru manusia mengabdikan diri kepada Allah yang Maha Esa di sepanjang zaman. Oleh itu kini kami ingin menambahkan beberapa pandangan kepada ulasan dan kesimpulan-kesimpulan itu.

Istlah ibadat ditujukan kepada syiar-syiar ibadat dan kepada hubungan timbal balik di antara hamba dan Tuhan, iaitu lawan kepada istilah muamalat yang ditujukan kepada hubungan timbal balik di antara sesama manusia. Pembahagian yang sedemikian rupa hanya muncul selepas zaman turunnya al-Quranul Karim dan ia tidak terkenal di zaman awal Islam.

Pembahagian kegiatan manusia kepada kegiatan-kegiatan ibadat dan muamalat adalah satu pembahagian yang baru timbul di masa mutakhir ketika wujudnya usaha menyusun ilmu fiqah, sedangkan tujuan asalnya ialah cuma membuat pembahagian secara teknikal, yang menjadi ciri biasa dalam karangan-karangan ilmiyah, tetapi malangnya selepas itu pembahagian ini telah melahirkan kesan-kesan buruk di dalam kefahaman Islam, dan tidak lama kemudian melahirkan kesan-kesan yang buruk dalam kehidupan Islamiyah seluruhnya, kerana pembahagian ini telah menanamkan pandangan yang salah dalam fikiran dan tanggapan orang ramai Islam bahawa yang dikatakan ibadat itu ialah kumpulan kegiatan ibadat yang dbicarakan oleh ilmu fiqah di dalam bab ibadat sedangkan sifat ibadat menjadi pudar dan tidak jelas di dalam kegiatan muamalat yang dibicarakan oleh ilmu fiqah dalam bab muamalat. Ini tidak syak lagi adalah satu penyelewengan dalam kefahaman Islam dan kerana itu ia mengakibatkan penyelewengan dalam seluruh kehidupan masyarakat Islam.

Sebenarnya dalam konsep dan kefahaman Islam tidak ada aktiviti manusia yang tidak tergolong di dalam amal ibadat atau tidak dituntut agar direalisasikan konsep ibadat dalam aktiviti itu, kerana matlamat seluruh sistem hidup Islam ialah merealisasikan konsep ibadat daripada awal hingga ke akhir.
Tidak ada matlamat yang lain di dalam sistem hidup Islam yang berkaitan dengan peraturan pemerintahan, peraturan ekonomi, undang-undang jenayah, undang-undang sivil, undang-undang keluarga dan sebagainya daripada undang-undang dan peraturan yang terkandung dalam sistem hidup Islam kecuali semuanya bermatlamat untuk merealisasikan konsep beribadat di dalam kehidupan manusia.

Aktiviti manusia dikira tidak bersifat ibadat dan dikira tidak merealisasikan matlamat ibadat yang digariskan oleh al-Quran sebagai matlamat kewujudan manusia kecuali aktiviti itu dilakukan mengikut sistem hidup Rabanni. Dengan cara ini sahaja terlaksananya tujuan mengkhususkan sifat Uluhiyah kepada Allah sahaja dan tujuan mengiktirafkan Ubudiyah kepada Allah sahaja, jika tidak, maka aktiviti itu akan terkeluar daripada konsep ibadat dan daripada konsep Ubudiyah atau dengan lain-lain ungkapan, ia terkeluar daripada matlamat kewujudan manusia seperti yang dikehendaki Allah, iaitu terkeluar daripada agama Allah.

Jenis-jenis aktiviti yang disifatkan oleh ulama fiqah dengan nama ibadat-ibadat, apabila disemakkan kedudukan-kedudukannya di dalam al-Quran nescaya akan terserlah satu hakikat yang nyata, yang tidak boleh diabaikan, iaitu aktiviti-aktiviti ibadat itu tidak disebut di dalam al-Quran secara menunggal atau terasing daripada segala jenis aktiviti yang lain, yang distilahkan oleh ulama fiqah dengan nama muamalat, malah kedua-dua jenis aktiviti itu mempunyai hubung kait yang rapat dalam huraian al-Quran, di samping mempunyai hubung kait yang rapat di dalam sistem bimbingan al-Quran, kerana aktiviti muamalat itu dikira sebagai sebahagian daripada sistem ibadat yang menjadi matlamat kewujudan manusia, juga dikira sebagai kegiatan yang merealisasikan konsep Ubudiyah dan konsep mengifradkan sifat Uluhiyah kepada Allah swt sahaja.

Pembahagian aktiviti-aktiviti manusia kepada ibadat dan muamalat lama kelamaan telah membuat setengah-setengah orang Islam berfikir bahawa mereka boleh menjadi kaum Muslimin apabila mereka melaksanakan aktiviti ibadat mengikut hukum-hukum Islam walaupun mereka menjalankan segala aktiviti muamalat mengikut satu sistem hidup yang lain, yang tidak diterima daripada Allah, malah diterima daripada Tuhan yang lain, yang mengatur undang-undang dan peraturan-peraturan hidup mereka tanpa diizinkan Allah.

Ini adalah satu pandangan atau kefahaman yang salah, kerana Islam adalah satu kesatuan yang tidak boleh dicaing dan diceraikan, dan sesiapa yang mencaingkan Islam kepada dua bahagian bererti ia keluar daripada kesatuan ini atau dengan ungkapan yang lain ia keluar daripada sistem agama ini.

Ini adalah satu hakikat yang agung yang harus diberi perhatian yang berat oleh setiap Muslim yang ingin menegakkan keislamannya dan dalam waktu yang sama ingin merealisasikan matlamat kewujudannya sebagai insan.

Kini kami ingin menambahkan kepada keterangan petikan-petikan yang kami nukilkan di sini pernyataan yang telah kami paparkan sebelum ini dalam juzu ini bahawa orang-orang Arab yang pertama kali ditujukan al-Quran ini kepada mereka tidak pernah membataskan pengertian kata-kata ibadat, apabila diperintahkan beribadat kepada penunaian syiar-syiar ibadat semata-mata, malah mereka memahami bahawa yang dimaksudkan dengan kata-kata ibadat itu ialah ketaatan dan kepatuhan menjunjung semua perintah Allah dan mereka harus mananggalkan daripada leher mereka belenggu ketaatan kepada yang lain daripada Allah dalam semua perintah-Nya. Rasulullah saw sendiri telah mentafsirkan dengan Nas yang terang pengertian kata-kata ibadat itu sebagai mengikut dan menjunjung perintah dan bukannya syiar-syiar amalan ibadat yang tertentu ketika menjawab sangkalan Adi ibn Hatim mengenai ayat orang-orang Yahudi dan Kristian yang telah disifatkan oleh al-Quran sebagai orang-orang yang memperTuhankan ulama-ulama  dan paderi-paderi mereka. Hujah beliau : sebenar mereka (ulama dan paderi-paderi kaum Yahudi dan Kristian) telah menghalalkan perkara-perkara yang diharamkan Allah kepada mereka dan mengharamkan perkara yang dihalalkan Allah kepada mereka, lalu mereka (orang-orang Yahudi dan Kristian ) mengikut dan menjunjung (fatwa-fatwa mereka yang karut itu), dan inlah maknanya mereka telah menyembah mereka. Sebenarnya kata-kata ibadat yang diertikan dengan syiar-syiar ibadat yang tertentu itu adalah dibuat kerana memandangkan syiar-syiar ibadat itu sebagai salah satu bentuk gambaran ketaatan dan kepatuhan kepada Allah dalam sesuatu urusan yang tertentu, tetapi pengertian syiar-syiar ibadat itu tidaklah merangkumi segala pengertian ibadat dan ia hanya merupakan pengertian secara cabangan bukan pengertian secara pokok.”

Uluhiyah Allah bererti KETAATAN dan KEPATUHAN kepada Allah dan segala peraturan dan undang-undang Allah dalam seluruh bidang kehidupan manusia yang bukan sahaja terbatas kepada syiar-syiar ibadat seperti solat dan puasa, tetapi KETAATAN dan KEPATUHAN kepada peraturan dan undang-undang Allah dalam seluruh bidang kehidupan manusia yang meliputi bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa. KETAATAN dan KEPATUHAN kepada peraturan dan undang-undang Allah bererti BERIBADAT kepada Allah dan MENYEMBAH Allah. Ini adalah kerana PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG ALLAH itu adalah AGAMA ALLAH mengikut pengertian ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ .

Seseorang Islam yang TIDAK MENTAATI dan MEMATUHI segala peraturan dan undang-undang Allah dalam seluruh bidang kehidupan manusia bererti ia TIDAK MENYEMBAH ALLAH dan menolak konsep Uluhiyah Allah – ia telah terkeluar daripada beriman kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ! Umat Islam di Malaysia kita ini sedang MENTAATI dan MEMATUHI segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah, ini bererti mereka BERIBADAT dan MENYEMBAH Tuhan-tuhan demokrasi yang berada di dalam agama demokrasi dan mereka tidak menyembah Allah tetapi mereka sebenarnya sedang MENYEMBAH MANUSIA dan MEMPERTUHANKAN MANUSIA. Mereka menolak Uluhiyah Allah, sebaliknya mereka mengiktiraf dan menerima Uluhiyah Manusia yang bererti mereka menolak kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ  dan telah terkeluar daripada agama Allah!

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – Hud ) :
Ubudiyah merupakan sesuatu yang pasti, jika tidak berubudiyah kepada Allah, maka ia berubudiyah kepada yang lain daripada Allah, tetapi hanya Ubudiyah kepada Allah sahaja yang dapat membuat manusia bebas dan mulia, sedangkan Ubudiyah kepada yang lain daripada Allah akan menelan insaniyah, penghormatan diri, kebebasan dan akhlak mereka yang murni, dan selepas itu ia akan menelan harta dan kepentingan-kepentingan mereka.
Oleh sebab itulah isu Uluhiyah dan Ubudiyah mendapat perhatian yang begitu besar dan serius di dalam semua risalah Allah dan kitab suci-Nya, dan surah ini merupakan salah satu daripada contoh perhatian yang amat besar itu. Isu Uluhiyah dan Ubudiyah bukan sahaja merupakan isu yang berhubung dengan penyembah-penyembah berhala dan patung di dalam Jahiliyah-jahiliyah kuno, malah ia berhubung dengan seluruh manusia di semua zaman dan tempat, juga berhubung dengan semua jenis Jahiliyah iaitu Jahiliyah pra-sejarah, Jahiliyah di dalam sejarah, Jahiliyah di abad dua puluh dan segala jenis Jahiliyah yang berlandaskan perhambaan diri kepada sesama makhluk.

Inti sari daripada huraian surah ini ternyata dengan jelas daripada keterangan al-Quran termasuk surah ini sebagai contohnya bahawa isu ketaatan, mengikut dan menjunjung perintah Allah juga isu kuasa hakimiyah yang diungkapkan oleh al-Quran dalam surah ini sebagai ibadat merupakan isu Aqidah, iman dan Islam dan bukan isu fiqh atau politik atau sistem.

Islam merupakan isu tegak atau robohnya Aqidah, ia merupakan isu ada atau tidak adanya keimanan, juga merupakan isu wujud atau tidak wujudnya Islam. Kemudian selepas itu ia merupakan isu sistem hidup yang realistik yang dijelmakan di dalam undang-undang dan peraturan-peraturan, di dalam segala kedudukan dan perhimpunan manusia, di mana direalisasikan peraturan syariat.

Begitu juga isu ibadat. Ia bukannya isu upacara-upacara ibadat, malah ia merupakan isu ketaatan, isu menjunjung perintah, isu peraturan dan syariat, isu perundangan, isu hukum hakam dalam kehidupan di alam realiti. Justeru inilah isu ibadat memerlukan perhatian yang sebesar ini dalam sistem hidup Rabbani yang dimanifestasikan dalam agama ini di samping mewajarkan pengriman para Rasul dan penurunan seluruh risalah serta mewajarkan segala penderitaan dan pengorbanan ini.

Sekarang tibalah waktunya untuk kita mengikuti kisah-kisah para anbia dalam surah ini dan indikasinya kepada garis pergerakan Aqidah Islam dalam sejarah manusia.

Sebelum ini telah kami jelaskan dalam ulasan kisah Nuh as bahawa Islam merupakan Aqidah ulung yang diketahui manusia menerusi Adam as selaku moyang manusia yang pertama, kemudian menerusi Nuh as moyang kedua manusia kemudian melalui para Rasul yang dibangkit selepas itu. Kami juga telah menjelaskan bahawa Islam bertujuan mentauhidkan Uluhiyah daripada segi iktikad, pandangan, kefahaman, penumpuan mengabdikan diri dan melakukan syiar-syiar ibadat, di samping mentauhidkan Ubudiyah daripada sudut ketaatan mengikut dan menjunjung perintah, tunduk dan patuh iaitu mentauhidkan Qiwamah, Hakimiyah, Arahan dan Perundangan.

Kemudian kami telah jelaskan pula bahawa Jahiliyah sama ada Jahiliyah daripada sudut iktikad dan kefahaman,  pengabdian diri dan pengamal syiar-syiar ibadat atau Jahiliyah daripada sudut ketaatan, mengikut dan menjunjung perintah, tunduk dan patuh atau kedua-dua sekali merupakan pendatang yang baru dalam masyarakat manusia selepas mereka mengenal Islam melalui para Rasul (Allah cucurkan rahmat atas mereka). Kedatangannya telah merosakkan Aqidah, tanggapan dan kefahaman manusia di samping merosakkan kehidupan dan kedudukan mereka dengan sebab mereka memberi ketaatan dan kepatuhan kepada yang lain daripada Allah, sama ada pada Totem atau kepada batu atau pokok atau bintang atau planet atau roh atau hantu, semangat atau kepatuhan kepada sesama manusia seperti kahin yang menjaga kuil atau pengamal ilmu sihir atau pemerintah. Seluruh ketaatan itu mempunyai indikasi yang menunjukkan wujudnya penyelewengan daripada kepercayaan Tauhid kepada kepercayaan syirik atau keluarnya daripada Islam kepada Jahiliyah.

Hanya dua kemungkinan sahaja yang boleh berlaku ke atas diri kita pada setiap masa dan setiap detik dalam kehidupan kita – sekiranya kita tidak menyembah berhala bererti kita sedang menyembah Allah, dan sekiranya kita tidak menyembah Allah bererti kita sedang menyembah berhala.

Umat Islam kita di Malaysia kini menyembah Allah dalam solat, puasa, zakat, haji dan nikah kahwin sahaja tetapi kita BERIBADAT dan MENYEMBAH berhala-berhala dan tidak menyembah Allah dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa kerana kita MENTAATI dan MEMATUHI segala PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah dalam bidang-bidang seperti mana yang disebut dan diperkatakan di sini.

Firman Allah : Qosas 88
Dan janganlah engkau menyembah Tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia.  

Allah melarang kita daripada MENTAATI dan MEMATUHI segala peraturan dan undang-undang demokrasi kerana itu bererti MENYEMBAH manusia dan tidak menyembah Allah sahaja. Kita menyembah Allah hanya dalam solat, puasa, zakat dan haji sahaja, tetapi kita menyembah manusia dalam politik dan kenegaraan. Kita kini sedang menyembah manusia di samping itu kita juga menyembah Allah – ini adalah kesyirikan dan kekufuran yang mengeluarkan seluruh kita ini daripada agama Allah. Dalam mencapai matlamat kita untuk tidak menyembah manusia dan untuk hanya menyembah Allah sahaja yang menyempurnakan pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, kita hendaklah mengisytiharkan bahawa kerajaan demokrasi kita ini adalah kerajaan yang syirik dan kufur, kita tidak mentaati dan mematuhi kerajaan demokrasi dengan segala peraturan dan undang-undang demokrasi, malah kita hendaklah menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap kerajaan demokrasi Malaysia kita ini dan terhadap segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang syirik dan kufur ini.

Kita tidak menyedari mengenai realiti kerosakan AQIDAH yang sedang dihadapi dan dialami kita dan tidak pernah terlintas dalam fikiran kita bahawa kita sedang MENYEMBAH BERHALA-BERHALA di samping menyembah Allah. Umat Islam kita di Malaysia ini tidak menyedari bahawa kita sedang berada dalam situasi yang amat serius kerana kita sedang mengalami kerosakan AQIDAH yang total dan complete sehingga ke tahap yang mengeluarkan diri kita daripada agama Allah. Seluruh kita ini bukan lagi layak untuk dipanggil dengan nama para penganut Islam dan kaum Muslimin tetapi lebih sesuai dan layak untuk dipanggil dengan nama pengaku-pengaku Muslim!

KETAATAN bererti PENYEMBAHAN (9:31). Konsep KETAATAN kepada PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG adalah AQIDAH dan AGAMA. Para Rasul diutuskan silih berganti untuk menerangkan kepada manusia bahawa KETAATAN kepada PERATURAN dan UNDANG-UNDANG itu adalah AQIDAH dan AGAMA, dan KETAATAN itu bukanlah hanya terhad kepada KETAATAN dalam peribadatan-peribadatan solat dan puasa sahaja, tetapi ianya meliputi KETAATAN kepada KERAJAAN, UNDANG-UNDANG dan PEMIKIRAN daripada Allah. Ajaran Islam pada zaman moden ini telah mengakibatkan kerosakan kepada Aqidah dan Pemikiran Islam kita kerana ia (ajaran Islam Modenis) menghadkan pengertian Aqidah dan Agama itu kepada ucapan dua kalimah syahadah, solat, puasa dan haji sahaja, sedangkan KETAATAN kepada kerajaan, undang-undang dan pemikiran itu dianggap sebagai isu-isu yang berada di luar daripada pengertian Aqidah dan Agama. Padahal KETAATAN kepada KERAJAAN, UNDANG-UNDANG dan PEMIKIRAN daripada Allah itu adalah AGAMA ISLAM, sedangkan KETAATAN kepada KERAJAAN, UNDANG-UNDANG dan PEMIKIRAN DEMOKRASI itu bererti BERIBADAT dan MENYEMBAH Tuhan-tuhan demokrasi yang syirik dan kufur mengikut pengertian ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ .

 Agama Islam adalah satu penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif dan total terhadap agama Jahiliyah dan sistem kehidupan Jahiliyah seperti agama demokrasi dan kerajaan demokrasi ini, iaitu untuk menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap seluruh sistem kehidupan demokrasi sehingga ianya mengalami kehancuran yang total untuk digantikan dengan sistem kehidupan Islam. Islam tidak bertolak ansur dan bertoleransi dengan Jahiliyah, malah kewujudan Islam ialah untuk mencabar, mengancam, mengganggu dan menggugat Jahiliyah sehingga Jahiliyah tidak boleh hidup senang dan selesa dengan Islam serta mereka merasa bimbang, gerun dan gementar kepada Islam. Inilah sifat-sifat agama Islam yang sebenar dan semula jadi seperti yang diturunkan Allah kepada kita dalam bentuknya yang asal.

Beriman kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti memberi KETAATAN dan KEPATUHAN kepada peraturan dan undang-undang Allah sahaja dan sekali-kali TIDAK MEMBERI KETAATAN dean KEPATUHAN kepada peraturan dan undang-undang manusia. Beriman kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti tidak menyembah yang selain daripada Allah dengan cara mengambil tindakan-tindakan yang terbuka, tegas, aktif dan total dalam menafi, menolak, mengingkari dan menentang terhadap KETAATAN dan KEPATUHAN kepada peraturan dan undang-undang demokrasi kita ini ciptaan manusia yang selain daripada Allah.

Firman Allah : al-Anbia’ 92 
Sesungguhnya ini umat kamu (hai Mukminin) umat yang satu, dan Aku Rabbmu oleh itu sembahlah Aku

Firman Allah: Maryam 36,65 
Sesungguhnya Allah Rabbku dan Rabbmu, sebab itu sembahlah Dia. Inilah jalan yang lurus.Rabb langit dan bumi dan apa-apa yang di antara keduanya, sebab itu sembahlah Dia.

Firman Allah: al-Maidah 72 
Sembahlah Allah, Rabbku dan Rabbmu. Sesungguhnya Allah tidak mengharamkan syurga baginya.

Firman Allah: al-Imran 51 
Sesungguhnya Allah (ialah) Rabbku dan Rabbmu, kamu sembahlah Dia.

Firman Allah: Yunus 3Itulah Allah Rabbku, sebab itu hendaklah kamu menyembah-Nya.

Dalam ayat-ayat di atas ini, kita dapati bahawa tiap-tiap ayat itu mempunyai dua keratan - satu keratan mengisytiharkan Allah sebagai ar-Rabb, seumpamanya: “Akulah Rabbmu”, yang dimaksudkan bahawa Allahlah yang memiliki kedaulatan, otoriti dan perundangan; pada keratan yang satu lagi, ia menyuruh manusia supaya menyembah Allah sebagai ar-Rabb itu: “Sembahlah Aku” yang bermakna, taatlah dan patuhlah kepada kedaulatan Allah, otoriti Allah dan perundangan Allah dalam hal-ehwal kenegaraan dan kehidupan sosial hari-hari. Dari sudut konsep Nafi dan Iisbat dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, “Sembahlah Aku” mempunyai satu lagi implikasi yang amat dinamik dan radikal - “jangan sembah selain daripada Aku” iaitu untuk menentang segala kuasa yang selain daripada Allah. Khususnya tentanglah kedaulatan rakyat, otoriti rakyat dan undang-undang rakyat dan pada amnya tentanglah kerajaan demokrasi dan segala institusi demokrasi. Konsep menyembah ar-Rabb yang tersimpul di dalam ayat-ayat di atas tadi, umpamanya: “Akulah Rabbmu, sembahlah Aku”, mempunyai pengertian bahawa Allah memerintahkan kita supaya mentaati dan mematuhi kedaulatan Allah, otoriti Allah dan perundangan Allah di bumi ini, iaitu kepada Negara Islam, di mana tertegaknya Aqidah dan Pemikiran Islam, manakala di satu pihak lagi, untuk menolak dan menentang kedaulatan rakyat, otoriti rakyat dan perundangan rakyat yang terdapat dalam Aqidah dan Pemikiran demokrasi.

Firma Allah : al-Imran 140 
Supaya Allah jadikan sebahagian daripada kamu gugur sebagai syuhada dan Allah tidak sukakan orang-orang yang zalim .

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Imran) :
Setiap mereka yang melafazkan dua kalimah syahadat ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ Muhamad Rasulullah belum lagi boleh dikatakan ia telah memberi kesaksian yang benar kecuali ia memenuhi kehendak syahadah itu, iaitu ia tidak menyembah Tuhan yang lain daripada Allah dan tidak menerima syariat melainkan syariat daripada Allah, kerana sifat Uluhiyah yang paling utama ialah sifat mengatur syariat kepada para hamba-Nya dan sifat Ubudiyah yang paling utama ialah sifat menerima syariat daripada Allah. Kehendak daripada syahadah itu juga ialah ia tidak menerima syariat daripada Allah melainkan menerusi Nabi Muhammad saw kerana beliau adalah Rasulullah dan dia tidak berpegang dengan mana-mana sumber yang lain melainkan sumber ini sahaja.

Kehendak syahadah mahukan seseorang itu berjuang supaya Uluhiyah di bumi ini hanya dikhususkan kepada Allah Yang Maha Esa sahaja sebagai mana yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw supaya peraturan dan undang-undang yang dikehendaki Allah untuk mengatur manusia yang disampaikan oleh Nabi Muhammad saw itu menjadi undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa yang dipatuhi dan mengendalikan seluruh bidang hidup manusia tanpa kecuali.

Dan andainya ia memerlukan ia mati kerana agama Allah, maka ia dianggap syahid, iaitu seorang saksi yang dituntut Allah supaya menunaikan kesaksian ini lalu ia menunaikannya dan Allah memilihnya gugur sebagai seorang syahid yang dikurniakan maqam syuhada.
Inilah pengertian ungkapan yang amat menarik ini :

Firman Allah al-Imran 140 
Dan supaya Allah jadikan sebahagian daripada kamu gugur sebagai syuhada.   
 
Dan itulah pengertian dan kehendak syahadah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ Muhammad Rasulullah, bukannya pengertian syahadah yang murah, remeh dan hilang begitu sahaja.

Firman Allah : al-Imran 140 
Dan Allah tidak sukakan orang-orang yang zalim .

Kezaliman sering kali disebut di dalam al-Quran dan yang dimaksudkan dengannya ialah perbuatan syirik yang disifatkan sebagai perbuatan yang paling zalim dan paling keji. Tersebut di dalam al-Quran :

Firma Allah : Luqman 13 
Sesungguhnya syirik itu suatu kezaliman yang amat besar .

Huraian-huraian Saiyyid Qutb mengenai ayat-ayat al-Quran seperti di atas ini menggariskan syarat-syarat keimanan kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ (Fizilalil Quran – al-Imran) : 

1.     Tidak menyembah yang lain daripada Allah, iaitu tidak mentaati dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang lain daripada peraturan dan undang-undang Allah dengan cara TIDAK MENGAMALKAN agama demokrasi yang syirik dan kufur ini;

2.     Tidak menerima syariat yang lain daripada syariat Allah sahaja, iaitu untuk menolak dan mengingkari syariat yang lain daripada syariat Allah;

3.     Mengiktiraf dan menerima sifat Uluhiyah itu hanya terkhusus kepada Allah sahaja, iaitu untuk menafi, menolak, mengingkari dan menentang Uluhiyah yang lain daripada Uluhiyah Allah;

4.     Tidak menerima sebarang syariat daripada Allah melainkan melalui Rasulullah saw;

5.     Berjuang dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan untuk menegakkan syariat Allah di bumi dan untuk menguatkuasakannya ke atas manusia;

6.     Keinginan dan bersedia untuk gugur sebagai syuhada kerana berjuang ke jalan Allah;

7.     Membencikan kezaliman sama ada dalam bentuk pemerintahan yang zalim atau  peraturan dan undang-undang manusia yang selain daripada Allah yang disifatkan sebagai zalim oleh Allah. 

Inilah syarat-syarat kesempurnaan dalam menyembah Allah dan beriman serta berpegang teguh kepada Uluhiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Mereka yang wujud dan hidup di dunia ini dengan menepati segala syarat seperti ini, mereka itu adalah orang-orang yang menyembah Allah dan sempurna keimanan mereka kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ , manakala mereka yang tidak mewujudkan syarat-syarat seperti ini dalam kehidupan mereka, mereka itu adalah orang-orang yang tidak menyembah Allah dan justeru mereka itu adalah orang-orang yang telah terkeluar daripada agama Allah. Mengikut kriteria-kriteria yang digariskan di atas ini, majoriti yang amat terbesar daripada massa umat Islam kita kini, baik di Malaysia mahupun di dunia ini seluruhnya, sebenarnya tidak menyembah Allah sahaja tetapi mereka juga menyembah manusia yang justeru mengeluarkan mereka daripada agama Allah kerana ketaatan dan kepatuhan mereka kepada segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada ciptaan Allah.

Apabila dihurai dan dijelaskan kepada seluruh umat Islam kita mengenai kesyirikan dan kekufuran mereka kerana ketaatan dan kepatuhan mereka kepada segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia, mereka tidak boleh menerima hukum ini, amat berat bagi mereka untuk menerimanya, malah mereka meringan-ringankannya dan mereka akan terus sahaja MENGAMALKAN sistem politik demokrasi kita ini tanpa sedikitpun menghiraukan akan segala peringatan dan penjelasan yang disampaikan kepada mereka. Padahal kesyirikan dan kekufuran mereka ini adalah bersumberkan daripada Hukum Allah yang berbentuk muhkam, soreh dan qoti’e, iaitu yang disokong dengan dalil-dalil daripada ayat-ayat al-Quran dan Hadis yang jelas, terang dan konkerit. Umat Islam kita kini berada dalam kesyirikan dan kekufuran bukan kerana paksaan dan sebarang tekanan daripada pihak-pihak yang lain, tetapi kerana mereka sememangnya memilih dengan suka hati mereka untuk berada dalam kesesatan, kesyirikan dan kekufuran dan kerana hati mereka sudah tertutup kepada hidayat dan kebenaran.


No comments:

Post a Comment