Sunday 22 July 2012

NAFI DAN ISBAT




ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ

NAFI DAN ISBAT


Firman Allah : as-Saaffaat 35, Muhammad 19Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah

NAFI dan Isbat adalah konsep-konsep yang terkandung di dalam Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ - ia MENAFIKAN Tuhan-tuhan yang selain daripada Allah dan ia BERIMAN dan MENGAKUI Allah sahaja sebagai Tuhan Yang Maha Esa.

Mengimani, menganuti dan mengamalkan konsep NAFI dan ISBAT dalam kehidupan harian kita adalah SYARAT keimanan kita kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Sebaliknya seseorang yang tidak mengimani, menganuti dan mengamalkannya, ianya bererti bahawa dia tidak beriman kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkannya daripada agama Allah. Nafi dan Isbat adalah konsep yang aktif, radikal dan revolusyeneri - ia menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap seluruh agama dan kerajaan yang syirik dan kufur, terhadap seluruh pemikiran, peraturan dan undang-undang dan sistem kehidupan yang syirik dan kufur, dan terhadap segala kekuatan, kekuasaan, pertubuhan dan institusi yang syirik dan kufur. Konsep Nafi dan Isbat mempengaruhi dan membentuk keperibadian seseorang Islam yang mengimani, menganuti dan tekun mempraktikkannya dalam kehidupan hariannya – seseorang pengamal konsep Nafi dan Isbat akan mempunyai sifat-sifat keperibadiannya yang aktif, bertindak, radikal, revolusyeneri, berani, berjiwa kuat dan sama sekali tidak akan berkompromi dan mengalah kepada musuh-musuh Islam.

Mengapakah umat Islam kita kini, baik di Malaysia mahupun di dunia ini seluruhnya, bersifat lemah, lembik, ikut arus dan pengecut  yang sentiasa sahaja ingin kepada kompromi, toleransi, perdamaian dan perundingan dengan musuh-musuh Islam, dan kita cenderung untuk mengalah dan memberi laluan mudah kepada musuh-musuh Islam ini, sebaliknya kita enggan berjihad dan berperang untuk membela agama kita? Ini adalah kerana kita tidak pernah tahu dan sedar mengenai kewujudan konsep Nafi dan Isbat dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, dan justeru kita tidak pernah berpeluang untuk mengimani, mengamal dan menganutinya di sepanjang sejarah kehidupan kita di dunia ini. Kita belum lagi beriman dalam erti katanya yang sebenar kepada kalimah Laailaahillallah!

Nafi dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ertinya sikap, amalan dan perbuatan kita untuk menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap segala agama, aqidah, pemikiran, kerajaan, undang-undang dan sistem kehidupan ciptaan manusia yang selain daripada Allah, ini termasuklah untuk menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap agama demokrasi, kerajaan demokrasi berserta segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang syirik dan kufur. Manakala Isbat dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ ertinya mengiktiraf, menyetujui, mengingini, meredhai dan menetapkan bahawa Kedaulatan dan Kekuasaan itu adalah hak Allah dan bahawa Uluhiyah dan Rububiyah itu adalah hak Allah .

Sekiranya agama demokrasi, kerajaan demokrasi dan seluruh peraturan dan undang-undang demokrasi yang syirik dan kufur ini dinafi, ditolak, diingkari dan ditentang seluruhnya dengan aktif dan total, serta kita memusuhi dan membencinya, ianya bererti bahawa kita telah mengamalkan konsep Nafi dan Isbat dalam kehidupan kita yang menyempurnakan pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dalam kehidupan harian kita. Sebaliknya, apabila kita tidak menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap agama demokrasi, kerajaan demokrasi dan segala peraturan dan undang-undang demokrasi kita yang syirik dan kufur ini serta kita tidak membenci dan memusuhinya, itu bererti kita tidak mengamalkan konsep Nafi dan Isbat dalam kehidupan kita dan itu bererti kerosakan kepada pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan kita daripada agama Allah.

Pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ akan mencapai kesempurnaan apabila aqidah kufur, pemikiran kufur dan sistem kehidupan kufur itu dinafi, diingkari, ditolak dan ditentang dengan aktif dan total. Konsep Nafi dan Isbat inilah yang menyebabkan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ itu terbentuk sebagai satu doktrin yang aktif, bertindak, dinamik, radikal dan revolusyeneri dalam kehidupan seseorang yang beriman dan berpegang teguh kepadanya. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ tidak mempunyai sikap yang berkecuali dalam segala isu kehidupan -  hanya wujud satu pilihan sahaja, iaitu sikap dan tindakan yang aktif untuk beriman dan berpegang teguh kepada Aqidah dan Pemikiran Islam dan untuk mempertahankannya dengan seluruh jiwa dan raga kita yang diikuti dengan penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang aktif dan total terhadap aqidah dan pemikiran, kerajaan, perundangan dan sistem hidup yang syirik dan kufur serta segala institusinya yang syirik dan kufur.

Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ adalah satu penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang aktif dan total terhadap agama-agama yang lain, termasuk agama demokrasi, dan satu pengakuan bahawa agama yang benar di sisi Allah itu hanyalah Islam sahaja. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti kedaulatan itu adalah hak Allah, oleh itu penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang aktif dan total itu adalah terhadap kedaulatan manusia. Kalimah  ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti undang-undang itu adalah hak Allah, oleh itu penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang aktif dan total itu adalah terhadap undang-undang parlimen yang diluluskan oleh sesebuah kerajaan demokrasi. Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti ketaatan dan kepatuhan itu adalah terhadap kedaulatan Allah dan undang-undang Allah dalam politik dan kenegaraan, oleh itu penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang aktif dan total itu adalah terhadap ketaatan dan kepatuhan kepada kedaulatan dan undang-undang demokrasi.

Kufur Nafi adalah konsep yang berlawanan dengan konsep Nafi dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ , ianya (Kufur Nafi) adalah dimaksudkan kepada penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan terhadap kedaulatan Allah dan terhadap Uluhiyah dan Rububiyah Allah. Manakala Kufur Isbat adalah konsep yang berlawanan dengan konsep Isbat dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ , ianya (Kufur Isbat) bererti ingin, setuju, redha, mengaku dan mengiktiraf  terhadap kedaulatan manusia dan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia. Orang-orang yang menafikan Uluhiyah dan Rububiyah Allah adalah orang-orang yang melakukan Kufur Nafi, manakala orang-orang yang mengisbatkan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia adalah orang-orang yang melakukan Kufur Isbat - kedua-dua Kufur Nafi dan Kufur Isbat ini adalah satu penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang aktif dan total terhadap kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan para pengamalnya itu daripada agama Allah.

1.     KUFUR NAFI dalam sistem politik demokrasi :

A.KUFUR NAFI adalah PENAFIAN terhadap kedaulatan Allah dan Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah  ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
 Demokrasi adalah agama manusia yang menegak dan mengamalkan kedaulatan manusia dan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang oleh itu ia menafikan kedaulatan Allah dan Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah  ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ - inilah KUFUR NAFI.

B. Kufur Nafi adalah tidak menafi dan menolak Kedaulatan Manusia, Otoriti Manusia dan Undang-undang Manusia yang berada dalam sistem politik demokrasi. 

2.     KUFUR ISBAT dalam sistem politik demokrasi :

A.Kufur Isbat ertinya mengiktiraf, menyetujui, mengingini, meredhai  dan menetapkan  bahawa Kedaulatan dan Kekuasaan itu adalah hak Manusia dan bahawa Uluhiyah dan Rububiyah itu adalah hak Manusia.

B. Kufur Isbat adalah tidak mengiktiraf dan mengakui terhadap Kedaulatan Allah, Otoriti Allah dan Undang-undang Allah yang berada dalama kalimah Laailaahaillallah.  

Agama demokrasi adalah agama yang syirik dan kufur kerana ianya adalah agama yang mengamalkan Kufur Nafi dan Kufur Isbat, iaitu ia menafikan Uluhiyah dan Rububiyah Allah (Kufur Nafi) dan sebaliknya ia mengiktiraf Uluhiyah dan Rububiyah Manusia (Kufur Isbat).

Kesyirikan dan kekufuran agama demokrasi adalah kerana :

1.     Agama demokrasi adalah agama yang MENAFI dan MENGINGKARI Kedaulatan Allah dan Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang melibatkannya dengan Kufur Nafi.

2.     Agama demokrasi adalah agama yang MENGISBATKAN kedaulatan Manusia dan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang melibatkannya dengan Kufur Isbat;

Agama demokrasi adalah agama yang syirik dan kufur kerana ianya adalah agama yang mengamalkan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang bererti ia mengiktiraf, menyetujui, mengingini, dan meredhainya – ini bererti bahawa ia telah melakukan Kufur Isbat. Sekali gus agama demokrasi yang mengamalkan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia serta ia mengiktiraf, menyetujui dan meredhainya juga mempunyai pengertian bahawa ia telah menafikan Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang bererti bahawa ia telah melakukan Kufur Nafi. Agama demokrasi yang melakukan Kufur Nafi dan Kufur Isbat ini adalah agama yang syirik dan kufur. Justeru setiap orang yang mengamalkan agama demokrasi dan sistem politik demokrasi serta ia mengiktiraf, menyetujui, mengingini dan meredhainya, mempunyai pengertian bahawa ia telah turut melakukan Kufur Nafi dan Kufur Isbat yang mengeluarkan dirinya daripada agama Allah.    

Tanggungjawab kita yang utama sebagai orang-orang Islam yang sedang bernaung di bawah kekuasaan kufur demokrasi kita ini adalah untuk mensuci dan membersihkan diri kita daripada kesyirikan dan kekufuran, iaitu daripada Kufur Nafi dan Kufur Isbat yang sedang wujud dan berlaku di dalam sistem politik demokrasi kita ini. Cara bagi kita untuk membersihkan diri kita daripada kesyirikan dan kekufuran seperti ini adalah dengan TIDAK MENGAMALKAN sistem politik demokrasi kita ini, dengan MENGELUARKAN diri kita daripadanya, dengan MENGASING dan MEMISAHKAN diri kita daripadanya, dengan MENGKUFUR INGKARKANNYA dengan aktif dan total, dan dengan MEMUSUHI dan MEMBENCINYA, dan diikuti dengan PERJUANGAN kita yang serius dan bersungguhan ke arah pembentukan sebuah Negara Islam melalui Metod al-Quran, Sunnah dan Sirah. Inilah cara bagi kita untuk menghindarkan diri kita daripada terlibat dengan Kufur Nafi dan Kufur Isbat dan untuk terus sahaja beriman dan berpegang teguh dengan sempurna dan berkekalan kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Inilah cara Rasulullah saw dan para Rasul yang terdahulu dalam menangani dan mengatasi Jahiliyah dan kekuatan dan kekuasaan Jahiliyah, dan inilah perintah Allah yang jelas dan terang yang disampaikan kepada kita melalui al-Quran dan Hadis.

Bagi kita yang sedang berada di bawah naungan dan kekuasaan agama demokrasi dan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini,  Allah swt memerintahkan kita dengan jelas, terang dan spesifik sekali supaya kita menafi, menolak, mengingkari dan menentangnya (agama demokrasi dan kerajaan demokrasi ) dengan aktif dan total yang  mempunyai pengertian-pengertian bahawa :

1.     Kita telah mengimani, menganuti dan mengamalkan konsep-konsep Nafi dan Isbat yang memelihara dan mempertahankan kesempurnaan pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ;

2.     Kita telah memulangkan sifat-sifat Uluhiyah dan Rububiyah yang sedang berada di dalam tangan-tangan para ‘perampas’ ini kepada Allah.

Sikap dan tindakan-tindakan penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif dan total  terhadap agama demokrasi dan kerajaan demokrasi kita yang syirik dan kufur ini, adalah SYARAT yang menyempurnakan pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, tanpanya bererti kerosakan kepada pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan kita daripada agama Allah. Nafi dan Isbat dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ adalah konsep yang amat penting dan “crucial” dalam kehidupan kita hari-hari – keimanan kita kepadanya bererti kesempurnaan kepada pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, tanpa beriman dan mengamalkannya dalam kehidupan kita hari-hari ianya bererti kerosakan kepada pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan kita daripada agama Allah.

Firman Allah: al-Mumtahanah 4Sesungguhnya kami berlepas diri daripadamu dan daripada apa-apa yang kamu sembah selain daripada Allah. Kami mengingkari (agama) kamu, dan telah terang permusuhan dan kebencian di antara kami dan kamu selama-lamanya, sehingga kamu beriman kepada Allah satu-satu-Nya.

Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
“Itulah keputusan yang memutuskan hubungan dengan mereka, dengan Tuhan-tuhan sembahan mereka dan cara ibadat mereka. Itulah keputusan menolak agama mereka dan beriman kepada Allah. Itulah permusuhan dan kebencian yang tidak akan putus sehingga mereka beriman kepada Allah yang tunggal. Itulah pemisahan yang tegas yang tidak ada sebarang perhubungan dan pertalian selepas terputusnya hubungan aqidah dan pertalian iman. Itulah keputusan muktamad dalam menghadapi pengelaman yang dilalui oleh setiap manusia di dalam mana-mana generasi. Dan keputusan yang diambil oleh Nabi Ibrahim as dan pengikut-pengikutnya adalah menjadi contoh tauladan yang baik kepada angkatan Muslim yang datang selepas mereka hingga kepada hari kiamat.”

Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa kita diperintahkan Allah swt supaya BERLEPAS DIRI daripada agama demokrasi dan kerajaan demokrasi kita yang syirik dan kufur ini, iaitu Allah memerintahkan kita supaya kita TIDAK MENGAMALKAN agama demokrasi dan sistem politik demokrasi kita ini, Allah memerintahkan kita supaya kita MENGELUARKAN diri kita daripada agama demokrasi dan sistem politik demokrasi kita yang syirik dan kufur ini, Allah memerintahkan kita supaya kita MENGASING dan MEMISAHKAN diri kita daripadanya. Allah memerintahkan kita supaya kita MENGKUFUR INGKARKAN agama demokrasi bersekali dengan seluruh Tuhan demokrasi dengan aktif dan total, iaitu Tuhan-tuhan demokrasi yang terdiri daripada para pemimpin kita dan Raja-Raja Melayu kita dan Allah memerintahkan kita supaya kita MEMBENCI dan MEMUSUHI agama demokrasi dan Tuhan-tuhan Manusia ini dengan aktif, total dan berkekalan.

Hanya inilah sahaja jalan dan cara yang boleh menyempurnakan pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bagi kita yang sedang berada di bawah kekuasaan, naungan dan lindungan sistem politik demokrasi, iaitu di bawah kekuasaan, naungan dan lindungan payung-payung para pemimpin kita dan Raja-Raja Melayu kita. Itulah sebenarnya payung-payung yang syirik dan kufur, iaitu payung-payung di bawah naungan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang syirik dan kufur seperti mana keadaan kita yang sedang berada di bawah kekuasaan kerajaan demokrasi Malaysia kita sekarang ini. Sekiranya kita tidak menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap agama demokrasi dan Tuhan-tuhan Manusia yang terdiri daripada para pemimpin kita dan Raja-Raja Melayu kita ini serta kita tidak memusuhi dan membenci seluruh mereka ini, ianya bererti bahawa kita tidak mengamalkan konsep Nafi dan Isbat dalam kehidupan kita yang merosakkan pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan yang mengeluarkan kita daripada agama Allah.

Firman Allah: an-Nisa 60Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadmu dan kepada yang diturunkan sebelum daripadadmu ? Mereka hendak berhakim kepada taghut itu. Padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkarkan Taghut.Dan syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.

Ini adalah ayat TAKFIR dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, iaitu ayat al-Quran yang memerintahkan kita supaya kita mengisytiharkan bahawa agama demokrasi dan kerajaan demokrasi kita ini adalah agama yang syirik dan kufur. Kita diperintahkan untuk mengisytiharkan bahawa para pemimpin kita yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita ini kesemuanya adalah Tuhan-tuhan Manusia yang selain daripada Allah. Kita diperintahkan oleh kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ supaya bertindak dengan aktif dan tegas dalam mengkufur ingkarkan agama demokrasi dan sistem politik demokrasi kita ini kerana ianya adalah agama yang syirik dan kufur. Kita diperintahkan oleh kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ untuk mengkufur ingkarkan seluruh Tuhan Manusia yang selain daripada Allah yang sedang berkuasa dan berdaulat di dalam negara kita kini. Raja-Raja Melayu kita ini adalah Tuhan-tuhan Manusia dan Berhala-Berhala yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia di dalam negara kita ini, dan oleh yang demikian, konsep Nafi dan Isbat dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ memerintahkan kita dengan jelas dan terang agar kita menderhakai dan mengingkari serta kita membenci dan memusuhi Raja-Raja Melayu kita ini sehingga mereka itu kesemuanya diturunkan daripada takhta-takhta mereka.  Ini adalah perintah daripada Allah yang terkandung di dalam al-Quran yang jelas dan terang serta yang sama sekali tidak boleh dipertikaikan lagi (4:60; 60:4).

Kita menyangka bahawa Raja-Raja Melayu kita ini adalah Raja-Raja yang berada di luar daripada Perlembagaan Negara kita dan justeru kita menyangka bahawa Raja-Raja Melayu kita ini adalah Raja-Raja yang tidak ada kena mengena dengan politik negara kita, kita menganggapkan mereka ini sebagai Raja-Raja yang suci dan bersih daripada sebarang pencemaran dan kekotoran segala tipudaya, manipulasi dan permainan politik orang-orang berpolitik untuk kepentingan politik mereka. Ini adalah satu kekeliruan dan salah tanggapan yang besar. Raja-Raja Melayu kita ini adalah Raja-Raja berperlembagaan (constitutional monarch), oleh kerana Perlembagaan Negara kita ini adalah perlembagaan yang syirik dan kufur (fasal 44), Raja-Raja Melayu kita ini turut berstatus sebagai Raja-Raja yang syirik dan kufur - mereka ini sebenarnya adalah Berhala-berhala. Raja-Raja Melayu kita ini adalah Berhala-berhala kerana mereka ini adalah Raja-Raja yang BERKUASA dan BERDAULAT untuk memerintah ke atas kita, mereka ini adalah Raja-Raja yang BERKUASA dan BERDAULAT untuk membuat peraturan dan undang-undang untuk dikuat kuasakan ke atas kita, mereka ini adalah Raja-Raja yang BERKUASA dan BERDAULAT untuk menjadikan kita ini sebagai HAMBA-HAMBA kepada mereka, dan mereka ini adalah Raja-Raja yang BERKUASA dan BERDAULAT untuk ditaati dan dipatuhi oleh kita yang justeru bererti mereka ini adalah disembah oleh kita sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah. Sesungguhnya Raja-Raja Melayu kita ini di sisi kalimah Tauhid adalah menepati segala sifat dan ciri sebagai Berhala-berhala.

Secara tradisinya, boleh dikatakan seluruh umat Islam kita ini sudahpun menerima bahawa Raja-Raja Melayu kita ini adalah Raja-Raja yang BERKUASA dan BERDAULAT. Tanyalah siapa sahaja pun, jawapannya tetap sama – dia akan mengatakan bahawa Raja-Raja Melayu kita ini adalah Raja-Raja yang BERKUASA dan BERDAULAT. Kerajaan kita dan seluruh umat Islam kita sentiasa sahaja mengucapkan kalimat-kalimat “Daulat Tuanku!” yang membuktikan bahawa Raja-Raja Melayu kita ini adalah diiktiraf dan diakui secara rasminya sebagai Raja-Raja yang BERKUASA dan BERDAULAT di dalam negara kita ini. Namun seluruh umat Islam kita tidak memahami bahawa mengikut pengertian kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, setiap Raja yang BERKUASA dan BERDAULAT itu adalah disifatkan sebagai BERHALA.

Kesetiaan kita kepada Raja-Raja Melayu kita, para pemimpin kita dan Negara kita adalah kesetiaan kita kepada Berhala-Berhala yang menjadikan kita ini sebagai para HAMBA kepada Berhala-Berhala yang mewujudkan sistem pengabdian manusia kepada sesama manusia yang syirik dan kufur, manakala ketaatan kita kepada Raja-Raja Melayu kita, para pemimpin kita dan kepada Negara kita ianya bererti bahawa kita telah menyembah mereka ini sebagai Berhala-Berhala - kesemuanya ini merosakkan pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan kita daripada agama Allah.

Umat Islam kita kini mendabek dada mengisytiharkan bahawa Raja-Raja Melayu kita ini adalah payung-payung kita, dan umat Islam kita kini juga mendabek dada mengisytiharkan bahawa Raja-Raja Melayu kita ini adalah ketua-ketua agama kita. Bayangkanlah betapa syirik dan kufurnya seluruh kita ini, betapa rendah, hina dan hancurnya AQIDAH kita dan MERTABAT seluruh umat Islam kita ini kerana payung-payung kita adalah Berhala-Berhala, dan ketua-ketua agama kita adalah juga Berhala-Berhala! Padahal di sisi ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ payung kita untuk kita berlindung di bawah-Nya hanyalah Allah sahaja, manakala ketua agama kita yang memimpin kita ke jalan yang lurus hanyalah Allah sahaja. Raja-Raja Melayu kita tidak boleh dijadikan payung-payung kita dan Raja-Raja Melayu kita juga tidak boleh dijadikan ketua-ketua agama kita . Tiada payung yang selain daripada Allah ke atas kita melainkan hanya Dia sahaja, dan tiada ketua agama yang selain daripada Allah untuk kita melainkan hanya Dia sahaja.

Menderhakai dan memberontak terhadap Raja-Raja Melayu kita adalah ketaatan dan kepatuhan kita kepada perintah Allah dan itu adalah amalan yang diredhai Allah kerana segala tindakan dan perbuatan kita itu bererti kita menafi, menolak, mengingkari dan menentang terhadap Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang menyempurnakan pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, manakala menyetujui dan meredhai Raja-Raja Melayu kita ini serta menyokong dan mempertahankan kedaulatan mereka ianya bererti bahawa kita menyetujui dan meredhai Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan kita daripada agama Allah.

Sekiranya kita tidak mengkufur ingkarkan agama demokrasi dan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini dan sekiranya kita juga tidak mengkufur ingkarkan para pemimpin kita dan Raja-Raja Melayu kita yang kesemuanya ini adalah para Taghut di sisi kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, ianya bererti bahawa kita tidak mempraktikkan konsep Nafi dan Isbat dalam kehidupan kita yang mengakibatkan kerosakan kepada pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang justeru mengeluarkan kita daripada agama Allah. Perintah untuk menderhakai agama demokrasi dan kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini dan perintah untuk menderhakai para pemimpin kita dan Raja-Raja Melayu kita ini adalah perintah-perintah yang menyempurnakan pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengekalkan kita untuk beriman dengan sempurna kepada Allah dan supaya kita sentiasa berada di dalam agama Allah.

Kerajaan kita sentiasa bersungguh-sungguh mengajar kita supaya menumpahkan seluruh ketaatan dan kesetiaan kita kepada Raja-Raja Melayu, para pemimpin dan kepada negara kita. Sesungguhnya ini tiadalah yang lain melainkan ianya adalah ajaran dan perintah yang sesat serta yang amat menyesatkan seluruh umat Islam kita yang menggamitkan kita tiada kepada yang lain melainkan untuk ke neraka! 

Firman Allah: al-Baqarah 256Barang siapa yang kufurkan Taghut dan beriman kepada Allah, sesungguhnya dia telah berpegang kepada tali yang teguh yang tiada akan putus. 
Ayat ini mengandungi dua perintah daripada Allah – perintah untuk mengkufur ingkarkan Taghut dan perintah untuk beriman kepada Allah. Orang-orang yang mendahului dan mengutamakan tindakan untuk MENGKUFUR INGKARKAN agama demokrasi dan kerajaan demokrasi Malaysia kita yang syirik dan kufur ini, kemudian daripada itu barulah mereka itu menyusulinya dengan BERIMAN kepada Allah, mereka itu adalah disifatkan Allah sebagai orang-orang yang berpegang teguh kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Mengkufur ingkarkan agama demokrasi kita ini adalah lebih didahulukan berbanding dengan beriman kepada Allah. Manakala orang-orang yang tidak mengkufur ingkarkan agama demokrasi kita yang syirik dan kufur ini, mereka itu adalah orang-orang yang tidak mempraktikkan konsep Nafi dan Isbat dalam kehidupan mereka, dan itu adalah kerosakan kepada pegangan dan amalan mereka akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan mereka itu daripada agama Allah.

Firman Allah: Yusuf 40Sesungguhnya hukum itu hanya hak Allah, Ia perintahkan supaya kamu jangan sembah selain daripada Allah.

Allah s.w.t. memerintahkan kita supaya "jangan sembah yang selain daripada Allah" yang bererti jangan mentaati undang-undang yang selain daripada undang-undang Allah; khususnya, jangan mentaati undang-undang parlimen dan kerajaan demokrasi kita ini. Dalam lain-lain perkataan, Allah memerintahkan kita supaya melancarkan tindakan TAKFIR yang aktif dan total terhadap kerajaan demokrasi bersekali dengan segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang kini sedang berdaulat, berkuat kuasa dan memerintah ke atas kita, iaitu kita diperintahkan Allah supaya mengisytiharkan kekufurannya, kita diperintahkan Allah supaya melancarkan tindakan-tindakan penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang aktif dan total terhadapnya supaya ketaatan dan pengabdian yang total itu dikembalikan kepada Allah sahaja.

Firman Allah : al-Furqan 2Kepunyaan-Nyalah kedaulatan langit dan bumi dan yang tidak mempunyai anak serta tiada sekutu dalam kedaulatan-Nya, dan Dialah yang menciptakan tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna. 
Firman Allah : al-Israa’ 111Katakanlah : “Segala puji bagi Allah, yang tiada mempunyai anak, tiada sekutu dalam kedaulatan-Nya.”

Allah swt mengisytiharkan bahawa KEDAULATAN (sovereignty) bagi sesebuah kerajaan di bumi ini adalah HAK ALLAH sahaja, dan justeru Allah mengisytiharkan lagi dengan cukup jelas, terang dan tegas bahawa TIADA SEKUTU dalam KEDAULATANNYA. Perisytiharan ini bererti bahawa dalam pemerintahan dan pentadbiran sesebuah kerajaan di bumi ini, Allah sahajalah yang berhak untuk berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas seluruh umat manusia di bumi, dan seseorang atau segolongan manusia itu sekali-kali tidak berhak untuk berkuasa, berdaulat dan memerintah ke atas manusia. Nas-nas di atas ini memperkatakan tentang hakikat dan situasi yang sedang kita alami kini di dalam negara kita ini dengan spesifik, khusus dan tepat sekali – bahawa kerajaan demokrasi Malaysia kita ini yang didasarkan kepada konsep KERAJAAN RAKYAT, OLEH RAKYAT dan UNTUK RAKYAT ini adalah sebuah kerajaan yang mempersekutu dan mengkufur ingkarkan konsep KERAJAAN HAK ALLAH, OLEH KHALIFAH ALLAH DAN UNTUK ALLAH yang oleh itu ia menafi dan merosakkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang jelas dan nyata sekali mengeluarkan para pengamal agama demokrasi daripada agama Allah.

Kesempurnaan pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ hanyalah dengan mengimani, menganuti dan mengamalkan konsep Nafi dan Isbat dalam sistem kehidupan kita  - khususnya untuk menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap agama demokrasi dan kerajaan demokrasi yang sedang berkuasa dan berdaulat ke atas kita kini. 

Sikap yang menyetujui, meredhai dan  mengingini terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi, atau yang “neutral” terhadapnya, atau sikap dan tindakan yang “tidak negatif” terhadapnya adalah kesemuanya satu penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif dan total terhadap kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ . Hanya sikap dan tindakan yang “aktifnya negatif” terhadap kerajaan demokrasi ini sahaja, iaitu sikap dan tindakan yang mengamalkan konsep Nafi dan Isbat sahaja, yang boleh mempastikan kesempurnaan pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dalam kehidupan harian kita.

No comments:

Post a Comment