MENTALITI
JAHILIYAH
Firman Allah : Hud 87
Mereka berkata : Wahai Syuaib! Apakah solatmu menyuruhmu supaya kami tinggalkan segala apa yang disembahkan datuk nenek kami atau melarang kami menguruskan harta benda kami mengikut cara yang kami suka. Sesungguhnya engkau seorang yang sangat berakal dan berfikiran matang (bukankah begitu?).
KAUM Madyan
menjadi kafir kerana mereka menolak ajaran Nabi Syuaib as, iaitu mereka menolak
dan mengingkari peraturan dan undang-undang Allah dalam bidang-bidang politik,
ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa yang diajarkan oleh Nabi
mereka, sebaliknya mereka menganuti dan mengamalkan agama nenek moyang mereka
yang hanya terbatas setakat solat dan syiar-syiar ibadat sahaja. Mereka
menganuti dan mengamalkan agama nenek moyang mereka yang hanya terdiri daripada
solat dan syiar-syiar ibadat serta upacara-upacara sahaja, sedangkan dalam seluruh
sistem kehidupan mereka yang meliputi bidang-bidang politik, ekonomi, sosial
dan akhlak, mereka mengamalkan segala peraturan dan undang-undang manusia ciptaan
mereka sendiri. Al-Quran memaparkan kepada kita dengan cukup jelas dan terang
sekali bahawa kaum Madyan dahulu itu adalah kaum Jahiliyah, kepercayaan dan
pemikiran mereka itu adalah Jahiliyah dan sistem kehidupan mereka itu adalah
Jahiliyah kerana mereka itu mengamalkan peraturan dan undang-undang manusia
yang diciptakan oleh mereka itu sendiri dalam seluruh bidang kehidupan mereka.
Di sinilah wujudnya persamaan-persamaan
yang ketara di antara kaum Madyan di zaman nabi Syuaib as dahulu itu dengan
umat Islam di Malaysia kita kini – kita juga wujud dan hidup di dalam
masyarakat Jahiliyah dengan Mentaliti Jahiliyah, serta kita mengamalkan agama
Jahiliyah (agama demokrasi) – keadaan kita kini adalah sama seperti mereka.
Kita kini hidup dengan
Mentaliti Jahiliyah kerana kita percaya bahawa Islam ini adalah agama yang
terdiri daripada syiar-syiar ibadat dan upacara-upacara sahaja, dan selanjutnya
kita percaya bahawa sistem kehidupan dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial,
akhlak dan perhubungan antarabangsa ini bukanlah bidang-bidang agama dan kita
percaya bahawa ianya tidak ada sebarang perkaitan dengan agama, baik agama
Islam mahupun agama-agama yang lain.
Agama Islam yang memboleh,
membenar dan menghalalkan kita untuk mengamalkan agama demokrasi, iaitu agama
Islam seperti mana yang sedang kita amalkan kini yang kita warisi sejak turun
temurun lagi bukanlah agama Islam yang sebenar yang datang daripada Allah dan
yang diturunkan kepada Rasulullah saw. Kita sebenarnya mewarisi agama Islam
yang sesat, rosak dan salah sejak dari awal-awal kedatangannya ke bumi Melayu
kita ini lagi kerana sememangnya agama kita ini adalah agama yang terlebih
dahulu diajar dan diselewengkan oleh bijak pandai Yahudi dan agen-agen mereka
yang terdiri daripada kaum Orientalis yang kemudianya diajar dan kembangkan di
kalangan kita oleh tok guru-tok guru kita. Begitulah juga sukatan pelajaran
agama Islam yang kini diajar di universiti-uniuversiti kita oleh bijak pandai
kita, baik tempatan mahupun di luar negara, kesemuanya mengajar agama Islam
kita dalam bentuknya yang sesat, rosak dan salah yang kini kita warisi sejak
turun temurun daripada ajaran, kononnya, golongan Islam Salafi. Golongan ini adalah dipelupuri
dan ajaran-ajarannya dikembangkan oleh Muhammad Abdul Wahab, Jamaluddin
al-Afghani, Abduh, Rashid Redha, Hassan al-Banna, dan kini oleh Yusuf
al-Qardhawi dan rakan-rakan seperjuangannya. Mereka ini kesemuanya adalah
agen-agen Yahudi dan mereka kini mengajar agama Islam yang salah dan rosak
kepada kita yang diajar kepada mereka oleh kaum Yahudi.
Inilah Mentaliti Jahiliyah
dan sistem kehidupan Jahiliyah yang wujud dan berlaku di kalangan seluruh massa
umat Islam di Malaysia kita kini yang sama dan serupa dengan kaum Madyan dahulu
itu. Umat Islam kita hidup dan berada dalam Jahiliyah dan dalam kesyirikan dan
kekufuran sejak berkurun-kurun lagi sehinggalah ke hari ini. Walaupun kita ini
adalah terdiri daripada golongan yang lebai dan warak, iaitu golongan yang
berpegang teguh kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang
tekun melakukan solat, puasa, zakat, haji dan seluruh syiar ibadat yang lain
dalam kehidupan kita, kita sebenarnya sedang menjalani dan mengamalkan sistem
kehidupan Jahiliyah, kita sedang berada dalam masyarakat Jahiliyah dengan
menganuti Mentaliti Jahiliyah, dan agama Islam yang sedang kita amalkan kini
bukanlah agama Islam yang sebenar daripada Allah. Ini adalah satu situasi yang
amat tragis kerana ianya melibatkan seluruh massa umat Islam kita baik di
Malaysia kita ini mahupun di dunia ini seluruhnya yang menyebabkan seluruh
massa umat Islam kita kini tidak berada dalam agama Allah yang sebenar!
Masyarakat umat Islam di
Malaysia kita kini adalah Jahiliyah kerana wujud dan berkuat kuasa di dalamnya
peraturan dan undang-undang Jahiliyah ciptaan manusia dalam seluruh bidang
kehidupan manusia yang meliputi bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak
dan perhubungan antarabangsa. Apabila kita mengamalkan agama demokrasi serta
kita redha dan bersetuju dengannya, ianya turut bererti kita juga bersetuju dan
redha kepada segala peraturan dan undang-undangnya, kita redha dan bersetuju
untuk menyerahkan hak dan kuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang negara
kepada ahli-ahli PARLIMEN dan DUN, kesemuanya ini bererti bahawa kita telah
melantik para pemimpin kita ini sebagai TUHAN-TUHAN yang berkuasa dan berdaulat
ke atas kita, dan kita telah mengimani dan menganuti agama demokrasi ciptaan
manusia. Ini kesemuanya bererti kita telah dan sedang mempersekutukan Allah dan
kita menolak dan mengingkari agama Allah yang mengeluarkan kita daripada agama
Allah. Namun kita amat selesa dan redha untuk wujud dan hidup dalam keadaan
seperti ini kerana kita menyangka bahawa kita berada dalam kebenaran dan
keimanan yang sebenar sedangkan kehidupan kita seperti ini adalah kehidupan
yang bergelumang dengan kesyirikan dan kekufuran. Kita kini berada dan
menjalani kehidupan mengikut Mentaliti Jahiliyah dan kita sebenarnya sedang berada
di luar daripada agama Allah.
Ketaatan dan kepatuhan
kita kepada kerajaan demokrasi kita ini serta kepada segala peraturan dan
undang-undangnya, ianya bererti kita menyembah Tuhan-tuhan Manusia, iaitu kita
menyembah para pemimpin kita yang terdiri daripada ahli-ahli PARLIMEN dan DUN - ini
bererti kita menyembah Tuhan-tuhan Manusia yang ramai di samping itu kita juga
menyembah Allah dalam solat, puasa, zakat, haji, dan syiar-syira ibadat yang
lain. Keadaan kita kini adalah sama dan serupa dengan keadaan umat-umat manusia
pada zaman-zaman para Rasul yang terdahulu itu kerana kita sebenarnya amat
cenderung dan suka untuk menyembah Tuhan-tuhan Manusia yang ramai ini di
samping kita menyembah Allah, sebaliknya kita tidak mempunyai keinginan untuk
hanya menyembah Allah yang Maha Esa sahaja tanpa menyembah Tuhan-tuhan Manusia
yang ramai ini.
Firman Allah : al-A’raf 70
Mereka berkata : Apakah kamu datang kepada kami supaya kami menyembah Allah sahaja dan meninggalkan sembahan-sembahan yang biasa disembah oleh datuk nenek kami. Bawalah azab yang engkau ancamkan kami itu jika engkau daripada orang-orang yang benar.
Firman Allah : Sod 5
Apakah patut dia hendak menjadikan Tuhan-tuhan yang banyak itu hanya satu sahaja? Sesungguhnya ini adalah sesuatu yang amat menghairankan.
Inilah Mentaliti Jahiliyah
di kalangan umat manusia yang digambarkan oleh al-Quran. Menyembah ramai Tuhan
itu adalah satu kebiasaan dan keselesaan bagi kaum Jahiliyah pada zaman
Rasulullah saw dan pada zaman-zaman para Rasul yang terdahulu itu. Sebaliknya
mereka tidak biasa untuk menyembah Allah yang satu tanpa disertai dengan
penyembahan kepada Tuhan-tuhan yang lain dan mereka tidak selesa untuk berbuat
demikian. Apabila Rasulullah saw dan para Rasul itu menyeru kaum-kaum mereka
supaya meninggalkan agama nenek moyang mereka dan supaya mereka hanya menyembah
Allah yang Maha Esa sahaja dan supaya mereka meninggalkan penyembahan Tuhan-tuhan
yang banyak dan ramai itu, mereka dengan tegas menyatakan keengganan mereka untuk
berbuat demikian, malah mereka menyatakan kehairanan mereka mengenai penyembahan
Tuhan yang satu sahaja dan menuduh para Rasul mereka itu sebagai para penyesat,
pendusta dan pembohong. Mereka wujud dan hidup di bumi mereka itu dengan
Mentaliti Jahiliyah dan berada di luar daripada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Ayat-ayat al-Quran seperti
di atas ini adalah sesuai dan tepat untuk ditujukan kepada seluruh umat Islam
di Malaysia kita ini dan juga untuk seluruh umat Islam kita di dunia ini. Boleh
dikatakan seluruh umat Islam di Malaysia kita kini menyembah ramai Tuhan
Manusia, iaitu kita menyembah Allah di samping itu kita turut juga menyembah
Tuhan-tuhan Manusia – menyembah ramai Tuhan ini sudah menjadi satu kebiasaan
dan keselesaan bagi kita. Kita kini berada dalam kesyirikan dan kekufuran
melalui amalan sistem politik demokrasi kerana amalan ini bererti kita telah
melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan kita yang berkuasa dan berdaulat ke atas
kita, dan kerana ketaatan dan kepatuhan kita kepada segala peraturan dan
undang-undang demokrasi ini bererti kita menyembah manusia dan mempertuhankan
manusia, iaitu khususnya kita sedang menyembah para pemimpin kita yang terdiri
daripada ahli PARLIMEN dan DUN kita sebagai Tuhan-tuhan kita.
Apabila kita diseru supaya
jangan mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur ini, jangan mentaati
dan mematuhi kerajaan demokrasi kita ini serta jangan kita mentaati dan
mematuhi segala peraturan dan undang-undangnya agar dapat kita menghindarkan
diri kita daripada menyembah Tuhan-tuhan Manusia kita ini, kita sewenang-wenang
sahaja menolak dan mengingkari seruan-seruan ke jalan yang benar seperti ini
kerana kita sudah terlalu biasa, selesa dan mempunyai naluri dan keinginan hati
yang kuat untuk terus tekun mengamalkannya, kerana perasaan kesetiaaan kita
yang kuat kepada Tuhan-tuhan Manusia ini dan kerana kita tidak memahami
mengenai pengertian Uluhiyah dan Rububiyah Allah serta Uluhiyah dan Rububiyah
Manusia. Keadaan kita seperti ini adalah sama dan serupa dengan kesyirikan dan
kekufuran yang wujud dan berlaku ke atas kaum Quraisy pada zaman Rasululah saw
dan ke atas kaum-kaum yang wujud pada zaman-zaman para Rasul yang terdahulu
yang disebut dalam ayat-ayat seperti yang dipetikkan di atas ini, iaitu apabila
para Rasul mereka itu menyeru mereka agar mereka meninggalkan agama-agama nenek
moyang mereka, mereka tegas keengganan untuk berbuat demikian, malah mereka
terus tekun mengamalkannya. Inilah ertinya Mentaliti Jahiliyah. Kita kini wujud
dan hidup dengan Mentaliti Jahiliyah dan kita sebenarnya berada di luar agama
Allah sama seperti mana kesyirikan dan kekufuran seluruh umat manusia yang
terdahulu yang digambarkan di dalam al-Quran.
Kita langsung tidak
mempercayai bahawa ketaatan dan kepatuhan kepada segala peraturan dan
undang-undang yang diluluskan oleh PARLIMEN dan DUN kita ini, ianya bererti kita
menyembah dan mempertuhankan para pemimpin kita yang mengeluarkan kita daripada
agama Allah, padahal ianya adalah hukum Allah yang soreh, muhkam dan qotie,
iaitu yang tidak boleh dipertikaikan lagi di sisi agama kita kerana ianya
adalah didasarkan kepada segala dalil Nas dan Hadis yang jelas dan konkerit. Kita
menolak segala seruan para pendakwah ke jalan yang benar, kita menyifatkan para
pendakwah yang benar ini sebagai orang-orang yang berminda sempit, beku, bodoh,
mundur, fanatik dan ketinggalan zaman. Kita berlagak sombong dan menyifatkan
diri kita sebagai orang-orang yang maju, progresif, “civilized”, “liberated”,
terbuka dan “up-to-date”, padahal yang sebenarnya kita ini adalah orang-orang
yang berada dalam keadaan yang sama sekali tertutup kepada hidayat dan
kebenaran, kita adalah orang-orang yang hidup selesa dan tertipu dalam keadaan
yang bodoh, sombong dan sesat yang sudahpun terkeluar daripada agama Allah.
Inilah yang dikatakan
sebagai Mentaliti Jahiliyah dan kita sebenarnya kini sedang berada dalam
Mentaliti Jahiliyah dan terkeluar daripada garis-garis Mentaliti Islam. Allah
memperingati dan menyedarkan kita melalui ayat-ayat-Nya bahawa Mentaliti
Jahiliyah yang wujud di kalangan seluruh massa umat Islam di Malaysia kita kini
adalah Mentaliti Jahiliyah yang sama dan serupa dengan Mentaliti Jahiliyah yang
wujud di kalangan seluruh umat manusia di zaman-zaman para Rasul yang terdahulu
itu seperti mana yang dibicarakan dalam ayat-ayat al-Quran seperti yang disebutkan
di atas ini. Ayat-ayat al-Quran seperti di atas ini adalah amat sesuai dan
bertepatan untuk dikemukakan kepada seluruh massa umat Islam di Malaysia kita kini
yang wujud dan hidup di dalam Mentaliti Jahiliyah, iaitu Mentaliti Jahiliyah
yang sama dan serupa dengan Mentaliti Jahiliyah di zaman-zaman Rasulullah saw
dan para Rasul yang terdahulu itu.
Erti MENTALITI JAHILIYAH ialah
:
1. Islam bererti berpegang
teguh kepada dua kalimah syahadah yang diikuti dengan amalan solat, puasa,
zakat, haji dan seluruh syiar ibadat kepada Allah sedangkan peraturan dan
undang-undang dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan
perhubungan antarabngsa bukanlah agama;
2. Kalimah Laailaahillallah
bererti Allah itu satu dan tidak lebih daripada satu, dan ianya tidak mempunyai
sebarang hubung kait dengan politik, kerajaan, pemerintahan dan undang-undang;
3. Allah itu adalah Tuhan
kerana Dia adalah Pencipta, Pemelihara dan Pentadbir langit dan bumi dan segala
apa yang berada di antara keduanya, tetapi Dia tidak mencampuri dalam hal ehwal
politik, kerajaan, pemerintahan dan undang-undang di dalam sesuatu negara di
bumi;
4. Demokrasi itu bukanlah
agama, ianya adalah satu sistem politik yang bertujuan untuk memilih para
pemimpin, membuat peraturan dan undang-undang negara, dan untuk memerintah dan mentadbir
Negara;
5. Politik, kerajaan,
pemerintahan dan undang-undang adalah isu-isu yang tidak ada kena mengena
dengan Tuhan dan Agama;
6. Para pemimpin yang
berkuasa dan memerintah di dalam sesebuah kerajaan demokrasi bukanlah
Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia;
7. Ketaatan dan kepatuhan
kepada peraturan dan undang-undang negara demokrasi tidak bererti para
pemerintah itu adalah Tuhan-tuhan yang disembah oleh manusia;
8. Rakyat yang bersetuju dan
menyokong sesebuah kerajaan demokrasi tidak bererti mereka itu melantik para
pemerintah itu sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia;
9. Rakyat yang bersetuju dan
menyokong sesebuah kerajaan demokrasi tidak bererti mereka itu bersetuju dan
menyokong kesyirikan dan kekufuran;
10. Rakyat yang mentaati dan
mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang dibuat oleh para
pemerintah tidak bererti mereka itu
menyembah para pemerintah itu sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah;
11. Sikap dan
tindakan-tindakan penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang
terbuka, aktif dan total terhadap demokrasi, kerajaan demokrasi dan segala
peraturan dan undang-undang demokrasi bukanlah syarat keimanan kepada kalimah
Laailaahillallah dan ianya bukanlah sesuatu yang diperintahkan Allah ke atas
kita;
12. Perjuangan umat Islam di
bumi ini bukanlah untuk menghapuskan kerajaan demokrasi ini untuk digantikan dengan
sebuah kerajaan Islam kerana kerajaan demokrasi ini sememangnya adalah sebuah
kerajaan Islam atau yang serasi dengan Islam;
13. Perjuangan Islam melalui
proses politik demokrasi ini adalah metod perjuangan yang selaras dan
bersesuaian dengan metod al-Quran, Sunnah dan Sirah;
14. Perang dan Revolusi
terhadap kerajaan demokrasi Malaysia kita ini adalah satu bentuk “extremism”
yang dilarang dalam Islam;
15. Perang dalam Islam hanya
dibenarkan setelah kita ini terlebih dahulu diancam, dicerobohi, dicabuli,
dizalimi dan diperangi;
16. Jihad tidak hanya terhad
kepada Perang dan Revolusi, ianya mempunyai pengertian yang lebih luas yang
mencakupi berbagai-bagai bidang kehidupan termasuklah perjuangan untuk
memajukan negara, meningkatkan teknologi, menimba ilmu dan mencari kekayaan di
bumi;
17.Perpaduan dan harmoni di
antara berbagai-bagai kaum dan agama adalah digalakkan dalam Islam;
18. Konsep ‘Ketuanan Islam’
adalah sesuatu yang tidak wujud dalam pemikiran umat Islam dan justeru mereka tidak
pernah dan tidak akan berjuang ke arah merealisasikan matlamat itu;
19. Melantik pemimpin-pemimpin
daripada golongan bukan Islam adalah dibenarkan dalam Islam asalkan mereka itu
taat dan patuh kepada Perlembagaan Negara, peraturan dan undang-undang negara
serta mereka mengiktiraf agama Islam sebagai agama resmi Negara.
Inilah MENTALITI JAHILIYAH
yang wujud dan diimani serta diamalkan di kalangan seluruh massa umat Islam
kita baik di Malaysia mahupun di dunia ini, dan mereka ini kesemuanya kini
sedang mengimani dan menganuti agama Islam dalam bentuk Islam Reformis atau
Islam Modenis yang sesat dan rosak ajaran Ahlil Kitab. Kesemua pemikiran dan
fahaman seperti ini adalah kesesatan kerana kita tidak menerima ajaran dan
petunjuk daripada Allah!
Umat Islam di Malaysia
kita ini yang sedang berada di dalam Mentaliti Jahiliyah seperti ini adalah
disifatkan Allah sebagai orang-orang yang PALING JAHAT sekali kerana kita mendustakan
ayat-ayat Allah dan berpaling daripada keimanan :
Firman Allah : al-Lail 14, 15 16
Oleh itu Aku ingatkan kamu dengan seksa neraka yang bernyala-nyala.
Tiada yang masuk di dalamnya melainkan orang-orang yang paling jahat .
Yang mendustakan ayat-ayat Allah dan berpaling daripada iman.
Saiyyid Qutb (Fizilalil
Quran) :
Api neraka yang
bernyala-nyala akan membakar manusia-manusia yang amat jahat, dan tidak ada
kesengsaraan yang lebih besar daripada dibakar di dalam neraka. Iaitu
orang-orang yang tidak percaya kepada dakwah Allah dan berpaling daripada
hidayat-Nya sebagai mana yang telah di janjikan Allah untuk memberi hidayat
kepada sesiapa yang datang kepada-Nya dengan penuh minat.
Pada hari ini umat Islam kita
tidak boleh menerima realiti bahawa peraturan dan undang-undang adalah agama, khususnya
kita tidak boleh menerima bahawa peraturan dan undang-undang demokrasi adalah
agama demokrasi yang syirik dan kufur, dan kita tidak boleh menerima realiti
bahawa kita yang mengamal, menyetujui dan meredhai peraturan dan undang-undang
demokrasi ciptaan manusia ini adalah orang-orang yang kafir, zalim dan fasik di
sisi Allah swt. Kita juga tidak boleh menerima realiti bahawa ahli-ahli
Parlimen dan Dun kita ini adalah Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka itu adalah orang-orang
yang berkuasa dan berdaulat untuk membuat peraturan dan undang-undang untuk
manusia – kesemuanya ini bererti bahawa kita ini adalah orang-orang yang telah,
dengan jelas, terang dan terbuka, mendustakan ayat-ayat Allah, dan justeru kita
ini adalah orang-orang yang disifatkan Allah sebagai orang-orang yang PALING
JAHAT sekali di atas muka bumi ini yang akan dihumban ke dalam api neraka yang disifatkan-Nya
sebagai api yang amat panas bernyala-nyala!
Dalam alaf yang baru ini,
umat Islam kita kini kelihatan semakin kuat dipengaruhi oleh pemikiran dan
budaya hidup Barat berbanding dengan masa-masa yang lalu, dan kita kini
sebenarnya sedang berada dalam keadaan yang semakin tenggelam dengan lebih mendalam
di dalam MENTALITI JAHILIYAH dengan perasaan-perasaan kita yang amat selesa
malah kita bermegah-megah dan berbangga-bangga dengan keadaan kita seperti ini.
Kita tidak mungkin boleh keluar daripada MENTALITI JHILIYAH ini untuk kembali kepada
MENTALITI ISLAM dalam masa yang terdekat ini. Aqidah kita semakin terpesong
sementara itu kita semakin mendekati dan bergelumang di dalam sistem hidup Jahiliyah,
kita lebih suka dan cenderung untuk terus kekal dalam sistem kehidupan
Jahiliyah dan dengan menganuti MENTALITI JAHILYAH kerana kita sememangnya tidak
pernah menyedari mengenai kedudukan kita yang sesat, menyeleweng dan rosak
seperti yang sedang wujud dan beroperasi pada ketika ini.
Agen-agen kepada
penjajahan Barat dan kaum Orientalis yang bertanggungjawab dalam mengembangkan MENTALITI
JAHILIYAH dan Islam yang DIERTISEMULAKAN atau Islam yang DIREFORMASIKAN ini
adalah terdiri daripada para pemikir, ulama dan intelek Islam kita sendiri
lulusan institusi-institusi pengajian tinggi Islam tajaan mereka
(penjajah-penjajah), terutama daripada universiti-universiti di Timur Tengah,
yang terpenting sekali ialah peranan universiti al-Azhar. Fahaman dan konsepsi
mengenai Mentaliti Jahiliyah dan Islam yang dierti semulakan itu telah menjalar
ke seluruh pelusuk dunia Islam, termasuk Malaysia, sejak lebih satu abad yang
lalu sehingga ke hari ini. Inilah Gerakan Reformasi Islam, iaitu perjuangan
yang mengubah dan memperbaharui Aqidah Islam dan Agama Islam daripada agama
Islam yang asal dan sempurna seperti mana ia mula-mula diturunkan kepada kita
melalui Rasulullah saw kepada agama Islam dalam bentuknya yang baru, iaitu
Islam Modenis yang rosak dan pincang ajaran kaum Yahudi dan Orientalis Barat yang
dikembangkan oleh agen-agen Yahudi seperti Jamaluddin al-Afghani, Abduh, Rashid
Redha, Hassan al-Banna dan kuncu-kuncu mereka yang lain. Gerakan jahat
musuh-musuh Islam ini kelihatan semakin hari semakin kuat, gigih dan aktif buat
ketika ini dan ianya masih kelihatan semakin kuat, gigih dan aktif untuk
hari-hari akan datang.
Terdahulu daripada itu,
gerakan merosakkan Aqidah dan Pemikiran Islam itu telah dipelupuri oleh
Muhammad Abdul Wahab bersamaan dan selaras dengan pengasasan dan pembentukkan
regim Ibn Saud (agen British) di Semenanjung Tanah Arab (Dinasti Raja Saud)
melalui manipulasi politik dan tipu daya British dan Yahudi. Gerakan Reformasi
Islam Muhammad Abdul Wahab kemudiannya disambungkan oleh Jamaluddin al-Afghani
dan Sheikh Muhammad Abduh. Kesan-kesan daripada gerakan REFORMASI ISLAM itu,
pemikiran umat Islam telah dan sedang mengalami satu paralisis yang ketara
sehingga mereka tidak lagi berupaya untuk menganalisiskan apakah
masalah-masalah umat Islam, siapakah musuh-musuh Islam, bagai manakah cara-cara
untuk mengatasi masalah-masalah dan musuh-musuh mereka, apakah peranan-peranan
dan tanggungjawab-tanggungjawab mereka di sisi Islam. Kesemua jawapan kepada
persoalan-persoalan ini telah diajarkan kepada kita oleh kaum Orientalis dan
penjajah Barat melalui para ulama dan intelek Islam kita sendiri.
Jawapan-jawapan ini telah merosakkan sistem pemikiran kita dan yang telah
bertanggungjawab dalam membentukkan keperbadian dan naluri kita yang amat
cenderung untuk akur dan tunduk kepada kekuasaan kufur Barat dan idea-idea
kufur yang amat merbahaya yang sedang kita amalkan kini.
Setelah
sekian lama menjalani dan melalui proses sekularisasi dan penjajahan mental di
bawah kerajaan demokrasi UMNO, massa umat Islam kita, baik di kalangan UMNO
mahupun PAS, tidak dapat menerima hakikat kekufuran demokrasi; di antara
faktor-faktornya :
1. Tidak memahami mengenai
Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah – khususnya Kedaulatan Hak Allah dan
pengabdian kepada Kedaulatan Allah, ketaatan dan kepatuhan kepada kedaulatan
Allah serta konsep Nafi dan Isbat dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ;
2. Terpengaruh dengan ajaran
Islam Reformis dan Islam modenis ajaran Ahlil Kitab;
3. Tidak pernah terlintas
untuk mempersoalkan isu kekufuran kerajaan demokrasi sejak daripada
permulaannya lagi sehinggalah ke masa kini yang mana ianya sudah terluput daripada
kesedaran, pengamatan dan kepekaan massa umat Islam kita, bahkan kita sudah
begitu selesa dan sebati dengan sistem politik demokrasi dan budaya hidup
demokrasi;
4. Terpengaruh, bertaqlid dan
taksub secara membuta tuli akan segala fatwa dan pendirian para ulama dan
pemimpin-pemimpin kita yang menghalalkan demokrasi dan amalan sistem
politiknya;
5. Bagi segelintir para ulama
dan intelek Islam yang memahami dan menyedari tentang kesyirikan dan kekufuran
demokrasi, mereka menghalalkan amalannya itu di atas dasar bahawa niat dan
matlamat yang suci murni dan ikhlas kerana Allah dalam memperjuangkan Islam
menghalalkan metod demokrasi, iaitu mereka berpegang kepada konsep “end justifies the means”;
6. Para ulama dan intelek
Islam kita menganggap negara-negara umat Islam yang berbentuk diktatur militeri
sebagai tidak berbentuk Islam, justeru negara-negara umat Islam yang demokratik
seperti Malaysia ini dianggapkan oleh mereka sebagai negara-negara Islam.
Umat Islam kita tidak boleh menerima realiti kekufuran demokrasi dan
kekufuran seluruh masyarakat umat Islam yang kini berada di bawah naungan
kerajaan demokrasi kerana kita tidak memahami mengenai Tauhid Rububiyah dan
Tauhid Uluhiyah dan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Pemikiran dan sikap kita serta seluruh emosi dan perasaan kita telah digempur
dan dipasak dengan begitu hebat sekali dengan segala idea kufur dan budaya
kufur sehingga kita melihat segala apa yang wujud dalam masyarakat dan
persekitaran kita yang diasaskan kepada peraturan dan undang-undang demokrasi
ini sebagai Islam, atau serasi dan bersesuaian dengan Islam serta
segala-galanya kelihatan benar dan betul. Justeru kita hidup dengan aman dan
damai serta dengan selesa dan senang hati tanpa menyedari bahawa kita hidup dan
wujud dalam masyarakat Jahiliyah dan persekitaran Jahiliyah serta kita turut
terlibat dengan amalan segala peraturan dan sistem Jahiliyah yang kesemuanya
ini telah mengeluarkan kita daripada agama Allah.
Sebagai contoh, kita sudah menerima dan selesa dengan istilah-istilah baru
seperti “Islamic
Socialism”, “Islamic Capitalism”, “Islamic Nationalism”, “Islamic Secularism”,
“Islamic Liberalism”, “Islamic Pragmatism”, “Islamic Monarchy”, “Islamic
Theocracy”, dan segala “ism” dan pemikiran yang selain daripada Islam. Sementara
“Islamocracy” dan “Teo-Demo” adalah di antara konsep-konsep baru yang direka
dan diciptakan, serta yang diIslamkan oleh para pemikir Islam yang kini cuba
hendak disebar dan dikembangkan kepada massa umat Islam kita dalam usaha mereka
untuk menyeleweng, menipu dan merosakkan Aqidah Islam kita dalam rangka
perancangan dan strategi mereka untuk mengkafirkan kita dalam jangka waktu yang
panjang. Inilah yang dikatakan sebagai Mentaliti Jahiliyah! Kesemua “ism” yang diperkatakan ini
adalah kufur kerana kesemuanya itu adalah didasarkan kepada falsafah PENGABDIAN
MANUSIA KEPADA KEKUASAAN MANUSIA dan juga falsafah MANUSIA MENYEMBAH MANUSIA
yang menolak dan mengingkari sifat-sifat Rububiyah dan Uluhiyah milik Allah dan
yang menyerahkan sifat-sifat yang Maha Agung itu kepada manusia yang kesemuanya
itu merosak dan menafikan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Islam ini hanyalah Islam yang datang daripada Allah dan
Rasul-Nya sahaja yang sama sekali berkontradiksi dan terasing daripada
isme-isme moden ciptaan manusia yang selain daripada Allah.
Dan bagai manakah pula dengan terminologi “Teo-Demo” yang diciptakan oleh
para ulama dan intelek Islam kita ini dari segi kedudukannya yang sebenarnya di
sisi ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ
- daripada manakah datangnya istilah-istilah “Teo” dan “Demo” itu dan
mengapakah pula ianya disifatkan oleh para ulama dan intelek Islam kita sebagai
satu sistem pemerintahan Islam?
“Teo” adalah singkatan daripada “theocracy”, iaitu sistem “priesthood” dan
“heirarchy” dalam pentadbiran gereja Kristian, manakala “demo” adalah singkatan
daripada “democracy” seperti mana pengertiannya yang diketahui umum.
“Theocracy” dan “democracy” kedua-duanya adalah konsep yang syirik dan kufur
kerana kedua-duanya itu adalah didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia
yang menafikan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Mengapakah pula cantuman dan kombinasi di antara “theocracy” yang kufur dengan
“democracy” yang kufur itu tiba-tiba boleh terbentuk sebagai satu sistem
pemerintahan yang dinamakan dengan istilah “Teo-Demo” dan yang dikatakan
sebagai sistem pemerintahan Islam? Apakah ianya adalah sesuatu yang rasional
dan logis apabila dikatakan bahawa kufur campur kufur itu
jawabnya adalah Islam? Ini adalah satu penipuan ciptaan Yahudi yang sama
sekali tidak masuk akal! Mengapakah mereka itu begitu bersusah payah untuk
menamakan sistem pemerintahan Islam ini dengan istilah “Teo-Demo”, mengapakah
tidak dengan nama ‘Khilafah’ atau ‘Negara Islam’ sahaja? Inilah di antara
contoh-contoh kesesatan yang sewenang-wenang yang langsung tidak masuk akal
yang direka-reka oleh musuh-musuh Islam yang kemudiannya dikembang dan
disebarkan oleh para ulama dan intelek Islam kita sendiri yang bertujuan untuk
menyesat dan merosakkan Aqidah Islam dan agama Islam kita yang Maha Suci ini.
Inilah di antara strategi-strategi pengkufuran yang halus ke atas kita yang
dilancarkan oleh musuh-musuh kita.
Agama Islam yang sedang kita anuti dan praktikkan kini sebenarnya
merupakan AJARAN SESAT yang menyelubungi, menabiri dan menutupi pemikiran kita
daripada memahami mengenai Aqidah dan Pemikiran Islam yang sebenar seperti mana
yang diturunkan Allah kepada Rasul-Nya. Boleh dikatakan seluruh umat Islam kita
baik di Malaysia mahupun di dunia ini langsung tidak tahu mengenai isu-isu yang
asas dan fundamenatal dalam kalimah Laailaahaillalla, iaitu umat Islam kita
tidak memahami apakah yang dikatakan sebagai MENTALITI ISLAM yang justeru mengekalkan
mereka untuk terus berada dalam kesesatan dan kerosakan.
Erti MENTALITI ISLAM :
1. Islam bererti berpegang
teguh kepada dua kalimah syahadah yang diikuti dengan amalan solat, puasa,
zakat, haji dan seluruh syiar ibadat kepada Allah dan pelaksanaan peraturan dan
undang-undang Allah dalam seluruh bidang kehidupan yang meliputi politik,
ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa;
2. Peraturan dan undang-undang
adalah agama – peraturan dan undang-undang Allah adalah agama Allah manakala
peraturan dan undang-undang manusia adalah agama manusia;
3. Allah itu adalah Tuhan
kerana Dia adalah Pencipta, Pemelihara dan Pentadbir langit dan bumi dan segala
apa yang berada di antara keduanya, dan Dia mencampuri dengan aktif dalam hal
ehwal politik, kerajaan, pemerintahan dan undang-undang di dalam sesuatu negara
di bumi;
4. Demokrasi itu adalah
agama, iaitu agama yang syirik dan kufur kerana ianya adalah didasarkan kepada
Uluhiyah dan Rububiyah Manusia dan kerana ia menafi, menolak, mengingkari dan
menentang dengan aktif dan total terhadap Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan
Laailaahillallah;
5. Politik, kerajaan,
pemerintahan dan undang-undang adalah isu-isu yang berhubung kait secara
langsung dengan TUHAN dan AGAMA – Allah adalah Tuhan dalam politik Allah,
manakala manusia adalah Tuhan-tuhan dalam politik demokrasi;
6. Para pemimpin yang
berkuasa dan memerintah di dalam sesebuah kerajaan demokrasi adalah Tuhan-tuhan
manusia yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia;
7. Ketaatan dan kepatuhan
kepada peraturan dan undang-undang negara demokrasi bererti para pemerintah itu
adalah Tuhan-tuhan yang disembah oleh manusia;
8. Rakyat yang bersetuju dan
menyokong sesebuah kerajaan demokrasi bererti mereka itu melantik para
pemerintah itu sebagai Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia;
9. Rakyat yang bersetuju dan
menyokong sesebuah kerajaan demokrasi bererti mereka itu bersetuju dan
menyokong Tuhan-tuhan manusia;
10. Rakyat yang mentaati dan
mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang dibuat oleh para
pemerintah bererti mereka itu menyembah
para pemerintah itu sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah;
11.Sikap dan
tindakan-tindakan penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang
terbuka, aktif dan total terhadap demokrasi, kerajaan demokrasi dan segala
peraturan dan undang-undang demokrasi adalah syarat keimanan kepada kalimah
Laailaahillallah, tanpanya bererti kerosakan kepada kalimah Laailaahillallah
yang mengeluarkan seseorang iotu daripada agama Allah;
12. Perjuangan umat Islam di
bumi ini adalah untuk menghapuskan kerajaan demokrasi ini untuk digantikan
dengan sebuah kerajaan Islam kerana kerajaan demokrasi ini sememangnya adalah
sebuah kerajaan yang syirik dan kufur;
13. Perjuangan Islam melalui
proses politik demokrasi ini adalah metod perjuangan yang berkontradiksi dengan
metod al-Quran, Sunnah dan Sirah;
14.Perang dan Revolusi
terhadap kerajaan demokrasi Malaysia kita ini adalah Jihad Islam yang diperintahkan
oleh Allah ke atas kita;
15. Perang dalam Islam
sememangnya dibenarkan tanpa terlebih dahulu kita ini diancam, dicerobohi,
dicabuli, dizalimi dan diperangi dengan syarat ianya adalah dilancarkan di atas
dasar untuk menghapuskan sistem pengabdian manusia kepada kekuasaan manusia;
16. Jihad yang paling utama
sekali ialah Perang dan Revolusi untuk meruntuhkan sistem pengabdian manusia
kepada kekuasaan manusia untuk kemudiannya digantikan dengan sistem pengabdian
manusia kepada Allah sahaja;
17. Perpaduan dan harmoni di
antara berbagai-bagai kaum dan agama tidak dibenarkan dalam Islam melainkan
kepada orang-orang kafir yang taat dan
patuh kepada kerajaan Islam serta kepada peraturan dan undang-undang Islam;
18.Allah memerintahkan kita
untuk berjihad dan berperang untuk mewujud ‘Ketuanan Islam’ ke atas
orang-orang kafir;
19. Melantik pemimpin-pemimpin
daripada golongan bukan Islam sama sekali tidak dibenarkan dalam Islam walaupun
mereka itu taat dan patuh kepada Perlembagaan Negara, peraturan dan
undang-undang negara serta mereka mengiktiraf agama Islam sebagai agama resmi
Negara.
Inilah Mentaliti
Islam daripada Allah dan Rasul-Nya. Mentaliti Islam seperti ini tidak pernah
wujud di kalangan massa umat Islam kita baik di Malaysia mahupun di dunia ini
seluruhnya. Majoriti yang amat terbesar daripada umat Islam kita di seluruh
dunia kini tidak mengetahui mengenai prinsip-prinsip yang asas dan fundamental
dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ seperti mana
yang tersenarai di atas ini, dan oleh kerana mereka tidak mengetahuinya sudah
tentu mereka pula tidak mempercayai, mengimani dan mengamalkannya. Sudah
semestinya mereka tidak boleh mempercayai sesuatu yang mereka tidak
mengetahuinya, apatah lagi untuk mengimani dan mengamalkannya! Ini bererti
mereka dengan jelas dan pastinya tidak beriman dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ
dan mereka tidak mengamal dan mempraktikkannya dalam kehidupan mereka hari-hari
– justeru itu mereka bukanlah orang-orang yang berada dalam agama Allah. Inilah
di antara kejayaan-kejayaan yang cemerlang akan proses pengkufuran ke atas umat
Islam yang dirancang dan dioperasikan oleh Ahlil Kitab dan musuh-musuh Islam
sejak lebih dua ratus tahun yang lalu yang berlarutan sehinggalah ke hari ini.
Sudah berkurun-kurun lamanya seluruh umat Islam kita di dunia ini berada dalam
kesesatan dan Jahiliyah tanpa menyedarinya!
Firman Allah: an-Nahl 106
Barang siapa yang kufurkan Allah sesudah beriman, kecuali dipaksa, sedangkan hatinya tetap beriman, tetapi bagi orang yang terbuka hatinya kepada kekufuran, maka atas mereka kemurkaan Allah dan bagi mereka azab yang besar.
Firman Allah :al-Imran 106
Patutkah kamu kufur ingkar setelah kamu beriman ?
Firman Allah : Yusuf 106
Dan orang-orang yang beriman kepada Allah kebanyakannya tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukan-Nya juga dengan yang lain .
Ayat-ayat di atas ini membicarakan mengenai gejala kafir setelah beriman
yang merupakan sesuatu yang lumrah berlaku dalam sejarah hidup setiap umat
manusia. Pengikut Nabi Musa as telah menjadi kafir dan kini telah menganuti
agama Yahudi, kemudian pengikut Nabi Isa as pula menjadi kafir dengan agama
Kristian mereka, kini giliran umat Nabi Muhammad saw pula yang menjadi kafir. Realiti
yang sering berlaku dan melanda umat Islam seperti inilah yang disebut dan
dimaksudkan oleh ayat-ayat seperti di atas ini untuk renungan, perhatian dan
pengajaran kita.
Kita kini menjadi kafir setelah beriman dengan agama Allah kerana kita
telah mengeluarkan segala peraturan dan undang-undang Allah daripada kehidupan
kita dan kita memilih untuk berada di bawah peraturan dan undang-undang
demokrasi ciptaan manusia. Namun kita masih menggelarkan diri kita sebagai
orang-orang Islam hanyalah kerana kita mengucap dua kalimah syahadah, kita
melakukan segala syiar ibadat ritual kepada Allah dan kita adalah berasal
daripada ibu bapa dan keturunan kita yang beragama Islam, padahal di sisi ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ kita sebenarnya telah terkeluar daripada agama
Allah, bukan dari segi iktiqad, niat dan qasad di dalam hati kita atau dari
segi ikrar dengan lidah, tetapi kita menjadi kafir dari segi AMALAN dan
PERBUATAN, iaitu kita kini berada dalam Kufur Amaliyah yang tetap mengeluarkan
kita daripada agama Allah. Kekufuran kita kini adalah sama dan serupa dengan
kekufuran Ahlil Kitab yang masih menyangka diri mereka itu sebagai orang-orang
yang beriman kepada Allah.
Ayat-ayat seperti di atas ini adalah relevan untuk ditujukan kepada kita
pada hari ini kerana Aqidah kita kini telah sesat dan rosak padahal keturunan
kita pada suatu masa dahulunya adalah orang-orang yang sempurna beriman kepada
Allah, dan ianya (ayat-ayat ini) akan tetap relevan untuk kita pada masa-masa
hadapan. Kejayaan cemerlang yang dicapai oleh proses pengkufuran ke atas
seluruh massa umat Islam kita telah menyesat dan merosakkan kita dengan total
daripada Aqidah kita, dan gejala seperti ini wujud di sepanjang zaman dan di
setiap lokasi di seluruh dunia ini!.
Kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ bererti SOLAT adalah daripada Allah dan POLITIK adalah juga
daripada Allah, sedangkan SOLAT daripada Allah tetapi POLITIK adalah daripada
manusia ianya adalah sistem kehidupan yang di luar daripada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ - ini adalah Mentaliti Jahiliyyah dan berada
di dalam sistem kehidupan Jahilyyah.
Umat Islam kita di Malaysia kita kini sedang berada dalam kesyirikan dan
kekufuran kerana kita berada dalam Mentaliti Jahiliyah :
Saiyyid
Qutb (Fizilalil Quran – an-Nisa):
Oleh
sebab itulah al-Quran menuntut hak penyelenggaraan sepenuh di atas kehidupan
manusia. Dan ia tidak menerima daripada seseorang Muslim dan daripada
masyarakat Islam melainkan seluruh hidupnya pastilah daripada ciptaan sistem
ini dan diletakkan di bawah penyelenggaraan dan bimbingannya. Secara tepat dan
tegas al-Quran tidak menerima daripada seseorang Muslim dan daripada masyarakat
Islam andainya dia hendak memilih beberapa sistem yang datang daripada beberapa
sumber untuk mengendalikan kehidupannya. Mithalnya dia mengambil daripada kitab
Allah sistem untuk kehidupan peribadi, kegiatan amal ibadat, akhlak dan adab
sopan, kemudian daripada buku karangan seorang manusia atau daripada hasil pemikiran manusia semata-mata
dia mengambil pula sistem muamalah, ekonomi, sosial, politik, dan hubungan
antarabangsa. Sebenarnya tugas pemikiran manusia ialah berusaha menimba dan
mengolah hukum-hukum yang terperinci daripada kitab Allah dan sistemnya untuk
dipadankan dengan peristiwa-peristiwa hidup yang baru dan dengan
persoalan-persoalannya yang sentiasa berkembang mengikut peraturan yang
digariskan Allah di dalam pelajaran yang silam daripada perbicaraan surah ini.
Jika tidak, maka tiada keimanan dan tiada keIslaman yang sebenar sama sekali,
iaitu tiada keimanan dan keIslaman sejati daripada awal-awal lagi, kerana
orang-orang yang melakukan perbuatan itu belum lagi masuk di dalam keimanan
yang sebenar dan belum lagi mengaku rukun-rukun Islam yang dikepalai oleh
syahadah kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang melahirkan konsep tiada yang berhak memerintah melainkan
hanya Allah dan tiada yang berhak mengadakan undang-undang dan peraturan
melainkan Allah.
Firman Allah : an-Nisa 115, 116
Dan sesiapa yang menentang Rasul setelah jelas kepadanya hidayat Allah dan mengikuti jalan yang lain daripada jalan orang-orang yang beriman nescaya Kami halakannya ke arah yang ditujuinya dan Kami akan masukkannya ke dalam neraka Jahanam dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan kesalahan mensyirikkan-Nya dan Dia mengampunkan keslahan-kesalahn yang lain daripada itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan siapa yang mensyrikkan Allah, maka sesungguhnya dia telah sesat dalam kesesatan yang amat jauh.
Saiyyid
Qutb (Fizilalil Quran – an-Nisa):
Ini
bererti dia mengambil sistem hidupnya yang berlainan daripada sistem hidup yang
dibawa oleh beliau dan memilih jalan yang berlainan daripada jalan beliau.
Kedatangan beliau adalah membawa daripada sisi Allah satu sistem hidup yang
lengkap yang merangkumi Aqidah dan syiar-syiar ibadat di samping merangkumi
syariat dan peraturan-peraturan amali bagi semua aspek hidup manusia. Kedua-dua
unsur Aqidah dan Syariat merupakan badan bagi sistem hidup Ilahi ini. Ia
merupakan satu badan yang padu , yang mana roh sistem ini akan tercabut
andainya badan itu dibelah lalu diambil sebahagiannya dan ditinggalkan
sebahagian yang lain. (Berlandaskan hakikat ini) Orang yang dikatakan menentang
Rasulullah saw ialah setiap orang yang mengingkari sistem hidup Ilahi yang
dibawa olehnya secara keseluruhan atau mempercayai sesetengahnya dan
mengingkarkan sesetengah yang lain, iaitu mengambil sebahagian dan menolak
sebahagian yang lain.
Firman Allah al-Anaam 19
Katakanlah kesaksian siapakah yang lebih besar ? Katakanlah (Keaksian) Allah. Dialah yang menjadi saksi di antara aku dan kamu, dan al-Quran ini telah diwahyukan kepada aku supaya aku memberi peringatan kepada kamu dan kepada orang yang sampai al-Quran ini kepadanya. Apakah kamu benar mengaku bahawa ada Tuhan-tuhan yang lain di samping Allah ? Katakanlah : AKU sekali-kali tidak mengaku. Katakanlah : Sesungguhnya hanya Dia sahaja Tuhan yang Maha Esa dan sesungguhnya aku berlepas diri daripada segala apa yang kamu persekutukan Allah dengannya .
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Nah! Lihatlah di sini bagai mana Rasulullah saw
disampaikan perintah daripada Allah kemudian lihatlah bagai mana beliau
menghadapi kaum musyrikin yang mengambil Pelindung-pelindung yang lain daripada
Allah dan memberi kepada mereka setengah-setengah sifat Uluhiyah di samping
Allah serta mengajak Rasulullah saw supaya mengiktirafkan kepercayaan mereka
ini sebagai syarat untuk mereka menganut agama yang dibawa oleh beliau!
Seolah-olah permintaan mereka boleh diterima dan seolah-olah Islam dan syirik
boleh berkumpul di dalam sebuah hati dalam bentuk yang difahami oleh mereka,
dan bentuk kefahaman ini juga masih difahami oleh setengah-setengah orang di
zaman ini, iaitu seseorang itu masih dianggap seorang Muslim walaupun ia
menerima peraturan-peraturan dalam urusan-urusan kehidupannya daripada sumber
yang lain daripada Allah, walaupun ia tunduk dan patuh kepada yang lain
daripada Allah, walaupun ia meminta pertolongan kepada yang lain daripada Allah
dan walaupun ia mengambil daripada yang lain daripada Allah sebagai
Pelindungnya .
Firman Allah : al-An’aam 159
Sesungguhnya orang-orang yang memecah belahkan agama mereka dan membentuk berbagai-bagai puak, maka engkau sedikitpun tidak bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka. Sesungguhnya urusan mereka terserah kepada Allah. Kemudian Dialah yang akan memberi tahu kepada mereka segala perbuatan yang dilakukan mereka.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Sikap pertama seorang Muslim terhadap mana-mana aqidah
yang non-Islamic ialah sikap berpisah dan menolak daripada detik pertama lagi,
begitu juga sikapnya terhadap mana-mana undang-undang dan peraturan yang tidak
mengiktiraf kuasa Hakimiyah atau kuasa Uluhiyah
dan Rububiyah Allah Yang Maha Esa sahaja ialah sikap menolak dan
membersihkan diri daripada detik pertama lagi, sebelum memasuki percubaan untuk
mencari titik-titik pertemuan atau pertentangan yang wujud dalam undang-undang
Islam.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran-al-Baqarah):
Apabila persoalan merupakan persoalan Tauhid dengan
syirik, maka Islam telah menyelesaikan persoalan itu sejak daripada detik yang
awal lagi. Ia menetapkan keputusannya yang tegas, tanpa teragak-agak, tanpa
mengambil hati, tanpa tawar menawar dan tanpa pertemuan di separuh jalan,
kerana persoalan yang terbit di sini ialah persoalan dasar pokok kepercayaan
dan kefahaman. Tanpa dasar ini keimanan tidak mungkin wujud dan Islam tidak
mungkin ditegakkan .
Firman Allah : Yusuf 40
Sesungguhnya hukum itu hanya hak Allah . Dia memerintahkan kamu supaya jangan menyembah kepada yang lain melainkan Allah.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran - Hud) :
Sesetengah Jahiliyah pula muncul dalam bentuk yang betul terhadap
kewujudan Allah swt dan dalam amalan menunaikan syiar-syiar ibadat, tetapi
melakukan penyelewengan yang berat dalam memahami konsep syahadah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ
dan Muhammad Rasulullah, di samping melakukan perbuatan syirik yang jelas dalam
ketaatan dan kepatuhan, serta mengikut dan menjunjung perintah seperti
Jahiliyah yang terdapat pada orang-orang yang menamakan diri mereka sebagai
orang-orang Islam dan menyangka telah menganut agama Islam dan berhak mendapat
sifat Islam dan segala haknya sebaik sahaja mereka melafazkan dua kalimah
syahadat dan menunaikan amalan ibadat yang tertentu, sedangkan mereka mempunyai
pengertian yang buruk terhadap konsep dua kalimah syahadat dan memberi ketaatan
dan kepatuhan mereka kepada makhluk yang lain daripada Allah.
Firman Allah : Ibrahim 52
(Al-Quran ) ini adalah perutusan yang disampaikan kepada manusia dan supaya mereka sentiasa diberi peringatan dengannya dan supaya mereka mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan supaya orang-orang yang berakal mengambil pengajaran.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran - Ibrahim) :
Orang-orang yang menyangka diri mereka mengucap dua kalimah syahadat ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ
dan Muhammad Rasulullah dan kerana mereka memenuhi dan mentaati
peraturan-peraturan taharah, peraturan-peraturan ibadat, peraturan-peraturan
perkahwinan dan perceraian, peraturan-peraturan pesaka dan sebagainya dan di
waktu yang sama mereka mematuhi – di sebalik bidang yang sempit ini –
peraturan-peraturan yang dicipta oleh yang lain daripada Allah, iaitu mereka
mentaati undang-undang yang tidak diizinkan Allah dan yang terang-terang
bertentangan dengan syariat Allah, kemudian mereka bersedia mengorbankan jiwa,
harta, maruah dan akhlak mereka – sama ada mereka suka atau tidak suka – untuk
melaksanakan kehendak-kehendak yang dituntut daripada mereka oleh
berhala-berhala yang baru itu. Dan apabila agama atau akhlak atau maruah
bercanggah dengan kehendak-kehendak berhala ini, maka yang dibuang oleh mereka
itu ialah perintah-perintah Allah sebaliknya yang dilaksanakan ialah
kehendak-kehendak berhala-berhala itu.
Orang-orang yang menyangka diri mereka sebagai “kaum Muslimin“ dan
menyangka berada dalam agama Allah, sedangkan mereka hidup dalam keadaan ini,
maka hendaklah mereka sedar bahawa mereka sedang berada di dalam syirik yang
amat besar!
Firman Allah : al-A’raaf 104, 105
Wahai Firaun! Sesungguhnya saya adalah utusan daripada Allah Tuhan semesta alam.Oleh itu bebaskanlah kaum Bani Israil pergi bersama saya.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran
– al-A’raf ) :
Pengumuman konsep Rububiyah
Allah yang merangkumi semesta alam itu tidak boleh berkumpul dengan amalan
seorang yang tunduk kepada yang lain daripada Allah dan tidak pula boleh
berkumpul dengan kuasa Hakimiyah seorang yang mengamalkan undang-undang
ciptaannya sendiri. Orang-orang yang membanggakan diri mereka sebagai
orang-orang Islam yang sebenar, sedangkan mereka tunduk kepada undang-undang
ciptaan manusia – yakni tunduk kepada Rububiyah yang lain daripada Rububiyah
Allah – adalah salah dan meleset jika mereka fikirkan diri mereka sebagai kaum
Muslimin yang tulen! Sebenarnya mereka tidak berada di dalam agama Allah yang
sebenar, kerana pemerintah mereka bukannya Allah dan undang-undang yang
dijunjung mereka bukannya syariat Allah. Malah mereka berada dalam agama
pemerintah itu bukan dalam agama Allah yang sebenar.
Firman Allah: ali-Imran 2, 18
Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Dia yang Maha Hidup dan Maha Pentadbir. Ia mentadbir dengan adil. Tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran):
“Erti Islam ialah ketaatan berhakimkan kepada kitab Allah, mematuhi dan
mengikutnya. Sesiapa yang tidak berbuat demikian, maka tidak ada agama baginya
dan dia bukannya seorang Muslim walau pun dia mendakwa beragama Islam dan
berpegang dengan agama Allah. Kerana agama Allah digaris, dijelas dan ditafsir
oleh Allah s.w.t sendiri dan bukannya tunduk kepada pentafsiran dan penggarisan
hawa nafsu manusia yang masing-masing menggaris dan mentafsirkan mengikut
sesuka hati mereka.
Islam bukannya semata-mata pengakuan, bukannya semata-mata panji-panji,
bukannya semata-mata kata-kata yang diucapkan lisan, malah bukannya kepercayaan
yang dikandung oleh hati dengan diam dan tenang, bukannya upacara-upacara
ibadat perseorangan yang ditunaikan oleh individu-individu dalam solat, haji
dan puasa .... tidak, ini bukannya Islam yang menjadi satu-satunya agama yang
diredhai Allah dari para hambaNya, malah Islam ialah penyerahan diri, ketaatan
dan ikutan yang patuh. Islam ialah berhakimkan kitab Allah dalam segala urusan
hamba.
Ubudiyah yang digambarkan dalam Islam dengan makna menyerah diri - bukan
dalam bentuk iktikad dan perasaan sahaja - tetapi dalam bentuk amalan, ketaatan
dan kepatuhan mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang amali yang
dilambangkan oleh hukum-hukum yang terkandung di dalam kitab al-Quran. Dari
sudut inilah kita dapati ramai manusia di setiap zaman yang mengaku bahawa
mereka beriman kepada Allah s.w.t., tetapi mereka mempersekutui Allah s.w.t.
dengan pihak-pihak yang lain apabila mereka mentaati orang-orang yang tidak
mengikut Rasul dan kitab sucinya. Dan apabila mereka menerima pemikiran,
nilai-nilai, neraca-neraca, akhlak dan peradaban-peradaban dari pihak-pihak
yang lain. Ini semua merupakan amalan-amalan yang bertentangan dengan pengakuan
mereka bahawa mereka beriman kepada Allah s.w.t. dan tidak selaras dengan
pengakuan Allah s.w.t. bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.”
Firma Allah : al-’Araf 3
kutilah segala apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu dan janganlah kamu ikuti pimpinan-pimpinan yang lain daripada Allah (malangnya) sedikit sekali kamu mengambil peringatan.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Inilah persoalan asasi agama Islam, iaitu kesanggupan menjunjung segala
perintah yang diturunkan Allah itulah Islam atau penyerahan diri kepada Allah
atau itulah pengiktirafan terhadap Rububiyah Allah dan pengakuan bahawa Allah
yang Maha Esa sahaja yang mempunyai kuasa Hakimiyah yang wajib dijunjung segala
perintah dan larangan-Nya dan tiada siapa yang lain daripada Allah yang
mempunyai kuasa itu. Perbuatan menjunjung perintah pemimpin-pemimpin yang lain
daripada Allah itulah perbuatan syirik atau itulah perbuatan menolak pengiktirafan
terhadap Rububiyah Allah, bagai mana tidak syirik sedangkan kuasa Hakimiyah
tidak dikhususkan kepada Allah sahaja ?
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran -
Hud) :
Sebenarnya dalam konsep dan
kefahaman Islam tidak ada aktiviti manusia yang tidak tergolong di dalam amal
ibadat atau tidak dituntut agar direalisasikan konsep ibadat dalam aktiviti
itu, kerana matlamat seluruh sistem hidup Islam ialah merealisasikan konsep
ibadat daripada awal hingga ke akhir.
Tidak ada matlamat yang lain di
dalam sistem hidup Islam yang berkaitan dengan peraturan pemerintahan,
peraturan ekonomi, undang-undang jenayah, undang-undang sivil, undang-undang
keluarga dan sebagainya daripada undang-undang dan peraturan yang terkandung
dalam sistem hidup Islam kecuali semuanya bermatlamat untuk merealisasikan
konsep beribadat di dalam kehidupan manusia.
Aktiviti manusia dikira tidak
bersifat ibadat dan dikira tidak merealisasikan matlamat ibadat yang digariskan
oleh al-Quran sebagai matlamat kewujudan manusia kecuali aktiviti itu dilakukan
mengikut sistem hidup Rabanni. Dengan cara ini sahaja terlaksananya tujuan
mengkhususkan sifat Uluhiyah kepada Allah sahaja dan tujuan mengiktirafkan
Ubudiyah kepada Allah sahaja, jika tidak, maka aktiviti itu akan terkeluar
daripada konsep ibadat dan daripada konsep Ubudiyah atau dengan lain-lain
ungkapan, ia terkeluar daripada matlamat kewujudan manusia seperti yang
dikehendaki Allah, iaitu terkeluar daripada agama Allah.
Jenis-jenis aktiviti yang
disifatkan oleh ulama fiqah dengan nama ibadat-ibadat, apabila disemakkan
kedudukan-kedudukannya di dalam al-Quran nescaya akan terserlah satu hakikat
yang nyata, yang tidak boleh diabaikan, iaitu aktiviti-aktiviti ibadat itu
tidak disebut di dalam al-Quran secara menunggal atau terasing daripada segala
jenis aktiviti yang lain, yang distilahkan oleh ulama fiqah dengan nama
muamalat, malah kedua-dua jenis aktiviti itu mempunyai hubung kait yang rapat
dalam huraian al-Quran, di samping mempunyai hubung kait yang rapat di dalam
sistem bimbingan al-Quran, kerana aktiviti muamalat itu dikira sebagai
sebahagian daripada sistem ibadat yang menjadi matlamat kewujudan manusia, juga
dikira sebagai kegiatan yang merealisasikan konsep Ubudiyah dan konsep
mengifradkan sifat Uluhiyah kepada Allah swt sahaja.
Pembahagian aktiviti-aktiviti
manusia kepada ibadat dan muamalat lama kelamaan telah membuat
setengah-setengah orang Islam berfikir bahawa mereka boleh menjadi kaum
Muslimin apabila mereka melaksanakan aktiviti ibadat mengikut hukum-hukum Islam
walaupun mereka menjalankan segala aktiviti muamalat mengikut satu sistem hidup
yang lain, yang tidak diterima daripada Allah, malah diterima daripada Tuhan
yang lain, yang mengatur undang-undang dan peraturan-peraturan hidup mereka
tanpa diizinkan Allah.
Ini adalah satu pandangan atau
kefahaman yang salah, kerana Islam adalah satu kesatuan yang tidak boleh
dicaing dan diceraikan, dan sesiapa yang mencaingkan Islam kepada dua bahagian
bererti ia keluar daripada kesatuan ini atau dengan ungkapan yang lain ia
keluar daripada sistem agama ini.
Ini adalah satu hakikat yang agung
yang harus diberi perhatian yang berat oleh setiap Muslim yang ingin menegakkan
keislamannya dan dalam waktu yang sama ingin merealisasikan matlamat
kewujudannya sebagai insan.
Kini kami ingin menambahkan kepada
keterangan petikan-petikan yang kami nukilkan di sini pernyataan yang telah
kami paparkan sebelum ini dalam juzu ini bahawa orang-orang Arab yang pertama
kali ditujukan al-Quran ini kepada mereka tidak pernah membataskan pengertian
kata-kata ibadat, apabila diperintahkan beribadat kepada penunaian syiar-syiar
ibadat semata-mata, malah mereka memahami bahawa yang dimaksudkan dengan
kata-kata ibadat itu ialah ketaatan dan kepatuhan menjunjung semua perintah
Allah dan mereka harus mananggalkan daripada leher mereka belenggu ketaatan
kepada yang lain daripada Allah dalam semua perintah-Nya. Rasulullah saw
sendiri telah mentafsirkan dengan Nas yang terang pengertian kata-kata ibadat
itu sebagai mengikut dan menjunjung perintah dan bukannya syiar-syiar amalan
ibadat yang tertentu ketika menjawab sangkalan Adi ibn Hatim mengenai ayat
orang-orang Yahudi dan Kristian yang telah disifatkan oleh al-Quran sebagai
orang-orang yang memperTuhankan ulama-ulama
dan paderi-paderi mereka. Hujah beliau : sebenar mereka (ulama dan
paderi-paderi kaum Yahudi dan Kristian) telah menghalalkan perkara-perkara yang
diharamkan Allah kepada mereka dan mengharamkan perkara yang dihalalkan Allah
kepada mereka, lalu mereka (orang-orang Yahudi dan Kristian ) mengikut dan
menjunjung (fatwa-fatwa mereka yang karut itu), dan inlah maknanya mereka telah
menyembah mereka. Sebenarnya kata-kata ibadat yang diertikan dengan syiar-syiar
ibadat yang tertentu itu adalah dibuat kerana memandangkan syiar-syiar ibadat
itu sebagai salah satu bentuk gambaran ketaatan dan kepatuhan kepada Allah
dalam sesuatu urusan yang tertentu, tetapi pengertian syiar-syiar ibadat itu
tidaklah merangkumi segala pengertian ibadat dan ia hanya merupakan pengertian
secara cabangan bukan pengertian secara pokok.
Firman Allah : al-Maidah 44, 45, 47
Barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah mereka itu adalah orang-orang kafir, zalim dan fasik.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Tujuan agama yang datang daripada
Allah ialah untuk menjadi satu sistem hidup, iaitu satu sistem hidup yang
realistik. Kedatangan agama Allah ialah untuk memegang teraju kepimpinan hidup
manusia, untuk mengatur, membimbing dan memeliharanya. Tidak ada agama yang
datang daripada Allah untuk semata-mata menjadikan Aqidah hati nurani sahaja
dan tidak pula untuk dijadikan syiar ibadat yang dikerjakan di rumah-rumah
ibadat dan mihrab-mihrab. Walaupun kedua-duanya perlu bagi kehidupan manusia
dan penting dalam mentarbiyahkan hati nurani manusia, tetapi kedua-duanya tidak
cukup untuk memimpin kehidupan dan untuk mengatur, membimbing dan memeliharanya
jika di atas asas kedua-duanya tidak ditegakkan satu sistem, satu peraturan dan
satu syariat yang diamalkan dalam kehidupan manusia, di mana mereka boleh
dihukum dengan undang-undang dan kuasanya, iaitu mereka boleh dikenakan
hukuman-hukuman apabila mereka melanggar dan menyalahinya.
Kehidupan manusia tidak mungkin
menjadi betul dan kukuh melainkan apabila menerima Aqidah, syiar-syiar ibadat,
undang-undang dan peraturan daripada satu sumber yang sama berkuasa di atas
dhamir dan hati manusia di samping berkuasa di antara harakat dan perilaku
mereka, iaitu kuasa yang menentukan ganjaran dan balasan di dunia mengikut
undang-undang dan peraturan di samping menentukan ganjaran dan balasan dalam kehidupan
akhirat mengikut hisab-Nya.
Tetapi apabila kuasa itu berbelah
bahagi dan sumber penerimaan juga berbelah bagi, iaitu kuasa di dalam hati dan
syiar-syiar ibadat diberikan kepada Allah, sedangkan kuasa di dalam bidang
undang-undang dan peraturan diberikan kepada yang lain daripada Allah, atau
kuasa menentukan balasan dan ganjaran di akhirat diberikan kepada Allah
sementara kuasa dalam menentukan hukuman-hukuman dan balasan-balasan di dunia
diberikan kepada yang lain daripada Allah. Di waktu ini jiwa manusia akan
terkoyak dan tercaing di antara dua kuasa yang berlainan, di antara dua arah
tujuan yang berlainan dan di antara dua sistem yang berlainan dan di waktu ini
jiwa manusia akan dilanda kerosakan, iaitu kerosakan yang diisyaratkan oleh
ayat-ayat al-Quran di berbagai-bagai tempat :
“Jika pada keduanya (langit dan bumi ) ada Tuhan selain daripada Allah nescaya kedua-duanya musnah (4:22).”
“Andai kebenaran itu menurut hawa nafsu mereka tentulah musnah segala langit dan bumi dan para penghguninya (mukminun 71).”
“Kemudian kami jadikan engkau di atas satu syariat daripada perintah Allah. Oleh itu ikutkannya dan janganlah engkau mengikut hawa nafsu orang yang tidak mengetahui (Jaathiyah 18).”
Oleh sebab inilah seluruh agama
yang datang daripada Allah adalah bertujuan untuk dijadikan satu sistem hidup
sama ada agama ini datang untuk satu negeri di antara berbagai-bagai negeri
atau untuk satu umat di antara berbagai-bagai umat atau untuk seluruh umat
manusia dengan seluruh generasinya. Agama itu datang membawa satu syariat yang
tertentu untuk mengendalikan realiti kehidupan di samping membawa Aqidah yang
membentuk kefahaman dan pandangan yang betul terhadap hidup dan membawa
syiar-syiar ibadat yang menghubungkan hati manusia dengan Allah. Ketiga-tiga aspek
ini merupakan asas agama yang datang daripada Allah, kerana kehidupan manusia
tidak mungkin menjadi betul dan kukuh
melainkan apabila agama Allah dijadikan sistem hidup.
Di dalam al-Quran terdapat
berbagai-bagai bukti yang menunjukkan bahawa agama-agama samawi yang pertama
yang mungkin diturunkan untuk sesebuah negeri atau untuk sesuatu suku kaum itu
adalah mendokong cara kesepaduan (tiga aspek) ini dalam bentuk yang sesuai
dengan taraf perkembangan yang dilalui oleh negeri atau suku kaum itu. Di sini
al-Quran membentangkan ciri kesepaduan ini di dalam tiga agama samawi yang
utama, iaitu agama Yahudi, agama Kristian dan agama Islam.
Friman Allah : az-Zumar 3
Dan orang-orang yang mengambil pelindung yang lain daripada Allah (berkata) : Kami tidak menyembah mereka melainkan (hanya dengan tujuan ) supaya mereka mendampingkan kami lebih dekat kepada Allah.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Inilah perbuatan syirik yang dilakukan mereka. Oleh
itu apakah sifat yang dapat diletakkan ke atas orang-orang yang tidak memohon
pertolongan Allah untuk diri mereka dengan perantaraan hamba-hamba-Nya, tetapi
mereka memohon pertolongan manusia untuk menolong agama Allah dengan
menggunakan mana-mana isme dan sistem yang diciptakan oleh manusia ?
Islam tetap Islam. Sosialisme tetap sosialisme dan
demokrasi tetap demokrasi. Islam adalah sistem hidup daripada ciptaan Allah.
Islam tidak mempunyai gelaran dan sifat yang lain daripada gelaran dan sifat
yang telah disifatkan Allah kepadanya sedangkan sosialisme dan demokrasi adalah
daripada sistem-sistem ciptaan manusia dan daripada hasil-hasil pengalaman
manusia. Oleh itu apabila mereka memilih sistem ini, maka hendaklah mereka
memilih di atas asas ini. Pendakwah agama Islam tidak seharusnya tertarik
kepada godaan fesyen-fesyen (atau aliran-aliran pemikiran) yang digemari nafsu
manusia yang sentiasa berubah-ubah itu, dan serentak dengan itu ia merasa telah
memberi perkhidmatan yang baik kepada agama Allah.
Tetapi kami ingin bertanya kepada orang-orang yang
memandang rendah kepada agama mereka sendiri dan tidak menghormatinya dengan
sewajarnya : jika kamu kemukakan Islam kepada orang ramai pada hari ini dengan
nama sosialisme atau dengan nama demokrasi berdasarkan bahawa ianya adalah dua
isme yang dianggap sebagai dua contoh aliran pemikiran yang diminati umum di
zaman ini, pada satu zaman yang lampau sistem kapitalis merupakan satu pakaian
yang digemari umum apabila mereka mengeluarkan sistem itu daripada sistem
feudal, begitu juga sistem pemerintahan mutlak atau diktatur pernah dalam satu
zaman tertentu menjadi satu sistem yang digemari, iaitu dizaman pengemblingan
kebangsaan bagi wilayah-wilayah yang bertaburan (di Eropah) sebagai mana yang
berlaku di negeri-negeri Jerman, Itali di zman Bismarck dan Mazzini, besok
siapa tahu apakah pula satu sistem daripada sistem-sistem kemasyarakatan dan
pemerintahan yang digemari umum, yang digubalkan oleh manusia untuk manusia?
Dan apakah pula pendapat yang dikatakan mereka terhadap Islam untuk dikemukakan
kepada orang ramai dalam bentuk fesyen yang digemari mereka?
Bimbingan al-Quran di dalam gelombang yang sedang
dibicarakan ini, juga di dalam gelombang yang lain adalah merangkumi persoalan
ini. Al-Quran mahu pendakwah meletakkan agama Allah di tempat yang tinggi. Para
pendakwah tidak seharusnya tertarik kepada cadangan-cadangan dan
pengesyoran-pengesyoran orang ramai. Mereka tidak seharusnya menghiaskan agama
Allah dengan nama-nama yang lain daripada nama-Nya yang sebenar dan seterusnya
mereka tidak seharusnya mengemukakan agama ini kepada orang ramai dengan
menggunakan metodologi dan cara-cara yang lain daripada metodologi dan cara
yang sebenarnya, kerana Allah Maha Kaya dan tidak merlukan pendapat-pendapat
manusia. Siapa yang tidak menyambut agama-Nya dengan semangat Ubudiyah
kepada-Nya, dan dengan semangat mencabut dirinya daripada Ubudiyah kepada yang
lain daripada-Nya, maka agama Allah tidak memerlukannya, begitu juga Allah swt
tidak memerlukan sesiapa sama ada daripada para hamba-Nya yang taat atau para
hamba-Nya yang menderhaka.
Di samping itu, jika agama Allah mempunyai
asas-asasnya yang tulen sama ada daripada segi asas-asasnya mahupun daripada
segi cirri-cirinya, maka ia juga mempunyai asas-asas yang tulen dari segi
metodologi dan dari segi cara berbicara dengan fitrah manusia kerana yang
menurunkan agama ini dengan asas-asas dan ciri-cirinya dengan metodologi dan
cara harakatnya yang tersendiri ialah Allah yang menciptakan insan itu yang
mengetahui segala bisikan hatinya.
Firman Allah : al-An’aam 159
Sesungguhnya orang-orang yang memecah belahkan agama mereka dan membentuk berbagai-bagai puak, maka engkau sedikitpun tidak bertanggungjawab terhadap perbuatan mereka. Sesungguhnya urusan mereka terserah kepada Allah. Kemudian Dialah yang akan memberi tahu kepada mereka segala perbuatan yang dilakukan mereka.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Rasulullah saw tidak mempunyai sebarang kaitan dengan
seluruh mereka dalam sesuatu apapun kerana agama yang dibawa beliau ialah agama
Islam, dan syariatnya adalah syariat yang termaktub di dalam kitab Allah
(al-Quran), dan sistem hidup yang perjuangkannya ialah sistem hidup yang
tersendiri dan unik dengan ciri-ciri yang membezakannya daripada segala sistem
hidup yang lain. Agama Islam yang dibawa beliau tidak mungkin bercampuraduk
dengan kepercayaan-kepercayaan dan kefahaman-kefahaman yang lain, begitu juga
undang-undang dan peraturannya tidak mungkin bercampuraduk dengan aliran-aliran
undang-undang dan teori-teori perundangan yang lain, dan seterusnya tidak
mengaku ada dua nama bagi satu undang-undang, satu peraturan dan sesuatu sistem
iaitu nama Islam dan satu nama yang lain. Islam tetap Islam sahaja, syariat
Islam tetap syariat Islam sahaja, sistem sosial, politik dan ekonomi Islam
tetap sistem sosial, politik dan ekonomi Islam sahaja. Rasulullah saw tidak
mempunyai apa-apa hubung kait dengan seluruh perpecahan mereka hingga ke akhir
zaman.
Huraian-huraian
Saiyyid Qutb yang panjang lebar dalam berbagai-bagai bentuk, sarana dan gaya
mengenai pengertian-pengertian berbagai-bagai ayat-ayat al-Quran seperti mana
yang dibicarakan di atas ini hanya memfokuskan kepada satu isu sahaja yang amat
“crucial” yang berlaku kepada seluruh massa umat Islam kita yang berhubung kait
rapat dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, iaitu umat Islam
kita kini sedang berada dalam MENTALITI JAHILIYAH dan kita kesemuanya telah
terkeluar daripada agama Allah kerana kita sedang berada di dalam masyarakat
dan negara yang memisahkan di antara AGAMA dengan POLITIK, dan bahawa di dalam
masyarakat seperti ini sudah semestinya tidak wujud dan beroperasi segala
peraturan dan undang-undang Allah dalam seluruh bidang kehidupan manusia yang
meliputi bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, moral dan perhubungan
antarabangsa.
Kita telah mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan telah terkeluar daripada agama
Allah kerana kita MEMBUAT, MENJALAN dan MENGUAT
KUASAKAN segala peraturan dan undang-undang manusia yang meliputi bidang-bidang
politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa. Kita telah
mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan telah terkeluar daripada agama Allah kerana kita MENTAATI
dan MEMATUHI seluruh sistem kehidupan Jahiliyyah bersekali dengan segala
peraturan dan undang-undang Jahiliyyah yang sedang beroperasi dan berkuat kuasa
ke atas kita kini. Kita telah mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan telah terkeluar daripada agama
Allah kerana kita MENYETUJUI dan MEREDHAI seluruh sistem kehidupan Jahiliyyah
bersekali dengan segala peraturan dan undang-undang Jahiliyyah. Kita telah
membuang segala peraturan dan undang-undang Allah daripada sistem kehidupan
kita yang bererti kita telah membuang seluruh agama kita ini daripada sistem
kehidupan kita – kita berada di dalam kekufuran !
Segala
huraian ayat-ayat al-Quran seperti mana petikan-petikan di atas ini sengaja
dikumpul dan dipaparkan di sini dengan begitu banyak dan panjang lebar sekali
dengan harapan agar ianya dapat meyakinkan umat Islam kita tanpa sebarang
keraguan sedikitpun lagi bahawa kita sebenarnya telah terkeluar daripada agama
Allah kerana kita telah menolak dan mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Walaupun kita mengucap dua kalimah syahadah, kita tekun dalam
melakukan syiar-syiar ibadat ritual seperti solat, puasa, zakat, haji, nikah
kahwin secara Islam, serta kita ini adalah daripada keturunan Islam, sebenarnya
kita kesemuanya telah terkeluar daripada agama Allah kerana kita sememangnya telah
menolak dan mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Apabila kita sudah terkeluar daripada agama Allah kerana kita
dengan jelas dan terang sekali telah menolak dan mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ sedangkan
kita masih menyangka dan menganggapkan diri kita sebagai orang-orang Islam – ini
bererti bahawa kita sebenarnya sudah berada di dalam Mentaliti Jahiliyah. Umat
Islam kita kini sedang berada dalam kesesatan, kerosakan, kesyirikan dan
kekufuran dan sama sekali tidak berada di dalam agama Allah – inilah realiti yang amat tragis yang sedang
menghantui seluruh massa umat Islam kita kini! Perbincangan seperti ini adalah
amat perlu kepada kita kerana ianya berperanan sebagai penjelasan dan
peringatan kepada kita bahawa kita kini sebenarnya tidak berada di dalam agama
kita, malah kita sedang berada di dalam kesesatan, kerosakan dan kekufuran yang
jelas dan terang mengikut segala prinsip, hukum, tuntutan dan perintah kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ - peringatan seperti ini diharapkan akan dapat membawa kita
kepada kesedaran dan keinsafan yang diharapkan agar kita akan bertindak untuk
mengeluarkan diri kita masing-masing daripada kesyirikan dan kekufuran dan
untuk mengembalikan kita kepada keimanan yang hakiki.
No comments:
Post a Comment