BERHALA BESAR
Firman Allah : an-Nisa 117
Apa yang mereka sembah yang lain daripada Allah itu, hanyalah berhala-berhala, dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan yang derhaka.
Firman Allah : al-Ankabut 17
Kamu hanya menyembah berhala yang diperbuat oleh orang, tidak menyembah Allah yang mencipta segala-galanya, dan kamu hanya mengadakan penyembahan yang dusta.
DEMOKRASI
dan
seluruh pemimpin kita yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan Dun serta
Raja-Raja Melayu kita adalah BERHALA-BERHALA BESAR! Mereka kesemuanya itu
adalah BERHALA-BERHALA yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia kerana
segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang dibuat oleh mereka itu dikuat
kuasakan ke atas manusia. Mereka itu adalah BERHALA-BERHALA yang disembah oleh
manusia kerana segala peraturan dan undang-undang demokrasi yang dibuat oleh
mereka itu ditaati dan dipatuhi manusia.
Perbincangan
kita mengenai AQIDAH, POLITIK DAN KENEGARAAN telah sampai kepada peringkat yang
membolehkan kita untuk membuat rumusan bahawa demokrasi ini bukan hanya
terbentuk sebagai satu ideologi dan fahaman sahaja, tetapi ianya adalah satu
sistem hidup yang menyeluruh, atau apa yang disebut sebagai ad-deen di dalam
Al-Quran, iaitu satu AGAMA yang terdiri daripada aqidah kufur, syariat kufur
dan akhlak yang kufur. Sebagai satu agama yang kufur, demokrasi mempunyai BERHALA-BERHALANYA
yang tersendiri yang disembah manusia. Status kekufuran demokrasi itu adalah
sama dengan kekufuran agama-agama yang lain - Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha,
Zoroaster, Namrudisme, Firaunisme, Komunisme, Sosialisme, Kapitalisme,
Liberalisme, Pragmatisme, Existentialism, Nihilism, Nasionalisme, Sekularisme,
Nazisme, Fasisme dan kesemua ISME ciptaan manusia yang selain daripada Allah.
Pemimpin-pemimpin dan kerajaan-kerajaan yang tidak memerintah dengan
undang-undang Allah adalah kafir, zalim dan fasik, begitu juga dengan rakyat
yang menyerahkan kuasa memerintah kepada manusia adalah syirik dan kufur kerana
mereka terlibat dalam mempertuhankan sesama manusia.
Manusia
di zaman Nabi Ibrahim as menyembah BERHALA-BERHALA BATU dan KAYU yang dibuat
oleh manusia. Manakala umat Islam kita di Malaysia kita ini pada zaman kita
kini juga tidak terkecuali daripada menyembah BERHALA-BERHALA yang dilantik oleh
manusia dalam erti kata mereka menyembah para pemimpin kita yang berlagak
sebagai Tuhan-tuhan yang dilantik oleh manusia. Ketaatan kepada kedaulatan
demokrasi dan kepada sistem perundangan demokrasi adalah penyembahan kepada
yang selain daripada Allah yang mempunyai pengertian menyembah BERHALA, dan
menyembah BERHALA itu pula bererti menyembah syaitan dan segala sekutu Allah,
serta juga beriman kepada sangkaan, kesesatan dan kekufuran yang memusuhi dan
mengkufur ingkarkan Allah. Seseorang yang mengamal dan mempraktikkan sistem
politik demokrasi dengan ketaatan dan kepatuhannya kepada kerajaan demokrasi yang
disertai dengan keredhaannya terhadapnya
(kerajaan dan sistem politik demokrasi) itu mempunyai pengertian dan
kesan yang amat serius – ia menyembah BERHALA-BERHALA, iaitu para pemerintah dan
Raja-Raja Melayu yang membuat undang-undang dan yang menguatkuasakannya ke atas
rakyat mereka, dan oleh itu ia (penyembah berhala) tidak menyembah Allah dan ia
telah terkeluar daripada agama Allah.
Ketidak
fahaman tentang pengertian dan pertalian di antara AQIDAH dengan POLITIK telah
menyebabkan majoriti daripada kita tidak boleh menerima realiti kekufuran
demokrasi dan kekufuran pemimpin-pemimpin kita yang mengingkari Allah s.w.t.
dalam masalah ketaatan dan kepatuhan kita kepada kerajaan dan undang-undang
demokrasi yang selain daripada Allah, apatah lagi dengan para ilmuan dan
cendekiawan Islam yang sentiasa menyokong dan mempertahankan mereka. Kita tidak
menyedari bahawa para pemimpin kita yang berkuasa dan berdaulat ke atas kita dan
Raja-Raja Melayu kita ini adalah BERHALA-BERHALA yang kita sembah dalam
kehidupan kita.
Kita diseru oleh para ulama dan intelek Islam kita supaya menghindarkan
diri kita daripada menyembah patung-patung dan BERHALA-BERHALA BATU dan KAYU seperti
mana yang disembah oleh penganut-penganut agama Buddha, Hindu, Kristian dan
kaum musyrikin Cina, kita diseru supaya kita menghindarkan diri kita daripada
kepercayaan-kepercayaan dan amalan-amalan agama yang songsang, dan kita diseru
supaya kita menghindarkan diri kita daripada segala jenis dan bentuk khurafat
seperti pemujaan keramat-keramat dan amalan ilmu-ilmu hitam, anihnya dalam pada
itu mereka juga menyeru kita untuk terus tekun menyembah BERHALA-BERHALA dalam
agama demokrasi kita ini lantaran seruan dan ajakan mereka agar kita mentaati
dan mematuhi kerajaan demokrasi dan sistem perundangan demokrasi ciptaan
manusia. Seruan seperti ini adalah seruan kepada kesyirikan dan kekufuran.
Inilah kontradiksi dalam AQIDAH kita yang amat besar yang sedang berlaku di kalangan
massa umat Islam kita kini.
Para ulama
dan intelek Islam kita tidak pernah membicarakan mengenai kekufuran demokrasi
dan kekufuran dalam mengamalkannya, malah mereka tidak pernah menyentuh
mengenai konsep Uluhiyah dan Rububiyah Allah dalam kalimah
ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, dan mereka
tidak pernah menyentuh mengenai Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang wujud dan
berkuatkuasa dalam sistem politik demokrasi kita ini, justeru seruan mereka
untuk menghindari kesyirikan dan kekufuran hanyalah tertumpu kepada menghindarinya
dalam bentuk amalan-amalan khurafat, menganuti ajaran-ajaran songsang dan sesat
dan daripada menyembah BERHALA-HALA BATU dan KAYU sahaja, sedangkan mereka
membiarkan kita untuk terus mengamalkan demokrasi, malah dalam keadaan
kebiasaannya mereka menyeru dan menggalakkan kita untuk mengamal dan mempraktikkan
agama demokrasi serta untuk mentaati dan mematuhi demokrasi dan segala
peraturan dan undang-undang demokrasi padahal kesemuanya ini mempunyai
pengertian menyembah berhala-berhala besar demokrasi yang mengkufur ingkarkan
Allah swt.
Demokrasi
yang syirik dan kufur itu mengakibatkan kerosakan dan kebencanaan kepada
kehidupan manusia dalam berbagai aspek yang oleh itu disifatkan oleh Allah
s.w.t. sebagai PENINDASAN, KEZALIMAN, KEJAHATAN, ANCAMAN, PENCEROBOHAN dan
KEROSAKAN terhadap manusia dan kemanusiaan yang diperintahkan-Nya untuk
ditentang dan diperangi sehingga ianya mengalami kehancuran yang total untuk
digantikan dengan Islam (2:193). Demokrasi itu adalah satu penindasan kerana;
pertama, dari segi sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan, ianya mengandungi
unsur-unsur riba’, spekulasi, monopoli, penguasaan ekonomi oleh golongan
atasan, manipulasi, eksploitasi, ketidak sama rataan, dan meraut keuntungan
yang berlebihan; kedua, dari segi sekularisme ia memisah dan meminggirkan agama
Islam daripada kehidupan yang bermakna kehidupan yang diasaskan kepada hawa
nafsu semata-mata dan pemikiran manusia yang lemah dan pincang; ketiga, dari
segi nasionalisme, ia hanya mempromosi dan mempertahankan segala hak dan unsur
kebangsaan sahaja dengan langsung mengabaikan dasar-dasar Islam yang
"fundamental". Kesemuanya ini adalah unsur-unsur Jahiliyah yang
membawa kerosakan dan kebencanaan dan yang akan mengakibatkan penindasan ke
atas kemanusiaan. Setiap ideologi, pemikiran, sistem dan undang-undang yang
selain daripada Allah s.w.t, seperti demokrasi, disifatkan sebagai KESYIRIKAN dan
KEKUFURAN di sisi Islam yang menghasil dan mengakibatkan PENINDASAN, KEZALIMAN,
PENCEROBOHAN, ANCAMAN, KEJAHATAN, KEFASIKAN dan KEROSAKAN seperti mana yang
disebut dengan lumrahnya di dalam Al-Quran.
Firman Allah : al-A’raf 190
Maha Suci Allah daripada sekutu-sekutu yang diada-adakan mereka.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Manusia pada hari ini mendirikan berhala-berhala
baru yang mereka namakan “bangsa“, “negara“ dan “rakyat” dan sebagainya
daripada nama-nama yang lain. Semuanya merupakan berhala-berhala tanpa lembaga
seperti berhala-berhala biasa yang didirikan oleh penyembah-penyembah berhala.
Semuanya merupakan sembahan-sembahan yang mempersekutukan Allah di kalangan
makhluk-Nya. Semuanya merupakan sembahan-sembahan yang dinazar kepadanya
anak-anak mereka sebagai mana dinazarkan kepada berhala-berhala di zaman
dahulu, juga dikorbankan binatang-binatang sebagai mana binatang-binatang yang
dikorbankan kepada kuil-kuil di merata tempat.
Manusia mengiktirafkan Allah sebagai Tuhan, tetapi
mereka membuangkan perintah-perintah Allah dan syariat-syariat-Nya dibelakang
mereka dan dalam waktu yang sama mereka jadikan perintah-perintah dan kehendak-kehendak
sembahan-sembahan yang baru ini sebagai sesuatu yang suci dan untuk
melaksanakan kehendak-kehendak itu mereka sanggup menentang perintah-perintah
dan syariat-syariat Allah, malah sanggup membuangkan semua sekali. Apakah yang
dikatakan “sembahan-sembahan“? Apakah pula yang dikatakan syirik ? Apakah pula
yang dikatakan habuan berhala-berhala pada anak-anak, jika tidak seperti
sembahan-sembahan, jika tidak seperti syirik dan jika tidak seperti habuan
berhala yang diamalkan oleh Jahiliyah moden ini?
Jahiliyah kuno lebih beradap dan bersopan santun
terhadap Allah. Ia menyembah Tuhan-tuhan yang lain selain Allah dan menampilkan
berbagai-bagai persembahan kepadanya seperti membayar nazar dengan anak-anak,
buah-buahan dan sembelihan dengan tujuan untuk mendekatkan manusia kepada
Allah. Jadi pada hemat dan tanggapan Jahiliyah kuno ia meletak Allah pada
tempat yang paling tinggi, sedangkan Jahiliyah moden meletakkan
sembahan-sembahan yang lain pada tempat yang lebih tinggi daripada Allah dan
memandang suci segala perintah yang dikeluarkan oleh sembahan-sembahan itu dan
sanggup membuang segala perintah yang dikeluarkan Allah.
Kita hanya menipu diri kita apabila kita mengenal
paganisme dalam bentuknya yang bersahaja, iaitu dalam bentuk-bentuk
berhala-berhala dan patung-patung yang lama dan upacara-upacara ibadat yang
dilakukan mereka semasa menyembah berhala-berhala itu dan menjadikannya sebagai
pemberi-pemberi syafaat di sisi Allah. Rupa bentuk berhala dan paganisme itu
sahaja yang berubah-ubah, begitu juga upacara-upacara ibadat sahaja yang
bertambah canggih dengan menggunakan berbagai-bagai lambang yang baru, tetap
tabiat syirik dan hakikatnya tetap teguh di sebalik rupa bentuk dan
upacara-upacara yang berubah-ubah itu.
Inilah hakikat yang seharusnya tidak membuat kita
terkeliru daripada hakikat yang sebenar.
Allah swt menyuruh kita bersifat jujur, bersopan
santun dan berpegang dengan akhlak-akhlak yang mulia, tetapi prinsip
“kebangsaan” atau dasar “pengeluaran
negara“ menyuruh kita mengeluarkan kaum
wanita daripada rumah tangga, menggalakkan mereka mendedahkan diri dengan
pakaian-pakaian yang menarik dan bekerja sebagai pemyambut-penyamnut tamu di
hotel-hotel seperti gadis geisha di negeri Jepun. Di sini siapakah Tuhan yang
dipatuhi perintah-perintahnya? Allah swt atau Tuhan-tuhan palsu?
Allah swt menyuruh supaya aqidah dijadikan tali
pengikat masyarakat, tetapi prinsip “kebangsaan” atau “negara“ menyuruh kita
mengenepikan agama daripada dasar pembentukan masyarakat dan menjadi bangsa
atau kaum sebagai dasar masyarakat. Di sini siapakah Tuhan yang dipatuhi
perintahnya. Allah swt atau Tuhan-tuhan palsu?
Allah swt menyuruh supaya syariat-Nya dijadikan
undang-undang yang memerintah tetapi ada seorang manusia atau ada segelintir
pemimpin rakyat berkata dengan lantang : Tidak! Rakyatlah yang berhak
menggubalkan undang-undang dan undang-undang merekalah undang-undang yang
berkuat kuasa dan berdaulat. Di sini siapakah Tuhan yang dipatuhi perintah nya?
Allah swt atau Tuhan-tuhan palsu ?
Inilah contoh-contoh yang berlaku di seluruh dunia
hari ini, iaitu contoh-contoh yang lumrah diterima oleh golongan manusia yang
sesat, juga contoh-contoh yang mendedahkan hakikat paganisme yang dominan
sekarang ini dan hakikat berhala-berhala baru yang disembah hari ini sebagai ganti
paganisme yang menyembah berhala terus terang, juga sebagai ganti
berhala-berhala kuno yang dapat dilihat dengan mata. Kita seharusnya jangan
tertipu dengan rupa bentuk paganisme dan syirik yang berubah-ubah itu hingga
mengelirukan kita daripada hakikat yang sebenar.
Al-Quran telah mendebati penganut-penganut agama
paganisme dan bersahaja dan pendukung-pendukung Jahiliyah yang terus terang
itu. Al-Quran berbicara dengan akal mereka selaku akal manusia untuk
menyedarkannya daripada kelalaian yang tidak layak dengan akal manusia - walau
bagai manapun tahap kebudakannya – kemudian setelah memberi contoh perbandingan
pada mereka dan menggambarkan peringkat-peringkat perkembangan syirik dalam
jiwa manusia, maka ayat yang berikut mengemukakan pernyataan :
Apakah wajar mereka mempersekutukan Allah dengan
sesuatu yang tidak pernah menciptakan sesuatu apapun, sedangkan sekutu-sekutu
itu sendiri dicipta Allah (A’raf 191).
Dan sekutu-sekutu itu tidak berkuasa menolong mereka
dan tidak pula menolong diri sendiri ( A’raf 192).
Tuhan yang berkuasa menciptakan itulah Tuhan yang
wajar disembah, sedangkan seluruh Tuhan-tuhan palsu yang disembahkan mereka
tidak berkuasa mencipta sesuatu apapun, malah Tuhan itu sendiri diciptakan.
Jadi bagai mana mereka mempersekutukan Allah dengan Tuhan-tuhan palsu itu ?
Bagai mana jadikan Tuhan-tuhan itu sekutu-sekutu Allah yang menguasai diri
mereka dan anak-anak mereka ?
Tuhan yang berkuasa menolong dan melindungi
hamba-hamba-Nya dengan kudrat-Nya itulah Tuhan yang wajar disembah, kerana daya
kekuatan dan kudrat kuasa itu merupakan ciri-ciri Uluhiyah dan sifat-sifat yang
mewajibkan manusia mengabdikan diri kepada-Nya, sedangkan seluruh Tuhan palsu
mereka tidak mempunyai kudrat kuasa dan seterusnya tidak berkuasa menolong
mereka dan tidak pula berupaya menolong dirinya sendiri. Bagai mana mereka
jadikan Tuhan-tuhan palsu itu sekutu-sekutu Allah yang menguasai diri mereka
dan anak-anak mereka?
Walaupun pun bukti penciptaan dan bukti kudrat
kuasa dijadikan hujjah yang dihadapkan kepada pendukung-pendukung Jahiliyah
kuno yang bersahaja, namun bukti-bukti yang sama juga masih dapat dijadikan
hujjah yang dihadapkan kepada pendukung-pendukung Jahiliyah di zaman sekarang.
Mereka mengadakan berhala-berhala baru yang disembah dan dipatuhi mereka dan
mereka jadikannya sekutu-sekutu Allah yang menguasai diri mereka, anak-anak
mereka dan harta benda mereka, tetapi di antara Tuhan-tuhan itu manakah Tuhan
yang berkuasa yang menciptakan sesuatu di langit dan di bumi? Manakah satu
Tuhan yang berkuasa menolong mereka atau menolong dirinya sendiri?
Akal manusia tidak dapat menerima pemikiran yang
syirik ini jika ia diberi kebebasan menghadapi realiti ini, tetapi godaan hawa
nafsu, pengaruh-pengaruh yang sesat dan mengelirukan itulah yang membuat
manusia – setelah dilalui empat belas abad daripada masa diturunkan al-Quran –
balik semula kepada Jahiliyah dalam bentuk rupanya yang baru . Lalu mereka
mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak pernah menciptakan sesuatu
apapun, sedangkan sekutu-sekutu itu sendiri diciptakan Allah dan tidak berkuasa
menolong mereka dan tidak pula dapat menolong diri sendiri.
Umat manusia pada hari ini amat memerlukan – sama
seperti umat manusia di zaman dahulu – berbicara dengan al-Quran sekali lagi.
Mereka memerlukan pemimpin-pemimpin yang boleh memimpin mereka daripada
Jahiliyah kepada Islam, mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada sinar nur
dan menyelamatkan akal dan hati mereka daripada paganisme moden, malah daripada
kekarutan-kekarutan baru yang membabitkan mereka sebagai mana Islam telah
menyelamatkan nya pada kali yang pertama.
Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa kita kini sedang
menyembah BERHALA-BERHALA, bukan BERHALA-BERHALA dalam bentuk batu, logam dan
kayu seperti yang lazimnya kita fahami dan kenali selama ini, tetapi ‘BERHALA-BERHALA
BARU’ dalam bentuk ideologi, pemikiran dan undang-undang, ‘BERHALA-BERHALA
BARU’ dalam bentuk sistem kehidupan Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis ciptaan
manusia, dan ‘BERHALA-BERHALA BARU’ dalam bentuk manusia itu sendiri, iaitu
manusia yang memerintah dan berdaulat ke atas manusia yang berkuasa untuk
membuat ideologi, pemikiran dan undang-undang itu dan yang berkuasa untuk
menciptakan sistem kehidupan Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis untuk
manusia. Kita disifatkan Allah sebagai menyembah BERHALA-BERHALA BARU ini kerana
KETAATAN dan KEPATUHAN kita kepada ideologi, pemikiran dan undang-undang manusia
dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa,
kita disifatkan Allah sebagai menyembah BERHALA-BERHALA BARU ini kerana KETAATAN
dan KEPATUHAN kita kepada sistem kehidupan Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis
ciptaan manusia ini dan kita disifatkan Allah sebagai menyembah BERHALA-BERHALA
BARU ini kerana KETAATAN dan KEPATUHAN kita kepada manusia yang memerintah dan
berkuasa ke atas manusia yang menciptakan segala ideologi, pemikiran,
undang-undang dan sistem kehidupan kita ini, sedangkan kita hanya menyembah
Allah dalam solat dan segala syiar ibadat sahaja (9:31). Perbuatan kita yang
menyembah BERHALA-BERHALA MODEN seperti ini adalah satu gejala yang amat serius
kerana ianya bererti bahawa kita telah terkeluar daripada agama Allah padahal
kita sedikitpun tidak menyedarinya.
Kita sibuk mencegah dan memelihara diri kita
daripada terlibat dengan berbagai-bagai gejala kesyirikan, kekufuran dan
kekhurafatan - kita sibuk mencegah dan memelihara diri kita daripada terlibat
dengan gejala menyembah berhala-berhala dan patung-patung batu, logam dan kayu,
kita sibuk mencegah dan memelihara diri kita daripada terlibat dengan gejala memuja kubur-kubur keramat, kita sibuk
mencegah dan memelihara diri kita daripada terlibat dengan memohon kepada
wali-wali dan kita sibuk mencegah dan memelihara diri kita daripada terlibat
dengan segala bentuk khurafat dan amalan-amalan syrik, padahal kita sebenarnya
sedang mengimani, menganuti dan mengamalkan agama yang syirik dan kufur, iaitu
agama Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis ciptaan manusia. Begitu juga kita
sibuk menghindarkan diri kita daripada terjebak dengan anutan dan amalan ajaran
agama yang songsang, padahal AGAMA ISLAM yang kita warisi kini dan yang sedang
kita anuti dan amalkan kini sebenarnya merupakan agama yang songsang kerana ianya
adalah agama yang mengajak kita supaya menyembah BERHALA-BERHALA dalam bentuk ketaatan
dan kepatuhan kita kepada ideologi dan pemikiran
Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis ciptaan manusia yang sedang berkuasa
dan memerintah ke atas kita kini – kesemua gejala ini mengeluarkan kita
daripada agama Allah.
Saiyyid Qutb menghuraikan bahawa kekuatan akal kita
sebenarnya berkemampuan untuk memahami dan menyedari mengenai kewujudan
Tuhan-tuhan palsu dan oleh itu berkemampuan untuk memahami dan menyedari mengenai
kewujudan AGAMA DEMOKRASI yang syirik dan kufur ini, begitu juga akal kita
sebenarnya berkemampuan untuk memahami dan menyedari mengenai gejala AGAMA
ISLAM kita yang songsang ini, tetapi kita keinginan untuk terus sahaja kekal
dalam kesesatan dan kerosakan kerana kita dikeliru dan ditipu oleh Ahlil Kitab
melalui para ulama dan intelek Islam kita sendiri dan oleh yang demikian hati-hati
kita telah tertutup rapat kepada keimanan, dan juga kita keinginan untuk terus
sahaja kekal dalam kesesatan dan kerosakan itu kerana dorongan hawa nafsu kita
sendiri. Pilihan kepada umat Islam kita ialah supaya mereka kembali kepada
kebenaran dengan merujuk terus kepada sumber al-Quran untuk mengeluarkan diri
mereka daripada kesesatan, dan dalam hal ini, mereka sebenarnya amat memerlukan
kepada bimbingan para pemikir dan pemimpin Islam yang sebenar dan tulen yang
boleh memimpin mereka keluar daripada Jahiliyah untuk kembali kepada Islam.
Firman Allah : al-Anaam 110
Dan Kami jadikan hati dan pandangan mereka berbalik-balik (dan mereka tetap tidak beriman kepada al-Quran) sebagai mana mereka tidak beriman kepada-Nya pada permulaan kalinya. Dan Kami tinggalkan mereka terumbang ambing dalam kesesatan mereka.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Usaha yang lebih keji lagi ialah usaha-usaha yang
dilakukan oleh mereka yang cuba memakaikan Islam dengan berbagai-bagai topeng
dan menggelar Islam dengan berbagai-bagai gelaran yang disukai orang ramai di
dalam sesuatu masa yang tertentu seperti sosialis, demokrasi dan sebagainya
dengan anggapan bahawa dengan penampilan yang keji itu mereka memberi khidmat
yang baik kepada agama Islam, sedangkan sosialisme adalah satu aliran pemikiran
kemasyarakatan yang diciptakan oleh manusia dan setiap ciptaan manusia sentiasa
terdedah kepada kemungkinan-kemungkinan salah dan betul, begitu juga demokrasi
merupakan satu sistem hidup atau sistem pemerintahan yang diciptakan oleh
manusia yang terdedah kepada kemungkinan salah dan betul. Tetapi Islam adalah
satu sistem hidup yang merangkumi kefahaman iktikad, peraturan-peraturan
kemasyarakatan, peraturan-peraturan ekonomi, peraturan-peraturan melaksanakan
kerja dan mengendalikan organisasi dan sistem ini adalah daripada ciptaan Allah
yang bersih daripada segala kelemahan dan cacat cela. Oleh itu di manakah
duduknya seorang Islam apabila ia mencari bantuan manusia untuk menguatkan
sistem hidup Ilahi, iaitu dengan menyalutkan sistem ini dengan sifat-sifat
sistem-sistem yang diciptakan manusia? Di manakah duduknya seorang Islam
apabila ia mencari bantuan manusia untuk menguatkan agama Allah dengan
menggunakan pendapat-pendapat manusia?
Kaum musyrikin di dalam Jahiliyah Arab disifatkan
sebagai kaum musyrikin disebabkan perbuatan mereka meminta pertolongan Allah
dengan perantaraan sesetengah makhluknya yang dijadikan mereka sebagai penaung
dan pelindung :
Firman Allah : Ibrahim 52
(al-Quran) ini adalah perutusan yang disampaikan kepada manusia dan supaya mereka sentiasa diberi peringatan dengannya dan supaya mereka mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa dan supaya orang-orang yang berakal mengambil pengajaran.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Tujuan asasi daripada perisytiharan dan peringatan
ini ialah supaya manusia mengetahui “bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa”.
Inilah tapak asas agama Allah di mana ditegakkan sistem-Nya dalam kehidupan
manusia.
Tentulah perisytiharan ini bukannya bertujuan
supaya mereka hanya mengetahui sahaja, malah supaya mereka membangunkan
kehidupan mereka di atas pengetahuan itu,…tujuan supaya mereka memberi ketaatan
dan kepatuhan kepada Allah yang Maha Esa sahaja kerana di sana tiada Tuhan yang
layak ditaati melainkan Dia. Allah yang layak menjadi Tuhan memerintah dan
menguasai, yang mengendali dan mengurus, yang menggubal undang-undang dan
peraturan dan memberi arahan-arahan. Apabila kehidupan manusia dibangunkan di
atas tapak asas ini, maka pada pokoknya ia berbeza daripada segala bentuk
kehidupan yang ditegakkan di atas tapak asas Rububiyah manusia terhadap sesama
manusia. Perbezaan ini menyentuh soal Aqidah dan kefahaman dan membabit
syiar-syiar agama dan upacara-upacara ibadat di samping membabit soal Aqidah
dan tingkah laku, soal nilai-nilai dan ukuran-ukuran dan seterusnya membabit
peraturan-peraturan politik, ekonomi dan kemasyarkatan dan segala bidang
kehidupan individu dan kelompok.
Kepercayaan kepada konsep Uluhiyah Allah yang Maha
Esa merupakan landasan bagi sebuah sistem hidup yang sepadu, tetapi ia bukannya
hanya sekadar berupa Aqidah yang tersemat di dalam hati nurani sahaja, kerana
batas-batas Aqidah adalah lebih jauh daripada semata-mata kepercayaan yang beku
tidak bergerak itu, malah batas-batas Aqidah itu menjangkau begitu luas hingga
meliputi segala bidang kehidupan manusia. Persoalan kuasa Hakimiyah dengan
segala cabang-cabangnya di dalam Islam merupakan satu persoalan Aqidah, sebagai
mana persoalan akhlak pada keseluruhnya merupakan satu persoalan Aqidah. Dan
daripada Aqidah ini muncullah sistem hidup yang merangkumi akhlak, nilai-nilai,
di samping merangkumi peraturan-peraturan dan undang-undang.
Kita tidak dapat memahami tujuan-tujuan al-Quran
ini sebelum kita memahami batas-batas Aqidah agama ini dan sebelum kita
mengerti dua syahadat ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ Muhammadar Rasulullah mengikut tahap
pengertiannya yang amat luas itu, dan sebelum kita memahami tujuan kata-kata
“ibadat itu hanya untuk Allah yang Maha Esa sahaja”, iaitu kita harus
menentukan bahawa tujuan kata-kata ini ialah memberi ketaatan dan kepatuhan
kepada Allah yang Maha Esa sahaja, bukan sahaja dalam detik-detik solat malah
dalam segala urusan kehidupan mereka.
Penyembahan berhala-berhala yang
dipohonkan Ibrahim as supaya dijauhkan dirinya dan anak cucunya daripadanya itu
bukanlah dalam bentuk menyembah patung-patung yang dilakukan orang-orang Arab
di dalam Jahiliyah mereka atau dilakukan agama-agama paganisme di dalam
berbagai-bagai bentuk rupa sama ada berupa batu-batu, pokok-pokok, bintang,
burung, api, roh-roh dan hantu-hantu sahaja.
Sebenarnya semua gambaran penyembahan berhala yang
bersahaja ini belum lagi merangkumi syirik terhadap Allah, juga ia belum lagi
merangkumi segala bentuk penyembahan berhala-berhala yang lain daripada Allah.
Pembatasan pengertian syirik pada gambaran-gambaran penyembahan-penyembahan
yang bersahaja ini sahaja akan menghalang kita daripada melihat bentuk-bentuk
syirik yang lain yang tiada batasnya, juga menghalangkan kita daripada melihat hakikat
bentuk-bentuk syirik dan Jahiliyah-Jahiliyah moden yang mempengaruhi umat
manusia.
Hakikat syirik dan hubungannya dengan
berhala-berhala itu pastilah difahami dengan mendalam, begitu juga pengertian
berhala-berhala dan penjelmaan bentuk-bentuknya yang berubah-ubah bersama-sama
Jahiliyah moden itu pastilah difahami secara mendalam.
Konsep syirik terhadap Allah yang bertentangan
dengan konsep kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ itu dapat
dilihat pada setiap kedudukan dan keadaan, di mana ketaatan dan kepatuhan tidak
diberi kepada Allah yang Maha Esa sahaja di dalam segala kehidupan, dan di mana
seseorang itu hanya cukup mentaati Allah di dalam beberapa jurusan kehidupannya
yang lain sahaja dan dalam waktu yang sama dia mentaati yang lain daripada
Allah di dalam jurusan-jurusan kehidupan yang lain. Dengan ini sahaja sudah
cukup untuk melahirkan gambaran dan hakikat syirik. Perbuatan mengemukakan
lambang-lambang (ketaatan) merupakan salah satu bentuk daripada bentuk-bentuk
ketaatan yang berbagai-bagai rupa. Contoh-contoh yang wujud dalam kehidupan
manusia hari ini dapat memberikan contoh-contoh yang waqii terhadap sifat-sifat
syirik yang sebenar. Seseorang yang bertawajjuh kepada Allah yang Maha Esa dan
mempercayai Uluhiyah-Nya yang tunggal kemudian mentaati Allah di dalam
peraturan-peraturan wudhu, taharah, solat, puasa, haji dan seluruh syiar agama
yang lain, tetapi dalam waktu yang sama dia mentaati pula undang-undang daripada
Tuhan yang digubal oleh pihak yang lain daripada Allah dalam kehidupan ekonomi,
politik dan kemasyarakatannya, juga menundukkan nilai-nilai dan ukuran-ukuran
kemasyarakatannya kepada kefahaman-kefahaman dan istilah-istilah daripada
ciptaan yang lain daripada Allah dan seterusnya menundukkan peraturan
akhlaknya, tradisi-tradisinya, adapt resamnya dan fesyen dan pakaian-pakaiannya
kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan Tuhan-Tuhan manusia yang telah
memaksa akhlak, adapt-adat resam dan pakaian-pakaian itu ke atasnya walaupun
bertentangan dengan undang-undang Allah dan perintah-Nya. Sebenarnya orang yang
bersikap seperti ini telah mengamalkan teras sikap syirik itu sendiri dan
menentang teras hakikat syahadatnya kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ Muhammadar
Rasulullah. Inilah (bentuk syirik) yang tidak disedari oleh orang-orang Islam
pada hari ini, di mana mereka melakukan perbuatan syirik ini dengan bebas dan
dengan sikap yang lembik. Mereka tidak mengirakan perbuatan ini sebagai
perbuatan syirik yang diamalkan oleh kaum musyrik di setiap zaman dan tempat.
Berhala-berhala itu tidak semestinya menjelma dalam
bentuk gambarannya yang primitif dan bersahaja, kerana berhala-berhala itu
hanya merupakan lambang-lambang Tuhan palsu yang bersembunyi disebaliknya untuk
memperhambakan manusia atas nama berhala-berhala itu dan untuk menjamin
kepatuhan mereka kepadanya dengan perantaraannya.
Berhala-berhala itu tidak pernah bercakap atau
mendengar atau melihat. Tetapi hanya sami atau kahin atau orang yang berkuasa
yang berada dibelakang berhala itu sahaja yang mengumat gamitkan berbagai-bagai
jampi mentera kemudian bercakap di atas namanya memperkata sesuatu yang
dikehendaki olehnya untuk memperhambakan dan mengeksploitasikan orang ramai.
Apabila ada lambang-lambang yang diangkat di
mana-mana negeri dan pada bila-bila masa kemudian datang orang-orang yang
berkuasa dan para kahin atau sami bercakap di atas nama lambang-lambang ini dan
menetapkan di atas namanya peraturan-peraturan, undang-undang, nilai-nilai,
ukuran-ukuran, tindakan-tindakan dan amalan-amalan yang tidak diizinkan Allah,
maka lambang-lambang inilah merupakan berhala-berhala yang mempunyai sifat,
hakikat dan fungsinya.
Apabila perkauman atau kebangsaan diangkatkan
sebagai lambang atau negara diangkatkan sebagai lambang atau rakyat diangkatkan
sebagai lambang atau kelas diangkatkan sebagai lambang, kemudian orang ramai
dikehendaki supaya menyembah lambang-lambang yang lain daripada Allah ini
supaya sanggup berkorban untuknya dengan nyawa, harta, akhlak dan marwah dan
andainya syariat Allah, undang-undang-Nya, arahan-arahan-Nya dan
pengajaran-pengajaran-Nya bercanggah dengan kehendak lambang-lambang itu, maka
yang harus diketepikan ialah syariat Allah, undang-undang-Nya,
arahan-arahan-Nya dan pengajaran-pengajaran-Nya dan yang harus diluluskan ialah
kehendak-kehendak lambang-lambang itu, maka perbuatan ini samalah dengan
menyembah berhala-berhala, kerana berhala itu bukan semestinya berupa batu atau
kayu, malah kadang-kadang ia berupa isme atau lambang.
Islam bukannya datang semata-mata untuk
menghancurkan berhala-berhala batu dan kayu. Islam tidak mengorbankan tenaga
perjuangan yang bersambung daripada angkatan para Rasul dan tidak memberi
pengorbanan-pengorbanannya yang besar serta menanggung penindasan dan
kesengsaraan semata-mata untuk menghancurkan berhala-berhala batu dan kayu itu.
Malah Islam datang untuk menentukan persimpangan
jalan di antara ketaatan kepada Allah yang Maha Esa sahaja di dalam segala urusan hidup dengan
ketaatan kepada yang lain daripada Allah dalam segala keadaan dan bentuk rupa.
Keadaan-keadaan dan bentuk-bentuk itu perlulah dikaji setiap waktu untuk
memahami peraturan-peraturan dan sistem-sistem yang ada dan menentukannya sama
ada ia berteraskan Tauhid atau syirik sama ada ia berteraskan ketaatan dan
kepatuhan kepada Allah yang Maha Esa atau berteraskan ketaatan dan kepatuhan
kepada berbagai-bagai Tuhan palsu dan berhala.
Orang-orang yang menyangka diri mereka berada dalam
agama Allah dengan alasan kerana mereka mengucap dua kalimah syahadat kalimah
ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ Muhammadar Rasulullah dan kerana
mereka mematuhi dan mentaati peraturan-peraturan taharah, peraturan-peraturan
ibadat, peraturan-peraturan perkahwinan dan perceraian, peraturan-peraturan
pesaka dan sebagainya dan dalam waktu yang sama mereka mematuhi disebalik
bidang yang sempit ini peraturan-peraturan yang diciptakan oleh yang lain
daripada Allah, iaitu mereka mentaati undang-undang yang tidak diizinkan Allah
dan terang-terang bertentangan dengan syariat Allah kemudian mereka bersedia
mengorbankan jiwa, harta, marwah dan akhlak mereka sama ada mereka suka atau
tidak suka untuk melaksanakan kehendak-kehendak yang dituntut daripada mereka
oleh berhala-berhala yang baru itu dan apabila agama atau akhlak atau maruwah
bercanggah dengan kehendak-kehendak berhala ini, maka yang dibuang ialah
perintah-perintah Allah dan yang dilaksanakan ialah kehendak-kehendak berhala
ini.
Orang-orang yang menyangka diri mereka sebagai kaum
Muslimin dan menyangka berada dalam agama Allah, sedangkan mereka hidup dengan
keadaan ini, maka hendaklah mereka sedar bahawa mereka sedang berada di dalam
syirik yang amat besar!
Sebenarnya agama Allah tidak sekecil yang disangka
oleh orang-orang yang menyangka diri mereka sebagai kaum Muslimin di Timur dan
di Barat itu. Agama Allah adalah sebuah sistem hidup yang mencakup segala
butirr dan perincian kegiatan hidup seharian. Ketaatan dan kepatuhan kepada
Allah yang Maha Esa dalam segala perincian kegiatan hidup seharian selain
daripada dasar-dasar umumnya itulah agama Allah dan itulah agama Islam yang
menjadi satu-satunya agama yang diterima Allah.
Perbuatan syirik terhadap Allah bukan sahaja berupa
Aqidah mempercayai Uluhiyah yang lain di samping mempercayai Uluhiyah-Nya,
tetapi juga berupa penghakiman kepada Tuhan-tuhan yang lain di samping
penghakiman kepada-Nya.
Penyembahan berhala-berhala bukan sahaja dapat
dilihat dalam bentuk mendirikan patung-patung batu dan kayu, malah dapat
dilihat dalam bentuk menegakkan lambang-lambang yang mempunyai pengaruh dan
kehendak-kehendak yang sama dengan pengaruh-pengaruh dan kehendak-kehendak yang
dipunyai oleh berhala.
Oleh itu orang ramai Islam di setiap negeri
pastilah memikirkan kepada siapakah ia memberi darjat penghormatan yang paling
tinggi di dalam hidup mereka? Kepada siapakah mereka memberi kepatuhan mereka
yang sempurna? Kepada siapakah mereka taat, mengikut dan menjunjung perintah?
Jika semuanya itu diberikan kepada Allah, maka itulah petanda bahawa mereka
berada di dalam agama Allah dan jika ia diberikan kepada yang lain daripada
Allah di samping diberikannya kepada Allah atau diberikan semuanya kepada yang
lain daripada Allah, maka itulah petanda bahawa mereka berada di dalam agama
tuhan-tuhan palsu dan berhala-berhala.
Friman Allah : Ibrahim 35
Dan kenangilah ketika Ibrahim berdoa, “Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri ini (Makkah) sebuah negeri yang aman dan jauhkanlah daku dan anak-anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.”
Saiyyid
Qutb menghuraikan bahawa BERHALA-BERHALA yang dimaksudkan oleh Nabi Ibrahim as
di dalam doanya di sini bukan sahaja terdiri daripada BERHALA-BERHALA BATU atau
KAYU, tetapi beliau juga maksudkannya kepada ideologi, pemikiran, undang-undang
dan sistem kehidupan ciptaan manusia seperti ideologi
Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis yang kita amalkan kini.
Ideologi-ideologi ini adalah BERHALA-BERHALA kerana mereka kesemuanya ini
mempunyai hak dan kekuasaan untuk memerintah ke atas manusia yang bererti
menganugerahkan sifat Rububiyah milik Allah kepada manusia, dan apabila manusia
pula mentaatinya ianya bererti menganugerahkan sifat Uluhiyah milik Allah
kepada manusia. Ideologi-ideologi ini adalah BERHALA-BERHALA kerana mereka
mempunyai hak-hak ke atas Uluhiyah dan Rububiyah milik Allah.
Dalam
siri doa-doa Nabi Ibrahim as, beliau memohon kehadhrat Allah dengan menyebut
Rububiyah Allah dan tidak Uluhiyah Allah, kerana beliau menyedari bahawa
manusia selalunya tidak melupai bahawa Allah adalah Tuhan yang layak disembah
dengan sifat Uluhiyah-Nya, tetapi yang selalu dilupai manusia ialah tentang
Rububiyah Allah, iaitu Allah yang memiliki kedaulatan, hak politik dan hak
pemerintahan ke atas manusia. Umat Islam di zaman moden kita kini sentiasa
menyembah Allah dalam solat, puasa dan doa-doa sebagai Tuhan yang layak
disembah, tetapi kita melupai bahawa Allah adalah RAJA, PEMERINTAH dan PEMIMPIN
yang berkuasa dan berdaulat untuk membuat segala peraturan dan undang-undang
untuk dikuat kuasakan ke atas umat manusia, iaitu peraturan dan undang-undang
Allah dalam seluruh bidang kehidupan manusia yang meliputi bidang politik,
ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa yang wajib ditaati dan
dipatuhi oleh seluruh umat manusia. Kita melupai bahawa Allah adalah Tuhan yang
memiliki sifat Rububiyah – hal ini merosakkan pegangan dan amalan kita akan kalimah
ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang
mengeluarkan kita daripada agama Allah. Kita kufur ingkarkan Allah kerana kita menyerahkan
sifat Rububiyah kepada manusia lantaran amalan sistem politik demokrasi kita
ini.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran - Hud) :
Oleh sebab mereka sedang bertarung dengan
masyarakat Islam, mereka tidak terluput daripada bertindak melemahkan
masyarakat Islam daripada bawah, iaitu meruntuhkan tapak asasnya di samping
mengadakan untuk penganut-penganutnya yang beriman kepada Allah Yang Maha Esa
berhala-berhala baru yang disembah selain Allah, kadang-kadang dinamakan dengan
“tanahair”, kadang-kadang dengan nama “kaum” dan kadang-kadang dengan nama
“bangsa”. Berhala-berhala itu telah muncul di beberapa peringkat sejarah umat
Islam kadang-kadang dengan nama Syu’biyah, kadang-kadang dengan nama Turaniyah,
kadang-kadang dengan nama pergerakan nasionalisme Arab dan kadang-kadang dengan
nama-nama lain yang diperjuangkan oleh berbagai-bagai puak yang saling
bertarung satu sama lain dalam masyarakat Islam yang sama ditegakkan di atas
asas aqidah dan diperintah dengan undang-undang syariat sehingga tapak asas
masyarakat itu menjadi lemah dan lumpuh bertalu-talu dihentam dan diserang,
juga akibat daripada saranan propaganda yang keji dan beracun, dan akhirnya
berhala-berhala yang baru itu dipandang suci dan sesiapa yang menentangnya
dianggap terkeluar daripada agama bangsanya dan disifatkan sebagai pengkhianat
kepada negaranya!
Kem yang paling jahat dan masih terus bekerja keras
untuk merobohkan tapak asas masyarakat Islam yang kukuh dan unik di dalam
sejarah ialah kem Yahudi yang lihai yang telah menggunakan senjata
“nasionalisme” untuk menghancurkan masyarakat Kristian dan mengubahkannya
kepada masyarakat nasionalis yang mempunyai gereja nasional masing-masing, dan
dengan langkah ini kaum Yahudi telah berjaya menghancurkan kepungan masyarakat
Kristian terhadap bangsa Yahudi. Dan sebagai langkah yang kedua mereka
bertindak menghancurkan kepungan masyarakat Islam terhadap bangsa yang amat
kufur itu.
Begitulah juga tindakan-tindakan yang telah
dilakukan oleh pejuang-pejuang salib (crusade) terhadap masyarakat Islam
setelah mereka berusaha berabad-abad lamanya melaungkan seruan-seruan ke arah
gagasan kebangsaan, perkauman dan kenegerian dalam kalangan umat-umat yang
bergabung dalam masyarakat Islam. Dengan itu mereka dapat memuaskan nafsu
dendam kesumat mereka yang sekian lama terhadap Islam dan kaum Muslimin, juga
dapat mencaing dan memecah belahkan umat Muslimin dan menundukkan mereka di
bawah penjajah Kristian Eropah, mereka akan terus bertindak begitu sehingga
umat Muslimin diiznkan Allah berjaya dalam menghancurkan berhala-berhala yang
jahat dan terkutuk itu untuk menegakkan kembali masyarakat Islam di atas tapak
asasnya yang kukuh dan unik.
Islam tidak sekali-kali bertujuan menyelamatkan
manusia daripada menyembah berhala-berhala batu dan Tuhan-tuhan dongeng
kemudian selepas itu ia merelakan mereka menyembah berhala nasionalisme,
perkauman, dan kenegerian dan sebagainya, sedangkan kerana berhala-berhala inilah
manusia berperang dan bertarung satu sama lain di bawah panji-panjinya. Dan
dalam waktu yang sama Islam menyeru supaya menyembah Allah Yang Maha Esa dan
supaya menumpukan seluruh ketaatan kepada kepada-Nya sahaja dan bukan kepada
sesuatu yang lain daripada kalangan makhluk-Nya.
Saiyyid
Qutb menghuraikan bahawa fahaman-fahaman yang didasarkan kepada “tanahair”,
“bangsa”, “negara” dan “nasionalisme” adalah BERHALA-BERHALA, dan kerajaan kita
yang didasarkan kepada ideologi Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis ciptaan
manusia ini adalah satu BERHALA BESAR. Apabila kita mentaati kerajaan dan
undang-undang demokrasi ini ianya bermakna kita menyembah BERHALA-BERHALA dan
tidak menyembah Allah sahaja. Akhirnya oleh kerana telah terlalu lama
menyembahnya, kita memandang BERHALA-BERHALA yang wujud dalam bentuk ideologi,
kerajaan dan undang-undang demokrasi ini sebagai sesuatu yang suci, dan apabila
wujud sahaja satu golongan umat Islam yang sedar dan bertakwa yang bangkit
menentang demokrasi, kita menganggapkan mereka ini sebagai golongan
anti-nasional atau “anti-establishment” yang sewajarnya dimusuhi dan untuk
dikenakan tindakan–tindakan yang tegas dan keras oleh pihak yang berkuasa.
Dengan sendirinya ianya bererti kita telah menjadi pro-Jahiliyah dan anti-Islam
yang merosakkan Aqidah Islam kita dan yang mengeluarkan kita daripada agama
Allah.
Pertama
sekali, Allah menghendaki supaya kita memahami mengenai kekufuran demokrasi
dengan jelas dan sempurna; kedua, kita hendaklah yakin bahawa kita berada di
atas jalan yang benar dan bahawa orang-orang yang menyokong dan mempertahankan
demokrasi itu berada di atas jalan yang salah, rosak dan sesat; ketiga, kita
hendaklah mengkhususkan Uluhiyah itu kepada Allah sahaja dengan cara kembali
menyembah Allah sahaja, iaitu dengan mentaati dan mematuhi segala perintah
Allah sahaja dan agar kita sekali-kali tidak mentaati dan mematuhi segala
peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang sedang beroperasi
dan berkuat kuasa ke atas kita kini, dan sekali gus untuk mengambil
tindakan-tindakan yang tegas untuk menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan
terbuka, aktif dan total terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi. Ketekunan
dan keikhlasan dalam bersolat adalah sia-sia sahaja apabila kita menyembah BERHALA-BERHALA
dan tidak menyembah Allah sahaja dengan cara kita memberi ketaatan dan
kepatuhan kepada kerajaan demokrasi ini atau hanya kerana kita tidak mengambil
tindakan-tindakan penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang
terbuka, aktif dan total terhadap kerajaan demokrasi ini.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran - al-Anaam) :
Dakwah kepada agama Allah pastilah
dimulakan dengan menjelaskan dengan tegas jalan hidup kaum mukminin dan jalan
hidup kaum penderhaka, dan para pendakwah kepada agama Allah tidak seharusnya
bertolak ansur dan berkompromi dalam kalimat al-Haq dan dalam persoalan yang
memisahkan di antara keimanan dan kekafiran. Mereka tidak seharusnya merasa
gentar dan takut dan tidak seharusnya patah semangat dalam menghadapi celaan
dan cemuhan atau dalam menghadapi larangan orang yang mengatakan : “Lihat!
Pendakwah ini mengkafirkan orang-orang Islam!
Setiap
orang yang lahir sebagai seorang Islam daripada ibu bapanya yang beragama Islam
dan ia melafazkan ucapan dua kalimah syahadah – kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ Muhammad Rasulullah – serta ia yakin dan
berpegang teguh kepadanya, dan ia tekun melakukan segala ibadat ritual seperti
solat dan puasa, belum lagi boleh dikatakan sebagai telah sempurna beriman
kepada Allah kecuali ia memenuhi kehendak SYAHADAH itu, iaitu ia tidak
menyerahkan Uluhiyah dan Rububiyah Allah kepada manusia dengan cara :
1. Ia
tidak menegak, meredhai dan mempertahankan kerajaan, kedaulatan dan
undang-undang demokrasi kerana ianya adalah yang selain daripada Allah;
2. Ia
tidak menyembah Tuhan yang lain daripada Allah dengan cara ia TIDAK MENTAATI
kerajaan, kedaulatan dan undang-undang demokrasi yang lain daripada Allah;
3. Ia
mengamalkan sikap dan tindakan-tindakan yang aktif untuk menafi, menolak,
mengingkari dan menentang dengan terbuka, aktif dan total terhadap kerajaan,
kedaulatan dan undang-undang demokrasi yang lain daripada Allah itu.
Seseorang
yang melakukan kesemuanya ini dengan sempurna dan ikhlas kerana Allah barulah
ia boleh dianggap sebagai telah menunai dan memenuhi segala tuntutan syahadah kalimah
ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ Muhammadar Rasulullah dan dia adalah
seseorang yang telah sempurna beriman dengan agama Allah.
Sebaliknya
seseorang yang bersetuju, meredhai dan mempertahankan demokrasi dan kerajaan
demokrasi bererti ia menyerahkan sifat Rububiyah Allah kepada manusia yang
merosakkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ . Seseorang yang mentaati demokrasi dan kerajaan demokrasi
bererti ia menyembah BERHALA-BERHALA DEMOKRASI dan justeru ia tidak menyembah
Allah yang juga merosakkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ .
Begitu juga seseorang yang bersikap berkecuali dan berdiam diri terhadap
demokrasi dan kerajaan demokrasi, iaitu sikap dan tindakan yang tidak aktif
dalam menafi, menolak, mengingkari dan menentangnya, bererti ia tidak
mempraktikkan konsep Nafi dan Isbat dalam kehidupannya yang justeru ia
merosakkan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Para pengamal
sistem politik demokrasi adalah orang-orang yang menyembah BERHALA-BERHALA
DEMOKRASI dan tidak menyembah Allah yang mengeluarkan mereka daripada agama
Allah !
alhamdulillah..saya dah dapat maklumat
ReplyDelete