MENJUNJUNG DULI
Firman Allah : asy-Syuara’ 71
Mereka menjawab: “Kami menyembah Berhala-Berhala, maka kami berkekalan menyembahnya.”
DAULAT TUANKU! Raja-raja Melayu kita adalah BERHALA-BERHALA yang dijunjung
dan disembah oleh orang-orang Melayu kita dan seluruh rakyat Malaysia sekelian!
Ketaatan dan kepatuhan kita kepada segala peraturan dan undang-undang yang
dibuat oleh Parlimen dan Dun mempunyai pengertian bahawa kita telah menyembah
Berhala-Berhala yang terdiri daripada Raja-Raja Melayu kita dan para pemimpin
kita yang membuat undang-undang itu. Umat Islam yang menjadi para penyembah yang
menyembah Raja-Raja Melayu kita dan mereka (Raja-Raja Melayu) yang disembah oleh
manusia adalah kedua-duanya golongan yang kafir, zalim dan fasik!
Daulat Tuanku! RAJA
adalah dimaksudkan kepada Raja-Raja Melayu kita serta seluruh pemimpin kita
yang terdiri daripada Menteri-Menteri, ahli-ahli Parlimen dan Dun kita kerena
mereka ini kesemuanya mempunyai KUASA dan DAULAT untuk memerintah ke atas
manusia dan mereka kesemuanya mempunyai KUASA dan DAULAT untuk membuat PERATURAN
dan UNDANG-UNDANG untuk dikuat kuasakan ke atas seluruh umat manusia. Mereka
inilah Tuhan-tuhan kita, iaitu Tuhan-tuhan Manusia kerana mereka sememangnya
BERKUASA, BERDAULAT dan MEMERINTAH ke atas kita dan kerana segala PERATURAN dan
UNDANG-UNDANG yang dibuat oleh mereka inilah DIKUAT KUASAKAN ke atas kita dan yang
DITAATI dan DIPATUHI oleh kita.
Daulat Tuanku! Menjunjung
Duli Tuanku mempunyai pengertian untuk melantik manusia sebagai Raja-Raja kita yang
BERKUASA, BERDAULAT dan MEMERINTAH ke atas kita, yang MENGUAT KUASAKAN
UNDANG-UNDANG MANUSIA ke atas kita yang bererti kita telah menjadi para hamba
kepada manusia dan kita bukanlah para hamba kepada Allah, dan inilah ertinya
sistem pengabdian manusia kepada Tuhan-tuhan Manusia atau Taghut yg terdiri
daripada Raja-Raja Melayu dan para pemimpin kita yang kesemua mereka ini telah
terjatuh sebagai orang-orang kafir. Kita disifatkan oleh al-Quran (9:31) sebagai
telah MENYEMBAH ‘Raja-Raja’ kita ini sebagai TUHAN-TUHAN kita kerana kita MENTAATI
dan MEMATUHI segala PERATURAN dan UNDANG-UNDANG yang dibuat oleh mereka ini (‘Raja-Raja’).
Di sini kita dapat melihat dengan jelas dan terang bahawa ‘Menjunjung Duli
Tuanku’ adalah konsep dan amalan yang syirik dan kufur kerana ianya adalah
konsep yang melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan Manusia, konsep yang
mengabdikan manusia kepada kekuasaan manusia dan konsep yang mewujudkan sistem
manusia menyembah manusia sebagai Tuhan-tuhan kita.
Daulat Tuanku adalah
ucapan yang syirik dan kufur kerana ianya bererti bahawa para pengucapnya itu
mengakui bahawa “DAULAT” itu adalah hak dan milik Tuanku dan itu juga bererti
bahawa mereka telah menyerahkan “DAULAT” itu kepada Tuanku yang bererti mereka
telah menyerahkan Uluhiyah dan Rububiyah kepada manusia yang mengeluarkan
mereka itu daripada agama Allah.
Firman Allah: al-Imran 26,
Katakanlah (Wahai Muhammad): Wahai Allah yang mempunyai kedaulatan! Engkau memberi kedaulatan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkau mencabut kedaulatan dari sesiapa yang Engkau kehendaki.
Konsep Rububiyah Allah dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ mempunyai pengertian bahawa DAULAT itu adalah hanya hak dan milik Allah
sahaja kerana Allah adalah RAJA SEGALA RAJA, ALLAH adalah TUANKU dan hanya
ALLAH sahaja yang layak untuk bergelar sebagai MAHARAJA, YANG DI PERTUAN AGUNG,
YAM TUAN BESAR, RAJA YANG MAHA BESAR dan RAJA YANG MAHA AGUNG dan tiada yang
selain daripada-Nya. Justeru Kerajaan Allah dan Perintah Allah sahaja yang
wajib DITAATI DAN DIJUNJUNG, manakala manusia tidak berhak untuk menjadi RAJA
untuk memerintah manusia bagi pihak dirinya, keluarganya, kaumnya atau
rakyatnya yang selain daripada pemerintahan bagi pihak Allah, kerana Allah,
untuk Allah dan di atas nama Allah. Daulat itu hanyalah hak dan milik Allah
sahaja dan tidak yang selain daripada-Nya, Raja-Raja Melayu kita ini tidak
berhak dan memiliki sebarang DAULAT sedikitpun. Orang-orang yang memberi DAULAT
kepada Raja-Raja Melayu kita dan mengiktiraf DAULAT mereka ini adalah
orang-orang yang menyerahkan Uluhiyah dan Rububiyah kepada manusia, ini juga
bererti bahawa mereka telah menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan
aktif terhadap Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang sudah semestinya
mengeluarkan mereka itu daripada agama Allah.,
Firma Allah al-Baqarah 255Dan Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar .
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :Inilah sifat-sifat yang penamat di dalam ayat ini. Ia menjelas dan menyarankan hakikat ini kepada hati manusia, iaitu hakikat ke Esaan Allah dengan sifat Maha Tinggi dan Maha Besar. Pengungkapan dengan kata-kata “Dan Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar“ mengandungi erti bahawa ketinggian dan kebesaran hanya tertentu bagi Allah sahaja. Al-Quran tidak berkata “Dan Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar” untuk semata-mata menthabitkan sifat ketinggian dan kebesaran, malah ia berkata “Yang Maha Tinggi dan Yang Maha Besar” untuk menentukan sifat itu kepada Allah sahaja tanpa sebarang sekutu .
Allahlah yang satu-satunya bersifat Maha Tinggi dan
Maha Besar dan tiada seorang hamba yang berlagak tinggi dan besar hingga ke
maqam ini melainkan akan dikembalikan Allah kepada kerendahan dan kehinaan dan
akan dihumbankan ke dalam azab dan kehinaan di akhirat .
Itulah negeri akhirat yang Kami peruntukkannya kepada orang-orang yang tidak mahu menunjukkan kesombongan di bumi dan tidak melakukan kerosakan (al-Qosas 83).
Dan Firman-Nya lagi mengenai Firaun yang sedang
menghadapi kebinasaan :
Sesungguhnya dia (Firaun ) seorang yang takbur daripada golongan pelampau-pelampau (ad-Dukhan 31) .
Seseorang itu boleh menjadi seberapa tinggi yang ia dapat dan boleh
menjadi besar seberapa besar yang ia dapat, tetapi ia tidak boleh melampaui
maqam Ubudiyyah kepada Allah Yang Maha Tinggi dan Yang Maha Besar. Apabila
hakikat ini tertanam di dalam hati seseorang, maka ia akan membawa manusia
kembali ke maqam Ubudiyyah dan akan merendahkan rasa kesombongan dan
keangkuhannya. Ia akan membawa kepada perasaan takut kepada Allah dan kepada
kesedaran terhadap kebesaran dan keagungan-Nya, dan ia akan membawanya adab
sopan menjunjung hak Allah dan merasa segan dan malu berlagak angkuh terhadap
para hamba Allah. Ia merupakan Aqidah dan kefahaman di samping merupakan amalan
dan perilaku.
Allah adalah Raja segala Raja di bumi. Tiada sesiapapun yang berhak dan
layak untuk menjadi Raja yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia. Erti
berkuasa dan berdaulat adalah dimaksudkan kepada kuasa untuk membuat peraturan
dan undang-undang, untuk menguat kuasakannya ke atas manusia, kemudian untuk
ditaati dan dipatuhi manusia. Raja-Raja Melayu dan para pemimpin kita yang kini
sedang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia di dalam negara kita ini kesemuanya
adalah bersifat dan bertaraf Raja-Raja kerana mereka ini adalah orang-orang
yang berkuasa dan berdaulat untuk membuat peraturan dan undang-undang untuk
dikuat kuasakan ke atas manusia, dan segala peraturan dan undang-undang ini
adalah ditaati dan dipatuhi manusia. Setiap RAJA yang berkuasa dan berdaulat ke
atas manusia dan yang ditaati dan dipatuhi manusia adalah TUHAN MANUSIA. Oleh
yang demikian, RAJA-RAJA MELAYU kita ini adalah TUHAN-TUHAN MANUSIA yang selain
daripada Allah dan justeru mereka ini adalah sekutu-sekutu Allah yang mengkufur
ingkarkan Allah.
Firma Allah : al-Mukminun 116
Maha Suci Allah, Raja yang sebenar .Tiada Tuhan melainkan Dia yang memiliki Arasy yang mulia.
Firman Allah : an-Nas 1, 2, 3
Katakanlah : Aku berlindung dengan Pemelihara manusia, Raja manusia dan Tuhan mnusia. Firman Allah : Furqan 2Dialah yang memilki kerajaan langit dan bumi, Dia tidak mempunyai anak, Tiada sekutu dalam kerajaan-Nya.
Allah sahaja adalah RAJA yang BERKUASA dan BERDAULAT di langit dan di
bumi, dan tiada sekutu dalam kedaulatan, kekuasaan dan kerajaan-Nya yang
bererti manusia tidak berhak ke atas kerajaan dan pemerintahan. Manusia tidak
berhak untuk dinobatkan sebagai Tuanku, Maharaja, Yam Tuan Besar dan Yang Di
Pertuan Agung kerana kesemuanya ini merupakan pangkat-pangkat kebesaran yang
hanya layak bagi Allah sahaja, manusia tidak berhak untuk ditakbirkan dengan
ucapan “DAULAT TUANKU!” kerana Allah sahaja adalah RAJA yang BERDAULAT,
BERKUASA dan MERDEKA.
Menjunjung Duli
Tuanku sedangkan ianya adalah didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia,
bererti manusia menyerahkan kuasa politik kepada manusia serta mereka menyembah
dan mempertuhankan Tuanku dengan menolak dan mengingkari sifat Uluhiyah dan
Rububiyah Allah, iaitu yang menolak Allah sebagai Tuhan yang layak memerintah
dan yang layak disembah. Menjunjung segala titah perintah Kerajaan Tuanku yang
syirik, kufur dan Jahiliyah bererti menjadikan Tuanku dan pembantu-pembantu
Tuanku sebagai Tuhan-Tuhan yang layak diberi kuasa dan disembah. Sikap dan
perbuatan orang-orang Islam yang menganggap Raja kita sebagai Raja yang
berkuasa dan berdaulat serta mereka mentaati segala peraturan dan undang-undang
negara, mereka kesemuanya adalah orang-orang yang merosakkan pegangan dan
amalan mereka akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan
mereka daripada agama Allah.
Menjunjung Duli Tuanku dan Daulat Tuanku adalah adat tradisi Melayu yang
berkekalan sejak turun temurun lagi dan yang telah menjangkaui masa
berkurun-kurun lamanya. Ini bermakna orang-orang Melayu wujud dengan amalan
adat tradisi yang syirik dan kufur sejak berkurun-kurun lagi yang diwarisi
sejak turun temurun sehinggalah ke hari ini. Menjunjung Duli adalah kesyirikan
dan kekufuran. Sebaliknya, mengingkari dan menderhakai Tuanku, Duli Tuanku dan
Kerajaan Tuanku yang didirikan di atas konsep Uluhiyah dan Rububiyah Manusia adalah
titah perintah kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Orang-orang yang tidak mengingkari dan menderhakai
Tuanku, Duli Tuanku dan Kerajaan Tuanku adalah orang-orang yang tidak
menjunjung titah perintah Allah dan tidak berpegang teguh kepada konsep Nafi
dan Isbat dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ - justeru mereka mengingkari Allah dan terkeluar
daripada agama Allah. Erti Islam ialah MENTAATI PERINTAH Allah dengan
mengingkari titah perintah Tuanku dan kerajaan Tuanku, sementara erti kufur
ialah MENTAATI Duli Tuanku, iaitu mentaati dan mematuhi Uluhiyah dan Rububiyah
Manusia yang sekali-gus bererti
mengingkari Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ !
Perkataan ‘DULI’ adalah berasal daripada bahasa Sanskrit yang dimaksudkan
kepada ‘bekas tapak kaki manusia’, iaitu kesan tapak kaki seseorang
yang berpijak atau berjalan di atas tanah yang lembik, dan justeru ‘Duli
Tuanku’ adalah dimaksudkan kepada ‘bekas atau kesan tapak
kaki Tuanku di atas tanah’, iaitu bekas atau
kesan tapak kaki seseorang Raja Melayu kita. Mertabat seseorang Raja Melayu
kita ini adalah diletakkan ditempat yang amat tinggi dan mulia berbanding
dengan kedudukan Allah swt sendiri. Dalam AQIDAH ISLAM, pangkat dan status ‘Yang
Maha Mulia’ itu hanyalah hak dan milik yang layak untuk Allah sahaja,
sebaliknya dalam budaya Melayu, DULI seseorang Raja itu adalah berstatus ‘Yang
Maha Mulia’, iaitu seseorang Raja Melayu kita ini adalah diseru dan dipanggil
dengan gelaran ‘Duli Yang Maha Mulia’. Ini bererti adat istiadat Melayu kita telah
meletakkan bekas tapak kaki Tuanku, iaitu Duli Tuanku, sama taraf dengan
gelaran dan kedudukan Allah kerana kedua-duanya itu adalah diseru dan dipanggil
dengan gelaran yang satu dan sama - Yang Maha Mulia. Maha Suci Allah!
Sesungguhnya ini adalah SYIRIK yang Maha Besar terhadap Allah yang dilakukan
oleh Raja-Raja Melayu kita, Negara kita, Perlembagaan Negara kita dan seluruh umat Islam di Malaysia kita ini!
Ini adalah sesuatu yang bersesuaian dengan kepercayaan orang-orang Hindu
bahawa Raja-Raja mereka itu adalah dianggapkan oleh mereka itu sebagai Tuhan-tuhan
atau Dewa-Dewa mereka yang disembah oleh mereka. Kita ikut, tiru dan pinjam
konsep orang-orang Hindu dalam menyembah Raja-Raja kita – kita kini meletakkan
Raja-Raja Melayu kita ini sebagai Tuhan-tuhan kita kerana kita menyeru
Raja-Raja Melayu kita ini dengan panggilan ‘ke bawah Duli Tuanku’ dan ‘Duli
Yang Maha Mulia’ yang merendah dan menghinakan kedudukan Allah swt Yang Maha
Tinggi, Maha Mulia, Maha Agung dan Maha Besar! Kita juga telah merendah dan
menghinakan diri kita sebagai manusia ciptaan yang mulia oleh Allah swt sehingga
kita hanya layak untuk berada di bawah bekas tapak kaki
Tuanku sahaja. Kita
ini adalah orang-orang yang amat rendah dan hina di sisi Perlembagaan Negara
kita dan di sisi budaya Melayu kita kerana kita ini adalah orang-orang yang
tidak layak untuk menjunjung tapak kaki Tuanku, tetapi kita
ini hanyalah orang-orang yang layak sekadar untuk menjunjung bekas tapak kaki Tuanku
sahaja!
Adat tradisi Melayu kita ini adalah adat yang syirik dan kufur, adat
tradisi Melayu kita ini adalah adat yang menjadikan Raja-Raja Melayu kita ini
sebagai orang-orang kafir, zalim dan fasik yang bertaraf nombor satu di bumi
kita ini, dan ini adalah adat tradisi Melayu kita yang amat menghinakan manusia
dan darjat kemanusiaan. Perkara yang amat menghiriskan hati kita sekali ialah
bahawa adat tradisi Melayu kita ini telah meletakkan Allah ditempat yang amat rendah
dan hina! Dan setelah merendah-rendah dan menghinakan Allah, Raja-Raja Melayu
kita ini pula telah dilantik sebagai ketua-ketua agama kita, iaitu agama yang
diciptakan Allah – ini kesemuanya bererti mempersenda-senda dan
mempermain-mainkan Allah dan agama Allah!
Kedudukan Raja-Raja Merlayu kita ini adalah mengikut adat tradisi Hindu
dan amalan agama Hindu yang kafir. Umat Islam kita perlu diberi peringatan
bahawa kita ini bukanlah orang-orang Hindu, dan kita bukanlah orang-orang yang
rendah dan hina, tetapi kita ini adalah orang-orang Islam yang mertabat kita ini
adalah tinggi dan mulia di sisi Allah swt. Tuanku bukanlah Raja dan Tuhan kita,
dan kita pula bukanlah para penyembah Tuanku. Tuanku bukanlah orang yang mulia,
dan kita pula bukanlah orang-orang yang hina, sebaliknya para Tuanku adalah
orang-orang yang amat jahat dan hina di sisi Allah swt kerana mereka adalah
sekutu-sekutu Allah yang dikutuk dan dilaknat oleh Allah. Orang-orang yang
mulia adalah orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang hina adalah orang-orang
yang kafir, zalim dan fasik seperti mana kedudukan Raja-Raja Melayu kita ini. Kita
hanya boleh mengembalikan kemuliaan kepada kita, iaitu kemuliaan yang menjadi milik
dan hak kita yang asasi yang dianugerahkan kepada kita oleh Allah swt dengan
cara kita memusuhi, membenci dan membuangkan Raja-Raja Melayu kita ini daripada
tampok-tampok pemerintahan negara kita, daripada sistem politik negara kita dan
daripada seluruh budaya dan sistem kehidupan kita.
Firman Allah : asy-Syuara’ 71Mereka menjawab: “Kami menyembah Berhala-Berhala, maka kami berkekalan menyembahnya.”
Raja-Raja Melayu kita ini adalah Tuhan-tuhan Manusia atau Berhala-berhala
(Taghut) kerana mereka ini adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat untuk
memerintah ke atas manusia, mereka ini adalah orang-orang yang berkuasa dan
berdaulat untuk membuat peraturan dan undang-undang untuk manusia, mereka ini
adalah orang-orang yang berkuasa dan berdaulat untuk menguat kuasakan peraturan
dan undang-undang manusia ke atas manusia, dan mereka ini adalah disembah oleh
manusia sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah kerana peraturan dan
undang-undang yang dibuat oleh mereka ini adalah ditaati dan dipatuhi manusia.
Raja-Raja Melayu kita ini adalah Tuhan-tuhan Manusia yang kafir, zalim dan
fasik mengikut pengertian kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan merekalah orang-orang yang disifatkan sebagai paling jahat, sombong,
buta, rendah dan hina mertabat mereka di sisi Allah swt! Apakah wajar bagi kita untuk menjunjung Duli
Tuanku yang amat jahat, sombong, buta, rendah dan hina di sisi Allah swt dan
juga yang menderhakai dan mengkufur ingkarkan Allah swt ?
Firman Allah: ali-Imran 2, 18
Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Dia yang Maha Hidup dan Maha Pentadbir. Ia mentadbir dengan adil. Tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran):“Erti Islam ialah ketaatan berhakimkan kepada kitab Allah, mematuhi dan mengikutnya. Sesiapa yang tidak berbuat demikian, maka tidak ada agama baginya dan dia bukannya seorang Muslim walau pun dia mendakwa beragama Islam dan berpegang dengan agama Allah. Kerana agama Allah digaris, dijelas dan ditafsir oleh Allah s.w.t sendiri dan bukannya tunduk kepada pentafsiran dan penggarisan hawa nafsu manusia yang masing-masing menggaris dan mentafsirkan mengikut sesuka hati mereka. Islam bukannya semata-mata pengakuan, bukannya semata-mata panji-panji, bukannya semata-mata kata-kata yang diucapkan lisan, malah bukannya kepercayaan yang dikandung oleh hati dengan diam dan tenang, bukannya upacara-upacara ibadat perseorangan yang ditunaikan oleh individu-individu dalam solat, haji dan puasa .... tidak, ini bukannya Islam yang menjadi satu-satunya agama yang diredhai Allah dari para hambaNya, malah Islam ialah penyerahan diri, ketaatan dan ikutan yang patuh. Islam ialah berhakimkan kitab Allah dalam segala urusan hamba. Ubudiyah yang digambarkan dalam Islam dengan makna menyerah diri - bukan dalam bentuk iktikad dan perasaan sahaja - tetapi dalam bentuk amalan, ketaatan dan kepatuhan mengikut peraturan-peraturan dan undang-undang amali yang dilambangkan oleh hukum-hukum yang terkandung di dalam kitab al-Quran. Dari sudut inilah kita dapati ramai manusia di setiap zaman yang mengaku bahawa mereka beriman kepada Allah s.w.t., tetapi mereka mempersekutui Allah s.w.t. dengan pihak-pihak yang lain apabila mereka mentaati orang-orang yang tidak mengikut Rasul dan kitab sucinya. Dan apabila mereka menerima pemikiran, nilai-nilai, neraca-neraca, akhlak dan peradaban-peradaban dari pihak-pihak yang lain. Ini semua merupakan amalan-amalan yang bertentangan dengan pengakuan mereka bahawa mereka beriman kepada Allah s.w.t. dan tidak selaras dengan pengakuan Allah s.w.t. bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.”
Firma Allah : al-’Araf 3Ikutilah segala apa yang diturunkan kepada kamu daripada Tuhan kamu dan janganlah kamu ikuti pimpinan-pimpinan yang lain daripada Allah (malangnya) sedikit sekali kamu mengambil peringatan.
Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
Inilah persoalan asasi agama Islam, iaitu kesanggupan menjunjung segala perintah yang diturunkan Allah itulah Islam atau penyerahan diri kepada Allah atau itulah pengiktirafan terhadap Rububiyah Allah dan pengakuan bahawa Allah yang Maha Esa sahaja yang mempunyai kuasa Hakimiyah yang wajib dijunjung segala perintah dan larangan-Nya dan tiada siapa yang lain daripada Allah yang mempunyai kuasa itu. Perbuatan menjunjung perintah pemimpin-pemimpin yang lain daripada Allah itulah perbuatan syirik atau itulah perbuatan menolak pengiktirafan terhadap Rububiyah Allah, bagai mana tidak syirik sedangkan kuasa Hakimiyah tidak dikhususkan kepada Allah sahaja ?
Erti ISLAM ialah MENYEMBAH ALLAH dengan cara kita menjunjung dan mentaati
segala perintah dan undang-undang Allah. Islam sekali-kali bukanlah Menjunjung
Duli Tuanku kerana itu bererti menjadi HAMBA kepada Tuanku dan Menyembah Tuanku
dan memperTuhankan Tuanku dan itu adalah jelas sekali tidak menjadi HAMBA
kepada Allah dan tidak menyembah Allah, malah Islam ialah penafian, penolakan,
pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif dan total terhadap Duli Tuanku
dan segala perintah Tuanku! Islam bukanlah bererti berpegang kepada AQIDAH
ISLAM yang terkurung dan tersimpan di dalam HATI sahaja, tetapi ianya disertai
dengan KETAATAN dan AMALAN yang aktif akan segala peraturan dan undang-undang
Allah dalam seluruh bidang kehidupan manusia.
Apakah yang sudah terjadi kepada kita kini?
Kita kini tidak beriman kepada Allah dan telah terkeluar daripada agama
Allah kerana kita tidak mempercayai bahawa Tuanku dan para pemimpin kita ini adalah
Tuhan-tuhan kita yang dilantik oleh kita, kita tidak mempercayai bahawa mereka ini
adalah Tuhan-tuhan yang berkuasa dan berdaulat ke atas kita, kita tidak mempercayai
bahawa mereka ini adalah Tuhan-tuhan yang mengabdikan manusia kepada kekuasaan
manusia, kita tidak mempercayai bahawa peraturan dan undang-undang demokrasi
kita ini adalah agama demokrasi yang syirik dan kufur, kita tidak mempercayai bahawa
mengamal dan meredhai sistem politik demokrasi kita ini bererti kita mengamal
dan meredhai agama yang syirik dan kufur, kita tidak mempercayai bahawa
ketaatan dan kepatuhan kita kepada kerajaan demokrasi dan kepada segala
peraturan dan undang-undang demokrasi mempunyai pengertian bahawa kita menyembah
manusia dan tidak menyembah Allah. Apabila kita tidak mempercayai kepada semua konsep
Tuhan-tuhan Manusia seperti mana yang disebutkan di sini ianya bereti bahawa
kita tidak mempercayai dan berpegang kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, kita telah
menolak kalimah ﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang jelas dan nyata sekali telah mengeluarkan
kita daripada agama Allah. Kita kini berada dalam kesyirikan dan kekufuran kerana
kita menolak segala konsep dan prinsip yang terkandung dalam kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan kerana
kita menjunjung Duli Tuanku dalam sistem politik demokrasi yang syirik dan
kufur ini dan kita tidak menjunjung perintah Allah.
Firman Allah :al-Baqarah 135
Dan mereka berkata: Jadilah kamu pemeluk agama Yahudi atau pemeluk agama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk.
Firman Allah : al-A’raf 30
Serta mereka menyangka mereka berada dalam petunjuk hidayat.
Firman Allah : al-Furqan 42
“Sebenarnya ia hampir-hampir dapat menyesatkan kami daripada Tuhan-tuhan kami, jika tidaklah kerana kami tetap teghuh menyembahnya.” Dan mereka akan mengetahui kelak ketika mereka melihat azab seksa : siapakah yang sebenar-benarnya sesat jalannya.
Kaum-kaum kafir menyangkakan
bahawa mereka berada dalam keimanan yang sebenar padahal mereka itu adalah orang-orang
kafir kerana mereka tidak beriman dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ seperti mana
yang disampaikan kepada kita melalui ayat-ayat al-Quran seperti yang tersebut di
atas ini. Begitu jugalah umat Islam kita kini, kita menyangkakan bahawa kita ini
adalah orang-orang Islam yang benar-benar berpegang teguh kepada kalimah kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan beriman kepada Allah padahal
kita ini adalah ‘Muslim Baka’ sahaja, iaitu Muslim kerana keturunan sahaja. Sedangkan
pada realitinya kita telah terkeluar daripada agama Allah kerana kita
menjunjung Duli Tuanku yang bererti kita menjunjung Uluhiyah dan Rububiyah
Manusia dan kita berada dalam sistem politik demokrasi yang syirik dan kufur
ini dan justeru kita sebenarnya telah menolak dan mengingkari Uluhiyah dan
Rububiyah Allah dan kalimah
ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang
mengeluarkan kita daripada agama Allah. Kita telah terkeluar daripada agama
Allah kerana kita bernaung di bawah Duli Tuanku, iaitu kita bernaung di bawah
kekuasaan Tuanku dan di bawah kekuasaan segala peraturan dan undang-undang
Tuanku yang bererti PELINDUNG kita adalah Tuanku yang selain daripada Allah,
dan Allah bukanlah lagi menjadi PELINDUNG kita dan justeru Dia bukanlah lagi
berperanan sebagai Tuhan kita, tetapi Tuanku itulah Pelindung dan Tuhan kita
yang sebenar dalam kehidupan kita di bumi ini. Ini bererti bahawa kita telah
melakukan kesyirikan dan kekufuran yang amat besar terhadap Allah yang
mengeluarkan kita daripada agama Allah.
Apabila kita diseru supaya
memasuki ke dalam agama Islam sekali lagi, lantas kita menolaknya sahaja kerana
kita menyangkakan bahawa kita ini adalah orang-orang Islam yang telah sempurna
beriman dan menganuti agama Allah. Apabila kita diseru supaya kita tidak lagi
menjunjung Duli Tuanku, supaya kita mengeluarkan diri kita daripada agama
demokrasi, supaya kita tidak lagi mengamalkannya dan supaya kita mengamalkan
sikap dan tindakan-tindakan penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan
yang aktif dan total terhadap Duli Tuanku dan kerajaan demokrasi, kita sama
sekali keengganan untuk berbuat demikian. Ini adalah kerana kita mempunyai
kesetiaan yang kuat dan padu kepada Duli Tuanku, dan kepada demokrasi dan
kerajaan demokrasi kita ini, kita masih ingin untuk terus mengamalkannya, kita
masih percaya bahawa Duli Tuanku dan demokrasi ini adalah Islam atau
bersesuaian dengan Islam, kita sekali-kali tidak boleh mempercayai bahawa Duli
Tuanku, demokrasi dan kerajaan demokrasi kita ini adalah syirik dan kufur. Kita
redha untuk terus berada dalam kesyirikan dan kekufuran, dan kita sama sekali
tidak ingin untuk kembali kepada Islam kerana kita sebenarnya langsung tidak
menyedari tentang kerosakan AQIDAH yang sedang berlaku ke atas diri kita
sendiri.
Firman Allah : al-A’raf 146“
Orang-orang yang berlagak angkuh di bumi tanpa alasan yang benar.”
Sesiapa yang membuat undang-undang, dia adalah si kafir yang angkuh dan sombong
di bumi! Raja-Raja Melayu kita ini adalah disifatkan Allah sebagai orang-orang
yang paling ANGKUH dan SOMBONG kerana mereka adalah TUHAN-TUHAN yang mempunyai KUASA
dan DAULAT untuk memerintah ke atas manusia, dan mereka ini adalah disifatkan
Allah sebagai orang orang yang paling ANGKUH dan SOMBONG kerana mereka adalah
TUHAN-TUHAN yang mempunyai KUASA dan DAULAT untuk membuat segala PERATURAN dan UNDANG-UNDANG
untuk dikuat kuasakan ke atas umat manusia. Demikianlah kecaman dan laknat
Allah seperti yang terkandung di dalam ayat di atas ini ke atas Raja-Raja
Melayu kita yang disifatkan sebagai kafir serta yang angkuh dan sombong di sisi Allah swt.
Firman Allah : Ibrahim 30
Mereka telah mengadakan sekutu-sekutu yang menyesatkan orang ramai daripada jalan Allah.
Raja-Raja Melayu kita ini adalah sekutu-sekutu
Allah yang menyesatkan manusia daripada jalan Allah, iaitu mereka menyesatkan
manusia melalui Perlembagaan Negara kita dan melalui peraturan dan
undang-undang yang dibuat oleh mereka mengikut pemikiran dan kehendak mereka
sendiri dan tidak daripada Allah – mereka ini adalah orang-orang yang kafir,
zalim dan fasik di sisi Allah.
Ketahuikah anda siapakah Raja-Raja
Melayu kita yang sebenarnya yang kini sedang berkuasa, berdaulat dan bertakhta
di dalam negara Malaysia kita ini, daripada manakah datangnya mereka ini
kesemuanya dan bagai manakah para moyang mereka itu berada di atas
takhta-takhta kerajaan kita? Seluruh Raja Melayu kita
yang wujud pada hari ini adalah Raja-Raja yang ditabal dan dilantik oleh
British dan mereka bukanlah Raja-Raja Melayu yang asal dan sebenar daripada
keturunan Raja-Raja Melayu. Oleh kerana mereka itu adalah dilantik oleh British
sudah sewajarnyalah mereka itu bertindak sebagai tali barut British dan para
hamba kepada mereka (British).
Renongkanlah mengenai apa yang dibuat oleh
Raja-Raja Melayu terhadap kita, mereka adalah para khianat bangsa dan agama
kita :
1.
Daulat adalah hak
Allah (Quran 114:2; 7:54; 3:26) dan bukan hak Raja-Raja Melayu.
2.
Justeru, tidak ada
Daulat untuk Tuanku kerana Daulat hanyalah hak dan milik Allah saja - Daulat
Tuanku yang diucapkan sebagai adat tradisi kita adalah kata-kata yang syirik!
3.
Tuanku - siapakah Tuan
kita, siapakah yang berhak menjadi Pelindung kita dan Tuan kita, siapakah yang
berhak untuk menjadi Tuan Aku, iaitu Tuanku yang memilikiku, yang menghamba
abdikan aku, yang memberi rezeku kepadaku, yang menentukan nasib kesudahanku
dan yang berkuasa serta yang memerintah ke atasku? Allah sahaja yang layak
sebagai Tuanku dan tidak yang selain daripada-Nya.
4.
Apakah Sultan kita ini
juga kita kata dia adalah Tuanku – tidakkah ini adalah gelaran yang syirik?
5.
Raja-Raja Melayu
adalah para Taghut yg kafir kerana mereka membuat dan menjalankan undang-undang
manusia yang berasal daripada British Common law – sekali-kali mereka bukanlah
ULIL AMRI!
6.
Raja-Raja Melayu kita
adalah orang-orang kafir, zalim dan fasik kerana :
a)
Mereka adalah
Tuhan-tuhan yang berkuasa, berdaulat dan
memerintah ke atas manusia;
b)
Mereka membuat
undang-undang manusia;
c)
Mereka menguat
kuasakan undang-undang manusia;
d)
Mereka menghukum
dengan undang-undang manusia;
e)
Mereka menghamba
abdikan manusia kepada kuasa mereka;
f) Mereka adalah disembah
oleh manusia sebagai Tuhan-tuhan yang layak disembah kerana undang-undang
mereka ini adalah ditaati dan dipatuhi manusia;
7.
Orang-orang yang
setuju dan redha terhadap Raja-Raja Melayu adalah kafir (4:60; 11:113).
8. Mereka
yang mempercayai dan mengatakan bahawa kita tidak boleh menentang,
memusuhi dan membenci Raja-Raja Melayu
kita adalah kafir (4:60; 60:4).
9. Seluruh
Raja Melayu kita yang wujud pada hari ini adalah Raja-Raja yang ditabal dan
dilantik oleh British dan mereka bukanlah Raja-Raja Melayu yang asal dan
sebenar daripada keturunan Raja-Raja Melayu yang sah.
10. Raja-Raja
Melayu bertindak sebagai para hamba dan tali barut kepada British dan Yahudi :
a) Sultan Pahang menentang para pemberontak
Melayu yang terdiri daripada Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau tetapi
membantu British untuk menjajah Pahang;
b) Sultan Trengganu menentang pemberontakan
Haji Abdul Rahman Limbung tetapi membantu British untuk menjajah Trengganu;
c) Sultan Kelantan menentang pemberontakan Tok
Janggut tetapi membantu British untuk menjajah Kelantan;
d) Sultan Selangor menentang pemberontakan Raja
Mahadi tetapi membantu British untuk menjajah Selangor;
e) Sultan Pahang dan Sultan Kedah telah
mengutuskan angkatan-angkatan perang
mereka untuk membantu British dan Yap Ah Loy dalam menentang pemberontakan Raja
Mahadi di Selangor;
f) Sultan Kedah membantu British untuk menjatuhkan
Sultan Kedah yang asal dan sebenar daripada keturunan Merong Mahawangsa dan
kemudian British mengangkat Baginda sebagai Sultan Kedah yang baru, dan Baginda
seterusnya membantu British untuk menjajah Kedah;
g) Sultan Johor dengan bantuan British telah
menyisihkan Sultan Ali di Muar, iaitu Sultan Johor yang asal dan sebenar, dan
selepas dinaikkan ke takhta Johor dan dilantik sebagai Sultan Johor oleh
British, Baginda menjemput British untuk menjajah Johor dan sudah sewajarnya
selepas itu tiada pemberontakan oleh orang-orang Melayu di Johor;
h) Sultan Perak (Sultan Abdullah) yang
menentang British dibuang negeri dan Datuk Seri Maharaja Lela di bunuh oleh
Britisih, kemudian Sultan Perak yang baru (Sultan Ismail) yang diangkat oleh
British, telah membantu British untuk menjajah Perak;
i) Sultan Johor membantu British untuk
menangkap Datuk Seri Maharaja Lela pembesar Perak yang memberontak terhadap
British dan kemudiannya beliau ( Datuk Seri Maharaja Lela) dibunuh oleh
British;
j) Negeri-negeri Melayu di Utara Sermenanjung
(Patani, Ligor, Weng dan Satun) telah diberikan oleh British kepada Thailand
dan dijadikan sebahagian dpd negaranya (negara Thailand) – kaum Melayu dan
Raja-Raja Melayu tidak membantu untuk mendapat kembali negeri-negeri ini daripada
penjajahan kaum kafir Thai;
k) Raja-Raja Melayu menanda tangani perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu dengan British untuk memberi kerakyatan, hak politik
dan ekonomi kepada kaum pendatang kafir
– mereka menjual Melayu kepada kaum kafir, sedangkan orang-orang Melayu hanya
sekadar berdiam diri sahaja dan masih sayangkan mereka (Raja-Raja Melayu);
l) Raja-Raja Melayu serta para pemimpin kita
bersetuju dengan Perlembagaan Malaya dan Malaysia yang kafir yang disediakan
oleh British – khususnya mereka bersetuju dengan artikel-artikel 4, 43, 44 dan 161 Perlembagaan Malaysia yang
kafir yang menjadikan negara Malaysia kita ini sebagai sebuah negara yang
kafir;
m) Kesemua Raja-Raja Melayu adalah ahli
Freemason yg menyembah Berhala dan mereka sejak dulu sehingga kini masih
menjadi talibarut Yahudi.
11.
Akta Polis dan Akta
Tentera bererti Menteri-Menteri berkenaan tidak berkuasa ke atas polis dan
militeri, sebaliknya Yahudilah yang berkuasa melalui YDPA dan Raja-Raja Melayu.
12.
Sultan-Sultan
Trengganu, Pahang dan Johor adalah dilantik dan ditabalkan sebagai
Sultan-Sultan di negeri-negeri masing-masing oleh British.
13.
Sultan-sultan
Trengganu, Pahang dan Johor kesemuanya
adalah daripada keturunan Arab yg satu
dan sama, iaitu Tun Habib Majid daripada Singapura.
14.
Sultan-Sultan
Trengganu, Pahang dan Johor bukanlah daripada keturunan Raja-Raja Melayu yg
asal dan sebenar.
15.
Sultan-Sultan
Trengganu, Pahang dan Johor adalah talibarut British yang dilantik oleh
British, mereka menyokong British dan buat apa saja yg disuruh oleh British -
sekadar orang-orang suruhan yg setia saja!
16.
Sultan Kelantan
daripada keturunan Merong Mahawangsa, iaitu Sultan Muhammad 1 (pertama)
disingkirkan oleh British dan Thai dan Baginda digantikan oleh Long Senik bin
Long Tan yang bukan daripada keturunan Raja-Raja Melayu Kelantan.
17.
Long Senik sebagai
Sultan Kelantan yang baru diberi gelaran oleh British sebagai Sultan Muhammad
ke 2 (kedua).
18.
British telah melantik
dan menabalkan Abdul Samad sebagai Sultan Selangor yang baru bagi menggantikan
al-Marhum Sultan Muhammad yang telah mangkat.
19.
Sultan Abdul Samad
adalah daripada kalangan orang biasa yg bukan daripada keturunana Raja-Raja
Melayu Selangor.
20.
Sultan Abdul Samad
adalah talibarut British yang menyetujui dan menyebelahi penjajahan British.
21.
Raja Mahadi adalah
seorang kerabat di Raja daripada keturunan Raja-Raja Melayu Selangor yang asal
dan sebenar .
22.
Raja Mahadi telah
bangkit menentang British di Selangor.
23.
Kaum Cina di Selangor
yang di ketuai Yap Ah Loy telah membantu British, dan turut juga membantu
British dalam menentang pemberontakan Melayu Selangor ini adalah
angkatan-angkatan perang yang diutuskan oleh Sultan Kedah dan Sultan
Pahang.
24. Sultan Kedah yang sah
dan sebenar daripada Keturunan Merong Mahawangsa telah diserang dan diperangi
serentak oleh gabungan angkatan-angkatan British dan Thai.
25.
Baginda Sultan Kedah
telah mangkat dibunoh dengan cara dipijak oleh gajah daripada angkatan perang
Thailand.
26. British telah
mengisytiharkan seorang pembesar daripada Kuala Muda yang bernama Abdul Hamid sebagai Sultan Kedah yang baru.
27.
Abdul Hamid (bapa PM
Malaysia yg pertama) bukanlah daripada kalangan Raja-Raja Melayu Kedah, malah
bukan bergelar Tengku atau Tunku.
28.
Sultan Badlishah
adalah adinda kpd Sultan Abdul Hamid
yang mengganti Baginda sebagai Sultan Kedah yg kedua, kemudian takhta negeri
Kedah digantikan oleh Sultan Abdul Halim sampailah ke hari ini.
29.
Yang Di Pertuan Agung
kita yg ada pada hari ini (Sultan Abdul Halim) bukanlah daripada keturunan
Raja-Raja Melayu Kedah yg asal dan sebenar.
30.
Kesemua Raja-Raja
Melayu dan keluarga mereka adalah ahli-ahli freemason, iaitu pertubuhan
Yahudi, sejak daripada zaman permulaan
penjajahan British dahulu sehingga ke hari ini.
31.
Raja-Raja Melayu kita
sewenang-wenang sahaja menjual negara dan bangsa kepada orang-orang kafir
daripada dahulu sehinggalah ke hari ini.
32. Pada hari ini
Raja-Raja Melayu kita masih lagi aktif memberi tanah dan konsesi balak kepada
kaum pendatang yang kafir – seluruh bangsa kita yang terdiri daripada si Melayu
bodoh kita ini masih lagi menganggap bahawa apa juapun yang dilakukan oleh
Raja-Raja Melayu kita, kesemuanya betul dan OK sahaja!
33.
Sudah begitu ramai
sekali taukeh-taukeh Cina yang dapat balak dan tanah melalui Raja-Raja Melayu
kita ini.
Lihatlah betapa jahat, angkuhdan
sombong sekutu-sekutu Allah yang bergelar Raja-Raja Melayu kita ini. Mereka
sewenang-wenang sahaja menjual bumi Melayu, negara Melayu dan bangsa Melayu
daripada golongan Islam ini kepada orang-orang kafir – kafir Yahudi, British,
Cina dan India. Sedarlah engkau wahai bangsaku bahawa mereka ini (Raja-Raja
Melayu) adalah musuh-musuh Allah dan yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan justeru mereka ini
adalah musuh-musuh kita yang diperintah Allah ke atas kita untuk memerangi
mereka. Wahai bangsaku! Aku menyeru engkau dengan sepenuh hatiku, janganlah
engkau banyak bicara lagi - buangkanlah sahaja Raja-Raja Melayu kita yang jahat
ini ke dalam laut seberapa segera yang boleh agar musuh-musuh Allah yang amat
dibenci oleh Allah ini kesemuanya hilang lenyap daripada muka bumi kita ini
buat selama-lamanya!
Siapakah yang mewujud dan
mengadakan sekutu-sekutu Allah yang bergelar Raja-Raja Melayu yang angkuh dan
jahat di dalam negara kita ini? Umat Islam kitalah sebenarnya orang-orang yang
mewujud dan mengadakan sekutu-sekutu Allah ini, kitalah yang bersetuju untuk
melantik mereka sebagai para Tuanku kita dan pemimpin kita, kitalah yang
menyerahkan kuasa kepada mereka untuk berkuasa, berdaulat dan memerintah ke
atas kita, dan kitalah yang menyerahkan kuasa kepada mereka untuk membuat
peraturan dan undang-undang yang selain daripada Allah. Kitalah orang-orang
yang menyesatkan orang ramai di dalam negara kita ini daripada jalan Allah dan
justeru jadilah kita ini sebagai orang-orang yang kafir, zalim dan fasik yang disifatkan
Allah sebagai golongan kafir yang amat angkuh dan sombong di sisi Allah!
Tugas kita yang utama dan amat berat kini ialah untuk memperkenalkan AGAMA
ISLAM kepada massa umat Islam kita sendiri, iaitu secara khususnya mengenai
TAUHID RUBUBIYAH dan TAUHID ULUHIYAH, dan secara umumnya mengenai pengertian
AGAMA ISLAM ini sendiri, iaitu bahawa :
1.
Peraturan dan undang-undang
daripada Allah adalah AGAMA ALLAH manakala peraturan dan undang-undang
demokrasi ciptaan manusia adalah agama demokrasi yang selain daripada agama
Allah;
2.
Hak dan kuasa untuk MEMERINTAH ke
atas manusia, dan hak dan kuasa untuk MEMBUAT PERATURAN dan UNDANG-UNDANG serta
hak dan kuasa untuk MENGABDIKAN MANUSIA kesemuanya itu adalah hak-hak dan
kuasa-kuasa Allah sahaja dan tiada yang selain daripada-Nya;
3.
TAAT dan PATUH kepada seluruh
undang-undang Allah bererti menyembah Allah manakala taat dan patuh kepada undang-undang
manusia bererti menyembah manusia;
4.
MENAFI, MENOLAK, MENGINGKARI dan MENENTANG
terhadap kerajaan manusia dan segala sistem perundangan manusia yang selain
daripada Allah adalah keimanan kita kepada Allah, tanpanya bererti kerosakan
kepada pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.
Umat Islam kita kini adalah terlibat
dengan kesyirikan dan kekufuran kerana kita tidak memahami mengenai pengertian kalimah
ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ
yang sebenar, dan lebih serius lagi, kita tidak bersedia untuk belajar
dengan bersungguhan supaya kita memahaminya dengan jelas, terang dan sempurna. Kita
selesa kekal dalam keadaan kita yang syirik dan kufur seperti ini berterusan
dan berpanjangan. Allah menyifatkan umat Islam kita seperti ini sebagai
orang-orang yang sengaja memilih kebutaan dan selesa berada di dalam kebutaan
buat selama-lamanya dengan meninggalkan hidayat dan terus kekal dalam kesesatan
dan kerosakan.
Firman Allah : Fussilat 17
Adapun kaum Thamud, maka Kami beri petunjuk kepada mereka, lalu mereka utamakan kesesatan daripada hidayat petunjuk.
Ayat di atas ini adalah amat tepat sekali untuk dimaksud dan ditujukan
kepada seluruh umat Islam di Malaysia kita kini kerana kita sengaja memilih
untuk berada di bawah sistem politik demokrasi, kita selesa untuk berada di
dalam kesesatan dan kesyirikan dan sekali-kali kita tidak ingin untuk kembali
kepada petunjuk dan hidayat daripada Allah, iaitu kita tidak ingin untuk mengeluarkan
diri kita daripada mengamalkan sistem politik demokrasi dan daripada menyembah
Raja-Raja Melayu kita yang kafir ini sebagai Tuhan-tuhan kita yang kita
anggapkan sebagai layak untuk disembah. Kita tidak menyedari bahawa ketaatan
dan kepatuhan kita kepada segala peraturan dan undang-undang Parlimen dan Dun
bererti kita menyembah ahli-ahli Parlimen dan Dun serta Raja-Raja Melayu kita
sebagai Tuhan-tuhan kita sama seperti mana para penganut agama Hindu dan Buddha
menyembah Tok Kong-Tok Kong mereka di kuil-kuil mereka dan status serta taraf
kekufuran kita adalah sama dengan kekufuran mereka!
Kita menjunjung Duli Tuanku, kita menyembah Tuanku dan menyatakan
kesetiaan kita kepada Tuanku dan kerajaan Tuanku apabila kita mengamal,
mentaati dan meredhai kerajaan Tuanku. Ini bererti bahawa kita telah menjunjung
Berhala-Berhala, kita menyembah Berhala-Berhala, kita memberi kesetiaan kepada
Berhala-Berhala serta kita menyetujui dan meredhai Berhala-Berhala yang kesemuanya
ini adalah sikap dan tindakan-tindakan kita yang memasukkan kita ke dalam agama
Berhala dan yang mengeluarkan kita daripada agama Allah. Kita sewenang-wenang
dan selesa sahaja melucutkan pangkat kebesaran Allah sebagai Raja dan
Pemerintah yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia kerana kita menyerahkan
kuasa dan kedaulatan itu kepada manusia, dan kita sewenang-wenang dan selesa
sahaja melucutkan pangkat kebesaran Allah sebagai Tuhan yang layak untuk disembah
oleh manusia kerana kita tidak mentaati dan mematuhi undang-undang Allah yang
bererti kita tidak lagi menyembah Allah. Kita sewenang-wenang sahaja melakukan
kesyirikan, kekufuran dan kezaliman ke atas diri kita sendiri yang tidak akan
diampuni Allah akibat daripada Menjunjung Duli Tuanku dan
menyanjung-nyanjungnya. Kita berada dalam kegelapan, kejahilan dan kebodohan
kerana kita meminggir dan menyingkirkan Allah daripada kehidupan kita,
sebaliknya kita mendewa-dewakan manusia, iaitu para pemimpin kita dan Raja-Raja
Melayu kita sebagai Tuhan-tuhan yang diperkasa dan disembah oleh kita ini melalui
amalan sistem politik demokrasi ini.
Para penganut agama Kristian menyembah Nabi Isa as padahal Baginda tidak
pernah menyuruh umat Banginda supaya mereka menyembah Baginda sebagai Tuhan
yang layak disembah, tetapi Baginda menyuruh mereka supaya mereka hanya
menyembah Allah sahaja dan tidak yang selain daripada-Nya.
Firman Allah : al-Imran 79
Hendaklah kamu menjadi para penyembahku bukannya para penyembah Allah.
Inilah dakwaan palsu yang dibuat oleh para penganut agama Kristian yang mengatakan
bahawa Nabi Isa as menyuruh mereka supaya mereka menyembah Baginda sebagai
Tuhan. Al-Quran menafikan dengan sekeras-kerasnya akan dakwaan palsu mereka ini
seperti mana yang disampaikan kepada kita melalui ayat seperti di atas ini. Ini
adalah kata-kata yang syirik dan kufur yang diperkatakan oleh para penganut
agama Kristian. Kata-kata yang syirik dan kufur seperti ini adalah kata-kata yang
sama yang juga termaktub di dalam Perlembagaan Negara Malaysia kita
(fasal-fasal 4, 43, 44 dan 161 Perlembagaan Malaysia), iaitu kata-kata yang
menyuruh kita untuk mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang
yang dibuat oleh Parlimen yang mempunyai pengertian bahawa ianya adalah
kata-kata yang menyeru dan menyuruh kita agar kita menyembah ahli-ahli Parlimen
dan Raja-Raja Melayu kita ini sebagai Tuhan-tuhan kita yang layak disembah. Ini
adalah kata-kata yang sombong dan jahat yang termaktub di dalam Perlembagaan
Negara kita kerana ianya telah menjadikan seluruh kita ini sebagai para
penyembah yang kafir, zalim dan fasik yang menyembah ahli-ahli Parlimen dan
Raja-Raja Melayu kita, dan mereka itu (ahli-ahli Parlimen dan Raja-Raja Melayu
kita) juga telah menjadikan diri mereka itu sebagai Tuhan-tuhan Manusia yang kafir,
zalim dan fasik yang disembah oleh kita.
Pada hari ini gejala menyembah Berhala-berhala di samping menyembah Allah
adalah sesuatu yang amat lumrah dan berleluasa sekali berlaku di kalangan seluruh
massa umat Islam kita baik di Malaysia mahupun di dunia kita ini seluruhnnya.
Ini adalah satu hakikat yang masih tidak dapat difahami, disedari dan diterima
oleh seluruh umat Islam kita baik di Malaysia mahupun di seluruh bumi umat
Islam di dunia kita ini. Kita ini sebenarnya adalah ‘umat Islam’ yang sudah
jatuh ‘kafir’ di sisi Allah swt kerana kita menyembah Berhala-berhala sejak
berkurun-kurun lagi. Kita kini sudah jadi ‘kafir’ semasa masih bergelar ‘umat
Islam’. Namun kita sedikitpun tidak menyedarinya dan tidak juga merasai anih
dan pelik akan keadaan kita yang telah menjadikan Raja-Raja Melayu kita sebagai
Tuhan-tuhan yang disembah oleh kita!
Firman Allah : al-Qosas 88
Dan janganlah engkau menyembah yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia.
Allah menyeru Rasul-Nya dan juga menyeru kita seluruh
umat Islam sekelian agar kita tidak menyembah Tuhan atau Tuhan-tuhan yang
selain daripada Allah di samping kita tetap juga menyembah Allah kerana itu
adalah syirik yang amat besar terhadap Allah. Seruan Allah kepada kita di dalam
ayat di atas ini adalah seruan yang sesuai dan tepat untuk dituju dan
dimaksudkan kepada kita seluruh umat Islam di Malaysia kita pada masa sekarang
ini kerana kita kini tidak lagi menyembah Allah sahaja tetapi kita sebenarnya sedang
menyembah para Tuanku dan para pemimpin kita sebagai Tuhan-tuhan kita apabila kita
MENTAATI dan MEMATUHI segala peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan mereka
ini dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial, akhlak dan perhubungan
antarabangsa.
Umat Islam kita kini sedang berada dalam KESESATAN dan
KEROSAKAN yang amat jauh – apabila kita diseru supaya menyembah Allah sahaja
dan jangan menyembah Tuhan-tuhan yang lain, kita berada dalam kebingungan yang
total, kita tidak memahami mengenai apakah maksud seruan ini. Kita memaksudkan
menyembah Allah itu hanyalah sebagai terhad setakat melakukan ibadat-ibadat
solat, puasa, zakat dan haji kerana Allah dan untuk Allah sahaja dan kita
sekali-kali tidak bermaksud bahawa menyembah Allah itu adalah ketaatan dan
kepatuhan kita kepada undang-undang Allah dalam bidang-bidang politik, ekonomi,
sosial, akhlak dan perhubungan antarabangsa. Selain daripada itu, kita juga
mempunyai kefahaman dan sangkaan yang salah, iaitu kita menyangkakan bahawa menghindari
dan menjauhkan diri kita daripada khurafat adalah dengan hanya menjauhkan diri
kita daripada memuja kubur keramat dan segala jenis dan bentuk khurafat yang
lain sahaja yang lazimnya berlaku di kalangan kita di Malaysia kita ini. Sedangkan
kita tidak menyedari bahawa perbuatan kita yang MENTAATI dan MEMATUHI segala
peraturan dan undang-undang demokrasi ciptaan ahli-ahli Parlimen dan Dun serta
Raja-Raja Melayu kita seperti mana yang sedang berlaku dengan lumrah dan
berleluasa sekali di dalam negara Malaysia kita ini, ianya bererti bahawa kita
sedang melakukan khurafat yang amat besar yang merosakkan Aqidah kita.
Kita hendaklah menyeru seluruh umat Islam kita di Malaysia
kita ini supaya kita tidak menyembah Tuhan-tuhan Manusia, iaitu dengan cara kita
tidak mengamalkan sistem politik demokrasi yang syirik dan kafir ini, dengan
cara kita tidak lagi mentaati dan mematuhi undang-undang demokrasi yang kafir ini,
dengan cara kita menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan
total terhadap kerajaan demokrasi yang sedang berkuasa dan berdaulat di dalam
negara kita ini, dan dengan cara kita melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi ke
atas kerajaan kita yang syirik dan kufur ini. Inilah cara-cara bagi seluruh umat
Islam kita untuk mengeluarkan diri kita daripada kesyirikan dan kekufuran dan
inilah cara-cara bagi kita untuk sekali lagi memasuki ke dalam agama Islam kita
yang asal, sempurna dan sebenar ini.
Firman Allah: Fussilat 14
Janganlah kamu sembah melainkan Allah
Allah menyeru supaya kita hanya menyembah Allah
sahaja dan Allah melarang kita daripada mempersekutukan-Nya. Seruan-seruan
Allah kepada seluruh umat manusia di bumi berlaku dengan kadar yang amat kerap
sekali di sepanjang waktu dalam sejarah seluruh umat manusia di bumi yang
bermula sejak daripada zaman para Rasul yang terdahulu sehinggalah kepada zaman
Rasulullah saw. Selepas zaman Rasulullah saw, para pendakwah pulalah yang
memikul tanggungjawab untuk membuat seruan-seruan yang sama kepada seluruh umat
manusia di bumi, seruan-seruan supaya seluruh umat manusia kembali menyembah
Allah sahaja bukan sekadar seruan-seruan untuk melakukan solat, puasa, zakat
dan haji sahaja, tetapi seruan-seruan dalam bentuk “jangan kamu sembah
melainkan Allah“ adalah seruan-seruan Allah supaya mereka meruntuh dan
menghapuskan kerajaan manusia bersekali dengan segala peraturan dan
undang-undang manusia, seruan-seruan supaya mereka menegakkan kerajaan Allah di
bumi yang akan menjalankan segala peraturan dan undang-undang Allah dan seruan-seruan
supaya mereka mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang Allah dan tidak yang selain daripadanya. Inilah
perintah-perintah dan larangan-larangan yang paling utama di sisi Allah swt
baik ke atas umat Islam mahupun ke atas seluruh umat manusia pada setiap zaman
dan waktu di setiap penjuru di bumi kita ini.
Firman Allah : Hud 2
Janganlah kamu sembah melainkan Allah.
Allah mengulang-ulangi perintah-Nya di dalam
al-Quran supaya kita hanya menyembah Dia sahaja dan Allah mengulang-ulangi
perintah-Nya di dalam al-Quran supaya kita tidak menyembah Berhala-berhala Manusia
atau Berhala-Berhala Batu yang selain daripada Allah. Segala perintah Allah
yang berulang-ulang, yang amat berat dan serius di sisi Allah swt, bagi maksud
kita di Malaysia kita ini, adalah perintah-perintah Allah supaya kita tidak menyembah
Tuhan-tuhan kita yang terdiri daripada ahli-ahli PARLIMEN dan DUN serta
Raja-Raja Melayu kita ini, ianya adalah perintah-perintah Allah supaya kita
tidak mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi kita
ini, dan ianya adalah perintah-perintah Allah supaya kita tidak mengiktiraf
Raja-Raja Melayu kita ini sebagai RAJA-RAJA kita yang berkuasa dan berdaulat ke
atas kita, dan supaya kita menolak dan mengingkari serta memberontak ke atas kesemua
mereka ini agar mereka ini terusir keluar dengan seberapa segera yang mungkin daripada
kekuasaan-kekuasaan dan takhta-takhta mereka .
Firman Allah : an-Nisa 36
Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersetukui-Nya walau sedikit sekalipun .
Allah mengulang-ulangi perintah-perintah-Nya di
dalam al-Quran agar kita tidak menyembah Tuhan-tuhan yang selain daripada-Nya kerana
Dia adalah Tuhan yang Maha Mengetahui bahawa manusia di setiap zaman mempunyai
kecenderungan dan naluri yang kuat untuk menyembah Tuhan-tuhan yang selain
daripada Allah seperti mana yang kini sedang berlaku dengan amat lumrah, berleluasa
dan meluas sekali di kalangan seluruh umat Islam kita di Malaysia kita ini yang
kini kelihatan begitu ketara menyembah Berhala-berhala yang terdiri daripada para
pemimpin dan Raja-Raja Melayu kita sebagai Tuhan-tuhan kita dan juga seperti
mana yang sedang berlaku di kalangan seluruh umat Islam di dunia kita ini. Ini
adalah perintah-perintah dan larangan-larangan daripada Allah yang amat berat,
serius dan paling utama dalam agama kita yang mengatasi keutamaan segala
perintah dan larangan yang lain.
Firman Allah : al-Mumtahanah 4“
Kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa-apa yang kamu sembah yang lain daripada Allah. Kami mengingkari (agama) kamu, dan telah terang permusuhan dan kebencian di antara kami dan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menyembah Allah semata-mata.”
Dalam ayat di atas ini, Allah memerintahkan kita
agar kita memisahkan diri kita daripada Tuhan-tuhan Manusia yang terdiri
daripada Raja-Raja Melayu kita dan ahli-ahli Parlimen dan Dun kita ini dan Allah
memerintahkan kita agar kita mengkufur ingkarkan seluruh mereka ini, iaitu agar
kita menghukumkan mereka ini sebagai orang-orang kafir, agar kita
mengisytiharkan dengan lantang, jelas dan terang serta dengan meluas sekali kepada
orang ramai bahawa mereka ini adalah orang-orang yang kafir, zalim dan fasik, agar
kita tidak mentaati dan mematuhi kesemua mereka ini dan agar kita bertindak dalam
menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif dan total terhadap kesemua
mereka ini. Setiap orang yang beriman dan berpegang teguh kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, adalah wajib untuk mempercayai bahawa Raja-Raja
Melayu, ahli-ahli Parlimen dan Dun kita ini adalah Tuhan-tuhan Manusia atau
Berhala-berhala Manusia yang kafir, zalim dan fasik dan justeru meyakini bahawa
MEMUSUHI dan MEMBENCI seluruh mereka ini adalah perintah yang tegas dan agung daripada
Allah. Sebaliknya orang-orang yang MENYETUJUI dan MEREDHAI mereka ini adalah
orang-orang yang kafir, zalim dan fasik dan begitu juga orang-orang yang TIDAK
MENGKUFUR INGKARKAN seluruh mereka ini (Raja-Raja Melayu dan para pemimpin kita)
adalah juga orang-orang yang kafir, zalim dan fasik. Allah tidak memberi
sebarang ruang dan pilihan yang lain kepada kita melainkan untuk memusuhi dan
membenci Raja-Raja Melayu kita ini dan untuk menafi, menolak, mengingkari dan menentang
seluruh mereka ini serta untuk melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi terhadap seluruh
mereka ini sehingga seluruh mereka ini diusir keluar daripada takhta-takhta
mereka. Inilah perintah yang tegas, jelas dan terang daripada Allah dan
keyakinan dan ketaatan kita kepada perintah Allah seperti ini menyempurnakan
pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ !
Umat Islam kita yang tidak mempercayai bahawa menghukumkan kafir
terhadap Raja-Raja Melayu dan ahli Parlimen dan Dun kita ini adalah perintah
Allah, umat Islam kita yang tidak mempercayai bahawa menafi, menolak,
mengingkari dan menentang terhadap Raja-Raja Melayu kita dan ahli-ahli Parlimen
dan Dun kita ini adalah perintah Allah, dan umat Islam kita yang tidak
mempercayai bahawa memusuhi dan membenci terhadap Raja-Raja Melayu kita dan
ahli-ahli Parlimen dan Dun kita ini adalah perintah Allah – mereka ini
kesemuanya adalah orang-orang yang mengingkari berbagai-bagai kalimat Allah di
dalam al-Quran seperti mana yang sedang dibicarakan di sini yang justeru pengingkaran
mereka seperti ini telah melibatkan seluruh mereka ini dengan Kufur Iktiqadiyah
yang merosakkan Aqidah mereka dan yang mengeluarkan seluruh mereka ini daripada
agama Allah!
Kita begitu tekun dan khusyuk beribadat kepada
Allah dalam bentuk solat, puasa, zakat dan haji sedangkan sebenarnya kita
sudahpun terkeluar daripada agama Allah kerana kita mengimani, menganuti dan
mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur. Kita dikatakan sebagai
mengimani, menganuti dan mengamalkan agama demokrasi kerana kita MENYETUJUI,
MENTAATI dan MEMPRAKTIKKANNYA dalam kehidupan hari-hari kita. Segala amal ibadat
solat, puasa, zakat dan haji yang sedang kita tekun mengamal dan melakukannya
sekarang ini, kesemuanya itu merupakan ibadat-ibadat kita yang sia-sia sahaja
yang tidak termasuk ke dalam perhitungan Allah swt untuk tujuan pembalasan di
hari akhirat kelak, kerana segala amal ibadat kita ini (solat, puasa, zakat dan
haji) serta seluruh amal ibadat kita yang lain, adalah kesemuanya itu menjadi terbatal,
gugur dan terhapus semua sekali akibat daripada keterlibatan kita yang aktif
dan total dengan kesyirikan dan kekufuran yang mengeluarkan kita daripada agama
Allah – kesemuanya ini berlaku hanyalah kerana kita mengimani, menganuti dan
mengamalkan agama demokrasi kita yang syirik dan kufur ini (6:88).
Melalui ayat-ayat al-Quran yang bertubi-tubi
melarang kita daripada menyembah Tuhan-tuhan Manusia, sepatutnya kita hendaklah
terlebih dahulu mengeluarkan diri kita daripada bergelumang dengan kesyirikan
dan kekufuran ini dengan cara kita tidak lagi mengamalkan agama demokrasi serta
kita mengeluarkan diri kita daripada sistem politik demokrasi yang syirik dan
kufur ini, dan selepas itu kita hendaklah kembali untuk memasuki ke dalam agama
Islam kita ini sekali lagi dengan cara kita melakukan berbagai-bagai ibadat
kepada Allah dalam bentuk menafi, menolak, mengingkari dan menentang terhadap
agama demokrasi dan kerajaan demokrasi kita yang syirik dan kufur ini, kita
hendaklah memusuhi dan membencinya, dan selanjutnya kita hendaklah melancarkan
Jihad, Perang dan Revolusi terhadap kerajaan demokrasi kita ini untuk meruntuh
dan menghancurkan segala kekuatan dan kekuasaannya untuk kemudiannya digantikan
dengan sebuah kerajaan Islam. Segala dasar, sikap dan tindakan-tindakan kita
seperti ini sebenarnya adalah ibadat-ibadat kita yang paling utama kepada Allah,
iaitu ibadat-ibadat yang menyempurnakan pegangan dan amalan kita akan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengatasi dan melebihi segala ibadat kita kepada
Allah dalam bidang-bidang yang lain termasuklah ibadat-ibadat solat, puasa,
zakat dan haji.
Takfiri dan pengguna kitab Sa'id Qutb..pengguna Tauhid Hakimiyyah..
ReplyDelete