Sunday 8 January 2012

USTAZ AZHAR IDRUS - PANDANGAN YANG SESAT DAN BATIL

Salam,

Ustaz Azhar Idrus berkata bahawa kita boleh mengamalkan demokrasi buat sementara waktu kerana dharurah. Ini adalah pandangan yang batil.

1. Kita boleh mengamal atau melakukan sesuatu yang haram pada masa-masa yang tertentu di atas prinsip dharurah atau maslahah, seperti meminum arak ketika ketiadaan air;

2. Tetapi kita tidak boleh mengamal atau melakukan sesuatu yang syirik atau kafir seperti memuja kubur keramat di atas prinsip dharurah;

3. Oleh yang demikian, kita tidak boleh mengamalkan agama demokrasi di atas prinsip dharurah kerana; pertama sekali, ianya adalah agama yang kafir; kedua, sudah ada ayat-ayat al-Quran yang melarang kita dpd mengamalkan sesuatu agama atau amalan yang kafir - 35:10; 60:4; 4;60;



Dalam fiqh Islam, tidak wujud Ijtihad, maslahah dan dharurah bagi membolehkan amalan sesuatu agama yang kafir. Islam tidak membenarkan kita untuk mengamalkan agama Hindu atau Kristian di atas dasar Ijtihad, dharurah dan maslahah kerana agama-agama ini adalah agama-agama yang kafir. Begitulah juga kita tidak boleh mengamalkan agama demokrasi di atas apa-apa sebab sekalipun kerana aqidahnya adalah kafir.
Islam membolehkan kita untuk membuat Ijtihad bagi membolehkan kita untuk meminum arak yang haram pada masa-masa yang tertentu kerana dharurah atau sesuatu kemaslahatan kerana ianya adalah persoalan syariat, bukan Aqidah. Dalam persoalan aqidah, Islam tidak membenarkan kita untuk membuat Ijtihad bagi membolehkan kita untuk mengamalkan sesuatu agama atau perbuatan yang syirik dan kafir. Kita tidak boleh menyembah manusia untuk mendapat sesuatu faedah dan kemaslahatan kerana itu adalah perbuatan yang syirik dan kafir yang mengeluarkan kita dpd agama kita.
Kerajaan Malaysia adalah kafir kerana AQIDAHNYA adalah kafir. Seseorang yang mengamalkan sistem politik demokrasi bererti ia mengamalkan agama yang kafir yang mengeluarkannya daripada agama Allah. Kita tidak boleh melakukan IJTIHAD dan MASLAHAH bagi membolehkan kita untuk mengamalkan sistem politik demokrasi bagi tujuan untuk memperjuangkan Islam; pertama, kerana ianya adalah tergolong ke dalam bahagian AQIDAH yang tidak memberi sebarang ruang kepada kita untuk melakukan IJTIHAD dan MASLAHAH; kedua, sudah wujud keputusan yang muktamad serta yang jelas dan terang daripada Allah yang khusus melarang kita daripada mengamalkan sistem politik demokrasi kita ini bagi tujuan untuk memperjuangkan Islam (35:10, 60:4, 4:60).
Firman Allah : Fatir 10
Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah naiknya segala madah yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkat-Nya naik ( sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). dan sebaliknya; orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesanpun) akan rosak binasa.
Orang-orang yang mengamalkan sistem politik demokrasi disifatkan Allah sebagai merancang untuk melakukan kejahatan yang akan diseksa di akhirat nanti! Ini adalah keputusan yang muktamad, serta yang jelas dan terang daripada Allah yang melarang kita daripada mengamalkan sistem politik demokrasi. Amalan agama demokrasi adalah persoalan AQIDAH – mengikut hukum Fiqh Islam, tiada maslahah dan ijtihad dalam persoalan Aqidah. Ayat ini (Fatir 10) dan ayat-ayat yang lain (4:60; 60:4) menolak Ijtihad at-Tanzil yang dibuat oleh PAS bagi membolehkan amalan politik demokrasi.
Firman Allah : al-Mumtahanah 4
“Kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa-apa yang kamu sembah yang lain daripada Allah. Kami mengingkari (agama) kamu, dan telah terang permusuhan dan kebencian di antara kami dan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menyembah Allah semata-mata.”
Sikap kita terhadap demokrasi dan kerajaan demokrasi Malaysia kita yang kafir ini hanyalah dalam bentuk penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang aktif dan total terhadapnya, serta ianya diikuti dengan sikap kebencian dan permusuhan kita terhadapnya yang berkekalan dan berpanjangan sehingga agama demokrasi yang syirik dan kufur dan segala bentuk dan jenis kesyirikan dan kekufurannya itu mengalami keruntuhan dan kehancuran yang total, dan supaya akhirnya kekuasaan, dominasi dan “supremacy” itu hanya menjadi milik dan hak mutlak Allah sahaja di bumi ini. Membenci dan memusuhi kerajaan demokrasi kita ini adalah Aqidah Islam yang ditetapkan oleh Allah swt!
Firman Allah: an-Nisa 60
Tidakkah engkau perhatikan bahawa orang-orang yang mendakwakan bahawa mereka beriman kepada yang diturunkan kepada engkau dan yang diturunkan sebelum daripada engkau, mereka hendak meminta hukum kepada taghut, sedangkan mereka disuruh supaya kufurkan terhadap Taghut. Syaitan menghendaki supaya ia menyesatkan mereka dengan kesesatan yang jauh.
Takfir bererti mengisytiharkan kesyirikan dan kekufuran agama demokrasi dan sistem politik demokrasi kita ini, takfir bererti tidak mengamalkan agama demokrasi dan sistem politik demokrasi kita yang syirik dan kufur ini, takfir bererti mengasing dan memisahkan diri kita daripadanya, takfir bererti menafi, menolak, mengingkari dan menentangnya, takfir bererti tidak berkompromi dengannya dan sentiasa berkonfrantasi, bermusuhan dan membencinya. Takfir adalah syarat keimanan kita kepada kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, tanpa mempraktik dan mengamalkan konsep TAKFIR terhadap agama demokrasi, kerajaan demokrasi, peraturan dan undang-undang demokrasi dan segala institusi demokrasi di dalam negara kita ini ianya bererti kita tidak beriman dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengeluarkan kita daripada agama Allah.

UMNO DAN PAS YANG MENGAMALKAN AGAMA DEMOKRASI SERTA MEREKA SETUJU KPDNYA ADALAH KAFIR KERANA :
1. Mereka melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun sebagai Tuhan-tuhan Manusia (Taghut) yang kafir.
2. Mereka mengamalkan agama yang kafir, mereka menghalal dan membolehkan amalannya serta mereka menyetujui dan meredhai amalannya itu;
3. Mereka mengiktiraf bahawa Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang yang tertinggi yang mengatasi undang-undang al-Quran;
4. Mereka mengakui dan mengiktiraf semua Tuhan, iaitu mereka mengiktiraf Allah sebagai Tuhan kita dan mereka juga mengiktiraf Tuhan-tuhan yang lain sebagai Tuhan-tuhan yang sah yang bererti mereka melakukan syirik terhadap Allah;
5. Mereka mempertahan, memperkasa dan menjadi para pendukung kepada agama demokrasi;
6. Mereka membuat undang-undang manusia yang kafir;
7. Mereka menghukum manusia dengan undang-undang manusia;
8. Mereka adalah berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas umat manusia;
9. Mereka berada di bawah kuat kuasa undang-undang manusia yang menjadikan mereka sebagai para hamba kepada manusia;
10. Mereka mewujudkan sistem manusia menyembah manusia kerana seluruh umat manusia mentaati dan mematuhi undang-undang demokrasi ciptaan manusia.
Demokrasi tidak boleh dijadikan metod Islam untuk mendapat kuasa politik, jalan Islam adalah dpd Allah dan Rasul-Nya. Kita tidak boleh ikut pandangan orang ramai yang memilih jalan demokrasi seperti yang disarankan oleh Ustaz Azhar Idrus sedangkan kita korbankan Aqidah kita - kita hendaklah hanya sentiasa ikut dan taat hukum Allah sahaja! 
Harap dapat respons dpd ustaz Azhar Idrus, para ulama dan para peminat ustaz Azhar serta seluruh orang ramai sekelian.


Sekian, terima kasih.


Wan Solehah al-Halbani

Lubok Terua, PAHANG DM  

No comments:

Post a Comment